Sunday, 20 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 20 Nov 2016 12:13 PM PST

MySensasi


Live Streaming AFF Suzuki Cup 2016

Posted: 19 Nov 2016 06:56 PM PST

Live Streaming AFF Suzuki Cup 2016. Kejohanan bolasepak Asean iaitu Piala AFF Suzuki kini kembali dengan Philipines dan Myanmar akan menjadi tuan rumah untuk saingan awal peringkat kumpulan. Pasukan manakah yang akan muncul juara untuk edisi kali ini? Kumpulan A akan berlangsung di Philipines turut akan melibatkan Singapore, Thailand dan Indonesia manakala Myanmar akan bersama …

The post Live Streaming AFF Suzuki Cup 2016 appeared first on Info Semasa.

Siaran Langsung Malaysia vs Kemboja 20 November 2016

Posted: 19 Nov 2016 05:35 PM PST

Live Streaming Siaran Langsung Malaysia vs Kemboja 20 November 2016. Hari yang dinantikan oleh seluruh peminat bolasepak Malaysia dengan perlawanan pertama Piala AFF Suzuki melibatkan skuad Harimau Malaysia menentang Cambodia dalam kumpulan B. Perlawanan menentang Kemboja atau Cambodia ini adalah perlawanan wajib menang bagi skuad Malaysia kendalian Dato Ong Kim Swee kerana lawan selepas ini …

The post Siaran Langsung Malaysia vs Kemboja 20 November 2016 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 20 Nov 2016 09:58 AM PST

KedahLanie.info


Bersih 5 aman, kenapa tutup jalan, kedai makan dan masjid?

Posted: 20 Nov 2016 04:44 AM PST

 
Perhimpunan Bersih 5 terbukti mampu berlangsung secara aman jika tidak ada provokasi melampau daripada pihak tidak bertanggungjawab, kata ahli jawatankuasa Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Dr Zulkarnain Lokman.

Namun katanya, lalu lintas terganggu di sekitar Kuala Lumpur dan jalan-jalan menuju pusat bandar kerana banyak jalan utama yang ditutup.

Sebahagian daripada peguam Amanah yang menjadi pemerhati di perhimpunan Bersih 5 pada 19 November
Sebahagian daripada peguam Amanah yang menjadi pemerhati di perhimpunan Bersih 5 pada 19 November
"Sepanjang tinjauan, saya dapati perhimpunan ini berlangsung dengan aman tanpa gangguan. Yang terganggu adalah trafik kerana banyak jalan ditutup. Saya tidak nampak keperluan untuk menutup sebegitu banyak jalan," katanya yang bertugas sebagai peguam pemerhati sepanjang perhimpunan semalam.

Beliau juga kesal dengan pengurusan Masjid Jamek yang menutup tempat ibadat itu menyebabkan orang Islam tidak boleh menunaikan solat Zohor di situ.

Sebaliknya Masjid India dibuka dan ramai peserta Bersih 5 menunaikan solat dan berehat termasuk memberishkan diri.

"Saya juga kesal kerana Masjid Jamek Melayu ditutup kepada orang Islam untuk menunaikan solat zohor. Sedangkan Masjid India dibuka seluas-luasnya dan para jamaah bebas untuk bersuci, beristirehat dan solat.

"Ini adalah kerugian kepada Masjid Jamek Melayu kerana saya lihat ramai juga jemaah memberikan sumbangan kepada tabung derma masjid. Saya pasti tabung Masjid India bertambah berlipat kali ganda daripada hari biasa," ujarnya.

Selain itu katanya, tiada keperluan bagi peniaga khususnya peniaga kedai makan menutup perniagaan mereka semalam kerana ia ternyata merugikan.

"Saya juga lihat banyak kedai yang ditutup. Ini juga kerugian kepada peniaga itu sendiri khasnya peniaga makanan dan minuman. Semua meja penuh hari ini (Semalam). Malah, pagi tadi (semalam), restoran di KTM Kuala Lumpur telah kehabisan roti canai.

"Oleh itu, saya tidak faham kenapa kedai-kedai itu perlu ditutup sedangkan pelanggan berpotensi berduyun-duyun lalu di hadapan kedai masing-masing," katanya.

Perhimpunan semalam yang dianggarkan disertai hampir 50,000 orang bermula jam 10 pagi bermula di Bangsar dan Masjid Negara.

Bagaimanapun peserta perhimpunan tidak dibenarkan menghampiri Dataran Merdeka menyebabkan penganjur membuat keputusan untuk ke KLCC.

Ia berakhir di KLCC dengan aman selepas pidato beberapa pemimpin Bersih dan pemimpin politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jamil Khir - Perhimpunan Agung Umno akan bincang kerjasama politik dengan Pas

Posted: 20 Nov 2016 04:33 AM PST

kerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam, kata MT Umno 
 
Langkah mewujudkan kerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam di negara ini, kata seorang anggota Majlis Tertinggi Umno.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata atas dasar itu Umno secara ikhlas, berani dan jujur sedia bekerjasama demi menegakkan tuntutan agama.

"Perkara ini seharusnya melangkaui dimensi politik dan perlu dilaksanakan demi membawa kebaikan seiring rasa takwa kita sebagai umat Islam.

"Usul ini akan dibawa sebagai agenda utama untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno nanti," katanya ketika menjadi speaker sesi ketiga: Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung di sini mulai 29 Nov hingga 3 Disember depan.

Jamil Khir berkata usaha memperkasa perpaduan Melayu-Islam merupakan satu daripada empat teras utama yang diberi penekanan pada konvensyen kali ini.

Tambahnya tiga teras lain termasuk mengangkat gagasan peradaban Islam model Malaysia, memperkasa institusi dan agensi Islam serta mengangkat kualiti pendidikan Islam.

Alhamdulillah.. PRESIDEN PAS telah 'discaj' dari hospital petang tadi

Posted: 20 Nov 2016 04:25 AM PST


Alhamdulillah Tuan Guru Presiden telah discaj dari HSNZ, semoga beliau akan terus membimbing dan memimpin ummah, insyaa Allah.

Ribuan terima kasih kepada kakitangan HSNZ yang telah memberi rawatan dan layanan yang baik sepanjang beliau berada di Wad.

Sumber : https://www.facebook.com/abdulhadiawang/posts/1142286299189820

5 YB PAS engkar arahan parti dengan sertai BERSIH5, Dewan Pemuda PAS suruh ambil tindakan keatas mereka

Posted: 20 Nov 2016 04:10 AM PST


Inilah YB-YB tersebut...

 
1. YB Mahfuz Omar, MP Pokok Sena, Kedah 

2. YB Ahmad Baihaqi, MP Kubang Kerian, Kelantan

3. YB Dr. Nik Mazian, MP Pasir Puteh, Kelantan, YDP Pasir Puteh

4. YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu

5. YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan, Kedah

Ibrahim Ali: Perkasa letak 50 calon bebas untuk PRU14

Posted: 20 Nov 2016 03:53 AM PST

 ibrahim-ali
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengumumkan akan meletakkan 50 calon bebas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata calon bebas memberi alternatif kepada pengundi untuk membuat pilihan, khususnya pengundi Melayu.

"Kita tidak tolak kemungkinan Perkasa akan membariskan sekumpulan calon-calon bebas yang kita namakan 'calon barisan bebas Perkasa' untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

"Tumpuan kita ialah kerusi Parlimen majoriti Melayu, (yang) sudah tentu ditandingi Barisan Nasional, PAS dan Pakatan Harapan. Kita akan masuk," katanya dalam satu sidang media di Stadium Titiwangsa.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dasar dalam Persidangan Agung Tahunan Ke-7 Perkasa 2016 yang disertai oleh 2,000 orang ahlinya.

Mewajarkan rancangan itu kepada perwakilan Perkasa, Ibrahim yakin ia tidak akan menjejaskan kepentingan pengundi Melayu seluruhnya memandangkan semua parti akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

"Kita percaya sesiapa yang menang di kawasan Melayu, ia tidak akan jejas orang Melayu," tegasnya.

Terdapat 5 parti berteraskan Melayu-Islam yang popular ketika ini iaitu Umno, PAS, PKR, PPBM dan Amanah manakala parti lain seperti DAP juga mempunyai ahli berbangsa Melayu.

Ibrahim menjelaskan rasional disebalik rancangan Perkasa untuk menurunkan calon bebas.

"Pasal sistem di Malaysia ini bergantung kepada parti yang menang. Jika jadi ahli Parlimen…tak kira Umno, DAP atau PAS…anda tidak bebas. Anda boleh bercakap apa anda nak cakap, tetapi bercakap pun ditentukan oleh parti mereka," katanya.

Tambahnya calon yang dipilih mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang meyakinkan.

"Bagi peluang kepada calon bebas, sebab barisan yang kita kenalpasti adalah mereka yang berkelayakan seperti bekas pegawai tinggi kerajaan, peguam pengalaman, golongan profesional dan tokoh agama," katanya.

Alhamdulillah... Hari ini turun BERSIH, esok Najib turun perdana menteri..

Posted: 20 Nov 2016 01:24 AM PST

BERSIH1 hingga 4: Apa yang kita dapat?

Nur Hanun Muhammad & Tarmizi Anuwar

ULASAN l Setiap kali menjelang perhimpunan BERSIH, persoalan seperti "Apa yang saya dapat jika turun perhimpunan BERSIH?" akan ditanya oleh sebilangan rakyat Malaysia.

Ada juga yang berpegang kepada "Hari ini turun BERSIH, esok Najib tetap perdana menteri". Mereka menganggap tiada sebarang perubahan akan berlaku.

Ini antara kenyataan yang biasa kita dengar. Benar, hari ini pergi demonstrasi, esok kerajaan BN masih mentadbir Malaysia. Hari ini pergi demonstrasi, esok harga minyak masih tidak turun. Hari ini pergi demonstrasi, esok-esok harga tol akan tetap naik.

Pernahkah kita berfikir bahawa proses pendemokrasian atau perubahan itu jarang berlaku secara drastik.

Sebaliknya, ia memerlukan rantaian usaha, pengorbanan dan masa dalam memastikan agenda perubahan mampu digerakkan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh kita teliti, yang boleh dianggap sebagai kejayaan dalam pendemokrasian negara oleh rakyat sendiri melalui perhimpunan BERSIH1 hingga BERSIH4.

Pengetahuan tentang hak-hak rakyat

Celik sivik rakyat Malaysia dalam memahami Perlembagaan Persekutuan mengenai Perkara 10(1)(b) yang menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Jika sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kita semua mempunyai hak untuk menyuarakan rasa tidak setuju kepada kerajaan melalui perhimpunan aman di jalan raya.

Namun, setelah melalui empat siri BERSIH, boleh dilihat jumlah peningkatan daripada 30,000 orang pada BERSIH1 sehingga hampir 500,000 orang pada BERSIH4 menjelaskan orang ramai semakin berani ke hadapan, mengetahui dan bersuara tentang hak mereka di negara ini.

Walaupun sedikit ironi, tetapi intipatinya penting.

Dalam video terbaru yang telah dimuat naik oleh Facebook Kelab Che Det, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:

"Kita kalau nak lawan sesuatu tentulah ada rintangan, halangan. Kita mesti sanggup untuk menghadapi halangan dan mengatasi halangan itu.

"Kalau kita nak berjuang cuma bila keadaan cukup bersih, cukup elok, jalan luas dengan ditabur bunga, itu bukan perjuangan. Kerana hasilnya adalah kebaikan bagi diri kita".

Peratus keluar mengundi semakin meningkat

Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13, sebanyak 13,268,002 pemilih yang berdaftar. Mereka terdiri daripada pengundi biasa sebanyak 12,885,434 orang, pengundi pos sebanyak 146,742 orang dan pengundi awal sebanyak 235,826 orang.

Pada tahun 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa dalam PRU13 sebanyak 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar telah keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula terdapat 505 kerusi, sebanyak 9,742,254 orang atau 85.82 peratus yang telah keluar mengundi.

Jika dibandingkan dengan jumlah pemilih yang keluar mengundi pada PRU12, terdapat peningkatan sebanyak 30.44 peratus iaitu dari 54.40 peratus pada PRU13 kepada 84.84 peratus pada PRU berikutnya.

Jumlah pemilih berdaftar pada PRU12 adalah sebanyak 10,922,139 dan jumlah pemilih yang keluar mengundi pula adalah 8,161,039.

PRU13 sebenarnya telah mencatatkan peratusan keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dan perincian antara PRU12 dan PRU13 dapat dilihat seperti berikut:

Penggunaan dakwat kekal

Buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia, SPR memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU12 tahun 2008.

Bagaimanapun ia tidak digunakan dengan alasan bertentangan dengan perlembagaan kerana menghalang orang yang mengundi walaupun tangannya bertanda.

Namun, sejak PRU13, ia telah digunakan secara rasmi sehingga yang terkini di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dakwat kekal ini akan dicalit pada jari setiap pengundi untuk mengelak kemungkinan ada percubaan oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab untuk mengundi lebih sekali di tempat yang berlainan.

Antara negara-negara lain yang telah menggunakan dakwat kekal ini adalah Afrika, India, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.

Walaupun penggunaan dakwat kekal ini meletakkan Malaysia dalam kumpulan yang sama dengan negara kurang maju, sekurang-kurangnya ini adalah usaha ke arah pilihan raya yang bersih.

Pada masa yang sama rakyat perlu terus menggesa agar penggunaan dakwat kekal ini diperbaiki kerana di beberapa negara lain telah pun menggunakan pengesahan sistem pengundian biometrik yang lebih sistematik.

Ke arah Malaysia Baru

Masih ingat ketika berlakunya tindakan agresif daripada pihak polis yang memukul, menembak gas pemedih mata dan menyembur air kepada para demonstran.

Kita telah menunjukkan kesepaduan jiwa dengan membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

Ada antara kita yang bantu membasuhkan muka dengan garam dan air serta memapah mereka yang cedera mendapatkan bantuan perubatan.

Dan perkara yang lebih penting adalah kita berjaya membuktikan yang kita mampu untuk berkumpul secara aman dan harmoni tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

Ini menunjukkan terdapatnya rakyat Malaysia yang benar-benar ingin melihat sebuah negara merdeka ini meningkat dewasa dengan matang dan menghormati antara satu sama lain.

Suka untuk saya kongsikan, jika ditanya tentang pengalaman menyambut hari kemerdekaan negara yang paling menyeronokkan dan menyentuh perasaan, secara peribadi adalah sewaktu menyanyikan lagu Negaraku bersama ratusan ribu rakyat Malaysia pada malam terakhir BERSIH4.

Malaysia baru

Penting untuk diingatkan, beberapa tahun kebelakangan ini, negara kita telah digemparkan dengan pelbagai isu yang melibatkan perkauman dan ekstremisme agama, kleptokrasi, nepotisme, rasuah, salah guna kuasa, kematian dalam tahanan dan banyak lagi memberi kesan kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.

Terbaru, anggota parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad pula ditahan reman hanya kerana mengkritik kerajaan Sabah dengan membongkar isu rasuah RM114.5 juta yang membabitkan seorang pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah.

Juga isu-isu seperti NFC, 1MDB, Rizab Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang berkait dengan integriti dan ketelusan pentadbiran negara ini menuntut agar rakyat Malaysia terus berani melawan kekejaman rejim pemerintah.

Untuk semua rakyat Malaysia, percayalah bahawa apabila kita membantah kebimbangan ini bersama-sama, kita akan menyedari bahawa kita sebenarnya berkongsi keresahan yang sama.

Ketepikan sengketa dan perbezaan, mari kita bersama-sama menjadi penggerak kepada pendemokrasian yang lebih baik di negara ini. Ayuh, satukan tenaga demi Malaysia yang baru!

NUR HANUN MUHAMMAD dan TARMIZI ANUWAR percaya kepada suara rakyat sebagai kunci perubahan ke arah Malaysia yang lebih sejahtera.

Tahniah sekali lagi buat BERSIH 5..!

Posted: 19 Nov 2016 07:59 PM PST

1. Dengan dokongan serta sokongan padu dari pelbagai NGO serta Parti Pembangkang termasuk AMANAH, PKR, DAP dan BERSATU ia adalah yang paling berjaya meskipun tanpa kelibat dari Pas.

2. Pas tidak lagi boleh mendabik dada tanpa kehadiran mereka akan gagal. Pas bukan lagi penanda aras sokongan orang Melayu kepada pembangkang selepas kehadiran BERSATU dan AMANAH.

3. Gandingan mantap rakyat Malaysia(Melayu, Cina dan India) membuktikan budaya rasis serta perkauman melampau sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat.

4. Ini menunjukkan bahawa rakyat telah matang dan bersedia untuk menghumban BN-UMNO serta kuncu-kuncunya menjadi pembangkang. Kenaikan pelbagai kos sara hidup memungkinkan kebangkitan rakyat sedang bermula.

5. BERSIH 5 berjaya menolak budaya samseng tajaan baju merah kumpulan Jamal meskipun pelbagai provokasi dan gangguan di lakukan supaya BERSIH 5 di lihat tercemar.

Mazhar Yusof

BERSIH 5 : Baru aku kenal siapa kawan siapa lawan.. siapa berkecuali...

Posted: 19 Nov 2016 07:58 PM PST

Sedikit catatan... Selepas kenyang nasi lemak royal....

Nampaknya benarlah kita merancang allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itu sebaik2 perancangan...

Kini baru aku kenal siapa kawan siapa lawan.. Siapa berkecuali.... Aku yakin Allah sedang cuba menunjukkan kepada dunia apa yg sedang berlaku sebenarnya...

Diawal kepergian aku pagi tadi aku ada memesan supaya pakat muhasabah dirilah semua... Sesungguh peringatan Allah itu datang berbagai cara untuk mengingatkan...

Jika kaya tetiba diberi miskin dan jika sihat diberikan sakit....itu semua kuasa Allah...

Dalam kita sihat tetiba kenapa kita jatuh sakit...aku boleh kata Allah sedang memperingati kamu duhai pemimpin...takala rakyat bangkit kamu tidak sedikit pon menyatakan sokongan...tapi sebaliknya berlaku dimana kamu biarkan pengikutmu mengherdik.. Memerli.. Memperlekehkan apa dilakukan rakan yg lain...lalu Allah turunkan peringatan...

Itu peringatan pada pemimpin...pada yg dibawah...jangan seronok jika ada modal memerli dan mengeji cara perjuangan sahabat terdahulu....

Jika tak nak pergi duk diam diam la, buat kerja dekat dengan rakyat, pastu bagi rakyat menilai nak undi parti hangpa ke tak pru14 nanti. Mudah kan??

tak payah la cakap sabtu pi bersih 5 ahad nasib orang miskin terbela, nampak sangat bodonya...

Takpayah dok bandingkan melayu kurang cina banyak... Semua itu persepsi sahaja...melayu kurang sbb kita ada melayu yg mmepertahankan najib lebih ramai diketika ini... Paling malang melayu mcm kamu.. Dah la menghasut melayu jangan pie kemudian bila kurang kamu suka... Apa sebenarnya yg tersemat disanubari kamu sebenarnya....

Bersih 1 dan bersih 2 hangpa sertai bersama dalam setiap himpunan seperti himpunan hijau ke putrajaya di stadium darulaman... himpunan royalti minyak kelantan di kb... akhirnya pakatan rakyat dapat memenangi 4 negeri disebabkan sedikit sebanyak impak dari bersih seperti penggunaan dakwat kekal dan sebagainya....

Ini bersih 5 kita berharap akan bagi impak sedikit sebanyak untuk pru14 nanti, bukannya sabtu pergi bersih hari ahad najib jatuh!

selagi angpa duduk dalam kepompong syurga neraka yang angpa duk label orang itu ini, selagi tu lah otak angpa tak pernah berubah.... hgpa suka seronok dapat memerli rakan seperjuangan dgn anda dahulu sdgkan dalam jiwa raga anda musuh anda dan musuh kami adalah tetap sama iaitu kjaan bn najib....

Tapi itu dululah..skrg kami dah tak campur dah sbb cara politik anda sudah berbeza dgn cara kami...apa anda nak anggap musuh anda dahulu terpulang sbb itu cara politik anda...

Yang pasti kami doakan semoga perjuangan kita semua diredhai Allah swt...

Mat Alishah
Nasi Lemak Royal AS

Proham: Ingat janji, Sosma untuk pengganas

Posted: 19 Nov 2016 07:50 PM PST

Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (Proham) hari ini mengecam penahanan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Dalam kenyataan bersama Pengerusi Prohoam Kuthubul Zaman Bukhari dan setiausahanya Datuk Dr Denison Jayasooria berkata, tindakan itu melanggar janji diberi pihak kerajaan ketika Sosma digubal.

Kata mereka sebelum ini pihak berkuasa berjanji menggunakan Sosma hanya ke atas pengganas.

"Maria Chin seorang pejuang hak asasi manusia, bukan pengganas. Maria dan BERSIH cuma mahukan perubahan kepada sistem pilihan raya semasa di Malaysia untuk mendapatkan kebebasan dan keadilan pilihan raya.

"Ini tidak memudaratkan, atau melemahkan demokrasi berparlimen. Sebaliknya, ia menguatkan demokrasi berparlimen," kata mereka.

Maria Chin ditahan polis semalamselepas anggota keselamatan dan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

Turut ditahan bersama Maria Chin, anggota sekretariat BERSIH, Mandeep Singh.

Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kepada Malaysiakini Maria Chin ditahan mengikut Sosma.

Sebelum ini dilaporkan BERSIH disiasat mengikut Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana mengadakan aktiviti mengancam demokrasi berparlimen - suatu tuduhan yang boleh dikaitkan dengan peruntukan Sosma.

Ekoran penahanan Maria Chin mengikut akta itu Proham menggesa kerajaan membebaskannya serta penyokong BERSIH yang lain dan bekerjasama dengan pertubuhan itu untuk membawa perubahan dalam sistem pilihan raya.

"Bekerjasama dengan mereka mengambil langkah proaktif ke atas menambah baik sistem pilihan raya sedia ada," kata Kuthubul dan Denison.

Kuthubul ialah bekas presiden Majlis Peguam Malaysia manakala Denison ialah bekas ahli akademik dan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Benarkah BERSIH tidak mampu ubah apa-apa????

Posted: 19 Nov 2016 05:40 PM PST

Bersih tak ubah apa-apa

Kalau orang kata Bersih tak ubah apa-apa, katakan pada mereka, betul! Bersih tak ubah apa-apa.

Dulu pilihanraya kita tak ada dakwat kekal, tapi sekarang ada dakwat kekal. Bersih tak ubah apa-apa.

Dulu masa Bersih 2, 3 bila rakyat bantah, rakyat kena tembak gas, kena hambat, kena pukul, tapi sekarang #Bersih5 hak membantah makin baik. Bersih tak ubah apa-apa.

Dulu Tun Dr. Mahathir perangi demonstrasi, dia lawan kita, dia lawan rakyat. Hari ini Tun Mahathir sendiri join demonstrasi, join kita, dia join rakyat, lawan pemerintah Kerajaan! Bersih tak ubah apa-apa.

Bersih tak ubah apa-apa. Tak ada langsung. Sebab, yang buat Malaysia berubah adalah rakyat.

Rakyat yang menggerakkan Bersih, yang telah dan akan terus mengubah Malaysia.

Ini bukti Malaysia boleh berubah dengan kuasa rakyat.

Harapan Malaysia di masa depan ada pada rakyat.

Pesan seorang atuk yang dipenjara di Sungai Buloh: Suara Rakyat, Suara Keramat.

Ini Kuasa Rakyat!

Yasir Tarmizi

KENYATAAN MEDIA : KECAM OPS BERSIH DAN PENANGKAPAN KE ATAS AKTIVIS BERSIH DAN AHLI POLITIK PEMBANGKANG

Posted: 19 Nov 2016 05:02 PM PST

20 November 2016

Angkatan Muda Keadilan mengecam sekeras-kerasnya penangkapan aktivis Bersih dan ahli politik pembangkang seperti yang tersenarai di bawah;

Maria Chin Abdullah
Mandeep Singh Karpal Singh
S Arutchelvan
Ronnie Liu
YB Anthony Loke
YB Howard Lee
Lee Khai Meng
Wong Chee Wai
Anis Syafiqah
Muhamad Luqman Nul Haqim
Hishamuddin Rais
Muhammad Safwan Anang
YB Zuraida Kamaruddin
YB Tian Chua

Siri tangkapan ini adalah satu bentuk intimidasi dan pelanggaran hak asasi rakyat Malaysia. Hakikatnya pihak Polis Di Raja Malaysia dan pemerintah telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk melakukan siri tangkapan ini.

Hakikat bahawa BERSIH selaku penganjur telah memberikan kerjasama yang tinggi kepada pihak PDRM sebelum dan semasa perhimpunan dan telah bergerak di dalam ruang lingkup yang dibenarkan dalam sistem demokrasi dan Perlembagaan negara ini. Tindakan PDRM dan pemerintah ini adalah satu bentuk pencabulan hak rakyat dan Perlembagaan Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak injuksi untuk menghalang himpunan Bersih 5 dan kenyataan pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail yang menegaskan bahawa berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia termasuklah penjawat awam, pelajar universiti, ahli akademik dan guru mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Tindakan atau sebarang kenyataan untuk menghalang hak ini juga adalah menyalahi Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu hak kepada kebebasan berhimpun secara aman.

Angkatan Muda Keadilan mendesak agar pihak PDRM dan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional untuk segera membebaskan kesemua tahanan tanpa sebarang syarat. Tindakan menggunakan SOSMA dan kanun keseksaan yang lain untuk menahan mereka ini adalah satu bentuk salahguna kuasa oleh pihak PDRM dan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Angkatan Muda Keadilan juga akan mula mengerahkan anggota dan rakyat Malaysia untuk berhimpun di lokasi-lokasi penahanan pimpinan dan aktivis Bersih, sebagai tanda solidariti dan tunjuk perasaan serta sebagai satu bentuk tekanan kepada pihak PDRM dan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional untuk segera membebaskan tahanan-tahanan ini tanpa syarat.

Dr Afif Bahardin
Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan

beautifulnara

Posted: 20 Nov 2016 02:04 AM PST

beautifulnara


(15 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Kedua Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Posted: 19 Nov 2016 06:23 PM PST

Minggu lepas pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli  selamat diijabkabulkan dan telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan di pihak perempuan dengan tema Fairytale yang cukup indah.

Semalam pula,  majlis bertandang bagi pihak lelaki pula berlangsung dengan cukup meriah sekali di Brightstar Banquet Hall, Ampang, Kuala Lumpur.

Amar dan Amyra masing-masing tampak cukup segak dan anggun mengenakan busana yang dibuat daripada kain songket lengkap dengan pelamin berwarna kuning dalam majlis yang bertemakan klasik tradisional.

Kami mendoakan agar pasangan sama cantik sama padan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat mereka.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan kedua Amar Baharin dan Amyra Rosli dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : peveyhackproduction

Memang Sikap Saya Gila-Gila Tapi Bukan Mahu Publisiti Murahan – Sharifah Sakinah

Posted: 19 Nov 2016 09:01 AM PST

Sebut sahaja nama Sharifah Sakinah tentu ada yang mengaitkan beliau dengan sikap gila-gilanya itu. Dari dahulu, Sakinah memang "masuk air" dan tidak kisah dengan komen negatif daripada mereka yang kurang senang  dengan sikapnya itu dan melabelkan beliau sebagai selebriti yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Lebih-lebih lagi apabila Sakinah memuat naik foto-foto beliau di Instagram, pasti ada juga pihak yang cuba mencari kesalahannya.

Walaubagaimanapun, Sakinah memberitahu beliau masih tahu menjaga batas serta maruah keluarganya dan enggan mencari publisiti murahan.

Di sebalik sikap gila-gila itu, saya masih menjaga maruah keluarga. Tidak pernah terlintas untuk mencari publisiti murahan dengan paparan yang dimuat naik di Instagram. Semua itu adalah aktiviti seharian yang ingin saya kongsi bersama peminat.

Buat Sakinah, beliau tidak mahu terlalu pusing memikirkan kontroversi berkaitan dirinya dan terpulang kepada masyarakat untuk menilai dirinya. Terus terang,  beliau sudah lali dengan semua tanggapan negatif.

Sebelum terbabit dalam lakonan, sudah ramai yang bercakap mengenai saya. Apabila memasuki industri hiburan, saya sudah lali dengan pelbagai tanggapan negatif.

Terserah kepada umum untuk menilai. Bagi saya, berdiam diri adalah jalan terbaik dan setiap kontroversi yang datang akan berlaku begitu sahaja.

Lebih banyak kita memikirkan komen negatif yang dilemparkan terhadap diri kita, memang boleh tertekan dibuatnya. Kadang-kadang susah hendak memuaskan hati orang lain dan berdiam diri adalah jalan terbaik. Apa yang penting,  diri sendiri dan keluarga tahu sikap kita sebenarnya.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Posted: 19 Nov 2016 08:29 AM PST

Bakal menimang cahaya mata pertama selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kegembiraan pengarah terkenal Syamsul Yusof bertambah apabila doktor mengesahkan isterinya, Puteri Sarah Liyana sedang hamil anak lelaki.

Khabar gembira itu diketahui ketika Syamsul membawa Puteri Sarah membuat pemeriksaan kehamilan dua minggu lepas.

Sambil membuat pemeriksaan isteri saya turut menjalani ujian imbasan kehamilan. Doktor mengesahkan isteri hamil anak lelaki.

Saya sangat gembira dan bersyukur. Apatah lagi ini adalah anak pertama kami. Usia kandungan kini mencecah lima bulan dan dilaporkan sihat.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Syamsul dan isterinya itu masih belum membuat sebarang persiapan dari segi kelengkapan bayi kerana baru sahaja mengetahui jantina anak mereka.

Itulah kata orang, berkat kesabaran dan doa yang tidak putus pasti akan membuahkan hasil yang tiada nilainya. Kami mendoakan kebahagiaan Syamsul dan Puteri Sarah bertambah dan semoga segala proses bersalin nanti dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

myartis.com

Posted: 20 Nov 2016 02:01 AM PST

myartis.com


6 GAMBAR - GELAGAT ATU ZERO BERSAMA ANAK SULUNGNYA

Posted: 19 Nov 2016 08:31 PM PST



Pelawak Atu Zero yang bergelar ayah pada 9 November lalu itu dilihat berkongsi beberapa keping gambar anak perempuan sulungnya menerusi laman Instagram.

Melalui perkongsian itu, nampaknya gambar cahaya mata sulung Atu itu turut mendapat pujian daripada pengikut IGnya di mana rata-rata mereka memuji kecomelan anaknya itu disamping mengucapkan tahniah.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SELAMAT BERSALIN - IESYA TOH TIMANG 'BABY BOY'

Posted: 19 Nov 2016 07:49 PM PST



Tahniah diucapkan buat personaliti RTM, Iesya Toh dan suaminya atas kelahiran anak sulung mereka pada pukul 1.46 pagi semalam di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 33, berkata, beberapa nama sudah disediakan untuk bayi lelakinya yang dilahirkan secara normal dengan berat 2.92 kilogram itu dan akan dipilih dalam tempoh berkenaan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

43 FOTO - SUASANA MAJLIS BERTANDANG AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN

Posted: 19 Nov 2016 06:38 PM PST



Malam semalam telah berlangsungnya majlis bertandang bagi pihak pengantin lelaki bagi pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang diadakan di Brightstar Banquet Hall, Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam yang yang bertemakan klasik traditional itu menyaksikan pasangan merpati dua sejoli ini kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan songket berwarna beige.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SYAMSUL YUSOF & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK LELAKI

Posted: 19 Nov 2016 03:54 PM PST



"Sambil membuat pemeriksaan isteri saya turut menjalani ujian imbasan kehamilan. Doktor mengesahkan isteri hamil anak lelaki.

"Saya sangat gembira dan bersyukur. Apatah lagi ini adalah anak pertama kami. Usia kandungan kini mencecah lima bulan dan dilaporkan sihat," demikian kata pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang berkongsi berita gembira itu setelah mengetahuinya ketika membawa isterinya, Puteri Sarah Liyana membuat pemeriksaan kehamilan dua minggu lepas.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 20 Nov 2016 01:53 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Depa Sanggup Memotong Anggota Badan Demi Hidup Gembira

Posted: 20 Nov 2016 12:16 AM PST


ghamai yang saja saja mencederakan diri depa hanya pasai ingin menjadi cacat depa meghasakan diri depa sebagai penyamar kalau tangan dan kaki depa berfungsi dengan baik Keadaan ni disebut kebol...

Ingin Menjadi Lebih Kaya Dalam Bisnes Baca Tips Ni

Posted: 20 Nov 2016 12:14 AM PST


hampa ingin gheta yang baguih rumah yang baguih dan semestinya wang yang banyak supaya hampa boleh laku apa yang hampa inginkan tapi tu semua tak akan buat hampa berjaya hampa akan menjadi leb...

Oghang Kidai Sebenaqnya Lebih Pelik Dari Yang Hampa Sangkakan

Posted: 20 Nov 2016 12:12 AM PST


depa yang kidai ni adalah golongan yang jarang dijumpai Bilangan depa hanya 10 peratuih daripada populasi biasa walaupun depa perlu belajaq menggunakan pelbagai benda yang dicipta untuk oghang t...

Cheq Memang Gila Gila Tapi Masih Dok Jaga Maruah Keluarga

Posted: 19 Nov 2016 11:12 PM PST


keghap dok dengaq terpalit dengan gosip masa di awai kemunculannya sehinggalah la nih pelakon Sharifah Sakinah ambik pendekatan untuk berdiam diri pasai percaya setiap perkara yang datang akan ber...

Lagu Mana Menguji Fungsi Touch Bar Pada Mac Hampa

Posted: 19 Nov 2016 09:52 PM PST


Apple telah memperkenaikan MacBook Pro baghu pada akhiaq Oktober lepaih dengan rekaan yang lebih nipih disampin menggantikan sambungan sedia ada kepada sambungan berasaihkan USB Type C Apa yang m...

Sharnaaz Ahmad Putuih Cinta Lagi

Posted: 19 Nov 2016 08:12 PM PST


Melihatkan beberapa upload gambaq terpalin baghu di Instagram Sharnaaz Ahmad pelakon ni bagaikan memberi gambaran dia sedang melepaihkan sesuatu namun berserah kepada ketentuan Tuhan BACA Sharn...

8 Tips Memandu Masa Musim Hujan

Posted: 19 Nov 2016 08:02 PM PST


Memandu dalam keadaan basah dan berkabuih bukanlah sesuatu yang mudah untuk hampa semua mengharunginya tapi 8 tips ni akan membantu hampa sampai ke destinasi hampa dengan selamat walaupun dalam ke...

Sekitaq Majlih Resepsi Pernikahan Kedua Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Posted: 19 Nov 2016 07:52 PM PST


Minggu lepaih pasangan Amaq Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkaboikan dan telah mengadakan majlih resepsi pernikahan di pihak pompuan dengan tema Fairytale yang cukup indah kemarin pulak ...

Jangan Label Kaum Dengan Nama Tak Berapa Nak Elok Tpm

Posted: 19 Nov 2016 03:34 PM PST


HULU SELANGOR Timbalan Perdana menteghi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagitau beliau tak mau tengok rakyat Malaysia dilabelkan dengan nama tak berapa nak elok mengikut kaum Sebagai contoh ...

Bersih 5 Pelancong China Frust

Posted: 19 Nov 2016 03:32 PM PST


kola LUMPUR Dua pelancong China frust pasai hasrat mengikuti pelbagai program pelancongan sekitaq Dataran Merdeka terganggu susulan perhimpunan Bersih 5 Pasangan tu frust dengan situasi berkenaa...

Maria Chin Kena Tahan Di Bawah Sosma

Posted: 19 Nov 2016 02:32 PM PST


Pengerusi Bersih 2 0 Maria Chin Abdullah kena tahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah langkah spesial 2012 Sosma dan penahanannya boleh dilanjutkan sehingga 28 hari Pengarah Ekseku...

Airdroid 4 La Nih Sedia Didownload Memudahkan Lagi Proses Memindahkan Fail Ke Peranti Lain

Posted: 19 Nov 2016 12:52 PM PST


AirDroid merupakan salah satu aplikasi dan perisian yang ditawaqkan kepada pengguna peranti Android dalam usaha memudahkan depa memindahkan fail ke peranti lain macam ke komputer Disampin tu h...

Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Bakai Timang Anak Lelaki

Posted: 19 Nov 2016 10:24 AM PST


bakai menimang anak pertama selepaih dua tahun mendirikan rumah tangga kegembiraan pengarah femes Syamsul Yusof bertambah apabila doktoq mengesahkan isterinya Puteri Sarah Liyana sedang mengandun...

Memang Sikap Cheq Gila Gila Tapi Bukan Mau Publisiti Murahan Sharifah Sakinah

Posted: 19 Nov 2016 10:22 AM PST


Sebut saja nama Sharifah Sakinah tentu ada yang mengaitkan beliau dengan sikap gila gilanya tu Dari dahulu Sakinah memang masuk ayaq dan tak ceghita dengan komen tak berapa nak elok daripada d...

Soghang Jurutera Yang Memberi Inspirasi Kepada Watak Aamir Khan Dalam 3 Idiots Mendapat Anugerah Antarabangsa

Posted: 19 Nov 2016 05:44 AM PST


Sonam Wangchuk 50 merupakan soghang jurutera dari Leh tapi lebih dikenali sebagai lelaki yang memberi inspirasi kepada Aamir Khan dengan wataknya yang terkenai sebagai Phunsukh Wangdu dalam 3 ...

Ingat Komik Ni Apabila Hampa Tengok Islamofobia Di Khalayak Ghamai

Posted: 19 Nov 2016 05:42 AM PST


Apa yang perlu dilaku kalau hampa tengok penindasan dari oghang yang fobia tentang pasai Islam Bayangkan hampa dok ada dalam sebuah bas atau barangkali sedang ambik angin di taman kemudian hampa ...

13 Tanda Tanda Lelaki Yang Kuat Meghencap No 9 Tu Memang Nampak Sangat Kan

Posted: 19 Nov 2016 05:32 AM PST


warning Beronani meghencap adalah hukumnya haram bagi umat islam malah boleh merbahayakan kesihatan hampa Nasihat admin cepat cepat menikah kalau hampa ingin tengok samada lelaki tu kuat megh...

Berteruih Terang Ramuan Rahsia Madu Tiga

Posted: 19 Nov 2016 03:02 AM PST


kalau tak bersalah tak perlu risau selului yang jadi masalah apabila membuat salah Sifiaq ni berguna untuk semua keadaan Baik dalam bisnes politik rumah tangga bahkan percintaan Berterui...

ROTIKAYA

Posted: 19 Nov 2016 08:05 PM PST

ROTIKAYA


Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Lagi?

Posted: 19 Nov 2016 08:00 PM PST

Melihatkan beberapa muatnaik gambar terbaru di Instagram Sharnaaz Ahmad, pelakon ini bagaikan memberi gambaran dia sedang melepaskan sesuatu namun berserah kepada ketentuan Tuhan.

BACA: Sharnaaz Ahmad Rancang Nikah Tahun Depan

8-sharnaaz-ahmad-putus-cinta-lagi-rotikaya

Rata rata peminatnya juga turut memberi sokongan moral selain berharap agar Sharnaaz bersabar dan tabah menghadapi dugaan malah ada di antara mereka yang mula mengaitkan perkara tersebut dengan jodoh.

Usaha kami untuk mendapatkan penjelasan daripada pelakon berkenaan bagaimanapun tidak berhasil kerana panggilan telefon tidak berjawab. Mungkin bila tiba masanya, Sharnaaz akan bersedia untuk memberikan kenyataan.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah menyuarakan hasratnya untuk menikahi kekasihnya, Noor Nabila pada tahun hadapan. Bagaimanapun, mungkin juga luahan hati Sharnaaz di Instagram bukanlah pada perkara berkaitan jodoh. (rtky/s)

KUALA LUMPUR 28 NOV 2013     Pelakon Sharnaaz Ahmad  bergambar pada sidang media drama bertajuk Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Dua Sentral Kuala Lumpur di sini hari ini. Gambar ASWAD YAHYA Pemberita NIK_AIDA Utusan_Kosmo    NOTA  TERBITAN  KOSMO  ISNIN  2 DISEMBER 2013  MUKA 42    ***ARCHIVED BY KY 6-sharnaaz-ahmad-putus-cinta-lagi-rotikaya 5-sharnaaz-ahmad-putus-cinta-lagi-rotikaya 4-sharnaaz-ahmad-putus-cinta-lagi-rotikaya 2-sharnaaz-ahmad-putus-cinta-lagi-rotikaya 1-sharnaaz-ahmad-putus-cinta-lagi-rotikaya

Majlis Kedua Resepsi Perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli

Posted: 19 Nov 2016 08:57 AM PST

Minggu lalu telah menyaksikan sebuah majlis resepsi perkahwinan yang cukup mempersonakan bagi pasangan bahagia, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang bertemakan ala Fairytale. Pada minggu ini pula berlangsung majlis bertandang bagi pihak pengantin lelaki yang diadakan dengan meriahnya di Brightstar Banquet Hall, Ampang, Kuala Lumpur pada malam semalam.

BACA: Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli

Sekali lagi pasangan sama manis sama padan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang cukup indah, bertemakan klasik traditional berserta pelamin yang lengkap bewarna kuning diraja. Manakala pengantin pula kelihatan cantik dan segak mengenakan songket berwarna beige.

“Selepas berkahwin kami akan mengurangkan berlakon bergandingan bersama dalam drama, ia adalah atas nasihat orang berpengalaman. Ia bagi mengelakkan perkara yang berkaitan agama dan hukum hakam yang boleh memberi kesan negatif kepada hubungan sebagai suami-isteri,” jelansya kepada m Star Online mengenai keputusan mereka untuk kurangkan lakonan bersama.

Apapun semoga ikatan perkahwinan yang dibina yang berkekalan sehingga akhir hayat mereka. Memang sama cantik sama padan Amar dan Amyra ini, apatah lagi dengan busana yang dikenakan oleh mereka ketika resepsi membuatkan mereka kelihatan anggun. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar resepsi kedua perkahwinan Amar dan Amyra (rkty/w)

14448189_925105397619659_1981753006214873088_n 14515715_364206183927074_2496840840521973760_n 14540472_350079455369356_7009518134675636224_n 14550060_362521434083862_6128357451612815360_n 14553235_1203473869733309_7981633700943101952_n 14566499_566644803546371_4313666501275025408_n 14591902_2188057988086250_529693673756033024_n 14677411_1162827337115821_2067261763514007552_n 15034558_1192538477459638_4706603021847494656_n 15034697_640276709484968_6829932340710473728_n 15034721_1282888865086683_5298559273125543936_n 15034728_1836068686675565_2896125202498846720_n 15034733_1030216477104523_6748459997971087360_n 15034760_1824679144413367_2076200758688088064_n 15034825_640263769490013_5679977881116082176_n 15034936_1193317394081819_8223377653185380352_n 15035000_977076762397937_708798040542019584_n 15035789_1868119326752664_6272420709239095296_n 15035796_716906951806413_4909051871622070272_n 15043511_1839613346320964_6251000251340029952_n 15043886_1083081201789449_3381668583841988608_n 15046923_1809510479326933_7140371176706015232_n 15046965_238637903222845_5767770388490616832_n 15046968_667513830086654_589726390157312000_n 15048207_215224865583547_5203272494496088064_n 15057289_1617003921934706_2875731894618554368_n 15057293_1806064819646129_1035160162844803072_n 15099401_897130527055630_6800236812271878144_n 15099522_895796177188061_3409135762988335104_n 14488342_595612847311966_7692388939415420928_n

No comments:

Post a Comment