Friday, 11 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 11 Nov 2016 08:05 PM PST

ROTIKAYA


“Saya Tak Tegur Che Ta Jika Isu Remeh Temeh”

Posted: 11 Nov 2016 05:59 PM PST

Sebagai suami siapa tidak marah jika orang ramai mengkritik dan mencari salah isteri, bagaimanapun Zain Saidin dilihat kerap berdiam diri apabila isterinya Rozita Che Ta menjadi bahan kecaman. Namun Zain punya alasan tersendiri, di mana beliau merasakan melayan kritikan negatif orang ramai sebagai tindakan yang sia-sia dan mengarut untuk memikirkannya.

BACA: Zain Saidin Siasat Pihak Salah Guna Gambarnya

"Dari dulu saya lebih senang berdiam setiap kali mendengar isu membabitkan isteri saya apatah lagi yang sengaja direka golongan keyboard worrior ini kerana bagi saya melayan orang-orang begini sesuatu yang sia-sia. Pun begitu, jika ada yang saya rasakan perlu ditegur, saya tetap rasional dan menegur Che Ta tetapi bukanlah pada isu yang remeh temeh”

“Orang macam ni semakin kita layan, semakin rancak komen yang bukan-bukan dan sebagai manusia biasa, saya pun ada perasaan geram juga. Selalunya akan keluarlah ayat yang bukan-bukan daripada mulut,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Dalam masa yang sama, pengalaman lalu banyak mengajar Zain untuk tidak memberikan respons terhadap setiap kritikan orang ramai terutamanya di media sosial, lebih-lebih lagi berkaitan dengan isterinya yang sedia maklum sering menjadi perhatian ramai kerana merasakan golongan ini berkelakuan seperti itu adalah hanya untuk menarik perhatian orang lain.

Terdahulu Che Ta sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila beliau dikatakan disekat ke luar negara berikutan tunggakan cukai yang tinggi. Berang dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan, Che Ta telah mengamuk di Instagram dan bergaduh dengan pengikutnya itu. Namun memang tidak nampak kelibat Zain memberikan kenyataan mempertahankan isterinya. (rkty/w)

Lisa Surihani, Yusry KRU Bakal Timang Anak Kedua

Posted: 11 Nov 2016 05:58 AM PST

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan suami isteri, Lisa Surihani dan juga Yusry KRU kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Yusry melalui muatnaik gambar di akaun Instagram miliknya.

BACA: Yusry KRU Kongsikan Gambar Terbaru Anak

8-lisa-surihani-yusry-kru-bakal-timang-anak-kedua-rotikaya

Melalui perkongsian Yusry itu, dia menyatakan rasa syukur dan juga teruja untuk menyambut kehadiran insan baru. Malah Yusry juga sempat menyatakan harapan buat anak pertama mereka, Yahaira Leanne agar menjadi seorang kakak yang penyayang.

Berita gembira tersebut ternyata memberi kejutan kepada peminat mereka malah dalam masa yang sama, pasangan ini turut menerima ucapan tahniah tidak henti henti selain ada yang sudah tidak sabar menanti kehadiran adik Yahaira.

Apa pun, semoga segala persiapan mereka berjalan lancar. Selain itu, peminat juga turut mendoakan agar kesihatan Lisa sentiasa dalam keadaan baik sepanjang dalam tempoh hamil. (rtky/s)

7-lisa-surihani-yusry-kru-bakal-timang-anak-kedua-rotikaya 6-lisa-surihani-yusry-kru-bakal-timang-anak-kedua-rotikaya 5-lisa-surihani-yusry-kru-bakal-timang-anak-kedua-rotikaya 4-lisa-surihani-yusry-kru-bakal-timang-anak-kedua-rotikaya 3-lisa-surihani-yusry-kru-bakal-timang-anak-kedua-rotikaya 1-lisa-surihani-yusry-kru-bakal-timang-anak-kedua-rotikaya

Amar Baharin & Amyra Rosli Selamat Diijabkabul

Posted: 11 Nov 2016 02:16 AM PST

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Amar Baharin dan juga Amyra Rosli kerana telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 5.15 petang tadi. Pasangan merpati sejoli ini dinikahkan bapa Amyra atau nama penuhnya Nur Amirra Izzati, Rosli Awang.

BACA: Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Dalam majlis yang diadakan di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, Amyra menerima mas kahwin RM1,111 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada Amar. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis resepsi Amyra akan berlangsung malam esok di lokasi sama, manakala majlis menyambut menantu di sebelah pihak keluarga lelaki pula akan diadakan di Ampang, Selangor pada 19 November ini.

Selain itu, BH Online juga melaporkan bahawa majlis pernikahan pasangan ini turut dihadiri rakan selebriti malah keluarga dan sanak saudara mereka turut menyaksikan pasangan mempelai memotong kek bertatahkan kristal Swarovski. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Hlive

1-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 2-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 3-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 4-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 5-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 6-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 1-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 2-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 3-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 4-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 5-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya 6-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul-rotikaya

5 Punca 15GB Data Sekarang Memang Tak Cukup

Posted: 10 Nov 2016 08:36 PM PST

Okay, sekarang duduk diam diam dan cuba anda fikirkan kenapa data 15GB sekarang dah tak cukup? Sedar atau tidak, anda mungkin sedang membaca artikel ini di telefon pintar anda guna mobile data.

Memang bengang jugak kalau tengah layan internet tiba tiba ada mesej dari telco masuk kata kuota dah nak habis. Jika anda rasa 5 punca yang senaraikan di bawah sama dengan situasi yang dihadapi sekarang, kita memang geng.

1. Kita Banyak Muatnaik Gambar

2-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Cuba buka Facebook sekarang. Selain gambar anak anak kawan anda yang baru kahwin, pasti ada juga yang kongsikan gambar makanan. Tapi rupa rupanya anda pun kuat juga muatnaik gambar selfie. Lagi lagi bila sampai hujung minggu, semua aktiviti kita nak kongsikan, bukan?

2. Banyak Sangat Guna Waze, Google Maps

6-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Ini juga antara salah satu penyumbang terbanyak kehabisan data. Kami faham anda semua memang menepati waktu orangnya dan tidak mahu sesat. Jangan main main, aplikasi GPS memang jadi satu keperluan dah buat masa sekarang. Namun jika ada pelan data 20GB macam Digi tawarkan, tak payah susah susah nak kira berapa baki data lepas guna GPS.

3. Layan Netflix, iFlix & Youtube Tanpa Henti

1-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Bab layan movie ini, biasanya memang hujung minggu biasa jadi masa yang paling sesuai. Selagi tak habis layan satu musim drama bersiri yang ada, memang tak keluar rumah. Tapi risau jugak bila tengah layan tiba-tiba data habis, serius tak kelakar!

Peka dengan situasi macam ni, Digi sekarang sudah ada pelan pascabayar (postpaid) terbaru. Kali ini Digi bagi 10GB untuk hari biasa (weekdays) dan 10GB (percuma!) untuk hujung minggu.

1-5-punca-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Lagi menarik, tiada limit untuk anda gunakan 10GB untuk hujung minggu tu. Nak layan berapa musim pun tiada masalah punyalah. Yang penting, anda boleh gunakan 10GB data tersebut di hujung minggu. 2GB untuk minggu pertama, 2GB untuk minggu kedua, dan 3GB untuk minggu ketiga dan keempat.

Jangan risau, yang 10GB untuk weekdays tu memang tak terusik di hujung minggu. Nak pulun layan movie di pejabat pun boleh, asalkan jangan sampai bos tahu.

Dengan pelan pascabayar terbaru Digi yang bermula serendah RM50 ini, memang tenang hidup anda. Malah jika anda langgan pelan RM80 dan RM110, siap dapat panggilan percuma tanpa had untuk semua rangkaian telco yang ada di Malaysia ni. Fulamak, memang berbaloi tak ingat dunia ni!

2-5-punca-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

4. Main Online Game Tak Henti Henti

5-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Ini pula punca utama bagi mereka yang kuat main permainan di atas talian. Tahap ketagihan yang tinggi untuk bermain permainan atas talian ini sepatutnya selari dengan keperluan data internet yang tinggi. Cuba bayang kalau tengah main Dota dan tengah nak menyerang pihak lawan dan tiba tiba data habis – mengamuk jadinya.

5. Facetime Dengan Yang Tersayang

4-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Bab Facetime atau panggilan video sekarang ini memang jadi satu kemestian. Mana tidaknya, jika nak balik ke kampung sudah yang jauh pastinya memerlukan wang yang banyak. Tapi melalui panggila video, dari jauh pun masih boleh kongsi aktiviti.

Bukankah dah jimat jika guna pelan Digi postpaid terbaru. Tak payah nak risau risau terputus hubungan ketika sedang buat panggilan video. Manakala bagi anda yang mempunyai kekasih, boleh pantau lokasi mereka berada jika buat panggilan video.

KedahLanie.info

Posted: 11 Nov 2016 10:21 AM PST

KedahLanie.info


KALAU TUN M KERETA ANTIK, NAJIB DAN PEMIMPIN UMNO SEPERTI KERETA APA?

Posted: 11 Nov 2016 06:30 AM PST



Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang kalah pada pilihanraya 1990, tetapi kemudian dikutip oleh Tun Mahathir Mohamad untuk dijadikan menteri, menganggap kehadiran bekas Perdana Menteri itu di Parlimen semalam umpama membawa kereta antik ke perlumbaan Formula 1.

Katanya, kereta antik memang cantik untuk dipandang, namun tidak relevan untuk berlumba.

Annuar berkata demikian untuk memperlekeh kehadiran Tun Mahathir buat kali pertama ke Parlimen untuk bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang membincangkan mengenai kencenderungan kerajaan menggunakan ancaman OSA dan Akta Hasutan terhadap mereka.

Tun Mahathir, selain mengatakan Bangunan Parliman sekarang hanya cantik di luaran tetapi tidak dalam pengisian, juga mengimbas era pemerintahannya selama 22 tahun yang tidak pernah menghalang kebebasan bersuara di Parlimen, meskipun pelbagai tuduhan liar seperti Mahazalim dan Mahafiraun sering ditujukan kepadanya.

Mesej kehadiran beliau tentu saja difahami oleh rakyat dan menunjukkan wujudnya perbezaan yang ketara dengan pemerintahan Najib Razak sekarang.
Sebagai Ketua Penerangan UMNO dan mungkin masih berharap untuk dilantik semula sebagai menteri, kerja Annuar selain membela Najib, tentu saja memperlekeh apa jua yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Dengan mengumpamakan bekas Perdana Menteri itu  seperti kereta antik, walaupun bertujuan memperlekeh, Annuar yang kini merupakan antara panglima Najib Razak, secara tidak langsung mengakui  kehebatan dan bernilai tingginya Tun Mahathir di mata umum.

Tun Mahathir dengan gambaran yang sedemikian, bermakna tidak pernah susut harga dan sentiasa bernilai tinggi kepada rakyat jelata.

Tetapi, jika Tun Mahathir digambarkan seperti kereta antik, Najib  selayaknya diumpamakan seperti apa pula?

Kereta potong? Kereta recond? Kereta remote control?

Atau kereta yang sudah rosak di sana sini dan wajib dijual dan ditukar dengan yang baru?

Begitu juga dengan barisan anggota kabinet dan pemimpin UMNO yang ada, mereka sebenarnya seperti apa?

Tidakkah hampir semuanya tidak lebih bagaikan kereta potong atau kereta recond yang hanya kelihatan cantik di atas jalan, sebaliknya banyak bertampal serta berkimpal di sana sini?

Malah, jika pun mahu disamakan seperti kereta Formula 1, tiada di antara mereka, termasuk Najib yang layak pun untuk menghabiskan pusingan perlumbaan sehingga tamat persaingan.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada, termasuk Annuar Musa antaranya,  hanya tahu mengaum dan menderum dengan kuat, tetapi seperti kebanyakan kereta Formula 1 tidak berjenama terkenal atau sentiasa kurang bajet, sering saja terkandas dan terbabas seawal pusingan pertama lagi.

Hanya jika ada tambahan bajet atau munculnya penaja, barulah mereka akan mengaum dan menderum lagi di perlumbaan seterusnya, tetapi tetap tidak mampu menamatkan pusingan, jauh sekali mengimpikan menaiki podium.

Sebaliknya, kereta antik tetap berseri dan nilainya bertambah tinggi dengan semakin berlalunya masa. (SH 09/11/2016).

Isu Lesen Hiburan di Daerah Kuala Muda - Kerajaan Negeri BN luluskan 53 lesen baru

Posted: 11 Nov 2016 05:30 AM PST

Kenyataan Media YB Simon Ooi Tze Min, 
ADUN Bakar Arang 
merangkap Timbalan Ketua AMK Kedah

Isu Lesen Hiburan di Daerah Kuala Muda



1. Dalam soalan bertulis sidang DUN Kedah bulan Ogos, saya bertanya mengenai berapa lesen hiburan telah dikeluarkan dalam tahun 2015 dan 2016 mengikut daerah dan jenis lesen, pihak kerajaan telah memberi jawapan.

2. Adalah luar biasa bagi lesen hiburan keluarga dalam tahun 2016 setakat Ogos sudah sebanyak 53 lesen baru dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kuala Muda. Jumlah lesen dikeluarkan di Daerah Kuala Muda adalah sangat banyak berbanding tahun 2015 hanya 9 dan daerah lain seperti Kota Setar dan Kulim.

3. Saya sangat khuatir adakah lesen hiburan keluarga ini termasuk pusat judi haram yang banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di Sungai Petani.

4. Saya menyeru Pejabat Daerah mengumumkan dimana lokasi premis 53 pusat hiburan keluarga ini dan apakah jenis hiburan keluarga yang dibekal oleh mereka.

5. Oleh kerana Menteri Besar Kedah berlaku pertukaran pada 4 Februari 2016 daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Datuk Seri Ahmad Bashah, Menteri Besar baru Datuk Seri Ahmad Bashah wajar memberi penjelasan kenapa kerajaan memberi lesen hiburan keluarga yang banyak selepas beliau mengambil alih jawatan MB.

6. Pusat judi ini sangat membawa parah kepada masyarakat, saya mendesak kerajaan negeri serius untuk membanteras aktiviti judi haram di negeri ini.


KEMENANGAN TRUMP ADALAH FENOMENA 'ANTI ESTABLISHMENT' - MAHFUZ

Posted: 11 Nov 2016 04:25 AM PST

Kenyataan Media

1. Fenomena Brexit di Britain yang memaksa PM Britain meletakan jawatan dan kemenangan Donald Trump di Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat adalah fenomena 'anti establishment' dari rakyat kepada golongan pemerintah.Fenomena ini jugalah yang mempengaruhi kemenangan Rodrigo Duterte sebagai Presiden di Filipina, yang merupakan manifestasi 'anti establishment' terhadap golongan kleptokrasi Filipina .

2. Rakyat bila dah 'cemuih', meluat dan menyampah (fed up) walaupun Trump tidak popular dan di label sebagai 'kaki perempuan' serta tidak mempunyai jentera yang kuat,juga tidak didukung oleh kepimpinan partinya sendiri iaitu Republikan, tetapi matlamat rakyat bawahan ialah mahu keluar dari bebanan kos hidup yang tinggi yang gagal ditanggani oleh pemerintah.

Melalui Piliharaya Presiden adalah kesempatan serta peluang yang diambil rakyat untuk melakukan reformasi menyekat kesinanambungan kuasa politik Demokrat untuk terus memerintah Amerika, maka rakyat memilih Trump dari Republikan.

3. "Saya bukanlah penyokong Trump mahupun Hillary Clinton tetapi saya begitu teruja dengan keberanian dan kebijaksanaan rakyat marhaen Amerika walaupun mereka lebih senang dari rakyat Malaysia,mereka berani bangkit melakukan reformasi terhadap kerajaan yang pada mereka gagal melindungi dan memperbaiki taraf hidup rakyat marhaen".

Saya percaya mungkin juga mereka pernah digula-gulakan seperti BR1M ,dengan retorik perkauman dan keagamaan serta disumbat dengan projek-projek berbilion dollar sepanjang Obama dan Demokrat memerintah Amerika, tetapi bila mereka dah 'cemuih' dan meluat , mereka akan 'humban' parti yang memerintah".

4. Diharap juga,fenomena sebegini akan berlaku pada PRU14 di Malaysia.Rakyat perlu berani dan bijak untuk buat pilihan. Keadaan pemerintah 'kleptokrasi' di Malaysia lebih buruk jika dibanding dengan Amerika, begitu juga dengan beban kos sara hidup rakyat marhaen yang tinggi berbanding dengan pendapatan. Sudah sewajarnya rakyat bangkit membuat perubahan dengan 'menghumban' UmnoBn. Semua pemerintah persekutuan atau negeri di Malaysia perlu bersedia berdepan dengan rakyat. Ingat!.. one day the 'rakyat' will kick U out!

*_#SingkirPemerintahKleptokrasi_*.
*_#PilihKerajaanBerintegriti_*.
*_#SelamatkanMalaysia_*
*_#RakyatTidakMudahDigulaGulakan_*
*_#UbahDemiMasaDepan_*

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
16:30pm Parlimen Malaysia
10 Nov 2016/10 Safar 1438H

Trump menang: Pengajaran besar kepada badan pengkaji pendapat

Posted: 11 Nov 2016 03:25 AM PST

 http://www.mcclatchydc.com/news/politics-government/election/jb6tfa-Trump.jpg/alternates/LANDSCAPE_768/Trump.jpg
Semua pembuat kajian (pollsters) di negara ini diminta mengambil pengajaran dari kemenangan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat apabila ke semua ramalan berdasarkan hasil kajian mereka sebelum pemilihan itu terbukti tidak benar.

"Terbukti semua dapatan kajian persepsi dan pollsters, badan pengkaji pendapat awam yang meramalkan kemenangan Hilary Clinton tidak betul.

"Jadi kita di Malaysia yang membuat kajian pilihan raya ini perlu berhati-hati dan mengemukakan data sebenar dari pengundi," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, sebuah badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini.

Hisomuddin Bakar bimbang kegagalan pollsters di Amerika mengganggu industri yang sama di negara ini.Hisom mengulas kegagalan besar hampir kesemua badan pengkaji dan pollsters di Amerika yang meramalkan Clinton bakal menang dalam pemilihan itu.

Beliau bimbang, institusi badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini akan terbantut dengan apa yang berlaku di Amerika.

Para pengkaji atau pollsters meramalkan Clinton akan menang mudah dalam pemilihan semalam dengan memberi peratusan sehingga 85% dalam ramalan mereka.

Apabila Donald Trump menang, ia telah memberikan suatu kejutan besar kepada badan-badan pengkaji di Amerika yang selama ini dianggap mempunyai disiplin kajian yang tinggi.

Dalam menghadapi perkara ini, Hisom berkata, Ilham akan mengekalkan pendekatan kajian mereka dengan menemubual respondan secara bersemuka bukan melalui pendekatan lain.

"Ini kerana dengan cara ini kita akan dapat mengetahui dengan lebih jelas pendapat mereka tentang sesuatu perkara melalui jawapan, body language, penolakan atau pandangan sebenar mereka dalam apa-apa isu berbanding kita membuat tinjauan random atau melalui telefon," kata Hisom kepada Malaysia Dateline.

Hisom meletakkan kesilapan kajian berlaku apabila 'silent majoriti' besar dalam sesuatu masyarakat yang menjadi sasaran kajian itu.

"Kita tidak dapat ukur pendapat orang yang diam atau tidak mahu memberikan pandangan. Apabila semakin besar angka ini, kebolehan untuk silap semakin tinggi," kata Hisom yang selama ini banyak membuat kajian pilihan raya di Malaysia.

Hisom juga berkata, wawancara yang lebih mendalam juga boleh mengurangkan risiko kajian yang dibuat silap.

"In-depth interview (temubual yang mendalam) penting untuk mengurangkan risiko kesilapan dalam kajian berbanding dengan kajian persepsi semata-mata kerana persepsi hanya lapisan atas sahaja, tidak semesti yang sebenarnya.

"Misalnya kita tanya, PKR popular ke, dia jawab popular. Adakah dia akan undi PKR, saya rasa belum tentu kecuali kita tanya soalan lebih mendalam lagi," kata Hisom lagi.

Atas dasar itu, katanya, In-depth interview adalah cara yang lebih tepat dalam mendapatkan hasil kajian yang tepat walaupun memakan masa yang lebih lama dan kos yang lebih tinggi.

Badan pengkaji atau pollsters di Amerika memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk mengkaji kenapa mereka silap dalam ramalan mereka dalam pemilihan di Amerika semalam.

"Hampir kesemua pengkaji (polls) teruk, termasuk kami," kata Patrick Murray, pengarah Monmouth University Polling Institute kepada fivethirtyeight.com, badan pengkaji politik.

"Tetapi jika ada yang fikir mereka ada jawapannya sekarang, mereka hanya agak-agak sahaja," kata Murray kepada laman itu.

Kerajaan beri kontrak ECRL kepada China tanpa tahu harga, soal Pua

Posted: 11 Nov 2016 02:16 AM PST

 pua-liow-ecrl-1
PETALING JAYA: DAP menyelar Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana mendakwa menteri pengangkutan itu tidak tahu menahu mengenai kontrak berbilion ringgit yang dianugerahkan kepada China Railway untuk Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Ia selepas Liow mempersoalkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyifatkan nilai kontrak ECRL sebagai tertinggi di dunia berbanding pembinaan landasan kereta api di beberapa negara lain.

"Bukan ahli Parlimen pembangkang yang menyebut jumlah RM55 bilion sebagai kos projek landasan sepanjang 600km itu. Ia disebut Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumkan nilai projek itu dalam Bajet 2017 yang disiarkan ke seluruh negara melalui televisyen," kata Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP, dalam kenyataan hari ini.

Najib berkata ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu sebelum berakhir di Tumpat, akan menelan belanja RM55 bilion.

ECRL yang menggunakan dana China merupakan sebahagian besar daripada 14 perjanjian bernilai RM144 bilion yang dimeterai ketika lawatan rasmi Najib ke Beijing baru-baru ini.

Bagaimanapun, Liow dilaporkan The Star sebagai berkata kerajaan masih dalam rundingan mengenai kos ECRL.

"Apabila kami melaksanakan projek itu, kami akan memberitahu kepada umum berapa sebenarnya kos setiap kilometer," kata Liow yang mempertikaikan Pua.

Pua mempersoalkan sama ada kerajaan menganugerahkan kontrak itu tanpa terlebih dahulu mencapai persetujuan mengenai kos.

"Bukan sahaja kerajaan gagal memastikan tender terbuka dalam penganugerahan projek itu bagi memastikan pembayar cuka mendapat pulangan nilai wang mereka, Liow kini berkata kerajaan menandatangai kontrak berbilion ringgit dengan sebuah syarikat asing tanpa berunding harga projek itu!" kata Pua.

Pua berkata kerajaan perlu mendedahkan isi perjanjian yang dimeterai dengan China Communication Construction Company dan China Exim Bank, di samping kajian konsultan yang dilantik kerajaan mengenai projek ECRL itu.

Ini sekadar RUMOURS pemain-pemain KEDAH FA 2017

Posted: 10 Nov 2016 11:23 PM PST

RUMOURS KEDAH FA 2017

Status Tempatan
Kekal:
1.   Abdul Hadi Hamid
2.   Syazwan Abdullah
3 .  Syawal Nordin
4 .  Osman Mohd Yusoff
5 .  Raphi Azizan
6 .  Khairul Helmi
7.   Syazwan Tajuddin
8.   Ariff Farhan
9.   Asri Mardzuki
10. Baddrol Bakhtiar
11. Abdul Halim Saari
12. Farhan Roslan
13. Hanif Mat Dzahir
14. Syazuan Hazani
15. Syafiq Ahmad

Keluar :
1. Shafizan Hashim (bersara)
2. Amar Rohidan (tidak dipastikan)
3. Sabree Abu (perak)
4. Farhan Abu Bakar (tidak dipastikan)
5. Shazuan Ashraf Mathew (tidak dipastikan)
6. Alif Fadhil (jadi cikgu)
7. Azmeer Yusof (mohon dilepaskan)
8. Ahmad Fakri Saarani (tidak dipastikan)

Masuk :
1) Gary Steven Robbat
2) Shakir Shaari
3) Nor Shahrul Idlan Talaha
Masih dlm perbincangan

Masih belum membuat keputusan:
1. Rizal Ghazali (2 tawaran)
2. Syazwan Zainon (Felda United)
3. Amirul Hisyam (tidak dipastikan)
4. Ifwat Akmal (5 tawaran)

Status Import :
Keluar:
1. Bang Seung Hwan (tidak disambung kontrak)
2. Thiago Augusto (kembali ke Felda)
3. Liridon Krasniqi (masih memikirkan kerana mendapat offer lumayan dari Melaka United dan JDT)
4. Shane Edward Smeltz (kembali ke pasukan asal)

Masuk:
1. 2 pemain import dari Bosnia
2. Baihakki Khaizan (import asia)
3. Sandro Da Silva Mendonca (kembali dari kecederaan)

P/s: harap hampa faham maksud rumours

myartis.com

Posted: 11 Nov 2016 02:31 AM PST

myartis.com


HEMBUS NAFAS TERAKHIR - ZAINAL TJ SELAMAT DIKEBUMIKAN

Posted: 10 Nov 2016 06:42 PM PST



Bekas pelakon dan pengarah, Zainal TJ atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad, 54, telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 5 pagi semalam. Lebih menyedihkan apabila hasrat Allahyarham untuk bertemu rakan-rakan seangkatan dalam bidang seni buat kali terakhir tidak kesampaian.

Isterinya Ida Yuhana Sulaiman, 45, berkata, Allahyarham suaminya sering berharap agar rakan-rakannya datang melawat namun kecewa kerana tiada seorang pun berbuat demikian ketika dia terlantar sakit.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SYATILLA MELVIN KONGSI VIDEO IMBASAN KANDUNGAN

Posted: 10 Nov 2016 04:45 PM PST



Menerusi laman Instagram isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin telah memuatnaik video imbasan kandungannya buat tatapan peminatnya.

"Bismillah... Alhamdulillah di atas rezeki yang tak terhingga ini Ya Allah. Doakan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan Allah Insyaallah, amin," kata Syatilla sambil berkongsi video imbasan kandungannya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 GAMBAR - BILA JEP SEPAHTU GELAR SARIYANTI 'BIDADARI'

Posted: 10 Nov 2016 03:45 PM PST



"Benarlah bidadari itu wujud.. Happy birthday @sariyanti. Semoga yang baik-baik saja buat kamu," demikian ucap Jep Sepahtu kepada Sari Yanti yang menyambut hari lahirnya kelmarin (9 November).

Meskipun gosip mereka telah wujud sejak beberapa bulan lalu ketika mereka bersama di Jepun, namun gambar terbaru ini seolah menguatkan lagi hubungan tersebut hingga ada peminat yang mendoakan jodoh mereka berdua.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TAHNIAH - ISTERI NUBHAN KEMBALI HAMIL

Posted: 10 Nov 2016 02:50 PM PST



Sebelum ini, pasangan Nubhan dan Afifah Hidayah diberi ujian yang hebat sekali apabila kandungan berusia tujuh minggu yang dikandung isteri Nubhan mengalami keguguran.

Namun kali ini, kesedihannya terubat kembali kerana Allah SWT telah memperkenankan doa mereka untuk menimang cahaya mata ketika berkunjung ke Mekah baru-baru.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Nubhan di laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar imbasan kandungan isterinya itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 11 Nov 2016 02:27 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Lima Murid Pompuan Kena Tahan Rakam Gambaq Guru Di Tandaih

Posted: 11 Nov 2016 02:02 AM PST


Lima murid sekolah rendah di Johoq baghu telah ditangkap pasai merakam gambaq guru depa di dalam tandaih lapoq Orientai Daily soghang murid telah memaklumkan perkara tu kepada gurunya pada Ahad ...

Google Berkongsi Trend Semasa Dalam Penggunaan Dan Penemuan Aplikasi Mudah Alih

Posted: 11 Nov 2016 12:22 AM PST


Pada hari ni telefon pintaq telah menjadi salah satu peranti yang serin berada bersama seseoghang pengguna Dan bercakap pasai telefon pintaq sendiri salah satu komponen utama yang terkenai pada...

Tujahan Lidah Sesumpah Terpantaih Di Dunia

Posted: 11 Nov 2016 12:02 AM PST


Perbuatan mengeluaqkan lidah barangkali satu perkara yang kerap dilaku oleh bayi Namun bagi sesumpah ia merupakan satu perkara yang perlu dilaku untuk meneruihkan kehidupan Reptilia yang mampu ...

5 Punca 15gb Data La La Nih Memang Tak Cukup

Posted: 10 Nov 2016 10:42 PM PST


Okay la la nih duduk diam diam dan cuba try test hampa pikiaqkan awat data 15GB la la nih dah tak cukup Sedaq atau tak hampa barangkali sedang membaca artikel ni di telefon pintaq hampa guna mob...

Asus Gx800 Laptop Palin Berkuasa Di Dunia Memasuki Pasaran Malaysia

Posted: 10 Nov 2016 10:32 PM PST


Kali pertama diumumkan di Computex 2016 awai tahun ni ASUS Republic of Gamers akhiaqnya telah melepaihkan ASUS GX800 Liquid Coolant Gamin Laptop memasuki pasaran Malaysia ASUS GX800 ghamai dok k...

Selepaih Ufeel Lite Ufeel La Nih Wiko Tampil Dengan Ufeel Prime Yang Lebih Mengkagumkan

Posted: 10 Nov 2016 07:30 PM PST


Oh my oh my oh my Diri ni la la nih sedang dok ada dalam keadaan teruja serta excited yang amat sangat Ingat lagi tak perkongsian toknek tentang pasai jenama telefon pintaq Wiko yang telah me...

Dah 6 Bulan Tak Tinggai Sebumbung Dira Abu Zahaq Sedang Tunggu Keputusan Mahkamah

Posted: 10 Nov 2016 07:28 PM PST


Sebelum ni ada ura ura tentang pasai keruntuhan rumah tangga Dira Abu Zahaq dan suaminya Helmi Yusof Namun Dira telah takmau mengaku dakwaan hat sama dok habaq tadi dan menyatakan yang dirinya m...

Bibit Bibit Cinta Mula Berputik Antara Jep Sepahtu Sari Yanti

Posted: 10 Nov 2016 07:26 PM PST


Sekiranya hampa serin mendengaq Sinar FM tentu hampa akan sedaq yang memba sekonti Jep Sepahtu keghap dok dengaq mengusiknya tentang pasai percintaan Nampak macam Jep Sepahtu sedang angau bercin...

11 Benda Yang Tak Boleh Hampa Lepaihkan Sempena Jualan 11 11 Di Lazada

Posted: 10 Nov 2016 07:24 PM PST


Tarikh hari ni ialah 11 11 2016 Tarikh yang cukup cun dan menarik lebih lebih lagi apabila Lazada Malaysia sedang mengadakan jualan Online Revolution bermula hari ni sehingga 14 Disember kela...

111 Produk Didiskaun Sehingga 90 Banyak Lagi Promosi Awesome Sempena Shopee 11 11 Sales

Posted: 10 Nov 2016 07:22 PM PST


Tarikh hari ni ialah 11 11 dan dah tentu toknek ada somethin yang SUPER SPECIAL untuk dikongsikan dengan hampa Sepanjang hari 11 November Shopee 11 11 Sales akan berlangsung dengan pelbagai di...

Buah Cerbera Odollam Tersenarai Tumbuhan Palin Beracun Di Dunia

Posted: 10 Nov 2016 06:02 PM PST


konfem ghamai yang penah tengok tanaman ni namun barangkali ada yang belum tau buah ni telah disenaraikan sebagai antara buah yang palin berbahaya Sebelum diterangkan lebih lanjut kesan negatifn...

Ribuan Ikan Meninggai Dunia Di Sungai Bernam

Posted: 10 Nov 2016 11:02 AM PST


HULU BERNAM Ribuan ikan di Sungai Bernam sempadan negeri Selangoq dan Perak dekat sini ditemui meninggai dunia dipercayai akibat pencemaran kemarin Ketua Kampung Sungai Selisik Ishak Ahmad 50...

Cheq Neelofa Masih Dok Keluaq Bersama

Posted: 10 Nov 2016 10:44 AM PST


Bagi peminat yang mahukan pasangan ni bersatu hampa barangkali boleh ghenyih lebaq la nih apabila Fattah Amin mengakui bahawa dirinya dan Neelofa serin berhubung antara satu sama lain walaupun dra...

Isteri Nubhan Af Konfem Mengandung Anak Pertama

Posted: 10 Nov 2016 10:42 AM PST


Tahniah diucapkan kepada Nubhan Ahmad yang bakai bergelaq bapak tak lama lagi apabila isterinya Afifah Hidayah la nih sedang mengandung anak pertama depa berita baik tu dikongsi oleh Nubhan mene...

Kucin Bermata Julin Mencayaqkan Hati Yang Melihatnya

Posted: 10 Nov 2016 05:44 AM PST


Kucin Siam dari Jepun ni seekoq kucin artis Sol kun mendapat pengikut seramai 142 000 di Instagram Matanya berwarna biru yang julin telah menarik perhatian ghamai oghang

Pelanggan Di Sebuah Hotel Telah Tidoq Dengan Mayat

Posted: 10 Nov 2016 05:42 AM PST


Beberapa oghang pelanggan yang menginap di Hotel El Senadoq di bilik bernombot 323 bandaq Mexico telah tidoq bersama sama dengan mayat soghang pompuan yang telah dibunuh Mayat hat sama dok habaq...

Lelaki Bocoq Kepala Kena Ghimbok Selepaih Kantoi Beromen Dengan Isteri Oghang

Posted: 10 Nov 2016 04:02 AM PST


Muka berdarah lebam di mata kiri dan ada luka tercucuk di kaki soghang lelaki terpaksa dihantaq ke Hospitai Sibu awai pagi kemarin selepaih kena ghimbok suami kepada kekasih gelapnya Dalam kej...

5 Ciri Utama Pada Wiko Ufeel Prime Yang Perlu Diketahui

Posted: 10 Nov 2016 03:24 AM PST


Pada tahun ni Wiko telah mengumumkan siri peranti telefon pintaq depa iaitu Ufeel yang mensasaqkan golongan muda disampin menawaqkan peranti hat sama dok habaq tadi pada ghega yang berbaloi Terk...

Ulasan One Pluih 3 Semakin Lebih Kughang Membunuh Peranti Utama

Posted: 10 Nov 2016 03:22 AM PST


Kali pertama jengoi tiga tahun yang lepaih OnePluih angkuh dengan penggunaan moto flagship killer Kempen viral memaksa pengguna yang mahukan OnePluih 1 secara chemeyy untuk memecahkan peranti ...

Apa Tu Fenomena Supermoon

Posted: 10 Nov 2016 03:02 AM PST


Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besaq dan terang Bulan akan dilihat 14 peratuih lebih besaq dan 30 ...

Gadih Ni Terdesak Sehingga Menjuai Dirinya Demi Menyelamatkan Ibunya

Posted: 10 Nov 2016 02:42 AM PST


soghang gadih di China berumoq 19 tahun bertekad menjuai dirinya di media so siall untuk membantu ibunya yang menghidap sakit kanser Cao Mengyuan telah mengiklankan dirinya di WeChat Dia memakl...

Taktik Soros Rakyat Amerika Yang Tak Berpuas Hati Kemenangan Trump Laku Yang Sama Macam Selepaih Pru 2013

Posted: 10 Nov 2016 02:32 AM PST


Setelah selesai penilihan Presiden Amerika yang di menangi oleh Donald Trump la nih sebahagian rakyat Amerika masih dok tak berpuas hati dengan kemenangan beliau Himpunan Blackout dan menghitamk...

beautifulnara

Posted: 11 Nov 2016 02:14 AM PST

beautifulnara


Bibit-Bibit Cinta Mula Berputik Antara Jep Sepahtu & Sari Yanti?

Posted: 10 Nov 2016 07:10 PM PST

Sekiranya anda sering mendengar Sinar FM, tentu anda akan sedar yang rakan sekonti Jep Sepahtu seringkali mengusiknya tentang percintaan. Nampak seperti Jep Sepahtu sedang angau bercinta dan nama yang sering disebut-sebut oleh rakan sekonti Jep tak lain tak bukan ialah Sari Yanti. Berdasarkan pemerhatian Abang Nara di Instagram, Jep telah kelihatan menyambut hari jadi Sari Yanti bersama-sama baru-baru ini.

jep

Apa yang menariknya ialah caption yang telah digunakan oleh Jep. Memang sweet romantik tahap tertinggi.

Benarlah bidadari itu wujud ????.. Happy birthday @sariyanti ???? Semoga yang baik2 saja buat kamu

Memang awesome sungguh ayat pick up line Jep. Tak tahulah benar ke tidak mereka berdua ini bercinta. Namun desas-desus ini telah ditimbulkan apabila Jep telah membalas satu gambar panahan Sari Yanti yang telah dimuatnaik di Instagram.

jep2

jep3

Kah, kah, kah. Memang kelakar Jep nie. Untunglah Sari Yanti dapat seorang lelaki yang kelakar. Pasti bahagia sepanjang hanyat. Jep pun untunglah dapat seorang awek yang cun melecun macam Sari Yanti.

jep4

Sekiranya benar mereka berdua bercinta, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Kalau tak betul, apa salahnya jadi betul. Dua-dua pun single mingle. Sama cantik sama padan pulak tue. Apa kata anda? Sesuai ke tidak?

Sudah 6 Bulan Tidak Tinggal Sebumbung, Dira Abu Zahar Sedang Tunggu Keputusan Mahkamah

Posted: 10 Nov 2016 06:58 PM PST

Sebelum ini ada desas-desus tentang keruntuhan rumah tangga Dira Abu Zahar dan suaminya, Helmi Yusof. Namun Dira telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan yang dirinya masih bergelar seorang isteri. Namun enggan membenarkan para peminat berteka-teki, akhirnya Dira tampil membuat pengakuan tentang status perkahwinannya.

dira abu zahar cerai

Dira mengakui yang dirinya dan suami sudah tidak tinggal sebumbung sejak 6 bulan yang lalu. Mereka kini sedang menunggu keputusan mahkamah berkaitan penceraian. Apa pun, keretakan perkahwinan mereka bukanlah kerana kewujudan orang ketiga sebaliknya kerana kesibukan Dira dan suami. Kata Dira:-

Memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini. Baik saya mahupun dia, masing-masing meneruskan kerja kami seperti biasa. Saya sendiri ketika ini hanya menunggu keputusan rasmi kerana ia turut membabitkan pihak mahkamah, ada perkara belum diselesaikan.

Keretakan hubungan kami berpunca dari diri kami sendiri yang gagal mengurus masa ekoran sibuk dengan tuntutan kerja sehingga tanggungjawab sebagai suami isteri terabai

dira

Sesungguhnya tiada manusia yang mahukan sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan penceraian. Namun kalau sudah sampai di sini saja jodohnya, siapalah kita untuk menilai baik dan buruk pasangan tersebut. Semoga Dira dan Helmi akan lebih tenang selepas ini. Sama-sama kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Selepas Ufeel Lite & Ufeel, Kini Wiko Tampil Dengan Ufeel Prime Yang Lebih Mengkagumkan

Posted: 10 Nov 2016 06:30 PM PST

Oh my, oh my, oh my. Diri ini sekarang sedang berada dalam keadaan teruja serta excited yang amat sangat. Ingat lagi tak perkongsian Abang Nara tentang jenama telefon pintar Wiko yang telah mengeluarkan Wiko Ufeel Lite dan juga Wiko Ufeel? Kini, jenama telefon dari Perancis ini telah melancarkan satu lagi produk dari keluarga Ufeel iaitu Ufeel Prime.

Cantik kan? Terkesima sekejap Abang Nara melihatnya. Memang nampak premium sangat-sangat Wiko Ufeel Prime ini. Meh sini Abang Nara kongsikan lagi beberapa kelebihan dan keawesomean Wiko Ufeel Prime yang akan membuatkan korang rasa nak beli hari ini juga.


1. 5 fingerprints untuk 5 aksi

wikoFungsi 5 jenis imbasan jari untuk 5 melakukan 5 aksi berbeza adalah ciri yang paling hebat di dalam Wiko Ufeel Prime ini (Wiko Ufeel dan Ufeel Lite pun ada fungsi ini). Korang boleh scan ibu jari untuk bukak Facebook, jari telunjuk untuk buka Instagram, jari tengah untuk bukak YouTube, jari manis untuk baca email dan jari kelingking untuk telefon awek/bf/pakwe. Semuanya boleh dicustomize mengikut kehendak anda. Memang jimat masa dan nampak lebih macho serta cool.


2.Rekaan yang sangat premium

 photo 2_1.jpeg

Pertama kali Abang Nara memegang Wiko Ufeel Prime ini, memang jatuh cinta dibuatnya. Rekaannya memang premium. Cantik sangat-sangat. Size pun sedap-sedap je untuk dipegang. Tak besar sangat, tak kecil sangat. Wiko Ufeel Prime ini didatangkan dengan unibody metal design dan 2.5D glass yang menjamin kepuasan para penggunanya.

3. Kamera yang superb
 photo 3_1.jpeg

Kamera belakang Wiko Ufeel Prime ini didatangkan dalam 13MP, sensor Sony dan dual LED flash yang menjamin kualiti gambar terbaik apabila anda menggunakannya. Abang Nara dah try dah ambil beberapa keping gambar. Memang setanding dengan jenama telefon lain. Malah mungkin lebih baik lagi. Kamera depannya untuk selfie pun boleh tahan hebat jugak iaitu 8MP dan ada selfie flash. Confirm hensem dan cun bila selfie.

4.Pantas dan powerful

Apa guna beli telefon pintar kalau asyik tersekat-sekat je bila kita gunakan. Dengan Wiko Ufeel Prime, confirm tak ada sebarang halangan dan akan smooth sentiasa. Mana taknya, telefon in dijana dengan 8core Qualcomm processor & 4GB RAM. Tekan je confirm terus bukak. Tak ada nak hang hang nie.

5.Harga yang amat berpatutan
 photo WhatsApp Image 2016-11-11 at 08.30.19.jpeg

Dengan pelbagai ciri premium lain seperti skrin 5 inci full HD dengan full lamination dan CABC teknologi, mula-mula Abang Nara ingatkan harga Wiko Ufeel Prime ini pastinya akan mencecah ribuan ringgit. Ternyata Abang Nara silap. Anda boleh dapatkannya dengan harga RM899. Memang berbaloi-baloi sangat dengan apa yang bakal diperolehi. Abang Nara berani jamin ia akan menjadi pembelian terbaik anda untuk tahun ini.

wiko

Mungkin ada di antara pembaca BeautifulNara yang tidak berapa kenal akan jenama Wiko. Ish,ish, ish. Wiko kini adalah antara 5 jenama telefon pintar yang paling top di Eropah Barat. Pada tahun 2015, sebanyak 8 juta unit telefon pintar Wiko telah terjual di serata dunia. Setiap 4 saat 1 unit akan terjual. Tak perlu diragukan lagi kehebatan dan keawesomean Wiko. Abang Nara pun guna telefon Wiko dan memang amat berpuas hati. Maklumat lanjut boleh layari my-en.wikomobile.com. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Wiko Malaysia sebab banyak lagi ciri-ciri awesome smartphone ini diceritakan dengan lebih terperinci di sana.



111 Produk Didiskaun Sehingga 90% & Banyak Lagi Promosi Awesome Sempena Shopee 11.11 Sales

Posted: 10 Nov 2016 06:10 PM PST

Tarikh hari ini ialah 11.11 dan sudah tentu Abang Nara ada something yang SUPER SPECIAL untuk dikongsikan dengan anda. Sepanjang hari 11 November, Shopee 11.11 Sales akan berlangsung dengan pelbagai diskaun dan tawaran yang sangat awesome. Semua jenis produk ada termasuklah gadjet, produk kecantikan, barangan bayi dan macam-macam lagi. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah:

shopee 11.11

shopee 11.11

Ada seratus sebelas (111) produk yang laku keras di Shopee akan dijual dengan diskaun sehingga 90% hanya pada 11 November 2016. Nak beli krim kecantikan kulit muka? Nak beli dumbell untuk toughkan lengan? Nak beli USB untuk simpan gambar? Semuanya ada dengan harga RUNTUH di TOP 111 hanya di Shopee. Shop di sini.

shopee 11.11

Untuk korang yang suka produk-produk berjenama seperti Casio, Miss Hana, Etude House, Nike dan Adidas, inilah peluang untuk mendapatkan barangan kegemaran anda pada harga yang didiskaun sehingga 50%. Abang Nara ingat nak angkut kasut jogging Adidas sepasang. Harap-harap adalah nanti. Klik sini.

shopee 11

Selain itu ada Flash Sale. Yang ini Abang Nara paling suka sebab akan ada flash sale dengan diskaun sehingga 90% untuk produk Toys, Kids and Babies. Bolehlah Abang Nara beli stok lampin pakai buang banyak-banyak. Tak perlu risau kalau korang anak semua dah besar. Sebab ada kategori lain seperti Mobile & Gadjets, Women’s Fashion serta Health & Beauty yang akan turut sama di”flash sale”kan hanya pada hari ini. Cepat beli di sini.

shopee 11.11

Tak tahu nak beli apa bersempena Shopee 11.11 Sales? Tak payah risau sebab ada kategori “All Time Favourites” untuk korang lihat sendiri produk yang paling disukai ramai di Shopee. Jangan risau diskaun tetap ada. Bolehlah korang cari ilham nak beli apa dengan melihat apa yang tengah femes sekarang ini. Beli tetap kena beli sebab time camnie lah kita nak jimat kaw-kaw punya. Tak gitu? Klik sini untuk tak lepaskan peluang setahun sekali ini.

Nasihat Abang Nara, gunakanlah peluang Shopee 11.11 Sales ini sepenuhnya untuk membeli-belah dengan penjimatan yang sangat banyak. Setahun sekali je boleh dapat harga yang super duper murah macam ini. Selain itu dapat penghantaran percuma kalau korang beli barang-barang dengan nilai minima RM25 dari setiap kedai. Nak shopping klik sini https://goo.gl/57r7tD atau muat turun Shopee di sini https://goo.gl/J1vVhF

#ShopeeMY11

11 Benda Yang Tak Boleh Anda Lepaskan Sempena Jualan 11.11 Di Lazada

Posted: 10 Nov 2016 05:09 PM PST

Tarikh hari ini ialah 11.11.2016. Tarikh yang cukup cantik dan menarik lebih-lebih lagi apabila Lazada Malaysia sedang mengadakan jualan “Online Revolution” bermula hari ini sehingga 14 Disember kelak dengan penawaran diskaun sehingga 95%. Memang rambang mata dibuatnya apabila lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa.

laz

Untuk memudahkan anda yang sudah tidak sabar untuk bershopping, Abang Nara senaraikan 11 barangan yang tidak boleh anda lepaskan bersempena dengan “Online Revolution” dari Lazada ini.

1. iPhone 7 dan iPhone 7 Plus

laz2Tak pernah dibuat orang lagi ada diskaun untuk membeli iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Ini adalah harga paling rendah di Malaysia. Tak akan jumpa di tempat lain dah. Beli sekarang juga dengan klik di sini sebelum anda menyesal.

2. Redmi Note 3
laz3Kalau teringin nak jadi telefon kedua, Redmi Note 3 memang teramat sesuai buat anda. Harganya bersempena “Online Revolution” Lazada hanya RM499 sahaja. Ekslusif hanya di Lazada. Gigil tangan Abang Nara nak klik untuk beli.

3. Mainan untuk anak-anak dari Mattel

laz3

Hot Wheels adalah salah satu permainan kegemaran Aariz. Arissa pula suka patung-patung. Macam-macam pilihan ada di Mattel. Kelabu mata nak pilih mainan untuk anak-anak. Ini kalau diorang tahu mesti suruh beli semua. Time-time diskaun nie lah nak beli banyak-banyak kan?

4. Televisyenlaz4

Selaku seorang yang suka tengok tv, rumah Abang Nara kalau boleh nak tv yang bersaiz besar dengan skrin LED yang tip top. Barulah puas hati tengok. Orang lelaki memang benda lain dia tak kisah sangat. Tapi TV kat rumah mesti dia yang kena pilih. Tak gitu? Haier 49 inci ini boleh didapati dengan harga RM1,111 sahaja. Murah gila kot.

5. Lampin pakai buang anak-anak
laz5

Tahun lepas ketika “Online Revolution”, Abang Nara telah berjaya membeli 5,6 bungkus besar lampin pakai buang untuk anak-anak. Banyak boleh jimat. Harganya memang paling murah di pasaran. Silalah beli banyak-banyak dan buat stok. Confirm tak rugi punya. Siap ada promosi buy 2 free 1 lagi. Untungnya.

6. External Hard Drive

laz6

Gambar kat telefon dah terlalu banyak sampai tak tahu nak simpan mana? Movie kat komputer bersepah sampai hard disk tak cukup? Tak payah susah-susah nak delete bagai. Beli je external hard drive bersempena “Online Revolution” Lazada ini. Lepas tue semua transfer pergi external hard disk. Sempoi je leh bawak jalan-jalan atau bawak balik kampung. Western Digital pulak tue. Confirm kualiti first class.

7. Produk kecantikan Loreal, Maybelline, Garnier
laz750% diskaun untuk produk Loreal, Maybelline dan juga Garnier. Pergh. Memang awesome sangat-sangat. Inilah masanya untuk membeli lipstick, pencuci muka, alat make up dan pelbagai lagi. Korang yang pompuan tahulah nak beli apa kan? Separuh harga tue. Takkan tak nak kot?

8. PlayStation 4 (32% diskaun, kini cuma RM1,299 sahaja)

9. Korean Samyang Hot Chicken Ramen yang femes gila itu kini dijual dengan harga RM39.90 sahaja. Harga asal ialah RM57.60. Sesiapa yang tak pernah try kepedasan mee segera Korea ini, this is the time to try.

10. Segala macam produk Nestle seperti Milo, Maggi, Nescafe, Nestum, Omega, Koko Krunch dan macam-macam lagi kini dijual dengan diskaun sehingga 48%. Inilah masanya untuk anda membuat stok di rumah.

laz8

11. Produk gerudi, kemasan rumah dan macam-macam lagi dari Bosch. Banyak juga diskaun yang diberikan. Kalau nak baiki atau renovate rumah sendiri, inilah masanya untuk korang beli alatan yang bakal digunakan.

Fuh. Sebenarnya ada ribuan produk yang tak boleh korang “miss” sempena “Online Revolution” Lazada ini. Nasihat Abang Nara, kalau ada yang berkenan tue, terus je beli hari ini. Jangan tunggu lama-lama. Lepas itu selalulah buka Facebook Lazada Malaysia sebab banyak informasi terkini akan diberitahu di situ. Selamat bershopping di www.lazada.com.my.

No comments:

Post a Comment