Tuesday, 8 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


AMMBOI DOT COM

Posted: 08 Nov 2016 12:40 PM PST

AMMBOI DOT COM


KPDNKK AKAN SENARAI 285 JENAMA MINYAK MASAK BERSUBSIDI UNTUK BEZA DENGAN MINYAK MASAK KITAR SEMULA

Posted: 08 Nov 2016 04:37 AM PST

KPDNKK akan senarai 285 jenama minyak masak bersubsidi! Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyenaraikan 285 jenama minyak masak bersubsidi dalam tempoh terdekat. Ia bagi mengelakkan kekeliruan antara minyak masak berkenaan dan minyak masak kitar semula. Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata inisiatif itu dibuat bagi mengelakkan pihak tidak beretika mengambil kesempatan untuk […]

The post KPDNKK AKAN SENARAI 285 JENAMA MINYAK MASAK BERSUBSIDI UNTUK BEZA DENGAN MINYAK MASAK KITAR SEMULA appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 08 Nov 2016 10:03 AM PST

KedahLanie.info


Mengapakah Hj Hadi kerap ponteng ke Parlimen?

Posted: 08 Nov 2016 05:22 AM PST

Mengapakah Hj Hadi kerap ponteng ke Parlimen?
Ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 malam tadi terus mengundang polemik orang ramai yang dapat dilihat pada lontaran komentar di media sosial Facebook dan kumpulan WhatsApp.

Antaranya, Nazir Mahmud Khan membayangkan kekerapan bapa kepada Abdul Hadi akan dipanggil oleh pihak sekolah kerana ponteng kelas jika beliau masih bersekolah.

"Hadi ni kan kalau dia budak sekolah, aku tak tau la berapa kali bapa dia kena panggil pi sekolah pasai ponteng.

"Dah la tu kalau banyak hari ponteng dia akan kena gantung dan lepas tu kalau repeat jugak dia akan kena buang.

"Rasa-rasa belum tamat darjah 1 dia dah kena buang, buat rayuan, masuk semula, kena buang lagi," katanya berbaur sinis.

Bahkan, Nazir turut menyindir pendirian Abdul Awang berhubung gesaan rundingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.

"Dalam dok ponteng sekolah tu ada hati pulak nak jadi ketua kelas. Dah jadi ketua kelas nak ambik tindakan kat budak-budak pandai dan jaga yang bodoh-bodoh dan gatai," ujarnya dalam loghat Utara.

Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang mempersoal status Pas masa kini sebagai pembela rakyat atau pembela Perdana Menteri ekoran tindakan parti itu yang mengambil keputusan berkecuali.

"Undian bajet sepatutnya peluang untuk nyatakan bantahan terhadap Najib si penyamun yang telah merompak berbelas bilion wang rakyat.

"Namun, Ahli-ahli Parlimen Pas memilih untuk berkecuali. Jadi, adakah Pas parti pembela rakyat atau pembela Najib?" soalnya kepada Malaysia Dateline.

Menurut Akram Yusof pula, alasan penyokong tegar Hadi yang ponteng Parlimen kononnya Presiden Pas itu milik dunia adalah sangat bodoh.

"Alasan Haji Hadi ponteng Parlimen dari para pewalak sangat-sangatlah dangkal. Kalau Haji Hadi tu milik dunia, tak payah bertanding PRU14 nanti.

"Jadi macam Yusof Qadrawi pendakwah sepenuh masa. Ada dia main politik? Tanggungjawab sebgai ahli politik dengan ahli agama pun tak reti nak bezakan.

"Sidang Parlimen bukan hari-hari. Takkan Setpol Haji Hadi tak reti nak urus jadual majikan dia?" selar Akram lagi.

Lebih banyak lagi kecaman orang ramai terhadap Hadi dan parti itu selepas Bajet 2017 diluluskan malam tadi dengan menaip "Hadi ponteng" di ruang carian Facebook.

Hadi antara 24 Ahli Parlimen yang ponteng pengundian bajet malam tadi.

Turut ponteng, Najib Razak (Pekan-BN), Muhyiddin Yassin (Pagoh-Bersatu) dan Syafie Apdal.

Saman PAS terhadap Sarawak Report tetap diteruskan

Posted: 08 Nov 2016 04:30 AM PST

KOTA BHARU: Peguam yang dilantik PAS sedang meneliti laporan Sarawak Report sebelum memfail saman di mahkamah di England.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peguam yang sama pernah mengendalikan kes saman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik bagi tujuan itu.

Katanya peguam terbabit sebelum pernah mengendali saman terhadap sebuah akhbar di England kerana memfitnah presiden.

"Akhbar terbabit memfitnahkan Tok Guru Presiden dengan mendakwa ada kaitan dengan al Qaeda.

"Kes saman itu dimenangi Tok Guru. Dan orang yang sama juga dilantik mengendali kes saman terhadap Sarawak Report.

"Cuma agak berbeza kerana tuduhan Sarawak Report hanya menyebut pemimpin PAS  menerima RM90 juta daripada Umno tanpa disebut secara jelas nama mereka," katanya pada program di Putik petang tadi.

Sebelum ini Sarawak Report mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta daripada pemimpin Umno.

Malah ada pihak mempertikai mengapa PAS lambat memfail saman terhadap portal berita yang berpangkalan di England terbabit.

Tuan Ibrahim berkata peguam yang dilantik masih meneliti kes terbabit sebelum mengambil tindakan lanjut.

Hadir sama pada program tersebut Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Datuk Nassurudin Daud dan wakil-wakil rakyat.

Lebih 1,000 pemimpin PAS  dari peringkat kawasan di Kelantan hadir pada program berkenaan. – HARAKAHDAILY 5/11/2016

Kerajaan pernah gagal isytiharkan Bersih pertubuhan haram

Posted: 08 Nov 2016 03:45 AM PST

Bersih 5
Bersih hari ini mengingatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan pernah kalah di mahkamah untuk mengisytiharkan pemantau pilihan raya itu sebuah pertubuhan haram.

Ini susulan kenyataan Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bahawa Bersih dan juga pergerakan baju merah yang berkaitan Umno, tidak berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Oleh itu ia dilarang daripada mengadakan sebarang perhimpunan.

"Sekiranya Timbalan Perdana Menteri lupa, isu bahawa Bersih tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah pun dibangkitkan pada tahun 2012.

"Tindakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

"Hakim Datuk Rohana Yusof berkata bahawa keputusan itu telah tercemar dengan tidak rasional', kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh demikian, menurut Bersih, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai kuasa, sama ada di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau Akta Pertubuhan 1966, untuk mengharamkan Bersih atau baju merah daripada berhimpun.

Bersih yang diketuai oleh Maria Chin Abdullah, didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 manakala pergerakan baju merah yang diterajui oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula tidak berdaftar.

Bersih merancang untuk mengadakan perhimpunannya pada 19 November ini, yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB.

Jamal hari ini memberi amaran bahawa di mana Bersih 5 berada di situ merah akan bersama.

Katanya, beliau telah lama bersedia untuk berdepan dengan Bersih 5.

Dalam satu kenyataan, Bersih berkata pihaknya telah memenuhi semua keperluan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

"Pada 28 Oktober lalu, Bersih 2.0 telah menyerahkan notis 10 hari yang dikehendaki di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman ke ibu pejabat PDRM di Bukit Aman, IPD Dang Wangi, IPD Brickfields dan IPK Kuala Lumpur.

"Notis tersebut bertujuan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November, dari 10 pagi hingga 6 petang.

"Kami ingin menegaskan bahwa notis tersebut bukan suatu permohonan atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan tersebut," katanya.

Oleh itu, pergerakan berkenaan berkata kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa Bersih tidak mengemukakan notis untuk konvoi adalah salah dan menuntut beliau menarik balik dakwaan yang tidak berasas itu.

Bersih juga memberi jaminan bahawa ia akan mematuhi arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak memasuki Dataran Merdeka.

Krisis air: Kedah perlu umum hasil tubuh JK bertindak

Posted: 08 Nov 2016 02:30 AM PST

Apakah tindakan semasa Jawatankuasa Khas Bertindak Krisis Air Kedah yang ditubuhkan oleh Kerajaan BN Kedah menangani krisis air berlanjutan di Kedah pada Julai lalu yang dilihat kini menyepi dan tidak menampakkan hasil penubuhan kepada rakyat Kedah.

1) Julai lalu jawatankuasa ini telah mengumumkan untuk menambah bilangan lori agihan air Sada. Daripada jumlah asal yang disebut 100 buah lori, berapakah jumlah terkini bilangan lori yang telah ditambah?

2) Apakah penemuan jawatankuasa tersebut terhadap punca masalah sebenar ketiadaan bekalan air yang terus dilaporkan kini? Kenapa tidak didedahkan kepada awam supaya rakyat tidak panik dan lega mendapat penjelasan kerajaan.

3) Jika ditambah lori agih air, adakah jawatankuasa ini juga melihat kepada penambahan tenaga kerja bagi memastikan pengagihan air di tempat bermasalah tersebut diselesaikan segera dan sampai bantuan.

4) Berapakah jumlah tong air yang diumumkan diberikan secara percuma di parlimen yang berkenaan? Adakah agihan itu berjalan baik dan mencapai sasaran penerimaan?

5) Apa perkembangan terkini berkenaan cadangan awal jawatankuasa tersebut untuk menggunakan teknologi mudah alih (portable) bagi mengagihkan air ke loji Sada bagi menyelesaikan krisis jangka pendek dan minimumkan masalah pada masa akan datang.

6) Apakah jaminan dan respons Exco Kerajaan yang memegang portfolio air di Kedah, YB Datuk Badrol Hisham Hashim bagi melegakan rakyat Kedah yang menderita dengan krisis bekalan air ini?

Dengan pelbagai aduan semasa rakyat Kedah, pihak kami menggesa Kerajaan BN Kedah mengumumkan segera hasil gerak kerja jawatankuasa khas tersebut kepada rakyat Kedah atau kami akan terus menganggap penubuhan jawatankuasa ini sebagai gagal dan sia-sia. - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Tiket ECRL KL - Kota Bharu bernilai RM520 seorang?

Posted: 08 Nov 2016 01:00 AM PST

Kiraan mudah ECRL akan mengenakan tiket RM540 seorang sehala jika beroperasi tanpa sabsidi dari kerajaan.
Berapakah anggaran tiket keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu apabila projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) siap nanti kini menjadi perhatian pelbagai pihak.

Ada yang mengganggarkan tiketnya adalah RM520 seorang berdasarkan jumlah belanja ang dikeluarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak sekarang untuk membuat projek ini.

Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Seorang bekas jurutera dengan Intitut Kerjaraya Malaysia (Ikram), Rohana Hana dalam facebooknya telah membuat kiraan mudah tentang jangkaan tiket ECRL itu nanti.

"Kalau cenggini nampaknya naik kapalterbang murah lagi," kata beliau dalam posting itu.

Beliau mengajak orang ramai belajar metamatik mudah dalam mengira anggaran harga tiket ECRL itu nanti.

"Mari belajar maths. Mari kita buat kira-kira projek keretapi double track ke pantai timur," tulisnya.

"Pinjaman: RM55 bilon tempoh: 20 tahun. RM55b / 20 tahun / 365 hari = RM7.5 juta

"Maknanya sehari kena bayar balik pinjaman itu RM7.5 juta. Jadi kerajaan Malaysia kena buat jualan lepas keretapi tu berjalan sekurang-kurangnya RM7.5 juta sehari untuk bayar balik pinjaman pokok tu.

"Ini tak masuk lagi faedah, kos operasi, servis, maintenence dan sebagainya," kata beliau.

"Kita anggarlah sehari tiga trip, KL-KB & tiga trip KB - KL.
"Jadi satu trip memerlukan jualan RM7.5 juta/ 6 trip = RM1.25juta.

"Maka berapakah harga tiket perlu dijual untuk mencapai target tu?

"Kita ambillah harga tiket RM100/penumpang. Jadi berapa ramai penumpang yang diperlukan satu trip?
"RM1.25j/RM100 = 12,500 orang. Kalau 1 coach = 80 orang. 1 trip perlukan 12,500 / 80 = 156 coach.

"Agak sukar lokomotif nak tarik 156 coach? Paling banyak 30 coach/trip.

"Jadi harga tiket perlu dinaikkan ke RM520/penumpang," tulis Rohana dalam posting itu

Oleh itu beliau membuat kesimpulan,"Berapa ramai yang mampu? Lebih baik naik Air Asia, lagi murah.."

Beliau menimbulkan persoalan, "Adakah kita akan mampu capai target sales tu dan harga tiket dan mampu bayar pinjaman tu?

"Fikir-fikirkanlah......" kata bekas jurutera yang juga ketua bahagian kajian air Ikram itu.

Anak syarikat kerajaan Rail Link Sdn Bhd telah menandangani projek bernilai RM46 bilion dengan Kerajaan

Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah menandatangani kontrak bernilai RM46 bilion dengan syarikat dari China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi membina ECRL itu.

Ia ditandatangani ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat negara itu.

Syarikat yang bermodalkan RM2 itu ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan sahamnya di dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail.

Semasa membentangkan Bajet 2017, Najib telah mengumumkan projek ECRL dengan nilai RM55 bilion.

5 parti bergabung pertahan hak dan keistimewaan MP

Posted: 08 Nov 2016 12:20 AM PST

 Datuk Mahfuz Omar, MP Pas turut berucap dalam sidang bersama itu tetapi bukan mewakili partinya, Pas.
Lima parti iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama dengan Bersatu dan Warisan Sabah bergabung tenaga hari ini bagi mempertahankan hak dan keistimewaan ahli parlimen.

Pemimpin utama kelima-lima parti itu duduk di atas satu pentas di bangunan Parlimen bagi menyatakan sokongan itu.

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yasind dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafei Apdal duduk bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir adalah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetapi dioercayai mewakili dirinya sahaja bukannya Pas.

OhDunia.My

Posted: 08 Nov 2016 08:05 AM PST

OhDunia.My


Pengawal Warga Asing “Bermandi Darah” Cuba Cabul Isteri Orang

Posted: 07 Nov 2016 08:18 PM PST

SEORANG wanita hamil nyaris menjadi mangsa cabul seorang pengawal keselamatan warga asing dalam kejadian yang berlaku di pusat istirehat R&F Tanjung Puteri, Johor Bahru, petang Sabtu lalu.


Pengawal Warga Asing

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 08 Nov 2016 02:29 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Isu Pu Faiz Cederakan Pompuan Pu Rahmat Jelaihkan Pu Hafiz Pertahankan Diri Pasai Cubaan Memeluk

Posted: 08 Nov 2016 01:22 AM PST


Naib juara program Pencetuih Ummah musim kedua Ahmad Faiz Faizuddin Rosli ataupun lebih dikenali sebagai PU Faiz kemarin admit tak bersalah ataih dakwaan mencederakan soghang pompuan di sekolah t...

Penghina Sultan Johoq La Nih Disiasat Di Bukit Aman

Posted: 08 Nov 2016 01:02 AM PST


Setiausaha DAP bahagian Batu memba Satees Muniandy dilapoqkan telah tiba di Ibu Pejabat polih Bukit Aman untuk memberi kenyataan berkenaan statuih yang disifatkan menghina Institusi DiRaja Johoq m...

Sekadaq Renungan Ceghita Ali Baba Moden Dan 40 Oghang Penyamun

Posted: 08 Nov 2016 12:02 AM PST


Kalau hampa masih dok ingat filem Ali Baba pakaian 40 penyamun masa keluaq dari gua nak keluaq merompak ke bandaq ada yang memakai pakaian hakim koboi doktoq dan bermacam macam lagi P Ramlee...

Faizal Tahiaq Tak Ceghita Digelaq Murtad Pasai Kulit Album

Posted: 07 Nov 2016 10:44 PM PST


baghu saja menghasilkan album terpalin baghu Faizal Tahiaq nampaknya dikecam hebat pasai kulit albumnya yang ghamai dok kata berbentuk illuminati serta sama macam salib walaupun menerima pelbaga...

Semak Statuih Menikah Cheq Di Pejabat Agama

Posted: 07 Nov 2016 10:42 PM PST


Kerap holiday bersama di luaq negara barangkali ada yang menganggap Nora Danish dan kekasih telah menikah secara senyap di luaq negara walaupun beberapa kali takmau mengaku dakwaan terlibat Nor...

Youtube Menambah Fungsi Baghu Untuk Creatoq Dan Follower

Posted: 07 Nov 2016 10:32 PM PST


YouTube bukan saja telah menjadi tempat perkongsian video femes malah ia sentiasa dok ada di carta terataih untuk tu ghamai pada hari ni telah menjadi pencipta kepada rangkaian tak kira artis at...

Majlih Sambutan Besday Ke 2 Putri Raysha Jemyma Anak Fasha Sandha

Posted: 07 Nov 2016 10:22 PM PST


kemarin Fasha Sandha telah mengadakan satu majlih yang cukup meriah bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya Putri Raysha Jemyma yang ke 2 Majlih berkenaan turut dihadiri oleh beka...

Pelanggan Dari Kelantan Hina Oghang Utara Kulit Gelap

Posted: 07 Nov 2016 07:42 PM PST


ni memang boleh buat oghang Utara panaih hati membacanya Tak sangka pulak sampai sebegini mentaliti sesetengah masyarakat kita betoi betoi menilai luaran oghang semata mata tanpa dok pikiaq per...

Nora Danish Tak Ngaku Dah Menikah Di Luaq Negara

Posted: 07 Nov 2016 07:24 PM PST


Nora Danish sebelum ni beberapa kali penah mengeluaqkan kenyataan yang beliau bakai menamatkan zaman jandanya pada tahun 2017 Namun sehingga hari ni takdak perkembangan lanjut pasai perkahwinann...

Elly Mazlein Tak Akan Kembali Ke Gegaq Vaganza 3

Posted: 07 Nov 2016 07:22 PM PST


Penyanyi Elly Mazlein menegaihkan beliau nekad tak akan kembali beraksi di pentaih Gegaq Vaganza 3 walaupun diserap masuk semula menggunakan kuasa imuniti yang menjadi milik Datuk Seri Vida Men...

Jangan Beli Guna Za Faran Kkm

Posted: 07 Nov 2016 07:04 PM PST


Kenyataan surat khabaq KPK 7 November 2016 warnin Kepada oghang Awam pasai Pengambilan Produk tak Berdaftar Za faran Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan Agensi Regulatori Farmas...

Hanya Istigfar Menjadi Peneman Faye Khusairi Menghadapi Haters

Posted: 07 Nov 2016 07:02 PM PST


Pelakon Faye Kusairi ingin teruih ambik pendekatan pandang ke hadapan tanpa mau ambik pusin ceghita gosip yang melanda dirinya Faye atau nama sebenaqnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi 29 ...

Projek Ecrl Kembaq 1mdb Apa Yang Rakyat Perlu Tau Mengenainya

Posted: 07 Nov 2016 06:02 PM PST


baghu baghu ni kita di habaq bahawa ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timoq yang dinamakan sebagai ECRL Yang MENGEMPAR MENAKUTKAN sekali lagu mana Najib boleh menganuger...

Ibu Tunjuk Bukti Diri Dan Anak Ditaboh Suami Hingga Cedera Teghok Darah Beku

Posted: 07 Nov 2016 10:34 AM PST


Selepaih dikejutkan dengan keh soghang pegawai SPRM yang menibai isteri hingga mengalami kecederaan seluruh badan la nih timboi pulak keh suami didakwa telah menibai isteri serta anaknya sendiri ...

Bekaih Perdana Menteghi Thailand Thaksin Shinawatra Meninggai Dunia

Posted: 07 Nov 2016 10:32 AM PST


Bekaih Perdana menteghi Thailand dan ahli bisnes Thaksin Shinawatra telah disahkan meninggai dunia selepaih dikejaqkan ke Hospitai Menurut sumber di Hospitai Walau bagaimanapun punca kematiannya...

Cili Charapita Palin Mahai Di Dunia Berharga Rm140 250 Sekilogram

Posted: 07 Nov 2016 09:02 AM PST


Selain rasanya yang sangat pedaih cili Charapita la nih dinobat sebagai cili dengan ghega palin mahai di dunia Diberi nama Charapita cili ni tak boleh dimakan masa ia masih dok segaq pasai rasan...

Suami Ketagih Langgan Pelacoq Isteri Merana Dijangkiti Hiv

Posted: 07 Nov 2016 07:02 AM PST


Dah ada yang halai untuk disentuh masih dok jugak nak jugak cari yang haram untuk melempiaskan nafsu Kalau nak melampias nafsu menatang tak menyusahkan oghang lain tu tak ceghita lah beb ...

Pandang Pertama Huawei Mate 9 Porsche Design Gaya Mutu Tapi Pada Harganya

Posted: 07 Nov 2016 06:22 AM PST


Huawei merupakan salah satu jenama dari China buat ghamai yang agak skeptikai untuk mendapatkannya Bagi mengatasi tanggapan ghamai berkenaan pihak Huawei telah berusaha mai dengan pelbagai pera...

Kenyataan Cheq Telah Diputaq Belit

Posted: 07 Nov 2016 04:42 AM PST


Dikecam hebat pasai kenyataan memintak pelepasan cukai bagi artis yang terpaksa menampung kos penampilan diri yang tinggi Nora Danish melampiaskan ghasa terkilan dengan kenyataan media yang diangg...

5 Benda Yang Tak Boleh Hampa Laku Apabila Data Internet Tak Mencukupi

Posted: 07 Nov 2016 04:22 AM PST


toknek ngaku diri ni adalah kaki Internet Sehari kalau tak dapat main Internet memang boleh gigil dibuatnya Telefon mesti sentiasa dok ada di tangan untuk sentiasa up to date menerusi internet...

Projek Uber 10 Sen Jom Bantu Golongan Miskin Di Malaysia

Posted: 07 Nov 2016 03:02 AM PST


Projek Uber 10 Sen merupakan satu usaha murni yang cukup membanggakan dan dalam masa yang sama turut mendapat perhatian ghamai rakyat Malaysia untuk turut sama sama membantu aktiviti kebajikan ni...

beautifulnara

Posted: 08 Nov 2016 02:09 AM PST

beautifulnara


Isu PU Faiz Cederakan Wanita : PU Rahmat Jelaskan PU Hafiz Pertahankan Diri Kerana Cubaan Memeluk

Posted: 07 Nov 2016 10:22 PM PST

Naib juara program Pencetus Ummah musim kedua, Ahmad Faiz Faizuddin Rosli ataupun lebih dikenali sebagai PU Faiz semalam  mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencederakan seorang wanita di sekolah tahfiz terletak di Kota Damansara sekitar dua bulan lepas.

PU Faiz mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab kemarahan.

Isu ini menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat dan tidak kurang juga ada yang mengkritik PU Faiz tanpa usul periksa.

Bagi mengelakkan salah faham terus berlaku, rakan seperjuangan PU Faiz iaitu PU Rahmat Ikhsan menerusi akaun Facebook rasminya telah tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik setiap tuduhan yang dilemparkan.

Menurut PU Rahmat, rakannya itu hanya cuba ingin mempertahankan diri daripada wanita berkenaan yang cuba untuk memeluk PU Faiz. Difahamkan, wanita itu juga bukanlah penceramah bebas seperti yang didakwa tetapi orang luar yang menceroboh kawasan pusat tahfiz tersebut.

Lebih dasyat lagi, wanita berkenaan sering menganggu PU Faiz dan PU Rahmat dan mahu berjumpa untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

PU Faiz Mencederakan Penceramah Bebas Wanita

Seperti yg di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yg sebenar utk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka

1)Wanita itu BUKAN Penceramah bebas atau Ustazah seperti yg tertulis di dada2 akhbar.

2) beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh(sebutan kes beliau pada Rabu ini)

3) Pu Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerna cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yg mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.

4) Wanita itu sering menganggu kami dgn hal rumahtangga beliau(sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi Pu Faiz utk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG.

5) Sering Mendakwa dirinya adalah Ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI.

6) Cemburu dgn kebahgiaan kami dan menfitnah yg kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya.

Kesimpulannya.. Ini adalah dugaan utk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akn tenang hadapi.

Mohon sebaran bagi Menjelaskan Fitnah ini

Sesungguhnya dugaan dalam berdakwah itu amat besar. Harapnya dengan penjelasan PU Rahmat tiada lagi pihak yang mempertikaikan tindakan PU Faiz.

Sumber Berita : Facebook PU Rahmat

(24 FOTO) Majlis Sambutan Hari Jadi Ke 2 Putri Raysha Jemyma Anak Fasha Sandha

Posted: 07 Nov 2016 08:37 PM PST

Semalam, Fasha Sandha telah mengadakan satu majlis yang cukup meriah bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang ke 2.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh bekas suaminya Jejai serta anak Nora Danish iaitu Putra Rayqal.

Melihat hubungan baik yang terjalin antara Jejai dan Fasha meskipun sudah berpisah, ruangan komen Instagram Fasha penuh dengan doa serta harapan daripada peminat yang ingin mereka berdua kembali bersama sebagai satu keluarga bahagia.

Kami juga gembira melihat sikap Jejai dan Fasha yang menolak tepi segala permasalahan mereka sebelum ini demi ana-anak tercinta.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Putri Raysha Jemyma dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Instagram We Love Fasha Sandha

(VIDEO) Persembahan Elly Mazlein Dan Komen Tok Ram

Posted: 07 Nov 2016 07:05 PM PST

Isu Elly Mazlein menarik diri sehingga hari ini masih lagi hangat diperkatakan. Elly akui sudah tekad untuk tidak kembali ke Gegar Vaganza 3 meskipun diserap masuk semula.

Malah, ruangan komen di Instagram Datuk Ramli MS ataupun dikenali sebagai Tok Ram masih lagi penuh dengan luahan tidak puas hati netizen terhadap komen “belas ehsan” yang membuatkan hati Elly terguris.

Namun, ada juga yang tertanya-tanya apakah yang  sebenarnya berlaku selepas Elly habis membuat persembahan bersama Acong Sweetchild.

Berikut kami sertakan video persembahan Elly Mazlein serta komen Tok Ram :-

Nyanyian terakhir Elly Mazlein di Gegar Vaganza 3. Kurang berseri lah GV tanpa Elly. Tak sanggup rasanya aku berjauhan darimu Elly. ehhh

#EllyMazlein
#GegarVaganza3
#KepalaBergetar

Posted by Kerengga Berirama on Sunday, November 6, 2016

Daripada video di atas, nampak jelas raut wajah Elly Mazlein terus berubah apabila Tok Ram memberikan komen yang cukup kontroversi itu.

Nora Danish Nafi Sudah Berkahwin Di Luar Negara

Posted: 07 Nov 2016 05:57 PM PST

Nora Danish sebelum ini beberapa kali pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau bakal menamatkan zaman jandanya pada tahun 2017. Namun, sehingga hari ini tiada perkembangan lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Tiba-tiba Nora sekali lagi dikatakan telah berkahwin dengan Nedim Nazri di luar negara tetapi perkahwinan mereka itu dirahsiakan atas beberapa sebab  tertentu.

Oh, tidak! Ia langsung tidak benar sama sekali. Bagi saya perkahwinan adalah perkara yang baik. Jadi, saya tidak lihat kenapa perlu untuk disorokkan berita itu andainya benar saya sudah jadi isteri orang semula. Tolonglah jangan percaya.

Sekarang kan kita boleh periksa status seseorang itu di pejabat agama. Pergi saja ke bahagian pendaftaran perkahwinan, periksa di situ. Jangan risaulah. Jika perkara ini betul, saya sendiri akan kongsi juga dengan semua orang. Benda baik, kita takkan sorok pun.

Berbicara mengenai perancangan perkahwinannya, Nora akui beliau memang akan berkahwin pada tahun ini tetapi belum lagi bersedia untuk berkongsi tarikh sebenar majlis raja seharinya itu.

Sudah saya katakan sebelum ini, benda itu akan berlaku bukan tahun ini. Bila saya akan berkahwin? Maaflah, saya sendiri tidak boleh kongsi. Kita tunggu sahaja nanti, tidak berani saya mahu berkata apa-apa lagi buat masa ini. Bagi saya dalam keadaan sekarang, di mana sahaja lokasi pernikahan tidak penting asalkan sah sahaja, itu sudah cukup.

Baiklah kita tunggu sahaja perkembangan lanjut mengenai perkahwinan Nora pada tahun ini. Bak kata orang tua-tua, benda baik tidak perlu ditangguh juga bukan? Kalau sudah mampu daripada setiap aspek, lebih afdal untuk  bernikah. Betul tak?

Sumber Berita : Utusan Online

Elly Mazlein Tidak Akan Kembali Ke Gegar Vaganza 3

Posted: 07 Nov 2016 05:39 PM PST

Penyanyi Elly Mazlein menegaskan beliau  nekad tidak akan kembali beraksi di pentas Gegar Vaganza 3 meskipun diserap masuk semula menggunakan kuasa imuniti yang menjadi milik Datuk Seri Vida.

Menurut Elly beliau sudah redha dengan apa yang berlaku dan mempercayai masih ada rezeki lain buat beliau diluar sana.

Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja.

Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana.  Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini.

Keputusan Elly menarik diri memeranjatkan netizen apatah lagi ia disebabkan komen pedas Datuk Ramli MS yang seakan menunjukkan Elly bertahan  di GV3 atas belas ehsan pihak Astro.

Apa yang membuatkan Elly sediah ialah semua perkara itu berlaku saat bapa beliau yang tercinta hadir untuk menyaksikan persembahan Elly buat pertama kali di GV3.

Sebenarnya, ini lumrah kehidupan. Akan ada pelbagai onak dan duri untuk kita tempuhi demi kerjaya apatah lagi jika berada didalam industri hiburan tempatan. Mungkin Datuk Ramli MS ada khilafnya dalam memberikan komen tetapi Elly juga seharusnya kekal tabah dan menjadikan komen itu sebagai pembakar semangat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kenyataan Saya Tentang Cukai Telah Diputar Belit – Nora Danish

Posted: 07 Nov 2016 08:08 AM PST

Dikecam oleh rakyat Malaysia kerana kenyataan beliau yang  mencadangkan agar selebriti diberikan pelepasan cukai bagi menampung perbelanjaan mereka untuk tampil lebih menarik, pelakon Nora Danish telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

nora-1

Menurut Nora, kenyataan beliau itu sudah diputar belit oleh sesetengah pihak. Nora bukan ingin menghapuskan bayaran cukai buat golongan artis tetapi  hanya meminta sedikit pelepasan sahaja kerana faktor kerjaya seorang artis yang sentiasa harus kelihatan menarik.

nora-2

kenyataan Nora sebelum ini

Bukan apa, dalam waktu sekarang, kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri. Jadi ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami.

Kalau boleh, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul berhadapan khalayak.

nora-3

Ermmh, kami pun tidak mahu komen lebih mengenai isu cukai ini kerana ia melibatkan banyak pihak. Kadang-kadang mungkin lebih baik untuk kita tidak terlalu terbuka mengenai sesuatu perkara ataupun ingin mencadangkan sesuatu yang isunya agak sensitif.

Sumber Berita : Utusan Online

5 Benda Yang Tak Boleh Anda Lakukan Apabila Data Internet Tidak Mencukupi

Posted: 07 Nov 2016 03:46 AM PST

Abang Nara akui diri ini adalah kaki Internet. Sehari kalau tak dapat main Internet, memang boleh gigil dibuatnya. Telefon mesti sentiasa berada di tangan untuk sentiasa up to date menerusi internet dengan benda-benda best yang sedang terjadi di dunia ini.

Di suatu petang hujan renyai-renyai, ketika sedang melayari dunia Internet di telefon, Abang Nara terfikirkan sesuatu. Agak-agaknya apa yang akan terjadi kepada Abang Nara bila plan data Internet yang dilanggani tidak mencukupi? Fuh!!! Macam-macam kemungkinan bermain di benak kepala ini. Terasa macam filem seram pulak. Ini antara benda yang tak boleh Abang Nara lakukan bila data Internet tak cukup:-

1. Tak boleh layan video YouTube Dota 2 sampai lebam

 photo 1_9.jpg

Abang Nara adalah kaki main game Dota 2. Ketika masa terluang (di dalam tandas dan sebagainya) Abang Nara akan buka YouTube dan layan video pemain profesional Dota 2 untuk meningkatkan lagi mutu permainan. Tak boleh bayang bila tengah syok tengok kehebatan Liquid.Miracle tup-tup video terhenti sebab data dah habis. Pedih jiwa ini.

2. Tak boleh nak upload gambar anak-anak yang comel di instagram

 photo 2_8.jpg

amcam comel tak Aariz Khan dan Arissa Anjali?

Kalau dulu Abang Nara memang jarang main Instagram, tapi sejak ada anak ini memang hobi Abang Nara ialah upload gambar diorang je. Anak sendiri mestilah kita rasa comel kan? Sekarang ini dengan plan postpaid terbaru Digi (yang 10GB weekdays & 10GB weekend), pejam mata je Abang Nara upload berpuluh-puluh gambar diorang tanpa takut data Internet habis.

 photo 3_9.jpg

gila betul Digi bagi free je 10GB data di hujung minggu. Bila nak abis guna banyak-banyak camnie?

3. Tak boleh nak on Waze masa driving

 photo 4_7.jpg

Perkara pertama yang Abang nara akan lakukan ketika menghantar anak ke sekolah di waktu pagi ialah membuka Waze. Penting yang amat Waze ini. Kalau tak bukak, memang confirm akan tersangkut dalam trafik jem. Lagi satu jalan yang dicadangkan oleh Waze sentiasa berubah. So kenalah sentiasa on sepanjang perjalanan. kalau tetiba data habis, tak kelam kabut “recalculating” je sampai ke sudah. Tapi kalau bukak Waze 24 jam, memang tinggi harapan untuk data Internet habis dalam masa sehari. Memang complicated sungguh masalah nie.

4. Tak boleh layan iFlix, NetFlix, download lagu dan sebagainya

 photo 5_3.jpg

Bayangkan tengah syok-syok layan drama Sherlock Holmes kat Neflix tup-tup terhenti dan skrin jadi hitam sebab data habis. Pergh. Time tue Benedict Cumberbatch tengah nak selesaikan kes dia pulak. Memang pedih jiwa raga beb. Abang Nara selalunya habiskan menonton filem-filem dan download lagu-lagu nie di hujung minggu sebab ada banyak masa terluang. Nasib baik sekarang plan Digi terbaru bagi 10GB data Internet di hujung minggu. Confirm tak akan habis layan movie dan download lagu banyak mana pun. Silap-silap boleh habiskan 2,3 season Sherlock Holmes sekaligus.

5. Tak boleh FaceTime dengan atok nenek di hujung minggu

Kadang-kadang bila tak dapat balik ke rumah emak ayah di hujung minggu, pasti mereka akan buat FaceTime untuk melihat keletah dan aksi cucu-cucu kesayangan. Kalau dulu memang cuak jugalah nak FaceTime lama-lama sebab confirm data tak cukup punya. Tapi sekarang lek ajer. 10GB on weekends dengan Digi Postpaid plan terbaru nie memang awesome. Dah FaceTime setengah jam pun ada berGB-GB lagi data. Atok nenek pun hati senang dapat tengok cucu-cucu diorang. Abang Nara pun hati senang sebab data tak habis-habis.

 photo 6_1.jpg

Dengan plan postpaid terbaru Digi (bermula serendah RM50), 5 benda di atas boleh Abang Nara lakukan dengan tenang dan tanpa was-was. Mana taknya, Digi Postpaid 80 dah dapat 20GB internet (10GB weekdays dan 10GB weekend). Yang weekend tue tak ada cap nak guna setiap minggu berapa GB. Minggu pertama guna 5GB, minggu kedua guna 1GB, minggu ketiga guna 3GB, minggu keempat guna 1GB. Suka hati korang lah. Lepas tue kalau data tak abis guna, boleh rollover sebanyak 2GB setiap bulan. Belum kira free unlimited calls untuk semua network. Memang berbaloi-baloi sangat

 photo postpaid new1.png

Maklumat lanjut layari New DiGi Postpaid.

myartis.com

Posted: 08 Nov 2016 01:57 AM PST

myartis.com


GV3: "REZEKI SAYA DILUAR" - ELLY MAZLEIN ENGGAN KEMBALI BERAKSI

Posted: 07 Nov 2016 06:01 PM PST



Semua mengetahui mengenai keputusan Elly Mazlein iaitu menarik diri daripada Gegar Vagnaza 3 (GV3). Ramai yang tidak berpuas hati dengan perkara ini dan berharap agar Elly kembali beraksi di dalam pentas GV3.

Walaupun ada kemungkinan pihak produksi berbuat demikian menerusi sistem imuniti yang menjadi milik mutlak penaja Datuk Seri Vida, namun Elly tetap dengan pendiriannya dan menutup pintu hatinya untuk kembali ke dalam program tersebut.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

35 GAMBAR - KEMERIAHAN BIRTHDAY JEMYMA, ANAK FASHA SANDHA

Posted: 07 Nov 2016 04:42 PM PST



Semalam telah diadakan majlis sambutan hari lahir yang ke-2 Putri Raysha Jemyma iaitu anak kedua kepada Fasha Sandha.

Majlis yang berlangsung dengan meriahnya itu turut dihadiri oleh bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang juga merupakan ayah kandung kepada Jemyma.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISU ELLY MAZLEIN: OGY PULA DIKECAM LEPAS TOK RAM

Posted: 07 Nov 2016 03:34 PM PST



Isu Elly Mazlein nampaknya semakin panas apabila pelakon Fauziah Ahmad Daud seperti mencurahkan api di dalam bara disaat ramai yang bersimpati dengan penyanyi dan pelakon itu. Ini kerana beliau yang lebih dikenali sebagai Ogy itu lantangnya menyokong penyingkiran Elly.

Sebelum ini komen Datuk Ramli MS atau Tok Ram mencetuskan kemarahan netizen apabila komennya terhadap Elly pada minggu keempat Gegar Vaganza 3 (GV3) itu mengguris hatinya sehingga Elly menarik diri daripada program tersebut.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment