Biar kami berlaku jujur, menonton aksi Tom Cruise dalam filem pertama Jack Reacher beberapa tahun lalu cukup menyakinkan kami yang pelakon hebat ini tidak akan berhenti menjadi hebat dalam mana mana filem selepas itu.
Tekaan kami tepat dan dalam Jack Reacher: Never Go Back yang merupakan filem kedua dalam siri ini, Tom Cruise meneruskan legasi beliau sebagai seorang agen risikan yang telah bersara namun terpaksa berhadapan dengan konspirasi terhadap dirinya.
Ini 5 sebab kenapa orang ramai tidka harus berani cari pasal dengan Jack Reacher.
1. Jack Reacher is a serious business
Tengok sahaja wajahnya, terus teringat satu pepatah lama — kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi Jack Reacher. Minta dijauhkan.
2. Sifat mesra ke sifat ganas dalam 0.1 saat
Dalam sedutan trailer Jack Reacher: Never Go Back, karakter dibawakan Tom Cruise ini boleh jadi mesra untuk 0.1 saat sebelum menjadi badass yang pastinya digeruni semua.
Jangan cari pasal weh!
3. Gerak tangan super pantas & padu
Jack Reacher tidak akan berfikir dua kali untuk bertindak jika beliau tahu anda cuba cari pasal dan terbukti walau duduk bersebelahan dalam ruang sempit pun beliau mampu tundukkan musuh dalam sekelip mata. Fuh!
4. Pemanduan lasak dan pantas
Dalam filem pertama Jack Reacher, Tom Cruise dipuji hebat atas kebolehan beliau memandu aksi lagak ngeri melibatkan kenderaan laju dengan baik — cuba fikir bagaimana anda mahu lari jika beliau mampu memandu sehebat itu?
5. Bawa geng dan pistol bukan penyelesaian
Untuk Jack Reacher jika anda mahu berdepan dengan membawa senjata api mahupun kawan yang ramai, semua itu perkara mudah untuk ditangani. Sepantas kilat anda semua akan menyembah lantai atau cabut lari.
Okay jika semua sudah faham betapa hebatnya Jack Reacher atau Tom Cruise dalam filem terbaru ini, jangan lupa untuk tonton lebih banyak aksi badass beliau dalam Jack Reacher: Never Back Down yang akan menemui semua di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Oktober 2016 ini.
Siapa tidak teruja menimang anak selepas berkahwin, namun ada kalanya ketika hamil bukan sahaja isteri yang mendapat simptom, suami juga boleh terkena mengidam sekali. Bagi Akim Ahmad, pada usia kandungan isterinya mencecah lima bulan, dirinya yang lebih mengidam untuk makan bermacam jenis makanan, manakala Stacy pula hanya mengikut seleranya.
“Sebenarnya yang banyak mengidam itu adalah saya kerana kadang-kadang saya menginginkan pelbagai jenis makanan untuk dimakan berbanding dengan Stacy yang tidak kisah untuk memakan apa sahaja jenis makanan. Stacy pun mengikut sahaja apa yang saya mahu makan sehinggakan dia bertanyakan kepada saya, siapa yang sebenarnya mengandung”
“Sebenarnya ketika usia kandungan Stacy masuk tiga bulan sudah boleh nampak namun bila kami melakukan scan pun tidak nampak juga walaupun kandungannya kini sudah mencecah lima bulan. Mungkin bulan ke tujuh atau lapan baru kami akan melakukan scan kembali dan boleh mengetahui jantina anak itu nanti,” katanya kepada portal Astro Gempak” mengenai perkara itu.
Menyedari emosi wanita mengandung tidak stabil, Akim tidak pernah menghalang Stacy untuk terus bekerja di sepanjang tempoh kehamilan ini kerana tidak mahu beliau berasa tertekan jika dihalang untuk melakukan apa yang disukainya. Bagi Akim proses kehamilan isterinya mengajar beliau menjadi lebih sabar dan tenang berdepan dengan situasi. (rkty/w)
Nampaknya setelah Faye Kusairi mengakui dirinya menjalin cinta dengan bekas suami Elly Mazlein, Elly nampaknya memberi peringatan kepada pelakon berkenaan agar menjaga bekas suaminya dengan baik di laman Instagram.
Rata-rata peminat mengetahui bahawa nasihat tersebut hanyalah sekadar sindiran kepada Faye yang sebelum ini menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta.
Sebelum ini, Faye sendiri menyatakan bahawa dia berkenalan dengan bekas suami Elly setelah mereka bercerai. Tambah Faye dia juga malas melayan kerenah Elly yang sering kali menyerangnya.
"Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang. Saya malas hendak komen apa tujuan Elly yang kerap kali menyerang saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia. Tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang sekeliling saja yang mengetahuinya," katanya kepada mStar Online. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Ibarat menegakkan benang basah. Sekali lagi penjelasan pihak Azizan Osman disangkal dan didedahkan sebagai pembohong. Kenyataan yang disiarkan terus dihentam oleh pelbagai lapisan masyarakat. Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam Facebook Azizan Osman, penceramah popular itu dikatakan masih layak memegang status doktor kerana memiliki kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat. BACA […]
Hari ini pihak syarikat Azizan Osman iaitu Richworks telah menyiarkan satu kenyataan rasmi berhubung status kelayakan doktor yang dipertikaikan oleh banyak pihak. Menurut kenyataan tersebut, walaupun status Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya telah dinafikan Azizan Osman masih merupakan pemegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat. Anda boleh baca kenyataan […]
Kes tuntutan barang pasti dan rm20k oleh Pas Sri Gading (plaintif) terhadap saya (defendan1) & isteri saya Nazirah - (defendan2) dan rundingan penyelesaian
Setelah saya menyertai Parti Amanah Negara, PASTI Al-Ghazali yang saya uruskan telah ditutup oleh pihak PASTI Kawasan Sri Gading. Untuk meneruskan perkhidmatan saya kepada masyarakat terutama dalam sektor pendidikan, saya telah membuka Tadika Al-Fateh. Namun, Pas Kawasan menyaman saya dan isteri saya (seorang guru tadika) untuk dikembalikan barang pasti dan gantirugi RM20,000.00.
Setelah 2 hari bicara di mahkamah majestrit Batu Pahat, 2 saksi dan plaintif Ust Hashim memberi keterangan daripada 6 org saksi dan setelah disoal balas, tuntutan plaintif untuk gantirugi gagal dibuktikan, manakala tuntutan barang memang telah dari awal saya setuju kembalikan.
Justeru, Majistret memanggil kedua-dua peguam defandan dan plaintif untuk perbincangan.
Pada hari ini, dalam kamar mahkamah bahawa satu persetujuan hasil rundingan bersama telah direkodkan sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.
Penyelesaiannya, saya perlu kembalikan semua barang seperti yang di tuntut seperti dulang,cawan, bola sepak, bola jaring,pembaris kaju dan yang lain. Barang yg rosak saya perlu ganti. Saya tidak perlu bayar gantirugi RM20,000.00 kepada PAS kawasan, dan tiada kos tindakan.
Walaupun rase terkilan melibatkan istera saya dalam pertikaian ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Pas kawasan yang sebenarnya boleh berunding dgn saya Ketua Pemuda Amanah Johor dan sudi menarik balik perkataan saya menyeleweng menguruskan harta parti dan PASTI semasa keterangan di berikan.
Teramat istimewa pengerak dan penyokong amanah di semua peringkat, i love you all. Saya amat terharu ahli amanah di semua peringkat dan pelbagai bangsa, mereka semua terus bersolidarita untuk saya , bersama mengharungi 3 hari bersama semasa perbicaraan.
Terima kasih penguam muda Amanah Sdr Faiz Fadzil yang membawa kes ini dengan baik dan berkesan.
Penyelesaian kes ini menandakan pelaksanaan sifat integriti yang Parti Amanah Negara mahu perjuangkan dengan kembalikan barang yang dituntut serta gantikan barang yang sudah lupus seperti yang dijanjikan.
Penghijrahan saya dan isteri ke Parti Amanah serentak dengan penubuhan Tadika Al-Fateh diharapkan akan terus diterima baik masyarakat dalam perjuangan saya memberikan pendidikan dan bimbingan kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Mahadzir Bin Mat Zili Ketua Pemuda Amanah Negeri Johor
Awalnya saya tak berminat nak menulis tentang kes sahabat saya Sdr Mahadzir Mat Zili dan isteri beliau Nazirah Bt Abd Rahim yang menerima tuntutan dari Hashim Jusoh YDP Sri Gading.
Namun bila ramai sahabat2 yang menyebarkan cerita berbau fitnah dan adu domba, saya kira saya perlu perbetulkan tanggapan sahabat2 baik saya yang saya yakin mendapat gambaran yang tidak benar tentang cerita sebenar.
Apa yang sebenarnya berlaku? Kronologi cerita...
PASTI Kawasan Sri Gading mengarahkan Mahadzir Mat Zili tidak menggunakan nama PASTI bermula 2016. (Surat bertarikh 6 Sept 2015)
Sesuai dengan arahan tersebut, Mahadzir meminta PASTI Kawasan Sri Gading mengambil semua barangan milik PASTI dalam tempoh 14 hari berakhir 28 Nov 2015. Disertakan senarai barangan yang perlu diambil termasuk wang tunai.
PASTI Sri Gading tidak mengambil sebarang aset dari Premis yang disewa Mahadzir sebaliknya YDP Sri Gading mengemukakan tuntutan wang tunai RM20 ribu dan semua aset PASTI.
Di hari ketiga perbicaraan, setelah 3 saksi plaintif memberi keterangan, tanpa Sdr Mahadzir dan Nazirah selaku defenden dipanggil memberi keterangan, Perbincangan diantara kedua-dua pihak bersetuju agar PAS Kawasan Sri Gading mengambil balik sebahagian aset yang ditawarkan oleh Mahadzir November lalu.
Namun YDP Sri Gading GAGAL memperolehi wang tunai seperti yang di tuntut.
Harapnya sahabat2 berhentilah dari bercerita perkara yang tidak benar. Saya sayangkan anda semua. Semoga Allah selamatkan kita semua di dunia dan akhirat.
KOTA KINABALU 5 Okt. - Kedua-duanya bukanlah ahli perniagaan atau terlibat dalam kegiatan judi haram mahupun kartel dadah, sebaliknya mereka hanyalah penjawat awam tetapi seorang memiliki wang tunai RM45 juta manakala seorang lagi RM7 juta.
Itulah yang berjaya dibongkar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil penahanan empat orang suspek termasuk seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di sini.
Kesemua mereka dipercayai terlibat dalam kes menyeleweng dan menyalah guna dana kerajaan Persekutuan untuk projek infrastruktur bekalan air di Sabah sejak enam tahun lalu.
Selain wang tunai RM52 juta termasuk pelbagai mata wang asing bernilai RM8.3 juta milik kedua-dua penjawat awam berkenaan, turut memiliki koleksi barang kemas seperti berlian, batu permata, cincin, rantai, gelang dan subang yang bernilai jutaan ringgit; 92 beg tangan berjenama yang setiap satu dianggarkan bernilai ribuan ringgit serta 127 geran tanah di Sabah atas nama salah seorang suspek.
Ketika mengulas kejayaan operasi tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki yang menyifatkannya sebagai luar biasa berkata, kesemua suspek dipercayai telah mengumpul kekayaan sekurang-kurangnya sebanyak RM112 juta hasil perbuatan tersebut.
Ini kerana katanya, hasil siasatan, SPRM turut menyita akaun bank milik kesemua suspek yang bernilai RM23 juta, enam peti simpanan tunai yang salah satu berisi wang RM2.5 juta dan satu akaun milik seorang suspek yang mengandungi wang RM37 juta.
“Ini kejayaan yang sangat besar. Sebanyak 30 anggota kami mengira wang tunai tersebut (RM52 juta) selama 15 jam bermula 12 tengah hari semalam sehingga pukul 3 pagi ini. Mereka dikurung di dalam bilik untuk memastikan integriti sentiasa terjaga.
“Kesemua wang tunai itu dirampas hasil serbuan di rumah dan pejabat pengarah serta timbalan pengarah tersebut. Operasi yang dilakukan bermula pagi semalam sehingga tengah malam,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat SPRM di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Hishamuddin Hashim.
Azam berkata, SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua suspek sejak lebih setahun lalu dan serbuan yang dijalankan disertai 60 anggota keseluruhannya.
Turut dirampas sembilan buah kenderaan mewah milik suspek, antaranya Range Rover, Ford Ranger, Lexus, BMW, Audi dan Volvo.
Jelas beliau, pihaknya juga percaya suspek turut menyimpan wang rasuah di dalam bank di luar negara dan pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan wang tersebut manakala nilai kesemua barang kemas yang dirampas masih belum diperoleh.
Sementara itu katanya, salah seorang suspek yang bergelar Datuk adalah adik kepada timbalan pengarah itu manakala suspek keempat bekerja sebagai akauntan.
“Kesemua suspek ditahan di Kota Kinabalu dan kami telah mendapatkan perintah reman selama tujuh hari daripada Mahkamah Majistret. Saya tidak menolak kemungkinan selepas ini akan ada lagi tangkapan. Saya menyeru semua yang mempunyai maklumat untuk hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan.
“Selama ini banyak kontraktor yang merungut tidak cukup makan kerana gagal mendapat kontrak. Kontrak-kontrak itu telah disalurkan kepada ahli keluarga suspek,” katanya.
Tambahnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Sementara itu dalam satu kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menegaskan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi menyiasat kes berkenaan.
Beliau berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau dipengaruhi.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
PETALING JAYA - Ahli keluarga aktivis misi bantuan kemanusiaan, Dr Fauziah Hasan yang kini ditawan Israel sudah menjangka bakal berdepan insiden itu dan bersedia menghadapi situasi berkenaan dengan penuh kesabaran.
PETALING JAYA - Lebih 38 syarikat milik adik-beradik kepada dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah disyaki terbabit berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion.
Portal MalaysiaKini melaporkan selepas kontroversi minggu lalu, Kumpulan Syarikat Richworks menjelaskan bahawa penceramah motivasi Azizan Osman memiliki gelaran doktor daripada sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS).
Arab Saudi – Seorang remaja Arab Saudi yang popular di laman video YouNow selepas 'mengurat' seorang gadis dari Amerika Syarikat yang comel telah ditangkap polis.
KUCING walaupun haiwan comel bersaiz kecil namun makhluk ini dikenali kerana pemburu yang hebat. Hakikat ini terbukti, kerana kucing mampu membunuh ular besar.
KUALA LUMPUR, 5 Muharram 1438H, Khamis – Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM4.1 juta.
SEPANG - Sembilan warga Australia dibebaskan tanpa sabitan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas kesalahan memakai seluar renang Jalur Gemilang ketika Grand Prix (GP) Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi.
Kalau masih ingat dulu nama Faye Kusairi pernah terpalit dalam penceraian diantara Elly Mazlein dan suami, namun pada ketika itu beliau menafikan dakwaan menjadi orang ketiga dalam hubungan itu.
Tsunami besar dan banjir telah melanda Busan pada ketika ini. Difahamkan, Tsunami tersebut bukan berpunca daripada letusan gempa bumi namun terjadi akibat taufan Chaba.
Sejak bercerai kira-kira sembilan tahun lalu, penyanyi Azharina Azhar, 31, mengakui belum terfkir untuk kembali mendirikan rumah tangga kerana masih trauma untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki untuk dijadikan teman hidup.
Wakil tunggal Malaysia dan Asia dalam misi kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva 'Women's Boat to Gaza' (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan, menggesa semua pemimpin dunia, kerajaan dan rakyat Malaysia serta mereka yang cintakan keamanan bertindak membebaskan semua 13 aktivis keamanan yang ditahan secara tidak sah oleh Israel.
"Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi akhirnya kemenangan berpihak kepada saya. Saya berasa amat bersyukur selepas lebih dua tahun setengah menunggu dan akhirnya kes ini selesai."
Penyanyi Saida Tarudin yang juga kakak kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza selamat diijabkabulkan dengan kekasihnya, Hafiizh Che Apit Mat atau Apit dengan sekali lafaz jam 2.40 petang tadi.
Bila ada sahaja wanita yang memegang status ibu tunggal, pasti pandangan masyarakat terhadap mereka agak berbeza. Perkara pertama yang bermain di fikiran masyarakat ialah betapa susahnya hidup untuk menjaga anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi dan pasti hidup seorang ibu tunggal selalu bersedih.
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, 36, memberitahu yang dia gembira dan berterima kasih kepada Faye Kusairi kerana akhirnya aktres tersebut mengaku mempunyai hubungan cinta dengan bekas suaminya yang juga pengarah, Azmi Hatta.
Elly yang merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) itu turut mendoakan kebahagiaan bekas suami dengan kekasih barunya itu.
Umum pasti telah tahu bagaimana senarai peserta Gegar Vaganza 3 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober depan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bocor baru-baru ini di laman sosial.
Meskipun awalnya pihak Astro menafikan senarai tersebut, namun semalam ia akhirnya diumumkan kepada media dan ternyata senarai terkini itu sama dengan senarai yang dibocorkan.
"Saya sedar, perkara baik seperti mendirikan masjid ini patut dikongsi bersama orang ramai. Bagaimanapun, atas permintaan keluarga termasuk anak, majlis ini diadakan tanpa teman media," demikian kata penyanyi Saida, 40, mengenai majlis nikahnya secara 'tertutup' yang diadakan semalam.
Untuk info, Saida, yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keenam itu selamat bergelar isteri kali kedua dengan pilihan hatinya, Hafiizh Che Mat, 36, di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.
Kebiasaannya apabila menggunakan medium sosial macam Whatsapp Wechat Line dan sebagainya konfem kita baloq untuk menulih ayat panjang lebaq kan Sama jugak dengan memberi salam kita selalunya ...
sapadia tak teruja menimang anak selepaih menikah namun ada kalanya masa mengandung bukan saja isteri yang mendapat simptom suami jugak boleh terkena mengidam sekali Bagi Akim Ahmad pada umoq ...
Pagi ni nama pelakon Faye Kusairi menjadi topik hangat apabila beliau admit sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama bekaih suami penyanyi Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta Namun Faye habaq be...
Peserta Gegaq Vaganza 3 telah pun diumumkan kemarin dan tak kami nafikan kali ni barisan penyanyi yang berentap agak hebat Namun disebalik pengumuman hat sama dok habaq tadi penyanyi Mya Mata...
Kalau masih dok ingat dulu nama Faye Kusairi penah terpalit dalam penceraian diantara Elly Mazlein dan suami namun pada masa tu beliau takmau mengaku dakwaan menjadi oghang ketiga dalam hubungan t...
Setelah sekian lama berdiam diri dan berteka teki akhiaqnya Faye Kusairi telah tampil membuat pengakuan bahawa bekaih suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta adalah buah hatinya Sebelum ni memang te...
kola LUMPUR Pelan Induk Perkapalan Malaysia yang dirangka bagi merancak industri perkapalan negara bakai dimuktamadkan menjelang akhiaq tahun ni Timbalan menteghi Pengangkutan Datuk Aziz Kapraw...
Indonesia memuji program pengampunan cukainya sebagai kejayaan besaq selepaih mengumpoikan 97 2 trilion rupiah RM30 6 bilion dalam tempoh beberapa bulan pertama namun semakin ghamai mengutuk s...
Bekaih gitaris utama kumpulan Bumiputera Rockers BPR Ibrahim Musa yang lebih dikenali Yem C meninggai dunia pada umoq 54 tahun selepaih dok lawan dengan penyakit kanser tulang tahap empat Allah...
Indonesia kemarin menahan soghang lelaki yang dipercayai menggodam sistem komputer sebuah syarikat pengiklanan baghu baghu ni pasai menayangkan klip video pornografi di papan kenyataan elektronik ...
soghang penyelam senioq di pusat tarikan akuarium marin Underwater World Singapore UWS meninggai dunia pada Selasa selepaih ditusuk sengat pari pada bahagian dadanya lapoq portai berita Channel ...
Ternyata duit bukanlah segala galanya sekalipun tawaran gaji yang tinggi belum konfem menjamin kebahagian pekerja Gambaq hiasan Sebab itulah selain dari menawaqkan gaji yang tinggi ghamai majik...
Pengarah dan timbalan pengarah Jabatan ayaq Sabah direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa melibatkan pengagihan projek bernilai lebih R...
KOTA KINABALU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM merampaih RM114 5 juta daripada 2 pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini yang didakwa menyalahgunakan kuasa melibatkan projek in...
kola LUMPUR Siasatan berhubung penemuan dua butiaq bom asap di tempat pembuangan sampah di Program Perumahan Rakyat PPR ayaq Panaih Setapak di sini kemarin menjuruih kepada pasukan polih dan t...
MELAKA Dua remaja pompuan 14 tahun jugak pelajaq yang tinggai di asrama madrasah tahfiz al Quran di Batu Berendam di sini dilapoqkan hilang sejak awai pagi kemarin Difahamkan kehilangan kedua ...
Muhyiddin baghu baghu ni jengoi ataih pentaih PAS di kola Terengganu untuk bercakap pasai 1MDB dan lain lain lain Beliau telah dijemput pada kapasiti bekaih Timbalan Perdana menteghi sebelum pemb...
Google akhiaqnya melancaqkan telefon pintaq baghu Google Pixel yang dibina dengan kecerdasan buatan artificial intelligence atau AI untuk menandingi iPhone melalui telefon bimbit berharga premiu...
Selepaih meraih jumlah penonton dan peminat yang tinggi program Gegaq Vaganza diteruihkan lagi untuk musim ke 3 Hari ni bertempat di Trec KL Jalan Tun Razak pihak Astro telah mengadakan satu ...
Kejadian rompakan melibatkan Kim Kardashian disyaki didalangi oleh beberapa individu yang dikenali ghapat dengan bintang realiti tv Amerika Syarikat Bekaih pengawai peribadi yang penah diupah oleh...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menyita jutaan wang tunai yang dipercayai milik soghang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah selepaih menyerbu rumah pegawai terlibat Terda...
Tentu hampa semua tau tentang pasai isu viral tang mana artis awai Ashaari dan Scha Al Yahya berkongsi gambaq mereke bercumbu Beberapa hari selepaih tu pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin tu...
Kebiasaannya, selebriti popular pasti akan menggayakan pakaian yang berjenama dan mahal meskipun bukan untuk tujuan acara hiburan dan sekadar santai sahaja. Ada yang sanggup berbelanja sehingga ribuan ringgit sebulan untuk bergaya.
Namun, buat pelakon drama Lara Aishah, Nazim Othman beliau tidak begitu suka menghabiskan wangnya untuk memakai pakaian berjenama.
Kebanyakan baju yang saya pakai murah saja. Kena pandai cari dan pada masa sama cara kita menggayakan pakaian itu penting. Warna juga memainkan peranan dalam menentukan gaya saya.
Pada pendapat saya, tidak guna jika kita membeli pakaian yang mahal, tetapi nampak biasa saja apabila dipakai. Saya pernah membeli pakaian berjenama, tetapi yang tidak berjenama dan murah nampaknya lebih bertahan lama.
Tambah Nazim lagi, beliau sebenarnya udah lebih enam bulan beliau tidak membeli-belah.
Apabila berlakon, saya beli banyak baju untuk dipakai ketika penggambaran. Jadi saya fikir, buat apa perlu membazir? Pakai saja apa yang ada. Orang ingat saya suka melabur dalam pakaian, tetapi sebenarnya tidak. kalau nak tahu, saya seorang yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan.
Nak cari duit bukan senang. Tambahan pula kita sebagai selebriti tiada caruman KWSP atau SOCSO seperti kebanyakan orang. Jadi, saya perlu berjimat.
Kami setuju dengan prinsip Nazim Othman, kadang-kadang baju pasar malam yang RM 10 pun lebih selesa dan kelihatan lebih cantik bukan? Masa depan itu penting, jadi lebih baik untuk berjimat cermat.
Pagi ini nama pelakon Faye Kusairi menjadi topik hangat apabila beliau mengaku sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama bekas suami penyanyi Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta. Namun, Faye memberitahu beliau bukanlah punca rumah tangga Elly dan Azmi retak. Faye dan Azmi mula rapat selepas lelaki itu bercerai.
Susulan pengakuan Faye itu, Elly menerusi akaun Instagramnya telah memberikan responnya dan beliau berharap Faye dapat menjaga Azmi dengan baik serta mendoakan kebahagiaan mereka.
Berikut respon Elly di Instagramnya :-
Terhutang budi .. terima Kasih ya .. kakak lina syg kakak faye ketat2.. jaga Amzi hatta baik2 tau .. kakak lina Doakan kakak Faye bahagia tau .. meh cium cikit kakak Faye.
Malah, sebelum ini Elly pernah dikatakan menyindir Faye menerusi status-status di Instagramnya.
Berbicara mengenai hal berkenaan, Elly menerusi portal Harian Metro tidak menolak jika ada pihak yang terasa hati dengan kenyataannya.
Apa yang saya tulis sekadar kenyataan di laman sosial itu dan kalau ada pihak terasa hati, saya tidak boleh kata apa-apa. Sejak beberapa minggu lalu saya memuat naik beberapa gambar berserta kenyataan dan saya tidak mahu kaitkan dengan sesiapa. Tak sangka pula orang ramai kaitkan status-status itu dengan orang lain pula.
Beberapa hari lepas, ada satu foto yang dimuat naik Elly berkaitan bahaya fitnah nampaknya mempunyai persamaan dengan foto yang dimuat naik Faye beberapa hari sebelum itu. Walaubagaimanapun, Elly menafikan khabar angin yang beliau seakan menyindir Faye.
Saya tak pernah membuka mahupun mengikuti perkembangannya di Instagram. Jadi, tak mungkin saya meniru atau menyindirnya.
"Perbalahan" Elly Mazlein dan Faye Kusairi ibarat tiada kesudahannya. Masing-masing mempunyai isu tersendiri. Apa-apa pun, kita tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak kerana hanya mereka sahaja yang tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Namun, disebalik pengumuman tersebut, penyanyi Mya Matahari telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila beliau mendakwa dirinya diperkotak-katikkan oleh pihak Astro yang memberitahu beliau akan mendapat peluang untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza.
Jelas Mya, sejak dari musim ke 2 lagi beliau diberikan harapan palsu apabila diminta untuk menyertai uji bakat tetapi tidak pernah tersenarai dalam pertandingan berkenaan.
Jangan buat diri saya macam tak ada nilai. Sejak Gegar Vaganza musim kedua (GV2), produksi Astro panggil saya untuk diujibakat dan ketika itu nama saya disebut-sebut sebagai peserta. Namun, apabila nama peserta diumumkan, saya tiada dalam senarai. Pihak produksi tak beritahu pun sehingga saya terpaksa menghubungi mereka.
Menurut Mya lagi, pada sesi ujibakat GV3 sekali lagi dia dipanggil dan perkara sama berulang.
Sekali lagi nama saya digembar-gemburkan kononnya ada dalam senarai peserta GV3 hingga ramai rakan artis bertanya bila keputusan akan diumumkan. Tiba-tiba Astro sudah umumkan 12 peserta.
Saya tidak kecewa jika sudah tertulis tiada rezeki tetapi terkilan kerana Astro tidak menghubungi saya untuk maklumkan terpilih atau sebaliknya. Saya masih ada harga diri.
Pernah juga satu ketika dimana Mya diundang untuk berduet dengan perserta Gegar Vaganza 2 yang berjaya ke final tetapi selepas lagu diberi dan baju siap ditempah, Astro beritahu tak jadi dengan alasan peserta itu sudah ada calon pilihan.
Nama Mya juga pernah digugurkan daripada diundang untuk menyanyi di acara karpet merah Gegar Vaganza 2 bersama Zur Eda dan Zarul Umbrella.
Merupakan seorang penyokong tegar program berkenaan sebelum ini, Mya bagaimanapun sudah tawar hati dan enggan lagi menghadirkan diri setiap minggu untuk menonton Gegar Vaganza.
Janganlah berkecil hati dan mengalah, mungkin belum ada rezeki lagi untuk menyertai Gegar Vaganza. Cubalah berbincang secara elok-elok dengan pihak Astro, siapa tahu di musim hadapan Mya akan berpeluang untuk menjadi peserta Gegar Vaganza.
Majlis akad nikah mereka berlangsung secara sederhana sahaja dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Datuk Siti Nurhaliza juga turut hadir menjadi pengapit buat kakaknya itu.
Kami sekali lagi mengucapkan tahniah buat Saida Tarudin dan pasangan dan semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga akhir hayat.
Jom lihat beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Saida Tarudin dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Setelah sekian lama berdiam diri dan berteka-teki, akhirnya Faye Kusairi telah tampil membuat pengakuan bahawa bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta adalah kekasihnya. Sebelum ini memang telah bertebaran gosip bahawa Faye dan Azmi bercinta sehingga Elly Mazlein telah membuat sindiran pedas menerusi Instagramnya. Malah ada desas-desus menyatakan punca penceraian antara Elly dan Azmi adalah kerana Faye Kusairi yang menjadi orang ketiga. Namun sebenarnya Faye Kusairi mula rapat dengan Azmi Hatta selepas pengarah drama tersebut bercerai dengan Elly Mazlein. Faye Kusairi juga memaklumkan yang dirinya tidak akan rapat dengan mana-mana lelaki yang bergelar suami orang. Faye juga sempat menjawab sindiran pedas Elly Mazlein yang ditulis menerusi akaun Instagramnya. Kata Faye Kusairi:-
Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka. Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya. Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang.
Saya malas hendak komen apa tujuan dia (Elly) yang kerap kali ‘menyerang’ saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang-orang sekeliling sahaja yang lebih mengetahuinya.
Sebelum ini saya sering gagal bercinta dan tak jadi kahwin, ia membuatkan saya agak takut untuk terlalu merancang. Insya-Allah, kalau ada jodoh kami adalah, namun ia bukan dalam masa terdekat ini
Elly Mazlein dan Azmi Hatta
Sebelum ini, rumah Faye Kusairi pernah diserbu oleh JAIS kerana tuduhan khalwat sehingga menimbulkan kontroversi kerana tuduhan tersebut adalah palsu. Apa-apa pun, semoga Faye Kusairi dan Azmi Hatta bahagia. Dua-dua pun dah single mingle. Memang sesuai sangat kahwin dengan cepat untuk mengelakkan sebarang masalah. Tak gitu? Sumber Mstar Online.
Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi, Saida Tarudin yang sah bergelar isteri kepada Hafiizh Che Mat yang merupakan seorang ahli perniagaan hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di masjid Al Muklisin, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Saida menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran berjumlah RM10,000. Pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran oleh pengantin perempuan.
Menurut Saida, majlis pernikahan beliau dan Hafiizh diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media kerana ingin menjaga hati beberapa pihak.
Memang terlalu ramai pihak yang perlu dijaga perasaan mereka apatahlagi ia perkahwinan kedua saya.
Saida sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996 dan bercerai pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Siti Nuruunnyssa, 18, Anas, 16, Khalid, 12, dan Siti Nurul Mashitah, 9.
Hafiizh juga seorang duda dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinanya sebelum ini.
Kalau masih ingat dulu nama Faye Kusairi pernah terpalit dalam penceraian diantara Elly Mazlein dan suami, namun pada ketika itu beliau menafikan dakwaan menjadi orang ketiga dalam hubungan itu. Tetapi akhirnya, Faye akui bahawa bekas suami Elly Mazlein memang kekasihnya namun hubungan itu hanya terjalin selepas mereka disahkan bercerai pada awal Oktober lalu.
“Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu, kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka. Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya”
“Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang. Saya malas hendak komen apa tujuan Elly yang kerap kali menyerang saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia. Tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang sekeliling saja yang mengetahuinya,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.
Sementara itu, Elly Mazlein menerusi akaun Instagram beliau dilihat memuat naik beberapa hashtag yang seolah menyindir sikap Faye Kusairi yang tidak membenarkan bekas suaminya itu melawat anak mereka. Namun apabila ditanyakan perkara itu, Elly berkata ianya hanya status suka-suka dan jika ada sesiapa tersinggung, ianya sekadar kenyataan sahaja.
Terdahulu, Azmi Hatta dan Elly disahkan bercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kira-kira 11 bulan mendirikan rumah tangga. Malah, hasil perkongsian hidup pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu. Bagaimanapun, penceraian mereka dikatakan berpunca dari kehadiran pihak ketiga iaitu Faye. (rkty/w)
Keputusan Fathia Latiff untuk berhijab sememangnya disambut baik oleh peminatnya namun sebagai insan yang melalui perubahan tersebut, Fathia mengakui bukan mudah untuk beristiqamah.
“Berubah itu mungkin mudah, tetapi untuk kekal dengan perubahan dilakukan iungkin agak payah. Istiqamah bukan perkara semudah menyebut A hingga Z. Saya sendiri masih bergelut dan pada masa sama sedar, ramai wanita di luar sana turut melalui fasa serupa saat membuat keputusan menutup aurat”
“Hijrah itu meamng senang, tetapi untuk kita istiqamah, ia sangat susah. Sebagai manusia biasa, iman saya juga turun naik. Saya bukanlah insan yang kuat sebaliknya masih mencuba. Malah, kecenderungan untuk berbuat silap sentiasa ada,” jelasnya kepada BH Plus.
Tambah Fathia lagi, ketika ini dia sangat beminat untuk membawakan watak dalam imejnya yang terkini. Selain itu, pelakon cantik manis ini juga menyatakan bahawa dia kini sedang berubah ke arah yang lebih baik. (rtky/s)
Pengacara dan pelawak popular Nabil Ahmad mengakui bahawa dia sebenarnya tidak pandai berlakon selain menyatakan bahawa dia lebih selesa untuk mengacara sesebuah program televisyen kerana tidak memerlukan komitmen yang panjang dan waktu yang terikat.
“Sekarang ini tengah tidak berlakon dan tidak mengambil apa-apa projek lakonan. Terpulang kepada tawaran itu sendiri kalau lumayan saya akan fikir-fikirkanlah. Tapi terus-terang cakap dalam bidang lakonan saya tak berapa pandai sangat berlakon”
“Saya rasa dalam proses penggambaran itu sendiri mengambil masa terlalu lama dengan masa yang saya kerja ini. Itu yang akan membataskan masa saya bersama keluarga sekiranya saya berlakon,” katanya kepada Rotikaya.
Sementara itu, Nabil turut memberitahu bahawa dia turut mendapat beberapa tawaran untuk menjadi seorang mutawif iaitu menjadi seorang pengiring jemaah yang mengerjakan haji. Tetapi disebabkan komitmen kerjaya, ia membataskan Nabil daripada menyertai perkara tersebut.
“Ada juga dapat tawaran daripada beberapa syarikat nak bawa saya dan peminat pergi. Lepas itu madam saya sendiri nak dapat cuti 10 ke 12 hari susah buat masa sekarang ini. Mungkin pada masa depan kalau betul-betul mempunyai kelapangan masa saya akan pergi. Pergi ke Mekah siapa nak tolak, rezeki yang sangat baik,” jelasnya lagi. (rtky/h)
Mufti Kelantan mengeluarkan kenyataan menegah pasangan suami isteri untuk berkongsi gambar intim mereka di laman sosial kerana perkara tersebut dilarang dalam ajaran Islam. Jelas Datuk Mohamad Shukri Mohamad, keintiman seharusnya dilakukan di tempat yang sesuai.
BACA: “Dia Isteri Saya Yang Halal, Ada Masalah?”
“Dalam Islam ada adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang sesuai. Walaupun seseorang itu suami-isteri tapi setiap perbuatan mereka perlu ada batasan jika mahu menunjukkan kasih sayang”
“Akhlak seseorang dalam Islam tidak diizinkan untuk bercumbu-cumbuan di tempat awam. Jika ingin bercium ada tempat privasi dan ia tidak perlu dipertontonkan kepada umum, ” jelasnya kepada mStar Online tanpa merujuk kepada mana mana pihak dan perkara tersebut adalah nasihat kepada semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada barisan selebriti sahaja.
Baru-baru ini, perkongsian gambar intim oleh Awal Ashaari dan isteri serta Che Ta dan suami menjadi perhatian ramai malah ada segelintir warga laman sosial menyifatkan perkara tersebut tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment