Saturday, 1 October 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 01 Oct 2016 07:53 PM PDT

ROTIKAYA


Nelydia Senrose Akui Tak Serik Bercinta

Posted: 01 Oct 2016 06:34 PM PDT

Sebelum ini, Nelydia Senrose pernah menyatakan bahawa cintanya bersama Qi Razali sudah berakhir walaupun ada desas desus mengatakan bahawa mereka masih bersama dalam diam. Namun bagi pelakon wanita ini, dia tidak serik untuk bercinta lagi.

BACA: Nelydia Senrose Nafi Kembali Bercinta Dengan Qi Razali

"Ketika itu memang rasa tertekan dan kecewa akibat putus cinta. Saya menangis, duduk dalam bilik kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Maklumlah, kita harapkan pengakhiran yang baik dengan perhubungan itu, tak sangka pula ia tidak kesampaian”

"Jika ingat semula rasa macam putus harapan pun ada. Apabila orang bertanya, kita mungkin boleh tipu orang lain yang kita okey, tetapi hakikat sebenar rasa keseorangan dan sunyi. Rahsia Allah itu besar. Mungkin Allah mahu menguji saya. Bahkan apa yang berlaku ini menjadikan saya lebih matang," katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Nelydia, hatinya masih terbuka menerima kehadiran cinta baru namun ketika ini dirinya sedang seronok menjalani kehidupan sebagai wanita solo yang tidak terikat dengan mana mana komitmen dalam perhubungan.

"Sekarang saya tengah seronok menjalani kehidupan solo tanpa terikat dengan mana-mana perhubungan. Kalau dahulu, ada orang tempat saya berkongsi cerita dengan orang tersayang, tetapi kini saya banyak berkongsi apa jua dengan ahli keluarga sendiri”

“Saya masih ada keluarga dan merekalah saya letakkan sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukan," kongsi Nelydia. Jadi buat jejaka di luar sana, masih ada lagi peluang untuk anda mencuba. Heh. (rtky/s)

8-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 7-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 6-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 4-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 3-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 1-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya

MySensasi

Posted: 01 Oct 2016 11:47 AM PDT

MySensasi


Siaran Langsung Selangor vs T-Team 1 Oktober 2016

Posted: 30 Sep 2016 06:02 PM PDT

Live Streaming Siaran Langsung Selangor vs T-Team 1 Oktober 2016. Satu lagi perlawanan separuh akhir TM Piala Malaysia akan berlangsung malam ini membabitkan The Red Giant Selangor menentang kelab T-Team yang juga digelar Titans. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam ini pasti menjadi tumpuan peminat bolasepak. Selangor selaku juara bertahan pasti mahu mengekalkan Piala …

The post Siaran Langsung Selangor vs T-Team 1 Oktober 2016 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 01 Oct 2016 09:54 AM PDT

KedahLanie.info


Antara Tukaq perlembagaan Lord Reid dengan meminda undang-undang yang masih bawah Lord Reid..?

Posted: 01 Oct 2016 12:32 AM PDT

 http://dingo.care2.com/pictures/petition_images/petition/672/949910-1446560452-wide.jpg
Meminda perlembagaan lord reid itu lagi penting...supaya terbatal enakmen yg memberikan kuasa mahkamah sivil lagi besaq dari mahkamah syariah...

sekarang pinda lagu mana pun tetiba bercanggah dengan mahkamah sivil maka hukuman mahkamah syariah akan terbatal..

jadi kenapa kita tak buat kempen pinda PERLEMBAGAAN LORD REID tuuu...sebab kita nak letakan KUASA mahkamah syariah lagi tinggi daripada mahkamah sivil...

Dan masa tu nak letak hukuman setinggi mana pun maka pesalah tak boleh bawa kes ke mahkamah sivil dah ... sebab kuasa mahkamah syariah kita sudah angkat bagi tinggi....

namun yang sekarang nie bukan kata jangan sokong...itu salah... kita tetap kena sokong sebab nak menaikkan hukuman namun kita kena sedar mana lagi wajib dan perlu buat dan diutamakan...

ibarat Kereta ada masalah dengan enjin kita dok makeup boh rim 16, ekzos besaq, tambah surbo supayan nak bagi laju... sedangkan enjin dah kapot jalan tak boleh lebih 70km/hr.... ajust pie la kot mana pon enjin tetap lari 70km/hr...jadi mana perlu kita utamakan...

namun jika nak beli rim baru, tukaq ekzos tak salah.. buatlah tiada masalah... dah ekzos yg mampu kita beli...nak tukaq enjin duit tak dak lagi...

Separuh Akhir Pertama - Permainan Kedah yang terbaik ialah di 10 minit pertama & 10 minit terakhir..selainnya.....

Posted: 30 Sep 2016 10:33 PM PDT


Awal2 game ok ja nampak mcm nak berpesta gol.. tambah pulak dapat gol awal.. tapi bila kesilapan defend pdrm dapat di balas balik dengan pantas.. pemain2 mula tertekan seolah2 1 gol tempat lawan oleh pdrm tu kita nak kena cari lg 3@4 gol dengan segera..

sebab tu pemain nampak terlalu tergesa2 hingga kurang jaga disiplin taktikal.. bila game dah serba tak menjadi pemain2 makin tertekan...

Last pemain ikut rentak pdrm dimana depa tu main bkn nak menang pon...seri pon jadilah...last pdrm main slow.. kedah pon main slow

dan ia dibantu lagi dengan pengadil seolah2 dah dibeli jiwa oleh player pdrm dimana masa pertama sentiasa ditekan oleh player pdrm dgn membantah keputusan beliau lakukan dan kesan dilihat separuh masa kedua pengadil seolah membiarkan sahaja game berjalan dengan kekasaran dan kekerasan dalam perlawanan berlaku...

Apa yg dilihat game semalam kedah bermain dalam keadan baik ialah 10minit pertama dan 10minit akhir permainan...yang lagi 70minit hancus...

tapi percayalah semuanya akan berbeza di std hang jebat nanti... kita akan lebih relax untuk mencari satu gol saja tempat lawan.. bila dah dapat gol tekanan akan beralih ke pdrm untuk kejar sekurang2nya 2 gol.. dari situ kita akan tambah lagi 1@2 gol...

yakin boleh...

PULUN KEDAH PULUN

PENYOKONG HIJAU KUNING

Hadi kurang sihat ekoran keletihan, had masa hadiri program

Posted: 30 Sep 2016 09:57 PM PDT



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.

Semalam, Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam, lapor Bernama.

Setiausaha Sulit kepada ahli Parlimen Rhu itu, Zaihan Mohd Daud berkata walaupun berdepan masalah kesihatan, Abdul Hadi tetap meluangkan masanya untuk menghadiri program.

"Tuan guru tidak sihat kerana keletihan akibat program yang terlalu padat, Walaupun tidak sihat, beliau tetap menghadiri beberapa program.

"Esok (Sabtu) pun beliau akan ke Sabah bagi menghadiri program di sana," katanya kepada pemberita selepas Program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.4) di Kemaman malam tadi.

Abdul Hadi yang menghadiri majlis tersebut kira-kira satu jam sempat menyampaikan ceramahnya hampir setengah jam sebelum bergegas pulang untuk berehat.

Beliau yang kelihatan letih menyampaikan ceramahnya dalam keadaan duduk dan perlu dipimpin sewaktu menuruni tangga ketika hendak pulang.

- Bernama

MENYINGKIRKAN NAJIB SEBELUM PRU 14 TIDAK SEHARUSNYA DIBANGKITKAN LAGI

Posted: 30 Sep 2016 09:51 PM PDT


Sehari dua ini timbul kembali isu berkaitan penyingkiran Perdana Menteri sebelum PRU 14 dan kuasa Yang Dipertuan Agong berkaitan perkara tersebut.

Ia bermula apabila seorang peguam yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad, Hanif Khatri Abdulla dalam sebuah forum nenyatakan bahawa Agong mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Beliau menyimpulkan bahawa sebagaimana Agong mempunyai kuasa untuk melantik, baginda juga berhak untuk memecat Perdana Menteri.

Hujah beliau bagaimanapun disanggah oleh Nazri Aziz yang mengatakan Agong tidak ada hak untuk memecat kerana pemecatan Perdana Menteri hanya boleh dilakukan oleh Parlimen.

Katanya, negara kita adalah sebuah negaa yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman juga sependapat dengan Nazri yang menyebut bahawa hanya Parlimen dan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat saja yang boleh membuatkan Najib tersingkir daripada jawatannya.

Mengapa ditimbulkan kembali isu penyingkiran Najib melalui kuasa Agong sebelum PRU 14 ini?

Bukankah sekarang ini semua kumpulan penentang Najib sudah meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti politik baru iaitu PPBM?

Untuk ada ditubuhkan PPBM jika berterusan bercakap mengenai penyingkiran Najib melalui kuasa Agong?

Tidakkah Najib sendiri sudah berulangkali menyatakan bahawa beliau tidak sesekali akan berundur dan sedia menghadapi pencabarnya dalam pilihanraya?

Tidakkah juga dengan sudah menubuhkan PPBM dah menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang, matlamat utama sekarang sudah berubah kepada menyingkirkan Najib dengan cara mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya?

Oleh itu, sedarlah bahawa hanya membuang masa dan menghabiskan air liur saja bercakap lagi mengenai kuasa Agong dan penyingkiran Najib melalui kuasa selain pilihanraya.

Dengan sudah menubuhkan parti baru dan menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang, malah Tun Mahathir juga sudah banyak kali bercakap mengenai usaha mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, isu penyingkiran Najib sebelum PRU 14 tidak seharusnya dibangkitkan lagi.

Apa yang perlu dilakukan ialah memperkemas jentera parti, memperkukuh kerjasama dengan parti-parti lain dan berterusan meyakinkan rakyat bahawa perubahan kerajaan adalah pilihan terbaik buat kesejahteraan mereka.

Lupakanlah terus cakap-cakap untuk menyingkirkan Najib melalui kuasa Agong atau sebelum PRU 14 ini, sebaliknya usaha serta kekuatan haruslah ditumpukan untuk menjelmakan kekustan baru ke arah perubahan serta reformasi menyeluruh dalam negara. (SH 30/09/2016).

Strategi politik pemimpin Umno bila tidak kisah ahli keluar parti

Posted: 30 Sep 2016 07:26 PM PDT

Logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang terkini selepas pendaftaran pertubuhan itu diluluskan.Kenyataan pemimpin Umno yang seolah-olah tidak kisah ahlinya keluar menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanyalah merupakan strategi politik, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.

"Setiap parti apabila ahlinya keluar, mereka akan risau sebenarnya. Tapi mereka tidak boleh menunjukkan kerisauan sebab situasi akan nampak lagi buruk kalau mereka tunjuk risau.

"Mereka cuba menunjukkan kepada ahli-ahli, yang nak keluar terpulang kepada mereka.

"Mereka guna istilah pembersihan, buang penyakit, buang buruk dan sebagainya supaya menampakkan parti tidak memerlukan ahli-ahli yang tidak setia. Kalau dari satu aspek, ada kebenarannya pendekatan itu," katanya seperti dipetik Sinar online hari ini.

Namun katanya, Umno tidak boleh mengelak hakikat bahawa partinya sedang mengalami perpecahan dan kemerosotan ahli.

"Kita boleh lihat sejauh mana peningkatan keahlian Bersatu dalam jangka masa enam bulan ini. Di situ kita akan lihat kesannya kepada Umno.

"Tapi ia akan mengambil masa sebab itu, formula adakan pilihan raya dalam masa terdekat itu akan menguntungkan Umno," katanya.

Beliau dalam kenyataan sama juga menyebut Bersatu bakal menerima nasib sama seperti parti serpihan Umno, Semangat 46 yang ditubuhkan pada 1988, yang bertahan hanya lapan tahun.

Katanya, dua parti serpihan itu wujud berdasarkan kepada protes terhadap kepimpinan Umno sekarang antara sebab parti baharu tidak kekal lama.

"Kerana itu parti ini tidak akan kekal lama. Parti ini akan jadi macam Semangat 46. Akhirnya kembali kepada Umno," ujarnya seperti dipetik. 

Lupus hutan kekal: Husam jawab Pengarah Perhutanan Kelantan

Posted: 30 Sep 2016 07:05 PM PDT

MALAYSIA DATELINE

 Husam Musa

Saya berbesar hati kerana akhirnya, Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengambil tanggung jawab memberikan respon untuk pencerahan bersama dalam isu pelupusan Hutan Simpan Kekal (HSK) Negeri Kelantan secara sistematik - terakhir dengan kelulusan tanaman ladang durian kunyit dalam hutan simpan kekal Kelantan yang didakwa telah diteroka.

Sememangnya menjadi tanggung jawab penjawat awam untuk telus dalam menyampaikan maklumat berkaitan bidang tugas mereka. Amalan menyembunyikan maklumat adalah patut dielakkan.

Penyampaian maklumat bila diperlukan oleh masyarakat awam, seharusnya holistik dan tidak terpilih atau gambaran separuh.

A. KELUASAN SEBENAR DILULUSKAN UNTUK TANAMAN DURIAN KUNYIT?

Tuan Pengarah Hutan dalam jawapan hari ini menulis:

"(5) Kerajaan Negeri telah meluluskan secara dasar kepada empat buah syarikat sahaja. Daripada jumlah tersebut hanya dua syarikat sahaja diberi kelulusan perlesenan yang melibatkan kawasan seluas 100 hektar iaitu Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn. Bhd. Dakwaan yang menyatakan kelulusan pembangunan kawasan teroka haram dalam KSK seluas 1,697 hektar adalah tidak benar."

Ada empat kelulusan dasar diberikan. Dua dari empat kelulusan dasar itu telah diberikan kelulusan pelesenan iaitu Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn Bhd.

Para jawapan Tuan Pengarah di atas tidak jelas, sama ada setiap satu syarikat dari ke empat-empat syarikat diluluskan itu mendapat 100 ha masing-masing atau 100 ha dibahagikan dengan dua syarikat.

Saya terpaksa membuat sedikit andaian dan ini rasanya diizinkan dalam investigative writing.

a. Jika setiap satu syarikat mendapat 100 ha masing-masing, bermakna jumlah keluasan bagi ke empat-empat syarikat termasuk yang mendapat kelulusan dasar tetapi belum mendapat kelulusan lesen adalah 400 ha.

Angka ini tidak sama dengan apa yang disebut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, bahawa hanya 100 hektar sahaja yang telah diluluskan.

b. Jika 100 hektar itu adalah untuk dua syarikat, bermakna setiap satu syarikat mendapat 50 hektar masing-masing.

c. Lebih tepat rasanya, maksud Tuan Pengarah itu adalah masing-masing Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn. Bhd. telah diluluskan seluas 100 hektar.

Bermakna, jumlah keluasan bagi dua syarikat ini adalah 200 hektar.

d. Memandangkan dalam kenyataannya Tuan Pengarah tidak menyebut bahawa dua lagi syarikat yang telah mendapat kelulusan dasar tidak pula dibatalkan tetapi hanya belum mendapat kelulusan lesen, maka adalah selamat untuk berpendapat seluas 400 hektar HSK telah diluluskan untuk tanaman durian kunyit.

e. Kesemua angka ini bersalahan dengan angka 100 hektar yang disebut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.

Surat 1B. HSK MANA YANG TERLIBAT?

Tuan Pengarah Perhutanan telah menafikan bahawa kawasan yang diluluskan kepada Gunong Basor dan Kundor Tegoh Solution adalah HSK Sg Brok:

"(2) Berhubung dengan dakwaan yang menyatakan terdapat kelulusan Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram dengan tanaman spesies pokok durian kunyit di Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan Sungai Brok, hasil semakan JPNK mendapati dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas. Ini kerana hasil semakan adalah seperti berikut:

(i) Pelan kawasan yang tertera dalam kawasan tersebut adalah tidak merujuk kepada Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan (HS) Sungai Brok. Ini kerana pelan kawasan yang dinyatakan adalah di Hutan Simpan Ulu Galas..."

Tuan Pengarah seharusnya sedar, isu perkaitan dengan HS Sg Brok berbangkit ekoran surat sokongan dari Pejabat MB Kelantan ditujukan kepada beliau yang menyebut dalam kepala surat itu seperti berikut:

"PERMOHONAN PROJEK LADANG TANAMAN DURIAN KUNYIT DI DALAM HUTAN SIMPAN SUNGAI BEROK, KOMPARTMEN 32 DAN 34 SELUAS 404.0 HEKTAR (DALAM ZON TLC)"

No rujukan surat Pejabat MB adalah MB KN (D) 700-1/1 (33) bertarikh 31 Mac 2016.

Surat ini menyokong permohonan SYARIKAT GUNONG BASOR yang disebut oleh tuan telah pun mendapat kelulusan lesen.

Di manakah sebenarnya kawasan Hutan Simpan yang diluluskan untuk Syarikat Gunong Basor jika ia bukan HS Sg Berok?

Tuan Pengarahlah sepatutnya memaklumkan kepada awam untuk menghilangkan kekeliruan.

Gunong Basor dalam surat Pejabat MB, memohon di HS Sg Berok.

Tuan menyatakan pelan itu bukan merujuk kepada Sg Berok tetapi Hutan Simpan Ulu Galas.

Jika Gunong Basor diluluskan Hutan Simpan lain sama sekali sedangkan ia memohon untuk kelulusan HS Sg Berok, keadaan tentu menjadi bertambah keliru. Lain tempat yang dipohon, lain pula yang diluluskan?

Saya sertakan sekali lagi salinan surat Pejabat MB itu.

Jika pelan dan kawasannya salah, Pejabat MBlah yang patut disalahkan kerana menyebut kawasan yang salah!

Kecuali Gunung Basor mempunyai lebih dari satu permohonan untuk tujuan sedemikian.

Saya pohon Tuan Pengarah menyebut secara jelas kawasan yang telah diluluskan kepada Gunong Basor dan Kundor Tegoh Solution.

Habis cerita!

C. BILA GUNONG BASOR DAN KUNDOR TEGOH SOLUTION MENDAPAT KELULUSAN?

Tarikh kelulusan lesen bagi kedua syarikat ini penting. Tetapi Tuan Pengarah tidak menyatakannya dalam kenyataannya.

Jika keduanya mendapat kelulusan melalui mesyuarat 6 April 2016, bermakna Pejabat Hutan hanya mempunyai masa selama ENAM HARI dari tarikh surat Pejabat MB.

Adakah tempoh sesingkat itu memungkinkan Pejabat Hutan membuat kertas mesyuarat yang lengkap dan teratur? Menyemak pelan yang dipohon, menyemak keadaan sebenar di lapangan dan membuat persiapan lain yang diperlukan sehingga KELULUSAN LESEN boleh dikeluarkan?

Saya kira, di sini SPRM mempunyai sebab untuk menyemak kelulusan seperti ini.

Jika Gunung Basor mendapat kelulusan lebih awal dari tarikh 6 April, bermakna Gunong Basor mempunyai lebih dari satu permohonan.

Bagaimana pula Pejabat MB boleh memberikan surat sokongan baru untuk Gunung Basor bagi tujuan yang sama? Sedangkan sebelum itu Gunong Basor telah pernah mendapat kelulusan?

Apa keistimewaan Gunong Basor pada mata MB?

Surat 2D. BILA GUNONG BASOR DAN KUNDOR TEGOH SOLUTION MENDAPAT KELULUSAN LESEN?

Maklumat yang ada bagi masyarakat awam adalah surat dari Pejabat MB menyokong permohonan Gunong Basor bertarikh 31 Mac 2016.

Maklumat ini berkembang dengan kenyatan Tuan Pengarah Hutan SENDIRI pada hari ini iaitu Gunong Basor dan Tegoh Kundur TELAH PUN MENDAPAT KELULUSAN LESEN!

Secepat kilat?

Apa rahsia kecekapan luar biasa ini?

Kita pohon Tuan Pengarah memberikan maklumat penuh termasuk tarikh kedua syarikat ini diluluskan lesen.

E. BANCIAN DAHULU ATAU LULUS LESEN DAHULU?

Memandangkan dua syarikat disebut Tuan Pengarah Hutan telah mendapat lesen, wajarlah dijelaskan samada lesen diluluskan sebelum bancian atau selepas bancian?

F. BERAPA ISI HUTAN KAWASAN BERKENAAN?

Jika bancian telah dibuat, berapakah isi kayu bagi kawasan terbabit?

Jika bancian belum dibuat, bagaimana kelulusan lesen boleh diberikan?

G. APA KEDUDUKAN AA PAVILION MINING?

Saya menarik perhatian Tuan Pengarah kepada surat beliau bernombor rujukan : PHN.KN200/1/2287 (15) bertarikh 20 April 2016 yang saya kembarkan sekali lagi, andainya beliau tidak membaca sepenuhnya posting saya sebelum ini.

Kepala surat beliau berbunyi:

"PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN."

Tuan Pengarah selanjutnya menulis : "Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan Bil 2/2016 pada 6 April 2016 telah membuat keputusan secara dasar MELULUSKAN (huruf besar ini adalah ada dalam surat asal) permohonan tuan untuk tanaman pokok durian kunyit..."

Adakah surat ini benar?

Jika surat ini palsu, adakah Tuan telah membuat laporan polis?

Jika ia benar, adakah sekali lagi pemilik yang sama antara Gunong Basor dan AA Pavilion mendapat kelulusan menanam durian kunyit lebih dari satu kelulusan?

Jika surat ini benar, bermakna kawasan HSK yang dilluluskan untuk tanaman durian kunyit melebihi dari empat syraikat dan melebihi dari 400 ha.

Jika surat ini tidak benar, saya cadangkan laporan polis dibuat segera.

Surat Tuan ini ada menyebut HS Ulu Galas dan sekali gus HS Batu Papan.

Pohon penjelasan lanjut atas kedudukan ini.

H. DURIAN KUNYIT SEBAGAI PERINTIS

Tuan Pengarah Hutan menulis:

"(3) Pemilihan spesies Pokok Durian Kunyit dalam Program Penghutanan Semula di kawasan teroka haram adalah sebahagian pokok hutan yang dibenarkan dalam projek perintis ini."

Memandangkan ia projek perintis, sudahkah kajian dibuat terlebih dahulu bagi pemilihan spesis ini?

Bila kajian itu dilakukan?

Setahu saya, durian kunyit adalah pohon rendang yang bercabang rendah. Ia berbatang kecil dan menghasilkan 'non timber size'.

Bagaimana ia boleh dipilih sebagai pokok untuk Ladang Hutan yang sifatnya melindungi hutan dan menghasilkan kayu?

Bagaimana balak boleh terhasil dari batang yang rendah dan rendang?

Jika kertas kajian itu wujud, saya berharap ia dapat ditunjukkan kepada orang ramai.

Jika ia kajian perintis, berapakah luas yang lebih sesuai sebelum kajian ini membuktikan kejayaan?

Adakah keluasan itu ditentukan oleh Jabatan Hutan atau oleh pemohon?

I. APAKAH KELAYAKAN SYARIKAT YANG DIPILIH?

Apakah kelayakan Gunong Basor, Kundor Tegoh dan AA Pavilion Mining sehingga mereka diberi peluang untuk melaksanakan projek printis ini?

Berdasarkan namanya, AA Pavilion adalah terlibat dalam perlombongan tetapi bernasib baik mendapat DURIAN RUNTUH?

J. KENAPA TIDAK DITENDER SECARA TERBUKA?

Jika ia bertujuan sebagai projek perintis, kenapa tidak ditender secara terbuka supaya pihak yang benar-benar mahir dengan penanaman durian kunyit diberikan peluang?

K. KELULUSAN TELAH DIAKUI

Akhirnya, tempat dan keluasan adalah isu kedua.

Isu utama di sini adalah, AKHIRNYA KENYATAAN SAYA BAHAWA HUTAN SIMPAN KEKAL TELAH DITUKAR KEPADA LADANG DURIAN KUNYIT ADALAH BENAR!

Ceramah saya di Salor pada 16 September lalu adalah benar.

L. LEBIH BANYAK JAWAPAN, LEBIH BANYAK KEKELIRUAN

Jawapan Tuan Pengarah Perhutanan ini menambahkan lagi kekeliruan dan menunjukkan lebih banyak percanggahan dengan kenyatan Tuan Setiausaha Politik Menteri Besar dan Tuan Ali Omar yang mendapat kelulusan berkenaan.

Banyak pula lompang yang belum terjawab tentang amalan penbangan habis hutan atas pelbagai premis dan alasan yang sedap-sedap.

Pada akhirnya Hutan Simpan Kekal Kelantan akan semakin pupus dan pihak-pihak dapat mengaut kekayaan dengan cara yang mengorbankan hasil mahsul negeri ini, termasuk amalan tanpa tender terbuka.

Akan tiba masanya, semua ini akan terbongkar dan saya telah pun mengambil tugas saya memberikan peringatan demi peringatan.

M. SAYA TELAH CUBA MENELEFON TUAN PENGARAH BERKALI-KALI TETAPI GAGAL

Saya juga telah menghubungi beliau melalui SMS untuk mengatur pertemuan supaya semua pertanyaan dan kesangsian mendapat penjelasan.

Surat memohon temu janji juga telah dihantar ke pejabat beliau.

Saya masih menunggu perjumpaan dengan beliau.

Oh Durian Kunyit!

Husam Musa 
29 September 2016
27 Zulhijjah 1437

RUU Akta 355 untuk penuhi tuntutan politik pihak tertentu

Posted: 30 Sep 2016 06:58 PM PDT

Prof MadyaDr Shamrahayu Abdul Aziz (kiri) dan Dr Zukqarnain Lukman ketika bercakap mengenai RUU di USIM baru-baru ini.

Rang Undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat lebih kepada tuntutan politik berbanding tuntutan syariah.

Peguam syarie, Dr Zulqarnain Luqman berkata, tindakan membaca usul berkenaan tanpa dibahaskan serta menangguhkan perbahasan selama lima bulan menimbulkan kontroversi dan perdebatan hangat dalam masyarakat.

Malah katanya, tindakan agamawan yang menyeru orang ramai menyokong Akta 355 adalah tidak masuk akal kerana ia belum pun dibahaskan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

"Penyokong YB Marang memang bergerak aktif untuk ceramah di masjid-masjid, memberikan penerangan tentang Akta 355.

"Sehingga ada ustaz yang kata kalau Wan Azizah tidak sokong (RUU355) jatuh iman. Nanti tanam di jirat cina. Ini kan tak bagus. Ia masih dalam perdebatan di parlimen.

"Apa relevannya pergi ceramah RUU 355 di masjid-masjid? Ceramah di sini pun tak relevan pun sebenarnya sebab awak semua tak mengundi pun dalam Dewan Rakyat. 

"Tapi sebab ini dah jadi kecoh. Kalau tidak sokong dituduh kafir," katanya dalam forum RUU355: Matlamat Politik atau Tuntutan Syariat di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai pada Rabu.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kontroversi kuliah Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang menyifatkan ahli parlimen yang tidak menyokong RUU 355 sebagai 'jatuh akidah' (rosak akidah) dan layak dikebumikan di jirat (tanah perkuburan Cina).

Shaharuddin bagaimanapun telah menarik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Shamrahayu Abdul Azizmenegaskan, beliau tidak bersetuju terhadap hukuman yang tidak ditetapkan seperti yang terkandung dalam seksyen 2A yang hendak dipinda.

Melalui Seksyen 2A, tidak dinyatakan bentuk dan had hukuman yang boleh dikenakan Mahkamah Syariah kecuali "yang dibenarkan oleh undang-undang syariah selain hukuman mati". 

"Adakah saya bersetuju dengan unlimited hukuman kecuali hukuman mati, saya tidak bersetuju dengan wording sekarang. Kalau kerajaan nak bawa RUU ini, kerajaan kena lihat balik untuk jumlah hukuman.

"Kita sokong pindaan dengan penambahbaikan. Kalau pindaan itu berlaku dalam keadaan sekarang saya payah untuk mengatakan bahawa saya sokong seratus peratus. Saya perlukan pindaan kepada wording dalam usul pemberitahuan. Tapi itu bukan bermakna menolak pindaan," katanya.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa teknikal pelaksanaan kanun jenayah syariah peringkat kebangsaan yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan,berkata, tidak berbaloi untuk umat Islam berpecah belah hanya kerana pindaan Akta 355.

"Adakah berbaloi kita berpecah atas perkara menambah baik Islam? Semua kita nak tunjuk kita mahu tambah baik Islam. Parti A begini, parti B begitu. Tidak berbaloi untuk kita mencemuh atau berburuk sangka ke atas orang lain atas RUU ini," katanya.

Sebagai rekod pada Mei lalu Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Tindakan Umno memberikan laluan kepada Presiden Pas untuk membentang Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 dibantah keras oleh empat pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) MCA,MIC,Gerakan dan SUPP yang mengertak akan melepaskan jawatan menteri kabinet masing-masing sekiranya hudud dilaksanakan.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula memperjelaskan pindaan terhadap Akta 355 itu bermatlamat untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa berlandaskan kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.

Sudah-sudahlah pimpinan PH... dengar nasihat Subky...

Posted: 30 Sep 2016 05:52 PM PDT

Sudah-sudahlah... dengar nasihat Subky...

Khalid Samad

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada veteran Pas, Subky Latif kerana menjelaskan pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan (PH) sekaligus membantu pakatan politik pembangkang itu untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi BN tanpa melayan karenah Pas.

Menurut beliau, apa yang dinyatakan Subky dalam tulisannya di Harakahdaily adalah jelas dan sepatutnya membuka mata sesetengah pemimpin parti gabungan PH tentang pendirian sebenar Pas.

"Sekiranya maksud di sebalik tulisan Subky masih belum difahami, kita hanya mampu mengandaikan bahawa ada yang sengaja tidak mahu memahaminya," ujar Khalid.

Subky dalam tulisannya menasihati pembangkang agar tidak membuang masa menunggu Pas bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU14) dan menjatuhkan Perdana Menteri dan BN.

"Usah pedulikan Pas dan usah tunggu Pas!" pintanya.

Subky Latif

Menurut Subky, kehadiran DAP dan Amanah dalam pakatan pembangkang menjadi penyebab utama Pas enggan bersama pembangkang.

"Sekalipun Mahathir dan Anwar dapat cantumkan otak mereka yang bergeliga itu, Pas tetap macam sepat tak makan pancing berumpan emas. Biar kucing bertanduk, cacing dapat telan ular, Pas bersama rakan-rakannya selesa bersendiri.

"Pembangkang buatlah apa yang patut! Jangan buang masa menunggu Pas!" tegas veteran Pas itu lagi.

Mengulas lanjut, Khalid berkata terlalu banyak masa telah terbuang menunggu Pas untuk menyertai barisan pembangkang sedangkan masa yang begitu bernilai sepatutnya digunakan untuk membina kekuatan dan kesatuan PH.


"Setahun telah berlalu sejak perlancaran PH tetapi ianya masih bagaikan satu gabungan yang terumbang ambing, tidak yakin dengan perlunya kewujudan dirinya sendiri. Dan oleh itu, tiada kesungguhan secara 100% untuk membinanya.

"Cukuplah dengan ketidaktentuan dan kekaburan. Cukuplah dengan 'indecisiveness' yang sekian lama merencatkan pengukuhan PH. Biarlah kita bina apa yang ada pada kita. Dan dengan yang sanggup bersama kita. Adakan sedikit keberanian dan keyakinan diri," ujar Khalid.

Sehubungan itu, Khalid sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Subky kerana membantu menjelaskan pendirian terbaru Pas terhadap pakatan pembangkang.

Minyak Naik : RON95/97 naik 10sen, DIESEL naik 5 sen

Posted: 30 Sep 2016 02:19 PM PDT

Harga minyak Oktober: RON95, RON97 naik 10 sen, diesel 5 sen..

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 10 sen, diesel naik 5 sen mulai tengah malam ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol  RON95 dan RON97 naik 10 sen, diesel naik 5 sen mulai tengah malam ini. 

Jurucakap Persatuan Pengusaha Minyak (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Oktober bagi RON95 adalah RM1.80 seliter berbanding RM1.70 sen seliter.

Harga RON97 adalah RM2.15 berbanding RM2.05 sen seliter, manakala harga diesel ialah RM1.85 seliter berbanding RM1.80. 

Harga runcit petrol sepanjang September bagi RON95 ialah RM1.70 seliter, RON97 (RM2.05) dan diesel (RM1.70)

Toknek.com RSS Feed

Posted: 01 Oct 2016 02:27 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Enjin Jet Yang Hilang Boleh Sumbat Dalan Boot Gheta Kancil Tertuduh Bebaih Dengan Bantuan Peguambela Dap

Posted: 30 Sep 2016 11:02 PM PDT


29 September 2016 mahkamah mengumumkan keputusan keh kecurian enjin F5EII Malangnya suspek telah diisytihaqkan tak bersalah walaupun dengan bukti kukuh termasuk wang di dalam akaun pembelian ...

Rancang Naikkan Simpanan Minimum Umoq 55 Tahun Kwsp

Posted: 30 Sep 2016 10:04 PM PDT


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP telah mengumumkan jumlah simpanan asaih akan disemak semula daripada RM196 800 kepada RM228 000 berkuat kuasa 1 Januari 2017 Jumlah tu ditetapkan sebagai sas...

Misteri Puaka Banglo Minxiong

Posted: 30 Sep 2016 10:02 PM PDT


Banglo Minxiong telah ditinggaikan tak berpenghuni sejak tahun 1950 an rumah agam tiga tingkat dengan seni bina gaya Sepanyol tu dibina pada tahun 1929 dan dimiliki oleh keluarga Liu yang kaya gha...

Rita Rudaini Tegaih Tuntut Edah Rm15 000

Posted: 30 Sep 2016 08:44 PM PDT


masih dok belum selesai dengan keh penceraian diantara Rita Rudaini dan bekaih suami Mohd Aidil Zafuan la nih Rita bersedia untuk menyelesaikan keh tuntutan edah ke ataih bekaih suaminya tu di lua...

Ayda Jebat Artis Palin Terkenai Apm 2016

Posted: 30 Sep 2016 08:42 PM PDT


Mengakui terharu dengan kemenangan yang dikecapinya pada malam Anugerah Planet Muzik 2016 APM 2016 Ayda Jebat jugak berterima kasih kepada peminat pasai sokongan tak henti henti daripada depa ...

Samsung Galaxy 7 Edge Dinobatkan Smartphone Torrrbaek 2016

Posted: 30 Sep 2016 07:02 PM PDT


Syarikat telekomunikasi Samsung nampaknya tetap unggoi dalam sebuah anugerah teknologi tang mana Samsung Galaxy S7 Edge dinobatkan sebagai Telefon Pintaq torrrbaek untuk tahun 2016 Majlih anjuran ...

Polih Pompuan Diperintah Bela Diri Pasai Sorok Maklumat Pengganaih

Posted: 30 Sep 2016 03:02 PM PDT


kola LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ni memerintahkan soghang anggota polih pompuan membela diri terhadap pertuduhan tak memberikan sebarang maklumat berkaitan kumpulan pengganaih kepada pih...

Facebook Tutup Akaun Ngo Malaysia Sokong Palestin Tanpa Warnin

Posted: 30 Sep 2016 12:02 PM PDT


Facebook didakwa menutup akaun rasmi milik Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia PCOM tanpa memberi sebarang notis mahupun warnin Pengarah media badan bukan kerajaan tu Belai Samir bagitau ...

Selepaih Masalah Galaxy Note 7 La Nih Mesin Basuh Samsung Pulak Turut Meletup

Posted: 30 Sep 2016 10:06 AM PDT


Sementara Samsung sedang membuat panggilan semula ke ataih model Galaxy Note 7 yang ghamai dok kata mempunyai masalah boleh meletup syarikat besaq nak mampuih Korea tu la nih mendapat satu masalah...

Blog Torrrbaek Malaysia September 2016

Posted: 30 Sep 2016 10:04 AM PDT


Assalaamualaimun dan salam sejahtera buat semua memba blogger dan pembaca blog diruangan blog dan blogger torrrbaek di Malaysia di blog ni Dengan kesibukan yang bukan alang kepalang senarai blog ...

Ghega Runcit Minyak Ron95 Ron97 Diesel Meningkat Bagi Bulan Oktober 2016

Posted: 30 Sep 2016 10:02 AM PDT


macam biasa pada tarikh terakhiaq setiap bulan ghega minyak petrol dan diesel akan diselaraihkan mengikut sistem apungan yang dilaksanakan oleh kerajaan Untuk bulan Oktober 2016 ghega bagi min...

Ghasa Penin Pala Bila Dilabel Lembab Oleh Oghang Sekelilin Ikut Tips Ni Untuk Mengatasinya

Posted: 30 Sep 2016 06:02 AM PDT


Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak Ada oghang mampu melaksanakan tugasan secepat barangkali dan ada pulak oghang yang perlu ambik sedikit masa Tentu payah situasi yang dihadapi oleh o...

Elizabeth Tan Frust Lagu Baghu Kughang Terkenai

Posted: 30 Sep 2016 05:42 AM PDT


Nampaknya kali ni tiba giliran Elizabeth Tan bersedih pasai lagunya Tabah tak mendapat perhatian dan jugak jarang dimainkan di radio Bagaimanapun Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy amb...

Teguran Padu Pensyarah Tercantik Di Uitm Shah Alam Dr Ira Buat Azizan Osman Yang Didakwa Memalsukan Phd

Posted: 30 Sep 2016 05:22 AM PDT


Isu pakaq tarbiah Azizan Osman yang memalsukan ijazah kedoktoran beliau mendapat liputan meluas daripada media dan oghang ghamai Beberapa pihak yang penah menghadiri ceramahnya merasa tertipu de...

Ghega Iphone 7 Bermula Rm3199 Sementara Iphone 7 Pluih Bermula Rm3799

Posted: 30 Sep 2016 04:22 AM PDT


Lanjutan daripada tarikh jualan iPhone 7 dan iPhone 7 Pluih untuk pasaran tempatan yang telah diketahui pada awai pagi tadi la nih sejumlah pengedaq rasmi Apple di Malaysia telah mula berkongsi gh...

Bahaya Kepada Kanak Kanak Apa Tu Rotaviruih

Posted: 30 Sep 2016 04:02 AM PDT


Di negara membangun Rotaviruih gastroenteritis adalah penyebab utama kematian kanak kanak dan mengakibatkan sebanyak setengah juta kematian setiap tahun di kelompok kanak kanak di bawah umoq lima ...

beautifulnara

Posted: 01 Oct 2016 01:55 AM PDT

beautifulnara


Teguran Padu Pensyarah Tercantik Di UiTM Shah Alam Dr Ira Buat Azizan Osman Yang Didakwa Memalsukan PhD

Posted: 30 Sep 2016 04:04 AM PDT

Isu pakar motivasi Azizan Osman yang memalsukan ijazah kedoktoran beliau mendapat liputan meluas daripada media dan orang ramai.

Beberapa pihak yang pernah menghadiri ceramahnya merasa tertipu dengan Azizan lebih-lebih lagi sudah tiga universiti tempatan tampil mengesahkan mereka tidak pernah memberikan sebarang ijazah kedoktoran kepada Azizan.

Ramai yang mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara ini, tetapi pandangan seorang pensyarah di UiTM Shah Alam iaitu Dr Ira Normardiana Yusof yang mendapat ijazah kedoktoran daripada University Of Salford, Manchester, United Kingdom cukup menarik perhatian kami.

Buat Dr Ira, Azizan telah menyebarkan satu budaya yang kurang elok dimana tidak apa untuk memalsukan sesuatu asalkan anda berjaya satu hari nanti. Kata orang, berjaya tanpa usaha.

Umum mengetahui bukan mudah untuk mendapat ijazah kedoktoran, ia boleh mengambil masa 4-6 tahun untuk membuat penyelidikan dan pelbagai proses dalam bidang yang diceburi.  Malah, mereka juga harus melalui satu ujian dikenali sebagai "viva" seperti satu temuduga dengan pelbagai macam soalan untuk menentukan jika seseorang itu benar-benar layak untuk diberikan gelaran Dr dan PhD.

Dalam kenyataan ini Dr Ira juga, beliau menasihatkan agar Azizan untuk mengambil PhD di mana-mana universiti dan tidak menggunakan gelaran itu secara palsu lagi.

Malah, tidak salah untuk Azizan menggunakan gelaran "Encik" jika beliau benar-benar seorang yang hebat.

Berikut kenyataan penuh Dr Ira :-

"Fake it till you make it" Virus

First, I want to congratulate a certain someone for changing many Bumiputras' entrepreneurs-fate,future, or even fortune as what have been claimed in your renowned seminars and motivational talks.

I have never been to any of your session, hence I could not measure or research your methods, theories,strategies, your effectiveness nor any of your approaches.

Now the HARDEST PART.

U have dangerously advocated a virus called "Fake it till you make it".

It is tremendously dangerous because all your supporters seemed to corner your ring and decided to defend you albeit it has appeared that you have committed a qualification fraud. A qualification fraud can take many forms, but usually it is when a person claims to have a qualification yet it was never awarded to them. In your case, it was your Ph.D.

Let me share with you on the fundamental Ph.D odyssey in order to gain the famous "Dr." title. Does a Ph.D doctorate makes us feel smart?.Yes, indeed! Absolutely!

But before we or anybody else in the world could call us "Doctor",

We have to learn, we have to learn research and fieldwork, we have to be excellent exemplars in all repertoire required in our Ph.D odyssey. We have to be bloody good at statistics and we even have to become expert at vital quantitative and qualitative softwares like the SPSS and Nvivo.

It normally takes us years to do massive literature review, comparative studies ,data collection and data analysis in our given field.We have to write and present our international papers at numerous international conferences and ought to do networking with as many renowned scholars and professors from all over the world.

All these are crucial processes to the finale of our viva voce(viva) where our 4-6 years of our Ph.D hard work can either bring us the 'Dr.' title or not.

I have many friends who have failed to gain their Ph.D/ Dr. title, but I have yet to find any of them who shamelessly use the title. Why?.

Because they know. IT WAS BLOODY HARD and u have to earn it. But they took pride in the Ph.D journey even though they did not get the title 'Dr.' Bear in mind that these people who did not get their Ph.Ds and doctorate titles have "fought to the death" during the gruelling hours of their viva session.

And for you to advocate and implement this "Fake it till you make it" attitude and virus especially to the younger Gen Y in this country,

I would NOT say… SHAME ON YOU like many others, but rather advise you to embark on the real Ph.D study at a real university.

Why?

Because "Fake it till you make it" virus as advocated and popularised by you is completely killing the our forte, profession and reputation by sending wrong message to the young Gen-Y in this country as well as my university students that I am currently teaching.

But most importantly, this "Fake it till you make it" virus is also denying all our 4-6 years of 'Real' Ph.D hard work. Last but not least, there's nothing wrong using the title Mr. in any of your seminars or talks because if you are good, you're good!!. It is better than using a fake title.

Best wishes,

Dr Ira Normardiana

Ph.D (UNIVERSITY OF SALFORD, MANCHESTER, UNITED KINGDOM)

MASTER (UNIVERSITY OF BEDFORDSHIRE, UNITED KINGDOM)

Apa yang dikatakan oleh Dr Ira itu ada betulnya,jika anda benar-benar seorang yang bagus untuk apa merasa malu dengan kelulusan biasa yang anda ada. Ya, memang gelaran Dr itu satu bonus, tetapi janganlah menipu orang ramai.

Sumber Berita : Facebook Dr Ira Mardyana

Dua Lagi Universiti Tempatan Nafi Beri PhD Kepada Azizan Osman

Posted: 30 Sep 2016 03:24 AM PDT

Isu mengenai status sebenar ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimiliki oleh pakar motivasi Azizan Osman terus menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila semalam pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan bahawa merek tidak pernah memberikan sebarang ijazah kedoktoron kepada Azizan.

Hari ini, dua lagi universiti tempatan telah tampil membuat penafian menganugerahkan PhD kepada Azizan.

Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi jurucakapnya berkata, nama Azizan Osman tidak tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.  Menurut beliau, berdasarkan semakan teliti oleh pihak UKM mereka  mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa.

Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM.

Selain daripada UKM, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) juga mengesahkan mereka tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan.

Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman.

Sehingga kini Azizan Osman tidak tampil membuat sebarang komen  lanjut mengenai kontroversi hangat yang melanda dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

myartis.com

Posted: 01 Oct 2016 01:49 AM PDT

myartis.com


APM 2016 - AYDA JEBAT TEWASKAN SINGAPURA & INDONESIA

Posted: 30 Sep 2016 06:50 PM PDT



Tahniah diucapkan buat penyanyi Ayda Jebat yang popular dengan lagu 'Pencuri Hati' atas kemenangannya di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 yang berlangsung malam semalam apabila berjaya merangkul gelaran 'Artis Paling Popular' sekaligus menewaskan bintang Singapura dan Indonesia.

Dalam majlis tersebut, Ayda yang mengetepikan pencabar seperti Afgan, Yuna dan Taufik Batisah dalam kategori sama, kelihatan terkejut dan hampir hilang kata-kata ketika berucap di pentas. Dia menjadi antara bintang yang menarik perhatian ramai dengan pencalonan dalam lima kategori.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"SEPATUTNYA DILAKUKAN DARI DULU LAGI" - RITA RUDAINI

Posted: 30 Sep 2016 05:08 PM PDT



Kes tuntutan edah ke atas bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, pelakon Rita Rudaini bersedia untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

Rita yang menyambut baik hasrat bekas suaminya itu bagaimanapun berkata keputusan itu perlu melalui perbincangan bersama dan bukannya ditetapkan satu pihak sahaja.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 30 Sep 2016 08:15 PM PDT

ROTIKAYA


Rita Rudaini Tegas Tuntut Edah RM15,000

Posted: 30 Sep 2016 07:05 PM PDT

Masih belum selesai dengan kes penceraian diantara Rita Rudaini dan bekas suami Mohd Aidil Zafuan, kini Rita bersedia untuk menyelesaikan kes tuntutan edah ke atas bekas suaminya itu di luar mahkamah. Bagaimanapun menurut Rita, keputusan itu haruslah melalui proses perbincangan diantara dua pihak dan bukannya ditetapkan oleh satu pihak sahaja.

BACA: Rita Rudaini Mengaku Rapat Dengan Donna Muslim

“Sepatutnya perkara ini dilakukan dari dulu lagi, jadi tak perlu saya nak membazir duit untuk membayar kos guaman sebelum ini. Bukan senang untuk saya melalui proses yang panjang ini sejak bercerai tiga tahun lalu. Namun, disebabkan keengganan beliau untuk melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya, saya perlu membawa perkara ini ke mahkamah”

“Sepatutnya perbicaraan kes tuntutan itu dijalankan semalam. Namun sehari sebelum perbicaraan itu pihak Aidil ada menghantar surat menyatakan keinginan beliau untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah. Menerusi surat yang sama beliau menyatakan jumlah yang hendak dibayar ialah sebanyak RM10,000 sahaja, tetapi saya tak bersetuju”

“Ini kerana kenapa perlu satu pihak sahaja yang membuat keputusan tanpa mengadakan sebarang perbincangan bersama. Maksudnya, beliau juga perlu bersetuju dengan jumlah tuntutan saya sebanyak RM15,000 seperti sebelum ini,” katanya kepada portal My Artis yang tegas menginginkan pihak bekas suami membayar jumlah yang ditetapkan olehnya sebelum ini.

Namun begitu, Rita menyambut baik hasrat bekas suaminya itu yang ingin kes ini diselesaikan tanpa membabitkan pihak mahkamah tetapi perbincangan bersama perlu diadakan. Dalam masa yang sama, Rita telah menyampaikan pendiriannya itu melalui peguamnya dan kini masih menunggu jawpaan balas daripada pihak Mohd Aidil Zafuan berhubung perkara itu. (rkty/w)

2-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 3-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 4-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 5-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 6-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg 7-rita-rudaini-tegas-tuntut-edah-rm15000-jpeg

Ayda Jebat Artis Paling Popular APM 2016

Posted: 30 Sep 2016 05:43 PM PDT

Mengakui terharu dengan kemenangan yang dikecapinya pada malam Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016), Ayda Jebat juga berterima kasih kepada peminat kerana sokongan tidak henti-henti daripada mereka.

BACA: Ayda Jebat Jatuh Sakit Di New Zealand

Pada majlis anugerah tersebut, Ayda Jebat telah berjaya merangkul gelaran Artis Paling Popular sekali gus mengetepikan selebriti lain daripada Singapura dan juga

“Syukur kepada Allah dan semua ini adalah tanda sokongan peminat yang terus bersama saya. Saya terharu kerana kemenangan ini juga justifikasi sokongan dari negara jiran Singapura dan Indonesia,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, Ayda juga turut mengungguli kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Pencuri Hati serta Ikon Media Sosial. Manakala Yuna pula telah memenangi Anugerah Rentas Planet di atas kecemerlangannya membawa kerjaya hingga ke peringkat antarabangsa. (rtky/s)

7-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 6-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 5-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 3-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 2-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 1-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya

Elizabeth Tan Kecewa Lagu Baru Kurang Popular

Posted: 30 Sep 2016 04:35 AM PDT

Nampaknya kali ini tiba giliran Elizabeth Tan bersedih kerana lagunya, Tabah, tidak mendapat perhatian dan juga jarang dimainkan di radio. Bagaimanapun Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

BACA: Elizabeth Tan Idam Mahu Sertai Ratu Cantik

"Mula-mula mungkin kecewa, tapi sekarang macam tidak kisah sangat sebab sibuk dengan banyak benda. Jadi saya tidak fikir sangat pasal Tabah. Untuk Tabah, kalau radio tidak mahu mainkan saya tidak boleh buat apa, sebab saya tidak boleh paksa untuk mainkan lagu itu, saya ambil ia sebagai satu eksperimen," katanya.

"Sekarang saya tahu kalau lagu terlalu 'urban', radio tidak mainkan. Saya ambil pengalaman belajar," katanya kepada Malay Mail Online. Sebelum ini, lagu Knock Knock dan Setia mendapat perhatian peminat.

Namun dalam kesedihan itu, Lizzy juga bersyukur kerana sokongan peminat sangatlah hebat kerana tontonan lagu tersebut di Youtube hampir mencapai 2 juta. Malah hatinya turut terubat dengan komen positif di laman tersebut.

"Saya tidak jangkakan sampai tontonan sudah hampir 2 juta di YouTube," kata Elizabeth, seorang anak didik penyanyi dan komposer Faizal Tahir. [Jumlah] itu lebih daripada yang saya jangkakan sebab radio pun tidak mainkan sangat lagu ini”

"Tengok tontonan dan komen di YouTube, saya rasa peminat setia yang mengikuti dari dulu, mereka suka lagu itu. Untuk saya, ia sudah cukuplah,” luahnya. (rtky/s)

7-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 6-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 5-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 4-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 3-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 2-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya

Pengalaman Rakan Buat Nad Zainal Takut Bersalin

Posted: 29 Sep 2016 09:31 PM PDT

Akibat selalu mendengar pengalaman rakan rakannya menceritakan proses bersalin, pelakon Nad Zainal mengakui dia merasa gementar lebih lebih lagi kini usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan.

BACA: Nad Zainal Sudah Pilih Nama Anak Pertama

“Masa mula-mula memang rasa teruja, pengalaman pertamalah katakan. Seronok bila lihat perut makin membesar, dapat rasa pergerakan anak, memang macam tak percaya. Tapi bila dah makin dekat dengan tarikh bersalin, tiba-tiba rasa gementar tu datang sendiri”

“Lebih-lebih lagi bila dengar cerita kawan-kawan yang pernah mengalami pengalaman menakutkan. Perasaan gementar tu tak boleh nak elak lagipun ini pengalaman pertama saya,” katanya kepada Astro Awani.

Tambahnya, ketika ini dia banyak menghabiskan masa dengan menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan bayi selain turut dibimbing tips dari ibu dan ibu mertuanya. Malah bermula dari pembacaan itu jugalah dia menyedari bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang ibu.

“Bila banyak buat rujukan barulah kita sedar yang sebenarnya bukan senang untuk menjadi seorang ibu. Besar tanggungjawabnya,” jelasnya yang dijangka menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada Oktober depan. (rtky/s)

7-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 6-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 5-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 4-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 3-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 1-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya

No comments:

Post a Comment