Tuesday, 1 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 01 Nov 2016 08:05 PM PDT

ROTIKAYA


Tidak Bayar Cukai, Che Ta Disekat Keluar Negara

Posted: 01 Nov 2016 07:04 PM PDT

Nampaknya hajat Rozita Che Wan ingin meraikan ulangtahun kelahiran anak kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana di London terbantut apabila beliau berdepan dengan masalah cukai tertunggak, sekaligus tersekat untuk ke luar negara. Lebih mengecewakan lagi segala tempahan lokasi dan persiapan untuk menyambut majlis istimewa anaknya itu telah pun siap dilakukan.

BACA: Kereta Hilang, Che Ta Niat Beli Kereta Baru

“Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar besar nilainya. Saya belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekaligus. Saya sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya perlu menyelesaikan tunggakan itu. Buat masa ini, hendak membayar separuh daripada jumlah itu pun belum saya mampu”

“Mujur Aaisyah masih kecil dan tidak faham masalah yang saya lalui. Kalau sudah besar, barangkali dia berkecil hati. Cuma, moodnya kurang baik hari ini. Saya sendiri sebenarnya jarang membawanya ke acara membabitkan ramai orang. Jadi, memang dia tidak biasa dengan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara tersebut.

Mengakui tidak mampu membayar jumlah tunggakan cukai yang terlalu besar, Che Ta semalam bagaimanapun tetap meneruskan majlis sambutan kelahiran anaknya itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Dengan bertemakan serba putih, Aaisyah tampil comel memakai gaun hijau bersama beg tangan berwarna pink di majlis tersebut di sisi ibu bapanya

Sebelum ini Che Ta yang terkenal dengan sikap gemar berbelanja telah mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran anaknya Amar dengan meriahnya di Santorini, Greece ketika mereka sekeluarga bercuti di sana. Apapun kami kongsikan beberapa gambar sambutan ulangtahun kelahiran Aaisyah semalam yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Enjoice! (rkty/w)

1-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 2-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 3-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 4-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 5-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 6-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 8-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 9-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 10-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 11-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 12-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg 13-tidak-bayar-cukai-che-ta-disekat-keluar-negara-jpeg

Anis Al-Idrus Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Kekasih

Posted: 01 Nov 2016 06:03 PM PDT

Bekas kekasih, Raja Afiq iaitu Anis Al-Idrus memberitahu bahawa dia seorang yang sangat profesional sekiranya digandingkan dengan Raja Afiq tidak kira sama ada dalam lakonan atau pekerjaan. Bagi pengacara Pencetus Ummah itu, dia tidak mempunyai masalah untuk digandingkan bersama Raja Afiq sekiranya diberitahu untuk berbuat sedemikian.

BACA: Cinta Antara Raja Afiq & Anis Al Idrus Sudah Berakhir

“Saya seorang profesional, tak kisahlah sebelum ini bergaduh ke apa. Kerja tetap kerja, kita orang bisnes dengan musuh pun kadang-kadang boleh bawa untung, tidak ada masalah,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Pembukaan Estetika Medispa.

Terdahulu, Anis Al-Idrus pernah mengeluarkan kenyataan untuk membongkar kejadian di sebalik putusnya hubungan percintaannya bersama pelakon Raja Afiq. Bagaimanapun, Anis enggan mengulas lanjut mengenai soal itu dan menjelaskan belum tiba masa yang sesuai untuk bercakap tentang perkara tersebut.

“Sebab, apa, mengapa saya tak boleh nak cakap lagi. Sebab itu saya tak boleh bagi kenyataan, lagipun ini untuk menghormati ibu bapa dan pihak yang terlibat,” ujarnya ringkas.

Pun begitu, Anis Al-Idrus tidak pernah serik untuk bercinta kerana baginya jodoh, ajal dan maut berada di tangan Tuhan. Dia turut berkata, ciri-ciri seorang lelaki idamannya ialah seseorang yang boleh membimbingnya.

“Percintaan terserah pada jodoh. Benda-benda sebegini saya pandang positif. Pengalaman kehidupan mengajar kita, tak kisah umur dia berapa, kalau kata serik itu sudah menidakkan ketentuan Allah. Saya lebih minat pada orang yang boleh membimbing, tahu solat lima waktu,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)

7-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 6-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 4-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 3-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 2-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 1-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya

Saharul Ridzwan Enggan Ulas Kisah Isteri Hamil

Posted: 01 Nov 2016 05:50 PM PDT

Pelakon Saharul Ridzwan terus berteka-teki mengenai status kehamilan isterinya, Qaabila Deena Amir. Bagaimanapun pelakon ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya akan berkongsi berita gembira tersebut sekiranya tiba masa yang sesuai nanti.

BACA: Saharul Ridzwan Bakal Bergelar Bapa?

“In shaa Allah saya akan cerita apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya kongsi berita gembira itu. Doakan kami dimurahkan rezeki dalam kerjaya, perniagaan, dan dikurniakan rezeki anak,” katanya kepada Rotikaya.

Berita yang tersebar mengatakan bahawa isteri kepada Saharul Ridzwan ini telah mengandung adalah menerusi ruangan Pok Lip, Utusan Online. Dalam ruangan tersebut, dikatakan bahawa isterinya, Qaabila Deena Amir telah pun disahkan mengandung sebulan. Pun begitu, Saharul belum bersedia untuk menghebahkan perkara itu. (rtky/h)

1-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 2-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 3-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 4-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 5-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 6-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya

Ramai Ponteng Kerja Kerana Suri Hati Mr Pilot?

Posted: 31 Oct 2016 08:40 PM PDT

Bukan sahaja membariskan pelakon-pelakon mantap seperti Neelofa dan Fattah Amin, tetapi drama bersiri terbaru Suri Hati Mr Pilot mempunyai keunikan tersendiri sehingga mampu menarik beribu peminat. Manakan tidak, majlis tayangan perdana yang diadakan pada hari Isnin juga penuh diserbu peminat yang fanatik untuk bertemu pelakon kesayangan walaupun pada hari bekerja.

BACA: "Neelofa Dan Fattah Amin Memang Bercinta"

“Seriau Miss K tengok terlalu ramai orang di Majlis Tayangan Perdana drama Suri Hati Mr. Pilot di GSC Pavilion Kuala Lumpur hari baru-baru ini. Miss K puji effort tu, cuma yang peliknya tu datang beramai-ramai pada hari Isnin ni tak pergi kerja ke semua tu atau mereka ambil cuti semata-mata untuk beramah mesra dengan para pelakon kesayangan mereka”

“Kalau betullah mereka ambil cuti, Miss K respek sangatlah. Demi nak berjumpa pelakon kesayangan Suri Hati Mr Pilot, sanggup berkorban buang cuti untuk tatap wajah mereka. Penuh dan berasak-asak dibuatnya sampai ada yang menangis. Hebatkan penangan Suri Hati Mr Pilot ini, kalah drama K-Pop,” katanya menerusi ruangan Miss K di portal Astro Gempak.

Dalam masa yang sama, terdapat juga gosip mengatakan pelakon utama drama ini, Fattah dan Neelofa memang mempunyai hubungan istimewa di luar lokasi pengambaran. Selain sering memuat naik gambar mesra bersama, pengarah drama tersebut juga hairan melihat keserasian yang timbul diantara mereka. Mungkin juga ini antara sebab Suri Hati Mr Pilot semakin hangat.

Malah sebelum ini juga berlangsung sesi bertemu peminat yang telah diadakan di MPH Nu Sentral yang turut mendapat sambutan luar biasa termasuklah di Singapura baru-baru ini. Drama Suri Hati Mr Pilot yang bermula tayangan pada 10 Oktober lalu merupakan drama arahan pengarah hebat Micheal Ang, selain diambil sebagai adaptasi novel karya Dyla Dyna. (rkty/w)

1-ramai-ponteng-kerja-kerana-suri-hati-mr-pilot-jpeg 2-ramai-ponteng-kerja-kerana-suri-hati-mr-pilot-jpeg 4-ramai-ponteng-kerja-kerana-suri-hati-mr-pilot-jpeg 5-ramai-ponteng-kerja-kerana-suri-hati-mr-pilot-jpeg 6-ramai-ponteng-kerja-kerana-suri-hati-mr-pilot-jpeg 7-ramai-ponteng-kerja-kerana-suri-hati-mr-pilot-jpeg

KedahLanie.info

Posted: 01 Nov 2016 10:18 AM PDT

KedahLanie.info


PENGULAS SUKAN HARUS LEBIH BERHATI- HATI, JANGAN BERKELAKU SEPERTI FINAL PIALA MALAYSIA TEMPOHARI..!!

Posted: 01 Nov 2016 05:22 AM PDT

Seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat bolasepak di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana sepanjang siaran lansung final Piala Malaysia kualiti liputan amat baik.

NAMUN, sayang seribu kali sayang akibat keceluparan dan sikap kurang hati- hati pengulas dari TV3 menyebabkan ramai peminat sukan marah dan sedikit sebanyak TV3 menerima tempiasnya.

' GOL NASIB' itulah komen pengulas tersebut apabila Rizal Ghazali menjaringkan gol pertama Kedah semalam. Namun kenyataan beliau segera disanggah oleh Dollah Salleh, menurut Dollah gol tersebut tidak boleh dikira nasib kerana rembatan padu dari jarak begitu mungkin menerjah gawang jika tidak ada ' reflection'.

Kenyataan dari coach Dollah jelas menunjukkan tidak semua gol reflection boleh dianggap nasib. Cara tendangan, jarak dan kedudukan pemain diambil kira sebelum sesuatu gol dikatagorikan nasib. Larian yang baik, setpieces menarik antara midfield terlebih dahulu disusun oleh pasukan kedah sebelum lorongan kepada Rizal, dan rizal melepaskan tendangan yg padu sebelum terkena pertahanan selangor dan bola lob sejurus reflection menjadikan gol terdebut juga tampak menarik.

Diharap menjadi pengajaran kepada pengulas tersebut, jaga sensetiviti, jangan ikut sedap mulut, Dato Rahim Razali, Allahyarham Dato Hasbullah Awang dan ramai lagi lagenda pengulas sukan pun tak pernah sebarang katagorikan gol nasib dalam satu2 perlawanan penting dan amat berhati2 dalam ulasan, inikan pula kamu budak hingusan dan setahun jagung.

Saya amat berharap pengulas sukan tersebut segera memohon maaf atas keceluparan beliau.

- BEKAS PENGULAS JUGAK.

DAP buat kerja gila hari ini bilamana suruh kerajaan hentikan judi numbor

Posted: 01 Nov 2016 01:18 AM PDT

DAP gesa kerajaan henti judi cabutan khas mulai 2017

Anne Muhammad
1 Nov 2016, tengahari 2:31 (Dikemaskini 1 Nov 2016, tengahari 2:42)

DAP menggesa kerajaan supaya menghentikan amalan cabutan khas dalam aktiviti nombor ramalan untuk tahun 2017 dan seterusnya.

Ketua Whip DAP Anthony Loke berkata perkara itu hanya membebankan rakyat dan mengurangkan pendapatan boleh guna golongan berpendapatan rendah.

"Sejak kami dipilih sebagai ahli parlimen pada 2008, kami telah berkali-kali menyeru kementerian kewangan untuk menghentikan amalan cabutan khas nombor ramalan yang kesannya akan membebankan rakyat dan juga menghakis pendapatan boleh guna golongan berpendapatan rendah.

"Kami difahamkan golongan berpendapatan rendah merupakan kelompok yang seringkali terjebak dengan perjudian nombor ramalan.

"Demi kesejahteraan golongan berpendapatan rendah dan menjana peningkatan permintaan domestik, kami menggesa agar (Menteri Kewangan II) Datuk Johari Abdul Ghani dan Kementerian Kewangan menghentikan cabutan khas pada tahun 2017 dan tahun-tahun seterusnya " kata Loke.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Sidang media itu turut disertai Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong.

Jelasnya lagi, suasana hari ini memerlukan peningkatan permintaan domestik yang lebih tinggi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

"Tindakan menghentikan amalan cabutan khas adalah salah satu langkah yang perlu dipertimbangkan oleh kementerian kewangan," katanya.

Syarikat nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai telah menjalankan cabutan khas sekurang-kurangnya 18 kali cabutan sejak awal tahun 2016.

Ia akan menjangkau 22 kali cabutan khas dalam tahun 2016.

Terdahulu, sejak berlakunya insiden wabak nipah pada 1999, kementerian kewangan membenarkan cabutan khas pada hari Selasa tertentu dan hasil daripadanya akan dikira sebagai kutipan untuk kerajaan.

Sementara itu Loke berkata, pihaknya telah melakukan perbincangan dengan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani mengenai perkara itu dan cadangan itu disambut baik.

RUPA-RUPANYA PAS MEMANG RELA DIKENCING UMNO!!

Posted: 31 Oct 2016 09:07 PM PDT

Khususnya ahli-ahli Pas, sila ambil perhatian mengenai kenyataan Idris Ahmad ini. Beliau adalah Naib Presiden Pas, bukannya pemimpin parti peringkat kawasan atau ranting yang cakapnya hanya umpama angin lalu saja.

Sebagai Naib Presiden Pas, kata-katanya bukan saja dianggap benar, bahkan juga tentunya adalah gambaran tentang parti itu sendiri.

Sebagaimana yang dipetik dari portal Malaysia Dateline semalam, Idris dilaporkan berkata, Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh UMNO sekali lagi dalam isu isu rang undang-undang Akta 355.

Ketika berceramah di Kuantan, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.

"Kita dah pilihanraya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab itu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramahnya itu.

Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh UMNO, tetapi UMNOlah yang rugi.

Masya Allah...berdasarkan ucapan Idris itu, rupa-rupanya Pas sangat sedar mereka telah kena kencing dengan UMNO dan BN sejak sekian lama lagi, sudah 13 kali pilihanraya lagi.

Kemudian, dalam isu pembentangan usul Akta 355 yang sekarang ini ternampak ciri-ciri bakal kena kencing lagi, Idris boleh pula berkata, "tidak kesah kalau dikencing sekali lagi."

Kalau sudah 13 kali kena kencing, mengapa Pas masih sanggup kena kencing sekali lagi?

Kenapa pimpinan Pas yang ada sekarang tidak cuba mengelak atau menjauhkan diri daripada terus jadi tadahan kencing oleh UMNO dan BN?

Apakah Pas memang dilahirkan untuk kena kencing sepanjang zaman?

Lagu mana pula logiknya kata-kata Idris bahawa meskipun selalu kena kencing, bukan Pas yang rugi, tetapi UMNO yang rugi?

Apa untung yang Pas dapat yang mungkin ahli-ahlinya tidak tahu akibat selalu kena kencing selama ini?

Barangkali Tuan Ibrahim Tuan Man hanya mampu senyum-senyum dengan kenyataan Idris Ahmad kali ini. (SH 01/11/2016).

Betapa Takutnya Isu 1 MDB Diketahui Rakyat, Seluruh Kelab Dikerah Buat laporan Polis

Posted: 31 Oct 2016 04:31 PM PDT


Ketua Penerangan Kelab Sahabat N87, Shahbudin Embun hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Husni Hanazlah kerana mendedahkan butir-butir kecurian duit rakyat melalui 1 MDB di Parlimen.

Kelab Sahabat Najib ini merupakan benteng kedua pertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beberapa kelab yang tumbuh bagai cendawan selepas kecurian wang rakyat melalui 1 MDB diketahui rakyat.

Ini juga menunjukkan betapa takutnya Najib terhadap penyelewengan yang telah dilakukannya sepanjang beliau berkuasa terhadap kehilangan berbilion wang rakyat.

Najib juga gagal menjawab 8 soalan maut mengenai 1 MDB yang disuarakan oleh Husni dalam parlimen.

Hanya parlimen tempat yang paling sesuai untuk berbahas tentang kehilangan wang rakyat, Jika diparlimen pun tidak boleh dibahaskan apa lagi yang rakyat ada tempat untuk berbahas.

Semua akhbar dan TV arus perdana sudah dikawal rapi oleh kerajaan dan telah mengharamkan perbahasan mengenai 1 MDB dan 2.6 bilion. Jika penyelewengan wang rakyat juga dikira Akta Rahsia Rasmi (OSA)memang ternyata rakyat sentiasa diperbodohkan oleh pemimpin umno.

Sungai Rapat 

Harga minyak November 2016 naik walau harga minyak dunia susut

Posted: 31 Oct 2016 03:44 PM PDT

HARGA minyak bagi bulan November 2016 naik walaupun harga minyak dunia dilaporkan terus menyusut di bawah USD50 setong. Setiap jenis minyak, RON95, RON97 dan Diesel naik sebanyak 15 sen bagi setiap liter.

Harga minyak RON95 dinaikkan kepada RM1.95 seliter manakala minyak RON97 dan Diesel masing-masing dinaikkan kepada RM2.30 dan RM1.90 bagi setiap liter berkuat kuasa mulai pukul 12:01 malam ini.

Ini merupakan harga minyak tertinggi untuk tahun 2016. 

Kerajaan dilapor menggunakan kaedah apungan berdasarkan harga minyak dunia dan kekuatan matawang negara bagi bulan sebelumnya untuk menetapkan harga minyak.

Warga maya ramai yang mula berkongsi gambar-gambar kesesakan yang berlaku di stesen-stesen minyak seluruh negara dipercayai akibat orang ramai mahu memenuhkan tangki minyak kenderaan mereka sebelum terpaksa membayar harga yang lebih mahal mulai tengah malam ini.

Orang ramai juga turut mempersoalkan mengapa harga minyak dinaikkan bagi bulan November 2016 sedangkan harga minyak dunia dilaporkan terus mengalami penyusutan di bawah harga USD50 setong.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/harga-minyak-november-2016-naik-walau.html#ixzz4OhnxLeix

Jatuhkan kerajaan Islam memang haram, jatuhkan pemimpin tidak, kata Dr. Fauzi

Posted: 31 Oct 2016 01:23 PM PDT


Usaha menjatuhkan kerajaan Islam adalah haram, namun menukar pemimpin Islam kepada pemimpin yang lain tidak demikian kerana sepanjang sejarah Islam peristiwa penukaran pemimpin dalam pelbagai bentuk telah berlaku.

"Kerajaan Bani Umayyah diganti dengan kerajaan Abbasiyyah seterusnya kepada kerajaan Uthmaniyyah," kata mantan Setiausaha Akhbar Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Fauzi Zakaria ketika berucap di Majlis Dialog di Chetok pada Jumaat lepas.

Beliau berkata "kerajaan menjalankan lunas-lunas ajaran Islam yang betul perlu dijunjung akan tetapi jika kerajaan itu hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan mereka manakala perbuatan mereka betentangan dengan Islam, ia wajar diperangi malahan dijatuhkan."

"Misalnya kerajaan Bani Umayyah memiliki pemimpin seperti khalifah Umar Abdul Aziz dan beliau dijunjung, manakala pemimpin yang rosak setelah itu dijatuhkan.

"Begitu juga dengan kerajaan Abbasiyyah yang memiliki nama besar sepeti khalifah Harun Ar-rasyid, apabila datang pemimpin yang buruk selepas itu, pemimpin itu dijatuhkan," katanya

Advertisements 

Dr Fauzi seterusnya menempelak pemimpin tertentu yang berlaku tidak adil dalam menilai situasi kepimpinan negara.

Beliau terkejut apabila ada yang meminta dikemukakan dua orang saksi apabila diberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd  Najib Razak terlibat dalam penyelewangan dana 1MDB

"Sedangkan orang yang sama apabila diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan hukuman apabila tuduhan meliwat, maka berliau berkata Anwar bukan malaikat.

"Mengapa dalam soal ini tidak ditimbulkan keperluan saksi," katanya. – Malaysia Dateline

Harga minyak terus susut, bawah AS$50 setong

Posted: 31 Oct 2016 01:17 PM PDT

ISNIN, 31 OKTOBER 2016 - 10:57AM TOKYO: Harga minyak meneruskan kejatuhannya hari ini selepas pengeluar bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak menyatakan sebarang komitmen untuk menyertai usaha mengehadkan paras output bagi meningkatkan harga bahan api itu.

Pendirian itu membayangkan mereka mahu OPEC menyelesaikan perbezaan pendapatnya terlebih dulu. Pegawai dan pakar daripada negara OPEC dan bukan OPEC termasuk Azerbaijan, Brazil, Kazakhstan, Mexico, Oman dan Russia bertemu untuk berunding di Vienna, Sabtu lalu dan hanya bersetuju untuk bertemu lagi bulan depan sebelum mesyuarat OPEC yang dijadual 30 November ini, kata mereka dalam satu kenyataan.

OPEC dan bukan OPEC dalam kenyataan bersama berkata mesyuarat pada Sabtu itu adalah 'perkembangan positif' ke arah mencapai perjanjian mengehadkan output pada 30 November ini.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember diniagakan turun 36 cent, atau 0.7 peratus pada AS$49.35 satu tong menjelang 2250 GMT semalam selepas ditutup turun 76 cent pada Jumaat.

Minyak mentah NYMEX bagi penghantaran Disember juga turun 36 cent, atau 0.7 peratus pada AS$48.34 satu tong, selepas ditutup turun AS$1.02 pada Jumaat. -REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207908?m=1

myartis.com

Posted: 01 Nov 2016 02:23 AM PDT

myartis.com


ISTERI SELAMAT BERSALIN - SYUK SYJ TIMANG 'BABY GIRL'

Posted: 31 Oct 2016 06:50 PM PDT



Tahniah kami ucapkan kepada Syuk SYJ yang telah bergelar ayah apabila isterinya telah selamat melahirkan anak sulung mereka sekitar jam 10.05 malam pada 30 Oktober lalu.

Bayi perempuan yang lahir dengan berat 3 kilogram itu belum diberikan nama lagi.

Untuk rekod, Syuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar berkahwin dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah Mohd Salleh atau Sera pada 20 Disember tahun lalu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISTERI SAHARUL RIDZWAN SAH HAMIL?

Posted: 31 Oct 2016 04:39 PM PDT



Khabarnya Saharul Ridzwan bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Deena Emir kini sedang hamil anak sulung mereka.

Menurut sumber kepada Poklip di portal Utusan Online, kandungan Deena baru berusia sebulan. Kiranya Deena ini bunting pelaminlah?

Walau bagaimanapun, sumber berkenaan memberitahu Saharul belum mahu mengumumkan berita gembira itu kerana kandungan isterinya itu masih berada di peringkat awal.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GARA-GARA RINDU, AMENG BALIK KAMPUNG JAM 4 PAGI

Posted: 31 Oct 2016 04:07 PM PDT



Disebabkan rindu pada anaknya, Ameng (Spring) yang kini merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) sanggup bergegas pulang ke kampungnya di Melaka pada jam 4 pagi sebaik urusannya berakhir.

Untuk info, ketika ini Ameng turut sibuk memenuhi program motivasi serta beberapa program lain.

Sehubungan itu, Ameng mengakui jauh di sudut hati dia amat merindui anaknya yang pernah ditinggalkan sejak kecil ketika dia meringkuk dalam penjara selama 6 tahun.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

3 MINGGU SAKIT TAK SEMBUH - ELLY MAZLEIN KENA PENYAKIT MISTERI

Posted: 31 Oct 2016 03:41 PM PDT



Jika sebelum ini, penyanyi Awie Wings mendakwa dirinya terkena penyakit misteri sehingga melibatkan isteri serta anak-anaknya, terkini Elly Mazlein juga turut mendakwa menghidap penyakit yang sama.

Menurut penyanyi dan pelakon berusia 36 tahun ini, penyakit misteri itu telah mengganggu tumpuannya ketika bertanding pada program Gegar Vaganza musim ketiga.

Ini kerana kata Elly, akibat keadaan kesihatan kurang memuaskan, beliau kehilangan fokus malam tadi menyebabkannya terlupa lirik sewaktu mempersembahkan lagu dangdut, Perawan Atau Janda.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 01 Nov 2016 02:08 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Sharp M1 Diumumkan Dengan Tumpu Pada Penggunaan Selfie

Posted: 01 Nov 2016 01:24 AM PDT


Selain dari pengumuman peranti telefon pintaq dengan cip pemprosesan yang mempunyai 10 teraih iaitu Sharp Z2 Sharp turut mengumumkan satu lagi model iaitu Sharp M1 yang memfokuihkan kepada fungsi ...

Sharp Mengumumkan Sharp Z2 Telefon Pintaq Dengan Pemproses 10 Teraih

Posted: 01 Nov 2016 01:22 AM PDT


Jenama Sharp barangkali lebih dikenali dengan penawaran paparan skrin depa akan tapi syarikat dari Jepun ni membawa penawaran produk yang lebih dari tu Pada hari ni depa telah mengumumkan Sharp Z...

Laluan Pelajaq Sekolah Kampung Atule Palin Menakutkan Di Dunia

Posted: 01 Nov 2016 01:02 AM PDT


kalau pelajaq sekolah yang baloq dan selului merungut pasai terpaksa berjalan kaki ke sekolah hari hari hampa konfem akan bersyukoq kalau tengok gambaq ni Di China hampa pastinya kecut perut apa...

Pompuan Tertua Di Dunia Membongkaqkan Apa Yang Dimakan Hari-hari

Posted: 01 Nov 2016 12:42 AM PDT


Emma Morano yang berasai dari Verbania Itali dilahiaqkan pada 29 November 1899 pompuan yang berumoq lebih 100 tahun ni digelaq Manusia Tertua di Dunia pada bulan Mei selepaih bekaih pemegang gel...

Ghamai Pontiang Gheja Pasai Suri Hati Mr Pilot

Posted: 31 Oct 2016 11:42 PM PDT


Bukan saja membariskan pelakon pelakon mantap macam Neelofa dan Fattah Amin tapi drama bersiri terpalin baghu Suri Hati Mr Pilot mempunyai keunikan tersendiri sehingga mampu menarik beribu peminat...

Chrome 54 Dalam Chromebook Dengan Quick View Dan Window Switchin Yang Lebih Baik

Posted: 31 Oct 2016 11:32 PM PDT


Chrome 54 telah pun sedia untuk desktop dan peranti Android untuk beberapa minggu la la nih dan kalau hampa telah menikmati ciri ciri depa tapi bagi pengguna chromebook yang masih dok tak ada lagi...

Soo Wincci Akhiaqnya Bergelaq Doktoq Selepaih 6 Tahun

Posted: 31 Oct 2016 08:42 PM PDT


Enam tahun bekerja keraih akhiaqnya Soo Wincci dapat menarik napaih lega apabila bergelaq doktoq falsafah PhD selepaih menerima ijazah dalam bidang Pengurusan bisnes pada majlih konvokesyen Unive...

Busana Persembahan Reggae Azharina Bernilai Rm300 000

Posted: 31 Oct 2016 08:24 PM PDT


Hari Ahad lepaih penyanyi Azharina telah menggayakan busana yang cukup menarik sesuai dengan lagu tugasan No Woman No Cry yang bergenre Reggae nyayian asai Bob Marley Namun sapadia sangka busa...

Pengacara Bersama Pencetuih Ummah Anih Al Idruih Sedia Terima Kritikan

Posted: 31 Oct 2016 08:22 PM PDT


Diberikan tanggungjawab sebagai pengacara bersama bagi program realiti Pencetuih Ummah musim keempat PU4 dan Serambi PU4 Anih Al Idruih terbuka untuk menerima setiap komen dan kritikan oleh pen...

Peniaga Berlian Menghadiahi Pekerjanya Sempena Deepavali

Posted: 31 Oct 2016 12:42 PM PDT


Kebiasaannya para bos di India akan menghadiahi para pekerja depa sempena Deepavali tapi tak ghamai yang dapat menandingi kebaikan Savji Dholakia Savji memberikan 1 200 buah gheta dan 400 buah pa...

Saharul Ridzwan Bakai Bergelaq Bapak

Posted: 31 Oct 2016 11:22 AM PDT


Bila tengok gambaq gambaq Saharul Ridzwan dan isterinya Deena Emir di Instagram pasangan ni kelihatan cukup gembira sekali menjalani kehidupan sebagai laki bini sat saja masa berlalu bernikah ...

Menyimpan Rambut Selama Dua Tahun Untuk Menderma

Posted: 31 Oct 2016 09:44 AM PDT


soghang kanak kanak lelaki berumoq 7 tahun telah menyimpan rambutnya selama dua tahun hanya pasai ingin menderma kepada pesakit kanser Vinny Desautels dari California sangat gembira untuk menderm...

Barangan Ni Diperbuat Daripada Gentian Daun Nanaih

Posted: 31 Oct 2016 09:42 AM PDT


Ananaih Anam sebuah syarikat tekstil ataih kesedaran sosial telah melancaqkan barangan kulit yang diperbuat daripada nanaih atau dikenali sebagai Pinatex soghang pereka berbangsa Sepanyol pengas...

Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Barangkali Ada Benaqnya

Posted: 31 Oct 2016 07:02 AM PDT


Semasa kecik apa yang kita tau pasai Jerman ialah tenteranya sentiasa di pihak yang jahat berperang melawan hero hero Amerika ni semua adalah pengaruh filem Combat semasa zaman hat sama dok h...

5 Tips Melancong Dengan Lebih Bijak

Posted: 31 Oct 2016 03:42 AM PDT


1 Jangan dedahkan rancangan hampa di browsers Kebiasaannya hampa akan mencari lebih kurang 100 kali sebelum menempah tiket ke mana mana destinasi Maklumat hampa akan disimpan oleh portai dan s...

Dah Tiga Minggu Sakit Elly Mazlein Alami Gangguan Misteri Sehingga Ghasa Ketaq Lutut

Posted: 31 Oct 2016 02:22 AM PDT


Sejak menyertai Gegaq Vaganza 3 tahap kesihatan penyanyi Elly Mazlein agak tak menentu walaupun beliau dah mendapatkan rawatan di klinik tergempaq jugak kami apabila Elly mendedahkan beliau men...

beautifulnara

Posted: 01 Nov 2016 01:54 AM PDT

beautifulnara


Ramai Ponteng Kerja Hanya Kerana Suri Hati Mr. Pilot?

Posted: 31 Oct 2016 11:19 PM PDT

Penangan drama Suri Hati Mr. Pilot memang cukup hangat dan unik apabila peminat fanatik drama berkenaan sanggup hadir ke majlis tayangan perdana yang diadakan pada hari Isnin meskipun ia merupakan hari bekerja.

Menurut Miss K di portal Astro Gempak, beliau merasa hairan adakah peminat-peminat tidak bekerja semata-mata kerana ingin beramah mesra dengan pelakon utama Neelofa dan Fattah Amin.

Miss K puji effort tu, cuma yang peliknya tu datang beramai-ramai hari Isnin ni tak pergi kerja ke semua tu? Atau mereka ambil cuti semata-mata nak beramah mesra dengan para pelakon?

Kalau betullah mereka ambil cuti, Miss K respek sangatlah. Demi nak berjumpa pelakon kesayangan Suri Hati Mr Pilot, sanggup berkorban buang cuti untuk tatap wajah mereka.

Malah, sebelum ini sesi bertemu peminat ni telah pun diadakan di MPH Nu Sentral dan Singapura dan ia turut mendapat sambutan yang luar biasa.

Drama Suri Hati Mr. Pilot bukan sahaja menarik peminat daripada segi jalan ceritanya, tetapi gosip cinta antara Neelofa dan Fattah juga membuatkan ramai yang ingin melihat kemesraan mereka ketika berlakon.

Tidak dinafikan sambutan drama arahan Michael Ang ini mendapat sambutan yang cukup hangat. Terus-terang kami belum sempat untuk menonton Suri Hati Mr. Pilot meskipun khabarnya minggu ini adalah minggu terakhir drama tersebut bersiaran. Siapa yang dah tonton boleh tak kongsikan apakah kelebihan drama tersebut?

Sumber Berita : Astro Gempak

Pengacara Bersama Pencetus Ummah : Anis Al Idrus Sedia Terima Kritikan

Posted: 31 Oct 2016 08:08 PM PDT

Diberikan tanggungjawab sebagai pengacara bersama bagi program realiti Pencetus Ummah musim keempat (PU4) dan Serambi PU4, Anis Al Idrus  terbuka untuk menerima setiap komen dan kritikan oleh penonton kerana sedar bukan mudah untuk mengacarakan program berbentuk Islamik.

Menurut Anis, beliau menerima tawaran pengacaraan berkenaan kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu. Umum mengetahui, Anis sebelum ini aktif dalam bidang perniagaan dan berlakon.

Saya sedar apabila mengacarakan program Islamik segala apa yang dibuat akan diperhatikan. Justeru, saya sudah bersedia menerima segala kritikan dan teguran kerana manusia tidak akan terlepas melakukan kesilapan.

Pun begitu, jika ada komen negatif yang diterima, saya akan memperbaikinya. Memandangkan tugas kali ini lebih berat, saya sudah melakukan persediaan terlebih awal bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan teratur.

Berbicara mengenai apa yang beliau takut ketika mengacarakan program tersebut, Anis berkata, beliau merasa bimbang jika ada pihak mempersoalkan mengapa perlu membacakan komen daripada penonton di laman sosial.

Segmen membaca komen dari laman sosial ini baru tahun ini dilakukan. Pihak produksi meminta saya berbuat demikian bagi menghebahkan dan menarik lebih ramai golongan muda menonton program ini.

Sebenarnya saya ada mempersoalkan perkara ini kepada pihak produksi mengenai kebimbangan jika ada 'mulut-mulut' mengatakan segmen terbabit tidak perlu dibuat, tetapi saya ambil ia sebagai satu tanggungjawab dan lakukan sehabis baik.

Mengacarakan program Islamik memerlukan ketahanan minda yang kuat kerana akan ada pihak yang sentiasa melihat gaya seseorang pengacara itu. Apa-apa pun, berikanlah peluang untuk Anis Al Idrus mencuba yang terbaik.

Sumber Berita : Harian Metro

Busana Persembahan “Reggae” Azharina Bernilai RM300,000

Posted: 31 Oct 2016 07:05 PM PDT

Hari Ahad lalu, penyanyi Azharina telah menggayakan busana yang cukup menarik sesuai dengan lagu tugasan No Woman No Cry yang bergenre Reggae nyayian asal Bob Marley.

Namun, siapa sangka busana yang ditempah khas itu aksesorinya ialah berlian yang berjumlah kira-kira RM300,000. Menurut Azharina, beberapa pihak telah bermurah hati untuk menaja busana berkenaan.

Alhamdulillah, sejak memasuki pertandingan ini banyak pihak terutama yang saya kenali ingin memberi tajaan untuk setiap persembahan saya.

Seperti malam ini baju yang saya gayakan ini dibuat oleh pereka fesyen Razman Razmi yang dibuat ni Bangkok, Thailand dengan kos kira-kira RM30,000. Manakala anting-anting berlian ini nilainya RM100,000 termasuk rantai yang sepatutnya saya pakai tapi tidak dibenarkan produksi yang kesemuanya bernilai RM300,000.

Azharina sering ingin kelihatan berbeza dalam persembahannya dan tidak mahu terlalu bergantung kepada produksi untuk mengaturkan penampilan beliau.

Saya berterima kasih dengan platform yang diberikan dan peluang ini saya gunakan sebaik mungkin dan disebabkan itu saya sentiasa cari alterbatif lain untuk tampil di atas pentas. Saya tidak mahu perkara itu bergantung kepada pihak produksi sahaja. Mereka sudah beri peluang itu sudah cukup baik.

Selain itu, Azharina mengakui, beliau berkerja keras dalam memberi persembahan dan penyampaian lagu-lagu yang ditugaskan kepadanya dengan baik.  Azharina katanya mendengar 100 buah versi  lagu No Women No Cry untuk mendapatkan hasil terbaik.

Sumber Berita : mStar Online

Saharul Ridzwan Bakal Bergelar Bapa?

Posted: 31 Oct 2016 09:03 AM PDT

Bila melihat foto-foto Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir di Instagram, pasangan ini kelihatan cukup bahagia sekali menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Sekejap sahaja masa berlalu, bernikah pada 16 September lepas, kini mereka sudah sebulan lebih mendirikan rumah tangga.

Malah, menurut sumber kepada Poklip di portal Utusan Online, Saharul bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Deena dikatakan sudah hamil. Baru sebulan usia kandungannya itu.

Walaubagaimanapun, sumber berkenaan memberitahu Saharul belum mahu mengumumkan berita gembira itu kerana kandungan isterinya itu masih berada di peringkat awal.

Jika benar Deena sudah sebulan hamil, kiranya bunting pelamin bukan? Terbukti kejantanan Saharul Ridzwan. Hehe.. Harapnya ibu dan anak didalam kandungan akan sentiasa sihat. Kena rehat secukupnya dan jangan melakukan pekerjaan yang berat-berat.

Sumber Berita : Utusan Online

No comments:

Post a Comment