ROTIKAYA Posted: 02 Nov 2016 08:17 PM PDT “Bukan Lari Bayar Cukai, Saya Cuma Ada Tunggakan” Posted: 02 Nov 2016 09:52 AM PDT Semalam heboh seketika apabila Rozita Che Wan dikatakan tidak dapat keluar negara kerana mempunyai tunggakkan cukai dengan jumlah yang tinggi sehingga terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran anaknya di London. Bagaimanapun, Che Ta menafikan dakwaan mengatakan beliau mengelak membayar cukai sehingga menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat. BACA: Tidak Bayar Cukai, Che Ta Disekat Keluar Negara “Saya bukannya tidak membayar cukai, selama ini. Seperti biasa, saya membayar cukai terkini. Begitupun, tidak dinafikan masih ada sejumlah tunggakan daripada cukai terdahulu. Saya tahu dan sedar tanggungjawab saya. Memang saya kena bayar cukai seperti orang lain juga. Cuma, jumlah tunggakan cukai yang perlu saya bayar adalah besar nilainya” “Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya secara sekali gus. Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara ini,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai berita kononnya beliau disekat ke luar negara kerana mengelak untuk membayar cukai sehingga tertunggak. Rimas dengan masalah cukai tertunggak yang dihadapinya, Che Ta mengambil pendekatan melantik ejen percukaian bagi memudahkan urusan tersebut sekaligus menyelesaikan masalah perjalanan beliau ke luar negara. Bagaimanapun ejen yang dilantik itu merupakan ejen ketiga selepas ejen terdahulu gagal menyelesaikan urusan cukai yang dihadapinya. Terdahulu, Che Ta terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut majlis ulangtahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana yang dirancang untuk diadakan di London berikutan masalah cukai tertunggak. Mengakui tidak mampu membayar jumlah tunggakan cukai itu, Che Ta tetap meneruskan majlis sambutan kelahiran anaknya itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.(rkty/w) | “Lelaki Belasan Tahun Ingin Berkenalan Dengan Saya” Posted: 01 Nov 2016 09:22 PM PDT Mengakui lebih selesa solo buat ketika ini, pelakon Fathia Latiff juga memberitahu bahawa bukan tiada lelaki yang cuba mendekatinya namun belum ada pengganti yang sesuai lagi buat ketika ini. BACA: Fathia Latiff Mohon Maaf Pakai Uniform Tentera "Saya tidak nafikan ramai lelaki yang ingin berkenalan tetapi semuanya tidak sesuai untuk dijadikan kekasih atau calon suami. Terus terang, rata-rata lelaki yang ingin berkenalan adalah remaja belasan tahun” “Saya juga terkejut kerana ada remaja yang berani mendekati saya di tempat awam secara terang-terangan. Namun saya terpaksa menolak secara baik pelawaan mereka kerana tidak berminat untuk berkawan dengan lelaki jauh lebih muda seperti itu kerana mencari yang lebih matang,” katanya kepada Harian Metro. Sementara itu, hubungan Fathia dan juga bekas kekasih iaitu Aiman Hakim Ridza – buat ketika ini masih kekal sebagai kawan biasa malah pelakon wanita ini juga tidak menolak jika mereka perlu berganding bersama. (rtky/s) | Siti Elizad Tahan Hamil Demi Kontrak, Kerjaya Posted: 01 Nov 2016 08:51 PM PDT Demi memberi perhatian kepada kerjaya, Siti Elizad menjelaskan bahawa dia terpaksa menahan keinginannya untuk hamil. Namun dia juga dalam masa yang sama tidak sabar menantikan saat untuk dikurniakan cahaya mata. BACA: Siti Elizad Mohon Maaf Beraksi Mesra Dalam Drama "Sejujurnya, saya memang sukakan kanak-kanak kerana gelagat dan keletah mereka boleh hilangkan stres. Anak buah saya pun ramai, sebab itulah teringin untuk bermain dengan zuriat sendiri” "Namun buat masa ini saya pendamkan dulu hasrat tersebut kerana terikat dengan kontrak lakonan yang menghalang saya untuk hamil. Alhamdulillah, suami pun tidak mendesak sebab dia dah ada dua anak hasil perkahwinan sebelum ini," katanya kepada Utusan Online. Selain itu menurut Elizad, penglibatannya dalam penggambaran juga turut melibatkan aksi lasak dan perkara tersebut membuatkan dia dan suami membuat perancangan keluarga. (rtky/s) | |
MySensasi Posted: 02 Nov 2016 12:27 PM PDT Biodata Azira Shafinaz Mr Donat Karamel Posted: 02 Nov 2016 03:55 AM PDT Biodata Azira Shafinaz Mr Donat Karamel. Pelakon cantik manis ini pernah mendapat pujian hasil lakonan dalam drama Married Tapi Benci. Drama itulah juga yang mengangkat namanya dalam dunia lakonan di Malaysia. Terkini Azira bakal muncul dalam drama Mr Donat Karamel yang disiarkan pada 2 november 2016 di TV3. Dia bakal bergandingan dengan Hafidz Roshdi. Dibawah … The post Biodata Azira Shafinaz Mr Donat Karamel appeared first on Info Semasa. | Biodata Hafidz Roshdi Posted: 02 Nov 2016 03:22 AM PDT Biodata Hafidz Roshdi. Ramai yang telah mengenali pelakon lelaki kacak ini. Mula menjadi perhatian apabila drama Tundukkan Playboy Itu mendapat respon baik dari peminat drama melayu. Terkini bakal muncul lagi menerusi drama terbaru Mr Donat Karamel di slot Lestary TV3 bermula 2 November 2016. Berikut adalah serba sedikit biodata atau profile Hafidz Roshdi. Nama Penuh … The post Biodata Hafidz Roshdi appeared first on Info Semasa. | Sinopsis Drama Mr Donat Karamel Lestary TV3 Posted: 02 Nov 2016 02:46 AM PDT Sinopsis Drama Mr Donat Karamel Lestary TV3. Drama terbaru yang akan disiarkan di TV3 bertajuk Mr Donat Karamel akan mengandingkan Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz selaku pelakon utama. Akan mula bersiaran pada 2 November 2016 sebanyak 13 episod. Waktu siaran Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam. Drama ini adalah adaptasi dari novel karya Hanny Esandra yang bertajuk Mr … The post Sinopsis Drama Mr Donat Karamel Lestary TV3 appeared first on Info Semasa. | |
KedahLanie.info Posted: 02 Nov 2016 10:18 AM PDT Najib berhutang RM55BIL dengan bank negara China tanpa kelulusan parlimen Posted: 02 Nov 2016 08:54 AM PDT Stesen janakuasa sudah diberi kepada syarikat Kerajaan China. Tanah yang dulunya pengkalan TUDM Sungai Besi juga telah diserahkan kepada syarikat Kerajaan China. Sekarang Najib Razak mahu berhutang RM55 bilion dari bank milik Kerajaan China dan kemudian diberikan kontrak pembinaan kepada syarikat Kerajaan China juga. Mohon sebarkan kenyataan media ahli-ahli parlimen PH tadi. 2 NOVEMBER 2016 PERDANA MENTERI PERLU BENTANGKAN “PRE-FEASIBILITY STUDY” (PFS), “FEASIBILITY STUDY” (FS) DAN “FINAL INVESTMENT DECISION” (FID) PROJEK KERETAPI PANTAI TIMUR Kami, ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan ingin melahirkan kebimbangan di atas perkembangan terkini berkaitan projek keretapi landasan Pantai Timur atau East Coast Double-Tracking Railway (ECDR) yang dilaporkan akan menelan belanja RM55 bilion. Laporan menyebut bahawa Kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian pembinaan dengan Kerajaan China melalui syarikat-syarikat milik Kerajaan China untuk membina ECDR dengan dibiayai oleh pinjaman dari Kerajaan China. Umum mengetahui bahawa model pembiayaan dan pembinaan projek infrastruktur yang digunapakai oleh Kerajaan China (melalui anak syarikat miliknya) ialah: 1. Melibatkan pengunaan tenaga kerja dan kontraktor sepenuhnya dari China 2. Melibatkan penggunaan material sebanyak mungkin dari China 3. Melibatkan teknologi dan khidmat sokongan di masa hadapan yang sepenuhnya dari China Selain dari kesan ekonomi berganda yang tidak dapat dirasai oleh syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja Malaysia, lebih membimbangkan ialah pergantungan dalam jangka masa yang lama kepada Kerajaan China sekiranya perjanjian itu mengikut model yang telah digunakan oleh Kerajaan China di negara-negara lain. Paling membimbangkan ialah kos sebanyak RM55 bilion yang disebut itu adalah terlalu tinggi, apatah lagi berikutan dakwaan bahawa kos projek ini dinaikkan untuk menutup hutang 1MDB (seperti yang didakwa Sarawak Report). Amalan biasa bagi projek-projek bernilai tinggi seperti ini melibatkan beberapa proses kelulusan iaitu kajian pra-kebolehupayaan atau “pre-feasibility study” (PFS), kajian kebolehupayaan atau “feasibility study” (FS) dan kajian keputusan pelaburan akhir atau “final investment decision” (FID). Kajian-kajian ini melibatkan anggaran jumlah penumpang, anggaran tiket, anggaran kos dan pertimbangan lain yang boleh menunjukkan sama ada projek ini boleh dibiayai tanpa membebankan rakyat. Soalan-soalan seperti berapa harga tiket yang dicadangkan, berapa kenaikan tiket dalam tempoh 20 tahun akan datang adalah soalan-soalan yang perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum kerajaan menandatangani kontrak dengan Kerajaan China. Oleh yang demikian, kami mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak membentangkan di Parlimen 3 kajian ini iaitu PFS, FS dan FID sebelum sebarang komitmen diberikan kepada Kerajaan China kerana jumlah RM55 bilion adalah jumlah yang besar dan perlu diluluskan Parlimen. Pun begitu, kami khuatir Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak akan menghormati Parlimen dan tidak mengendahkan desakan ini. Oleh itu, kami akan menubuhkan satu pasukan yang terdiri dari pakar-pakar dari kalangan orang ramai untuk menjalankan sendiri satu PFS untuk dibentangkan kepada rakyat dalam tempoh 30 hari dari sekarang. RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN DR HATTA RAMLI, AHLI PARLIMEN KUALA KRAI WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA DR ONG KIAN MING, AHLI PARLIMAN SERDANG | Bekas pengerusi SPR dilantik naib presiden BERSATU Posted: 02 Nov 2016 06:35 AM PDT  Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan barisan kepimpinan pusatnya.
Ia antaranya menyaksikan bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai naib presiden. Selain itu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Abdul Kadir Jasin dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi. Mursyidul Am pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip, pula turut dilantik menganggotai majlis sama. Manakala, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipilih mengisi kekosongan timbalan presiden parti itu. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan itu bertujuan melengkapkan organisasi parti secara keseluruhan. “Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) jumlahnya 15 orang, maka dengan itu lengkaplah seluruh anggota MPT daripada jawatan pengerusi dan juga timbalan presiden yang diisi Mukhriz,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. Selain Rashid, dua lagi naib presiden ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng yang dipecat, Datuk Hamidah Osman serta peguam, Datuk Abdul Rashid Asari. Sayap Wanita dan Pemuda pula diketuai bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 
| Antara peminjam PTPTN dan Riza Aziz Posted: 02 Nov 2016 06:26 AM PDT 
Oleh Ashraff Nazrin Seluruh rakyat Malaysia sedia maklum Datuk Seri Najib Razak akan berangkat ke China atas urusan rasmi kerajaan, lebih awal lagi sewaktu belanjawan 2017 mula dibentang ke dalam Parlimen. Yang rakyat tidak tahu dan mendapat kejutan adalah apabila semalam, secara terang-terangan, anak tiri perdana menteri kita berada sekali di dalam jet rasmi kerajaan mengikuti lawatan rasmi ke China. Kita semua sedia maklum Riza Aziz antara individu yang terkait dengan skandal 1MDB tetapi masih bebas bergerak ke luar negara seperti tidak ada rasa bersalah. Lebih malang, apabila pergerakan beliau ke luar negara terpaksa ditaja oleh rakyat menggunakan jet rasmi kerajaan. Persoalannya di sini, mengapa Riza boleh bebas bergerak sedangkan di belakang tengkuk beliau terbeban dengan isu skandal 1MDB yang berkait rapat dengan kewangan negara melibatkan wang berjumlah berbilion ringgit? Mengapa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mendapat keistimewaan yang sama walaupun hanya gagal membayar hutang berjumlah ribuan ringgit sahaja yang jauh lebih kecil nilainya berbanding dengan skandal yang didakwa ke atas Riza? Adakah semua peminjam PTPTN perlu menjadi anak tiri Najib untuk mendapat keistimewaan yang sebegitu rupa? Rakyat perlu tanya kepada kerajaan apakah pendirian mereka terhadap individu yang disenarai hitam daripada bergerak keluar negara? Adakah mahasiswa yang tidak mampu membayar hutang ini jauh lebih jahat? Sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam menguruskan kewangan negara, ia seharusnya memburu individu yang dikatakan terlibat dengan skandal wang rakyat dan hidup mewah ini dahulu sebelum memburu mahasiswa yang belum tentu cukup makan selepas bergraduasi kerana keadaan ekonomi yang mendesak hasil tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab menguruskan sumber negara. Ashraff Nazrin seorang aktivis pelajar. | Pemuda Amanah ajak Pemuda Umno Selangor sepentas berdebat isu air dan isu negara dari membaling timba Posted: 02 Nov 2016 04:31 AM PDT *KENYATAAN MEDIA* MENYELAR TINDAKAN BIADAB PEMUDA BN BERDEMO DI HADAPAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR Pemuda AMANAH Negeri Selangor menyelar tindakan biadap dan beremosi Pemuda BN ketika mengadakan demonstrasi di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 1hb November 2016. Untuk makluman, isu air ini telah pun dijelaskan oleh YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku dan kerajaan negeri serta Lembaga Urus Air Selangor sedang berusaha keras memulihkan keadaan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di dalam negeri selangor. Laporan penuh berkenaan isu air ini telah pun diperjelaskan dan dibahas oleh Menteri Besar sendiri baik di dalam sidang DUN dan mahupun sidang Parlimen dengan membuat kenyataan berkenaan langkah-langkah pemulihan. Mengikut laporan yang telah dikeluarkan, kami berpendapat memang ada unsur-unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk menyusahkan rakyat. Kami juga menyelar tindakan peserta demonstrasi yang membaling objek seperti baldi dan botol minuman di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ini menunjukkan tindakan mereka tidak berakhlak dan tidak bermoral. Saya mencabar rakan sejawat saya, Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Bin Dato' Zainal untuk memberi jalan penyelesaian masalah besar negara seperti kenaikan harga minyak petrol, penarikan subsidi minyak masak , penarikan biasiswa pelajaran yang jelas lagi terang menyusahkan rakyat. Pemuda AMANAH Negeri Selangor bersama Pemuda Pakatan Harapan bersedia berdebat dengan mana-mana pihak termasuk Pemuda UMNO Negeri Selangor bagi menjelaskan isu-isu rakyat termasuk isu air dan lain-lain demi kepentingan rakyat negeri Selangor. Tidak ada keperluan berdemo dengan emosi dalam menunjukkan ketidak puashatian dan sebenarnya menunjukkan kepada rakyat akhlak yang buruk pewaris kepimpinan UMNO. *Abbas Azmi* *Ketua Pemuda* *Parti AMANAH Negeri Selangor* *2hb November 2016* | Harga minyak mentah masih jatuh pagi ini Posted: 01 Nov 2016 10:25 PM PDT RABU, 2 NOVEMBER 2016 - 10:07AM TOKYO: Harga minyak mentah jatuh untuk hari keempat hari ini dengan pelabur masih menunggu angka rasmi simpanan minyak Amerika Syarikat (AS), selepas sehari data industri menunjukkan kenaikan dalam inventori. Institut Petroleum Amerika (API) berkata, simpanan minyak mentah meningkat sebanyak 9.3 juta tong dalam minggu ini hingga 28 Oktober, lebih dari sembilan kali jumlah yang dijangkakan oleh penganalisis, menerusi tinjauan oleh Reuters. Sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh 28 sen, atau 0.6 peratus, pada AS$46.39 pada 0014 GMT. Semalam, ia jatuh 19 sen kepada AS$46.67. Brent pula jatuh 22 sen pada AS$47.92. Pada sesi sebelumnya, ia mencecah paras sebulan rendah pada AS$47.72 sebelum mengakhiri hari pada AS$48.14. Laporan API kebiasaannya diperoleh sehari sebelum data inventori rasmi Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), yang mana lebih dipercayai. - REUTERS Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208525?m=1 | Siasatan terhadap Husni Hanadzlah melanggar Perlembagaan " keistimewaan parlimen" Posted: 01 Nov 2016 10:20 PM PDT SIASATAN TERHADAP HUSNI HANADZLAH MELANGGAR PERLEMBAGAAN Kita dikejutkan berita bahawa mantan Menteri Kewangan 2 merangkap Ahli Parlimen Tambun, Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Hanadzlah, telah dipanggil untuk disoal siasat Polis Di-Raja Malaysia petang semalam. Pada minggu lalu, Dato’ Seri Husni telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2017. Sewaktu perbahasan tersebut, beliau telah menyentuh perihal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) khususnya bahawa jemaah menteri tidak membincang atau dimaklumkan keadaan sebenar berkenaan 1MDB sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Kewangan 2. Akibat daripada ucapan perbahasan beliau itu, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah dipetik media sebagai berkata ada kemungkinan bekas jemaah menteri telah melanggar sumpah rahsia mereka dan mungkin telah melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan/atau Akta Hasutan 1948. Ini telah disusuli oleh satu laporan polis dibuat terhadap Dato’ Seri Husni, lalu beliau dipanggil ke Bukit Aman semalam. Walaupun soal siasat itu telah ditangguhkan ke hari lain, namun sepatutnya Dato’ Seri Husni tidak dipanggil langsung. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan di dalam perenggan 2 Perkara 63, “Keistimewaan Parlimen”, bahawa: “Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.” Ini membawa maksud yang jelas bahawa seseorang Ahli Parlimen itu mempunyai hak untuk bersuara di Parlimen dan tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang di mana-mana mahkamah berkenaan dengan percakapan atau undinya di Parlimen. Pengecualian terhad wujud mengikut perenggan 4 Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan) berkaitan dengan perlanggaran Akta Hasutan berhubung dengan isu-isu di perkara-perkara 152, 153 dan 181 yang menyentuh kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak dan kedudukan Raja-Raja. Adalah jelas perkara 1MDB yang disentuh bukan sahaja Ahli Parlimen Tambun, tetapi juga Ahli-Ahli Parlimen Pagoh dan Semporna tiada kaitan langsung dengan peruntukkan Akta Hasutan. Peruntukkan Akta Rahsia Rasmi 1972 juga tidak terpakai dalam keadaan ini dan hanya terpakai dengan pendedahan dokumen-dokumen yang merupakan satu rahsia rasmi kerajaan. Perlindungan di bawah Perkara 63 adalah perlu untuk memastikan amalan demokrasi tulen di Parlimen dan sekiranya hak dan kebebasan yang diberikan disalahguna oleh mana-mana Ahli Parlimen, beliau hanya boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk sebarang tindakan. Perbincangan mengenai 1MDB adalah satu perkara yang merupakan kepentingan negara oleh sebab ia adalah skandal kewangan negara yang terbesar dalam sejarah kita dan perlu diberi ruang seluasnya untuk dibincang, khususnya di Parlimen. Oleh itu, saya berharap pihak PDRM mengambil kira Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan ini dan tidak akan memanggil lagi Dato’ Seri Husni untuk disoal siasat. Pada masa yang sama, saya juga berharap bahawa Tan Sri Yang Di-Pertua Dewan Rakyat juga akan memastikan perlindungan tegas yang diberikan kepada ahli-ahli Perlimen melalui Perkara 63 tidak dicabuli dan menasihatkan pihak polis dengan sewajarnya. Semua Ahli Parlimen perlu diberikan ruang secukupnya mengikut Perlembagaan dan Aturan Mesyuarat dan tidak diugut dengan apa cara pun, demi kebaikan masa depan demokrasi di Malaysia. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Ketua Pembangkang Presiden KEADILAN 1 November 2016 | Kenapa NAJIB sangat suka berurusan dengan Sykt CCCC dari China..? Posted: 01 Nov 2016 07:07 PM PDT KENAPA CCCC? Saya tidak faham kenapa Kerajaan Malaysia berminat dgn China Communications Construction Company untuk projek ECRL sejauh 620km (Port Klang - Tumpat) dgn kos anggaran RM55 Billion. World Bank telah senarai hitamkan (debarment) CCCC selama 8 tahun (12 Januari 2009 hingga 12 Januari 2017) atas dakwaan fraudulent practices. Ini kerana CCCC adalah designated successor entity kepada China Road and Bridge Corporation (CRBC) CCCC juga disenaraihitamkan oleh African Development Bank, Asian Development Bank, Inter-American Development Bank, European Bank for Reconstruction and Development, dan dimasukkan dalam 2 senarai hitam di Amerika Syarikat berkaitan projek landasan keretapi Iran-Armenia. Agensi berita Bloomberg melaporkan China, sejak 2007 hingga 2012, telah mengalami sekurang2nya 18 jambatan runtuh yang mengakibatkan 135 kematian. Salah satu jambatan terpanjang di Utara China runtuh selepas hanya 9 bulan ia siap dibina. Suatu rahsia umum yang pahit untuk diterima adalah kelebihan syarikat-syarikat China berbanding syarikat-syarikat Barat, mereka lebih mahir dalam merasuah pegawai-pegawai kerajaan. | |
OhDunia.My Posted: 02 Nov 2016 08:01 AM PDT |
Toknek.com RSS Feed Posted: 02 Nov 2016 02:22 AM PDT |
beautifulnara Posted: 02 Nov 2016 02:11 AM PDT Kesihatan Ezad Lazim Semakin Baik Selepas Berubat Cara Islam Posted: 02 Nov 2016 01:45 AM PDT Satu ketika dahulu, Ezad Lazim telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami muntah-muntah 20 kali sehari. Namun begitu doktor yang merawatnya tidak dapat mengesan punca sebenar kesakitan yang dialami oleh Ezad. Penyanyi itu sendiri tidak menolak dirinya terkena buatan orang. Biasalah bila sudah kembali popular selepas Gegar Vaganza, pasti akan ada pihak yang cemburu. Menyihir seseorang adalah cara paling mudah untuk menjatuhkan kembali karier Ezad.  Namun begitu, kadar kesihatan Ezad Lazim kini semakin pulih selepas menjalani perubatan cara Islam. Kata Ezad:- Sebelum ini saya tidak tahu apa penyakit saya sebab sering muntah-muntah dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Penyakit saya ini membuatkan emosi saya jadi tidak stabil kerana tertekan. Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk memulihkan semangat saya bertambah baik. Sekarang kesihatan saya sudah 80 peratus pulih daripada penyakit tetapi saya perlu mengawal pemakanan dan tidak boleh makan dengan kuantiti banyak dalam satu-satu masa. Makanan pedas pun saya tidak boleh (makan) nanti saya akan muntah dan perut saya akan jadi sakit  Semoga kesihatan Ezad akan pulih 100% dalam masa terdekat ini. Abang Nara kalau muntah sekali sehari pun dah rasa penat satu badan. Tak tahu macam mana Ezad boleh tahan muntah sampai 20 kali sehari. Agak pelik juga di dunia yang serba moden ini masih ada yang mahu menggunakan perbuatan syirik dan khurafat untuk memusnahkan hidup orang lain. Bawa-bawaklah bertaubat sebelum terlambat. Sumber Mstar Online.  P.S: Mencari telekung yang sesuai dijadikan HANTARAN? Atau pening nak cari HADIAH buat yang tersayang? Inginkan kelainan hadiah lain dari yang lain? Kini anda tidak perlu risau lagi dengan SET GIFT Telekung Story! Menampilkan 5 pilihan warna Telekung Ayra, Premium Gift Box dan Kad Ucapan Eksklusif. Harga hanya RM109 sahaja! (Poslaju RM10 : S/S RM15). Boleh Whatsapp ke 019-236-1986, LIKE Facebook Telekung Story dan jangan lupa follow Instagram @TelekungStory untuk tengok lebih banyak koleksi | (TAHNIAH) Lufya Omar Bakal Berkahwin 26 November Ini Posted: 02 Nov 2016 12:53 AM PDT Penyanyi dan pelakon Lufya Omar yang juga merupakan bekas pelajar AF 6 mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November ini.  Menurut Lufya, majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama. Ya, kami akan berkahwin pada 26 November ini. Malah, sejak hujung bulan lalu, kami sebenarnya sibuk mengedarkan kad kahwin. Kami juga sepakat untuk mengadakan majlis nikah dan resepsi pada hari yang sama.  Seperti biasa, Lufya akan mengenakan gaun moden manakala tunangnya pula berbaju Melayu. Namun, busana resepsi perkahwinan Lufya dan Che Muhammad cukup istimewa sekali sehingga beliau tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya. Lufya ingin ia menjadi kejutan buat mereka yang hadir pada majlis itu nanti. Bagi majlis resepsi pula, kami akan menggayakan busana yang cukup istimewa. Bagaimanapun, biarlah ia menjadi kejutan buat semua pada majlis itu nanti.  Alhamdullillah dan tahniah kami ucapkan buat Lufya dan bakal suami. Layarilah bahtera rumah tangga dengan baik. Apa agaknya keistimewaan busana pasangan ini pada majlis resepsi nanti ya? Emmmh.. Sumber Berita : BH ONLINE | Hanez Suraya Kena “Troll” : Gaya Subang Seperti Pengikat Langsir Posted: 02 Nov 2016 12:32 AM PDT Beberapa hari ini pelakon Hanez Suraya diusik netizen apabila foto beliau mengenakan tudung bersama gaya subang yang agak unik mula tersebar di Internet.  Subang tersebut yang kelihatan berambu membuatkan orang ramai menyamakan ia dengan pengikat langsir.  Malah, gaya Hanez telah diparodikan oleh seorang gadis bernama Syuhadaa yang megambil pengikat langsir sebenar dan menjadikan ia subang. Banyak juga komen-komen lucu yang diberikan oleh netizen :-    Sekali sekala netizen hendakbergurau dengan artis apa salahnya bukan? Hehe..Memang unik sungguh subang tu. Macam-macam gaya hijabister sekarang. | Fathia Latiff Terkejut Remaja Belasan Tahun Mahu “Mengoratnya” Posted: 01 Nov 2016 08:52 PM PDT Fathia Latiff mempunyai wajah jelita dan cukup memikat hati jejaka-jejaka diluar sana. Kalau dapat jumpa depan mata, kami pasti memang ada yang "khayal" melihat kecantikan beliau lebih-lebih lagi selepas berhijab.  Sejak kembali solo selepas berpisah dengan Aiman Hakim Ridza, tidak dinafikan ramai yang mencuba nasib untuk memiliki hati Fathia. Fathia juga mengakui beliau didekati ramai lelaki tetapi tiada satu yang bersesuaian dengan dirinya. Lebih memeranjatkan lagi, Fathia terkejut apabila ada remaja yang berusia belasan tahun cuba "mengorat" beliau.  Saya tidak nafikan ramai lelaki yang ingin berkenalan tetapi semuanya tidak sesuai untuk dijadikan kekasih atau calon suami. Terus terang, rata-rata lelaki yang ingin berkenalan adalah remaja belasan tahun. Saya juga terkejut kerana ada remaja yang berani mendekati saya di tempat awam secara terang-terangan.  Wah, memang peminat fanatik Fathia tu sehingga memberanikan diri untuk memiliki cinta Fathia meskipun baru berusia belasan tahun. Sumber Berita : Harian Metro | Bukan Tidak Mahu Zuriat, Tetapi Terpaksa Pendamkan Hasrat Kerana Terikat Dengan Kontrak – Siti Elizad Posted: 01 Nov 2016 07:59 PM PDT Dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Shamsul Baharin, pelakon Siti Elizad akui beliau teringin untuk menimang cahaya mata.  Namun, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan kerana beliau masih terikat dengan beberapa kontrak lakonan yang menghalang beliau untuk hamil. Pada masa yang sama, Elizad meluahkan rasa syukur kerana suaminya cukup memahami kerjayanya dan tidak mendesak beliau mengenai perkara berkenaan.  Sejujurnya, saya memang sukakan kanak-kanak kerana gelagat dan keletah mereka boleh hilangkan stres. Anak buah saya pun ramai, sebab itulah teringin untuk bermain dengan zuriat sendiri. Namun buat masa ini saya pendamkan dulu hasrat tersebut kerana terikat dengan kontrak lakonan yang menghalang saya untuk hamil. Alhamdulillah, suami pun tidak mendesak sebab dia dah ada dua anak hasil perkahwinan sebelum ini. Bagi mengelakkan saya terhamil tanpa sengaja, maka termeterai perjanjian hitam putih antara saya dan pihak produksi yang wajib dipatuhi sehinggalah tamat penggambaran kelak.  Kalau perjanjian sudah dibuat maka ia tidak boleh dilanggar. Walaubagaimanapun, jika ada rezeki dan ketentuan daripada Allah SWT tidak boleh kita jangka ataupun menghalangnya bukan? Sumber Berita : Utusan Online | Cukai Tertunggak : Che Ta Tidak Dapat Sambut Hari Lahir Aaisyah Dhia Rana Di London Posted: 01 Nov 2016 07:29 PM PDT Semalam, anak kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 2. Majlis sambutan hari lahir Aaisyah berlangsung dengan cukup meriah sekali di The-Ritz Carlton, Kuala Lumpur.  Walaubagaimanapun, menurut Che Ta, beliau sebenarnya merencana untuk meraikan ulang tahun ke 2 Aaisyah di London. Namun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila beliau menghadapi masalah cukai tertunggak dan ia menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat buat sementara waktu. Che Ta juga memberitahu beliau sudah pun membuat tempahan lokasi dan persiapan untuk hari istimewa anaknya itu di London. Menurut Che Ta, beliau perlu membayar jumlah tunggakan yang besar sekiranya ingin ke luar negara.  Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus. Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan. Begitupun, buat masa ini, hendak membayar separuh daripada jumlah itu pun belum mampu saya lakukan lagi. Sudah menjadi kebiasaann buat keluarga Che Ta menyambut hari lahir anak-anaknya di luar negara. Sebelum ini, Che Tai meraikan hari lahir anak sulungya, Ammar Effendy di Santorini, Greece.  Jelas Che Ta, apa yang beliau lakukan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi ingin membahagiakan anak-anaknya. Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis hari jadi Aaisyah Dhia Rana dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sumber Berita : BH ONLINE Kredit Foto : qmlrl  | Isu Muzik-Muzik 31 : Janna Nick Tidak Kisah Dikritik Kerana Seakan Berdolak-Dalik Posted: 01 Nov 2016 06:42 PM PDT Pernah memberitahu ingin menarik diri daripada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 31 kerana sedar dengan kemampuan vokalnya tetapi membatalkan hasratnya itu selepas dipujuk oleh penulis lirik serta komposer lagu Mungkin Saja iaitu Kunci Demak, ramai yang menganggap Janna Nick sengaja mencetuskan gimik dan publisiti murahan kerana seakan berdolak-dalik mengenai penyertaannya itu.  Namun, Janna enggan ambil peduli dengan segala kritikan yang dilemparkan kepada dirinya. Selagi saya tahu apa yang saya buat, saya tidak peduli apa orang nak cakap. Memang sebelum ini saya berat hati dan rasa macam nak tarik diri sebab tak yakin dan rasa tak layak tetapi lepas berbincang saya batal hasrat itu. Saya tidak perlu panik, risau atau terlalu memikirkan benda-benda remeh begitu sebab saya tahu apa yang saya buat.  Pernah berhadapan dengan pelbagai kontroversi sebelum ini membuatkan Janna tidak cepat melatah apabila dikritik. Pada saya tak payahlah nak melatah. Dulu, mungkinlah saya beria-ia nak mempertahankan diri kononnya berani kerana benar. Sekarang ini rasanya lebih baik berdiam. Yang penting jaga diri dan kerja saja. Yang suka pada kita akan tetap suka manakala yang tak suka akan tetap tak suka.  Biasalah kadang-kadang seseorang itu tersilap dalam melakukan sesuatu dan apabila difikirkan semula dan dipujuk mungkin Janna Nick mahu mencabar dirinya untuk bersaing di pentas besar seperti Muzik-Muzik 31. Sumber Berita : mStar Online | Bila Tiba Masa Yang Sesuai Saya Akan Kongsi Berita Gembira – Saharul Ridzwan Posted: 01 Nov 2016 07:19 AM PDT Semalam, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan berita dimana pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya Deena Emir kini sedang hamil satu bulan.  Ramai peminat Saharul merasa teruja dan mengucapkan tahniah buat beliau dan isteri kerana dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata awal. Bagi mendapatkan kepastian, pihak media telah menghubungi Saharul berkenaan kehamilan isterinya. Walaubagaimanapun, Saharul buat masa ini enggan ulas dan belum bersedia untuk memberikan sebarang komen mengenai berita tersebut. Saharul meminta peminat serta rakan media mendoakan yang terbaik buat mereka.  Apabila masanya sudah tiba dan bersesuaian, saya akan kongsikan berita baik dengan semua peminat serta rakan media. Buat masa sekarang, doakan perjalanan rumah tangga kami berjalan dengan lancar. Meskipun tidak mahu mengulas lebih lanjut, Saharul juga tidak menafikannya. Kalau saya menafikan, ia umpama saya menolak sekiranya ada rezeki daripada Allah. Jadi, seperti yang saya katakan, saya memilih untuk tidak mengulas mengenai hal ini.  Tidak mengapa, apabila kandungan sudah benar-benar kuat nanti, InshaAllah Saharul akan mengumumkan berita gembira. Sumber Berita : Harian Metro | |
myartis.com Posted: 02 Nov 2016 01:54 AM PDT 8 GAMBAR - FASHA SANDHA SEKELUARGA BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA Posted: 01 Nov 2016 07:48 PM PDT Baru-baru ini, Fasha Sandha dan kelurganya telah meluangkan masa bersama dengan bercuti di Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor. Menerusi perkongsian gambar sekitar percutian ini di Instagram, Fasha dilihat gembira serta teruja berada di samping keluarga tersayang. Jom tengok aksi mereka sekeluarga ni! << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | ISTERI HAMIL - SAHARUL RIDZWAN AKAN KONGSIKAN BILA MASA SESUAI Posted: 01 Nov 2016 06:38 PM PDT Peminat Saharul Ridzwan akan terus berteka-teki mengenai status kehamilan isterinya, Qaabila Deena Amir apabila pelakon ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya akan berkongsi berita gembira tersebut sekiranya tiba masa yang sesuai nanti. Semalam, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan berita dimana pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya Deena Emir kini sedang hamil satu bulan. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | SERTAI TABLIGH, ZUL HANDY BLACK TAK KISAH DIKUTUK Posted: 01 Nov 2016 04:03 PM PDT Pasti anda masih ingat lagi dengan penyanyi Zul Handy Black yang bersuara mirip Awie yang baru-baru ini berubah mendalami agama Islam. Artikel terdahulu:Terkini, Zul akhirnya tampil menjawab kutukan segelintir pihak yang mempersoalkan kerja dakwah yang dilakukannya itu tanpa kelayakan sepatutnya. Kata Zul, berdakwah tidak memerlukan kelulusan tetapi hanya perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | 18 FOTO - HAJAT DI LONDON TAK KESAMPAIAN, CHE TA RAI DI MALAYSIA Posted: 01 Nov 2016 03:43 PM PDT Hajat untuk meraikan ulangtahun kelahiran ke-2 anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di London tidak kesampaian apabila pelakon dan ahli perniagaan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta yang sepatutnya terbang ke London, Ahad lalu itu berdepan masalah cukai tertunggak. Menurut Che Ta, beliau sudah pun membuat tempahan lokasi dan persiapan bagi meraikan hari istimewa anaknya di sana, namun masalah cukai dihadapi menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat buat sementara waktu. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
No comments:
Post a Comment