Tahniah diucapkan kepada pasangan Radhi OAG dan isteri, Nur Shahira Ayu yang telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka hari ini. Setelah sekian lama menyepi, Radhi menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira kelahiran bayi lelaki beliau untuk tatapan peminatnya.
Menerusi perkongsian itu juga, ruangan komen penyanyi itu penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh para peminatnya yang turut teruja dengan kelahiran bayi kedua pasangan ini. Bagaimanapun, Radhi masih belum mendedahkan wajah penuh, mahupun nama anak kedua mereka. Gambar yang dimuat naik di Instagram pula hanya menunjukkan kaki comel bayi itu.
Terdahulu dalam laporan sebelum ini, Radhi memaklumkan bahawa pengalaman menantikan kelahiran anak pertama mereka agak berbeza kerana isterinya kurang mengalami alahan selain mempunyai ketahanan diri yang tinggi apabila beliau mampu menjalani ibadah puasa ketikan hamil berbanding dengan pengalaman mengandungkan anak kedua mereka sekarang.
Sebelum ini, Radhi dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014, hasil perkahwinan mereka itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Aisyah berusia 2 tahun. Manakala selepas perkahwinan dengan bekas isterinya, Shazlin Sharif berakhir, mereka mempunyai anak lelaki, Mohd Rifdhi Muslim yang kini berusia 11 tahun. (rkty/w)
Tahniah kami ucapkan kepada Nad Zainal dan juga suami kerana telah selamat menimang cahaya mata lelaki pada 14 Oktober, jam 11.38 malam – jika mengikut maklumat yang dikongsikan pelakon berkenaan di laman Instagram.
Kehadiran cahaya mata sulung ini turut disambut dengan rasa gembira oleh pemiant dan pengikut Nad Zainal di laman sosial berkenaan. Dalam satu muatnaik gambar lain juga, Nad berkongsikan nama cahaya mata sulungnya itu – Fahad Ibrahim.
Nampaknya Nad kini sudah bergelar ibu dan jika sebelum ini dia pernah mengakui takut untuk bersalin selepas mendengar pengalaman dari rakan yang lain, kini semuanya sudah berlalu dan segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.
Semoga keluarga kecil ini akan terus dilimpahi bahagia dan rezeki yang melimpah ruah. Pastinya Nad dan juga suami selepas ini akan berkongsikan lebih banyak gambar Fahad tidak lama lagi. Selamat berpantang juga buat Nad Zainal. (rtky/s)
Baru-baru ini kecoh apabila pasangan bercinta, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim dikatakan telah berpisah. Walaupun masih tidak diketahui puncanya, namun dakwaan itu telah disahkan oleh Wak sendiri. Bagaimanapun menerusi portal Astro Gempak, Azrinaz dilihat tampil dengan imej bertudung selepas hubungan cintanya bersama kekasih hati terputus di tengah jalan.
Menerusi ruangan Miss K di portal itu, Azrinaz kelihatan begitu ayu sekali berhijab ketika menghadiri sebuah majlis ulangtahun kelahiran rakannya di sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur. Malah sewaktu di majlis tersebut juga, penampilan Azrinaz dilihat begitu berbeza sekali berbanding sebelum ini termasuk pakaian yang dikenakan lebih sopan dan menutup aurat.
Walaupun Azrinaz bertindak berdiam diri selepas perpisahan diketahui umum, namun tindakannya memadam akaun Instagram sejurus selepas putus cinta mungkin juga berkaitan dengan penampilan baru ini. Pun begitu, setakat ini Azrinaz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung penampilan terbaru beliau yang tampil berhijab.
Apapun, jika benar Azrinaz sudah mula berhijrah memakai tudung diharap perubahan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Selain itu, wajahnya juga kelihatan lebih manis apabila mengenakan hijab, penampilan juga lebih terjaga berbanding dulu. Semoga Azrinaz diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam hijrah yang dilakukan ini. (rkty/w)
Okay, nak tanya anda? Bila kali terakhir anda luangkan masa bersama insan yang tersayang. Tak kisahlah luangkan masa dengan mak, ayah, isteri mahupun teman baik anda yang masih belum declare sebagai kekasih. Jika jawapan anda sudah lama tak luang masa bersama, pergi cari masa sesuai cepat-cepat.
Percaya atau tidak, kadang kala muzik sebenarnya sangat membantu untuk menghubungkan kita. Contohnya macam masa naik kereta bersama-sama dengan kawan-kawan atau keluarga, bila sampai lagu yang semua orang hafal, mesti kita akan nyanyi ramai ramai.
Baru-baru ini, kami pun sempat luang masa bersama ibu, tak pergi jauh pun, santai santai di rumah saja. Sambil tengok video lagu di Facebook, tiba-tiba terjumpa satu video ada gadis cantik yang dah sedia nak nyanyi. Kita pun apa lagi, panggil ibu tengok sama-sama. Nah, kami kongsi videonya, real habis pulak dia buat tu.
Memang terkena betul rasanya. Ibu pulak dah ready nak layan lagu, sekali mereka makan ayam KFC rupanya. Tapi memang terliur pulak tengok iklannya sebab ada cheese meleleh leleh! Selidik punya selidik, sekarang KFC tengah ada promosi Cheezy Onion Crunch.
Adoi, tengok video pun dah terliur, apatah lagi kalau dah masuk mulut. Penyudahnya, ibu pun turut sama bersiap pergi KFC. Ingat tak seronok ke main tuang-tuang cheese yang meleleh atas ayam tu. Ini belum ada isteri lagi, kalau ada memang jadi mengidam Cheezy Onion Crunch ni.
Jika anda order set Cheezy Onion Crunch, anda akan dapat sama macam dalam gambar kami kongsikan ini, hanya RM12.50. Rasa tak boleh kongsi dengan orang tersayang, kita tambah satu set lagi. Mana ada orang makan cheese boleh kongsi kongsi.
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara hari ini. Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 ini untuk tempoh lima tahun. Dalam pada itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin […]
Bermain dengan anak-anak sememangnya menyeronokkan. Namun begitu, kita perlu berwaspada juga. Ibarat kata pepatah, malang tidak berbau. Benda yang kita anggap remeh pun boleh jadi tragedi yang menggerikan. Sebagaimana yang berlaku di China dimana seorang kanak-kanak maut ketika bermain dengan bapanya. Memetik sumber berita, kanak-kanak berkenaan dilaporkan maut selepas ayahnya jatuh terduduk di bahagian kepala. […]
Live Streaming Siaran Langsung T-Team vs Selangor 15 Oktober 2016. Debaran pasukan mana yang akan ke perlawanan akhir semakin dirasai apabila perlawanan separuh kedua akhir Piala Malaysia bakal berlangsung pada 15.10.2016. Pasti menjadi tumpuan kemampuan Selangor selaku juara bertahan menentang kebangkitan T-Team di Kuala Terengganu. Selangor membawa kelebihan satu jaringan hasil kemenangan 2-1 di Shah …
Tawaran Jawatan Kosong Terkini. Kepada anda yang sedang mencari kerja atau menukar kerjaya bolehlah merujuk kepada tawaran yang disediakan dibawah. Anda juga boleh menggunakan applikasi yang disediakan dibawah sebagai enjin carian jawatan kosong berhampiran anda. Berbagai jenis kerja mengikut kesesuaian anda dari segi kelulusan, pengalaman, kemahiran, jarak dari lokasi anda dan bermacam lagi. Boleh pilih …
Sebagai anak jati Kedah saya nak kata tak kira parti mana yg merintah Kedah, Kedah memang macam ini dari dulu. Nak kata munduq dak, nak kata maju sangat pun dak. Yang pastinya saya bangga dengan Negeri Kedah.
Yang saya tak bangganya jurang pendapatan antara org2 miskin di kampung2 khususnya yg bergantung hidup kpd hasil menoreh getah pokok orang yg kadang2 cuma dapat RM30-50 seminggu amat jauh bezanya kalau nak dibandingkan dgn pendapatan "orang2 politik" yg kadang2 kita pun tak tahu apa kerja depa tapi hidup mereka kelihatannya begitu mewah dan senang sekali.
Ada pun mengenai jelapang padi, hasil pengalaman saya duk masuk merata kampung di negeri Kedah bantu asnaf nie, jarang2 sangat kami ketemu asnaf2 org2 susah di kawasan Bendang. Kami dah pernah masuk kawasan bendang Sidam, kawasan bendang Pendang, kawasan bendang Yan dll; sukar ketemu keluarga yg benar2 susah di kawasan jelapang padi nie kalau nak banding dengan mereka yg menoreh getah di pedalaman Sik, pedalaman Baling, Kuala Nerang, Padang Terap dll.
Di kawasan perkampungan penoreh getah tu, di situ memang betul kalau nak kata rakyat Kedah hidup mundur.
Makanya pasal pa yg duk pi kacau tanah bendang yg semua org tau kalau jadi apa2 kat bekalan Beras yg kita IMPORT itu, pakat makan PASIAQ lah kita.
Kerana itu, jangan ganggu tanah bendang sebab ia bukan setakat sumber makanan tapi juga adalah "senjata" negara andai berlaku sesuatu kpd Beras import.
Kalau nak kacau, pi lah kacau tanah2 getah nu, pi tukaq jadi pokok kelapa sawit ka pokok kurma ka ladang anggoq ka ladang tebu ka ladang sayoq ka apakabala ka yg hasilnya dapat meningkatkan pendapatan org2 kampung.
Ish, negeri Kedah hijau kunin warna darahku nie dah kekurangan tenaga pemikir ka?
PETALING JAYA: Khutbah di masjid Selangor hari ini tampil membidas aliran Syiah dengan berkata ia bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu turut menolak dakwaan doktrin Syiah masih Islam.
"Kesalahan dan kesesatan ajaran Syiah adalah kerana mereka mempercayai bahawa Imam mereka adalah maksum," kata khutbah bertajuk "Kebatilan Akidah Syiah" yang dibacakan di masjid Selangor hari ini.
Pendirian itu beberapa hari selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru pengikut aliran Syiah dan Sunnah bersatu.
Ia disusuli dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad semalam yang berkata pengikut Syiah sebahagian daripada Islam.
"Pandangan peribadi saya, dengan apa yang saya belajar di Universiti Al-Azhar dahulu, Syiah termasuk dalam Islam. Walaupun ada mazhab Syiah yang nampak lain, tetapi tak boleh nak kata mereka sesat dan sebagainya," kata Mahfodz.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga berpendirian penganut aliran Syiah juga merupakan Islam.
Khutbah di Selangor hari ini susulan penangkapan beberapa pengikut Syiah oleh pihak berkuasa agama di Selangor dan Melaka kerana menyertai upacara perkabungan untuk cucu Nabi Muhammad, Hussain, sempena Hari Asyura Ahad lalu.
Dalam khutbah tersebut, Jais menyenaraikan beberapa amalan dan kepercayaan Syiah yang bercanggah dengan aliran Sunnah.
Antaranya, menurut khutbah, ialah hadis diriwayatkan tokoh Syiah yang mencerca sahabat nabi. FMT
PELBAGAI khabar angin mengenai masa depan Liridon Krasniqi bersama pasukan Kedah tersebar sejak pertengahan musim lalu apabila sebuah pasukan gergasi dari selatan didakwa berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Walaupun tiada pengesahan, namun khabar angin itu terus menjadi 'buah mulut' khususnya penyokong Kedah kerana kontrak pemain berkenaan akan berakhir selepas tamat aksi Piala Malaysia musim ini.
Bagaimanapun, pemain import dari Kosovo yang banyak menabur bakti kepada skuad hijau kuning itu kelihatan tenang apabila ditanya mengenai statusnya bersama Kedah untuk musim depan.
"Jika ada tawaran saya akan kekal," jawabnya ringkas kepada mStar Online.
Tambah Krasniqi, dirinya dan Kedah tidak dapat dipisahkan sejak menyertai pasukan itu pada April tahun lalu kerana dapat menyesuaikan diri di negara ini.
"Kedah adalah pasukan profesional pertama yang saya dapat mengumpul pelbagai kejayaan dan pengalaman manis. Penyokongnya juga menakjubkan.
"Saya juga tidak lupakan keprihatinan pemain, barisan jurulatih dan pegawai KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) yang banyak membantu dan memberi peluang kepada saya untuk menjadi lebih baik.
"Saya juga terharu apabila ada penyokong yang sanggup menamakan anaknya sempena nama saya," jelasnya.
Menurutnya, dia juga selesa dengan kehidupan masyarakat tempatan dan kemudahan untuk beribadat di negara ini khususnya Kedah berbanding di Vietnam sebelum diterbangkan ke Alor Setar.
Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu ini, Krasniqi berkata, pemain Kedah mempunyai misi tersendiri untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini selepas kecewa pada tahun lalu.
"Saya sendiri juga mahukan kemenangan untuk menebus kembali kekalahan kami pada final musim lalu. Inilah peluang yang perlu kami guna sebaik mungkin.
"Doa dan sokongan penyokong akan bersama kami dalam perlawanan ini," ujarnya.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (tengah) ketika berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytiharkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Baginda akan menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.
Raja berjiwa rakyat
Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.
Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.
Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.
Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.
Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.
Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.
Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27.
Memusnahkan legasi dan warisan masa lalu kerana seorang bekas pemimpin akan meletakkan Malaysia sama seperti Taliban, kata seorang bekas menteri.
'Dalam keadaan sukar dipercayai seseorang berkata kerajaan boleh meruntuhkan menara berkembar jika ia mahu memadamkan legas bekas pemimpin itu.
"Adakah betul apa yang saya dengar?," soal bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dalam Facebook.
Beliau merujuk tulisan blog oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini, yang membayangkan jika kerajaan benar-benar mahu memadamkan legasi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia boleh meruntuhkan KLCC.
Beliau membidas bahawa langkah itu akan menjadikan Malaysia setaraf dengan Al-Qaeda dan Taliban.
"Adakah kita menerima pakai pendekatan Osama Bin Laden (pemimpin Al-Qaeda mendiang) dan Taliban?
"Adakah warisan bermakna kepada sesiapa yang berkuasa. Kolektif masa lalu, sejarah kita. Apa pendirian kita?" soalnya lagi.
Rafidah menjelaskan bahawa menara berkembar itu bukan legasi peribadi Mahathir, tetapi warisan kolektif kerajaan dan Malaysia pada masa itu, yang menunjukkan sejauh mana negara pesat membangun dan diakui di mata dunia.
Walaupun akan memberikan kerjasama jika diberi notis bertulis, pengasas Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) berkata beliau kesal dengan serbuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pagi ini.
"Saya kesal kerana organisasi yang membongkar penyelewengan wang rakyat seperti NOW terus menjadi sasaran pihak berkuasa," kata Rafizi Ramli.
Katanya, beliau yang juga naib presiden PKR berdepan 12 tindakan undang-undang setakat ini, manakala pengasas bersama NOW Akmal Nasir juga pernah disaman oleh menteri.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga menasihatkan SSM lebih menumpukan kepada pelbagai penemuan oleh Ketua Audit Negara mengenai dakwaan salah laku 1MDB dan rumusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).
"Pelanggaran–pelanggaran oleh 1MDB mengikut peruntukan di bawah Akta Syarikat adalah banyak dan saya sendiri telah membuat laporan polis mengenai pelanggaran-pelanggaran di bawah Akta Syarikat ini.
"Kenapa sehingga sekarang SSM masih belum menyerbu 1MDB?" katanya.
1MDB sebelum ini mempertahankan dirinya daripada dakwaan-dakwaan dilontarkan padanya.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata sejak akhir-akhir ini perpaduan negara sering diancam oleh 2 individu.
Perdana menteri berkata ancaman ini dapat dilihat terjadi dalam 2 fasa, iaitu fasa pertama pada 2008, menyaksikan ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman.
"Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih undi.
"Sebelum ini tidak timbul pertikaian pada Perlembagaan negara dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni. Kesannya, selepas Pilihan Raya Umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum," katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog rasminya www.najibrazak.com.
Najib berkata fasa kedua pula bermula pada tahun ini apabila seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk sebuah lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah 5.
Katanya, perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan pembangkang melalui perhimpunannya yang berselindung di sebalik imej "bipartisan" dan "multiracial" memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.
Malah, katanya parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkan pemimpin lama itu.
Najib berkata lebih menyedihkan lagi, pemimpin lama itu sanggup dipergunakan oleh perhimpunan untuk memecahbelahkan rakyat negara ini dan menuduh kerajaan perkara yang sama beliau dituduh dulu.
"Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan dua kini dilihat sudah bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya untuk fasa ketiga.
MELAKA TENGAH - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wakil rakyat dan Ketua Umno bahagian kini terus membisu dan menutup kegiatan salah pemimpin utama berikutan disogok 'dedak'.
Malah lebih membimbangkan, katanya, 'dedak' yang diterima untuk menutup mulut itu telah 'membutakan' mata pemimpin BN sehingga tidak mempedulikan derita ditanggung rakyat.
"Hari ini kita dapati wakil-wakil rakyat Umno dan BN dah bisu, tidak boleh bercakap kerana disuap dedak, mulut tak boleh dibuka sebab nanti tersembur keluar. Bisu, pekak dan buta tak nampak apa-apa dah.
"Bila tengok RM1 juta, RM2 juta..jadi kaku, dia (pemimpin akar umbi) tak boleh bercakap (tutup mulut). Itulah sikap yang ada dalam Umno sekarang. Wakil rakyat, ketua bahagian bahkan cawangan sudah disogok dengan dedak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam siri Penjelajahan Penerangan 1MDB di Taman Paya Dalam di sini, kelmarin.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, situasi itu berlaku apabila pemimpin percaya boleh menjadi raja jika mempunyai banyak wang.
"Pada mulanya saya percaya jika Najib sahaja disingkir, Umno akan pulih semula tetapi saya dapati Umno sudah jadi busuk...buruk sehingga tak boleh dibaiki lagi.
"Bila dia hutang duit banyak, kerajaan tak dapat bayar hutang, apa dia buat? Suruh rakyat la bayar! Ini cara Najib, dia balas (beri) duit tapi kita kena bayar. Sebab itu ada GST, tol naik tinggi, tak ada subsidi minyak lagi," katanya.
Menurutnya, pemerintahan yang seperti itu hendaklah ditukar malah parti berkenaan wajar dibuang namun penukaran kerajaan memerlukan usaha rakyat kerana negara demokratik boleh menggunakan undi rakyat untuk menukar pentadbiran.
"Dalam masa sama pembangkang perlu pakatan yang lebih besar dianggotai lebih banyak parti bagi menumbangkan BN yang terdiri daripada 14 parti komponen.
"Pakatan itu perlu bagi memastikan pembangkang dapat meletakkan calon satu lawan satu dengan BN pada PRU14 nanti," katanya.
DUA wanita yang lembut perwatakan mereka. Itu yang dapat digambarkan apabila melihat raut wajah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan isteri bekas timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hari ini Sinar Harian berkesempatan mewawancara Wan Azizah yang mesra disapa Kak Wan dan nama Siti Hasmah diajukan kepadanya sementelah kedua-duanya saling mengenali sebelum ini 'terpisah' dek pendirian berbeza suami masing-masing.
Mengimbau nostalgia persahabatan mereka, Wan Azizah berkata, Siti Hasmah banyak memberi nasihat kepadanya ketika suami masing-masing masih dalam kerajaan.
Namun katanya, hubungan itu terputus selepas Anwar tidak lagi berada di dalam kabinet Mahathir.
KUALA KETIL - Lima beradik yang berhasrat membina Maahad Al Iman Li Ulumil Quran di Kampung Pantai Cicar, di sini memerlukan dana berjumlah RM950,000 bagi menyiapkan infrastruktur sekolah berkenaan.
Pengetua sekolah, Maahad Al Iman, Amri Mohd Nason berkata, jumlah itu merangkumi pembinaan bangunan kelas dua tingkat, pejabat, surau, dewan, rumah guru, padang permainan dan rumah tamu.
Menurutnya, pihaknya meletakkan sasaran selama setahun untuk menyiapkan infrastruktur tersebut.
"Sebenarnya angka diperlukan mencecah jutaan, tetapi dengan kegawatan ekonomi hari ini kita tidak mahu meletakkan jumlah besar, buat permulaan pihak sekolah memohon sebanyak RM 950,000 sahaja.
"Kami amat mengharapkan bantuan segera dalam menyiapkan binaan ini, untuk pengambilan pelajar kita akan mula ambil pada hujung tahun hadapan," katanya..
Hampir setahun buat keputusan
Amri berkata, idea membina sekolah berkenaan tercetus selepas pemilik yang mewakafkan tanah itu datang berjumpa dengannya hujung tahun lalu.
"Selepas selesai kuliah Subuh di sebuah masjid, pemilik tanah datang berjumpa dengan saya menyampaikan satu hasrat.
"Dia memaklumkan ingin mewakafkan sebidang tanah untuk dibangunkan sebagai sebuah sekolah agama dan menyerahkan amanah itu kepada saya ," katanya.
Menurutnya, sedar ia merupakan amanah dan tanggungjawab besar, keputusan menerima pelawaan itu dibuat selepas hampir setahun.
"Dalam tempoh setahun itu saya berbincang dengan adik beradik bersama ibu ayah sebelum bertekad bersetuju menerima amanah itu pada Ogos baru-baru ini," katanya yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik.
Dedah pengajian Sains, al-Quran
Penasihat Maahad Al Iman, Amir Mohd Nason yang juga abang sulung berkata, maahad berkenaan menekankan pengajian Hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Ilmu Turath yang dipelajari secara bersanad serta akademik.
Menurutnya, para pelajar juga akan didedahkan dengan pengajian Sains dan al-Quran.
"Bagi menambah nilai dalam pengajian al-Quran, kita akan masukkan juga pengajian Sains dan al-Quran yang sesuai untuk pelajar tingkatan lima serta enam," katanya.
Adik keempat, Aswad Mohd Nason berkata, sekolah itu akan dibina di atas tapak yang dikelilingi tasik.
Menurutnya, idea menghasilkan suasana damai dan tenang itu bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar.
"Sebuah jambatan akan dibina bagi menghubungkan laluan masuk ke dalam sekolah.
"Kita juga bercadang mendapatkan kayak untuk diletakkan di sekitar tasik," katanya.
Manakala, pemilik tanah asal, Abdul Rahman Kaames berkata, tujuannya mewakafkan tanah seluas 15 hektar itu bagi mencari bekalan di akhirat.
"Bab ilmu agama kita tak berapa pandai, jadi dengan cara ini mudah-mudahan ada bekalan untuk bertemu ALLAH di akhirat," katanya .
Adun, Evonsave lakukan kunjungan
Dalam pada itu, Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof dan pihak Econsave Sungai Petani datang melakukan kunjungan ke tapak pembinaan pusat pengajian berkenaan.
Md Zuki berkata, hasrat mendirikan Maahad Al Iman adalah satu usaha yang perlu disokong.
Menurutnya, lokasi sekolah yang terletak di kawasan menarik sesuai dijadikan medan menimba ilmu kepada para pelajar.
"Saya percaya Maahad Al Iman mampu berdiri setanding dengan sekolah-sekolah lain," katanya.
Sementara itu, Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, Econsave akan melakukan jualan amal barangan terpakai pada 3 Disember depan bagi membantu pembinaan sekolah tersebut.
Menurutnya, masyarakat yang mahu menyumbangkan barangan boleh menghubungi cawangan Evonsave Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.
"Untuk jualan amal kita mengalu-alukan orang ramai menyumbang sama ada pakaian atau barangan terpakai.
"Diharap sedikit sebanyak dapat membantu menampung kos pembinaan," katanya.
Untuk sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5521 8951 5745 atas nama Maahad Al Iman Li Ulumil Quran atau hubungi Amir di talian 019-4587206, Amri 0134202206 dan Aswad, 0195137520..
Ahmad Bashah Md Hanipah ketika mesyuarat berkenaan.
KUALA LUMPUR - Kerajaan Kedah, masih menunggu keputusan muktamad daripada Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).
Menteri Besarnya,Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pembinaan lapangan terbang itu tetap akan dilaksanakan cuma bukan dalam masa terdekat.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Para peminat drama Melayu pasti kenal dengan pelakon kacak Fattah Amin. Beliau kini muncul dengan drama baru berjudul "Suri Hati Mr Pilot" berganding dengan Neelofa sebagai pelakon utama.
SHAH ALAM , 14 Okt — Bekas penganjur Konsert 35 Tahun Search mengambil tindakan saman terhadap kumpulan rock ternama itu berhubung pembatalan acara tersebut. AFJets Sdn Bhd memfailkan saman RM494,000 terhadap empat anggota kumpulan rock Search, tidak termasuk pemain dram Yazit Ahmad, lapor portal Berita Harian.
Search mengumumkan pembatalan dengan penganjur AFJets, vokalis Amy Search berkata konsert ulang tahun ke-35 boleh diteruskan jika ada penganjur lain berminat. Walaubagaimanapun penganjur telah memfailkan saman terhadap kumpulan rock ini.
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Empat tahun "Hanyut" mengambil masa untuk ditayang di negara sendiri, Diana Danielle kecewa apabila kerap ditanya bila filem itu dapat ditonton. Membawa watak Nina dalam filem arahan U-Wei Shaari itu, Diana berkata tanggal 24 November ini jawapan pasti selepas bertahun-tahun diajukan soalan yang mengguris hatinya.
KUALA LUMPUR: Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini hari ini.
SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V (kiri) dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (kanan) pula dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.
KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (tiga,kiri) berkenan bergambar selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-243 (Khas) di Istana Negara hari ini. Turut berangkat (dari kiri) Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto Bernama
Kuala Lumpur – Pelajar tahun 6 beragama Islam di sebuah sekolah rendah di Batu Caves semalam mengambil bahagian dalam latihan penyembelihan "korban" melibatkan 70 ekor burung puyuh, mengejutkan sesetengah ibu bapa yang mempersoalkan keperluan melibatkan kanak-kanak dalam acara seumpama itu.
Sesetengah ibu bapa yang mempersoalkan kewajaran 'latihan penyembelihan korban' melibatkan kanak-kanak di sekolah, walaupun telah mendapat persetujuan PIBG.
Gadis nasi lemak anak dara, Siti Hajjar Ahmad, 24, hanya tidur empat jam sehari sejak memulakan perniagaannya Ogos lalu. Anak ketiga daripada lima beradik itu perlu bersengkang mata untuk menyediakan nasi lemak pada awal pagi bagi memastikan jualannya tidak cepat basi sekali gus memberi peluang kepada pelanggannya menikmati hidangan itu semasa masih panas.
Kuala Lumpur – Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Mokhzani Tun Dr. Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah SIC berkuat kuasa serta merta.
Baru sahaja ditayangkan beberapa hari lepas, drama Suri Hati Mr. Pilot mendapat sambutan yang cukup menggalakkan sehingga "trending" di Twitter.
Lakonan Fattah Amin dan Neelofa berjaya memukau peminat – peminat diluar sana yang rata-rata menganggap betapa "sweetnya" watak Ejaz dan Warda.
Seperti biasa, rancangan hiburan MeleTOP pasti akan menampilkan parodi yang cukup kelakar. Kali ini, Jihan Muse dan Syuk Raja Lawak menggalas watak Neelofa dan Fattah dalam dramaSuri Hati Mr. Pilot.
Siapa sangka, video parodi berkenaan menarik perhatian dan membuatkan netizen gelak dengan lawak mereka.
Berikut antara komen netizen :-
Ini pula video paraodi Suri Hati Mr. Pilot :-
Parodi yang dilakonkan oleh Jihan Muse dan Syuk kali ini memang kelakar. Memang terkena habis Fattah Amin dan Neelofa. Jihan sempat lagi usik Fattah dengan menyebut nama Sherry Ibrahim. Hehe..
Terkenal menerusi watak jahat, Bella didalam drama Dia Semanis Honey, nama Nadya Syahera kini sudah mula mendapat perhatian peminat industri lakonan tanah air.
Namun, lumrah bergelar selebriti Nadya baru-baru ini dihimpit kontroversi dan dikecam oleh sesetengah netizen apabila beliau seakan tidak kisah untuk melakukan adegan bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim . Netizen beranggapan ia tidak selari dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung. Malah, ada juga foto dimana tunang Nadya merangkul bahunya juga turut dikritik oleh netizen.
Menjelaskan isu berkenaan, Nadya memberitahu beliau tidak mahu menipu orang ramai dengan menampilkan imej wanita muslimah sempurna tetapi beliau ingin menjadi dirinya sendiri. Menurut Nadya, biarlah beliau tanggung segala dosanya.
Saya hanya menjadi diri saya yang sebenar, enggan hipokrit, berpura-pura baik di hadapan khalayak. Isu bersetuhan dengan lelaki, itu dosa yang perlu saya tanggung sendiri.
Masyarakat di luar sana bebas membuat persepsi sendiri, tiada siapa boleh menghalang. Di dunia realiti, begitulah cara hidup saya. Bagaimanapun, saya sedar akan batas pergaulan yang perlu dihadkan.
Kami tidak katakan apa yang dilakukan oleh Nadya Syahera ini betul, tetapi untuk apa juga untuk beliau tampil menjadi "plastik" hanya untuk memuaskan hati orang ramai?
Nadiya akui beliau sehingga kini masih terkejut dan bersedih atas kehilangan anak yang berusia lapan bulan dalam kandungan dan agak sukar bagi beliau untuk menceritakan lebih lanjut kejadian itu.
Bukan keguguran, sebaliknya anak saya meninggal dalam kandungan. Doktor memaklumkan perkara itu ketika saya membuat rutin pemeriksaan.
Siapa yang tidak terkejut dan sedih hingga keluarga terpaksa sorokkan surat khabar. Mereka tidak mahu saya membaca berita saya kehilangan anak. Disebabkan itulah saya tidak dapat menjawab soalan media mengenai perkara ini. Saya sangat sedih dan perlu menjalani rawatan memulihkan semangat ketika berpantang.
Walaubagaimanapun, Nadiya memberitahu beliau redha dengan ketentuan takdir . Buat Nadiya, apa yang berlaku mengajar beliau untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat.
Tidak ada apa yang perlu saya ratapi kerana semuanya sudah suratan. Saya terima ujian ini dengan tabah dan perlu menjalani kehidupan seperti biasa.
Saya tahu kes begini pernah berlaku dan sokongan orang-orang di sekeliling terutama keluarga menguatkan lagi semangat saya.
Terus tabah dan percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT. Siapa tahu pada masa hadapan, Nadiya Nisaa diberikan peluang untuk hamil lagi. Teruskan berdoa.
Selamat pagi semua. Abang Nara cukup teruja minggu ini kerana pada hari Ahad 16 Oktober ini, Gegarvaganza 2016 akan disiarkan. Excited sungguh diri ini. Gegarvaganza adalah salah satu program hiburan kegemaran Abang Nara. Untuk Gegarvaganza kali ini, peserta feveret Abang Nara tak lain tak bukan ialah Zarul Umbrella. Tak sabar nak melihat Zarul menyanyikan lagu Ramalanku Benar Belaka. Mesti padu!!!
Dengan kerjasama Astro, kali ini BeautifulNara akan memberikan 3 pasang tiket setiap minggu kepada pembaca bertuah BeautifulNara untuk menyaksikan konsert Gegar Vaganza 2016 secara langsung. Anda kena pergi ambil sendiri tiket di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam selewat-lewatnya jam 8.30 malam setiap Ahad. Untuk memenangi tiket-tiket ini, anda kenalah lengkapkan slogan di bawah dengan butiran-butiran peribadi. Jangan lupa bawa kad pengenalan ketika nak ambil tiket nanti.
Pemenang akan dimaklumkan menerusi email selewat-lewatnya malam ini. Jadi selalulah tengok-tengok email anda. Semoga berjaya dan selamat melayan Gegar Vaganza 2016.
Bukan itu sahaja, Izreen turut mendakwa Amyra sering mengelak atau melarikan diri setiap kali bertembung dengannya.
Terbaru, Amyra menafikan setiap kenyataan Izreen dan beliau sebenarnya tidak pernah mengelak ataupun mempunyai masalah dengan Izreen.
Saya pernah terjumpa dan terserempak dengannya di mana-mana acara, malah kami pernah menjalani penggambaran di kawasan sama. Saya tak pernah nak mengelak pun, cuma tak ada apa yang saya nak bualkan. Disebabkan itu orang beranggapan saya bermasalah dengannya.
Tambah Amyra, beliau bukanlah seorang wanita yang suka mencetuskan pergaduhan ataupun mencari masalah dengan orang lain.
Saya pun tak tahu apa yang dia perkatakan atau orang lain cakap. Jadi saya tak nak bercakap banyak mengenai perkara ini, tetapi kalau itu yang dia cakap, terpulang kerana saya memang tak pernah ada masalah peribadi dengannya.
Seorang kata begitu dan seorang lagi kata begini. Jika benar Amyra Rosli tidak mempunyai masalah dengan Izreen Azminda, rasanya Izreen tidak perlu lah mengeluarkan lagi sebarang kenyataan. Nanti timbul pula salah faham dan persepsi negatif terhadap anda berdua. Meskipun Izreen dengan Amar Baharin pernah ada isu sebelum ini, lupakan sahajalah.
Walaubagaimanapun, Awie tidak ambil peduli dengan cabaran berkenaan kerana buat beliau, salasilah keluarganya bukanlah untuk tatapan umum.
Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak mahu komen apa-apa kerana ia bukan untuk tatapan orang ramai.
Awie memberitahu beliau adalah keturunan Raja Siam selepas netizen mempersoalkan mengapa beliau memilih untuk bernikah dengan Sharifah Ladyana di Masjid Sultan Sulaiman Shah Songkhla, sekitar minggu lepas.
Tidak mengapalah jika Awie tidak mahu membuktikan beliau adalah keturunan Raja Siam. Bak kata Awie, ia adalah "privacy" keluarga beliau. Apa-apa pun, semoga kekal bahagia bersama isteri tercinta sehingga akhir hayat.
Tentu sekali berita ini mengejutkan peminat mereka, apatah lagi mereka kelihatan baik-baik sahaja sebelum ini.
Tahu berita putus cinta itu telah menjadi viral, Zul bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.
Itu semua 'bloggers' punya kerja, saya tak tau apa-apa. Saya tak mahu komen apa-apa mengenai khabar angin saya sudah putus cinta dengan Zahirah kerana sekarang saya mahu tenang dan banyak kerja perlu siapkan.
Zul tidak mahu mengulas gosip hangat ini kerana tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan kariernya selain dihimpit kontroversi.
Mereka (bloggers) boleh kata apa saja tetapi saya yang akan menanggung akibatnya. Saya yang kena menjawab dengan pelanggan kerana mereka tidak suka pelakon yang ada kontroversi. Hidup saya kini sudah aman dan tidak mahu terbabit dalam sebarang kontroversi lagi. Saya hanya sibuk berkerja saja sekarang.
Kalau tiada apa-apa masalah baguslah. Sebelum ini, tiada sesiapa pun yang ingin "memusnahkan" kerjaya Zul Ariffin dengan gosip tersebut, cuma sudah menjadi lumrah hidup sebagai selebriti pasti orang ramai ingin tahu cerita yang sebenar.
Satu rakaman kamera litaq tertutup di China merakamkan aksi soghang bapak sedang menarik tangan anaknya di belakang masa berjalan menyelusuri sebuah pasaq ghaya Malangnya tindakan tu mengundang n...
lebih kughang sekian lama pelbagai spekulasi dikeluaqkan sehinggalah Samsung secara rasminya memngeluaqkan dari kotak phablet smartphone tablet terpalin baghu depa bulan lepaih Ia dikenali se...
Kalau kita ghasa hidup kita susah ingatlah bahawa lebih ghamai yang mengalami kepayahan hidup lebih hebat dari kita Apatah lagi apabila pada umoq yang dah lanjut kehidupan seolah kaih pagi maka...
baghu saja ditayangkan beberapa hari lepaih drama Suri Hati Mr Pilot mendapat sambutan yang cukup menggalakkan sehingga trendin di Twitter Lakonan Fattah Amin dan Neelofa berjaya memukau pe...
Oppo F1s dah memasuki pasaran Malaysia sejak Ogos yang lepaih Ia mengekaikan kemampuan selfie F1 Pluih tapi pada ghega yang lebih mampu milik Kemampuannya tak terhad kepada pakaq selfie semat...
Setelah saudara Nabi Yusuf pulang dan kata bahawa Yusuf telah dimakan serigala dengan membawa bajunya yang berlumuran darah Nabi Ya qub merasa sangat meghajok Lelaki arab yang dinobat palin tampa...
Gara gara mengakui dirinya berasai dari keturunan raja Siam ada pihak barangkali meragui pengakuan hat sama dok habaq tadi dan memintak Awie mengemukakan dokumen salasilah keluarganya Bagaimanap...
Bukan mudah untuk tampil berdepan dengan oghang ghamai apabila berita pasai anaknya yang meninggai dalam kandungan diketahui umum Oleh tu sebelum ni Nadiya Nisaa tak penah tampil memberikan kom...
femes menerusi watak jahat Bella didalam drama Dia Semanih Honey nama Nadya Syahera la nih dah mula mendapat perhatian peminat industri lakonan tanah ayaq Namun lumrah bergelaq artis Nadya ba...
Oppo R9S akan dilancaqkan pada 19 Oktober hadapan Ia bakai menggunakan kamera utama sebesaq 16 Megapixel dengan sensoq terkini IMX398 keluaran Sony ni ialah sensoq yang lebih terkini berbandin...
polih di sini menahan soghang dukun Ki Purbo Lalang Jati ataih tuduhan menipu oghang ghamai selepaih dia mendakwa dapat menggandakan wang mangsa dengan ambik wang di bank ghaib yang dijaga jin ...
AMERIKA SYARIKAT soghang bayi pompuan yang lahiaq dengan lidah bersaiz manusia dewasa terpaksa melalui dua pembedahan Menurut laporan Dailymail lidah milik Paisley Morrison Johnson terlalu besa...
China mengharamkan mak pak dan penjaga di Xinjiang wilayah palin ghamai umat Islam di negara tu daripada menggalak anak depa buat aktiviti keagamaan surat khabaq Xinjiang Daily menceghitakan ker...
Sejumlah penduduk di sini menggunakan media so siall kemarin untuk melampiaskan kemarahan depa selepaih soghang menteghi menggesa pasangan yang tak mempunyai anak buat seks kalau depa mau diberi ke...
PAKATAN pembangkang terpaksa beria ia mengajak Pas menyertai himpunan haram Bersih 5 0 depa pasai tak mau dicap nanti cuma dido mi nasik penyokong tegaq DAP Tahun lepaih Bersih 4 0 dikuasai peny...
Pelantun lagu Sampai meninggai dunia iaitu Hazama menjelaihkan bahawa sekiranya dia ingin menikah dia hanya mahukan upacara akad nikah atau perkara yang wajib saja dan tak bercita cita untuk menga...
Apple sebelum ni telah mengumumkan melalui web rasmi depa dan jugak melalui syarikat telekomunikasi tempatan yang mana depa akan mula menjuai iPhone 7 dan iPhone 7 Pluih di Malaysia bermula 14 Okto...
baghu baghu ni sebuah portai surat khabaq tempatan menceghitakan percintaan antara pelakon Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson dah berakhiaq Menurut surat khabaq berkenaan Zahirah yang ingin mem...
Sekitaq bulan lepaih pelakon Izreen Azminda habaq beliau tak mempunyai doa buat pasangan Amaq Baharin dan Amyra Rosli bersempena dengan pernikahan depa yang bakai berlangsung tak lama lagi Izree...
masa banyak pihak lebih memfokuihkan untuk menghasilkan bahan bacaan pendidikan Islam zikiaq dan al Quran digitai untuk manfaat kepada kanak kanak Little Fateh Sdn Bhd ambik keputusan menghasilka...
Canon pada tahun ni telah memasuki ulang tahun depa yang ke 20 sebagai jenama pencetak inkjet no 1 di Malaysia secara berturut turut depa meraikannya dengan melancaqkan beberapa siri pencetak ...
Canon jugak dilihat telah menawaqkan pencetakan laser depa menerusi siri imageCLASS yang mampu menampung keperluan pencetakan yang tinggi Ia terdiri daripada tiga jenih pencetak berbeza iaitu pen...
Usahawan komestik dan pengasaih produk kecantikan Vida Beuty Datuk Seri Vida didakwa 16 pertuduhan di bawah Akta GST 2014 Datuk Seri Vida ghamai dok kata gagai membayaq cukai yang genap masa da...
Setelah lebih seminggu bersama GoPro Hero 5 Black ni pandangan kami Hero 5 akan melibatkan banyak pelaburan baghu untuk aksesori memandangkan banyak yang kita guna selama ni di Hero 4 atau GoPro...
Ingin mengekalkan berat badan ideal iaitu sekitar 60kg hingga 65kg, peserta Gegar Vaganza 3 (GV3), Rem amalkan makan sehari sekali.
Untuk mencapai sasaran itu, Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim berkata yang dia hanya makan sedikit saja nasi dan selebihnya adalah lauk yang bersesuaian dengan dietnya.
Pelakon Nadiya Nisaa, 31, yang kehilangan anak berusia lapan bulan dalam kandungan pada Julai itu itu mengakui masih terkejut dan bersedih. Katanya, kehilangan tersebut memberi kesan ketara kepada dirinya sehingga dia terpaksa menjalani rawatan memulihkan semangat sepanjang berpantang.
"Bukan keguguran, sebaliknya anak saya meninggal dalam kandungan. Doktor memaklumkan perkara itu ketika saya membuat rutin pemeriksaan.
Penyanyi Hazama menjelaskan bahawa perkahwinannya itu tidak ada majlis dan tidak berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti yang lain.
Ini kerana kata Hazama, sekiranya dia ingin berkahwin, dia hanya mahukan upacara akad nikah atau perkara yang wajib sahaja.
Gara-gara mengakui dirinya berasal dari keturunan raja Siam, ada pihak mungkin meragui pengakuan tersebut dan meminta Awie mengemukakan dokumen salasilah keluarganya. Bagaimanapun Awie ketika ditanya mengenainya, enggan memberikan komen lanjut berhubung dengan dakwaan yang pernah dikeluarkannya kerana merasakan ia bukanlah tatapan umum.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak mahu komen apa-apa kerana ia bukan untuk tatapan orang ramai,” katanya kepada Harian Metro mengenai dakwaan beliau sebelum ini mengatakan dirinya berkahwin di Thailang kerana keluarganya berasal dari keturunan raja Siam.
Sebelum ini Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof dalam satu laporan meminta penyanyi rock terbabit mengemukakan bukti salasilah keluarganya bagi mengesahkan dakwaannya. Selain itu dokumen tersebut juga perlu dikemukakan kepada kedutaan Thailand dan kerabat Raja Sulaiman untuk memastikan kesahihannya.
Pun begitu dalam satu laporan berlainan pula, Awie dikatakan terlepas cakap mengenai salasilah keturunanya itu. Awie sebelum ini mengatakan dirinya adalah keturuan Raja Siam melalui moyangnya, Raja Sulaiman selepas beliau mendirikan rumah tangga bersama isteri, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin di Masjid Sultan Sulaiman Shah, Songkhla, Thailand minggu lalu. (rkty/w)
Pelantun lagu Sampai Mati iaitu Hazama menjelaskan bahawa sekiranya dia ingin berkahwin, dia hanya mahukan upacara akad nikah atau perkara yang wajib sahaja dan tidak berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti yang lain.
“Seperti yang saya mahukan perkahwinan saya tidak ada majlis. Kita buat nikah sahaja, asalkan syariat dahulu, dan saksi semua cukup, katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Industri Muzik (AIM) 22.
Tambahnya lagi, dia tidak mahukan mana-mana penaja yang mahu menaja perkahwinannya kerana dia mahu berehat daripada ‘bekerja’ di hari bahagianya itu nanti.
“Tidak ada penaja, saya minta begitu kerana hari saya kahwin saya tak mahu bekerja. Kalau ada penaja maksudnya saya bekerja jugalah. Hari itu hari saya. Mungkin ada orang tak bersetuju, tapi saya rasa itu hak saya dan saya minta seperti itulah,” katanya kepada Rotikaya.
Bagaimanapun, Hazama meminta bantuan pihak media untuk menghebahkan tentang perkara mengenai perkahwinannya kelak. Katanya lagi, perkara ini dibuat kerana untuk mengelakkan fitnah.
“Jemput media ke majlis kahwin saya, Insya-Allah saya tak berani nak cakap apa-apa lagi. Kalau boleh saya nak bantuan media untuk gembar-gemburkan. Tujuan kita buat majlis ini untuk mengelakkan fitnah”, jelasnya.
Hazama turut menyatakan hasratnya untuk menghadiri kursus perkahwinan dan akan berkahwin secepat yang mungkin akan tetapi setelah selesai pembikinan albumnya yang kedua tidak lama lagi. (rtky/h)
Pernah didakwa sering mengelak dengan pelakon, Izreen Azminda ketika menghadiri majlis-majlis hiburan, Amyra Rosli menafikan perkara tersebut dan memberitahu bahawa dirinya tidak mempunyai masalah dengan pelakon itu. Enggan memberikan komen lanjut, Amyra menganggap dakwaan itu terjadi mungkin kerana statusnya sebagai tunang Amar Baharin.
“Saya tiada masalah dengan sesiapa dan saya juga tidak ada apa yang hendak dibualkan dengan dirinya. Saya tak tahu apa yang orang cakap mahupun dia sendiri katakan kerana saya tidak pernah ada apa-apa masalah dengannya. Kalau itu yang dia kata, terpulanglah”
“Saya enggan memberikan sebarang komen. Saya tidak ada masalah dengan sesiapa dan sentiasa mendoakan kebahagiaan orang lain. Saya tidak mahu cakap banyak mengenai perkara ini kerana tidak mendatangkan faedah pun kepada sesiapa,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sebelum ini Izreen pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Amyra dilihat sering mengelak setiap kali terserempak dengannya di majlis hiburan. Bagaimanapun, Amyra memilih untuk berdiam diri dan tidak terlalu memikirkan dakwaan remeh berkenaan kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkannya boleh menimbulkan spekulasi hingga menjejaskan kerjayanya.
Suatu ketika dulu, Amar dan Izreen pernah dikatakan menjalin hubungan istimewa bersama. Namun setelah masing-masing membawa haluan sendiri, Izreen menegaskan beliau akan menolak tawaran berlakon jika pelakon lelakinya adalah Amar. Malah katanya, beliau lebih selesa jika tidak perlu berdepan dengan lelaki yang pernah memberi kesan kepada dirinya. (rkty/w)
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014. Dakwaan yang dikenakan ke atas beliau difahamkan kerana kegagalannya mengemukakan penyata serta gagal membayar cukai barangan terbabit.
Menurut laporan Projek MMO, Datuk seri Vida dikatakan bakal didakwa dengan tiga kesalahan berkaitan bayaran cukai melibatkan jumlah hampir 4 juta. Beliau yang terkenal dengan produk Qu Puteh, dilaporkan menghadiri prosiding dakwaan itu di Kompleks Mahkamah Ipoh sejak pagi tadi.
Sementara itu, Datuk Seri Vida yang tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi turut diiringi beberapa individu yang turut hadir menemani beliau dan dipercayai merupakan kakitangannya. Datuk Seri Vida amat popular dengan jenama produk kesihatan dan kecantikan serta turut aktif memasarkan perniagaannya melalui penajaan berskala besar.
Terdahulu, Datuk Seri Vida turut dilanda beberapa kontroversi sebelum ini dimana salah satu produk kecantikan dari syarikatnya pernah dikatakan mengandungi bahan terlarang iaitu merkuri yang tinggi. Dengan itu, dua produk tersebut ditarik daripada pasaran seperti arahan kerajaan dan mencadangkan pengguna memilih produk Qu Puteh yang lain. (rkty/w)
Tidak mahu kontroversi perkahwinan keduanya terus menjadi buah mulut orang, Adi Putra mengambil keputusan untuk tidak berkongsikan gambar isteri kedua beliau, Nor Shahida Zolkifly di media sosial. Dalam masa yang sama, katanya tindakan itu dibuat diatas dasar ingin menjaga hati beberapa pihak yang terkesan dengan kritikan orang ramai apabila dirinya berpoligami.
“Saya ada sebab mengapa saya tidak berkongsi gambar isteri kedua di Instagram. Bagi saya, media sosial senjata paling berkesan untuk mengundang spekulasi yang akhirnya memakan diri. Mengapa perlu dekat dengan bahan api kalau kita sudah tahu ianya boleh membahayakan diri”
“Lagipun, antara media sosial dan solat, mana lebih wajib. Lebih baik saya bimbing isteri saya ke arah lebih baik daripada sibuk dengan media sosial. Kita kena ingat, ia bukan saja membabitkan kedua-dua isteri, tetapi juga ibu bapa kedua belah pihak. Perkara itu yang saya kena jaga”
“Kalau saya bercerita panjang mengenai perkara ini, lebih baik saya cerita keseluruhannya sahaja, maknanya dengan pekung-pekung sekali. Sama ada isteri saya itu mempersoalkannya atau tidak, biarlah ianya menjadi rahsia saya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai tindakannya yang memilih untuk tidak berkongsi gambar isteri keduanya di laman sosial selepas berkahwin.
Sementara itu Adi yang enggan bercerita dengan lanjut mengenai perkembangan perkahwinannya, memberitahu bahawa isteri pertamanya, Aida Yusof dan isteri keduanya masih belum bertemu empat mata. Ini kerana beliau tidak tidak gemar untuk mengatur atau membuat sebarang perancangan dan lebih selesa jika pertemuan diantara mereka berlaku dengan sendirinya. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment