Sunday, 13 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 13 Nov 2016 11:50 AM PST

MySensasi


Anugerah Melodi 2016

Posted: 12 Nov 2016 09:15 PM PST

Anugerah Melodi 2016 bakal diadakan buat julung kalinya. Akan mempertandingkan 10 kategori untuk meraikan personaliti yang mewarnai industri seni. Dijadualkan berlangsung pada 10 Disember depan di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada jam 9.00 malam dengan siaran langsung di TV3. Anugerah Melodi 2016 akan melibatkan 10 kategori seperti Personaliti Filem …

The post Anugerah Melodi 2016 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 13 Nov 2016 10:04 AM PST

KedahLanie.info


Ingatkan kebal rupa-rupanya berdarah jugak hidung JAMAL SI BAJU MERAH

Posted: 13 Nov 2016 01:29 AM PST

Darah Jamal 'tumpah' di Ampang

Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.

Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).

"Saya akan cincang mereka," katanya.

Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabat Malaysiakini  pada 5 November lalu.

Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri.

Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.

"Saya mengelak daripada dia, jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Saya akan bercakap dengan orang saya dan bertanya kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.

PAS nafi guna himpunan Lasak lawan Bersih 5

Posted: 13 Nov 2016 01:21 AM PST

PETALING JAYA: PAS menafikan himpunan Ledakan Suara Rakyat (Lasak) yang merupakan anjuran tetap parti itu digunakan untuk melawan Bersih 5.

Pengerusi majlis Roslan Shahir mengecam penyebaran poster anti-Bersih yang disebarkan dalam kalangan hadirin himpunan Lasak di Taman Medan hari ini.

Poster yang dilihat FMT tertulis “berjemaah di masjid lebih bersih berbanding himpunan dengan penentang undang-undang Islam”.

Poster itu berkata umat Islam “wajib” tolak Bersih 5 kerana mereka “menghina ulama”, “ditaja Yahudi”, “didalangi PAN dan DAP” dan “perhimpunan maksiat”.

Lebih 1,000 poster seperti itu diletakkan di kerusi-kerusi yang tersedia untuk dipungut oleh lebih 1,000 hadirin hari ini.

Poster itu menimbulkan kemarahan orang ramai.

“Jangan sebarkan poster yang macam ini. Kita parti sudah lebih 60 tahun dan ini bukan budaya kita,” kata Roslan.

Beliau berkata penyebaran poster itu memberi gambaran buruk kepada PAS.

“Kita tidak buat kerja-kerja macam ini, kita tahu bagaimana nak berpolitik.”

Bersih 5 bakal diadakan 19 November ini bagi mendesak reformasi institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

PAS memutuskan untuk tidak menyertai himpunan kali ini kerana tuntutan gabungan itu menyimpang daripada perjuangan asal Bersih.

Umno zalimi PAS lebih teruk berbanding DAP, kata naib presiden

Posted: 13 Nov 2016 01:18 AM PST

Faiz Zainudin


PETALING JAYA: PAS dizalimi sewaktu berada dalam gabungan Barisan Nasional (BN) lebih teruk berbanding tekanan DAP semasa dalam Pakatan Rakyat, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Naib Presiden PAS itu kemudian menyenaraikan beberapa pengalaman hitam pimpinan mereka antaranya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan peristiwa Memali 1985.

Lantas, PAS tak mungkin bergabung dengan Umno lantaran serik dengan kekejaman dan penipuan BN.

“PAS banyak tertipu dengan Umno. Ahli kita mati dalam tragedi Memali. Apabila kita berurusan dengan Umno kita amat berhati-hati kerana sebelum ini banyak ahli PAS ditangkap…macam Datuk Burhanuddin al-Helmy yang mati kesan seksaan dalam tahanan ISA.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media seusai himpunan Ledakan Suara Rakyat di Taman Medan, hari ini.

Iskandar mengulas tuduhan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggolongkan PAS dalam kumpulan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak mahu bersama pakatan pembangkang.

Beliau merujuk kepada cubaan menangkap tokoh agama Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) di Memali, Kedah yang meragut 14 nyawa termasuk Ibrahim dan berpuluh lagi cedera.

Ketika itu, Dr Mahathir merupakan perdana menteri.

Sementara Burhanuddin al-Helmy pula merupakan bekas presiden PAS yang ditangkap dibawah ISA pada 1965. Dianggap nasionalis radikal dan pemikir Islam, beliau dituduh berkomplot untuk menggulingkan kerajaan.

“Kita lebih berhati-hati dengan Umno lebih daripada parti lain. DAP dan parti lain tidak terkesan banyak dengan kezaliman Umno. PAS paling teruk dizalimi Umno. Parti-parti lain tak kena macam PAS.

“Jadi tuduhan PAS masuk (gabung) Umno tak masuk akal,” katanya.

Lebih 1,000 orang hadir menyertai Lasak hari ini bagi menyatakan pandangan terhadap Bajet Persekutuan dan Bajet Selangor bagi tahun 2017.

Mengulas himpunan hari ini, Iskandar berkata isi kandungan ucapan-ucapan sepanjang acara menunjukkan banyak percanggahan antara PAS dan BN.

“Akar umbi kita bangkitkan banyak masalah, antaranya isu Uber dan Grab. Selain itu, isu ketakseragaman kontrak artis, cukai barangan dan perkhidmatan…ini semua dasar kerajaan BN,” katanya.

PAS – pokok besar yang tidak dapat diendahkan

Posted: 12 Nov 2016 11:21 PM PST

Timmy Say

Jikalau Amanah betul dapat menggantikan PAS, Pakatan Harapan terutamanya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan pening kepala seperti hari ini.

Tidak akan kita kedengaran suara seorang ahli politik PKR yang mempertikaikan kelayakan “Tok Haji yang rasuah” menjadi pemimpin, tapi memilih membutakan mata pada kelayakan seorang pemimpin yang dipenjara kerana kesalahan jenayah moral untuk diangkat sebagai perdana menteri.

Tidak akan kita terlihat cubaan seorang pemimpin tertinggi PPBM melonggokkan pihak yang tidak bersama Pakatan Harapan sebagai kumpulan penyokong perdana menteri, tanpa menyedari betapa terdesaknya kelakuan beliau di mata orang awam.

Hakikatnya, walaupun terlalu pahit ditelan sesetengah pihak di dalam Pakatan Harapan, ialah PAS dengan kekuatan akar umbi dan pengaruhnya tidak boleh diendahkan sekiranya pihak pembangkang ingin mencapai kemenangan.

Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menggesa semua pihak agar tidak terlalu mendesak PAS adalah bukti jelas kepada perkara ini.

PAS terus hidup subur, walaupun cuba dicantas dengan pelbagai cara sejak 2015 menggunakan politik persepsi. Pokok baru yang cuba ditanam pihak yang cuba mencantasnya gagal bertumbuh, malah pokok baru itu tidak dapat berdiri jika tidak berpaut pada tuannya.

Kecenderungan pokok baru ini untuk mengacau kerusi PAS, yang akan menyebabkan parti Islam itu bertindak-balas mengacau semua kerusi yang lain, menjadi liabiliti kepada parti rakan. Kerusi PAS dan DAP boleh dikatakan saling esklusif, oleh itu impaknya akan kurang. Ini berlainan dengan kerusi-kerusi PKR, yang kebanyakkan dilepaskan PAS kepada PKR kerana tahaluf.

Inilah dilemma PKR.

Apakah pula dilemma PPBM?

PPBM mengharapkan sokongan ahli Umno yang bencikan perdana menteri. Apakah kumpulan ahli Umno ini lebih sudi bersama parti yang mendekati PAS, atau parti yang mendekati DAP? Para pemimpin PPBM yang majoritinya bekas Umno sudah pasti boleh menjawab soalan ini dengan tepat.

PPBM sedar mereka akan bertempur dengan Umno di kawasan majoriti Melayu melebihi 85%, lantas memerlukan bantuan PAS jauh melebihi DAP dan PKR. Lebih-lebih lagi PPBM tiada jentera pilihanraya kerana ia masih baru.

Inilah dilemma Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Oleh itu, tidak perlu hairanlah mengapa tandatangan PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan ditangguhkan.

Hampir semua parti pembangkang, barangkali selain Amanah, sedar jika mereka tidak bekerjasama dengan PAS, semua bakal hancur bersama. Yang berbeza ialah nasib PAS, kerana ia akan terus hidup subur meskipun kemenangan tidak dikecapi kerana parti ini mempunyai akar tunjang yang mendalam dan menjalar jauh.

Jika mahu bekerjasama dengan PAS pula, semestinya Islam perlu diletakkan di depan dalam segala urusan – yang sudah tentu menimbulkan keresahan pihak tertentu di dalam Pakatan Harapan. Bukan itu sahaja, PAS juga akan mewajibkan syarat agar kerusi-kerusi tradisinya tidak dikacau seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar melainkan PAS memberi laluan.

Azmin barangkali mengetahui bahawa usaha mendesak PAS kembali bekerjasama dengan parti yang cuba sedaya upaya mencantasnya dan parti yang hidup dengan mencuri ahli-ahlinya adalah keterlaluan. Oleh kerana demikian, begitulah nada kenyataannya.

Apakah PAS memerlukan PPBM dan PKR? Tidak semestinya kerana PAS boleh bertahan sehingga bila-bila meskipun tewas.

Apakah PPBM dan PKR memerlukan PAS? Jawapannya hampir ya kerana PPBM hanya mempunyai 1 peluang untuk membuktikan diri di kawasan majoriti Melayu, manakala susah dibayangkan apa yang akan berlaku kepada PKR jika mereka kehilangan Selangor selepas 2 penggal menerajuinya.

Pas tak hadir konvensyen, biar rakyat menilai

Posted: 12 Nov 2016 05:07 PM PST

ATIRAH HASLI
13 November 2016


Nurul Izzah Anwar

SHAH ALAM - "Biar rakyat sendiri menilai (kedudukan dan sikap Pas terhadap pakatan pembangkang)," itu respons Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Pas pada Konvensyen Pakatan Harapan, semalam.

Katanya, pihaknya sudah memberikan jemputan rasmi kepada Pas untuk menyertai konvensyen itu.

Bagaimanapun, kata Nurul Izzah memutuskan tidak mahu ambil pusing dengan perihal Pas.

"Saya tidak mahu fikir, jemputan sudah dihantar bagi pihak Pakatan Harapan. (Tentang Pas tidak hadir) Itu biar rakyat menilai," katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini.

Sebelum ini, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, jemputan telah diedarkan kepada semua parti pembangkang yang mempunyai matlamat sama iaitu menjatuhkan kerajaan BN demi memenangi pilihan raya akan datang.

Jelasnya lagi, jemputan yang sama diberikan kepada parti pembangkang lain turut dihulur kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

Bagaimanapun ujarnya, hanya Bersatu yang memberikan maklum balas untuk hadir menyertai konvensyen itu.

myartis.com

Posted: 13 Nov 2016 02:15 AM PST

myartis.com


MENINGGAL DUNIA - PENYANYI & KOMPOSER, ARAB SELAMAT DIKEBUMIKAN

Posted: 12 Nov 2016 06:39 PM PST



Takziah kami ucapkan buat keluarga penyanyi dan komposer Syed Azlan Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Arab yang meninggal dunia pada jam 5.30 pagi semalam akibat serangan jantung.

Arwah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Seremban, Negeri Sembilan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

26 GAMBAR - SEKITAR BIRTHDAY NOAH & BABY SHOWER YASMIN HANI

Posted: 12 Nov 2016 05:22 PM PST



Semalam telah berlangsungnya majlis sambutan hari lahir yang ke-3 Noah Ismail Wong, anak kepada Yasmin Hani Richardson dan Shahrin Mohammed Razali Wong. Selain majlis hari lahir, turut diadakan majlis baby shower Yasmin yang kini sedang hamil 8 bulan anak keduanya.

Difahamkan, buat masa ini Yasmin dan suaminya merahsiakan dulu jantina anak kedua mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

42 FOTO - AMYRA & AMAR BAK PUTERI & PUTERA RAJA DI MAJLIS RESEPSI

Posted: 12 Nov 2016 04:01 PM PST



Majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan bagi pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin telah berlangsung dengan meriahnya malam semalam.

Dalam majlis yang bertemakan Black Glam itu menyaksikan Amyra dan Amar bak puteri dan putera raja apabila mengenakan persalinan berwarna beige berkilauan dan busana ala putera diraja hasil rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 13 Nov 2016 01:54 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Google Map Maker Tak Akan Ada Lagi Untuk Google Maps

Posted: 12 Nov 2016 10:32 PM PST


Hari untuk mempermainkan Google Maps dengan Lukisan dan Contengan Jenaka telah habih Ya Google telah depa telah mengumumkan bahawa depa akan bersara dari Map Maker Tool depa pada awai tahun de...

Gosip Lagu Hidup Dalam Meninggai Dunia Syamel Tarik Diri Dari Muzik Muzik

Posted: 12 Nov 2016 10:24 PM PST


Nampaknya impak gosip yang menimpa lagu Hidup Dalam meninggai dunia nyanyian Syamel baghu baghu ni begitu hebat sehingga penyanyi hat sama dok habaq tadi ambik keputusan untuk menarik diri daripa...

Senarai 12 Lagu Yang Akan Berentap Di Ajl31 Pada 22 Januari 2017

Posted: 12 Nov 2016 10:22 PM PST


Akhiaqnya 12 lagu yang dinanti nantikan setiap tahun untuk bertandin di Anugerah Juara Lagu telah pun diketahui Fuh konfem semuanya tak sabaq untuk tengok sendiri persembahan persembahan daripa...

Makan Labu Untuk Awet Muda Dan Mencegah Kanser

Posted: 12 Nov 2016 09:02 PM PST


Berdasaqkan kajian yang dijalankan saintis tabiat memakan labu didapati mampu membantu mengekaikan keremajaan wajah serta dapat mencegah seseoghang daripada mendapat kanser Kajian yang dijalankan...

Video Gelagat Keluarga Rakun Pulang Ke Rumah

Posted: 12 Nov 2016 08:44 PM PST


tengok video di bawah

15 Artis Yang Hampa Takkan Percaya Mempunyai Umoq Yang Sama

Posted: 12 Nov 2016 08:42 PM PST


1 Eminem Dwayne Johnson 442 John Cho Jean Dujardin 443 Patrick Stewart John Hurt 764 Sylvester Stallone Tommy Lee Jones 705 Scott Cohen Samy Naceri 546 Chuck Norris ...

Sekitaq Majlih Resepsi Pernikahan Amar Baharin Amyra Rosli

Posted: 12 Nov 2016 07:42 PM PST


Memang terpesona tengok persalinan majlih resepsi pernikahan Amaq Baharin dan Amyra Rosli yang berlangsung kemarin di Hotel Premeira kola Lumpoq Majlih bertemakan Black Glam tu berlangsung denga...

Tanpa Angka Kosong Pengiraan Tak Barangkali Boleh Dilaku

Posted: 12 Nov 2016 06:02 PM PST


Dalam semua barisan angka yang wujud angka kosong sangat pentin dan terpentin dalam set pengiraan Dan tahukah hampa angka kosong ni dipanggey sebagai nol Masyarakat Arab menamakan angka ni s...

Boein La Nih Sedang Menguji Telefon Pintaq Yang Boleh Binasa Sendiri

Posted: 12 Nov 2016 03:22 PM PST


Boein merupakan salah satu syarikat yang tak asin dalam pembangunan aeroangkasa Terkini Boein membuat kejutan mai dengan sebuah telefon pintaq berasaihkan Android dan memfokuihkan kepada kese...

Video Warga Asin Meninggai Dunia Dengan Kesan Tembak Di Muka Dan Dada Di Sungai Choh

Posted: 12 Nov 2016 10:02 AM PST


HULU SELANGOR soghang lelaki dipercayai warga Brazil ditemukan meninggai dunia dengan kesan tembakan di pipi kiri dan dada di Sungai Choh awai pagi ni Mangsa yang berbadan gempai dan lengkap ber...

Ammonia Nitrogen Tinggi Punca Ikan Meninggai Dunia Di Sungai Bernam Jasnre Jps Selangoq

Posted: 12 Nov 2016 06:04 AM PST


Tahap ammonia nitrogen dikesan di sungai berkenaan adalah 27 6 ppm bahagian setiap juta iaitu melebihi had KKM sebanyak 1 5 ppm bukan sikit oghang oun boleh mampuih Sampai bila pihak bertang...

Ketahui Personaliti Lelaki Menurut Bulan Kelahiran Islam

Posted: 12 Nov 2016 06:02 AM PST


mai kita kenali rahsia personaliti dan watak soghang lelaki yang dilahiaqkan dalam bulan Islam Muharram soghang yang pendiam sihat pemikirannya barangkali akan menjadi mangkaq kalau tak mendapat...

Cerpen Mai Ikut Nenek Balik

Posted: 12 Nov 2016 03:02 AM PST


Anak anak Sudahlah main tu Dah Maghrib ni Cepat masuk rumah teriakan para ibu mulai berkumandang saat langit mula melabuhkan tirai jingga pekat Gambaq hiasan Namun beberapa oghang kanak kan...

Jurugambaq Obama Membongkaqkan Gambaq Kesukaannya Sepanjang Bersama Presiden

Posted: 12 Nov 2016 02:42 AM PST


Ketua Jurugambaq Rasmi White House Pete Souza berkongsi dengan masyarakat gambaq Presiden masa dalam keadaan serius dan gembira Presiden Obama dapat dilihat sedang bergembira dengan kanak kanak ...

beautifulnara

Posted: 13 Nov 2016 01:48 AM PST

beautifulnara


Senarai 12 Lagu Yang Akan Berentap Di AJL31 Pada 22 Januari 2017

Posted: 12 Nov 2016 08:14 PM PST

Akhirnya 12 lagu yang dinanti-nantikan setiap tahun untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu telah pun diketahui. Fuh. Pasti semuanya tak sabar untuk melihat sendiri persembahan-persembahan daripada artis yang terlibat. AJL31 akan berlangsung pada 22 Januari 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

ajl31

Tengok senarai lagu yang akan bertanding di AJL31 ini pun dah buat Abang Nara tak tahu nak pilih siapa sebagai pemenang. Semuanya hebat-hebat dan popular-popular. Abang Nara akan buat ramalam seperti biasa apabila AJL31 semakin hampir. Buat masa ini, siapa yang anda rasa akan dinobat sebagai juara anugerah penuh berprestij ini?

1. Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah
2. Terakhir – Sufian Suhaimi
3. Sudah Ku Tahu – Projector Band
4. Selamanya Cinta – Shila Amzah & Aliff Satar
5. Terimaku Seadanya – Misha Omat & Hafiz Suip
6. Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
7. Di Amaran Mama – Hazama & The Penglipur Lara
8. Obses – Akin & The Majistret
9. Setia – Elizabeth Tan ft Faizal Tahir
10. Hang Pi Mana – Khalifah
11. Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof ft Mawi
12. Anugerah Terindah – Black

ajl31Sama-sama kita nantikan AJL31 pada 22 Januari ini.

Kontroversi Lagu “Hidup Dalam Mati”, Syamel Tarik Diri Dari Muzik-Muzik

Posted: 12 Nov 2016 08:07 PM PST

Nampaknya impak kontroversi yang menimpa lagu “Hidup Dalam Mati” nyanyian Syamel baru-baru ini begitu hebat sehingga penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di dalam Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 31 (SFMM31) baru-baru ini. Untuk makluman, sebelum ini Ayai Ilusi telah tampil membuat pendedahan melodi lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu ciptaannya, Ku Kejar Bayangmu yang dinyanyikan finalis Kilauan Emas 3, Idris.

syamel af

Ini sudah tentu satu kerugian besar kerana lagu Hidup Dalam Mati memang mempunyai lirik dan melodi yang padu serta mantap. Memang boleh sampai ke Anugerah Juara Lagu lah. Ditanya tentang penarikan ini, Syamel enggan memberikan sebarang komen. Kata Syamel:-

Betul saya tarik diri, tapi buat masa sekarang saya tak nak komen lagi. Biarlah Abang Edry yang jawab nanti

Sementara itu, Ayai Ilusi mengakui akur dengan keputusan yang telah diambil oleh penerbit lagu tersebut iaitu DD Music. Kata Ayai:-

Seboleh-bolehnya saya meminta Syamel untuk meneruskan persaingan di pentas separuh akhir malam ini. Tetapi pihak penerbit membuat keputusan untuk menarik diri.

Selaku komposer bersama saya perlu akur dan menerima keputusan itu dengan lapang dada. Bukan apa, saya percaya keputusan itu adalah jalan terbaik untuk kami.

ayai ilusi

Sudah tentu “timing” untuk kontroversi ini menimpa lagu Hidup Dalam Mati tidak berapa cantik apatah lagi ketika pemilihan untuk ke AJL31 sedang berlangsung. Inilah yang dikatakan tiada rezeki. Diharap semua pihak yang terbabit akan bersabar dengan dugaan sebegini. Insya Allah ada rezeki di tempat lain. Sumber Harian Metro.

ROTIKAYA

Posted: 12 Nov 2016 08:21 PM PST

ROTIKAYA


Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli

Posted: 12 Nov 2016 05:50 PM PST

Memang terpesona melihat persalinan majlis resepsi perkahwinan Amar Baharin dan Amyra Rosli yang berlangsung semalam di Hotel Premeira, Kuala Lumpur. Majlis bertemakan Black Glam itu berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan persalinan Amar dan Amyra yang kelihatan seperti putera dan puteri raja, menyaksikan majlis mereka terasa seperti berada di alam kayangan.

BACA: Amar Baharin & Amyra Rosli Selamat Diijabkabul

Dalan majlis resepsi pada sebelah pihak pengantin perempuan itu, Amar dan Amyra kelihatan begitu sepadan sekali apabila mengenakan gaun berwarna beige berkilauan serta busana ala putera raja yang dihasilkan oleh pereka terkenal negara, Rizman Ruzaini. Bukan sahaja gaun cantik, malah kek perkahwinan yang dibuat khas berbentuk istana turut menarik perhatian ramai.

Majlis resepsi yang berkonsepkan ala Fairytale itu turut dimeriahkan lqgi dengan kehadiran rakan selebriti lain, Jaclyn Victor, Sheila Rusli dan suami, Saharul Ridzwan dan isteri, Azwan Ali, Fara Fauzana dan ramai lagi. Turut tidak ketinggalan juga, ahli keluarga bagi kedua belah pengantin dan juga teman-teman rapat pasangan pengantin yang turut sama meraikan hari bahagia mereka.

Walauapapun tahniah sekali diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini yang telah bergelar suami isteri. Semoga dengan ikatan perkahwinan yang dibina ini akan berkekalan selamanya. Diharapkan juga Amar dan Amyra akan berbahagia hendaknya. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka semalam. Enjoice! (rkty/w)

14294962_1706959162954865_3500695639581261824_n 14482212_717684238397795_2032803610265387008_n 14499078_236918660060358_8365663481545883648_n 14504955_1036197279836661_7664510341056823296_n 14515869_585708308279679_5440192824802803712_n 14566531_1155838767826477_1965468143790850048_n 14582290_172322573230191_725981577628090368_n 14590964_1598920943749408_2888674361953222656_n 14590999_1119358544846880_4554481284587454464_n 14677306_177612369366421_1467199736422334464_n 14704993_1148854335198464_7219639402358636544_n 14718529_1274364039251070_6409559865403899904_n 14722940_1257888257565458_121382566128254976_n 15035090_1260835603987729_7545948795347927040_n 15035544_1239123979538658_922889863756251136_n 15035576_1616976834995178_645934468246274048_n 15035726_1778775485715271_3969271731146719232_n 15043840_500785706774363_1249293969364353024_n 15046780_558407564368304_5621061242031439872_n 15047043_606612422867573_4948197865710157824_n 15048163_343028366074833_3113441442345779200_n 15048195_1196872777066407_2699548144248553472_n 15057212_1772483043019081_3456933260024610816_n 15057224_1808454816093579_339080757416820736_n

No comments:

Post a Comment