Bagi peminat yang mahukan pasangan ini bersatu, anda mungkin boleh tersenyum lebar kini apabila Fattah Amin mengakui bahawa dirinya dan Neelofa sering berhubung antara satu sama lain walaupun drama lakonan hebat mereka, Suri Hati Mr Pilot selesai ditayangkan. Tambahnya lagi, mereka juga sering berhubung melalui panggilan telefon serta di laman sosial.
“Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama. Bulan depan juga kami akan akan terbang ke Brunei untuk menjayakan majlis bertemu peminat drama Suri Hati Mr Pilot. Saya bersyukur kerana walaupun drama ini sudah tamat, sambutan hangat masih berterusan,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keterujaan peminat melihat kemesraan mereka di kala mempromosikan drama terbabit, selain berharap mereka benar-benar bercinta, Fattah hanya tersenyum malu mendengarnya. Tambahnya, beliau tidak mampu memberikan komen lanjut, cukup hanya menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa menentukannya.
Dalam masa yang sama, Fattah dan Neelofa juga kini sibuk menghadiri majlis bersama-sama berikutan drama terbabit yang masih hangat diperkatakan. Malah pada ketika ini juga, masih banyak majlis-majlis undangan dan beberapa acara lain untuk bertemu peminat drama bersiri terbabit sedang diaturkan oleh pihak produksi, dan ia termasuk di Brunei. (rkty/w)
Tahniah diucapkan kepada Nubhan Ahmad yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Afifah Hidayah kini sedang hamil anak pertama mereka. Berita baik itu dikongsi oleh Nubhan menerusi akaun Instagram beliau kepada peminat yang mungkin sudah lama menantikan pasangan ini untuk menimang cahaya mata.
“Alhamdulillah, rezki Allah! Doakn yg terbaik buat kami ya. Baby tu malu-malu lagi,” tulisnya menerusi akaun Instagram sekaligus mengumumkan berita gembira itu kepada umum.
Setelah pengumuman tersebut, ramai mula membanjiri ruangan komen penyanyi itu untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Rata-rata ramai yang begitu teruja dan tumpang gembira dengan berita yang dikhabarkan oleh pasangan ini. Tidak kurang juga yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isteri Nubhan ketika hamil.
Terdahulu, pasangan ini telah diberi ujian yang hebat sekali apabila isterinya keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu. Bagaimanapun, doa mereka untuk menimang cahaya mata ketika berkunjung ke Mekah baru-baru ini nampaknya termakbul. Apapun semoga kali ini segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Biodata Donald Trump Presiden Amerika Syarikat Ke 45. Nama yang menjadi tumpuan dunia sebelum dan selepas memenangi pilihan raya presiden Amerika atau President-elect of the United States. Dalam pilihanraya Presiden Donald Trump menewaskan Hillary Clinton untuk menjadi presiden yang ke 45 USA. Dibawah sedikit profile atau biodata Donald Trump Nama Sebenar: Donald John Trump Tarikh Lahir: 14 Jun …
KUALA LUMPUR: Amanah membidas Putrajaya kerana mengabaikan peruntukan minyak agensi peronda hingga menyebabkan perairan negara diceroboh nelayan asing dan mengganggu mata pencarian nelayan tempatan.
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Amanah-Kuala Terengganu) mempersoalkan keutamaan Putrajaya, yang baru-baru ini membeli 4 kapal perang daripada China.
"Amat menyedihkan apabila nelayan mengadu kepada Jabatan Perikatan dan Pasukan Polis Marin kenapa nelayan asing masuk ceroboh. Jawapannya: Mahu ronda tapi tiada peruntukan minyak.
"Bayangkan alasan apa itu?" katanya semasa sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.
"Kerajaan kita boleh beli kapal perang daripada China beratus juta ringgit, tapi tidak ada peruntukan untuk beli minyak jaga nelayan miskin?"
Katanya sikap sebenar Putrajaya terhadap nelayan tempatan turut dilihat dalam Bajet 2017. Raja Kamarul berkata belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kali ini sekadar memperuntukkan 10% keepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Ada banyak masalah yang belum diatasi, peruntukan telah dipotong. Nelayan lebih memerlukan bantuan yang bermakna bukan hanya bantuan kewangan seperti subsidi dan baiki rumah.
"Nelayan memerlukan bantuan teknikal, keselamatan dan bantuan sokongan. Mereka mahu dijaga supaya boleh tangkap ikan di laut tanpa gangguan nelayan asing," katanya.
PERBAHASAN DIPERINGKAT JAWATANKUASA KEMENTERIAN KEWANGAN PADA 9HB NOV 2016
Saya mengucapkan terima kasih kepada FreeMalaysiaToday.com dan Mynewshub kerana SPIN ucapan saya kelmarin. Saya kesal perbahasan saya di ambil luar konteks dan di beri perspektif yang negatif.
MYNEWSHUB buat tajuk PAN KESAL CUKAI ARAK NAIK BAKAL BEBAN PEMINUM
FREEMALAYSIATODAY buat tajuk JANGAN BEBANI BUKAN ISLAM DENGAN CUKAI TINGGI JUALAN ARAK
Mungkin ada lagi portal lain yang melaporkan secara negatif dan berniat jahat untuk memburukkan Parti AMANAH Negara
Perbahasan saya diperingkat jawatankuasa Kementerian Kewangan sebenarnya
1)bertanya berapa jumlah cukai dosa (arak, judi, rokok) yang dikutip oleh kerajaan
2) mencadangkan supaya hasil kutipan cukai-cukai dosa diasingkan daripada dana wang yang disatukan dan digunakan untuk bayaran faedah pinjaman kerajaan. Ini akan membersihkan dana ini dari unsur haram. Cadangan dibuat kerana gaji kakitangan kerajaan dan elaun ahli Parlimen dibuat dari dana wang disatukan ini. Ia adalah satu langkah perbersihan sumber pendapatan dan menepati kehendak syariat
3) mencadangkan supaya semua perkara yang dianggap haram dan berdosa (arak, rokok) ni dijual dalam premis yang dilesenkan. Tujuannya ialah memudahkan penguatkuasaan penjualan arak dan rokok hanya kepada yang dibenarkan. Masakini penjualannya meluas dan tidak dapat dikuatkuasakan dengan berkesan. Akta kastam dan eksais hanya mewajibkan perlesenan untuk menjual "distilled alcoholic" drinks dan tidak bir. Bir dijual dengan meluas tanpa memerlukan perlesenan. Menteri Kewangan 2 dalam jawapan beliau juga tidak sedar yang penjualan bir tidak memerlukan lesen
Semasa saya berbahas, YB Pengkalan Chepa bangun untuk mencadangkan cukai rokok dan arak dinaikkan. Saya menjawab dalam satu ayat cukai rokok memang sudah dinaikkan (dari masa kesemasa) tapi saya tidak bersetuju untuk menaikkan cukai arak kerana ia mungkin membebankan orang bukan Islam.
Jawapan yang sepatutnya saya beri pada ketika itu ialah rakyat sudah bayar cukai GST untuk segala pembeliaan dan penggunaan. Arak sudah ada duti import dan GST. Pada dasarnya saya tak bersetuju sebarang peningkatan cukai terhadap rakyat.
Saya menafikan yang saya mencadangkan cukai arak diturunkan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Kedua, Dato Johari Abdul kerana di dalam jawapannya menerima cadangan saya dengan positif.
Peguam yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, supaya membuka semula siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Mohd Haniff Khatri Abdulla juga mencabar Dzulkifli, yang baru sahaja melengkapkan perkhidmatan 100 hari sebagai ketua pesuruhjaya yang baru, untuk mendapatkan minta bantuan perundangan bersama (MLA) untuk menjalankan siasatan lanjut di luar negara.
"Kalaulah anda (Dzulkifli ) dengan jujur dan ikhlas maksudkan segala ungkapan seperti dalam ucapan kamu, maka saya cabar anda memohon kepada Pejabat Peguam Negara supaya SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk membuka semula keseluruhan siasatan terhadap Najib Razak berkaitan rasuah ataupun salahlaku kewangan mahupun salahlaku kuasa berhubung skandal 1MDB dan SRC.
"SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk memohon Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance), daripada agensi siasatan Amerika Syarikat, iaitu DoJ, mahupun FBI," katanya dalam posting di Facebook.
Haniff berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang boleh menghalang Peguam Negara daripada menghalang kes untuk dibuka semula.
Malah, katanya saman DOJ untuk tindakan kleptokrasi, Julai lalu, sudah mencukupi untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara sebagai sebuah badan profesional dan bertanggungjawab sepatutnya berbuat demikian.
Katanya, tuntutan mahkamah oleh DOJ Amerika itu adalah sebab munasabah untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara, sebagai sebuah institusi yang profesional dan bertanggungjawab, perlu berbuat demikian berdasarkan bukti baru.
Sebelum ini, SPRM ketika diterajui oleh Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah memohon sebanyak dua kali untuk mendapatkan MLA untuk menjalankan siasatan di luar negara tetapi kedua-duanya ditolak oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Akhirnya, kertas siasatan SPRM diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Disember. Sebulan kemudian, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan dengan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta dari SRC International, anak syarikat 1MDB yang berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
RAKYAT kini menyaksikan para pembangkang sedang mencari kata sepakat untuk bersatu menentang BN pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) kelak.
Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib yang mendakwa BN bakal punyai masalah besar jika parti dan tokoh pembangkang utama di negara ini bertindak untuk bersatu.
“Jika kesemua mereka bersatu dan memastikan berlakunya pertandingan satu lawan satu antara kelompok calon parti-parti pembangkang, maka ia akan beri kesan yang besar kepada BN.
“Saya merasakan usaha penyatuan semua parti utama pembangkang dalam satu gagasan mestilah merangkumi peranan kelompok pemimpin yang dipayungi oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan Pas, PKR dan DAP.
“Bagaimanapun, salah satu daripada kelompok ini tidak bersama pakatan pembangkang maka ia tidak membawa impak kukuh dalam perlawanan dengan BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Tambah beliau lagi, dengan isu yang wujud kini membuatkan rakyat mudah untuk mencari parti alternatif selain BN.
“Dengan isu politik membabitkan kepimpinan utama BN yang wujud kini, ditambah pula dengan isu ekonomi sosial masyarakat serta isu kos sara hidup.
“Ia menjadi faktor pelengkap kepada peningkatan simpati dan sokongan pada tokoh dan parti lain selain BN,” katanya lagi.
Beliau juga mencadangkan agar BN berwaspada kerana faktor kemenangan parti itu pada PRU 14 nanti bergantung sejauh mana kelompok parti tersebut mampu bergabung atau tidak.
“Kemenangan BN bukan hanya atas faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya mengikut garis populasi kaum tetapi ia juga bergantung pada sejauh mana parti-parti ini mampu untuk bergabung sesama mereka.
“Jika berlaku pertandingan satu lawan satu, BN perlu mengutamakan siapa calon yang sesuai dan kekuatan calon ini bakal mengatasi lambakan isu yang menghentam BN ketika ini,” tambahnya.
Bagaimanapun, beliau turut merasakan bahawa Pas sudah serik untuk berkomplot dengan DAP kerana sikap parti itu yang keras dalam perjuangan liberal dan anti agenda Islamisasi gaya Pas.
“Tanpa Pas mahupun DAP, maka pembangkang tidak mampu menjadi alternatif buat BN.
“Namun, BN akan kalah teruk jika Pas mengambil pendirian untuk bersama pembangkang,” turutnya lagi.
Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa cabaran utama yang dihadapi pembangkang untuk bersatu mengalah BN adalah soal perbezaan perjuangan mereka.
“Contoh terbaik ialah Pas yang mahukan agenda Islamisasi dan proses perundangan Islam dilaksanakan di negara ini manakala DAP pula menentang agenda yang dibawa Pas.
“Ia satu penentangan perjuangan sesama pembangkang dan inilah yang mereka perlu selesaikan dahulu jika ingin bersatu,” katanya mengakhiri bicara.
SHAH ALAM - Ketua Armada Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan pemimpin politik agar tidak bersikap talam dua muka.
Mengulas mengenai surat terbukanya kepada Sultan Johor, yang mendapat kenyataan balas daripada Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin, Syed Saddiq berkata, Umno perlu konsisten dalam perjuangan mereka.
"Saya nak tanya di manakah Umno apabila Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), disindir oleh (Datuk Seri) Nazri Aziz, YB sendiri nak 'whack' TMJ, tetapi Umno tidak sekali pun label beliau sebagai seorang yang biadap.
"Malah ada juga yang mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Nazri. Perbezaannya, saya tak lah ugut kata nak 'whack' orang yang tak setuju dengan saya.
"Saya karangkan satu surat yang menggunakan bahasa istana dan pastikan bahawa surat tersebut mencerminkan budaya budi bahasa di Malaysia. Hormat itu tetap. Rakyat dan raja berpisah tiada. Jangan talam dua muka, sokong hanya apabila ia membawa kebaikan kepada diri sendiri. 'Be consistent', 'be principled'. Jangan jadi seorang hipokrit," katanya dalam satu kenyataanya hari ini.
Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas kenyataan Syahrin Md Jamaludin yang mengingatkan beliau agar tidak biadap terhadap Sultan Johor.
"Seluruh rakyat Johor menyanjung tinggi titah tuanku yang mengharamkan sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan perpaduan serta keselamatan rakyat...tapi tiba-tiba pemimpin muda mentah ni nak berlaku biadap dengan sultan kami.
"Dia sanggup mengetepikan adab dan membutakan mata hati melihat sesuatu isu dalam skop lebih luas semata-mata kerana kepentingan politik," petik kenyataan Syahrin.
Mengulas lanjut isu berkenaan, Syed Saddiq berkata beliau tidak kisah dengan panggilan kasar tersebut terhadapnya.
"Panggil lah saya mentah kerana budak mentah inilah yang akan berjuang untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN demi negara tercinta," katanya.
Terdahulu, Syed Saddiq telah mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan Johor selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri Johor.
AHLI Parti Islam Se Malaysia, PAS dilarang sertai Himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 November 2016 lapor media kawalan Barisan Nasional, BN (sebut Barang Naik) Buletin Utama TV3.
Semalam Buletin Utama TV3 laporkan Haram Umat Islam sertai Himpunan Bersih 5.
Hari ini media pengampu Barisan Nasional itu menemuramah Ketua Penerangan PAS , Nasruddin Hassan Tantawi yang menegaskan bahawa keputusan PAS jelas bahawa parti itu tidak akan sertai Himpunan Bersih 5 maka ahli PAS juga mesti mematuhinya.
Apa mesej yang cuba disampaikan oleh TV3?
Kepada semua ahli PAS yang taat kepada pimpinan parti, janganlah sertai Himpunan Baju Kuning, Bersih 5, tetapi sertailah Himpunan Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos atau lebih popular dengan panggilan Jamal Jamban.
Umat Islam wajib bersatu bersama-sama penyokong Baju Merah untuk pertahankan jawatan Najib Razak, pemimpin 'kleptokrasi'. Jika Najib dapat sokongan beliau boleh naikkan lagi harga barang, naikkan tol naikkan cukai GST. Rakyat belum mampos masih kuat untuk tanggung kenaikan harga.
Jangan lupa bawa batu bata, kayu bakau dan pinggan mangkuk untuk pukul diri sendiri sewaktu perhimpunan itu nanti. Mari turun ramai-ramai pada 19 November 2016 untuk sertai Himpunan Baju Merah, ramai-rama jadi beruk.
Tertuduh ketika dibawa dalam mahkamah selepas menghadapi pertuduhan menakutkan birasnya secara jenayah pada 21 September lalu.
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberhentikan perkhidmatan pegawainya, Muhammad Nazrin Abdullah, berkuat kuasa 1 November lepas kerana terlibat dengan kes berkaitan dadah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Putrajaya, Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah berkata Lembaga Tatatertib SPRM membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati Muhammad Nazrin bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lepas.
"SPRM memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi jika terdapat pegawai yang melanggar peraturan organisasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 7 November lepas, Muhammad Nazrin didakwa di mahkamah bagi pertuduhan melakukan ugutan dengan menunjukkan sebilah parang panjang kepada birasnya Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira 7.10 pagi, 21 September lepas.
Mahkamah Majistret Segamat juga memerintah dia ditahan reman dari 29 Oktober hingga 1 November lepas bagi membantu siasatan berhubung kes keganasan rumah tangganya. - Bernama
BALING - Seramai 68 pelajar MRSM Baling dibawa ke Hospital Baling akibat keracunan makanan.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Baling menerima notifikasi kejadian keracunan makanan dalam kalangan pelajar tingkatan dua hingga lima pada 8 malam semalam.
Menurutnya, siasatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling mendapati 61 perempuan dan 7 lelaki daripada keseluruhan 882 pelajar MRSM Baling untuk mendapatkan rawatan.
"Daripada jumlah itu seramai 21 perempuan dan dua lelaki dimasukkan ke wad dan selebihnya pesakit luar.
"Tiada pelajar tingkatan lima dimasukkan ke wad, kebanyakan pelajar mengalami gejala cirit birit, muntah dan loya yang bermula jam 3 pagi pada 7 November lalu,"katanya.
Beliau berkata, punca disyaki dari makanan sambal merah yang di makan bersama nasi putih, nasi goreng dan ayam goreng yang dibeli dari kafe MRSM.
Menurutnya, tindakan susulan dilakukan ialah penutupan kafe MRSM Baling di bawah akta kawalan penyakit berjangkit 1988.
"Tindakan kawalan lain yang dijalankan adalah pengesanan kes secara aktif di sekolah dan diberi rawatan sewajarnya.
"Sempel makanan dan persekitaran untuk ujian makmal juga diambil.
"Pendidikan kesihatan meliputi kebersihan meliputi aspek kebersihan dan keselamatan makanan termasuk konsep lihat, hidu dan rasa telah dijalankan kepada pelajar dan pengurusan sekolah,"katanya.
Tambahnya, pemantauan dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling.
Ada orang nak baca ka kalau saya ulas bab Donald Trump menang President Amerika nie?
Tat pa lah kebetulan hari ini bersimpang siur dlm FB kita semua berita pasal p.raya Amerika nie, kalau saya tumpang mencelah tak ada bezanya.
Saya seorang peminat politik, dulu rajin menulis dlm blog dan portal politik, la dah pencen duk fokus kat NGO tapi jiwa politik masih mmbara.
Saya melihat Donald Trumph adalah seorang pemain politik (mcm pemain bola atau main catur) yg hebat, kalah Dr M yg dah pencen boleh bangkit balik atau pun Datuk Najib yg masih tak tumbang2 wpun diserang bertubi3 kiri kanan atas bawah oleh lawan dan juga kawan, kira hebatlah tu tak jatuh2 lagi.
Hebatnya Donald Trumph sebab beliau berjaya mengeksploitasikan ketakutan (fear/phobia) dan juga kesengsaraan (suffering) rakyat biasa Amerika utk menagih undi p.raya.
Donald Trump betul2 menjadikan p.raya itu sebagai medan perang saraf yg matlamatnya utk mendapat undi. Ini yg gagal dimainkan oleh ahli2 politik khususnya team pembangkang di Malaysia, mereka gagal mengeksploitasikan perasaan amarah dan apa yg dilihat sebagai kesengsaraan rakyat jelata dlm kes peningkatan kos sara hidup dll ini ke tahap maksima utk memungkin rakyat mengundi mereka. Kerana itu parti pembangkang tak menang2.
Rakyat Amerika hari ini rata2 tertekan dgn kos sara hidup yg mencengkam hinggakan buat dua kerja dlm satu hari utk tampung hidup sudah tidak mencukupi. Waktu di Amerika dulu saya pnah jumpa kwn2 rakyat Amerika yg pagi sampai petang kerja tempat nie, petang sampai tgh mlm kerja tempat lain, memang sengsara.
Di celah2 tu sekarang ini byk syarikat2 dan kilang2 yg dah tutup sebab berpindah operasi ke luar negara, menambahkan teruk terlalu ramai pendatang asing masuk sama ada secara sah atau secara haram mcm di Malaysia juga mengambil peluang2 kerja yg ada dan mewujudkan masalah sosial dan di Amerika turut dikaitkan dgn islamic militant. Menambahkan parah ada pula pelbagai perjanjian dagangan bebas antarabangsa yg menyebab pasaran terbuka kpd semua. Di celah2 tu Amerika terpaksa berhabis duit utk ketenteraan dlm NATO dll utk jaga negara org. Rakyat Amerika juga sebetulnya tak senang duduk dgn perang dingin terbaru di mana Obama memilih utk menyokong kumpulan yg menentang Bashar yg dibantu Russia kuasa nuklear dunia.
Menyedari semuanya ini, Donald Trump amik jln mudah utk tarik undi rakyat Amerika yg dlm dilema ini.
Waktu pi melawat sebuah daerah yg ada kilang kereta antara yg terbesar di Amerika, D Trump ugut akan kenakan cukai 35% kpd syrikat keta itu utk bawa masuk keta2 mereka ke Amerika yg dipasang di Mexico. Begitu juga dgn sykt Iphone Amerika yg dipasang di China, semuanya atas nama nak jaga peluang kerja rakyat Amerika. Banyak lagi yg beliau cakap bab peluang kerja ini. Rakyat yg kehilangan kerja dan risau tiada ada kerja atau ada anak2 tgh cari kerja jadi teruja dgn tindakan beliau ini.
Phobia dan rasa marah rakyat terhadap pndatang luar dan militan islam pula, Donald Trump buat gempaq kata nak pasang tembok di sepanjang sempadan Amerika/Mexico dan ugut nak stop kemasukan org Islam ke Amerika dan bercadang nak usir keluar berjuta pndatang asing dari bumi Amerika. Nampak extreme tapi itu yg bergolak di dlm hati rakyat Amerika, sama seperti di Malaysia dlm kes pekerja asing nie, rakyat tak puas hati tapi tak boleh buat apa. Tidak seperti ahli politik pembangkang di Malaysia, di Amerika D Trump bijak memanipulasinya. Ini barulah namanya ahli politik!!
Satu lagi benda yg beliau buat gempak yg org mcm tak percaya ialah nak tarik diri drpd pnjanjian perdagangan bebas antarabangsa yg di beberapa kawasan yg mana membuka peluang niaga samarata utk semua negara. Dulu nampak mcm Amerikalah yg nak kuasai semua negara tu tapi hari nie dlm bab ekonomi dan perdagangan antarabangsa negara2 lain pula ke depan terutamanya China, perjanjian2 dgangan semua ini mkn diri, natijahnya rakyat Amerika yg terkena, bila dia kata nak tarik diri, ini pun antara yg rakyat harap2kan, ekonomi Amerika utk Amerika.
Satu lagi yg rakyat tak puas hati tapi sebelum nie tak leh buat apa ialah perbelanjaan ketenteraan yg entah berjuta billion tu, duit rakyat semua tu, setengah tu bukan buat pa pun, pi tolong NATO jaga langit depa ja.
Sekarang D Trump gempaq kata Amerika akan tarik ikatan dia dgn Nato, Nato pandai2lah jaga langit depa sendiri dari ancaman Rusia ka apa, seronok rakyat Amerika dengarnya, jimat billion2 tu, bab nak tarik diri sungguh ka tidak itu lain cerita. Rakyat teruja, ini baru namanya ahli politik, berjaya memainkan sentimen rakyat.
Bab Syria, sebelum nie rakyat duk risau jadi perang dunia ke 3, perang nuklear Rusia Amerika sbb Rusia sokong Bashar tapi Obama back up ISIS dan musuh Bashar. Masuk mai Donald Trump, dia kata yg kita nak gaduh dgn Putin/Rusia pasai pa, dia join Rusia dan Syria lwn ISIS dll, lega rakyat Amerika. Donald Trump bergerak ikut citarasa dan kehendak rakyat jelata. Dia fokus pada isu dan bagi jln pilihan.
Di Malaysia pembangkang lemah tang bab ini tapi D.Najib cekap. Rakyat marah kos sara hidup naik, dia bagi BR1M. Saya pernah pi bagi crmah PRU waktu saya bergiat atas pentas pembangkang di sebuah kg pedalaman, sebelum ceramah Pengerusi Majlis pesan kat saya, dia kata:
"Ustaz (dia panggil saya ustaz, dlm parti nie siapa yg pandai cakap dipanggil ustaz, dlm parti satu lagi siapa yg pandai cakap kena cantas awal2 takut org lama jatuh), Ustaz tak payah ceramah bab tinggi2, Ustaz cerita bab BRIM dah la. Kami tak reti nak jawab dah depa duk kata Tok Najib ada juga bagi kat kami BRIM, hangpa bagi apa?"
Nak habag kata, teruk2 D Najib pun sebagai ahli politik dia pandai main saikologi rakyat.
Berbalik kpd praya presiden Amerika, saya melihat jika sungguhlah pembangkang nak tumbangkan D Najib dan UMNO/BN, pembangkang kena belajar daripada Donald Trump, attack kat isu, jgn attack orang dan jgn attack bini atau anak tiri orang...:-)
Kalau tidak mai PRU14 nie D.Najib akan terus perintah Malaysia, tambah hebat lagi sebab Donald Trump Presiden Amerika kawan dia.
Itu ja yg saya dapat ulaskan.
Saja nak kongsi.
Tkasih.
Monier Mat Din
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
ALOR SETAR – Seorang tukang urut wanita warganegara Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine, dua tahun lepas.
Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu. Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.
toknek tak dapat bayangkan lagu mana ibu ibu tunggai di luaq sana membesaqkan anak depa soghang diri Pergh toknek yang ada bini ni pun kalot kiri kanan depan belakang nak menjaga anak inikan i...
Satu dunia betoi betoi umpama dibadai taufan apabila Donald Trump diumumkan sebagai Presiden baghu Amerika Syarikat Kaji selidik sebelum pilihan ghaya Amerika menunjukkan data bahawa majoriti raky...
Pilihan ghaya untuk memilih president Amerika Syarikat yang baghu menjadi perbualan hangat diseluruh dunia pasai sapadia saja yang dipilih menjadi pemimpin negara tu dah konfem ada kesannya kepa...
kalau hampa masih dok tak percaya bahawa berselfie adalah satu perjkra yang pentin dan sentiasa kekai hampa boleh tengok semua produk dan aplikasi yang OEM dan developer cipta Dan bahkan kalau h...
kemarin Donald Trump menguasai White House Republikan kembali semula ke White House sejak 2009 Undi electoral vote yang diperolehi Trump adalah 306 Ianya tertinggi buat Republikan sejak men...
Akibat komen suaminya Datuk Ramli MS terhadap Elly Mazlein di konsert Gegaq Vaganza baghu baghu ni Datin Alyah turut sama menerima tempiasnya Di akaun Instagram miliknya Alyah telah kena ambus...
10 11 2016 Ahli DAP Taman Chai Leng Shamsher Singh Thin yang sebelum ni mencetuihkan gosip apabila menggelaq Tun Mahathir sebagai bapak ayam dan jugak ulaq la nih menganggap pengundi di Malays...
khabaq angin Samsung akan menghasilkan peranti dengan skrin boleh lipat dah mula didengari sejak awai tahun ni Prototaip skrin boleh lipat keluaran Samsung pulak diperlihatkan beberapa tahun yang...
WhatsApp Messenger agak aktif menambah sejumlah fungsi baghu pada perkhidmatan depa akhir akhiaq ni Terkini melalui WhatsApp Beta untuk Android pihak WhatsApp telah mula menambah sebuah fungsi ...
Lagu Hidup Dalam meninggai dunia dendangan Syamel AF2015 memang sedap dan padu didengaq Namun sebenaqnya melodi hat sama dok habaq tadi adalah dicipta oleh Ayai Ilusi untuk peserta Kilauan Emai...
toknek nak main teka teki dengan hampa semua Boleh tak hampa pikiaqkan apakah persamaan tiga artis di bawah ni Neelofa yang meruntun jiwa para jejaka dengan renungan matanya Datuk Rizalman yang...
Masa bercinta bukan main manehh dan indah semuanya kann Pijak semut pun tak meninggai dunia sebab nak tunjuk lemah lembut macam Tapi makin lebih kughang hari nak menikah mulalah perangai se...
soghang lelaki yang lebih kughang meninggai dunia kena ghimbok oghang ghamai selepaih dia merogol seekoq kambin bagitau dia memperkosa haiwan berkenaan selepaih cintanya ditolak beberapa pompuan ...
Gara gara dok beghebut soghang janda muda soghang pemandu jengkaut dibunuh dalam keadaan mayatnya dikerat lebih sepuluh bahagian di Jalan Kesang Laut di sini Ahad lepaih Mangsa Omaq Miskam gam...
Kejayaan Donald Trump menuju ke puncak kuasa White House sebenaqnya penah diramal lebih 16 tahun lepaih dan peramal tu ialah siri animasi terkenai The Simpsons Ramalan pasai ceghita jutawan harta...
TobleroneNampak beruang yang sedang menari di gunung Rekaan hat sama dok habaq tadi adalah penghormatan kepada bandaq Swiss tang mana coklat hat sama dok habaq tadi dimajukan Bern dikenali seba...
Mengenangkan apa apa yang penah dilaku dengan wang semata mata untuk membeli dadah sebelum ni buat penyanyi Ezad Lazim merasa rugi dan jugak menyesai apatah lagi nilai hat sama dok habaq tadi mence...
Gara gara tak dapat menerima kritikan ikhlaih juri tetap Gegaq Vaganza 3 GV3 iaitu Datuk Ramli MS kepada Elly Mazlein la nih isteri komposer hat sama dok habaq tadi Alyah turut menjadi sasaran ...
bakai bergelaq laki bini pada Jumaat ni 11 November Amyra Rosli dan jugak Amaq Baharin terlebih dahulu mengadakan majlih berinai yang diadakan dalam suasana sederhana namun cukup meriah BACA ...
NEW YORK Siri animasi The Simpsons menepati ramalan yang dibuat kira kira 27 tahun dahulu bahawa calon Parti Republikan Donald Trump akan memenangi Pilihan ghaya Presiden Dalam satu episod yang...
Presiden Rusia Vladimir Putin telah menyatakan kesediaan untuk menyambung semula hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat Beliau yakin dengan keputusan hat sama dok habaq tadi masa dialog antara...
Di Amerika Syarikat terdapat 55 bendera kesemuanya mewakili setiap negeri atau wilayah di Amerika Syarikat dengan 50 negeri tapi awatlaa ada 55 bendera Lima bendera lagi sebenaqnya mewakili lima ...
Setelah sekian lama memilih untuk berdiam diri mengenai status perkahwinanya yang bergolak, akhirnya Dira Abu Zahar akui bahawa beliau dan suami, Helmi Yusof sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung.
Menurut Dira, ketika ini juga, dia hanya menunggu keputusan rasmi daripada mahkamah berikutan kemelut rumah tangga mereka sejak beberapa bulan.
"Begitupun, memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini.
Bakal melangsungkan majlis akad nikah esok (11 November), pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin telah mengadakan majlis malam berinai mereka semalam.
Majlis ini bertambah seri dengan diiringi suara merdu kumpulan marhaban artis-artis tanah air antaranya Datuk Yusni Hamid, Datin Aspalela, Zalifah Ibrahim, Normah Damanhuri, Mak Jah, Norlia Ghani, S Rohani, Ayati Tasrip dan ramai lagi.
"Salam semua... Subahanallah Alhamdulilah Allahuakbar. Segala puji bagi Allah SWT Nabi Muhammad Rasullah. Allahumassolialasaidinamuhammad Wahalaalihisaidinamuahammad. Kelahiran anak perempuan pertama kami...," demikian kata Atu dari kumpulan Zero yang kini telah bergelar bapa apabila isterinya, Shafeeqa Johari selamat melahirkan anak sulung mereka semalam.
Berita gembira ini telah dikongsikan Atu menerusi akaun Instagramnya dengan memuatnaik wajah comel anak perempuannya.
Untuk rekod, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 24, dan Shafeeqa, 30, berkahwin pada 8 Februari lalu.
Abang Nara tak dapat bayangkan bagaimana ibu-ibu tunggal di luar sana membesarkan anak mereka seorang diri. Pergh. Abang Nara yang ada bini ini pun kelam kabut kiri kanan depan belakang nak menjaga anak, inikan ibu-ibu tunggal yang terpaksa mengharungi 24 jam bersama anak secara berseorangan. Memang besar cabaran, dugaan dan pahala yang bakal mereka perolehi. Dialah ibu, dialah ayah. Sangat besar tanggungjawab itu.
Seperti yang kita ketahui, Elly Mazlein adalah antara ibu-ibu tunggal yang begitu cekal membesarkan anak tanpa seorang suami di sisi. Selepas terkeluar dari Gegar Vaganza, rezeki Elly semakin murah. Malah Elly juga memaklumkan yang dirinya teringin ingin menjadi duta kepada ibu tunggal untuk berkongsi pengalamannya. Kata Elly Mazlein:-
Sekarang saya ditawarkan untuk jadi duta produk, berlakon dan memenuhi undangan nyanyian. Saya anggap ini rezeki untuk anak saya Putri Sara Sefhia. Terima kasih kepada Astro kerana memberikan saya peluang ini.
Jika boleh saya mahu jadi duta ibu tunggal. Nak berkongsi pengalaman dengan semua ibu-ibu tunggal yang lain. Kita kena kuat dan bersedia. Kena reda dengan apa yang berlaku
Abang Nara ingin luahkan rasa respek, hormat dan kagum kepada semua ibu tunggal di luar sana yang berhempas pulas membesarkan anak mereka termasuklah Elly Mazlein. Bagus juga kalau ada persatuan ibu tunggal atau perjumpaan sebulan sekali untuk mereka ini berbincang, meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Sekurang-kurangnya tak adalah seorang diri fikir macam-macam masalah. Tak gitu? Apa pendapat anda?
P.S: Baru-baru ini, Abang Nara terserempak dengan sesuatu applikasi yang agak menarik di App Store. Nama dia "Manis". Perghhh…first time Abang Nara tengok, rasa macam pelik pulak, tetapi fungsi applikasi ini memang cukup awesome. Tahukah anda bahawa, resit-resit yang anda suka buang itu sebenarnya bernilai.
Senang je nak guna applikasi Manis ini untuk mendapatkan ganjaran. Cuba korang tengok video di bawah.
Fuhhh senang gila kot. Anda kini boleh mengumpul mata ganjaran dan menebusnnya untuk pelbagai diskaun dan voucher. Memang senang sangat, boleh la kita berjimat dengan apa cara sekalipun. Abang Nara dapat tahu yang anda boleh dapat reload DiGi, Steam Wallet, diskaun Lazada dan macam-macam lagi, memang tambah rambang mata la lepas ini kalau nak shopping online tu.
Ingat, anda hanya boleh menebus resit yang bercetak sahaja, bukan bertulis dalam masa 24 jam. Selamat Mencuba! Boleh download applikasi Manis di Google Play Store dan juga Apple App Store.
Akibat komen suaminya, Datuk Ramli MS terhadap Elly Mazlein di konsert Gegar Vaganza baru-baru ini, Datin Alyah turut sama menerima tempiasnya. Di akaun Instagram miliknya, Alyah telah diserang dan dihentam oleh para peminat Elly Mazlein yang tidak berpuas hati dengan komen Datuk Ramli MS. Malah Alyah turut sama menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman. Fuh. Fanatik juga peminat Elly Mazlein rupanya.
Enggam membiarkan dirinya turut sama terpalit dalam kontroversi ini, Datin Alyah memaklumkan yang dia akan mengambil tindakan sekiranya serangan ini berterusan. Kata Alyah:-
Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil. Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.
Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.
Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly
Kadangkala peminat lebih sudu dari kuah berbanding selebriti itu sendiri. Elly Mazlein nampak tenang dan redha dengan penyingkiran serta komen yang diterima dari Datuk Ramli MS. Bagi Abang Nara komen Ramli MS itu adalah komen dari seorang juri yang cukup profesional. Apa-apa pun, semoga Alyah tabah menghadapi dugaan ini. Sumber Harian Metro.
Abang Nara nak main teka-teki dengan anda semua. Boleh tak anda fikirkan, apakah persamaan tiga selebriti di bawah ini?
Neelofa yang meruntun jiwa para jejaka dengan renungan matanya
Datuk Rizalman yang cukup popular dengan fesyen-fesyen hebatnya
Dato' Aliff Syukri yang popular dengan tagline "Terlajak Laris"
Jadi apakah persamaan ketiga-tiga selebriti yang cukup popular ini? Rasa-rasa dapat teka tak? Cuba fikir betul-betul. Tak dapat? Ok meh sini Abang Nara bagitau. Mereka ini semua adalah usahawan yang berjaya. Neelofa dengan perniagaan tudungnya, Datuk Rizalman dengan empayar fesyennya, dan sudah tentu, Dato' Aliff Syukri dengan perniagaan kosmetiknya yang terkenal serata Malaysia. Mereka semua adalah anak Melayu yang menjadi sumber inspirasi dan lambang kejayaan di dalam bidang perniagaan. Dan satu lagi persamaan mereka ialah ketiga-tiganya telah pun hadir ke program Daya e-Usahawan 2016 anjuran MDEC pada 8-9 November lalu untuk berkongsi kisah kejayaan mereka.
Bertemakan 'Daya Digital Pemacu Kejayaan', persidangan Daya e-Usahawan yang telah berlangsung di KLCC Convention Centre ini menyaksikan lebih 3,000 peserta telah hadir untuk mendengar sendiri pengalaman para usahawan selebriti seperti Rizalman, Neelofa serta Dato' Aliff Syukri, organisasi korporat dan sektor swasta. Selaku seorang yang terlibat di dalam industri perniagaan elektronik ini, Abang Nara pun turut sama hadir ke persidangan ini. Rugi kalau tak pergi sebab kesemua speaker-speaker yang hadir bukan calang-calang orangnya. Banyak ilmu yang boleh dipelajari.
Untuk makluman, persidangan e-Usahawan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak. Ternyata beliau mengenalpasti kepentingan perniagaan dalam talian dan kehadirannya pasti akan membakar semangat kesemua peserta yang hadir ke persidangan ini. Secara jujur, Abang Nara sendiri kagum melihat kejituan semangat 3,000 usahawan atas talian yang hadir ketika melangkah masuk ke dewan persidangan. Memang lain macam aura mereka. Semuanya begitu tekun mengambil nota, bertanya soalan dan berkongsi pengalaman serta tips-tips sepanjang menjadi e-usahawan.
tue dia penuh kerusi dengan para peserta yang bersemangat jitu
Ketika Abang Nara sampai, di atas pentas, Dato' Aliff Syukri iaitu pengasas syarikat D' Herbs sedang berkongsi kisah kejayaan syarikatnya dari mula sehinggalah ke hari ini bersama para peserta. Serius menarik sangat kisah beliau. Bukan senang nak senang ini. Awal-awal loan kena tolak, orang tak percaya, dipandang lekeh dan macam-macam lagilah. Namun semua itu dianggap sebagai ujian dan cabaran oleh Dato' Aliff Syukri. Segala kesukaran ini mendorong beliau untuk berjaya agar dapat membuktikan betapa silapnya tanggapan orang lain. Dan hari ini, seperti yang kita semua ketahui, Dato' Aliff Syukri dan syarikat D'Herbs memang cukup terkenal seantero Malaysia.
serius Abang Nara terus rasa bersemangat waja selepas mendengar perkongsian Dato' Aliff Syukri
Abang Nara juga sempat berborak-borak dengan penganjur persidangan Daya e-Usahawan ini iaitu pihak MDEC. Menurut mereka, sebanyak 45,000 rakyat Malaysia yang kebanyakan adalah bumiputera telah mendaftar menerusi program e-usahawan ini. Namun untuk persidangan tahun ini, hanya 3,000 peserta sahaja yang telah dijemput hadir. Memang cukup bertuah 3,000 yang terpilih ini. Selain persidangan Daya e-Usahawan yang merupakan acara tahunan, MDEC juga secara berterusan memberikan kursus, latihan praktikal dan pemantauan berterusan sepanjang tahun bagi meningkatkan bakat dan kreativiti peserta sebagai usahawan, sekali gus membantu meningkatkan peluang pekerjaan serta bidang keusahawanan tempatan.
sidang media Daya e-Usahawan oleh pihak MDEC
Secara jujur, Abang Nara hanya sempat menghadiri satu sesi perkongsian sahaja untuk persidangan Daya e-Usahawan 2016 kali ini. Dan memang terasa rugi sangat-sangat kerana tidak hadir sepenuhnya. Banyak sangat tips-tips berguna, ilmu-ilmu dan juga kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran untuk Abang Nara dan para peserta memperbaiki perniagaan atas talian masing-masing. Insya Allah tahun depan Abang Nara nak jadi orang pertama register dan dijemput untuk ke persidangan ini. Nak duduk barisan depan sekali agar dapat serap segala ilmu yang akan diajar.
sempat Abang Nara bergambar dengan pembaca BeautifulNara yang mengenali diri ini
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program e-Usahawan anjuran MDEC ini, bolehlah ke laman web www.mdec.my dan juga LIKE Facebook My MDEC . Kalau anda memang dah ada perniagaan online, memang ini satu langkah yang sangat bagus untuk memajukan lagi perniagaan anda. Kalau baru nak bercita-cita untuk mula berniaga pun tak apa. Insya Allah pihak MDEC akan bantu anda dari mula. Sama-samalah kita majukan diri sendiri dan cuba untuk berjaya. Sekali kita tak berusaha, bila kita nak berjaya kan?
Lagu “Hidup Dalam Mati” dendangan Syamel AF2015 memang sedap dan padu didengar. Namun sebenarnya melodi tersebut adalah dicipta oleh Ayai Ilusi untuk peserta Kilauan Emas 3. Syamel telah menukar lirik lagu dan memodenkan. Pendedahan ini telah dilakukan oleh Ayai Ilusi namun tiada sebarang masalah wujud di antara mereka berdua kerana perkara ini telah diselesaikan beberapa bulan lalu.
Kata Ayai:-
Saya sedar perkara itu selepas konsert akhir Akademi Fantasia 2015 apabila diberitahu oleh Idris sendiri, lagu nyanyian Syamel Hidup Dalam Mati mempunyai melodi yang sama dengan lagu ciptaan saya cuma ditukar lirik dan dimodenkan.
Apa yang saya kesal mengapa tiada seorang daripada pihak Syamel yang memaklumkan kepada saya tentang perkara itu sejak sekian lama malah Syamel sendiri tanpa segan silu mengaku ia adalah karya ciptaannya sendiri.
Selama ini saya hanya berdiam kerana saya mahu lihat sejauh manakah pihak-pihak terlibat hendak mengaku ia karya mereka. Bagaimanapun ada pihak menasihati saya agar menuntut keadilan kerana ia melibatkan hak cipta,” katanya.
Lagi pun saya kasihankan Syamel, saya tidak mahu kerjaya dia musnah kerana pendedahan saya ini
Untuk makluman, Ayai kini turut memperolehi pendapatan menerusi lagu Hidup Dalam Mati selepas melakukan perbincangan bersama syarikat rakaman lagu tersebut. Tambah Ayai lagi:-
Perkara ini sudah selesai beberapa bulan lalu namun apabila keluar laporan sebegini, ramai mula salah faham. Tujuan saya bercerita adalah untuk mengelakkan kekeliruan tetapi tak sangka pula ditulis seolah-olah saya buat pendedahan sekali gus menampakkan perkara ini sesuatu yang negatif.
Saya tiada masalah dengan Syamel dan semuanya sudah diselesaikan secara baik. Syamel artis baru berbakat besar dan lagu itu juga berpotensi pergi jauh
Kan bagus perkara sebegini diselesaikan secepat mungkin. Besar manalah sangat industri muzik tanah air kita ini. Mana tahu satu hari nanti Syamel akan menyanyikan lagu ciptaan khas Ayai untuknya. Gaduh lama-lama pun tak guna jugak kan?
Esok, Amar Baharin dan Amyra Rosli akan disatukan sebagai suami isteri. Pasti ramai peminat yang excited dan tidak sabar menunggu detik bahagia pasangan sama cantik dan sama padan ini. Semalam telah pun diadakan malam berinai untuk meraikan bakal pengantin baru ini. Memang cantik sungguh Amyra dan kacak sungguh Amar. Bak merpati dua sejoli.
Semoga majlis pernikahan esok akan berjalan dengan lancar buat kedua-dua pasangan mempelai ini. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar sekitar malam berinai Amyra Rosli dan Amar Baharin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment