Sunday, 23 October 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 23 Oct 2016 08:26 PM PDT

ROTIKAYA


Sport Planet Serang Seremban, Diskaun Gila Gila!

Posted: 23 Oct 2016 08:16 PM PDT

Nampaknya Sport Planet buat jualan besar besaran lagi dan kali ini lokasi seterusnya adalah di Era Square Mall (Terminal 2), Seremban pada 27 Oktober hingga 6 November, bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Ha, cakap banyak pun tak guna, kami nak kongsikan dengan anda apa yang anda boleh dapatkan di sana nanti!

Barangan Original Dari Jenama Antarabangsa

5-sport-planet-serang-seremban-diskaun-gila-gila-rotikaya

Ramai yang tertanya status barangan di sini. Memang original ya dan ramai juga berpuas hati. Tak percaya? Boleh serbu dan alami sendiri

Harga Memang Berpatutan Sangat

9-sport-planet-serang-seremban-diskaun-gila-gila-rotikaya

Setiap kali ada jualan off season oleh Sport Planet, penuh orang serbu. Sebab apa? Sebab harga di sini memang berpatutan dan ada diskaun sehingga 70%!

Pelbagai Pilihan Pakaian Dalam Wanita

8-sport-planet-serang-seremban-diskaun-gila-gila-rotikaya

Ha, siapa kata Sport Planet ada jual pakaian sukan lelaki saja? Jangan risau, siapa yang bijak berjimat, pastinya akan serbu setiap kali Sport Planet buat jualan besar besaran.

Boleh Borong Untuk Satu Pasukan!

3-sport-planet-serang-seremban-diskaun-gila-gila-rotikaya

Antara kelebihan harga yang murah ialah dapat menjimatkan kos dan sebab itulah anda boleh bawa pasukan badminton, futsal atau pun bola sepak untuk sama-sama dapatkan barangan baru. Memang puas hati sangat.

Masa Paling Sesuai Untuk Beli Barang Latihan

6-sport-planet-serang-seremban-diskaun-gila-gila-rotikaya

Selalu beli barang latihan sikit sikit, payah mahu dapat diskaun. Tapi di Sport Planet memang boleh borong peralatan untuk latihan sebab harganya murah sangat sangat.

Pakaian Kasual Juga Turut Ada

7-sport-planet-serang-seremban-diskaun-gila-gila-rotikaya

Bagi yang tak minat bersukan tapi suka barangan sukan yang berjenama, jangan risau sebab anda juga boleh dapatkan baju kasual, kasut, topi dan pelbagai lagi barangan yang anda boleh dapatkan.

Memang tak dinafikan, siapa yang pernah pergi jualan besar besaran oleh Sport Planet, memang ramai yang lambat keluar sebab rambang mata tengok barang yang ada. Jadi bagi anda yang tertanya bila dan di mana ia akan diadakan, boleh simpan screenshot gambar di bawah.

2-sport-planet-serang-seremban-diskaun-gila-gila-rotikaya

Kami kongsikan juga kepada anda beberapa lagi barangan yang anda boleh dapatkan di sana nanti. Enjoice!

14606373_1003672536421304_5051674226416587584_n 14671355_1003672503087974_2285568226077702021_n 14702459_1003818313073393_2097824357741728739_n 14716327_996533537135204_4188883302788246790_n 14717055_1003796513075573_5122251605775392715_n 14717109_1003775043077720_3419334135861644912_n

Lisa Surihani: Pelakon Baru Jangan Asyik Kejar Glamor

Posted: 23 Oct 2016 08:03 PM PDT

Bermula dari bawah sehingga kini menjadi isteri kepada Yusry KRU, Lisa Surihani selaku insan seni turut berkongsi pandangan tentang kehadiran pelakon baru yang semakin ramai ketika ini. Kata Lisa, kewujudan sosial media juga turut membantu pelakon baru untuk dikenali dengan lebih cepat.

BACA: Lisa Surihani Tidak Benar Peminat Ambil Gambar Anak

“Jika terlalu mengejar glamor, kita hanya mampu bertahan sementara. Saya tahu, populariti penting dalam mempengaruhi perjalanan kerjaya, tetapi jangan jadikan ia sebagai sasaran utama. Dalam meraih kejayaan sebagai pelakon, jangan lupa menghormati orang di sekeliling kita,” jelasnya kepada BH Plus.

Selain itu, Lisa juga menyatakan bahawa populariti itu bukanlah sesuatu yang perlu dikejar sebaliknya ia akan datang dengan sendiri. Tambahnya, dia menerima kehadiran pelakon baru malah turut mengakui bahawa mereka boleh mencorak industri seni pada masa akan datang.

“Saya dulu menyertai industri hiburan kerana mahu belajar dan dalam masa sama, mencari sumber pendapatan. Tetapi perlu diingatkan, usah terlalu mengejar populariti kerana ia akan hadir dengan sendiri,” katanya. (rtky/s)

7-lisa-surihani-pelakon-baru-jangan-asyik-kejar-glamor-rotikaya 6-lisa-surihani-pelakon-baru-jangan-asyik-kejar-glamor-rotikaya 5-lisa-surihani-pelakon-baru-jangan-asyik-kejar-glamor-rotikaya 4-lisa-surihani-pelakon-baru-jangan-asyik-kejar-glamor-rotikaya 3-lisa-surihani-pelakon-baru-jangan-asyik-kejar-glamor-rotikaya 2-lisa-surihani-pelakon-baru-jangan-asyik-kejar-glamor-rotikaya

Fathia Latiff Mohon Maaf Pakai Uniform Tentera

Posted: 23 Oct 2016 07:30 PM PDT

Gara-gara berpakaian seragam tentera, Fathia Latiff dalam muatnaik gambar di Instagram memohon maaf setelah ditegur beberapa individu selain ada yang menyifatkan pelakon ini mempersendakan uniform tentera tersebut.

BACA: Fathia Latiff & Aiman Berbaik Semula Demi Agama

dalam-fathia-latiff-mohon-maaf-pakai-uniform-tentera

“Saya dengan ikhlas hati meminta maaf. Tiada niat untuk saya persendakan pakaian dan saya menghormati Pakaian Seragam TD (tentera darat). Cuma sebelum ini, saya tidak tahu dan tidak ‘sensitif’ mengenai etika pemakaian TD Malaysia dan telah pun delete gambar di instagram. Truly apologize,” jelasnya di Instagram.

Permohonan maaf Fathia dalam masa yang sama turut mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikut di laman sosial tersebut. Ada yang mempertahankan Fathia bahawa dia hanya menggayakan uniform tersebut. Ada juga yang turut mengaitkan perihal zaman nabi nabi dulu tidak ada kewujudan uniform untuk terlalu dihormati. Asal boleh, semua mahu dikaitkan dengan agama.

Bagaimanapun, apa yang terjadi ini bukanlah perkara pertama berlaku di kalangan selebriti tanah air kerana sebelum ini Sharnaaz Ahmad juga pernah memohon maaf berikutan isu yang sama apabila dia mengenakan uniform tentera ketika menghadiri majlis anugerah. (rtky/s)

6-fathia-latiff-mohon-maaf-pakai-seragam-tentera-rotikaya 5-fathia-latiff-mohon-maaf-pakai-seragam-tentera-rotikaya 4-fathia-latiff-mohon-maaf-pakai-seragam-tentera-rotikaya 3-fathia-latiff-mohon-maaf-pakai-seragam-tentera-rotikaya 2-fathia-latiff-mohon-maaf-pakai-seragam-tentera-rotikaya 1-fathia-latiff-mohon-maaf-pakai-seragam-tentera-rotikaya

Lawak Tak Kena Tempat, Nabil Ahmad Kena Kecam

Posted: 23 Oct 2016 06:47 PM PDT

Bukan kali pertama mahu pun kali kedua, pengacara dan juga pelawak Nabil Ahmad nampaknya kini sekali lagi menarik minat orang ramai apabila dikatakan berlawak tidak kena pada tempatnya. Perkara tersebut dilakukan Nabil sewaktu mengacara program realiti Gegar Vaganza.

BACA: Nabil Ahmad Mengaku Tidak Pandai Berlakon

9-lawak-tak-kena-tempat-nabil-ahmad-kena-kecam-rotikaya

Dalam siaran tersebut, Nabil telah mengeluarkan kenyataan – Macam ni punya cantik pun berpisah jua, yang ditujukan kepada Elly Mazlein selepas selesai persembahan. Seperti mana yang mana kita tahu, Elly sedang berusaha dalam mendapatkan semangat baru selepas sahaja bercerai dengan bekas suaminya, Azmi Hatta.

Nyata lawak yang diucapkan Nabil tersebut mengundang pelbagai persepsi berbeza di kalangan warga laman sosial. Ada yang menyifatkan lawak Nabil terlalu biadap selain dicemuh kerana tidak pandai menghormati perasaan orang lain.

Bagaimanapun, Elly Mazlein ketika itu dilihat bijak mengawal suasana dan kami rasakan penyanyi wanita itu sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Sementara itu, pastinya Nabil pun ada jawapan tersendiri – sudah termaktub dalam kontrak mungkin lawak sedemikian.

Apa pun, insiden tersebut dalam masa yang sama sebenarnya turut membuatkan orang ramai tidak berhenti bercakap mengenai program tersebut. Setinggi mana kebencian orang ramai terhadap jenaka Nabil pun, mereka akan terus menonton sehingga final, sama seperti dua musim sebelum ini. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Sharpshooter_Photographer

7-lawak-tak-kena-tempat-nabil-ahmad-kena-kecam-rotikaya 5-lawak-tak-kena-tempat-nabil-ahmad-kena-kecam-rotikaya 4-lawak-tak-kena-tempat-nabil-ahmad-kena-kecam-rotikaya 3-lawak-tak-kena-tempat-nabil-ahmad-kena-kecam-rotikaya 2-lawak-tak-kena-tempat-nabil-ahmad-kena-kecam-rotikaya 1-lawak-tak-kena-tempat-nabil-ahmad-kena-kecam-rotikaya

Dapat Tahu Syatilla Melvin Hamil, Shaheizy Sam Larang Berlakon

Posted: 23 Oct 2016 05:57 PM PDT

Suami mana tidak sayangkan isteri, bukan? Lagi lagi apabila isteri sedang hamil dan begitulah juga reaksi Shaheizy Sam kepada Syatilla Melvin. Menurut Syatilla, Sam melarangnya untuk berlakon sebaik sahaja disahkan hamil.

BACA: Shaheizy Sam Sahkan Syatilla Melvin Hamil

“Saya hanya mengetahui diri hamil selepas dua minggu tidak datang haid. Pada mulanya, saya cuba untuk tidak terlalu berfikir mengenainya kerana bimbang nanti kecewa. Cuma terdetik juga di hati, mungkin saya hamil kerana selama ini, tidak pernah berdepan masalah kitaran haid”

“Saya gembira apabila ujian kehamilan yang dilakukan sendiri di rumah menunjukkan keputusan positif. Suami seperti hilang kata-kata apabila doktor memaklumkan saya hamil ketika kami melakukan pemeriksaan lanjut di hospital,” jelas Syatilla kepada BH Online.

Tambah pelakon wanita itu lagi, Sam juga terlalu sebak dan gembira sebaik menerima berita bahawa mereka bakal menimang cahaya mata. Malah Sam juga akan berusaha untuk memenuhi segala keinginannya walaupun kadang kala Sam penat dan sibuk dengan kerja. (rtky/s)

7-syatilla-melvin-hamil-shaheizy-sam-larang-berlakon-rotikaya 6-syatilla-melvin-hamil-shaheizy-sam-larang-berlakon-rotikaya 5-syatilla-melvin-hamil-shaheizy-sam-larang-berlakon-rotikaya 4-syatilla-melvin-hamil-shaheizy-sam-larang-berlakon-rotikaya 3-syatilla-melvin-hamil-shaheizy-sam-larang-berlakon-rotikaya 1-syatilla-melvin-hamil-shaheizy-sam-larang-berlakon-rotikaya

KedahLanie.info

Posted: 23 Oct 2016 10:22 AM PDT

KedahLanie.info


Wacana Politik antara Pemuda DAP, AMANAH & PAS masih belum pasti kerana NIK ABDUH masih menyepi

Posted: 23 Oct 2016 06:09 AM PDT

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi,

Saya tertonton video Salman serang Abu Syafiq berdasarkan beberapa status yg dibuat oleh Abu Syafiq di dinding FBnya yg menyerang Wahabi dan beberapa isu lain. Saya nampak Abu Syafiq seperti tidak berupaya mempertahankan statusnya itu.

Maknanya, penulis mesti bertanggungjawab dgn perkara yg ditulisnya di dinding FBnya. Inilah yg saya harapkan drpd Ketua DPP Pusat iaitu Nik Mohamad Abduh.

Pada 8 Okt 2016, Nik Abduh menulis di dinding FBnya antara lain, "DAP adalah musuh Islam dan PAN adalah fitnah dalam tubuh umat Islam." Saya pohon beliau berani mempertahankankan dakwaannya itu dgn mencadangkan wacana atau dialog dgn Pemuda DAP dan Amanah dgn tajuk itu atau tajuk lain yang dipersetujui bersama.

Sampai ke hari ini cadangan saya tidak dilayan oleh Nik Abduh.

Saya anggap Abu Syafiq memperlihatkan kebertanggungjawabannya dgn kesediaannya berdebat dgn Salman. Saya berharap perkara yg sama daripada Nik Abduh.

Namun, sampai ke hari ini, pelawaan belum bersambut.

Bajet Najib dah jadi tahi telinga kepada telinga rakyat

Posted: 23 Oct 2016 06:01 AM PDT

ULAS BAJET

Saya bukan pakar dalam bidang kewangan jadi tidak layak untuk mengulas Bajet 2017 yang dibentang Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Najib Razak semalam. Kita serahkan kepada pakar penganalisis ekonomi dan kewangan untuk membuat ulasan dan sorotan.

Tentu pula pakar ini tidak sependapat dan berbeza pandangan dan analisa. Ia tergantung kepada kapasiti dan kedudukan mereka. Pakar-pakar yang berjawatan dan ada kepentingan diri dengan kerajaan tentu akan memberi ualasan yang memuaskan hati pembentangnya. Memuji memuja bajet Najib sebagai baik dan berpandangan jauh, berjiwa rakyat dan sebagainya.

Manalaka mereka yang kurang senang dan tidak setuju dengannya sudah muak dengan gula-gula manisan ditabur Najib pada setiap kali pembentangan bajet, akan melontar kritikan dan sindiran sinis kepada bajet Najib itu. Apapun mereka tetap juga mengulas tetapi dalam laras yang negatif.

Mudah sahaja untuk mengenali dua golongan ini. Penganalisa yang disiarkan oleh media massa PB atau membuat ulasan langsung dalam tv, adalah mereka yang berjawatan dan berkepentingan diri. Mereka adalah propagandis kerajaan yang sanggup menyembunyikan kebenaran dalam poket. Bila dengar ualasan mereka kita jadi seronok tetapi hakikatnya kosong, retorik.

Jika mereka sarjana, mereka tidak akan diangkat menjadi Prof Madya atau Prof sekiranya mereka berkata benar berdasarkan teori dan pengalaman mereka. Dalam hal ini jarang mereka akan melihat kepada situasi semasa dan realiti kehidupan rakyat. Jadi mereka terpaksa bercakap mengikut irama yang dimainkan walaupun mereka tidak tahu seni kata.

Manakala mereka yang membuat ulasan dari media alternatif atau bercakap dalam blog dan media peribadi di pentas forum bebas adalah mereka yang sudah muak dengan Najib. Pandangan mereka sangat negatif sehinggakan sukar untuk mencari setitik pun kebaikan dari bajet itu. Tetapi mereka ini bagi saya lebih boleh dipercayai daripada golongan pembodek tadi. Mereka ada integriti dan tidak melacurkan pengetahuan yang ada. Mereka tidak menjahit poket dengan benang kerajaan.

Saya dah katakan saya tidak mengulas angka dan unjuran yang Najib bentangkan itu. Bagi saya yang jahil ini, bajet Najib untuk tahun depan sama dengan bajet Najib tahun 2016, 2015 dan 2014. Yang berubah ialah angka-angka dan muka surat sahaja. Najib tetap mengulangi mauduk yang sama. Janji-janji palsu yang disapu cat baharu.

Perubahan paling ketara jika diperhatikan masa pembentangan bajet itu hanya baju Melayu Najib pakai dari biru kepada hijau muda dari hijau muda kepada pink dan bervariasi. Itu sahaja. Seolah-olah  bagi Najib pakaian dan penampilan lebih penting daripada isi dan hakikat bajet.

Dalam tilikan saya kelainan dalam bajet Najib kali ini kehebatan Najib memanipulasian beberapa isu. Tampak sangat sikap dan tindakan ini menunjukkan Najib terdesak. Bajet bukan lagi fakta atau solusi untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membangkitkan semangat ekonomi, tetapi tempat untuk dia menjaja murah kehebatan dirinya yang tidak hebat di samping untuk memburukkan oposisi.

Ada beberapa perkara diangkat Najib semasa membentang bajet semalam menyerlahkan keterdesakkan beliau. Antaranya dia menyentuh pertemuan Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim yang dianggap kononnya Mahathir sudah terdesak sanggup bersua dengan orang yang dibencinya selama ini. Najib tidak patut menyentuh perkara itu dalam ucapan yang penting sebegitu jika dia seorang berkredibel dalam bidang kewangan.

Ironisnya dalam masa sama Najib menunjukkan kebaikannya sebagai seorang Islam dan cuba mempamerkan yang dirinya seorang muslim yang baik. Beliau menyebut dan mengakui Dr Haron Din Mursyidul Am Pas yang meninggal dunia baharu ini sebagai sahabatnya. Memuji akan keilmuan ustaz bomoh berkenaan. Kenapa Najib baharu menyedari ketinggian ilmu Haron Din sesudah sang bomoh Islam itu mati? Apakah selama ini mata Najib kabur?

Selain itu ada beberapa perkara yang dieksploitasikan Najib bagi menunjukkan pentadbiran dan usahanya untuk membangun masyarakat bawahan sebagai berjaya. Beliau memanggil beberapa orang bawahan yang berjaya menerusi dasar ekonominya, seperti pemandu teksi, usahawan eletrik, penjual kueh, tokoh pendidik dan sebagainya.
.
Tidak cukup itu dipanggil juga Tok Batin Orang Asli ke parlimen bagi dipamerkan kepada wakil rakyat bahawa orang asli negara ini sudah berubah dieranya. Atlet paralimpik yang berjaya mengendong emas disukan olimpik juga ikut sama dibawa ke parlimen.

Kesah seorang mahasiswi yang menjual nasi lemak untuk menyara kehidupan kerana tidak ada pekerjaan juga dijadikan modal sebagai perangsang kepada belia-belia lain. Najib menyebut dan memuji mahasiwi berkenaan yang berniaga nasi lemak dengan jenama "nasi lemak anak dara". Apakah Najib tifdak faham dengan langkah mahasiswi itu bahawa ia satu sindiran kepada pemimpin seperti Najib, walaupun membidik segolong ijazah tetapi terpaksa 'menjual nasi lemak dalam negara yang begini kaya.

Najib seharusnya malu dengan tindakan siswi itu. Tetapi apakan daya Najib adalah Najib yang suka mengulang perkara sama, membaca sumpah keramat pahlawan Bungis dan tidak sudah-sudah menyebut dan mengiklankan kehebatan bapaknya Razak Hussein.

Itulah, dalam tilikan saya kejayaan Najib dan kelainan bajet 2016 ini. Yang lain-lain masih perkara sama yang hanya diulang-ulang sehingga semuanya telah menjadi tahi telinga yang memenuhi telinga rakyat. [klia2. 2:22 pm 21/10/16] * tanpa edit.

mohd sayuti Omar 

Bajet indah khabar dari rupa kata pemuda Bersatu dan Amanah

Posted: 23 Oct 2016 05:20 AM PDT


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanBajet yang tidak realistik akan menjadi igauan kepada rakyat yang senantiasa mengharapkan ianya menjadi realiti, namun ia akan mengecewakan rakyat, apabila ianya menjadi fantasi dan angan-angan bikinan pemerintah yang rakus, korup dan pelahap wang rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda Nasional, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam program santai bersama anak muda anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) Sungei Petani.

Menurut Saddiq lagi, apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam bajet yang dibentangkan hanyalah sebagai penyedap kata yang belum pasti menjadi fakta.

"Kita masih sangsi apakah bajet yang dibentang itu adalah fantasi atau realiti kerajaan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

"Masalah integirti, pelaksanaan dan penguatkuasaan menjadi persoalan walaupun bajet yang diperuntukkan berbillion ringgit.

"Jangan tengok bajet dari segi janji manis semata-mata, sebaliknya bajet yang lalu ppun belum lagi disiapkan hingga kini, " jelasnya lagi.

Katanya lagi, peruntukkan untuk prasarana dan kemudahan bekalan air di Sabah sebelum ini pun berlaku penyelewengan.

"Kenapa boleh terjadi 60 peratus diselewengkan oleh pihak tertentu dalam isu bekalan kemudahan air di Sabah baru-baru ini.

"Ini membuktikan walaupun peruntukannya ada, tapi integriti tiada dikalangan pimpinan kerajaan yang akhirnya menjadikan rakyat Sabah sebagai mangsa.

"Tiada gunanya peruntukan yang berbilion sekiranya pelahap wang rakyat sedang menanti, sebaliknya nasib rakyat tidak terbela, " ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, selagi kerajaan yang memerintah masih mengamalkan rasuah dan penyelewengan, berapa banyak sekali pun bajet yang diperuntukkan akan menjadi habuan perasuah yang korup.

"Begitu juga dengan skandal yang berlaku dalam kes rasuah Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan.

"Walaupun telah diperuntukkan harga yang sepatutnya dijual adalah antara RM150,000 hingga RM200,000, sebaliknya ada yang menjual balik dengan harga setengah juta.

"Pelahap wang rakyat mengaut keuntungan, akhirnya rakyat derita tanpa dasar konkrit kerajaan yang memerintah, " tegasnya lagi.


Asmirul Anuar Aris

Manakala Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah, Asmirul Anuar Arispula berkata, bajet yang dibentangkan kali ini merupakan bajet yang tidak ada perubahan.

"Dulu kerajaan ada peruntukkan dalam bajet yang lalu nak buat Hospital Pendang di Kedah, tapi hingga bajet 2017 bayang hospital pun tak nampak.

"Kenapa pembinaan Hospital Pendang yang amat menjadi keperluan penduduk tidak diberi keutamaan untuk disiapkan hingga kini.

"Apakah pembinaan hospital tersebut sudah tidak relevan lagi bagi kerajaan, sedangkan penduduk terpaksa berulang alik dari Pendang ke Alor Setar yang begitu jauh untuk mendapat rawatan, " katanya ketika ditemui.

Asmirul juga berkata, rakyat jangan terpedaya dengan janji yang sering menjadi pelaris untuk mendapat sokongan kerajaan Umno dan BN.

"Sudah terbukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak lagi mampu untuk mengotakan janji kepada rakyat termasuklah di negeri Kedah.

"Oleh kerana itu, reform sedang dipergiatkan oleh Parti Amanah Negeri Kedah dengan kerjasama Bersatu, PKR dan juga DAP bagi meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan mampu menggantikan Umno dan BN.

"Kita juga mengajak Pas untuk bersama-sama untuk melaksanakan pembaharuan ini bagi merealisasikan hasrat menawan Kedah dan juga Putrajaya dengan serius termasuklah melalui satu lawan satu dalam pilihan raya umum yang akan datang, " tambahnya lagi.

Khalid Samad bidas Nik Abduh bela kerajaan zalim

Posted: 23 Oct 2016 05:17 AM PDT

23 Oktober 2016 | HAZAYANI ZAKARIA


Khalid Samad mengingatkan Nik Abduh agar tidak dilihat bersama dengan pemer.intah yang zalim. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abduh Aziz yang didakwa membela pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Pengarah komunikasi Amanah itu mengingatkan Nik Abduh yang juga ketua pemuda Pas serta pemimpin lain parti Islam itu agar tidak dilihat bersama dengan pemerintah yang zalim sebaliknya menzahirkan penentangan terhadap mereka.

“Nik Abduh, Tantawi (Nasaruddin Hassan) dan yang lain wajar ingat, mereka sebagai wakil parti yang bernama Parti Islam sepatutnya mereka menjaga nama baik Islam, memimpin penentangan terhadap pemimpin kleptokrat, bukan membelanya.

”Ada pemimpin parti mereka yang sebut Pas mesti dijadikan pemimpin; bagaimana ingin diterima sebagai pemimpin sedangkan tidak diperlihat kepimpinannya? Duduk dan redha pada penzalim sambil yang lain bangun menentangnya?” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata, tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan Najib walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Semalam, Nik Abduh menyifatkan tindakan pembangkang mengganggu pembentangan Bajet 2017 oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak profesional.

Wakil rakyat pembangkang daripada Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar dewan setengah jam sebelum Najib selesai membentang bajet.

Tindakan itu ekoran ucapan Najib yang dilihat menyindir mereka dan menganggap mereka sebagai bersalah kerana memburukkan nama baik negara.

Pas bagaimanapun kekal di dalam dewan sehingga selesai pembentangan bajet.

Khalid juga mendakwa pemimpin kleptokrat seperti Najib tidak layak berucap di parlimen yang membahaskan kepentingan rakyat.

“Pemimpin kleptokrat tak layak berucap dalam Parlimen. Parlimen adalah dewan mulia yang melambangkan kekuasaan dan kepentingan rakyat. Pemimpin yang mencuri dari rakyatnya sendiri dan seterusnya berlagak tidak bersalah sambil menyindir wakil-wakil rakyat yang bersuara menentang pencuriannya tidak layak berucap di dalam Parlimen. Tidak wajar diberikan ucapannya penghormatan dan tumpuan oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia,” tegasnya.

Sewaktu pembentangan baejt Jumaat lalu, Najib mendakwa beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.

Ekoran itu, wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad berkenaan MO1 iaitu singkatan bagi Malaysian Official 1 yang sebelum ini disebut dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung kontroversi 1MDB sebelum keluar daripada dewan.

Tony Pua beri amaran bom jangka dalam Laporan Ekonomi 16/17

Posted: 23 Oct 2016 01:09 AM PDT

 tonypua35_bajrt_600
KUALA LUMPUR: Apabila bom jangka Perbadanan Awam Bukan Kewangan (PABK) meletup, Bajet 2017 akan kelihatan seperti melancong ke Hawaii.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyimpulkan perkara itu selepas mengkaji Laporan Ekonomi 2016/2017.

"Ia mendedahkan bom jangka yang disorok Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak," kata Tony, yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa kerajaan meletakkan perbelanjaan yang melampau kebanyakkannya bawah PABK. "Ini bagi memperlihatkan defisit belanjawan yang 'sederhana'."

Anggaran defisit PABK bagi 2016 adalah RM50.5 bilion, katanya. "Tidak termasuk hutang 1MDB yang berbilion ringgit."

Defisit PABK adalah RM10.6 bilion pada 2013, RM52.3 bilion pada 2014 dan RM56.9 bilion pada 2015, menurut Laporan Ekonomi 2016/2017.

Tony mendapati perbelanjaan PABK tidak terdapat dalam belanjawan kerajaan. "Ini supaya defisit yang 'cermat' ditekankan dalam belanjawan itu," katanya.

Sementara itu, katanya, defisit belanjawan Kerajaan Persekutuan bagi 2015 adalah lebih rendah iaitu RM37.2 bilion dan dijangka mencecah RM38.7 bilion dan RM40.3 bilion bagi 2016 dan 2017.

Pada masa ini, laporan itu menyatakan caj perkhidmatan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat daripada RM20.3 bilion pada 2013 kepada RM28.9 bilion yang diunjurkan pada 2017.

"Kewajipan kewangan PABK akan memacu dan membesarkan kenaikan itu," kata Tony. "Kewajipan itu akibat daripada defisit yang besar dalam tahun mendatang."

PABK terbabit dalam pelbagai projek berbilion ringgit.

Ia termasuk Projek Penyambungan LRT, Projek MRT 1 dan 2, cadangan keretapi berkelajuan tinggi dan Lingkaran Laluan Kereta Api Pantai Timur bernilai RM55 bilion.

PABK termasuk 29 syarikat milik kerajaan.

Indah Water Konsortium, KTM Bhd, Telekom Malaysia, Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Airport Holdings, Petronas, Prasarana, Syarikat Perumahan Negara, Tenaga Nasional, MRT Co dan Kumpulan UEM berada dalam senarai teratas.

OhDunia.My

Posted: 23 Oct 2016 08:09 AM PDT

OhDunia.My


Bajet 2017: Antara Harapan Dan Realiti

Posted: 23 Oct 2016 04:46 AM PDT

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Shazali Abu Mansor turut berkongsi pandangan yang sama dengan menyifatkan ia sebagai bajet urus tadbir negara dan tidak akan dipacu oleh faktor PRU.



Baca selengkapnya

174 Banduan Bolos Dari Penjara Selepas Bunuh Pengawal

Posted: 22 Oct 2016 09:04 PM PDT

Seramai 174 banduan melarikan diri dari penjara di utara Haiti pada Sabtu selepas membunuh seorang pengawal dan mencuri senjata api, menurut pihak berkuasa yang melancarkan operasi memburu pesalah terbabit.


174 Banduan Bolos Dari Penjara Selepas Bunuh Pengawal

Baca selengkapnya

Perompak Rentang Dawai Di Laluan Motosikal, Dakwa Kesas

Posted: 22 Oct 2016 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kesas Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung perbuatan khianat dan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu tidak bertanggungjawab di lorong motosikal Lebuhraya Shah Alam (LSA) awal pagi semalam.


Perompak Rentang Dawai Di Laluan Motosikal, Dakwa Kesas

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 23 Oct 2016 02:29 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


2 Mitos Kerosakan Gheta Yang Hampa Patut Tau

Posted: 22 Oct 2016 10:02 PM PDT


Kebiasaannya pompuan akan sewenang wenangnya menerima cadangan daripada mekanik namun begitu ada jugak lelaki yang buat perkara yang sama Sebelum gheta dibaiki hampa wajib kaji selidik dahulu de...

Baju Hujan Yang Mampu Memanaihkan Badan Apabila Basah

Posted: 22 Oct 2016 07:02 PM PDT


Terkena hujan memang akan basah tu benda wajib berlaku bagi penunggang geghek dan mutusikai Apabila perkara ni menimpa hampa pastinya akan merasa sejuk dan mampu jadi punca ketidakselesaan Di ...

10 Lagi Produk Kosmetik Dikesan Ada Kandungan Racun 2016

Posted: 22 Oct 2016 07:02 AM PDT


oghang ghamai dinasihati supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan 10 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjaduai yang tak dibenaqkan di dalam produk kosmetik Produk produk kos...

myartis.com

Posted: 23 Oct 2016 02:12 AM PDT

myartis.com


23 FOTO - BEKAS PROTEGE FAIZAL TAHIR & RAMLAH RAM SELAMAT NIKAH

Posted: 22 Oct 2016 05:58 PM PDT



Tahniah diucapkan buat bekas naib juara Mentor musim ke-6, Anas Ridzuan, 27, yang selamat bergelar suami kepada Ana Syuhada, 25, yang juga bekas peserta program realiti berkenaan dengan sekali lafaz tepat pada jam 10.17 pagi semalam.

Majlis yang berlangsung secara sederhana di Masjid Seksyen 7, Shah Alam itu menyaksikan bekas protege kepada Faizal Tahir dan Ramlah Ram itu masing-masing secocok mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"HUBUNGAN KAMI TAK ADA MASALAH" - ERRA FAZIRA

Posted: 22 Oct 2016 04:37 PM PDT



Sebelum ini Erra Fazira pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau enggan dikaitkan dengan Shahir lagi. Disebabkan kenyataan itu, ramai yang menggangap hubungan antara mereka mempunyai masalah.

Enggan perkara disalahartikan, Erra telah tampil mengatakan hubungannya dengan bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi itu masih baik dan tidak mempunyai masalah.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 22 Oct 2016 08:22 PM PDT

ROTIKAYA


Suami Tak Sokong Nora Sertai Gegar Vaganza?

Posted: 22 Oct 2016 07:19 PM PDT

Mengakui memerlukan sokongan daripada ramai pihak untuk terus meMberikan persembahan yang terbaik dalam program realiti Gegar Vaganza musim ketiga, Nora dalam masa yang sama turut terkilan kerana suaminya terlalu sibuk dan tidak begitu memberikan sokongan kepadanya.

BACA: Kritik Penaja Gegar Vaganza: Fizo Omar Mohon Maaf

“Saya faham, suami terlalu sibuk. Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3. Suami beranggapan setiap persediaan yang dibuat sama seperti persembahan biasa lain”

“Saya sempat menegurnya dan memberitahu, menyertai program realiti membabitkan penyanyi profesional adalah perjuangan besar. Sebagai isteri, saya memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal mengharungi pertandingan ini,” jelasnya kepada BH Online.

Bagaimanapun menurut Nora, peminat tidak henti henti memberikan sokongan kepadanya melalui media sosial. Jadual Nora juga dalam masa yang sama turut padat dan berharap agar dia dapat memberikan persembahan yang terbaik. (rtky/s)

No comments:

Post a Comment