Tuesday, 22 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 22 Nov 2016 08:07 PM PST

ROTIKAYA


Yuna Perjelas ‘Love Bite’ Di Leher

Posted: 22 Nov 2016 08:04 AM PST

Gara gara terdapat kesan lebam di leher penyanyi Yuna, perkara tersebut kemudiannya menjadi pertikaian warga laman sosial malah ada yang menyatakan bahawa kesan tersebut adalah berpunca dari gigitan cinta, atau yang anda selalu sebut, love bite.

BACA: Yuna Mudah Terasa, Tak Boleh Diusik Langsung?

Menerusi BH Online, Yuna menyatakan kesan lebam tersebut merupakan kesan gigitan labah labah ketika dia mengadakan persembahan di Alabam, Amerika Syarikat kira kira lima minggu lalu.

“Bukan saja di leher tetapi lengan, dahi dan hidung. Itu yang nampak lebam dan kesannya hinggalah sekarang. Janganlah sangka yang bukan-bukan,” jelasnya.

Sementara itu melalui Utusan Online, dia menyifatkan tuduhan tersebut adalah kelakar selain mengakui masih tahu akan batas agama yang perlu dijaga.

“Ketika itu saya sedang mengikuti siri jelajah mempromosikan produk seni saya. Bangkit saja daripada tidur, saya baru saya sedar ada kesan lebam dan bengkak di dahi, leher, tangan dan kaki”

“Awalnya ia nampak seperti bisul, sehingga ke hari ini masih nampak kesannya. Sekarang tinggal parut sahaja. Mungkin kulit saya alergi dengan serangga,” katanya. Jadi, buat warga laman sosial semua, jangan risau, Yuna bukan digigit lelaki ya, tapi digigit labah labah. Tidak baik berprasangka ya. (rtky/s)

Shahrol (Shiro) Gila Durian Selepas Isteri Hamil

Posted: 22 Nov 2016 01:18 AM PST

Comel juga keletah Shahrol Shiro apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Menurut Shahrol, apa yang berlaku adalah sangat berbeza kerana dari seorang yang tidak sukakan durian, dia kini tiba tiba menjadi seorang yang gila durian.

BACA: Isteri Shahrol Shiro Hamil Anak Pertama

“Saya rasa diri saya pelik sangat kerana saya sering loya-loya hendak muntah, selepas itu teringin makan durian setiap masa. Walhal saya seorang yang tidak suka durian dari kecil, sehinggakan orang yang berbau durian pun saya tidak benarkan masuk kereta saya”

“Itu membuatkan saya terfikir mengapa saya tiba-tiba boleh makan durian. Malah ketika ada persembahan di Bera, Pahang, saya minta rakan bawa masakan ikan patin masak tempoyak yang tidak pernah langsung saya makan sebelum ini,” kongsinya kepada mStar Online.

Apa pun, semoga kesihatan isteri Shahrol akan sentiasa terjaga dan dipermudahkan segala urusan. Peminat Shahrol juga dalam masa yang sama tidak sabar menantikan saat pasangan ini menimang cahaya mata. (rtky/s)

MySensasi

Posted: 22 Nov 2016 12:27 PM PST

MySensasi


Sinopsis Drama Jejak Karmila Slot Zehra TV3

Posted: 22 Nov 2016 06:14 AM PST

Sinopsis Drama Jejak Karmila. Bakal muncul di TV3 dalam slot Zehra bermula pada 24 November 2016. Drama sebanyak 13 episod ini akan bersiaran bermula jam 9 malam Rabu hingga jumaat. Pelakon Drama Jejak Karmila terdiri dari Mia Ahmad, Fauziah Ahmad Daud, Ruhainies, Ashraf Aley dan ramai lagi. Sinopsis Berkisar tentang seorang ibu iaitu Karmila yang mempunyai dua …

The post Sinopsis Drama Jejak Karmila Slot Zehra TV3 appeared first on Info Semasa.

AMMBOI DOT COM

Posted: 22 Nov 2016 12:11 PM PST

AMMBOI DOT COM


JOM UNDI FAIZ SUBRI UNTUK GOL TERBAIK DUNIA ANUGERAH PUSKAS 2016

Posted: 21 Nov 2016 10:38 PM PST

Jom undi Faiz Subri! Jaringan gol dari sepakan percuma knuckleball pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri catus fenomena. Ianya tersenarai antara 10 calon akhir bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016. Faiz Subri akan bersaing dengan beberapa pemain terkemuka dunia. Antaranya seperti bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk merebut gelaran tersebut. […]

The post JOM UNDI FAIZ SUBRI UNTUK GOL TERBAIK DUNIA ANUGERAH PUSKAS 2016 appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 22 Nov 2016 10:04 AM PST

KedahLanie.info


TG HJ HADI - Antara kehebatan dizaman dahulu dan sekarang

Posted: 22 Nov 2016 06:15 AM PST

Tuan Guru Haji Hadi bukan nama kecil dalam negara kita, beliau naik melalui fenomena atau aura luar biasa dalam dekat 80an, malah jika ikutkan bacaan aku, beliau lebih dahulu masyhor berbanding Arwah TGNA sendiri, sebab TGNA hanya bermula sekitar tahun 90an selepas berjaya mengambil alih Kerajaan Kelantan.

Pengaruh TGNA naik mendadak setelah kejayaan menterjemahkan teori pemerintahan Islam dan perlaksanaan syariah didalam pemerintahan beliau, maka pengaruh TGHH mulai tenggelam sedikit kerana dibayangi pengaruh TGNA, walaupun Hj Hadi adalah ketua executive Pas sebagai Presiden parti, namun pengaruh dan kawalan keatas parti lebih didominasi oleh TGNA.

Bahkan segala keputusan parti lebih hampir sebagaimana kehendak dan keputusan TGNA, seperti isu unity government yang dicadangkan Hj Hadi terpaksa dibatalkan disebabkan tidak direstui TGNA, pada pengamatan aku, sepanjang Hj Hadi menjadi presiden diera TGNA beliau tidak dapat menterjemahkan polisi, pendekatan atau uslub politik beliau sendiri didalam Pas, beliau hanya seolah sekadar ketua pelaksana segala pendekatan TGNA.

Setelah TGNA tiada, tiada tokoh lain yang layak dan berpengaruh untuk mengambil alih peranan sebagai orang tua melainkan Hj Hadi, pada aku Mursyidul Am baru hanya sekadar mascot sahaja, mulai saat itu Hj. Hadi kuat dan bebas untuk menterjemahkan pendirian, kehendak dan pendekatan beliau sendiri didalam parti tanpa dibayangi pengaruh TGNA.

Sebagai seorang idealogue, murabbi dan spiritual leader yang baru Pas boleh dikatakan  pengaruh Hj Hadi sangat besar dan sangat terkesan kepada kebanyakan ahli dan penyokong Pas, keistimewaan dan kelebihan yang besar ini sangat jarang dimiliki oleh tokoh lain dalam negara ini hatta raja, mufti atau menteri mana sekalipun.

Apa yang beliau ucapkan dan mahukan nescaya akan ditaati atau diwalakan tanpa banyak soal oleh kebanyakan ahli, kelebihan ini wajar digunakan untuk kebaikan organisasi atau jemaah kerana jemaah yang berjaya adalah pemimpin yang berjaya mendapat ketaatan ahlinya, atas sebab itu juga, aku meletakkan harapan yang besar pada awal kepimpinannya.

Namun sebesar itulah juga kekecewaan aku bila melihat beliau U-turn, pusing- pusing roundabout, dan langgar divider yang beliau sendiri ucapkan, tuliskan, syarahkan dan tetapkan sebelum ini, buku-buku tulisan beliau yang aku baca dan hadamkan seperti Islam dan Nasionalisme, Islam dan demokrasi, politik dan agama menurut perspektive Islam.

Boleh dikatakan seolah telah dilupuskan atau dimansuhkan dan digantikan dengan pendekatan, pemikiran, kefahaman yang luar dan tersasar dari sunnah perjuangan Pas dan Gerakan Islam.

Mujurlah, dalam kelam kabut itu AMANAH lahir bagi meneruskan, wawasan, inspirasi, iltizam, ruh perjuangan, manhaj, pendekatan, tahaluf, uslub dakwah perjuangan dan segala hikmah kebijaksanaan dari wadah lama yang di nodai itu.

Amanah lahir bukan untuk mengkianati Pas , sebaliknya adalah untuk menyelamatkan perjuangan suci yang dikianati, Amanah bukanlah perjuangan sia-sia sebaliknya adalah perjuangan yang menjadi kemestian.

Hanya waktu mampu menjawabnya.

Mohd Asmawi Abdul Rahman
Parti AMANAH Negara,
Islam Rahmatan Lilalamin

28 mei 2012 | SEJARAH TAK PERNAH LUPA | Hadi: Sebab Pas sertai Bersih 1, 2 dan 3

Posted: 22 Nov 2016 05:56 AM PST

28 mei 2012 | SEJARAH TAK PERNAH LUPA -Hadi: Sebab Pas sertai Bersih 1, 2 dan 3

MEMILIH pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan.

Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (ALLAH S.W.T).

Rasulullah S.A.W bersabda: “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik“. Ucapan ini adalah mentafsirkan perintah ALLAH yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan  Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W: “Wahai tuan-tuan! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu."

"Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat..." Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis.

Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain  diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat.

Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihan raya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab.

Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihan raya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihan raya.

Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, sama ada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihan raya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk Pas, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.

Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihan raya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England  pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.

Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihan raya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. SPR yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar.

Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa.

Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat.

Daftar pengundi yang tidak masuk akal seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil.

Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihan raya umum.

Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

Pas wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati.

Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul:

"Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya."

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihan raya yang mengotorkan amalan demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihan raya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

Pas berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya Pas wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W:

“Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh ALLAH“. Sabdanya lagi: ” Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal “.

Pas tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, Pas tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman seperti melarang berhimpun di padang Dataran Merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri.

Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya.

Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan ALLAH walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38).

* Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas

Kesian UMNO... PAS macam tak layan aja pinangan depa...!!

Posted: 22 Nov 2016 01:39 AM PST

KESIAN UMNO....

Selepas perhimpunan Bersih 5 yang terbukti mendapat sambutan cukup ketara daripada rakyat berbilang bangsa, bersungguh benar nampaknya UMNO mahu bekerjasama dengan Pas. 

Dalam waktu terdekat ini saja sudah dua pemimpin UMNO menyuarakan perlunya kerjasama itu demi perpaduan Melayu kononnya.

Dalam perhimpunan UMNO minggu depan, seruan ke arah kerjasama yang sebenarnya untuk menyelamatkan nyawa daripada kalah pilihanraya pasti lebih berdegar-degar lagi dentum-dentamnya.

Kesian...walaupun berkuasa sudah lama dan wang pula ada beribu-ribu juta, tapi masih lagi merintih-rintih mengharapkan cinta lama...

Malangnya, Pas sehingga ini belum tergerak hati lagi untuk menerima gamitan cinta daripada UMNO, sang kekasih lama itu.

Pemimpin-pemimpin Pas bukan saja menolak untuk bergabung, bahkan bekerjasama pun tak mahu juga.

Malah, diminta pula UMNO dibubarkan dan semua ahli-ahlinya disyaratkan masuk Pas.

Kehkehkeh.....(SH 22/11/2016).

Demi kuasa Islam, PAS terbuka kerjasama dengan Umno

Posted: 21 Nov 2016 08:58 PM PST


AJK PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata bukan satu masalah untuk bekerjasama dengan Umno khususnya untuk mengekalkan kuasa Islam dalam negara. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 21 Nov ― Beberapa anggota Parlimen hari ini berpendapat kerjasama politik antara Umno dan PAS dalam memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam perlu dilaksanakan demi kesejahteraan umat Islam.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkata walaupun PAS mempunyai dasar perjuangan tersendiri, pihaknya sentiasa terbuka dan rasional dalam soal kerjasama dengan Umno terutama melibatkan kepentingan umat Islam.

"Saya rasa perkara ini sudah lama dilontarkan. Kami tidak ada masalah dalam hal ini khususnya untuk mengekalkan kuasa Islam dalam negara.

"Bagi saya kuasa Islam mesti dipertahankan oleh setiap umatnya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung kerjasama itu ketika menjadi speaker Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, semalam.

Jamil yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi saya tidak ada ruang untuk PAS ambil jalan bersendirian untuk menegakkan agama," katanya.

Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) pula mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama demi kepentingan rakyat, namun kedua-dua pihak perlu berusaha untuk merealisasikan perkara itu.

"Kita mahu bawa pembangunan kepada rakyat. Maka kita perlukan negara yang stabil dengan rakyatnya bersatu padu dan tidak terlalu mementingkan politik," katanya. ― Bernama

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/demi-kuasa-islam-pas-rela-bersama-umno#sthash.l1dm7JYh.dpuf

OhDunia.My

Posted: 22 Nov 2016 08:16 AM PST

OhDunia.My


Dikecam Tak Pakai Coli, Ini Respon Raysha Rizrose

Posted: 21 Nov 2016 11:39 PM PST

Kuala Lumpur – Pelakon dan pengacara Raysha Rizrose, 19, mengakui tidak terkesan dengan kecaman netizen terhadap penampilan seksinya sewaktu menghadiri Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) baru-baru ini.


Dikecam Tak Pakai Coli, Ini Respon Raysha Rizrose

Baca selengkapnya

myartis.com

Posted: 22 Nov 2016 02:21 AM PST

myartis.com


DIKECAM NYANYI LAGU SENDIRI - NORA ARIFFIN SUDAH MAAFKAN

Posted: 21 Nov 2016 05:07 PM PST



Penyanyi Nora Ariffin teruk kena kecam di media sosial apabila beliau bakal menyanyikan lagunya sendiri berjudul 'Sandiwara' pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3). Lagu kedua tersebut diumumkan melalui segmen pilihan media di konsert suku akhir GV3.

Netizen turut mempertikai mengapa lagu yang dimuatkan dalam album sulung Nora itu menjadi pilihan media, sedangkan banyak lagu lain boleh disampaikan penyanyi bersuara nyaring itu serta tidak adil kepada peserta lain.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

IMUNITI GV3: "JANGAN KECEWA PEMINATKU" - ELLY MAZLEIN

Posted: 21 Nov 2016 03:29 PM PST



Kita sedia maklum bahawa penyanyi Gmie Screen telah terpilih sebagai penerima imuniti daripada penaja Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Seri Vida untuk beraksi ke pentas separuh akhir GV3.

Maka sebab itu, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berharap peminat-peminatnya tidak terlalu kecewa apabila dia gagal mendapat imuniti pada suku akhir konsert tersebut.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 22 Nov 2016 02:08 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Isteri Curang Melekat Selepaih Dibomoh Suami

Posted: 22 Nov 2016 12:32 AM PST


Mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain soghang suami telah menggunakan khidmat bomoh untuk menyumpah alat sulit pasangan kekasih hat sama dok habaq tadi semuga melekat ...

4 Video Mannequinchallenge Menarik Di Malaysia

Posted: 22 Nov 2016 12:12 AM PST


Video pertama Mannequin Challenge diupload di Twitter oleh soghang pengguna dari Florida yang dikenali sebagai pvrity Dia telah memuat naik video hat sama dok habaq tadi pada 27 Oktober dan t...

Cheq Meghajok Kesian Dengan Memba Pompuan Yang Pakai Bulu Mata Muhung Farihah

Posted: 21 Nov 2016 11:02 PM PST


cheq meghajok kasihan dengan kawan2 pompuan yang memakai bulu mata muhung Semua dah maklum hukum memakai bulu mata muhung adalah haram la la nih pulak kita jadi dah terbiasa tengok video2 live...

Uqasha Senrose Tak Penin Pala Dengan Cemuhan Oghang Ghamai

Posted: 21 Nov 2016 10:56 PM PST


Sebelum ni Uqasha Senrose ada habaq beliau merasa sedikit bangga apabila jumlah pengikut Instagramnya telah bertambah sejak isu beliau membuka tudung menjadi topik hangat dan bualan ghamai Na...

Dira Abu Zahaq Helmi Yusof Mesra Masa Sambutan Besday Anak

Posted: 21 Nov 2016 10:54 PM PST


walaupun pelakon Dira Abu Zahaq dan pengarah Helmi Yusof dah bercerai depa berdua nampaknya masih dok mengekaikan hubungan baik dan meraikan besday anak Dira Anggun pada hujung minggu lepaih M...

Nora Dikecam Netizen Nyanyi Lagu Sendiri

Posted: 21 Nov 2016 10:52 PM PST


Kecoh netizen di media so siall apabila penyanyi Nora diberi lagu sendiri iaitu Sandiwara untuk dinyanyikan pada pentaih separuh akhiaq GV3 ghamai dok kata menerima layanan istimewa daripada p...

Awat Hampa Perlu Beralih Ke Webe La La Nih

Posted: 21 Nov 2016 09:54 PM PST


Di pasaran tempatan pengguna dihidangkan dengan pelbagai pilihan untuk melanggan pelan internet baik pelan data yang mai menerusi syarikat telekomunikasi mahupun pelan internet yang disediakan o...

Shopee Pengguna Tempatan Lebih Kerap Membeli Menggunakan Peranti Mudah Alih Berbandin Pc

Posted: 21 Nov 2016 09:52 PM PST


Pelbagai aplikasi yang memudahkan pembelian barangan dilaku menerusi telefon pintaq Shopee salah satu aplikasi jual beli yang terkenai di rantau ni baghu beroperasi selama setahun di negara ni d...

Jaringan Faiz Subri Tersenarai 10 Torrrbaek Anugerah Puskaih

Posted: 21 Nov 2016 09:32 PM PST


Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa Fifa telah menyenaraikan gol Mohd Faiz Subri sebagai antara 10 jaringan tercantik untuk Anugerah Puskaih 2016 Fifa dalam laman web rasminya www fifa com m...

Zur Eda Terkilan Difitnah Guna Bomoh Untuk Jatuhkan Peserta Gv3

Posted: 21 Nov 2016 07:54 PM PST


Kekai sehingga peringkat suku akhiaq dalam rancangan Gegaq Vaganza 3 ada beberapa pihak menaboq fitnah kononnya penyanyi Zur Eda menggunakan khidmat bomoh untuk menjatuhkan peserta lain Zur Eda...

Tak Dapat Imuniti Elly Mazlein Mintak Peminatnya Tak Terlalu Frust

Posted: 21 Nov 2016 07:52 PM PST


Gagai mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida pada malam konsert Gegaq Vaganza Ahad lepaih penyanyi Elly Mazlein berharap peminatnya tak terlalu frust Elly mengulaih pasai isu imuniti ...

Dulu Dia Nasihat Cheq Tapi Dia Pun Buat

Posted: 21 Nov 2016 06:44 PM PST


Bekaih Perdana menteghi Tun Dr Mahathir Mohamad penah menasihatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Perkasa Datuk Ibrahim Ali semuga beghenti buat dan menyertai perhimpunan tunjuk...

Bhumibol Dikebumi Tahun Depan

Posted: 21 Nov 2016 06:42 PM PST


Kerajaan Thailand akan memulakan pembinaan tempat bara api bagi upacara pengebumian Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada umoq 88 tahun awai tahun depan Menurut kenyataan rasmi lebih kurang ...

Muzium Pamer Koleksi Batu Pelik Berwajah Manusia Di Tokyo

Posted: 21 Nov 2016 06:32 PM PST


Di bandaq Chichibu Tokyo terdapat sebuah muzium yang sangat unik dan pelik Muzium ni memapaqkan koleksi koleksi batu pelik berwajah manusia Jadi kalau hampa merancang pergi ke Tokyo jangan lu...

18 Gambaq Kucin Yang Tak Paham Maksud Personai Space

Posted: 21 Nov 2016 06:12 PM PST


10 Fakta Tentang Pasai Kartun Yang Hampa Semua Selului Tengok Dekat Tv

Posted: 21 Nov 2016 05:02 PM PST


sapadia yang tak penah menonton ceghita kartun pada waktu kecik dan ada sesetengahnya masih dok menonton ceghita kartun sehingga ke hari ni tak kira muda atau tua budak ataupun oghang dewasa mas...

Bayi Dan Nota

Posted: 21 Nov 2016 03:42 PM PST


soghang bayi lelaki yang dipercayai baghu dilahiaqkan ditemukan berserta sekepin nota di Masjid Al Hidayah Taman Melawati dekat sini hari kemarin Bayi yang diletakkan di dalam kotak tu dipercaya...

Acer Lancaq Swift 7 Laptop Palin Nipih Di Dunia

Posted: 21 Nov 2016 12:32 PM PST


Acer Malaysia telah melancaqkan laptop ternipih di dunia dengan tahap kenipisan hanya 9 98mm iaitu Swift 7 Ia dijuai pada ghega RM4 999 Acer Swift 7 Laptop Swift 7 memiliki skrin 13 3 inci HD...

1bestarinet Akan Diaudit Lagi Ketua Audit Negara

Posted: 21 Nov 2016 11:32 AM PST


Jabatan Audit Negara akan menjalankan audit susulan terhadap Projek Perkhidmatan 1BestariNet dalam masa terdekat bagi tengok keberkesanan pelaksanaan projek tu kepada sekolah terlibat Ketua Audit...

Pakai Coli Atau Tak Memang Nampak Begitu

Posted: 21 Nov 2016 11:12 AM PST


mai ke sebuah majlih anugerah dengan memakai gaun panjang tak berlengan baghu baghu ni Raysha Rizrose nampaknya dibantai hebat apabila tampil seksi bersama kakaknya Nelydia Senrose walaupun men...

Pakai Gaun Seksi Raysha Rizrose Tak Ceghita Dikecam Netizen

Posted: 21 Nov 2016 10:54 AM PST


Akaun Instagram Nelydia Senrose dihujani dengan pelbagai komen panaih dan kritikan apabila beliau memuat naik gambaq adiknya Raysha Rizrose yang tampil dengan gaun agak seksi pada malam ASK 2016 ...

Cheq Dan Mira Tak Begitu Ghapat Apatah Lagi Ingin Bercinta Zizan Razak

Posted: 21 Nov 2016 10:52 AM PST


Serin dihimpit dengan gosip kononnya beliau sedang bercinta dengan Mira Filzah pelawak Zizan Razak menegaihkan depa tak mempunyai sebarang hubungan skandai depa jugak tadaklah begitu ghapat maca...

Jam Tangan Patek Philippe Reference 1518 Palin Mahai Di Dunia Berharga Rm48 4 Juta

Posted: 21 Nov 2016 06:32 AM PST


Seutaih jam tangan Patek Philippe Reference 1518 memecah rekod jam tangan palin mahai dilelong dengan ghega RM48 4 juta pada awai November 2016 ghega jam tangan hat sama dok habaq tadi ditetapkan...

20 Gambaq Lawak Membuktikan Kanak Kanak Boleh Tidoq Tang Mana Mana

Posted: 21 Nov 2016 06:12 AM PST


Awatlaa Google Tak Memandang Graduan Graduan Universiti Yang Hebat

Posted: 21 Nov 2016 03:32 AM PST


dah bertahun Syarikat Google mengetepikan pengambilan para pekerja yang memiliki gred pencapaian yang tinggi lataq belakang universiti yang torrrbaek malah hanya menjalankan temuduga yang melibatk...

Kucin Memakai Topi Diperbuat Daripada Bulunya Kelihatan Macam Trump

Posted: 21 Nov 2016 03:12 AM PST


Siasatan Terhadap Maria Chin Bersih 5 Di Bawah Sosma Sangat Wajaq Dan Tepat

Posted: 21 Nov 2016 02:32 AM PST


1 Terdapat beberapa pihak yang keliru dan saja saja mengelirukan rakyat apabila memutarbelitkan tafsiran undang undang pasai penahanan penganjoq Bersih5 Maria Chin 2 Sebenaqnya apakah punca...

Sport Planet Bakai Terjah Oghang Shah Alam

Posted: 21 Nov 2016 02:12 AM PST


Bertuah sungguh depa yang dok ada di Shah Alam Selangoq pasai Sport Planet akan adakan jualan besaq besaran di Utropolih Marketplace Glenmarie Shah Alam pada 24 November ni sehingga 4 Disember 20...

beautifulnara

Posted: 22 Nov 2016 01:57 AM PST

beautifulnara


(6 FOTO) Dira Abu Zahar & Helmi Yusof Mesra Ketika Sambutan Hari Jadi Anak

Posted: 21 Nov 2016 10:21 PM PST

Meskipun pelakon Dira Abu Zahar dan pengarah Helmi Yusof sudah bercerai, mereka berdua nampaknya masih mengekalkan hubungan baik dan meraikan hari jadi anak Dira, Anggun  pada hujung minggu lepas.

Majlis sambutan hari jadi Anggun cukup meriah sekali dengan tema Suicide Squad.

Dira dan Helmi kelihatan cukup mesra sekali dan seakan tidak mempunyai masalah ketika majlis berkenaan berlangsung.

Berikut kami sertakan lagi foto mesra Dira, Helmi dan Anggun dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Uqasha Senrose Tidak Tertekan Dengan Cemuhan Orang Ramai

Posted: 21 Nov 2016 09:45 PM PST

Sebelum ini, Uqasha Senrose ada memberitahu beliau merasa sedikit "bangga" apabila jumlah pengikut Instagramnya telah bertambah sejak isu beliau membuka tudung menjadi topik hangat dan bualan ramai.

Namun, sehigga hari ini masih ada segelintir pihak yang mengkritik Uqasha dan menggelar beliau dengan panggilan negatif.

Walaubagaimanapun, Uqasha memberitahu beliau sudah tidak peduli ataupun tertekan dengan cemuhan orang ramai. Apa yang penting, beliau tidak mahu hipokrit.

Saya tak tertekan pun dengan segala persepsi dan maklum balas yang diberikan. Memandangkan ini adalah pilihan sendiri, saya perlu berani menghadapinya.

Rutin harian saya berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Tak telintas langsung dalam fikiran untuk berkurung di rumah. Saya tak mahu lagi bersikap hipokrit dengan semua orang.

Bila Uqasha membuat keputusan untuk membuka hijabnya, beliau memang kena bersedia untuk menanggung segala risiko termasuk dikecam orang ramai.  Hati kena kental barulah boleh tampil di khalayak.

Sumber Berita : Harian Metro

Nora Dikecam Netizen Nyanyi Lagu Sendiri

Posted: 21 Nov 2016 08:04 PM PST

Kecoh netizen di media sosial apabila penyanyi Nora diberi lagu sendiri iaitu Sandiwara untuk dinyanyikan pada pentas separuh akhir GV3.

Dikatakan menerima "layanan istimewa" daripada pihak Astro, ruangan komen di Instagram Nora penuh dengan kecaman dan kritikan.

Mereka menganggap Nora tidak "versatile" dan tidak berani menyahut cabaran meskipun sudah lama bergelar penyanyi.

Berikut antara komen netizen :-

Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad pihak beliau tidak boleh memaksa sseseorang artis itu jika mereka tidak mahu menyanyikan lagu yang diberi. Berikutan isu Nora menyanyikan lagunya sendiri, pihaknya meminta perkara itu ditanyakan kepada tuan empunya badan.

Apabila peserta menolak lagu yang diberi atas alasan sendiri, kami tak mahu memaksa. Mungkin lebih baik jika perkara itu ditanyakan sendiri kepada penyanyi terbabit.

Rasanya sebelum ini ramai juga artis Gegar Vaganza yang menyanyikan lagu mereka sendiri bukan? Tidak mengapalah, kami harap Nora buktikan pada netizen yang beliau mampu untuk memberikan persembahan yang memukau.

Sumber Berita : BH ONLINE

Zur Eda Terkilan Difitnah Guna Bomoh Untuk Jatuhkan Peserta GV3

Posted: 21 Nov 2016 05:47 PM PST

Kekal sehingga peringkat suku akhir dalam rancangan Gegar Vaganza 3, ada beberapa pihak menabur fitnah kononnya penyanyi Zur Eda menggunakan khidmat bomoh untuk menjatuhkan peserta lain.

Zur Eda akui beliau sedar dengan segala tomahan yang dilemparkan kepada dirinya dan merasa terkilan difitnah begitu teruk sekali sehingga ia menjejaskan maruah keluarganya.

Fitnah itu membuatkan saya sangat sedih sangat kerana ini membabitkan maruah keluarga juga. Sebelum ini macam-macam komen yang diberikan kepada saya terutamanya dari segi penampilan.

Saya tidak boleh halang pendapat dan kata-kata mereka. Tetapi apabila ada pihak yang menuduh saya menggunakan bomoh, ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya.  Tuduhan itu sangat keterlaluan dan sangat keji.

Menurut Zur Eda, ada pihak yang mencetuskan fitnah itu kerana terlalu taksub dengan artis pujaan mereka  dan menilai penampilannya dengan gaya rambut serabai ala-ala  ‘mak lampir’.

Bagi saya, begitulah keadaannya apabila mereka terlalu taksub sampai sanggup membuat fitnah. Hanya kerana penampilan luaran saya, mereka memberikan fitnah seperti itu.

Sedikit sebanyak apa yang berlaku ini membuatkan saya tidak mampu untuk fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang.  Pernah juga rasa untuk putus asa tetapi saya nasihatkan diri sendiri untuk kuat dan tabah.

Tidak dinafikan hal bomoh ini memang wujud dalam masyarakat kita, sebab itu timbul tuduhan tidak berasas mengatakan Zur Eda menggunakan khidmat bomoh. Namun, bukan semua orang yang begitu keji untuk melakukan perkara tersebut demi mendapatkan apa yang mereka mahu.

Sumber Berita : Utusan Online

Tidak Dapat Imuniti : Elly Mazlein Minta Peminatnya Tidak Terlalu Kecewa

Posted: 21 Nov 2016 05:25 PM PST

Gagal mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida pada malam konsert Gegar Vaganza Ahad lalu, penyanyi Elly Mazlein berharap peminatnya tidak terlalu kecewa.

Elly mengulas mengenai isu imuniti tersebut apabila peminatnya tidak berputus asa mahu mengundi namanya di laman sosial Gegar Vaganza dan Facebook milik Datuk Seri Vida  agar Elly dimasukkan semula dalam pertandingan itu.

Sudah pasti ada hati yang kecewa dengan keputusan itu, walau macam mana pun rezeki itu Allah yang menentukan, buat macam mana pun kalau ia bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kitalah.

Setiap keputusan atau apa yang berlaku ada hikmahnya, kita doakan yang baik-baik sahaja dan teruskan kehidupan ini. Kepada peminat saya, janganlah terlalu kecewa, biar usaha dan kalah daripada kita tidak berusaha dan kalah.

Pada masa yang sama, Elly mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong beliau.

Buat peminat saya, terima kasih atas jasa baik anda semua yang tidak pernah putus asa dan banyak berusaha demi saya.

Bak kata Elly, sudah tiada rezeki untuk beliau kembali ke program berkenaan. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.  Lagipun, rezeki Elly diluar sana semakin murah bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Saya Dan Mira Tidak Begitu Rapat, Apatah Lagi Ingin Bercinta – Zizan Razak

Posted: 21 Nov 2016 08:45 AM PST

Sering dihimpit dengan gosip kononnya beliau sedang bercinta dengan Mira Filzah, pelawak Zizan Razak menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Mereka juga tidaklah begitu rapat seperti yang disangkakan dan hanya sekadar teman biasa.

Untuk pengetahuan anda, gosip percintaan Zizan dan Mira mula menjadi perhatian ramai apabila mereka tampak serasi dan mesra ketika mengacarakan ABPBH 29 yang lepas.

Sebagai kawan pun kami sebenarnya bukanlah terlalu rapat apatah lagi melibatkan hati dan perasaan.

Zizan akui beliau sehingga hari ini masih lagi solo dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Buat masa ini Zizan ingin fokus dalam kerjayanya dan mahu bergembira dengan peminatnya yang tidak pernah berhenti memberikan beliau sokongan dalam bidang seni.

Jika ada jodoh, Insya-Allah dan sekiranya masih belum sampai waktunya tidak mengapa kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah.

Sementara tiada sebarang komitmen dalam hubungan boleh saya fokuskan kepada kerjaya seni selain ada peminat yang boleh menggembirakan saya.

Mula-mula memanglah kawan biasa tetapi dimasa hadapan siapa yang tahu? Kadang-kadang benda yang kita nafikan tidak mustahil akan menjadi kenyataan.

Sumber Berita : mStar Online

Pakai Gaun Seksi : Raysha Rizrose Tidak Kisah Dikecam Netizen

Posted: 21 Nov 2016 08:30 AM PST

Akaun Instagram Nelydia Senrose dihujani dengan pelbagai komen panas dan kritikan apabila beliau memuat naik foto adiknya, Raysha Rizrose yang tampil dengan gaun agak seksi pada malam ASK 2016.

Ada yang menganggap Raysha "keterlaluan" kerana tampil bersahaja dengan gaun berkenaan tanpa memakai baju dalam (coli) . Amboi, tajam betul mata korang ya.

Walaubagaimanapun, Raysha menerusi portal Harian Metro berkata, beliau sedikit pun tidak terkesan  dengan isu berkenaan bahkan merasa kelakar ketika membaca komen-komen yang dilemparkan kepada dirinya kerana netizen tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya.

Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.

Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir.

Harapnya dengan penjelasan Raysha, tidak ada lagi yang salah faham. Biasalah orang muda, pasti ingin bergaya dan tampil dengan sesuatu berbeza. Tak gitu? Heh..

Sumber Berita : Harian Metro

ROTIKAYA

Posted: 21 Nov 2016 08:31 PM PST

ROTIKAYA


Tawaran Berlakon Kurang, Namron Jual Pulut Kuning

Posted: 21 Nov 2016 07:11 PM PST

Sebelum ini, pelakon penuh bakat ini pernah menyuarakan pendapat untuk menarik diri dari industri hiburan dan kini Namron menjual pulut kuning yang diusahakan bersama isterinya bagi meneruskan kehidupan selain turut membuatkannya fokus untuk terus berkarya.

BACA: Tiada Tawaran Berlakon, Sofi Jikan Jual Minyak Hitam

tawaran-berlakon-kurang-namron-jual-pulut-kuning-rotikaya

"Saya menjual pulut kuning untuk sara hidup sebab dalam keadaan ekonomi yang teruk, tawaran lakonan pun tidak banyak sekarang. Jadi saya rasa dengan menjual pulut kuning dapat menyara saya dan membayar bil”

“Alhamdulillah. Dengan berniaga pulut kuning akan menyenangkan saya, saya bayar bil, sewa rumah, duit anak-anak dan saya fokus untuk hasilkan karya," katanya kepada Malay Mail Online. Namron juga menggunakan laman Instagram bagi mempromosikan perniagaannya dan feedback pelanggan pun boleh tahan juga.

Namron pernah menyuarakan rasa sedihnya baru baru ini apabila kerjaya seninya bagaikan tidak dihargai. Malah perkara yang sama juga pernah dibangkitkan oleh pelakon Sofi Jikan yang kini berniaga minyak hitam dan juga minyak wangi. (rtky/s)

“Pakai Coli Atau Tak, Memang Nampak Begitu”

Posted: 21 Nov 2016 09:05 AM PST

Hadir ke sebuah majlis anugerah dengan memakai gaun panjang tidak berlengan baru-baru ini, Raysha Rizrose nampaknya dikritik hebat apabila tampil seksi bersama kakaknya, Nelydia Senrose. Walaupun menerima pelbagai dakwaan pedas seperti tidak memakai coli, Raysha tidak kisah dengan kritikan peminat yang cuba menasihatinya untuk berpakaian sopan.

BACA: Raysha Rizrose Nafi Bersikap Diva, Hanya Mahu Terbaik

"Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya. Ramai juga mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal, kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu”

"Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya kepada Harian Metro mengenai penampilannya bersama Nelydia Senrose sewaktu menghadiri Anugerah Skrin (ASK 2016).

Terdahulu, Nelydia telah memuat naik sekeping gambar beliau dan adiknya ketika menghadiri Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016). Gambar yang diambil di karpet merah acara itu menunjukkan Raysha memakai gaun berwarna hitam, berlengan sebelah manakala Nelydia pula memakai gaun ketat berwarna kelabu juga tidak berlengan serta menampakkan bentuk badan.

Bagaimanapun gambar berkenaan mengundang kemarahan orang ramai yang mula mengkritik penampilan seksi dua beradik ini yang dilihat keterlaluan untuk seorang beragama Islam. Mungkin kerana tidak tahan dengan kritikan pedas peminat, Nelydia dikatakan telah menutup ruangan komen di laman sosial, Instagram selepas memuat naik gambar tersebut. (rkty/w)

Sport Planet Bakal Terjah Orang Shah Alam!

Posted: 21 Nov 2016 01:53 AM PST

Bertuah sungguh mereka yang berada di Shah Alam, Selangor kerana Sport Planet akan adakan jualan besar besaran di Utropolis Marketplace Glenmarie, Shah Alam pada 24 November ini sehingga 4 Disember 2016.

Selain itu, jualan besar besaran ini juga akan bermula pada jam 11 pagi sehingga 9 malam. Ha, saja nak beritahu, siapa yang dah pernah datang jualan Sport Planet, mesti ramai yang sudah tunggu awal-awal. Sebab apa kena datang serbu, jom baca 5 sebab di bawah ini.

1. Barangan sukan dijual dengan harga tak masuk akal

6-sport-planet-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya

Kebanyakan barangan di sini memang harga habis potong punya. Ramai sangat puas hati dengan barangan yang dijual di sini.

2. Pelbagai barangan sukan ada

4-sport-planet-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya

Bukan setakat jersi saja, peralatan sukan lain pun ada. Siap boleh bawa pasukan badminton anda sekali kalau mahu, boleh borong raket dan bulu tangkis banyak-banyak.

3. Pakaian sukan wanita juga ada

3-sport-planet-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya

Jangan salah sangka pulak kata di Sport Planet tiada jual barangan wanita. Malah barangan sukan dan pakaian dalam wanita antara yang paling cepat diserbu. Sebanya memang berjenama belaka!

4. Semua barangan jenama antarabangsa yang dijual di sini adalah original

5-sport-planet-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya

Jenama Puma, Nike, Timberland, Yonex, Adidas dan macam macam lagi anda boleh dapatkan di sini. Memang original. Tapi kalau risau kasut size habis, baik datang awal.

5. Penjimatan berlipat kali ganda, diskaun sehingga 70%!

7-sport-planet-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya

Jika ibu bapa nak berjimat beli barang anak anak, inilah juga masa yang sesuai. Sebabnya bukan saja barangan sukan, pakaian kasual, kasut untuk raya tahun depan pun boleh dapatkan di sini. Bukan itu saja, potongan diskaun di sini siap ada yang sampai 70%.

Jadi bagi mereka yang pandai ambil peluang, inilah waktu yang tepat. Bagi yang nak berjimat, jangan lepaskan peluang ini dan jom serbu Utropolis Marketplace Glenmarie, Shah Alam bermula 24 November. Kami kongsikan banyak lagi gambar barangan yang buat anda rambang mata di bawah.

2-sport-planet-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya

1-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 2-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 3-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 4-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 5-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 6-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 7-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 8-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 9-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 10-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 11-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya 12-sport-planetss-bakal-terjah-orang-shah-alam-rotikaya

Fattah Amin Enggan Komen Gosip Dengan Neelofa

Posted: 21 Nov 2016 12:57 AM PST

Gosip percintaan diantara Fattah Amin dan Neelofa mungkin bermula dari drama paling popular, Suri Hati Mr Pilot, namun walaupun episod drama tersebut berakhir, gosip cinta mereka masih bertebaran. Tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu, Fattah enggan memberikan komen lanjut mengenainya dan lebih selesa bercerita mengenai kerjaya seninya.

BACA: "Saya & Neelofa Masih Keluar Bersama"

“Minta maaf saya tak mahu komen tentang isu itu. Saya tahu peminat sukakan gandingan kami dan kalau boleh mahu perkara itu dalam dunia realiti. Tentu sekali saya melihat watak Ejaz dan Warda yang kami bawakan menjadi. Kalau tanya mana-mana pelakon sekalipun, semua orang mahukan mesej yang cuba disampaikan diterima. Saya lebih selesa bercerita mengenai kerjaya”

“Saya tidak pernah menolak dengan siapapun pelakon yang digandingkan. Dengan Neelofa kami berjaya mencipta fenomena dan mungkin dengan pelakon wanita lain akan menerima nasib yang sama juga. Jadi dengan siapa pun saya digandingkan, perkara tersebut akan dibuat sebaik-baik mungkin. Saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada,” katanya kepada Utusan Online.

Hubungan cinta yang bagaikan direstu oleh peminat masing-masing sejak dari lakonan hebat mereka di dalam drama tersebut membuatkan Fattah tidak menolak kemungkinan untuk bergandingan sekali lagi bersama wanita itu. Malah dengan kejayaan drama Suri Hati Mr Pilot juga membuatkan kerjasama mereka di masa akan datang pasti akan menjadi lebih mudah.

Apapun melihatkan lakonan mereka di dalam Suri Hati Mr Pilot, memang nampak keserasian diantara mereka berdua. Mungkin disebabkan itu lakonan mereka terkesan di hati peminat sehingga ke hari ini. Tetapi jika memang benar mereka mempunyai hubungan cinta, pasti suatu hari nanti mereka akan luahkan kebenaran kepada peminat, tunggu sahajalah. (rkty/w)

1-fattah-amin-enggan-komen-gosip-dengan-neelofa-jpeg 2-fattah-amin-enggan-komen-gosip-dengan-neelofa-jpeg 3-fattah-amin-enggan-komen-gosip-dengan-neelofa-jpeg 4-fattah-amin-enggan-komen-gosip-dengan-neelofa-jpeg 5-fattah-amin-enggan-komen-gosip-dengan-neelofa-jpeg 6-fattah-amin-enggan-komen-gosip-dengan-neelofa-jpeg

No comments:

Post a Comment