Thursday, 3 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 03 Nov 2016 08:19 PM PDT

ROTIKAYA


Izara Aishah Pertahan Kilafairy Pakai Seksi

Posted: 03 Nov 2016 06:46 PM PDT

Pernah dikecam warga laman sosial gara gara berpakain seksi bersama Kilafairy ketika menghadiri festival fesyen baru baru ini, Izara Aishah menyatakan bahawa perkara tersebut turut memberi kesan emosi kepadanya.

BACA: Dikritik Kerana Pakai Seksi, Izara Aisyah Mohon Maaf

“Saya tahu ramai yang menyangka Kila mempengaruhi saya berpakaian begitu. Malah ada juga orang di sekeliling saya menganggp perkara sama. Untuk pengetahuna semua, Kila tidak pernah memaksa saya untuk bergaya seksi dan apa yang berlaku adalah kehendak sendiri”

“Kasihan Kila, tidak pasal pasal namanya dikatikan dalam kontroversi itu. Saya sudah pun meminta maaf sebelum ini dan saya mengaku, itu semua salah sendiri,” katanya dipetik dari BH Plus. Bagaimanpun, masih terdapat segelintir masyarakat seperti tidak dapat memaafkan apa yang dilakukan oleh Izara.

Apa pun, pastinya Izara sudah menyesali dengan tindakannya itu. Bagi Izara, mungkin hiraukan saja apa yang dikatakan orang sekeliling asalkan dirinya sentiasa konsisten untuk menjadi insan yang lebih baik. (rtky/s)

“Neelofa Sebenarnya Memang Taste Saya”

Posted: 03 Nov 2016 06:30 PM PDT

Walaupun drama terbaru arahan Micheal Ang, Suri Hati Mr Pilot sudah melabuhkan tirainya semalam tetapi masih ramai lagi tidak boleh berganjak dengan babak-babak romantik diantara Neelofa dan Fattah Amin. Bukan sahaja di dalam drama, malah menerusi rancangan terbitan Astro, Fattah mengakui bahawa Neelofa adalah gadis idamannya di hadapan orang ramai.

BACA: "Neelofa Dan Fattah Amin Memang Bercinta"

Menerusi rancangan Meletop itu, Fattah telah sekali lagi membuat kejutan kepada Neelofa dengan hadir ke rancangan terbabit. Video berdurasi 7 minit itu menunjukkan mereka begitu mesra sekali selain daripada saling bertentang mata ketika bercerita mengenai drama terbabit yang sudah sampai ke penghujung episod sebelum Fattah membuat pengakuan romantis itu.

Memang gigit jari semua wanita di luar sana mendengarnya, tetapi pasti ramai yang sukakan gandingan mereka di dalam drama tersebut mahupun jika mereka betul-betul bercinta. Kalau masih ingat, ketika orang ramai sedang demam Suri Hati Mr Pilot, Fara Fauzana pernah mengeluarkan kenyataan pedas dimana Fattah bukanlah citarasa lelaki idaman Neelofa.

Jika dilihat kepada video itu, ternyata mungkin salah tanggapan Fara. Mungkin ini juga gimik untuk mempromosikan drama lakonan mereka. Namun jika benar sekalipun mereka mempunyai hubungan istimewa di belakang tabir, apa salahnya kerana masing-masing juga masih belum berpunya. Lagi pula memang sepadan tengok mereka berdua, peminat pun suka. (rkty/w)

Isu Cukai: Che Ta Mengamuk Di Instagram

Posted: 03 Nov 2016 02:00 AM PDT

Tidah tahan terus dituduh mengelak membayar cukai walaupun mempunyai gaya hidup yang mewah, Rozita Che Wan dikatakan mengamuk selepas seorang pengikutnya memberikan komen berbentuk provokasi. Menerusi laman Instagram, Che Ta yang berang dengan kenyataan lelaki itu membidas komen lelaki itu mengenai kemampuannya menyelesaikan cukai tertunggak.

BACA: "Bukan Lari Bayar Cukai, Saya Cuma Ada Tunggakan"

screen-shot-2016-11-03-at-4-19-16-pm

“Eh bequkkkkkk! Aku bukan tak bayar income tax! Lain Kali kena tau dulu sebelum nak bercakap! Aku bayar income tax dekat sejuta setahun! Tapi MASIH TAK CUKUP!! Bukan aku tak bayar bodoh!,” tulisnya menerusi laman sosial membidas kritikan pengikutnya yang mendakwa beliau sengaja mengelak untuk membayar cukai sehingga disekat keluar negara.

Dalam masa yang sama, Che Ta dan individu yang dikenali sebagai Afif PLC turut saling membalas komen dan berperang mulut di laman sosial. Bagaimanapun, menurut portal Oh Bulan, komen-komen berkenaan telah pun dipadamkan di laman sosial usahawan terbabit.

Rata-rata ramai peminat Che Ta mempertahankan tindakan pelakon kesayangan mereka kerana menganggap isu tidak membayar cukai tidak sepatutnya dipanjangkan sehingga menghina seseorang. Malah ramai juga yang turut meminta Che Ta supaya terus bersabar dengan dugaan yang melanda dirinya dan tidak mempedulikan kritikan orang ramai terhadap isu terbabit.

Terdahulu, Che Ta dikatakan terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran Aaisya Dhia Rana yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di London kerana disekat untuk keluar negara berikutan mempunyai cukai tertunggak. Ramai yang mendakwa Che Ta seolah sengaja mengelak untuk membayar cukai terbabit kerana kemewahan yang dipamerkan beliau sekeluarga. (rkty/w)

1-kereta-hilang-che-ta-niat-beli-kereta-baru-jpeg 2-kereta-hilang-che-ta-niat-beli-kereta-baru-jpeg 3-kereta-hilang-che-ta-niat-beli-kereta-baru-jpeg 5-kereta-hilang-che-ta-niat-beli-kereta-baru-jpeg 6-kereta-hilang-che-ta-niat-beli-kereta-baru-jpeg 7-kereta-hilang-che-ta-niat-beli-kereta-baru-jpeg

Adira Rancang Bersalin Di Kundasang

Posted: 02 Nov 2016 10:28 PM PDT

Gara-gara kesihatan ibunya yang tidak stabil, Adira membuat keputusan untuk bersalin serta berpantang di kampung halamannya di Kundasang, Sabah. Selain dapat menjaga dan menemani ibunya yang sakit, kehadiran ibunya juga dapat memudahkan urusan berpantang Adira yang kini hamil dengan usia kandungan memasuki lima bulan sebelum dijangka bersalin pada tahun depan.

BACA: "Mana Ada Saya Ceraikan Adira"

“Mengikut perancangan, saya berhasrat untuk bersalin dan berpantang di kampung kerana ibu kurang sihat. Biasalah sakit tua, keadaan kesihatan ibu perlukan pemantauan. Walaupun ibu sekadar menjadi peneman, nasihat dan petuanya saya perlukan. Pada masa sama apabila di kampung tidaklah nanti saya risau akan kesihatannya disebabkan ibu ada di depan mata”

“Namun semuanya masih berada dalam perbincangan dengan suami. Ada lagi empat bulan untuk dipertimbangkan. Jika tiada aral melintang, saya berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perancangannya yang berhasrat untuk bersalin dan berpantang di rumah ibunya di Kundasang, Sabah.

Dijangka bakal bersalin pada bulan Mac tahun depan, Adira akui dirinya tidak mengalami sebarang alahan teruk di sepanjang kehamilan. Pun begitu, selera makannya semakin bertambah sejak hamil apabila beliau kerap berasa lapar pada waktu malam tetapi pada ketika ini beliau lebih menggemari makanan yang dimasak di rumah berbanding keluar untuk ke restoran. (rkty/w)

1-adira-rancang-bersalin-di-kundasang-jpeg 2-adira-rancang-bersalin-di-kundasang-jpeg 3-adira-rancang-bersalin-di-kundasang-jpeg 4-adira-rancang-bersalin-di-kundasang-jpeg 5-adira-rancang-bersalin-di-kundasang-jpeg 7-adira-rancang-bersalin-di-kundasang-jpeg

MySensasi

Posted: 03 Nov 2016 12:12 PM PDT

MySensasi


Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 31

Posted: 02 Nov 2016 11:31 PM PDT

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 2016. Untuk tahun ini sudah 31 tahun Muzik-Muzik terbitan TV3 bersiaran. Nampaknya program hiburan TV ini terus mendapat sambutan bukan sahaja peminat tetapi dari kalangan pengiat seni sendiri. Begitu banyak lagu dari berbagai genre dan artis turut serta memeriahkan. Untuk tahun 2016 iaitu Muzik-Muzik 31 telah pun memasuki peringkat …

The post Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 03 Nov 2016 10:10 AM PDT

KedahLanie.info


Apa punya bodoh ini menteri, macamana nak tahu rasuah atau tidak jika tak disiasat puncanya

Posted: 03 Nov 2016 12:45 AM PDT

SIASATAN RM2.6 BILION HANYA MELIBATKAN RASUAH BUKAN DARI MANA DATANGNYA DUIT.

MalaysiaKini melaporkan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Razali Ibrahim dalam penggulungan Bajet 2017 di Dewan Rakyat menyatakan bahawa siasatan SPRM hanya menjurus kepada samada berlakunya rasuah atau tidak dalam isu RM2.6 bilion tetapi bukan dari mana punca RM2.6 bilion tersebut. Jawapan tersebut amat lucu, kelakar dan boleh dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.

Bagaimana SPRM tidak menyiasat dari mana punca RM2.6 bilion untuki menentukan samada berlakunya rasuah atau tidak?

Semua tahu bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak ialah Perdana Menteri Malaysia yang merupakan seorang penjawat awam mengikut tafsiran Kanun Keseksaan. Apabila seseorang penjawat awam didakwa terlibat dalam perlakuan rasuah, maka SPRM boleh menyiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Seksyen 23 (1) memperuntukkan bahawa mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.

Hukuman bagai kesalahan di bawah Seksyen 23 jika disabitkan ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi membuktikan suatu kesalahan di bawah Seksyen 23 (1), dua (2) elemen perlu dipenuhi iaitu :
a) tertuduh merupakan seorang pegawai badan awam;
b) menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan

Dalam isu RM2.6 bilion, apa yang perlu disiasat dan dibuktikan oleh SPRM ialah adakah Najib Tun Razak seorang penjawat awam dan adakah Najib Tun Razak menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan.

a) Adakah Najib Tun Razak seorang penjawat awam?

Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Mengikut keputusan kes Dato' Seri Mohd Khir Toyo, seorang Menteri Besar adalah penjawat awam justeru Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan adalah seorang penjawat awam.

b) Adakah Najib Tun Razak menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan?

Najib Tun Razak menerima sejumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Ini diakui oleh Najib sendiri. Adakah Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapatkan RM2.6 bilion?

Untuk menentukannya SPRM perlu mengenalpasti perkara-perkara berikut :
a) apa tujuan duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib,
b) siapa yang memberikan duit itu atau punca dari mana datangnya duit itu
c) untuk apa duit itu diberikan dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

a) Apa tujuan duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib?

SPRM perlu memanggil pihak yang memberikan duit itu untuk mengetahui kenapa duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib. Maka (b) akan masuk dalam siasatan.

b) Siapa yang memberikan duit?

Ini suatu kewajipan, kemestian kerana dengan mengetahui siapa yang memberikan duit itu, SPRM akan ketahui samada terdapat unsur rasuah atau tidak.

c) Untuk apa duit itu diberi?

Inilah kesimpulan samada perlakuan rasuah itu wujud atau tidak. Kenapa duit diberikan? Adakah terdapat suatu faedah yang diberikan oleh Najib kepada pemberi duit? Apa faedah duit itu kepada Najib?

Siasatan SPRM mesti mengenalpasti dari mana punca RM2.6 bilion.

Dato' Razali jangan cuba perbodohkan Malaysia dengan kebodohan beliau sendiri. Sendiri bodoh cukup la. Jangan bodohkan orang lain.

ZULHAZMI SHARIFF
3 November 2016

Najib Sedang Buat Kerja Lebih Teruk Daripada 1MDB, Kata Tun Dr Mahathir

Posted: 03 Nov 2016 12:35 AM PDT

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

CYBERJAYA, 2 Safar 1438H, Rabu – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang melakukan sesuatu yang amat bahaya dan jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri berkata, dalam pada hutang 1MDB masih belum berbayar, Najib kini membuat hutang baharu berjumlah RM55 bilion dengan China bagi pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

Beliau berkata, Najib melakukan perbuatan bodoh dengan membuat hutang baharu, tetapi tidak menyelesaikan hutang lama yang ditanggung oleh 1MDB.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran, solat hajat dan tahlil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, malam tadi. Hadir sama, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

“Hari ini perbuatannya lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan dengan wang 1MDB. Dia nak tunjuk legasi dia, sesuatu peninggalan dia yang besar yang mengagumkan. Dia mula-mula bercakap untuk membina high speed train dari Singapura ke Kuala Lumpur.

“Sekarang ini nak dibina East Coast Railway. High speed train kalau nak bina memang menelan belanja yang banyak, sedangkan kita tahu nak bayar hutang 1MDB pun tak ada duit, tiba-tiba nak buat high speed train RM50 bilion.

“Lepas itu terbaru nak buat East Coast Railway RM55 bilion.. Dah la kita hutang 1MDB RM53 bilion yang belum dibayar, sekarang ini nak buat high speed train.. jadi RM103 bilion.. lepas itu nak buat East Coast Railway RM55 bilion.

“Jumlah semua RM158 bilion tambahan hutang… bukan nak bayar hutang, tetapi meningkatkan lagi jumlah hutang negara, jumlah hutang kerajaan. Kalau kita fikir, ini adalah perbuatan yang bodoh,” katanya mengulas perjanjian dicapai dalam lawatan enam hari Najib ke China bermula Isnin lalu.

Tun Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan itu disebabkan Najib menghadapi masalah iaitu untuk membayar hutang yang dituntut oleh sebuah syarikat Arab sebanyak RM27 bilion dan beliau tidak mampu membayarnya.

Sebab itu, katanya, ada laporan yang mengatakan Najib meluluskan pembinaan East Coast Railway dengan harapan nilai kontrak ialah sebanyak RM30 bilion, tetapi harga yang diletakkan ialah RM60 bilion sebelum diturunkan kepada RM55 bilion.

“Lebihan itu diguna untuk membayar hutang kerajaan.. Ini sangkaan kita… mungkin betul mungkin tidak,” katanya.

Namun, hakikatnya, beliau berkata, Najib membuat pinjaman daripada syarikat China berjumlah RM55 bilion kerana beliau tidak perlu membayar sehingga tahun 2022 atau 2027.

“Tak pernah kita dengar bahawa wang yang sebegitu banyak dipinjamkankepada mana-mana pihak dengan faedah yang rendah dan dibayar balik kemudian. Bermakna kita akan berhutang kepada syarikat China ini sebanyak RM55 bilion yang akan ditanggung oleh generasi yang akan datang,” katanya.

Mengatakan bahawa Najib telah meletakkan Malaysia dalam keadaan terhutang budi kepada China, Tun Dr Mahathir mengingatkan rakyat bahawa Malaysia kini sedikit sebanyak telah meletakkan diri di bawah pemiutang.

“Macam mana nak bayar balik, sedangkan ekonomi merosot, kerajaan tidak punyai wang. Inilah keadaan kewangan negara kita yang hampir bankrap. Sesebuah negara tidak patut berhutang begitu banyak, belanja wang yang ada saja. Bukan saja risiko bankrap, tetapi terhutang budi kepada orang yang memberi hutang, apabila mereka minta sesuatu, kita akan beri.

“Ini apa yang berlaku sekarang, kita lihat tanah kita telah dibeli oleh pihak yang memberi hutang Edra dan macam-macam yang merosakkan ekonomi negara dalam satu arah yang meletakkan negara kita dalam kuasa asing,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia sepatutnya merupakan sebuah negara yang neutral, tidak memihak kepada mana-mana dan tidak terikat dengan hutang bagi mengelakkan kita dijajah.

“Kita lihat bagaimana Najib sanggup melayan tuntutan China. Ini satu perkara luar biasa. Biasanya, pemimpin lain, 3 hari 2 hari lawatan, sudah cukup. Kali ni Najib pergi 6 hari, tandatangan 14 perjanjian.

“Sekiranya ia dilaksanakan, banyak lah tanah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk bina laluan kereta api. Nampak jelas Najib sanggup jual tanah ini kerana masalah peribadinya.

“Saya tak tahu apa lagi dia boleh buat untuk rosakkan negara. Percayalah, kalau dia sanggup berhutang dengan banyak, tanpa mengambilkira kebolehupayaan kita bayar balik, macam-macam kerosakan lagi dia boleh buat.

“Jual tanah kepada orang asing, kilang elektrik, apa lagi yang nak dijual. Lama-lama kita dah tiada apa-apa,” katanya.

Kenapa Pas sudah mahu berunding bertanding 1 lawan 1?

Posted: 02 Nov 2016 11:56 PM PDT

1. Pendekatan keras Pas menambahkan sokongan kepada Amanah termasuk dikalangan ahli Pas

2. Amanah sedang hebat menubuh cawangan (akar umbi) walaupun baru setahun ditubuhkan. Jika Pas tidak bersama pembangkang lain, Amanah akan mengantikan terus tempat Pas. Pas selalu megah kerana mempunyai akar umbi. Jika Amanah sudah mempunyai akar umbi ditambah dengan Bersatu. Apa lagi kekuatan yang ada pada Pas?

3. PKR mahu bersama Pas kerana PKR kurang kekuatan akar umbi. Malah Pas selalu memandang rendah kepada PKR kerana bergantung kepada Pas. Jika Amanah dan Bersatu mempunyai kekuatan akar umbi. Adakah PKR akan bergantung lagi kepada Pas?

4. Pertembungan sebenar jika berlaku 3 penjuru adalah antara PH dan BN. Pas ditempat ke 3 . Bila Umno pecah kepada Bersatu. Undi BN akan mengurang undi PH+Bersatu akan bertambah dan PH+Bersatu boleh menang walaupun 3 penjuru.

5. Populariti Dato Husam meningkat mendadak selepas sidang DUN . Rakyat Kelantan dalam mood mahu berubah , bukan kepada BN tetapi kepada selain Pas dan BN. Jika Pas masih kekal mahu 3 penjuru , Kelantan akan tumbang kepada PH+Bersatu.

6. Selepas sidang Parlimen , Pas baru nampak permainan Umno tetapi tidak mahu mengaku. Umno hanya menggunakan Pas pada waktu ini kerana Pas ada Kelantan dan kerusi parlimen serta DUN. Umno hanya mahu berlaku 3 penjuru melalui pendekatan keras Pas. Apabila Umno sudah menang dan Pas sedikit kerusi. Adakah Umno akan bersikap lunak dengan Pas seperti hari ini?

7. Pas berdepan dengan masalah hilang kepercayaan oleh rakyat. Bukan sahaja Pengundi bukan Islam malah pengundi Melayu. Pendekatan berbaik dengan Umno tidak menambah undi kepada Pas sebaliknya pengundi Pas semakin lari dari Pas. Semakin kuat kezaliman Umno kepada rakyat, semakin marah pengundi bukan sahaja kepada BN tetapi juga kepada Pas.

8. Kelemahan kepimpinan Presiden Pas walaupun dinafikan sudah memjadi isu dalam Pas. Presiden Pas menjadi liabiliti yang melemahkan Pas. Tidak pernah ada seorang Presiden Pas yang dikecam sebegini teruk walaupun bekas Presiden Pas itu sertai Umno. Pendekatan keras Presiden Pas jika diteruskan akan menengelamkan parti itu. Pendekatan bertanding 1 lawan 1 akan menyelamatkan Presiden Pas dari terus dikecam nitizen.

9. Tawaran bersama PH+Bersatu terhadap Pas semakin berkurang. Kepimpinan PH+Bersatu sudah mula membina kakuatan gabungan tanpa Pas untuk menghadapi BN. BERSIH 5 menjadi simbol penyatuan. Jika BERSIH 5 berjaya menarik kehadiran ribuan rakyat terutama orang Melayu . Tawaran PH+Bersatu kepada Pas akan semakin menipis. Justeru, Pas perlu mengelak menjadi pembangkang tidak penting dengan menerima tawaran 1 lawan 1.

10. Kemarahan nitizen kepada Pas boleh disaksikan melalui luahan , kritikan dan kecaman dalam media sosial. Kemuncaknya ke tahap kritikal di mana PH+Bersatu diancam supaya tidak merayu kepada Pas. Malah , sudah ramai yang tidak mahu mengundi Pas walaupun bergabung bersama PH+Bersatu. Untuk mengurang kemarahan nitizen kepada Pas. Tawaran 1 lawan 1 perlu diterima Pas.

Lawatan PM ke China: 14 perjanjian bernilai RM144b dimaterai

Posted: 02 Nov 2016 04:38 PM PDT


Lawatan rasmi ketiga Datuk Seri Najib Tun Razak ke China bukan hanya bersejarah berdasarkan perspektif perniagaan disebabkan ia menyatukan hubungan dua hala tetapi turut mencapai keputusan bersejarah dalam bidang pertahanan.

Perdana menteri berkata dari segi kejayaan perjanjian perdagangan, Malaysia dan syarikat dari China melakar pencapaian bersejarah menerusi pemeteraian 14 perjanjian bernilai RM144 bilion.

Kerajaan Malaysia turut mencapai keputusan bersejarah untuk membeli empat buah Kapal Misi Litoral (LMS) daripada China, dua daripadanya akan dibina di China dan dua buah lagi di Malaysia, kata Najib pada sidang media bersama media Malaysia di sini pada Selasa.

- Bernama

Pergi ke China minta bantuan selamatkan 1MDB?

Posted: 02 Nov 2016 04:28 PM PDT


Faiz Fadzil

Kehadiran anak tiri Najib Razak, Riza Aziz dalam lawatan rasmi kerajaan ke China minggu ini menimbulkan persoalan kemungkinan wujudnya usaha untuk mendapatkan bantuan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, penjenayah 1MDB yang diburu dunia tidak harus dibiar bebas dan diberikan layanan sebegitu istimewa.

“Beliau (Riza Aziz) disyaki mendapat faedah berbilion ringgit daripada curian wang 1MDB di mana beberapa banglo mewah di Amerika Syarikat (AS) dibelinya dengan menggunakan wang 1MDB.

“Beliau juga berbelanja mewah dalam pembikinan filem dan pesta arak serta permainan judi dengan menggunakan wang rakyat.

“Adakah pemergian ke China bagi mendapat bantuan kuasa baru dunia itu bagi menyelamatkan 1MDB yang dibelenggu hutang lebih RM50 bilion dan Riza daripada terus diburu oleh pihak berkuasa beberapa negara termasuk AS, Singapura dan Switzerland?” bidasnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Mengulas lanjut, Faiz menyifatkan Perdana Menteri dan keluarganya sama sekali tidak rasa bersalah menyalahgunakan kemudahan kerajaan.

“Sikap PM (Perdana Menteri) yang langsung tidak sensitif dengan keadaan rakyat yang dizalimi dan ditekan dengan kenaikan harga barang terutama petrol dan minyak masak, mereka boleh tanpa rasa segan silu dan bersalah kepada nasib rakyat terbang ke China menggunakan jet kerajaan.

“Perdana Menteri, Rosmah dan Riza harus ingat bahawa negara ini bukan milik kamu bertiga tetapi adalah milik rakyat Malaysia. Apakah kedudukan istimewa Riza dalam kerajaan yang membolehkan beliau bersama rombongan ke China?” soalnya lagi yang juga merupakan peguam.

Sehubungan itu, Faiz menyeru seluruh rakyat bangkit menumbangkan pemimpin zalim dan merompak harta negara ini seperti yang pernah berlaku pada diktator lain.

“Gaya hidup dan corak pemerintahan sebegini saling tak tumpah seperti bekas-bekas diktator dunia seperti Marcos, Suharto, Shah Iran dan sebagainya. Masa telah tiba untuk rakyat bangkit lawan diktator yang zalim dan kleptokrasi ini,” tegasnya lagi.

Untuk rekod, Riza Aziz yang namanya disebut Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, 20 Julai lalu dalam pemfailan permohonan mendapatkan kembali lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait dengan 1MDB dikatakan sukar dikesan.

Bahkan, cubaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini untuk memanggil Riza dan ahli perniagaan Jho Low untuk memberikan kenyataan berhubung dengan isu berkenaan juga gagal.

Riza dan Jho Low dinamakan dalam saman sivil DoJ itu selain dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pihak yang terbabit dengan penyelewengan dana 1MDB termasuk membeli hartanah maha mewah di Amerika Syarikat dan membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas.

Selain itu, mereka turut terbabit dalam memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York serta membiayai produksi filem Hollywood.

ECRL: Mengarut, puluhan juta ringgit untuk setiap kilometer

Posted: 02 Nov 2016 04:21 PM PDT

Projek landasan Kereta Api Pantai Timur atau East Coast Rail Link (ECRL) sepanjang 600 kilometer yang menggunakan dana dari China dengan kos dianggarkan mencecah RM55 bilion dipertikai kerana dilihat tidak masuk akal.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, banyak perkara berkaitan projek menghubungkan ibu negara dan negeri-negeri di Pantai Timur itu mengundang persoalan ketika rakyat berada dalam keadaan ekonomi negara yang amat kritikal.

"Adakah rakyat Malaysia tahu apa yang tidak kena dengan perjanjian projek ECRL yang bernilai RM55 bilion ini? Jumlah RM55 bilion ini bukan sedikit, tahu?

"Untuk jarak yang akan terlibat, setiap kilometer jika dicongak-congak ia bakal membabitkan kos puluhan jutaan ringgit! Adakah itu masuk akal?" ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga membidas perjanjian terbabit yang tidak dilakukan secara tender terbuka ketika kerajaan mahu memuktamadkan projek tersebut sebelum akhir tahun ini.

"Bagaimana kerajaan memastikan bahawa nilai yang ditawarkan oleh kerajaan China itu adalah yang terbaik? Atau ada apa disebalik perjanjian ini yang rakyat tidak diberitahu sehinggalah kelak ia sekali lagi terdedah bila sudah agak terlewat?" tegasnya.

Mengulas lanjut, Athirah yang juga Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) menyifatkan Perdana Menteri tergesa-gesa untuk meneruskan projek yang bakal merentasi Banjaran Titiwangsa itu.

"Bagaimanakah prestasi sistem pengangkutan yang lain? Adakah keutamaan Malaysia untuk mempelbagaikan 'produk pengangkutan' berbanding memastikan setiap yang sedia ada dipertingkatkan keberkesanan?

"Mengapa Najib tergesa-gesa meneruskan projek ini walaupun pada masa yang sama ekonomi rakyat dan negara adalah pada tahap yang sangat kritikal?

"Adakah projek ini sebagai mahar Umno-BN kepada rakyat Kelantan agar PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) mereka diberi laluan mengambil alih Kelantan?" bidasnya.

Sehubungan itu, Athirah berpendapat penasihat kepada ekonomi kerajaan pada masa ini adalah lebih memihak kepada ketamakan rakus pemodal sehingga menafikan keadilan kepada rakyat bawahan.

"Saya teramat yakin, siapapun yang menjadi penasihat ekonomi kerajaan ini adalah mereka yang berjiwa kapitalis, pemeras dan penindas rakyat kebanyakan.

"Saya lebih rela Umno-BN tumbang terus dalam PRU14 akan datang sekalipun mereka dan sekutu serta proksi-proksi mereka melaungkan mereka itu masih baik kerana beragama Islam dan berbangsa Melayu.

"Sudah-sudahlah mempolitikkan agama dan bangsa untuk survival elit dan kapitalis. PRU14 adalah untuk kejayaan kuasa rakyat," tegasnya lagi.

Untuk rekod, kontrak pembinaan ECRL diberikan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC), manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM).

ECRL juga dikatakan menjadi pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia setakat ini.

Najib dilaporkan akan menandatangani butiran kontrak dan rangka kerja kewangan berkenaan pada lawatan rasmi Menteri Kewangan itu selama tujuh hari bermula sejak 31 Oktober lalu.

Toknek.com RSS Feed

Posted: 03 Nov 2016 02:09 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Adira Rancang Bersalin Di Kundasang

Posted: 02 Nov 2016 11:42 PM PDT


Gara gara kesihatan ibunya yang tak stabil Adira membuat keputusan untuk bersalin serta dok berpantang di kampung halamannya di Kundasang Sabah Selain dapat menjaga dan menemani ibunya yang sak...

Samsung Memperkenaikan Beberapa Aksesori Telefon Dan Audio Baghu

Posted: 02 Nov 2016 11:32 PM PDT


Samsung telah memulakan langkah depa lupakan tentang pasai masalah Note 7 syarikat teknologi dari Korea ni kelihatan macam menarik perhatian pelanggan depa dengan menawaqkan diskaun tunai warna ...

Gambaq Seksi Nampak Paha Tu Adalah Gambaq Lama Puteri Aishah

Posted: 02 Nov 2016 11:24 PM PDT


Pelakon baghu Puteri Aishah yang lahiaq daripada program Dewi Remaja 2015 menerima pelbagai komen tak berapa nak elok selepaih gambaq beliau berpakaian seksi viral di Internet Didalam gambaq ber...

Pasai Putuih Cinta Anih Al Idruih Ngaku Masyarakat Pandang Beliau Tak Berapa Nak Elok

Posted: 02 Nov 2016 11:22 PM PDT


Pelakon Anih Al Idruih ngaku ceghita putuih cinta bersama Raja Afiq memberikan impak yang agak besaq buat dirinya apabila ia masyarakat mula memandang tak berapa nak elok kepada dirinya Sedikit s...

Hina Islam Semata Mata Nak Sindiaq Jakim

Posted: 02 Nov 2016 11:02 PM PDT


Tak habih lagi pasai netizen nak sindiaq pihak JAKIM Ingatkan dah senyap rupanya ada lagi yang dok berbunyi Kalau berbunyi menyindiaq tak melibatkan agama Islam barangkali boleh dibuat bahan...

Maxih Menawaqkan Huawei P9 Oppo F1s Dan Yang Lain Pada Ghega Rm 1 Menerusi Power Of One

Posted: 02 Nov 2016 10:22 PM PDT


Pada suku terakhiaq tahun ni kita bakai menyaksikan pelbagai peranti mai ke pasaran Bagi peranti yang telah mai masa suku ketiga tahun ni terdapat pelbagai promosi menarik dan salah satunya adal...

Kejadian Misteri Di Laluan Kampung Sungai Lakit

Posted: 02 Nov 2016 10:02 PM PDT


Kejadian misteri di Jalan kola Krai Gua Musang bukanlah perkara baghu malah ia dah kalih menjadi bahan mulut pengguna jalan ghaya ni Gambaq hiasan Terbaharu pemilik akaun Facebook Amin Hussin...

Instagram Bakai Melancaqkan Kemudahan Pembelian Ataih Talian

Posted: 02 Nov 2016 09:42 PM PDT


Sehingga la nih aplikasi macam LiketoKnow it adalah satu satunya cara untuk membeli produk dari Instagram Aplikasi gambaq ni la nih memperkenaikan kemudahan baghu yang dapat membantu pengguna un...

11 11 Jualan Terbesaq Tahun Ni

Posted: 02 Nov 2016 08:26 PM PDT


Double 11 laman web membeli belah palin dipercayai di Malaysia iaitu www nile com my akan melangsungkan jualan terbesaqnya bersempena 11 11 2016 selama 11 hari Jualan hebat ni telah bermula...

Berat Badan Zulin Aziz Turun 10 Kilogram Tanpa Pengambilan Ubat Kuruih

Posted: 02 Nov 2016 08:24 PM PDT


Kemunculan Zulin Aziz pada program Gegaq Vaganza 3 minggu lepaih menggempaqkan oghang ghamai apabila beliau kelihatan langsin dan cukup cun berbaju kebaya ghamai yang ingin tau apakah rahsia Zul...

Elly Mazlein Kena Seghang Dengan Sepupu Bekaih Suami Di Media So-siall

Posted: 02 Nov 2016 08:22 PM PDT


baghu saja kami pikiaq isu penceraian dan pertelagahan antara Elly Mazlein dan Azmi Hatta dah tak menjadi berita hangat lagi tiba tiba jengoi pulak ceghita baghu tang mana sejak beberapa hari lepa...

Apa Sebenaqnya Isteri Mau Dari Suami

Posted: 02 Nov 2016 07:02 PM PDT


Dengaq walaupun hampa dah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri tu tak bermakna tugaih hampa telah selesai tu masih dok belum cukup bagi pompuan yang bergelaq isteri Sebagai l...

Ibu Menghabihkan 60 Jam Melukih Mural Untuk Anaknya Hasilnya Sangat Menakjubkan

Posted: 02 Nov 2016 06:42 PM PDT


Bilik tidoq Gianna 8 tahun dihiasi dengan lukisan mural yang dilukih oleh ibunya Jennifer Treece Livonia yang mendapat inspirasi daripada filem Disney Tangled Jennifer mempunyai minat terhada...

Dell Bakai Memperkenaikan Penawaran Seumpama Surface Studio Dan Surface Dial

Posted: 02 Nov 2016 04:22 PM PDT


Pada minggu lepaih Microsoft telah memperkenaikan Surface Studio dan jugak cara interaksi baghu melalui Surface Dial Kedua duanya telah mencurik perhatian fans teknologi dan telah menjadi bahan ...

Bukan Lari Bayaq Cukai Cuma Ada Tunggakan

Posted: 02 Nov 2016 11:42 AM PDT


kemarin heboh seketika apabila Rozita Che Wan ghamai dok kata tak dapat keluaq negara pasai mempunyai tunggakkan cukai dengan jumlah yang tinggi sehingga terpaksa membataikan majlih ulangtahun kela...

Rakyat Takdak Hak Marah Ghega Minyak Masak Dan Petrol Naik

Posted: 02 Nov 2016 10:02 AM PDT


Di Malaysia Ahli Parlimen tak perlu ada otak geliga untuk menjadi menteghi Yang pentin soghang menteghi mesti mempunyai sikap menganggap rakyat yang dibawahnya adalah golongan mangkaq Berikut ...

Pompuan Kejam Menipu 20 Teman Lelakinya Untuk Membeli Rumah

Posted: 02 Nov 2016 06:44 AM PDT


soghang pompuan di China telah memintak 20 oghang teman lelakinya untuk membelikannya iPhone 7 pompuan yang bernama Xiaoli telah menjuai telefon hat sama dok habaq tadi dan menggunakan wang tu unt...

Jalan Di Toronto Dilimpahi Dengan Buku

Posted: 02 Nov 2016 06:42 AM PDT


Kesusasteraan lwn Trafik adalah projek yang dijalankan oleh Luzinterruptuih sebuah kumpulan yang menjalankan program di kawasan awam baghu baghu ni depa telah menukaqkan salah satu jalan yang si...

Cheq Tak Penah Lupa Tanggungjawab Membayaq Cukai Che Ta

Posted: 02 Nov 2016 05:22 AM PDT


tak dapat meraikan ulang tahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana di London pasai cukai tertunggak pelakon Rozita Che Wan menerima pelbagai kritikan daripada netizen dan ada yang mendakwa Che Ta tak pena...

Kelibat Riza Aziz Di China Gempaqkan Malaysia

Posted: 02 Nov 2016 04:02 AM PDT


Lawatan Najib Razak ke China sebagaimana yang dilapoqkan media minggu ni telah menghasilkan 14 memorandum persefahaman bernilai RM144 bilion Yang patut dibanggakan adalah nilai hat sama dok habaq...

Lufya Omar Bakai Menikah 26 November Ni

Posted: 02 Nov 2016 02:26 AM PDT


Penyanyi dan pelakon Lufya Omaq yang jugak merupakan bekaih pelajaq AF 6 mengumumkan beliau bakai menikah dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November ni Menurut Lufya majlih akad nikah dan re...

Hanez Suraya Kena Troll Gaya Subang Macam Pengikat Langsiaq

Posted: 02 Nov 2016 02:24 AM PDT


Beberapa hari ni pelakon Hanez Suraya diusik netizen apabila gambaq beliau mengenakan tudung bersama gaya subang yang agak unik mula tersebaq di Internet Subang hat sama dok habaq tadi yang kel...

Kesihatan Ezad Lazim Semakin Baik Selepaih Berubat Cara Islam

Posted: 02 Nov 2016 02:22 AM PDT


Satu masa dahulu Ezad Lazim telah dimasukkan ke hospitai pasai mengalami muntah muntah 20 kali sehari Namun begitu doktoq yang merawatnya tak dapat mengesan punca sebenaq kesakitan yang dialami ...

beautifulnara

Posted: 03 Nov 2016 02:04 AM PDT

beautifulnara


Foto Seksi Nampak Paha Itu Adalah Foto Lama – Puteri Aishah

Posted: 02 Nov 2016 11:06 PM PDT

Pelakon baharu Puteri Aishah yang lahir daripada program Dewi Remaja 2015 menerima pelbagai komen negatif selepas foto beliau berpakaian seksi viral di Internet.

Didalam foto berkenaan, Puteri Aishah mengenakan baju ketat dan berseluar pendek sehingga menampakkan sebahagian besar kedua-dua belah pahanya.

Menurut Puteri Aishah, foto tersebut adalah foto lama dan ia diambil sekitar tahun lalu sebelum beliau menjadi artis.

Baju itu ditaja oleh seorang pereka fesyen bagi sebuah program hiburan dan beliau terpaksa untuk menurut kehendak penaja pakaian tersebut.

Waktu itu saya belum lagi menjadi pelakon dan tiada yang mengenali saya. Tak sangka pula selepas saya aktif berlakon, ada pihak tidak bertanggungjawab memuat naik gambar itu.

Puteri Aishah berpendapat perkara itu sebenarnya tiada apa yang sensitif dan sedikit pun tidak terkesan dengan isu tersebut.

Saya pun malas nak ingat gambar itu lagi. Bagi saya tiada apa yang sensitif mengenainya.

Meskipun ia hal lama, ia mengajar anda untuk lebih berhati-hati dalam berpakaian selepas ini.  Kadang-kadang kita ada hak untuk mengatakan tidak jika pakaian yang ditaja itu bakal mengundang fitnah ataupun pandangan negatif masyarakat.

Sumber Berita : Harian Metro

Kerana Putus Cinta : Anis Al Idrus Akui Masyarakat Pandang Beliau Negatif

Posted: 02 Nov 2016 10:02 PM PDT

Pelakon Anis Al Idrus akui kisah putus cinta bersama Raja Afiq memberikan impak yang agak besar buat dirinya apabila ia masyarakat mula memandang negatif kepada dirinya. Sedikit sebanyak hal itu menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang masih mencari arah dan menapak dalam industri hiburan tempatan.

Saya tidak boleh menghentikan pelbagai andaian terhadap saya kerana tipikal segelintir masyarakat kita memang sukakan gosip. Jadi, apa yang perlu saya buat ialah sentiasa tukarkan aura negatif itu menjadi positif agar ia tidak terus menganggu emosi.

Menurut Anis beliau cuma mangsa keadaan dan tetap akan meneruskan niatnya untuk mendedahkan punca sebenar mereka berpisah.

Maaf, atas nasihat beberapa individu, saya tidak dapat kongsikan sebarang kenyataan buat masa sekarang kerana bukti-bukti tersebut akan dibentangkan pada satu masa yang akan saya umumkan kelak.

Saya harap dengan pendedahan itu boleh membuka mata siapa yang yang benar dan siapa yang salah dalam hal ini.

Pada masa yang sama, Anis memberitahu beliau gembira dengan kehidupannya sekarang biarpun tiada teman istimewa di sisi.

Sumber Berita : mStar Online

Elly Mazlein Kena Serang Dengan Sepupu Bekas Suami Di Media Sosial?

Posted: 02 Nov 2016 08:01 PM PDT

Baru sahaja kami fikir isu penceraian dan pertelagahan antara Elly Mazlein dan Azmi Hatta sudah tidak menjadi berita hangat lagi, tiba-tiba muncul pula kisah baharu dimana sejak beberapa hari lepas, sepupu kepada Azmi telah "menyerang" Elly di laman sosial.

Pelbagai kata-kata sindiran, kecaman dan kritikan dilemparkan kepada Elly oleh gadis yang menggunakan nama piqamansorr.

Gadis berkenaan turut mengkritik netizen yang sering menunding jari ke arah Azmi tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Tidak mahu terus menjadi mangsa, Elly juga telah membuat kenyataan balas terhadap sepupu bekas suaminya itu.

Elly mempersoalkan rasa tidak puas hati gadis berkenaan sedangkan beliau yang menanggung segala perit ketika bercerai dan memperjuangkan hak anaknya Putri Sara Sefhia.

Buat Elly, tidak salah untuk beliau menumpang kasih dan sayang daripada peminat beliau yang tidak pernah berhenti menyokongnya.

Meskipun dimaki hamun, Elly bagaimanapun sudah memaafkan gadis berkenaan yang masih lagi muda ( berusia 22 tahun) dan belum mengenal erti kehidupan yang sebenar.

Berat Badan Zulin Aziz Turun 10 Kilogram Tanpa Pengambilan Ubat Kurus

Posted: 02 Nov 2016 06:54 PM PDT

Kemunculan Zulin Aziz pada program Gegar Vaganza 3 minggu lepas mengejutkan orang ramai apabila beliau kelihatan langsing dan cukup cantik berbaju kebaya.

Ramai yang ingin tahu apakah rahsia Zulin sehingga mampu menurunkan berat badan dengan agak ketara dan kelihatan cukup berbeza sekali. Adakah beliau mengambil ubat kurus? Namun, Zulin yang sudah menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram memberitahu beliau berjaya kelihatan langsing hanya dengan bersenam dan mengamalkan diet yang sihat.

Zulin akui sebelum ini beliau pernah "taksub" dengan pengambilan ubat kurus tetapi kecewa kerana berat badannya kembali naik selepas berhenti mengambil ubat pelangsing badan.

Dulu ubat pelangsingan badan adalah seperti ‘kawan baik’ saya tetapi ia sebenarnya memberi kesan tidak bagus kerana apabila saya berhenti mengambilnya berat badan bertambah lebih banyak daripada asal.

Saya mula sedar itu bukan jalannya untuk kurus kerana ia hanya memberi kesan sementara sahaja dan sebab itu saya cekalkan hati untuk melakukan kaedah sebenar iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.

Tambah Zulin, pelakon Ayha Rosli yang merupakan anak kepada pelakon vateran Norman Damanhuri merupakan individu yang bertanggungjawab dan mengubah hidupnya untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat.

Ahya bertindak sebagai jurulatih peribadi Zulin yang sentiasa memastikan beliau bersenam dan menjaga pemakanannya. Malah, Zulin juga menyertai kelas Muay Thai yang dikendalikan oleh Ahya sendiri.

Saya pada mulanya tidak percaya apabila Ahya kata dia ingin bantu saya mengurangkan berat badan tetapi apabila dia menunjukkan kesungguhan saya sahut cabaran itu. Dia seorang yang ‘brutal’ dalam memastikan saya disiplin dan komited terhadap rutin senaman selain menyemak setiap makanan yang saya ambil setiap hari.

 

Instagram Photo

Walaupun rutin tersebut menyeksakan pada awalnya tetapi Alhamdulillah ia mula menunjukkan hasil positif.

Zulin juga tidak memakan nasi dan mengelak makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ia sangat membantu untuk mempercepatkan lagi proses untuk menguruskan badan.

Walaubagaimanapun, Zulin menasihati orang ramai untuk cari cara yang bersesuaian dengan tubuh badan mereka untuk tampil lebih kurus.

Sumber Berita : mStar Online

11.11 Jualan Terbesar Tahun Ini

Posted: 02 Nov 2016 06:00 PM PDT

Double 11, laman web membeli belah paling dipercayai di Malaysia iaitu www.nile.com.my akan melangsungkan jualan terbesarnya bersempena 11.11.2016 selama 11 hari. Jualan hebat ini telah bermula sejak 1 November lalu dan akan tamat pada 11 November ini. Sepanjang 11 hari ini, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 90% untuk produk-produk tertentu.

superLagi best, anda boleh mendapatkan PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian minimum RM8 untuk pembeli di Semenanjung Malaysia. Jom kita tengok offer-offer yang mengkagumkan sepanjang 11 hari ini.

11.11 Big SALE Start at 2/11/2016 – 9.00am

super

super

11.11 Big SALE Start at 3/11/2016 – 9.00am

super

super

11.11 Big SALE Start at 4/11/2016 – 9.00am

super

super

11.11 Big SALE Start at 5/11/2016 – 9.00am

super

super

11.11 Big SALE Start at 6/11/2016 – 9.00am

super

super

11.11 Big SALE Start at 10/11/2016 – 9.00am

super

super

Setiap produk adalah dijual dengan kuantiti terhad di mana seorang hanya boleh beli satu sahaja dan siapa cepat dia yang dapat. Pastikan korang tak terhegeh-hegeh. Nak beli terus beli je. Banyak lagi produk dan diskaun best-best yang boleh dilihat di http://www.nile.com.my/page.php?cd=117.

Saya Tidak Pernah Lupa Tanggungjawab Membayar Cukai – Che Ta

Posted: 02 Nov 2016 05:05 AM PDT

Tidak dapat meraikan ulang tahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana di London kerana cukai tertunggak, pelakon Rozita Che Wan menerima pelbagai kritikan daripada netizen dan ada yang mendakwa Che Ta tidak pernah membayar cukai.

Enggan orang ramai terus salah faham, Che Ta menjelaskan beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk membayar cukai yang dikenakan.

Saya bukannya tidak membayar cukai, selama ini. Seperti biasa, saya membayar cukai terkini. Begitupun, tidak dinafikan masih ada sejumlah tunggakan daripada cukai terdahulu.  Saya tahu dan sedar tanggungjawab saya.

Memang saya kena bayar cukai seperti orang lain juga. Cuma, jumlah tunggakan cukai yang perlu saya bayar adalah besar nilainya.  Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya secara sekali gus. Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara ini.

Che Ta  sebenarnya sudah melantik ejen percukaian untuk memudahkan segala urusan berkaitan cukai. Che Ta harap dengan pelantikan tersebut, ia dapat membantu beliau menyelesaikan masalah berkenaan.

Saya menyerahkan 100 peratus urusan pembayaran cukai kepada ejen yang dilantik. Sehingga ini, sudah tiga khidmat ejen percukaian berbeza saya gunakan untuk tujuan itu.

Ejen pertama dan kedua tidak melakukan tugas mereka sebaik mungkin. Saya harap ejen ketiga ini boleh membantu saya keluar daripada masalah itu.

Harapnya Che Ta dapat menyelesaikan masalah cukai tertunggak beliau. Netizen juga janganlah cepat membuat andaian, kadang-kadang bila fikir hal cukai ini memang serabut, kami pasti anda juga pernah melalui hal berkenaan bukan? Tidak semua artis yang lupakan tanggungjawab mereka kepada negara . Heh..

Sumber Berita  : BH ONLINE

myartis.com

Posted: 03 Nov 2016 02:01 AM PDT

myartis.com


KODI RASHEED BERSYUKUR ISTERI HAMIL LAGI SELEPAS KEGUGURAN

Posted: 02 Nov 2016 03:42 PM PDT



Mengubat kedukaan lalu!

Demikian halnya dengan bintang 'Ophilia', Kodi Rasheed apabila isterinya, Nor Fatihah Mahad, kini kembali hamil selepas mengalami keguguran Mei lalu.

Pelakon yang berusia 26 tahun itu memaklumkan, usia kandungan isteri kesayangannya itu kini sudah mencecah 10 minggu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

CUKAI RM1 JUTA - CHE TA AKUI HANYA BAYAR SEPARUH

Posted: 02 Nov 2016 03:30 PM PDT



"Setiap bulan saya ke luar negara, jadi bila disekat ini rasa ralat lah. Kena perlahan-lahan bayar sampai habis. Kalau tidak sangkutlah semua percutian saya," ujar Rozita Che Wan yang mengakui mempunyai cukai berjumlah RM1 juta.

Untuk info, semalam heboh di media apabila Che Ta didakwa tidak dapat keluar negara kerana mempunyai tunggakkan cukai dengan jumlah yang tinggi sehingga terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran anaknya di London.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GARA-GARA MAWI MAKAN LANDAK - EKIN JADI LOYA, GELI

Posted: 02 Nov 2016 03:03 PM PDT



"Pengalaman kali pertama makan daging landak rasanya manis dan pada masa yang sama makan telur belangkas. Sebelum ini saya tak pernah melihat landak depan mata, bila ada pengalaman untuk siang dan masak landak, saya agak terkejut sebab besar dan beratnya hampir tujuh kilogram hingga 10 kilogram.

"Namun telur belangkas rasanya agak lain sedikit dan saya tak makan terlalu banyak sebab nanti boleh mabuk.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SALURAN DARAH BENGKAK - ZAINAL TJ DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Posted: 02 Nov 2016 02:59 PM PDT



Selepas keadaan kesihatannya semakin kronik, bekas pemenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 1995, Zainal TJ atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad, 54, telah dimasukkan ke Hospital Serdang (HS) sejak 26 Oktober.

Isterinya, Ida Yuhana Sulaiman, 45, berkata, Zainal yang kini dirawat di hospital berkenaan itu mengalami masalah salur darah membengkak.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment