KedahLanie.info Posted: 19 Nov 2016 09:59 AM PST 'Tinggalkan BN dan menteri merapu' Posted: 19 Nov 2016 08:10 AM PST Wartawan Sinar Harian 19 November 2016  Kelihatan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjalan dari Dataran Maybank menuju ke lokasi himpunan Bersih 5. - Kredit foto Azfarinaz Amran
KUALA LUMPUR - "Inilah masanya untuk rakyat Malaysia bangkit meninggalkan BN, parti ini tidak lagi membela kebajikan rakyat," demikian seruan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, impian rakyat hanya akan direalisasikan sekiranya kesemua parti pembangkang bersatu. "Kepincangan kerajaan yang boleh diubah menerusi kerjasama kesemua parti politik lawan yang terdiri daripada Bersatu, PKR, Pas, Amanah dan DAP. "Kita akan bentuk kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat semua kaum. Inilah masanya untuk rakyat Malaysia bersatu hati, pedulikan BN yang menindas..kita harus bersama. "Masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kroninya dah tamat. Hentikan kenyataan merapu menteri-menteri Umno," katanya ketika himpunan Bersih 5 di depan KLCC hari ini. Menurut Muhyiddin, rakyat yang cintakan negara tidak takut dan gentar. PRU14 akan jadi pentas perubahan. | KLCC bertukar jadi "KUNING" pada petang ini..!! | #BERSIH5 Posted: 19 Nov 2016 01:00 AM PST Kawasan lapang berhadapan Menara Berkembar Petronas yang menempatkan pusat beli belah KLCC di Jalan Ampang kini dibanjiri lebih 30,000 peserta BERSIH5 petang ini.
Mereka berkumpul di situ dari beberapa lokasi selepas mendapat arahan daripada pengelola perhimpunan.
Sebahagian daripada mereka tiba di lokasi berkenaan menaiki LRT, manakala selebihnya berjalan. Jika berjalan tempoh yang diperlukan untuk tiba ke situ dari kawasan Masjid Jamek ialah kira-kira 30 minit. Dianggarkan 3,000 orang memilih untuk berjalan setakat ini.
Dianggarkan ada kira-kira 30,000 orang sedang berkumpul di situ atau kawasan berhampiran sambil mendengar ucapan beberapa pemimpin termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir tiba di perhimpunan hari ini sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dari luar negara.
Turut kelihatan di atas kenderaan pacuan empat roda bersama Dr Mahathir dan Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dari PAS, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Sementara itu kira-kira 2,000 lagi penyokong BERSIH masih melepak di Jalan Tun Perak manakala sebahagian besar peserta Baju Merah sudah bersurai.
| Pasukan Baju Kuning Bersih memulakan proses pembersihan Jalan TAR Posted: 19 Nov 2016 12:36 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas kempen berminggu-minggu yang menyaksikan tuduh-menuduh, amaran pihak berkuasa malah pergelutan yang bertukar ganas, ibu negara hari ini bersedia untuk perhimpunan Bersih 5, di samping sebuah lagi perhimpunan lawan untuk menghalangnya diketuai ketua bahagian Umno, Datuk Seri Jamal Yunos. Wartawan dan jurukamera FMT kini berada di beberapa lokasi bagi melaporkan perkembangan terkini. 4.18: Peserta Baju Merah mula meninggalkan kawasan Jalan Raja Laut dan apabila ditanya arah tujuan, ada yang menjawab "balik rumah", "pergi ke KLCC", mungkin kerana mereka mengetahui kehadiran Dr Mahathir di sana. 3:45: Peserta Bersih mula membersihkan kawasan demo dengan mengutip semua sampah sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman Sikap yang ditunjukkan penyokong Bersih berbeza dengan Baju Merah yang meninggalkan Padang Merbok dalam keadaan kotor. "Inilah 'Bersih'. Kita bersih, kita makan, minum dan kita kutip sampah di sekitar, kita bukan kumpulan pengotor," kata salah seorang sukarelawan Amanda. Pada masa sama pihak petugas Bersih mengarahkan peserta supaya berkumpul di KLCC. | Antara pimpinan-pimpinan yang dapat di jejaki dalam BERSIH 5 kali ini... Posted: 19 Nov 2016 12:30 AM PST
Gambar lain akan menyusul... tengah dok kesan tak jumpa lagi | JOM BERSIH | Mana teguran alim ulama yg lantang bersyarah siang malam dikaca TV mengenai amar maaruf nahi mungkar Posted: 18 Nov 2016 08:42 PM PST Ustaz2 dan bijakpandai di menara gading kena jawab ni.. Semua suratkhabar hari ini memuji ucapan Najib, dengan istilah2 islamiaahnya, tabayyun, walaq dll. Tapi aku tertarik dg satu tulisan dlm Sinar "Kita berdiri dipihak yg mana?" tulisan Dr.Awang Mat Puteh. Satu tulisan yg paling berani. Katanya, "Tidak pernah terjadi dlm sejarah tanah air, baik sebelum merdeka maupun selepas kemerdekaan, dimana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit." Katanya lagi,"Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah." Malah Dr Awang, menegaskan "Mengapa org Melayu zaman moden yg hebat2 dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai2 luhur dan mulia? Apakah org Melayu miskin keberanian? Seterusnya ia menyatakan "Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yg telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka. Tetapi sayang yg bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yg kuat menjerit "Hidup Melayu" pd perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan 90 tahun dan srikandi muda dari Langkawi." "Mana teguran alim ulama berjubah Arab yg lantang bersyarah siang dan malam dikaca televisyen mengenai amar maaruf nahi mungkar" Dr Awang Mat Putih tidak mempunyai jawaban, katanya "mungkin ramai yg takut.Tetapi persoalanya, apa yg hendak ditakuti?Ingatlah kata Pramoedya Ananta Toer, dlm hidup kita cuma satu yg kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini? Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang, "Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu." Terbaik dari Dr.Awang Mat Puteh dan tahniah Sinar kerana berani memaparkan tulisan2 yg baik untuk tatapan rakyat Malaysia. | 71% responden kajian sokong Bersih tetapi pilih tidak hadir himpunan Posted: 18 Nov 2016 07:26 PM PST

PETALING JAYA: Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menarik respons menggalakkan daripada lebih 2/3 orang ramai dalam tinjauan pendapat, tetapi kira-kira 71% daripada mereka juga berkata mereka tidak akan menghadiri perhimpunan hari ini. Tinjauan pendapat yang dijalankan syarikat kaji selidik dalam talian Vase, diadakan antara 1,069 responden di seluruh negara. Kira-kira 71% responden berkata mereka tidak akan menghadiri Bersih 5 hari ini, yang diadakan di pusat bandar Kuala Lumpur bagi menggesa penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan selain menuntut pembaharuan institusi di negara ini. Seramai 38.82% daripada mereka yang ditinjau berkata perhimpunan Bersih “agak berkesan”, manakala 36.75% merasakan Bersih mencapai matlamatnya. Bagaimanapun, kira-kira 12.22% merasakan Bersih 2.0 tidak berkesan. Kira-kira 67% responden bersetuju ahli-ahli politik perlu dijemput untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut, manakala 32% yang berpendapat sebaliknya. Lebih 70% responden berpendapat Bersih tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada gesaan pilihan raya yang bebas dan adil, manakala 27.41% merasa gabungan itu perlu berbuat demikian. Tiga suku daripada mereka yang ditinjau bersetuju perhimpunan Bersih adalah satu platform untuk menggalakkan perpaduan kaum. Perhimpunan Bersih tahun lepas digambarkan oleh penyokong kerajaan sebagai “perhimpunan Cina” kerana jumlah kehadiran peserta Melayu yang rendah. | BERSIH 5 : PESANAN BUAT SAHABAT2KU PARTI AMANAH DAN UMAT ISLAM PESERTA BERSIH 5 Posted: 18 Nov 2016 07:08 PM PST Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yg zalim, seekor burung pipit berulang-alik drpd sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dgn membawa air kolam tadi dlm paruhnya yg kecil. Kejadian ini dilihat oleh Malaikat Jibril a.s. & Jibril bertanya kpd sang pipit, “Adakah air itu mampu utk memadamkan api yg menggila marak & besar itu? “ Lalu sang pipit menjawab, “Yg dia tahu bahawa air yg dibawa tidak terpadamkan api yg ganas itu. Namun, sekurang²nya saya telah menjalankan tanggungjawab & tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.” Sebagai seorang insan yg mengaku beragama Islam, apakah usaha kita utk menegakkan kebenaran dan keadilan? Adakah kita hanya berpeluk tubuh apabila segala kepentingan kita sebagai rakyat dinafikan apatah lagi apabila mereka cuba mempermain2kan hukum Allah dan memperbodoh2kan perjuangan Islam yg dahulunya diungguli oleh sebuah parti Islam? Hinggakan parti Islam ini yg dahulunya lantang bangkit memperjuangkan kebenaran dgn sandaran hadis "Berkatalah yg benar walaupun pahit" pada hari ini bersimpuh lembut di hadapan pemerintah yg zalim. Usaha yg kecil namun dikerjakan secara berterusan lebih baik ertinya drpd usaha yg kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. Bagaimanapun, ia lebih baik drpd langsung tidak berbuat apa-apa. Ada juga insan yg merasa takut utk menegur pemimpin krn mereka berfikir mereka hanyalah seorang insan kerdil yg tidak punyai pangkat jawatan atau kedudukan atau pun hanya sekadar mendakwa sebagai penasihat atau lebih tepat cubaan condong kpd pemerintah yg zalim. Jadilah insan yg benar² berjiwa merdeka. Apakah makna merdeka? Maknanya kita bebas, tidak takut & tidak memperhamba diri kpd manusia dan taat membutatuli tentang apa sahaja yg mereka lakukan. Jadilah insan berjiwa merdeka yg tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yg benar tanpa rasa gementar dgn ancaman & ugutan manusia. Niat kita mesti betul dlm perjuangan, niat kita wajib diperbetulkan. Ayuh bangkit, masih ada masa untuk kita bergerak ke Kuala Lumpur sekarang...... Malu kita kpd burung yg kecil sedangkan kita adalah makhluk yg terbaik. Kita berjuang krn Allah. ALLAHU AKHBAR!!! Abu Hasan Putra Nasrullah | Mahfuz cabar PM buka laporan audit 1MDB pada umum Posted: 18 Nov 2016 04:23 PM PST  Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta rakyat menunggu laporan Audit Negara untuk mendapatkan jawapan mengenai 1MDB, tetapi selepas ia siap, mereka yang mendedahkan laporan itu, dipenjarakan.
"Kini bila laporan audit dah selesai diaudit dan siap untuk menjadi tetapan umum, malangnya Najib dengan tiba-tiba mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi. "Persoalannya apa 'motif' Najib mengarahkan siasatan audit dilakukan jika untuk dirahsiakan. "Untuk apa audit dilakukan ke atas 1MDB kalau tak boleh dimiliki dan diketahui rakyat Malaysia," kata Mahfuz dalam satu kenyataan semalam. Mahfuz merujuk kepada keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana mendedahkan sebahagian daripada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Tambahnya, Rafizi dikenakan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan, sebaliknya mereka yang didakwanya terbabit dalam salah laku 1MDB yang membabitkan wang rakya seperti seperti Riza Aziz dan Jho Low, terus 'bebas merata'. Mahfuz berkata adalah lebih baik dari awal lagi tidak diaudit sekiranya kerajaan berhasrat untuk merahsiakannya. Katanya, jika Najib tidak terbabit dalam skandal 1MDB, maka tidak ada keperluan untuk merahsiakannya. "Kenapa perlu takut untuk dedahkan kepada umum? "Saya cabar perdana menteri menjadikan dokumen laporan audit 1MDB dibuka untuk tetapan umum," katanya. | Hadi penat, dirawat di hospital di Terengganu Posted: 18 Nov 2016 04:20 PM PST  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerima rawatan di salah sebuah hospital di Terengganu setelah mengadu kepenatan pada siang tadi.
Setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar awal malam ini berkata keadaannya baik setelah mendapatkan rawatan. “Oleh kerana itu kerjasama dari semua pihak diminta agar dapat memberikan ruang kerehatan secukupnya kepada Tuan Guru, dan pihak PAS mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat handai kerana tidak menziarahi beliau pada waktu ini. “Pihak PAS amat menghargai keprihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatan Tuan Guru yang berpanjangan,” katanya. | Muhyiddin sertai Himpunan Bersih 5, kecam tindakan polis tahan aktivis Posted: 18 Nov 2016 02:51 PM PST 
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yasin mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan beberapa orang aktivis BERSIH, pemimpin politik pembangkang dan mahasiswa hari ini berhubung penglibatan mereka dalam penganjuran Himpunan Bersih 5 yang akan berlangsung esok, Sabtu 19 November 2016. Beliau menyifatkan ini adalah satu bentuk ancaman dan gangguan terhadap penganjur dan orang ramai yang berhasrat untuk menghadiri perhimpunan tersebut esok. Menurut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, tegas beliau. Katanya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengingatkan pihak berkuasa supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. Pengerusi SUHAKAM, YBhg Tan Sri Razali Ismail, dalam satu kenyataan semalam menegaskan bahawa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tindakan mana-mana pihak yang menghalang rakyat daripada menghadiri sebarang perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah, pihak polis adalah bertanggungjawab untuk memastikan perhimpunan tersebut berlangsung secara aman dan tanpa gangguan. Muhyiddin yang juga Presiden PPBM, mengingatkan Najib Razak bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan beliau sendiri sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik. “Akta ini bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan bersuara selaras dengan prinsip demokrasi. “Saya menggesa Najib Razak supaya tidak sekali-kali melupakan janji-janjinya itu. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyokong penuh Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan esok. Ia adalah satu perhimpunan yang mengikut lunas undang-undang dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada media. Muhyiddin bersama-sama pimpinan tertinggi PPBM akan menyertai perhimpunan Bersih 5 dan berharap ramai yang akan hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan menentang rasuah dan penyelewengan serta mewujudkan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih di Malaysia. | Tangkapan Pra-Bersih 5 hanya tambah kemarahan rakyat – Wan Azizah Posted: 18 Nov 2016 02:50 PM PST 
Hari ini telah berlaku siri tindakan keras (“clamp down”) yang mengancam demokrasi negara kita. Ia bermula pagi tadi dengan pendakwaan pengarah KiniTV, Steven Gan, kerana membuat laporan berita satu ucapan Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai Peguam Negara, tegas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Wanb Azizah Wan Ismail. “Ini diikuti penangkapan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke, difahamkan kerana ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu; dan juga serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 serta penahanan Maria Chin dan Mandeep Singh. “Saya mengecam sepenuhnya siri tindakan keras ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas media malam ini. Beliau berkata, keadaan ini telah menimbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran Dato’ Sri Najib tidak lagi memahami semangat demokrasi, tetapi seakan terpaksa menggunakan taktik kuku besi seperti tangkapan-tangkapan yang kita saksikan sekarang demi kepentingan politik kelompok kecil. Pada masa yang sama, tegas Presiden KeAdilan itu, sekiranya ada pihak beranggapan bahawa tangkapan-tangkapan dan tindakan “clamp down” terkini ini akan mematahkan semangat juang dan menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan aman Bersih 5, ia hanya menambahkan rasa marah rakyat. “Ayuh kita bersatu hati, kumpulkan tenaga. Esok, kita turun untuk Bersih 5 dan ingatkan Putrajaya bahawa suara rakyat suara keramat!” gesa beliau. www.AmanahDaily.com
| |
beautifulnara Posted: 19 Nov 2016 02:17 AM PST Apa Yang Berlaku Buat Kami Lebih Rapat Dan Gembira – Farid Kamil Posted: 18 Nov 2016 08:04 PM PST Baru-baru ini Diana Danielle ada mendedahkan beliau hampir bercerai dengan Farid Kamil kerana beliau sudah tidak tahan lagi untuk memendam rasa atas beberapa masalah yang mereka hadapi. Pendedahan Diana itu mengejutkan peminat mereka yang sehingga hari ini tidak putus mendoakan keharmonian rumah tangga mereka.  Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan, Farid akhirnya telah tampil memberitahu status rumah tangganya kini. Menurut Farid, apa yang sudah berlaku membuatkan hubungan mereka lebih rapat dan rumah tangga mereka lebih manis. Buat Farid, ia adalah asam garam kehidupan sebagai suami isteri. Apa yang terjadi saya boleh ibaratkan sebagai satu momen untuk kami tahu apa situasi sebenar yang berlaku. Kami masih gembira dengan perkahwinan kami. Secara tak langsung perkara ini menambah kegembiraan dan kemanisan dalam perkahwinan.  Farid tidak terkejut apabila ada keluarga yang bertanyakan hal berkenaan rumah tangganya kerana sebagai selebriti pasti ia menjadi tumpuan ramai. Keluarga dan teman-teman ada bertanya mengenai hal tersebut. Itu perkara biasa kerana apa yang terjadi antara kami pastinya mendapat perhatian ramai. Ketika berita ini tersebar, saya tidak terkejut tetapi saya bermuhasabah untuk saya renungkan apa sebenarnya yang terjadi.  Alhamdullilah, baguslah kalau semuanya semakin membaik. Dalam rumah tangga pasti akan ada pasang dan surutnya, ia bergantung kepada pasangan tersebut untuk menyelesaikan segala masalah. Kami mendoakan agar rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle kekal sehingga akhir hayat. Sumber Berita : Astro Gempak | Kenyataan Tentang Cukai Dimanipulasi : Nora Danish Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Posted: 18 Nov 2016 07:38 PM PST Gara-gara mengeluarkan kenyataan tentang pengecualian cukai terhadap selebriti bagi menampung kos penampilan diri telah dimanipulasi sesetengah pihak, Nora Danish telah menerima pelbagai kecaman.  Tidak mahu berita tidak benar terus tersebar, Nora memberitahu beliau bakal mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menyebarkan segala fitnah tentang kenyataannya itu. Pada 3 November 2016, saya telah ditemubual oleh Utusan Malaysia. Kenyataan yang telah saya beri dalam temubual tersebut telah disalah tafsir dan dimanipulasi oleh beberapa organisasi media dan portal online.  Sesi temubual tersebut dan kenyataan-kenyataan saya telah diambil luar daripada konteks dan telah disensasikan oleh beberapa akhbar, blog dan pelbagai media secara amnya, termasuk dan tidak terhad kepada tajuk laporan seperti Nora Danish Memohon Agar Artis Diberikan Pengecualian Cukai Untuk Kelihatan Cantik. Disebabkan keadaan ini saya tiada pilihan selain melantik Tetuan David Gurupatham & Koay sebagai peguam saya bagi mengambil tindakan undang-undang serta merta kepada pihak yang telah menyebabkan fitnah sedemikian. Menurut Nora, beliau tidak pernah menyatakan bahawa perlunya pengecualian cukai terhadap golongan selebriti tetapi hanya memberikan komen tentang penolakan di bawah 39 Akta Cukai Pendapatan 1967.  Nora akui kehidupan peribadinya, perniagaannya, hubungan dengan pihak ketiga yang tiada kena mengena dengan isu panas itu telah menerima kesan kebencian , penghinaan sehinggakan ia menimbulkan skandal. Sumber Berita : mStar Online | Elly Mazlein Belum Mahu Cari Pengganti Untuk Mengisi Kekosongan Hati Posted: 18 Nov 2016 04:31 AM PST Melalui episod penceraian yang penuh dengan kontroversi, penyanyi serta pelakon Elly Mazlein belum terfikir untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hatinya dan memberikan fokus untuk membesarkan anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.  Selepas apa yang saya lalui sebelum ini saya belum terfikir tentang mencari pengganti tambahan pula anak saya masih kecil dan memerlukan perhatian. Jika bercinta nanti memerlukan komitmen yang tinggi dan saya tidak mahu mengabaikan anak. Biarlah dahulu lagipun saya pernah merasai perasaan disayangi, bercinta, berkahwin dan bercerai, ia bukan satu keutamaan buat masa ini. Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah sejak bergelar ibu dan kemunculannya dalam GV3, Elly akui dirinya agak sibuk. Walaubagaimanapun, Elly tidak pernah berpisah dengan anaknya dan sering membawa Sara ke mana sahaja.  Sekarang ini jika saya hendak pergi kerja dan terpaksa tinggalkannya saya terpaksa menyorok kerana dia mula merengek dan enggan berenggang dengan saya. Sebab itu jika boleh saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi kerana tidak mahu jadikan alasan kesibukan saya untuk mengabaikannya. Alhamdulillah setakat ini saya memang selalu bawa dia ke mana sahaja. Bapa dan pembantu juga banyak membantu saya menjaganya.  Elly Mazlein dan pengarah drama, Azmi Hatta berkahwi pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Ketika itu Elly sedang hamil empat bulan. Sumber Berita : mStar Online | Persembahan Shidi Agak Baik Di Konsert Minggu Ke 5, Saya Tidak Singkirkan Dia – Ramli MS Posted: 18 Nov 2016 04:06 AM PST Datuk Ramli MS seorang juri yang sangat serius ketika bekerja dan agak jarang sebenarnya beliau ingin memberikan komen tentang penyingkiran peserta di GV3.  Namun, baru-baru ini Tok Ram mengakui beliau merasa agak terkilan apabila Shidi Data disingkirkan pada konsert minggu ke 5 GV3 sedangkan Shidi memberikan persembahan yang agak baik pada malam tersebut. Malah, Tok Ram tidak memilih Shidi untuk terkeluar tetapi ia berdasarkan kutipan markah secara keseluruhan antara tiga orang juri. Shidi telah memberikan persembahan yang baik di konsert minggu kelima. Namun begitu, saya ralat apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Saya tidak memilih Shidi untuk keluar tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ini kerana markah yang diberikan antara tiga juri berbeza.  Saya tidak tahu bagaimana cara juri lain memberikan permarkahan dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya. Di konsert minggu kelima, markahnya telah menjadi dua lawan satu dan penjurian harus mengikut markah majoriti. Apabila markah tiga juri dicampurkan, Shidi mendapat markah paling rendah. Penyingkiran Shidi mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak berpuas hati beliau terkeluar sedangkan Ameng Spring sudah dua kali melakukan kesilapan lupa lirik dan tidak serius membuat persembahan.  Tidak mengapalah, keputusan sudah dibuat dan mungkin rezeki Shidi Data diluar lebih murah selepas ini. Dato Seri Vida juga telah menaja Shidi dan isteri untuk menunaikan umrah. Tuah orang siapa yang tahu bukan? Sumber Berita : Astro Gempak | |
No comments:
Post a Comment