Wednesday, 16 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


anizyn

Posted: 16 Nov 2016 12:16 PM PST

anizyn


Sinopsis drama sitkom Tak Beli Tak Cinta

Posted: 16 Nov 2016 10:06 AM PST

Sinopsis drama sitkom Tak Beli Tak Cinta Tak Beli Tak Cinta mengisahkan kehidupan Puan Bibi yang memiliki sebuah butik dan sibuk mempersiapkan butiknya untuk hari pembukaan yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi. Sejak pemergian arwah suaminya, Puan Bibi belum bersedia menerima cinta dalam hidupnya. Dia hanya mahu fokus dalam bisnes selain menjaga anak lelakinya, Raykal. Kenakalan

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Jenis Pewarna Makanan Berbahaya Kepada Manusia

Posted: 16 Nov 2016 08:03 AM PST

Jenis Pewarna Makanan Berbahaya Kepada Manusia  1.Briliant Blue Dikatakan pewarna jenis ini menyebabkan kanser,kerosakan kromosom,alahan dan hyperaktif kepada kanak-kanak.Kod yang digunakan ialah E133. 2.Carmoisine atau kemerahan Perwarna ini menyebabkan kanser,alahan dan keracunan makanan.Kod yang biasa digunakan ialah E122 3.Tartrazine atau jingga kekuningan Bahaya pewarna ini

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Laptop HP Envy 15 Review

Posted: 16 Nov 2016 10:50 AM PST

Laptop HP Envy 15 Review Jom kita mengenali laptop HP Envy 15, peranti serba boleh yang memanfaatkan pelbagai teknologi sekali gus memahami keperluan dan prestasi peranti mudah alih. Rekaan luarnya memang nampak menawan dengan reka bentuk logam anggun berserta kuasa dan prestasi yang bagus. Mempunyai ruang storan sehingga 1TB, komputer riba berkenaan memberikan peluang kepada penggunanya

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Tips penjagaan buah pinggang

Posted: 16 Nov 2016 07:48 AM PST

Tips penjagaan buah pinggang  Umumnya, diet yang seimbang serta pengambilan air yang cukup sudah memadai untuk memastikan buah pinggang kita akan kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Namun begitu, saya ingin berkongsi beberapa tips tambahan supaya kita dapat memastikan buah pinggang kita kekal sihat. Mengawal tekanan darah dan gula dalam darah kita. Ini adalah kerana antara dua punca

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Khasiat Buah Tunjuk Langit Untuk Kesihatan

Posted: 16 Nov 2016 11:14 AM PST

Khasiat Buah Tunjuk Langit Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu mengurangkan pelbagai penyakit, antaranya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini juga mampu membantu individu yang mempunyai masalah lebihan berat badan selain menjadi penawar penyakit migrain. Menerusi kandungan pelbagai jenis vitamin antaranya

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

7 Khasiat Durian, Raja Segala Buah

Posted: 16 Nov 2016 10:36 AM PST

7 Khasiat Durian, Raja Segala Buah Awet Muda Durian mempunyai sumber vitamin C. Fungsi Vitamin C dapat mencantikkan malah melambatkan proses penuaan kulit serta wajah seseorang. Pembekal Tenaga Durian tinggi dengan karbohidrat. 100 gram durian bersamaan 21% karbohidrat. Badan kita memerlukan karbohidrat untuk memberi dan menambahkan tenaga. Mencerdaskan Otak Tahukah anda 200 pelajar di

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

9 langkah daftar simpanan syariah KWSP

Posted: 16 Nov 2016 10:14 AM PST

Sembilan langkah daftar simpanan syariah KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Simpanan Syariah yang akan dilancarkan bermula Januari tahun depan, kini sudah dibuka pendaftarannya. Kepada mereka yang berminat, terutama kepada umat Islam yang mahu simpanan mereka di dalam KWSP diurus secara patuh syariah, di sini Sinar Online membawa kepada anda sembilan cara untuk mendaftar

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Kebaikan dan faedah sel stem (darah tali pusat)

Posted: 16 Nov 2016 08:31 AM PST

Kebaikan dan faedah sel stem (darah tali pusat) Sel stem adalah sel induk darah yang terdapat dalam tubuh manusia dan ia boleh menghasilkan komponen darah seperti sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Malah, sel induk ini adalah asas pembentukan pelbagai tisu, organ dan sistem dalam keseluruhan sistem tubuh manusia. Dua punca utama sel stem adalah sel stem dewasa yang diperoleh

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Khasiat Kaki Ayam Yang Penuh Zat

Posted: 16 Nov 2016 10:24 AM PST

Khasiat Kaki Ayam Yang Penuh Zat Kaki ayam ada khasiat? Ramai yang tak makan sebab kononnya kaki ayam itu jijik dan memikirkan apa fungsi kaki ayam sebelum dimasak, pasti ramai yang tidak menyukainya dan tidak meletakkan kaki ayam sebagai makanan yang harus semua orang cuba. Betul tak? Sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat untuk manusia. Ada

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Air Detoks Lemon, Jangan Minum Berlebihan

Posted: 16 Nov 2016 10:28 AM PST

Air Detoks Lemon, Jangan Minum Berlebihan Minuman detox memang cukup bagus untuk membuang segala toksin dalam badan, tapi tahukah anda, detox tidak boleh diambil kerap kali terutama detox lemon. Pengambilan detox setiap hari atau berulang kali akan menyebabkan anda terima kesan yang buruk untuk kesihatan. Jadi, untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku, kurangkan pengambilan detox lemon ini.

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Khasiat Buah Pic, Info Buah Pic

Posted: 16 Nov 2016 11:20 AM PST

Khasiat Buah Pic, Info Buah Pic Buah pic mempunyai rasa masam manis menjadikan buah pic kegemaran ramai sama ada dimakan begitu saja atau dimasukkan di dalam resipi kek, puding serta hidangan enak lain. Buah itu atau nama saintifiknya, prunus persica, berasal dari China sebelum dikenali ramai melalui aktiviti perdagangan sejak zaman dahulu kala. Ia buah yang sudah lama ada sejak berkurun

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Khasiat daun ketum disalahguna

Posted: 16 Nov 2016 11:36 AM PST

Khasiat daun ketum disalahguna Daun ketum adalah herba yang digunakan secara tradisional untuk memberi tenaga selepas bersalin dan kekuatan melakukan kerja berat atau tugas membosankan dalam rutin seharian. Ia mengandungi mitraginin yang tersenarai dalam Third Schedule of Poisons (Psychotropic Substance) Regulations 1989, Poison Ordinance 1952. Ia diguna meluas di Malaysia dan Thailand. Pokok

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Khasiat Buah Sukun

Posted: 16 Nov 2016 11:27 AM PST

Khasiat Buah Sukun Buah sukun enak digoreng bersalut tepung malah lebih enak jika dicicah bersama sambal kicap. Namun, di sebalik keenakan rasanya tersimpan pelbagai manfaat yang jarang diketahui ramai terutama golongan muda.Jika di bandar besar, agak sukar mendapatkan buah ini sebagai gorengan untuk hidangan petang tidak seperti di desa yang rata-rata pasti mengenali buah ini dan biasa

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

Berpantang sendiri di rumah atau di kampung?

Posted: 16 Nov 2016 11:01 AM PST

Berpantang sendiri di rumah atau di kampung?Berpantang sendiri atau di kampung? Itu antara persoalan sering membelenggu kebanyakan bakal ibu yang menanti saat melahirkan cahaya mata tersayang.Baik ibu muda yang tidak mempunyai pengalaman berpantang atau yang sudah berpengalaman, kedua-duanya pasti mengidamkan waktu berpantang bukan saja selesa malah tidak mencetuskan sebarang masalah terutama

Lawati: http://anizyn.blogspot.com/

MySensasi

Posted: 16 Nov 2016 11:53 AM PST

MySensasi


Jadual Siaran Langsung Malaysia Piala AFF Suzuki 2016

Posted: 16 Nov 2016 04:07 AM PST

Jadual Siaran Langsung Malaysia Piala AFF Suzuki 2016. Seperti semua sedia maklum saingan bolasepak Asean iaitu AFF Suzuki Cup akan bermula pada 19 November dengan kumpulan A yang berlangsung di Philipines. Manakala aksi kumpulan B akan bermula pada 20 November dengan Myanmar selaku tuan rumah. Malaysia akan beraksi dalam kumpulan B bersama Vietnam, Cambodia dan …

The post Jadual Siaran Langsung Malaysia Piala AFF Suzuki 2016 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 16 Nov 2016 09:50 AM PST

KedahLanie.info


BERSIH: Jamal bukan musuh kita, tapi rasuah

Posted: 16 Nov 2016 07:59 AM PST

Tiga hari sahaja lagi menuju perhimpunan BERSIH yang kelima dalam sejarah panjang perjuangan menuntut pilihan raya yang adil, penambahbaikan institusi dan usaha memperbaiki negara yang sudah lama rosak.

Masuk kali kelima rakyat Malaysia bakal berhimpun Sabtu ini untuk mendesak perubahan melalui jalan yang dibenarkan dalam undang-undang, dengan membangkitkan kesedaran orang ramai bahawa negara tidak boleh ditadbir pencuri, perompak dan penyamun.

Perhimpunan Sabtu ini bukanlah perhimpunan yang menjanjikan huru-hara dan boleh menggulingkan kerajaan dalam masa yang begitu singkat.

Ia bertujuan mendidik dan menyampaikan mesej perubahan kepada seluruh pelosok negara.

Itu sebabnya kenapa kita adakan konvoi menelusuri segenap ceruk kampung dan pekan, agar rakyat Malaysia tahu dan tidak terus tertipu.

Perhimpunan Sabtu ini bukanlah seperti sebuah perlawanan bola sepak antara pasukan merah melawan pasukan kuning.

Samseng-samseng Umno memang dijangka akan menimbulkan kekacauan dan mengganggu perjalanan perhimpunan BERSIH, namun sebenarnya mereka sendiri pun tidak tahu apa yang mereka perjuangkan.

Ketua mereka, Datuk Seri Jamal Yunos, tempoh hari telah terbukti tidaklah kebal pun sebenarnya.

Kita telah melihat bagaimana beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit mahu melarikan diri dari kekecohan yang berlaku di Ampang. Seluruh negara telah ketawa melihat gelagat Jamal dan juak-juaknya.

Namun Jamal bukan musuh kita. Kita tidak turun ke jalan raya untuk melawan Jamal dan samseng-samseng Umno ini. Kita bukannya berhimpun untuk menunjukkan kekuatan atau bertanding siapa lebih ramai.

Kita turun ke jalan raya kerana berdiam diri berhadapan rasuah dan salah guna kuasa bukan lagi satu pilihan.

Kita berhimpun kerana kita punya hak untuk membantah rasuah dan salah guna kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal mega yang telah memberi gelaran ‘kleptokrasi’ kepada negara.

Jamal hanya menjadi galang ganti agar kita lupa dan tidak memberi tumpuan kepada musuh nombor satu rakyat Malaysia masa kini iaitu tidak lain perdana menteri sendiri.

Kita harus terus memberi fokus kepada skandal mega melibatkan Najib Razak, dan memberi fokus kepada tuntutan-tuntutan Bersih, yang tidak lain hanya mahukan sebuah Malaysia yang lebih baik untuk generasi anak cucu.

Kita berhimpun Sabtu ini untuk sebuah ‘Malaysia Baru’. Kita tidak perlu takut untuk menuntut perubahan, untuk memperbaiki negara yang kian rosak.

Kita tidak perlu takut dengan Jamal dan samseng-samsengnya. Kita pasti pihak polis akan memastikan keamanan dan keteraturan perhimpunan BERSIH buat kali kelima ini.

Tahun lalu kita telah menyaksikan bagaimana pihak polis begitu cekap sekali memastikan keamanan protes selama 34 jam, yang kumpulan samseng Baju Merah yang diberi makan oleh Umno ini hanya muncul pada saat-saat akhir.

Kita justeru berharap pihak polis akan bersiap sedia untuk berdepan provokasi jahat oleh juak-juak Jamal yang akan terus cuba mengalihkan fokus perhimpunan BERSIH daripada tujuan-tujuan yang telah kita nyatakan.

Sabtu ini saya harap rakyat Malaysia akan membuang jauh rasa takut dan resah mereka, dan turun beramai-ramai bagi menuntut sebuah Malaysia yang lebih baik.

Turun beramai-ramai. Satukan Tenaga. Malaysia Baru.

MARIA CHIN ABDULLAH
Pengerusi BERSIH 2.0.

‘Tutup universiti awam, buka Universiti Umno’

Posted: 16 Nov 2016 12:02 AM PST

Semenjak semalam, 15 November 2016, seramai 3 orang cendekia telah dihukum melalui akta-akta drakonian yang menyekat hak asasi kebebasan bersuara rakyat kerana memberi pandangan dalam isu-isu melibatkan kepimpinan negara.

Pada 9 November yang lalu, seorang pensyarah daripada universiti swasta di Malaysia telah direman kerana mendedahkan salah laku kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Saudara Jufazli direman selama tujuh hari hanya kerana menulis pendedahan tersebut di status media sosial Facebooknya.

Intimidasi terhadap cendekia ini terus berlanjutan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di mana pada Jumaat yang lalu, saya telah ditahan dengan begitu kasar sehingga digari hanya kerana ingin mempromosi himpunan bersih yang telah dijanjikan hak untuk berhimpun di dalam Perlembagaan Malaysia.

Penahanan ini juga merupakan satu pencabulan hak untuk bersuara apabila saya ditahan sejurus selepas saya mengucapkan perkataan "Assalamualaikum".

Kes terbaru adalah semalam apabila saudara Asheeq Ali telah dihukum gantung satu semester dan denda RM200 oleh pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) gara-gara menyertai himpunan Tangkap MO1 pada Ogos lalu.

Kes ini yang membuatkan mahasiswa bingung, apa sebenarnya fungsi cendekia di dalam negara sebenarnya?

Walaupun AUKU selepas pindaan 2012 memperuntukkan bahawa mahasiswa boleh berpolitik di luar kampus, namun hukuman tetap menanti mahasiswa yang kritikal dengan polisi-polisi pemerintah.

Kalau tidak dikenakan kes polis, cendekia ini akan tetap mendapat habuan AUKU di universiti masing-masing.

Saya ingin mempersoalkan di mana peranan cendekia ini di mata kerajaan BN?

Sekiranya peranan cendekia ini penting sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan seperti yang sering digembar-gemburkan, apakah jaminan bahawa kerajaan tidak menghukum cendekia yang memberi idea kritikal terhadap polisi-polisi kepimpinan BN?

Saya juga mendesak, selepas tiga kes terbaru ini, agar AUKU itu dimansuhkan kerana dengan jelas telah menyekat peranan cendekia untuk memberikan pendapat yang bercanggah dengan visi pihak pemerintah walaupun mungkin ianya baik untuk keseluruhan rakyat Malaysia.

Sekiranya Kerajaan masih gagal memberikan jaminan kebebasan bersuara dan memansuhkan AUKU, saya menyarankan agar pentadbiran BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menutup semua universiti yang ada di Malaysia dan menubuhkan hanya satu universiti iaitu Universiti Umno, agar peranan cendekia yang dilahirkan oleh universiti awam tidak dibazirkan.

Cendekia di bawah Universiti Umno hanya akan menyuarakan betapa bagusnya polisi dan dasar kerajaan serta akan menyeru rakyat bersangka baik walaupun skandal dan rasuah didedahkan kepada masyarakat umum.

Ashraff Nazrin,
Aktivis Mahasiswa,
Gabungan Tangkap MO1

Isu AES - Apabila Menteri Pengangkutan Buta Undang-Undang atau Media Salah Lapor?

Posted: 15 Nov 2016 10:57 PM PST

MENTERI PENGANGKUTAN BUTA UNDANG-UNDANG ATAU MEDIA SALAH LAPOR?

Akhbar mStar Online pada 15 November 2016 melaporkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liong Tiong Lai menyatakan bahawa Jemaah Menteri bersetuju untuk menetapkan kadar denda bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang dikuatkuasakan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ialah RM150 berbanding RM300 sebelum ini. Beliau turut menyatakan saman-saman AES tidak akan dimansuhkan malah akan menyenarai hitam penerima saman yang tidak menjelaskan saman daripada memperbaharui lesen memandu.

Laporan ini amat memeranjatkan. Adakah Menteri Pengangkutan buta undang-undang yang di bawah seliaan kementeriannya sendiri atau media silap lapor?

Jika media melaporkan dengan benar, saya ingin mengambil sedikit masa Menteri untuk memberikan taklimat khas undang-undang kepada beliau kerana nampaknya Penasihat Undang-Undang Kementerian beliau gagal memberikan nasihat yang jelas.

Untuk makluman Menteri dan seluruh warga Malaysia, bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang dikuatkuasakan melalui AES, peruntukkan yang digunakan untuk pertuduhan ialah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu gagal mematuhi tanda isyarat lalu lintas. Hukuman bagi kesalahan ini jika sabit kesalahan ialah denda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2000.

Seksyen 79(2) ini dipinda melalui Akta A1440 pada tahun 2012 untuk memasukkan hukuman denda tidak kurang RM300 adalah semata-mata memenuhi kehendak Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yang dipersetujui antara Kerajaan dengan pengendali AES iaitu Beta Tegap dan Ates Sdn Bhd ketika itu. Tujuan ditetapkan minima RM300 kerana melalui Model Kewangan tersebut, bagi setiap RM300 denda, syarikat Beta Tegap dan Ates Sdn Bhd akan mendapat RM16. Sebelum tahun 2012, kesalahan di bawah Seksyen 79(2) ini tiada denda minima jadi ini menyukarkan kerajaan membahagikan kutipan denda saman AES kepada syarikat pengendali. Justeru pindaan dibuat menetapkan denda minima RM300 tersebut.

Hari ini Menteri dilaporkan berkata Jemaah Menteri bersetuju denda bagi kesalahan tersebut ditetapkan kepada RM150. Adakah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah telah dipinda ? Saya yakin tidak! Justeru bagaimana Jemaah Menteri boleh menetapkan RM150? Jika penerima saman AES dibawa ke Mahkamah dan mengaku salah atau dibuktikan bersalah, adakah Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman denda RM150 seperti yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri sedangkan Akta menetapkan tidak kurang RM300? Jawapannya TIDAK!

Keputusan Jemaah Menteri tidak mengubah peruntukkan Akta melainkan Akta dipinda. Keputusan Jemaah Menteri tidak mengikat Mahkamah kerana Mahkamah tertakluk kepada Akta yang telah digubal.

Persoalannya ialah adakah Menteri buta undang-undang atau tidak dinasihatkan secara perundangan sehingga membentangkan kepada Jemaah Menteri perkara yang bercanggah dengan undang-undang? Adakah Jemaah Menteri mentadbir negara tanpa mengikut undang-undang yang mereka sendiri gubal? Adakah Kerajaan hanya mahu masyarakat mematuhi undang-undang sedangkan Kerajaan tidak mematuhinya?

Denda bagi kesalahan memandu melebihi had laju tidak boleh kurang daripada RM300 kerana ianya telah ditetapkan oleh Akta yang digubal oleh Kementerian. Tetapi kompaun bagi kesalahan ini boleh ditetapkan RM150 kerana had maksimum kompaun ialah RM300. Menteri buta atau media silap lapor?

Seperkara lagi ialah berkaitan kuasa JPJ menghalang penerima saman AES yang tidak menjelaskan saman dari memperbaharui lesen memandu.

Semua prosiding saman AES di mahkamah telah dibekukan oleh Jabatan Peguam Negara sejak 18 Disember 2012 sehingga sekarang. Ini bermaksud semua saman AES yang telah dikeluarkan dan ditetapkan tarikh kehadiran mahkamah, tidak dibawa ke mahkamah. Jadi, saman-sanan AES ini tidak dikuatkuasakan walau pun saman itu dikeluarkan secara sah di bawah Akta. Apabila saman tidak dikuatkuasakan, penerima saman yang tidak membayar saman tidak boleh dianggap mempunyai urusan yang belum selesai seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini kerana saman tidak dibawa ke mahkamah dan penerima saman masih tidak dibuktikan bersalah. Menghalang seseorang memperbaharui lesen memandu hanya kerana tidak membayar saman yang tidak dibuktikan kesalahan ialah suatu bentuk hukuman. Bagaimana boleh penerima saman dihukum tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan? Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan sejagat dan ruh undang-undang.

Akhir sekali saya menggesa Menteri Pengangkutan untuk mendapatkan nasihat undang-undang daripada penasihat undang-undang kementerian atau Jabatan Peguam Negara. Jika mereka juga tidak faham undang-undang, lebih baik kosongkan jawatan atau belajar serta kaji semula undang-undang yang mereka gubal.

Kepada warga Malaysia, patuhi undang-undang. Jangan bayar saman AES selagi prosiding mahkamah dibekukan. Simpan wang anda untuk perbelanjaan keluarga daripada memberikan kepada mereka membuat keuntungan.

ZULHAZMI SHARIFF
Pengerusi
Sekretariat Protes AES (ProtAES)
16 November 2016

Kenapa Saya Turun Bersih 5..?

Posted: 15 Nov 2016 10:50 PM PST

Dari FB Saiful Islam

KENAPA SAYA TURUN BERSIH 5 ?

1) Saya demonstran Bersih 1 (10 Nov 2007), Bersih 2 (09 Julai 2011), Bersih 3 (28 April 2012) dan Bersih 4 (29-30 Ogos 2015).

2) Bersih 1 saya masih mahasiswa tahun 3 di KIAS Nilam Puri, Kelantan. Bersama sekitar 10 teman mahasiswa, kami naiki bas dari Nilam Puri dan sampai ke Hentian Putra, KL, seterusnya berehat sebentar pagi itu di Pejabat Agung PAS, Jln Raja Laut. Kami bergerak bersama Pemuda PAS Pusat menuju Dataran Merdeka dan selamat dari sekatan FRU di situ, terus menuju Istana Negara melalui Masjid Negara dan membentuk gabungan yang cukup besar dengan pergerakan dari tempat-tempat lain.

3) Bersih 2 saya baru sahaja berkahwin sekitar 1 bulan. Saya bersama isteri, adik perempuan dan seorang sahabat Pemuda PAS Lembah Pantai, Sdr. Khalil Zawawi dan isterinya. Kami menaiki LRT. Saya bersama pergerakan dari Jln.Pudu-Pudu Sentral, antara lokasi tembakan gas pemedih mata yang cukup menyakitkan. Kali pertama saya dan isteri menyedut gas itu. Saya saksikan beberapa teman dibelasah teruk berdekatan sebuah hospital Cina di situ.

4) Bersih 3 saya bertugas bersama Jabatan Amal Malaysia (AMAL) dari Brickfield menuju Masjid Jamek. Kami ditembak dengan gas pemedih mata bertalu-talu diantara Masjid Jamek dan bank-bank di hadapannya. Himpunan paling dahsyat saya saksikan dan tangkapan paling besar, iaitu 512 tangkapan. Bukan sahaja 'darah tumpah' dari hidung seperti Jamal, tetapi puluhan yang cedera dibelasah polis di bawa ke hospital.

5) Bersih 4 saya beranikan diri untuk turun juga bersendirian ke Dataran Merdeka walaupun parti saya tidak turut serta. Hari kedua, saya bawa isteri dan anak-anak kerana melihat situasi himpunan yang sangat aman tanpa gangguan dan provokasi liar dari mana-mana pihak walaupun mendapat sedikit sindiran dari teman-teman yang taat tidak mahu sertai.

6) 19 Nov 2016 Sabtu ini, Bersih 5. Sekali lagi saya nekad akan sertai insya'Allah, walaupun pergi berseorangan tanpa ada kawan-kawan yang mahu turut serta kerana 'tiada arahan'. Kenapa saya akan sertai?

i) Ustaz-ustaz dan murabbi saya yang telah mentarbiyyah saya dan kawan-kawan bahawa kita menerima sistem demokrasi (termasuk pilihanraya) untuk mengambil alih kerajaan secara damai (muwajahah bis silmiyyah) demi membentuk sebuah negara yang baik dan dipimpin oleh orang yang baik. Maka, pilihanraya mesti bersih dan adil untuk memastikan kita mendapat kemenangan.

Saya diajar dengan kaedah Fiqh: [Tidak sempurna perkara wajib melainkan dengan adanya ia, maka perkara itu juga menjadi wajib]. Menegakkan negara yang baik itu wajib. Memasuki pilihanraya itu wajib. Menuntut pilihanraya bersih dan adil itu wajib. Turun beramai-ramai meluahkan tuntutan itu wajib.

Mereka ajar saya.

ii) Ustaz-ustaz dan murabbi saya tarbiyyah saya, diam dari menyatakan kebenaran adalah syaitan bisu (Mafhum Hadith). Saya dengar dan belajar dari mereka bahawa, Allah akan mengazab kaum yang melihat kezaliman, tetapi mereka diam. Bercakap yang benar dihadapan pemimpin zalim adalah jihad. Jika dibunuh, syahid. Lidi sebatang boleh dipatah, seberkas lidi agak susah. Seorang bersuara, kerajaan pekakkan telinga, ramai-ramai bersuara kerajaan boleh mengalah. Selemah-lemah iman cegah mungkar dengan hati dan lain-lain.

Saya tidak pasti apakah masih ada yang tidak merasakan kerajaan yang ada pada hari ini melakukan sekian banyak mungkar dan kezaliman atau tidak terasa betapa bebannya hidup di Malaysia saat ini. Saya merasai keperitan itu. Maka saya perlu sertai himpunan ini.

iii) Bersih dipimpin oleh Ambiga (Non Muslim) dan kelompok tidak berfikrah Islam (Maria Chin dll)?

Ustaz-ustaz dan murabbi saya tarbiyyah saya dengan kisah Nabi s.a.w turut serta dalam Hilful Fudhul di rumah Abdullah bin Jud'an sewaktu Nabi masih kecil dalam misi menyelamatkan satu puak yang dizalimi, walaupun perjanjian itu dimeterai bersama oleh pemimpin jahiliyyah. (Sila baca Sirah Nabi - jangan jadi aktivis dakwah pemalas ).

Saya diulang berkali-kali tentang sikap Nabi terima bantuan dari orang kafir dalam perkara kebaikan seperti Abu Talib, Abdullah bin Uraiqit (musyrik membantu hijrah) dan jiran Abu Bakar non Muslim yang banyak membelanya.

Dimana salah dan haramnya terlibat melawan kezaliman dan penindasan jika dipimpin oleh non-Muslim? Dan salahkan jika non Muslim yang ramai hadir mendominasi himpunan ini? Anda yang tidak mahu sertai, lalu anda mempersoalkan kenapa ramai non-Muslim (Cina dll). Apakah anda beranggapan Melayu, Muslim sahaja yang rasa terbeban dengan keadaan negara pada hari ini?

iv) Ustaz-ustaz dan murabbi saya tarbiyyah, Allah tidak tanya apa hasil perjuangan, tetapi berjuang atau tidak. Dibawakan kisah burung memadam api yang membakar Nabi Ibrahim ( ada yang menyebut ini kisah Israiliyat, tetapi boleh diambil pengajarannya). Lalu saya difahamkan, memang kerajaan atau SPR khasnya tidak peduli semua tuntutan kita, tetapi setidak-tidaknya mereka terima satu dan paling penting, kita sudah melakukan usaha yang terdaya.

Bahkan bagi yang memperlecehkan usaha berhimpun dari Bersih 1-4 tidak membawa perubahan langsung, ini dakwaan mereka yang buta politik dan sebenarnya tidak membaca pun hasil himpunan Bersih terhadap PRU 2008 dan PRU 2013. Dakwat kekal antara yang berjaya diperjuangkan walaupun masih tidak dijalankan secara baik.

v) Matlamat Bersih sudah lari, terima dana dari pihak asing, pijak gambar pimpinan, provokasi, kekasaran dan lain-lain.

Saya tidak tahu disudut apa matlamat Bersih sudah lari. Jika tuntutan-tuntutan Bersih ada perubahan, seperti dakwat kekal tidak dimasukkan lagi kerana ia sudah dilaksanakan. Maka dimasukkan tuntutan-tuntutan baru yang masih dalam lingkungan 'pilihanraya bersih'.

Terima dana dari asing saya tidak tahu dimana sumber maklumatnya. Yang pasti isu dana asing ini doktrin TV3, Utusan dan pemimpin Umno sejak Bersih 1 lagi.

Ustaz-ustaz dan murabbi saya selalu peringatkan agar hati-hati dengan provokasi untuk burukkan himpunan Bersih. Mungkin ada pihak yang diupah atau SB yang melakukan aksi-aksi radikal untuk burukkan himpunan termasuk memijak gambar mana-mana pimpinan negara atau parti-parti tertentu. Saya yakin pijak gambar pimpinan bukan restu penganjur Bersih dan jika benar itu peserta Bersih, penganjur sudah memberi kerjasama agar pihak keselamatan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.
------------------------------------------------
Cukuplah 5 alasan saya ini, saya akan sertai Bersih 5. Saya hormati anda yang memang ada strategi atau pendekatan lain yang diyakini lebih syar'ie bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Dan anda jangan kecam saya yang mahu turun!

Saya tidak ada lagi alasan untuk tidak turun di usia 30 tahun yang muda dan masih ada kekuatan ini. Saya mempelawa semua kawan-kawan yang bersama saya pada Bersih 1, 2, 3 & 4 untuk turut serta pada 19 Nov! Jangan lupa saat indah sewaktu tangan kita pernah bersilang erat dulu demi negara yang lebih baik!

Saya turun sebagai rakyat Malaysia!

- Abi Sumayyah -
16 Nov 2016 : Kuala Lumpur

OhDunia.My

Posted: 16 Nov 2016 08:34 AM PST

OhDunia.My


Azwan Ali Mengamuk Komen Tegur Neelofa Dipadam

Posted: 15 Nov 2016 11:07 PM PST

Lama juga Diva AA iaitu Azwan Ali menyepi daripada dunia hiburan bukan? Jarang juga kita dengar sebarang kontroversi sejak beliau mula sibuk dengan perniagaan redang Diva AA. Terbaru Diva AA telah mencuri perhatian ramai apabila beliau meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa.


Azwan Ali Mengamuk Komen Tegur Neelofa Dipadam

Baca selengkapnya

Terkejut Besar Selepas Lihat Rakaman CCTV Di Kelab Malam

Posted: 15 Nov 2016 07:35 PM PST

Seorang pemilik sebuah pub (kelab malam) terkejut apabila kamera litar tertutup (CCTV) di premis miliknya itu merakamkan imej lembaga putih yang secara tiba-tiba muncul dari permaidani, demikian lapor laman mirror.co.uk.


Terkejut Besar Selepas Lihat Rakaman CCTV Di Kelab Malam

Baca selengkapnya

Jangan Licinkan Talam Jika Makan Dengan Pak Arab, Akibatnya..

Posted: 15 Nov 2016 06:32 PM PST

Kerap kali kita melihat gambar-gambar di laman sosial yang menunjukkan pak Arab dengan sedulang besar makanan sedap. Ingatkan gambar seperti itu hanya bertujuan untuk 'bergambar', rupanya tidak.


Jangan Licinkan Talam Jika Makan Dengan Pak Arab, Akibatnya..


Baca selengkapnya

Respon Paling 'Win' Elly Mazlein, Bila Dikecam Kuat 'Berdrama'

Posted: 15 Nov 2016 06:56 PM PST

Walau dikecam kuat berdrama, Kak Lina Pom Pom tetap hormat Ogy Ahmad Daud | Perasaan hormat penyanyi Elly Mazlein tidak pernah luntur terhadap Datuk Fauziah Ahmad Daud, biarpun dia pernah dituduh oleh pengarah itu sebagai artis "suka main wayang".


Walau Dikecam Kuat 'Berdrama', Elly Mazlein Tetap Hormat Ogy

Baca selengkapnya

Jamal, Zuraida Bertembung Di IPD Ampang Jaya

Posted: 15 Nov 2016 05:44 PM PST

AMPANG: Pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam 'bertembung' sekali lagi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya.


Jamal, Zuraida Bertembung Di IPD Ampang Jaya

Baca selengkapnya

Anggap Ameng Kurang Waras, A.Aida Bantah Anak Menyanyi

Posted: 15 Nov 2016 05:33 PM PST

Niat penyanyi Ameng yang mahukan dua anak perempuan mereka menjadi penyanyi dibantah keras oleh bekas isterinya, penerbit drama Datuk A Aida.


Anggap Ameng Kurang Waras, A.Aida Bantah Anak Menyanyi

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 16 Nov 2016 02:28 AM PST

beautifulnara


Lagu “Hidup Dalam Mati” Nyanyian Syamel Digugurkan Daripada AIM 22

Posted: 16 Nov 2016 01:02 AM PST

Kontroversi melanda lagu "Hidup Dalam Mati" nyanyian Syamel AF2015 selepas Ayai Illusi mendedahkan lagu itu adalah ciptaannya memberikan impak yang agak besar.

Selepas tidak dipertandingkan didalam peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 pada hari Jumaat minggu lepas, kini lagu berkenaan turut digugurkan dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik ( AIM 22).

Berita itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM22,  Rosmin Hashim. Menurut beliau keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada  DD Music selaku penerbit lagu itu yang enggan mempertandingkan karya berkenaan.

Saya ingin memaklumkan bahawa pencalonan lagu Hidup Dalam Mati dalam kategori Lagu Pop Terbaik AIM22 telah ditarik balik oleh pihak pengurusan Syamel atas isu yang sama. Surat penarikan lagu tersebut dihantar hari ini (Selasa) oleh pihak pengurusan penyanyi tersebut.

Buat masa ini, kekosongan tersebut tidak digantikan dengan mana-mana lagu lain.

Walaubagaimanapun, kedudukan Syamel sebagai seorang penyanyi yang tercalon didalam kategori lain iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) dan Artis Baru Terbaik tidak terjejas.

Mungkin bukan rezeki untuk lagu berkenaan bertanding didalam dua anugerah yang agak besar didalam industri muzik tanah air.

Sumber Berita : mStar Online

Azwan Ali Mengamuk Komen Tegur Neelofa Dipadam

Posted: 15 Nov 2016 09:51 PM PST

Lama juga Diva AA  iaitu Azwan Ali menyepi daripada dunia hiburan bukan? Jarang juga kita dengar sebarang kontroversi sejak beliau mula sibuk dengan perniagaan redang Diva AA.

Terbaru Diva AA telah mencuri perhatian ramai apabila beliau meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa.

Ini kerana Azwan ada menegur gaya dan cara sikap Neelofa yang dirasakan kurang sesuai sebagai seorang wanita yang sudah bergelar Hajah apatah lagi ketika bersentuhan dengan Fattah Amin.

Malangnya komen Azwan telah dipadam berulang kali daripada Instagram Neelofa dan ia menimbulkan kemarahan Azwan.

Pendapat Azwan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju bahawa Neelofa kelihatan agak keterlaluan manjanya bersama Fattah.  Untuk pengetahuan semua, komen yang menyokong Azwan juga akan dipadam daripada Instagram Neelofa.

Sehingga kini tiada lagi respon yang diberikan oleh pihak Neelofa berhubung isu ini. Mungkin juga Neelofa enggan mengambil peduli akan perkara berkenaan meskipun ia agak hangat diperkatakan di Instagram Azwan.

Gaya Subang Ibarat Pengikat Langsir : Hanez Suraya Enggan Ambil Pusing Komen Netizen

Posted: 15 Nov 2016 08:25 PM PST

Baru-baru ini gaya subang Hanez Suraya yang cukup unik telah menarik perhatian netizen. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk bergurau dan menyamakan subang Hanez sama seperti pengikat langsir. Macam-macam parodi juga yang keluar dan ada juga mereka yang memberikan komen negatif.

Malah, Hanez juga sebenarnya tidak berkecil hati  apabila perkara itu menjadi viral di laman sosial.

Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh kawan baik saya iaitu Farina. Apabila membaca paparan skrin yang dihantar, saya terus tergelak. Saya pun tak tahu nak cakap apa.

Cuma satu perkara yang jelas di sini adalah mereka masih memerhatikan gaya hidup saya biarpun sudah dua tahun tidak berlakon. Saya menganggap ia perkara remeh, jadi tak perlu nak melatah atau marah.

Hanez berpendapat segala kritikan tidak perlu dilayan kerana ia sekadar membuang masa dan lebih baik untuk beliau fokus kepada kehidupannya.

Saya pelik kenapa gaya itu diberi perhatian sehingga dibangkitkan di laman sosial, sedangkan artis lain pun ada bergaya sama. Saya hanya berfikiran positif kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.

Kalau nak melayan kerenah mereka satu persatu di laman sosial, boleh jadi gila dibuatnya. Jadi biarkan saja mereka dengan dunia mereka.

Bagus Hanez Suraya tidak cepat melatah dengan komen netizen. Iyalah, tidak semua benda harus dipandang serius sehingga mencetuskan pergaduhan ye dak?

Sumber Berita : Harian Metro

Isu Dikritik : Elly Mazlein Enggan Bergaduh Dengan Ogy Ahmad Daud

Posted: 15 Nov 2016 06:47 PM PST

Dikritik oleh pelakon Ogy Ahmad Daud bahawa beliau sepatutnya meninggalkan Gegar Vaganza 3 kerana berdrama di atas pentas, Elly Mazlein bagaimanapun enggan memanjangkan isu berkenaan ataupun bergaduh dengan Ogy.

Elly menghormati Ogy sebagai seorang yang lebih tua bahkan seperti ibunya sendiri. Namun, Elly akui Ogy mungkin boleh menggunakan cara lain untuk meluahkan pendapatnya itu.

Pada saya banyak cara dia boleh bercakap termasuk menegur saya secara peribadi jika tidak berpuas hati tetapi perkara sudah pun berlaku dan saya ingin lupakan sahaja. Biarpun dia serang saya tetapi saya tetap menghormatinya bukan sahaja sebagai pelakon senior dan orang yang lebih tua daripada saya tetapi melihatnya sebagai seorang ibu.

Hendak bergaduh pun sampai bila? Ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan saya terima sahaja apa yang orang hendak katakan kepada saya.

Ogy dikecam teruk oleh netizen kerana kritikannya itu tetapi beliau tetap dengan pendiriannya itu dan mendakwa beliau mengenali siapa Elly. Menurut Ogy, Elly pernah berlakon didalam drama arahannya sebelum ini.

Perkara itu diakui Elly, tetapi sudah 11 tahun mereka tidak bekerjasama lagi dan Ogy sebenarnya tidak mengenali Elly dengan mendalam. Hubungan yang terjalin antara mereka sekadar profesional di set.

Apabila Kak Ogy mengatakan dia kenal saya, saya sebenarnya tidak mengenalinya secara peribadi untuk mengulas panjang tentang tujuannya mengkritik saya.

Kami bekerjasama pun 11 tahun lalu dan itu pun dia hanya sempat mengarah separuh sahaja drama berkenaan sebelum diganti orang lain kerana masalah tertentu.

Kita semua tahu Ogy Ahmad Daud memang lantang bersuara dan agak tegas orangnya. Benar kata Elly, untuk apa terus bergaduhan kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa masalah pun.

Sumber Berita : mStar Online

Izreen Azminda Nafi Gosip Bercinta Dengan Lelaki Bergelar Datuk

Posted: 15 Nov 2016 05:34 PM PST

Pelakon Izreen Azminda menafikan gosip kononnya beliau sedang menjalinkan hubungan dan bakal berkahwin dengan seorang lelaki bergelar Datuk seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal akhbar tempatan pada hari Isnin lepas.

Saya terkejut juga pada mulanya tetapi bila fikirkan kembali ia sangat kelakar kerana gosip itu sama sekali tidak benar.

Saya sendiri tak tahu bagaimana gosip itu boleh keluar sedangkan saya kini tidak menjalinkan hubungan cinta pun dengan mana-mana lelaki.

Menurut gosip itu juga, Izreen sedang bercinta dengan rakan kongsi perniagaan minyak wanginya. Namun, Izreen menganggap ia adalah perkara yang mengarut kerana rakan kongsinya itu bukanlah lelaki bergelar Datuk tetapi seorang wanita.

Bagaimana pula dalam gosip itu memberitahu saya menjalinkan hubungan cinta dengan share partner dalam perniagaan perfume saya, sedangkan share partner saya itu tidak begelar Datuk malah seorang perempuan.

Saya tidak cepat melatah dengan gosip-gosip sebegini kerana sudah biasa dan pernah laluinya sebelum ini.

Izreen menjelaskan, buat masa ini beliau tidak menjalinkan apa-apa hubungan cinta dan mahu memberikan fokus seratus peratus terhadap perniagaan minyak wanginya itu. Tambah Izreen, bukan mudah juga untuk mencari teman lelaki yang boleh menerima status beliau sebagai janda anak satu.

Terus-terang saya masih lagi sendiri dan belum menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Bukan tidak mahu bercinta tetapi saya tidak tergesa-gesa untuk mencari teman hidup.

Lagipun bukan mudah untuk mencari lelaki yang boleh menerima anak saya seperti anaknya juga. Justeru saya kini memberi fokus lebih pada perniagaan wangian saya.

Untuk pengetahuan anda, Izreen Azminda pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama Lara Aishah, Muhamad Riza Baharuddin sekitar tahun 2012 dan bercerai pada bulan Mei 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 3 tahun.

Sumber Berita : Astro Gempak

Fara Fauzana Sudah Minta Maaf Pada Saya – Elly Mazlein

Posted: 15 Nov 2016 05:05 PM PST

Baru-baru ini timbul kontroversi hangat apabila pengacara Fara Fauzana didakwa menyindir Elly Mazlein ketika memperkenalkan juri Muzik-Muzik 31, Datuk Ramli MS.  Fafau ada mengeluarkan perkataan berbunyi " Tok Ram jangan risau, tiada yang tarik diri didalam program ini". Ia bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi Elly sendiri yang kurang senang dengan gurauan Fafau.

Walaubagaimanapun, salah faham itu telah berakhir apabila Fafau secara peribadi telah memohon maaf kepada Elly ketika konsert Gegar Vaganza 3 minggu lalu.

Menurut Elly, beliau kebetulan duduk bersebelahan Fafau dan penyampai radio itu memohon maaf kepadanya.

Fara ada menegur saya dan bertanya sekiranya saya marah terhadapnya dan jujur saya memberitahunya saya memang marah. Tetapi saya menghormati Fara kerana dia meminta maaf dan saya terima dengan baik kerana mungkin dia tidak sengaja atau pun tersilap kata.

Memang pada awalnya saya terasa hati tetapi ia perkara kecil dan kami pun sebenarnya tiada sebarang masalah cuma salah faham sahaja. Semuanya sudah selesai.

Alhamdullilah, baguslah kalau Elly tidak lagi memendam rasa dengan gurauan Fafau. Kami juga hormat dengan Fafau yang secara empat mata memohon maaf kepada Elly.  Lebih tenang bukan kalau semua salah faham sudah berakhir.

Sumber Berita : mStar Online

Elly Mazlein Mahu Kembali Ke Gegar Vaganza 3?

Posted: 15 Nov 2016 03:56 AM PST

Selepas isu beliau tarik diri kerana terasa hati dengan komen juri Datuk Ramli MS, penyanyi Elly Mazlein pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi menyertai Gegar Vaganza 3 meskipun beliau diserap masuk menggunakan kuasa imuniti yang dimiliki oleh Datuk Seri Vida.

Terbaru, Elly memberitahu beliau tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di GV3. Menurut Elly, beliau bakal menimbang semula keputusannya itu demi peminatnya yang sering menyokong beliau selama ini.

Perkara ini ada pro dan juga kontra. Hampir 90 peratus mahu saya kembali semula ke GV3 jika diberi peluang, tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan memberi alasan perkara ini membabitkan soal maruah.

Saya sendiri susah nak cakap kerana banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi, kalau diikutkan hati, memang sekarang juga saya nak masuk semula.

Elly sedar akan ada pihak yang mempersoalkan pendiriannya dan akan terus dihimpit dengan komen negatif. Namun, itu menjadi penguat semangat untuk beliau terus berjuang di GV3.

Tengoklah nanti macam mana. Kalau saya masuk balik, pasti akan ada komen negatif dan menghentam keputusan saya ambil itu. Tidak mengapa, saya pernah kena teruk sebelum ini. Lebih banyak mereka mengutuk saya, ia makin menguatkan semangat saya untuk menyertai semula GV3.

Jika benar Elly bakal kembali ke GV 3 kami harap beliau kali ini datang dengan semangat yang baharu dan tidak lagi senang terguris dengan komen juri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Tuduhan Kek Perkahwinan Amar Baharin Dan Amyra Rosli Berulat Tidak Benar

Posted: 15 Nov 2016 02:58 AM PST

Disebalik kemeriahan majlis pernikahan Amar Baharin dan Amyra Rosli timbul pula cerita kurang enak apabila ada netizen mendakwa kek pada majlis akad nikah itu sudah berulat  serta tidak boleh dimakan kerana mengambil masa yang lama untuk dibuat.  Semuanya gara-gara artikel sebuah portal yang mencetuskan salah faham berkenaan.

Pembuat kek, Anne Idris memberitahu kek tersebut dibuat pada 10 November sehari sebelum majlis raja sehari Amar dan Amyra. Anne menggunakan bahan berkualiti yang membuatkan kek berkenaan bertahan lebih lama.

Saya terkilan ada komen-komen negetif mengatakan kek tersebut sudah berulat kerana dibuat sebulan lalu seperti viral di laman sosial. Blog-blog yang menviralkan tentang kek tersebut tidak bertanya kepada saya terlebih dahulu. Sebulan yang saya maksudkan ialah persiapan untuk hiasan kek kerana saya perlu buat hiasan rama-rama bertatahkan batu swarovski.

Untuk sebiji kek ia mempunyai kira-kira 11,000 biji batu swarovski jenis paling mahal dan ia bukan senang untuk dilekatkan.

Anne menggunakan bahan daripada American chocolate yang boleh bertahan lebih dua minggu jika disimpan dengan baik.

Kek begitu cantik memang rasa sayang nak makan, ada pelanggan saya sebelum ini makan kek itu selepas dua minggu dan ia disimpan dengan baik dalam peti ais.

Sebab itu saya akan menggunakan bahan-bahan yang mahal dan boleh bertahan lama supaya ia boleh dimakan selepas selesai majlis.

Berbicara mengenai khabar angin yang mengatakan harga kek tersebut yang mencecah ribuan ringgit, Anne bagaimanapun tidak mahu mendedahkan harga sebenar kepada umum. Kek itu bukanlah ditaja kepada pasangan berkenaan sepenuhnya tetapi dia mempunyai perjanjian tertentu dengan pihak pengantin.

Sumber Berita : mStar Online

myartis.com

Posted: 16 Nov 2016 02:11 AM PST

myartis.com


BANTAH ANAK MENYANYI - A. AIDA ANGGAP SIKAP AMENG KURANG WARAS

Posted: 15 Nov 2016 07:03 PM PST



Niat penyanyi Ameng yang mahu dua anak perempuan mereka menjadi penyanyi itu telah dibantah keras oleh bekas isterinya, penerbit drama Datuk A. Aida.

Menurut A Aida, perkara itu dianggap kurang waras kerana dia mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang pendidikan terlebih dahulu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

IZREEN AZMINDA NAFI BAKAL BERGELAR DATIN

Posted: 15 Nov 2016 05:26 PM PST



Ada satu dakwaan mengatakan yang pelakon Izreen Azminda, 31 bakal bergelar datin apabila dirinya dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki bergelar Datuk yang terlibat dengan perniagaannya dan bakal dipinang dalam masa terdekat.

Izreen ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu ia kedengaran agak kelakar apabila membaca mengenainya dengan seorang lelaki itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GV3: TIMBANG KEPUTUSAN - ELLY MAZLEIN BAKAL KEMBALI?

Posted: 15 Nov 2016 03:48 PM PST



Sebelum ini, Elly Mazlein pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau enggan kembali ke Gegar Vaganza 3 (GV3) meskipun beliau diserap masuk menggunakan kuasa imuniti yang dimiliki oleh Datuk Seri Vida selepas menarik diri kerana terasa hati dengan komen juri Datuk Ramli MS.

Terkini, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, memberitahu yang beliau tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di GV3. Menurut Elly, beliau bakal menimbang semula keputusannya itu demi peminatnya yang sering menyokong beliau selama ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 16 Nov 2016 01:53 AM PST

Toknek.com RSS Feed


10 Ciri Torrrbaek Pasai Huawei Mediapad M3

Posted: 16 Nov 2016 12:22 AM PST


Huawei pada tahun ni mengungguli pasaran dengan pengenalan peranti peranti terkini dan berprestasi tinggi malah turut mengekaikan kualiti pada binaan depa kalau dahulu depa lebih sinonim dikenal...

The Rock Bakai Bertandin Jawatan Presiden As Pada Tahun 2020

Posted: 16 Nov 2016 12:02 AM PST


Dwayne Johnson atau lebih unggoi dikenali dengan panggilan The Rock ghamai dok kata bakai mengikuti jejak Donald Trump dan akan mencalonkan dirinya sebagai Presiden Amerika pada tahun 2020 Sele...

Lelaki Dogoi Kelihatan Lebih Macho Dan Seksi

Posted: 15 Nov 2016 11:44 PM PST


Lelaki yang tegap tampan dan memiliki penampilan yang kemaih barangkali akan nampak macho dan seksi kalau lelaki tu selekeh dan berkepala dogoi akan lebih memburukkan penampilannya Antara seba...

7 Sebab Awatlaa Pelajaq Gred C Akan Menjadi Manusia Palin Berjaya Di Dunia

Posted: 15 Nov 2016 11:42 PM PST


1 depa paham apa yang depa inginkan Pelajaq C tak menghabihkan banyak masa untuk kelaih yang tak pentin kalau hampa nak menjadi soghang juruteknik dah jelaih yang hampa tak perlu menulih kara...

Izreen Azminda Tak Ngaku Bercinta Dengan Datuk

Posted: 15 Nov 2016 10:42 PM PST


tergempaq dengan dakwaan bercinta dengan lelaki berstatuih VIP Izreen Azminda bagaimanapun takmau mengaku gosip berkenaan dan menjelaihkan bahawa dirinya la nih masih dok single Malah memba kong...

Gaya Subang Ibarat Pengikat Langsiaq Hanez Suraya Takmau Ambik Pusin Komen Netizen

Posted: 15 Nov 2016 10:24 PM PST


baghu baghu ni gaya subang Hanez Suraya yang cukup unik telah menarik perhatian netizen depa menggunakan kesempatan ni untuk melawak dan dok samakan subang Hanez sama macam pengikat langsiaq Ma...

Azwan Ali Mengamuk Komen Tegoq Neelofa Dipadam

Posted: 15 Nov 2016 10:22 PM PST


Lama jugak Diva AA iaitu Azwan Ali menyepi daripada dunia hiburan bukan Jarang jugak kita dengaq sebarang gosip sejak beliau mula sibuk dengan bisnes redang Diva AA terpalin baghu Diva AA tela...

Jenayah Osa Rafizi Fakta Kezaliman

Posted: 15 Nov 2016 10:04 PM PST


Rafizi menzalimi diri sendiri dengan membuat tuduhan muhung terhadap LTAT kemudiannya LTAT memintak beliau mengemukakan bukti Rafizi telah menggunakan dokumen OSA untuk mempertahan fitnah yang te...

Kpdnkk Buat Laporan Polih Viral Ghega Lpg

Posted: 15 Nov 2016 10:02 PM PST


Bukan saja negara malahan dunia akan jadi huru hara apabila fitnah berleluasa dan diangkat menjadi perkara betoi Firman Allah Hai oghang oghang yang beriman janganlah sekumpulan oghang laki...

Acer Memperkenaikan Komputer Semua Dalam Satu Dengan Rekaan Memukau Acer Aspire C22

Posted: 15 Nov 2016 09:24 PM PST


Bersama sama pengenalan komputer riba Acer Malaysia turut ambik peluang mengumumkan sebuah komputer semua dalam satu terpalin baghu untuk pasaran tempatan iaitu Acer Aspire C22 Menariknya pasai...

Acer Memperkenaikan Komputer Riba Ternipih Swift 7 Berharga Rm4999

Posted: 15 Nov 2016 09:22 PM PST


Acer Malaysia hari ni telah memperkenaikan komputer riba ternipih daripada depa iaitu Acer Swift 7 Acer menekankan kepada rekaan yang dibawakan oleh komputer riba ni tang mana ia setebai kughan...

Elly Mazlein Tak Mau Kelai Dengan Kak Ogy

Posted: 15 Nov 2016 07:42 PM PST


Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein bagitau isu yang melibatkannya bersama pelakon senioq Fauziah Datuk Ahmad Daud yang telah melabelkannya sebagai drama queen baghu baghu ni di laman so sial tak a...

9 Tempat Tarikan Pelancong Di Malaysia

Posted: 15 Nov 2016 07:32 PM PST


Kepada hampa semua diluaq masih dok mempunyai cuti yang banyak hujung tahun ni tapi tak tau nak holiday tang mana Jom Oh Media nak bagitahu sikit 9 tempat tarikan pelancong di Malaysia Manalah...

Fara Fauzana Dah Mintak Ampun Pada Cheq Elly Mazlein

Posted: 15 Nov 2016 07:24 PM PST


baghu baghu ni timboi gosip hangat apabila pengacara Fara Fauzana didakwa menyindiaq Elly Mazlein masa memperkenaikan juri Muzik Muzik 31 Datuk Ramli MS Fafau ada mengeluaqkan perkataan berbuny...

Isu Dibantai Elly Mazlein Takmau Berkelai Dengan Ogy Ahmad Daud

Posted: 15 Nov 2016 07:22 PM PST


dibantai oleh pelakon Ogy Ahmad Daud bahawa beliau sepatutnya meninggaikan Gegaq Vaganza 3 pasai berdrama di ataih pentaih Elly Mazlein bagaimanapun takmau memanjangkan isu berkenaan ataupun berke...

Produk Kesihatan Diluluihkan Bermula Huruf Mal Bukannya Kkm

Posted: 15 Nov 2016 06:02 PM PST


Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO agak agak lebih kurang sebanyak enam hingga sepuluh peratuih bersamaan USD35 bilion ubat ubatan di pasaran dunia adalah tiruan Mengikut kajian yang dilak...

Aliaa Syafiqah Dilapoqkan Hilang

Posted: 15 Nov 2016 11:04 AM PST


soghang pelajaq tingkatan satu Aliaa Syafiqah Nazar Mohd Norjuahari 13 dilapoqkan hilang selepaih keluaq dari rumah neneknya di Seksyen 1 Bangi dekat sini hari ni bapak pelajaq pompuan tu ...

Penin Pala Punca Aliaa Syafiqah Hilangkan Diri

Posted: 15 Nov 2016 11:02 AM PST


soghang remaja pompuan yang penin pala dengan memba memba sekolah pasai serin bertanya tentang pasai ibunya yang tak ditemui semenjak 2008 menghilangkan diri sejak awai pagi Selasa Bapanya Mohd...

Apple Melancaqkan Buku Dengan Koleksi Gambaq Produk Selama 20 Tahun Pada Ghega Mencapai Rm1300

Posted: 15 Nov 2016 09:22 AM PST


Apple hari ni telah mai dengan sebuah produk baghu berupa sebuah buku jasad yang mengumpoikan lebih kughang 450 gambaq produk keluaran Apple selama 20 tahun lepaih Dinamakan sebagai Designed by A...

Pengarah Syarikat Pembungkusan Minyak Masak Didakwa

Posted: 15 Nov 2016 06:02 AM PST


Macam GAMPANG boleh tersengih sengih selepaih menyalahguna subsidi mengaut keutungan berganda Yang kena caci maki dan fitnah kerajaan PASIR MAS 15 Nov soghang pengarah syarikat pembungk...

Hidung Jamal Berdarah Akibat Ditumbuk Tengok Ceghita Yang Sebenaqnya

Posted: 15 Nov 2016 05:42 AM PST


Datuk Jamal Yunos mendakwa hidungnya telah ditumbuk masa satu kekecohan di Ampang Malah dia kata YB Padayappa Zuraida Ahli Parlimen Ampang yang telah menumbuknya Mula mula sekali hampa boleh t...

Tuduhan Kek Pernikahan Amar Baharin Dan Amyra Rosli Berulat Tak Betoi

Posted: 15 Nov 2016 04:22 AM PST


Disebalik kemeriahan majlih pernikahan Amaq Baharin dan Amyra Rosli timboi pulak ceghita kughang enak apabila ada netizen mendakwa kek pada majlih akad nikah tu dah berulat serta tak boleh dimakan...

Porsche Design Huawei Mate 9 Akan Dijuai Pada Rm6999 Mate 9 Pro Bakai Turut Ke Malaysia

Posted: 15 Nov 2016 03:22 AM PST


Huawei Malaysia kemarin telah mengumumkan penawaran Huawei Mate 9 versi biasa untuk pasaran tempatan bermula minggu hadapan pada ghega RM2699 Terkini ia dilihat selain Mate 9 biasa Huawei Malay...

Gadih Penjuai Sayoq La Nih Menjadi Terkenai Pasai Kecantikannya

Posted: 15 Nov 2016 02:44 AM PST


Kusum Shrestha 18 gambaqnya telah diambik masa sedang membawa sayoq di sebuah pasaq tempatan Apabila jurugambaq telah menyebaqkan gambaq hat sama dok habaq tadi di internet hashtag Tarkariwali...

Ahli Silap Mata Dari Malaysia Berjaya Mencipta Rekod Baghu Tengok Kisahnya

Posted: 15 Nov 2016 02:42 AM PST


Pasangan ahli silap mata dari Malaysia Avery Chin dan Sylvia Lim telah berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk Menukaq Pakaian Palin Banyak dalam Masa Satu Minit Avery Chin telah melindun...

ROTIKAYA

Posted: 15 Nov 2016 08:34 PM PST

ROTIKAYA


Elly Mazlein Tak Mahu Gaduh Dengan Kak Ogy

Posted: 15 Nov 2016 04:59 PM PST

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berkata isu yang melibatkannya bersama pelakon senior, Fauziah Datuk Ahmad Daud yang telah melabelkannya sebagai drama queen baru-baru ini di laman sosial, tidak mengambil hati malah menghormati pandangan aktres senior itu.

BACA: Elly Mazlein Kuat Sentap, Fara Fauzana Hanya Bergurau?

“Saya menghormati dia sebagai seorang yang senior dan menganggap dia ibarat emak. Walau apa pun Kak Ogy cakap atau serang saya secara peribadi, saya tetap hormati dia, sebagai orang yang lebih tua daripada saya,” katanya kepada Rotikaya.

Dalam kenyataan Fauziah Ahmad Daud sebelum ini mengatakan bahawa dia turut mengenali Elly Mazlein kerana pernah bekerjasama dalam drama di bawah pengarahannya sekitar tahun 2005.

Namun bagi Elly Mazlein menjelaskan bahawa dia belum sempat untuk bersua atau beramah mesra semasa sesi penggambaran tersebut disebabkan pelakon senior tersebut hanya menjadi pengarahnya dalam masa beberapa minggu sahaja sebelum diambik alih oleh pengarah lain.

“Walaupun Kak Ogy kata yang dia kenal saya sebab dia pernah mengarah saya. Tapi sayang sekali, ketika itu saya tak dapat mengenali dia sangat sebenarnya. Tapi saya tetap menghormatinya sebagai pengarah”

“Ketika itu, kak ogy tak mengarah drama itu sampai habis. Jadi bila Kak Ogy cakap yang dia mengenali saya sewaktu mengarah, saya sukalah sebab dia ambil berat dan kenal saya,” jelasnya lagi.

Elly Mazlein turut berkata, sebagai seorang anak seni dia berharap agar mereka semua bersatu dalam industri seni tempatan dan sekiranya mahu menegur seseorang artis itu perlulah dengan cara yang lebih berhemah.

“Kita kena bersatu sebab kita dalam industri yang sama, nak tegur ke nak apa banyak cara yang lebih bagus macam Kak Ogy boleh hubungi saya. Instagram Kak Ogy saya request sebab nak lebih dekat dengan dia”

“Kita nak gaduh sampai bila sayang dalam industri kita ini kecil, sepatutnya kita lebih bersatu kuat. Kalau tak gembira dengan orang itu, kenapa tak pilih jalan yang itu, iaitu menghubungi saya. Dengan cara memburukkan, menjatuhkan orang, dan mengeluarkan kata-kata begitu mencerminkan diri kita”

“Jadi bila cakap macam itu dengan saya, sedikit sebanyak buat saya jadi kuat dan sebenarnya bagus bila orang cerca kita begini membuatkan saya lebih bersemangat,” katanya. (rtky/h)

1-elly-mazlein-tak-mahu-gaduh-dengan-kak-ogy-rotikaya 2-elly-mazlein-tak-mahu-gaduh-dengan-kak-ogy-rotikaya 3-elly-mazlein-tak-mahu-gaduh-dengan-kak-ogy-rotikaya 4-elly-mazlein-tak-mahu-gaduh-dengan-kak-ogy-rotikaya 5-elly-mazlein-tak-mahu-gaduh-dengan-kak-ogy-rotikaya 7-elly-mazlein-tak-mahu-gaduh-dengan-kak-ogy-rotikaya

Amar, Amyra Rancang Bulan Madu Di Tokyo

Posted: 14 Nov 2016 11:15 PM PST

Setelah selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka Sabtu lalu, pasangan merpati dua sejoli, Amar Baharin dan Amyra Rosli memilih Tokyo sebagai destinasi bulan madu mereka. Mengimpikan untuk berkunjung ke taman tema Disneyland di Tokyo pada 24 November ini, Amyra merasa begitu teruja sekali selepas sekian lama tidak berehat panjang.

BACA: Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli

"Dalam perkahwinan kami percaya kesepakatan antara pasangan pasti akan lebih melancarkan hubungan. Oleh itu sebagai ketua keluarga, saya perlu lebih bersikap terbuka dengan Amyra. Saya sama sekali tidak akan menghalang dirinya terus aktif dalam bidang seni selepas berkahwin kerana itu adalah minat Amyra. Lagipun saya sangat mempercayainya”

"Saya teringin nak melawat taman tema keriangan Disneyland di Tokyo kerana tempat itu adalah antara destinasi yang menjadi impian dalam hidup saya selama ini. Amar tahu saya meminati tempat-tempat sebegitu kerana saya dapat melepaskan tekanan kerja yang terbeban selama ini,” katanya kepada Utusan Online mengenai perancangan bulan madu.

Dalam masa yang sama, Amyra turut berkongsi perancangan selepas pulang dari berbulan madu, dimana pasangan ini akan diraikan sekali lagi dengan meriahnya di Singapura pada awal Disember nanti. Majlis berkenaan difahamkan ditaja sepenuhnya oleh kelab peminat pasangan ini di Singapura yang tidak henti menyokong kerjaya mereka didalam dunia seni.

Manakala apabila bercakap soal cahaya mata pula, Amar memberitahu dirinya tidak kisah jika ditakdirkan isterinya terus hamil selepas mendirikan rumah tangga. Malah pasangan ini juga sudah merancang untuk mempunyai empat orang cahaya mata tetapi jika diberikan rezeki lebih pula mereka tidak kisah dan menerima dengan hati terbuka. (rkty/w)

1-amar-amyra-rancang-bulan-madu-di-tokyo-jpeg 3-amar-amyra-rancang-bulan-madu-di-tokyo-jpeg 4-amar-amyra-rancang-bulan-madu-di-tokyo-jpeg 5-amar-amyra-rancang-bulan-madu-di-tokyo-jpeg 6-amar-amyra-rancang-bulan-madu-di-tokyo-jpeg 7-amar-amyra-rancang-bulan-madu-di-tokyo-jpeg

Izreen Azminda Bakal Bergelar Datin?

Posted: 14 Nov 2016 09:55 PM PST

Kalau dulu sering dihimpit dengan cinta lokasi walaupun menafikan sekerasnya, kini pula Izreen Azminda dikatakan bakal bergelar Datin apabila bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus datuk. Malah datuk itu juga dimaklumkan merupakan orang kuat dalam perniagaan Izreen yang baru-baru ini telah melancarkan set wangian jenama sendiri bernama Lurve me.

BACA: Izreen Azminda Berdendam Dengan Amar Baharin?

“Dengar cerita pelakon ini semakin rapat dengan seorang lelaki berstatus Datuk. Hubungan tersebut dikhabarkan berada pada tahap yang boleh dikatakan serius dan nampak gayanya akan berakhir ke jenjang pelamin. Malah, menguatkan lagi cerita, dengar khabarnya, lelaki berstatus VIP itu juga merupakan orang kuat dalam perniagaan Izreen sekarang ini”

“Kira ada syer sana sikit, sini sikit. Orang kata mereka ni rakan perniagaan jugalah. Seringkali dikaitkan dengan cinta lokasi tapi pelakon ini langsung menafikan. Tapi kalau betul cerita yang disampaikan si polan tadi, pandai sungguh Izreen menyimpan rahsia kan? Diam-diam ubi berisi kata orang tua,” katanya menerusi ruangan Pok Lip di Utusan Online.

Bagaimanapun sehingga sekarang Izreen masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gosip cinta kali ini. Namun walau apapun, tidak salah rasanya Izreen untuk berkahwin dengan datuk terbabit selepas dua tahun bergelar ibu tunggal. Jika benar gosip ini, semoga segala urusan perkahwinan yang dirancang akan berjalan dengan lancar. (rkty/w)

2-izreen-azminda-bakal-bergelar-datin-jpeg 3-izreen-azminda-bakal-bergelar-datin-jpeg 4-izreen-azminda-bakal-bergelar-datin-jpeg 5-izreen-azminda-bakal-bergelar-datin-jpeg 6-izreen-azminda-bakal-bergelar-datin-jpeg 7-izreen-azminda-bakal-bergelar-datin-jpeg

No comments:

Post a Comment