Thursday, 27 October 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 27 Oct 2016 08:00 PM PDT

ROTIKAYA


Liyana Jasmay: Saya Bukanlah Anak Orang Kaya

Posted: 27 Oct 2016 06:43 PM PDT

Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay memberitahu pembikinan dua klip videonya di Los Angeles untuk single yang terbaru berjudul Oh Na Na dan Selesa Tanpamu bukanlah mengambil kesempatan di atas kekayaan keluarganya untuk membuat klip video di negara luar, sebaliknya atas usaha gigih dan inisiatifnya sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang baru buat industri muzik tanah air.

BACA: Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay?

“Saya pergi menjalankan penggambaran, dan begitu berusaha sehingga saya tinggal di kawasan Brooklyn yang mana tempat itu ialah kawasan paling bahaya kerana setiap hari ada yang kena rompak. Tinggal di kawasan tersebut sebab bajet.

“Klip video ini tak mencecah sehingga ratusan ribu ringgit paling maksimum sekitar RM70 ribu sahaja, disebabkan juga saya mengenali seorang kenalan yang sedang belajar di sana, memudahkan urusan kami untuk menjalankan penggambaran klip video di sana”

Saya ini bukanlah anak orang kaya, saya biasa-biasa sahaja. Ada anak orang kaya yang malas dan hanya guna duit bapanya, ada juga kawan-kawan saya yang bagus buat bisnes sendiri lagi. Saya suka cabar diri sendiri serta pengalaman lepas banyak mengajar saya,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Lagu dan Video Muzik Oh Na Na, dan Selesa Tanpamu.

Dalam klip video tersebut juga, Liyana telah berpasangan dengan jejaka mat salleh, yang menjadi model dalam klip videonya, pun begitu sepanjang proses penggambaran itu dijalankan Liyana berkata, lelaki mat salleh itu begitu profesional begitu juga dengan suaminya yang menemaninya di lokasi penggambaran tersebut.

“Orang putih dia bukan macam orang melayu, kalau berlakon dah feeling lebih. Orang putih sangat profesional, lagipun tak ada banyak aksi bersentuhan cuma waktu babak menari sahaja,” katanya yang akan melancarkan album penuh pertamanya pada tahun hadapan. (rtky/h)

7-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 6-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 5-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 4-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 2-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya 1-liyana-jasmay-saya-bukanlah-anak-orang-kaya-rotikaya

Ramona Zamzam Pegang Anjing, Peminat Berbalah Ilmu Agama

Posted: 27 Oct 2016 06:00 PM PDT

Bila kali terakhir anda dengar cerita mengenai Ramona Zamzam? Nampaknya setelah sekian lama tidak mendengar khabar, Instagram pelakon ini kini menjadi tempat perdebatan tahap ketinggian ilmu agama masing masing – gara gara gambar Ramona menyentuh anjing.

BACA: Ramona Zamzam Akui Belum Sedia Timang Anak

11-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya

Tidak dinafikan perkara yang dilakukan oleh pelakon wanita ini ternyata menyumbang kritikan. Gambar Ramona memegang anjing jenis Siberian Husky yang bersama tuannya yang juga seorang pengemis itu dirakam ketika dia dan juga suami bercuti di Italy, salah satu negara dalam siri jelajah Eropah pasangan ini.

Ada segelintir peminat mengkritik Ramona sebagai serorang yang inginkah perhatian kerana memuatnaik gambar tersebut manakala komen komen yang lain lebih banyak bergaduh sambil mengeluarkan hujah agama masing masing dan tidak lupa juga mereka untuk memperbodohkan Melayu yang lain.

Apa pun, sehingga kini Ramona Zamzam masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Pastinya Ramona sendiri mempunyai sebab tertentu di atas tindakannya itu. Kami kongsikan gambar percutian Ramona di sana, boleh tahan cantik juga pemandangan. (rtky/s)

9-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya 8-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya 7-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya 6-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya 5-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya 4-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya 3-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya 2-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya 1-ramona-zamzam-pegang-anjing-peminat-berbalah-ilmu-agama-rotikaya

MySensasi

Posted: 27 Oct 2016 11:59 AM PDT

MySensasi


Biodata Shukri Yahaya

Posted: 27 Oct 2016 11:23 AM PDT

Biodata Shukri Yahaya. Pasti ramai peminat pelakon lelaki kacak ini. Telah banyak drama atau telefilem yang beliau berlakon sudah tentu ramai yang mengenali. Terbaru akan muncul dalam drama 7 Hari Mencintaiku di slot Akasia TV3. Dibawah dikongikan serba sedikit profile atau biodata Shukri Yahaya. Nama penuh: Mohd Syukri bin Yahaya Tarikh Lahir: 13 Jun 1988 Umur: …

The post Biodata Shukri Yahaya appeared first on Info Semasa.

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3

Posted: 27 Oct 2016 10:52 AM PDT

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3. Peminat pelakon Shukri Yahaya dan Siti Saleha pastikan anda tidak ketinggalan menonton lakonan keduanya tidak lama lagi. Akan bersiaran pada bulan November 2016 di TV3. Drama ini diadaptasi dari novel yang juga bertajuk 7 Hari Mencintaimu karya Siti Rosmizah. Akan bersiaran sebanyak 28 episod dengan meletakkan lagu Lelaki Teragung nyanyian …

The post Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 27 Oct 2016 10:00 AM PDT

KedahLanie.info


TMJ Persoal Keputusan FAM Selamatkan Pahang, PDRM

Posted: 27 Oct 2016 07:38 AM PDT


PETALING JAYA: Penaung kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mempersoalkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memotong tiga mata pasukannya yang dilihat sebagai cubaan membantu mengekalkan Pahang dan PDRM dalam saingan Liga Super pada musim depan.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook, Johor Southern Tigers, Tunku Ismail mengulas tentang isu penggantungan Juan Martin Lucero yang dikatakan menerima tiga kad kuning, tetapi tiada pihak dari FAM atau Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) memaklumkan perkara itu kepada pihaknya.

Malah jelas beliau, tiada surat rasmi atau surat hitam putih yang diberikan oleh Jabatan Perundangan FAM berhubung penggantunggan Lucero.

"Soalan saya adalah berkaitan statut FAM yang jelas menyatakan 72 jam selepas perlawanan tidak boleh ada apa-apa protes, kenapa pula Jawatankuasa Tatatertib FAM memanggil sidang mesyuarat dan memutuskan keputusan iaitu Pahang mendapat tiga mata percuma selepas dua bulan?

"Dan juga pada masa ini cuba menyelamatkan PDRM yang diuruskan oleh menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya.

Selain itu, Tunku Ismail mendakwa, pihak tertentu di dalam FAM, ahli jawatankuasa dan lain-lain tidak suka kepada pasukan Pulau Pinang yang diuruskan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Datuk Gary Nair.

Beliau mendakwa, Gary merupakan musuk FAM kerana beliau membantah berkenaan polisi Sultan Pahang sebagai Presiden FAM (sewaktu Sultan Pahang menjadi Presiden FAM).

"Disebabkan itu, FAM pada masa ini mahu menurunkan Pulau Pinang kerana hendak menyelamatkan pasukan yang penting bagi mereka dan FMLLP," katanya.

Tunku Ismail membangkitkan persoalan bahawa sepatutnya pasukan Pahang patut disingkirkan.

"(Ini) kerana sudah dua bulan. Dalam status tersebut jelas mengatakan selepas 72 jam, mana-mana pasukan tidak boleh membuat sebarang protes atau bantahan.

"Itu adalah undang-undang. Jadi selama ini apa yang telah ditunjukkan kepada saya adalah semua keputusan yang dilakukan sendiri oleh oleh Ahli Jawatankuasa Tatatertib tanpa merujuk kepada statut tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail yang kini berada di Madrid, Sepanyol untuk berucap pada Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia, turut memberi amaran bahawa beliau akan mendedahkan betapa korup pihak FAM.

"Saya ingin memberi ucapan tentang usaha kita membantu bola sepak tanahair Malaysia dan bola sepak di Asia Tenggara serta beritahu mereka mengenai pencapaian JDT.

"Dan buat masa ini jikalau macam inilah perangai orang FAM, saya akan tukar fikiran. Saya akan ceritakan di mata dunia, seluruh dunia yang berada di 'World Football Summit' betapa korupnya FAM," katanya.

Terdahulu, (FMLLP) menjelaskan badan itu tidak mempunyai kuasa mengenakan tindakan disiplin terhadap pasukan yang menurunkan pemain sepatutnya menjalani hukuman penggantungan perlawanan dalam Liga Malaysia.

Jurucakap FMLLP yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Bernama, sebaliknya berkata hanya Jawatankuasa Tatatertib FAM mempunyai kuasa berbuat demikian terhadap pasukan yang melanggar peraturan tersebut.

"Tugas FMLLP hanya menguruskan bahagian media, komunikasi dan pemasaran Liga Malaysia, manakala FAM masih bertanggungjawab dalam hal tatatertib, pengadilan, undang-undang, perubatan, keselamatan dan integriti," jelas sumber itu.

Maaf KU LI...semuanya sudah terlewat...!!

Posted: 27 Oct 2016 06:07 AM PDT

PETALING JAYA: Sudah terlewat untuk ahli Umno mendisiplinkan pemimpin parti yang dilihat menyimpang daripada perjuangan parti itu, kata seorang bekas ketua cawangan Umno.

Naib Presiden Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Rushdan Mohamed mengulas kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menggesa ahli Umno bertegas mengingatkan pemimpin parti kembali menggerakkan negara mengikut visi pengasas negara.

“Masa menegur sudah berlalu, sudah terlambat. Sekarang waktu untuk ahli meninggalkan Umno,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata kritikan yang disuarakan sejumlah pemimpin akar umbi kepada pimpinan tertinggi, terutama Presiden Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dibalas dengan tindakan disiplin.

“Jelas Umno sudah tidak dapat diselamatkan, sebarang teguran sudah tidak berguna. GKCM menggesa ahli menyertai mereka yang sudah meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya

Memetik pepatah “busuk ikan bermula dari kepala”, Ku Li yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata hanya ahli Umno yang dapat menjamin masa depan parti itu yang kini dilihat menjaga kepentingan pemimpinnya.

Pada Disember lalu, Lembaga Disiplin Umno memutuskan untuk menggantung keahlian 8 ketua cawangan di Teluk Kemang selama 6 tahun kerana menggesa Najib meletakkan jawatan sebagai presiden.

Rushdan yang pernah mengetuai Umno Cawangan Rista Villa Perdana turut dipanggil Jawatankuasa Disiplin ekoran tindakannya membakar buku Perlembagaan Umno pada 26 Jun lalu, sebagai simbolik membantah pemecatan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau yang kini ahli PPBM memaklumkan sebahagian besar ahli GKCM sudah menyertai parti yang dipengerusikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Apa nasib pelajar, pensyarah lepas PM umum tutup 9 maktab guru?

Posted: 27 Oct 2016 05:20 AM PDT

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mahu kepastian status dan nasib pensyarah serta pelajar yang bakal terjejas berikutan keputusan kerajaan untuk menutup sembilan daripada 27 institut latihan guru yang terdapat di negara ini.

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak, mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2017 minggu lalu yang berkata, sembilan institusi akan dijadikan politeknik dan kolej vokasional.

Kamarozaman mengakui bahawa kesatuan itu ada berjumpa dengan wakil daripada Kementerian Pendidikan sebelum Bajet 2017 dibentangkan dan telah dimaklumkan bahawa institusi berkenaan akan "dinaikkan taraf".

"Kita dah tau cerita tentang institut pendidikan guru (IPG) ini akan dinaiktaraf, cuma dia (kementerian) tak panggil berbincang secara terperinci," katanya kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, KPPK berharap mesyuarat akan datang dengan Kementerian Pelajaran akan membincangkan isu-isu berkaitan pelajar dan pensyarah yang terbabit.

Kamarozaman bagaimanapun berkata beliau tidak pasti bila mesyuarat itu akan diadakan, walaupun telah diberi kepastian ia akan diadakan.

"(Kita) nak tau adakah pensyarah diserapkan ataupun kekal ataupun pergi ke sekolah ataupun pergi ke politek-politek lain. Politek dulu pun guru.

"Kesatuan belum lagi dipanggil untuk berbincang (mengenai perkara ini)," katanya.

Selain nasib pensyarah, KPPK juga ingin bimbang dengan masa depan pelajar semasa di sembilan institusi berkenaan.

"Saya jangka (pelajar) akan dipindahkan ke IPG yang lain, mengikut pilihan masing-masing," katanya.

Kamarozaman berpendapat bahawa 18 institut lain lebih daripada mencukupi bagi menampung pelajar-pelajar ini.

Ini adalah kerana sejak tempoh dua tahun yang lalu, kerajaan telah mengurangkan pengambilan guru pelatih daripada semua IPG.

"Pengambilan guru semakin berkurangan kalau ikutkan dari segi unjuran kita kalau kita tgengok dengan kementerian, IPG ada 27.

"Jadi tak efektif kalau berlaku kekosongan bangunan," katanya.

Pengacara Bernama TV dakwa digantung kerana 'pendedak'

Posted: 27 Oct 2016 04:11 AM PDT


Pengacara popular Ruang BicaraBernama TV, Dahlan Maamor digantung daripada menjadi hos program itu selepas mendakwa mendapat 'protes hebat daripada media Umno'.

Tindakan itu dikatakan dibuat selepas Dahlan menulis di Facebook mengenai pandangan peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur.

Difahamkan Adnan sebelum itu dijemput sebagai tetamu dalam program berkenaan.

Dahlan berkata, tindakannya menyiarkan pandangan Adnan di media sosial dibantah oleh Setiausaha Bahagian Media Umno Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Zailani.

Sambil menyertakan paparan kiriman WhatsApp oleh Ahmad Kamal, Dahlan berkata Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang kemudian bertindak menggantungnya. 

"Protes hebat daripada media Umno oleh Dato Kamal Zailani membawa kepada tindakan DS Azman Ujang yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama TV bertindak "menggantung saya" daripada mengacarakan program Ruang Bicara.

"Kepada Azman Ujang teruskan perangai anda dengan menghukum tanpa kaji selidik dan sikap anda membuatkan ramai yang turut terkilan dan bosan," katanya.

Hadi jangan jadi seperti bapa ketam, bidas Tamrin

Posted: 26 Oct 2016 09:18 PM PDT


Tamrin Ghafar

Menganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin tidak waras dalam kenyataannya mutakhir ini, pemerhati politik Mohd Tamrin Tun Ghafar menasihatkan agar Ahli Parlimen Marang itu segera bermuhasabah.

“Cukup-cukuplah Hadi. Kamu patut teropong diri sendiri. Usah asyik meletakkan kelemahan dan kesalahan sendiri pada orang lain. Jangan jadi bapa ketam yang masih mahu mengajar anaknya berjalan lurus,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Reaksi bekas veteran Umno itu ekorankenyataan Hadi pada Selasa yang menjadikan keldai dan anjing gila sebagai perlambangan dalam menggesa semua ahli parti itu termasuk Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam.

"Jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," tegas Abdul Hadi dipetik daripada tulisan pemimpin kontroversi itu di portal rasmi Pas, Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Tamrin yang juga bekas ahli Pas, menyarankan ahli dan penyokong parti tersebut agar mengambil keputusan segera dengan meninggalkan parti bermasalah itu memandangkan sebahagian besar pemimpinnya tidak lagi rasional jauh sama sekali mengamalkan nilai Islam dalam berpolitik.

“Bukan sekali Abdul Hadi bermulut celupar begitu. Bahkan pelapisnya seperti Nasrudin Hassan (Ahli Parlimen Temerloh) pun pernah menyebut tentang siku dan lutut menggambarkan pendekatan politik samseng pemimpin parti yang kononnya Islam itu.

“Molek Hadi dan pemimpin Pas perbetulkan diri sendiri daripada terus menganggu fokus rakyat untuk menumbangkan Umno-BN yang dikepalai Najib.

"Pas perlu betulkan rumah tangga dulu, usah sibuk sangat menghukum orang lain dengan gelaran binatang seperti itu,” tambahnya lagi.

Pemimpin kuku besi hancurkan negara, kata Mujahid

Posted: 26 Oct 2016 07:43 PM PDT

 http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/07/mujahid-rawa.jpg
Sesebuah negara akan menuju kehancuran apabila pemimpin bertindak secara kuku besi terhadap pihak yang membongkar penindasan dan rasuah, tegas Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar).

"Suasana manusia yang mahukan sebuah negara yang dapat memberikan kepadanya rasa belas dan rahmat serta bebas adalah idaman seluruh warganegara.

"Namun ada juga pemimpin negara yang merasakan dirinya mula terancam apabila teguran kepada kefasadan (kerosakan) politik seperti rasuah dan penindasan disambut dengan tindakan ala kuku besi bertopengkan undang-undang dan kuasa yang ada. Saat itu sesebuah negara akan menuju kehancuran," ujarnya dalam perbahasan Bajet 2017 semalam.

Beliau berkata, skandal kewangan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menanggung kadar hutang terlalu besar dan terkait dengan Perdana Menteri masih belum disiasat.

"Perkara asas menuntut jawapan seperti skandal 1MDB, jumlah besar wang RM 2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri dan lain-lain dibalas dengan pelbagai helah yang tidak menjawab hatta perkara asas seperti menyiasat dan membawa ke pihak pengadilan mereka yang terlibat.

"Malah, bertanyakan soalan ini satu kesalahan sehingga ada yang dipecat dari jawatannya kerana soalan yang menggamit kepentingan negara dan maruah negara," tegasnya.

Mengulas tentang kecenderungan langkah kerajaan memajukan apa yang didakwa bagi kepentingan ekonomi Melayu, beliau berkata, keberkesanan pelbagai polisi berkenaan perlu diteliti semula.

"Apakah dasar-dasar ini telah gagal sehingga ia terpaksa diteruskan dalam format affirmatif dan Melayu-centric?

"Apakah masalah hubungan antara kaum yang menjadi asas penstruktran semula masyarakat dapat diselesaikan?

"Adakah sasaran kepada orang Melayu tercapai dengan mereka mampu bersaing tanpa dasar affirmatif?" soalnya.

Hal ini memandangkan, jelasnya, lahir istilah ketuanan Melayu selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta masih berleluasanya kelompok rasis masih mempertikaikan kaum lain atas asas bukan asal di Malaysia.

"Amalan perlindungan politik, akses dan ugutan bahaya 'bangsa lain' masih lagi berlegar dalam kelompok Melayu, diwajarkan persempadanan semula atas kaum dan momokan DAP anti Melayu dan golongan tertentu liberal dan sebagainya," ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata, belanjawan yang dikemukakan harus melihat stuktur baharu masyarakat dan perkembangan semasa di luar kawalan yang melahirkan pemikiran baharu dalam rakyat menilai segala tindak-tanduk kepimpinan politik negara.

Menurut Dr Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah, sistem ekonomi hari ini yang telah melahirkan keseluruhan bajet negara sejak merdeka tidak lagi relevan kerana jurang ketara ekonomi antara kaum dan sesama kaum masih gagal ditangani.

"Tidak ada satu penilaian dan 'assessment' rasmi kesan kepada dasar affirmatif yang telah berlangsung sekian lama khususnya dalam melahirkan jurang ketidaksamaan antara kaum dan intra kaum.

"Tanpa disedari di kalangan Melayu berlaku jurang ketaksamaan yang tinggi iaitu 9.2 kali ganda antara 20 peratus teratas dengan 20 peratus terbawah mengikut MAPEN II 2001," jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau berpendapat banyak pihak masih belum sedar masalah sebenar dihadapi Melayu terutama dalam konteks kemajuan dan penguasaan ekonomi negara.

"Malangnya isu Melayu tidak dibawa dalam nada keperluan semasa apabila ada yang masih mengekalkan retorik Melayu bernuansakan rasis, beredarnya doktrin Melayu-Islam yang dogmatik.

"Malah kerajaan di bawah Umno pada masa negara ini memerlukan satu loncatan besar ke hadapan masih dalam nada perpaduan Melayu dan Islam yang pada hakikatnya hanyalah retorik politik.

"Mereka tidak mendasari isu Melayu yang rasuah, kepimpinan politik Melayu yang dogmatik, menghukum orang berbeza pandangan dengannya serta mengheret negara daripada menumpukan keutamaan menyelamatkan negara kepada isu yang bukan keutamaan," tegasnya.

Sehubungan itu, Dr Mujahid menyifatkan Bajet 2017 perlu terbina atas Asas Ekonomi Era Baru melalui kefahaman Maqasid Syariah iaitu kembali menjadi manusiawi dalam perancangan dan cara berfikir.

"Asas ekonomi melihat kepada keperluan universal dan manusiawi sekaligus mengubah kerangka 'ethno-centric' yang selama ini menentukan dasar-dasar ekonomi negara," ujarnya.

Selanjutnya, beliau mencadangkan Bajet Pakatan Harapan yang menyentuh soal agihan gaji dan pembangunan antara wilayah yang lebih adil serta tadbir urus yang telus.

"Pekerjaan dan gaji melalui hak dan peluang sama rata, gaji minima RM1,500 dan kurang kebergantungan kepada pekerja asing melalui kaedah levi 10 peratus setiap tahun.

"Tadbir urus melalui ketelusan pentadbiran dan akaun negara serta mewujudkan sistem pengurusan rasuah piawaian BS 10500 dan ISO 37001," ujar Dr Mujahid lagi.

PAS tak pernah kafirkan siapa tak sokong RUU Hadi

Posted: 26 Oct 2016 07:41 PM PDT

 takiyuddin-pas-hudud
KUALA LUMPUR: PAS hari ini berkata parti itu tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang membantah rang undang-undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah yang dibentangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat, Mei lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata RUU itu hanya sekadar usul dan ahli Parlimen berhak menyokong atau membantahnya.

"PAS tidak terlibat dalam label melabel. Kalau orang PAS yang melabel, itu kenyataan peribadi dan tidak mewakili PAS.

"PAS memang tidak pernah bersetuju dan tidak akan bersekongkol dengan pihak yang suka melabelkan macam-macam," katanya sewaktu ditemui pemberita di Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas mengenai pertemuan pimpinan parti itu bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Pertemuan itu turut dihadiri peguam yang juga ahli DAP Pahang Zulhazmi Shariff, bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya dan penceramah PKR Wan Ji Wan Hussein.

Takiyuddin bagaimanapun enggan mendedahkan bila pertemuan itu berlangsung, sebaliknya hanya berkata ia diadakan di ibu kota.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata pertemuan itu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai tuduhan terhadap PAS yang dilakukan netizen di laman sosial.

"Perjumpaan ini tidak tertutup, memang terbuka. Ia dilakukan pengguna Facebook, tetapi saya bukan seorang pengguna laman sosial itu, jadi saya tidak tahu apa berlaku.

"Kita tidak pernah kata, kalau tolak adalah kafir. Ini proses demokrasi, siapa yang nak sokong, sokong. Yang tidak mahu sokong, tidak perlu sokong," katanya.

RUU 355 antara lain ingin memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 2A yang menyebut:"Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraikan di bawah seksyen disebutkan di atas selain hukuman mati".

Nurul Izzah tempelak Najib 'bakul sampahkan' Wawasan 2020

Posted: 26 Oct 2016 07:37 PM PDT

http://mk-cdn.mkini.net/1025/7f535a787c507fc5bec3237b94b245b5.jpg
Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dipertahankan oleh Nurul Izzah Anwar, sesuatu yang agak mengejutkan banyak pihak.

Anggota Parlimen Lembah Pantai dari PKR itu mempertahankan dasar yang pernah diperkenalkan oleh bekas musuh ketat bapanya itu dengan membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana 'membakul sampahkan' wawasan tersebut.

"Saya tidak faham bagaimana Pekan (Najib) boleh menafikan wawasan yang telah dibina sekian lama," Nurul Izzah memberitahu Dewan.

Najib semasa pembentangan Bajet 2017 mengumumkan Transformasi Kebangsaan 2050 atau TN50 yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai penolakan kepada Wawasan 2020.

Wawasan 2020 adalah agenda Mahathir untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Nurul Izzah berkata, walaupun pembangkang mengkritik rejim autokratik yang lalu, mereka tidak pernah membenci aspek peribadi.

Oleh itu, ujar beliau, pembangkang tidak pernah menyerang Wawasan 2020.

"Kita mungkin tidak bersetuju dengan banyak perkara yang Mahathir lakukan, banyak kekejaman tetapi apabila melibatkan wawasan yang menggariskan masa depan bersama (kami tidak menyerangnya)," tambahnya.

Apa lagi yang melayu mahukan..?

Posted: 26 Oct 2016 02:42 PM PDT


Apa lagi yang Melayu mahukan?

Khalid Samad

ULASAN l Kepimpinan politik Melayu telah berada di tangan Umno sekian lama. Walaupun Umno telah dilanda berbagai skandal dan masalah, namun secara umumnya, masyarakat Melayu masih menerima kepimpinan Umno. Kedudukan Umno sebagai parti bangsa Melayu telah pada waktu tertentu tercabar, itu pun hasil dari perpecahan yang telah berlaku dalam Umno. Parti serpihan Umno, bermulanya dengan PAS, kemudian Semangat 46 dan PKR telah menghakis sokongan Melayu terhadap Umno, tetapi hanya untuk seketika. Kemudiannya sokongan tersebut telah kembali pada Umno walaupun Umno terus dikaitkan dengan corak kepimpinan yang korup dan rasuah.

PAS yang telah wujud sejak tahun 50an dilihat secara tradisinya sebagi saingan pada Umno. Namun, setelah 60 tahun telah tetap tidak berjaya mencabar kedudukan Umno sebagai parti politik utama orang Melayu. Kecuali hanya di daerah dan negeri tertentu. Secara umumnya dianggarkan tidak sampai 30 peratus masyarakat Melayu bersama PAS. Itu pun sokongan tersebut tercapai hanya sejak tahun 1998 sedangkan sebelum itu sokongan PAS hanya terdapat di negeri Kelantan, Terengganu serta Kedah dan Perlis.

PAS mengaku tak mampu?

Keadaan ini mungkin antara sebab mengapa PAS sudah berubah pendekatan, kecewa dengan kegagalan mendapatkan sokongan majoriti Melayu, maka mula bermesra dengan Umno. Sepertimana yang dikatakan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang :“Nakkan undi Umno, perlu berbaik dengan Umno”. Kata-kata itu dengan sendirinya menzahirkan kesimpulan bahawa cara selama ini yang diikuti PAS tidak boleh diguna-pakai. Sokongan Melayu terhadap Umno begitu kental dan tidak boleh berubah dengan PAS melawan Umno. PAS mesti berkawan dengan Umno.

Malangnya tindakan sebegitu menyebabkan PAS berpecah. Ingin tambah undi melalui pendekatan baharu tetapi akhirnya hilang sokongan sebahagian ahli dan pimpinan sendiri! Sedangkan yang dengan Umno tetap dengan Umno. Dengan berpecahnya PAS sehingga tertubuhnya AMANAH, kemungkinan sokongan 30 peratus tersebut telah menjadi tidak lebih dari 20 peratus. Ini yang dikatakan pepatah Melayu, “yang dikendung tercicir, yang dikejar terlepas”.

Wujudnya PKR

Dengan wujudnya PKR (dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional) pada tahun 1998, maka sokongan Melayu terhadap Umno turut terhakis lagi. Pada awalnya, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan muncul dengan mata lebamnya, hampir 30 peratus masyarakat Melayu bersama PKR. Ini menyebabkan pada tahun 1999, lebih 50 peratus undi Melayu telah bersama gabungan Barisan Alternatif (BA) apabila dicampurkan sokongan Melayu pada PAS dan PKR. Namun undi bukan Melayu pula tidak bersama BA pada ketika itu. Maka, undi bukan Melayu menyelamatkan Umno/BN dalam pilihan raya tersebut.

Dalam keadaan sekarang Melayu yang bersama PKR mungkin tidak lebih dari 20 peratus. Itulah sebabnya apabila dicampurkan sokongan Melayu terhadap PAS dan PKR, ianya sekadar lebih kurang 40-45 peratus sahaja sepertimana undi yang diperolehi pada pilihan raya 2008 dan 2013.

Melayu tetap bersama Umno?

Keadaan di mana sokongan majoriti Melayu tidak berganjak dari Umno terus menjadi sesuatu yang menghairankan ramai. Apa yang perlu dilakukan sehingga Melayu boleh dibawa berhijrah dari Umno?

Kalau ingin terlebih dahulu melihat pemimpin Umno melakukan rasuah dan penyelewengan, baru mahu tinggalkan Umno, ini sudah pun berlaku secara besar-besaran. Kalau ada rekod dunia untuk rasuah dan penyelewengan, saya yakin Malaysia akan mendapat emas.

Kerajaan tidak akan berjaya ditukarkan tanpa berlakunya anjakan sokongan Melayu dari Umno kepada pihak yang lain. Sedangkan Melayu tetap bersama Umno/BN!

Soal keyakinan?

Tetapi ada juga yang mengatakan ianya soal ‘keyakinan’. Keyakinan terhadap kemampuan pemimpin ‘Melayu pembangkang’ berbanding pemimpin Melayu Umno. Khususnya ketidakyakinan rakyat Melayu terhadap kemampuan kepimpinan Melayu pembangkang menangani kepimpinan bukan Melayu pembangkang! Mengikut pandangan mereka, teruk macam mana sekalipun Umno, Umno tetap menguasai BN. Melayu Umno mendominasi bukan Melayu dalam BN. Adakah Melayu pembangkang dapat mempertahankan kepentingan dan hak Melayu dalam gabungan pembangkang? Ini yang dikatakan sebagai kekhuatiran utama.

Ada yang memahami tindakan PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dari sudut ini. Ada yang melihatnya sebagai pengakuan ketidak-mampuan pimpinan utama PAS khususnya presidennya untuk berhadapan dengan pemimpin-pemimpin DAP. Dalam keadaan takut PR akan dikuasai yang bukan Islam dan bukan Melayu, maka PAS mencari alasan untuk keluar dari PR dan dimulakan penubuhan Blok ke-3 yang dapat dikuasai PAS. Pendekatan ini digabungkan pula dengan pendekatan mesra Umno.

Namun demikian, kurang keyakinan diri yang menghasilkan tindakan sebegini, tetap tidak mampu melepaskan Melayu dari genggaman kepimpinan Umno. Sebaliknya ianya mengukuhkan kedudukan Umno apabila imej Umno telah sedikit sebanyak ‘dibersihkan’ oleh pimpinan PAS. Sememangnya imej Umno amat sangat perlu dibersihkan. Dan apabila ianya sudah dibersihkan, maka genggaman Umno ke atas Melayu akan bertambah kukuh. Pada ketika itu Umno tidak perlu lagi kepada PAS dan apakah yang akan terjadi kepada PAS ketika itu?

Perubahan melanda politik Melayu

Tetapi yang lebih penting dari melihat kepada tindakan kecewa dan hilang keyakinan diri PAS adalah melihat pada apa yang telah berlaku dalam arena politik Melayu sejak itu. Tanpa diketahui atau dirancang, perubahan senario politik Melayu bergolak lagi. Selain penubuhan AMANAH, telah turut muncul juga BERSATU. Maka perjuangan untuk membebaskan Melayu dari genggaman Umno mampu diteruskan lagi walaupun PAS masih belum lagi bersama. Malahan tanpa PAS, mungkin ianya bergerak dengan lebih cergas lagi.

Kalau dilihat sekarang ini, kepimpinan Melayu pembangkang terdiri dari satu senarai nama yang mengkagumkan. Ianya mengandungi nama-nama seperti Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri (1993 - 1998), Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri (1982 -2004) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri (2014- 2016). Begitu juga turut disenaraikan nama pemimpin-pemimpin yang tidak kurang hebatnya berbanding senarai pimpinan Umno. Orang-orang seperti Mohamad Sabu, seorang yang terbukti istiqamahnya memperjuangkan kepentingan rakyat, Datuk Seri Azmin Ali, Salahuddin Ayub, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Dr Siti Mariah, Dr Dzulkifli Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan sebagainya turut tersenarai. Kesemuanya pemimpin Melayu yang berkaliber.

Turut juga bersama adalah dua bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia iaitu Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Begitu juga cendiakawan dan ilmuan Islam seperti Dr. Siddiq Fadhil dan Dr. Mohd Nor Manuti serta ramai lagi.

Kepimpinan sudah ada, mahu apa lagi?

Berdasarkan senarai nama yang sebegini rupa, apa lagi yang diinginkan Melayu sebelum sanggup memberanikan diri ke arah perubahan? Dalam bahasa mudah, “Apa lagi Melayu mahu?” sebelum berani bertukar?

Suasana kebobrokan begitu mendesak supaya perubahan berlaku. Apa alasan yang munasabah untuk Melayu terus ketakutan? Sedangkan keperluan untuk perubahan telah Allah Taala sediakan!

Kita semua tahu bahawa sekiranya sokongan Melayu terhadap Umno tidak berpindah, maka perubahan tidak akan berlaku. Umno/BN akan terus memerintah sambil pemimpin negara akan terus merompak harta rakyat. Keadaan akan menjadi semakin sukar dan Negara akan hanya bertambah dalam hutangnya. Pendapatan akan semakin mengecil serta akhirnya rakyat akan semakin terbeban dan kebanyakan rakyat yang terbeban itu adalah rakyat Melayu.

Oleh itu adalah amat sangat diharapkan bahawa bangsa utama negara kita ini iaitu bangsa Melayu akan berani berubah. Semoga mereka akan yakin dengan kemampuan bangsa sendiri dan kepimpinan Melayu pembangkang yang telah dikurniakan Allah Taala sekarang. Oleh itu, dengan apa yang telah Allah Taala sediakan maka tiada lagi sebarang alasan Melayu untuk terus mengekalkan Umno/BN.

KHALID SAMAD adalah ahli parlimen Shah Alam dan tulisan ini telah diterbitkan di dalam akhbar AMANAH Bil. 22 (23-29 Oktober) yang sedang berada di pasaran.

OhDunia.My

Posted: 27 Oct 2016 08:07 AM PDT

OhDunia.My


Polis Ambil Keterangan Wanita Rantai Kaki Anak

Posted: 27 Oct 2016 12:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan ibu kepada seorang murid perempuan yang kakinya dirantai di Taman Permainan Jalan PJS 9/1, Lagoon Perdana, Bandar Sunway, dekat sini semalam.


Polis Ambil Keterangan Wanita Rantai Kaki Anak
POLIS mengambil keterangan daripada ibu kepada seorang murid perempuan yang kakinya dirantai di Taman Permainan Jalan PJS 9/1, Lagoon Perdana, Bandar Sunway, semalam. - Gambar: Media Sosial

Baca selengkapnya

Luahan Terakhir Lelaki Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

Posted: 26 Oct 2016 06:10 PM PDT

Seorang lelaki telah menulis satu status panjang terakhir di Facebook sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lelaki itu, Mohd Shukri Saad, 39, mendakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan menganggap Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.


Luahan Terakhir Lelaki Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 27 Oct 2016 02:21 AM PDT

beautifulnara


Janna Nick Batal Hasrat Tarik Diri Daripada Muzik-Muzik 31

Posted: 26 Oct 2016 10:58 PM PDT

Sebelum ini, pelakon Janna Nick mengambil keputusan untuk menarik diri daripada separuh akhir Muzik-Muzik 31 yang bakal berlangsung pada 4 November nanti ,  kerana sedar vokal serta kemampuan beliau sebagai penyanyi  yang tidak berpengalaman.

Namun,  beliau telah membatalkan hasratnya untuk menarik diri setelah dipujuk oleh penulis lirik serta komposer lagu Mungkin Saja iaitu Kunci Demak.

Saya terbabit dalam bidang nyanyian hanya suka-suka dan bukan untuk bertanding. Saya tak pernah menyimpan cita-cita untuk bersaing atau sebaris dengan penyanyi handalan sedia ada. Dalam erti kata lain, saya masih sedar diri.

Saya sedar kemampuan dan kualiti vokal saya, malah apabila muncul dengan single ini saya tahu di mana kedudukan saya. Jadi saya tak kisah sekiranya kalah dalam bidang muzik.

Janna sekaligus telah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau tidak boleh menyanyi secara langsung. Untuk pengetahuan anda, itu juga salah satu sebab Janna mahu berundur daripada program berkenaan.

Saya selalu menyanyi secara langsung. Ketika merakamkan lagu Mungkin Saja ia menggunakan suara asli saya dan bukannya 'auto tune'.

Berilah peluang untuk Janna Nick membuktikan beliau juga mampu menjadi seorang penyanyi. Siapa tahu ada rezeki boleh ke peringkat final.

Sumber Berita : Harian Metro

Gara-Gara Foto Membelai Anjing : Peminat Ramona Zamzam Bertelagah Di Instagram

Posted: 26 Oct 2016 08:44 PM PDT

Gara-gara memuat naik foto sedang membelai anjing jenis Husky ketika berada di Paris, pelakon Ramona Zamzam telah dikritik dan menerima teguran daripada peminatnya di Instagram.

Ada antara peminat beliau  seakan "terperanjat" apabila melihat aksi Ramona memegang anjing berkenaan. Mula lah pelbagai komen yang diberikan.

Namun, ada juga yang menyebelahi Ramona dan menyatakan tidak salah untuk seorang Muslim memegang anjing jika bulu haiwan berkenaan kering.

Isu berkenaan membuatkan peminat Ramona bertelagah di Instagram.

Rasanya kalau foto yang boleh mengundang fitnah dan komen negatif lebih baik tidak dimuat naik ke akaun media soial. Apa pula pendapat anda?

Saya Tiada Niat Mahu Sindir Drama Suri Hati Mr. Pilot – Aeril Zafrel

Posted: 26 Oct 2016 08:08 PM PDT

Sudah menjadi kebiasaan untuk seseorang pelakon mempromosikan drama lakonan mereka  bukan? Itulah  juga yang dilakukan oleh Aeril Zafrel yang mengajak peminatnya untuk mengikuti kempen #SorokRemote bagi tujuan promosi drama Patahnya Sebelah Sayap gandingan bersama Ummi Nazeera yang ditayangkan di TV3.

Namun, menerusi kapsyen  yang disertakan oleh Aeril menerusi akaun Instagramnya, ada sesetengah pihak menganggap Aeril seakan menyindir drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot.

Antara kapsyen yang dikatakan berbaur sindiran:-

Lupakan yang lain. Walaupun kita #PatahnyaSebelahSayap pastikan tetap terbang tau. Jangan ada kapal terbang tapi tak terbang-terbang pulak.

Walaubagaimanapun Aeril menafikan dakwaan berkenaan dan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menyindir mana-mana pihak.

Saya langsung tidak berniat mahu menyindir sesiapa. Ini kerana ketika saya memulakan kempen #SorokRemote itu, drama Patahnya Sebelah Sayap sudah mula ditayangkan tetapi Suri Hati Mr Pilot belum ditayangkan lagi.

Aeril berkata, beliau tahu setiap drama yang ditayangkan ada pengikut tersendiri dan adalah menjadi tugasnya untuk mempromosikan drama lakonannya.

Saya memang kerap mempromosikan drama lakonan saya itu di Instagram, namun tidak pula berniat untuk menjatuhkan drama lain atau mengajak penonton supaya tidak menonton saluran lain.

Kami sejujurnya berpendapat Aeril tidak mempunyai niat untuk menyindir drama Suri Hati Mr. Pilot. Kadang-kadang peminat fanatik sesebuah drama itu kena relaks sedikit dan tidak membesarkan sesuatu perkara.

Sumber Berita : Harian Metro

Awie Akui Terharu Anak-Anak Rapat Dengan Ibu Tiri

Posted: 26 Oct 2016 07:37 PM PDT

Pernah dihimpit kontroversi kerana penceraian beliau dengan Rozana Misbun, kini penyanyi Awie sedang berbahagia selepas berkahwin dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober lepas.

Apa yang membuatkan Awie lebih gembira ialah ketika melihat anak-anaknya cukup rapat dan bahagia di bawah jagaan Ladyana sebagai ibu tiri mereka.

Awie akui beliau terharu dengan kasih sayang serta pengorbanan isterinya itu demi anak-anaknya.

Alhamdulillah anak-anak sangat rapat dengan isteri. Mereka memanggilnya 'mummy'. Dulu saya pernah beritahu hanya orang ‘gila’ saja yang mahukan saya yang sudah memiliki lima anak, tetapi saya kagum dan terharu melihat dia (Ladyana) mengambil cabaran untuk memikul tanggungjawab dalam menjaga serta memberi kasih sayang terhadap anak-anak saya.

Saya juga kagum melihat cara dia menghabiskan masa bersama anak-anak walhal dia masih muda dan tidak mempunyai pengalaman. Namun, dia berusaha menjadi ibu yang terbaik.

Tambah Awie, sejak berkahwin mereka sama-sama menguruskan persekolahan anak-anak.

Setiap hari dia akan menguruskan persekolahan anak-anak. Kadang-kadang saya kasihan melihat dia menghantar dan menjemput anak dari sekolah tetapi dia menawarkan dirinya kerana minat dan selesa.

Antara sebab utama saya mempercepatkan proses perkahwinan ini juga adalah disebabkan perkara ini. Saya nak pastikan anak-anak tidak berasa kekurangan atau ketinggalan serba-serbi.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Awie. Sebelum ini, Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 yang bertahan selama lapan tahun dan dikurniakan dua anak.

Awie kemudian menikahi Rozana Misbun pada 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak 2014.

Sumber Berita : Harian Metro

Saharul Ridzwan Dan Isteri Bakal Berbulan Madu Di Mekah

Posted: 26 Oct 2016 07:15 PM PDT

Belum mempunyai kesempatan untuk berbulan madu secara berdua-duaan sejak berkahwin pada bulan September lepas, pelakon Saharul Ridzwan merencana untuk membawa isterinya, Deena Emir ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Umrah sebagai hadiah bulan madu mereka.

Menurut Saharul, jika tiada halangan beliau dan isteri bakal ke Mekah sekitar awal tahun hadapan.

Kami sebenarnya ada pergi berbulan madu di beberapa destinasi seperti Thailand, Singapura dan Batam tetapi ia atas tajaan dan ada lokasi turut ditemani oleh kru produksi untuk penggambaran.

Kiranya percutian kami itu bukan secara berdua-duaan jadi sebab itu saya berhasrat untuk sekali lagi membawa isteri berbulan madu dan memilih Tanah Suci sebagai lokasi. Pemergiaan kami ke sana nanti hanya berdua sahaja dan Insya-Allah jika tiada halangan pada awal tahun hadapan kami akan berangkat ke sana.

Saharul juga sempat berkongsi kehidupan beliau selepas berkahwin. Tiada perubahan ketara lagi yang dirasai kerana Saharul dan Deena masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang baharu.

Walaubagaimanapun, Saharul akui kehadiran isterinya itu banyak mengubah dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik dan segala keperluan harian beliau kini terjaga.

Tiada banyak perubahan kerana kami pun baharu sahaja berkahwin dan masih dalam ‘mood’ pengantin baharu lagi tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Berbicara soal cahaya mata, Saharul menyerahkan soal itu kepada ketentuan Allah SWT dan meminta agar peminat mendoakan kebahagiaannya.

Sumber Berita : mStar Online

Nabil Ahmad Nafi Khabar Angin Disingkir Sebagai Pengacara Gegar Vaganza 3

Posted: 26 Oct 2016 09:26 AM PDT

Gara-gara isu lawaknya terhadap Elly Mazlein, ada khabar angin mengatakan pelawak Nabil Ahmad telah disingkir sebagai pengacara program Gegar Vaganza 3.

Menurut berita berkenaan, tindakan terhadap Nabil itu adalah kerana lawaknya yang agak melampau dan berbaur lucah.

Namun, Nabil menafikan perkara itu dan menjelaskan beliau tidak menerima sebarang notis daripada pihak Astro berhubung penyingkirannya.

Saya tak tahu daripada sumber mana mereka dengar cerita ini. Nampaknya mereka yang lebih tahu sedangkan saya tidak terima apa-apa notis daripada Astro. Jadi, saya ketawa saja apabila mendengarnya.

Dikecam teruk oleh netizen sejak beberapa hari lepas, Nabil sudah tidak kisah lagi dengan kritikan ramai.

Saya terima setiap komen. Yang baik saya jadikan panduan dan buruk dijadikan sempadan tetapi kadang-kadang kritikan itu membuatkan saya kecewa kerana agak melampau.

Mereka hanya berani mengkritik di alam maya tanpa menunjukkan wajah dan menggunakan nama samaran. Jika mereka betul-betul ikhlas mahu menegur saya, sila hantar mesej peribadi (private message) kepada saya.

Tidak apa Nabil, jangan melatah. Jadikan kritikan orang ramai itu sebagai peringatan untuk anda tidak mengulangi benda yang sama di masa hadapan.

Sumber Berita : Harian Metro

Nabil Ahmad Tidak Mahu Desak Isteri Berhijab

Posted: 26 Oct 2016 02:08 AM PDT

Umum mengetahui pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad kini sudah bergelar Haji. Nabil juga sedang memperbaiki hidupnya dan menjadi insan yang lebih baik perlahan-lahan.

Namun, gelaran Haji itu sedikit sebanyak  memberi tempias terhadap isterinya, Zira apabila ada sesetengah netizen mempersoalkan imej isterinya yang tidak bertudung walaupun sudah pulang daripada Tanah Suci.

Nabil bagaimanapun tidak mahu terlalu mendesak isterinya untuk berhijab dan mahu Zira melakukan perkara itu daripada hatinya sendiri.

Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira.  Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung.

Biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa.

Kalau suatu hari nanti, isteri saya bertudung, biarlah dia kekal istiqamah dengan kewajipan itu. Saya tidak mahu hatinya nanti jadi berbelah-bahagi. Saya juga enggan melihat dia mengenakan tudung kerana terpaksa tetapi kemudian, membukanya kerana berasakan belum bersedia.

Menurut Nabil, isterinya tidaklah berpakaian terlampau seksi dan masih menjaga kesopanannya meskipun belum bertudung.

Dia pun pernah menunaikan umrah sebelum ini. Pasti dia tahu persepsi dan pandangan orang di sekeliling. Kebanyakan bajunya pun berpotongan longgar.  Malah, saya sendiri sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Ia termasuk aspek aurat saya sebagai lelaki Islam.

Perubahan itu memerlukan masa dan biarlah ia lahir daripada hati yang ikhlas. Memang benar wajib untuk seorang suami menasihati isterinya untuk menutup aurat, tetapi dengan paksaan ia mungkin tidak kekal lama bukan? Doa yang baik-baik sahaja buat Zira agar pintu hatinya terbuka untuk berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE

myartis.com

Posted: 27 Oct 2016 02:19 AM PDT

myartis.com


12 GAMBAR - DIANA AMIR & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY KE-3 DI THAILAND

Posted: 26 Oct 2016 07:10 PM PDT



Sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-3 semalam, Diana Amir yang kini sedang hamil 7 bulan anak kedua itu kini sedang berada di Thailand bersama suami, Mohd Habibbullah A Rahman serta anak sulungnya, Khawlah Al-Azwar.

Menerusi Instagram Diana, dia telah berkongsi sekitar percutian mereka di sana.

Semoga pasangan ini sentiasa kekal bahagia hendaknya.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

11 GAMBAR - RAGAM TERKINI IMRAN, ANAK RAJA FARAH

Posted: 26 Oct 2016 05:40 PM PDT



Ragam terkini Imran Iskandar, anak kepada pelakon dan pengacara Raja Farah Raja Aziz yang lahir pada 10 Ogos lalu.

Melalui perkongsian gambar tersebut di laman Instagram Raja Farah, Imran yang dilahirkan secara normal itu kini semakin comel dan tembam.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BERTUDUNG - NABIL TAK MAHU DESAK ISTERI

Posted: 26 Oct 2016 02:39 PM PDT



Berikutan dipersoalkan oleh ramai netizen mengapa isterinya masih belum bertudung meskipun dia telah bergelar haji, jawab pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, dia tidak mahu terlalu mendesak isterinya.

"Saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung. Dalam soal itu, biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa," ujarnya dipetik sebagai berkata.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 27 Oct 2016 01:51 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Google Pengguna Malaysia Kerap Merujuk Internet Sebelum Buat Pembelian

Posted: 27 Oct 2016 01:22 AM PDT


Menurut Google Malaysia pengguna tempatan merupakan salah satu pengguna yang sofistikated dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadaq penggunaan peranti pintaq yang tinggi Pada ti...

Ketahui Rahsia Zodiak Pompuan

Posted: 27 Oct 2016 01:02 AM PDT


hampa mau kenai rahsia soghang pompuan melalui bulan kelahirannya Kami sajikan buat hampa rahsia zodiak pompuan semuga lebih memahami soghang pompuan yang hampa minati atau lagu mana gambaran sifa...

Gara Gara Gambaq Membelai Anjin Peminat Ramona Zamzam Bertelagah Di Instagram

Posted: 26 Oct 2016 11:24 PM PDT


Gara gara memuat naik gambaq sedang membelai anjin jenih Husky masa dok ada di Paris pelakon Ramona Zamzam telah dibantai dan menerima teguran daripada peminatnya di Instagram Ada antara pemina...

Janna Nick Batai Hasrat Tarik Diri Daripada Muzik Muzik 31

Posted: 26 Oct 2016 11:22 PM PDT


Sebelum ni pelakon Janna Nick ambik keputusan untuk menarik diri daripada separuh akhiaq Muzik Muzik 31 yang bakai berlangsung pada 4 November nanti pasai sedaq suagha serta kemampuan beliau se...

Celcom Mengemaskini Pelan Pascabayaq Dengan Data Bulanan Sehingga 60gb Pada Ghega Rm160 Sebulan

Posted: 26 Oct 2016 10:22 PM PDT


Celcom hari ni telah memperkenaikan kemaskini untuk pelan pascabayaq Celcom First selain turut mai dengan pilihan baghu yang dinamakan sebagai First Gold Pluih Melaluinya la nih Celcom menambah...

Saharul Ridzwan Dan Isteri Bakai Berbulan Madu Di Mekah

Posted: 26 Oct 2016 08:26 PM PDT


Belum mempunyai kesempatan untuk berbulan madu secara berdua duaan sejak menikah pada bulan September lepaih pelakon Saharul Ridzwan merencana untuk membawa isterinya Deena Emir ke Tanah Suci Mek...

Cheq Takdak Niat Mau Sindiaq Drama Suri Hati Mr Pilot Aeril Zafrel

Posted: 26 Oct 2016 08:24 PM PDT


dah menjadi kebiasaan untuk seseoghang pelakon mempromosikan drama lakonan depa bukan Itulah jugak yang dilaku oleh Aeril Zafrel yang mengajak peminatnya untuk mengikuti kempen SorokRemote bagi...

Awie Ngaku Terharu Anak Anak Ghapat Dengan Ibu Tiri

Posted: 26 Oct 2016 08:22 PM PDT


penah dihimpit gosip pasai penceraian beliau dengan Rozana Misbun la nih penyanyi Awie sedang berbahagia selepaih menikah dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober lepaih Apa yang buat Awie lebih g...

Dua Pengawai Permainan Untuk Playstation 4 Dihasilkan Untuk Atlet E Sukan

Posted: 26 Oct 2016 07:24 PM PDT


Menjadi atlet e sukan ialah cita cita yang la nih boleh dipandang serius Sekiranya hampa mempunyai bakai di arena e sukan hampa boleh menerima habuan yang lumayan di dalam pertandingan yang semak...

Zte Axon 7 Max Tertiris Dengan Sistem Dwi Kamera

Posted: 26 Oct 2016 07:22 PM PDT


ZTE Axon 7 ialah peranti yang baghu kami ulaih beberapa hari yang lepaih Peranti ni direka spesial pengguna yang mementinkan audio keran dilengkapi cip spesial untuk audio berdefinisi tinggi la...

Misteri Kehilangan Granger Tayloq Dibawak Makhluk Asin

Posted: 26 Oct 2016 07:02 PM PDT


Pada petang 29 November 1980 Granger Tayloq keluaq dari rumahnya di Duncan Kanada Sebelum keluaq Granger yang berumoq 32 tahun meninggaikan sekepin nota untuk kedua oghang tuanya Nota tu ber...

Nabil Ahmad Tak Ngaku Ura-ura Disingkiaq Sebagai Pengacara Gegaq Vaganza 3

Posted: 26 Oct 2016 11:22 AM PDT


Gara gara isu lawaknya terhadap Elly Mazlein ada ura ura kata pelawak Nabil Ahmad telah disingkiaq sebagai pengacara program Gegaq Vaganza 3 Menurut berita berkenaan tindakan terhadap Nabil tu...

Microsoft Mengumumkan Surface Studio Aio Dengan Paparan Yang Boleh Diposisikan Menjadi Papan Lakaran

Posted: 26 Oct 2016 10:22 AM PDT


Pada acara pengumuman Microsoft pada hari ni selain dari pengumuman pasai Windows 10 Creators Update yang membawakan pelbagai pembaharuan depa turut mengumumkan siri Surface depa yang terpalin ba...

Epson Workforce Pro Wf R8591 Ingin Menggantikan Pencetak Laser Dengan Teknologi Berasaihkan Dakwat

Posted: 26 Oct 2016 07:24 AM PDT


Di dunia perusahaan macam syarikat agensi kerajaan dan swasta kebanya bergantung kepada pencetak laser untuk keperluan pencetakkan berskala tinggi Namun dari sudut kesihatan terutama untuk peng...

Epson Malaysia Melancaqkan 5 Pencetak L Series Baghu Dengan Sistem Dakwat Luaran

Posted: 26 Oct 2016 07:22 AM PDT


Apabila bercakap pasai pencetak antara jenama yang palin cheq syoqkan adalah jenama daripada Epson depa mempunyai penawaran pencetak dengan sistem dakwat luaran secara terbina dalam membolehkan ...

Dibuli Pasai Berkulit Hitam La Nih Menjadi Model Femes

Posted: 26 Oct 2016 03:42 AM PDT


Khoudia Diop 19 model dari Senegai penah dibuli pasai warna kulitnya la nih dia femes dengan kecantikan warna kulitnya dan digelaq Dewi Melanin Akibat ejekan hat sama dok habaq tadi dia m...

Dah Terbukti Rumah Cheq Tak Ada Dadah Remy Ishak

Posted: 26 Oct 2016 02:24 AM PDT


Sekitaq bulan September lepaih rumah pelakon Remy Ishak telah diserbu pihak polih selepaih menerima aduan dadah muhung Setelah pemeriksaan dilaku pihak polih akhiaqnya mengeluaqkan kenyataan b...

Nabil Ahmad Tak Mau Desak Isteri Berhijab

Posted: 26 Oct 2016 02:22 AM PDT


Umum mengetahui pelawak dan pengacara Nabil Ahmad la nih dah bergelaq Haji Nabil jugak sedang memperbaiki hidupnya dan menjadi insan yang lebih baik perlahan lahan Namun gelaran Haji tu sedi...

ROTIKAYA

Posted: 26 Oct 2016 08:26 PM PDT

ROTIKAYA


Awie Terharu Anak Anak Rapat Dengan Ibu Tiri

Posted: 26 Oct 2016 05:58 PM PDT

Tiada perkara lain yang mampu membuat Awie gembira ketika ini melainkan melihat anak-anaknya bahagia dan rapat di bawah jagaan ibu tiri mereka, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin malah turut memanggilnya dengan gelaran mummy.

BACA: Awie Dakwa Diri Berasal Dari Keturunan Raja Siam?

"Alhamdulillah anak-anak sangat rapat dengan isteri. Mereka memanggilnya mummy. Dulu saya pernah beritahu hanya orang ‘gila’ saja yang mahukan saya yang sudah memiliki lima anak, tetapi saya kagum dan terharu melihat dia (Ladyana) mengambil cabaran untuk memikul tanggungjawab dalam menjaga serta memberi kasih sayang terhadap anak-anak saya”

"Saya juga kagum melihat cara dia menghabiskan masa bersama anak-anak walhal dia masih muda dan tidak mempunyai pengalaman. Namun, dia berusaha menjadi ibu yang terbaik," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Awie, sejak berkahwin, dia dan isterinya itu sama-sama menguruskan persekolahan anak anak. Malah di atas sebab ingin memastikan anak tidak terabai dan merasa serba kekurangan jugalah dia melangsungkan perkahwinan lebih awal.

Perkahwinan bersama Sharifah Ladyana merupaka perkahwinan ketiga buat Awie. Sebelum ini Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 yang bertahan selama lapan tahun dan dikurniakan dua anak.

Awie kemudian menikahi Rozana Misbun pada 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak 2014. Semoga perkahwinan Awie kali ini disirami bahagia hingga ke Jannah. (rtky/s)

Nabil Ahmad Tak Desak Isteri Berhijab

Posted: 26 Oct 2016 04:36 AM PDT

Kalau sudah namanya manusia, kadang kala semua yang tidak kena di mata, pasti dipersoalkan malah ada juga yang terlalu awal menghakimi orang lain. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Nabil Ahmad, lebih lebih lagi bila sudah ada gelaran haji.

BACA: Nabil Ahmad Mohon Maaf Kerana Gurau Melampau

“Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira”

“Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung. Dalam soal itu, biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa,” jelasnya kepada BH Online.

Tambah Nabil, dia juga mahukan yang terbaik buat isterinya selain turut mengharapkan jika isterinya sudah bertudung nanti agar kekal istiqamah. Malah dia juga turut dinasihati oleh insan terdekat agar menasihati isterinya menutup aurat. (rtky/s)

6-nabil-ahmad-tak-desak-isteri-berhijab-rotikaya 5-nabil-ahmad-tak-desak-isteri-berhijab-rotikaya 4-nabil-ahmad-tak-desak-isteri-berhijab-rotikaya 3-nabil-ahmad-tak-desak-isteri-berhijab-rotikaya 2-nabil-ahmad-tak-desak-isteri-berhijab-rotikaya 1-nabil-ahmad-tak-desak-isteri-berhijab-rotikaya

5 Fakta Misteri Sebalik Papan Berhantu Ouija

Posted: 25 Oct 2016 08:57 PM PDT

Kami pasti, ada di antara anda yang tengah baca artikel ini mesti pernah dengar cerita tentang permainan seru semangat atau pun roh orang yang mati. Kalau bukan anda yang main pun, mesti pernah dengar cerita bukan?

Hari ini kami nak kongsi ringkas saja tentang permainan sedemikian rupa yang diberi nama Ouija. Sebut saja Ouija, ramai yang tak tahu sebenarnya nama Ouija pun datangnya dari jawapan papan itu sendiri.

Asal Usul Nama Ouija

2-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Pada mulanya, individu yang bertanggungjawab membawa papan berhantu ini ke pasaran telah bertanyakan nama yang sesuai dengan memainkan sendiri papan ini dan apabila ditanya apakah maksud Ouija, papan penunjuk menghimpunkan ayat membentuk ejaan – good luck.

2. Jadi Bahan Rujukan Juri Di Mahkamah

1-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Pada tahun 1994, empat orang juri di London telah menyerahkan keputusan seorang pembunuh dengan bertanyakan kepada Ouija Board. Ouija menyatakan lelaki berkenaan salah bagaimanapun lelaki berkenaan masih dapat membuat rayuan. Namun, keputusan rayuan tetap menyatakan bahawa lelaki berkenaan bersalah atas tuduhan membunuh.

3. Papan Ouija Membantu Dalam Pembunuhan

3-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Pada tahun 2001, bekas datuk bandar Minco, Oklahoma iaitu Brian Roach telah dibunuh oleh ibu mertuanya sendiri. Dia telah ditikam ketika tidur dan menurut wanita berkenaan, papan Ouija menyatakan bahawa Brian adalah seorang yang jahat dan mesti dibunuh.

Manakala pada tahun 2014, seorang lelaki membunuh seekor anjing kerana dipercayai menjadi perumah buat syaitan. Malah keluarganya juga membakar rumah merkea sendiri setelah Ouija memberitahu bahawa mereka semua akan mati. Pelik bukan sehingga manusia percaya benda sebegini.

4. Beri Inspirasi Elak Ketagihan Alkohol

4-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Pengasas Alcoholics Anonymous, Bill Wilson mempunyai bilik khas yang digunakan oleh dirinya untuk berinteraksi bersama roh menggunakan papan Ouija. Menurut Bill lagi, dia berkomunikasi dengan sami abad ke 15 yang bernama Boniface dan melalui perkongsian dengan roh sami berkenaan, Bill terinspirasi mewujudkan program yang dipanggil – The 12 Steps to Recovery (12 Langkah Untuk Kembali Pulih).

5. Bantu Hasilkan Album Rock

5-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Percaya atau tidak, kumpulan rock The Mars Volta pernah menggunakan khidmat papan Ouija dalam menghasilkan album The Bedlam in Goliath. Bagaimanapun, kumpulan mereka terpaksa menempuhi pelbagai perkara misteri sepanjang proses mengeluarkan album tersebut.

Menurut vokalisnya, Cedric Bixler-Zavala, roh yang menolong mereka dalam menghasilkan album tersebut adalah Goliath, yang mempunyai 3 karakter berbeza – seorang lelaki, seorang wanita da juga ibu mereka dan ia juga melibatkan pembunuhan.

Anda percaya semua kisah benar yang terjadi ini? Menurut smithsonianmag, apa yang anda baru baca ini adalah benar benar terjadi. Namun bagi anda yang ingin menyaksikan sendiri bagaimana permainan papan berhantu ini mampu memusnahkan hidup berkeluarga, jom tonton trailer filem Ouija: Origin of Evil yang akan ditayangkan pada 3 November ini.

*Gunakan headphone untuk pengalaman bunyi yang memuaskan.

“Saya Serahkan Soal Anak Kepada Allah”

Posted: 25 Oct 2016 07:57 PM PDT

Walaupun usia perkahwinan masih baru, pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan Nazim Othman dan Bella Dally mempunyai cahaya mata. Pun begitu, bagi Bella dirinya lebih selesa menyerahkan soal zuriat kepada Allah tanpa membuat sebarang perancangan mengenainya, namun pada masa yang sama pasangan ini turut mengharapkan doa dari peminat.

BACA: Gambar Di Sekitar Resepsi Nazim Othman, Bella Dally

“Memandangkan usia perkahwinan masih baru, saya belum terlalu memikirkan perkara itu. Saya dan suami tak pernah merancang. Kami bersedia sahaja. Bagi saya rezeki yang paling berharga. Saya tetap percaya dan yakin dengan ketentuan Allah. Lambat atau cepat itu sudah tertulis. Saya sentiasa berdoa semoga kami segera dikurniakan anak”

“Pada masa sama saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang. Ketika bujang saya tinggal seorang diri, tetapi sekarang sudah ada peneman. Lebih menyeronokkan apabila saya pulang dari bekerja suami ada menunggu di rumah. Begitu juga sebaliknya apabila dia keluar bekerja,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.

Bercakap pula mengenai bulan madu, Bella memberitahu mereka masih tidak mempunyai waktu untuk berbulan madu kerana masing-masing masih terikat dengan kerjaya. Bagaimanapun, pasangan bahagia ini merancang untuk berbulan madu pada tahun hadapan walaupun pada ketika ini mereka berdua masih belum menetapkan destinasi percutian bulan madu. (rkty/w)

1-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 2-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 3-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 4-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 5-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 7-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg

No comments:

Post a Comment