Monday, 31 October 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 31 Oct 2016 08:07 PM PDT

ROTIKAYA


Saharul Ridzwan Bakal Bergelar Bapa?

Posted: 31 Oct 2016 07:38 PM PDT

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasangan bahagia Saharul Ridzwan dan Deena Amir mungkin masih di peringkat berbulan madu. Namun menerusi ruangan Pok Lip, Saharul dikatakan bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya kini sedang hamil dengan usia kandungan sebulan selepas pasangan ini selamat bernikah pada awal September lalu.

BACA: Baru Kahwin, Berat Saharul Ridzwan Naik 20 Kilogram

“Dengar-dengar Saharul bakal bergelar bapa. Sebab cakap kawan Poklip dengan yakinnya, isteri pelakon tersebut, Deena Emir kini sedang hamil. Baru sebulan usia kandungan. Menurut sumber, buat masa ini, Saharul tidak mahu menghebohkan tentang berita kehamilan itu. Mungkin terlalu baru. Kalau sudah usia kandungan mencecah tiga empat bulan, baru boleh cerita”

“Patutlah bila Poklip tanya Saharul kalau-kalau ada berita gembira, Saharul hanya tergelak manja. Macam ada sesuatu yang ingin dikongsikan dengan rakan-rakan media, cuma belum tiba waktu yang sesuai. Tapi kalau namanya pelakon, cepat sahaja cerita tersebar. Punyalah beria merahsiakan, kadang-kadang terlepas juga,” katanya menerusi Utusan Online.

Bagaimanapun Saharul masih berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan mengatakan isterinya sedang hamil. Kalau diikutkan pasangan ini baru sahaja berkahwin, apa salahnya jika Deena sudah hamil bak kata orang bunting pelamin. Apapun jika benar perkara ini, tahniah diucapkan kepada pasangan romantis ini yang bakal bergelar ibu bapa.

Terdahulu, Saharul mengakui berat badannya semakin meningkat naik sehingga mencecah 90 kilogram sejak mendirikan rumah tangga. Memang terpancar kebahagiaan di wajah Saharul sejak mempunyai isteri yang boleh menjaga keperluan harian, rajin memasak serta menggembirakan hati setiap kali kepenatan pulang dari bekerja, memang untung Saharul menikahi Deena. (rkty/w)

1-saharul-ridzwan-bakal-bergelar-bapa-jpeg 2-saharul-ridzwan-bakal-bergelar-bapa-jpeg 4-saharul-ridzwan-bakal-bergelar-bapa-jpeg 5-saharul-ridzwan-bakal-bergelar-bapa-jpeg 6-saharul-ridzwan-bakal-bergelar-bapa-jpeg 7-saharul-ridzwan-bakal-bergelar-bapa-jpeg

Soo Wincci Akhirnya Bergelar Doktor Selepas 6 Tahun

Posted: 31 Oct 2016 06:32 PM PDT

Enam tahun bekerja keras akhirnya Soo Wincci dapat menarik nafas lega apabila bergelar doktor falsafah (PhD) selepas menerima ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada Isnin lalu. Malah baginya segala pengorbanan yang tempuhi selama ini untuk mengejar cita-cita itu akhirnya berbaloi.

BACA: Soo Wincci Akui Hampir Muflis Kerana Kritik PM

“Saya berbangga akhirnya dapat menghabiskan pengajian selama enam tahun biarpun ada satu tahap saya rasa hampir putus asa. Ramai juga menganggap saya gila kerana terlalu kuat bekerja dan membahagikan dalam pelbagai bidang. Saya harap dengan ijazah kedoktoran ini dapat menjadi inspirasi kepada lain yang mahu menyambung pengajian mereka semula”

“Usaha saya dalam bidang akademik tidak akan putus setakat ini sahaja, lepas ini saya akan aktif memberi ceramah-ceramah di sekolah atau program akademik. Selain itu, saya juga merancang untuk menjadi pensyarah separuh masa di universiti ini (OUM), semuanya masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Sementara itu, pada majlis itu juga Soo Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama menerima PhD oleh Malaysia Book of Records. Soo Wincci juga mempunya ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia. (rkty/w)

1-soo-wincci-akhirnya-bergelar-doktor-selepas-6-tahun-jpeg 2-soo-wincci-akhirnya-bergelar-doktor-selepas-6-tahun-jpeg 3-soo-wincci-akhirnya-bergelar-doktor-selepas-6-tahun-jpeg 5-soo-wincci-akhirnya-bergelar-doktor-selepas-6-tahun-jpeg 6-soo-wincci-akhirnya-bergelar-doktor-selepas-6-tahun-jpeg 7-soo-wincci-akhirnya-bergelar-doktor-selepas-6-tahun-jpeg

Gambar Sekitar Percutian Erin Malek Di Dubai & London

Posted: 30 Oct 2016 07:58 PM PDT

Sejuk mata memandang melihatkan gambar gambar percutian Erin Malek bersama suami dan juga anak sulung mereka, Faliq. Melalui perkongsian gambar di Instagram pasangan ini, mereka telah pun menjelajah ke Dubai dan juga London bersama.

BACA: Erin Malek Sahkan Hamil Cahaya Mata Kedua

Pasangan yang selamat dinikahkan pada 10 Oktober 2014 itu juga dilihat turut meraikan ulangtahun kedua perkahwinan mereka beberapa minggu sebelum bercuti bersama.

Malah baru baru ini juga Erin menyatakan bahawa dia sudah pun mengandung cahaya mata kedua. Perkara ini sekaligus membuatkan para peminat tidak sabar-sabar untuk menantikan kehadiran insan baru dalam keluarga selebriti kesayangan mereka ini.

Semoga perancangan pasangan ini akan dipermudahkan. Erin pun dalam masa yang sama diharap dapat menjaga kesihatan sepanjang mengandung. Apa pun, kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar mereka ketika bercuti. Enjoice!

8-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 7-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 6-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 4-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 3-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 2-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 10-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 9-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 1-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya

MySensasi

Posted: 31 Oct 2016 12:09 PM PDT

MySensasi


Harga Petrol Diesel November 2016

Posted: 31 Oct 2016 09:15 AM PDT

Harga Petrol Diesel November 2016. Setiap awal bulan pasti ramai yang menantikan harga baru minyak petrol RON95, RON97 dan diesel. Dengan penentuan harga mengikut pasaran dunia, pasti akan ada perubahan atau kekal yang pasti untuk bulan November 2016 harga akan naik. Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 15 sen seliter mulai 1 …

The post Harga Petrol Diesel November 2016 appeared first on Info Semasa.

Siaran Langsung Live Streaming Hoki Piala Sultan Johor 2016

Posted: 30 Oct 2016 10:11 PM PDT

Siaran Langsung Live Streaming Hoki Piala Sultan Johor 2016. Seperti semua sedia maklum, Kejohanan Hoki bawah 21 tahun akan berlangsung di Johor bermula 31 Oktober sehingga 6 November 2016. Sebanyak enam negara akan terlibat dalam kejohanan yang diadakan di Stadium Hoki Taman Daya. Anda boleh merujuk pautan Keputusan Hoki Piala Sultan Johor 2016 untuk mengetahui …

The post Siaran Langsung Live Streaming Hoki Piala Sultan Johor 2016 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 31 Oct 2016 09:52 AM PDT

KedahLanie.info


Belum sempat rasa BR1M, poket sudah bocor

Posted: 31 Oct 2016 07:36 AM PDT

KENAIKAN harga minyak yang diumumkan untuk bulan November telah menzahirkan negara sedang mengalami krisis kewangan yang meruncing.

Kenaikan bulan ini adalah tertinggi dalam tempoh tahun ini iaitu RON 95 berharga RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30), dan diesel (RM1.90).

Harga baru yang diumumkan oleh kerajaan ini sudah pasti disambut negatif oleh masyarakat yang kini dalam keadaan sangat tertekan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan harga-harga barangan berdasarkan keadaan dan pengalaman sebelum ini, ini akan menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja membentangkan belanjawan 2016, tidak sampai sebulan kerajaan telah membuktikan belanjawan yang dibentangkan itu tidak realistik kerana negara mengalami krisis kewangan.

Kerajaan sendiri menunjukkan kepada masyarakat bahawa belanjawan negara untuk tahun 2016 tempang dan sukar untuk dilaksanakan.

Rakyat baru sahaja dimomokkan dengan belanjawan yang 'enak' di mata masyarakat, ini termasuklah pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya.

Belum sempat rakyat 'menikmati' bantuan tersebut, poket rakyat telah 'dicuri' melalui kenaikan harga minyak.

Rakyat perlu melihat kenaikan harga minyak ini sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya membuat kerja mudah untuk mendapatkan dana dengan menaikkan harga minyak!

 
MUHAMMAD FAEEZ BIN AZAHAR

Pengarah Komunikasi, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah)‎ Perak.

Bajet 2017 Selangor vs Bajet 2017 Malaysia: Apa reaksi netizen?

Posted: 31 Oct 2016 12:45 AM PDT

BARU sebentar tadi selesai Pembentangan Bajet 2017 Selangor, oleh Menteri Besar Dato' Azmin Ali. Aku sempat mengikuti pembentangan itu secara langsung di facebook rasmi beliau.

Menonton siaran langsung Bajet 2017 Selangor membolehkan kita melihat secara nyata (real time) reaksi netizen terhadap pembentangan bajet tersebut.

Aku mengambil kira reaksi netizen melalui 6 emoji yang disediakan oleh facebook. 

Dari pemerhatian, reaksi netizen terhadap pembentangan Bajet Selangor dilihat sangat positif — Daripada 10 ribu reaksi diberikan, lebih 83 peratus netizen menunjukkan reaksi positif.Reaksi negatif agak kecil sekitar 1.37 peratus sahaja.

8,200 rasa suka, 
1,900 rasa sangat suka, 
204 rasa terkejut 
154 rasa lucu, 
94 rasa marah dan 
43 rasa sedih.

Ini menyebabkan aku terfikir untuk menyelongkar kembali video siaran langsung bajet 2017 yang dibentang oleh Najib 21 Oktober lalu melalui facebook rasminya.

Tujuan aku untuk bandingkan apa pula reaksi rakyat terhadap pembentangan Bajet 2017 yang dibuat oleh Najib.

Daripada pemerhatian, Bajet 2017 jelas sekali menerima reaksi sangat negatif oleh netizen, nampaknya emoji marah mengatasi emoji suka dan sangat suka.

Berikut hasil pemerhatian aku — Daripada 60,000 reaksi yang diberikan, 46 peratus netizen menunjukkan reaksi negatif. Peratus reaksi benci lebih banyak berbanding reaksi suka dan sangat suka (42.8 peratus).

26,000 rasa marah, 
21,000 rasa suka, 
4,700 rasa sangat suka
3,200 berasa lucu, 
1,900 rasa terkejut dan 
1,800 rasa sedih

Kesimpulannya, Najib hanya syok sendiri kononnya Bajet 2017 adalah bajet mengikut denyut nadi rakyat, bajet yang mengutamakan rakyat. Padahal majoriti rakyat menunjukkan rasa benci terhadap bajet tersebut.

Ini petanda orang dah tak suka dengan pentadbiran Najib, cuma dia saja yang tak malu muka tebal, masih gilakan jawatan Perdana Menteri, bak kata pepatah "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong"

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/bajet-2017-selangor-vs-bajet-2017.html#ixzz4Oe9V8UWl

Pas tak rugi apa-apa jika dikencing lagi, kata naib presiden

Posted: 30 Oct 2016 11:25 PM PDT


Pas tidak rugi jika dikencing Umno, kata Idris Ahmad.Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.

Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.

"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramah itu.

Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.

Ini kerana, menurut beliau, ramai ahli dan penyokong Umno khasnya imam-imam masjid sudah menyokong agar Akta 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Jadi jika Umno tipu dengan tidak sokong pindaan ini, Umno yang rugi bukan Pas," kata Idris.

Idris dipercayai mengulas kemungkinan RUU Akta 355 yang dibentang oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dibahaskan kali ini.

Pas kini memberikan sepenuh tumpuannya untuk mempastikan RUU 355 yang dibawanya berjaya sehingga sanggup berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisinya selama ini.

Pas juga tidak menentang skandal puluhan bilion ringgit wang 1MDB yang didakwa melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan alasan tidak ada bukti.

IMDB TERNYATA LEBIH KEBAL BERBANDING IMUNITI AHLI2 PARLIMEN

Posted: 30 Oct 2016 08:17 PM PDT

Petang ini bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah diarahkan ke Bukit Aman untuk disiasat berhubung ucapan perbahasannya di Parlimen yang didakwa melanggar sumpah rahsia ketika menjadi anggota kabinet dahulu.

Selepas beliau, sudah tentu giliran Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pula diambil keterangan atas kesalahan yang sama. Ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA kerana mendedahkan perkara-perkara berkaitan 1MDB yang didakwa pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

Muhyiddin dan Shafie, sebelumnya turut dipecat daripada kabinet dan UMNO kerana lantang mengkritik dan mempertikaikan  perjalanan serta hutang syarikat pelaburan kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib Razak itu.

Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pula dipenjarakan dibawah Sosma selepas membuat laporan ke beberapa negara, juga mengenai 1MDB setelah laporan-laporan yang mereka buat di negara sendiri tidak menghasilkan apa-apa tindakan.

Sebelum itu, beberapa perkara turut berlaku seperti pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara, pertukaran dan kacau-ganggu terhadap pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara serta beberapa insiden lain yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semuanya hanya kerana 1MDB dan mahu menyucikan syarikat pelaburan tersebut.

Dilihat daripada apa yang berlaku kepada tiga bekas menteri yang disiasat di bawah OSA,  tidak dinafikan bahawa 1MDB akan terus  merupakan sebuah "entiti yang hebat dan tidak boleh ditegur". 

Sesiapa saja yang menegur dan mengkritiknya, bersedialah menghadapi bahayanya, manakala yang sanggup mempertahan dan membelanya, melimpahlah pula ganjaran dan anugerah yang akan diterima.

1MDB bukan saja terlihat tidak lut daripada segala undang-undang yang ada, malah ia lebih kebal berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen ketika berucap di Dewan Rakyat. 

Sebelum ini, kita biasa mendengar apabila Ahli Parlimen menyentuh sesuatu yang sensitif ketika berucap di Parlimen, mereka selalunya akan dicabar supaya mengulanginya di luar Dewan Rakyat agar tindakan undang-undang dapat diambil.

Tetapi kali ini, tanpa sesiapa mencabar ketiga-tiga bekas menteri itu mengulanginya di luar Parlimen, sebaliknya hanya berdasarkan apa yang dibangkitkan oleh Speaker Dewan Rakyat dan kemudian disusuli dengan laporan polis oleh dua NGO pendedak, mereka terus disiasat dan diambil keterangan. 

Ia secara langsung dan tidak langsung menunjukkan 1MDB lebih gagah dan perkasa berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen.

Dalam hal ini, seorang peguam berpengalaman dan bekas menteri, Zaid Ibrahim menyatakan, menyentuh sesuatu perkara  secara umum tidaklah boleh ditafsirkan sebagai mendedahkan rahsia kerajaan atau melanggar sumpah kerahsiaan, kecuali mendedahkan butiran minit mesyuarat kabinet secara khusus.

Jika seseorang bekas menteri yang bercakap secara umum mahu ditafsirkan sebagai melanggar sumpah rahsia, di zaman Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu selepas pemilihan 1987 di mana ramai antaranya memilih untuk berbalah dan menyerangnya, termasuk menyentuh berkaitan berbagai syarikat kerajaan, mereka ketika itu tentunya lebih dianggap melanggar sumpah kerahsiaan.

Namun, pernah kita mendengar sesuatu tindakan diambil oleh Tun Mahathir kepada bekas-bekas menteri yang menentangnya?

Di sebalik ramai yang telah dan sedang diambil tindakan kerana menyentuh perkara berkaitan 1MDB, Jho Low yang sekarang entah di dunia mana sedang berhiburnya, tetap merupakan orang yang paling bertuah sekali di era Najib ini.

Beliau pasti akan tersenyum dan ketawa  menyaksikan satu demi satu insiden yang berlaku ini, meskipun segala-galanya berpunca daripada caturan yang dilakukannya. (SH 31/10/2016).

TAHNIAH - Kedah Juara Piala Malaysia 2016

Posted: 30 Oct 2016 01:00 PM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM

susanalbs@thestar.com.my

Mohd Rizal Mohd Ghazali ketika membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa pertama. -fotoTHESTAR

  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam Ahad.

Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.

Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51.

Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.

Kemenangan Kedah itu membantutkan impian Selangor untuk melakar kejuaraan 34.

OhDunia.My

Posted: 31 Oct 2016 08:41 AM PDT

OhDunia.My


PPIM Dakwa 90 Peratus Restoran Guna Minyak Kitar Semula

Posted: 30 Oct 2016 06:40 PM PDT

KOTA BHARU, 31 Okt — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa 90 peratus restoran menggunakan minyak masak kitar semula yang membahayakan kesihatan.


PPIM Dakwa 90 Peratus Restoran Guna Minyak Kitar Semula


Baca selengkapnya

Tahniah, Kedah Juara Piala Malaysia 2016

Posted: 30 Oct 2016 06:34 PM PDT

Pemain pertahanan kanan Kedah Rizal Ghazali muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir selepas sepakannya menuju ke sebelah kiri pintu gol Selangor tatkala penjaga gol lawan, Khairul Azhan Khalid merebahkan badan ke sebelah kanan.


Tahniah, Kedah Juara Piala Malaysia 2016

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 31 Oct 2016 01:55 AM PDT

beautifulnara


Sudah Tiga Minggu Sakit, Elly Mazlein Alami Gangguan Misteri Sehingga Rasa Takut ?

Posted: 31 Oct 2016 12:08 AM PDT

Sejak menyertai Gegar Vaganza 3, tahap kesihatan penyanyi Elly Mazlein agak tidak menentu meskipun beliau sudah mendapatkan rawatan di klinik.

Terkejut juga kami apabila Elly mendedahkan beliau menerima beberapa gangguan ganjil yang menyebabkan kesihatannya tidak pulih sejak tiga minggu lepas.

Sudah masuk tiga minggu sakit saya tidak pulih walhal setiap hari saya ke klinik ambil suntikan dan berubat. Tadi pun (malam Ahad) doktor datang untuk beri rawatan sebelum saya naik ke pentas.

Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan ramai menasihatkan agar saya berubat tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk baik.

Bukan itu sahaja, Elly turut mengalami perkara pelik dan misteri ketika berada di rumah sehingga membuatkan beliau sentiasa merasa takut.

Namun, Elly tidak mahu berbicara lanjut mengenai perkara itu dan akan cuba berubat secara Islam pula selepas ini.

Saya tidak boleh cerita banyak, cukuplah saya katakan akan berubat dengan rawatan Islam dengan harapan semuanya kembali seperti biasa.

Alahai, dalam zaman serba moden dan canggih ini masih ada lagi manusia yang percaya dengan perbuatan sihir dan ilmu hitam hanya kerana hasad dengi kepada orang lain. Apa-apa pun, kami mendoakan agar Elly Mazlein cepat sembuh.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : sharpshooter_photographer

Rem Tersingkir Di Minggu Ke 3 Konsert Gegar Vaganza 2016

Posted: 30 Oct 2016 09:54 PM PDT

Nampaknya nasib tidak menyebelahi penyanyi Rem apabila beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ke 3 Konsert Gegar Vaganza 2016 yang berlangsung semalam. Rem berada di tangga kedua terbawah bersama-sama dengan Elly Mazlein.

Walaubagaimanapun, Rem telah memberikan persembahan yang terbaik menerusi lagu tugasannya iaitu Penawar Rindu nyayian asal Datin Orchid Abdullah.

Rem ketika ditemui pihak media berkata, beliau tidak menyangka akan terkeluar semalam tetapi redha dengan segala ketentuan takdir.  Pada masa yang sama, Rem merasa bangga dengan persembahan beliau semalam kerana bukan mudah untuk menyanyikan lagu tersebut.

Saya tidak menjangka saya akan terkeluar. Saya sudah buat yang terbaik dalam persembahan kali ini. Saya redha dengan apa yang berlaku.

Saya seorang penyanyi pop yang mempunyai suara serak dan kasar. Lagu Penawar Rindu seharusnya dilembutkan lenggoknya. Namun begitu, suara saya memang begitu. Saya bangga dengan apa yang saya persembahkan malam ini. Saya sudah buat yang terbaik dan tidak salah untuk saya mencuba.

Sejujurnya, kami harus akui persembahan Elly Mazlein kurang memuaskan dan seperti kata Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim,  sepatutnya kesalahan untuk lupa lirik didalam pertandingan besar seperti Gegar Vaganza 3 tidak boleh berlaku.

Apa-apa pun, siapa tahu mungkin rezeki Rem lebih luas diluar sana apatah lagi beliau sudah membuat kemunculan semula menerusi program GV3.

Apa pula pendapat anda tentang keputusan semalam?

Sumber Berita : Astro Gempak

Saya Percaya, Beliau Ialah Jodoh Terbaik Untuk Saya – Julia Ziegler

Posted: 30 Oct 2016 09:32 PM PDT

Bakal berkahwin dengan seorang jurutera kimi bernama Johan pada awal tahun hadapan, pelakon Julia Ziegler mempercayai jejaka pilihan hatinya itu adalah calon terbaik buat dirinya.

Menurut Julia, bakal suaminya itu mempunyai darah kacukan seperti beliau dan saling memahami antara satu sama lain. Malah, sikap mereka juga hampir sama.

Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

Saya percaya, beliau ialah jodoh terbaik untuk saya dan beliau memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.

Berbicara mengenai persiapan perkahwinannya, Julia dan Johan telah pun menghadiri kursus kahwin baru-baru ini dan segala rencana mereka sudah hampir sempurna. Julia tidak mahu membazir untuk majlis raja seharinya itu dan hanya melakukan apa yang wajib sahaja. Cukuplah untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana.

Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna.

Dalam membuat persiapan majlis bersejarah kami, saya juga harus mengambil kira permintaan keluarga dan bakal mentua.

Bukan mudah untuk mencari pasangan yang serasi dengan diri kita. Harapnya Julia dan Johan akan bahagia dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Nazrief Nazri Akui Tertekan Dikutuk Peminat Tegar Emma Maembong

Posted: 30 Oct 2016 08:11 PM PDT

Sebelum ini pelakon baharu Nazrief Nazri dan Emma Maembong pernah digosipkan bercinta gara-gara keakraban mereka dan berpakaian sedondon ke sebuah acara hiburan.

Namun, Emma pernah menafikan perkara itu dan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja yang bergandingan didalam drama Nasi Minyak Kuah Cinta.

Nazrief juga sebenarnya tidak mengambil pusing mengenai isu itu, tetapi sejak kebelakangan ini beliau akui merasa sedikit tertekan kerana ada peminat tegar Emma mengutuk beliau secara berterusan.  Mereka nampaknya tidak mahu Nazrief terlalu rapat dengan Emma.

Pada mulanya saya okey saja tapi bila lama-kelamaan saya perhatikan kutukan itu berlaku secara berterusan pula. Asalkan saya muat naik gambar dengan Emma saja pasti ada yang hentam saya.

Kononnya mereka tidak suka saya rapat dengan Emma. Tapi sesetengah peminat tegar Emma dan Zizan tidak suka keakraban kami. Padahal kami hanya berlakon bersama dan tidak lebih daripada itu.

Pada awalnya, ada timbul sedikit salah faham antara Kamal dan Nazrief, walaubagaimanapun, Kamal juga mula sedar bahawa ia hanya satu isu yang diperbesarkan sedangkan beliau dan Emma tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Saya dengan Kamal tiada masalah langsung. Mungkin selepas gosip saya dengan Emma keluar beberapa bulan lalu, timbul salah faham juga di pihak Kamal. Tapi lama-kelamaan Kamal nampak dan faham ia sekadar gosip. Malah, gosip itu juga menguatkan semula hubungan Kamal dan Emma.

Sebab itu kata orang gambar itu memberikan 1001 tafsiran dan ia bergantung kepada pemikiran seseorang itu.

Sumber Berita : mStar Online

Saya Minta Maaf Batalkan Sidang Media, Perkahwinan Tetap Diteruskan – Lufya Omar

Posted: 30 Oct 2016 06:58 PM PDT

Bakal berkahwin dengan seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz pada bulan November ini, penyanyi dan pelakon Lufya Omar pernah memberitahu akan mengadakan sidang media pada 10 Oktober 2016 bagi berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Namun, apabila tibanya tanggal 10 Oktober lepas, sidang media berkenaan terpaksa dibatalkan. Pihak media dan peminat agak kecewa kerana apa yang dirancang tidak kesampaian.

Susulan itu, Lufya menerusi portal mStar Online memohon maaf kepada semua pihak di atas pembatalan sidang media berkenaan. Menurut Lufya, ia dibatalkan kerana mempunyai beberapa masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan.

Saya mohon maaf terpaksa batalkan sidang media tersebut kerana masalah dalaman antara lokasi penaja dengan pihak kami. Namun, majlis perkahwinan akan tetap diteruskan dan persiapan perkahwinan dilakukan secara sederhana sahaja.

Apa yang penting ialah perkahwinan itu dirahmati Allah dan kehidupan selepas berkahwin perlu dirancang dengan baik dari sekarang.

Menurut Lufya, beliau bakal mengumumkan tarikh pernikahan beliau dan Che Muhammad Hafiz dalam masa terdekat berserta kad jemputan yang bakal diedarkan tidak lama lagi.

Insya-Allah pada November ini dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Kami sudah buat keputusan untuk melangsungkan pernikahan dan resepsi pada hari yang sama.

Kami berharap segalanya akan dipermudahkan buat Lufya Omar dan tunangnya sehingga ke hari mereka diijabkabulkan.

Sumber Berita : mStar Online

Poster Filem Desolasi Mirip Dengan Filem Inferno?

Posted: 30 Oct 2016 10:10 AM PDT

Tanggal 8 Disember depan, Skop Productions bakal menayangkan filem yang cukup unik dan menarik iaitu Desolasi arahan Syafiq Yusof.

Namun, sebelum filem itu ditayangkan, ada pihak yang mula mempertikaikan persamaan poster filem Desolasi dengan filem Inferno lakonan Tom Hanks.

Jika anda lihat kedua-dua poster berkenaan, ia menunjukkan dua pelakon utama sedang berlari ke arah sama.

Berbicara mengenai isu berkenaan, Syafiq akui beliau merasa terkejut dan telah bertanya kepada pereka grafik poster Desolasi. Menurut Syafiq, beliau dimaklumkan ia cuma satu kebetulan sahaja.

Malah, menurut Syafiq , poster Desolasi siap Ogos lalu dan ketika itu poster filem Inferno belum lagi muncul di pasaran filem tempatan.

Poster yang tersebar itu bukan poster utama. Poster utama hanya paparkan watak utama berseorangan sahaja manakala poster yang tersebar itu adalah poster kedua. Saya hanya mahu mencari kelainan sebab umum tahu setiap poster filem keluaran Skop Production akan paparkan banyak pelakon, jadi saya nak ubah dengan cara sendiri.

Bagaimanapun papa (Datuk Yusof Haslam) sarankan saya menghasilkan poster yang paparkan dua watak dalam filem berbanding hanya satu watak sahaja. Selepas melakukan beberapa perincian, baharulah kami bersetuju untuk wujudkan dua rekaan poster.

Menerima pelbagai kritikan daripada netizen mengenai isu ini, Syafiq bagaimanapun berkata ia mungkin perkara baik buat filemnya itu. Dari isu ini, orang akan mula cakap dan memberikan perhatian terhadap filem Desolasi.

Sumber Berita : Harian Metro

Sherry Ibrahim Tidak Mahu Komen Drama Lakonan Fattah Amin Dan Neelofa

Posted: 30 Oct 2016 10:00 AM PDT

Satu Malaysia kini dilanda demam dengan drama lakonan Fattah Amin dan Neelofa sehingga ada yang mahu mereka berdua bercinta. Iyalah, bukan main manja dan manis lagi watak Ejaz dan Warda sehingga kemesraan mereka cukup jelas di luar set penggambaran.

Tentu sekali orang ramai ingin tahu apakah pula komen bekas kekasih Fattah iaitu Sherry Ibrahim mengenai drama Suri Hati Mr. Pilot.

Namun, Sherry nampaknya enggan lagi menoleh ke belakang dan terus melangkah apabila beliau tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai drama berkenaan.

Saya tidak mahu komen apa-apa.

Sebelum ini Fattah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka masih baik sebagai kawan biarpun sudah berpisah.

Malah, bila ditanya mengenai hubungan beliau dengan pelakon lelaki itu Sherry sekali lagi enggan memberi sebarang jawapan.

Ermmh, diam itu ada kalanya lebih baik daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Soal hati ini susah untuk dibicarakan.

Sumber Berita : Kosmo Online

(TAHNIAH) Isteri Kedua Adi Putra Sedang Hamil

Posted: 30 Oct 2016 09:45 AM PDT

Adi Putra sebelum ini pernah mengejutkan peminat industri hiburan tempatan apabila mengakui beliau sudah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu iaitu Nor Shahida.

Tidak dinafikan kontroversi rumah tangga keduanya itu cukup hangat apabila Adi pernah didakwa sebagai punca Nor Shahida bercerai dengan suami pertamanya.

Kemudian, timbul pula berita dimana Nor Shahida yang bekerja sebagai Pegawai Imigresen dikatakan telah ditahan berhubung sindiket penyeludupan warga asing dalam satu operasi tidak berapa lama dulu. Namun, semua itu adalah dugaan sebagai pasangan yang baru berkahwin.

Selepas melalui pelbagai isu dan kontroversi, Adi kini boleh tersenyum penuh kebahagiaan apabila Nor Shahida khabarnya sedang hamil anak pertama mereka.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Adi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai berita kehamilan tersebut.

Jika benar Nor Shahida sedang hamil, kami ingin mengucapkan tahniah buat beliau dan Adi Putra. Doakan sahaja rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga akhir hayat dan segala proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Utusan Online

Ramona Zamzam Tidak Mahu Padam Foto Membelai Anjing

Posted: 30 Oct 2016 09:20 AM PDT

Dikecam kerana memuat naik foto sedang membelai anjing ketika bercuti bersama suaminya, Rami Alashkar di Italy, Ramona Zamzam bagaimanapun enggan memadam foto berkenaan kerana beliau menyifatkan tindakannya itu tidak melanggar apa-apa perkara dari sudut agama Islam.

Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian.

Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering.

Tambah Ramona, suaminya yang merupakan rakyat Palestin agak terkejut dan hairan dengan sensitiviti rakyat Malaysia terhadap anjing.

Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu. Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing.

Agak sukar untuk membicarakan hal ini kerana setiap orang mempunyai prinsip dan pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Dalam Hidup Ini Janganlah Sensitif Sangat – Elly Mazlein

Posted: 30 Oct 2016 09:05 AM PDT

Kontroversi Elly Mazlein memberikan sedikit impak buat dirinya apabila beliau menyertai Gegar Vaganza 3. Ramai yang menganggap pihak produksi seolah ingin menggunakan cerita hangat mengenai rumah tangganya dengan memberikan lagu yang berkaitan dengan apa yang Elly lalui baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Elly tidak mahu memikirkan perkara negatif dan beliau tidak anggap pihak produksi GV3 ingin mengenakan beliau.

Tidak. Saya tidak anggap begitu (mengenakan saya). Saya anggap apa yang diberikan kepada saya itu sebagai satu cabaran. Jadi, dalam hidup ini janganlah sensitif sangat.

Memang kalau diperhatikan, lagu pertama (Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan) memang lagu mengisahkan diri saya, lagu kedua (Berpisah Jua) pun macam kisah saya, selepas itu lagu untuk minggu ketiga dapat pula Perawan Atau Janda.

Namun, Elly akui beliau kadang-kadang takut jika beliau emosi di atas pentas kerana "terpukul" dengan lagu-lagu yang menggambarkan kisah derita hidupnya.

Setiap minggu lagu macam kisah diri saya. Sebelum menyanyi itu memang saya takut tidak boleh tahan emosi. Macam menyanyi depan cermin, ibarat kena 'bom' depan muka sendiri.

Walaupun cerita dalam lagu itu sangat kisah saya, tapi sokongan peminat yang berada dalam dewan itu membuatkan saya terus kuat sebenarnya. Saya cakap kepada diri jangan menangis.

Peminat Elly Mazlein cukup menyayangi beliau sebab itu mereka agak sensitif dan kalau boleh tidak mahu lihat Elly terus menangis. Luka didalam hati memang tidak boleh diubati dalam sekelip mata, tetapi sentiasa berfikiran positif dan percayalah Elly akan lebih tabah serta kuat di masa hadapan.

Sumber Berita: Kosmo Online

Toknek.com RSS Feed

Posted: 31 Oct 2016 01:55 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Ulasan Apple Iphone 7 Pluih Termahai Tapi Torrrbaek

Posted: 31 Oct 2016 01:22 AM PDT


Model terkini iPhone jengoi lagi di pasaran dan persoalan saban tahun ialah adakah ia peranti yang berbaloi untuk dimiliki Dengan ghega jualan bermula dari RM 3799 untuk model palin asaih ghamai ...

Daun Pecah Belin Merawat Dan Mencegah Kanser

Posted: 31 Oct 2016 01:02 AM PDT


Pecah belin merupakan tumbuhan yang berasai dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenai konfem buat pertama kalinya oleh Thomaih Anderson 1832 1870 yang mengkelaihkan tumbuhan ni di baw...

Berkurung Di Dalam Bilik Selama 20 Bulan Untuk Menghasilkan Lukisan

Posted: 31 Oct 2016 12:42 AM PDT


soghang pelukih bernama Nidaa Badwan yang berasai dari Palestin mula mengurungkan diri di dalam biliknya sejak 19 November 2013 Pada hari sebelumnya dia telah diganggu dan kena ambush oleh pega...

Pelajaq Universiti Malaya Ni Jana Pendapatan Hingga Rm1 2 Juta Dengan Modai Rm124

Posted: 30 Oct 2016 11:34 PM PDT


kalau dilihat hari ni biaqpun keadaan ekonomi semakin tak menentu namun ruang untuk menjalankan bisnes tetap terbuka luas Buktinya ghamai golongan muda mula mengorak langkah malah hingga mampu b...

Kesan Peluru Berpandu Yang Berjaya Dipintaih Di Arab Saudi

Posted: 30 Oct 2016 11:32 PM PDT


Gempaq seluruh dunia apabila satu peluru berpandu yang didakwa telah dilancaqkan oleh puak pemberontak Syiah Houthi telah dilancaqkan ke arah Mekah pada Khamih malam yang lepaih Namun dengan ti...

Rem Tersingkiaq Di Minggu Ke 3 Konsert Gegaq Vaganza 2016

Posted: 30 Oct 2016 11:24 PM PDT


Nampaknya nasib tak menyebelahi penyanyi Rem apabila beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkiaq pada minggu ke 3 Konsert Gegaq Vaganza 2016 yang berlangsung kemarin Rem dok ada di tangga k...

Cheq Percaya Beliau Ialah Jodoh Torrrbaek Untuk Cheq Julia Ziegler

Posted: 30 Oct 2016 11:22 PM PDT


bakai menikah dengan soghang jurutera kimi bernama Johan pada awai tahun hadapan pelakon Julia Ziegler mempercayai jejaka pilihan hatinya tu adalah calon torrrbaek buat dirinya Menurut Julia b...

Moto Mods Dilancaqkan Untuk Memberikan Sokongan Tambahan Pada Moto Z

Posted: 30 Oct 2016 10:26 PM PDT


Bersama sama dengan pelancaran telefon pintaq baghu Moto Z dan jugak Moto Z Play pihak Lenovo turut ambik kesempatan untuk memperkenaikan sokongan modoi tambahan untuk kedua dua telefon pintaq ni ...

Amphibious Joint Lifeguard Dron Dua Alam Yang Menyelamatkan Mangsa Lemaih Di Pantai

Posted: 30 Oct 2016 10:24 PM PDT


Dron menyelamatkan mangsa lemaih dah dibangunkan di Iran Ia mampu menurunkan sebuah pelampung kepada insan yang sedang di dalam kecemasan tapi sistem ni masih dok memerlukan mangsa berenang ke ...

Moto Z Dan Moto Z Play Dilancaqkan Di Malaysia Ghega Bermula Rm1799

Posted: 30 Oct 2016 10:22 PM PDT


Lenovo hari ni secara rasminya telah melancaqkan penawaran Motorola terpalin baghu untuk pasaran Malaysia iaitu dua telefon pintaq dibawah keluarga Moto Z Moto Z dan jugak Moto Z Play Di Malay...

Julia Ziegler Percaya Bakai Suami Jodoh Torrrbaek

Posted: 30 Oct 2016 08:44 PM PDT


bakai melangsungkan pernikahan bersama cinta hati pada awai tahun hadapan Julia Ziegler ternyata teruja menanti hari gembira hat sama dok habaq tadi malah dia dan pasangan jugak dah menghadiri kur...

Gambaq Sekitaq Percutian Erin Malek Di Dubai London

Posted: 30 Oct 2016 08:42 PM PDT


Sejuk mata memandang melihatkan gambaq gambaq percutian Erin Malek bersama suami dan jugak anak sulong depa Faliq Melalui perkongsian gambaq di Instagram pasangan ni depa telah pun menjelajah k...

Xiaomi Mi Mix Akan Mula Dijuai Pada Bulan Hadapan

Posted: 30 Oct 2016 08:32 PM PDT


Nama yang tak asin lagi di Malaysia Xiaomi pengeluaq smartphone dan jugak barangan alat canggih yang femes pada harini baghu baghu ni ia mengempaqkan industri smartphone dengan memperkenaikan ...

Cheq Mintak Ampun Bataikan Sidang Media Pernikahan Tetap Diteruihkan Lufya Omar

Posted: 30 Oct 2016 08:24 PM PDT


bakai menikah dengan soghang doktoq iaitu Che Muhammad Hafiz pada bulan November ni penyanyi dan pelakon Lufya Omaq penah habaq akan mengadakan sidang media pada 10 Oktober 2016 bagi berkongsi but...

Nazrief Nazri Ngaku Penin Pala Dikutuk Peminat Tegaq Emma Maembong

Posted: 30 Oct 2016 08:22 PM PDT


Sebelum ni pelakon baghu Nazrief Nazri dan Emma Maembong penah digosipkan bercinta gara gara keakraban depa dan berpakaian sedondon ke sebuah acara hiburan Namun Emma penah takmau mengaku perka...

Baghu Menikah Berat Saharul Ridzwan Naik 20 Kilogram

Posted: 30 Oct 2016 05:42 PM PDT


Kehadiran isteri di dalam kehidupan sungguh baq hang mampu merubah segalanya termasuklah berat badan Mengakui segala keperluannya selain turut gembira bersama isterinya Deena Emir Saharul Ridz...

Tesla Menghasilkan Panel Solaq Yang Kelihatan Macam Jubin Bumbung Biasa

Posted: 30 Oct 2016 04:22 PM PDT


Elon Musk ialah Tony Stark dunia sebenaq Hartawan teknologi ni mau membangunkan teknologi lestari yang bukan saja mengurangkan pencemaran tapi mengurangkan kos kepada pemiliknya Hujung minggu l...

Nintendo Switch Soai Jawab Bersama Presiden Tatsumi Kimishima

Posted: 30 Oct 2016 01:22 PM PDT


Yuji Nakamura dan Takashi Amano Bloomberg dah setahun sejak Tastumi Kimishima menjadi presiden Nintendo Co ambik alih tampuk pengurusan daripada Satoru Iwata Sebagai soghang bekaih pegawai ...

Poster Filem Desolasi Mirip Dengan Filem Inferno

Posted: 30 Oct 2016 11:28 AM PDT


Tanggai 8 Disember depan Skop Productions bakai menayangkan filem yang cukup unik dan menarik iaitu Desolasi arahan Syafiq Yusof Namun sebelum filem tu ditayangkan ada pihak yang mula memperti...

Ramona Zamzam Tak Mau Padam Gambaq Membelai Anjin

Posted: 30 Oct 2016 11:26 AM PDT


Dikecam pasai memuat naik gambaq sedang membelai anjin masa holiday bersama suaminya Rami Alashkaq di Italy Ramona Zamzam bagaimanapun takmau memadam gambaq berkenaan pasai beliau menyifatkan tin...

Isteri Kedua Adi Putra Sedang Mengandung

Posted: 30 Oct 2016 11:24 AM PDT


Adi Putra sebelum ni penah menggempaqkan peminat industri hiburan tempatan apabila mengakui beliau dah menikah buat kali kedua dengan soghang janda beranak satu iaitu Nor Shahida tak dinafikan go...

Sherry Ibrahim Tak Mau Komen Drama Lakonan Fattah Amin Dan Neelofa

Posted: 30 Oct 2016 11:22 AM PDT


Satu Malaysia la nih dilanda demam dengan drama lakonan Fattah Amin dan Neelofa sehingga ada yang mau depa berdua bercinta Iyalah bukan main meghap dan manih lagi watak Ejaz dan Warda sehingga k...

8 Cara Isteri Kena Goda Suami Untuk Elak Cerai

Posted: 30 Oct 2016 10:02 AM PDT


Kebanya pasangan yang bercerai adalah pernikahan pilihan sendiri Cinta dah wujud dah salin kenai sejak awai tapi lagu mana cinta tu boleh hilang Jangan risau baik suami atau isteri hampa bol...

Bekam Sebagai Cara Merawat Penyakit Wujud Sejak Tamadun Purba

Posted: 30 Oct 2016 07:02 AM PDT


Bekam adalah salah satu cara rawatan tradisionai untuk kesihatan yang diamalkan sejak zaman purba lagi Sejarah bekam dah bermula sejak sekian lama ribuan tahun dahulu dan dikalangan oghang Islam ...

Ramona Zamzam Takmau Padam Gambaq Pegang Anjin

Posted: 30 Oct 2016 05:42 AM PDT


Menyifatkan apa yang dilaku tak melanggaq sebarang kesalahan dari sudut agama pelakon Ramona Zamzam takmau memadamkan gambaqnya memegang anjin masa sedang holiday bersama suami di Eropah baghu bag...

Petua Merawat Demam Selesema Tanpa Menelan Ubat

Posted: 30 Oct 2016 04:02 AM PDT


Sekali kena seghang demam selesema memang agak tangkap kepala Lagi parah kalau sampai ayaq hidung mula meleleh teruih hilang mood nak buat gheja harian hampa jangan risau demam selesema buk...

myartis.com

Posted: 31 Oct 2016 01:49 AM PDT

myartis.com


6 GAMBAR - RAGAM NAD ZAINAL KETIKA BERPANTANG

Posted: 30 Oct 2016 07:35 PM PDT



"Persoalan yang tak terjawab. Walaupun badan dah kuat, tapi ibu berpantang harus menjalani pantangnya sampai habis (44hari). Lama GILA!!!," demikian kata Nad Zainal yang masih dalam pantang selepas melahirkan seorang anak lelaki pada 14 Ogos lalu.

Menerusi gambar yang dikongsikan Nad di IGnya, Nad nampaknya makin berseri. Selepas habis pantang ini, Nad bolehlah menjamah pelbagai makanan. Heh!

Untuk makluman, anak Nad dan Muhammad Faliq Amirudin bernama Fahad Ibrahim ini dilahirkan secara pembedahan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KAKI NORMAN HAKIM KINI KEMBALI PULIH

Posted: 30 Oct 2016 05:02 PM PDT



Kaki pelakon sado dan tampan iaitu Norman Hakim kini kembali pulih selepas beberapa menjalani proses rawatan pemulihan kaki atau nama saintifiknya 'patella dislocation'.

Sepanjang sakit, kata Norman, meskipun pergerakkan sedikit terbatas namun dia masih tetap gigih berjalan dan menjalani penggambaran drama 'Andartu Kau Bidadariku'.

Sebelum ini, Norman pernah juga mengalami derita penyakit yang sama disebabkan bermain bola sepak dan kini terjadi lagi di sebelah kaki kirinya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ADI PUTRA BAKAL TIMANG ZURIAT?

Posted: 30 Oct 2016 03:41 PM PDT



Baru-baru ini ada satu dakwaan dimana isteri kedua Adi Putra yang dikahwininya pada pertengahan tahun lalu dikatakan sedang hamil anak pertama mereka.

"Khabarnya, Nor Shahida sedang hamil anak pertama bersama Adi selepas berkahwin dengan aktor itu pertengahan tahun lalu. Alhamdulillah, syukur kalau benar berita itu. Sebab selama ini pun sudah lama Adi mengidam untuk menimang cahaya mata sementelah sudah mempunyai seorang anak angkat dengan isteri pertamanya, Aida Yusof.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment