Friday, 21 October 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 21 Oct 2016 12:21 PM PDT

MySensasi


Keputusan Liga Perdana 21 Oktober 2016

Posted: 21 Oct 2016 11:21 AM PDT

Keputusan Liga Perdana 21 Oktober 2016. Lima perlawanan Liga Perdana berlangsung dimana ini adalah perlawanan terakhir buat pasukan terlibat untuk musim 2016. Keputusan perlawanan hari ini turut telah mengesahkan dua pasukan tersingkir ke Piala FAM untuk musim hadapan. Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Malaysia 21.10.2016 ATM vs Perlis 2-3 DRB-Hicom vs JDT II 0-0 …

The post Keputusan Liga Perdana 21 Oktober 2016 appeared first on Info Semasa.

Biodata Fattah Amin

Posted: 21 Oct 2016 10:38 AM PDT

Biodata Fattah Amin. Pasti ramai yang mengenali pelakon drama lelaki kacak ini. Telah banyak memegang watak utama dalam drama melayu. Terkini ada pula mengaitkan beliau sedang bercinta dengan pelakon jelita Neelofa. Betul atau tidak itu hanya tuan badan yang tahu. Dibawah dikongsikan sedikit info biodata Fattah Amin untuk tatapan anda. Nama Penuh : Abdul Fattah …

The post Biodata Fattah Amin appeared first on Info Semasa.

Kadar BR1M 2017 Dinaikkan

Posted: 21 Oct 2016 09:55 AM PDT

Kadar BR1M 2017 Dinaikkan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia dalam pembentangan Bajet 2017. Kenaikkan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ini akan meliputi semua empat golongan penerima. Peruntukan RM6.8 bilion akan digunakan dimana akan melibatkan lebih kurang 7 juta penerima. Dibawah adalah …

The post Kadar BR1M 2017 Dinaikkan appeared first on Info Semasa.

Live Streaming Siaran Langsung Bajet 2017

Posted: 20 Oct 2016 09:19 PM PDT

Live Streaming Siaran Langsung Bajet 2017. Hari ini 21.10.2016 iaitu pada sebelah petang pasti ramai yang akan tertumpu kepada pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Bajet 2017 kali ini memfokuskan kepada usaha Memperkukuh Pertumbuhan, Memperluas Keterangkuman dan Memastikan Kemapanan Fiskal dan bertemakan Mensejahtera Kehidupan …

The post Live Streaming Siaran Langsung Bajet 2017 appeared first on Info Semasa.

AMMBOI DOT COM

Posted: 21 Oct 2016 12:12 PM PDT

AMMBOI DOT COM


10 INSENTIF KEPADA PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2017

Posted: 21 Oct 2016 04:45 AM PDT

Pembentangan Bajet 2017 sudahpun selesai dilakukan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dewan Rakyat. Khabar angin mengenai kenaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) nampaknya tidak benar kerana ia kekal pada enam peratus pada 2017. Dalam pada itu, ramai penjawat awam sudah tentu ternanti-nantikan apa imbuhan yang bakal mereka terima pada Bajet 2017 […]

The post 10 INSENTIF KEPADA PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2017 appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 21 Oct 2016 10:16 AM PDT

KedahLanie.info


Nik Abduh kecam mp pembangkang yang ganggu ucapan bujet dari Najib petang tadi.

Posted: 21 Oct 2016 07:35 AM PDT

KENYATAAN KHAS

Ahli parlimen perlu lebih profesional ketika berada di dewan persidangan. Tuan Yang Di Pertua Dewan telah berusaha bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan dalam perjalanan Dewan agar lebih mulia dan dihormati.

Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk PM berucap membentangkan bajet. Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Masa untuk Ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet adalah selepas ini. Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.

PAS sentiasa mempromosi kesederhanaan dan menyeru rakyat untuk melakukan perubahan dan pembaikan dalam negara dengan cara yang lebih harmoni dan sejahtera. Itulah nikmat kebebasan yang harus digunakan.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Nampaknya pembentangan bujet 2017 hari nie Najib berjaya memerangkap langkah pembangkang..!!

Posted: 21 Oct 2016 07:05 AM PDT

Monier Mat Din,

Mengenepikan apa jua pegangan dan iktikad politik saya masa kini, duk depan TV kebetulan MC baru keluar hospital hari nie, duk layan pembentangan Budget 2017 oleh Perdana Menteri sejak pukul 3 tadi, saya merumuskan kalau esok ada Pilihanraya Umum, nescaya UMNO/BN akan menang dgn bergaya.

Org boleh kata budget nie budget gula2, tapi kalau itulah niat PM sebagai Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional, matlamatnya dah tercapai.

1. Dlm politik berpilihanaraya di Malaysia ini, ikut kajian drpd setiap 100 org pengundi, 30 org tok sah duk kata pa kat depa, memang depa akan undi parti Pemerintah, 30 org lagi ugutlah nak tangkap ka nak tukaq pi pulau ketam ka mana ka, depa tetap undi Pembangkang. Tinggal 40 org ja lagi atau pun 40% yg undi depa tak pasti, tunggu hari mengundi baru tau depa pangkah pemerintah ka pangkah pembangkang.

2. Saya melihat tindakan spontan YB-YB pembangkang yg bertindak keluar dari parlimen yg disaksikan oleh jutaan rakyat jelata siaran langsung seluruh negara itu, di mata golongan 40% pengundi ini adalah sesuatu yg merugikan pembangkang.

Memanglah tak patut Tok Najib pi gunakan pentas belanjawan tu mcm pentas ceramah UMNO pi hentam pembangkang yg dikatakannya sebagai bersandiwara dgn mcm2 cerita, tapi nama pun parti politik - yg semua org tau siapa yg pegang mike (microfon) dialah kudrat. Yg YB2 Pembangkang pi ikut rentak dia wat pa, kalau tak setuju lebih baik awal2 lagi jgn masuk Dewan; sesetengah org melihat YB Pembangkang keluar Dewan ramai2 itu sebagai kebudak-budakan, tindakan politik yg tak matang.

Sebaik2 saja Tok Najib menyambung pembentangan bila YB2 Pembangkang meninggalkan Dewan, seperti yg dijangka beliau gunakan kesempatan itu utk memburukan pembangkang, dlm ucapan siaran langsung kpd seluruh rakyat jelata itu dia kata lebih kurangnya "Rakyat boleh tengok sendiri perangai pembangkang!". Sayang, team Pembangkang terperangkap dgn rentak silat Tok Najib ini!

3. Apa2 pun di mata saya, saya melihat Budget ini tidak ada apa2 yg specialnya cumanya ia mampu membuatkan mata Orang Atas Pagar terbuka atas dua perkara:

a) Rumors yg bertiup kencang di Media Sosial mcm betul sangat2 kata GST nak naik, tak betul rupanya. Makanya, jadi sukar sekarang nie nak mempastikan kesahihan apa2 berita khususnya bab politik Malaysia di media sosial seperti FB ini. Tak tau dah belah mana nak percaya.

b) Khabar yg agak menggerunkan dari kem2 Pembangkang yg turut bertiup kencang di media sosial yg mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan bangkrap dan muflis tak tepat rupanya. Sebagai seorang bapa yg kerja swasta yg harap gaji bulan2 ada anak2 bersekolah di U dsgnya yg perlu disara, bohonglah kalau saya kata saya tak risau dgn berita dari kem2 pembangkang yg bukan calang2 pakar ekonomi dan general politik yg ada di dalamnya.

Saya rasa lega bila Tok Najib kata kadar pertumbuhan ekonomi negara bukan sahaja tak merudum, tapi positif lagi ada, dgn kadar pertumbuhan KDNK 4-5% utk Tahun kewangan 2016 dan juga tahun depan 2017. Tak tinggi tak pa janji tak merudum. Berita yg kata syarikat OSRAM dari German yg nak mai buka kilang RM5 Billion di Kulim Hitech Park Kulim Kedah ini adalah sesuatu yg baik utk didengari.

4. Selain dari tu, saya salute dgn tindakan kerajaan utk terus memberi BIASISWA kpd para pelajar melalui JPA (RM1.6 Billion) dan MARA (RM2.0 Billion) cumanya tak habag jumlah tu berkurang atau pun bertambah berbanding tahun lepas2. Pemberian biasiswa ini penting sebagai dorongan utk anak2 kita score dan pulun dlm pelajaran, kalau semuanya jadi pinjaman tak payah ada kjaan pun tat pa, pi Bank pun boleh pinjam.

5. Satu lagi budget yg melekat di padang ingatan saya ialah SL1M (skim latihan 1Malaysia) utk graduan yg akan ditambah kpd 20,000 org tahun depan berbanding 15,000 org tahun ini, iaitu satu skim di mana para graduan yg tak dpt kerja ditolong carikan kerja melalui program SL1M. Bukan satu rahsia lagi di sektor2 pekerjaan, sekarang nie bila kita iklan utk satu position ja, mau 3 empat ratus graduan yg apply, nak habag kata ramai graduan yg masih tak dapat kerja bersesuaian dgn kelulusan mereka. Hat nie saya setuju, baru ja saya minta anak saya google SL1M, minta dia hantar resume dia pi situ.

6. Yg saya rasa agak sangsinya ialah special budget utk kaum Penoreh Getah 3 bulan di musim hujan (Nov-Dis kalau tak silap), RM200 utk setiap keluarga. Tak pastilah mcm mana kjaan nak laksanakan dasar ini sebab bagi NGO mcm kami yg duk masuk kg tolong keluarga2 NGO (Noreh Getah Orang) ini, hat bermasalah yg sampai mkn atau masak sehari sekali itu ialah keluarga NGO penoreh getah org, bukannya tuan punya pokok getah itu. Secara kebiasaannya bantuan dari pihak atasan utk penoreh getah, yg dapat ialah Tuan Punya pokok getah yg secara umumnya keluarga senang, hat kuli tukang menoreh getah wal hasil balik asap !! - tak taulah siapa yg bagi nasihat kat PM bab nie. Wallah hu aklam.

7. Last sekali, saya duk tergelak sorang2 bila sampai Budget bab penambahbaikan Bekalan AIR, RM500 JUTA utk kaw bandar dan luar bandar dgn geran RM156 JUTA dan Pinjaman RM509 JUTA, di kaw FELDA pula RM732 JUTA.
Semuanya juta-juta.

Saya tak dapat nak elak padang pemikiran saya drpd tak teringat kpd RM115 JUTA duit "Air" yg SPRM jumpa dlm almari kabinet tu.

Nak habag kata, PM Tok Najib boleh bentang Budget lawa2 yg memukau berjumlah Billion Laksa itu, tapi bila mai ke bawah, bab ketirisan, bab rasuah dan penyelewengan mcm mana pula?

SPRM bukannya ada di merata almari kabinet setiap masa.

Saja nak kongsi.

Tkasih.

Status PAHANG kekal cemey Liga Super - adakah musang berbulu ayam ??

Posted: 21 Oct 2016 04:08 AM PDT

KRONOLOGI KES KEDAH DITOLAK 3 MATA

3 Ogos 2016 – Perlawanan Liga Super di antara Kedah melawan Pahang di Alor Setar
13 Oktober 2016 – Pahang menghantar surat bantahan kepada FAM
19 Oktober 2016 – JK Tatatertib bersidang dan jatuhkan hukuman

P/s: tarikh asal perlawanan kedah vs pahang pada asalnya dijadualkan pada bulan Mei kemudian ditunda ke 3 Ogos 2016.

Persoalannya:-
Adakah status pemain yang digantung based on kepada jadual asal (tarikh asal sebelum game ditunda iaitu bulan May) atau pun based on kepada jadual baru selepasa ditunda (3 Ogos 2016)?

Status Rizal Ghazali:-
1) Ketika jadual asal menentang pahang pada bulan Mei - Rizal mengutip 3 kad kuning dan tidak layak diturunkan. Memandangkan game menetang Pahang ditunda ke tarikh baru pada 3 Ogos 2016, maka game Kedah seterusnya menentang Selangor Rizal tidak diturunkan.

2) Ketika jadual baru menentang Pahang pada 3 Ogos 2016, Rizal bebas dari penggantungan kad kuning. Hanya Liridon saja yg digantung selepas menerima kad merah ketika menentang Penang dalam perlawanan terdahulu.

Kekeliruan timbul kerana status pemain digantung bertindih dengan jadual baru perlawanan. Confused nak ikut status pada tarikh asal perlawanan atau pun tarikh baru perlawanan.

Persoalan yg kedua ialah, jawatankuasa pertandingan xdak hitam putih ka berhubung status pemain yg digantung kerana ini melibatkan game yg ditunda ke satu tarikh baru? Nak ikut status pada tarikh baru atau status pada tarikh asal sebelum game ditunda???

Persoalan yg ketiga, masa OTP meeting perkara ni tak dibincangkan ka? Apa peranan pegawai pasukan dan match comissioner dalam OTP meeting?

Persoalan yg keempat, dah 2 bulan lebih lepas perlawanan baru ada bantahan dari pasukan Pahang. Kalau x silap, bantahan boleh dibuat x lebih dari 48 jam selepas perlawanan.
Lagi satu, Pahang mengambil tempoh yg terlalu lama untuk mengemukakan bantahan kepada FAM. Mengapa tidak 2-3 hari selepas perlawanan. Adakah ada musang berbulu ayam dalam KFA???

Viral kan biaq fam dgn kebodohannya

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan tolak ‘subjudis’ Pandikar

Posted: 20 Oct 2016 11:11 PM PDT


Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram berkata hujah Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa membahaskan skandal 1MDB di Parlimen adalah subjudis adalah tidak betul dari segi undang-undang.

"Dengan hormat, saya tidak fikir itu akan menjadi perkara subjudis.

"Dalam apa jua keadaan, jawapan menteri itu hanya sekadar cakap-cakap dalam saman DOJ dan oleh itu tidak boleh diterima melainkan jika menteri (berkenaan) memberi keterangan dalam saman itu.

"Jadi dengan hormat, saya fikir bahawa apa yang dikatakan oleh speaker yang mulia itu adalah tidak betul mengikut undang-undang," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Pandikar mendakwa adalah subjudis untuk membincangkan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB di negara itu.

Ini, kerana menurutnya, perbahasan mengenai isu berkenaan dalam parlimen boleh digunakan walaupun perbicaraan itu dilakukan di luar negara.

"Apa menteri kata di sini boleh dipetik dalam perbicaraan di Amerika. Pada pandangan saya ia akan melencongkan perbicaraan," kata Pandikar.

Selasa lalu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus turut bersependapat bahawa persoalan subjudis tidak timbul sama sekali.

"Ini kerana ia adalah perbicaraan asing. Peraturan subudis terpakai berhubungan dengan perbicaraan di mahkamah Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

Saman DOJ yang difailkan di mahkamah California Julai lalu adalah berhubung dengan apa yang digambarkannya sebagai antara tindakan terbesar yang pernah dibuat mengikut Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi.

Ia membabitkan kira-kira AS$1 bilion aset berkaitan 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Mahkamah tolak saman terhadap Mohd Rafizi

Posted: 20 Oct 2016 07:15 PM PDT

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah yang difailkan naib ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung isu pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia.

Hakim S. Nantha Balan dalam penghakimannya berkata tidak syak lagi, defendan (Mohd Rafizi) telah menamakan Khairul Azwan sebagai plaintif, sebagai seorang yang patut tampil ke depan dan memberikan penjelasan berhubung transaksi itu.

"Saya dapati tiada tohmahan yang mencadangkan Khairul Azwan bersalah kerana rasuah atau salah guna kuasa, sebaliknya ia menunjukkan terdapat alasan munasabah untuk siasatan dijalankan.

 "..dan plaintif (Khairul Azwan), yang dari segi politik atau secara komersial berkaitan atau bergabung dengan beberapa individu yang dinamakan dalam kenyataan akhbar, perlu tampil ke depan dan memberikan penjelasan berkaitan transaksi itu," katanya selepas menyampaikan penghakiman setebal 82 halaman.

Nantha Balan berkata, mahkamah mendapati Mohd Rafizi telah melakukan siasatan sendiri selepas dimaklumkan pemberi maklumat dari kalangan Mara atau Umno atau Pemuda Umno.

"Hasilnya, Mohd Rafizi telah mengumpulkan banyak maklumat terperinci dan dokumen mengenai transaksi itu. Ini sudah pasti bukan kes di mana beliau memberikan reaksi yang pantas tanpa berfikir, kata hakim itu sambil menambah Mohd Rafizi begitu teliti dan menjalankan banyak kajian mengenai topik itu sebelum memaklumkan kepada umum dengan mendedahkan mengenai transaksi itu.

Nantha Balan juga berkata, cadangan plaintif bahawa tindakan defendan adalah secara melulu atau acuh tidak acuh kepada kebenaran sama sekali tidak kena pada tempatnya.

Sama ada defendan (Mohd Rafizi) digerakkan oleh niat jahat, hakim berkata tidak ada keraguan lagi bahawa Mohd Rafizi digerakkan oleh tidak lain dan tidak bukan iaitu tanggungjawab yang bersemangatkan awam untuk mendedahkan salah laku melibatkan wang rakyat dan sebagai pemangkin untuk perbincangan awam berhubung perkara ini.

"Jadi penjelasan itu akan datang dan siasatan boleh dijalankan oleh mereka yang sama ada untuk menjelaskan atau menjalankan siasatan," katanya.

Ketika menolak saman itu, mahkamah memerintahkan Khairul Azwan untuk membayar kos RM73,000 kepada Mohd Rafizi.      

Pada 30 Julai 2015, Khairul Azwan memfailkan saman itu dengan mendakwa Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya berhubung pembelian hartanah di Australia.

Khairul Azwan berkata, beliau mengadakan sidang akhbar pada hari yang sama untuk menyangkal kenyataan Mohd Rafizi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khairul Azwan berkata Mohd Rafizi telah mengedarkan dan menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya ketika mengadakan sidang akhbar di pejabat Mohd Rafizi di Pusat Perkembangan Minda, Uni Infiniti pada 6 Julai, 2015.

Khairul Azwan, yang juga Pengarah syarikat Biosis Group Berhad, mendakwa kenyataan Mohd Rafizi, antara lain, mempersoalkan kononnya beliau terbabit dalam urus niaga pembelian hartanah di 746 Swanston Street oleh syarikat milik penuh Mara Inc iaitu Thrushcross Land Holdings Limited yang mengalami ketirisan RM63 juta.

Katanya perkataan fitnah itu disiarkan dalam portal-portal dalam talian dan mungkin diakses pengguna di seluruh dunia.

Beliau mendakwa kata-kata Mohd Rafizi telah mencemarkan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan dan ahli politik.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teruk.

Khairul Azwan diwakili Datuk M. Reza Hassan, manakala Mohd Rafizi, yang menghadiri prosiding mahkamah hari ini diwakili William Leong. - Bernama

Tindakan disiplin tidak akan jernihkan keadaan parti

Posted: 20 Oct 2016 06:44 PM PDT

NURUL KHALEEDA RASHIKIN
19 Oktober 2016


SHAH ALAM - Pengumuman bekas pimpinan Umno untuk keluar parti baru-baru ini, atas alasan hilang kepercayaan terhadap Umno dan kerajaan BN bukan satu perkara yang boleh dianggap remeh.

Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib, perlu ada tindakan pembetulan terhadap isu ini dan juga diambil serius oleh pemimpin atasan.

"Tindakan disiplin dengan memecat atau membekukan jawatan tidak akan menjernihkan keadaan.

"Tindakan pembetulan terhadap tingkahlaku dan juga isu yang dibangkitkan pemimpin atasan dan ahli parti juga perlu diambil perhatian serius

"Lebih elok jika setiap pemimpin dan ahli meluah perasaan di dalam parti berbanding mendorong mereka untuk berada di parti lawan," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Selain itu, beliau juga merasakan kritikan yang dibuat haruslah tidak merosakkan imej dan parti itu.

"Kritikan harus berasas dan tidak merosakkan imej parti. Umno pula jangan asyik menutup pintu pada kritikan dan teguran," tambahnya lagi.

Usah sibuk

Dalam pada itu, beliau juga turut agar pemimpin Umno tidak menyibukkan diri dengan usaha mengambil tindakan pada pemimpin dan ahli.

"Usah disibukkan dengan usaha mengenakan tindakan pada pemimpin dan ahli yang dikatakan tidak sehaluan dengan pemimpin utama Umno.

"Akan tetapi, mulakan usaha menjejak dan mendekati tokoh rakyat setempat di kawasan-kawasan seluruh negara supaya parti itu terus positif di peringkat lokal dan cawangan," katanya lagi.

Tawar tokoh dan ikon masyarakat

Menurutnya lagi, Umno harus menawarkan tokoh dan ikon masyarakat dalam parti itu.

"Umno harus memberikan perhatian serius dalam mendampingi semua tokoh masyarakat dan orang muda negara ini.

"Paling utama ialah semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti ialah pemilihan calon yang merupakan tokoh masyarakat yang disegani supaya mudah untuk mendapat 'restu' dan mandat rakyat

"Di samping itu, ia akan memberikan promosi dan kekuatan imej pada Umno sebagai parti rakyat yang komited pada kebajikan," katanya lagi.

Parti pemerintah negara

Di samping itu, beliau juga meminta agar Umno menekankan isu yang lebih utama iaitu mengekalkan parti tersebut sebagai pemerintah utama di negara ini.

"Yang utama pada Umno seharusnya bukan soal mahu mengekalkan prestij dan kedudukan semata-mata, tetapi yang lebih utama adalah untuk kekalkan Umno sebagai parti pemerintah utama di negara ini," katanya mengakhiri bicara.

myartis.com

Posted: 21 Oct 2016 02:06 AM PDT

myartis.com


NOVEMBER DEPAN - AARON AZIZ TUNAI UMRAH BERSAMA ANAK & ISTERI

Posted: 20 Oct 2016 03:26 PM PDT



"Inilah kali ketiga saya ke Makkah bagi menunaikan umrah. Istimewanya, ibadat kali ini turut disertai ketiga-tiga anak kami," kata Aaron Aziz atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 40, yang bakal membawa isteri dan anak-anaknya menunaikan umrah pada November depan.

Menurut Aaron, kunjungan ketiga beliau ke Tanah Suci bersama keluarganya itu sekaligus mempersiapkan mereka untuk ibadat haji.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ALHAMDULILLAH, RAMAI ARTIS LELAKI KITA TELAH BERHIJRAH

Posted: 20 Oct 2016 03:16 PM PDT



Kebiasaannya, kita sering menumpukan perhatian pada artis wanita yang berhijrah.

Malah pelawak Saiful Apek yang pernah diundang menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur selepas mendalami agama Islam kurang kita ambil peduli.

Terkini, giliran pelakon Zul Yahya pula mengikut jejak Saiful apabila memberi kuliah agama selepas berhijrah.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KEITH FOO TERBABIT DALAM KEMALANGAN

Posted: 20 Oct 2016 03:57 AM PDT



Malang tak berbau!

Demikian halnya dengan pelakon Keith Foo apabila dia dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya yang dikatakan berlaku di Gemas.

Ketika kejadian itu, Keith tidak mengalami kecederaan teruk, hanya luka dan telah pun membuat pemeriksaan x-tray.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

20 DISEMBER DEPAN - KEPUTUSAN PERMOHONAN KOMITAL ROZANA

Posted: 20 Oct 2016 03:27 AM PDT



Sementara menunggu keputusan semakan rayuan daripada Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 20 Disember depan bagi keputusan permohonan komital difailkan Rozana Misbun terhadap bekas suaminya, Awie yang merupakan vokalis kumpulan Wings.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zin menetapkan tarikh itu berikutan Mahkamah Rayuan Syariah menetapkan 15 November ini bagi mendengar semakan rayuan yang difailkan oleh Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 21 Oct 2016 01:49 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Ilm Arts Festivai Menampilkan 3 Tokoh Islamik Femes Dunia

Posted: 20 Oct 2016 11:34 PM PDT


ILM Arts Festivai akan berlangsung pada 22 Oktober 2016 ni di iM4U Sentral Puchong bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam ni cara yang buat julung kalinya menampilkan ghamai tokoh hebat dalam b...

7 Anime Torrrbaek Sepanjang Hayat

Posted: 20 Oct 2016 11:32 PM PDT


hampa semua penah tengok ceghita anime tak kami di Oh Geekz adalah kipaih susah meninggai dunia pada ceghita ceghita anime Anime bukan saja menyeronokkan tepai ia memberikan kita banyak pengajar...

Siti Sarah Terharu Pihak Media Dan Peminat Masih Dok Lagi Memberikan Sokongan Buatnya

Posted: 20 Oct 2016 11:22 PM PDT


Bertahun lamanya kita tak tengok penyanyi Siti Sarah Raissuddin jengoi didalam mana mana acara hiburan ataupun buat persembahan Namun kemunculan Siti Sarah menerusi program Gegaq Vaganza 3 membu...

Aaron Aziz Bakai Tunaikan Umrah Bersama Keluarga Bulan Depan

Posted: 20 Oct 2016 08:22 PM PDT


Pelakon terkenai Aaron Aziz tak dapat menahan ghasa teruja dan syukoq apabila bakai mengerjakan umrah bersama isteri tersayang dan tiga oghang anak depa pada bulan November nanti ni merupakan ka...

Fam Tak Adil Tak Profesionai

Posted: 20 Oct 2016 07:16 PM PDT


Kerajaan negeri Terengganu berang dan mempertikaikan tindakan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia FAM memberikan kemenangan chemeyy kepada Pahang selepaih Kedah didapati bersalah...

Cina Rupanya

Posted: 20 Oct 2016 07:14 PM PDT


MELAKA cheq tak sangka Marzuki ni oghang Cina meninggai dunia meninggai dunia cheq ingatkan dia Melayu kata Asmarina Shahaq 31 menceghitakan pasai Marzuki Pang 39 soghang pengusaha kuih ...

Pencipta Lampin Pakai Tauk Meninggai

Posted: 20 Oct 2016 07:12 PM PDT


Pencipta lampin pakai tauk pertama di dunia Valerie Hunter Gordon me ninggai dunia pada umoq 94 tahun di rumahnya di Beauly Inverness shire Scotland pada Ahad lepaih pompuan tu mendapat ilham u...

Kalau Ceghita Ni Karut Maka Lebih Meghepek Akidahmu

Posted: 20 Oct 2016 07:02 PM PDT


Suatu masa soghang ateih mencabaq para ulama untuk berdebat tentang pasai kewujudan Allah ghamai ulama tak sanggup menerima cabaran tu kecuali soghang lelaki yang cerdaih akai dan ligat mindanya ...

Subsidi Minyak Masak Diteruihkan

Posted: 20 Oct 2016 04:02 PM PDT


menteghi Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani bagitau rakyat akan teruih menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan Kita tak usik rakyat depa tetap akan dapat subsidi katanya kepada p...

Razer Blade Pro 17 Inci La Nih Mai Dengan Sokongan Papan Kekunci Mekanikai

Posted: 20 Oct 2016 01:22 PM PDT


Razer hari ni telah memperkenaikan kemaskini untuk komputer riba Razer Blade Pro depa tang mana melaluinya salah satu perubahan baghu yang disertakan adalah sokongan papan kekunci mekanikai Mela...

Rasuah Bekalan Ayaq Sabah Wang Tunai Rm4 2 Juta Dirampaih Akaun Bank Rm3 6 Juta Dibeku Dalam Operasi Ke Dua

Posted: 20 Oct 2016 11:02 AM PDT


Wang tunai mencecah RM4 2 juta dirampaih manakala beberapa akaun bank bernilai RM3 6 juta lagi dibeku dalam operasi terkini keh penyalahgunaan dana awam melibatkan projek infrastruktoq Jabatan a...

Nintendo Switch Konsol Dua Dalam Satu Daripada Nintendo

Posted: 20 Oct 2016 10:22 AM PDT


Setelah sekian lama fans Nintendo menantikan Nintendo NX generasi baghu hari ni pihak Nintendo akhiaqnya berkongsi pasai konsol generasi baghu depa yang dinamakan sebagai Switch Nintendo Switch...

10 Fakta Menarik Drama Adaptasi Novel Suri Hati Mr Pilot

Posted: 20 Oct 2016 10:02 AM PDT


Bagi hampa yang mengikuti dan menonton drama adaptasi dari novel bertajuk Suri Hati Mr Pilot ni kami berikan beberapa fakta menarik untuk perkongsian bersama 1 Drama Suri Hati Mr Pilot ad...

7 Makanan Torrrbaek Untuk Gigi Hampa

Posted: 20 Oct 2016 09:42 AM PDT


Bila perkara yang berkaitan dengan kesihatan gigi kita memang adalah apa yang kita makan Makanan yang manih macam gula gula dan ayaq bikarbonat akan mereputkan gigi hampa Mengikut Persatuan Pe...

Video Keh Lempaq Ulaq Selesai Murid Terlibat Kata Syok

Posted: 20 Oct 2016 08:02 AM PDT


kola KANGSAR keh soghang pembantu jurulatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM mencampak seekoq ulaq sawa masa latihan jati diri yang disertai murid Sekolah Kebangsaan Beluru dekat sini bagh...

Angelina Bella Gadih Cilik Empat Tahun Fasih Tujuh Bahasa

Posted: 20 Oct 2016 07:02 AM PDT


Anak kecik yang hebat tu saja gambaran yang sesuai diberikan kepada Angelina Bella Devyatkina soghang kanak kanak yang la nih viral pasai kepetahannya bercakap dalam tujuh bahasa Menurut Malaysi...

19 Jurutera Daerah Jabatan Ayaq Kena Tahan Sprm

Posted: 20 Oct 2016 04:04 AM PDT


masa keh seleweng dana persekutuan RM3 3 bilion di Jabatan ayaq Sabah JAS terdedah ada yang menduga ni keh kenduri sakan yakni ghamai yang terlibat songlap wang tu Logiknya tak barangkali ...

Jangan Panik Memandai Mandai Skim Bayaran Penuh Pesakit Hospitai Kerajaan Hanya Sebagai Pilihan Kepada Yang Berkemampuan

Posted: 20 Oct 2016 04:02 AM PDT


1 Pilot perkhidmatan FPP ni dah lama di laku di Hospitai Selayang dan Hospitai Putrajaya la la nih ianya berkembang ke beberapa hospitai 2 Ianya melibatkan pesakit luaq dalam dan rawatan h...

Admit Sedia Menikah Mia Ahmad Harap Tak Dikaitkan Lagi Dengan Saharul Ridzwan

Posted: 20 Oct 2016 02:24 AM PDT


Pelakon Mia Ahmad kemarin mengakui beliau dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama buah hatinya penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan selepaih setahun depa menyulam cinta Mia ber...

Toknek Ingin Kenaikan Jerry Lenny

Posted: 20 Oct 2016 02:22 AM PDT


Jenama telefon pintaq Wiko la nih semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia toknek dah banyak kali berkongsi kehebatan dan kelebihan telefon pintaq Wiko ni dengan pembaca toknek Hari ni ...

beautifulnara

Posted: 21 Oct 2016 01:48 AM PDT

beautifulnara


Siti Sarah Terharu Pihak Media Dan Peminat Masih Lagi Memberikan Sokongan Buatnya

Posted: 20 Oct 2016 08:39 PM PDT

Bertahun lamanya kita tidak melihat penyanyi Siti Sarah Raissuddin muncul didalam mana-mana acara hiburan ataupun melakukan persembahan. Namun, kemunculan Siti Sarah menerusi program Gegar Vaganza 3 membuat ramai terpukau dengan persembahan beliau yang agak mantap.

Malah, Siti Sarah dapat mengungguli tangga teratas selepas konsert pengenalan GV3 tamat.

Menerima pelbagai komen positif, Siti Sarah terharu apabila wartawan dan peminatnya masih lagi menyokong beliau.

Selama tempoh senyap itu selain fokus pada keluarga saya banyak bermuhasabah diri. Banyak kesilapan telah saya lakukan sepanjang menyanyi dahulu.

Saya ini manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan, termasuk mungkin ada perbuatan saya yang menyakitkan hati orang lain.

Bertemu kembali rakan-rakan media, saya sangat terharu kerana mereka banyak membantu menaikkan nama saya suatu ketika dahulu. Sokongan pihak media berterusan apabila saya menyertai GV3.

Pada masa yang sama, Siti Sarah juga meluahkan rasa syukur kerana cukup bahagia bersama suaminya Shuib Sepahtu. Menurut Siti Sarah, Shuib banyak mengajar beliau tentang erti kehidupan.

Suami sebenarnya banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya buat keputusan betul menerima Shuib sebagai suami dan kini kami bahagia dengan tiga anak.

Shuib banyak mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik berbanding sebelum ini. Sebelum ini banyak hal saya harungi tetapi Shuib sangat penyabar, penyayang dan prihatin tentang apa jua saya lakukan.

Tidak kami nafikan Siti Sarah melakukan persembahan yang agak memukau meskipun sudah lama tidak menyanyi. Kami harap minggu ini, Siti Sarah masih dapat mengekalkan mutu persembahannya.

Sumber Berita : Mangga Media
_________________________________________________________________________

Serius Abang Nara dah jatuh cinta dengan applikasi MANIS yang super duper awesome ini. Kalau selama ini lepas bershopping, makan di kedai dan beli barang dapur, resit resit yang diberi entah hilang ke mana, tapi sejak ada applikasi MANIS nie, semuanya Abang Nara simpan elok elok untuk di”snap”.

 photo Manis V3 2.jpg

Kenapa nak kena “snap”? Sebab bila resit itu di”snap” dengan applikasi MANIS dalam masa 24jam, kita akan dapat mata ganjaran/point. Tak kira la makan kat kedai mamak ke, beli susu kat 99speedmart ke, pergi karaoke ke, asalkan ada resit, kita boleh dapat point. Semua jenis pembelian boleh digunakan untuk kumpul point, janji resit tu bercetak dan bukan bertulis!

 photo Manis V3 5.jpg

Point point ini bila dah banyak akan boleh diredeem untuk beli topup, shopping voucher, tiket movie dan macam macam lagilah. Selain itu dari masa ke masa, akan ada offer menarik yang akan sentiasa ditawarkan menerusi applikasi MANIS yang boleh didapati di App Store dan Google Play.

 photo Manis V3 8.jpg

Power kan? Abang Nara sekarang tengah gigih snap semua resit yang ada untuk kumpul point. Secara tak langsung, Abang Nara dapat keep track berapa banyak perbelanjaan yang digunakan setiap hari. Memang sambil menyelam minum air.

Silalah download applikasi MANIS ini sekarang jugak agar anda tidak terlepas peluang mengumpul sebanyak mana point yang boleh. Selamat mencuba!

Aaron Aziz Bakal Tunaikan Umrah Bersama Keluarga Bulan Depan

Posted: 20 Oct 2016 07:53 PM PDT

Pelakon popular Aaron Aziz tidak dapat menahan rasa teruja dan syukur apabila bakal mengerjakan umrah bersama isteri tercinta dan tiga orang anak mereka pada bulan November nanti.

Ini merupakan kali pertama anak-anaknya iaitu Danish Anaqi,  Dwi Ariana dan Dahlia Arissa ke Mekah untuk melakukan ibadah umrah. Aaron pada masa yang sama mengharapkan orang ramai mendoakan perjalanan beliau sekeluarga ke Tanah Suci akan berjalan dengan lancar.

Sebelum ini saya ke Makkah tanpa mereka, tetapi ini akan menjadi pengalaman pertama anak-anak mengerjakan umrah.

Jika mengikut perancangan, saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan Haji bersama selepas ini. Doakan semoga perjalanan kami ke Tanah Suci nanti berjalan lancar.

Alhamdullilah, Aaron dan keluarga cukup bertuah kerana diberikan peluang untuk melakukan ibadah umrah bersama. Harapnya segala urusan untuk ke Tanah Suci dan ibadah mereka disana nanti berjalan dengan lancar. Amin..

Sumber Berita : Harian Metro

No comments:

Post a Comment