Gara-gara melakonkan adegan mesra bersama seorang teman artis, Wawa Zainal dikatakan cemburu melihat suaminya, Aeril Zafrel didalam sebuah drama yang sedang hangat ditayangkan sekarang. Bukan itu sahaja, malah rumah tangga pasangan ini juga kini dikatakan sedang bergolak kerana hubungan mesra mereka sehingga peminat juga mempercayai mereka sedang bercinta.
Menyedari berita yang tersebar, Wawa tampil menafikan perkara berkenaan dengan menegaskan bahawa beliau bukanlah seorang isteri yang cemburu buta. Menerusi akaun Instagram beliau, Wawa menjelaskan bahawa beliau mengetahui hubungan baik diantara Aeril dan Ummi Nazeera. Namun sukar untuk dirinya memaafkan individu yang menyebarkan fitnah terbabit.
“Eh mana ada cemburu, kalau cemburu daripada dulu lagi saya tidak bagi dia berlakon dengan mana-mana perempuan. Saya memang tahu mereka memang berkawan baik. Tetapi best juga kalau kita merajuk, bolehlah Aeril pujuk bawak pergi bercuti ke luar negara.
“Nak merajuk lagi lepas ini. Nak pergi Paris, Istanbul. Semoga Allah ampunkan saya dan keluarga tetapi saya tak maafkan penulis itu sampai dia memohon maaf,” katanya menerusi akaun Instagram menjelaskan spekulasi mengatakan rumah tangga mereka.
Walau apapun, jika terdapat perselisihan faham diantara Wawa dan Aeril, diharap pasangan ini dapat menyelesaikan dengan cara yang baik. Mungkin gosip yang tersebar itu hanyalah fitnah semata-mata. Biasalah asam garam rumah tangga, pasti ada perselisihan faham, lagi lidah sendiri boleh tergigit inikan pula hubungan diantara suami isteri. (rkty/w)
Kalau anda seperti kami, salah satu negara yang kami bercita cita untuk kunjungi dalam masa terdekat adalah Amerika Syarikat (USA) lebih lebih lagi kota besar yang menjadi idaman ramai seperti New York, Los Angeles dan Chicago.
Berita baik untuk semua, All Nippon Airways (ANA) baru sahaja membuka laluan terbaru terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo ke New York dan Chicago di USA untuk kemudahan semua.
Jadi jika anda berada di Malaysia, terbang ke Tokyo dan seterusnya memilih penerbangan ANA ke Amerika Syarikat melalui Haneda Airport memang satu piluhan yang bijak dan lebih baik kerana kedudukan lapangan terbang ini yang strategik.
Selain laluan terus ke New York dan Chicago, Haneda Airport juga terletak hanya 30 minit dari pusat bandar metropolis Tokyo yang menjadikan ianya lapangan terbang terdekat untuk penerbangan antarabangsa.
Penerbangan terus baru ini akan bermula pada musim sejuk 2016 dan merupaan tambahan kepada laluan terus sedia ada dari Haneda Airport ke Los Angeles, Honolulu di Hawaii dan juga Vancouver — jika anda berminat untuk ke Kanada.
Jadi, ada lebih pilihan untuk penerbangan terus ke Amerika Syarikat menerusi Haneda Airport.
Tidak sabar rasanya untuk menikmati percutian ke Amerika Syarikat bersama ANA, lebih lebih lagi dengan penerbangan mudah dari Haneda Airport. Untuk maklumat lanjut layari laman web ANA di www.ana.co.jp.
Nampaknya kini anda sedang membaca artikel tentang Neelofa dan Fattah Amin lagi, tahniah. Untuk perkembangan terbaru pasangan ini, nampaknya ada gambar mereka tersebar yang menampakkan Fattah sedang memegang lengan Neelofa (rujuk gambar).
Gambar tersebut kemudiannnya melalui penilaian tahap dosa oleh warga laman sosial dan juga cemuhan yang dilemparkan mempertikaikan kewajaran Fattah memegang Neelofa. Namun bagi Fattah, dia ada sebab tersendiri bertindak romantis sedemikian rupa.
“Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal”
“Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan," jelasnya kepada Harian Metro. Bagus Fattah, melindungi wanita yang lemah ya?
Sementara itu dalam perkembangan sama, Fattah juga menafikan bahawa Neelofa menghalangnya untuk berlakon bersama Mira Filzah. Sebaliknya apa yang terjadi adalah kerana Fattah terlalu sibuk menguruskan kafe dan gimnasium miliknya ketika ini. (rtky/s)
Entah dari mana datangnya cerita mengenai perpisahan pasangan ini, Faye Kusairi menafikan bahawa dia kini sudah pun tidak mempunyai sebarang hubungan bersama pengarah drama, Azmi Hatta. Ada sesiapa peminat Elly Mazlein di sini?
"Saya tidak tahu macam mana boleh cerita kononnya saya dan Azmi sudah berpisah. Terus-terang, kami masih berkawan rapat dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini. Begitu juga dengan dakwaan ada orang ketiga dalam hubungan kami. Saya dan Azmi tidak mahu ambil tahu gosip yang tersebar ini”
"Saya sudah malas hendak komen isu sebegini. Kalau saya buka mulut pun orang tetap tidak percaya dan mengecam saya juga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri dan tidak perlu mengulas apa-apa lagi," katanya.
Namun menurut Faye, mereka ketika ini sedang sibuk dengan kerjaya masing masing selain pelakon ini juga menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir.
"Buat masa ini, saya dan Azmi sibuk dengan karier seni masing-masing. Kalau ada jodoh kami, adalah. Jika ditakdirkan tiada jodoh di antara kami, saya reda,” jelas Faye yang mahu memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya. (rtky/s)
Okay, masih lagi isu mengenai tindakan Uqasha Senrose mengambil keputusan tidak mengenakan hijab, baru baru ini melalui Astro Gempak, pelakon ini menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya kini bukanlah untuk memuaskan hati orang lain.
“Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega. Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?”
“Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Saya syukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya. Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang,” katanya.
Bagi Uqasha, apa yang lebih penting buatnya kini adalah untuk meneruskan kehidupan dan gembira dengan apa yang dilaluinya kini. (rtky/s)
Gara gara meninggalkan komen yang disifatkan kurang ajar oleh pengguna laman sosial di luar negara, Janna Nick telah dihentam dengan teruk di laman Instagram bintang Hollywood, Ruby Rose.
Melalui komen Janna Nick yang menyifatkan pelakon tersebut terlalu kurus, ramai peminat Ruby Rose kurang senang dengan perkara tersebut sekaligus membalas komen Janna. Bagaimanapun peristiwa ini sudah pun beberapa bulan berlalu.
Namun kini ramai pula peminat Janna yang mempertahankan komen selebriti kesayangan mereka dan berbalas-balas komen di Intagram Ruby. Buatlah apa anda mahu buat pun, sebab banyak masa terluang, bukan?
Apa yang pasti, perkara tersebut tidak menjadi masalah pun sebenarnya. Malah Janna pun tidak mengadu domba kepada peminat di laman sosial mengenai perkara berkenaan. Okay, itu saja kami mahu sampaikan. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Kecoh pula media sosial dengan isu kenaikan harga cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM). Ia mula menjadi viral dan menimbulkan kegusaran orang ramai. Bagaimanapun, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari menafikan terdapat pengumuman kenaikan berkenaan. Info palsu itu kononnya melibatkan semua jenis kenderaan berkuasa 880cc dan ke atas dan akan mula naik bermula Januari […]
Resipi Perosak Tanaman kaedah Natural Farming - menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur rumah kita.
10 liter air tanpa klorin 1kg Cili Padi 1kg Bawang Putih dan 1 ketul sabun Cap Kapak.
Cara2 membuat... 1 - sediakan bekas yang boleh menampong 15 liter air. 2 - kisar bawang putih dan cili padi menggunakan air dari 10 liter. kemudian tapis ambil pati sahaja.... masukkan kedalam bekas. 2 - potong sabun cap kapak kecil-kecil, campur air dari sumber 10 liter tadi... masak atas api sehingga sabun larut... kemudian campurkan kedalam bekas yang mengandungi pati bawang putih/cili padi tadi dan kacau sebati. 3 - tambah baki air yang tinggal kedalam bekas dan kacau. 4 - dibiarkan selama 24 jam... selepas 24 jam, bolehlah digunakan kepada tanaman dengan menyembur.
Cara mengguna - 400ml pati dicampur dengan 18 liter air tanpa klorin.
Masukkan kedalam penyembur dan sembur pada tanaman atau ulat yg berkeliaran... sesuai diwaktu tengah hari..
Moga bermanfaat.
#like n share jika anda nak dapatkan lebih banyak tips pertanian dari kami.
SUMBER | https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=226036021155896&id=125214467904719
Pemimpin Umno di peringkat bahagian melahirkan kekhuatiran sekiranya strategi parti pembangkang untuk menjadikan pertandingan 'satu lawan satu' berkemungkinan akan mengurangkan sokongan pengundi terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata,jika perkara ini berlaku Umno-BN akan berhadapaan dengan tentangan yang sangat kuat daripada parti pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Jika berlaku 'satu lawan satu' kita akan ditentang habis- habisan. Sekiranya berlaku tiga penjuru atau lebih ia memberi ruang kepada Umno-BN untuk kembali merampas kerusi yang pernah kita kalah dalam PRU13 lalu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Walaupun beliau mengakui cabaran kuat Umno hari ini adalah tentangan terhadap kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan perpecahan ahlinya, namun ujarnya, ia tidak sesekali boleh menjejaskan parti.
"Najib dihentam kerana beliau seorang perdana menteri dan presiden Umno-BN. Kalaulah Najib itu `Ismail Kijo' tiada siapa yang nak hentam.
"Sedangkan disebalik isu 1MDB sebenarnya ia adalah satu institusi pelaburan yang perlu dibanggakan orang Melayu. Kita sudah ada PNB,Tabung Haji, Khazanah, Petronas misalnya, dengankewujudan 1MDB ini adalah satu lagi platform menjadikan konlomerat Melayu lebih meluas," ujarnya memberikan pandangan berkaitan 1MDB dan skandal kewangan yang dikaitkan dengan Najib.
Justeru ujarnya lagi, sekalipun Umno-Pas akan bekerjasama dalam beberapa perkara untuk kepentingan Melayu dan Islam, beliau masih mengharapkan prioriti seharusnya diberikan kepada Umno berbanding rakan sekutu dari parti pembangkang.
"Sebagai pemimpin diperingkat bahagian kita patuh kepada kehendak pucuk pimpinan parti. Namun dalam masa sama pemimpin dan ahli diperingkat bahagian dan cawangan perlu mempunyai semangat untuk mempertahankan parti dari pelbagai dakyah dan fitnah pakatan pembangkang dan parti yang menyokong mereka," ujarnya yang merujuk kepada parti serpihan seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPB).
Beliau menafikan dakwaan PPBM terdapat ramai ahli Umno kini keluar menyertai parti serpihan itu. Bahkan ujarnya lagi, ia hanya `wayang' yang dimainkan dikalangan pemimpin yang kecewa dalam perjuangan mereka yang gagal dalam Umno.
"Ahli Umno tidak berkurangan dengan wujudnya PPBM... itu wayang mereka. Masih ramai Melayu yang setia pada Umno kerana mereka tahu perjuangan Umno sejak memerintah negara ini.
"Walaupun ramai melihat perjuangan PPBM suci dan bersih kerana kini berbaik-baik dengan DAP tetapi orang Melayu majoriti elergi dengan DAP lebih-lebih lagi bekas ahli dan pemimpin Umno yang kini menyertai PPBM," sindirnya.
Datuk Ismail Kijo sebelum ini pernah menjadi Adun Lembah Jaya selama tiga penggal. Namun, beliau kalah pada PRU ke-12 di tangan calon Pas di Dun sama.
Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding dalam PRU-14 akan datang,beliau berkata, sedia galas tanggungjawab itu sekiranya diberikan peluang oleh pucuk pimpinan parti.
Bagaimanapun katanya, pemilihan calon-calon kali ini begitu teliti dilakukan Umno-BN yang kini dikawal tiga agensi tambahan berbanding lima agensi sedia ada sebelum ini untuk memantau kelayakaan calon yang akan terpilih.
"Kita semua bercita-cita nak jadi wakil rakyat. Tetapi dalam Umno-BN ada prosedur untuk seseorang itu jadi calon.
"Dulu Umno-BN perlu dapatkan maklumat daripada SB (Special Branch), Jasa, Kemas,MIO dan Majlis Keselamatan Negara.
"Contoh yang terkini dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah ada tambahan tiga agensi lagi yang tak ada sesiapa pun tahu agensi mana yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menilai calon.
"Jadi saya serah pada pucuk pimpinan asalkan mereka itu dari Umno.... kita akan sokong,"ujarnya.
Usaha Umno perdaya Pas untuk dapat undi Melayu hancur, dakwa Khalid Samad
Khalid Abdul Samad
Perancangan Umno untuk mendapat sokongan penuh pengundi Melayu dengan cara memperdayakan Pas selepas Cina tidak bersama mereka lagi hancur berkecai, dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
"Selepas Cina tak sokong BN lagi, Umno cuba mendapatkan undi Melayu sepenuhnya dengan memperdayakan Pas agar menyokong mereka menggunakan RUU Akta 355.
"Tetapi ia hancur berderai apabila Pas berpecah dua, dengan lahirnya Amanah dan Umno juga pecah dua dengan lahirnya Bersatu.
"Benarlah janji Allah, kamu merancang, Allah pun merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang," kata Khalid sambil membacakan sepotong ayat Al Quran.
Khalid berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam majlis ceramah anjuran PKR Selayang di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.
Khalid yang menjadi penceramah utama malam tadi berkata, dengan lahirnya Amanah dan Bersatu, beliau yakin pengundi Melayu tidak lagi bersama dengan Umno dan Barisan Nasional tetapi bersama dengan Pakatan Harapan apabila Bersatu bakal menyertainya tidak lama lagi.
"Apabila pengundi Melayu dan Cina bersatu, kita yakin akan dapat kalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang," kata Khalid yang mendapat tepukan dari hadirin dan juga pemimpin Pakatan Harapan yang berada di pentas.
Khalid tidak langsung menyerang Pas dalam ceramahnya melainkan berkata Umno telah berjaya menjinakkan Pas melalui RUU Akta 355 menyebabkan parti itu mesra Umno.
Turut berucap malam itu adalah William Leong,Ahli Parlimen Selayang dan juga L Mankadir Samsi atau lebih dikenali Pak Jabit serta Azman Mokhtar, Ketua Komunikasi PKR Selayang. Turut berucap adalah wakil DAP.
Sebelum berceramah, Khalid mengadakan dialog dengan ahli Amanah tempatan dan bersetuju untuk menubuhkan dua cawangan Amanah di situ tidak lama lagi.
Dilihat optimis dengan kedudukan partinya pada masa ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin mendakwa parti tersebut semakin mendapat sambutan termasuk daripada golongan profesional.
“Pas sekarang lebih kemas berbanding dulu. Banyak berlaku apa yang saya sendiri tidak sangka. Contohnya, dalam perjumpaan yang kita buat, penganjur pun hairan sebab terlalu ramai, melebihi jangkaan.
“Itu tanda-tanda bahawa kita semakin mendapat sambutan akar umbi. Golongan profesional pun semakin ramai mendekati Pas,” ujarnya dipetik daripada wawancara yang dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Mengulas tuntutan banyak pihak supaya Najib Razak meletakkan jawatan, beliau menganggap usaha itu tidak bermakna sebaliknya lebih baik ia dilakukan melalui pilihan raya.
“Saya nak tanya, katakanlah kempen mereka berjaya, selepas Najib jatuh, apa akan jadi? Bolehkah kita pastikan bahawa tidak akan ada masalah lagi jika Najib dijatuhkan?
“Pada pandangan saya, kalau sistem yang sama masih dipakai, samalah juga. Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya,” ujarnya yang dipilih sebagai Mursyidul Am Pas pada Oktober lalu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Menurut Hashim yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Perlis, keutamaan parti itu adalah menentang kezaliman sekalipun dilakukan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kalau setakat Najib, nanti Najib jatuh, apa pula? Tetapi kalau kezaliman yang kita tentang, tidak kira siapa. Kalau Najib, Najiblah kita tentang, malah kalau Tok Guru Haji Hadi pun, katakanlah dia zalim, kita akan tentang juga.
“Dalam menentang kezaliman, tidak bolehlah kita benarkan setelah jatuhnya sesuatu kezaliman, nanti naik kezaliman yang lain pula. Itu yang kita tak mahu berlaku. Saya percaya dalam hal ini, tidak timbul masalah bercanggah dengan kehendak rakyat,” tegasnya lagi.
BARU-baru ini dalam percubaan untuk terus mengabui mata rakyat jelata, sebuah akhbar milik sebuah parti politik kerajaan telah menyiarkan berita mengenai kejayaan eksport negara.
Saya perhatikan ada kalanya komen-komen ekonomi mereka sangat profesional dan bermutu tinggi walaupun berat sebelah. Ini menimbulkan syak wasangka bahawa rencana-rencana itu sebenarnya ditulis oleh penulis-penulis hantu. Mereka sekadar meminjamkan nama.
Mengguna pakai rajah eksport, mereka mengulas: “Negara hendak muflis? Tidak sampai setahun pun eksport Malaysia sudah hampir dengan hutang Malaysia.”
Menggunakan perangkaan eksport bagi melindungi jumlah hutang yang menggunung mendedahkan kedangkalan tukang cerita itu. Realitinya tidak wujud kaitan yang kukuh di antara eksport negara dengan hutang kerajaan.
Tukang cerita mengatakan eksport sebanyak RM568.4 bilion antara Januari dan September tahun ini adalah hampir serupa dengan hutang kerajaan. Jadi dalam perkiraan beliau, hutang negara tidaklah sebesar mana dan negara tidak akan muflis kerananya.
Bank Negara melaporkan, hutang Kerajaan Pusat pada 31 September lalu, berjumlah RM643.6 bilion atau bersamaan dengan kira-kira 55 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Daripada jumlah itu, RM411.4 bilion dari sumber dalam negara dan RM232.1 bilion dari luar.
Apa yang penulis itu tidak tahu atau sengaja memesongkan fakta ialah tidak ada kaitan yang kuat di antara jumlah eksport dengan kewangan kerajaan atau kemuflisan negara. Lagi pun beliau tidak mengatakan apa-apa mengenai kedudukan eksport negara yang sebenarnya tidak sekuat mana pada akhir-akhir ini.
Mengikut unjuran Belanjawan 2017 yang dibentangkan 21 Oktober lalu, eksport dijangka meningkat 1.1 peratus saja tahun ini dan 2.7 peratus tahun depan. Ini bukan saya yang kata tetapi Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Kementerian Kewangan dan Bank Negara yang kata.
Daripada jumlah eksport yang digambarkan sebagai hebat itu, bahagian yang dimiliki kerajaan tidaklah sebanyak mana. Selain eksport bahan-bahan petroleum yang sebahagiannya milik kerajaan, eksport yang lain bukan milik kerajaan. Hasil kerajaan hanyalah dalam bentuk cukai eksport. Kerajaan mengenakan cukai ke atas eksport dan import untuk mengutip hasil.
Hasil yang bakal diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai daripada eksport sebanyak RM568.4 bilion itu pastinya amat kecil berbanding hutang kerajaan sebanyak RM643.6 bilion.
Untuk memudahkan kefahaman mengenai kedudukan hutang kerajaan dan kesan kepada ekonomi negara dan kebajikan rakyat jelata, izinkan saya memetik beberapa perangkaan rasmi dan membandingkannya dengan perbelanjaan kerajaan.
Belanjawan 2017. Hasil kerajaan dijangka naik 3.4 peratus kepada RM219.73 bilion. Cukai barang dan perkhidmatan saja dianggar akan menghasilkan RM40 bilion.
Tetapi perbelanjaan kerajaan tahun depan dianggarkan RM260.8 bilion atau RM41.07 bilion lebih tinggi daripada hasil. Untuk menampung kekurangan itu kerajaan terpaksa berhutang.
Sebenarnya hasil yang kerajaan pungut hanya cukup untuk perbelanjaan mengurus macam bayar gaji dan pencen kakitangan awam, menyelenggarakan harta kerajaan dan membayar balik hutang.
Tahun hadapan kerajaan akan membelanjakan RM214.8 bilion untuk pengurusan. Jadi baki yang ada untuk pembangunan hanyalah RM4.93 bilion sedangkan anggaran pembangunan adalah RM46 bilion. Daripada mana datang baki RM41.07 bilion itu kalau bukan hutang.
Kerajaan berhutang perkara biasa. Dulu pun kerajaan berhutang khususnya untuk membiayai pembangunan tetapi tidaklah sebanyak sejak tahun 2009.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah hutang kerajaan melambung tetapi kesan positif terhadap ekonomi tidak sebanyak mana.
Jadi orang yang faham ekonomi dan kewangan bertanya apa jadi dengan duit hutang yang banyak itu? Jawapannya boleh diperoleh daripada laporan tahunan Ketua Juruaudit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu ketirisan yang berpunca daripada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan ketidakcekapan.
Jadi adalah tidak tepat dan tidak bermakna cuba membandingkan eksport dengan kedudukan kewangan kerajaan dan sama ada negara akan muflis atau tidak. Ia adalah kerja orang yang tidak faham ekonomi atau orang yang sengaja hendak mengelirukan rakyat jelata.
Sebaliknya kalau kita benar-benar hendak menguar-uarkan kedudukan perdagangan negara, kita patut lebih bimbang mengenai imbangan perdagangan yang semakin sempit kerana eksport berkurangan tetapi import bertambah. Wallahuaklam.
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menempah laluan berliku untuk mara ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja Ke-76 2016 sekalipun menewaskan Kedah 3-2 dalam separuh akhir pertama, petang semalam.
Dengan modal dua gol tempat lawan milik Kedah itu, PDRM juga ditentang sengit oleh pelawat di Padang Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur yang bangkit dua kali untuk menyamakan jaringan awal 1-1 dan merapatkan jurang ketinggalan 2-3.
Tuan rumah beroleh gol pendahuluan untuk menceriakan penyokongnya dengan jaringan sulung oleh pemain berpengalaman Liga Perdana, Khairul Izuan Abdullah pada minit kelima namun disamakan Nabil Latpi, 10 minit kemudian.
Ahmad Syazwan Kassim kembali meletakkan skuad bimbingan Eddy Gapil itu di depan dengan gol kedua pada minit ke-30 sebelum dilebarkan dengan yang ketiga menerusi Afzal Nazri, lima minit sebelum permainan berakhir.
Namun ketika babak kedua baru berusia tiga minit, Fitri Za'aim Amran melegakan sedikit skuad bimbingan Zulkifli Mahmud itu kerana menambah modal ke separuh akhir kedua di Alor Setar, minggu depan dengan gol kedua Kedah.
KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ini kerana ia berpandangan hukuman ke atas Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun iaitu penjara 14 hari dan denda RM3,000, dan jika gagal membayar denda dipenjara tujuh hari, adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.
Rayuan terhadap hukuman itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuhkan iaitu Jumaat lalu, katanya dalam kenyataan hari ini.
"Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama," katanya.
Mohamed Apandi menegaskan Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.
Perbuatan sedemikian, katanya, merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Lor, 35, dan Tan, 30, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika pegawai itu mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Khamis lalu.
Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan antara kedua-dua pihak menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial. - Bernama
GEORGETOWN - Persidangan Dun Pulau Pinang malam tadi sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk kezaliman rejim tentera Myanmar terhadap golongan minorit Islam Rohingya di negara itu.
Usul yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Rashid Hasnon itu telah mendapat sokongan Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy.
Dalam usul tersebut, Rashid berkata, masyarakat Rohingya dibunuh tanpa belas kasihan dan lebih 3,500 buah rumah penduduk itu dibakar di beberapa lokasi di wilayah negara itu.
Beliau turut menggesa kerajaan pusat supaya bertindak segera bagi menghentikan tragedi yang meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.
"Wanita dan kanak-kanak dibunuh dan dirogol. Tindakan tidak berperikemanusiaan dan zalim ini, kami mengutuk atas nama kemanusiaan," katanya. - Bernama
ALOR SETAR – Kerajaan Kedah memberi jaminan masalah bekalan air yang melanda beberapa kawasan termasuk di Kuala Kedah, Pokok Sena dan Merbok akan selesai menjelang 2020.
Exco Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, rancangan jangka panjang itu akan dilaksanakan menerusi peruntukan sebanyak RM188 juta yang diluluskan kerajaan persekutuan.
"Saya faham apabila rakyat merungut masalah air. Saya nak bagi tahu, ia bukan perkara baru sebab di zaman kerajaan dulu (PR) pun apa mereka tak buat. Sekarang baru nampak loji Pokok Sena, Kulim dan sebagainya dibuat semasa zaman BN.
"Saya tahu yang buat isu ini pun pembangkang, tetapi saya yakin rakyat pandai menilai. Untuk jangka pendek ini kita akan selesaikan dan jangka panjang Insya-ALLAH saya bagi jaminan 2020 selesai," katanya kepada media, semalam.
Menurutnya, peruntukan yang diluluskan sebanyak RM188 juta itu akan digunakan untuk menaiktaraf beberapa loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji di Pelubang, Jenun Baru, Yan dan beberapa loji lain sekitar negeri ini.
"Kerajaan negeri akan melaksanakan tugas ini secara jangka pendek dan jangka panjang. Saya tak setuju pembangkang kata ini krisis air, ia bukan krisis air. Masalah sekarang kita nak salurkan air bersih sebab loji kita ini kapasitinya sudah penuh.
"Kalau krisis air bermakna kita perlu buat catuan. Mereka kena faham antara krisis dan masalah gangguan, ia berbeza. Janganlah mereka nak ambil isu ini bagi masyarakat panik. Saya faham ada rakyat marah, tetapi saya dah arah pihak Sada (Syarikat Air Darul Aman) supaya menggandakan penghantaran air ke taman-taman perumahan sekiranya terputus bekalan," katanya.
Badrol Hisham berkata, mesyuarat exco pada Rabu juga telah mengenalpasti punca masalah bekalan air di beberapa kawasan yang terjejas iaitu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di loji air Bukit Pinang.
"Kita terpaksa tutup beberapa jam dan air di loji itu akan susut. Nak penuh balik ia akan ambil masa dan sekarang sudah semakin pulih. Tetapi kita nak minta juga pihak Sada kenalpasti taman-taman perumahan yang ada tangki air supaya digunakan semula sebab ia boleh menyelamatkan keadaan pada waktu tertentu.
"Saya akan lihat balik perkara ini dan beberapa keputusan dah dibuat terutamanya kita akan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sada yang baharu dan buat penyusunan semula kakitangan Sada," katanya.
Jelasnya, perkara itu bukan menggambarkan segala pelaksanaan Sada tidak bagus, tetapi penambahbaikan yang lebih serius untuk menangani isu-isu rakyat.
Mengulas peranan jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan pada 12 Julai lalu untuk tangani masalah bekalan air di negeri ini, beliau mengesahkan ia berjaya mendapat kelulusan peruntukan RM188 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Hasil daripada mesyuarat jawatankuasa itu, kita perlu ada beberapa lagi telaga tiub. Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Sada nanti.
"Kita akan minta pihak Sada tentukan juga kawasan-kawasan yang kritikal untuk dibina telaga tiub. Sudah dua kali jawatankuasa ini bermesyuarat dan kita akan bersidang lagi untuk menyelesaikan masalah rakyat," katanya.
Tegasnya, penubuhan jawatankuasa bertindak itu juga bukanlah hanya sekadar gimik untuk meredakan kemarahan rakyat yang mengalami masalah bekalan air.
"Kadang-kadang rakyat pun kena faham, kerajaan tidak melihat perkara ini sebagai benda yang mudah. Kita memandang serius," katanya.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pejam celik pejam celik, bulan Disember ini Shopee sudah pun berusia 1 tahun. Wow sungguh pantas masa berlalu. Buat anda yang tak tahu, Shopee adalah satu applikasi yang memudahkan urusan jual beli pelbagai produk. Abang Nara pernah cerita tentang Shopee di sini, di sini dan juga di sini. Secara jujurnya, Shopee adalah salah satu tempat kegemaran Abang Nara untuk bershopping. Dan untuk ulangtahun pertama Shopee kali ini, pelbagai promosi, tawaran, hadiah percuma dan voucher sedang berlangsung di birthday.shopee.com.my
Abang Nara yakin dan pasti korang akan rambang mata sehingga tak tahu nak memilih apa yang perlu dibeli. Jangan risau jangan bimbang. Abang Nara akan memudahkan tugasan pembelian anda. Meh sini Abang Nara senaraikan 6 benda yang wajib dibeli sempena ulangtahun pertama Shopee. Jom layan:-
Impian semua wanita adalah untuk memakai tudung yang menyerlahkan lagi kecantikan wajah mereka. Masing-masing bercita-cita nak jadi cun macam Neelofa, Diana Amir atau Ummi Nazeera. Tapi taknaklah pakai tudung yang berbelit-beli sampai kena menghadap cermin selama 15 minit. Sebab itulah Abang Nara suggestkan Instant Tudung Shawl Dua Muka ini. Memang confirm akan menambahkan keayuan wajah anda dan paling penting, tak sampai seminit pun dah siap pakai. Jimat masa beb!!!
confirm pakwe/suami anda akan bertambah sayang selepas melihat kecunnan anda memakai instant shawal ini
Kesadoan Fattah Amin telah menjadi bualan ramai selepas popular menerusi drama Suri Hatiku Mr Pilot. Kalau anda seorang lelaki, pastinya anda mahukan badan seperti Fattah. Tak perlu susah payah nak pergi gim. Beli sahaja peralatan senaman di Shopee. Macam-macam ada di Shopee!
dumbell, kasut sukan, kasut lari dan macam-macam lagi semua ada di sini
Sharnaaz Ahmad sekarang lebih kacak dan tampak lebih muda selepas segala jambang, misai dan janggutnya dicukur licin dari muka. Untuk dapatkan kemulusan sebegitu, Abang Nara cadangkan Philips Electric Shaver. Confirm awek dan bini korang akan lebih sayangkan korang selepas ini.
Kecomelan Nora Danish memang tidak boleh dinafikan lagi. Walaupun sudah berusia 30-an, wajahnya nampak macam anak dara 18 tahun. Di Shopee banyak betul produk kecantikan wajah yang dijual. Salah satu yang mencuri perhatian Abang Nara ialah April Skin Magic Snow Cushion yang berasal dari Korea. Lepas ini korang semua muka ala-ala Kpop le.
5. Comel dan bergaya macam Lara Alana
Sejak tengok drama Lara Oh Lara, Abang Nara memang dah jatuh cinta dengan Lara Alana. Kecomelannya memang buat rasa nak cubit je. Pandai Awal dan Scha jaga anak, lebih-lebih lagi bab bergaya. Baju semua cantik-cantik dan comel-coimel. Korang pun leh dapatkan baju kanak-kanak yang comel di Shopee. Macam-macam pilihan yang ada dengan harga yang amat berbaloi.
Gaya Ayda Jebat memangn sering menjadi ikutan para gadis remaja. Dressing Ayda memang amat sempoi. Kasut yang sering digunakan oleh Ayda adalah kasut yang selesa dan kalau dibawa berjalan, tak sakit kaki. Abang Nara teringin nak belikan kasut di bawah untuk isteri tercinta yang selalu mengadu lenguh kaki. Mungkin lepas ini tak ada lagi masalah sebegitu.
Fuh!!! Itu baru 6 benda yang bagi Abang Nara wajib korang beli sempena ulangtahun pertama Shopee. Sebenarnnya kalau korang geledah Shopee banyak lagi benda-benda best. Lipstik ada, jam tangan ada, kasut high heels ada, baju kemeja, pampers, susu bayi dan macam-macam lagilah. Semuanya dijual dengan harga yang super duper awesome. Dan lagi best, sempena ulangtahun pertama Shopee ini, ada beberapa hadiah yang boleh korang menangi. Antaranya:-
Gulp. Gila betul Shopee nak bagi iPhone 7 Plus 128GB secara percuma dengan hanya perlu komen dan share di Facebook Shopee Malaysia. Harga ribu-ribu nie. Untunglah sapa yang menang. Peraduan ini akan bermula 1 Disember sehingga 7 Disember kelak. Jadi silalah jangan terlepas kalau teringin nak pakai iPhone 7.
Jeng, jeng, jeng. Percutian percuma ke Australia ini bakal menjadi milik anda bersempena ulangtahun pertama Shopee. Hadiah awesome ini dibawakan oleh FlexiRoam. Australia tue takkan taknak kot? Boleh lah mengabadikan kenangan bergambar melihat Sydney Opera House dan juga Sydney Bridge. Bestnya!!!
Taknak bercuti ke Australia? Tak apa sebab dengan kerjasama Traveloka, Shopee bakal menghadiahkan percutian bernilai RM3000 kepada pengguna bertuah mereka. RM3000 kalau bercuti tue confirm puas hati dan mewah sangat-sangat. Kalau dah kahwin bolehj bawa orang rumah sekali. Second honeymoon terus. Tak gitu?
Caranya senang sahaja. First thing first kena dowload applikasi Shopee di sini. Kemudia di dalam applikasi Shopee, buat carian kedai "ShopeeTreats". Nanti akan keluar kedai bernama ShopeeTreats. Cari produk Beautifulnara #ShopeeMYBirthday dan tekan "add to cart". Kini korang boleh memiliki bantal emoji dengan harga RM1 sahaja. Best kan? Korang boleh redeem sehingga 15 Disember ini. So siapa cepat dia yang dapat. Jangan lambat-lambat nanti stok habis.
Last but not least, khas untuk pembaca BeautifulNara yang akan bershopping di Shopee, silalah gunakan voucher kod "BEAUTILFULNARASH1" ketika anda ingin membuat pembayaran untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM7. Ini adalah untuk pembelian minimum RM30. Jadi tunggu apa lagi? Download aplikasi Shopee di smartphone anda hari ini juga dengan klik di sini. Maklumat lanjut layari Shopee dan juga Facebook Shopee Malaysia. Selamat ulangtahun pertama Shopee.
Tahniah kami ucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 6 dan pelakon, Lufya Omar yang sudah sah bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz pada hari Sabtu, 26 November lepas.
Lufya dinikahkan oleh bapanya sendiri, Sheikh Omar Sheikh Abdullah bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim .
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM2000. Lufya juga menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki. Walaubagaimanapun, pasangan pengantin baharu ini merahsiakan jumlah hantaran perkahwinan.
Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah mempelai, teman rapat dan rakan artis bertempat di Laman Cinta Nirwana, Ampang,Kuala Lumpur.
Kami mendoakan agar rumah tangga Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz akan berkekalan sehingga akhir hayat.
P.S: Khusus untuk warga bekerja yang ingin memajukan lagi diri mereka, jom ramai-ramai kita ambil program separuh masa diploma eksekutif yang ditawarkan oleh Universiti Malaya ini. Dah lebih 21,000 yang telah berjaya membina kerjaya mereka menerusi program ini. Macam-macam kursus disediakan seperti Pengurusan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kaunseling dan Teknologi Maklumat. Pengambilan Januari 2017 telah pun dibuka. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk memperbaiki mutu hidup anda. Orang kata nak seribu daya, taknak seribu dalih. Sekiranya berminat, boleh hadiri Hari Informasi yang bakal berlangsung di Universiti Malaya pada 17 Disember ini. Atau kalau nak bertanya lebih lanjut, boleh terus telefon nombor yang tertera di bawah. Selamat belajar. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.
Menurut Wawa di akaun Instagramnya, beliau memahami kerjaya Aeril sebagai seorang pelakon dan sedar Aeril dan Ummi berkawan baik. Malah, Wawa juga sempat untuk memperomosikan drama terbaru lakonan Aeril dan Ummi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Eh mana ada cemburu , kalau cemburu daripada dulu lagi tak kasi dia berlakon dengan mana-mana perempuan. Saya tahu dorang memang kawan baik tapi best juga kalau kita merajuk Aeril pujuk bawak pergi becuti ke luar negara. Nak merajuk la lepas ni…Erm..nak pergi Paris,Istanbul. ..ecececeh..
Semoga ALLAH ampunkan saya dan keluarga tapi saya tak maafkan penulis tu,sampai dia memohon maaf. Ok nak bagitahu ni jangan lupa saksikan mereka berdua lagi dalam drama terbaru #nahurindu Tv3.
Alhamdullillah, nampaknya khabar angin tentang rumah tangga mereka bergolak kerana isu cemburu tidak benar. Harapnya Wawa dan Aeril banyakkan bersabar. Biasalah, kalau sudah bergelar selebriti pasti tidak boleh lari daripada gosip.
Isu penukaran lagu Nora memberikan impak yang cukup besar buat penyanyi berkenaan. Pelbagai fitnah dan kritikan dilemparkan kepada beliau hanya kerana enggan menyanyikan lagu pilihan media pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 3.
Walaubagaimanapun, Nora telah menyahut cabaran untuk menyanyi lagu All I Ask oleh Adele dan digabungkan dengan lagunya sendiri berjudul Sandiwara. Nora cuba untuk memuaskan hati semua pihak.
Saya ambil keputusan untuk nyanyi lagu itu dua hari sebelum konsert ini, walaupun saya sedar ia adalah risiko yang besar kerana lagu itu sangat susah.
Sejujurnya, selepas konflik ini berlaku saya beritahu produksi untuk bawa lagu pilihan media, tapi mereka tidak benarkan dan bila tekanan semakin hebat saya rasa seperti berada di persimpangan dilemma. Akhirnya saya putuskan untuk bawa kedua-dua lagu itu.
Dalam pada itu, Nora akui beliau terasa hati dengan komen netizen yang menuduh beliau sewenang-wenangnya. Perkara itu membuatkan maruahnya sebagai seorang penyanyi terjejas dan mengganggu keluarganya. Lebih teruk lagi, ada sesetengah artis mula memberi persepsi negatif kepadanya.
Ramai netizen yang benci saya sejak isu tukar lagu dangdut lagi, saya sudah jelaskan ia bukan kehendak saya tetapi pihak produksi yang salah umum.
Ia benar-benar memberi kesan negatif, malah saya berjalan pun orang pandang, antara rakan artis pun bersikap lain terhadap saya dan ada juga menegur saya menzahirkan rasa simpati. Ada juga individu hantar mesej peribadi saya untuk meminta maaf kerana mengutuk saya di laman sosial. Apa semua ini?
Berbicara mengenai ada pihak yang melabelkan beliau sebagai artis kekwat dan diva, Nora berkata apa salahnya untuk beliau mendapat sedikit rasa hormat kerana sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian.
Saya sudah lali dengan tuduhan 'kekwat-kekwat' (sombong), diva-diva ni, saya ni orang lama bukan budak-budak yang baru menyanyi, tolonglah beri sedikit rasa hormat. Macam juga wartawan, kita ada wartawan senior dan wartawan junior, tidak boleh di samakan, ada juga jurang-jurang itu.
Mulut orang ini memang suka berkata-kata , kita tidak mampu mengawal percakapan mereka. Pada kami, semalam Nora telah cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik dan tindakan beliau untuk memuaskan hati semua pihak itu harus dipuji. All the best Nora, inshaAllah ada rezeki lain buat anda di luar sana meskipun tidak dapat mara ke peringkat akhir GV3.
Menurut Saharul, beliau terpaksa berdiri ketika acara berkenaan berlangsung kerana pihak penganjur tidak menyediakan tempat duduk seperti yang dijanjikan.
Berikut luahan Saharul Ridzwan yang agak "makan dalam" buat penganjur :-
Beberapa peminat juga menyokong kenyataan Saharul apabila pengajur terlalu mengagungkan artis luar berbanding artis Malaysia yang menjadi duta dan pada masa yang sama mempromosikan produk mereka.
Memang padu habis "teguran" Saharul buat penganjur. Apa yang diluahkan Saharul agak wajar sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, mereka sudah berada di lokasi seawal jam 6 pagi, tentu artis-artis kita juga penat bukan? Apa salahnya untuk memberikan layanan yang sama rata.
Selamat pagi semua!!! Abang Nara baru sahaja ketawa terbahak-bahak melihat sebuah video yang amat kelakar. Selain hampir mengalirkan air mata, memori-memori lama ketika membeli telefon di usia 18-19 tahun dahulu turut tergamit apabila melihat video ini. Memang klasik sungguh.
amboi kalau awek cun camnie jangankan handphone, rumah pun Abang Nara sanggup belikan
Video ini menceritakan bagaimana seorang lelaki telah membawa aweknya ke kedai telefon untuk membeli sebuah telefon baru. Biasalah telefon sekarang selalu lagging, jatuh sekali terus rosak dan kadang-kadang sampai meletup bila charge lama-lama. Di dalam video ini, si awek mahukan telefon yang tak mudah rosak, mempunyai kamera awesome dan rekaan yang terkini. Apa yang kelakarnya ialah apabila aksi si salesman ini ketika memberi cadangan telefon-telefon yang sesuai. Lawak gila beb.
tengok jambang pun tahu betapa berpengalamannya si salesman ini
Sembang banyak tak guna, korang tengok sendiri video kelakar ini di bawah:-
Kah, kah, kah. Kelakar dan terimbau memori lama kan? Bila si salesman nie keluarkan telefon Nokia 3310, teringat terus telefon pertama yang Abang Nara beli. Memang tahan lasak sungguh Nokia 3310 nie. Lepas tue bateri tak habis-habis. Jatuh sejuta kali pun tak ada apa. Tak akan rosak punya. Abang Nara percaya korang pun mesti pernah gunakan Nokia 3310 ni masa muda-muda dulu kan?
Tapi confirmlah si awek reject Nokia 3310 nie sebab tak ada kamera. BIla dicadangkan iPhone 7, ada masalah lain pulak. Apa lagi kalau tak ada headjack. Camner nak dengar lagu kan? Abang Nara pun pelik kenapa Apple nak buang headjack. Nyusahkan pendengar lagu yang setia macam Abang Nara nie. Tapi bila si salesman nie keluarkan telefon Huawei P9 dengan warna yang cukup menarik ini, terkesima jap Abang NAra dibuatnya. Cantik jugak.
Kamera Huawei P9 ini telah mendapat pengiktirafan oleh syarikat kamera terkenal seantero dunia iaitu Leica. Jadi memang anda semua tak perlu risau bab kualiti gambar. Siap ada dual lens untuk kualiti gambar yang lebih superb. Abang Nara tergelak besar bila si pakwe bagi komen "Nicer than real life" selepas mengambil gambar aweknya menggunakan Huawei P9. Power sangat kamera Huawei nie. Tapi itulah, si awek masih skeptikal dengan telefon Huawei kerana ia berasal dari China. Hmmmmm. Mungkin si awek tak tahu yang telefon dari China sekarang kualitinya dah sama tahap dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain.
korang perasan tak handphone apa yang salesman nie pegang?
Oh telefon Motorola ini memang penuh dengan kenangan buat Abang Nara. Besar gila. Memang kalau baling kat anjing, anjing pun lari. Abang Nara pernah memiliki telefon Motorola nie. Tahap besar dia, sampai tak boleh muat kat dalam poket seluar. Memang terasa berlagak je jalan pergi kelas universiti sambil pegang telefon kat tangan. Bila ada call masuk, satu badan bergegar sebab vibration dia memang padu amat. Tapi ini kalau jatuh atau kena hempap dengan batu, memang tak akan jadi apa-apa.
jadi telefon apakah yang si lelaki ini belikan untuk aweknya?
Agak-agak korang, telefon apakah yang si lelaki ini akhirnya belikan untuk kekasihnya? Adakah Nokia 3310? Adakah Huawei P9? Nak tahu kenalah tengok video yang telah Abang Nara kongsikan tadi sampai habis. Lepas itu pastikan korang share di ruangan komen pakah telefon yang akan korang hadiahkan kepada si dia yang tercinta? Kita tengok taste siapa yang lebih tinggi. Hehehe.
PS : Abang Nara ada sedikit info yang ingin dikongsikan bersama anda semua. Kalau anda ingin beli telefon bimbit yang berbaloi dengan fungsi camera canggih, Abang Nara cadangkan supaya anda memilih DiGi. Sebabnya cukup mudah, DiGi kini menawarkan pelan yang cukup awesome seperti.
RM148 & Device PERCUMA untuk Huawei P9 RM148 & Device PERCUMA untuk Samsung Galaxy J5 16GB
Memang pening kepala Abang Nara dibuatnya kalau nak pilih pelan DiGi ni.
Pada pandangan Abang Nara selepas bertukar pada DiGi, ia memang lebih berbaloi kalau nak dibandingkan dengan Maxis atau Umobile yang masing-masing berharga dalam lingkungan RM158 sebulan + bayaran pendahuluan sebanyak RM 2376 dan RM118 sebulan dan bayaran pendahuluan sebanyak RM1,056 untuk iPhone 7.
Enam peserta bakal mara ke pusingan akhir pada hari Ahad ini. Finalis GV 3 ialah Azharina, Zarul Umbrella, Siti Sarah, Intan Sarafina, Ameng dan Gmie. Mereka diberikan tugasan untuk menyanyikan dua buah lagu pada konsert akhir nanti.
Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.
Terbaru, menurut Miss J menerusi portal Utusan Online, ada seorang selebriti sudah terlepas cakap dan mengesahkan Sakinah kini sedang hamil anak pertamanya.
Sebenarnya hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui tentang berita gembira tersebut kerana Sakinah masih berahsia mengenainya. Khabarnya Sakinah kini lebih banyak berehat dirumah demi menjaga kandungannya itu.
Jika berita kali ini benar, kami mengucapkan tahniah buat Sharifah Sakinah dan suami. Semoga ibu dan kandungan berada didalam keadaan baik-baik sahaja. Kita nantikan tuan empunya badan mengumumkan berita gembira ini nanti.
Terbaru, ada sumber yang mengatakan Neelofa dan Fattah sudah membahasakan diri dengan panggilan "sayang" dan sering merindui antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, menurut sumber itu lagi, pemandu peribadi Neelofa juga kerap mengambil dan menghantar Fattah. Seakan mereka berdua seperti ada sesuatu bukan?
Nampaknya hari demi hari, semakin banyak cerita mengenai percintaan Neelofa dan Fattah Amin diperkatakan. Pada kami memang sudah terang lagi bersuluh mereka sedang bercinta apabila kerap keluar bersama dan kemesraan yang mereka pamerkan di khalayak.
Gandingan Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera didalam drama Patahnya Sebelah Sayap masih lagi menjadi bualan ramai sehingga hari ini. Kata orang, mereka antara pasangan didalam drama yang boleh menandingi populariti Neelofa dan Fattah Amin.
Memang mesra sangat Aeril dan Ummi sehingga ada peminat yang menyangka mereka bercinta.
Kemesraan mereka juga telah menimbulkan rasa cemburu di hati Wawa Zainal. Menurut Cik Pang di akhbar Harian Metro, mereka suami isteri bergaduh besar kerana perkara itu dan hampir bercerai. Eh, biar betul?
Tambah sumber kepada Cik Pang, percutian mereka sekeluarga ke Korea baru-baru ini kerana Aeril ingin memujuk Wawa.
Biasalah manusia akan melakukan kesilapan, harapnya selepas ini Aeril Zafrel lebih peka dan tidak terlalu mesra dengan wanita lain.
Benarkah berita tersebut? Kami harap ia cuma khabar angin sahaja dan mendoakan kebahagiaan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
Datuk ustat Kazim Elias telahpun membuat laporan polih terhadap aktivih sosial Syed Azmi dan artis tanah ayaq Wardina Saffiyah pasai telah menyebaqkan dakwaan soghang pelajaq dicaboi di Pusat Pen...
Samsung Malaysia nampaknya dah dalam perancangan untuk memperkenaikan jam tangan pintaq terpalin baghu depa Samsung Gear S3 untuk pasaran tempatan Melalui perkongsian di TheStaq hari ni Samsung...
Kanser merupakan punca yang menyumbang sebanyak 13 56 peratuih kematian di Malaysia pada tahun 2015 menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Nooq Hisham Abdullah Kanser menjadi penyebab ke...
Kucin Caracai yang sangat rare ni bernama Demi Moore salah seekoq daripada 30 ekoq kucin di dunia daripada baka yang sama Semestinya sebagai salah satu kucin yang rare ia jugak antara kucin ter...
Tahniah kami ucapkan kepada bekaih pelajaq Akademi Fantasia 6 dan pelakon Lufya Omaq yang dah konfem bergelaq isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz pada hari Sabtu 26 November lepaih Lufya dinik...
Isu penukaran lagu Nora memberikan impak yang cukup besaq buat penyanyi berkenaan Pelbagai fitnah dan kritikan dilempaqkan kepada beliau hanya pasai takmau menyanyikan lagu pilihan media pada kon...
Hanya oghang gheja government sendiri saja tau menilai apa keistimewaan dan kekurangan oghang government ni sebenaqnya Nak dapat gheja government ni pun bukan mudah sebenaqnya Yang konfem sebut...
ghamai yang mempunyai matlamat dan tu merupakan perkara yang baguih Namun ada satu kesalahan yang ghamai laku masa menetapkan matlamat Kita telah menetapkan tempoh masa tapi kita tak menjadua...
Menjelang hujung tahun ni saja dah berapa banyak telefon pintaq keluaran terpalin baghu jengoi di pasaran Malah lebih buat hati tak mudah bila teman pompuan macam dah bagi macam macam alasan seb...
Mencari komputer untuk dibawak berjalan dan melancong hampa semua boleh pergi tengok Asus Chromebook Flip C100PA yang merupakan world s first 10 inch convertible Chromebook computer hampa semua ...
Gegaran penyanyi Nora Ariffin terhenti apabila beliau tersingkiaq pada peringkat separuh akhiaq Gegaq Vaganza 3 yang berlangsung kemarin Nora membawakan dua buah lagu iaitu Lagu Untukmu duet ber...
Macam macam yang berlaku pada acara Runnin Man Challenge Malaysia Selepaih Ayda Jebat melampiaskan ghasa frust apabila soghang pengawai peribadi merampaih telefon bimbitnya terpalin baghu pelako...
Selamat pagi semua toknek baghu saja ketawa terbahak bahak tengok sebuah video yang amat lawak Selain lebih kughang mengaliaqkan ayaq mata memori memori lama masa membeli telefon di umoq 18 1...
Dengan Pixel Google mau dilihat lebih serius dalam menghasilkan peranti depa Kawalan ke ataih sistem operasi digabungkan dengan kawalan secara menyeluruh dari segi spesifikasi tak melampau untu...
Tahun ni Elly Mazlein diduga dengan pelbagai perkara baik daripada hal peribadi sehingga karier nyanyiannya Ada yang memberikan sokongan akhlak terhadap Elly tapi ada jugak yang seakan cemuih me...
Selama ni berita kehamilan Sharifah Sakinah menjadi teka teki apatah lagi bila kakaknya Sharifah Shahira ghamai dok kata melawak pasai adiknya tu yang sedang mengandung menerusi upload di Instagram...
dah beberapa kali kita tengok kemesraan Neelofa dan Fattah Amin menunjukkan depa sebenaqnya mempunyai hubungan skandai lebih lebih lagi selepaih video Neelofa menemani Fattah bermain futsai terseba...
Gandingan Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera didalam drama Patahnya Sebelah Sayap masih dok lagi menjadi bualan ghamai sehingga hari ni Kata oghang depa antara pasangan didalam drama yang boleh menan...
Sekitaq bulan Januari 2016 yang lepaih dunia digempaqkan dengan sekepin rakaman gambaq nak semacam lembaga di ataih awan pada ketinggian 30 ribu kaki Rakaman misteri hat sama dok habaq tadi dirak...
KENYATAAN MEDIA RAYUAN TERHADAP HUKUMAN YANG TELAH DIJATUHKAN TERHADAP ENCIK LOR KA HOO DAN PUAN TAN SIT FUN ATAS SABITAN DI BAWAH SEKSYEN 353 KANUN KESEKSAAN Jabatan Peguam Negara amat memandang s...
Kecintaan rakyat Jepun terhadap kesederhanaan telah diketahui ghamai Disebabkan gempa bumi depa tak memenuhkan rumah depa dengan barang yang banyak tapi ada idea psikologi yang lebih menarik d...
Kejadian ni berlaku di Washington Seramai 20 000 oghang telah masuk ke tempat hat sama dok habaq tadi antara jam 8 malam Khamih sehingga jam 10 malam Jumaat Black Friday ialah hari selepaih Thank...
Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah menafikan dakwaan dirinya hamil selepas status yang dimuatnaik oleh kakaknya, Sharifah Shahirah di laman Instagram. Jelas Sakinah, kakaknya hanya bergurau sahaja.
Namun terkini, menurut Miss J menerusi portal Utusan Online, ada seorang selebriti sudah terlepas cakap dan mengesahkan Sakinah kini sedang hamil anak pertamanya hasil perkahwinannya dengan juruterbang Aliff Adha.
Konset separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3) yang berlangsung malam semalam telah menyaksikan enam peserta iaitu Azharina, Zarul Umbrella, Intan Sarafina, Ameng Spring, Gmie Screen dan Siti Sarah bakal berentap di peringkat akhir program tersebut.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi penyanyi Nora yang membawakan lagu 'Lagu Untukmu' dan gabungan 'Sandiwara' dan 'All I Ask' pada malam separuh akhir itu selepas dia mendapat tempat tercorot dan gagal meneruskan perjuangan minggu depan.
Seniwati Wan Maimunah yang kini dirawat di Hospital Jasin, Melaka selepas mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru menitiskan air mata ketika menerima kunjungan Timbalan Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad, 50, bersama Zuraini Kasim.
Ini kerana Wan Maimunah tidak menyangka ada pihak yang masih mengingatinya dan sudi meluangkan masa melawat dia yang kini sedang sakit.
Menjelang hujung tahun ini saja, sudah berapa banyak telefon pintar keluaran terbaru muncul di pasaran. Malah lebih membuatkan hati tak senang bila teman wanita macam sudah bagi macam macam alasan seban nak tukar phone baru.
Sebagai lelaki, faham faham sajalah apa yang cinta hati mahukan. Nanti buat tak tahu, dikebas orang pulak. Selain harus peka dengan perubahan teman wanita, ini antara 5 perkara biasa jika mereka mahukan telefon baru. Eh, dah mula jeling jeling dompet sendiri nampak.
1. Mengadu Telefon Lama Banyak Buat Hal
Anda sudah boleh perasan, kadang kadang teman wanita saja saja lempar telefon. Bila ditanya, katanya telefon sudah tak berapa betul. Ha, nak kena beli barulah maksudnya itu.
2. Tiba Tiba Jadi Baik & Manja
Rasanya ini yang paling ketara sekali anda boleh perasan. Jika sebelum ini teman wanita cepat melenting walau hal kecil, cuba perhatikan bila dia tiba tiba baik, siap masak masakan kegemaran lagi. Makan pun dia suapkan.
3. Nak Smartphone Yang Slim, Yang Tebal Tak Mahu
Perkara pertama anda perlu fikirkan jika nak belikan telefon untuk cinta hati, pastikan ia nipis. Janganlah beli yang tebal, silap silap kena kejar dengan anjing, anjing lari dulu sebab risau kena baling dengan telefon tebal. Lagipun, telefon yang besar dan tebal bakal memenuhkan ruang beg tangan.
4. Kamera Mesti Boleh Ambil Gambar Selfie Cantik
Ini bab paling sensitif kalau beli kamera. Pakai kamera telefon zaman zaman dulu yang 3 megapiksel itu, memang mengamuk teman wanita jawabnya. Kamera belakang kena cantik, apatah lagi kamera depan yang nak buat selfie setiap hari.
5. Minta Phone Yang Tahan Lasak
Phone sekarang ini banyak yang cepat rosak. Jika anda boleh jangkakan lepas beli telefon baru anda akan bergaduh dengan teman wanita, eloklah sangat kalau beli phone yang tahan lasak dan juga beli sekali casing yang kuat.
Telefon Pintar Sekarang Semua Mahal?
Itulah dia, bila bercakap mengenai telefon pintar ini, memang perkataan mahal selalu muncul tapi kita pun nak juga berikan cinta hati barang yang berkualiti, bukan? Bab bisa membeli menang memakai ini memang anda kena bijak cari peluang tersembunyi yang jarang orang nampak atau mungkin terlepas pandang.
Haaa contohnya macam harga Maxis tawarkan ini. RM1 pun boleh dapatkan Huawei P9. Memang gila betul harganya. Tak payah fikir harga telefon tinggi melambung, nak senang anda klik sahaja di sini – tawaran RM1 untuk telefon canggih!
Selain itu, nak ambil pakej dari Digi pun ada. Dengan bayaran RM148 sebulan, anda dapat 20GB internet dan juga telefon pintar Huawei P9 yang memang ramai tahu bahawa ia disertakan sekali dengan kejuruteraan kamera daripada Leica. Jangan risau bab selfie, okay? Gambar mesti cun punya.
Jadi, apa tunggu lagi. Jika anda masih tertanya tanya telefon mana yang terbaik, anda sendiri sudah tahu jawapannya. Silap silap anda beli untuk pakai sendiri. Eh!
Tahniah kami ucapkan kepada Sharifah Sakinah jika berita gembira ini adalah benar. Melalui ruangan Miss J di Utusan Malaysia, ada sumber terdekat yang terlepas cakap bahawa pelakon wanita berkenaan sudah pun hamil.
Perkara tersebut dakwanya ketika ini masih dirahsiakan oleh pihak Sakinah sendiri dan hanya diketahui oleh mereka yang terdekat sahaja. Malah berita tersebut dikuatkan lagi apabila kini Sakinah tidak mahu keluar rumah sangat dan lebih banyak berehat.
Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah keguguran selain turut menafikan bahawa dirinya sudah pun hamil semula, bermula daripada gurauan kakaknya, Sharifah Shahirah.
Apa yang pasti, jika perkara yang disampaikan kepada Miss J tersebut adalah benar, semoga Sakinah dan suami sentiasa menjaga kandungan dengan baik dan dipermudahkanlah segala urusan hendaknya. (rtky/s)
Hati mana tidak tersentuh apabila melihatkan insan tersayang pergi namun lagi jelik melihat komen komen warga laman sosial yang berlagak Tuhan menjatuhkan hukum kepada Johan (Raja Lawak) kerana menghadiri pengebumian neneknya baru-baru ini.
Berkongsikan perkara tersebut di Instagram, Johan menyatakan bahawa dia sempat memberikan penghormatan terakhir buat neneknya yang sudah meninggal dunia baru baru ini. Namun perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat reaksi berbaur daripada warga laman sosial.
Ada yang menyifatkan tindakan Johan memberi penghormatan tersebut adalah tidak selari dengan ajaran Islam malah ada juga yang menyatakan pakaian Johan dan isteri menyerupai ahli keluarga yang lain adalah tidak dibenarkan.
Untuk pengetahuan semua, Johan sememangnya berasal dari keluarga berbangsa Cina malah perkara tersebut pernah diceritakan melalui sebuah iklan sempena hari raya. Sementara itu, dalam muat naik gambar lain di Instagram, Johan meluahkan rasa yang terbuku di hati ibunya.
“Mak buat muka happy walaupun hanya kami je yang tahu perasaan dia. Mak cakap terima kasih pada semua yang ucap takziah. Tak lupa jugak pada yang kecam. Mak cakap – bagitahu diaorang, walaupun mak pernah makan babi, mak tak bodoh”
“Dan mak jugak tak pandai. And until now mak still belajar agama. Sampai mak cakap, Islam bukan agama yang menghukum tapi Islam itu ada hukumnya,” kongsinya di Instagram. Semoga Johan dan keluarga tabah menghadapi dugaan tuhan tuhan di laman sosial ini. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment