KedahLanie.info Posted: 17 Nov 2016 10:00 AM PST Jamal tiada pengaruh, Sg Besar pun BN calonkan orang lain Posted: 17 Nov 2016 06:00 AM PST Ketua geng baju merah Datuk Seri Jamal Yunos diminta membuktikan pengaruhnya dengan pulang ke Sungai Besar dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjadi calon. Ketua Amanah Sungai Besar, Ustaz Azhar Abdul Shukur berkata, Jamal hanya bising di luar sahaja tetapi tidak ada pengaruh pun di kawasan yang beliau ketuai sendiri. "Jamal adalah ketua Umno bahagian Sungai Besar tetapi bila Umno pilih calon, Budiman (Radzi) pula yang jadi calon bukannya Jamal. "Jadi bagi saya Jamal tidak ada pengaruh sebenarnya. Dia hanya kepala samseng sahaja," kata Azhar, bekas calon Amanah dalam pilihan raya kecil Sungai Besar sebelum ini. Menurut Azhar, Jamal hanya sibuk mengacau konvoi Bersih di luar kawasannya sendiri. "Tetapi bila kami buat Bersih di Sungai Besar, Jamal takda pula nak kacau," kata Azhar kepada Malaysia Dateline. Geng baju merah yang dipimpin oleh Jamal kini sibuk mengganggu perhimpunan Bersih 5 yang disokong oleh Amanah. Ekoran tindakan Jamal dan gengnya, polis telah memberikan amaran agar perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan 19 November ini dibatalkan. Namun tragedi yang berlaku kepada Jamal sehingga hidungnya berdarah selepas ditumbuk dalam satu perhimpunan di Ampang telah menimbulkan persepsi baru kepada beliau. Sebelum ini, Jamal telah menunjukkan aksi beliau dipukul dengan kayu namun tidak ada apa-apa berlaku kepadanya, seolah-olah beliau kebal. Tragedi hidung Jamal berdarah itu telah menjadi viral dalam laman sosial kononnya persepsi yang cuba ditunjukkan bahawa beliau kebal hanya lawak semata-mata. Menurut Azhar, beliau sebagai anak jati Sungai Besar tidak kenal Jamal. "Saya mula kenal dia selepas naik isu Sekinchan Ikan Bakar yang kemudiannya tutup," kata Azhar anak kepada bekas Adun Sungai Panjang dan parlimen Sungai Besar itu, Datuk Abdul Shukur Idrus. Dalam satu kenyataannya kepada Astro Awani, Jamal mengaku restoran Sekinchan Ikan Bakar ditutup selepas beliau melawan perhimpunan Bersih. Jamal dikatakan membuka 23 outlet Restoran Sekinchan Ikan Bakar di seluruh negara namun ditutup kemudiannya atas dakwaan ia diboikot orang ramai selepas Jamal melawan Bersih. | Jangan hanya bekas CEO THHE, siasat juga Tabung Haji, kata Rafizi Posted: 17 Nov 2016 05:00 AM PST PETALING JAYA: Rafizi Ramli menggesa siasatan SPRM terhadap bekas CEO TH Heavy Engineering (THHE) diperluaskan ke Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH), yang meluluskan suntikan dana untuk syarikat yang didakwa bermasalah itu. Ini kerana beliau percaya siasatan yang hanya berkisar kepada urusniaga yang bersabit dengan suapan dan dikaitkan dengan harta milik individu yang berkaitan THHE adalah tidak adil. Setiausaha Agung PKR dalam kenyataan hari ini mempertikaikan mengapa pengurusan kanan TH terus menyuntik dana ke THHE, walaupun lembaga dana ibadat itu cuma memegang 30% saham dalam syarikat yang didakwa mengalami kerugian. "Persoalan yang lebih besar ialah bagaimana pengurusan terkanan TH termasuk Lembaga Pengarah dan Panel Pelaburan boleh membuat keputusan untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang telah pun mengundang pelbagai kontroversi ketika THHE dikenali sebagai Ramunia Holdings Berhad. "Pengurusan terkanan daripada peringkat Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab dalam keputusan di atas perlu disiasat juga kerana keputusan mereka terus melaburkan wang pendeposit TH ke dalam THHE. "Kalau pun tiada unsur rasuah atau penyelewengan, boleh disiasat untuk memastikan tidak ada unsur kecuaian sehingga menyebabkan kerugian sedemikian rupa." THHE hari ini mendedahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Latif disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rafizi memuji siasatan SPRM itu, yang menurutnya ke atas aduan kepincangan pengurusan di dalam THHE, yang didakwa menyebabkan ratusan juta wang pendeposit Tabung Haji hangus dalam tempoh 7 tahun yang lalu. "Saya juga telah mendedahkan dokumen rasmi yang menunjukkan Kementerian Kewangan, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, telah meluluskan pakej sokongan baru kepada THHE, yang boleh meningkatkan risiko hangusnya wang pendeposit yang dilaburkan sehingga mencecah RM1.4 bilion. "Bagaimanapun, pakej sokongan kewangan dalam bentuk jaminan korporat untuk membuat pinjaman baharu tidak digunakan THHE. "Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan menganugerahkan kontrak pembinaan kapal peronda pesisir pantai yang berjumlah sekitar RM700 juta kepada THHE secara rundingan terus walaupun THHE tidak berpengalaman dalam bidang itu." Rafizi mendakwa penganugerahan kontrak itu usaha untuk menjamin keluar THHE, yang didakwa hampir muflis. | 'Lepas Trump, peluang saya pula jadi PM' - Ibrahim Ali Posted: 17 Nov 2016 03:46 AM PST
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Sambil mengibaratkan dirinya seperti 'janda seksi' berikutan beberapa parti politik sudah 'melamarnya' untuk bertanding melalui tiket parti masing-masing, katanya, tumpuan beliau sekarang adalah kepada PERKASA.
Beliau yang bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas pada pilihan raya 2013 bagaimanapun tidak mahu mendedahkan parti politik mana yang menjadi pilihannya.
"Saya mengakui ada pihak yang melamar kerana saya tak minat menyertai parti politik dan ingin kukuhkan PERKASA.
"Ada yang melamar (bertanding) kerana saya janda seksi.
"Tapi saya pasti akan bertanding dalam pilihan raya, tapi saya tak tahu bagaimana (nak tanding).
"Saya tak tak boleh bagi tahu sekarang," katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA di ibu negara.
'Lepas Trump, peluang saya pula jadi PM'
Sementara itu, Ibrahim sempat berjenaka beliau mungkin berpeluang menjadi perdana menteri memandangkan Donald Trump turut memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
Katanya, beliau telah digelar "Donald Trump" Malaysia oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Dulu ada orang kata Ibrahim Ali adalah Donald Trump. Orang bukan main perlekeh saya. Akhir sekali Donald Trump jadi presiden AS.
"Datuk Jazlan melabel saya Ibrahim Ali Donald Trump Malaysia, bila Donald Trump menang dia diam. Ingatkan dia nak ucap tahniah pada saya. Tak ada nak ucap tahniah pun.
"Jangan main-main ya. Kita manusia boleh merancang, Allah taala yang menentukan," katanya sambil ketawa. | Bank asing terkejut langkah Malaysia sekat kejatuhan ringgit Posted: 17 Nov 2016 03:42 AM PST Bank-bank asing di Malaysia hari ini pada Khamis cuba memahami untuk bagaimana mematuhi sekatan bank pusat mengenai perdagangan ringgit di pesisir luar - langkah yang dilihat sebagai satu bentuk kawalan modal. Surat borang yang dihantar minggu ini daripada bank kepada cawangannya di pesisir luar mahu pegawai pematuhan menandatangani komitmen menghentikan perdagangan ringgit di pasaran NDF dan kemudian menghantar surat berkenaan kepada Bank Negara, lapor Reuters, semalam. "Terdapat urusan surat-menyurat yang ketara di antara bank-bank dan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata seorang pegawai bank asing di Malaysia yang berurusan dalam perdagangan mata wang asing. "Ini adalah satu bentuk kawalan modal tidak langsung ... Saya lihat ramai yang akan keluar Malaysia." Ringgit hari ini jatuh hampir 1 peratus ke paras terendah dalam 11 bulan kepada 4.3850 berbanding dolar. | Pemain Juara Piala Malaysia mula mendapat tawaran lumayan dari pasukan luar Posted: 16 Nov 2016 07:25 PM PST Azmeer Yusof Ditawar Gaji RM50,000, Kontrak Tambahan Ratusan Ribu Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 10:08 AM 
Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN bza_56@yahoo.com.my 
(Ubah saiz teks) PEMAIN pertahanan Kedah, Azmeer Yusof dilapor mendapat tawaran mewah daripada sebuah pasukan Liga Super yang berpangakalan di Lembah Klang. Menurut sumber, Azmeer yang merupakan pemain kelahiran Perak ditawarkan gaji sehingga RM50,000 sebulan jika menyertai skuad berkenaan untuk saingan Liga Malaysia musim depan. Selain gaji mewah itu, Azmeer dilapor turut ditawarkan kontrak kebersihan bernilai ratusan ribu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri berkenaan sebagai tawaran tambahan. "Azmeer telah diberi tawaran mewah daripada sebuah pasukan di Lembah Klang. Jika dia setuju, kontrak telah disediakan untuk dimuktamadkan segala perbincangan. "Azmeer juga diberi ruang untuk berfikir sama ada ingin kekal di Kedah atau berhijrah ke pasukan baru. "Setakat yang dimaklumkan, Azmeer belum diberi kontrak baru oleh Kedah dan tawaran hanya dibuat secara lisan tanpa sebarang tindakan lanjut," kata sumber itu kepada mStar Online. Azmeer yang beraksi cemerlang bersama Kedah sehingga menjuarai Piala Malaysia musim ini dilapor telah menerima lima tawaran sejak bulan lalu. Namun pemain berkenaan yang sedang bercuti bersama keluarga ingin dahulu melihat tawaran lanjutan kontrak yang diberikan Kedah. Bagaimanapun, akibat ketiadaan tawaran secara serius menerusi kontrak, beliau dikatakan sedia berhijrah ke pasukan lain. Selain Azmeer, beberapa pemain termasuk Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe didakwa belum menandatangani kontrak baharu untuk musim depan. Berikutan itu, pemain-pemain yang berjaya membantu Kedah menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga mula dipancing oleh pasukan-pasukan lain termasuk dari Liga Perdana. | BN semakin ‘takut’ dengan pembangkang Posted: 16 Nov 2016 03:24 PM PST SITI FATIHAH AWANG  Che Ibrahim Mohamed
KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dilihat semakin takut dengan kekuatan pembangkang, jelas Naib Pengerusi Amanah Negeri, Che Ibrahim Mohamed. Menurutnya, tindakan Najib mengeluarkan kenyataan bahawa masa depan negara tidak boleh bergantung pada pakatan politik yang hipokrit memperlihatkan kebimbangan pemimpin nombor satu negara itu kepada kekuatan sebenar yang ada dalam pembangkang kini. “Apa yang paling ditakuti oleh BN ialah apabila parti-parti pembangkang berjaya mengetepikan perselisihan di kalangan mereka untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang jitu melawan BN dalam PRU 14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, pertembungan yang didakwa wujud antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang adalah ketika kedua-dua tokoh tersebut dalam aliran politik yang berbeza di mana Tun Mahathir adalah Ketua Kerajaan, manakala Kit Siang pula adalah Ketua Pembangkang. Namun kini mereka berada dalam satu barisan pembangkang yang semakin mantap dan mempunyai cita-cita politik yang sama untuk menentang BN. “Itulah yang digeruni dan cuba dielak oleh Najib, beliau tidak mahu dan tidak selesa jika pembangkang berada dalam satu persepakatan yang kukuh, lebih-lebih lagi jika barisan pembangkang bertanding dalam PRU14 nanti menggunakan satu simbol dan satu manifesto. “Pakatan BN sebenarnya bukanlah satu pakatan yang kukuh, kekuatan mereka semata mata kerana sebagai parti yang memerintah, jika ditakdirkan BN kalah, saya yakin pakatan BN akan pecah dan akan ada komponennya yang akan bersama Pakatan Harapan,”katanya. | Kutipan elektronik di tol Hutan Kampung hingga tol Sg. Dua Posted: 16 Nov 2016 03:18 PM PST  Tiga lagi lebuh raya bakal melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya tahun depan. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR - Plus Malaysia Berhad (Plus) akan melaksanakan sepenuhnya kutipan tol secara elektronik di Plaza Tol Hutan Kampung di sini sehingga Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang bermula pada 30 November ini. Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, selain Plaza Tol Hutan Kampung dan Sungai Dua, kutipan tol secara elektronik itu turut membabitkan plaza tol di Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Gurun, Pendang, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan dan Bertam. Beliau berkata, Plus sedang dalam persediaan untuk melaksanakan sepenuhnya kutipan tol elektronik bagi kemudahan pengguna dengan menggunakan kad PlusMiles, Touch n Go atau SmartTAG. "Pengguna disaran menggunakan kad PlusMiles kerana kami menawarkan rebat bersempena musim perayaan dan promosi tertentu...jadi pengguna akan mendapat manfaat selain dapat melancarkan perjalanan," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong Plus bersempena Hari Komuniti Plus di Kampung Tok Pasai, Kuala Kedah di sini, hari ini. Noorizah berkata, pihaknya akan menyediakan lorong khas bagi mendapatkan dan menambah nilai kad elektronik Touch n Go dan PlusMiles di setiap plaza tol terbabit. Sementara itu, lebih 1,000 warga kerja Plus menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan di 16 lokasi secara serentak di seluruh negara hari ini. Noorizah berkata sejak 2005, Plus telah membelanjakan sebanyak RM50 juta bagi program CSR untuk membantu orang ramai terutama golongan sasaran dalam meningkat kualiti hidup mereka. Beliau berkata program CSR Plus antara lain meliputi kempen keselamatan jalan raya, pendidikan, peningkatan tahap sosioekonomi serta sumbangan kepada penduduk sekitar, pemberian rebat dan diskaun tol, sumbangan kepada Orang Kurang Upaya, tajaan dan alam sekitar. Katanya melalui program itu, Plus turut membantu meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk sekitar kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Plus yang kini sudah melahirkan kira-kira 800 usahawan tempatan dan mewujudkan 5,500 peluang pekerjaan. "Plus turut membelanjakan kira-kira RM5.4 juta untuk menyediakan kelengkapan persekolahan kepada kira-kira 27,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara sejak 2014," katanya. - Bernama | Bajet Kedah 2017: Penjawat awam terima bonus Posted: 16 Nov 2016 03:12 PM PST MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI & ROSHILA MURNI ROSLI
 Ahmad Bashah (depan, kanan) bersama sebahagian Adun BN selepas pembentangan Bajet Kedah 2017, semalam.
ALOR SETAR – Kerajaan Kedah bersetuju memberi Bayaran Khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri dengan peruntukan sebanyak RM3.045 juta. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Bayaran Khas itu akan dibuat pada akhir tahun ini. "Seiring dengan pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam Bajet 2017 baru-baru ini, sebanyak RM500 akan diberi kepada semua penjawat awam negeri. "Peruntukan ini melibatkan seramai 6,090 orang kakitangan tetap dan kontrak kerajaan negeri bagi menghargai iltizam dan kesungguhan mereka," katanya semasa pembentangan Bajet Kedah 2017, semalam. Selain itu, insentif lain yang berasaskan kecekapan, prestasi dan upaya pengutipan hasil jabatan sedang dirangka dan akan ditentukan mekanismenya secara dalaman sebagai rangsangan kepada kakitangan. "Secara keseluruhannya, anggaran peruntukan pembangunan bagi sektor pentadbiran, sukan dan lain-lain dikhususkan sebanyak RM87.69 juta atau mewakili 34.20 peratus dari keseluruhan belanja pembangunan. "Di antara yang menjadi fokus ialah penyediaan bangunan dan prasarana pentadbiran yang kondusif bagi kakitangan kerajaan melaksanakan tugas dengan cekap. Peruntukan terlibat ialah seperti projek membina dan menyiapkan Kompleks Pejabat Pengarah Tanah dan Galian serta Kompleks Jabatan Kerja Raya Kedah di Jalan Suka Menanti," katanya. Katanya, kerja-kerja menaik taraf kemudahan dan prasarana kerja yang selesa termasuk projek menaik taraf Bangunan Wan Mat saman yang menempatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan lain-lain jabatan negeri juga akan dilaksanakan. "Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan program pembinaan taska di tempat kerja untuk kemudahan penjagaan dan asuhan anak-anak penjawat awam. "Seterusnya sebanyak RM12.42 juta telah diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan dan prasarana sukan termasuk kerja-kerja menaik taraf Stadium Darul Aman, Pusat Akuatik Gunung Keriang dan Kompleks Sukan Hijau Kuning," katanya. Ahmad Bashah berkata, bagi kerja-kerja penyelenggaraan elektrikal dan mekanikal bangunan-bangunan kerajaan dan kuarters telah diperuntukkan sebanyak RM5.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh Kedah. "Manakala bagi lain-lain peruntukan adalah bagi tujuan pembangunan sumber manusia, pusat-pusat kecemerlangan pertanian, pusat-pusat haiwan, pengambilan balik tanah dan peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan," katanya. | 13 keluarga di Kuala Muda, Kedah terjejas banjir kilat Posted: 16 Nov 2016 03:09 PM PST SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA 16 November 2016  SUNGAI PETANI - Seramai 46 mangsa dari 13 keluarga terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di dua lokasi berasingan di Kota Kuala Muda dan Tanjung Dawai dalam kejadian awal pagi tadi.
Seramai 19 mangsa dari enam keluarga dilaporkan terjejas di Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda berdekatan lokasi air pasang besar berlaku September lalu dan lokasi sama tragedi tsunami 2014 lalu. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.30 pagi tadi bersama tiga anggota melakukan pemantauan di lokasi terbabit. Sementara itu, di Tanjung Dawai, seramai 27 mangsa dari tujuh keluarga dilaporkan terjejas akibat air naik mendadak mencecah ketinggian sehingga 0.3 meter kira-kira jam 3.30 pagi tadi. "Kita telah membuat pemerhatian ke dua-dua lokasi yang dilaporkan dan mendapati banjir kilat menjejaskan kesemua rumah mangsa. "Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan dibuka berikutan air kembali surut dalam tempoh beberapa jam semasa pemantauan dilakukan," katanya. Menurut beliau, anggota bertugas telah menasihati mangsa agar mengutamakan keselamatan semasa mengendalikan bencana dan meminta mereka menyelamatkan barang beharga serta memindahkannya ke tempat lebih selamat. | |
beautifulnara Posted: 17 Nov 2016 02:01 AM PST Nora Nafi Minta Astro Tukar Lagu Kerana Tidak Mahu Nyanyi Lagu Dangdut Posted: 16 Nov 2016 07:41 PM PST Penyanyi Nora Ariffin menafikan khabar angin kononnya beliu enggan menyanyikan lagu bergenre dangdut iaitu Rindu nyanyian asal Amelina pada konsert keenam Gegar Vaganza 3 pada minggu ini.  Perkara itu mula dihebohkan oleh netizen apabila ada yang mendakwa Nora berkeras mahu pihak Astro menukar lagu tersebut dengan lagu pilihannya sendiri, Bring Me To Life dendangan kumpulan rock Evanescence. Sejak awal lagi, semua peserta diberi peluang untuk menyenaraikan lagu pilihan masing-masing daripada pelbagai genre muzik. Walaupun tidak dinyatakan lagu yang bakal kami nyanyikan secara terperinci, mereka ada memberikan bayangan supaya kami dapat melakukan persiapan, termasuk konsep persembahan dan pakaian.  Dalam hal ini, saya diberi bayangan akan menyanyikan lagu rock, jadi saya sudah pun membuat persediaan. Apabila diumumkan saya akan menyanyikan lagu Rindu, sudah tentu saya terkejut. Sebaik saja saya bertanyakan hal itu kepada pihak produksi, mereka mengaku ia kesilapan teknikal, lantas menukarnya kepada lagu yang berada dalam senarai pilihan saya. Nora tidak mahu netizen menganggap beliau seorang yang tidak berani menyahut cabaran. Menurut Nora, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyanyikan lagu dangdut.  Saya tiada masalah untuk menyanyikan lagu dangdut. Kalau betul pihak Astro mahu saya menyanyikan lagu Rindu, saya tetap akan menyanyikannya kerana ia adalah tugasan. Lagipun lagu Amelina memang ada dalam senarai pilihan saya. Cuma, saya akan menyampaikan lagu itu dengan gaya yang bersesuaian dengan imej saya hari ini.  Nora merupakan salah satu artis yang agak disegani bukan? Kami yakin Nora mampu untuk menyahut cabaran yang diberikan. Sumber Berita : BH ONLINE | Doakan Hubungan Kami – Ummi Nazeera Posted: 16 Nov 2016 05:36 PM PST Pelakon Ummi Nazeera sebelum ini mengakui sedang mengenali hati budi seseorang. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, Ummi tidak membuka mulut secara terperinci mengenai temannya itu.  Terbaru menerusi portal Utusan Online, Ummi beliau lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan soal hubungan peribadinya kepada umum kerana belum pasti dengan pengakhirannya. Setakat ini, tidak ada apa-apa yang ingin saya kongsikan jadi rasanya lebih baik saya berdiam diri sahaja. Lagipun seeloknya saya tidak bercerita lebih kerana kita semua tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Bagaimana takdir hidup saya kelak, tidak mampu untuk saya ceritakan. Sebab itulah saya selesa dengan pendirian saya ini. Apabila semuanya sudah ada kepastian dan berita baik, saya tidak teragak-agak untuk berkongsi dan bercerita.  Ummi memberitahu setakat ini hubungan beliau dengan lelaki yang diperkenalkan oleh keluarganya itu berjalan dengan baik. Pada masa yang sama, Ummi berharap agar peminatnya juga mendoakan yang terbaik buat dirinya. Setiap kali diajukan tentang perkara ini, saya tidak mengelak dan mengaku sedang mengenali seseorang. Sehingga ke hari ini, alhamdulillah hubungan kami berjalan dengan baik. Doakanlah semuanya baik-baik.  Kami mendoakan agar hubungan Ummi kali ini ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Benar kata Ummi, lebih baik untuk bercerita mengenai sesuatu jika ia sudah pasti. Sumber Berita : Utusan Online | Jangan Menghuru-harakan Hidup Sendiri Kerana Artis – Datuk Ramli MS Tempelak Peminat Fanatik Posted: 16 Nov 2016 04:54 AM PST Gara-gara komen "belas kasihan" terhadap Elly Mazlein sehingga penyanyi itu menarik diri daripada GV 3, juri Datuk Ramli MS menerima pelbagai jenis kritikan dan komen negatif terutama sekali melalui akaun Instagramnya.  Tidak tahan dengan komen-komen yang diterimanya, Tok Ram menerusi akaun Instagramnya telah menempelak mereka yang terlalu fanatik dengan artis. Menurut Tok Ram, untuk apa mereka bertegang leher dan menghuru-harakan kehidupan sendiri hanya disebabkan isu artis. Tok Ram juga mengingatkan agar peminat fanatik artis tidak terlampau beremosi  Pada yang nak hamput hamun mengata sila hormat pada diri sendiri . Ko masuk rumah orang suke ko tapi ko private kan umah ko?Jangan huru-harakan kehidupan ko.Saya boleh block kamu tapi tak guna sebab ko akan buka fake acc yg lain. Adik.udah2 la tipu diri sendiri .Soon or later ko kena hadapi yang nyata dalam bentuk positif or negatif. Bil bulanan ko pun ko yang kena bayar sndri. Tak yah nak respect orang just respect yourself k.  Tidak dinafikan ada golongan yang terlalu fanatik dengan artis sehingga terlalu emosi. Kadang-kadang mereka juga boleh jadi "defensive" dan tidak boleh membezakan perkara yang baik mahupun buruk buat artis mereka. Bukannya salah untuk meminati seseorang artis itu, tetapi biarlah berpada. Sumber Berita : Instagram Datuk Ramli MS | |
No comments:
Post a Comment