Friday, 4 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 04 Nov 2016 10:36 AM PDT

KedahLanie.info


Anwar ingatkan Najib tak terlalu bergantung kepada China

Posted: 04 Nov 2016 08:09 AM PDT


Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke China, tetapi memberi amaran supaya tidak terlalu bergantung kepada negara itu.

Katanya, Najib sebaliknya perlu memberi tumpuan ekonomi negara yang gawat kini kian meruncing dan membebankan rakyat berikutan harga petrol dan minyak masak, dua minggu selepas Bajet 2017 dibentangkan.

“Bajet tidak telus dan menyembunyi muslihat kenaikan harga yang membebankan rakyat. Minyak masak adalah hasil keluaran negara.

“Mengapa tiada usaha menghubungi pengeluar besar dalam negara untuk memastikan sejumlah kecil pengeluaran diperuntukkan untuk pengguna dalam negara dengan harga terkawal? soalnya di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Atas sebab ini, beliau menggesa rakyat supaya keluar dan membantah semasa perhimpunan BERSIH pada 19 November ini.

Mengulas mengenai lawatan Najib ke China, Anwar, berkata ia adalah sesuatu yang positif

"Lawatan (ke China) adalah sesuatu yang positif tetapi saya juga memberi amaran kepada menjadi terlalu bergantung kepada negara ini.

"Perlu berhati-hati dan adalah lebih baik untuk negara ini memberi tumpuan kepada ekonomi dan lebih cepat dia (Najib) menyedari lebih baik," kata Anwar.

Rafidah: Sedih, marah, bimbang, takut masalah di Malaysia

Posted: 04 Nov 2016 08:03 AM PDT


Bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, beliau sedih, marah, bimbang dan takut terhadap masalah yang melanda negara sekarang.

Antara perkara yang menjadi "gila", katanya, adalah ketiadaan tadbir urus yang baik dan percambahan xenofobia atau perasaan benci terhadap orang asing yang disebarkan di negara ini.

Walaupun begitu, beliau berkata, sebahagian besar rakyat Malaysia masih cintakan negara dan menerima kepelbagaian.

"Mereka (majoriti) terpaksa berdepan dengan xenofobia, hipokrasi dan ketidak-siuman segolongan minoriti, yang menayangkan kuasa mereka, membuat ucapan gila dan mengancam masyarakat Malaysia," katanya dalam laman Facebook hari ini .

Bukan itu sahaja, negara ini juga mengalami hakisan budaya tadbir urus politik dan ekonomi yang baik, kata Rafidah yang terjalin sejak beberapa dekad lalu oleh pemimpin terdahulu.

Walaupun beliau mengakui pemimpin terdahulu mempunyai kelemahan, namun menurutnya, ini adalah kerana mereka hanya manusia.

Penang Institute tiada pernah terima dana OSF

Posted: 04 Nov 2016 12:04 AM PDT

Penang Institute tidak pernah menerima atau memohon dana Open Society Foundation yang dikaitkan dengan jutawan dari Amerika Syarikat, George Soros, kata Pengarah Eksekutifnya, Zairil Khir Johari.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, tiada seorangpun di kalangan kakitangan Penang Institute mempunyai kaitan dengan felo Central European University.

"Dalam kata lain, Penang Institute tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan organisasi di atas, seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan.

Dakwaan berkenaan berpunca dari 'kebocoran dokumen' yang diperolehi dari laman web yang dikenali sebagai DC Leaks.

Dalam dokumen berkenaan, Penang Institute disenaraikan sebagai benefisiari geran pengajian bagi program felo siswazah di Central European University untuk pengajian dasar awam di Hungary.

Mengulas lanjut, Zairil berkata, pihaknya terkejut membaca laporan oleh akhbar arus perdana yang mengaitkan Penang Institute dengan organisasi berkenaan.

Penang Institute adalah badan pemikir dasar awam kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak menerima bantuan kewangan daripada sumber asing tanpa kelulusan kerajaan negeri, jelasnya.

"Oleh itu, sebarang usaha untuk mencemarkan imej kami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas adalah berniat jahat.

"Justeru, kami berhak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perlu," katanya.

Pada masa yang sama, pihaknya juga mempersoalkan motif di sebalik tuduhan-tuduhan ini terutamanya dengan menyasarkan pelbagai pertubuhan dan badan-badan bebas dan kritikal terhadap rejim pemerintah, tambahnya.

"Kami mengutuk kempen berniat jahat untuk memburuk-burukkan NGO dan institusi hanya kerana tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan," katanya lagi.

Azmin: Raja-Raja tolak pelantikan ‘KSU Najib’ dalam SPR

Posted: 04 Nov 2016 12:01 AM PDT

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa BN mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendedahkan cadangan mereka untuk melantik ketua setiausaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai timbalan pengerusi, SPR.

Bagaimanapun, katanya, cadangan berkenaan tidak diterima oleh Majlis Raja-Raja.

“Tiga minggu lalu, diangkat satu nama untuk dilantik timbalan pengerusi SPR, sedangkan beliau merupakan ketua setiausaha perdana menteri,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

“Syukur cadangan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Inilah bukti SPR dipergunakan BN," katanya ketika menjawab soalan Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam-BN).

Rosni telah meminta Azmin untuk membekalkan bukti campur tangan BN dalam urusan pilihan raya.

Pada sidang DUN itu, Azmin juga mempersoalkan pelantikan bekas Setiausaha Sulit Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa - Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai ketua SPR.

“Bagaimana SPR boleh bertindak bebas dan profesional jika pegawai kanan Umno dilantik sebagai pengerusi SPR?” soalnya.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, sepatutnya,SPR tidak boleh dianggotai mana-mana parti politik dan berharap semua pihak mendukung bersih ke arah pilihan raya adil dan bebas.

Beliau mendakwa BN dengan jelas mempergunakan SPR, terutamanya dalam cadangan persempadanan semula yang dikemukakan pada 15 September lalu.

"SPR seolah-olah menerima arahan daripada mereka untuk mewujudkan kawasan selamat bagi BN,” katanya

Bagaimanpun, beliau yakin, pelantikan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden BERSATU mampu membantu mendedahkan konspirasi BN dalam pilihan raya sebelum ini.

PARTI ISLAM BUKA PINTU KEPADA YANG TAHU ADAB, BERADAD SANGATKAH PARTI ISLAM ITU?

Posted: 03 Nov 2016 11:38 PM PDT

Ketua Penerangan Parti Islam SeMalaysia Pusat, YB Nasruddin Hassan menulis bahawa Parti itu tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati serta memelihara maruahnya. Kenyataan tersebut nampak begitu murni, suci, comel dan sweet sangat. Ia menggambarkan betapa besarnya jiwa Parti Islam itu untuk berbincang dengan sesiapa saja asalkan yang ingin berbincang itu tahu adab dan tidak ganggu rumahtangga Parti Islam itu. Syabas dan tahniah.

Syabas dan tahniah kerana kenyataan tersebut membuka ruang untuk aku menulis membuktikan bahawa sebenarnya Parti Islam tu hanya retorik, bermain dengan kata-kata, manis mulut tetapi hati busuk. Bak kata pepatah "Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".

Parti Islam hanya akan berunding dengan pihak yang tahu adab dan tidak kacau rumahtangga mereka.

Persoalannya :

a) adakah Parti Islam itu tahu adab?
b) Adakah Parti Islam itu tidak pernah ganggu rumahtangga orang?
c) Adakah Parti Islam itu tidak pernah mungkir janji?
d) Adakah Parti Islam itu tegas dengan prinsip?

Nah meh aku nak buktikan satu persatu.

a) Parti Islam tiada adab.

Parti tidak salah kerana parti hanya parti tetapi yang menggerakkan dan menentukan hala tuju parti ialah pemimpin. Apabila aku kata parti maknanya aku rujuk kepada pemimpin parti. Beradadkah Parti Islam?

Telah dipersetujui secara konsensus bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). Walau pun Kerajaan Negeri Selangor dianggotai oleh tiga (3) parti semasa kewujudan Pakatan Rakyat, kerusi MB dipersetujui oleh KeADILan. Apabila KeADILan mengambil keputusan hendak menukar MB, sewajarnya atas persetujuan asal, Parti lain termasuk Parti Islam tiada hak membantah. Memberikan pandangan tiada masalah tetapi membantah itu TIDAK BERADAB kerana ianya bukan hak Parti Islam. Parti Islam itu bukan saja membantah malah menghantar nama wakil mereka kepada Istana untuk dipilih sebagai MB.

BERADAB la sangat.

b) Adakah Parti Islam itu tidak pernah ganggu rumahtangga orang?

Dalam krisis MB Selangor, apabila KeADILan mengambil keputusan menggantikan Tan Sri Khalid dengan calon lain, Parti Islam itu bukan saja membantah, mereka siap memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid. Siap buat solat hajat perdana di Kediaman Rasmi MB. Menyokong ahli parti lain yang hendak ditukar oleh parti sendiri tu tidak ganggu rumahtangga orang lain ka?

Pernah juga suatu ketika Setiausaha Parti Islam Kawasan Titiwangsa mengutus surat terbuka meminta ditukar suka sama suka antara Tan Sri Khalid dengan Hj Khalid Samad. Wahhhhhh BERADAB la sangat.

c) Adakah Parti Islam tidak pernah mungkir janji?

Untuk menghadapi PRU13, semua parti di dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bertanding sesama sendiri. Maksudnya akan berlaku perlawan 1 lawan 1 antara PR dengan BN. YA ada persetujuan!!! Tetapi apa yang berlaku?? Parti Islam meletakkan juga calonnya di kawasan yang ditandingi oleh KeADILan di Kota Damansara dan Sg Acheh contohnya.

Parti Islam berjanji hanya akan pinda Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tetapi digubal yang baru.

BERADAB la sangat.

d) Adakah Parti Islam itu tegas dengan prinsip?

Prinsip Islam ialah berkata benar walau pun pahit. Prinsip Islam ialah yang benar itu benar walau siapa pun yang melakukannya, yang salah itu tetap salah tak kira siapa pelakunya.

Dalam keadaan Umno/BN melakukan kerosakan yang amat sangat, apa prinsip Parti Islam? Prinsipnya tidak boleh ganggu kerana tiada bukti. Nak bukti apa lagi kalau yang menyonglap itu sendiri mengaku?

Prinsip Islam juga tidak akan memungkiri janji, prinsip Islam juga tidak akan memaki hamun mengkafirkan orang. Prinsip apa yang Parti Islam itu pakai?

Cermin diri dulu sebelum nak kata orang lain tidak beradab. Jika benar sekali pun pihak lain khususnya DAP tiada adab, mereka majoritinya bukan Islam. Tiada perkiraan dosa pahala tetapi Parti Islam yang konon dasarnya Islam, prinsipnya Islam, tidak beradab, mungkir janji lebih teruk daripada yang tidak Islam.

Malu la sikit. Islam apa tak senonoh macam tu. Islam bukan hanya dipakaian berserban berjubah.

Aku Ahli DAP.

ZULHAZMI SHARIFF
4 NOVEMBER 2016

Konspirasi BN dalam pilihan raya bakal terbongkar

Posted: 03 Nov 2016 06:38 PM PDT


Azmin Ali

SHAH ALAM - Pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu dijangka dapat membantu mendedahkan konspirasi BN dalam pilihan raya sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi pelantikan itu, beliau percaya penipuan dilakukan BN dapat didedahkan kepada semua.

Katanya, jelas SPR dipergunakan parti itu, contohnya dalam isu persempadanan semula.

"SPR seolah-olah menerima arahan daripada mereka untuk mewujudkan kawasan selamat bagi BN," katanya ketika sesi perbahasan di Sidang Dun Selangor, semalam.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin turut mempersoalkan pelantikan bekas Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi SPR.

"Bagaimana SPR boleh bertindak bebas dan profesional jika pegawai kanan Umno dilantik sebagai pengerusi SPR?.

"Tiga minggu lalu, diangkat satu nama untuk dilantik timbalan pengerusi SPR, sedangkan beliau merupakan ketua setiausaha perdana menteri. Syukur cadangan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Inilah bukti SPR dipergunakan BN," katanya menjawab soalan Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam-BN) yang mahu bukti campur tangan BN dalam urusan pilihan raya.

Mohamed Azmin berkata, badan ini tak boleh dianggotai mana-mana parti politik dan berharap semua pihak mendukung bersih ke arah pilihan raya adil dan bebas.

OhDunia.My

Posted: 04 Nov 2016 08:36 AM PDT

OhDunia.My


Pemilihan Pramugari Di China Yang Penuh Skandal Dan Memalukan

Posted: 03 Nov 2016 08:57 PM PDT

Menjadi pramugari adalah impian banyak wanita cantik. Pekerjaan ini menawarkan gaji yang besar dan peluang untuk travelling percuma ke berbagai belahan dunia.

Pemilihan Pramugari Di China Yang Penuh Skandal Dan Memalukan

Baca selengkapnya

“Lapan Tahun Kahwin. Siapa Sebenarnya Bini Aku Ni?..”

Posted: 03 Nov 2016 08:01 PM PDT

Aku tergerak hati nak tulis since baca 'Abang makenik'. Kalau yg tulis tu bini dia, kali ni yg tulis lelaki. A.k.a suami. Opss bukan suami akak tu. Sebelum tu, thanks laa kt page iium ni. Aku tergerak nk tulis pun sebab xtau nak luahkan mcmne.


Baca selengkapnya

Bukan Sengaja Elak Cukai, Che Ta Minta Tempoh Bayar Tunggakan

Posted: 03 Nov 2016 07:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Pelakon Rozita Che Wan nafi dakwaan beliau lari daripada tanggungjawab membayar cukai sebaliknya meminta sedikit masa melunaskan jumlah tertunggak.

Bukan Sengaja Elak Cukai, Che Ta Minta Tempoh Bayar

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 04 Nov 2016 02:16 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Sharp Z2 Dan Sharp M1 Smartphone Pertama Sharp Di Malaysia

Posted: 04 Nov 2016 01:02 AM PDT


COMMTIVA Technology pengedaq produk komunikasi tanpa wayaq dengan kerjasama Sharp memperkenaikan dua model telefon pintaq segmen pertengahan iaitu Sharp Z2 dan Sharp M1 pertama di Malaysia Penga...

Bayi 7 Bulan Ni Kelihatan Macam Bayi Baghu Lahiaq Ni Sebabnya

Posted: 04 Nov 2016 12:42 AM PDT


Matthew soghang bayi berumoq 7 bulan tapi ghamai yang tersalah anggap dia soghang bayi yang baghu dilahiaqkan Malah berat Matthew hanya 1 36kg Ibunya Jenevieve Cook telah melahiaqkan Matthew...

Pre Order Asus Zenwatch 3 Telah Dibuka Dalam B H Tempah La La Nih

Posted: 03 Nov 2016 11:32 PM PDT


Setelah beberapa bulan dok tunggu sejak pengumuman Asus Zenwatch 3 akhiaqnya ia membuka untuk pre order di laman web B H pada rabu lepaih Ia bukan lagi ura ura tapi secara rasmi ia dibuat B H ...

Sekiranya Apple Magic Keyboard Mai Dengan Touch Bar

Posted: 03 Nov 2016 10:24 PM PDT


Macbook 2015 menyediakan pengguna 2016 untuk komputer riba yang hanya dilengkapi USB C MacBoook Pro yang baghu dilancaqkan baghu baghu ni pulak barangkali akan menyediakan pengguna kepada papan k...

Adobe Photoshop Fix Dan Photoshop Sketch La Nih Boleh Didownload Pengguna Android

Posted: 03 Nov 2016 10:22 PM PDT


Peranti pintaq di dalam telapak tangan hampa la nih lebih berkuasa berbandin sebuah PC dari enam tahun yang lepaih tak menggempaqkan terdapat banyak aplikasi yang dahulunya boleh buat PC merangka...

Neelofa Sebenaqnya Memang Taste Cheq

Posted: 03 Nov 2016 08:42 PM PDT


walaupun drama terpalin baghu arahan Micheai Ang Suri Hati Mr Pilot dah melabuhkan tirainya kemarin tapi masih dok ghamai lagi tak boleh berganjak dengan babak babak romantik diantara Neelofa dan ...

Wajah Neelofa Sama Dengan Miss Internationai 2016 Kyle Verzosa

Posted: 03 Nov 2016 08:24 PM PDT


Sejak beberapa hari lepaih beberapa gambaq Neelofa dan Miss Internationai 2016 Kyle Verzosa telah diupload oleh peminatnya Apa pulak kena mengena Neelofa dengan Kyle Sekali pandang beberapa...

Kilafairy Tak Penah Pengaruh Cheq Untuk Berpakaian Seksi Izara Aishah

Posted: 03 Nov 2016 08:22 PM PDT


walaupun dah tampil memintak ampun pasai berpakaian seksi masa menghadiri KL Fashion Week bersama memba karibnya Kilafairy sekitaq bulan Ogos lepaih Izara Aishah sehingga la nih masih dok lagi men...

Guan Eng Tuduh Media Suka Menipu Dan Kaki Putarbelit

Posted: 03 Nov 2016 08:04 PM PDT


Mendakwa kenyataannya serin diputaq belit media aruih perdana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ni takmau mengulaih tentang pasai kemungkinan kerjasama dalam kelompok parti pembangkang termas...

Lagi Gerai Peniaga Kecik Dirobohkan Di P Pinang

Posted: 03 Nov 2016 08:02 PM PDT


4 11 2016 Nasib peniaga kecik di P Pinang makin tertindaih dibawah kerajaan DAP negeri apabila satu persatu tempat depa mencari rejeki dirobohkan Yang terpalin baghu ialah gerai gerai peniaga ...

Annuar Dah Penat

Posted: 03 Nov 2016 07:16 PM PDT


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Kafa Tan Sri Annuar Musa mengakui penat dok pikiaq masa depan dan hala tuju pasukan Kelantan yang serin dihimpit pelbagai isu terutama kewangan Menurut be...

Tolong Selamatkan Wisma Yakin

Posted: 03 Nov 2016 07:14 PM PDT


Seramai 32 peniaga di Wisma Yakin Jalan Masjid India di sini memintak kerajaan membantu memulihkan mercu tanda bisnes Melayu tu yang kian lumpuh Penasihat Persatuan Peniaga Wisma Yakin Datuk A...

Warga Malaysia Dalang Penculikan

Posted: 03 Nov 2016 07:12 PM PDT


Warga Malaysia merupakan dalang penculikan habuan kewangan di perairan pantai timoq Sabah yang penah meragut nyawa rakyat Malaysia suatu masa dahulu Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro M...

Sains Membuktikan Kelebihan Mangkit Awai Solat Subuh

Posted: 03 Nov 2016 07:02 PM PDT


Kajian sains mendapati udara pagi adalah lebih bersih dan mengandungi oksigen palin tinggi berbandin waktu lain Oksigen yang palin baik pada awai pagi jugak terbukti mampu melancaqkan peredaran da...

Kejadian Pelik Kucin Meratapi Kuboq Ibu Kundari

Posted: 03 Nov 2016 01:02 PM PDT


Dalam satu kejadian pelik yang berlaku di Indonesia walaupun telah dibawak pulang ke rumah oleh beberapa penduduk seekoq kucin takmau berganjak dari kuboq tuannya Kucin berkenaan akan duduk bere...

Mendekati Pixelmaster 3 0 Teknologi Pengimejan Pada Asus Zenfone 3

Posted: 03 Nov 2016 10:22 AM PDT


ASUS pada awai tahun ni telah mengemaskini generasi ZenFone baghu depa menerusi ZenFone 3 dengan penawaran spesifikasi rekaan teknologi kamera yang diperbaharui Ia membawakan penggunaan cip Sna...

Kucin Ni Gemaq Mendaki Walaupun Penglihatannya Cacat

Posted: 03 Nov 2016 09:42 AM PDT


Stevie seekoq kucin buta yang telah diselamatkan 4 tahun lepaih daripada tempat perlindungan di Cork Ireland Stevie suka mengembara dan menemani tuannya mendaki kawasan perkampungan Irish dan b...

Dikecam Isu Tak Bayaq Cukai Che Ta Mengamuk Di Instagram

Posted: 03 Nov 2016 08:22 AM PDT


Serin tampil dengan cara hidup yang mewah ada netizen yang bertindak untuk mengecam pelakon Rozita Che Wan apabila berita beliau mempunyai cukai tertunggak baghu baghu ni tersebaq di Internet t...

Che Ta Maki Hamun Peminat Pasai Isu Cukai Tertunggak

Posted: 03 Nov 2016 08:02 AM PDT


kemarin nama pelakon dan ahli bisnes femes Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta menjadi bualan hangat bila disekat ke luaq negara untuk menyambut hari lahiaq anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana...

Huawei Memperkenaikan Mate 9 Dwi Kamera Leica Dan Emui Berasaihkan Pembelajaran Mesin

Posted: 03 Nov 2016 07:22 AM PDT


Huawei hari ni telah memperkenaikan telefon pintaq terpalin baghu depa dibawah keluarga Mate iaitu Huawei Mate 9 Bersama sama dengan pengenalannya Huawei turut mengumumkan sebuah versi khusus ...

Kalau Betoi Mh370 Menjunam Mustahil Takdak Serpihan

Posted: 03 Nov 2016 07:02 AM PDT


Laporan terpalin baghu menyatakan bahawa MH370 dipercayai hilang kawalan masa menjunam ke dalam laut dengan kepak sayapnya berada pada kedudukan tak bersedia untuk landin Laporan oleh Biro Ke sela...

Adobe Project Nimbuih Dalam Bentuk Beta Pada 2017 Penyuntin Gambaq Dengan Integrasi Awan

Posted: 03 Nov 2016 04:22 AM PDT


Adobe mempunyai sejumlah penawaran perisian penyuntingan gambaq dan terkini pada Adobe Max depa turut memperkenaikan satu lagi perisian baghu yang dikenali dengan nama Project Nimbuih Project N...

16 Surah Pilihan Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

Posted: 03 Nov 2016 04:02 AM PDT


Apa yang indah dengan agama Islam ia adalah cara hidup yang sempurna Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan cuba try test bayangkan anak yang lahiaq nanti bukan...

Pengguna Iphone La Nih Boleh Menggunakan Emoji Baghu

Posted: 03 Nov 2016 03:42 AM PDT


baghu baghu ni syarikat Apple mengeluaqkan beberapa emoji dengan software terkini Untuk masa ni emoji ni hanya boleh digunakan oleh pembangun software namun ia boleh digunakan oleh pengguna da...

myartis.com

Posted: 04 Nov 2016 02:13 AM PDT

myartis.com


3 GAMBAR - FAHRIN AHMAD & ISTERI KONGSI WAJAH ANAK

Posted: 03 Nov 2016 07:19 PM PDT



Jika dahulu Fahrin Ahmad dan isterinya, Elena Hani Elias hanya berkongsi gambar sipi anak lelaki mereka, terkini pasangan ini akhirnya sudi berkongsi gambar wajah anak sulung mereka bernama Khalifa Fahrel itu dengan peminat.

Untuk rekod, isteri Fahrin selamat melahirkan anak mereka secara normal di KPJ Damansara Specialist Hospital pada 29 September lalu iaitu sama tarikh dengan kelahirannya.

Semoga kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Fahrin dan isteri akan terus memberikan sinar bahagia selain turut dilimpahkan rezeki.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 GAMBAR - WAJAH COMEL BABY GIRL NADIA ANNUAR

Posted: 03 Nov 2016 05:59 PM PDT



Anak kepada Kak Ton iaitu Nadia Annuar yang merupakan personaliti TV dan suaminya, Hafiz Salleh telah berkongsi gambar-gambar wajah anak perempuan mereka yang bernama Dya Naylaa.

Siapa yang tidak geram melihat wajah comel anak pasangan ini yang lahir pada 28 Oktober lalu.

Jom kita lihat wajah si comel ni!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

'DISERANG SEPUPU' BEKAS SUAMI - ELLY MAZLEIN TABAH & MAAFKAN

Posted: 03 Nov 2016 03:47 PM PDT



Masih belum selesai isu penyanyi dan pelakon Elly Mazlein dengan bekas suaminya, Azmi Hatta apabila muncul pula kisah baharu dimana sejak beberapa hari lepas, 'sepupu' kepada Azmi telah 'menyerang' Elly di laman sosial.

Menerusi laman Instagram Elly, dia telah memuatnaik screenshot sindiran, kecaman dan kritikan yang dilemparkan kepadanya oleh seorang oleh gadis yang menggunakan nama piqamansorr.

Bukan hanya Elly, gadis berkenaan turut mengkritik netizen yang sering menunding jari ke arah Azmi tanpa mengetahui perkara yang sebenar.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 04 Nov 2016 01:55 AM PDT

beautifulnara


(50 GAMBAR)Sekitar Kemeriahan Malaysia Fashion Week 2016

Posted: 04 Nov 2016 12:34 AM PDT

Malaysia Fashion Week 2016 (MFW2016)kini sedang berlangsung sejak 2 November (Rabu) sehingga 5 November (Sabtu) ini. Acara yang penuh gilang gemilang dan berprestij ini dijalankan di MATRADE Exhibition & Convention Centre. Abang Nara sempat menjenguk MFW2016 pada hari pelancarannya. Memang happening!!!
mfw2016Antara aktiviti yang menarik ialah pertunjukan fesyen pada setiap hari tepat jam 11 pagi. Selain itu Premium Outlet Sale yang menawarkan diskaun sehingga 70% untuk barangan berjenama. Paling best, banyak booth-booth fesyen, kecantikan dan kesihatan untuk para pengunjung. Sesiapa yang teringin nak mencantikkan diri, menghensemkan wajah dan mengubah penampilan, anda memang wajib kunjungi MFW2016.
mfw2016Esok adalah hari terakhir MFW2016. Nasihat Abang Nara silalah pergi tengok. Macam-macam ada. Esok juga akan disampaikan anugerah kepada pemenang Mercedes Benz Awards. Bukan pereka fesyen Malaysia sahaja yang bertanding. Ada dari Jepun dan ramai lagi.
mfw2016Sudah tentu paling mengujakan para pengunjung ialah kehadiran selebriti-selebriti tanah air di MFW2016. Semalam booth Nora Danish menerima kunjungan ratusan peminatnya. Siapa yang tak suka kalau dapat selfie dengan Nora Danish kan?
mfw2016Cerita banyak tak guna, jom kita layan gambar-gambar kemeriahan, keawesomean dan kehebatan Malaysia Fashion Week 2016 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Maklumat lanjut boleh layari malaysiafashionweek.my/2016.






































































Kilafairy Tidak Pernah Pengaruh Saya Untuk Berpakaian Seksi – Izara Aishah

Posted: 03 Nov 2016 07:48 PM PDT

Meskipun sudah tampil memohon maaf kerana berpakaian seksi ketika menghadiri KL Fashion Week bersama rakan karibnya Kilafairy sekitar bulan Ogos lepas, Izara Aishah sehingga kini masih lagi menerima kritikan negatif.

Izara merasa tidak selesa apabila ada sesetengah pihak yang menyalahkan Kilafairy dalam isu tersebut. Menurut mereka, Kilafairy telah mempengaruhi Izara untuk tampil seksi.

Walaubagaimanapun, Izara menjelaskan apa yang beliau gayakan pada malam berkenaan adalah atas kehendak beliau sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Izara meminta agar tiada lagi pihak yang menunding jari terhadap rakan karibnya itu.

Saya tahu ramai yang menyangka Kila mempengaruhi saya berpakaian begitu. Malah ada juga orang di sekeliling saya menganggp perkara sama. Untuk pengetahuna semua, Kila tidak pernah memaksa saya untuk bergaya seksi dan apa yang berlaku adalah kehendak sendiri.

Kasihan Kila, tidak pasal pasal namanya dikatikan dalam kontroversi itu. Saya sudah pun meminta maaf sebelum ini dan saya mengaku, itu semua salah sendiri.

Tidak perlu lagi dibangkitkan isu lama. Izara pun sudah menyesal dengan perbuatan beliau itu bukan?

Sumber Berita : BH PLUS

(4 FOTO) Wajah Neelofa Sama Dengan Miss International 2016 Kyle Verzosa?

Posted: 03 Nov 2016 06:29 PM PDT

Sejak beberapa hari lepas, beberapa foto Neelofa dan Miss International 2016, Kyle Verzosa telah dimuat naik oleh peminatnya.  Apa pula kena mengena Neelofa dengan Kyle?

Sekali pandang, beberapa peminat akui wajah Neelofa sama dengan Kyle. Menurut mereka, ia sama mirip dengan Neelofa ketika pelakon itu belum berhijab.

Berikut beberapa lagi foto Neelofa dan Kyle Verzosa dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Apa pendapat anda? Dah macam kembar atau tidak?

Fazura Nafi Tarik Diri Daripada Peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 31

Posted: 03 Nov 2016 09:40 AM PDT

Ada ura-ura mengatakan selebriti Fazura ingin menarik diri daripada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik. Fazura sebenarnya tercalon bersama kumpulan Estranged menerusi lagi Hancur Aku.

Berbicara mengenai isu beliau ingin menarik diri, Fazura menerusi portal BH ONLINE agak terkejut mendengar khabar angin itu dan menyifatkan ia adalah fitnah semata-mata.

Cerita itu tidak benar sama sekali dan ia adalah satu fitnah. Ramai peminat yang mahu melihat saya dan Estranged sama-sama masuk ke peringkat separuh akhir dan kalau boleh, hingga ke pentas Anugerah Juara Lagu. Atas alasan itu juga peminat mengundi kami.

Jadi, kenapa pula saya hendak menarik diri? Apakah ada orang lain hendak menggantikan tempat saya?

Fazura memberitahu beliau dan ahli kumpulan Estranged telah berusaha sehabis baik untuk mara ke peringkat separuh akhir. Tentu sekali beliau merasa teruja dan sudah membuat pelbagai persiapan bagi acara tersebut yang berlangsung malam ini di TV3.

Ketika mula-mula memasuki program Muzik-Muzik, saya hanya terfikir untuk menyanyi. Saat itu, saya tidaklah menaruh harapan terlalu tinggi. Maknanya, kalau berjaya ke peringkat seterusnya, ada rezeki untuk kami.  Apabila pihak label memberitahu lagu ini berjaya ke peringkat separuh akhir, kami jadi teruja.

Saya sedar, persaingan dalam pertandingan ini memang sengit dan saya pula bukanlah seorang penyanyi hebat. Apapun, saya akan cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Bukan mudah untuk bertanding didalam pentas besar seperti Muzik-Muzik 31 dan tidak mungkin seseorang artis itu akan melepaskan peluang untuk mencuba nasih melangkah ke peringkat akhir. Siapa tahu mungkin Fazura dapat memberikan persembahan yang luar biasa malam ini? Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE

Dikecam Isu Tidak Bayar Cukai : Che Ta Mengamuk Di Instagram

Posted: 03 Nov 2016 05:58 AM PDT

Sering tampil dengan cara hidup yang mewah, ada netizen yang bertindak untuk mengecam pelakon Rozita Che Wan apabila berita beliau mempunyai cukai tertunggak baru-baru ini tersebar di Internet.

Tidak dapat lagi menahan amarahnya, Che Ta dikatakan mengamuk selepas seorang individu memberikan komen berbaur sindiran dan provokasi melalui laman Instagram milik Che Ta.

Berikut adalah komen yang mencetuskan api kemarahan Che Ta :-

Peminat-peminat tegar Che Ta telah tampil mempertahankan beliau dan meminta agar Che Ta bersabar dengan mereka yang sering berpandangan negatif dan mahu memperbesarkan isu tersebut.

Kali ini kami bersetuju dengan beberapa komen netizen yang menganggap isu seperti ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Hal cukai ini bukannya mudah dan kalau anda sendiri tidak merasa "peritnya" anda tidak boleh mengkritik orang lain. Mungkin ada yang tidak suka dengan cara kehidupan Che Ta sehingga melabel beliau terlalu menunjuk tetapi janganlah kita keji pula seseorang itu bila dilanda masalah. Bak kata pepatah, hari ini hari dia, esok hari kita siapa yang tahu?

Neelofa Sebenarnya Memang Taste Saya – Fattah Amin

Posted: 03 Nov 2016 02:20 AM PDT

Tentu anda semua masih ingat kenyataan Fara Fauzana dimana Fattah Amin bukan “taste” Neelofa. Dasyat juga Fafau kena kecam.

Terbaru, Fattah menerusi rancangan MeleTOP telah membuatkan ramai gadis diluar sana kecewa dan gigit jari apabila Fattah menatap mata Neelofa dan mengeluarkan kata-kata " Lofa sebenarnya memang "taste" saya."

Sehingga hari ini, video pengakuan Fattah itu mendapat hits dan menjadi perbualan netizen. Malah,  ia mendapat jumlah tontonan lebih 85,000 di saluran YouTube MeleTOP.

Berikut video pengakuan "sweet" Fattah :-

Daripada gaya Fattah, jelas sekali mereka ini cukup rapat dan mesra bukan? Iyalah, kalau hendak kata gimik drama takkanlah Fattah sanggup mengaku sehingga begitu sekali. Erm, kalau betul pun apa salahnya, masing-masing “single and available”, seorang boleh tahan kacak dan seorang lagi cantik. Memang sepadan!

No comments:

Post a Comment