Monday, 14 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 14 Nov 2016 07:48 PM PST

ROTIKAYA


Suri Hati Mr Pilot Halang Penonton Bercerai

Posted: 14 Nov 2016 05:39 PM PST

Siapa sangka drama lakonan Neelofa dan juga Fattah Amin, Suri Hati Mr Pilot mampu menyelamatkan rumah tangga sepasang suami isteri daripada terus runtuh. Ternyata perkara tersebut turut membuatkan Neelofa terkejut.

BACA: "Neelofa Sebenarnya Memang Taste Saya"

“Jujur saya terharu apabila dimaklumkan elemen positif yang dipaparkan mampu menyebarkan mesej kepada ramai. Saya fikir penonton sekadar minat sebaliknya ia meninggalkan kesan mendalam termasuk terhadap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga seperti diceritakan kawan saya itu”

“Kebetulan kawan saya mengenali pasangan berkenaan. Suami wanita itu ada berpesan mahu mendapatkan poster yang mempunyai tanda tangan saya selepas isterinya bersalin nanti,” jelas Neelofa kepada BH Online.

Menurut rakan Neelofa, pasangan yang berhadapan dengan masalah rumah tangga umpama retak menanti belah itu sekadar bertahan dan tinggal sebumbung hanya kerana isteri lelaki berkenaan sedang mengandung.

Bagaimanapun, hasil tontonan drama Suri Hati Mr Pilot setiap hari, pasangan ini belajar menolak tepi ego masing-masing seperti mana yang dilakukan oleh watak Warda dan Ejaz. Terkesan dengan drama tersebut, pasangan itu kini terus mahu hidup bersama.

Hebat juga penangan drama sampai mampu selamatkan rumahtangga orang lain (tergamam sekejap). Malah kisah sebegini pun boleh dibuat drama juga. Apa pun, nampaknya demam drama lakonan Fattah Amin dan Neelofa ini akan sentiasa meniti di bibir peminat yang sukakan kehidupan penuh drama. (rtky/s)

7-suri-hati-mr-pilot-halang-penonton-bercerai-rotikaya 6-suri-hati-mr-pilot-halang-penonton-bercerai-rotikaya 5-suri-hati-mr-pilot-halang-penonton-bercerai-rotikaya 4-suri-hati-mr-pilot-halang-penonton-bercerai-rotikaya 3-suri-hati-mr-pilot-halang-penonton-bercerai-rotikaya 2-suri-hati-mr-pilot-halang-penonton-bercerai-rotikaya

Hafiz Suip: Soal Zuriat Bergantung Pada Rezeki

Posted: 14 Nov 2016 04:43 PM PST

Penyanyi Hafiz Suip berkata, dia tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat malahan dia telah bersedia bila-bila masa dan hanya berserah pada rezeki yang akan ditentukan oleh Allah Taala.

BACA: Hafiz Suip Akui Tertekan Asyik Disoal Tentang Anak

“Bergantung pada rezeki, sebenarnya usaha itu penting dan sekarang ini saya tengah berusaha untuk dapatkan zuriat. Walau macam mana pun bergantung pada rezeki. Untuk memujuk hati, saya akan fikir positif,” katanya yang ditemui di Separuh Akhir Muzik-Muzik.

Selepas mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Nureffy sekitar pertengahan tahun ini, nampaknya badan penyanyi ini sedikit berisi dan diakui olehnya sendiri.

“Bertambah selera makan. Isteri saya walaupun badannya kecil tapi dia kuat makan. Bila dia tak habis saya akan habiskan makanan itu,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)

Fahrin Ahmad: Hidup Lengkap Lepas Jadi Bapa

Posted: 14 Nov 2016 03:23 AM PST

Mengakui kelahiran cahaya mata sulungnya memberi semangat baru dalam kehidupan, Fahrin Ahmad dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa kehidupannya kini bagaikan lengkap selepas bergelar bapa.

BACA: Fahrin Ahmad Belajar Teknik Jaga Bayi Di Youtube

“Secara keseluruhannya, anak kami menjadi cahaya dan memberikan semangat baharu dalam hidup. Memang kehadirannya banyak mengubah corak hidup saya. Perubahan itu pula sebahagiannya bagai boleh dijangka apabila ia berlaku seiring dengan kematangan usia”

“Apabila semakin dewasa, kita juga bersedia untuk berubah, termasuk menggalas amanah sebagai bapa. Saya kini turut melalui pengalaman merindui anak di rumah apabila keluar bekerja atau berjauhan dengannya”

“Betullah kata orang, perasaan itu akan menjelma apabila kita memiliki zuriat, tidak kiralah bagi mereka yang baru menjadi ayah atau sebaliknya. “Bukan hanya terhadap anak, malah ingatan kepada isteri semakin terasa,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Fahrin juga sedang mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis akikah untuk Khalifa Fahrel. Apa pun, semoga Fahrin, anak dan juga isteri sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa. (rtky/s)

7-fahrin-ahmad-hidup-lengkap-lepas-jadi-bapa-rotikaya 6-fahrin-ahmad-hidup-lengkap-lepas-jadi-bapa-rotikaya 5-fahrin-ahmad-hidup-lengkap-lepas-jadi-bapa-rotikaya 4-fahrin-ahmad-hidup-lengkap-lepas-jadi-bapa-rotikaya 3-fahrin-ahmad-hidup-lengkap-lepas-jadi-bapa-rotikaya 1-fahrin-ahmad-hidup-lengkap-lepas-jadi-bapa-rotikaya

MySensasi

Posted: 14 Nov 2016 12:15 PM PST

MySensasi


Siaran Langsung Streaming Malaysia vs Papua New Guinea

Posted: 13 Nov 2016 11:36 PM PST

Siaran Langsung Streaming Malaysia vs Papua New Guinea 14.11.2016. Ini merupakan perlawanan persahabatan kelas A yang diadakan di Stadium Shah Alam. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada jam 3.00 petang. Perlawanan Malaysia vs Papua New Guinea ini merupakan perlawanan penting untuk skuad kebangsaan Malaysia dalam membuat persiapan terakhir Piala AFF Suzuki 2016 yang akan bermula pada 19 …

The post Siaran Langsung Streaming Malaysia vs Papua New Guinea appeared first on Info Semasa.

Fenomena Supermoon 14 November 2016

Posted: 13 Nov 2016 07:39 PM PST

Fenomena Supermoon 14 November 2016. Beberapa hari ini ramai yang memperkatakan tentang supermoon terutama dimedia sosial. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi laman facebook mereka ada juga mengeluarkan info berkaitan supermoon. Apa itu supermoon? memetik kenyataan yang terdapat di laman sosial MOSTI, Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling …

The post Fenomena Supermoon 14 November 2016 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 14 Nov 2016 10:17 AM PST

KedahLanie.info


Parti Komunis China kesal sikap pembangkang M'sia

Posted: 14 Nov 2016 07:05 AM PST


Timbalan Ketua Pengarah Parti Komunis China (CPC), Rao Huihua berkata, parti kesal dengan sikap pihak pembangkang di negara ini kerana mempolitikkan kunjungan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke China.

“Pihak CPC berasa kesal apabila mendapat tahu kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke China baru-baru ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang negara ini.

“Saya berharap perkara ini tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang sudah terjalin hampir dua dekad,” ujarnya, memetik laporan Umno Online.

Kekesalan itu dizahirkan semasa kunjungan hormat beliau ke ibu pejabat Umno dengan mengadakan pertemuan bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, semalam.

Rao tiba ke Malaysia bagi menghadiri Perhimpunan Agung MCA selain mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Umno bagi mendapat tahu kedudukan politik semasa negara ini.

Sementara itu, dalam ucapan balas, Irmohizam mengakui akan kewujudan pandangan negatif yang mempertikaikan kunjungan hormat Najib ke China.

Namun, katanya, memang sudah menjadi sikap pembangkang di negara ini yang sentiasa cuba mengganggu-gugat keyakinan rakyat terhadap pemimpin sedia ada.

“Kami di pihak kerajaan telah memberi penerangan kepada rakyat bahawa kunjungan Najib ke China sebenarnya memberi impak positif kepada ekonomi dan hubungan politik antara kedua-dua negara.

“Apapun yang pembangkang cuba lakukan, hubungan baik antara Malaysia dan China tidak akan tergugat malah ia akan sentiasa dijaga demi kepentingan kedua-dua belah pihak,” ujarnya.

Dalam perjumpaan tersebut juga, Rao Huihua turut memaklumkan CPC akan kembali ke Malaysia bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada 29 November sehingga 3 Disember ini.

Ustaz Ishak Din meninggal dunia di IJN

Posted: 14 Nov 2016 04:01 AM PST

ISNIN, 14 NOVEMBER 2016 @ 7:19 PM

KUALA LUMPUR: Abang kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada jam 6.05 petang tadi.

Perkara itu disahkan melalui satu status yang dimuat naik di laman Facebook, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official), sebentar tadi.

"Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kekanda kepada Allahyarham Tuan Guru Haron Din iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi.

"Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi. Amin," katanya.

Difahamkan, Ishak menjalani satu pembedahan jantung di IJN pada Jumaat lalu, sebelum keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot petang tadi.

Rafizi Dijatuhkan Hukuman Penjara, PAS Bersorak Sakan(?)

Posted: 14 Nov 2016 03:58 AM PST

Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan rasa sedihnya terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara, iaitu 18 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan ia berjalan serentak, berkaitan kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dan mendedahkan mukasurat 98 laporan Ketua Audit Negara, yang merupakan satu dokumen OSA. 

Isi kandungan dokumen tersebut mengandungi maklumat berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan keseluruhan laporan Ketua Audit Negara itu masih tertakluk di bawah OSA. 

"Ini merupakan satu hari yang cukup sedih buat demokrasi Malaysia, apabila seorang demokrat telah dihadapkan ke mahkamah kerana berani bersuara mempertahankan hak dan kepentingan rakyat," kata Wan Azizah di dalam satu kenyataan "Bebas Rafizi" yang dikeluarkan hari ini. 

Presiden Keadilan itu menggesa Dato' Sri Najib Razak untuk menunjukkan keberanian dan membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikeluarkan dari klasifikasi Rahsia Rasmi, lebih-lebih lagi kerana beliaulah yang mengarahkan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan tersebut di bawah OSA. 

"Umum dapat melihat bagaimana di negara luar, seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland, siasatan dan tindakan mahkamah telahpun diambil terhadap beberapa orang yang mempunyai kaitan langsung dengan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB. Tanpa laporan penuh Ketua Audit Negara ini, Parlimen tidak dapat membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah wang yang sangat besar telah berjaya diseleweng beberapa pihak," katanya. 

"Keengganan Putrajaya untuk mengeluarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dari klasifikasi Rahsia Rasmi hanya akan mengukuhkan persepsi sebuah kerajaan kleptokrat yang tidak mahu kebenaran diketahui umum. 

Saya yakin seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh mempertahankan saudara Rafizi dengan penuh ukhuwah dan solidariti. 

"Saya mendoakan agar saudara Rafizi dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang cukup mencabar ini. Bebas Rafizi!" katanya lagi. 

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Hj. Salahuddin Hj Ayub di dalam satu nota ringkasnya untuk Rafizi melahirkan kekagumannya terhadap perjuangan Rafizi dan mengakui mungkin keberaniannya tidak sehebat keberanian Rafizi di dalam kesungguhan menentang kezaliman pemerintah negara ini. 

Kepada sahabatku Rafizi Ramli 

Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan Islam. 

Sebagai seorang Islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah negara ini. 

Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin. 

Saudara tidak pernah bersengama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa. 

Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia.

Berbeza dengan PAS, dimana di dalam satu status Pemuda PAS Terengganu, nampaknya PAS ersorak sakan dengan hukuman penjara yang telah dijatuhkan terhadap Rafizi: 





Pesanan Rafizi Di jatuhkan penjara 3 TAHUN 

Salam sahabat 

Saya telah didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana mendedahkan rahsia 1MDB. Hukuman saya penjara selama 18 bulan bagi setiap pertuduhan, berjalan serentak, dengan jumlah 3 tahun. 

Jangan berduka atau marah. Saya sedikit pun tidak ada rasa kesal. Jiwa yang paling aman ialah jiwa yang tetap kekal pada jalan yang benar. 

Setiap institusi yang diamanahkan mentadbir negara ini secara adil telah dicacatkan. Satu-satunya cara untuk mengubah ini dan menjadikan Malaysia tanahair yang masa depannya cerah ialah dengan setiap dari kita memainkan peranan masing-masing. Sejak 6 bulan lepas, saya telah merancang dan melengkapkan INVOKE kerana saya tahu saya mungkin dihalang dari menyertai PRU14. 

Jika anda sampai di invokemalaysia.org kerana anda baru mendapat tahu hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap saya, saya berterima kasih. 

Marilah sertai saya untuk mengubah Malaysia.


Greenboc

MCA ulangi ikrar tolak RUU355 depan Najib

Posted: 13 Nov 2016 07:18 PM PST

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata parti itu akan menolak rang undang-undang persendirian dibawa presiden PAS yang mahu meningkatkan tahap hukuman mahkamah syariah.

Kenyataan Liow itu dibuat ketika mesyuarat agung tahunan ke-63 MCA di Kuala Lumpur.

Lebih menarik ikrar itu dibuat di depan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka-teki mengenai pendirian mereka terhadap rang undang-undang berkenaan.

Kata Liow cadangan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya yang perlembagaannya disokong MCA.

"Kita mesti hormat dan mematuhi sistem sedia ada. Kita akan menentang keras, sebulat suara dan tanpa soal, sebab (hudud) bercanggah dengan perlembagaan persekutuan," katanya.

Beliau yang juga menteri pengangkutan berkata komuniti Cina di negara ini sangat bimbang dengan cubaan PAS melaksanakan hukum hudud yang didakwanya akan menyebabkan sistem perundangan terbahagi kepada dua.

Bagaimanapun dalam ucapannya selepas itu Najib tidak menyentuh langsung tentang rang undang-undang Abdul Hadi untuk meminda Akta 355 atau bantahan MCA itu.

Rang undang-undang itu didakwa PAS untuk memperkasa mahkamah syariah, dan dibawa ke Dewan Rakyat selepas diluluskan sebulat suara oleh DUN Kelantan tahun lalu.

Ironinya langkah itu dibantu oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan dengan kerjasama Putrajaya dan kerajaan negeri.

Rang undang-undang itu - jika diluluskan - bakal membatalkan kekangan pusat untuk pelaksanaan hukum hudud di peringkat negeri.

Liow juga berkata PAS memperoleh kedudukan, kuasa dan pengaruh dengan bantuan daripada DAP.

Katanya PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi DUN di Selangor sepanjang tempoh 1978 hingga 2004.

"Bagaimanapun pada 2008 PAS tiba-tiba memenangi lapan kerusi dengan sokongan DAP. Lebih teruk pada 2013 PAS memenangi lebih banyak kerusi. Sekarang mereka ada 15 kerusi.

"Kita boleh lihat hari ini walaupun mereka tidak berada dalam satu pakatan, DAP masih bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor," katanya.

Zuraida samakan Jamal dengan Pinocchio

Posted: 13 Nov 2016 07:12 PM PST

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin melihat insiden hidung berdarah menimpa ketua kumpulan Baju Merah semalam mempunyai kaitan dengan cerita fantasi dari Itali, Pinocchio.

"Jika sesiapa ingat kepada kisah Pinocchio, dia akan tahu mengapa hidung Jamal berdarah.

"Hidung Jamal semakin panjang dan dia tentu terlanggar dengan sesuatu yang keras dan mula berdarah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuraida berkata demikian mengulas kejadian Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berdarah hidungnya dalam satu pergelutan di pusat beli-belah Ampang Point semalam.

Ketika itu Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar sedang mengekori kumpulan Zuraida yang mengedarkan risalah serta mempromosi perhimpunan BERSIH5 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Dalam pergelutan itu Jamal terjatuh dan sejurus kemudian hidungnya kelihatan berdarah.

Rakaman video menunjukkan Jamal menyalahkan anggota polis kerana menumbuknya.

"Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya!" jeritnya berkali-kali.

Bagaimanapun Jamal kemudian menyalahkan penyokong Zuraida dan menuduh "budak" pemimpin PKR itu memukulnya.

Jamal membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam. Beliau mendakwa ditumbuk seseorang berpakaian baju BERSIH.

Sebagai seorang lelaki kata Zuraida Jamal sepatutnya berhenti membuli orang lain dan menyalahkan wanita.

"Sejauh mana dia akan mengarut?

"Mula-mula buli Marian Chin Abdullah (pengerusi BERSIH) dan Datuk S Ambiga (bekas pengerusi BERSIH). Sekarang dia membuli wanita PKR. Mengapa menyasarkan wanita? Ayuh, sertai kami jadi wanitalah!" katanya.

Zuraida juga mengingatkan Jamal bahawa membuat laporan paslu kepada polis adalah jenayah.

"Saya yakin polis akan mendakwa Jamal atas perbuatannya itu. Bukti mengenainya boleh dilihat - dia membuat laporan palsu dan ia dirakam video.

"Saya pasti - berdasarkan kepada bukti-bukti itu - akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya," kata Zuraida.

Rafizi bersalah langgar OSA

Posted: 13 Nov 2016 07:09 PM PST


Setiausaha Agung PKR yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zulqarnain Hassan memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.

Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Rafizi diwakili peguam Gobind Singh manakala Shukor Abu Bakar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

Ketika sepatutnya membela diri pada 6 Oktober lalu Rafizi berkata beliau tidak dapat berbuat demikian kerana keseluruhan halaman 98 laporan mengenai 1MDB itu tidak pernah dikemukakan dalam mahkamah.

Toknek.com RSS Feed

Posted: 14 Nov 2016 02:31 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Percutian Datuk Siti Nurhaliza Dan Keluarga Di Sepanyol

Posted: 14 Nov 2016 01:24 AM PST


Seronoknya kami tengok gambaq gambaq Datuk Siti Nurhaliza bersama seluruh keluarganya holiday di Sepanyol Lebih menarik lagi ia turut disertai oleh keluarga mertua Siti Nurhaliza Memang nampak ...

Isu Elly Mazlein Datuk Ramli Ms Akhiaqnya Buka Mulut

Posted: 14 Nov 2016 01:22 AM PST


Isu komen Datuk Ramli MS yang buat penyanyi Elly Mazlein menarik diri daripada program Gegaq Vaganza 3 merupakan topik panaih dan sensasi sepanjang minggu lepaih Ia buat penyokong tegaq Elly bera...

Dap Hadiahkan Ayaq Terjun Teh Tarik Kepada Penduduk Di Bayan Lepaih

Posted: 14 Nov 2016 01:02 AM PST


14 11 2016 ayaq yang mencurah curah turun dari ataih bukit sebelah menyebelah pangsapuri Bayu Nyaman Bayan lepaih masa hujan petang kemarin membuktikan bahawa terdapat penerokaan tak terkawai ...

Football Manager Touch 2017 La Nih Keluaq Untuk Tablet Android

Posted: 13 Nov 2016 10:32 PM PST


Bagi depa yang mempunyai matlamat untuk menguruihkan sendiri kelab bola sepak pada suatu hari nanti yang menghabihkan begitu banyak masa menjerit pada penguruih mangkaq sambey menonton perlawana...

Rafizi Bersalah Langgaq Osa

Posted: 13 Nov 2016 10:04 PM PST


Setiausaha Agung PKR yang jugak Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah melanggaq Akta Rahsia Rasmi OSA hari ni Hakim Mahkamah Sesyen kola Lumpoq Zulqarnain Hassan memutuihkan Ra...

Anak Dara Bangga Mak Bagi Greenlight Beromen Lepaih 8 Hari Bercinta

Posted: 13 Nov 2016 10:02 PM PST


Patut laa banyak sangat keh keh tauk bayi la la nih ni Rupanya mak bapak pun terlampau manjakan sangat anak anak sampai tak ceghita anak anak nak buat apa Sebagai soghang mak pak macam ni k...

Lagu Mana Memaksimakan Penggunaan Dwi Kamera Pada Honoq 8

Posted: 13 Nov 2016 09:22 PM PST


Peranti Honoq 8 boleh ghamai dok kata antara peranti yang menarik dari segi rekaannya melalui penampilan rekabentuk yang anggun dan memukau Ia dibina dengan 15 lapisan kaca pada bahagian belakang...

Elly Mazlein Kuat Sentap Fara Fauzana Hanya Melawak

Posted: 13 Nov 2016 07:44 PM PST


Niat untuk melawak Fara Fauzana nampaknya kali ni memakan diri apabila dia kena ambush dan dicemuh habih habisan di laman Instagram Semuanya bermula apabila Fara Fauzana atau mesra dengan panggil...

Selesaikan Awai Dan Dapat Diskaun 15

Posted: 13 Nov 2016 07:42 PM PST


Apakah perkara yang palin syok yang penah terjadi dalam hidup hampa barangkali jawapan setiap oghang adalah berbeza Okay jom kita imbau kembali kenangan masa belajaq dulu dulu Ingat lagi tak...

Gegaq Vaganza 3 Shidi Data Tersingkiaq Di Minggu Ke 5

Posted: 13 Nov 2016 07:26 PM PST


Minggu ke 5 konsert Gegaq Vaganza 3 kemarin boleh ghamai dok kata agak sengit persaingannya Pada pendapat kami masing masin dah menunjukkan peningkatan dan cuba try test memberikan yang torrrba...

Kami Tau Kekurangan Suagha Fazura Tapi Ia Adalah Cabaran Buat Kami Estranged

Posted: 13 Nov 2016 07:24 PM PST


baghu baghu ni nyanyian pelakon Nur Fazura yang membawakan lagu hancoq Aku bersama kumpulan Estranged teghok dibantai oleh netizen ghamai berpendapat Fazura tak mempunyai bakat dalam bidang nya...

5 Persediaan Yang Toknek Laku Untuk Percutian Ke Korea Tahun Hadapan

Posted: 13 Nov 2016 07:22 PM PST


Tahun depan sekitaq bulan Mac toknek akan holiday ke Korea Excited sangat diri ni meghoyan rasanya nak tengok bandaq Seoul yang telah lama tak dilawati Kalau tak silap dah lebih kughang 3 ...

Benarkah Nama Damia Bermaksud Tempat Keluaq Darah

Posted: 13 Nov 2016 06:02 PM PST


Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Nooq mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama Damia Pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftara...

Magicmockups Memudahkan Hampa Mai Dengan Imej Pengolokan Untuk Web Dan Aplikasi

Posted: 13 Nov 2016 12:22 PM PST


Pada hari ni terdapat ghamai pembangun web dan aplikasi yang barangkali kadang kala ingin mai dengan gambaq mock up pengolokan yang menarik untuk projek hampa Kebiasaannya ia boleh dilaku de...

5 Kanak Kanak Parah Gereja Dibom

Posted: 13 Nov 2016 10:32 AM PST


Lima kanak kanak termasuk soghang bayi parah apabila sebutiaq bom meletup di halaman sebuah gereja di Samarinda Kalimantan Timoq hari ni Menurut laporan berita tv tempatan masa kejadian kira k...

Cheq Masih Dok Berhubung Dan Keluaq Bersama Neelofa Fattah Amin

Posted: 13 Nov 2016 10:26 AM PST


matlamat peminat Fattah Amin dan Neelofa yang menginginkan beliau dan Neelofa bercinta nampaknya barangkali termakboi satu hari nanti apabila Fattah mengakui beliau masih dok berhubung dengan Neelo...

Fara Fauzana Didakwa Sindiaq Elly Mazlein

Posted: 13 Nov 2016 10:24 AM PST


Beberapa hari ni nama pengacara Fara Fauzana agak hangat digembaq gemboq apabila ada sesetengah netizen tak berpuas hati dengan melawak Fara pada malam Muzik Muzik 31 pada hari Jumaat minggu lepaih...

Amar Baharin Syukoq Dapat Memperisterikan Amyra Rosli Bakai Berbulan Madu Di Tokyo

Posted: 13 Nov 2016 10:22 AM PST


Dua tahun menyulam cinta akhiaqnya pasangan sama cun dan sama padan Amaq Baharin dan Amyra Rosli konfem bergelaq laki bini pada hari Jumaat lepaih 11 November 2016 Grand Ballroom Premiera Hote...

Rahsia Menjadi Jutawan Dengan Panduan Al Qur An

Posted: 13 Nov 2016 06:02 AM PST


Pada zaman ni terlalu banyak tips dan panduan lagu mana untuk menjadi kaya atau jutawan Walhai sebenaqnya di dalam Al Qur an terdapat satu RAHSIA lagu mana hampa boleh menjadi JUTAWAN Berikut...

Pakaq Bahasa Tubuh Habaq Apa Yang Trump Dan Obama Sedang Pikiaqkan Sebenaqnya

Posted: 13 Nov 2016 05:44 AM PST


Selepaih Donald Trump dan Barack Obama mengadakan perjumpaan di White House depa salin memberikan maklum balaih yang positif Obama kata cemerlang manakala Trump kata depa berdua mempunyai hub...

Rekaan Rumah Ni Akan Buat Penghuninya Sentiasa Tenang

Posted: 13 Nov 2016 05:42 AM PST


Keluasan rumah ni hanyalah 22 x 75 iaitu keluasan biasa rumah teres di Malaysia Ia jugak mampu menyerlah macam rumah moden barat kalau memilih pereka dan kontraktoq yang betoi Reka bentuk mud...

Saksikan Fenomena Supermoon Terbesaq Dalam Sejarah Pada 14 11 2016

Posted: 13 Nov 2016 03:02 AM PST


oghang ghamai berpeluang menyaksikan Supermoon atau perigee iaitu kedudukan bulan berada palin lebih kughang dengan bumi pada Isnin depan 14 November 2016 Agensi Angkasa Negara Angkasa dalam...

David Cheang Berkongsi Cara Bebaih Daripada Statuih Muflih

Posted: 13 Nov 2016 02:42 AM PST


David Cheang penah jeronoih muflih lebih kughang 10 tahun pasai menjadi penjamin kepada ibu bapanya yang telah meminjam beberapa juta dolaq untuk bisnes peralatan elektrik dan gagai membayaqnya la...

George Soros Funded Moveon Org Organized Anti Trump Protests

Posted: 13 Nov 2016 02:32 AM PST


In the aftermath of an election protests across the United States have grown momentum California Portland in Oregon and Texaih have all witnessed anti Trump protests Over 200 have been arrest...

Viral Polih Tahan Suspek Gangguan Seksuai Dalam Lrt

Posted: 13 Nov 2016 02:02 AM PST


soghang lelaki tempatan yang didakwa buat jenayah gangguan seksuai terhadap soghang pompuan masa dok ada di dalam LRT pada Selasa lepaih kena tahan oleh polih Bantuan Prasarana pagi Ahad Ketua Ja...

myartis.com

Posted: 14 Nov 2016 02:21 AM PST

myartis.com


ELLY MAZLEIN TEGUR FARA FAUZANA KERANA PERLINYA?

Posted: 13 Nov 2016 07:33 PM PST



Gara-gara mengeluarkan kenyataan 'Tok Ram jangan risau, tiada yang tarik diri didalam program ini' di 'Muzik Muzik 31' Jumaat lalu, Fara Fauzana atau mesra dengan panggilan Fafau telah diserang dan dicemuh habis-habisan di laman Instagram. Kenyataan Fara itu turut mendapat perhatian Elly sendiri yang turut meninggalkan komen di IGnya.

Menurut netizen, Fara sengaja menyindir Elly yang menarik diri pada minggu keempat Gegar Vaganza 3 (GV3) gara-gara terasa dengan komen Tok Ram.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

15 GAMBAR - RAGAM SITI NURHALIZA & KELUARGA DI SEPANYOL

Posted: 13 Nov 2016 06:43 PM PST



Amboii.. seronok Datuk Siti Nurhaliza dapat meluangkan masa dan bercuti bersama keluarga tercinta di Sepanyol.

Gambar-gambar sekitar percutian di sana telah dikongsikan oleh Siti menerusi di laman Instagramnya.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

20 FOTO - HAFIDZ ROSHDI SAMBUT BIRTHDAY KE-22 BERSAMA PEMINAT

Posted: 13 Nov 2016 04:25 PM PST



Semalam pelakon Hafidz Roshdi telah diraikan oleh kelab peminatnya, HAFIDZ ROSHDI Official Fc sempena ulantahun kelahirannhya yang ke-22.

Hafidz sangat bertuah kerana mempunyai peminat setia yang sentiasa menyokong kerjayanya.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GEMPA BUMI NEW ZEALAND - INDAH LUAH RASA SYUKUR 'TERSELAMAT'

Posted: 13 Nov 2016 03:33 PM PST



Penyanyi Indah Ruhaila yang baru melancarkan single 'Semua Untuk Cinta' itu meluahkan rasa syukur apabila dirinya 'terselamat' daripada menjadi mangsa bencana gempa bumi yang melanda New Zealand semalam.

Indah ketika dhubungi berkata, dia sepatutkan berangkat ke bumi etnik Maori tersebut pada Jumaat lalu (11 November) bagi menjalani penggambaran video muzik lagu terbaharunya tetapi terpaksa membatalkannya pada saat akhir.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 14 Nov 2016 02:00 AM PST

beautifulnara


Menangi 50 Pasang Tiket Tayangan Filem The Warriors Gate 24 November Ini

Posted: 14 Nov 2016 01:22 AM PST

Abang Nara adalah seorang kaki main game. Game kegemaran Abang Nara adalah Dota 2. Fuh. Main Dota ini memang seronok sebab banyak pilihan hero dan kesemuanya ada kuasa yang berbeza. Dalam sehari, adalah 2,3 jam Abang Nara layan main game. Tapi tak adalah ketagih sampai terbawa-bawa ke dunia nyata. Abang Nara boleh bezakan lagi dunia nyata dan dunia game.

 photo 1_12.jpg
(Juggernaut, hero kegemaran Abang Nara dalam Dota 2)

Cuba bayangkan, sekiranya anda seorang kaki game dan secara tiba-tiba dengan misterinya anda telah diteleport ke China. Bukan teleport untuk suka-suka, tetapi anda kena gunakan kehebatan bermain game untuk menjadi seorang pahlawan Kung Fu menyelamatkan orang ramai. Apakah perasaan anda? Cuak? Gembira? Teruja? Takut? Itulah yang terjadi kepada seorang remaja di dalam filem The Warriors Gate.

 photo 4_10.jpg

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November ini, The Warriors Gate menjanjikan aksi-aksi yang cukup mendebarkan dengan teknik CGI yang super duper awesome. Dibintangi oleh Mark Chao, Francs NG, Urah Shelton, Dave Bautista dan ramai lagi, filem ini pasti akan membuatkan diri anda teruja, lebih-lebih lagi jika anda seorang pandai berimaginasi (dan juga suka main game).

 photo 3_13.jpg

Jom kita tengok sikit trailer filem The Warriors Gate ini:-

Khas untuk pembaca BeautifulNara, dengan kerjasama Rainfilm Sdn Bhd, Abang Nara ada 50 pasang tiket filem The Warriors Gate untuk diberikan kepada anda semua. Anda boleh menjadi antara yang terawal menyaksikan filem epik ini. Berikut ialah maklumat lanjut:-

TARIKH: 22 November 2016 (Selasa)
MASA: 9 malam
TEMPAT: GSC Pavilion KL

Mudah sahaja cara untuk memenangi tiket ke tayangan perdana The Warriors Gate ini. Anda hanya perlu isikan borang di bawah dan lengkapkan slogan "Kalaulah saya ada kuasa yang hebat seperti hero filem The Warriors Gate saya pasti akan…". Suka hatilah nak tulis panjang mana asalkan kelakar, lawak dan kreatif. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan dan first come first serve.

 photo 2_12.jpg

Sekali lagi terima kasih kepada Rainfilm Sdn Bhd atas tiket-tiket ekslusif ini. Jangan lupa LIKE Facebook Rainfilm sebagai tanda sokongan anda. Selamat mencuba dan selamat menonton.

(22 FOTO) Percutian Datuk Siti Nurhaliza Dan Keluarga Di Sepanyol

Posted: 14 Nov 2016 01:01 AM PST

Seronoknya kami melihat foto-foto Datuk Siti Nurhaliza bersama seluruh keluarganya bercuti di Sepanyol. Lebih menarik lagi ia turut disertai oleh keluarga mertua Siti Nurhaliza. Memang nampak sungguh keakraban mereka bersama.

Untuk pengetahuan anda, percutian itu juga adalah sebahagian daripada penggambaran program realiti Siti Nurhaliza iaitu CTDK-ation yang bakal ditayangkan sekitar tahun hadapan.

Ia memaparkan kehidupan seharian Siti Nurhaliza bersama keluarga dan pelbagai lagi ragam penyanyi berkenaan. Malah, buat pertama kalinya Datuk Khalid juga terbuka hati untuk berkongsi kehidupan mereka di kaca televisyen bersama peminat isterinya.

Jom kita layan beberapa lagi foto percutian Datuk Siti Nurhaliza sekeluarga di Sepanyol dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Isu Elly Mazlein : Datuk Ramli MS Akhirnya Buka Mulut

Posted: 14 Nov 2016 12:22 AM PST

Isu komen Datuk Ramli MS yang membuatkan penyanyi Elly Mazlein menarik diri daripada program Gegar Vaganza 3 merupakan topik panas dan sensasi sepanjang minggu lepas. Ia membuatkan penyokong tegar Elly berang dan bertindak menyerang Tok Ram di media sosial.

Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini, Tok Ram akhirnya telah tampil memberikan pandangan beliau sendiri.

Beginilah, setiap kali seseorang peserta mula memegang mikrofon dan menyanyi, itu adalah satu bisnes yang serius buat saya. Bunyi tidak pernah menipu. Sebab itu saya katakan, di atas pentas seperti Gegar Vaganza, jangan main bangsawan dengan saya. Apabila saya katakan seseorang peserta itu tidak bagus, itu bermaksud tidak bagus dalam liganya sendiri.

Bukan saya bandingkan dengan pendatang baharu misalnya, kerana penyanyi lama sudah ada ilmu dan roh dalam nyanyian mereka. Jadi sebagai seorang penyanyi lama, mereka tidak lagi boleh masuk dalam zon melakukan kesilapan teknikal kerana itu sudah menjadi makanan mereka.

Berbicara mengenai orang ramai yang kini melabelkan beliau sebagai juri "mulut puaka" dan membenci cara beliau mengkritik, Tok Ram nampaknya tidak cepat melatah mahupun terkesan dengan setiap kecaman yang dilemparkan kepada dirinya.

Tok Ram merupakan seorang yang telus dalam penilaiannya dan hanya mahu setiap peserta didalam GV3 mempelajari sesuatu daripada kesilapan mereka.

Saya seorang yang berterus terang. Saya tidak cakap belakang atau suka memberi kiasan. Saya tidak pandai. Saya akan cakap telus apa yang saya mahu cakap. Tetapi bagaimana seseorang itu mengambil kata-kata saya secara positif atau sebaliknya.

Sudah lama saya menjadi juri atau melakukan tanggungjawab mengkritik. Tetapi saya juga mahu tanya, adakah pernah kritikan saya yang dikatakan tidak sensitif atau mengaibkan seseorang sehingga membunuh karier mereka? Tanya kepada para peserta, apakah pelajaran yang mereka peroleh jika mengambil kritikan saya secara positif?

Saya tidak boleh mengubah pemikiran seseorang yang mahu menjadikannya negatif, walhal apa yang saya lontarkan adalah satu hal positif yang perlu diambil untuk mempertingkatkan diri kerana pada akhirnya, ilmu itu adalah untuk mereka, bukan untuk saya.

Pada masa yang sama, Tok Ram enggan  mencampuradukkan antara kisah rumah tangga dan profesionalismenya dalam bekerja meskipun isterinya,  Alyah turut terkena tempiasnya apabila diserang peminat Elly. Tok Ram tidak akan membantu Alyah membayar kos guaman  jika isterinya itu mahu membawa hal  berkenaan ke mahkamah.

Sumber Berita : Kosmo!

5 Persediaan Yang Abang Nara Lakukan Untuk Percutian Ke Korea Tahun Hadapan

Posted: 13 Nov 2016 07:00 PM PST

Tahun depan, sekitar bulan Mac, Abang Nara akan bercuti ke Korea. Excited sangat diri ini. Rindu rasanya nak melihat bandar Seoul yang telah lama tidak dilawati. Kalau tak silap, dah hampir 3 tahun Abang Nara tak jejakkan kaki ke Korea. Mesti dah banyak perubahan.

 photo 1_11.jpg

last pergi Korea ketika trip bersama Samsung

Percutian tahun hadapan Abang Nara akan bawa bersama isteri dan 3 orang anak. Jadi sedikit sebanyak dah kena mula buat persiapan. Kalau pergi sorang-sorang memang boleh main redah je. Tapi kalau bawa anak bini ini, kenalah ada preparation sikit. Keselesaan itu penting untuk mereka. Antara persediaan yang Abang Nara sedang lakukan ialah:-

1. Tempah kenderaan bila sampai ke airport untuk ke hotel/guesthouse

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Korea akan mengambil masa 6 jam. Abang Nara pasti isteri dan anak-anak akan kepenatan sebaik sahaja landing di Incheon International Airport. Untuk tidak menambahkan kepenatan mereka, Abang Nara akan menempah sebuah van untuk terus pickup kami di airport dan bawa terus ke hotel/guesthouse. Jadi tak perlulah memenatkan diri nak naik bus, tahan teksi dan sebagainya. Abang Nara gunakan laman web www.travelrecommends.com untuk segala proses penempahan "airport transfer ini". Kalau anda nak tahu, harga airport transfer dari Incheon Airport ke Sinsa Dong, itulah lokasi Abang Nara akan kunjungi tahun hadapan! Fuh, memang tak sabar!

 photo 2_11.jpg

Cuma perlu masukkan tarikh, tempat yang ingin dituju dan jumlah penumpang dan TravelRecommends akan uruskan segalanya. Insya Allah nanti masa nak balik pun Abang Nara akan gunakan perkhidmatan ini juga. Tak payah susah-susah nak cakap Korea dengan pakcik-pakcik teksi di airport. Senang sangat book "airport transfer" menerusi www.travelrecommends.com ini kerana ia available untuk lebih 100 airport di seluruh dunia.

2. Booking hotel/guesthouse

Apabila travel dengan family, Abang Nara akan keluarkan belanja lebih sedikit untuk penginapan. Iyerlah, nak pastikan mereka semua selesa. Seharian penat berjalan mestilah nak tidur di atas katil yang empuk kan? Tapi taknaklah harga yang mahal sangat. Jadi Abang Nara dah buat keputusan untuk menempah guesthouse FNSquared yang diuruskan oleh orang Malaysia sendiri.

 photo 3_12.jpg

Lokasi FNSquared ini pun memang cantik sangat-sangat sebab terletak di Apguejong, berdekatan dengan kota metropolitan Gangnam. Harganya pun amat bersesuaian dengan bajet Abang Nara. Paling best, ada disediakan nasi lemak untuk sarapan pagi. Sebelum gi jalan-jalan bolehlah makan sebungkus dua untuk kekal aktif bertenaga. Maklumat lanjut boleh ushar Official Facebook Page mereka.

3. Sewa Travel WiFi untuk data Internet tanpa had

Kalau dah namanya pergi melancong, tak sahlah kalau tak kongsikan pengalaman, gambar-gambar cun melecun dan moment indah di Facebook dan juga Instagram. Abang Nara kalau boleh nak upload gambar ke Facebook ketika gambar itu ditangkap. Tak syoklah kalau kena tunggu habis berjalan satu hari dan balik guesthouse untuk connect to wifi kemudian upload gambar. Orang kata dah basi dah gambar tue. Sebab itulah Abang Nara akan sewa Travel WiFi dari Travel Recommends untuk data Internet tanpa had sepanjang berada di Korea kelak.

WhatsApp Image 2016-11-14 at 08.53.26

Abang Nara ada baca review Travel Wifi ini dari Marina Mahathir yang telah menggunakannya ketika bercuti ke Jepun. Amboi syok betul beliau upload gambar, tengok maps, update blog, main Facebook, Instagram dan macam-macam lagi tanpa perlu risaukan bil telefon naik melambung. Travel WiFi dari Travel Recommends ini boleh disewa dengan harga serendah RM13 sehari. Rate paling rendah ialah RM9 sehari untuk Travel WiFi ke Singapura. Satu je dah cukup untuk digunakan oleh sehingga 5 device. iPad boleh, iPhone boleh, Samsung boleh, semuanya boleh.

WhatsApp Image 2016-11-14 at 09.33.18

Travel WiFi ini bendanya kecil aje dan boleh dimuat ke dalam poket sekaligus memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Bersiap sedialah korang untuk tengok Abang Nara upload puluhan gambar ketika berjalan ke Nami Island, Myeong Deong, Dongdaemun dan Seoul Tower. Selain itu Abang Nara akan gunakan Internet yang ada untuk memudahkan pencarian restoran halal di Korea. Unlimited internet la katakan. Terbaik sangat-sangat.

 photo 4_9.jpg

Abang Nara dah buat tempahan Travel WiFi ini di www.travelrecommends.com dan akan pickup pada hari berlepas nanti di KLIA2. Korang juga boleh pickup Travel WiFi ini di KLIA dan juga Penang airport. Jangan risau sebab booth diorang open 24 hours. So pukul 5 pagi pergi untuk pickup pun tak apa. Selain Korea, antara negara-negara lain yang boleh kita gunakan travel Wifi ini ialah Taiwan, Hong Kong, Singapura, Europe dan juga Australia. Harga paling murah ialah RM9/sehari untuk travel ke Singapura. Kalau ke Korea, cuma RM13/sehari sahaja. Berbaloi-baloi sangat. Untuk korang yang kaki Internet dan suka share detik-detik indah ketika melancong, memang sesuai sangat sewa travel WiFi ini. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

4. Beli tiket ke attraction places di Korea

Antara tempat-tempat yang ada di dalam list Abang Nara untuk dilawat kali ini ialah Everland, Lotte World dan juga N Seoul Tower. Abang Nara dah beli dah kesemua tiket masuk untuk ketiga-tiga tempat ini di www.travelrecommends.com. Bukannya Abang Nara tak pandai nak beli ketika berada di Korea, tetapi harga yang ditawarkan oleh TravelRecommends jauh lebih murah dan paling penting, tak payah nak beratur panjang-panjang kat kaunter tiket untuk buat pembelian. . Selagi boleh jimat apa salahnya kan? Penjimatan yang dilakukan bolehlah Abang Nara guna untuk beli cenderahati untuk mak ayah nanti. Tak gitu?

 photo 5_5.jpg

Nasihat Abang Nara, kalau korang nak pergi melancong ke luar negara dan ingin melawat tempat-tempat yang kena bayar, silalah periksa dulu sama ada TravelRecommeds ada menjual tiket di laman web mereka. Bukan untuk Korea je, turut disediakan ialah tiket attractions untuk negara seperti Singapura, Hong Kong, Australia dan Taiwan. Harga yang diorang offer memang the best price. Beli kat kaunter pun tak akan dapat semurah ini. Lagi satu bila dah beli tiket, nak tak nak korang kena pergi jugak tempat tue supaya tak rugi. So semangat tue akan berkobar-kobar lain macam sikit. Kan? Maklumat lanjut boleh baca di sini.

5. Beli baju sejuk untuk anak-anak dan isteri

Selama 7 tahun belajar di Korea, cuaca musim sejuk adalah cuaca yang paling Abang Nara tak suka. Sejuknya sampai ke telinga. Walaupun winter dah nak habis dah bulan 3, tetapi kesejukan itu masih boleh dirasai, lebih-lebih lagi untuk anak-anak kecil dan perempuan. Jadi seminggu dua sebelum berlepas ke Korea, Abang Nara akan pastikan anak-anak dan isteri dapat satu persalinan baju sejuk yang lengkap. Ini penting sebab boleh jatuh sakit dibuatnya apabila tiba-tiba cuaca berubah. Kalau demam dan sakit, tak pasal-pasal kena duduk rumah dan tak boleh berjalan-jalan. Habis segala perancangan. So lebih baik berbelanja lebih sedikit untuk kesihatan anak-anak dan isteri.

 photo 6_1.png

Amcam 5 langkah persediaan Abang Nara untuk melancong ke Korea tahun depan? Korang rasa cukup ke preparation Abang Nara nie? Ke ada lagi yang korang nak tambah? Kalau ada, jangan lupa bagi komen. Kot-kot korang ada tips yang lagi best ke. Siapa tahu kan? Sementara itu, kalau korang nak pergi travel ke luar negara, pastikan check out laman web www.travelrecommends.com untuk pelbagai perkhidmatan yang super duper awesome terutama travel WiFi dengan internet tanpa had.

Kami Tahu Kekurangan Vokal Fazura Tetapi Ia Adalah Cabaran Buat Kami – Estranged

Posted: 13 Nov 2016 05:58 PM PST

Baru-baru ini, nyanyian pelakon Nur Fazura yang membawakan lagu Hancur Aku bersama kumpulan Estranged teruk dikritik oleh netizen.

Ramai berpendapat Fazura tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan menyatakan beliau adalah punca utama kumpulan berkenaan tidak dapat mara ke peringkat final Muzik-Muzik 31.

Walaubagaimanapun, vokalis utama Estranged iaitu Rich tidak menganggap Fazura menjejaskan peluang mereka di pertandingan berkenaan.

Menurut beliau, sejak awal lagi kumpulan itu menyedari kelemahan vokal Fazura tetapi ia seakan cabaran buat Rick yang ingin membantu Fazura memperbaiki kelemahannya.

Sejak mula berkolaborasi, kami sudah tahu dia (Fazura) ada kekurangan dari segi vokal tapi saya menganggap itu satu cabaran dan ingin membantunya memperbaiki kelemahan tersebut.

Pada malam SFMM31 itu saya lihat dia sudah memberi persembahan dan nyanyian yang paling baik setakat kemampuannya, itu sudah bagus. Keputusan layak atau tidak untuk ke AJL31 malam ini adalah dinilai menerusi keputusan lagu itu dan bukan nyanyian semata-mata.

Rich berharap masyarakat memberi peluang kepada Fazura kerana sejujurnya pelakon wanita itu sudah cuba untuk memperbaiki vokalnya dan mempunyai semangat yang agak kuat untuk menceburi bidang nyanyian.

Sumber Berita : mStar Online

Saya Tegur Che Ta Bila Perlu Dan Bukan Kerana Isu Remeh Temeh – Zain Saidin

Posted: 13 Nov 2016 05:20 PM PST

Rozita Che Wan sering mendapat perhatian ramai dan tidak kurang juga ada yang selalu ingin mencari kesalahan beliau serta mengkritik setiap tindakan Che Ta.

Antara yang menjadi kritikan sesetengah pihak adalah gaya kehidupan beliau yang agak mewah dan cara beliau berfesyen.

Che Ta agak lantang juga membidas segala komen tetapi suaminya Zain Saidin nampaknya lebih selesa untuk berdiam diri bukan?

Menurut Zain, beliau berdiam diri kerana tidak mahu melayan perkara remeh temeh apatah lagi jika ia melibatkan kritikan "keyboard warrior" terhadap isterinya itu.

Dari dulu saya lebih senang berdiam setiap kali mendengar apa-apa isu membabitkan isteri saya apatah lagi yang sengaja direka-reka golongan keyboard worrior ini kerana bagi saya melayan orang-orang begini sesuatu yang sia-sia.

Pun begitu, sekiranya ada perkara yang saya rasakan perlu ditegur, saya tetap rasional dan akan tetap tegur Che Ta tetapi bukanlah pada isu yang remeh temeh.

Mempunyai banyak pengalaman sebelum ini, Zain menyifatkan mereka yang memberikan komen dan kecaman di media sosial hanya ingin mendapatkan perhatian sahaja.

Orang macam ni semakin kita layan, semakin rancak komen yang bukan-bukan dan sebagai manusia biasa, saya pun ada perasaan geram juga.

Mungkin tindakan Zain Saidin itu ada betulnya juga, ialah kadang-kadang kalau kita melayan setiap komen pasti ia akan berpanjangan.

Sumber Berita : mStar Online

Gegar Vaganza 3 : Shidi Data Tersingkir Di Minggu Ke 5

Posted: 13 Nov 2016 04:58 PM PST

Minggu ke 5 konsert Gegar Vaganza 3 semalam boleh dikatakan agak sengit persaingannya. Pada pendapat  kami, masing-masing sudah menunjukkan peningkatan dan cuba memberikan yang terbaik didalam persembahan mereka.

Namun akhirnya, Shidi Data diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ke 5.  Shidi pada malam berkenaan menyampaikan lagu berjudul Ratuku nyanyian asal Awie dan berada di "bottom two" bersama Ameng Spring.

Walaubagaimanapun, ada netizen yang beranggapan Shidi layak untuk mara ke pusingan seterusnya kerana persembahan beliau agak memuaskan.

Tidak mengapa, mungkin rezeki Shidi Data diluar sana akan lebih murah lagi. Tersingkir tidak bermakna segalanya berakhir, ia adalah permulaan untuk sesuatu yang baharu serta lebih baik.

Apa pula pendapat anda tentang konsert GV 3 yang ke 5 semalam?

Johan As’ari Nafi Gosip Bercinta Dengan Wan Sharmila

Posted: 13 Nov 2016 09:16 AM PST

Minggu lepas, ada desas-desus mengatakan pelakon Johan As'ari kini sedang intim dengan Wan Sharmila selepas kedua-duanya menjalani penggambaran  drama Jejak Karmila baru-baru ini.

Berita itu mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat industri hiburan tempatan apakah benar Johan sekali lagi terjebak dengan percintaan bersama rakan artis.

Mengakui  melalui cinta lokasi bersama Wan Sharmila, Johan bagaimanapun tidak mahu orang ramai terus berspekulasi kerana beliau dan Wan Sharmila sekadar menghayati watak untuk drama tersebut dan tidak terbawa-bawa  dengan perasaan sehingga di luar set penggambaran.

Memang benar kami melalui cinta lokasi, tetapi jangan cepat membuat andaian. Ia hanya dalam babak Jejak Karmila, bukannya terbawa-bawa di luar set. Malah kalau ikutkan babak berdua dengannya cuma tiga hari.

Kalau tersebar kisah kami bercinta, itu tandanya penghayatan kami ‘menjadi’. Selepas penggambaran berakhir pula, saya dan Wan Sharmila cuma keluar minum sekali saja. Itupun kami pergi bersama beberapa kawan lain.

Berbicara soal jodoh, Johan buat masa ini ingin fokus kepada kerjaya lakonannya dan menyerahkan hal berkenaan kepada  ketentuan takdir.

Sumber Berita : BH ONLINE

(VIDEO) Syatilla Melvin Kongsi Perkembangan Kandungannya

Posted: 13 Nov 2016 09:00 AM PST

Bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi, pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam turut berkongsi kegembiraan mereka dengan peminat dengan memuat naik video yang memaparkan janin yang kini mencecah usia tiga bulan.

Video berkenaan dimuat naik di akaun Instagram Syatilla dan ia mendapat sambutan daripada peminat yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi didalam kandungan.

Bismillah… Alhamdulillah di atas rezeki yang tidak terhingga ini Ya Allah. Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan Allah.. Insya-Allah..amin.

Berikut video yang dikongsikan oleh Syatilla :-

Pasangan mana yang tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka bukan? Alhamdullillah rezeki Sam dan Syatilla untuk menimang cahaya mata awal. Kami doakan segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Fara Fauzana Didakwa Sindir Elly Mazlein?

Posted: 13 Nov 2016 08:45 AM PST

Beberapa hari ini nama pengacara Fara Fauzana agak hangat diperkatakan apabila ada sesetengah netizen tidak berpuas hati dengan gurauan Fafau pada malam Muzik-Muzik 31 pada hari Jumaat minggu lepas.

Semuanya bermula apabila Fafau memperkenalkan barisan juri pada program berkenaan yang terdiri daripada Datuk Ramli MS.

Fafau ada mengeluarkan perkataan berbunyi " Tok Ram jangan risau, tiada yang tarik diri didalam program ini".

Menurut netizen, Fara sengaja menyindir Elly Mazlein yang menarik diri daripada Gegar Vaganza 3 gara-gara terasa dengan komen Tok Ram.

Malah, kenyataan Fafau di Muzik-Muzik 31 turut mendapat perhatian Elly sendiri yang turut meninggalkan komen di Instagramnya.

Hanya Fafau yang tahu apa yang beliau ucapkan. Harapnya perkara ini tidak lagi berpanjangan dan mungkin Fafau boleh bertemu empat mata dengan Elly Mazlein dan memohon maaf agar tiada lagi salah faham mahupun terasa hati.

ROTIKAYA

Posted: 13 Nov 2016 08:29 PM PST

ROTIKAYA


Elly Mazlein Kuat Sentap, Fara Fauzana Hanya Bergurau?

Posted: 13 Nov 2016 05:52 PM PST

Niat untuk bergurau Fara Fauzana nampaknya kali ini memakan diri apabila dia diserang dan dicemuh habis habisan di laman Instagram. Semuanya bermula apabila Fara Fauzana atau mesra dengan panggilan Fafau ini sedang memperkenalkan barisan juri untuk Muzik Muzik 31.

BACA: Fara Fauzana Akui Bersedih Perkahwinan Batal

2-elly-mazlein-kuat-sentap-fara-fauzana-hanya-bergurau-rotikaya

Antara barisan juri yang ada pada acara tersebut ialah Datuk Ramli MS sendiri yang juga merupakan juri untuk Gegar Vaganza yang menyaksikan Elly Mazlein menarik diri baru baru ini. Menurut peminat tegar Elly, Fafau mengeluarkan kenyataan – Tok Ram jangan risau, tiada yang tarik diri didalam program ini.

Bila sudah keluar kenyataan seperti itu, apa lagi, akaun Instagram Fara Fauzana kemudiannya terus dihujani pelbagai cemuhan dan juga cacian daripada peminat Elly yang tidak berpuas hati. Malah ada yang menyatakan Fara cukup bernasib baik kerana pembatalan majlis perkahwinannya sebelum ini tidak dijadikan bahan jenaka.

Sementara itu, Elly juga turut menjadi mangsa kecaman apabila ada yang muak dengan ‘drama’ yang dibawanya sejak menarik diri dari Gegar Vaganza selain ada yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang cepat sentap dan tidak boleh dibawa bergurau apabila Elly turut menyindir Fara dalam komen di Instagram.

Bagaimanapun, dalam muatnaik beberapa gambar terbaru, Elly dilihat seperti sudah memaafkan Fafau berkenaan perkara tersebut dan ya, perbualan mengenai sikap Fara masih menjadi tajuk utama peminat tegar Elly Mazlein.

3-elly-mazlein-kuat-sentap-fara-fauzana-hanya-bergurau-rotikaya

Ramai yang marah dengan tindakan Fafau tersebut namun dalam masa yang sama memaki hamun pengacara tersebut kembali. Pelik sungguh ya. Apa pun, semoga perhubungan di antara dua rakan selebriti ini baik baik saja. (rtky/s)

Selesaikan Awal Dan Dapat Diskaun 15%!

Posted: 13 Nov 2016 05:22 PM PST

Apakah perkara yang paling seronok yang pernah terjadi dalam hidup anda? Mungkin jawapan setiap orang adalah berbeza. Okay, jom kita imbau kembali kenangan masa belajar dulu dulu.

Ingat lagi tak masa mula mula belajar di universiti, kita sanggup beratur panjang di dewan sebab nak tandatangan borang PTPTN? Benda paling gembira adalah bila duit pinjaman PTPTN sudah masuk dalam akaun, terus kita beli barang keperluan belajar, bukan?

Bukan itu saja, kita juga sangat cemerlang. Habis belajar dan dapat kerja yang bagus sambil mampu membuat pembayaran secara bulanan kepada PTPTN. Namun dalam hati terdetik juga, bila agaknya boleh langsaikan pinjaman tersebut sekali gus.

6-selesaikan-awal-dan-dapat-diskaun-15-rotikaya

Alang alang sudah dapat bonus di tempat kerja kemudian pengumuman kerajaan tentang diskaun 15% bagi mereka yang dapat membuat penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman PTPTN pastinya membuat anda gembira. Diskaun 15% ini dikira berasaskan baki keseluruhan hutang pinjaman.

Malah tak dinafikan, ramai yang tertunggu tunggu setiap tahun tentang diskaun ini. Malah ada lagi 2 diskaun yang sepatutnya anda tidak lepaskan:

(1) Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
(2) Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.

Peluang seperti ini merupakan salah satu insentif kepada anda untuk menyelesaikan nilai pinjaman yang pastinya membantu anda untuk semakin hampir untuk mencapai kebebasan kewangan.

Peluang seperti ini merupakan salah satu insentif kepada anda untuk menyelesaikan pinjaman yang pastinya membantu anda untuk bebas daripada hutang.

5-selesaikan-awal-dan-dapat-diskaun-15-rotikaya

Jangan tunggu lama-lama kerana ia telah berkuat kuasa bermula 22 Oktober lalu dan bakal berakhir hingga 31 Disember 2017. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak bertangguh dan bijak mengambil peluang yang terhidang di depan mata.

Layari portal rasmi PTPTN atau hubungi hubungi talian Careline di 03 – 2193 3000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2-ptptn-buat-hal-selesaikan-awal-dan-dapat-diskaun-15-rotikaya

No comments:

Post a Comment