Wednesday, 19 October 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


AMMBOI DOT COM

Posted: 19 Oct 2016 11:59 AM PDT

AMMBOI DOT COM


SUSPEK KES BUNUH BAKAL ABANG IPAR DITAHAN

Posted: 19 Oct 2016 05:04 AM PDT

Polis akhirnya berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes pembunuhan bakal abang ipar di pekarangan tempat letak kereta, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu. Menurut sumber berita, suspek berusia 29 tahun yang diburu sejak empat hari lalu itu berjaya ditangkap polis di Jalan Jeram, Kampung Petai Bubus, Manir, kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika […]

The post SUSPEK KES BUNUH BAKAL ABANG IPAR DITAHAN appeared first on AMMBOI DOT COM.

10 TANDA SI DIA ADALAH JODOH KITA

Posted: 19 Oct 2016 04:17 AM PDT

Jodoh dan pertemuan semua adalah ketentuan Nya. Ia adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Suka macam mana tu kita pada seseorang belum tentu dia bakal menjadi suami atau isteri kita. Oleh itu, bagaimana kita nak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat […]

The post 10 TANDA SI DIA ADALAH JODOH KITA appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 19 Oct 2016 10:41 AM PDT

KedahLanie.info


Kepada NIK ABDUH sila sahut seruan, jangan hanya berani dalam FB sahaja..!!

Posted: 19 Oct 2016 06:01 AM PDT

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Ekoran kenyataan Ketua DPP Pusat menerusi FB Nik Mohamad Abduh pada 8 Okt 2016, jam 2.30 pm bahawa DAP adalah musuh Islam dan PAN (Amanah) adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

Saya telah menghantar jemputan untuk beliau menyertai dialog anjuran Amanah Perlis melalui WhatsApp pada 10 Okt jam 6.07 pm dan 11 Okt jam 7.56 am (kedua-dua mesej itu ditanda 'read' oleh aplikasi itu)

Dan jemputan melalui personal message FB pada 11 Okt jam 8.50 am dan 8.52 am (kedua-dua mesej ini ditanda 'seen' oleh FB), maka

Satu wacana bertajuk 'DAP Musuh Islam Dan PAN Fitnah Untuk Umat Islam' dijangka akan berlangsung yg melibatkan pemuda PAS, DAP dan Amanah.

Tarikh cadangannya ialah 28 atau 29 atau 30 Oktober di Kangar. Nantikan kemunculan ketiga-tiga tokoh pemuda tersebut. Wacana penuh debar ini jangan dibiarkan berlalu tanpa kehadiran anda.





 


Leonardo DiCaprio sedia pulangkan balik wang 1MDB

Posted: 19 Oct 2016 02:55 AM PDT

DiCaprio-foundation
NEW YORK: Sebuah yayasan diterajui bintang Hollywood Leonardo DiCaprio berkata ia akan memulangkan balik sumbangan dan hadiah kepadanya sekiranya ia didapati berasal daripada 1MDB, menurut jurucakap.

Dalam reaksi pertama beliau mengenai siasatan antarabangsa terhadap syarikat milik kerajaan Malaysia itu, DiCaprio berkata beliau sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi menyiasat sama ada wang tersebut datang dari sumber yang boleh dipersoalkan, menurut kenyataan itu.

Julai lalu, saman sivil di AS oleh Jabatan Kehakiman menuduh sebuah syarikat penerbitan Hollywood menggunakan AS$100 juta daripada dana 1MDB bagi membiayai filem dibintangi DiCaprio, "The Wolf of Wall Street".

Kenyataan wakil DiCaprio semalam berkata beliau mendapat tahu mengenai siasatan itu menerusi media.

"Beliau serta merta mengarahkan wakilnya menghubungi Jabatan Kehakiman bagi menentukan sama ada beliau atau yayasannya, Yayasan Leonardo DiCaprio (LDF), pernah menerima apa-apa hadiah atau sumbangan kebajikan secara langsung atau tidak yang berkait dengan pihak yang dinamakan, dan sekiranya ada, akan mengembalikan hadiah atau sumbangan itu secepat mungkin," kata kenyataan itu.

Syarikat Red Granite Pictures sebelum ini berkata setahunya tidak ada wang yang diterimanya secara tidak sah.

LDF yang ditubuhkan pada 1998 menyokong pelbagai usaha berkait alam sekitar.

Pada Ogos, Hollywood Reporter melaporkan yayasan tersebut menerima dana AS$2 juta tunai dan sumbangan lain daripada salah seorang rakyat Malaysia yang dinamakan dalam saman DoJ dan terlibat dalam penubuhan 1MDB.

DiCaprio, memenangi Oscar pada 2016 selepas penglibatannya dalam filem "The Revenant", juga merupakan "duta keamanan" Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tetapi kini menerima tekanan daripada beberapa aktivis alam sekitar berhubung kaitannya dengan skandal 1MDB.

Jurucakap DiCaprio berkata pelakon itu memilih tidak bercakap mengenai perkara itu bagi menghormati siasatan yang masih berjalan yang ada kaitan dengan "badan kebajikan, hospital dan individu yang mungkin tidak secara sedar menerima dana yang dipersoalkan".

Sampai bila TV3 mahu fitnah Abdul Hadi?

Posted: 19 Oct 2016 02:49 AM PDT

Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini mengutuk keras pemberitaan sebuah stesen televisyen tempatan yang didakwa salah tafsir kenyataan sebenar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan stesen televisyen itu yang memberi laporan salah terhadap Abdul Hadi dalam isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membelakangkan prinsip asas pemberitaan yang mementingkan kebenaran dan kebertanggungjawaban.

"Amat malang sekali apabila stesen televisyen itu telah memanipulasi pertanyaan Abdul Hadi dengan hanya menyiarkan sekerat sahaja tanpa menyiarkan sepenuhnya soalan tersebut dengan niat untuk menggambarkan kononnya GST disokong oleh Abdul Hadi.

"Bukankah ini adalah fitnah yang nyata bagaikan seterang cahaya mentari dengan menyiarkan berita yang dikerat dan digubah sesuka hati bagi memenuhi citarasa tuan empunya mereka?" soalnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen pada pagi semalam, Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang bertanya soalan kepada Menteri Kewangan tentang sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat.

Difahamkan, setelah soalan asal dijawab oleh menteri, Abdul Hadi berdiri pada sidang Dewan Rakyat yang sama sekali lagi untuk mengemukakan soalan tambahan.

Jelas Khairil lagi, Abdul Hadi sebenarnya bersuara memperjuangkan isu rakyat di Parlimen dengan mendesak kerajaan agar menilai kembali pelaksanaan GST yang begitu membebankan rakyat di semua peringkat dan bukannya menyokong GST seperti yang didakwa oleh stesen penyiaran berkenaan.

"Kami menuntut permohonan maaf dari pihak berkenaan kepada Abdul Hadi atas berita fitnah yang telah mencemarkan imej dan reputasi beliau di mata rakyat.

"Kami juga menyeru pihak berkenaan bertaubatlah daripada meneruskan kerja penyebaran adu domba dan fitnah ini," katanya lagi.

RUU 355: PKR harap Pas Perak berhenti bercakap secara bodoh, biadap

Posted: 19 Oct 2016 01:15 AM PDT

Razman Zakaria

Usul RUU Akta 355 yang 'ditolak' daripada kedudukan keempat aturan mesyuarat kepada nombor tujuh semalam dilihat turut mengundang polemik dalam kalangan pemimpin di peringkat negeri.

Pengarah Komunikasi PKR Pahang, dalam satu kenyataan menempelak dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dianggap bodoh dan biadap.

Reaksi berkenaan ekoran Razman dalam catatan di Facebook berpendapat Amanah, PKR dan DAP paling gembira jika RUU 355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak.

"Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu.

"Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU 355 itu berjaya," tegasnya.

Beliau turut mempersoal tanggapan buruk Razman itu yang disifatkan bercanggah dengan akhlak Islam.

"Bagaimana beliau boleh menyatakan PKR gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak?

"Apakah beliau tahu apa pendirian PKR dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi?

"Mengapa tersarangnya perangai buruk, syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan?" bidasnya.

Selain itu, sikap pemimpin Pas nombor satu Perak tersebut yang tidak 'menyerang' Umno di sebalik giliran usul pindaan RUU yang ditolak ke bawah itu juga turut dibangkitkan.

"Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?

"Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari nombor empat kemudiannya ke bawah menjadikan nombor tujuh?" tegasnya.

Hal ini kerana, jelasnya, Speaker Dewan Rakyat bukan dari mana-mana parti komponen Pakatan Harapan yang menyebabkan kelewatan pembentangan RUU itu.

"Mengapa Amanah, PKR dan DAP yang kamu sasarkan? Speaker Dewan bukan dari Amanah, Keadilan mahupun DAP," bidasnya lagi.

MELAYU PERLU UMNO ATAU UMNO PERLU MELAYU?

Posted: 18 Oct 2016 09:19 PM PDT

Masih ada yang bertanya, apa jadi kepada Melayu jika UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa?

Masihkah orang Melayu terbela? tanya mereka lagi.

Apabila ditanya kembali, adakah mereka selama ini cukup dibela walaupun UMNO sudah berkuasa lebih 60 tahun lamanya, ramai antaranya jadi terdiam, malah mula keliru.

Mahu dikata tidak terbela, banyak sekali dasar membela Melayu sambil berdegar-degar mulut pemimpin UMNO yang mengatakan hidup dan perjuangan mereka adalah untuk membela Melayu semata-mata.

Mahu dikata cukup dibela, ramai antaranya kekal tidak punya apa-apa, malah masih mengharap bantuan BR1M jatuh ke riba. Saham bumiputera dan tanah rizab Melayu sudah lama hilang entah ke mana.

Kenapa masih ramai Melayu yang miskin dan jadi golongan peminta-minta sedangkan daripada Raja, yang tinggal di Seri Perdana, menteri, menteri besar, ketua setiausaha, malah boleh dikata hampir semuanya, adalah Melayu-Melayu belaka?

Siapa lagi yang harus kita salahkan, kalau bukan UMNO, sedangkan merekalah yang selama ini diberi mandat untuk membela?

Kalau seorang pengurus  yang diberi kuasa untuk memajukan syarikat, tetapi selama bertahun-tahun masih gagal juga membawa keuntungan kepada syarikat dan pemegang saham, apakah yang harus kita lakukan kepadanya?

Namun, mengapa masih ada yang sayang untuk "memecat" UMNO sebagai pengurus bangsa daripada terus berkuasa sedangkan peluang sudah diberi selama lebih 60 tahun lamanya?

Apakah Melayu mahu terus berharap kepada UMNO untuk tahun-tahun seterusnya?

Rasa sentimental orang-orang Melayu kepada UMNO sebenarnya lebih kepada perjuangan kemerdekaan yang pernah dilakukannya. Ia seperti mengikat mereka untuk kekal bersama UMNO selama-lamanya.

Mengingati dan menghargai  perjuangan UMNO dari segi menuntut kemerdekaan tidak ada salahnya, tapi UMNO juga harus diingati kerana kegagalannya memajukan  bangsa sendiri selepas merdeka, meskipun sudah diberikan kuasa dan mandat yang lama untuk berbuat demikian.

Bukan UMNO tidak mampu memajukan bangsa sendiri, tetapi setiap kali pemimpinnya menjerit "Hidup Melayu", bermakna setiap kali itu jugalah kekayaan negara telah dilencongkan ke poket sendiri atau kroni melalui pelbagai cara, sementara rakyat biasa terus dibiarkan melopong dengan mulut ternganga.

Dengan gagal selama 60 tahun dan melalui UMNO juga, orang Melayu terus berpecah sehingga hari ini, parti itu kini tidak boleh lagi dianggap sebagai mewakili Melayu. Melayu dalam UMNO semakin mengecil sebenarnya.

Banyak parti lain yang kini mahu mengalahkan UMNO juga ada Melayu di dalamnya. Di dalam PKR ada Melayu, dalam Amanah ada Melayu, dalam DAP sudah ramai Melayu, dalam PAS juga Melayu dan dalam PPBM lagilah Melayu.

Dengan yang demikian, jika masih ada Melayu yang masih bimbang dengan nasib Melayu sekiranya UMNO kalah pilihanraya serta hilang kuasa, mereka seharusnya melihat dalam perspektif yang lebih luas dan terbuka. 

Oleh kerana semua parti-parti tersebut ada Melayu di dalamnya dan mereka sedang bergandingan antara satu sama lain, mereka lebih menyeluruh sifatnya. 

Jika dalam BN hanya ada UMNO yang memperjuangkan Melayu, tetapi dalam parti-parti pembangkang yang semua di dalamnya ada Melayu, skop dan ruang lingkup pembelaan kepada Melayu itu menjadi lebih luas lagi. 

Melayu kampung, Melayu bandar, Melayu separa bandar, malah semua kelompok Melayu ada dalam parti-parti selain UMNO sekarang ini. UMNO sebaliknya hanya tinggal mengharap sokongan orang-orang kampung, Felda dan luar bandar saja, itu pun mereka kekal dibiarkan miskin supaya mudah digula-gulakan ketika pilihanraya.

Melayu tidak perlu takut meninggalkan UMNO. Melayu tidak mati tanpa UMNO. Di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, tidak ada Melayu yang meninggal dunia sejak kalah dan hilangnya kuasa UMNO di negeri-negeri tersebut.

Orang Melayu sebetulnya tidak mati tanpa UMNO, sebaliknya UMNO yang pasti mati tanpa sokongan Melayu. (SH 19/10/2016).

Pemimpin PAS yg berunding dgn UMNO mengenai RUU355 bila gagal AMANAH, PKR & DAP yg di persalahkan?

Posted: 18 Oct 2016 08:30 PM PDT

Pemimpin PAS yg berunding dgn UMNO mengenai RUU355 bila gagal orang lain yg di persalahkan? Memang perangai buruk.


KENYATAAN PJ PAS PERAK, RAZMAN ZAKARIA BODOH DAN BIADAD

Saya ingin merujuk kepada status di dalam FB PJ Pas Perak, Razman Zakaria. Apabila beliau menyatakan, sekiranya RUU Akta 355 yang ingin dibawa oleh MP Marang, Hadi Awang ditolak, maka yang paling gembira adalah Amanah, Keadilan dan Dap.

Bagaimana beliau boleh menyatakan Keadilan gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak? Apakah beliau tahu apa pendirian Keadilan dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi? Mengapa tersarangnya perangai buruk. syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan? Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?

Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari No. 4 kemudiannya ke bawah menjadikan No. 7 ? Mengapa Amanah, Keadilan dan Dap yang kamu sasarkan ? Speaker Dewan bukan dari Amanah, Keadilan mahu pun Dap.

Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu. Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU Akta 355 itu berjaya.

18 Oktober 2016
Pengarah Komunikasi
Keadilan Pahang

Anak Mangsa Kemalangan PAJERO/MyVi di DUKE Tahun Lepas Hanya Terima RM12,000 Dari RM300,000 Wang Sumbangan

Posted: 18 Oct 2016 07:30 PM PDT

yusnidah-dua-anak-saudara
Seorang waris kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan tahun lalu mendakwa dua anak saudara hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

Yusnidah Hussain, 48, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam, 35, berkata, wang sebanyak itu diperolehi selepas dia membuat laporan polis pada 22 Jun tahun lalu.

Beliau mendakwa, semua wang sumbangan orang ramai itu dimasukkan atas nama akaun bank peribadi dua adiknya yang lain.

"Saya sedih kerana wang yang sepatutnya menjadi hak dua anak saudara saya tidak sampai ke tangan mereka untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian demi masa depan.

"Alasan yang diberikan oleh adik-adik saya, wang itu hak mereka kerana akaun bank peribadi atas nama mereka.

"Mereka turut memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.

"Padahal saya yang menjaga dua anak saudara saya selepas seminggu kematian ibu bapa mereka hingga ke hari ini.

"Namun disebabkan pertikaian wang sumbangan itu, hubungan kami adik-beradik berpecah sehingga berlaku saman-menyaman dan kes kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur," katanya di sini hari ini.

Yusnaidah mengadakan sidang media yang turut ditemani dua anak saudaranya, Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqilah, 5.

Myvi langgar pajero
Kemalangan maut melibatkan Pajero dengan beberapa buah kereta MyVi mengorbankan Fairuz Nizam, isteri dan bayi mereka pada Mei tahun lepas.

Pada 2 Mei tahun lalu, Fairuz Nizam dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa terbunuh di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta di sini pukul 1.05 pagi.

Yusnidah yang memiliki tujuh anak dan dua anak angkat kini mendapat hak penjagaan sementara Amira dan Aqilah daripada mahkamah.

Anak keduanya telah meninggal dunia manakala menantu serta seorang cucu turut tinggal bersamanya.

Mengulas lanjut, Yusnidah yang terpaksa menutup bisnes restoran dan kedai kek gara-gara konflik keluarga itu turut kesal kerana wang pampasan insurans arwah adiknya itu telah dituntut oleh keluarga sebelah isterinya.

Ini kerana jelasnya, satu sen wang pampasan itu tidak diberikan kepada dua anak saudaranya itu.

"Saya menjaga mereka siang malam dan melayan tangisan trauma pada waktu-waktu tertentu.

"Jangan kata hendak bertanya khabar, hantar buah atau makan pun tidak pernah.

"Tapi bila timbul isu wang sumbangan orang ramai dan pampasan insurans, mereka cepat ambil seolah-olah hak mereka.

"Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.

"Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.

"Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.

"Justeru kami mengalu-alukan orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah tampil membuat laporan polis," katanya.

mangsa-al-fatihah
Gambar kenangan Allahyarham Fairuz Nizam dan isterinya, Allahyarham Nova Safitri Azhari dan bayi, Allahyarham Nur Firuza Annisa dan dua lagi anak mereka Nur Firuza Amira,dan Nur Firuza Aqilah.

Nahas yang mendapat kecaman masyarakat mengakibatkan dua pemandu kereta Perodua Myvi didakwa di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak itu.

Pada 8 Mei tahun lalu, juruteknik komputer, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, dan Penolong Pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd. Said, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan.

Kedua-duanya didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam.

Dalam kejadian itu, Mohamad Fizal Reza yang juga bapa kepada dua anak memandu kereta Myvi bernombor pendaftaran WXE 695 berwarna putih manakala Siti Noor Aini yang merupakan ibu kepada seorang anak, memandu kereta W 5192 F berwarna kuning.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

YB Sepang perbetulkan fitnah TV3 terhadap YB Marang yang dikatakan sokong GST

Posted: 18 Oct 2016 06:30 PM PDT


LINK VIDEO : Klik Sini

Saya puji sikap YB Hanipa Maidin. Walau ketika dia sakit dulu penyokong PAS katakan itu kafarah akibat bawa lari kerusi, ianya sedikit pun tidak ditegur oleh pimpinan PAS yang ada.

Tetapi apabila TV3 melaporkan bahawa Dato Seri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyokong GST, YB Hanipa Maidin tampil membuat penjelasan ianya telah sengaja disalah lapor oleh TV3.

YB Hanipa Maidin juga mengesahkan beliau mendengar keseluruhan ucapan kerana beliau berada didalam dewan ketika itu.

Tahniah YB Mohamed Hanipa Maidin kerana berlaku adil kepada Presiden PAS. Mungkin semua daripada boleh mengambil contoh sikap yang terpuji ini. Moga dipelihara kesihatan beliau untuk terus berjuang. Iqra'.

Muhammad Syafiq Azmi

Penduduk Kg. Lanai Baling kecewa bilamana pemimpin tak kunjung tiba

Posted: 18 Oct 2016 05:34 PM PDT

 Penduduk kecewa pemimpin tak kunjung tiba
BALING - Penduduk kampung Lanai, di sini kecewa selepas sebuah program yang diatur mereka tidak dihadiri seorang pemimpin.

Difahamkan, wakil pemimpin juga hanya hadir di sebelah petang selepas tamat program.

Penduduk, Tamizi Nadzir, 43, berkata, penduduk hadir sekitar jam 8 pagi bagi bergotong-royong membuat persiapan program tersebut.

Menurutnya, mereka bertungkus-lumus menyediakan dua khemah, tiga kawah bubur asyura dan persediaan makan tengah hari.

"Sampai pukul 3 kami tunggu pemimpin itu tetapi tidak hadir. Kami bukan nak harapkan duit dan sumbangan, tetapi cuma mahu beliau hadir meraikan program," katanya.

Tamizi berkata, kegagalan pemimpin itu hadir termasuk wakil menyebabkan hasrat mereka meluahkan masalah tidak kesampaian.

"Walaupun hujan, penduduk masih setia menunggu, sepatutnya pemimpin tersebut menghantar wakil," katanya .

Penduduk, Hamidah Saad, 52, berkata, golongan wanita antara yang bersusah payah menyediakan masakan untuk menjayakan program itu.

"Warga emas pun turut terlibat, ada juga yang bawa anak-anak kecil," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lanai, Ahmad Omar, berkata, jemputan bersurat sudah dibuat kepada pemimpin berkenaan termasuk dihubungi dengan panggilan telefon.

"Saya sebagai Pengerusi JKKK agak kecewa dengan perkara ini, program ini sudah diatur sejak seminggu lalu, kutipan makan dan minum juga dibuat penduduk.

"Namun pihak kampung mengucapkan terima kasih kepada tiga wakil yang sudi hadir walaupun lewat," katanya.

Sementara itu, wakil pemimpin, Fakarurazi Mohd Nor berkata, kelewatan itu disebabkan salah faham.

"Ada salah faham dari segi masa, Datuk pula ada menghadiri mesyuarat," katanya.

Menurutnya, satu program bersama rakyat dicadangkan tahun hadapan.

"Dalam program itu masyarakat boleh kemukakan masalah kepada pemimpin," katanya

Alor Setar - Risiko limpahan air laut tinggi

Posted: 18 Oct 2016 05:00 PM PDT

Risiko limpahan air laut tinggi
ALOR SETAR - Orang ramai disarankan supaya lebih peka dengan keadaan semasa khusus ketika fenomena air pasang besar dan angin kencang yang sedang berlaku.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Rosli Zakaria berkata, risiko limpahan air laut juga adalah tinggi sekiranya kedua-dua fenomena itu berlaku pada satu masa.

"Amaran angin kencang dan laut bergelora telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer perjam dan ombak besar mencapai sehingga 3.5 meter.

"Pada masa sama, kejadian air pasang besar juga diramalkan berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang akan mendedahkan kepada kenaikan paras air laut," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berkemungkinan besar berlarutan sehingga 19 Oktober ini.

"Jadual waktu air pasang di ramalkan berlaku dengan ketinggian 2.8 meter pada 15 Oktober, 2.9 meter pada 16 Oktober dan 3.0 meter pada 17 hingga 19 Oktober.

"Kejadian sama juga diramalkan berlaku dan sedikit berkurangan pada 20 Oktober dengan bacaan paras ketinggian 2.8 meter," katanya.

Sementara itu, MetMalaysia menerusi laman web rasminya turut mengeluarkan amaran hujan lebat pada 9.30 pagi di Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Perlis dan Pulau Pinang.

Sungai Petani - 94 mangsa masih di pusat pemindahan

Posted: 18 Oct 2016 04:28 PM PDT

94 mangsa masih di pusat pemindahan

SUNGAI PETANI – Sehingga jam lapan malam, seramai 94 mangsa dari 27 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di empat buah pusat pemindahan melibatkan penduduk dari enam kampung di Kota Kuala Muda.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda (PA) Azahar Ahmad berkata, antara pusat pemindahan yang dibuka termasuklah di Sekolah Kebangsaan Seri Kuala, Dewan Masjid Haji Yusof, Rumah Pengerusi JKKK Sungai Meriam dan Dewan Kampung Paya.

Kesemua pusat pemindahan yang dibuka 12 tengah malam 17 Oktober lalu masih lagi dibuka sehingga jam empat petang tadi.

"Kita masih memantau pergerakan ombak dan paras air laut selain menasihati penduduk agar sentiasa berjaga-jaga sekiranya menyedari berlakunya air pasang atau kejadian seumpama itu di sekitar kawasan terjejas," katanya.

OhDunia.My

Posted: 19 Oct 2016 08:24 AM PDT

OhDunia.My


Datuk Seri Jamal Yunos Ditahan Polis Bukit Aman Di KLIA

Posted: 18 Oct 2016 08:30 PM PDT

Kuala Lumpur – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.


Datuk Seri Jamal Yunos Ditahan Polis Bukit Aman Di KLIA

Baca selengkapnya

Anis Al-Idrus Mahu Dedah Bukti Punca Putus Cinta Dengan Raja Afiq

Posted: 18 Oct 2016 08:24 PM PDT

Pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus meminta diberi ruang dan masa bagi menjelaskan pekara sebenar di sebalik perpisahannya dengan aktor kacak, Raja Afiq.


Anis Al-Idrus Mahu Dedah Bukti Punca Putus Cinta Dengan Raja Afiq

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 19 Oct 2016 02:08 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Pengusaha Pusat Rawatan Islam Caj Melampau Rm32 800 Rupanya Pesakit Otak

Posted: 19 Oct 2016 01:02 AM PDT


Salah soghang daripada pasangan laki bini pengusaha sebuah pusat rawatan Islam di Jasin Melaka yang menjadi gosip gara gara caj melampau RM32800 rupa rupanya pemegang kad oghang kelainan upaya O...

Yalah Memang Yang Jahat Semua Cheq

Posted: 18 Oct 2016 11:46 PM PDT


Didakwa serin menibai dan menumbuk bekaih suami pasai sifat jelez melampau Elly Mazlein yang seakan baloq melayan sikap bekaih suaminya Azmi Hatta redha dengan tuduhan yang dilempaqkan Azmi seb...

Kakak Saja-saja Melawak Cheq Mengandung

Posted: 18 Oct 2016 11:44 PM PDT


Akibat daripada statuih yang diupload oleh pelakon Sharifah Shahirah pasai adiknya Sharifah Sakinah yang sedang mengandung di laman so sial beliau dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat yan...

Digi Lancaq Iphone 7 Dalam Acara Penuh Meriah

Posted: 18 Oct 2016 11:42 PM PDT


Rasanya semua oghang dah pun tau iPhone 7 dan iPhone 7 Pluih telah dilancaqkan di Malaysia baghu baghu ni riuh sekampung jugalah oghang kita untuk menjadi antara yang pertama memiliki telefon pint...

Adik Mangsa Nahaih Duke Didakwa Pecah Amanah Wang Sumbangan Oghang Ghamai

Posted: 18 Oct 2016 11:32 PM PDT


gambaq dari Malaysian DigestPasti hampa masih dok ingat tentang pasai kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah keluarga yang mengakibatkan 3 nyawa meninggai dunia di Lebuhraya Duta Ulu Kelang DUKE ...

Astro La Nih 20 Tahun Menceriakan Kehidupan Rakyat Malaysia

Posted: 18 Oct 2016 11:24 PM PDT


baghu baghu ni toknek telah menghadiri majlih sambutan ulangtahun yang ke 20 Astro Pantaih sungguh masa berlalu Pejam celik pejam celik dah 20 tahun Astro menghiboqkan menceriakan menyentuh...

Yang Jahat Semua Cheq Tak Apa Cheq Terima Semua Tuduhan Dia Elly Mazlein

Posted: 18 Oct 2016 11:22 PM PDT


Susulan pendedahan Azmi Hatta yang mendakwa Elly Mazlein menumbuk dan menerajang beliau pasai bersikap terlalu jelez Elly menerusi portai mStaq telah memberi balaih beliau Menurut Elly beliau ...

Tablet Honoq Media Pad 2 Dan Pengesan Kesihatan Honoq S1 Dilancaqkan Di China

Posted: 18 Oct 2016 10:22 PM PDT


Selain Honoq 6X dua lagi peranti baghu dilancaqkan di pasaran China kemarin oleh Honoq Pertama sekali ialah tablet Honoq Media Pad 2 Tablet Android Marshmallow ni dilengkapi skrin 8 1200 x 1...

Isteri Bomoh Melampau Penerima Bantuan Jkm

Posted: 18 Oct 2016 10:14 PM PDT


Isteri pengusaha sebuah pusat rawatan Islam di Jasin yang menjadi gosip ekoran caj perubatan yang melampau berjumlah RM32 800 merupakan pemegang kad oghang kelainan upaya OKU otak Menurut Pengar...

Berbunuh Pasai Cukai Ulat Bulu

Posted: 18 Oct 2016 10:12 PM PDT


lebih kurang 20 oghang terbunuh dalam pertempuran selama tiga hari antara etnik Pygmy dan Bantu di Republik Demokratik Congo DR Congo selepaih depa berkelai pasai cukai ulat bulu Anggota Parlime...

Abu Sayaff Tuntut Wang Tebusan Rm2 Juta Mangsa Culik Lahad Datu

Posted: 18 Oct 2016 10:04 PM PDT


Keluarga lima lelaki yang diculik di perairan Dent Haven di Lahad Datu Sabah Julai lepaih mendakwa kumpulan militan Abu Sayaff di selatan Filipina mengugut depa memintak wang tebusan Anggota k...

Punca Dan Cara Merawat Masalah Angin Dalam Badan

Posted: 18 Oct 2016 10:02 PM PDT


Bagi kebanya oghang masalah angin dalam badan barangkali bukan gangguan yang menjejaihkan hidup tapi bagi sesetengah oghang ia boleh menjejaihkan keyakinan diri walaupun gejala yang dialami ba...

Bawak Audio Ke Komputer Melalui Chrome Remote Desktop

Posted: 18 Oct 2016 08:32 PM PDT


Chrome Remote Desktop adalah sebuah aplikasi Google ni membolehkan hampa semua untuk mengawai desktop hampa semua dari mana mana peranti mudah alih Android atau iOS atau komputer lain sama ada Linu...

Faye Kusairi Tak Puas Hati Dan Gelaq Wartawan Mangkaq

Posted: 18 Oct 2016 08:24 PM PDT


Umum mengetahui kemarin Azmi Hatta telah mengadakan satu sidang media tergempaq dan di las menet di Taman Tasik Titiwangsa pasai ingin mendedahkan punca beliau dan Elly Mazlein bercerai Dalam...

Cheq Tak Mengandung Kakak Hanya Melawak Sharifah Sakinah

Posted: 18 Oct 2016 08:22 PM PDT


Sejak beberapa hari lepaih pelakon Sharifah Sakinah dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat Semuanya gara gara statuih yang diupload oleh kakaknya Sharifah Shahira yang buat oghang gham...

Terpaksa Dibunuh

Posted: 18 Oct 2016 07:20 PM PDT


HONG KONG Panda palin tua di dunia telah dimatikan euthnasia Ahad lepaih pasai kesihatannya merosot Menurut laporan CNN Panda yang diberi nama Jia Jia berkenaan berumoq 38 tahun dan dah mendi...

First Lady Syria Ditawaq Tinggaikan Negara

Posted: 18 Oct 2016 07:18 PM PDT


pompuan pertama Syria Asma al Assad bagitau beliau menolak beberapa tawaran untuk melarikan diri dari negara dilanda perang tu bersama anak anaknya menurut temuramah dengan penyiaq Russia24 yang...

Ghost Pepper Boleh Jadi Punca Tekak Berlubang

Posted: 18 Oct 2016 07:16 PM PDT


AMERIKA SYARIKAT Sebuah lubang terbentuk di tekak soghang lelaki selepaih memakan salah satu cabai palin pedaih di dunia Ghost Pepper Laporan Fox News kata lelaki berumoq 47 tahun berkenaan m...

Janji Temu Pertama Wajib Pakai Topeng

Posted: 18 Oct 2016 07:14 PM PDT


Sebuah agensi mencari jodoh di negara ni ambik inisiatif memper kenaikan pemakaian penutup hidung dan mulut kepada pasangan yang mengadakan temu janji untuk kali pertama Mirroq Online yang memetik...

Hanya Maria Chin Yang Boleh Biadab

Posted: 18 Oct 2016 07:12 PM PDT


Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah hanya berdiam diri apabila peserta demonstrasi jalanan Bersih 4 menghina Perdana menteghi Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansoq t...

Lambung Yusuf Iskandaq Hairul Azreen Dibantai Netizen

Posted: 18 Oct 2016 11:24 AM PDT


Gara gara memuat naik gambaq beliau sedang melambung anaknya Yusuf Iskandaq pelakon Hairul Azreen telah menerima beberapa komen daripada netizen yang kughang setuju dengan tindakan beliau Apa ...

Cheq Bercinta Dengan Faye Lepaih Nampak Wajahnya Dalam Solat Istikharah Azmi Hatta

Posted: 18 Oct 2016 11:22 AM PDT


Percintaan bekaih suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta dan Faye Kusairi boleh ghamai dok kata menjadi perhatian netizen Ada yang menganggap Azmi tak patut untuk menjalinkan hubungan dengan pompuan...

Lelaki Nigeria Yang Punya 97 Isteri Nak Menikah Lagi

Posted: 18 Oct 2016 10:02 AM PDT


Mohammed Bello Aboubakaq berasai dari Bida Nigeria penah menikah dengan 107 pompuan dan mendakwa tindakannya tu adalah demi memenuhi seruan Ilahi Namun lelaki warga Nigeria berumoq 92 tahun ni b...

Elly Penah Tumbuk Dan Terajang Cheq Azmi Hatta

Posted: 18 Oct 2016 08:22 AM PDT


Sejak Azmi Hatta bercerai dengan Elly Mazlein saban hari penyanyi pompuan tu membongkaq satu demi satu sikap buruk Azmi kepada umum Malah Elly ada menyindiaq Azmi menerusi beberapa hashtag di I...

Jakim Tak Ngaku Keluaq Kenyataan Auntie Anne S Tak Halai

Posted: 18 Oct 2016 07:02 AM PDT


Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia Jakim akhiaqnya tampil memberikan penjelasan pasai isu halai Kiosk Auntie Anne s di laman Facebook rasmi depa Jakim menerusi Unit Hal Ehwai Korporat Bahag...

Digi Mai Dengan Program Seumpama Maxih Zerolution Peranti Baghu Setiap 12 Bulan

Posted: 18 Oct 2016 04:22 AM PDT


Digi hari ni dilihat telah mai dengan sebuah pelan atau program baghu yang dinamakan sebagai Digi Easy Up Program tang mana melaluinya ia membolehkan para pelanggan depa mendapatkan sebuah peranti...

myartis.com

Posted: 19 Oct 2016 02:03 AM PDT

myartis.com


4 GAMBAR - ANAK KEDUA FIZZ FAIRUZ DITAHNIK USTAZ KAZIM ELIAS

Posted: 18 Oct 2016 08:00 PM PDT



"Terima kasih ustaz Kazim luangkan masa untuk taknik anak saya.. hehehehe... nasib baik dapat ustaz, kalau tak melilih air liur... hahahahaha," ujar Fizz Fairuz mengenai anak keduanya yang di telah ditahnik.

Buat masa ini, pasangan sama cantik sama padan ini belum mendedahkan wajah penuh serta nama anak kedua mereka.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

21 GAMBAR - AKSI DIANA DANIELLE & SUAMI DI AUSTRALIA

Posted: 18 Oct 2016 06:18 PM PDT



Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil baru-baru ini telah ke Australia bagi merakamkan saat-saat manis tersebut untuk sebuah program terbitan Astro berjudul 'Romantika'.

Selain menjalani pengambaraan tersebut, pasangan ini tidak melepaskan peluang untuk bercuti dan meluangkan masa di sana.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

CINTA FAYE LEPAS SOLAT ISTIKHARAH - AZMI HATTA BUAT AKUAN BERSUMPAH

Posted: 18 Oct 2016 03:56 PM PDT



Nampaknya isu antara Elly Mazlein dan bekas suaminya seorang pengarah, Azmi Hatta belum berakhir lagi apabila Azmi tampil mendedahkan setiap butiran mengenai penceraian mereka selepas tidak tahan dengan segala tomahan dan tuduhan dibuat oleh bekas isterinya itu.

Ini kerana sejak Azmi bercerai dengan Elly, saban hari penyanyi dan pelakon wanita itu membongkar satu demi satu sikap buruk Azmi kepada umum. Malah, Elly ada menyindir Azmi menerusi beberapa hashtag di Instagram.

Perbuatan Elly itu nyata memberikan kesan terhadap Azmi, apabila pengarah itu sering dikecam oleh masyarakat dan dilabelkan sebagai bapa tidak bertanggungjawab.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 19 Oct 2016 01:47 AM PDT

beautifulnara


Yang Jahat Semua Saya, Tidak Apa Saya Terima Semua Tuduhan Dia – Elly Mazlein

Posted: 18 Oct 2016 10:31 PM PDT

Susulan pendedahan Azmi Hatta yang mendakwa Elly Mazlein menumbuk dan menerajang beliau kerana bersikap terlalu cemburu, Elly menerusi portal mStar telah memberi respon beliau.

Menurut Elly, beliau menerima apa sahaja tuduhan yang dilemparkan oleh bekas suami kepada dirinya dan enggan lagi memikirkan hal berkenaan.

Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu.

Saya tahu tentang akuan sumpah ‘istikharah cinta’ setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini.

Dalam surat akuan sumpah tersebut, Azmi menyenaraikan 45 perkara berkaitan hal rumah tangga beliau bersama Elly sebelum ini.

Meskipun terluka dengan apa yang berlaku, Elly berkata beliau akan menghentikan sindirian di laman sosial atas permintaan peminatnya yang tercinta.

Sekarang nampaknya Elly Mazlein sudah mengalah dan tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan. Kami harap pihak disebelah sana melakukan perkara yang sama.

Sumber Berita : mStar Online

Astro Kini 20 Tahun Menceriakan Kehidupan Rakyat Malaysia

Posted: 18 Oct 2016 09:53 PM PDT

Baru-baru ini, Abang Nara telah menghadiri majlis sambutan ulangtahun yang ke 20 Astro. Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik, sudah 20 tahun Astro menghiburkan, menceriakan, menyentuh hati dan menggembirakan jutaan rakyat Malaysia menerusi saluran-saluran dan rancangan-rancangan mereka. Selaku seorang pengguna setia Astro, Abang Nara ingin mengucapkan tahniah dan semoga Astro akan terus Go Beyond dalam mengisi kehidupan pelanggannya.

asto 20 tahun

bergaya sikit sempena ulangtahun ke 20 Astro. Amcam hensem tak?

Ketika menghadiri majlis ulangtahun ke 20 Astro, pelbagai informasi serta perkara menarik yang telah mencuri perhatian Abang Nara. Paling Abang Nara suka ialah segmen Datuk Aznil, Johan, Zizan, Nabil dan Vincent Chong berkongsi bagaimana Astro telah mengubah kehidupan mereka. Datuk Aznil berkongsi bagaimana Astro telah membantu membina kerjayanya semula dengan memberi tawaran menjadi hos Akademi Fantasia. Johan pula daripada direct selling kepada salah seorang pelawak terkenal Malaysia. Memang hidup mereka semua berubah ke arah yang lebih baik dengan bantuan dari Astro.

asto 20 tahun

Harith Iskandar bertanya soalan kepada kelima-lima personaliti Astro ini

Salah satu perkongsian yang paling Abang Nara ingat ialah tentang kehidupan Nabil sebelum dan selepas memasuki Raja Lawak. Nabil yang seperti kita tahu merupakan juara program Raja Lawak musim kedua. Sebelum memasuki rancangan ini Nabil merupakan seorang despatch. Memang kehidupan Nabil bertukar 100% selepas berjaya menjuarai rancangan Raja Lawak. Daripada gaji sekadar RM600 ketika menjadi despatch, Nabil kini mampu memiliki rumah sendiri, hidup selesa dan mempunyai kenderaan yang boleh tahan hebat. Tergelak semua orang bila Nabil menceritakan bagaimana dia mengalami culture shock apabila mendapat wang bernilai RM60,000 selepas bersama Astro. Iyerlah sebelum ini paling banyak dapat pun RM600 je. Terus habis RM60,000 tue belanja kawan-kawan. Kelakar sungguh.

asto 20 tahun

Datuk Rohana Rozhan melakukan sambutan simbolik ulangtahun ke 20 Astro

Sepanjang 20 tahun ini, banyak perubahan serta inovasi yang telah dilakukan oleh Astro untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka. CEO Astro, Datuk Rohana Rozhan telah memberikan jaminan akan meneruskan kecemerlangan Astro untuk tahun-tahun yang akan datang. Banyak program-program baru serta perancangan yang cukup teliti telah dilakukan oleh Astro untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. Selaku pengguna setia Astro, Abang Nara memang 100% berpuas hati dengan mutu saluran serta kandungan Astro. Semuanya best-best dan kena dengan cita rasa ini.

asto 20 tahun

pelakon drama Doctors, Kim Rae Won buat kemunculan istimewa

Paling mengejutkan dan mengujakan di sambutan ulangtahun ke 20 Astro ini adalah kehadiran Kim Rae Won, hero drama Korea yang berjudul Doctors. Amboi, amboi, amboi. Memang hensem sungguh Kim Rae Won ini. Abang Nara memang layan drama Doctors ini menerusi saluran 393 ONE HD. Peminat-peminat Kpop mesti layan saluran 393 sebab macam-macam rancangan best terutamanya Running Man yang disiarkan setiap minggu. Memang 393 ONE HD adalah satu satu saluran feveret Abang Nara dan isteri. Hehehe.

asto 20 tahun

antara selebriti dan kartun-kartun kegemaran ramaii di Astro

Sempena ulangtahun ke 20nya, Asto ingin memberikan 20 hadiah yang ingin diberikan kepada anda smeua. Siapa ada karnival ekslusif iaitu Astro Fest yang bakal berlangsung di Sunway Lagoon khas untuk para pengguna Astro pada 20 November 2016 ini. Meh kita tengok antara 20 hadiah super awesome yang telah disediakan oleh Astro khas untuk anda.

asto 20 tahunasto 20 tahunasto 20 tahun

Best-best kan hadiah yang disediakan oleh Astro ini? Memang akan menjadi satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sekiranya anda berjaya memenanginya. Banyak lagi hadiah-hadiah best yang bakal menjadi milik anda. Cara-cara penyertaan dan kesemua hadiah yang ditawarkan boleh dilihat di https://celebrating-you.astro.com.my. Kesemua 20 hadiah ini adalah kerjasama di antara Astro dengan saluran-saluran di dalamnya seperti Astro Supersport, Astro Ceria, TLC, ONE HD dan banyak lagi.

asto 20 tahun
Sekali lagi, selamat ulangtahun yang ke 20 Abang Nara ucapkan kepada Astro. Semoga anda akan terus Go Beyond di tahun-tahun akan datang untuk memastikan kepuasan para pelanggan. Sekiranya anda pengguna Astro, pesanan Abang Nara jangan lupa untuk layari https://celebrating-you.astro.com.my untuk mencuba nasib anda memenangi 20 hadiah-hadiah super best sempena ulangtahun Astro. Mana tahu ada rezeki kan? Selamat mencuba!!!

Saya Tak Mengandung, Kakak Hanya Bergurau – Sharifah Sakinah

Posted: 18 Oct 2016 07:44 PM PDT

Sejak beberapa hari lepas, pelakon Sharifah Sakinah dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat. Semuanya gara-gara status yang dimuat naik oleh kakaknya, Sharifah Shahira yang membuatkan orang ramai menyangka Sakinah kini sudah berbadan dua.

Enggan terus mengelirukan peminat, Sakinah memberitahu kakaknya itu hanya bergurau dan apa yang ditulis di Instagram tidak membawa sebarang maksud.

Saya tak hamil. Kakak saya sekadar bergurau, tak sangka pula pengikutnya ambil serius.

Sakinah sebelum ini pernah hamil tetapi mengalami keguguran pada bulan Mac lepas.

Mana tahu, ucapan tahniah peminat sejak beberapa hari ini boleh menjadi doa buat Sakinah untuk hamil lagi selepas ini?

Sumber Berita : Harian Metro

Faye Kusairi Tidak Puas Hati Dan Gelar Wartawan Bodoh?

Posted: 18 Oct 2016 07:01 PM PDT

Umum mengetahui semalam, Azmi Hatta telah mengadakan satu sidang media "tergempar" dan di saat akhir di Taman Tasik Titiwangsa, kerana ingin mendedahkan punca beliau dan Elly Mazlein bercerai. Dalam kenyataan Azmi, beliau akui sifat cemburu buta Elly menyebabkan beliau ditumbuk dan diterajang oleh bekas isterinya itu.

Apabila orang ramai membaca kenyataan Azmi, mereka mempersoalkan bagaimanakah seseorang wanita yang pada waktu itu sedang hamil boleh teruk mencederakan seorang lelaki yang  kudratnya lebih kuat. Mengapakah Azmi tidak menghalang perbuatan Elly?

Tidak berpuas hati dengan penulisan daripada wartawan dan ingin membela Azmi, pelakon Faye Kusairi pula telah memuat naik pelbagai status di Twitternya.

Namun, antara yang menarik perhatian ramai dan mencetuskan kemarahan netizen ialah Faye sanggup mempertikaikan kredibiliti wartawan dan menggelar mereka bodoh.

Ada yang berpendapat untuk apa Faye terus lantang bersuara dan mempertahankan sesuatu yang belum tentu lagi di masa hadapan.

Ada juga yang menyifatkan menggelar wartawan bodoh itu adalah satu kata-kata yang tidak patut Faye keluarkan kerana kerjaya lakonan beliau juga bergantung kepada wartawan. Wartawan mampu menaikkan ataupun menjatuhkan populariti seseorang artis itu.

Hmmph, bagaikan tiada kesudahan episod antara Azmi, Elly dan Faye. Bagi kami senang sahaja,  baik Elly mahupun Faye berhentilah untuk mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun apa sahaja status menerusi media sosial.  Maaf, janganlah tunjuk yang anda berdua tidak matang dan bergaduh hanya kerana seorang lelaki.

(FOTO) Kad Kahwin Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Posted: 18 Oct 2016 10:33 AM PDT

Pasangan romantis Amar Baharin dan Amyra Rosli kini sedang menghitung hari untuk menempuh kehidupan baharu sebagai suami dan isteri.

Bakal bernikah pada 11 November ini, nampaknya  kad jemputan perkahwinan Amar dan Amyra sudah mula diedarkan.

Difahamkah majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 12 November depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dengan tema Black Glam.

Amar dan Amyra bertunang pada 22 Julai lepas didalam satu majlis tertutup berlangsung di Sunway Montana, Desa Melawati. Majlis pernikahan akan diadakan pada 11 November manakala majlis resepsi sebelah Amar  akan berlangsung pada 19 November .

Selamat menempuhi alam perkahwinan dan semoga kekal bahagia sehingga anak cucu. Memang sepadan habis Amar dan Amyra. Ibarat pinang dibelah dua. Ewah..

Sumber Berita : Media Hiburan

Lambung Yusuf Iskandar : Hairul Azreen Dikritik Netizen

Posted: 18 Oct 2016 10:16 AM PDT

Gara-gara memuat naik foto beliau sedang melambung anaknya, Yusuf Iskandar, pelakon Hairul Azreen telah menerima beberapa komen daripada netizen yang kurang setuju dengan tindakan beliau.

Apa yang dilakukan oleh Hairul itu bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan serius jika Yusuf terjatuh tetapi ada yang memberikan komen bahawa Yusuf boleh terkena sindrom "baby shaking" dan sawan.

Berikut antara komen netizen :-

Tentu sekali Hairul sudah tahu risiko untuk melakukan aksi sedemikian, siapa tahu dengan pengalaman sebagai "stuntman" mungkin beliau tahu langkah keselamatan yang perlu diambil. Apa-apa pun, bukan Hairul sahaja, anda diluar sana juga kalau boleh janganlah lambung anak tinggi-tinggi. Malang tidak berbau.

Saya Bercinta Dengan Faye Lepas Nampak Wajahnya Dalam Solat Istikharah – Azmi Hatta

Posted: 18 Oct 2016 10:14 AM PDT

Percintaan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta dan Faye Kusairi boleh dikatakan menjadi perhatian netizen.

Ada yang menganggap Azmi tidak patut untuk menjalinkan hubungan dengan perempuan lain saat Elly sedang mengandung berdasarkan pendedahan Elly sebelum ini yang memberitahu Azmi mula bercinta dengan Faye sebelum anak mereka lahir lagi.

Namun, Azmi memberitahu beliau dan Faye mula bercinta hanya selepas beliau sah bercerai dengan Elly pada bulan Oktober lepas.

Saya menjalinkan hubungan cinta yang serius selepas saya dikurniakan ilham dan Allah menampakkan wajah Faye Kusairi dalam solat istikharah. Demi Allah saya bercakap benar. Setelah beberapa kali pertemuan dengan Faye barulah saya beritahu mengenai gambaran solat istikharah itu.

Azmi juga membuat pengakuan bersumpah Faye bukan punca penceraiannya dan Elly Mazlein.

Tujuan beliau melakukan  sidang media semalam dan pengakuan sumpah itu bagi memulihkan serta membersihkan namanya dan juga Faye telah dituduh serta dilempar  dengan pelbagai tomahan, termasuk menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan Elly.

Disini saya mahu bersumpah bahawasanya dakwaan yang mengatakan Faye Kusairi punca saya berpisah dengan Elly Mazlein adalah tidak benar. Saya mengadakan sidang media ini bagi membersihkan nama baik saya dan Faye serta keluarga sekaligus menghentikan segala provokasi di media massa selama ini.

Nampaknya isu sudah semakin besar, satu demi satu kenyataan yang keluar. Kadang-kadang ada baiknya tidak meluahkan segala-galanya kepada umum kerana ia mengundang pelbagai masalah di masa hadapan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Elly Pernah Tumbuk Dan Terajang Saya – Azmi Hatta

Posted: 18 Oct 2016 05:33 AM PDT

Sejak Azmi Hatta bercerai dengan Elly Mazlein, saban hari penyanyi wanita itu membongkar satu demi satu sikap buruk Azmi kepada umum. Malah, Elly ada menyindir Azmi menerusi beberapa hashtag di Instagram.

Perbuatan Elly itu nyata memberikan kesan terhadap Azmi, apabila pengarah itu sering dikecam oleh masyarakat dan dilabelkan sebagai bapa tidak bertanggungjawab.

Tidak tahan dengan segala tomahan dan tuduhan dibuat oleh bekas isterinya itu, Azmi hari ini mendedahkan setiap butiran mengenai penceraian mereka. Menurut Azmi, sikap cemburu buta Elly yang terlampau membuatkan beliau berubah hati dan memilih jalan untuk berpisah.

Elly pernah menyerang Azmi di lokasi penggambaran drama dan menuduh beliau berlaku curang dengan pelakon yang membintangi drama arahannya.

Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya. Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.

Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama.

Mereka juga kerap bertengkar dan Elly turut melemparkan kata-kata kesat terhadap Azmi. Bukan itu sahaja, Azmi memberitahu Elly juga pernah bertindak ganas dan menumbuk serta menerajang beliau.

Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia.

Bapa Elly jugalah yang mencadangkan mereka untuk membawa haluan masing-masing kerana merasakan ia adalah keputusan terbaik buat beliau dan Elly pada waktu tersebut.

Bapa Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya jarang berhubung dengan Elly.

Berbicara mengenai anak mereka Putri Sarah Sefhia, Azmi hanya akan bertemu anak perempuannya itu sekiranya Elly sudah berubah sikap dan tidak lagi mencetuskan provokasi.

Azmi dalam sidang media yang diadakan petang tadi di Taman Tasik Titiwangsa turut menunjukkan akuan bersumpah mengenai masalah rumah tangganya dengan Elly.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Sumber Berita : mStar Online

ROTIKAYA

Posted: 18 Oct 2016 08:02 PM PDT

ROTIKAYA


“Saya Cinta Dengan Faye Kusairi Lepas Solat Istikarah”

Posted: 18 Oct 2016 04:51 AM PDT

Nampaknya bekas suami Elly Mazlein tampil membuat kenyataan dan bagi anda di luar sana, anda harus tahu, tindakan Azmi Mohd Hatta memilih untuk bercinta dengan Faye Kusairi adalah dengan izin Tuhan.

BACA: “Saya Bukan Perampas, Marah Sangat Kenapa”

“Saya menjalinkan hubungan cinta yang serius selepas saya dikurniakan ilham dan Allah menampakkan wajah Faye Kusairi dalam solat istikharah. Demi Allah saya bercakap benar. Setelah beberapa kali pertemuan dengan Faye barulah saya beritahu mengenai gambaran solat istikharah itu,” katanya kepada Astro Gempak.

Melalui sidang media yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa itu juga, Azmi turut membuat pengakuan bersumpah bahawa Faye Kusairi bukanlah punca penceraiannya malah melalui mStar Online, Azmi juga memberitahu bahawa dia turut ditumbuk, dipukul dan disepak terajang oleh bekas isterinya itu.

Manakala dalam kenyataan kepada BH Online, Azmi menjelaskan bahawa perpisahan mereka adalah disebabkan oleh sifat cemburu bekas isterinya itu sendiri.

“Saya meminta semua pihak menghentikan provokasi yang boleh memudaratkan lagi isu ini. Kami berpisah disebabkan beberapa perkara dan faktor utama adalah kerana sikap cemburu Elly sendiri”

“Sudah tiba masanya saya membuka mulut setelah lama mendiamkan diri. Banyak pihak yang terpalit dengan kontroversi ini dan saya perlu bersuara untuk menegakkan keadilan. Maruah saya sebagai lelaki seperti diperkotak-katikkan dalam hal ini”

“Oleh itu, perpisahan menjadi jalan terbaik buat saya dan Elly,” kata Azmi yang turut menyatakan bahawa keputusan untuk mereka berpisah juga adalah nasihat daripada bapa Elly sendiri.

Apa pun, Elly sebelum ini telah pun memaafkan bekas suaminya dan juga Faye. Diharapkan segala isu yang mampu mencetuskan semula persengketaan dapat dielakkan. (rtky/s)

Cara Paling Mudah Untuk Anda Langsai Hutang PTPTN!

Posted: 17 Oct 2016 08:40 PM PDT

Kalau nak cakap pasal bayar hutang memang kalau boleh semua orang nak mengelak, larilah ke hujung dunia sekalipun bila dah berhutang kenalah bayar kan. Hutang ada bermacam jenis tapi yang paling liat nak bayar pasti hutang PTPTN, biasalah dah bekerjaya kan mana nak ingat hutang masa susah dekat universiti dulu.

screen-shot-2016-10-18-at-12-33-38-pm

Tapi memandangkan sekarang zaman dah canggih, cara nak bayar hutang pun dah senang. Disebabkan kita sibuk ada cara nak buat bayaran dengan mudah, cepat dan selamat.Apa lagi melalui online lah.

Cara pembayaran pula memang mudah, sambil-sambil shopping online pun boleh buat. Tapi bagi pemegang akaun Maybank macam saya, ini langkah mudah untuk anda bayar hutang PTPTN anda:

1. Layari laman web Maybank Berhad http://www.maybank2u.com.my/. Masukkan Login ID dan Password anda kemudian pilih Bill Payment.

screen-shot-2016-10-18-at-12-00-36-pm

2. Pilih Make a one-off payment/ favourite payment (sekiranya telah masukkan sebagai favourite). Pilih Education & Education Loans. Klik Continue. Pilih PTPTN-Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan .Klik Continue.

screen-shot-2016-10-18-at-12-01-10-pm

3. Masukkan maklumat amaun: IC No atau no pinjaman atau no surat tawaran. Klik Continue. Pastikan bayaran kepada adalah betul.

screen-shot-2016-10-18-at-12-08-36-pm

4. Klik Request bagi permintaan TAC Number. TAC Number akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank.

screen-shot-2016-10-18-at-12-09-51-pm

5. Masukkan TAC Number tersebut dalam ruangan berkenaan. Klik Confirm. Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran.

Pemegang akaun bank lain jangan nak mengelak pula, pembayaran pinjaman melalui perbankan internet juga boleh dilakukan menerusi portal bank CIMB Clicks, Public Bank, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN), Pos Online, Agro Bank, RHB Bank dan AmBank. Jadi jangan nak buat-buat tak tahu!

Ceritanya anda duduk dimana sekalipun tiada alasan lagi untuk mengelak bayar hutang yang berlonggok itu. Kalau agak-agak rasa malas, cubalah ingat kembali bagaimana gigih anda menghantar permohonan pinjaman PTPTN masa belajar dulu. Ingat jika anda tidak bayar hutang, generasi akan datang akan menerima padahnya.

Tapi jangan lupa sebelum membuat sebarang transaksi, anda perlu tahu nombor pinjaman anda. Kalau ada yang lupa atau memang tak pernah ambil tahu, hubungi sahaja talian Careline PTPTN: 03 – 2193 3000 untuk sebarang pertanyaan. Nak tahu lebih lanjut, layari portal rasmi mereka: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-secara- online.

Selamat membayar hutang!

No comments:

Post a Comment