ROTIKAYA Posted: 26 Nov 2016 07:59 PM PST Ayda Jebat Kecewa Telefon Dirampas Ketika Selfie Posted: 26 Nov 2016 07:48 PM PST Kehadiran salah seorang bintang realiti televisyen Running Man dari Korea Selatan, Lee Kwang Soo pastinya sangat dinanti nantikan. Lebih lebih lagi jika anda berpeluang bergambar dengan mereka namun nasib berbeza menimpa Ayda Jebat. BACA: "Semua Tahu Ayda Jebat Lebih Popular Dari Saya"  Semuanya bermula apabila Ayda serta rakan artis yang lain sudah bersedia untuk bergambar bersama Kwang Soo namun sebaik saja mereka semua tersenyum, tiba tiba seorang lelaki (dipercayai pengawal keselamatan) dengan pantas merampas telefon yang dipegang oleh Ayda. Perkara tersebut membuatkan semua selebriti terkejut termasuklah Kwang Soo sendiri. Namun tidak berfikir panjang, Kwang Soo kembali mendapatkan telefon berkenaan dan sambung semula selfie tapi ramai pulak tiba tiba. Sama ada gambar tersebut cantik atau tidak, kami tidak dapat memastikan kualitinya. Meluahkan perasaannya di Twitter, rata rata peminat Ayda turut terkejut dan ada yang emosi di atas kejadian tersebut. Kami kongsikan bersama anda video pendek tersebut. (rtky/s) | Aksi Neelofa Teman Fattah Amin Main Futsal Curi Perhatian Posted: 26 Nov 2016 05:51 PM PST Melihatkan bagaimana rapatnya hubungan di antara pasangan ini, ramai peminat pastinya tertanya tanya status sebenar di antara Neelofa dan juga Fattah Amin. Tidak dinafikan memang ada yang sangat taksub dengan mereka, malah tindakan Neelofa menemani Fattah bermain futsal baru baru ini turut menyemarakkan lagi api fantasi peminat. BACA: Fattah Amin Enggan Komen Gosip Dengan Neelofa  Menurut portal Astro Gempak, rakaman Insat Stories daripada pereka fesyen Rosix Omar (kawan baik Neelofa), mereka dilihat bersama sama ketika berada di gelanggang futsal. Malah aksi Neelofa memberikan air kepada Fattah juga sempat dirakam. Penat ya Fattah? Ternyata kisah di antara pasangan di dalam drama ini akan terus hangat diperkatakan. Malah jika dilihat daripada komen di Instagram Neelofa dan juga Fattah, kebanyakan daripada mereka sangat mengharapkan pasangan ini akan ke jinjang pelamin. Namun hati manusia manalah kita tahu bukan. Jika benar terjalin perasaan sayang dan kasih di antara Neelofa dan Fattah, pastinya mereka akan menjelaskan perkara tersebut bila tiba masanya atau mungkin hubungan mereka hanya atas dasar pemasaran. (rtky/s) | Selamat Bertunang, Siti Saleha Nikah Tahun Depan Posted: 26 Nov 2016 03:03 AM PST Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Siti Saleha kerana telah selamat bertunang bersama cinta hati, Lufti Azhar hari ini. Jelas pelakon ini lagi, dia tidak mahu bertunang lama-lama dan merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan. BACA: Siti Saleha Dilamar Kekasih Di Mexico? “Alhamdullilah, apa yang kami rancang berjalan lancar. Mengikut perbincangan, majlis pernikahan kami akan dilangsungkan pada awal tahun hadapan. Tambahan pula selepas setahun berkenalan dan dilamar Lufti, Julai lalu, kami memang tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya. Tambah Siti Saleha lagi, jangka waktu setahun perkenalan dengan Lufti sudah cukup untuk mereka mengenali hati budi masing masing malah keluarga kedua dua belah pihak juga sememangnya rapat. “Jadi, atas restu keluarga kedua-dua pihak juga menyebabkan segala perancangan dibuat menjadi lancar,” jelasnya kepada Harian Metro. Apa pun, semoga persiapan dan juga segala perancangan pasangan ini berjalan dengan lancar. (rtky/s) | |
MySensasi Posted: 26 Nov 2016 12:22 PM PST |
myartis.com Posted: 26 Nov 2016 02:24 AM PST |
Toknek.com RSS Feed Posted: 26 Nov 2016 02:21 AM PST |
ROTIKAYA Posted: 25 Nov 2016 08:00 PM PST Puteri Sarah, Syamsul Yusof Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki Posted: 25 Nov 2016 05:45 PM PST Pelakon Puteri Sarah yang ditemui di majlis tayangan filem Desolasi memberitahu bakal melahirkan seorang bayi lelaki yang dijangka bersalin sekitar April tahun depan. BACA: Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri Lakon Lagak Ngeri Sendiri Dia yang sebelum ini pernah mengalami keguguran begitu menjaga kesihatan serta mengehadkan aktiviti fizikal supaya tidak terlalu terdedah dengan aktiviti yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada kandungannya. “Tiga bulan pertama Syamsul tak bagi keluar rumah. Saya hanya buat kerja dari rumah sahaja. Sehinggalah selepas tiga bulan ketika membuat pemeriksaan Doktor kata baby sihat dan Alhamdulillah barulah saya berani untuk aktif balik, tapi tidaklah hari-hari bekerja,” katanya. Sarah turut berkata segala kelengkapan persiapan bayi masih belum disediakannya kerana dia akan membeli segala kelengkapan tersebut semasa bercuti bersama keluarga di Kota London dan Paris pada penghujung tahun ini. “Persiapan untuk baby belum lagi, sebab akhir tahun ini kami satu keluarga Datuk (Yusof Haslam) akan bercuti ke London dan Paris, jadi kami beli di sana sahaja,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h) | Bella Dally Akui Belum Sempat Berbulan Madu Posted: 25 Nov 2016 04:38 PM PST Pelakon Bella Dally yang baru sahaja berkahwin dengan aktor Nazim Othman berkata, mereka berdua belum sempat untuk berbulan madu seperti yang dirancang pada penghujung tahun ini memandangkan kedua-dua mereka masih lagi sibuk dengan jadual penggambaran yang padat. BACA: Bella Dally Nafi Berita Sudah Hamil “Honeymoon belum lagi, kalau mini honeymoon sudah ke Singapura sebelum ini. Setakat ini suami belum cakap apa-apa lagi. Saya tak kisah untuk ke mana-mana, tapi saya suka Eropah. Tidak kira di mana sahaja bumi Eropah saya suka,” katanya kepada Rotikaya ketika ditemui di majlis tayangan filem Desolasi. Dalam pada itu, Bella memberitahu dia dan dan suami tidak merancang mengenai zuriat, tetapi hanya berserah pada rezeki. Sebelum ini, Instagram Bella telah dihujani dengan ucapan tahniah gara gara dia memuatnaik video berkaitan dengan kehamilan. “Belum ada lagi, dan kami tidak merancang. Kalau ada rezeki adalah,” ujarnya ringkas. Apa pun, semoga satu hari nanti pasangan ini akan menerima berita gembira tentang kehamilan malah peminat juga dalam masa yang sama tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata pasangan ini. (rtky/h) | |
No comments:
Post a Comment