ROTIKAYA Posted: 07 Oct 2016 08:23 PM PDT Rita Rudaini Lebih Suka Lelaki Muda? Posted: 07 Oct 2016 07:26 PM PDT Selepas gagal dalam perkahwinan bersama bekas suami muda, kini Rita Rudaini digosipkan pula dengan seorang pengacara hiburan yang umurnya juga 13 tahun lebih muda. Tegas menafikan dakwaan mengatakan dirinya suka dikelilingi lelaki muda, Rita menjelaskan bahawa kegagalan perkahwinan terdahulu tidak membuatnya serik untuk terus berkawan dengan lelaki muda. BACA: "Nak Bercinta, Kena Pandai Ambil Hati Anak Saya Dulu" “Saya tidak pernah peduli dengan persepsi orang. Apapun tanggapan atau pandangan mereka, itu hak masing-masing. Hanya saya mengenali diri dengan lebih jelas. Berikutan selalu dikelilingi lelaki muda, orang luar mula melemparkan tuduhan sebegitu terhadap saya. Saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Mereka datang dengan baik, saya sambut dengan baik” “Selain Donna beberapa kawan saya yang lain juga lebih muda. Tidak semestinya berkawan dengan orang sebaya atau lebih tua menjanjikan kebahagiaan. Apa yang penting dalam persahabatan, hati yang jujur dan ikhlas kerana Allah. Sejak kembali solo saya tidak pernah lagi memikirkan soal jodoh. Bagi saya mudah jika tertulis ada, adalah jodoh itu” “Mereka sudah lama menderita jadi apa yang dilakukan saya akan mengutamakan anak. Tidak dinafikan Donna mesra dengan anak saya, segan juga melihat caranya melayani mereka. Arjuna agak manja dengan Donna, mungkin dirinya tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa,” katanya kepada Berita Harian Plus mengenai dakwaan dirinya yang sedang dilamun cinta. Bagaimanapun, pada saat ini keutamaan beliau adalah masa depan anak-anaknya. Malah soal jodoh pula tidak terlalu difikirkan kerana hatinya hanya terbuka untuk berkawan sahaja. Katanya lagi, jika ditakdirkan berkahwin juga, lelaki itu haruslah menyanyangi anak-anaknya dengan sepenuh hati, tidak mengapa jika kasih sayang terhadap beliau diletakkan di tempat kedua. (rkty/w) | Elly Mazlein Akui Menyesal Berkahwin Posted: 07 Oct 2016 08:37 AM PDT Diceraikan ketika kandungan berusia lima bulan membuatkan Elly Mazlein menyesal dengan perkahwinan yang dibina bersama bekas suami, Azmi Hatta. Pengakuan berani Faye Kusairi mengatakan bekas suami Elly merupakan kekasihnya pula menjadikan pengalaman berumah tangga satu sejarah hitam buat Elly sehingga dirinya serik membuka hati untuk lelaki lagi. BACA: "Jaga Bekas Suami Saya Baik Baik" – Elly Mazlein "Serik dengan lelaki? Jawapan saya ialah sangat serik. Adakalanya saya terasa menyesal dengan perkahwinan yang saya anggap satu sejarah hitam dalam hidup saya. Buat masa ini, memang saya tidak berhajat dan tidak pernah terfikir mengenai lelaki. Cukuplah ada Sephia dan bapa saya sahaja dalam hidup ketika ini, soal lain saya ketepikan dulu. Saya dah serik” "Detik menerima kelahirannya sangat indah tetapi detik itu jugalah yang cukup memilukan hati. Lelaki yang berjanji akan menjaga saya ketika pantang, tidak menunaikan janjinya. Dia sekadar datang menqamatkan Sephia dan hilang tidak lagi menjengah. Saya tak bersuara atas apa yang terjadi sebab tak mahu membuka aib, pekung dan kesedihan yang saya simpan” "Awalnya bukan mudah mahu memujuk hati yang sangat terluka. Tapi rasanya sekarang, saya perlu bercerita tentang kebenaran kerana hak anak saya, Putri Sara Sephia yang kini berusia tujuh bulan. Cuma apa yang saya lihat, aib yang saya cuba tutup, akhirnya terbongkar satu demi satu,” katanya kepada Utusan Online mengenai kisah penceraiannya sebelum ini. Sementara itu, Elly tidak kisah jika orang ramai memandangnya seolah meraih simpati dengan luahan hatinya itu kerana simpati itulah yang membuka pintu rezekinya kembali selepas dua tahun tidak bekerja. Untuk pengetahuan semua, Elly telah terpilih menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga selepas menolak tawaran itu ketika mengandung. (rkty/w) | Awie, Sharifah Ladyana Selamat Bergelar Suami Isteri Posted: 06 Oct 2016 11:47 PM PDT Tahiah kami ucapkan kepada pelakon dan juga penyanyi rock Awie kerana telah selamat diijabkabul bersama pilihan hatinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin yang berusia 29 tahun. Pasangan ini selamat bernikah kiri-kira jam 12.10 tengah hari tadi di lokasi yang dirahsiakan. BACA: Awie, Bakal Isteri Diserang Penyakit Misteri Sebelum Nikah “Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat” “Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu,” katanya dipetik daripada BH Online. Sementara itu, majlis resepsi yang berkonsepkan tradisional Melayu akan diadakan di tepi pantai pada malam ini. Perkahwinan Awie pada kali ini juga merupakan kali ketiga buat penyanyi tersebut. Sebelum ini, Awie pernah mendirikan rumah tangga bersama Arni Nazira Anuar pada tahun 1998 (bertahan selama 8 tahun), kemudian menikahi Rozana Misbun pada tahun 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak tahun 2014. Apa pun, semoga perkahwinan Awie kali ini kekal bahagia hingga ke Jannah. (rtky/s) Sumber & Gambar Ihsan: BH ONLINE | Surah al-Baqarah Buka Mata Nadiya Nisaa Posted: 06 Oct 2016 09:00 PM PDT Nekad untuk mula berhijab sejak Ramadhan lalu membuatkan Nadiya Nisaa ingin terus mempelajari serta mendalami ilmu agama Islam. Tidak cukup hanya menutup aurat, Nadiya meneruskan usahanya bersunguh-sunguh mengisi masa terluang beliau mempelajari pengetahuan agama supaya dirinya sentiasa istiqamah selain memiliki pegangan yang lebih sempurna. BACA: Nadiya Nisaa Bertudung Sejak Hamil Anak Kedua "Saya merancang menutup kepala sejak Ramadan lalu terutama selepas mengisi masa sepanjang bulan puasa pergi ke kelas agama, ketika itu saya sedang hamil anak kedua. Selepas Ramadan berlalu, saya meneruskan pembelajaran di surau dekat rumah dengan mempelajari ilmu tafsir” "Hati saya begitu tersentuh apabila dapat memahami pengertian surah al-Baqarah yang betul-betul membuka mata mengenai Islam. Saya harap kelas itu dapat diteruskan walaupun sudah mulai sibuk dengan penggambaran tetapi saya akan sedaya upaya mengimbangi antara tugasan dan jadual untuk keluarga dan kerjaya,” katanya kepada portal Malaysiakini. Pernah beberapa kali melakonkan watak wanita bertudung sebelum ini membuatkan Nadiya merasakan penghijrahan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ianya mendapat reaksi positif daripada suami dan juga keluarga. Malah dalam masa yang sama berkat doa peminat sebelum ini juga antara sebab penghijrahan beliau serta sokongan yang tidak henti. (rkty/w) | |
MySensasi Posted: 07 Oct 2016 12:01 PM PDT Sinopsis Ketika Daun Berzikir Cerekarama TV3 Posted: 07 Oct 2016 08:10 AM PDT Sinopsis Ketika Daun Berzikir Cerekarama TV3. Kepada peminat drama melayu pastikan anda tidak ketinggalan menonton slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 8 Oktober 2016 pukul 9 malam ini. Akan membariskan barisan pelakon seperti Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel serta ramai lagi. Sinopsis Ketika Daun Berzikir Kisah Muzir yang kecewa terhadap anak-anaknya, Farid dan Asyraf … The post Sinopsis Ketika Daun Berzikir Cerekarama TV3 appeared first on Info Semasa. | Siaran Langsung Malaysia vs Singapura 7.10.2016 Posted: 06 Oct 2016 09:41 PM PDT Keputusan Live Streaming Siaran Langsung Malaysia vs Singapura 7.10.2016. Perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan berlangsung di National Stadium, Singapore ini pasti menguji kemampuan kedua pasukan dalam persiapan pasukan untuk saingan Piala AFF Suzuki nanti. Mampukah Malaysia mendapat keputusan positif ? Ramai mahu melihat kemampuan skuad Harimau Malaysia bimbingan Dato Ong Kim Swee berdepan Singapura setelah … The post Siaran Langsung Malaysia vs Singapura 7.10.2016 appeared first on Info Semasa. | |
AMMBOI DOT COM Posted: 07 Oct 2016 11:59 AM PDT KEPUTUSAN PENUH FINAL SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 Posted: 07 Oct 2016 09:25 AM PDT Super Spontan Superstar 2016 akhirnya menutup tirainya malam ini. Tahniah diucapkan kepada pelawak popular Johan yang merupakan anggota kumpulan Monyet Mafia kerana dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2016. Berikut adalah keputusan penuh final Super Spontan Superstar 2016… Selaku juara, Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Sebagai makluman, Johan sebelum ini pernah […] The post KEPUTUSAN PENUH FINAL SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 appeared first on AMMBOI DOT COM. | TERPAKSA KE GEREJA KERANA TIADA DUIT BELI SUSU ANAK Posted: 06 Oct 2016 04:33 PM PDT Sekadar perkongsian. Kalau boleh biarlah ianya sampai kepada pihak yang berkenaan. Benar, kita ada sistem. Tapi kalau boleh permudahkanlah sistem tersebut. Jangan sampai menyusahkan orang yang tengah susah. Sebagaimana kisah dibawah, seorang bapa terpaksa meminta bantuan dari gereja gara-gara gagal mendapat bantuan dari pihak yang sepatutnya. Anda boleh baca kisah sepenuhnya seperti yang diceritakan dibawah. […] The post TERPAKSA KE GEREJA KERANA TIADA DUIT BELI SUSU ANAK appeared first on AMMBOI DOT COM. | |
KedahLanie.info Posted: 07 Oct 2016 10:28 AM PDT Awat yang MUHYIDDIN dok ghapla sangat dengan SIAPA JADI PM..? Posted: 07 Oct 2016 06:37 AM PDT SIAPA PERDANA MENTERI JIKA UMNO/BN TUMBANG DALAM PRU-14? Sebok... Kalot... Ghapla..... Pakat dok kalot nak namakan siapa bakal jadi Perdana Menteri (PM) jika Umno/BN ditumbangkan dalam PRU-14 nanti. Bagi aku siapa PM tak perlu dinamakan. Menamakan PM hanya akan memburukkan keadaan malah akan menjadikan perjuangan menjatuhkan kejahatan Umno/BN sebagai tidak lebih kepada angan-angan. Satu pihak mahukan Anwar sebagai PM sedang Anwar masih terpenjara. Jika Anwar dibebaskan dengan pengampunan sekali pun, Anwar tidak layak menjadi PM. Realistik la sikit. Ada pula pihak lain menamakan Muhyiddin sebagai PM. Aku mau dia jadi PM. Aku mau dia tu pulak jadi PM. Aku pulak mau dia ni jadi PM. Tak perlu pun sebenarnya menamakan siapa bakal menjadi PM. Itu semua gaya Umno/BN. Ala Umno/BN. Kita mesti lari atau keluar daripada konsep demokrasi ala-ala Uumno/BN ni. Kita perlu usaha dulu jatuhkan Umno/BN. Bersepakat menjatuhkan Umno/BN. Jangan disebok siapa PM. Klu Umno/BN jatuh dan ditumbangkan nanti, kita tengok siapa di antara Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang layak untuk menjadi PM, maka dialah kita lantik dan persembahkan kepada Yang DiPertuan Agong untuk mengangkat sumpah. Perlu diingat bahawa siapa pun PM, dia mesti mentadbir secara konsensus bukan sesuka hati dia seorang diri. Kalau dia nak mentadbir seorang diri sesuka hati dia, itu tiada beza dengan apa yang Umno/BN buat dan sama macam Najib. Kita tidak mahu perkara tersebut berulang. Jadi seorang Perdana Menteri mesti mentadbir secara kolektif dan membuat keputusan bersama seluruh Jemaah Menteri yang dilantik. Siapa pun PM, keputusan yang dibuat mestilah secara bersama. Jadi tak perlu nak namakan siapa kerana bukan PM seorang mentadbir negara. Jangan dok serabut ghapla sangat.... Fokus jatuhkan Umno/BN dulu. Kerja tak buat tapi dok angan2 nak jadi PM. Pi jahanam la.... Hang ingat hang sapa?
Zulhazmi Shariff | Najib cakap Malaysia tak akan bangrap Posted: 07 Oct 2016 05:47 AM PDT Najib: Malaysia tak akan bankrap - k'jaan pertahankan ekonomi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya bahawa Malaysia akan bankrap pada akhir bulan ini. “Ramai pula yang mempercayainya. Ingin saya terangkan, ekonomi negara bahkan ekonomi dunia mempunyai kitaran naik turunnya. “Pada 1998, kita mengalami krisis kewangan yang sangat dahsyat, di mana pertumbuhan ekonomi negara di tahap negatif, banyak perniagaan gulung tikar, ringgit jatuh mendadak dan rakyat hilang kerja," kata Najib. Sepuluh tahun kemudian, katanya, dunia kembali diasak krisis ekonomi yang juga telah mengakibatkan ekonomi negara menyusut. “Sebagai menteri kewangan ketika itu, saya telah mengambil langkah proaktif dalam merangka program perangsang ekonomi. “Alhamdulillah, pertumbuhan ekonomi melonjak semula pada kadar lebih 7 peratus pada tahun berikutnya,” katanya dalam satu catatan di blog beliau. Pada tahun 2015, menurut Najib, negara menghadapi satu lagi cabaran ekonomi di mana hasil pendapatan negara merosot lebih RM30 bilion akibat kejatuhan harga minyak. “Hakikatnya, ekonomi negara tetap berkembang pada kadar lebih 4 peratus pada separuh pertama tahun ini, dan tidak pula tersungkur ke tahap negatif seperti tahun 1998. “Malangnya ada kelompok telah menyebarkan fitnah mengatakan kemerosotan ekonomi negara adalah sebab faktor politik semata-mata. “Walhal, kerajaan inilah yang berjaya mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. Naijb menggesa rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah seperti itu dan mengingatkan umat Islam bahawa Allah berfirman bahawa orang beriman mesti sentiasa menyemak fakta apabila datang orang fasik yang membawa sesuatu berita. | BN akan tumbang di Kedah pada PRU14 Posted: 06 Oct 2016 08:39 PM PDT 
Muhyiddin Yassin SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah pada pilihan raya akan datang. Muhyiddin berkata, ini bersangkutan dengan sentimen rakyat di negeri jelapang padi itu selepas bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan daripada jawatannya. "Selepas Mukhriz disingkirkan...mungkin sudah cukup matang untuk BN tumbang, sebab saya tengok sentimen rakyat Kedah selepas peristiwa itu berlaku ia amat tidak baik bagi BN,penerimaan mereka kepada MB baharu (maaf cakap) tidak sehebat Mukhriz," katanya. Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersama beliau di Kumpulan Media Karangkraf. Muhyiddin mendakwa sebelum tindakan penyingkiran Muhriz dilakukan beliau telah menghantar satu pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Sebelum Najib pecat Mukhriz saya hantar mesej kepada beliau saya beritahu 'amaran baik' jangan buat begitu...itu permulaan kepada kejatuhan BN, tapi yang pasti mereka tidak endahkan, jadi perkiraan saya BN di Kedah sudah cukup ranum dan cukup matang untuk terjatuh," katanya. Mukhriz dipecat daripada Umno pada Jun lalu, dan disingkirkan daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah dan diganti dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. | Kisah Akaun Giro Almarhum Tok Guru Nik Aziz Posted: 06 Oct 2016 06:01 PM PDT Kisah Akaun Giro Almarhum Tok Guru Nik Aziz 
SEWAKTU berkhidmat di kelantan, saya mengenali Abe Ya atau Zakaria sebagai pegawai keselamatan dan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Loh sebagai pemandu kepada Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Saya sebenarnya sudah lama terfikir untuk menemui kedua-dua insan ini kerana mereka berpeluang berkhidmat dengan Tuan Guru. Bukan sekejap perkhidmatan mereka tetapi belasan tahun lamanya. Sudah pasti kalau saya ingin menulis, pasti banyak cerita menarik yang dapat saya coretkan daripada pengalaman mereka.
Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman bersama Abe Loh. Sungguh bertuah Abe Loh kerana tempat tinggalnya berdekatan dengan kediaman Tok Guru di Pulau Melaka. Siapa yang mengenali Abe Loh ini tentu tahu perwatakannya yang lemah lembut dan suka senyum. Apa yang saya selalu tanya Abe Loh sewaktu menemuinya ketika menghantar Tok Guru ke mana-mana majlis ialah tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Tok Guru di dalam kereta.
Tok Guru pernah beritahu saya, beliau tidak banyak tidur pada waktu malam. Oleh sebab itu Tok Guru biasanya ambil kesempatan untuk lelap seketika sewaktu dalam kereta menuju ke sesuatu majlis terutama yang jauh jaraknya. Jika Tok Guru tidak tidur, maka berpeluanglah pemandu dan pengawal keselamatan mendengar tazkirahnya.
Itu pengalaman biasa dengan Abe Loh. Pengalaman luar biasa berlaku apabila saya terserempak kereta rasmi Tok Guru yang sedang diletakkan di luar sebuah bangunan di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Saya lupa akan nama bangunan tersebut. Tetapi yang masih ingat di situ ada mesin ATM GIRO.
Kebetulan pada masa yang sama, saya ke sana kerana ingin mengeluarkan sejumlah wang. Kalau tidak salah pada waktu itu gaji belum masuk. Rupa-rupanya Abe Loh juga ingin mengeluarkan wang. Disebabkan hanya kami berdua sahaja yang ingin melakukan urusan tersebut maka sempatlah untuk saya bertanya khabar.
Saya beri peluang kepada Abe Loh untuk mengeluarkan wang terlebih dahulu manakala saya berdiri di belakangnya. Tidak berapa lama Abe Loh menoleh ke arah saya sambil tersenyum dan menyuruh saya mengambil giliran. Saya perasan beliau tidak mengeluarkan wang daripada mesin itu. Dia kemudian terus membuat panggilan kepada seseorang.
Selesai urusan saya, sempat kami berbual seketika, Rupa-rupanya Abe Loh diamanahkan untuk mengeluarkan sejumlah wang oleh Tok Guru daripada akaun Gironya untuk dikirimkan pada salah seorang anaknya yang sedang belajar di luar negara. Kalau tidak salah saya, anaknya itu adalah Nik Mohamad Abduh.
Jumlah yang diperlukan bukanlah banyak mana pun. Hanya lebih kurang jumlah yang saya belanjakan untuk beli susu jenis Bebelac untuk anak saya, Muhammad Alif Ameer yang berusia 4 tahun pada ketika itu. Tidak sampai pun RM 400.
"Duit tak cukup..." Kata Abe Loh spontan lalu tersenyum.
"Tok Guru royat gapo tadi bila tahu pitih tak cukup...?" soal saya.
"Semula.... Tunggu gaji." kata Abe Loh.
SubhanALLAH....Seorang yang berstatus Menteri Besar, yang memimpin sebuah kerajan negeri perlu menunggu wang gaji untuk menghantar belanja kepada anaknya.
Mungkin perkara ini hanya berlaku kepada orang biasa sahaja. Tidak mungkin berlaku kepada seseorang yang sama pangkatnya seperti Tok Guru. Tetapi inilah hakikat yang berlaku dan saya menyaksikan sendiri. Mungkin Abe Loh masih ingat peristiwa ini.
Atas sebab inilah, saya tidak pernah susah hati jika tidak ada duit untuk berbelanja. Ini kerana saya sudah menjumpai insan hebat hafal al-Quran pun pernah tidak berduit.
Setakat saya ini, yang hanya hafal beberapa ayat-ayat lazim, itupun yang pendek-pendek, apa nak dihairankan kalau ALLAH bagi rezeki sedikit. Yang peliknya, ada orang yang mempunyai duit berjuta-juta tetapi masih lagi berasa tidak cukup. Maka bersyukurlah. | BN Johor hilang MAJORITI 2/3 Posted: 06 Oct 2016 05:25 PM PDT Mengenai kedudukan ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor selepas kenyataan TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 6 Oktober 2016 KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan pegawai-pegawai kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu YB Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung, YBhg. Dato’ Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung dan YBhg Datuk Hj Kamarudin bin Md Nor sebagai Ketua Penerangan. Pelantikan-pelantikan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan awam, Universiti Bradford, United Kingdom. Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran.Beliau juga merupakan mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Semua penjawat jawatan di atas memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti. Oleh yang demikian: Ulasan YB Aminolhuda Hassan Berdasarkan kepada perlembagaan sesebuah parti sekiranya seseorang Ahli Yang Berhormat menyertai parti lain maka secara automatik keahlian parti lamanya tergugur. Maka saya melihat berlaku kekurangan Ahli Yang Berhormat di Pihak Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor kerana YB Datuk Dr. Shahruddin Mohd Salleh telah KELUAR UMNO DAN menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia. Ini bermakna Barisan Nasional Johor telah berkurang Ahli Yang Berhormat dari 38 kepada 37 manakala Barisan Pembangkang bertambah dari 18 Ahli Yang Berhormat kepada 19. Ini juga bermakna buat pertama kalinya dalam sejarah Negeri Johor di tadbir oleh sebuah kerajaan yang tidak memperolehi 2/3 majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri.
Implikasi utama apabila kehilangan majoriti 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri, Kerajaan UMNO/BN tidak boleh meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. Saya menjangkakan akan berlaku kejutan sebelum pembubaran Dewan apabila ada beberapa lagi Ahli Yang Berhormat dari UMNO yang akan meninggalkan partinya! Disini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang YB Shahruddin ke Barisan kami. Diharap kita boleh mengembeling tenaga untuk menewaskan BN/UMNO dalam PRU ke 14. #Hapuskan rasuah Perkukuhkan integeriti # YB Aminolhuda Hassan Pengerusi Amanah Johor Adun Pt. Yaani | |
OhDunia.My Posted: 07 Oct 2016 07:51 AM PDT Rampasan RM114.5 Juta Hanya Sebahagian Kecil Penyelewangan Posted: 07 Oct 2016 06:38 AM PDT KOTA KINABALU, 6 Muharram 1438H, Jumaat — Persatuan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) percaya kes rasuah membabitkan rampasan bernilai RM114.5 juta hanyalah sebahagian kecil daripada isu penyelewengan di negeri itu.Baca selengkapnya | Kantoi Lagi, Hertfordshire University Nafi Bakal Anugerah PhD Kepada Azizan Osman Posted: 07 Oct 2016 06:23 AM PDT PUTRAJAYA - Semalam Richworks memuat naik kenyataan rasmi di laman Facebooknya mendakwa Azizan Osman mendapat PhD dari Amerika Syarikat dan bakal menghadiri konvokesyen di Hertfordshire University, United Kingdom.Baca selengkapnya | Jangan Percaya Terhadap E-mel Palsu Guna Nama Bank Negara Posted: 07 Oct 2016 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) memberi peringatan kepada orang ramai mengenai e-mel palsu menggunakan nama Bank Negara Malaysia yang kononnya mengkehendaki penerima e-mel untuk klik dan memuat turun lampiran.Baca selengkapnya | Pelakon Drama, Dua Rakan Didakwa Edar 465 Gram Ganja Posted: 07 Oct 2016 02:28 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Okt — Pelakon drama Aidil Aziz dan dua rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar 465.61 gram ganja dua minggu lepas.Pokok ganja, selain pedang dan senjata lain, antara rampasan di sebuah banglo di Ampang yang diumum dalam sidang media polis Kuala Lumpur, 26 Sept 2016. - Foto Bernama. Baca selengkapnya | Wakil WBG Malaysia Bersama 10 Lagi Dibebas Regim Israel Posted: 07 Oct 2016 02:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Okt — Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan "Women's Boat to Gaza" (WBG) Dr Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang ditahan Israel Rabu lepas, telah dibebaskan.Baca selengkapnya | Serpihan Sayap Di Mauritius Sah Milik MH370 - Penyiasat Australia Posted: 07 Oct 2016 01:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Serpihan daripada bahagian sayap kapal terbang yang ditemui di Mauritius pada Mei, sah milik pesawat MAS MH370, kata pihak berkuasa Australia hari ini.Baca selengkapnya | Video 'Roh Wanita Berpisah Dari Badan' Selepas Kemalangan Jadi Viral Posted: 07 Oct 2016 12:01 AM PDT Sebuah video kemalangan baru-baru ini menjadi viral di Internet selepas rakaman itu dipercayai berjaya merakamkan unsur-unsur paranormal.Baca selengkapnya | ‘En. Azizan, Terima Kasih Kerana Telah Mengecewakan Kami’ – Khairul Ezuwan Posted: 06 Oct 2016 11:49 PM PDT Kepada En. Azizan Osman , Nama saya Khairul Ezuwan . Saya bukan siapa-siapa . Saya hanya insan kerdil yang tiada kelulusan hebat. Tiada Phd, Tiada Master, tiada Ijazah, tiada Diploma. Hanya sijil SPM menghiasi muka hadapan fail tebal saya yang penuh dengan sijil sukan & kokurikulum.Baca selengkapnya | Aktivis Women’s Boat to Gaza Dibawa Ke Lapangan Terbang Tel Aviv Posted: 06 Oct 2016 06:43 PM PDT GAZA, 6 Muharam 1438H, Jumaat – Semua 13 aktivis wanita yang menyertai misi Women's Boat to Gaza di atas kapal Zaytouna-Olivia yang ditahan pihak berkuasa rejim Zionis Israel kini berasa di Lapangan Terbang Tel Aviv, menunggu masa untuk diusir, lapor Al Jazeera.Baca selengkapnya | Mayat Koperal Mohd Faizol Ditemui Di Perairan Langkawi Posted: 06 Oct 2016 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Mayat yang ditemui berdekatan Pulau Perak pagi Khamis disahkan Koperal Mohd Faizol Rosli, salah seorang anggota tentera yang terjatuh ke laut semasa menjalankan operasi dekat perairan Langkawi hujung minggu lalu.Baca selengkapnya | Gadis Jual Nasi Lemak 'Anak Dara' Diganggu Panggilan Lucah Posted: 06 Oct 2016 06:56 PM PDT Gara-gara menjual nasi lemak menggunakan nama 'nasi lemak anak dara', pemilik perniagaan itu Siti Hajjar Ahmad mengakui beberapa kali diganggu dengan panggilan lucah dari lelaki nakal.Baca selengkapnya | |
Toknek.com RSS Feed Posted: 07 Oct 2016 02:26 AM PDT |
myartis.com Posted: 07 Oct 2016 02:24 AM PDT 9 GAMBAR - GAYA ANAK KAK TON & SUAMI DI 'MATERNITY PHOTOSHOOT' Posted: 06 Oct 2016 07:05 PM PDT Bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, anak kepada Kak Ton iaitu Nadia Annuar yang merupakan personaliti TV telah melakukan sesi 'maternity photoshoot' baru-baru ini bersama suami, Hafiz Salleh. Semuanya dilakukan bagi mengabadikan kenangan hamil serta sebelum mendapat cahaya mata. Sesi photoshoot itu telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Juding Photography. Jom tengok! << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | INFO - SUSHI KING RAI ULANG TAHUN, BERI SUMBANGAN RM21,000 Posted: 06 Oct 2016 06:14 PM PDT BANDAR SUNWAY, 6 Oktober 2016 - Sushi King, rangkaian restoran terbesar Jepun telah meraikan ulang tahunnya yang ke-21 di Malaysia dengan menyumbang semula kepada rakyat Malaysia dalam satu acara unik. Sambutan itu menyaksikan Sushi King membuat sumbangan khas sebanyak RM21,000 ke rumah kanak-kanak Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia untuk membantu menyokong 55 anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut. Untuk info, sumbangan itu disampaikan oleh Tan Sri Dato 'Seri Fumihiko Konishi, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Texchem Resources Berhad, yang memiliki Sushi King, kepada Dato' Faridah Omar Shah, Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | ANGGAP 'ARTIS' TIDAK HALAL - PELANGGAN BATAL BELI BAJU BUTIK LAN KRISTAL Posted: 06 Oct 2016 05:26 PM PDT Menerusi laman Facebook, isteri Lan Kristal, Nur Sheila Hassim telah memuatnaik status serta gambar screenshot perbualan di Whatsapp, berkenaan gelagat salah seorang pelanggan butiknya. Menerusi screenshot perbualan di Whatsapp antara isteri Lan Kristal dengan pelanggan tersebut, wanita itu telah membatalkan pembelian apabila mengetahui bahawa Lan Kristal merupakan pemilik butik. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
beautifulnara Posted: 07 Oct 2016 01:47 AM PDT (TAKZIAH) Salleh Brothers Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung Posted: 07 Oct 2016 01:17 AM PDT Anggota kumpulan nasyid popular Brothers, Mohd Salled Mohamed Deril telah disahkan meninggal dunia pada jam 3.25 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.  Menurut rakannya Zulfadhli ataupun Ah Fad daripada kumpulan Raihan, Salleh dikatakan meninggal dunia akibat darah tinggi dan serang jantung selepas dimasukkan ke PPUM pada hari Rabu lepas. Dia mengalami darah tinggi dan sakit jantung sudah lama dan pada Ahad lalu arwah dimasukkan ke Hospital Klang kemudian semalam (Rabu) dia dipindahkan ke PPUM kerana keadaannya semakin kritikal dan koma. Saya tidak berkesempatan berjumpa dan hanya dapat berbual dengan Allahyarham di telefon sahaja ketika dia di Hospital Klang.  Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumimkan di kampung halamannya di Kampung Seri Tiram Jeram, Kuala Selangor. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang cahaya mata. Selain Salleh, Brothers yang terkenal sebagai kumpulan nasyid kontemporari, turut membariskan Syah, Yasin dan Faiz.  Takziah kepada keluarga Salleh. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah.. Sumber Berita : mStar Online | (TAHNIAH) Awie Sah Bergelar Suami Kepada Sharifah Ladyana Posted: 07 Oct 2016 01:01 AM PDT Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi rock Awie kerana telah sah bergelar suami kepada Sharifah Ladyana hanya dengan sekali lafaz dalam satu majliss akad nikah yang berlangsung kira-kira jam 12.10 tengah hari tadi.  Awie segak bergaya ibarat pahlawan dengan memilih persalin baju Melayu rona berwarna hitam manakala Ladyana turut anggun mengenakan baju kurung warna sama. Majlis berkenaan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan anak-anak Awie. Awie dan isterinya masing-masing menitiskan air mata selepas mereka sah diijabkabulkan.  Menurut Awie, keikhlasan hati Ladyana yang sudi menerima dan melayan anak-anaknya adalah salah satu sebab Awie terpikat dengan wanita itu. Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat. Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu.  Difahamkan majlis resepsi Awie dan Ladyana yang berkonsepkan tradisional Melayu di tepi pantai bakal diadakan malam ini. Semoga perkahwinan Awie kali ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Sumber Berita : BH ONLINE | (13 FOTO) Aksi Comel Aaira Ameena, Anak Shukri Yahaya Dan Tya Adnan Posted: 06 Oct 2016 08:26 PM PDT | Bagi Saya Bangkai Gajah Walau Kita Cuba Tutup Baunya Tetap Ada – Elly Mazlein Posted: 06 Oct 2016 07:49 PM PDT | Universiti Hertfordshire Nafi Ada Pelajar Bakal Penerima Ph.D Bernama Azizan Osman? Posted: 06 Oct 2016 07:12 PM PDT Kesahihan ijazah doktor falsafah Azizan Osman, seorang penceramah motivasi ialah subjek yang telah dibincangkan bertahun-tahun lamanya. Malah, seorang penulis blog penipuan perniagaan online, Aidid Muaddib juga pernah menulis mengenai dakwaan Azizan pada tahun 2010. Aidid dikenali sebagai seorang penulis blog yang mendedahkan penipuan perlbagai individu dan perniagaan pemasaran berbilang tingkat (MLM).  Sebelum ini Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Antarabangsa Kuala Lumpur (IUAM) telah menafikan pernah mengijazahkan sijil Doktor Falsafah kepada Azizan Osman. Bagaimanapun, Azizan semalam mendakwa dia telah mempunyai PhD dalam bidang Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat (AS) dan kini sedang berada dalam senarai untuk menerima Ph.D dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom (UK). Berikut adalah salinan penuh kenyataan tersebut : KENYATAAN RASMI PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 – Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia. Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian. Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009. Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat. Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat. Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami. Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui. Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera. Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebook www.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedIn www.linkedin.com/in/drazizanosman. Laman web rasmi syarikat adalah www.richworks.com.my. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di corporatecomm@richworks.com.my. Namun begitu, Pseudoscience Watch (PW) telah membuat hujah meragui kenyataan tersebut. 1. Ph.D dari Gordon University – Gordon University ialah diploma mill. Maka, Ph.D dari Gordon University adalah phd palsu. 2. Memenuhi syarat Ph.D di Universiti Hertfordshire. Belum dianugerahkan Ph.D lagi. So, buat masa ni, dikira masih belum ada Ph.D. Elok juga ditunjukkan bukti jelas tentang Ph.D tersebut nanti kerana memang ada sindiket jual kelayakan palsu berleluasa di alam maya. Sijil palsu dari Hertfordshire University juga ada dijual. 3. Berkenaan Ph.D UM. Wakil? Ijazah Kedoktoran Kehormat mestilah diterima dalam majlis konvokesyen. Jika awak tak terima, memang tak ada la. Sungguhpun ada penipu yang cakap wakil UM, dah kalau awak tak pergi ambik masa konvokesyen, kira mmg tak ada la. Macam mana boleh guna “Ph.D” tu? Kata banyak Ph.D, takkan tu pun tak tahu? 4. Phd UKM dan IUKL adalah kesilapan kakitangan? Takkan lah Azizan tak tengok langsung profile LinkedIn dia? Ph.D dari UKM tu jelas tertulis di profile LinkedIn dia. Jadi bagi saya, jawapan Azizan tentang perkara ini jelas, sekadar cuba menutup penipuan dengan penipuan. Juga, dia masih belum boleh menggunakan gelaran “Dr.” kerana dia masih belum memiliki sebarang Ph.D yg sah. -VN- Merujuk PW, dalam satu laporan berita oleh The Courier Online pada tahun 2013, terdapat satu sindiket yang memjual REPLIKA sijil ijazah Ph.D berharga £1,000 (RM 5139.74) dan Universiti Hertfordshire termasuk dalam senarai replika tersebut. Melalui carian, penulis telah membaca satu artikel yang ditulis oleh Jason Morris dari EmployeeScreenIQ. Laman web ini menulis mengenai kepentingan bagi majikan untuk mendapatkan kesahihan maklumat kelayakan pendidikan bakal-bakal pekerja untuk mana-mana organisasi. Ini kerana ramai yang menipu kelayakan pendidikan. Jason memberitahu yang dia telah membeli sijil ijazah sarjana dan Ph.D dari Universiti Gordon (Azizan mendakwa menerima Ph.D dalam Metafizik dari universiti ini) dengan harga USD 295 (RM 1225.68), dan ia memang palsu. Dia menggantung sijil-sijil itu di dinding pejabatnya untuk membuktikan ia senang didapati.  Malah, seorang pengguna Facebook, Hairul Hasnan memberitahu telah menghantar e-mel kepada Universiti Hertfordshire di UK dan dia dibalas dengan e-mel yang mengandungi satu surat ditandatangani oleh Anne Edwards, Pendaftar di Universiti Hertforsdhire.  Anne menyatakan Universiti Hertfordhshire tidak mempunyai rekod mengenai individu bernama Azizan Osman dan menyifatkan dakwaan Azizan ialah berbentuk penipuan (fraudulent).  Malah, netizen mempersoalkan sekiranya Azizan mempunyai Ph.D, di institusi manakah dia menjalani pengajian ijazah sarjana muda (Bachelor’s Degree) dan Ijazah Sarjana (Masters)?  Penulis mengakhiri artikel ini dengan satu tweet kelakar di Twitter. | Azizan Osman Dakwa Diri Diperdaya Untuk Miliki Ijazah Kedoktoran Di UM Posted: 06 Oct 2016 10:03 AM PDT Sekitar minggu lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita dimana ada pihak mengatakan pakar motivasi Azizan Osman telah memalsukan ijazah kedoktoran beliau.  Malah, isu itu cukup hangat dan mendapat liputan luas media selepas pihak Universiti Malaya dalam satu kenyataan menafikan pernah memberi sebarang ijazah kepada Azizan. Lama berdiam diri meskipun isu berkenaan sudah menjadi viral, semalam Azizan menerusi syarikatnya Richworks telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan isu sebenar disebalik kontroversi hangat ini. Menurut Azizan, beliau telah diperdaya oleh pihak tertentu yang tidak mewakili UM. Pihak Azizan juga telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.  Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat. Namun, pihak Azizan menegaskan pakar motivasi itu masih memiliki ijazah kedoktoran dalam sains metafizik dari Gordon University di Florida, Amerika Syarikat sejak 2009. Malah, Azizan kini sedang dalam roses untuk mendapatkan satu lagi ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Hertfordshire, United Kingdom.  Kita nantikan sahaja perkembangan lanjut mengenai dakwaan Azizan Osman yang beliau telah diperdaya. Jika tidak bersalah, teruskan memperjuangkan kebenaran. Sumber Berita : Facebook Azizan Osman | Viral Baju Anak Bercorak Bunga : Che Ta Tidak Mahu Layan Perkara Remeh Posted: 06 Oct 2016 09:42 AM PDT Tentu ada semua tahu bahawa sut hitam dengan corak bunga merah yang dipakai oleh anak Rozita Che Wan iaitu Ammar Affendy menjadi viral di Internet. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sut yang ditempah khas daripada seorang pereka fesyen terkenal.  Netizen menyamakan baju anak Che Ta dengan alas meja, “casing” telefon bimbit dan bermacam-macam lagi di Twitter dengan menggunakan ayat " Saya tak tiru anak Che Ta". Meskipun sedang menikmati percutian bersama keluarganya di Greece, Che Ta sedar bahawa perkara itu menjadi bualan ramai. Namun, beliau tidak mahu memperbesarkan perkara remeh- temeh seperti itu. Tak ada apa yang perlu saya perkatakan. Bagi saya itu adalah hal remeh dan tak perlu diulas dengan lebih lanjut. Maaf, isu sebegini tak cukup penting sehingga dapat menjejaskan jadual kerjaya saya.  Perkara ini agak kelakar sebenarnya, tiada niat untuk netizen untuk meyakitkan hati mana-mana pihak. Kadang-kadang tidak perlu serius sangat bukan? Apa salahnya bergurau manja dengan Che Ta dan anaknya. Hehe.. Sumber Berita : Harian Metro | |
No comments:
Post a Comment