Jadual dan keputusan perlawanan Piala AFF Suzuki 2016! Ada yang tak sempat menonton perlawanan Piala AFF Suzuki 2016 secara langsung di tv. Ada juga yang tak sempat untuk mendapatkan keputusan terkini perlawanan-perlawanan yang telah dilangsungkan. Oleh itu, disini ammboi akan kemaskini jadual dan keputusan perlawanan Piala AFF Suzuki 2016 untuk memudahkan kita semua mendapatkan jadual […]
Kalendar persekolahan dan cuti sekolah 2017! Persekolahan bagi tahun 2016 bakal berakhir pada minggu ini. Sudah tentu anak-anak begitu gembira apabila mereka bakal bercuti panjang tidak lama lagi. Ibu bapa pula sudah semestinya telah merancang pelbagai aktiviti atau program bersama anak-anak bagi mengisi masa sepanjang cuti sekolah mereka. Ada macam-macam aktiviti bermanfaat boleh dilakukan selain […]
Jabatan Audit Negara hari ini mendedahkan kontrak perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM148.42 juta telah ditandatangani tanpa kebenaran yang sah.
Ia melibatkan sejumlah 64 kontrak untuk perolehan 'light detection and ranging' (LiDAR) yang didakwa ditandatangani oleh pengarah jabatan pengurusan tanah tanpa kebenaran.
Tiada penilaian terhadap prestasi kewangan telah dijalankan ke atas kontrak-kontrak ini - 16 kontrak bernilai RM11.4 juta pada tahun 2013 dan 48 kontrak bernilai RM38.72 juta pada 2014.
"Pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch Sdn Bhd 2013-2015 telah dijalankan," kata Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2) yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.
"Bayaran penuh daripada RM40.57 juta bagi 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch telah dibuat walaupun serahan daripada LiDAR tidak diterima sepenuhnya.
"Kerja-kerja telah dimulakan antara 39 hingga 136 hari sebelum pelantikan kontraktor diluluskan untuk 45 daripada 64 kontrak LiDAR bernilai RM33.83 juta," menurut pendedahan tersebut.
Kerja-kerja tersebut telah dijalankan berdasarkan rangka kerja yang dimeterai oleh pengarah yang tidak diberi kuasa untuk menandatangani, tambahnya.
"Penggunaan teknologi LiDAR untuk tujuan penanaman semula tidak dapat dimulakan kerana serahan untuk tempoh Oktober 2013 hingga Mei 2015 dalam bidang berkaitan tidak diterima sepenuhnya.
LiDAR bukanlah satu-satunya isu yang diketengahkan oleh laporan audit sebagai terdapat kesalahan. Ia mengenal pasti beberapa perolehan dan kontrak lain selepas mengaudit 15 anak-anak syarikat Felda.
Laporan audit menunjukkan bayaran penuh sebanyak RM40 juta telah dibuat walaupun kontrak bagi pelan tindakan projek jalur lebar Felda tidak tersedia.
Rangka tindakan projek jalur lebar sepatutnya dibuat oleh Felda Prodata Sdn Bhd.
"Pelaksanaan projek jalur lebar yang menelan belanja RM566 juta hanya siap sehingga penyediaan pelan tindakan," katanya sambil menambah bahawa projek percubaan dan penuh telah digantung sejak 29 Jan 2015.
Selain itu, MCM Value Sdn Bhd menerima RM209,000 untuk pengurusan nilai projek jalur lebar tanpa apa-apa kontrak.
Ada kawan dalam grup wassap yang masih bersama parti lama dok perli "alhamdulillah hari ini GST dah mansuh, harga minyak dah turun, tol dah tak ada... semuanya kerana himpunan BERSIH 5..."
Ayat2 yang sama pernah digunakan oleh penyokong umno dan yang sewarna dengannya tapi kini dilontarkan oleh rakan bahalol (eh silap.... rakan tahaluf) mereka.
Tak guna berhimpun berdemo yang tiada hasil. Menyusahkan orang lain. Kedai2 terpaksa ditutup sehingga merugikan peniaga. Jalan2 ditutup sehingga menyusahkan pengguna. Akhlak tidak terjaga.
Aku cuma nak bagitau gini saja.
Ya.. Yaa... Yaaa... Yaaaa..... Betul selepas Himpunan Bersih 5 kemarin dulu tidak ada hasil. Dan memang matlamat himpunan tidak mengharapkan perubahan sekelip mata tapi percayalah desakan himpunan yang disertai orang ramai, insyaAllah akan ada perubahan.
Aku ambik contoh beberapa himpunan sebelum ini. Himpunan Mansuhkan ISA. Berapa ramai yang ditangkap, ditahan dan didakwa. Aku terlibat dalam membela aktivis2 Mansuhkan ISA yang didakwa di Mahkamah sehingga peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi. Akhirnya apa?? Akhirnya ISA dimansuhkan. ISA tidak dimansuhkan sehari selepas demonstrasi tetapi ISA akhirnya dihapuskan juga.
Himpunan Membantah PPSMI. PPSMI tidak dimansuhkan sehari selepas demonstrasi tetapi akhirnya PPSMI tidak diteruskan.
Himpunan BERSIH sebelum2 ini juga berjaya mendesak pembaharuan pilihanraya, akhirnya dakwat kekal digunakan, pengundian awal dijalankan. Bukan sehari selepas demonstrasi tetapi ia berjaya mendesak perubahan.
Percayalah... Yang galak dok perli itu sebenarnya ketagih nak ikut berhimpun tapi akibat walak membabi buta tuli maka perli saja yang mampu.
Islam tidak membenarkan penganutnya menjadi BODOH sebab tu wahyu pertama diperintahkan supaya BACA!
Ikut pemimpin sehingga BODOH itu sebenarnya berkali2 BODOH.
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin dan Baharom Bakar bhkt@bh.com.my
PERHIMPUNAN Bersih 5 pada Sabtu lalu. - Foto Hafiz Sohaimi KUALA TERENGGANU: PAS menyifatkan perhimpunan haram Bersih 5 pada Sabtu lalu menyusahkan rakyat dan mengganggu ketenteraman awam.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata perhimpunan itu yang gagal dikawal dengan baik oleh penganjurnya, jelas menjejaskan hak keamanan rakyat negara ini. Katanya, PAS gembira kerana ahli dan penyokongnya mematuhi keputusan supaya tidak menyertai Bersih 5.
"Kita melihat tidak ada satu kawalan yang baik untuk mematuhi ketenteraman awam di mana keamanan adalah hak semua.
"Boleh berdemonstrasi tetapi biarlah dengan adab yang baik. Kita tidak mahu demonstrasi menyebabkan) berlaku pertembungan yang merugikan rakyat," katanya yang ditemui pada waktu rehat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.
"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.
"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.
"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.
Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.
"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.
Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.
"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.
"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.
"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.
Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas
Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.
"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.
"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.
"Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi.
KEZALIMAN UMNO BN SAMPAI KE KEMUNCAKNYA APABILA AKTA UTK MEMBENDUNG KEGANASAN DISALAHGUNA UTK MEMANGSAKAN SEORANG NENEK TUA BERNAMA MARIA CHIN. SESIAPA YG MASIH MENYOKONG UMNO BN MAKA SAMA2LAH KAMU MENANGGUNG DOSA KEZALIMAN INI
Bukti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012/SOSMA Disalahguna dalam Memangsakan Rakyat yang Berani Bersuara Melawan Rasuah dan Salahguna Kuasa*
Dimanakah janji kerajaan bahawa akta SOSMA tidak akan sesekali digunakan untuk tujuan politik, tetapi diwujudkan bagi membendung pengganas? Sehinggakan mantan peguam negara pun menyuarakan tiada mekanisme imbangan bagi mengawal pelaksanaan akta SOSMA sebelum ianya berkuatkuasa. SOSMA kini digunapakai tanpa kewujudan jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA?"[1]. Ternyata kita punyai kerajaan yang rabun undang-undang.
Penangkapan semberono ini beserta penyalahgunaan SOSMA jelas membuktikan kegusaran pembangkang ketika menolak pengenalan undang-undang SOSMA, POTA dan POCA yang diketahui memberi kuasa mutlak kepada kerajaan Datuk Seri Najib Razak tanpa kebertanggungjawaban. Di bawah SOSMA, Maria Chin kini tidak dibenarkan bertemu dengan peguam selama 28 hari!
Akhirnya jelas bahawa akta SOSMA, POTA dan NSC yang diluluskan dengan kadar yang luar biasa pantas tahun ini bukanlah untuk membendung pengganas dan aktiviti keganasan tetapi menakutkan rakyat daripada menyuarakan salahguna kuasa dan dana oleh kerajaan. [2]
Sebaliknya, tangkapan sebelum,semasa dan selepas perhimpunan merupakan tindakan yang bukan sahaja bertentangan dengan amalan demokrasi, bahkan juga menampakkan sifat kerajaan yang mengamalkan kediktatoran.
Kerajaan sering mengumumkan kononnya mereka menganjurkan amalan demokrasi yang sihat dan membuka ruang kebebasan bersuara yang inklusif. Namun tindakan menangkap aktivis, mahasiswa dan ahli parlimen dilihat bertentangan dengan apa yang mereka anjurkan. [3]
Senarai tahanan oleh kerajaan Dato' Seri Najib Razak setakat ini adalah seperti berikut:
1. Maria Chin Abdullah
2. Mandeep Singh
3. YB Anthony Loke
4. Arul
5. Ronnie Liu
6. Luqman Hakim
7. Jimmy Wong
8. Lee Khai Ming
9. Anis Syafiqah
10. Safwan Anang
11. YB Tian Chua
12. YB Zuraida Kamaruddin
Justeru, saya seru agar kerajaan membebaskan kesemua tahanan tanpa syarat kerana perhimpunan aman semalam terbukti berlangsung dengan jayanya. Hentikan perbuatan menyalahgunakan akta untuk menangkap aktivis dan pemimpin pembangkang hanya kerana perbezaan pendapat.
Rakyat sudah semakin jelik dengan pentadbiran negara yang mana jelas dibuktikan dengan himpunan puluhan ribu rakyat di Pusat Bandaraya semalam. Apakah selepas ini Dato' Seri Najib Razak bakal umumkan kawasan demonstrasi sebagai kawasan darurat dan menggunapakai akta NSC atas alasan "keselamatan" versi kleptokrat?
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempersoalkan di manakah jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' susulan pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA yang seharusnya di wujudkan.
Beliau merujuk kepada pembentukan jawatankuasa kajian khas, yang dijanjikan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan rang undang-undang SOSMA pada 2012.
"Di manakah jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA?" tanya beliau.
Tegas Abdul Gani, persoalan berhubung kewujudan jawatankuasa yang sepatutnya melibatkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam itu perlu dibawa ke perhatian kerajaan bagi memastikan undang-undang terpelihara.
Justeru beliau mencadangkan agar Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru untuk membawa perkara ini kepada pihak berwajib bagi memastikan 'check and balance' dan tiada penyalahgunaan undang-undang.
"Lindung jamin ke- 6 ialah apabila akta itu berkuat kuasa kerajaan juga akan menubuhkan satu jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta ini dari semasa ke semasa dan jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan.
"Jadi sepatutnya ada satu jawatankuasa yang ditubuhkan secara pentadbiran," ketika berucap di dalam forum "SOSMA - Wolf in Sheep's Clothing" di sini malam tadi.
Dalam masa sama beliau berkata wujud interpretasi dan pelaksanaan sesuatu undang-undang yang sering kali menjadi masalah walaupun sesuatu undang-undang itu sendiri adalah bagus.
Beliau mengambil contoh SOSMA yang dibuktikan sangat berguna ketika insiden Lahad Datu.
Apabila ditanya tentang kegunaan SOSMA dalam kes penangkapan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, beliau berkata, isu itu telah dibawa ke mahkamah dan perkara itu sewajar dikendalikan oleh pakar mengenainya.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, "Saya tidak boleh komen. Saya tidak mempunyai fakta kes. Saya tidak tahu apa yang pihak pendakwaraya ada."
Penampilan Abdul Gani dalam forum ini adalah yang pertama sejak perkhidmatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan Julai lalu.
"Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan Umno menerima Pas dan Pas menerima Umno untuk bekerjasama," kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada 'DNA' sama.
"Politik adalah di atas 'possibilities', politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.
"Saya percaya antara parti politik (Umno dan Pas) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk 'parallel' dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.
Annuar berkata kedua-dua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk tujuan itu.
Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.
"PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain," katanya.
Seramai lima ahli politik dan tiga aktivis yang ditahan sebelum perhimpunan Bersih 5 semalam dibebaskan hari ini.
Kesemua mereka telah ditahan pada Jumaat lalu dan disiasat atas pelbagai kesalahan.
Mereka ialah Urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh; ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng; ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan; aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhammad Safwan Anang.
Bercakap kepada pemberita selepas pembebasan tersebut, peguam Ramkarpal Singh berkata, perintah reman ke atas lapan individu tersebut tamat pada hari ini, oleh itu, mereka dibebaskan.
"Setakat yang saya tahu keseluruhan proses (boleh dicirikan) sebagai tahanan dengan niat untuk menghalang penyertaan mereka dalam Bersih 5.
"Ini adalah hal yang sangat memalukan kerana kita tidak nampak sebab atau keperluan untuk menangkap mereka semua pada malam sebelum Bersih," katanya.
Ramkarpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, polis mempunyai masa yang cukup untuk menangkap dan menyoal anak guamnya sebelum Bersih 5.
"Jelas sekali, ini semua dilakukan dengan niat untuk menggagalkan Bersih 5," ujar beliau lagi.
Lima lagi yang ditahan semalam dijangka dibebaskan esok.
Mereka ialah Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen DAP Anthony Loke; aktivis Hishamuddin Rais dan Adun DAP Howard Lee.
Artis Fahmi Reza, yang membawa karikator Najib Razak dijangka direman sehingga esok.
Semua ditahan di bawah Kanun Keseksaaan atas tuduhan merusuh.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Namun, selepas empat bulan berlalu, hal berkenaan nampaknya tidak lagi menjadi satu isu besar apabila Uqasha akui jumlah pengikutnya di Instagram semakin bertambah. Malah, tiada lagi kata-kata negatif yang dilemparkan kepada Uqasha.
Saya gembira sekarang saya jadi diri sendiri. Saya sekarang buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram naik mendadak. Itulah, mereka kutuk-kutuk (saya), tetapi ikut.
Sekarang dah sampai dua juta [pengikut di Instagram]. Dulu 1.2 juta saja. Yang bercakap banyak itulah yang ikut saya.
Menurut Uqasha, beliau membuat keputusan untuk menutup ruangan komen berkenaan sebelum ini kerana tidak tahan dengan komen "haters".
Dulu saya tutup ruangan komen sekejap sebab saya tak tahan dengan mulut haters. Jadi sekarang saya tak kisahlah orang nak cakap apa.
Baik kita sekat mereka daripada kita sakit mental dan sakit hati bila baca. Sekarang sudah kurang yang membenci. Mereka boleh terima. Dah macam biasa balik dah.
Biasalah tu, bila isu sedang hangat pasti ia akan menjadi perhatian semua orang dan banyak pihak yang akan mengkritik. Walaubagaimanapun, satu hari nanti mereka akan berhenti juga jika tidak dilayan.
Penerbangan kegemaran Abang Nara tak lain tak bukan ialah Air Asia. Harga tiket Air Asia memang tersangatlah murah. Kalau nak dibandingkan dengan syarikat penerbangan lain, memang bagai langit dan bumi. Kalau Abang Nara nak travel pergi ke dalam dan luar negara, memang first website yang akan dibuka untuk cari tiket ialah www.airasia.com. Tak bukak dah website lain.
honeymoon di Korea dulu pun terbang naik Air Asia
Ketika membuat tempahan tiket Air Asia, satu perkara yang tak akan Abang Nara "miss" ialah menempah makanannya. Makanan kegemaran Abang Nara ialah Nasi Lemak Pak Nasser. Pergh. Dia punya sambal, memang kena dengan jiwa ini.
selalu Abang Nara akan order 2 nasi lemak Pak Nasser nie. Satu tak cukup. Hehehe
Selain itu ada juga signature dishes Air Asia yang tak kurang sedapnya seperti Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan Roasted Chicken dengan Sos Krim. Semuanya memang menjilat jari.
Dan baru-baru ini,, seperti yang kita ketahui, harga minyak masak di Malaysia telah naik sehingga menyebabkan orang ramai stress. Iyerlah, bila minyak masak jadi mahal, harga makanan pun confirm akan naik. Nak goreng nasi kena pakai minyak, goreng ayam confirm pakai minyak dan sudah tentu masak sambal nasik lemak pun pakai minyak. Abang Nara ingatkan harga makanan di Air Asia pun pasti akan naik sejajar dengan kenaikan harga minyak masak, tapi ternyata Abang Nara SILAP.
Air Asia yang sentiasa penuh dengan kejutan kembali mengejutkan semua penumpangnya apabila telah menurunkan lagi harga makanan pre-booknya bermula 3 November lalu. Contohnya harga Nasi Lemak Pak Nasser kegemaran Abang Nara dari RM12 kini cuma RM10 sahaja untuk flight penerbangan AK. Harga makanan lain seperti Kamal Mee Goreng Mamak, satay ayam, nasi ayam, nasi briyani ayam dan banyak lagi kesemuanya pun turut sama diturunkan. . Korang boleh refer table kat bawah ini untuk mengetahui harga terbaru makanan pre-book Air Asia yang telah dimurahkan.
Antara sebab-sebab Abang Nara tak pernah untuk pre-book makanan setiap kali menaiki Air Asia ialah:-
1. Confirm dapat makanan Kalau tak buat pre-book dan bila dah ada atas kapal terbang baru nak order, kemungkinan untuk makanan habis amatlah tinggi. Takkan nak berlapar sepanjang flight kan? Memang stress jadinya kalau lapar atas kapal terbang. Jadi pre-book meal adalah bersamaan dengan guaranteed meal. Guaranteed meal pula bersamaan dengan perut kenyang suka hati sepanjang flight. Hehehe.
2. Pilihan makanan yang lebih banyak Jumlah pilihan makanan yang ada apabila kita pre-book makanan ialah 15. Tapi kalau kita nak order bila dah ada atas kapal terbang, cuma ada 10 pilihan je. Jangan buat-buat terkejut pulak kalau makanan feveret korang tak ada bila tak buat pre-book.
3. Harga yang lebih murah dan juga value for money Seperti yang Abang Nara cakap tadi, kalau kita pre-book meal, kita boleh lakukan penjimatan sebanyak RM5 untuk setiap makanan yang ditempah. Selain itu, kita juga ada pilihan untuk memilih jenis minuman yang kita mahu. Kalau dulu bila pre-book makanan, kita akan dapat diberikan mineral water sahaja. Namun kini, dah ada pilihan dah. Kita boleh pilih sama ada mahu mineral water, kopi (untuk penerbangan 90 minit ke atas) atau pun air berkarbonat. Terbaik!!!
4. Priority serving Ini yang paling Abang Nara suka apabila pre-book terlebih dahulu bersama Air Asia. Kita akan dapat makanan lebih awal berbanding mereka yang tak pre-book. Kita dah kekenyangan habis makan barulah diorang yang tak pre-book nie dapat buat order. Tak ke sedih? SIlalah pre-book agar air liur kita tidak meleleh melihat penumpang sebelah menjamu selera dengan begitu enaknya.
Walaupun harga telah dimurahkan, Abang Nara tetap yakin dengan kualiti makanan yang disediakan oleh Air Asia. Kualiti confirm tip-top dan terbaik punya. Mana taknya, Air Asia baru sahaja mendapat anugerah Asia's Leading Inflight Service 2016 from World Travel Awards & Catering Innovation of The Year 2016 daripada Onboard Hospitality Award. Kalau dalam bahasa Melayu mudahnya, anugerah makanan paling best untuk syarikat penerbangan. Secara jujur dan ikhlas, setiap kali Abang Nara naik Air Asia, memang tak pernah kecewa dengan mutu makanan yang disediakan oleh mereka. Memang sampai menjilat sudu.
Sekali lagi diingatkan, harga baru yang LEBIH MURAH ini telah pun bermula sejak 3 November lalu untuk kesemua penerbangan Air Asia. Syaratnya korang kena prebook terlebih dahulu. Kalau atas kapal terbang baru nak beli, harga tetap sama dengan sebelum ini. Nasihat Abang Nara, masa beli tiket tue, belilah makanan sekali. Confirm lapar punya atas kapal terbang.Maklumat lanjut layari www.airasia.com.
Selamat terbang dan selamat makan di dalam penerbangan Air Asia anda.
Masa berlalu terlalu pantas sekarang, siapa sangka rupa-rupanya pelakon Zahiril Adzim dan Sheira Ayob telah 5 tahun mendirikan rumah tangga. Bersempena dengan tarikh penuh bermakna itu, Zahiril menerusi akaun Instagramnya memuat naik satu ucapan buat isteri tercinta.
Rata-rata peminat yang membaca ucapan tersebut merasa kagum apabila Zahiril amat menghargai isterinya dan meluahkan rasa syukur kerana dapat menempuhi susah senang hidup berumah tangga bersama Sheira.
Ramai yang mendoakan agar perkahwinan pasangan ini akan kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Berikut merupakan ucapan penuh Zahiril :-
InshaAllah, rumah tangga Zahiril dan Sheira akan berkekalan sehingga ke jannah. Dalam perkahwinan perlukan kesabaran, kesetiaan, kejujuran,kepercayaan , cinta, dan toleransi agar dapat mengekalkan rumah tangga yang harmoni.
Anugerah Skrin 2016 dengan teman Menggapai Impian telah pun berlangsung di PICC Putrajaya pada 18 November lepas.
Pelbagai gaya selebriti yang kita boleh lihat pada acara karpet merah pada malam berkenaan. Ada yang nampak cukup segak dan anggun sesuai dengan tema ASK 2016 dan mungkin sebaliknya.
Berikut kami sertakan beberapa lagi foto gaya selebriti di karpet merah ASK 2016 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Rasa-rasanya siapa yang mempunyai gaya paling menarik ye?
Harapan penyanyi Zur Eda untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 3 tidak tercapai apabila beliau telah tersingkir pada konsert ke 6 program tersebut yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam semalam.
Untuk pengetahuan semua, pada awalnya Gmie juga turut berada di "bottom two" tetapi terselamat daripada penyingkiran kerana mendapat imuniti daripada Dato Seri Vida.
Zur Eda menyampaikan lagu berjudul Ah Rindu Lagi nyanyian asal Amelina manakala Gmie pula mendapat pujian ketika menyanyikan lagu Titian Perjalanan oleh XPDC.
Kini ada tujuh orang peserta yang layak bertanding di peringkat separuh akhir iaitu Zarul Umbrella, Azharina, Ameng , Nora, Intan Sarafina, Zarul, Gmie dan Siti Sarah.
Walaupun "gegaran" Zur Eda sudah terhenti tetapi kami percaya selepas ini ada lagi peluang besar untuk beliau terus aktif dalam bidang nyanyian. Jangan putus asa, inshaAllah rezeki itu ada dimana-mana.
Sedang hamil enam bulan, penyanyi Adira mengesahkan beliau bakal menimang cahaya mata perempuan. Adira mengetahui jantina anak didalam kandungannya itu selepas melakukan ujian "ultrasound" baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Adira memberitahu beliau dan suamiya, Datuk Red tidak kisah dengan jantina anak mereka dan mementingkan kesihatan bayi yang bakal dilahirkan pada bulan Mac tahun hadapan.
Jujurnya saya dan suami tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan kerana paling penting saya dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dia dilahirkan nanti. Insya-Allah, menurut doktor saya dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.
Biasanya wanita yang sedang hamil pasti akan mengidam sesuatu yang agak unik tetapi buat Adira beliau hari-hari hendak makan kari mamak.
Tetapi apabila usia kandungan mencecah enam bulan saya tidak mengalami alahan tetapi sering mengidam hendak makan kari mamak sampai kadang-kadang tidak mengira waktu. Nasib baik restoran mamak banyak jadi tidak susah untuk mencari makanan tersebut.
Sejak mengandung, Adira turut berkongsi beliau kini gemar berkebun dan membela ikan didalam kolam dirumahnya. Ia mengingatkan Adira dengan suasana kampungnya di Kundasang, Sabah.
Alhamdullillah, baik anak lelaki mahupun perempuan ia tetap anugerah terindah buat Adira dan suami. Benar kata Adira, apa yang penting ialah anak didalam kandungannya sihat dan cukup sifat.
Gandingan yang menjadi antara Fattah Amin dan Neelofa didalam drama Suri Hati Mr. Pilot membuatkan mereka sehingga hari ini masih digilai ramai meskipun drama tersebut sudah tamat siarannya.
Ramai yang mahu mereka berdua menjadi sepasang kekasih di dalam kehidupan nyata dan gosip percintaan mereka juga cukup sensasi.
Tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu, Fattah menegaskan buat masa ini beliau enggan memberikan sebarang komen tentang gosip percintaannya dan Neelofa.
Minta maaf saya tak mahu komen tentang isu berkenaan. Saya tahu peminat sukakan gandingan kami dan kalau boleh mahu perkara tersebut dalam dunia realiti. Tentu sekali saya melihat watak Ejaz dan Warda yang kami bawakan menjadi. Kalau tanya mana-mana pelakon sekalipun, semua orang mahukan mesej yang cuba disampaikan diterima.
Buat masa ini saya lebih selesa bercerita mengenai kerjaya berbanding kisah peribadi. Biarlah hal-hal lain itu hadir bila tiba masanya.
Fattah bagaimanapun tidak menolak sekiranya beliau sekali lagi digandingkan bersama Neelofa didalam mana-mana drama.
Saya tidak pernah menolak dengan siapapun pelakon yang digandingkan. Dengan Neelofa kami berjaya mencipta fenomena dan mungkin dengan pelakon wanita lain akan menerima nasib yang sama juga. Semuanya bergantung kepada keseluruhan pasukan produksi juga.
Jadi dengan siapa pun saya digandingkan, perkara tersebut akan dibuat sebaik-baik mungkin. Saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.
Kami rasa jika Fattah dan Neelofa berlakon bersama sekali lagi, pasti ia akan mendapat hits juga. Iyalah, ramai betul peminat yang merindui keserasian mereka berdua.
Elly Mazlein ataupun kini lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom melalui episod kontroversi yang agak hangat sepanjang bulan ini. Bermula daripada kes beliau tarik diri di GV 3 sehinggalah dilabelkan sebagai selebriti yang hanya berdrama di atas pentas dan kemudiannya dikatakan menjadi bahan sindiran oleh seorang pengacara popular.
Pada masa yang sama Elly turut menerima kecaman daripada netizen yang menganggap beliau terlalu sensitif dalam beberapa isu yang melibatkan dirinya.
Namun, menurut Elly beliau seorang yang mudah bertolak ansur dan tidak terlampau sensitif seperti yang didakwa.
Takkanlah tiba-tiba saya nak sensitif tidak tentu hala apabila dikaitkan dengan cerita-cerita tertentu. Saya bukannya budak-budak lagi, sudah jadi emak budak pun. Apatah lagi ketika ini, pada saat saya diterima semula dalam industri hiburan sudah pastilah saya mahu berbuat baik dengan semua orang.
Tambah Elly, beliau tidak pernah mahu berdrama ataupun berpura-pura manja.
Mungkin ada orang yang tidak boleh menerima pendekatan saya yang dikatakan lembut dan manja itu. Tapi nak buat macam mana, itulah diri saya yang sebenar. Saya bukannya sengaja nak buat-buat lembut di depan khalayak. Itu yang orang ingat saya ini kuat 'propa' dan penuh dengan 'drama swasta' sepanjang masa.
Nak buat macam mana, saya tak boleh nak memuaskan hati semua orang. Terpulanglah penilaian mereka. Saya tidak berdrama dalam hal membabitkan periuk nasi saya. Saya juga bukan jenis meminta simpati orang dengan suratan takdir yang berlaku dalam kehidupan saya.
Ramai sebenarnya tidak gemar membaca artikel tentang Elly tetapi mungkin apa yang kita nampak di kaca tv tidak sama dengan realiti sebenarnya. Cuba kalau anda berada di tempat Elly, tentu anda juga akan tertekan apabila dihentam daripada setiap sudut.
Gara-gara memuat naik status yang mendalam dan menggambarkan beliau seakan melepaskan sesuatu, ada beberapa pihak mula menyebarkan khabar angin bahawa Sharnaaz Ahmad sudah putus cinta sekali lagi.
Malah, menerusi ruangan komen di Instagram Sharnaaz, ramai peminatnya memberikan kata-kata semangat buat artis pujaan mereka itu.
Walaubagaimanapun, menerusi muat naik terbaru di Instagram kekasihnya Noor Nabila, hubungan mereka nampaknya tidak mempunyai sebarang masalah.
Sharnaaz bersama keluarga kekasihnya itu sempat menikmati makan malam bersama bagi meraikan ulangtahun kelahiran bapa tiri Noor Nabila.
Sebelum ini Sharnaaz ada meluahkan hasratnya untuk menjadikan Noor Nabila sebagai suri hidupnya. Kami berharap impian Sharnaaz terlaksana satu hari nanti. Doakan agar jodoh mereka berpanjangan.
Tindakan Nazim Othman yang memuat naik video kehamilan di akaun media sosialnya telah menimbulkan spekulasi bahawa isterinya Bella Dally sedang berbadan dua. Pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka mereka bakal menimang cahaya mata.
Walaubagaimanapun, Bella menerusi portal BH ONLINE menafikan beliau hamil. Namun, beliau meminta berkat doa orang ramai agar perkara itu menjadi kenyataan satu hari nanti.
Saya belum lagi hamil. Namun begitu, doakan semoga ia menjadi kenyataan, Insya-Allah.
Pada masa yang sama, Bella akui Nazim agak sibuk menghabiskan baki penggambaran drama Lara Aishah dan jarang meluangkan masa bersama sejak mendirikan rumah tangga pada 10 September lepas.
Selalunya, dia keluar bekerja pada awal pagi dan pulang pula lewat malam. Jadi memang sejak kebelakangan ini, kalau hendak meluangkan masa berkualiti bersama-sama seperti keluar berjalan mahupun makan berdua, ia agak terbatas.
Kalau dia diberikan cuti beberapa hari, saya pula secara kebetulan ada kerja yang perlu dilunaskan. Bagaimanapun, penggambaran Lara Aishah akan tamat tidak lama lagi. Jadi, mungkin kami mempunyai sedikit ruang untuk bersama.
Rezeki untuk hamil itu agak sukar untuk dijangka bukan? Nikmatilah dahulu kehidupan awal rumah tangga bersama suami tercinta dan inshaAllah satu hari nanti akan tiba masanya untuk Bella Dally bergelar ibu.
Penerbangan kegemaran toknek tak lain tak bukan ialah ayaq Asia ghega tiket ayaq Asia memang tersangatlah mughah Kalau nak dibandinkan dengan syarikat penerbangan lain memang macam langit dan ...
Pada awainya ghamai yang tak boleh menerima keputusan Uqasha Senrose untuk membuka hijab teghok jugak Uqasha dikecam dan dilabel macam macam oleh netizen Namun selepaih empat bulan berlalu ...
Kerajaan negeri Perak sedia mempertimbang saranan supaya memperkenaikan pakej poligami secara Jama ie atau nikah beramai ghamai kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Pendidikan Islam dan Pemban...
Membuat keputusan untuk menanggaikan tudung kira kira empat bulan dulu barangkali buat namanya dikecam hebat namun la nih Uqasha Senrose boleh menarik napaih lega apabila dirinya semakin diterima ...
Masa berlalu terlalu pantaih la la nih sapadia sangka rupa rupanya pelakon Zahiril Adzim dan Sheira Ayob telah 5 tahun mendirikan rumah tangga Bersempena dengan tarikh penuh bermakna tu Zahiril...
masa anak aku umoq 12 tahun sedang layan Facebook dia nampak memba memba di Malaysia ambik keputusan UPSR lepaih bertanya Tak pe ke kalau tak ambik exam risau dia Tak pe Bukan boleh masuk...
kalau terdapat hanya 3 atau 4 ahli di kelompok keluarga hampa kemudian menganjoqkan perkara macam pelantikan tugaih dan lain lain barangkali semudah hanya menghantaq mesej yang berulang alik at...
Norris Geyser Gambaq kecik Colin Nathaniel ScottWYOMING AMERIKA SYARIKAT soghang lelaki dilapoqkan meninggai dunia dalam keadaan ngeri selepaih terjeronoih dalam sebuah kolam ayaq panaih yan...
Lapangan terbang California dilanda banjiaq buih CALIFORNIA AMERIKA SYARIKAT Lapangan terbang Mineto San Jose ditenggelami buih selepaih sistem pemadam api kebakaran gagai berfungsi Menuru...
NEW DELHI INDIA Sebuah analisih terpalin baghu mendakwa India menduduki tempat tertinggi dengan angka kematian berpunca daripada aktiviti selfie Menurut laporan Washington Post analisih hat s...
GUA MUSANG Jambatan sementara Pulau Setelu yang menjadi penghubung utama penduduk bandaq ni ke Jeli lebih kughang tenggelam sepenuhnya sejak jam 4 petang petang tadi Pengerusi Presiden Persatu...
Akibat memuat naik sebuah video berkaitan dengan kehamilan secara tiba tiba di laman so sial akaun Instagram Nazim Othman teruih dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang teruja dengan ...
Dalam cuba try test try test mencari kelainan pada rekaan tudung Nora Danish sekali lagi menjadi bualan oghang ghamai selepaih memuat naik sebuah video tutorial memakai tudung dari rekaan terpalin...
Kata oghang dalam berniaga kita haruih berpikiaq di luaq kotak dan mengeluaqkan produk yang boleh menarik perhatian ghamai barangkali itulah yang difikiaqkan oleh Nora Danish apabila memperkenaika...
Elly Mazlein ataupun la nih lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom melalui episod gosip yang agak hangat sepanjang bulan ni Bermula daripada keh beliau tarik diri di GV 3 sehinggalah dilabelkan ...
Gandingan yang menjadi antara Fattah Amin dan Neelofa didalam drama Suri Hati Mr Pilot buat depa sehingga hari ni masih dok digilai ghamai walaupun drama hat sama dok habaq tadi dah tamat siarann...
Membuat keputusan untuk menanggaikan tudung kira kira empat bulan dulu barangkali buat namanya dikecam hebat namun la nih Uqasha Senrose boleh menarik napaih lega apabila dirinya semakin diterima ...
Beli daripada peruncit yang konfem sahajaBeri perhatian pada pembungkusanSemak kod baq nombot bersiri dan maklumat perkilanganPeriksa tempat tertentu produk Rujuk laman web produk untuk tengok ma...
masa berumoq 2 tahun Ardi Rizal mengalami ketagihan terhadap rokok Kanak kanak dari Indonesia ni menjadi femes pada tahun 2010 pasai tabiatnya yang merokok sebanyak 40 batang dalam masa sehari ...
"Alhamdulillah.. Syukur ke atas kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai ini.. just nak share moment wife saya Anna Danisha nak buat pregnant surprise..
"Semoga dilancarkan Segala perjalanan Kami.. Aminnn.. Terima kasih juga team Bushido Production yang merakamkan detik bersejarah Kami ini..," kata Shahrol Shiro yang teruja.
Sedar tak sedar, anak kedua pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil yang bernama Nur Aurora ini telah pun genap setahun usianya pada 19 November lalu. Sempena hari istimewa itu, majlis sambutan hari lahir pertama Aurora telah diadakan.
Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri ahli keluarga dan saudara-mara pasangan ini.
Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga aurora menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapa.
Malam semalam di konsert minggu kelima Gegar Vaganza 3 (GV3) telah menyaksikan dua peserta diumumkan tersingkir iaitu Gmie Screen dan Zur Eda.
Bagaimanapun, Gmie bernasib baik apabila penaja GV3, Datuk Seri Vida telah menggunakan kuasa imunitinya itu sehingga melayakkan Gmie untuk beraksi di separuh akhir GV3.
Dalam mencuba mencari kelainan pada rekaan tudung, Nora Danish sekali lagi menjadi bualan orang ramai selepas memuat naik sebuah video tutorial memakai tudung dari rekaan terbaru beliau yang mempunyai zip. Tidak terus melatah, Nora dengan ringkas berterima kasih kepada mereka yang menyebarkan video terbabit sehingga membuatkan tempahan tudung itu meningkat.
“I am so excited to show you guys our new Owl EZip semi instant shawl. Wait for our updates anytime. And thank u la sesiapa yang buat viral, dapat tempahan banyak dah. Sesiapa rasa nak tidur dalam flight, senang tutup je muka, tapi jangan la jalan pun tutup , tu tak betul namanya”
“Design dibuat khas untuk mereka yang sukakan kelainan, pada mereka yang sukakan simple design, pun ada. Jadi, pilihan masing masing. Jangan gaduh gaduh okey. Simpan jari jemari anda untuk komen benda yang lebih berfaedah,” katanya menerusi laman Instagram yang merujuk kepada rekaan terbaru tudung beliau yang di viralkan akibat mempunyai zip
Video yang dimuat naik oleh pelakon itu semalam bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi pelik daripada peminat yang merasakan rekaan itu seperti mengarut. Apapun mungkin sesetengah orang melihat tudung ini sebagai bahan jenaka tapi bila dilihat dari perspektif yang positif mungkin rekaan ini boleh menjadi satu fenomena baru buat para hijabista di luar sana. (rkty/w)
Akibat memuat naik sebuah video berkaitan dengan kehamilan secara tiba-tiba di laman sosial, akaun Instagram Nazim Othman terus dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang teruja dengan berita tersebut. Bagaimanapun, isteri pelakon itu, Bella Dally menafikan perkara berkenaan namun turut meminta peminat mendoakan rezeki mereka untuk menimang bayi.
“Saya belum lagi hamil. Namun begitu, doakan semoga ia menjadi kenyataan, Insya-Allah. Dek kesibukan masing-masing jugalah sampai sekarang kami belum sempat berbulan madu. Tetapi insya-Allah, esok saya dan suami akan terbang ke Singapura. Ia boleh dianggap sebagai bulan madu mini kami berdua,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.
Sebelum ini Bella pernah menyatakan bahawa beliau dan Nazim lebih selesa menyerahkan soal zuriat kepada Allah dan tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan. Tidak terlalu membuat perancangan mengenai soal kehamilan, Bella menganggap rezeki zuriat itu pasti ada walaupun cepat atau lambat dan mereka hanya perlu bersedia sahaja dengan segala kemungkinan.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumah tangga pada 10 September lalu. Bagaimanapun Bella yang masih aktif dalam dunia lakonan terpaksa lebih selektif memilih watak yang bersesuaian dengan statusnya sebagai isteri orang. Dalam masa yang sama, Nazim juga tidak menghalang beliau untuk terus melibatkan diri dalam dunia seni. (rkty/w)
Membuat keputusan untuk menanggalkan tudung kira-kira empat bulan dulu mungkin membuatkan namanya dikecam hebat namun kini Uqasha Senrose boleh menarik nafas lega apabila dirinya semakin diterima. Malah komen negatif di ruangan komen juga semakin berkurang selain daripada bilangan pengikut beliau di Instagram kini meningkat menjadi dua juta.
"Saya gembira sekarang saya jadi diri sendiri. Saya sekarang dapat buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram pula naik dengan mendadak. Itulah, mereka kutuk-kutuk saya, tetapi ikut juga saya di Instagram. Sekarang dah sampai dua juta pengikut di Instagram. Dulu hanya 1.2 juta saja. Yang bercakap banyak itulah sebenanrya yang ikut saya”
"Dulu saya tutup ruangan komen sekejap sebab saya tak tahan dengan mulut haters. Jadi sekarang saya tak kisahlah orang nak cakap apa. Baik kita sekat mereka daripada kita sakit mental dan sakit hati bila baca. Sekarang sudah kurang yang membenci. Mereka boleh terima. Dah macam biasa balik dah,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu.
Sebelum ini, kecoh apabila Uqasha yang dulu terkenal dengan penampilan berhijab membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung kerana merasakan beliau seolah berpura-pura dengan diri sendiri. Enggan bersikap hipokrit lagi Uqasha nekad membuka tudung, namun tindakan itu mengundang kecaman hinggakan beliau terpaksa menutup ruangan komen di akauan Instagram. (rkty/w)
Inovasi. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana hijab keluaran Nora Danish mampu mengubah dunia fesyen Muslimah. Namun, hijab yang ada zip ini bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi warga laman sosial. Mana tidaknya, mana ada lagi tudung ada zip untuk tutup muka.
Tudung dengan nama EZip ini kalau diikutkan kata Nora di Instagram, sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan atau boleh guna untuk tidur ketika dalam penerbangan. Bagi kami, jika anda anti-sosial, ini mungkin sesuai untuk anda.
Apa pun, kami kongsikan gambar dan juga beberapa luahan hati warga laman sosial terhadap rekaan terbaru tudung ini. Betul betul berani rekaan ini. Kami kagum, sangat kagum.
Muka anda buruk? Jangan risau. Nora Danish ada cipta tudung khas untuk hijabsters yang tak mahu menakutkan orang ramai. pic.twitter.com/edNYxs9MeM
Jadi, apa pendapat anda? Kuat hati ini mengatakan akan ada parodi mengenai inovasi terkini ini. Tapi mungkin juga fesyen sebegini mampu menarik minat mereka dari luar negara. (rtky/s)
Seringkali terpalit dengan kontroversi ketika di awal kemunculannya sehinggalah kini, pelakon Sharifah Sakinah mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana percaya setiap perkara yang datang akan berlalu begitu saja.
Peminat Sakinah mengetahui bahawa dia sememangnya tampil semulajadi dan tidak bermuka muka di laman sosial. Malah tindakannya kadang kala berpakaian seksi turut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan segelintir masyarakat.
“Di sebalik sikap gila-gila itu, saya masih menjaga maruah keluarga. Tidak pernah terlintas untuk mencari publisiti murahan dengan paparan yang dimuat naik di Instagram. Semua itu adalah aktiviti seharian yang ingin saya kongsi bersama peminat”
“Sebelum terbabit dalam lakonan, sudah ramai yang bercakap mengenai saya. Apabila memasuki industri hiburan, saya sudah lali dengan pelbagai tanggapan negatif. Terserah kepada umum untuk menilai”
“Bagi saya, berdiam diri adalah jalan terbaik dan setiap kontroversi yang datang akan berlaku begitu sahaja,” katanya kepada ruangan BiPop Berita Harian. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment