Saturday, 22 October 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 22 Oct 2016 09:57 AM PDT

KedahLanie.info


RUU AKTA 355 - TAHNIAH KEADILAN, KEPUTUSAN BIJAK BUAT UMNO SENAK PERUT

Posted: 22 Oct 2016 01:14 AM PDT

Aku ucapkan syabas dan tahniah di atas kebijaksanaan pucuk pimpinan Keadilan apabila bersetuju memberi ruang seluas2nya kpd MP Marang, Hadi Awang utk bawa usul persendiriannya berkaitan RUU Akta 355 dan bahaskannya di Parlimen. 

Ertinya, Keadilan tidak sanggup jadi pak turut atau tukang angguk seperti di pihak mereka. 

Meskipun ditakut2kan dengan "jirat', namun Kak Wan tidak sebodoh itu.  PJ Pas Perak nampaknya terpaksa jilat ludahnya sendiri kerana telah bersangka buruk terhadap Keadilan.

Akibat terlalu mengharapkan Keadilan menerima bulat2 RUU yg  umpama ' cek kosong' itu atau mengharapkan Keadilan menolak secara total usul berkenaan, keputusan Keadilan yg terlalu berhati2 dan tidak diperangkap menyebabkan ada yg masih tidak puas hati. 

Ada yg meroyan.  Jelas sekali, keputusan Keadilan ini menyebabkan Umno dan sekutunya kini senak perut.

Persoalannya, adakah speaker akan beri ruang kpd MP Marang?  Jika sekali lagi ditipu, apakah salah Keadilan juga?

WFAUZDIN NS

Bersih 5: Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen

Posted: 21 Oct 2016 09:34 PM PDT


Mohd Sayuti Omar

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung penyertaan parti itu dalam himpunan Bersih, 19 November depan.

Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar berkata, peguam itu boleh sahaja tanpa perlu berselindung menyatakan menjalin hubungan dengan Umno.

"Takiyuddin tidak payah banyak cakap berliku-liku macam jalan ke Bukit Tinggi.

"Terus terang sahaja Pas tidak mahu sertai Bersih kerana Pas sedia untuk berkerjasama dengan Umno. Cakap biar jelas dan terang.

"Ringkas, tidak menyusah dan mengelirukan orang. Dalam perjuangan kena gentlemen tidak jadi macam ikan keli dalam besen," bidasnya dalam status Facebook beliau.

Sayuti mengulas alasan Takiyuddin kononnya Pas tidak menyertai Bersih 5 kerana perjuangan gerakan kempen menuntut pilihan raya yang adil itu sudah melencong.

Takiyuddin yang juga peguam mendakwa terdapat peserta Bersih sebelum ini memijak gambar pemimpin parti tersebut.

"Kalaulah itu alasan kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih, betapa rendah jiwa orang Pas.

"Takkan kerana gambar dipijak sanggup menolak gagasan Bersih untuk memastikan pilihan raya adil dan bersih.

"Tengok Anwar walaupun matanya lebam dibaham polis Dr Mahathir tetapi beliau boleh melupai peristiwa itu demi mencapai cita-cita bersama," tegas Sayuti lagi.

Bajet "Sandiwara": Soalan Najib Makan Diri...

Posted: 21 Oct 2016 08:46 PM PDT

Bajet "Sandiwara": Soalan Najib Makan Diri, MP Pakatan & PPBM Keluar Dewan

Semuanya bermula apabila perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak membuat pertanyaan siapa yang main sandiwara dan siapa yang tak ada substance. 

Pertanyaannya itu dijawab dengan spontan oleh Wakil rakyat pembangkang (kecuali PAS) yang bertindak mengangkat plakad "Siapa MO1". 

Suasana Dewan Rakyat hingar bingar ketika itu. 

"Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance dan kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi. 

"Malah ada pemimpin pembangkang menyebut pula, "Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini. Sebenarnya siapa yang bermain sandiwara? Siapa tiada substance sebenarnya?," ujar Najib. 

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cepat campur tangan dan meminta agar Najib yang juga adalah menteri kewangan tidak diganggu. 

Speaker yang gagal mengawal keadaan kemudian menjadi berang dan menjerkah: "Duduk yang berhormat". 

Akhirnya speaker mencabar pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan belanjawan itu boleh keluar dari dewan. 

Wakil rakyat pakatan Harapan bersama Tan Sri Muhyiddin dari PPBM bagaimanapun benar-benar keluar dewan. 

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila wakil rakyat bertindak memulaukan pembentangan belanjawan. 

Tutut berbuat demikian adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS. 

Ahli Parlimen Semporna, YB Shafie Apdal dari parti Warisan pada awalnya masih berada di dalam Dewan Rakyat, tetapi turut keluar selepas itu kerana menurutnya beliau menunggu keadaan pintu yang sesak menjadi reda. 

Sewaktu di luar dewan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa ia adalah bajet yang tidak dapat dipenuhi kerajaan dan ia dilaksanakan untuk 2017. 

"Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik beri macam-macam tetapi duitnya, hutangnya di mana? 

"Apa yang bersandiwara? Bukan kami. Kami mahu sandiwara yang dikatakan itu dijawab oleh kerajaan," katanya kepada pemberita. 

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad pula berkata, ahli parlimen pembangkang keluar dewan kerana orang yang membentangkan bajet itu tidak layak untuk bercakap mengenai bajet. Beliau (Najib) adalah ketua kepada kerajaan kleptokratik. 

"Kita tidak akan dengar apa-apa yang sia-sia (nonsense)," tambahnya lagi. 

Sementara bekas timbalan perdana menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau turut melangkah keluar dewan bersama ahli Parlimen lain kerana apa yang ditawarkan Bajet 2017 tidak realistik. 

"Saya tidak bersedia mendengar apa-apa penjelasan lagi kerana saya percaya apa yang akan disampaikan itu tidak memberikan gambaran kedudukan realistik. 

"Rakyat digula-gulakan dengan tawaran tertentu tetapi sebenarnya kerajaan tidak punyai dana," katanya lagi. 

Sementara itu, wakil rakyat PAS kekal berada di dalam dewan bersama-sama dengan wakil rakyat BN. 

Menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Pas enggan untuk keluar dewan kerana bantahan boleh dilakukan melalui perbahasan secara ilmiah. 

"Pas mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet 2017 dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini. 

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat turut menyifatkan terdapat perkara positif dalam pembentangan belanjawan tersebut. 

Sikap Pas terkini yang bercanggah dengan pendirian parti pembangkang lain menguatkan tanggapan banyak pihak bahawa parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengamalkan pendekatan politik berbaik-baik dengan Umno-BN. Wakil rakyat Marang itu, bagaimanapun seperti biasa, tidak hadir. 

Najib berkata rakyat menilai tindakan wakil pembangkang, namun di media sosial ramai yang menjawab bahawa rakyat kini menilai tindakan Najib yang tidak menyentuh isu 1MDB dan gentar untuk mengakui beliau sebagai MO1 dan juga tindakan PAS yang nampaknya sudah mengkhianati amanah rakyat untuk menjadi pembela rakyat untuk menentang UMNO BN.

Keluar dewan bukan isu baru cuma mp Pas bajet suci bila tak keluar...

Posted: 21 Oct 2016 08:18 PM PDT

Kita ambil pendekatan berbeza menghadapi isu BAJET 2017.. kita tak keluar dewan.. kita akan berhujah bantah secara ilmiah dan berikan pandangan bukan keluar dewan. Kata lebai kulup yg baru jadi ahli parlimen sbb kawan dgn DAP masa pru13 dulu.

Komen aku mudah ja...

Yang keluar dewan tu pun sama juga akan bahas BAJET bermula isnin depan. Bajet akan mula dibahaskan hari isnin bkn smlm... keluar dewan tu tanda isyarat bgtau yg bentang Bajet bhw pembentang Bajet tu tak layak didengar ucapannya.

Ada yg kata dah tu bila keluar, apa ug depa nak bahas nanti? Nampak sgt tak faham. Teks Bajet semua ADR dpt, malah Bajet keseluruhan secara detail ada di atas meja semua ADR, Marang yg ponteng pun akan tetap bahas Bajet berdasarkan teks & RUU Bajet yg ada atas meja. Mendengar Najib merapu dlm Dewan tidak menjadikan lebih faham Bajet. Tak ada apa2 pun.

Nak berhujah ilmiah dan bg pandangan?? Itu semua ADR akan buat bermula minggu depan. Hangpa tu bahas pi bahas mai nanti bila undi hangpa berkecuali... mcm hangpa x penah buat....

konon guna pendekatan berhujah ilmiah tapi bila orang ajak berhujah berwacana, selop keras kering.... klu betoi nak berhujah berbahas, jom kita wacana!!!

Keluar dewan ni bkn baru, tapi puak2 lebai ni bajet suci, bajet akhlak baik sgt la.. tak mau keluar dewan... hello!!! Dulu masa Hj Mohd Sabu berucap rasmi Muktamar Dewan Pemuda di Kota Tinggi, puak2 hangpa la keluar dewan masa dia berucap... baguih la akhlak hangpa kan???

Kesimpulannya... hangpa memang pelaq.

Zul Hazmi

Tidak hadir Bajet 2017, Hadi ada kuliah Jumaat, majlis tahnik

Posted: 21 Oct 2016 08:05 PM PDT

Walaupun pembentangan belanjawan setahun sekali tetapi Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam masih tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat.

Ketiadaannya ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 dilihat banyak pihak sebagai sudah menjadi kelaziman memandangkan beliau memang dikenali kerap ponteng dalam sidang Parlimen.

Namun, terdapat penyokong Pas yang cuba menjelaskan punca ketidakhadiran Presiden mereka itu di Parlimen.

Pengguna Facebook, Aziz Al Qassam memberitahu Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu mempunyai Kuliah Jumaat diikuti majlis tahnik.

"Lepas itu (Kuliah Jumaat), memenuhi hasrat masyarakat Marang untuk tahnik anak mereka.

"Cakap-cakap buat dosa dok menimbulkan kebencian kepada tok guru yang banyak jasa kepada ummah," bidasnya lagi.

Dakwaan Aziz berkenaan adalah respon kepada status Facebook milik Naib Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak.

"Semua Ahli Parlimen Pas kekal dalam dewan hingga berakhir pembentangan bajet kecuali Marang," katanya bernada sindiran.

Abdul Hadi bagaimanapun baru-baru ini dapat hadir sidang Parlimen dua hari berturut-turut mungkin menjangka dapat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) Akta 355 berdasarkan kedudukan usul itu pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Namun, usul RUU Akta 355 yang mulanya berada di nombor empat dalam aturan tersebut pada 17 Oktober telah jatuh tangga ketujuh keesokan harinya.

Menjangkakan beliau mungkin tidak berpeluang membentangkan usul berkenaan, Abdul Hadi meninggalkan Dewan Rakyat kira-kira jam 10.30 pagi sambil tersenyum dan berlalu pergi.

Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap MP TEMERLOH juga keciwa kelaku pihak pembangkang ganggu NAJIB bentang bujet semalam

Posted: 21 Oct 2016 07:28 PM PDT

PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini.

Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan  hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sessi pengundian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Oktober 2016

Muhyiddin: Saya keluar sebab tak bersedia dengar bajet ‘tak realistik’

Posted: 21 Oct 2016 07:17 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengikuti bajet tahun ini buat pertama kali sebagai pembangkang berkata beliau turut melangkah keluar dewan bersama ahli Parlimen lain kerana apa yang ditawarkan Bajet 2017 tidak realistik.

“Saya tidak bersedia mendengar apa-apa penjelasan lagi kerana saya percaya apa yang akan disampaikan itu tidak memberikan gambaran kedudukan realistik.

“Rakyat digula-gulakan dengan tawaran tertentu tetapi sebenarnya kerajaan tidak punyai dana,” katanya di luar Dewan Rakyat ketika ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlangsung.

Najib yang juga menteri kewangan hari ini membentangkan bajet berjumlah RM260.8 bilion, dengan pelbagai imbuhan kepada penjawat awam di samping mengumumkan peruntukan lebih bagi kemajuan luar bandar.

Ucapan Najib bagaimanapun diganggu pembangkang yang mengangkat sepanduk “Siapa MO1?”, merujuk gelaran yang disebut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman sivil menyita aset 1MDB.

Muhyiddin berkata pelbagai tawaran imbuhan yang diumumkan tidak mungkin dapat dipenuhi.

“Tidak realistik. Walaupun zahirnya tawaran BR1M dan sebagainya, isu pokok ialah sumber dana negara merosot dan bagaimana menyelesaikan hutang dan tanggungan yang banyak,” kata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Hasil negara tidak mungkin dapat menampung sejumlah besar pembiayaan dan tanggungan.”

Katanya, berdasarkan pengalaman berada dalam kerajaan dulu, segala peruntukan yang diumumkan pada bajet tidak semestinya akan diberikan.

“Saya pernah ada dalam kerajaan. Pada masa belanjawan dahulu, jumlah wang besar diperuntukkan kepada kementerian, tetapi bila sampai waktu mohon, ada saringan, ada EPU, ada treasury, akhirnya peruntukan tidak diberikan kepada kementerian,” katanya.

Menurut Muhyiddin, Najib gagal menjelaskan bagaimana hutang negara akan ditangani, termasuk hutang berbilion dolar melibatkan 1MDB.

“Sepatutnya perdana menteri beri penjelasan dalam belanjawan ini supaya rakyat yakin apa yg dibentang boleh dilaksanakan,” katanya.

“Isunya ialah rasuah, ketirisan, kehilangan wang yang banyak, tidak langsung disentuh”.

Bujet 2017 : Membebankan Rakyat & Ledakan Hutang Semakin Membimbangkan

Posted: 21 Oct 2016 06:55 PM PDT

Bajet BN tahun 2017 membebankan rakyat & ledakan hutang semakin membimbangkan !

1. Satu bajet defisit sebanyak RM43.15 bilion, ia satu rekod baru kerana sudah 20 tahun bajet defisit berturut-turut.

2. Defisit kali ini berjumlah 3.15% dari jumlah KDNK, ini menunjukkan kerajaan BN gagal menepati sasaran defisit kurang dari 3.1%.

3. Hutang negara terus meningkat. Jumlah kos bayar hutang negara meningkat dari RM26.5 bilion menjadi RM29.17 bilion. Dengan kata lain, 11.1% dari jumlah bajet digunapakai untuk bayar hutang & setiap bulan RM2.46 bilion terpaksa diguna utk membayar hutang.

4. Jumlah belanja tinggi tetapi Pembangunan amat kurang. Dari jumlah RM262.8 bilion bajet 2017, Setinggi 81.7% utk belanja mengurus, hanya 18.3% saja untuk belanja membangun.

5. Hutang negara dan hutang jaminan kerajaan kini melebihi paras RM811 bilion, satu petanda yang bahaya & generasi muda akan dibebankan dengan hutang yg amat tinggi & membebankan.

6. Kerajaan akan memerah rakyat dengan kutipan cukai GST sebanyak RM40 bilion pada 2017. Jumlah ini pasti akan meningkatkan beban rakyat.

7. Subsidi seperti subsidi minyak, diesel, gula, tepung, beras & minyak masak semua dihapuskan.

Ubah, selamatkan Malaysia!

myartis.com

Posted: 22 Oct 2016 02:00 AM PDT

myartis.com


TIADA TAWARAN BERLAKON - SOFI JIKAN CEBURI BIDANG PERNIAGAAN

Posted: 21 Oct 2016 06:53 PM PDT



Kekurangan tawaran berlakon sejak tiga tahun lalu mendorong pelakon Sofi Jikan, 46, menceburi bidang perniagaan dengan menjual minyak silinder atau minyak hitam jenama 'Aerorev'.

Sofi menganggap rezeki yang kurang dalam bidang berkenaan mendorong dia kepada bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama keluarganya.

"Saya sudah tidak ada tawaran berlakon sejak dua, tiga tahun lalu dan disebabkan itu saya mula beralih ke bidang perniagaan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BAPA DIBENAR KELUAR HOSPITAL - ACHEY CUBA LUANG MASA

Posted: 21 Oct 2016 05:44 PM PDT



"Saya memang asyik teringatkan bapa yang belum pulih sepenuhnya. Kalau ikutkan hati, saya mahu selalu berada di sisinya saat ini.

"Saya tahu, anak-anak akan menjadi antara ubat paling berkesan bagi ibu bapa yang tidak sihat," kata pelawak Achey dalam nada sedih.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BELUM DI PASARAN - KULIT ALBUM FAIZAL TAHIR JADI PERHATIAN

Posted: 21 Oct 2016 05:03 PM PDT



Penyanyi yang popular dengan lagu 'Assalamualaikum' Faizal Tahir sebelum ini pernah dikecam dan kena 'banned' dengan stesen televisyen gara-gara dirinya itu membuka baju ketika melakukan persembahan.

Terkini, Faizal yang bakal melancarkan album terbaharu berjudul 'Anatomi' pada 4 November ini telah menarik perhatian ramai walaupun album tersebut belum pun berada di pasaran.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

INSTAGRAM FIZZ FAIRUZ PULA MENJADI MANGSA

Posted: 21 Oct 2016 04:07 PM PDT



Menerusi laman Instagram Almy Nadia, dia memberitahu bahawa akaun Instagram suaminya, Fizz Fairuz telah menjadi mangsa godam.

"Insta suami kami kena hack.. sian suami kami.. nanti ada insta baru kami bagitau k..," maklum Almy di IGnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 22 Oct 2016 01:58 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Faizznur Bakai Saman Malu Terhadap Kakak Sendiri Setelah Dituduh Pecah Amanah

Posted: 21 Oct 2016 11:32 PM PDT


Susulan pembongkaran yang dibuat oleh kakak kepada mangsa nahaih Duke yang mengempaqkan Malaysia yang mendakwa adik bongsunya Faizznur telah pecah amanah terhadap wang sumbangan oghang ghamai kepad...

Buah Dan Daun Durian Belanda Sebagai Penawaq Kanser

Posted: 21 Oct 2016 10:02 PM PDT


Durian belanda mendapat perhatian di seluruh dunia pasai berita keupayaan luaq biasanya berbandin kemoterapi diuar uaqkan di internet terutama melalui media so siall Sebuah artikel berbahasa In...

Misteri Kuboq Panjang Di Pendang Kedah

Posted: 21 Oct 2016 07:02 PM PDT


Biasanya saiz kuboq akan tetap sama setiap kali diziarahi setiap tahun tapi pernahkah hampa mendengaq kewujudan kuboq yang semakin memanjang sejak dari mula ianya wujud Kedengaran janggai tapi ia ...

Tangani Tekanan Dengan Menulih

Posted: 21 Oct 2016 09:42 AM PDT


Bila kali terakhiaq hampa menulis betoi betoi menulih meletakkan pen ataih kertaih bukan hanya menaip emel ataupun laporan di komputer Dengan menulih penin pala hampa dapat disettelkan dengan ...

Hormat Pm Peniaga Nasik Vanggey Jamin Tak Naikkan Ghega Bajet2017

Posted: 21 Oct 2016 08:02 AM PDT


IPOH cheq tak akan menaikkan ghega sebagai tanda menghormati Perdana menteghi demikian jaminan pengusaha nasik Vanggey yang terkenai di sini Mohammad Nihmathoilah Syed Mustafa Mohammad Ni...

Rasuah Bekalan Ayaq Sabah 19 Jurutera Kena Tahan Rm2 4 Juta Dirampaih

Posted: 21 Oct 2016 07:04 AM PDT


KOTA KINABALU Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM berhubung keh penyalahgunaan dana awam melibatkan Jabatan ayaq Negeri Sabah JANS diperluaskan dengan penahanan 19 jurutera ba...

Bantuan Spesial Rm500 Sebagai Ganti Bonuih 2016 Untuk Kakitangan Awam

Posted: 21 Oct 2016 07:02 AM PDT


Perdana menteghi Najib Razak mengumumkan bantuan spesial sebanyak RM500 yang akan dibayaq kepada 1 6 juta penjawat awam sebagai ganti kepada pembayaran bonuih Kepada kakitangan awam cheq tau ka...

Google Destinations Dilancaq Sebagai Panduan Percutian Hampa

Posted: 21 Oct 2016 04:02 AM PDT


Syarikat enjin pencarian femes dunia Google telah melancaqkan Google Destinations di Malaysia pada Rabu bagi memudahkan perancangan percutian pengguna Google Destinations merupakan ciri terbahar...

Soghang Lelaki Dipenjarakan 28 Hari Ni Sebabnya

Posted: 21 Oct 2016 03:42 AM PDT


soghang penguruih McDonald s telah menarik seluaq soghang pompuan sehingga menampakkan juboq mangsa di hadapan pelanggan lain Dia telah dipenjarakan walaupun dia hanya ingin melawak Stuart Hubba...

Boleh Saja Berkenalan Jumpak Keluarga Cheq Dulu

Posted: 21 Oct 2016 02:42 AM PDT


keghap dok dengaq terpalit pasai soalan jodoh Elfira Loy dalam satu kenyataan kepada Astro Gempak menyatakan bahawa dia tak mempunyai masalah untuk berkenalan dan kalau ada yang berminat untuk men...

ROTIKAYA

Posted: 21 Oct 2016 08:08 PM PDT

ROTIKAYA


Tiada Tawaran Berlakon, Sofi Jikan Jual Minyak Hitam

Posted: 21 Oct 2016 05:59 PM PDT

Akibat kurang menerima tawaran berlakon sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, pelakon Sofi Jikan menyatakan dia kini sudah mula menceburi bidang perniagaan demi kelangsungan hidup.

BACA: Laporan Sofi Jikan Meninggal Dunia Hanya Khabar Angin

“Saya sudah tidak ada tawaran berlakon sejak dua, tiga tahun lalu dan disebabkan itu saya mula beralih ke bidang perniagaan. Sekarang saya sibuk menjual minya hitam dan Insya-Allah pada 27 Oktober ini saya akan lancarkan minyak wangi Rockstar bagi lelaki dan Superstar bagi wanita pula”

“Saya sedar semakin tiada tempat dalam industri kerana kehadiran pelakon-pelakon baru yang lebih bagus dan mempunyai pakej yang lengkap sebagai artis. Saya tidak boleh bertahan, lebih baik saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan”

“Lagi pula beberapa tahun dalam industri saya tidak pernah dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ia menandakan lakonan saya tidak cukup bagus,” ujarnya kepada mStar Online.

Malah tambah Sofi Jikan lagi, kini dia menyifatkan bidang lakonan sebagai sesuatu yang sudah dikuburkan dan jika ada mahu dirinya berlakon, mereka perlu gali semula perkuburan tersebut. Bunyi macam merajuk pun ada gayanya.

Nampaknya selepas Namron turut menyatakan diri untuk berundur dari dunia seni, makin ramai pelakon yang benar benar berbakat menarik diri. Namun kami pasti, filem mahupun drama yang dibintangi pelakon berbakat mungkin tidak memenangi sebarang anugerah namun karakter mereka akan sentiasa wujud, tidak lupus ditelan zaman.

“Boleh Saja Berkenalan, Jumpa Keluarga Saya Dulu”

Posted: 21 Oct 2016 12:37 AM PDT

Seringkali terpalit mengenai soalan jodoh, Elfira Loy dalam satu kenyataan kepada Astro Gempak menyatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk berkenalan dan jika ada yang berminat untuk menyunting dirinya, lelaki berkenaan haruslah bertemu dengan keluarganya terlebih dulu.

BACA: Elfira Loy Gesa Peminat Jangan Hakimi Uqasha Senrose

"Saya tak sorokkan apa-apa dan ya saya masih solo, saya okay saja kalau ada sesiapa yang nak berkenalan. Cuma saya nak beritahu saya lebih sukakan kalau berkenalan dengan cara tradisional di mana mereka perlulah berjumpa dengan keluarga saya”

"Saya rasa cara itu lebih baik dan saya rasa tak ramai lelaki yang berani untuk melakukan perkara itu," jelasnya kepada portal berkenaan. Tambah Elfira, buat masa ini dia tidak merasakan terlalu tergesa gesa ke arah perkahwinan.

Sehubungan dengan itu, dia mahu menggunakan masa yang ada ketika ini untuk membina kerjaya terlebih dahulu. Malah Elfira sebelum ini dalam satu kenyataan pernah menyatakan bahawa dia agak susah untuk menemui teman lelaki yang sesuai. (rtky/s)

7-boleh-saja-berkenalan-jumpa-keluarga-saya-dulu-rotikaya 6-boleh-saja-berkenalan-jumpa-keluarga-saya-dulu-rotikaya 5-boleh-saja-berkenalan-jumpa-keluarga-saya-dulu-rotikaya 3-boleh-saja-berkenalan-jumpa-keluarga-saya-dulu-rotikaya 2-boleh-saja-berkenalan-jumpa-keluarga-saya-dulu-rotikaya 1-boleh-saja-berkenalan-jumpa-keluarga-saya-dulu-rotikaya

No comments:

Post a Comment