Kalau masih ingat dulu Ruhainies pernah dikaitkan dengan Datuk Seri Adnan Abu selepas gambar mesra mereka tersebar. Sejak kejadian itu Ruhainies mengakui dirinya tidak ingin lagi bekerjasama dengan ahli perniagaan itu lagi. Mengakui kontroversi yang pernah melanda dirinya itu dulu memberi kesan, Ruhainies kini lebih berwaspada untuk tidak mengulangi kesalahan sama.
"Sejak daripada kontroversi itu memang tiada apa-apa projek, tiada lagi hubunginya. Kalau boleh saya elakkan sebab sudah berlaku benda macam itu. Kalau kerjasama lagi akan jadi isu lain pula lepas ini. Jadi saya tak mahu dan elak daripada benda ini timbul. Saya akan tolak kerjasama lagi. Mahu kesian pun nak buat macam mana, beliau kena faham”
“Banyak lagi artis lain yang beliau boleh ambil selain saya. Sebab suka, itu yang saya nak elakkan. Kalau suka-suka ini saya tak mahulah sebab saya muda lagi. Bila kerja, saya nak kerja sahaja. Tak mahu ada isu peribadi dicampur adukkan. Kalau nama naik sebab sebab negatif, saya tak mahu,” katanya kepada Projek MMO mengenai perkara tersebut.
Suami kepada penyanyi, Adira itu mula menjadi bualan ramai apabila sekeping gambar menunjukkan beliau merangkul erat pinggang Ruhainies ketika menaiki eskelator di sebuah pusat membeli-belah. Tidak kisah dengan kejadian yang berlaku, Datuk Red mengakui dirinya menyukai pelakon itu dan berniat untuk ingin mengenali Ruhainies dengan lebih dekat lagi.
Bagaimanapun, Ruhainies pula dalam kenyataan lain bengang dengan kejadian tersebut dan merasakan dirinya diperangkap oleh Datuk Red sehingga gambar itu tersebar. Terkilan dengan kejadian itu, Ruhainies serik untuk melakukan sebarang kerjasama dengan ahli perniagaan itu lagi yang dianggap seperti tidak serius dan profesional dalam urusan kerja. (rkty/w)
Tahniah kami ucapkan kepada Julia Ziegler kerana bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017. Malah perkara tersebut juga adalah umpama permulaan kehidupan baru buat pelakon ini.
“Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri. Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di Kampung Baru. Siang nikah malam resepsi”
“Konsep garden wedding. Majlis saya sehari itu sahaja termasuk dengan majlis pihak lelaki. Yang penting bagi saya adalah kehadiran keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan masa yang berkualiti bersama mereka. Saya mahukan kenangan bersama mereka di hari persandingan saya,” katanya kepada portal Media Hiburan.
Jelas Julia sebelum ini, dia percaya bakal suaminya iaitu Johan adalah jodoh yang terbaik buat dirinya. Apa pun, semoga majlis pasangan ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)
Siapa tidak teruja menimang bayi, apatah lagi cahaya mata sulung. Bagi yang mampu bolehlah berbelanja lebih demi keperluan bayi. Bagi isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah pula, mereka sekeluarga yang bakal bercuti ke London pada bulan depan mengambil peluang itu untuk membeli barangan persiapan bayi yang sedang murah sempena perayaan Krismas.
“Hujung tahun ini saya dan keluarga akan bercuti ke London dan Paris. Kebetulan pula negara itu mengadakan murah sempena Krismas dan akhir tahun. Tentu banyak pakaian dan barangan kanak-kanak yang dijual pada harga istimewa. Teruja pula rasanya, maklum saja saya dan suami belum membuat sebarang persiapan kerana merasakan masih terlalu awal”
“Sejak mengandung, selera saya berubah kepada makanan pedas. Saya yakin anak ini nanti mengikut Syamsul yang gemar hidangan pedas. Selain itu, saya kini cepat letih dan mengantuk. Asal ada masa terluang pasti saya tidur,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai perubahan yang berlaku ke atas dirinya sejak kandungan memasuki trimester.
Sebelum ini Puteri Sarah yang pernah melalui saat pahit dimana beliau telah keguguran, berasa teruja apabila disahkan hamil sekali lagi. Pasangan bahagia ini mengumumkan berita gembira itu pada penghujung bulan September lalu dengan usia kandungan ketika itu sudah pun tiga bulan. Pasti ramai yang tidak sabar ingin melihat wajah comel bayi sulung mereka ini. (rkty/w)
Boleh tahan juga berita yang belum diketahui kebenarannya ini kerana mendakwa Sharnaaz Ahmad menumbuk kekasihnya iaitu Noor Nabila. Namun perkara tersebut dinafikan sendiri oleh Nabila di laman Instagram.
“By the way, saya ada dengar rumors (khabar angin) bodoh about me and Sharnaaz. Saya doakan siapa yang buat fitnah tu dan penyebar cerita tak betul tu semoga mendapat hidayah dan keampunan dari Allah SWT”
“Dosa fitnah lebih teruk dari membunuh. Baik bunuh orang je dik oi. Jangan sibuk hal orang, jaga diri sendiri tu belum tentu lagi awak ada tiket masuk syurga nak tambah dosa tu kenapa. Saya nak ajak semua orang yang follow saya ni 178k ni, doakan orang tu, semoga Allah bersihkan hati dia,” jelasnya.
Rata rata komen yang ditinggalkan di laman Instagram Nabila berharap agar dia terus bersabar menghadapi perkara tersebut. Macam macam dakwaan boleh ditimbulkan oleh warga laman sosial namun jarang sekali mereka ini berani tampil atau menonjolkan diri. (rtky/s)
Semalam kecoh sebentar apabila Janna Nick dihentam teruk oleh peminat selepas beliau memberikan komen mengenai fizikal pelakon Hollywood, Ruby Rose. Hari ini Janna Nick melalui Berita Harian Online memohon maaf secara terbuka mengenai tindakannya mengkritik bentuk badan pelakon itu yang terlalu kurus dan dianggap seperti menghina oleh sesetengah orang.
“Saya minta maaf di atas kebodohan saya. Saya sudah lama mengikuti Ruby Rose di Instagram dari zamannya berisi hingga kurus. Saya sendiri tidak tahu wujud terma body shaming iaitu komen atau sikap negatif terhadap saiz dan berat badan seseorang sedangkan saya tidak bermaksud apa-apa. Komen itu sebenarnya saya tulis sejak lima bulan lalu”
“Tapi apabila Instagram mengemaskini sistem, komen saya secara automatik dilihat individu yang saya ikuti di laman bergambar berkenaan. Sebab itu ia menjadi viral namun ikutkan saya malas mahu melayan isu ini. Saya pun awalnya tidak tahu budaya orang sana berhubung komen fizikal secara terbuka adalah sesuatu yang dianggap seperti menghina”
“Saya akan teruskan dengan kerja seni ini. Kalau tidak suka lagu saya jangan dengar radio. Kalau tidak suka lakonan saya, jangan buka TV. Kalau tak suka dengan pemakaian saya dan cara pembawaan diri saya, janganlah mengendap. Tegurlah, saya boleh terima dengan hati terbuka. Kita manusia boleh tahu membezakan perkara positif dan negatif”
Dalam masa yang sama, Janna berharap kesalahan yang dibuat tanpa disedarinya itu tidak tempias kepada artis Malaysia yang lain serta tiada pihak yang menilai buruk terhadap artis tempatan. Walau apapun, sebagai manusia pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan, Janna pula sudah memohon maaf, rasanya tidak perlulah memanjangkan isu ini lagi. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Konsortium Asia Petrohub bakal melaksanakan projek penambakan tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak yang lebih mapan di Yan, Kedah bernilai lebih AS$20 bilion (RM89.41 bilion).
Raja Chik Jaafar Raja Mokhtar
Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Asia Petrohub, Raja Chik Jaafar Raja Mokhtar berkata, fasa pertama projek tersebut yang akan bermula dalam tempoh enam sehingga sembilan bulan bakal menyaksikan kerja-kerja penambakan merangkumi kawasan seluas 3,035.14 hektar bagi menempatkan kemudahan penapisan hidrokarbon baharu dikenali sebagai Kompleks Kilang Penapisan Minyak Sultan Abdul Halim.
Katanya, di samping mewujudkan pelbagai bandar baharu dalam lingkungan hab berkenaan, konsortium itu juga akan membina saluran paip merentasi sempadan dan laluan kereta api kargo yang paling cepat.
“Kilang yang dijangka beroperasi dalam tempoh tiga tahun ini, mempunyai kapasiti untuk menapis 400,000 tan minyak mentah sehari untuk dijadikan pelbagai produk seperti petrol dan diesel.
“Kami mengimport minyak mentah dari negara Asia Barat, Afrika dan Venezuela yang diproses di sini dan produk akhirnya akan dieksport ke negara-negara seperti Jepun, China, Korea dan Taiwan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di sini hari ini.
Konsortium itu ditubuhkan oleh IMC London, iaitu sekumpulan penaja dan bank yang berpangkalan di Britain bersama dengan beberapa syarikat kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) antarabangsa dari Arab Saudi, Eropah, China, Japan, Korea dan Amerika Syarikat (AS).
Mengulas lanjut, Raja Chik Jaafar berkata, projek pembangunan holistik itu turut menjanjikan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin berkembang bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain mewujudkan peluang luas dalam pelbagai bidang kepada rakyat Kedah dan ASEAN.
“Malaysia merupakan tempat terbaik untuk pemain industri terutama berkaitan sumber tenaga untuk berkembang atau melabur dalam perniagaan. Kita bukan sahaja mempunyai akses kepada sumber asli ASEAN malah mempunyai banyak modal insan berkemahiran di Asia.
“Rakyat Malaysia dan pelabur boleh mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif seperti dwi mata wang, pertumbuhan kuantum eko-hartanah, pertumbuhan pelbagai industri secara serentak, akses segera kepada tenaga kerja ASEAN dan rantai bekalan di Asia,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya bercadang untuk membina empat lagi kilang penapisan minyak di Kedah, Kelantan dan Thailand pada masa akan datang.
“Malah, kami juga bercadang untuk menapis dua juta tan metrik minyak mentah dalam sehari daripada semua lima kilang beroperasi, dengan jumlah nilai pembangunan sebanyak AS$180 bilion (RM804.69 bilion),” katanya.
1MDB semalam mengumumkan penjualan aset penjana bebas (IPP) di bawah anak syarikatnya Edra Energy kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100% aset penjanaan. Ini adalah bertentangan dengan dasar negara selama ini bahawa aset-aset strategik seperti penjanaan dan pembekalan elektrik tidak boleh jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49%.
Saya telah memfailkan dua usul di Parlimen untuk menghalang perkara ini dari berlaku.
Satu usul ialah untuk menghadkan bidaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada nilaian RM8 bilion bagi ekuiti Edra Energy untuk menghalang kerajaan dari menggunakan TNB untuk membayar hutang 1MDB. Saya berterima kasih kepada TNB yang bersetuju dengan pandangan saya itu bahawa nilaian bagi ekuiti aset-aset ini adalah sekitar RM8 bilion dan bidaan TNB sekitar nilaian itu akhirnya ditolak oleh kerajaan walaupun sepatutnya bidaan konsortium syarikat asing terbatal kerana melanggar had pegangan ekuiti.
Saya juga ada memfailkan satu usul tergempar untuk membincangkan keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti kepada syarikat asing semata-mata bagi membolehkan Edra Energy dijual kepada konsortium China-Qatar tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.
Sepanjang perkara ini dibawa, saya kesal kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat atau pimpinan Umno yang bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara. Kegagalan mereka bersuara mengiyakan pandangan rakyat terbanyak bahawa Umno tidak lagi peduli dengan kebajikan rakyat dan kepentingan negara kerana penjualan aset Edra ini kepada syarikat asing membawa kesan besar seperti berikut:
1. Risiko kepada kelangsungan dan kestabilan pembekalan elektrik di negara ini
2. Risiko kenaikan tariff bila konsesi-konsesi penjualan tenaga dirundingkan kembali dengan syarikat asing ini dalam tahun 2016 dan 2022
3. Risiko pekerja asing dibawa masuk yang mengganggu peluang pekerjaan rakyat Malaysia
4. Risiko lebih banyak kontrak IPP masa hadapan diberikan kepada syarikat asing
5. Risiko kesan kepada TNB di masa hadapan apabila kedudukan strategiknya dilunturkan akibat kehadiran syarikat asing gergasi ini
Saya telah mengulangi berkali-kali bahawa keberhutangan 1MDB akhirnya akan mengheret institusi-institusi kerajaan dan GLC untuk menutup hutangnya yang besar itu. Sebelum ini kita tahu aset-aset penting negara seperti tanah-tanah yang mahal telah dipindahkan kepada 1MDB.
Kemudian kita terkejut bila dana dari institusi rakyat seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga terpalit dengan 1MDB. Terkini, kita terpaksa pasrah menerima keputusan songsang menggadaikan keselamatan dan kelangsungan perbekalan elektrik negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.
Saya pasti selepas ini lebih banyak harta negara akan dijual dan dilelong kepada syarikat asing demi untuk menutup lubang hutang 1MDB.
RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN
Dalam wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO di televisyen malam semalam, antara perkara yang disebut oleh Najib Razak ialah berkaitan pelaburan dari China.
Sambil merujuk kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL, Najib berkata, "kalau kita tak bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gagal, bila kita bawa masuk, mereka kata kita gadai."
"Selama ini tak timbul...apa beza dengan pelaburan dari Jepun, Eropah dan China?" soalnya.
Projek ECRL ialah pembinaan landasan keretapi menghubungkan antara Tumpat di Kelantan sehingga ke Pelabuhan Kelang dengan jarak sejauh 688 kilometer dan menelan kos sebanyak RM55 bilion.
Apakah projek ECRL itu suatu pelaburan atau hutang?
Jika dilihat berdasarkan fakta yang dibentangkan sebelum ini, projek ECRL itu diserahkan kepada syarikat China untuk melaksanakannya dengan pembiayaan penuh, juga oleh bank dari China yang diberikan kelulusan untuk membuka cawangannya di Malaysia.
Tempoh bayaran baliknya ialah selama 20 tahun.
Bagaimana Najib boleh mengatakan ECRL adalah suatu pelaburan, sedangkan kita kena membayar balik perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat China untuk tempoh selama 20 tahun?
Sejak bila terma pelaburan perlu dibuat bayaran balik?
Bukankah ia sebenarnya suatu bentuk hutang dengan China?
Apakah tiada syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek ECRL itu?
Sudahlah begitu, diberikan pula lesen bank, pembelian kapal laut, keretapi laju ke Singapura dan pelbagai lagi, semuanya juga kepada syarikat dari China.
Dengan itu, salahkah jika ada yang mengatakan kita bukan saja gagal, malah juga sedang menggadai? (SH 29/11/2016).
Umno akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang diusulkan PAS bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah, kata Datuk Seri Najib Razak.
Presiden Umno itu berkata ini bagi membolehkan parti komponen mendapat pemahaman yang jelas berhubung tujuan RUU berkenaan.
"Kita sebagai sebuah kerajaan Barisan Nasional, kita akan berundinglah... dengan komponen-komponen Barisan Nasional supaya mereka faham apa dia sebenarnya tujuan rang undang-undang pindaan tersebut," katanya pada Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di Putrajaya, semalam.
Perdana menteri menegaskan bahawa RUU berkenaan bukannya hudud dan hanya melibatkan umat Islam.
"Ini menaikkan kuasa kepada Mahkamah Syariah dan ini tidak kena mengena dengan bukan Islam sama sekali," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.
Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.
Operasi bersepadu antara kerajaan negeri Kelantan bersama polis, Jabatan Perhutanan menahan Orang Asli yang membuat sekatan terhadap pembalak di Gua Musang pagi ini.
Seramai sembilan Orang Asli di Gua Musang ditangkap pagi ini dalam operasi pihak kerajaan negeri Kelantan memusnahkan halangan (blocked) laluan lori balak.
Kesemua mereka yang ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di blocked Simpang Petei itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
Senarai mereka yang ditahan setakat pagi ini adalah seperti berikut:
Azmi bin BadulAyel bin AjibMajid bin AlongYusmab bin AndokAlang bin AlongArif bin PandakAngah bin TegauRadi bin UdaManglo bin tegau
Sumber juga memberitahu Malaysia Dateline, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan turut memusnahkan halangan di Simpang Petei yang dibina Orang Asli sebelum ini.
Halangan berkenaan sebagai protes komuniti tertindas itu selepas kerajaan negeri dilihat enggan mengambil kira bantahan mereka supaya aktiviti pembalakan tebang habis di hutan simpan kekal dihentikan.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak NGO difahamkan akan mengadakan Solidariti Selamatkan Orang Asli mulai malam ini.
Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan Malaysia Dateline dari semasa ke semasa.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pasangan lelaki dan wanita tanpa segan silu dirakam melakukan seks di tepi tingkap pada siang hari dan aksi tersebut turut disaksikan oleh pekerja sebuah syarikat yang terletak di bangunan bertentangan dengan hotel penginapan pasangan terbabit.
Pelakon Uqasha Senrose lebih selesa kini, kerana tidak perlu menjadi hipokrit selepas mengambil keputusan untuk membuka tudung. "Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.
Afrika – Seorang lelaki yang mengakui dirinya 'nabi' menggunakan penyembur racun serangga dalam satu upacara pengubatan pesakit di daerah Limpopo di sini.
Kisah nasib malang Budak 'Hantu' kerana kecuaian doktor. Seperti kebanyakan remaja berusia 16 tahun, fikiran Mithun Chauhan dikuasai tiga perkara bersekolah, bermain dengan rakan dan berpacaran.
PENYANYI yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin tersingkir dalam saingan separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) Ahad lalu dengan memungut markah terendah iaitu 61.25 mata.
Selain dianiaya dan dizalimi, etnik Rohingya memaklumkan nasib mereka lebih malang apabila ada diantara mereka pernah dipaksa menukar agama atau keluar daripada Islam.
Aksi Fattah Amin yang memegang tangan Neelofa sewaktu mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam menghangatkan lagi gosip percintaan antara mereka.
Lama jugak toknek tak skodeng Instagram pelakon femes Rozita Che Wan atau Che Ta ni sebab sebelum ni memang toknek antara peminat yang selului mengikuti perkembangan pelakon ni lebih lebih lagi ...
Maxih hari ni telah melancaqkan program terpalin baghu depa dalam menggunakan teknologi untuk menaik taraf prestasi akademik para pelajaq terutamanya di kawasan luaq bandaq dinamakan sebagai Max...
Ginella Massa baghu berumoq 29 tahun jugak soghang wartawan mencatat sejarah sebagai penyampai berita pertama di Kanada yang memakai tudung masa membaca berita di tv Ginella Massa membaca berit...
ghamai antara kita yang menetapkan satu matlamat baghu ataupun cabaran namun serin gagai mencapainya Ada jugak yang dah bermula dengan usaha yang sedikit dan berasa dah cukup dengan usaha tu K...
Auntie Anne telah mengesahkan pada hari ni nama pretzel dog telah ditukaqkan kepada pretzel sausage selepaih dilapoqkan bahawa permohonan sijil halai akan ditolak sekiranya gagai berbuat demi...
Selain dianiaya dan dizalimi etnik Rohingya memaklumkan nasib depa lebih malang apabila ada diantara depa dipaksa menukaq agama atau keluaq daripada Islam Sebagai balasannya depa terkecuali dari...
Gara gara melakonkan adegan mesra bersama soghang teman artis Wawa Zainal ghamai dok kata jelez tengok suaminya Aeril Zafrel didalam sebuah drama yang sedang hangat ditayangkan la la nih Bukan ...
Kalau hampa macam kami salah satu negara yang kami bercita cita untuk kunjungi dalam masa terdekat adalah Amerika Syarikat USA lebih lebih lagi kota besaq yang menjadi idaman ghamai macam New Yo...
Nampaknya la nih hampa sedang membaca artikel tentang pasai Neelofa dan Fattah Amin lagi tahniah Untuk perkembangan terpalin baghu pasangan ni nampaknya ada gambaq depa tersebaq yang menampakka...
alat canggih Rumah gheta dan banyak lagi yang hampa semua boleh dapat melalui jaringan Google betoi atau tak Apa saja yang hampa cari ataupun baca kesemuanya dari Google com Tapi penah hamp...
Gegaq Vaganza 3 minggu ni dihimpit gosip sekali lagi apabila ada yang mempertikaikan tindakan pihak Astro yang membenaqkan Ameng Sprin membawakan dua lagunya sendiri iaituBourgenvilla dan Romantis ...
sapadia sangka terdapat pekerjaan yang mengkhususkan pengajaran untuk mendidik anak anak kecik berdikari menggunakan tandaih sendiri Amanda Jenner dari Bournemouth England memiliki kebolehan un...
Sebelum ni Rozita Che Wan dikecam netizen gara gara sebuah gambaq tang mana anaknya Aaisyah Dhia Rana mengenakan pakaian singkat terpalin baghu pelawak Nabil Ahmad turut kena tegoq netizen apa...
Percintaan pelakon Faye Kusairi dan Azmi Hatta bukanlah satu berita baghu bukan Malah hubungan depa mendapat perhatian ghamai sebelum ni pasai ada dakwaan kata Faye sebagai punca Azmi dan Elly be...
Aksi Fattah Amin yang memegang tangan Neelofa masa depa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kemarin menghangatkan lagi gosip percintaan antara depa gambaq depa berdua dah viral di media...
Sebaris puisi yang ditulih oleh soghang pelajaq sekolah di Frankfruit masa era pemerintahan Nazi dijuai dengan ghega 140 000 RM 650 000 dalam satu lelongan bulan ni Anne Frank menulih puisi tu ...
sapa sapa pun yang penah menjejakkan kaki ke dalam rumah oghang Asia konfem mengetahui yang kasut tak dibenaqkan sama sekali Kebiasaannya kasut ditanggaikan sebelum memasuki rumah ataih sebab ke...
Okay masih dok lagi isu pasai tindakan Uqasha Senrose ambik keputusan tak mengenakan hijab baghu baghu ni melalui Astro Gempak pelakon ni menjelaihkan bahawa apa yang dilaku la nih bukanlah unt...
Bayangkan kehadiran jutaan tetamu yang tak diundang pada hari pernikahan hampa Pastinya ia bukan saja menggempaqkan malah boleh jadi punca hampa frust Namun tu yang berlaku apabila jutaa...
Kejajaan sebelum dianggap zalim dan jadi punca kehidupan rakyat penin pala dengan kos sara hidup Lancaqkan Arab Sprin untuk tumbangkan kerajaan dengan janji kehidupan yang lebih baik untuk rakyat...
Gara gara meninggaikan komen yang disifatkan kughang ajaq oleh pengguna laman so sial di luaq negara Janna Nick telah dihentam dengan teghok di laman Instagram bintang Hollywood Ruby Rose BACA ...
Pejam celik pejam celik bulan Disember ni Shopee dah pun berumoq 1 tahun Wow sungguh pantaih masa berlalu Buat hampa yang tak tau Shopee adalah satu applikasi yang memudahkan urusan juai beli...
"Saya mendapat panggilan kira-kira jam 2.30 pagi yang mengatakan anak saya kemalangan. Doktor memaklumkan keadaan dia sangat kritikal kerana mengalami pendarahan di otak dan tekanan darahnya rendah.
"Jadi doktor terpaksa meletakkan dia dalam keadaan koma dan pembedahan pertama memasukkan tiub untuk monitor tekanan otak sudah pun dilakukan tadi..
Sebelum ini, hubungan percintaan antara pelakon Faye Kusairi dengan bekas suami Elly Mazlein iaitu pengarah drama, Azmi Hatta mendapat perhatian ramai kerana dakwaan mengatakan Faye sebagai punca Azmi dan Elly bercerai.
Namun baru-baru ini, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja netizen kecoh mengatakan Faye sudah berpisah dengan Azmi kerana orang ketiga.
Sebelum ini pada bulan puasa lalu, kandungan Mila Jirin telah mengalami keguguran ketika usianya baru memasuki minggu kelima. Terkini, Mila memaklumkan bahawa dirinya itu kembali hamil.
Berita gembira ini dikongsikan Mila atau nama sebenarnya, Noorsyarmilla Jirin, 29, menerusi lama Instagramnya dengan memuatnaik gambar imbasan kehamilan.
Anak kepada Kak Ton iaitu Nadia Annuar yang merupakan personaliti TV dan suaminya, Hafiz Salleh baru-baru ini telah mengadakan majlis aqiqah buat anak perempuan mereka, Dya Naylaa yang kini berusia sebulan.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu dihadiri oleh ahli kelurga, sanak-saudara dan teman rapat pasangan ini.
Untuk makluman, anak sulung mereka ini dilahirkan pada 28 Oktober lalu.
Lama juga Abang Nara tak 'skodeng' Instagram pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta ini sebab sebelum ini memang Abang Nara antara peminat yang selalu mengikuti perkembangan pelakon ini lebih-lebih lagi nak tengok gelagat anak daranya yang comel, Aisyah tu.
Tapi baru-baru ini apabila Abang Nara 'skodeng' instagram Che Ta, Abang Nara tertarik pula dengan 'posting' Che Ta mengenai kereta barunya. Banyak juga dia post mengenai kereta baru idamannya tu iaitu Haval. Nampak dari gambar punyanya hebat macam kereta mewah tapi bila baca caption Che Ta dan selepas Abang Nara 'skodeng' pula instagram kereta tu, Haval Malaysia rupa-rupanya kereta baru Che Ta tu takdelah mahal sangat. Mana taknya, harga untuk kereta yang nampak mewah macam tu cuma bawah RM55,000 saja. Jauh lagi murah daripada kebanyakan kereta lain. Dah lah murah, Abang Nara tertarik pula dengan pelbagai keistimewaan kereta itu seperti minyak jimat, kualiti premium dan paling penting servis percuma selama lima tahun! Patutlah Che Ta pun beli dan bukan main dia 'promote' lagi. Harga murah dengan ansuran tiga bulan percuma. Bayangkan percuma ansuran bulan selama tiga bulan. Lepas tu kalau anda sama dengan Abang Nara yang semacam berminat nak membelinya, Haval Malaysia juga menawarkan perkhidmatan 'trade in' dengan nilai yang tinggi kepada kereta sedia ada sekarang. Pinjaman bank pun dijamin boleh diuruskan oleh Haval Malaysia. Menarikkan? So baru Abang Nara faham kenapa selebriti terkenal macam Che Ta pun sibuk membeli kereta ekonomi seperti Haval Malaysia sedangkan dia mampu memiliki kereta mewah lain. Reka bentuk kereta ni pun memang cantik dan bergaya. Abang Nara pun dah menghubungi Haval Malaysia dengan terus pergi ke pusat pameran selepas 'skodeng' instagram rasmi mereka di @havalmy. So anda semua bila lagi nak bergaya sakan seperti Che Ta?
Isu mengenai tindakan Uqasha Senrose membuka tudung masih lagi belum tamat. Ya, kami tahu tentu ada juga terfikir apa lagi yang hendak dibicarakan.
Baru-baru ini, Uqasha menerusi portal Astro Gempak memberitahu beliau selesa dengan imej terkininya kerana tidak perlu berpura-pura memuaskan hati orang lain.
Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.
Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana? Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang.
Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang.
Uqasha hanya ingin meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan gembira tanpa memikirkan lagi kecaman daripada netizen mengenai isu tersebut.
Penyingkiran penyanyi Nora Ariffin daripada GV 3 semakin hangat diperkatakan selepas beliau seakan memberikan gambaran dirinya disabotaj oleh pihak tertentu.
Menurut Nora, beliau terima jika penyingkirannya itu disebabkan kelemahan beliau ketika menyanyi. Walaubagaimanapun, beliau ingin menuntut keadilan sekiranya beliau terkeluar kerana kontroversi dan kecaman mengenai isu pertukaran lagu sebelum ini. Nora mengatakan dirinya dianiaya.
Saya terima jika rezeki saya terhenti disebabkan kelemahan, kekurangan ataupun markah "point" nyanyian saya. Saya bukanlah seorang penyanyi yang "perfect". Tetapi kalau diatas kekeliruan,kecaman yang saya terima, kalau itu yang menyebabkan saya tersingkir saya rasa saya ingin menuntut keadilan.
Saya rasa ianya tidak adil untuk saya kerana seolah-olah dianiaya dalam keadaan ini. Tiada orang mempertahankan saya.
Berikut video penuh kenyataan Nora:-
Apa pula pendapat anda? Jika benar Nora disabotaj pihak tertentu mungkin ia tidak adil untuk beliau. Apa-apa pun kita tunggu sahaja perkembangan isu ini nanti.
Gegar Vaganza 3 minggu ini dihimpit kontroversi sekali lagi apabila ada yang mempertikaikan tindakan pihak Astro yang membenarkan Ameng Spring membawakan dua lagunya sendiri iaituBourgenvilla dan Romantis pada peringkat akhir Gegar Vaganza 3 Ahad ini.
Menurut Ameng, beliau sendiri terkejut ketika diberikan lagu berkenaan. Namun, Ameng akui kedua-dua lagu yang diterimanya itu adalah daripada senarai lagu pilihan yang diberikan olehnya kepada pihak produksi sejak program berkenaan bermula.
Pada awal program pihak produksi minta kita senaraikan lagu yang menjadi pilihan kita, saya letak beberapa lagu termasuk beberapa lagu sendiri. Saya juga ada pilih beberapa lagu baru seperti lagu rap, tidak sangka pula lagu sendiri pula diberikan untuk peringkat akhir ini.
Ameng bagaimanapun tidak kisah jika markahnya dipotongt kerana beliau hanya ingin memberikan persembahan terbaik.
Pada tahap ini saya tidak fikir lagi menang atau kalah. Saya tidak kisah pun jika markah dipotong kerana saya sudah terima apa sahaja keputusan nanti. Apa yang saya fikirkan sekarang ialah perjalanan selepas tamatnya program ini.
Manakala, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad , pihak Astro menjalankan proses penjurian secara telus berdasarkan markah yang diberikan oleh juri. Mereka juga memberi kelonggaran jika ada peserta yang ingin menukar lagu.
Gara-gara memberikan komen di Instagram artis Hollywood, Ruby Rose, pelakon Janna Nick dimaki teruk oleh peminat Ruby Rose yang menyifatkan komen Janna agak "kurang ajar".
Janna memberikan komen bahawa Ruby Rose kelihatan terlalu kurus dan ia menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminat pelakon Hollywood tersebut.
Namun, perkara itu sebenarnya sudah berlalu sejak beberapa bulan lepas.
Untuk pengetahuan anda, Ruby Rose adalah warganegara Australia dan memulakan kerjayanya didalam bidang peragaan serta pengacaraan sebelum bergelar pelakon. Antara filem popular yang dibintangi Ruby Rose ialah Resident Evil : The Final Chapter.
Pada kami tidak salah untuk meninggalkan komen bukan? Ermm, nampaknya mungkin dalam hal ini peminat Ruby Rose agak "over" sedikit..
Aksi Fattah Amin yang memegang tangan Neelofa sewaktu mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam menghangatkan lagi gosip percintaan antara mereka.
Foto mereka berdua sudah viral di media sosial dan seperti biasa pasti ada yang memberikan komen negatif.
Walaubagaimanapun, Fattah menjelaskan beliau terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin melindungi Neelofa daripada diserbu peminat. Menurut Fattah, mereka juga diganggu peminat sehingga ke hotel tempat mereka menginap.
gambar oleh @marul69 via Instagram
Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal.
Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan.
Fattah juga menafikan khabar angin kononnya, Neelofa menghalang beliau untuk bergandingan dengan Mira Filzah dalam sebuah drama.
Perkara ini tak ada kena mengena dengan Lofa. Itu hanya cakap-cakap orang. Sebenarnya jadual kerja saya tak mengizinkan untuk terbabit dalam drama itu.
Wah! Ini baru dikatakan hero, sanggup melindungi seseorang wanita daripada diganggu. Tak gitu? Hehe.. Macam dah ada perasaan sayang didalam hati Fattah buat Neelofa..
Percintaan pelakon Faye Kusairi dan Azmi Hatta bukanlah satu berita baharu bukan? Malah, hubungan mereka mendapat perhatian ramai sebelum ini kerana ada dakwaan mengatakan Faye sebagai punca Azmi dan Elly bercerai.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja netizen kecoh mengatakan Faye sudah berpisah dengan Azmi kerana orang ketiga.
Walaubagaimanapun, Faye menerusi portal Harian Metro menafikan dakwaan berkenaan dan cinta antara mereka masih lagi hangat membara.
Saya tidak tahu macam mana boleh cerita kononnya saya dan Azmi sudah berpisah. Terus-terang, kami masih berkawan rapat dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini. Begitu juga dengan dakwaan ada orang ketiga dalam hubungan kami. Saya dan Azmi tidak mahu ambil tahu gosip yang tersebar ini.
Saya sudah malas hendak komen isu sebegini. Kalau saya buka mulut pun orang tetap tidak percaya dan mengecam saya juga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri dan tidak perlu mengulas apa-apa lagi.
Dalam pada itu, Faye memberitahu buat masa ini mereka berdua belum mempunyai rencana untuk mendirikan rumah tangga dan menyerahkan soal itu kepada ketentuan takdir.
Terbaru, pelawak Nabil Ahmad turut ditegur netizen apabila anak perempuannya Naera Mikayla juga berpakaian dengan perut terdedah ketika menyambut hari jadinya yang ke 4 dengan tema Toy Story.
Ramai yang merasa kurang senang melihat cara Naera berpakaian sehingga mempersoalkan mengapa seorang yang bergelar haji tidak menjaga penampilan anaknya.
Berikut antara komen di Instagram Nabil :-
Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan, apa-apa pun cubalah untuk menegur dengan cara berhemah. Kami faham netizen sebenarnya sayang dengan Nabil Ahmad dan keluarganya sebab itu mereka ingin menasihat.
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment