KedahLanie.info Posted: 15 Nov 2016 10:12 AM PST IGP : Polis akan ambil tindakan jika Jamal buat laporan palsu Posted: 15 Nov 2016 04:56 AM PST  Jika siasatan mendapati pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat laporan palsu, maka tindakan akan diambil ke atasnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Saya telah memberi amaran sebelum ini bahawa polis yang tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang memfailkan laporan untuk kepentingan politik dan membebankan kami. "Polis sedang menyiasat kejadian itu, jika didapati Jamal sengaja menyalahkan orang lain, maka dia boleh dikenakan tindakan," katanya kepada Malaysiakini. Khalid mengulas kejadian hujung minggu lalu yang menyaksikan hidung Jamal berdarah akibat pergelutan semasa polis menghalang penyokong Baju Merah daripada mengekori aktivis PKR di Kuala Lumpur. Ketika kejadian, ketua Umno Sungai Besar itu dirakamkan menjerit "polis tumbuk saya” tetapi kemudian memberitahu pemberita ‘budak’ ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin yang menyerangnya.
Walau bagaimanapun, dalam laporan polisnya, Jamal mendakwa individu memakai t-shirt BERSIH menumbuk muka dan hidungnya. Sementara itu, ditanya mengenai video kejadian yang menunjukkan sentuhan genggaman seorang anggota polis tersentuh muka Jamal, Khalid berkata perkara itu sedang disiasat. "Kita perlu memastikan sama ada tindakan itu sengaja atau tidak sengaja memandangkan ini boleh berlaku dalam keadaan huru-hara. "Kita juga perlu melihat sama ada ia adalah provokasi, atau jika kekerasan munasabah digunakan oleh polis untuk mengawal keadaan. "Pertama sekali, biar kita siasat untuk menentukan apa sebenarnya berlaku," katanya. Semalam, Malaysiakini menerbitkan detik kejadian seperti yang dirakamkan dalam video berhubung apa yang berlaku. | Henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni Posted: 15 Nov 2016 04:24 AM PST SITI AZIELAH WAHI 15 November 2016  KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim agar menghentikan siasatan ke atas tiga ahli parlimen kerana mempersoalkan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hanipa berkata, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Samporna, Datuk Seri Mohamed Shafie Afdal dan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Sri Mohamad Husni Hanazlah hanya menjalankan tugas mereka sebagai ahli Parlimen. Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen selepas menyuarakan perkara itu pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini. Hanipa berkata pada sesi tersebut, beliau telah meminta penjelasan daripada Pandikar mempenai Artikel 63(2) dan Artikel 63 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa ahli parlimen tidak boleh disiasat di mahkamah dalam sebarang isu yang dibangkitkan. "Saya meminta Yang Dipertua memberikan penjelasan tentang perkara tersebut namun beliau menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang tersebut. "Bagaimanapun beliau mengakui peraturan mesyuarat digubal di bawah artikel berkenaan," katanya. Hanipa berkata Pandikar juga memaklumkan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menulis surat kepada Khalid untuk menghentikan siasatan ke atas ketiga-tiga bekas menteri itu. "Semua episod siasatan ke atas Muhyiddin, Shafie dan Husni adalah bermula daripada beliau menegur mereka kononnya melanggar rahsia kerajaan. "Yang Dipertua nampaknya lepas tangan apabila menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa. Kalau beliau (Pandikar) tidak buat sebarang kenyataan, kemungkinan polis tidak akan menyiasat mereka," katanya. Hanipa berkata, beliau telah meneliti ucapan Muhyiddin pada perbahasan bajet lalu dan mendapati apa yang dipersoalkan beliau tidak mempunyai unsur hasutan. "Dalam peraturan mesyuarat, apa-apa yang dibangkitkan di bawah Akta Rahsia Rasmi tidak boleh didakwa di mahkamah. "Apabila ahli parlimen bercakap mengenai Akta Rahsia Rasmi di Parlimen, mereka tidak boleh didakwa di mahkamah kecuali di bawah Akta Hasutan," tegasnya. Hanipa berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat menyatakan bekas-bekas menteri Kabinet itu melanggar kerahsiaan tapi bukannya Akta Rahsia Rasmi. "Akta Rahsia Rasmi tidak terpakai ke atas ahli parlimen yang bercakap di Parlimen," katanya. | Tahun depan KFA pertimbang naikkan harga tiket bola di Stadium Darul Aman Posted: 15 Nov 2016 01:22 AM PST KFA Pertimbang Naikkan Harga Tiket Perlawanan Bola Sepak Di Stadium Darul Aman - Exco ALOR SETAR, 15 Nov (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mempertimbang untuk menaikkan harga tiket perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman mulai tahun hadapan, sidang Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini. Exco Sukan Kedah, Datuk Aminuddin Omar berkata kenaikan harga tiket itu tidak akan membebankan semua pihak terutama para penonton. "Di Stadium Darul Aman, harga tiket yng dijual adalah yang paling murah dalam dunia. Ini boleh disemak dengan mana-mana stadium yang ketika ini tiket dijual pada harga RM10, RM16 dan RM22," katanya http://m.bernama.com/index.php?lang=my&sid=newsdetail&news_id=1302218 | Jersi baru Harimau Malaysia 2016-2018 dilancarkan tapi logo Malaysia dah tiada.. kenapa? Posted: 15 Nov 2016 12:48 AM PST NIKE LANCAR JERSI BAHARU HARIMAU MALAYSIA 2016-2018 
2016-11-15 Nike hari ini telah memperkenalkan jersi baharu skuad kebangsaan, Harimau Malaysia untuk tahun 2016 hingga 2018 pada satu majlis pelancaran yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil. Jersi 'home' dengan warna utama hitam dan jersi 'away' dengan warna utama putih itu akan mula digunakan skuad Harimau Malaysia pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar akan bermula Ahad ini (20 November). Majlis pelancaran pagi tadi itu telah dihadiri ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee serta empat pemain Harimau Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abd Radzak, Nazirul Naim Che Hashim dan Matthew Davies. Turut hadir, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Priambodo. Jersi 'home' skuad Harimau Malaysia sebelum ini menggunakan warna kuning sebagai warna utama dan pastinya penggunaan warna hitam sebagai warna utama adalah sesuatu yang baharu buat peminat bola sepak negara. Ini akan memberi sedikit rasa pembaharuan kepada pasukan serta kelainan dari segi ‘design’ untuk peminat dan pengumpul jersi kerana lima keluaran jersi dari tahun 2007 hingga kini menggunakan tema yang sama. Mengapa jersi baharu ini menggunakan logo FAM dan bukannya bendera Malaysia seperti pada tiga jersi terdahulu - 2010-2012, 2012-2014 dan 2014-2016? Sebenarnya dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan. Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing. Malah dengan penggunaan logo federasi, jersi ini lebih eksklusif melambangkan jersi bola sepak dan bukan jersi sukan lain. Mengapa pula logo FAM digunakan sedangkan logo baharu Harimau Malaysia telah dilancarkan pada 16 September lalu? Jersi Harimau Malaysia 2016 ini mula direka oleh Nike pada awal tahun 2014. Jersi pasukan Malaysia dihasilkan serentak dengan jersi-jersi keluaran 2016 negara-negara lain yang ditaja oleh Nike dan keseluruhan proses 'design' sehingga produksi mengambil kira-kira 18 bulan. Jersi-jersi ini telah siap pada awal tahun 2016 untuk pelancaran negara masing-masing menjelang kejohanan-kejohanan tahun 2016 seperti Euro 2016 dan juga Copa America 2016. Disebabkan Piala Suzuki AFF 2016 bermula pada November, maka jersi Malaysia hanya dilancarkan pada hari ini walaupun proses reka bentuknya dan produksi telah bermula seawal tahun 2014. Jersi baharu Harimau Malaysia ini akan mula dijual pada Rabu, 16 November 2016 di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara dengan harga RM289. | Mufti: Tanggungjawab bersama halang samseng Posted: 15 Nov 2016 12:40 AM PST  Menghalang “samseng” daripada bebas melakukan sesuka hati adalah tanggungjawab bersama setiap rakyat yang patriotik, kata Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Katanya, jika golongan itu dibiar bermaharajalela, negara ini akan terjerumus dalam keadaan huru-hara. “Jika kita membiarkan orang samseng bermaharajalela, menyerang dan memukul sesiapa yang dia mahu maka negara akan terjerumus ke dalam huru-hara. “(Akibatnya) orang ramai tidak akan percaya lagi kepada kedaulatan undang-undang,” katanya dalam Facebook hari ini. Beliau tidak menyebut secara langsung kepada siapa tulisan itu dirujuk. Bagaimanapun, ia dibuat sehari selepas insiden melibatkan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos berdarah hidung selepas bergelut dengan pihak polis. Jamal mendakwa beliau dipukul oleh “budak” pemimpin Wanita PKR Zuraida Kamaruddin walaupun beliau dirakam menyebut “polis tumbuk saya” sebelum itu. Insiden berlaku selepas Jamal dan kumpulannya cuba menghampiri kumpulan BERSIH di Ampang, dekat Kuala Lumpur. Zuraida menafikan perkara itu dan menghantar surat tuntutan guaman kepada Jamal dan akan membuat laporan polis berhubung ancaman terhadapnya. | Catitan ucapan YB Kubang Rotan di Sidang DUN Kedah - Bajet Plagiat dari Mat Bashah Posted: 14 Nov 2016 10:52 PM PST YB Mohd Nasir Mustafa (PAS Kubang Rotan) - Bajet Plagiat. Apa yg diumum Menteri Besar pernah diumum atau dibuat dahulu seperti pelaburan Osram, usaha naiktaraf KUIN jadi universiti penuh, tingkat hasil balak, tender terbuka dll. - Negeri terlalu bergantung Pusat, tiada inisiatif bayar hutang, tiada tindakan utk serap tekanan hidup rakyat terkini. - Masalah air adalah isu besar negeri. Kerajaan PR dulu naik hadapi isu sampah tapi Alhamdulillah dapat atasi. Negeri kena guna hubungan baik dgn Pusat utk selesai masalah air. Kalau 2.6 bilion derma dulu tak pulang balik, hantaq mai Kedah selesai masalah. - Masalah air boleh atasi dengan tolak budaya menafi sebalik hadapi isu sebenar. Kontrak AUI dan Taliworks jangan diperbaharui kerana merugikan. - Tidak wajar korban tanah sawah untuk perindustrian. Kedah bertanggungjawab terhadap food security. Catatan Zulkifli Yahaya | OSA undang-undang lapuk untuk sembunyi salah laku, kata Abim Posted: 14 Nov 2016 10:34 PM PST 
Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah undang-undang lapuk yang menyembunyikan salah laku dalam kerajaan, kata Angkatan Belia Islam (Abim). Ini berikutan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan ke atas anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli selepas didapati bersalah melanggar OSA kerana mendedahkan dokumen sulit. Rafizi dikenakan pertuduhan terhadap pendedahan beliau mengenai kelewatan pembayaran pencen dan ganjaran kepada anggota tentera. Abim berkata, undang-undang 1972 itu juga tidak tepat kerana ia tidak mentakrifkan istilah 'rahsia rasmi' dan membenarkan sebarang maklumat ditutupi oleh seorang menteri, menteri besar atau ketua sebuah negara. "Daripada meletakkan had hanya pada dokumen yang akan menimbulkan suatu risiko serius dan boleh dibuktikan kepada keselamatan negara, akta itu menetapkan satu istilah umum, menunjukkan bahawa apa-apa dokumen boleh tergolong sebagai rahsia. "Tambahan pula, pengelasan apa-apa dokumen sebagai rahsia boleh dibuat dengan pegawai awam yang dilantik itu tanpa sebarang perlindungan terhadap klasifikasi yang tidak perlu dan tidak wajar seperti yang termaktub di bawah seksyen 16A OSA," kata Setiausaha Agung Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan lewat semalam. Katanya, tindakan itu tidak selaras dengan demokrasi untuk keterbukaan melalui Kebebasan Maklumat (FOI) dan undang-undang perlindungan pemberi maklumat. Lindungi 1MDB Dalam kenyataannya, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menegaskan negara jiran seperti Thailand bahkan mempunyai Akta Maklumat Rasmi 1997 yang membolehkan akses kepada maklumat kerajaan. Bagaimanapun, katanya, Malaysia terus ketinggalan, dengan hanya Selangor dan Pulau Pinang mempunyai enakmen FOI. Pengarah C4 Cynthia Gabriel berkata jika OSA digantikan dengan undang-undang FOI ia akan membolehkan penglibatan orang ramai dan kritikan membina terhadap kerajaan. "Apa yang berlaku kepada Rafizi juga boleh berlaku kepada tiga bekas menteri, Mohd Shafie Apdal, Muhyiddin Yassin dan Ahmad Husni Hanadzlah, yang kini disiasat di bawah OSA. "Ini menunjukkan penggunaan aktif OSA untuk menutup unsur-unsur rasuah dan salah laku 1MDB," kata Cynthia. Tiga menteri bekas kabinet itu disiasat kerana didakwa melanggar sumpah kerahsiaan mereka dalam ucapan mengenai 1MDB di Dewan Rakyat. | Mukhriz terima rungutan pemain bolasepak Kedah Posted: 14 Nov 2016 08:08 PM PST 
Mukhriz (kanan) berbincang sesuatu dengan Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (tengah) dan Adun Derga, Tan Kok Yew, semalam. ALOR SETAR – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menzahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap permasalahan yang berlaku terhadap pasukan hijau kuning setelah menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia, baru-baru ini. Beliau berkata, banyak rungutan diterima pemain dan kakitangan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) apabila belum dimuktamadkan pasukan bagi musim 2017, selain pembayaran bonus yang dijanjikan tidak menyeluruh. “Saya sendiri sebut pada 2013 bahawa dalam tempoh beberapa tahun hijau kuning akan masuk pusingan akhir Piala Malaysia. Alhamdulillah, kita berjaya lakukan dan menjuarainya. Itulah dimaksudkan janji dikota. “Walaupun begitu, saya rasa sedih dan kecewa rungutan daripada pemain-pemain dan kakitangan pengurusan KFA bahawa setakat ini belum dimuktamadkan pasukan kita bagi musim 2017. Sehinggakan ramai pemain kita dipinang oleh pasukan lain, mungkin ada juga yang telah diberi tawaran yang lumayan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa mengambil bahagian dalam sesi pembentangan Bajet Kedah 2017, semalam. Mukhriz berkata, sekiranya permasalahan itu tidak dibendung daripada awal, kemungkinan akan menyaksikan pasukan Kedah berpecah tanpa pemain-pemain yang telah menunjukkan prestasi permainan yang begitu hebat sepanjang musim 2016. “Tambahan pula, bonus hanya dibayar kepada pemain-pemain dan juga beberapa orang jurulatih sahaja, termasuk ketua jurulatih. Tetapi pihak pengurusan dan sebahagian pasukan tidak diiktiraf sumbangan mereka kepada kejayaan yang diperoleh baru-baru ini. “Tentu ini menjejas moral pasukan secara keseluruhan. Maklumlah dalam acara berpasukan ini semangat berpasukan itu sangat penting. Kalau seorang tak dapat habuan seperti yang dijanjikan, pihak lain yang terima habuan pun terasa,” katanya. Adun Ayer Hitam itu turut mengharapkan agar perhatian diberikan kepada pemain dan semua anggota pengurusan, termasuk jurulatih KFA supaya tidak mengecewakan peminat nombor satu hijau kuning iaitu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah. “Sepertimana kita tahu, betapa susahnya untuk kita mencapai tahap yang begitu membanggakan. Tetapi sebenarnya tak kurang susah juga untuk pertahankan kedudukan sebagai juara,” katanya. Pada perkembangan lain, beliau turut menyentuh mengenai soal ekonomi dan kewangan seperti yang diterangkan dalam pembetangan Bajet Kedah 2017 oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, kelmarin. “Sepertimana kita sedia maklum, ekonomi Kedah kita ini berkait rapat dengan ekonomi negara, malah juga ekonomi dunia. Maka kita tidak hanya boleh bergantung kepada kutipan hasil cukai khususnya daripada rakyat sahaja tanpa berusaha untuk menarik pelaburan asing mahupun tempatan secara bersungguh-sungguh, sekaligus dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Kedah. “Apabila pelaburan masuk ke Kedah, kerajaan perlulah menyediakan infrastruktur yang mencukupi seperti jalan, bekalan air dan elektrik serta menyediakan pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran yang memenuhi permintaan pelabur-pelabur,” katanya. | PAS yakini usaha kerajaan stabilkan pasaran kewangan Posted: 14 Nov 2016 06:22 PM PST FMT Reporters 
PETALING JAYA: PAS menyeru rakyat supaya meyakini usaha kerajaan menstabilkan pasaran kewangan pasca pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Malah, parti Islam itu berkata rakyat yang berspekulasi mengenai perkara itu boleh memburukkan lagi keadaan. Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini. Media melaporkan nilai ringgit yang rendah dijangka kekal tidak menentu sehingga pertengahan Disember atau sehingga pelantikan Donald Trump Januari nanti. “Kami percaya bahawa Gabenor Bank Negara Malaysia (Datuk Muhammad Ibrahim), Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Tan Sri Ranjit Ajit Singh) dan pasukan mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk menstabilkan pasaran kewangan kita. “Kamu menyeru rakyat Malaysia agak meletakkan sepenuh keyakinan terhadap tindakan dan dasar BNM dan SC, dan mengelakkan sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh memburukkan lagi keadaan.” Pasaran kewangan Asia Tenggara mengalami ketaktentuan sebaik sahaja calon Republican Donald Trump dilaporkan mendahului persaingan pemilihan presiden negara itu. Trump menewaskan pencabar parti Demokratik Hillary Clinton melalui kempen anti-perdagangan dan proteksionisme. Penganalisis berkata ketidakstabilan pasaran antara lain disebabkan ketidakpastian terhadap dasar-dasar yang akan diperkenalkan pentadbiran Donald Trump nanti. Penganalisis memberi amaran Malaysia perlu bersedia menghadapi ketidakstabilan pasaran kewangan yang meningkat, berdasarkan peningkatan aliran keluar modal yang sejajar dengan jangkaan kenaikan kadar faedah AS. “Ketidakstabilan itu berbeza di setiap negara. Seperti Malaysia, pelaburan asing dalam pasaran bon, terutamanya dalam sekuriti kerajaan, akan menyaksikan aliran keluar yang meningkat,” kata profesor ekonomi di Pusat Pengajian Perniagaan Sunway University Dr Yeah Kim Leng kepada Bernama. Beliau berkata ini juga akan menyebabkan ringgit lemah. Pada 2 petang hari ini, ringgit disebut pada 4.3250 berbanding dolar AS. Penganalisis tidak menolak kemungkinan ringgit jatuh ke paras serendah RM4.50 – RM4.80 berbanding dolar AS. “Ketaktentuan matawang akan berterusan sehingga dasar ekonomi dan perdagangan pentadbiran AS dijelaskan,” kata penganalisis CIMB Investment Bank Ivy Ng kepada Edge Markets. | Gambar Jamal dengan 3 pemuda baju kuning cetus tanda tanya Posted: 14 Nov 2016 06:19 PM PST FMT Reporters  PETALING JAYA: Sekeping gambar menunjukkan pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos tersenyum mesra dengan 3 pemuda memakai baju kuning Bersih 5 mencetuskan kebimbangan mengenai penglibatan agent provocateur untuk sengaja mengundang kekacauan pada perhimpunan Sabtu ini.
Akhbar TheSun melaporkan, gambar yang dikongsi meluas di media sosial itu menimbulkan persoalan mengenai niat sebenar Jamal, yang sebelum ini berjanji akan melakukan apa sahaja bagi menghalang perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu. Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah tidak menolak ia mungkin usaha mencetuskan kekacauan yang kemudiannya akan dituduh sebagai perbuatan penyokong Bersih. Jamal bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau terserempak dengan 3 pemuda itu di sebuah masjid di Ampang Jaya. “Saya bertemu mereka pada Ahad ketika solat Zohor. Saya menganggap pemuda itu saudara saya. “Saya menasihati mereka, dan mereka diselamatkan Tuhan dan bertaubat daripada menyertai Bersih,” Jamal dipetik TheSun sebagai berkata. Jamal dan penyokongnya sebelum ini beberapa kali bertembung dengan penyokong Bersih dalam usaha menghalang perhimpunan itu. Ahad lalu, ketua Umno Sungai Besar itu tercedera di bahagian hidung selepas pergelutan dengan beberapa pegawai polis di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, beberapa minit selepas penyokong beliau mengherdik Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika dalam kempen mempromosi perhimpunan Bersih 5. | Salahuddin Ayub - Kepada sahabatku Rafizi Ramli Posted: 14 Nov 2016 05:27 PM PST Kepada sahabatku Rafizi Ramli Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan Islam. Sebagai seorang Islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah negara ini. Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin. Saudara tidak pernah bersengama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa. Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia. Salahuddin Hj Ayub | Wan Azizah - Bebaskan RAFIZI Posted: 14 Nov 2016 05:22 PM PST KENYATAAN MEDIA PRESIDEN BEBAS RAFIZI Hari ini saudara Rafizi Ramli telah dijatuhkan hukuman 36 bulan penjara, iaitu 18 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan ia berjalan serentak, berkaitan kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dan mendedahkan mukasurat 98 laporan Ketua Audit Negara, yang merupakan satu dokumen OSA. Umum difahamkan bahawa isi kandungan dokumen tersebut mengandungi maklumat berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan keseluruhan laporan Ketua Audit Negara itu masih tertakluk di bawah OSA. Ini merupakan satu hari yang cukup sedih buat demokrasi Malaysia, apabila seorang demokrat telah dihadapkan ke mahkamah kerana berani bersuara mempertahankan hak dan kepentingan rakyat. Saya sekali lagi menggesa Dato' Sri Najib Razak untuk menunjukkan keberanian dan membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikeluarkan dari klasifikasi Rahsia Rasmi, lebih-lebih lagi kerana beliaulah yang mengarahkan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan tersebut di bawah OSA. Umum dapat melihat bagaimana di negara luar, seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland, siasatan dan tindakan mahkamah telahpun diambil terhadap beberapa orang yang mempunyai kaitan langsung dengan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB. Tanpa laporan penuh Ketua Audit Negara ini, Parlimen tidak dapat membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah wang yang sangat besar telah berjaya diseleweng beberapa pihak. Keengganan Putrajaya untuk mengeluarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dari klasifikasi Rahsia Rasmi hanya akan mengukuhkan persepsi sebuah kerajaan kleptokrat yang tidak mahu kebenaran diketahui umum. Saya yakin seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh mempertahankan saudara Rafizi dengan penuh ukhuwah dan solidariti. Saya mendoakan agar saudara Rafizi dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang cukup mencabar ini. Bebas Rafizi! Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN 14 November 2016 | |
beautifulnara Posted: 15 Nov 2016 02:24 AM PST Nur Fazura Tidak Terasa Hati Dengan Isu “Hancur” Tasha Manshahar Posted: 14 Nov 2016 06:32 PM PST Baru-baru ini penyanyi Tasha Manshahar dikecam netizen apabila dikatakan memberikan komen "hancur betul" terhadap nyanyian Nur Fazura bersama Estranged menerusi lagu Hancur Aku di Muzik-Muzik 31.  Namun, Tasha menjelaskan beliau bukanlah mengkritik Fazura tetapi komen berkenaan ditujukan kepada ketua kepada kelab peminatnya yang memuat naik foto persembahan Fazura. Tidak mahu memberikan sebarang komen sebelum ini, Fazura sebenarnya ingin menyiasat apa yang sebenarnya berlaku dan melakukan sedikit kajian berkaitan Tasha kerana tidak mengenali penyanyi yang mula popular di YouTube itu. Setelah semuanya difahami oleh Fazura, beliau akui tidak terasa hati dengan Tasha dan berharap yang terbaik buat penyanyi itu.  Tambah Fazura, beliau sudah lali dengan pelbagai komen negatif terutama sekali apabila melibatkan nyanyiannya. Walaubagaimanapun, Fazura tetap bersyukur dan tidak patah semangat untuk terus menyanyi. Untuk pengetahuan anda, Fazura bakal muncul dengan album sendiri tidak lama lagi. Lebih menarik lagi, komposer terkenal Indonesia iaitu Ahmad Dani ada menyumbangkan lagu didalam album sulung Fazura.  Kita semua tahu Fazura memang mempunyai kelemahan dari segi vokal. Namun, semangat Fazura sebenarnya boleh dicontohi oleh orang ramai kerana tidak pernah putus asa dan mempedulikan komen negatif demi mencapai impiannya. Sumber Berita : Berita Harian | Zain Saidin Ada Niat Timang Cahaya Mata Kedua Bersama Che Ta Posted: 14 Nov 2016 05:23 PM PST Sekejap sahaja umur anak pertama pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sudah memasuki usia 2 tahun. Ramai yang bertanya, adakah pasangan ini tidak mahu menambah zuriat bersama?  Menurut Zain, beliau sememangnya mempunyai hasrat untuk menimang cahaya mata kedua bersama Che Ta tetapi dalam zaman ekonomi yang sedang meleset, niatnya itu harus ditangguhkan dahulu. Zain mahu mengukuhkan kewangannya terlebih dahulu kerana ingin merancang masa depan anak. Namun, beliau tidak menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang lagi cahaya mata dalam masa terdekat. Memiliki anak yang ramai memang seronok tapi memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, perancangan untuk zuriat seterusnya wajar dipertimbangkan. Saya juga mempunyai sasaran untuk mengukuhkan kewangan keluarga iaitu sekitar lima angka, sekiranya ia tercapai barulah saya akan fikir untuk perancangan yang seterusnya. Tapi kalau sudah ketentuan dikurniakan zuriat kedua dalam waktu terdekat, saya terima dan bersyukur.  Berbicara mengenai isu cukai tertunggak Che Ta yang mendapat perhatian ramai, Zain memberitahu segalanya sudah selesai dengan pihak LHDN. Walaubagaimanapun, lumrah hidup sebagai seorang selebriti, hal itu sengaja diperbesarkan sesetengah pihak tanpa mengetahui perkara sebenar. Saya anggap penyebar cerita yang aneh-aneh mengenai cukai itu adalah pengecut dan tak ada kerja. Saya yakin kalau ajak bersemuka mesti tak berani. Tapi itulah sikap si 'keyboard warrior' yang suka baling batu sembunyi tangan, saya dah lali dan malas nak layan orang yang tiada adab.  Memang sukar untuk mempunyai anak ramai lebih-lebih lagi dengan semua harga barang naik sekarang ini. Namun, anak juga sebenarnya pembawa rezeki dan InshaAllah segalanya akan dipermudahkan saat mereka lahir nanti. Memang ia satu perkara yang kita tidak boleh jangka. Betul tak? Sumber Berita : Astro Gempak | Saya Juga Hairan Belum Tersingkir Sedangkan Dua Kali Lupa Lirik – Ameng Spring Posted: 14 Nov 2016 04:46 PM PST Dua kali melakukan kesilapan lupa lirik sewaktu membuat persembahan di Gegar Vaganza 3, ada sesetengah netizen mempersoalkan keputusan juri yang tidak menyingkirkan Ameng Spring daripada pertandingan berkenaan.  Untuk pengetahuan anda, Ameng sendiri merasa hairan mengapa beliau tidak tersingkir sedangkan kesilapan yang beliau lakukan itu mengundang pelbagai reaksi penonton. Ameng juga memberitahu beliau sebenarnya sudah bersedia untuk meninggalkan pentas GV3 pada minggu ke 4. Saya sendiri pun hairan kenapa saya masih belum tersingkir walaupun sudah dua kali saya buat kesilapan lupa lirik sebelum ini. Sebenarnya minggu ini saya sudah agak akan terkeluar kerana kesilapan lupa lirik tetapi nampaknya rezeki saya masih di sini untuk bertanding.  Ameng akui punca beliau selalu lupa lirik kerana tidak serius ketika menyanyikan lagu milik penyanyi lain. Tambah Ameng, sejak menyertai GV 3 beliau sering merasa tertekan dan berharap akan tersingkir kerana sudah tiada hati untuk meneruskan perjuangannya dalam program tersebut. Saya ingat lirik lagu itu tetapi mungkin kerana sikap tidak ambil berat dan ambil mudah menyebabkan saya jadi lupa. Ia bukan kesalahan orang lain sebaliknya kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri dan sebab itu saya pelik apabila masih bertahan.  Jujurnya sebelum menyertai GV3 hidup saya tenang tetapi sekarang saya sering tertekan mungkin kerana faktor usia dan tidak lagi mampu bekerja terlalu keras. Saya yakin akan melakukan kesalahan sama lagi selepas ini kerana saya tahu kemampuan saya berada di tahap mana sekarang. Komitmen lain dan jadual padat setiap hari turut menambahkan tekanan sehingga saya berharap terkeluar kerana ingin meneruskan kehidupan.  Walaubagaimanapun, kini Ameng tidak akan mensia-siakan lagi peluang yang diberikan oleh juri kepada dirinya. Ameng tidak akan berputus asa dan akan cuba melakukan yang terbaik selepas ini. Sumber Berita : mStar Online Kredit Foto : Fairus Sari | Izreen Azminda Bakal Dipinang Oleh Lelaki Bergelar Datuk? Posted: 14 Nov 2016 03:30 PM PST Jika anda masih ingat, Izreen Azminda sebelum ini ada memberitahu beliau sudah serik dengan lelaki dan enggan lagi memikirkan untuk mencari pengganti meskipun sudah dua tahun bergelar janda anak satu.  Tiba-tiba pula, kami ada terdengar gosip yang mengatakan Izreen bakal bergelar Datin kerana seorang lelaki VVIP dengan gelaran Datuk bakal meminang pelakon wanita itu tidak lama lagi. Menurut Poklip di Utusan Online, lelaki berkenaan merupakan orang kuat dalam perniagaan minyak wangi yang dilancarkan oleh Izreen baru-baru ini.  Difahamkan, mereka berdua semakin rapat dan hubungan yang terjalin agak serius. Tidak mustahil ia akan berakhir ke jinjang pelamin. Jika berita ini benar, kami rasa tidak salah untuk Izreen bercinta dan berkahwin dengan sesiapa pun. Kami turut mendoakan kebahagiaan Izreen dan "kekasihnya" itu. Kita tunggu pula apa kata Izreen mengenai gosip ini nanti. Sumber Berita : Utusan Online | Pengsan Selepas Membuat Persembahan : Siti Sarah Nafi Terkena Sihir Posted: 14 Nov 2016 03:30 PM PST Pengsan selepas membuat persembahan pada minggu ke 4 Gegar Vaganza 3 baru-baru ini, ada yang mendakwa Siti Sarah terkena perbuatan sihir.  Enggan orang ramai terus berspekulasi, Sarah menafikan khabar angin berkenaan dan memberitahu beliau pengsan kerana badannya terlalu lemah. Tidak ada kena-mengena dengan perkara mistik. Apa yang disebarkan itu hanya cakap-cakap orang. Kalau nak tahu, ia berpunca daripada sikap saya yang lalai. Disebabkan terlalu sibuk, saya terlupa nak makan. Persembahan lagu duet bersama Rahmat Mega menerusi lagu Bunga Angkasa memerlukan tenaga yang banyak ditambah lagu itu bernada tinggi. Mungkin disebabkan saya berhabis dalam menyampaikan lagu itu menyebabkan saya pengsan.  Mengakui beliau percaya dengan perkara mistik seperti sihir, beliau bagaimanapun tidak mahu memikirkan perkara berkenaan. Malah, Sarah percaya mereka yang bertanding didalam GV 3 tidak kejam untuk melakukan perbuatan sihir. Saya percaya perkara sebegitu memang wujud tetapi dalam pertandingan ini saya tak yakin ada yang sanggup berbuat sedemikian. Apa pun yang orang perkatakan saya tak nak ambil serius kerana apa yang lebih penting adalah suara saya.  Kami juga percaya perbuatan sihir itu wujud tetapi kita tidak boleh membuat andaian sendiri. Alhamdullillah, Siti Sarah sudah pun pulih bukan? Doakan yang baik-baik sahaja. Sumber Berita : Harian Metro Kredit Foto : sharpshooter_photographer | Neelofa Terharu Drama Suri Hati Mr. Pilot Dapat Selamatkan Rumah Tangga Penonton Posted: 14 Nov 2016 02:47 PM PST Siapa sangka drama yang ditayangkan adaptasi daripada sebuah novel iaitu Suri Hati Mr. Pilot dapat menyelamatkan rumah tangga penontonnya yang sedang retak menanti belah.  Itulah yang diberitahu oleh pelakon utamanya, Neelofa dimana beliau juga terkejut tetapi pada masa yang sama terharu bahawa watak Ejaz dan Warda dapat memulihkan hubungan dalam rumah tangga. Jujur saya terharu apabila dimaklumkan elemen positif yang dipaparkan mampu menyebarkan mesej kepada ramai. Saya fikir penonton sekadar minat sebaliknya ia meninggalkan kesan mendalam termasuk terhadap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga seperti diceritakan kawan saya itu. Kebetulan kawan saya mengenali pasangan berkenaan. Suami wanita itu ada berpesan mahu mendapatkan poster yang mempunyai tanda tangan saya selepas isterinya bersalin nanti.  Menurut Neelofa, pasangan berkenaan menghadapi kemelut rumah tangga sejak awal tahun ini tetapi masih lagi cuba menyelamatkan hubungan mereka demi zuriat di dalam kandungan si isteri. Hampir setiap malam mereka akan mengikuti drama tersebut. Saya difahamkan setiap malam mereka mengikuti turun-naik hubungan Ejaz dan Warda dalam mengharungi kehidupan berumah tangga, namun akhirnya kebahagiaan melatari karakter berkenaan selepas masing-masing meninggalkan ego dan bertolak ansur.  Watak Ejaz dan Warda sendiri memaparkan saat mereka bergaduh dan masing-masing ada ego sendiri. Tetapi dua watak itu cuba bertolak ansur dalam setiap masalah atau rintangan yang dilalui. Kawan saya beritahu banyak babak yang ditonton menerusi drama itu terus membuatkan mereka mahu hidup bersama. Wah, memang sesuatu yang jarang kita dengar apabila sesebuah drama itu mampu untuk mengubah hidup orang lain. Namun, apa yang pasti ia juga adalah ketentuan Illahi. Sumber Berita : BH ONLINE | |
No comments:
Post a Comment