Friday, 18 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 18 Nov 2016 08:07 PM PST

ROTIKAYA


Redha & Fatin Ungguli Anugerah Skrin 2016

Posted: 18 Nov 2016 07:20 PM PST

Filem Redha arahan Tunku Mona Riza yang diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd telah memenangi anugerah utama iaitu filem terbaik di malam Anugerah Skrin 2016. Selain itu, filem ini turut berjaya merangkul anugerah filem lelaki terbaik menerusi aktor Namron.

Manakala aktres Maya Karin menerusi filem Nota unggul dengan memenangi kategori pelakon wanita terbaik seterusnya mengenepikan saingan terdekatnya Nabila Huda.

Sementara itu, drama berjudul ‘Fatin’ terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd telah berjaya dinobatkan sebagai drama terbaik pada tahun ini, seterusnya turut berjaya merangkul anugerah bagi kategori pengarah terbaik Razaisyam Rashid. Drama ini turut berjaya memenangi anugerah Videografi terbaik menerusi Idham Mad Din.

Bagi kategori pelakon lelaki terbaik (drama) telah dimenangi oleh Beto Kusyairy menerusi drama berjudul “Ramadan Berteduh Syawal”. Manakala pelakon wanita terbaik (drama) dirangkul oleh Tiz Zaqyah dalam drama berjudul “Cermin Kasih”.

Menariknya, bagi kategori anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik filem, aktor Hushairi Bin Husain menerusi filem ‘Polis Evo’ telah berjaya mempertahankan kemenangannya bagi kategori tersebut kerana sebelum ini dia telah pun berjaya merangkul kategori tersebut di anugerah festival filem Malaysia ke-28.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori di Anugerah Skrin (ASK2016). (rkty/h)

1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) – Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) – Jalil Hamid (Calon Syurga)
3. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Majalah 3 (Wira Beret Semerah Hati
4. Rancangan Hiburan Terbaik – Buskestra
5. Videografi Terbaik (Drama) – Idham Mad Din (Fatin)
6. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Halaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)
7. Laporan Khas Berita Terbaik – Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)
8. Rancangan Realiti Terbaik – Let’s Cycle 2
9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) – Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)
10. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) – Hushairi Bin Husain (Polis Evo)
11. Lakon Layar Terbaik – Love Supermoon (Wan Hasliza)
12. Lakon TV (Skrip) Terbaik – Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)
13. Drama Rantaian Popular Media Sosial – Kau Aku Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
14. Penyunting Terbaik Drama – Izhar Masuri (Rekah)
15. Pelakon Wanita Terbaik (Filem) – Nota (Maya Karin)
16. Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) – Redha (Namron)
17. Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 30
18. Pelakon Wanita Terbaik (Drama) – Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
19. Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) – Beto Kusyairy (Ramadan Berteduh Syawal)
20. Drama Rantaian Terbaik – Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
21. Drama Komedi Terbaik – Mak Cun 2
22. Pelakon Komedi Terbaik – Erma Fatima (Mak Cun 2)
23. Pengarah Terbaik (Filem) – Munafik (Syamsul Yusof)
24. Pengarah Terbaik (Drama) – Razaisyam Rashid (Fatin)
25. Filem Terbaik – Redha (Current Pictures Sdn Bhd)
26. Drama Terbaik – Fatin (Balang Rimbun Sdn Bhd)

ask_6418 ask_6422 ask_6426 ask_6429 ask_6434 ask_6435_1 ask_6435 ask_6446_1 ask_6451_1 ask_6451 ask_6461 ask_6464 ask_6468 ask_6471 ask_6478 ask_6483 ask_6492 ask_6468

Elly Mazlein Belum Sedia Cari Pengganti

Posted: 18 Nov 2016 06:57 PM PST

Melalui pelbagai kontroversi selepas bercerai pada tahun lepas, Elly Mazlein masih belum bersedia untuk mencari pengganti bagi mengisi kesunyian hatinya. Pada ketika ini juga, beliau ingin lebih memberikan fokus untuk membesarkan anak sulungnya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lapan bulan yang kadang kala dijaga oleh bapanya ketika beliau bekerja.

BACA: Elly Mazlein Tak Mahu Gaduh Dengan Kak Ogy

“Selepas apa yang dilalui sebelum ini saya belum terfikir mencari pengganti tambahan pula anak saya masih kecil dan memerlukan perhatian. Jika bercinta nanti perlukan komitmen yang tinggi dan saya tidak mahu mengabaikan anak. Biarlah dahulu lagipun saya pernah merasai perasaan disayangi, bercinta, berkahwin dan bercerai, ia bukan satu keutamaan buat masa ini”

“Sekarang ini jika saya hendak pergi kerja dan terpaksa tinggalkannya saya terpaksa menyorok kerana dia mula merengek dan enggan berenggang dengan saya. Sebab itu jika boleh saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi kerana tidak mahu jadikan alasan kesibukan saya untuk mengabaikannya,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, Elly turut memaklumkan bahawa dirinya pernah didekati oleh lelaki yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat namun beliau enggan terlalu memikirkannya. Malah jadual kerja yang semakin padat sejak kembali popular selepas menyertai program nyayian Gegar Vaganza membuatkan dirinya tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta. (rkty/w)

1-elly-mazlein-belum-sedia-cari-pengganti-jpeg 2-elly-mazlein-belum-sedia-cari-pengganti-jpeg 3-elly-mazlein-belum-sedia-cari-pengganti-jpeg 4-elly-mazlein-belum-sedia-cari-pengganti-jpeg 5-elly-mazlein-belum-sedia-cari-pengganti-jpeg 6-elly-mazlein-belum-sedia-cari-pengganti-jpeg

Nora Danish Bawa Isu Cukai Ke Peguam

Posted: 18 Nov 2016 06:05 PM PST

Gara gara kenyataan dari Nora Danish tentang pengecualian cukai oleh pelakon ini telah dimanipulasi, pelakon wanita ini terpaksa mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan.

BACA: Nora Danish Minta Selebriti Dikecualikan Bayar Cukai

"Pada 3 November 2016, saya telah ditemubual oleh Utusan Malaysia. Kenyataan yang telah saya beri dalam temubual tersebut telah disalah tafsir dan dimanipulasi oleh beberapa organisasi media dan portal online”

"Sesi temubual tersebut dan kenyataan-kenyataan saya telah diambil luar daripada konteks dan telah disensasikan oleh beberapa akhbar, blog dan pelbagai media secara amnya, termasuk dan tidak terhad kepada tajuk laporan seperti Nora Danish Memohon Agar Artis Diberikan Pengecualian Cukai Untuk Kelihatan Cantik," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nora, dia tidak pernah menyatakan perlunya pengecualian cukai kepada golongan artis sebaliknya cuma memberi komen tentang penolakan di bawah S.39 Akta Cukai Pendapatan 1967. Itu dia, siap ada penerangan terperinci tentang akta cukai lagi.

Akibat daripada isu berkenaan, kehidupan peribadi, hubungan dengan pihak ketiga yang tiada kena mengena dengan isu tersebut serta perniagaannya telah menerima kesan kebencian, menimbulkan skandal dan menerima penghinaan seterusnya menjejaskan kariernya seterusnya membuatkan Nora melantik peguam dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan. (rtky/s)

“Apa Yang Terjadi Buat Kami Lagi Rapat Dan Gembira”

Posted: 18 Nov 2016 04:24 PM PST

Baru-baru ini kontroversi yang melibatkan pasangan pelakon popular Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle yang dikatakan mengalami masalah rumah tangga akhirnya terjawab apabila Farid yang ditemui di malam Anugerah Skrin 2016 menyatakan bahawa apa yang terjadi membuatkan rumah tangga mereka lebih manis.

BACA: Rumah Tangga Diana Danielle, Farid Kamil Goyah?

Baginya, itu adalah asam garam kehidupan berumah tangga dan apa yang berlaku kini lebih merapatkan hubungan pasangan suami isteri ini.

“Apa yang terjadi saya boleh ibaratkan sebagai satu momen untuk kami tahu apa situasi sebenar yang berlaku. Kami masih gembira dengan perkahwinan kami. Secara tak langsung perkara ini menambah kegembiraan dan kemanisan dalam perkahwinan,” katanya yang ditemui di majlis Anugerah Skrin 2016.

Tambahnya lagi, kontroversi ini menyebabkan dia menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bertanyakan mengenai perihal rumah tangga mereka. Keluarga dan teman-teman ada bertanya mengenai hal tersebut”

“Itu perkara biasa kerana apa yang terjadi antara kami pastinya mendapat perhatian ramai. Ketika berita ini tersebar, saya tidak terkejut tetapi saya bermuhasabah untuk saya renungkan apa sebenarnya yang terjadi,” ujarnya lagi.

Sebelum ini kecoh juga apabila Diana Danielle dikatakan telah ke mahkamah untuk mendapatkan nasihat peguam syariah mengenai masalah rumah tangga mereka. Bagaimanapun, perkara tersebut telah diakui oleh Diana Danielle sendiri. Pun begitu, Diana tidak mendedahkan perihal permasalahan yang dialaminya. (rtky/h)

7-apa-yang-terjadi-buat-kami-lagi-rapat-dan-gembira-rotikaya 5-apa-yang-terjadi-buat-kami-lagi-rapat-dan-gembira-rotikaya 4-apa-yang-terjadi-buat-kami-lagi-rapat-dan-gembira-rotikaya 3-apa-yang-terjadi-buat-kami-lagi-rapat-dan-gembira-rotikaya 2-apa-yang-terjadi-buat-kami-lagi-rapat-dan-gembira-rotikaya 1-apa-yang-terjadi-buat-kami-lagi-rapat-dan-gembira-rotikaya

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2016

Posted: 18 Nov 2016 05:47 AM PST

Pada malam ini telah berlangsung Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016), satu acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada rancangan-rancangan televisyen dan filem-filem buatan Malaysia serta para pelakon dan juga personaliti televisyen yang terbaik. Anugerah Skrin dianjurkan oleh TV3 sejak tahun 1995.

BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2015

Untuk tahun ini, acara yang bertemakan Menggapai Impian tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya, bermula 9 hingga 11.30 malam. Kali ini, ASK mempertaruhkan 32 kategori yang merangkumi drama, filem, penerbitan dalaman dan teknikal.

Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar barisan selebriti yang hadir pada malam anugerah yang penuh gilang gemilang ini. Siapa anda rasakan yang paling menarik perhatian pada majlis anugerah kali ini? Enjoice!

1-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 2-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 3-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 4-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 5-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 6-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 7-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 8-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 9-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 10-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 11-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 12-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 13-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 14-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 15-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 16-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 17-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 18-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 19-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 20-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 21-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 22-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 23-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 24-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 25-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 26-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 27-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 28-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 29-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 30-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 31-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 32-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 33-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 34-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 35-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 36-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 37-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 38-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 39-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 40-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 41-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 42-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 43-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 44-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 45-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 46-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 47-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 48-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 49-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 50-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 51-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 52-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 53-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 54-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 55-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 56-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 57-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 58-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 59-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 60-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 61-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 62-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 63-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 64-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 65-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 66-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 67-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 68-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya 69-gaya-selebriti-di-karpet-merah-anugerah-skrin-2016-rotikaya

Isteri Shahrol Shiro Hamil Anak Pertama

Posted: 18 Nov 2016 04:46 AM PST

Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol Shiro dan juga isteri Anna Danisha kerana bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsikan oleh isterinya di laman Instagram.

BACA: Di Sekitar Resepsi Kedua Perkahwinan Shahrol Shiro & Anna Anisha

7-isteri-shahrol-shiro-hamil-anak-pertama-rotikaya

“Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah berikan. Terima kasih pada suami kerana menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. Bertambahlah kekuatan seorang wanita dengan adanya rezeki cahaya mata dan amanah dr ALLAH S.W.T”

“Semoga segalanya dipermudahkan. Doakan yang baik-baik. Ameen,” luah isteri Shahrol di Instagram. Berita gembira tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa agar dipermudahkan segala urusan oleh pengikut Anna di laman sosial tersebut.

Sebelum ini, Shahrol telah pun bercerai bekas isterinya dan dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish. Apa yang pasti, Shahrol pernah berkongsikan betapa dia mahukan perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat. (rtky/s)

6-isteri-shahrol-shiro-hamil-anak-pertama-rotikaya 5-isteri-shahrol-shiro-hamil-anak-pertama-rotikaya 4-isteri-shahrol-shiro-hamil-anak-pertama-rotikaya 3-isteri-shahrol-shiro-hamil-anak-pertama-rotikaya 2-isteri-shahrol-shiro-hamil-anak-pertama-rotikaya 1-isteri-shahrol-shiro-hamil-anak-pertama-rotikaya

Walau Cerai, Dira Abu Zahar & Suami Masih Baik

Posted: 17 Nov 2016 11:10 PM PST

Sedang menunggu keputusan mahkamah mengenai hal penceraian, Dira Abu Zahar menjelaskan bahawa dirinya tidak mahu bermasam muka dengan bekas suami, Helmi Yusof. Mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami sejak enam bulan lalu, Dira memberitahu beliau tidak bermusuh dengan bekas suami kerana segalanya telah diselesaikan cara baik.

BACA: Dira Abu Zahar & Suami Akui Berpisah Rumah

“Walaupun bercerai, kami selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tiada halangan atau paksaan buatnya untuk berjumpa Anggun. Semua telah diselesaikan dalam keadaan yang baik. Anggun memang berada bawah jagaan saya. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Itu adalah jalan yang terbaik dan saya tidak boleh kongsi semua perkara, tidak perlu disensasikan lagi”

“Pada mulanya, saya dan dia sudah sepakat untuk tidak mendedahkan hal tersebut, namun saya sedar bahawa lambat-laun orang akan tahu juga apabila kami tidak lagi tinggal bersama. Sebab itu akhirnya saya mengaku akan bercerai dengannya,” katanya kepada Kosmo Online mengenai status perkahwinan mereka yang kini berada di dalam proses penceraian.

Setelah lama berteka-teki mengenai status perkahwinannya sebelum ini, ada beberapa gosip mengatakan hubungan pasangan ini sedang berantakan, bagaimanapun dinafikan oleh Dira sendiri. Namun menyedari statusnya sebagai seorang selebriti dan tidak ingin menimbulkan sebarang fitnah di kemudian hari, Dira membuat pengakuan penceraian mereka. (rkty/w)

1-dira-abu-zahar-suami-berpisah-rumah-jpeg 2-dira-abu-zahar-suami-berpisah-rumah-jpeg 3-dira-abu-zahar-suami-berpisah-rumah-jpeg 4-dira-abu-zahar-suami-berpisah-rumah-jpeg 5-dira-abu-zahar-suami-berpisah-rumah-jpeg 6-dira-abu-zahar-suami-berpisah-rumah-jpeg

Shaheizy Sam Teruja Bergelar Bapa, Tujuh Kali Buat Imbasan

Posted: 17 Nov 2016 10:45 PM PST

Bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada awal Mei depan, Shaheizy Sam akui dirinya terlalu teruja melalui pengalaman isteri mengandung sehinggakan sebanyak tujuh kali beliau membawa isterinya, Syatilla Melvin ke klinik untuk melakukan imbasan kehamilan kerana seronok melihat perkembangan cahaya mata pertama mereka di dalam kandungan.

BACA: Dapat Tahu Syatilla Melvin Hamil, Shaheizy Sam Larang Berlakon

“Alhamdulillah usia kandungan isteri mencecah tiga bulan. Sejak mengetahui isteri hamil, saya berasa sangat gembira. Sehinggakan sudah tujuh kali kami membuat imbasan kehamilan. Kami mahu melihat pergerakan bayi. Setiap kali melihatnya, rasa terharu dan bersyukur”

“Mungkin disebabkan ini pengalaman pertama kami jadi rasa teruja itu lain macam. Memandangkan masih awal, kami belum berbincang mengenai persiapan. Insya-Allah kalau sudah dekat nanti boleh fikirkan. Saya sentiasa berdoa isteri dan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan segalanya,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.

Selain daripada itu, Sam turut memaklumkan bahawa di sepanjang tempoh kehamilan, Syatilla tidak mempunyai sebarang alahan teruk walaupun di peringkat awal kehamilan. Namun hanya pada bulan ketiga sahaja, isterinya ada mengadu sakit kepala kerana pengambilan vitamin. Dengan itu demi menjaga kandungannya, Syatilla kini sedang mengamalkan diet yang sihat.

Walau apapun buat pasangan bahagia ini, tahniah diucapkan kerana bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama sahaja lagi. Semoga Sam dan Syatilla diberikan kesihatan yang baik, demi menjaga kesihatan kandungan. Diharapkan juga segala urusan berjalan lancar hendaknya. (rkty/w)

13329039_482208465317641_1989832593_n 13651865_963064850478306_2045971794_n 14240711_1184581844942658_1199381999_n 14269075_107899566335945_1358971337_n 14487357_1302670696423560_2728973965920829440_n 14597234_320925681604148_2580050716575924224_n

Che Ta Tayang Rumah Mewah Baru Beli Di Instagram?

Posted: 17 Nov 2016 08:22 PM PST

Jika sebelum ini Che Ta pernah dihalang keluar negara kerana tidak menjelaskan bayaran cukai, baru baru ini melalui muatnaik gambar di Instagram, pelakon dan usahawan wanita ini berkongsikan gambar sebuah banglo mewah.

BACA: Isu Cukai: Che Ta Mengamuk Di Instagram

8-che-ta-tayang-rumah-mewah-baru-beli-di-instagram-rotikaya

“Di mana kita bermula itu tidak penting, tetapi apa yang kita buat disepanjang perjalanan dan dimana penghujungnya itu adalah sangat penting,” tulisnya di caption Instagram. Mungkin ayat tersebut bunyinya macam copy paste dari internet, namun ia juga mungkin membawa seribu satu makna buat Che Ta.

Sementara itu di bahagian komen pula, selain penuh dengan iklan promosi Instagram masing masing, ada juga peminat Che Ta yang memuji dengan keupayaan selebriti ini memiliki rumah berkenaan yang terletak di Kota Damansara.

Apa pun, rata rata dilihat perkongsian Che Ta di Instagram turut memberi inspirasi kepada peminatnya namun tidak dinafikan wujud juga segelintir individu yang mempertikaikan kemewahannya dan disifatkan ingin menunjuk. (rtky/s)

7-che-ta-tayang-rumah-mewah-baru-beli-di-instagram-rotikaya 6-che-ta-tayang-rumah-mewah-baru-beli-di-instagram-rotikaya 5-che-ta-tayang-rumah-mewah-baru-beli-di-instagram-rotikaya 3-che-ta-tayang-rumah-mewah-baru-beli-di-instagram-rotikaya 2-che-ta-tayang-rumah-mewah-baru-beli-di-instagram-rotikaya 1-che-ta-tayang-rumah-mewah-baru-beli-di-instagram-rotikaya

AMMBOI DOT COM

Posted: 18 Nov 2016 12:09 PM PST

AMMBOI DOT COM


PERODUA AKAN AMBIL TINDAKAN TUDUHAN STERING AXIA TERKUNCI PUNCA KEMALANGAN

Posted: 17 Nov 2016 08:46 PM PST

Perodua Sales Sdn Bhd akan mengambil tindakan ke atas individu yang melemparkan dakwaan palsu stereng terkunci pada Perodua Axia menerusi laman sosial, baru-baru ini. Menyanggah dakwaan terbabit, Pengarah Urusan Perodua Sales, Datuk Dr Zahari Husin berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan pihaknya telah bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan untuk membuat siasatan menyeluruh ke […]

The post PERODUA AKAN AMBIL TINDAKAN TUDUHAN STERING AXIA TERKUNCI PUNCA KEMALANGAN appeared first on AMMBOI DOT COM.

MySensasi

Posted: 18 Nov 2016 11:58 AM PST

MySensasi


Keputusan Pemenang ASK 2016 Anugerah Skrin TV3

Posted: 18 Nov 2016 12:38 AM PST

Keputusan Pemenang ASK 2016 Anugerah Skrin TV3. Sebanyak 32 anugerah akan diumumkan dalam malam kemuncak ASK 2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 November 2016 bermula jam 9 malam. Untuk maklumnan, 32 kategori anugerah Skrin TV3 itu adalah meliputi 13 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam untuk …

The post Keputusan Pemenang ASK 2016 Anugerah Skrin TV3 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 18 Nov 2016 09:55 AM PST

KedahLanie.info


Demokrasi di hujung tanduk | Jom #BERSIH5

Posted: 18 Nov 2016 04:47 AM PST

 
Hari ini, Jumaat, 18 November 2016, beberapa jam sebelum bermulanya perhimpunan BEERSIH5, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke pejabat BERSIH.

Polis menggunakan Seksyen 124C Kanun Jenayah yang menyebut sesiapa yang menganjurkan aktiviti memudaratkan sistem demokrasi berparlimen atau seumpamanya, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Polis juga mengambil telefon bimbit para petugas pejabat dan tidak membenarkan mereka berkomunikasi dengan orang luar. Polis menghalang peguam BERSIH daripada memasuki premis itu.

Kita dapat lihat betapa tenatnya sistem demokrasi negara kita. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan berhimpun dan bersuara.

Sekiranya terdapat mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang itu akan terbatal.

Kedua, polis menghalang hak petugas dalam pejabat BERSIH daripada berkomunikasi dengan pihak luar ataupun peguam mereka.

Sedangkan jika kita merujuk hak-hak orang yang ditahan seperti tertulis dalam seksyen 28A (2)(a) dan 28A (2)(b) Kanun Acara Jenayah, mereka berhak berkomunikasi sama ada dengan saudara atau rakan dan berkomunikasi bersama peguam pilihan mereka.

Jika diteliti, himpunan BERSIH langsung tidak memudaratkan sistem demokrasi berparlimen. Malah, perhimpunan BERSIH inilah yang cuba mengembalikan kuasa demokrasi berparlimen yang sebenar.

Lihat sahaja kepada tuntutan BERSIH. salah satunya adalah mengembalikan kembali demokrasi berparlimen.

Bukan sahaja pejabat BERSIH diserbu, dua orang kuat BERSIH iaitu pengerusinya Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariatnya Mandeep Singh ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya.

Untuk apa mereka ditahan? Sejauh mana seorang perempuan itu mampu mengganggu demokrasi negara? Jelas dan terbukti bahawa demokrasi kita sedang tenat dan berada di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh dan pecah berderai.

Perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan haram yang sering diuar-uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan takutkan suara rakyat. Perhimpunan aman ini, mendukung suara rakyat agar pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil.

Kebebasan bersuara dan selepas bersuara

Jika sebelum ini, telinga kita pernah disinggahi ayat "kami beri kepada kamu kebebasan untuk bersuara, tetapi kebebasan selepas bersuara belum tentu".

Namun, hari ini kita melihat, hak kita untuk bersuara telah disekat, walhal suara itu masih belum disampaikan.

Bukan itu sahaja, BERSIH juga didakwa oleh sesetengah pihak, terutamanya Ketua Ymno Sungai Besar Jamal Yunos, mendapat dana George Soros.

Namun, apabila diminta mengemukakan bukti kepada umum, tiada siapa yang berani melakukannya, sama ada Jamal sendiri ataupun menteri.

Bercakap soal kumpulan Baju Merah, mengapa polis tidak melihat kumpulan ini sebagai ancaman kepada negara? Sedangkan ketuanya telah banyak mengeluarkan ayat-ayat yang mencetus sensitiviti kaum.

Apakah pihak ini dilindungi oleh kuasa besar sehingga polis sendiri takut untuk melakukan apa-apa pada mereka?

Jika BERSIH mahu mengadakan perhimpunan, mereka diarah memohon kebenaran. BERSIH telah menjalankannya serta mengikut prosedur ditetapkan.

Namun sedemikian, apakah Baju Merah juga memohon permit daripada pihak berkuasa? Dan sekiranya mereka memohon permit seperti BERSIH, pihak berkuasa seharusnya mencadangkan mereka melakukan perhimpunan balas pada hari, tempat dan masa yang lain.

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, pihak berkuasa langsung tidak memberi apa-apa cadangan alternatif kepada Baju Merah.

Seolah-oleh mereka ini diberi restu untuk bertembung dengan BERSIH. Apakah ini demokrasi sebenar yang dimaksudkan oleh pihak polis dan pihak berkuasa?

Sampai bila kita mahu dizalimi? Sampai bila kita mahu ditindas? Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh mereka semua? Sudah-sudahlah.

Tiba masanya untuk kita turun ke jalan raya dan hidupkan kembali demokrasi yang perlahan-lahan mati.

Penangkapan Maria Chin dan Mandeep Singh ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk turun ke perhimpunan aman BERSIH5 esok, 19 November 2016.

Ayuh rakyat Malaysia, kita turun ke BERSIH5!

ALUMNI BERSIH BOOT CAMP (BBC) sebuah program pendidikan BERSIH untuk mempelajari asas-asas demokrasi, pilihan raya dan mobilisasi besar-besaran yang bertujuan untuk menyediakan sukarelawan dan aktivis masa depan.

Di mana Jamal Yunos?

Posted: 18 Nov 2016 04:13 AM PST


Selepas Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan kakitangan gabungan itu ditangkap, timbul persoalan di mana Ketua Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos sedang berada?

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu sepatutnya mengadakan sidang media di Masjid Negara pada jam 2.30 petang ini.

Nmun beliau tidak muncul-muncul sehingga wartawan beredar pada jam 5 petang.

Beliau tidak hadir walaupun kira-kira 100 orang berbaju merah telah berkumpul di perkarangan Masjid Negara, di ibu negara selepas selesai solat Jumaat.

Ketika ditanya salah seorang sekretariat gabungan NGO Baju Merah Razali Zakaria, beliau memberitahu tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung kedudukan Jamal.

Bagaimanapun menurut Razali, kumpulan Baju Merah akan mula berkumpul bermula petang ini di Masjid Negara untuk perhimpunan yang akan diadakan esok.

"Kita akan berada di sini sampai esok. Orang ramai akan datang sedikit demi sedikit selepas ini dan akan terus berkumpul sampai perhimpunan esok," katanya kepada pemberita.

Sementara menunggu kehadiran Jamal, peserta Baju Merah bersama beberapa pimpinan gabungan NGO berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar amanat pemimpin lain kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Namun kira-kira 20 minit kemudian hujan lebat dan kesemua peserta lari berteduh di Masjid Negara sebelum peserta Baju Merah dilihat sedikit demi sedikit beransur meninggalkan masjid berkenaan selepas Asar.

Ditanya sekali lagi kepada pihak Baju Merah sama ada Jamal akan hadir dan membuat sidang media di Masjid Negara, individu yang mengaturkan sidang media itu tidak dapat memberikan jawapan kerana Jamal tidak dapat dihubungi.

"Saya tak tahu, saya pun tak dapat hubungi Jamal. Kami semua tak tahu Jamal berada di mana. Bila saya hubungi dia, dia kata sedang dalam perjalanan (ke Masjid Negara).

"Sekarang saya hubungi lagi dah tak dapat. Kami tak tahu dia ada di mana," kata individu berkenaan yang enggan nama disiarkan.

Malaysiakini juga cuba menghubungi Jamal namun tidak berjaya.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, satu lagi undangan sidang media oleh Jamal diedarkan.

Ia dikatakan akan diadakan pada jam 10 malam ini juga di Masjid Negara.

Bersih5 - Ketua Polis Negara Kata Haram, Hakim Mahkamah Tinggi Kata Tidak Haram - Mana Satu Betul Ni ?

Posted: 18 Nov 2016 03:05 AM PST


FMT

Ketua Polis Negara kata Bersih 5 adalah Haram di sisi undang2.

Tapi Hakim Mahkamah Tinggi pula kata Bersih 5 Tidak Haram.

FMT

Mana satu yang betul ni ? Siapakah yang lebih layak untuk bercakap mengenai undang2 ..... Ketua Polis Negara atau Hakim Mahkamah Tinggi ?

Ini pula laporan dari Malaymailonline -

 
Baca pula pandangan peguam Hanif Khatri yang saya copypaste dari FBnya -

KETUA POLIS NEGARA WAJIB PATUHI KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG ISYTIHAR BERSIH 5 SAH DAN TERATUR DI SISI UNDANG-UNDANG SERTA ARAHKAN POLIS SEDIAKAN DAN SELIAKAN LALUAN ALTERNATIF UNTUK "GERAKAN BAJU MERAH" !!!

1. Pada 17.11.2016, Ketua Polis Negara, KHALID ABU BAKAR telah dipetik oleh KINITV sebagai berkata :

" Tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia adalah untuk memastikan negara kita aman, sejahtera, tenteram, tidak ada perlanggaran apa jua ketenteraman awam. ... Kalau (su)dah ada undang-undang Akta Perhimpunan Aman itu yang mengkehendakkan kita mengikut peraturan, peruntukan undang-undang, patuhilah... Kenapa degil sangat tak mahu patuh ? ... BERSIH1, BERSIH 2, BERSIH 3, BERSIH 4, BERSIH 5, sampai bila kita nak sabar ? (So) kita akan ambil langkah-langkah yang patut untuk mempastikan keadaan negara kita kekal aman damai. Hak bersuara kita hormati, tapi kita juga perlu hormati hak-hak orang lain. ... "

2. Wahai KHALID ABU BAKAR, pada jam lebihkurang 7.35 malam tadi, Khamis, 17.11.2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui penghakiman Yang Arif Hakim S Nantha Balan telah memutuskan antara lain, untuk menolak permohonan tiga persatuan peniaga di sekitar Jalan Masjid India, Medan Mara dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) untuk mendapatkan perintah injunksi interim (sementara) bagi menghalang Perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah yang akan diadakan Sabtu ini di Dataran Merdeka.

3. Hakim yang sama secara khusus berhubung isu Gerakan Baju Merah, telah membuat Perintah Lanjut bahawa :

"Section 18 of the PAA acts as a safety valve to diffuse any potential conflict therefore it is the duty of the police to prevent a clash or conflict should there is a possibility that it would eventuate ... "

4. Maka, KHALID ABU BAKAR anda sudah DIARAHKAN MAHKAMAH untuk :

(a) BENARKAN TANPA HALANGAN segala bentuk perhimpunan awam yang dijadualkan pada hari Sabtu ini, 19.11.2016 !!,

(b) SEDIAKAN dan SELIAKAN JALAN ALTERNATIF untuk diambil oleh 'Gerakan Baju Merah' supaya ianya tidak bertembung dengan jalan dan laluan aman "BERSIH 5", sebagai tanggungjawab undang-undang pihak POLIS di bawah SEKSYEN 18 AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 !!

5. JUSTERU, Wahai KHALID ABU BAKAR, anda WAJIB PATUH PERINTAH MAHKAMAH ini, dan jangan pula anda yang sebenarnya INGKARI UNDANG-UNDANG mahupun lakukan PENGHINAAN TERHADAP PERINTAH MAHKAMAH !!!

PATUH !!! JANGAN TIDAK PATUH !!!

                                *******************

Mana satu ni ? ?

Sekali lagi saya tanya - Dalam soal menafsir undang2 ... siapakah LEBIH LAYAK - Ketua Polis Negara Atau Hakim Mahkamah Tinggi ?

dinturtle 

Ucapan 'jatuhkan' Najib, polis tangkap MP DAP | Jom #BERSIH5

Posted: 18 Nov 2016 02:02 AM PST

Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke ditahan polis di sebuah hotel di Kuala Lumpur awal petang ini.

Loke berkata beliau ditahan oleh pasukan polis daripada ibu pejabat pasukan keselamatan itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Wakil rakyat DAP itu berkata beliau dimaklumkan disiasat bawah Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapannya pada konvensyen Pakatan Harapan, Sabtu lalu.

Beliau antaranya dilaporkan mengajak orang ramai 'menjatuhkan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kedaulatan negara ini dapat dipulihkan.

Loke bagaimanapun berkata beliau tidak tahu bahagian mana ucapannya yang bermasalah.

Beliau sekarang ditahan di Bukit Aman untuk soal siasat dan ditemani peguam dan anggota parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Maria, kakitangan BERSIH ditangkap, komputer dirampas | Jom #BERSIH5

Posted: 18 Nov 2016 01:52 AM PST



Polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya petang ini, sehari sebelum perhimpunan besar mereka esok.

Selepas tidak dibenarkan keluar dari pejabat itu atau berhubungan selama hampir dua jam, anggota polis kemudiannya keluar dengan membawa Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh Karpal.

Kedua-dua mereka dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Tweet BERSIH juga melaporkan polis merampas sepuluh komputer riba dan kenyataan bank serta gaji BERSIH.

Sebelum ini, Mandeep Singh berkata serbuan itu dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

"Kira-kira 10 anggota polis di pejabat kami sekarang. Kami dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu.

"Peguam kami sedang uruskannya," kata Mandeep ketika dihubungi Malaysiakini.

BERSIH disiasat susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.

Selain menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH turut menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam himpunannya esok.

Ringgit terus susut, cecah 4.4 berbanding dolar AS

Posted: 17 Nov 2016 11:45 PM PST

 ringgit-BNM
KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut, mencecah paras 4.4030 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur bertindak balas ke atas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Janet Yellen, semalam yang memberi bayangan kadar faedah AS mungkin naik tidak lama lagi.

Pada 10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4030/4100 berbanding dolar AS.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah bagi membendung turun naik dalam pasaran pertukaran asing.

Ketua Penyelidik Mercury Security Sdn Bhd, Edmund Tham, berkata walaupun bank pusat mengulangi kadar dalam negeri bagi mata wang merupakan harga rujukan yang betul, dan meminta bank-bank berlesen tempatan menghindari daripada memudahkan urus niaga dalam ringgit luar pesisir seperti kontrak hadapan tanpa serahan, ringgit terus menyusut.

"Persoalannya sekarang ialah kita perlu melihat apa yang BNM dapat lakukan untuk menstabilkan dan mengukuhkan nilai ringgit berbanding dolar AS.

"Tekanan jualan ringgit dan trend menurun selain aliran menurun mata wang pasaran pesat membangun, terus berlaku disebabkan dolar AS semakin mengukuh.

"Situasi ini perlu dikaji, dan BNM diharap bertindak memandangkan tidak ada yang dapat dilakukan oleh orang ramai," katanya hari ini.
Pada 9.10 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3950/4020 terhadap dolar AS berbanding 4.3900/3970 pada Khamis.

Menteri Pendidikan batal perlantikan bekas model sebagai penasihat beliau

Posted: 17 Nov 2016 08:42 PM PST

Kurang 24 jam menteri tarik balik pelantikan bekas model sebagai penasihat

Mohamad Fadli

ShareTweetPinMail

PETALING JAYA: Kurang 24 jam selepas bekas model dilantik sebagai penasihat khas media menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertindak menarik balik pelantikan Datuk Geethanjali G.

Sumber pejabat Mahdzir ketika membuat pengesahan itu berkata, sebab penarikan itu tidak perlu dimaklumkan.

“Sah (penarikan balik pelantikan itu). Rasanya sebab-sebab itu tidak perlu dimaklumkan. Itu keputusan menteri. Hanya menteri sahaja tahu sebab-sebab,” sumber pejabat Mahdzir memberitahu FMT hari ini.

Geethanjali bagaimanapun menafikan menerima surat penarikan balik pelantikannya sebagai penasihat khas media kepada Mahdzir dan berkata, tidak logik jika beliau sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai keputusan menteri.

“Saya tidak terima surat (penarikan pelantikan) lagi. Saya macam biasa sahaja. Menteri masih belum telefon dan maklumkan kepada saya untuk penarikan itu semua, belum lagi. Tidak ada dimaklumkan.

“Kalau ada penarikan, menteri mesti akan maklumkan kepada saya tentang penarikan. Betul palsu. Tak logik. Sebelum dapat dekat tangan saya, macam mana dia boleh dapat? Saya pun tak dapat.

“Sumpah saya tak dapat lagi surat itu,” katanya kepada FMT sambil menambah beliau meneruskan tugas baharu itu seperti biasa, ketika ini.

Semalam, bekas peserta akhir Miss Malaysia Universe 2009, bekas model dan  joki radio itu menerusi Facebooknya mengumumkan tugas baharunya untuk menasihati Mahdzir dalam hal ehwal media.

“Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Geethanjali G juga akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak media untuk menyampaikan apa yang dicetuskan oleh Yang Berhormat menteri kepada rakyat,” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi surat bertarikh 16 November yang dilihat FMT hari ini, pelantikan itu ditarik balik serta-merta.

“Penarikan ini dibuat kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amat dikesali,” tulis Mahdzir dalam suratnya kepada Geethanjali.

Zul Hazmi : Catatan Sejarah Aku bersama Bersih1,2,3,4 & 5

Posted: 17 Nov 2016 08:17 PM PST

AKU & BERSIH

Himpunan BERSIH sudah nak masuk yang ke-5 esok. Himpunan BERSIH bermula pada tahun 2007 diikuti tahun 2011, kemudiannya pada 2012 dengan tema Duduk Bantah. Bersih 4.0 diadakan selama 2 hari pada 29 - 30 Ogos 2015 dan esok BERSIH 5.

BERSIH 1 aku tak dapat turut serta kerana masa tu aku menjalani pembedahan apendiks di HUKM. Sedih sebab ramai sangat kawan-kawan turun tp aku di wad. Tapi lepas tu aku turut mengendalikan beberapa kes melibatkan tahananHimpunan BERSIH termasuk Allahyarhamuha Dr Lo'lo' Ghazali.

BERSIH 2 diadakan pada 9 Julai 2011. Kali ini aku berkobar-kobar nak turun ke lapangan tapi aku ditugaskan di bilik gerakan peguam di Pejabat Agung Parti lama aku di Jalan Raja Laut bagi memantau tangkapan dan perlanggaran hak asasi semasa himpunan berlangsung. Tapi ketagih nak turun menyebabkan aku keluar bilik gerakan dan turun ke Dataran Merdeka bersama Tuan Haji Asmuni Awi untuk berhadapan dengan polis yang menangkap siswi sebuah universiti di stesen lrt Masjid Jamek.

BERSIH 3 diadakan pada 28 April 2012. Sekali lagi aku bertugas sebagai peguam yang memantau himpunan. Kami peguam-peguam parti ketika itu berkumpul awal di Pejabat Agung untuk penyelarasan. Menariknya malam itu agak lewat, aku dapat panggilan dari bapa saudara aku dari kampung bahawa beliau sudah sampai di Stesen Bas Jalan Duta bersama rombongan Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Musa. Aku bersama Abangahmad Kerdee terus ke Stesen Bas Jalan Duta untuk ambil rombongan Tuan Guru Haji Salleh Musa dan bawa depa ke The Zone KLCC. Kami tempatkan rombongan Tuan Guru di sana. Untuk ke The Zone, kami melalui beberapa sekatan polis tapi aku bagitau polis kami bawa rombongan Tuan Guru & kami lepas. Esoknya semasa perhimpunan Bersih, kelihatan Tuan Guru Hj Salleh duduk di atas kotak elektrik di persimpangan Jalan Tun Perak berhampiran Dataran Merdeka. Aku bersama Abang Ahmad Kerdee mengetuai perarakan pimpinan parti dari Pejabat Agung melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran.

BERSIH 4 diadakan dengan tema "occupy Dataran" selama 2 hari. Meriah. Ramai keluar dan bermalam di Dataran. Sejarah himpunan diadakan lebih 1 hari.

Esok BERSIH 5..... InsyaAllah aku akan bersama kawan-kawan ke Dataran Merdeka. Tshirt Bersih pun aku dah dapat dari seorang sahabat.

Apa tunggu lagi???? Jom BERSIH 5. Negara Kita Tanggung Jawab Kita.
#SatukanTenagaMalaysiaBaru

ZULHAZMI SHARIFF
18 November 2016

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1811011229173569&id=100007941282524

Berhimpun adalah hak rakyat Malaysia yang dijamin Undang-Undang Negara, Jom #BERSIH5

Posted: 17 Nov 2016 08:14 PM PST

BERHIMPUN ADALAH HAK KITA YANG DIJAMIN UNDANG-UNDANG.

Muqaddimah Akta Perhimpunan Aman 2012 menyatakan :

Suatu Akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan memperuntukkan sekatan-sekatan yang tertentu perlu atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain, dan untuk memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan.

Matlamat Akta Perhimpunan Aman 2012 diperuntukkan di Seksyen 2 Akta iaitu: -

a) bagi memastikan warganegara mempunyai hak untuk menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan tertentu demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.
b) Bagi memastikan kebebasan individu untuk berhimpun secara aman selaras dengan hak yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan
Persekutuan.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) TIADA HAK untuk menghalang penganjuran himpunan atau menolak sebarang pemakluman himpunan.  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 November 2016 memutuskan dengan jelas bahawa hak berhimpun tidak boleh dihalang malah Mahkamah tiada kuasa mengisytiharkan sesuatu perhimpunan itu sebagau haram.

Seksyen 8 Akta Perhimpunan Aman 2012 jelas memperuntukkan tanggungjawab Polis iaitu polis boleh mengambil apa-apa langkah yang difikirkan perlu untuk memastikan perhimpunan diadakan dengan teratur mengikut Akta dan undang-undang.

Pihak Polis tidak boleh menghalang perhimpunan tetapi hanya boleh mengenakan sekatan tertentu sahaja.

Polis boleh menangkap tanpa waran jika penganjur atau peserta melakukan kesalahan atau melanggar sekatan yang ditetapkan.

Polis boleh menyuraikan perhimpunan dan hendaklah memastikan pematuhan secara sukarela terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang kekerasan yang dibenarkan.

Jika semua pihak faham Akta Perhimpunan Aman 2012 insyaAllah tiada apa yang perlu dirisaukan.

#SatukanTenagaMalaysiaBaru

JOM BERISH 5.

ZULHAZMI SHARIFF.

Mahkamah tolak permohonan peniaga halang demo 19 Nov

Posted: 17 Nov 2016 05:25 PM PST


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan tiga kumpulan untuk menghalang BERSIH5 dan perhimpunan Baju Merah, Sabtu ini.

Hakim S Nantha Balan berkata plaintif dalam permohonan injuksi inter-parte tidak menunjukkan merit dan beliau justeru menolaknya.

Beliau juga menyuarakan rasa terkejut apabila peguam BERSIH dan Baju Merah sama-sama menolak permohonan itu.

“Luar biasa sekali Baju Kuning dan Baju Merah boleh sepakat terhadap permohonan injuksi peniaga-peniaga di dan sekitar Dataran Merdeka,” katanya, ketika memulakan keputusannya.

Penghakiman itu disampaikan pada 7.20 petang ini dan tamat 15 minit kemudian.

Nantha Balan juga berkata mahkamah tidak dapat mengisytiharkan sesebuah perhimpunan itu sebagai haram.

Permohonan itu dibuat oleh persatuan peniaga di Jalan Masjid India, Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman traders dan Medan Mara di Kuala Lumpur.

Mereka mendakwa mewakili kira-kira 1,000 peniaga.

Mereka menamakan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Bersih & Adil Network Sdn Bhd, dan Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia dan pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Saman itu difailkan oleh tetuan Rabia dan Farain.

Peniaga-peniaga mendakwa mereka rugi kira-kira RM800 sehari dan lebih banyak lagi ketika hujung minggu dan bimbang perhimpunan Sabtu itu menjejaskan pendapatan mereka.

OhDunia.My

Posted: 18 Nov 2016 08:31 AM PST

OhDunia.My


Wanita Tak Tahu Dirinya Mengandung Sehingga Air Ketuban Pecah

Posted: 17 Nov 2016 11:31 PM PST

Seorang wanita langsung tidak menyedari dirinya mengandung sehinggalah air ketubannya pecah. Menurut laporan South China Morning Post, wanita berkenaan dibawa ke hospital selepas ditemui dalam keadaan lemah di pintu masuk sebuah kafe siber, 4 November lalu.


Wanita Tak Tahu Dirinya Mengandung Sehingga Air Ketuban Pecah

Baca selengkapnya

Che Ta Tayang Rumah Mewah Baru Beli Di Instagram?

Posted: 17 Nov 2016 11:27 PM PST

Jika sebelum ini Che Ta pernah dihalang keluar negara kerana tidak menjelaskan bayaran cukai, baru baru ini melalui muatnaik gambar di Instagram, pelakon dan usahawan wanita ini berkongsikan gambar sebuah banglo mewah.


Che Ta Tayang Rumah Mewah Baru Beli Di Instagram?

Baca selengkapnya

Terbongkar: Lin Dan ‘Kantoi’ Curang, Skandal Dengan Artis

Posted: 17 Nov 2016 11:20 PM PST

Berita skandalnya dengan seorang pelakon dan model telah terbongkar dalam laman sosial, pemain badminton handalan China, Lin Dan akui perkara tersebut memang berlaku.


Terbongkar: Lin Dan 'Kantoi' Curang, Skandal Dengan Artis

Baca selengkapnya

Ringgit Terus Menjunam, Cecah Paras 4.4 Berbanding Dolar

Posted: 17 Nov 2016 11:07 PM PST

Ringgit terus menyusut, mencecah paras 4.4030 berbanding dolar Amerika Syarikat apabila pelabur bertindak balas ke atas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Janet Yellen, semalam yang memberi bayangan bahawa kadar faedah AS mungkin naik tidak lama lagi.


Ringgit Terus Menjunam, Cecah Paras 4.4 Berbanding Dolar

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 18 Nov 2016 02:35 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Rafizi Barangkali Boleh Memperbodohkan Oghang Tapi Bukan Setiap Masa Video

Posted: 18 Nov 2016 02:02 AM PST


MUKADIMAH 2016 barangkali tahun malang bagi Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli Tahun ni saja beliau didapati bersalah diataih empat kesalahan termasuk mencetuihkan ketegangan antara agama fitnah...

Rahsia Ailah Menjadikan Gamat Yang Hampa Tak Tau Subhanailah

Posted: 18 Nov 2016 01:32 AM PST


Setiap benda yang diciptakan oleh Allah konfem ada hikmahnya Tanpa kita sedari gamat mempunyai pelbagai jenih zat dan nutrien yang sangat baik untuk manusia Sebelum menghasilkan produk Royai G...

Gadih Cun Di Tangkap Selingkuh Bersama Lelaki Nepai

Posted: 18 Nov 2016 01:02 AM PST


Punyalah banyak jantan melayu dan indonesia dalam negara jantan Nepai jugak yang jadi pilihan minah Indonesia nih Pastu kantoi pulak masa tengah baik punya beromen dalam bilik di rumah sewa Ne...

Video Polih Bantuan Terpeghanjat Nampak Hantu Di Felda Pahang Menjadi Viral

Posted: 17 Nov 2016 11:02 PM PST


Sejak beberapa hari kebelakangan ni terdapat perbincangan hangat pasai viral rakaman video menunjukkan bayangan putih membuat lawatan mengejut terhadap pegawai polih bantuan yang bertugaih malam...

Lagu Mana Membuat Oghang Lain Menghormati Kita

Posted: 17 Nov 2016 09:02 PM PST


Daripada contoh dibawah dapat kita simpoikan bahawa kebanyakkan oghang dikalangan kita terpaksa mengorbankan kewibawaan atau haraga dirinya demi kesenangan oghang lain depa tak pandai untuk kata ...

10 Artis Palin Hot Dari Malaysia Yang Perlu Hampa Semua Tau

Posted: 17 Nov 2016 07:32 PM PST


Dianggap sebagai kecantikan semula jadi bahawa pompuan cina dan timoq mempunyai kecantikan dan palin hangat di dunia ni dengan bermodaikan kulit yang gebu bentuk badan yang menarik dan wajah yang ...

Shaheizy Sam Terlalu Teruja Bakai Bergelaq Bapak Tujuh Kali Imbaih Perut Isteri

Posted: 17 Nov 2016 07:26 PM PST


Terlalu teruja pasai bakai menimang anak sulong tak lama lagi pelakon Shaheizy Sam ngaku beliau dah tujuh kali membawa isterinya Syatilla Melvin untuk membuat imbasan kehamilan pasai syok tengok p...

Walaupun Kami Bercerai Cheq Masih Dok Berbaik Dengan Helmi Dira Abu Zahaq

Posted: 17 Nov 2016 07:24 PM PST


dah enam bulan tak tinggai sebumbung dan sedang dok tunggu keputusan mahkamah berkaitan hal penceraian beliau pelakon Dira Abu Zahaq bagaimanapun takmau bermasam muka dengan bekaih suaminya Helmi...

Che Ta Tayang Banglo Mewah Yang Baghu Dibeli

Posted: 17 Nov 2016 07:22 PM PST


Rozita Che Wan tak kami nafikan antara pompuan yang agak berjaya diluaq sana apatah lagi beliau mula melangkah ke industri hiburan sebagai ibu tunggai yang membesaqkan dua oghang anak lelaki Set...

Pelan Hotlink Baghu La Nih Menawaqkan Penambahan Panggilan Chemeyy Dan Data Untuk Youtube

Posted: 17 Nov 2016 12:22 PM PST


Hotlink merupakan penawaran pelan prabayaq daripada Maxih Sebelum ni Hotlink menjadi terawai menawaqkan data pada kelajuan 64kbps secara chemeyy untuk pelanggan Hotlink dan turut telah memperke...

Pompuan Tergempaq Hantu Kanak Kanak Dalam Gambaq Selfie

Posted: 17 Nov 2016 09:02 AM PST


Melissa Kurtz yang berasai dari Florida Amerika Syarikat tergempaq dengan kehadiran entiti misteri yang tak dikenali masa tengok semula gambaq selfie bersama sama anak perempuannya Menurut sebu...

Menurut Mufti Nama Damia Tak Perlu Ditukaq

Posted: 17 Nov 2016 06:02 AM PST


gosip nama Damia yang sebelum ni hangat dibincangkan di laman so sial turut mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Beliau dalam satu kenyatan h...

Kekayaan Luaq Biasa Adam Ketua Pemuda Pkr Ampang

Posted: 17 Nov 2016 03:02 AM PST


Rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan pendedahan kekayaan luaq biasa Datuk Adam Rosly yang baghu berumoq 28 tahun Beliau merupakan Ketua AMK Ampang dan jugak pembantu spesial Ahli Parlimen PKR Am...

Rafizi Osa Apa Yang Penyelewengan Yang Didedahkan

Posted: 17 Nov 2016 02:04 AM PST


Kenyataan surat khabaq untuk sebaran segera oleh blogger yang tak mau dikenali 17 November 2016 Ahli parlimen pembangkang dihukum pasai melanggaq Akta Rahsia Rasmi bukan untuk menyampaikan makluma...

Awaih Penipuan Panggilan Video Whatsapp

Posted: 17 Nov 2016 02:02 AM PST


APLIKASI khidmat pesanan terkenai WhatsApp telah melancaqkan perkhidmatan panggilan video secara berperingkat kepada pengguna iOS dan Android walaupun pengguna iOS nampaknya dah mendapat kemaih ...

myartis.com

Posted: 18 Nov 2016 02:03 AM PST

myartis.com


TUNGGU UNTUK BERCERAI - DIRA & SUAMI MASIH BERBAIK

Posted: 17 Nov 2016 05:29 PM PST



Meskipun tidak tinggal sebumbung bersama Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 38, sejak Jun lalu dan bakal bercerai kerana merasakan perpisahan itu merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, Dira Abu Zahar berkata yang hubungan beliau dan suaminya itu masih baik.

Mengakui perceraian dengan Helmi masih dalam proses mahkamah, Dira atau nama sebenarnya, Khaidhirah Abu Zahar, 32, berkata kenyataan tersebut terpaksa ditelan meskipun pahit.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SHIDI DATA DIUMUM TERSINGKIR - RAMLI MS RASA RALAT

Posted: 17 Nov 2016 04:35 PM PST



Penyingkiran Shidi pada minggu kelima Gegar Vaganza 3 (GV3) membuatkan ramai peminat tidak berpuas hati termasuklah juri tetap GV3, Datuk Ramli MS yang berasa ralat.

Ini kerana mereka merasakan persembahan yang diberikan oleh Shidi lebih menarik berbanding persembahan Ameng Spring yang terlupa lirik sewaktu menyanyi.

"Shidi telah memberikan persembahan yang baik di konsert minggu kelima. Namun begitu, saya ralat apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"SAYA MASIH WARAS" - AMENG SPRING

Posted: 17 Nov 2016 03:19 PM PST



"Setiap manusia ada pendapat masing-masing dan apa yang saya katakan adalah pandangan saya. Kalau dia tidak boleh terima, tidak mengapa.

"Apa yang saya tekankan kepada anak-anak adalah berusaha mencari rezeki, tidak kiralah apa jenis pekerjaan sekali pun," kata penyanyi Ameng Spring, 48, yang menegaskan dia sekadar memberikan pendapat berkaitan masa depan anaknya.

Mengenai kenyataan Datuk A Aida semalam, Ameng berkata, dia terkejut apabila bekas isteri yang juga penerbit drama memberikan reaksi negatif.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 18 Nov 2016 01:57 AM PST

beautifulnara


Menangi 3 Pasang Tiket Ke Konsert Keenam Gegar Vaganza 2016 Ahad Ini

Posted: 18 Nov 2016 01:20 AM PST

Tersingkirnya Shidi Data di konsert kelima Gegar Vaganza 2016 menyaksikan hanya tinggal 8 lagi peserta yang akan meneruskan pertarungan di Gegar Vaganza 2016. Untuk minggu keenam Ahad ini, Siti Sarah, Azharina, Ameng, G-Mie, Zarul Intan Sarafina, Nora dan Zur Eda akan menyanyikan lagu-lagu pilihan produksi dengan tema Rock & Dangdut.
shidi

Berdasarkan prestasi semasa, Abang Nara jangkakan Ameng Spring akan tersingkir minggu ini. Sudah 2 minggu berturut-turut Ameng terlupa lirik. Kalau minggu ini Ameng lupa lirik lagi, memang tak boleh dimaafkan. Seperti biasa, dengan kerjasama Astro, kali ini BeautifulNara akan memberikan 3 pasang tiket setiap minggu kepada pembaca bertuah BeautifulNara untuk menyaksikan konsert Gegar Vaganza 2016 secara langsung. Anda kena pergi ambil sendiri tiket di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam selewat-lewatnya jam 8.30 malam setiap Ahad. Untuk memenangi tiket-tiket ini, anda kenalah lengkapkan slogan di bawah dengan butiran-butiran peribadi. Jangan lupa bawa kad pengenalan ketika nak ambil tiket nanti.

Sekiranya anda dipilih sebagai pemenang, sila hadirkan diri ke Dewan MBSA Shah Alam selewat-lewatnya jam 8.30 malam. Pemenang akan diberitahu menerusi SMS. Selamat mencuba!!!

Che Ta Tayang Banglo Mewah Yang Baru Dibeli?

Posted: 17 Nov 2016 07:12 PM PST

Rozita Che Wan tidak kami nafikan antara wanita yang agak berjaya diluar sana apatah lagi beliau mula melangkah ke industri hiburan sebagai ibu tunggal yang membesarkan dua orang anak lelaki.

Setelah berusaha keras didalam bidang perniagaan, akhirnya Che Ta kini boleh hidup mewah.  Anda juga tahu bukan hampir setiap bulan pasti Che Ta sekeluarga bercuti di luar negara.Meskipun dikritik kerana terlalu menayangkan kemewahannya, Che Ta nampaknya enggan ambil pusing akan perkara remeh-temeh itu.

Terbaru, Che Ta menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto sebuah rumah baglo mewah yang terletak di Kota Damansara.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Che Ta, banglo itu baru sahaja beliau beli. Wah! Murah betul rezeki Che Ta bukan?

Rata-rata peminat memuji baglo mewah Che Ta dan mengucapkan tahniah kepadanya. Ada juga yang membidas komen-komen negatif yang cemburu dengan kekayaan Che Ta.

Tahniah kepada Che Ta kerana membuktikan dengan hasil kerja keras dan usaha yang kuat anda mampu untuk mengubah hidup anda.

Walaupun Kami Bercerai Saya Masih Berbaik Dengan Helmi – Dira Abu Zahar

Posted: 17 Nov 2016 06:18 PM PST

Sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung dan sedang menunggu keputusan mahkamah berkaitan hal penceraian beliau,  pelakon Dira Abu Zahar bagaimanapun enggan bermasam muka dengan bekas suaminya Helmi Yusof.

Dira mahu menyelesaikan segala masalah secara baik dan tidak menghalang Helmi untuk bertemu dengan anak tirinya, Anggun.

Walaupun bercerai, kami selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tiada halangan atau paksaan buatnya untuk berjumpa Anggun. Semua telah diselesaikan dalam keadaan yang baik. Anggun memang berada bawah jagaan saya.

Berbicara mengenai keruntuhan rumah tangganya, Dira enggan mendedahkan punca sebenar beliau bercerai.

Minta maaf, saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Itu adalah jalan yang terbaik dan saya tidak boleh kongsi semua perkara. Hal ini adalah untuk kebaikan semua pihak dan saya rasa ia tidak perlu disensasikan lagi memandangkan saya telah buat kenyataan tentang status saya dan dia sebelum ini. Itu sudah mencukupi.

Dira pada masa yang sama menjelaskan mengapa beliau menyembunyikan perkara berkenaan meski pun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka sudah hangat diperkatakan sebelum ini.

Sebenarnya, waktu itu memang saya sudah berbincang dengan dia (suami) untuk tidak mendedahkan apa-apa berkaitan masalah rumah tangga kami. Bagaimanapun, saya sendiri sedar bahawa saya masih memegang status sebagai selebriti. Jadi, saya perlu menjelaskannya kepada khalayak terutama apabila rumah tangga kami tidak boleh diselamatkan lagi.

Pada mulanya, saya dan dia sudah sepakat untuk tidak mendedahkan hal tersebut, namun saya sedar bahawa lambat-laun orang akan tahu juga apabila kami tidak lagi tinggal bersama. Sebab itu akhirnya saya mengaku akan bercerai dengannya.

Dira dan Helmi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata bersama.

Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan Ash daripada kumpulan Bau pada tahun 2007 dan bercerai tiga tahun kemudian.  Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anggun.

Sumber Berita : Kosmo!

Shaheizy Sam Terlalu Teruja Bakal Bergelar Bapa : Tujuh Kali Imbas Perut Isteri

Posted: 17 Nov 2016 05:49 PM PST

Terlalu teruja kerana bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pelakon Shaheizy Sam akui beliau sudah tujuh kali membawa isterinya Syatilla Melvin untuk membuat imbasan kehamilan kerana seronok melihat perkembangan bayi didalam kandungan.

Alhamdulillah usia kandungan isteri mencecah tiga bulan. Sejak mengetahui isteri hamil, saya berasa sangat gembira. Sehinggakan sudah tujuh kali kami membuat imbasan kehamilan.

Tidak ada sebab tertentu, cuma kami mahu melihat pergerakan bayi. Setiap kali melihatnya, rasa terharu dan bersyukur. Mungkin disebabkan ini pengalaman pertama kami jadi rasa teruja itu lain macam.

Pada masa yang sama, Sam memberitahu Syatilla tidak mempunyai sebarang alahan teruk ketika peringkat awal kehamilan. Cuma, di bulan ketiga, Syatilla mengadu sakit kepala kerana pengambilan vitamin.

Demi menjaga kesihatan isterinya itu, Sam mencadangkan Syatilla untuk mengamalkan diet yang sihat.

Sam juga memaklumkan bahawa Syatilla bakal bersalin pada bulan Mei tahun hadapan. Walaubagaimanapun, mereka masih belum membuat persiapan untuk ketibaan anak mereka.

Memandangkan masih awal, kami belum berbincang soal ini. Begitu juga dengan persiapan. Insya-Allah kalau sudah dekat nanti boleh fikirkan. Saya sentiasa berdoa isteri dan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan segalanya.

InshaAllah segalanya akan dipermudahkan nanti. Apa yang penting jaga kandungan baik-baik  dan tidak putus berdoa.

Sumber Berita : Harian Metro

No comments:

Post a Comment