Jika sebelum ini Aaron Aziz pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah, kali ini dia mahu membawa anak anak dan isteri untuk turut sama menunaikan umrah bersama sama. Aaron dan keluarga akan menunaikan umrah pada bulan November ini.
“Sebelum ini saya ke Makkah tanpa mereka, tetapi ini akan menjadi pengalaman pertama anak-anak mengerjakan umrah. Jika mengikut perancangan, saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan Haji bersama selepas ini”
“Doakan semoga perjalanan kami ke Tanah Suci nanti berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro. Perkara tersebut pastinya membaw pengalaman baru buat anak anak Aaron iaitu Danish, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Sementara itu, Aaron turut menafikan dakwaan bahawa dia kini sudah menghilang dari dunia seni selain menyatakan ketiadaannya di Malaysia adalah kerana terlibat dengan penggambaran di Singapura selama tiga bulan. (rtky/s)
Pengakuan bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih, Mohd Izham Tarmizi Roslan baru-baru ini diharap dapat menjelaskan kepada orang ramai mengenai gosip cinta diantara Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan sebelum ini. Tambahnya lagi, beliau enggan kisah cintanya bersama Saharul terus menjadi bualan orang memandangkan Saharul kini sudah bergelar suami orang.
“Sedikit sebanyak saya berasa lega apabila mengaku sedang bercinta dengan Izham kerana sebelum ini orang terus mengaitkan saya dengan Saharul. Tetapi apa yang saya harapkan semua pihak tidak lagi mengaitkan saya dengan Saharul kerana saya sudah ada seseorang dan Saharul pun sudah berkahwin,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.
Perbezaan umur tiga tahun dengan kekasih hati tidak menghalang Mia untuk meneruskan keputusan memilih lelaki itu sebagai suami kerana sikapnya yang matang dan memahami kerjayanya sebagai pelakon. Malah dengan sikap keterbukaan juga, Izham tidak menghalang dirinya untuk terus bergelar anak seni walaupun selepas mendirikan rumah tangga kelak.
Terdahulu, Mia mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT itu sejak setahun lalu. Turut mengakui telah bertemu keluarga masing-masing, Mia telah mengumumkan bakal berkahwin pada tahun depan. Bagaimanapun, buat masa ini masih tiada tarkih khusus dibincangkan dan ditetapkan untuk majlis tersebut. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Biodata Dan Profile Neelofa. Pasti telah ramai yang mengenali pelakon, pengacara dan usahawan tudung yang cantik iaitu Neelofa. Terbaru untuk 2016, beliau muncul dalam drama Suri Hati Mr Pilot yang disiarkan di Astro Ria. Dibawah dikongsikan sedikit biodata Neelofa. Biodata Neelofa Nama sebenar : Noor Neelofa binti Mohd Noor Nama lain : Neelofa, Lofa Tarikh …
Pelakon Dan Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot. Peminat setiap pelakon Fattah Amin dan Neelofa pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan lakonan mereka setiap isnin hingga khamis jam 10 malam di Astro Ria. Mereka akan berganding dalam drama adaptasi novel karya Dyla Dyna yang juga menggunakan tajuk yang sama. SINOPSIS DRAMA SURI HATI MR PILOT Kisah bermula …
Jadual Keputusan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016. Kejohanan hoki yang berlangsung di Kuantan, Pahang bermula dari 20 Oktober sehingga 30 Oktober 2016. Akan melibatkan enam negara iaitu India, Pakistan, Korea, Jepun, China dan Malaysia selaku tuan rumah. Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 atau QNET Men’s Asian Champions Trophy 2016 dijalankan secara round robin. 4 pasukan teratas …
Siaran langsung dan live streaming Bajet 2017! YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 pada esok, 21 Oktober 2016 di Parlimen. Pembentangan Bajet 2017 ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM, Bernama, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Astro dan juga saluran Al-Hijrah. Dalam […]
KUALA LUMPUR - PKR sebulat suara menyokong Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dibahas pada persidangan Parlimen kali ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, meskipun mempunyai beberapa kemusykilan dan keraguan berkaitan dengan RUU 355, PKR berpendirian menerima dan mengiktiraf hak ahli parlimen tersebut dan menyokong bahawa usul tersebut dibahas.
Menurut beliau, PKR menantikan penjelasan Abdul Hadi dan lebih utama lagi pendirian dan jaminan Perdana Menteri bahawa hak-hak di bawah Perlembagaan akan dilindungi, sebelum sebarang memutuskan pendirian seterusnya.
"PKR melihat terdapat beberapa perkara yang membimbangkan terutamanya kesamaran skop hukuman.
"Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sebarang pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum perlu diperjelaskan secara terperinci.
“Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Wan Azizah berkata, pendirian PKR untuk RUU 355 dibahaskan adalah bersyarat bahawa mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia.
Dalam pada itu, beliau juga menyatakan kemusykilan mengapa RUU 355 ini sengaja dibiarkan berlarutan, terapung di Parlimen tanpa sebarang usaha memberikan penjelasan atau menganjurkan perbincangan dengan wakil parti politik dan masyarakat.
"Kami tetap memilih jalan muafakat untuk memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan beragama bagi bukan Islam," katanya.
Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.
“Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?
“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?
“Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati,”katanya dipetik laporan ProjekMMO malam tadi.
Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.
“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.
“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya. - Siakapkeli.my
KUALA LUMPUR 21 April – Usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi mahkamah syariah berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap langkah memartabatkan undang-undang Islam di negara ini.
Ketua Hakim Syarie Selangor, Dr. Mohd. Na'im Mokhtar berkata, langkah kerajaan menubuhkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 1998 merupakan antara usaha paling berkesan bagi menyeragamkan undang-undang Islam di setiap negeri sekali gus memperkasakan undang-undang tersebut.
"Apabila seragam, kita nampak peranan kerajaan untuk memartabatkan undang-undang Islam di negara ini kerana masyarakat tidak lagi mendengar keputusan yang berbeza dikeluarkan mengikut negeri.
"Oleh itu, tidak timbul lagi persepsi pandang rendah masyarakat terhadap mahkamah syariah iaitu banyak membuat keputusan berbeza mengikut setiap negeri sebagaimana yang berlaku sebelum JKSM ditubuhkan," katanya dalam Seminar Mahkamah Syariah Malaysia di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata, kerajaan perlu terus memperkasakan peranan Mahkamah Syariah terutama dalam aspek gaji Hakim dan pegawai institusi tersebut yang masih jauh ketinggalan berbanding Hakim Mahkamah Sivil.
Sebagai contoh katanya, hakim mahkamah sivil yang mendengar kes penjagaan anak menerima gaji sebanyak RM40,000 sebulan manakala hakim mahkamah syariah yang mendengar kes sama pula menerima gaji RM6,000.
"Jumlahnya sangat jauh dan kerajaan perlu menyemak semula gaji hakim serta pegawai mahkamah syariah agar martabat institusi ini dapat terus diperkasakan," jelasnya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang berkata, terdapat banyak perubahan telah dilakukan kerajaan dalam memperkasakan mahkamah syariah termasuk undang-undang lebih jelas, sistem pentadbiran mahkamah yang lebih kemas serta profesion hakim syariah yang lebih terjamin.
"Perubahan yang dilakukan kerajaan ini telah menjadikan peranan mahkamah syariah semakin baik dalam memartabatkan undang-undang Islam," katanya.
Pemimpin gerakan 'baju merah' Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dibebaskan lebih awal walaupun tahanan reman yang dikeluarkan adalah untuk dua hari.
Beliau keluar dari lokap Ibu Pejabat Pols Daerah Dang Wangi pada jam 4.45 petang tadi.
Kira-kira 50 penyokong kumpulan itu menyambutnya di luar IPD Dang Wangi sejak jam 3.30 petang tadi.
Semua mereka memakai baju merah hadir dengan menaiki motosikal.
Sebelum ini, pihak polis mengeluarkan perintah reman selama 48 jam, selepas Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu disiasat mengikut seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 19 OKTOBER 2016
Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2016 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:
1. Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah yang menurunkan pemain, Mohd Rizal Mohd Ghazali yang telah digantung secara automatik (akibat daripada pengumpulan 3 kad kuning pada perlawanan Liga Super 2016 yang berbeza) ketika perlawanan Liga Super 2016 antara Kedah lawan Pahang pada 3 Ogos 2016 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
· · Persatuan Bolasepak Kedah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 71(c) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Obligasi Pasukan’ dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 57.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Ketidaklayakkan’ dan dikenakan hukuman berikut:
i. Dilucutkan hak bagi perlawanan Liga Super 2016 menentang Pahang pada 3 Ogos 2016 yang telah berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan pasukan Kedah dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan Kedah 0-3 Pahang;
ii. Didenda sebanyak RM5,000.00; dan
iii. Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.
*Sehubungan itu, pasukan Pahang telah diberikan 3 mata penuh dan kemenangan percuma 3-0 bagi perlawanan tersebut.
Parlimen masih belum memberi ruang kepada ahli Parlimen Marang yang juga ketua parti agama untuk membawa usul bagi meminda Akta 355 seperti mana yang diharapkan
.
Sebelum ini parti itu yakin dan percaya wakil mereka akan diberi peluang itu. Kenapa mereka sanggup berpisah dengan DAP kerana percaya dengan janji itu. Namun sehingga sekarang RUU 355 itu masih belum disentuh di parlimen.
Biarlah kita tunggu apa kesudahannya lagi. Kata salah seorang wakil rakyat parti agama, kena tunggu sebab sidang masih ada lagi. Memang sidang akan ada selagi parlimen tidak dibubarkan. Naif sekali jawaban itu.
Bagi saya, apa yang saya tunggu ialah macam mana parti itu bercakap untuk memberi tahu rakyat apabila RUU 355 itu tidak dibentang kali ini.
Apakah alasan yang akan diberikan, dan klu klik macam mana pula yang hendak diguna pakai kali ini.
Apakah parti agama itu akan mulai menyedari yang mereka dimainkan oleh UBN, ataupun kena sabar sahaja sebab sudah terlanjur. Untuk ini akan di bacalah hadith berbunyi; sabar itu separuh daripada iman.
Kalau saya jadi ketua parti itu, apa yang saya buat ialah menyemak kembali rangka taa'wun dengan Umno dan menilai apakah parti itu ikhlas atau tidak? Sebebnya bagi mereka yang celik politik dan sedar kelicitan Umno sudah dapat teka apa penghujung dengan RRU 355 itu.
Pas sudah kena raba punggung oleh Umno dalam isu Hudud ini. Wassalam Mso.
Sebagai negeri menjadi kubu terkuat Umno siapa pernah menduga suatu hari kerajaan UBN di Johor kehilangan suara 2/3 di Dewan Undangan Negeri. Sebelum tahun 1999, sebelum meletus reformasi anjuran Anwar Ibrahim orang juga tidak pernah terfikir yang parti agama (Pas) dapat bernaung di Dun berkenaan.
Semua 13 kali Piraum diadakan Johor ditakluki oleh UBN dengan mendapat majoriti 2/3 atau lebih. Kekuatan dan kehebatan Umno itu menyebabkan orang tidak terfikir pembangkang boleh bertapak di negeri jiran Temasik itu.
Bagaimana pun suatu berita mengejutkan di Johor telah tersembur semalam. Berita berkenaan ialah mengenai kerajaan UBN Johor kehilangan majoriti 2/3 dalam DUN Johor buat pertama kali. Ia berlaku ekoran serorang Adunnya, Dr Shahruddin Md Salleh (Jorak) telah dianggap meninggal parti berkenaan apabila dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), eh, bukan PBBM.
Pelantikan Dr Khairuddin itu diumumkan oleh Presiden PBBM Muhyiddin Yassin. Dr Shahruddin merupakan Naib Ketua Umno bahagian Pagoh yang tidak bersetuju dengan pemecatan Muhyiddin daripada Umno. Peninggalan Dr Shahruddin itu memberi signifikan kepada politik Johor khasnya kerajaan UBN.
Kedudukan kerusi UBN dalam DUN Johor kini ialah 37 berkurangan satu, manakala kerusi pembangkang pula bertambah satu menjadi 19. Kehilangan kuasa majoriti dalam DUN menyebabkan kerajaan Johor tidak boleh melalukan apa-apa pindaan terhadap atau mengemukakan apa-apa rang undang-undang yang membabitkan Perlembagaan.
Paling mendebarkan lagi apabila ada desas desus mengatakan masih ada beberapa Adun lagi akan keninggalkan Umno. Kalau ini berlaku tidak mustahil kerajaan UBN Johor akan tumbang sebelum parlimen penggal ke-13 dibubarkan?
Perkembangan di Johor itu sesuatu yang menarik dan ia memberi peluang kepada parti agama (Pas) yang kini dilihat bermanja-manjaan (dan bersanggama secara haram) dengan Umno. Pas boleh melakukan sesuatu untuk membantu bagi menyelamatkan kerajaan UBN Johor itu. Pas boleh main tarik-tarik tali dengan Umno jika mereka bijak dalam berpolitik.
Sebagai rakan baik Umno waktu ini Pas harus menjaga maruah kerajaan rakannya itu. Caranya ialah dengan Adun Pas menyatakan sokongan kepada kerajaan UBN Johor dan MB Khalid Nordin. Pesuruhjaya Pas Johor Mahfodz Mohamed perlu membuat kenyataan segera. Sebagai kontrasinya Pas boleh menuntut kerajaan Johor dirombak dan pembentukan kerajaan baharu boleh diadakan dengan memasukkan Adun Pas sebagai Exco.
Pas kini ada tiga Adun selepas seorang Adun (Amninuhudol Hassan - Parit Yaakni) berhirjarah ke AMANAH dan menjadi pengerusinya. Tiga lagi Adun Pas ialah Sheikh Ibrahim Salleh (Sungai Abong), Mohammad Taslim (Maharani) dan Abdullah Husin (Puteri Wangsa).
Cadangan ini dikira munasabah bagi Pas Johor lalukan. Tidak perlu lagi mereka berdolak dalih untuk mengabui mata umum yang terus menabur cerita Pas terus berlawan dengan Umno dalam Piraum akan datang. Lagi pun cara itu menyusahkan Pas. Peluang terbuka kini perlu diambil kesempatan.
Bila disuakan cadangan ini jangan pula ada pemimpin Pas berkokok menunjukkan kebaikan dan keikhlasan kononnya Pas tidak akan mengkhianati rakan. Cara itu adalah lapok dalam mata pelajaran politik. Apakah Pas berani? Pas perlu menggunakan kesempatan sebaik mungkin.
Peluang ini juga mungkin terakhir bagi Pas kerana selepas Piraum akan datang belum tentu Johor diuruskan oleh rakannya itu dan belum tahu apakah Pas masih ada wakil di Adun atau sebaliknya. Silap hari bulan kalau berlaku perlawanan tiga penjuru Pas kehilangan gigi dan tinggal gusi.
Hasrat Pas untuk berta'awun dengan lebih bererti lagi apabila ia dimulakan di Johor. Nah buat permulaan itu. Kalau Pas membuat desakan itu rasanya ia tidak mudah akan ditolak oleh Khalid Nordin. Kalau Khalid berkeras bermakna beliau memimpin kerajaan yang lemah seperti Terengganu, Kedah dan Perak. Kerajaan Khalid kini tergugat?
Kalau dua Adun Pas itu menyatakan sokongan kepada UBN, kedudukan UBN dalam dewan masih mengekalkan majoriti 2/3 dengan penambahan ahli jadi 39 ahli. [wm.kl.12"12 t/hari 07/10/16]
Antara pihak yang turut dikaitkan pernah menerima dana 1MDB yang dilencongkan ialah pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio melalui yayasan miliknya, Lepnardo DiCaprio Foundation.
Dalam reaksi melalui wakilnya mengenai siasatan pelbagai negara berkaitan penggubahan wang haram terhadap syarikat pelaburan paling bermasalah yang ditubuhkan oleh Najib Razak, pemenang Oscar itu menyatakan beliau akan memulangkan wang yang pernah diterimanya jika ia didapati berpunca daripada 1MDB.
Kata wakil itu lagi, mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk menentukan sama ada wang tersebut datangnya daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan dan jika ya, pemulangan akan dilakukan secepat mungkin.
Nampak jugalah bagusnya DiCaprio ini!!
Nama Malaysian Official 1 yang kemudian disahkan oleh Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib turut disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS dengan didakwa menerima secara keseluruhan wang AS$731 juta atau hampir RM3,000 juta yang dipercayai berpunca daripada 1MDB melalui akaun peribadinya.
Pernah kita dengar Malaysian Official 1 berkata mahu memulangkan wang tersebut jika ia juga berpunca daripada 1MDB?
Walaupun bukan beragama Islam, suka berhibur dan selalu minum arak, tindakan Dicaprio sekurang-kurangnya harus diberi pujian kerana masih kenal antara wang halal dengan wang haram.
Tidak teringinkah Malaysian Official 1 mahu mengeluarkan kenyataan yang sama seperti DiCaprio? (SH 19/10/2016).
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST adalah suatu yang sangat lucu dan memalukan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan mencukai rakyat dengan GST untuk memajukan negara menunjukan Najib menjadi PM yang tak perlu pakai otak untuk fikir bagaimana menjana kewangan dan menambah pendapatan negara selain dari menjadi penyeluk saku (pick pocket) rakyat.
"Kenyataan Najib tidak langsung bersifat 'pro rakyat'tetapi sebaliknya bersifat 'peras rakyat'.
"Najib dan kerajaan cuba untuk menakutkan rakyatkan kononnya ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Cukai GST katanya, bukan sekadar mekanisma untuk menghalang peniaga peniaga lari dari bayar cukai tetapi GST juga adalah cukai yang bertujuan untuk mengenakan cukai ke atas setiap rakyat yang tak layak dicukaikan.
"Kenyataan Najib sekadar untuk menghalalkan tindakan kerajaan mengenakan GST yang merupakan langkah 'memeras rakyat' untuk menampung perbelanjaan negara.
"Tak ada idea yang tidak membebankan rakyat.
"Najib dan kerajaan Umno-Bn dah jadi macam kumpulan kongsi gelap yang memeras rakyat dengan wang perlindungan (protection money)," katanya.
Beliau mengingatkan Najib dan rakyat, ekonomi negara akan lumpuh dan runtuh dengan rasuah, penyelewengan, pembaziran, salah guna kuasa dan salah urus dari pemimpin negara yang tidak amanah dan tidak berintegriti.
"Rakyat terpaksa *menanggung beban GST untuk kebodohan dan kejahatan Najib dan Umno-Bn memerintah negara.
"Apa tidaknya kalau pembaziran pentadbiran negara yang bertujuan untuk merompak wang rakyat.
"Dah ada EPU di tubuhnya PEMANDU, dah ada MARA dibuatnya TERAJU, dah ada Syarikat Perumahan Negara (SPN) ditubuh pula PR1MA. dah ada JPJ dibuatnya SPAD, dah ada KHAZANAH ditubuhnya 1MDB untuk curi wang rakyat.
"Siapa yang bayar gaji?..Rakyat yg bayar!" katanya.
Beliau berkata nilai harga keborosan, kebodohan, kezaliman, kerakusan dan kejahatan Najib bersama Umno-Bn dalam menguruskan negara terpaksa ditanggung oleh rakyat.
"Mentadbir negara dengan dwi agensi merupakan satu pembaziran yang tidak boleh dimaafkan," katanya.
Pakatan Harapan (PH) membentangkan 11 cadangan dasar dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan yang dilancarkan hari ini.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PH rela cadangan itu diciplak oleh kerajaan BN dan segera diguna pakai demi kepentingan rakyat dan negara.
"Tiada masalah jika kerajaan mahu menggunakannya, kami sedia membantu tapi minta diberikan kredit juga kepada pihak kami. Kalau hadis pun ada perawinya, berikanlah sedikit penghargaan kepada kami," katanya dalam sidang media pelancaran belanjawan tersebut di bangunan parlimen hari ini.
Sebelas cadangan dalam belanjawan itu berlandaskan prinsip-prinsip keadilan sosial yang diterima pakai oleh semua agama dan dililhamkan oleh ciri-ciri kesederhanaan yang didukung berasaskan maqasid as-syariah.
Bagi golongan pekerja, PH berhasrat mewujudkan peluang sama rata dalam pekerjaan dan keusahawanan; meningkatkan upah, serta mengurangkan pekerja asing dan melebihkan pendapatan rakyat.
PH juga mahu melaksanakan urus tadbir yang baik dengan membaik pulih prosedur kerajaan bagi pelaporan fiskal dan meningkatkan pencegahan rasuah, jimat dan mudah.
Bagi Sabah, Sarawak, dan pembangunan luar bandar pula, PH mencadangkan pendekatan serampang tiga mata bagi merapatkan jurang ketidaksamaan di dua negeri itu.
Selain itu, PH juga mahu menyemarakkan industri beras dengan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (Bernas) dan menyediakan ikatan perkhidmatan untuk membantu para petani memaksimumkan keuntungan jualan menuai.
Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Pakatan Harapan juga mencadangkan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) digunakan bagi merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar melalui konkrit yang lebih banyak langkah jangka panjang seperti penyediaan liputan telekomunikasi yang lebih baik, internet komuniti dan pusat-pusat pembelajaran.
Selain itu juga, Belanjawan Alternatif itu juga menawarkan pengangkutan awam bandar yang lebih baik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan bangunan pencakar langit.
Bagi perumahan awam pula, PH menyokong dasar perumahan awam yang menjurus ke arah mereka yang miskin menjadi pemilik rumah, bukan sebagai penyewa semata-mata.
PH berpandangan, harga perumahan boleh dikawal jika kerajaan negeri mengekalkan kawalan atas pembangunan dan pengurusan perumahan awam.
Berkaitan kesihatan pula, PH akan memastikan kemampanan tenaga kerja dengan menangani kekurangan dalam penempatan housemanship selain mencadangkan hospital swasta membuka tempat untuk pelatih bidang kesihatan.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Suri Hati Mr Pilot iaitu Alvin Chong bimbang status agamanya menjadi persoalan atau kekeliruan berikutan dia membawa watak seorang mualaf dalam drama popular berkenaan.
Kamera Leica femes pasai digunakan oleh jurugambaq femes dunia Jenama ni la nih dah mula mengembangkan sayap ke dalam arena peranti mudah alih dengan bekerjasama dengan Huawei depa hari ni mela...
Sony Xperia XA Ultra ialah kesinambungan kepada Xperia C5 Ultra tahun lepaih Ia masih dok lagi sebuah phablet yang mensasaqkan depa yang gemaq ambik gambaq selfie Penamaan peranti mesra selfie ...
Asus Malaysia telah mengumumkan pada bulan Ogos 2016 yang lepaih tang mana depa bakai menawaqkan telefon pintaq Asus Zenfone 3 Deluxe untuk pasaran tempatan Selepaih beberapa bulan la nih akhia...
cheq terpanggil untuk memberikan sedikit komen dan pandangan dari sudut perundangan tentang pasai isu wang sumbangan oghang ghamai kepada anak anak mangsa kemalangan meninggai dunia di lebuhraya DU...
Episod penceraian Elly Mazlein antara berita yang memenuhi ruangan hiburan di surat khabaq dan perbualan utama di media so siall lebih kughang setiap minggu Nyata ia bukanlah satu perkara yang ...
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tanggai 18 Oktober lepaih telah menolak saman yang dikemukan oleh penulih novel terkenai Ombak meghoyan iaitu Fauziah Ashari terhadap Grup Buku Karangkraf dan syarik...
Twitter sebelum ni telah mengemaskini perkhidmatan sosial depa dengan tak lagi mengira pautan dan penyertaan gambaq dalam had aksara Terkini Twitter dilihat sedang menguji Tweet yang menyembunyi...
Selain menggunakan ulaq dalam program bina diri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM didakwa turut membawa peserta program ke kawasan perkuburan soghang murid pompuan Sekolah Kebangsaan Beluru...
Human papilloma viruih jugak dikenali HPV adalah satu kumpulan viruih yang terdiri lebih daripada 120 jenih viruih Lebih kughang 40 jenih viruih HPV dikenali sebagai genitai human papillomavir...
Minggu ni nama Faye Kusairi Azmi Hatta dan Elly Mazlein memang tak henti dikaitkan dengan gosip hangat Selepaih soghang mengeluaqkan kenyataan soghang lagi akan membalaihnya terpalin baghu ...
tak kami nafikan sejak Uqasha Senrose membuat keputusan untuk membuka hijab dan kembali tampil dengan imej seksi beliau menerima pelbagai kritikan dan kecaman Malah sehingga hari ni masih dok ...
soghang putera diraja Arab Saudi dilapoqkan membeli sebuah kapai mewah bernama Serene bernilai 300 juta pound RM1 54 bilion selepaih tertarik dengan keunikan kapai tu Pembelian yang tak diranca...
Gara gara menggunakan nombot pendaftaran serta cukai jalan muhung dan tak mematuhi peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dua buah gheta mewah milik soghang ahli bisnes ter ke nal dari Kelanta...
Ratu Elizabeth sedang mencari tukang cuci baghu untuk membersihkan pasu bersejarah dan lukisan miliknya di kediaman rasmi di Scotland Istana Holyroodhouse di Edinburgh Istana tu mengeluaqkan ikla...
Florida soghang lelaki yang sebelum ni femes selepaih laporan pasai keadaannya yang cuma mempunyai setengah kepala tersebaq di media di seluruh dunia admit tak bersalah ataih tuduhan cuba try test...
Akibat ketagihan judi bukan gheta dan barang kemaih saja yang dijuai malah pompuan bergelaq isteri sanggup dilacoq untuk melangsaikan hutang suami kaki judi tu situasi malang yang dialami soghan...
macam yang rakyat Malaysia dan seluruh dunia dah tau Najib Razak telah melancaqkan aplikasi Najib Razak untuk didownload secara chemeyy di Google Play Store dan Apple App Store Aplikasi rasmi ...
Satu lubang terbentuk di tekak soghang lelaki selepaih memakan salah satu cabai palin pedaih di dunia Ghost Pepper di Amerika Syarikat Laporan Fox News kata lelaki berumoq 47 tahun berkenaan me...
kola NERUS Sebuah pasaq ghaya di daerah ni melupuihkan 63 8kg cili kerin demi mengembalikan keyakinan pengguna selepaih gambaq tikuih dalam longgokan cili kerin disebaqkan menerusi laman media s...
RIYADH Arab Saudi menyatakan ia dah melaksanakan hukuman meninggai dunia terhadap soghang putera kerabat diraja negara tu yang didapati bersalah menembak meninggai dunia soghang lelaki masa pergad...
Susuk tubuhnya kecik saja manakala rambut perangnya yang panjang tu dikemaihkan dengan ikatan ekoq kuda yang kemaih sapadia sangka gadih manih tu sebenaqnya merupakan juruterbang pompuan berpangk...
Oppo hari ni telah memperkenaikan peranti terpalin baghu dibawah keluarga siri R iaitu Oppo R9s Dua peranti diperkenaikan dibawah siri ni iaitu Oppo R9s dan jugak Oppo R9s Pluih yang membawakan...
Prabayaq Xpax oleh Celcom dilahiaqkan semula dengan rupa segheba baghu Selain logo yang baghu ia jugak menerima nama baghu dan la nih dikenali sebagai Xpax Turbo Perkara palin menarik di Xpax T...
kola KUBU BHARU soghang lelaki berumoq 30 an yang ditemui meninggai dunia dalam gheta Myvi di Ampang Pecah kola Kubu baghu pada Ahad lepaih dipercayai mangsa bunuh Ketua polih Daerah Hulu Sela...
Uber bakai memperkenaikan tambang tetap untuk perjalanan sebelum pengguna mula mendapatkan servih UberX Hanya masukkan lokasi diambik dan destinasi pengguna akan dapat tengok teruih tambang Uber...
Pelakon Mia Ahmad menjelaihkan bahawa dia la nih dah bersedia untuk menikah dengan penjaga gol pasukan JDT Izham Tarmizi Roslan Kami dah berjumpak keluarga dan cheq selesa setakat ni Alhamduli...
Peraduan Colgate Kempen Tabung Bantuan Pendidikan telah dianjoqkan oleh Colgate Palmolive Malaysia dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia Peserta yang mempunyai anak berumoq 6 ke 17 tahu...
Suspek keh bunuh pegawai JPJ di Pejabat Agama Wisma Seri Iman kola Terengganu berjaya ditangkap oleh polih hari ni Suspek Mohd Hafiz Mohamad bersembunyi selama 4 hari selepaih menjadi buruan poli...
Jenama telefon pintar Wiko kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Abang Nara dah banyak kali berkongsi kehebatan dan kelebihan telefon pintar Wiko ini dengan pembaca BeautifulNara. Hari ini, Abang Nara nak cerita sekali sekali tentang 2 produk Wiko yang kini semakin popular ialah U range dan Y range.
Jerry, Lenny dan Robby adalah 3 nama telefon pintar di bawah Y range (kalau anda perasan semuanya berakhir dengan huruf Y). Telefon pintar WIko di bawah Y range ini mempunyai warna ceria, rekaan yang simple dan sempurna serta dijual pada harga yang amat berpatutan. Sangat sesuai untuk remaja dan mereka yang baru mula bekerja. Paling penting bagi Abang Nara ialah semua produk di bawah keluarga Y ini menyokong 3G, mempunyai skrin yang besar serta jelas dan piksel kamera yang cukup tinggi untuk gambar berkualiti.
ini ialah Jerry
ini ialah Lenny
Bagi Abang Nara, teknologi 5 fingerprints untuk 5 aksi yang ada di dalam keluarga U telefon pintar Wiko adalah amat mengujakan. Kepoweran Wiko Ufeel dan Ufeel LITE yang paling awesome ialah kehebatan imbasan jarinya. Boleh scan 5 jari untuk 5 aksi yang berbeza. Contoh ibu jari untuk bukak Facebook, jari telunjuk untuk telefon bini, jari tengah untuk buka Instagram, jari manis untuk telefon mak/ayah dan jari kelingking untuk buka YouTube. Tak ke senang tue? Jimat masa pun jimat jugak.
Dengan rekaan yang nampak premium, menyokong LTE, kamera belakang 13MP (Ufeel)/ 8MP (Ufeel LITE) dan 5MP untuk kamera selfie, keluarga U Wiko ini memang sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki. Itu belum tengok spefikasinya di mana Ufeel dan Ufeel Lite dijana dengan prosessor Quad Core 1.3GHZ. Confirm laju yang teramat sangat. Skrin bersaiz 5 inci pun memang cukup jelas untuk layan segala video. Lagi best sebab boleh guna dual sim. Memang terbaik sangat-sangat.
Abang Nara pun ada satu Wiko Ufeel Lite nie. Hehehe
Terbaru, Abang Nara menjumpai 2 inovasi yang cukup cool, smart dan power dari Wiko iaitu Wiko Smart Cover Wiboard dan juga Wicube. Memang kagum Abang Nara dibuatnya dengan kecanggihan teknologi serta kecantikan rekaan Wiboard dan Wicube. Meh sini Abang Nara kongsikan video untuk korang lihat sendiri kecanggihannya.
Menjaga telefon Wiko anda sepenuhnya, Wiboard dengan rekaan pelbagai warna yang ckup cantik membolehkan anda menjawab panggilan telefon, melihat notifkasi dan membuka applikasi kegemaran tanpa perlu pergi ke skrin. Semuanya boleh dicustomize mengikut keperluan anda. Memang power!!!
Wicube ini khas untuk telefon-telefon dari keluarga Y Wiko. Konsepnya lebih kurang sama dengan Wiboard cuma rekaannya lebih menarik, ceria dan gembira. Boleh check SMS, panggilan telefon, cuaca dan sebagainya tanpa perlu membuka telefon anda. Memang kreatif dan inovatif sungguh Wicube ini.
Dan yang paling best ialah Wiko bakal mengumumkan satu kejutan yang cukup besar dan bermakna untuk para penggunanya di Malaysia tidak lama lagi. Abang Nara pun tak tahu apa pengumuman tersebut. Namun sudah tentu ia akan cukup mengujakan. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah sentiasa layari my-en.wikomobile.com dan LIKE Facebook Wiko Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas pengumuman istimewa ini. Sama-sama kita nantikan.
Mia berharap, selepas pengakuan akan berkahwin dibuat, tiada lagi pihak yang terus mengaitkan beliau dengan Saharul Ridzwan.
Sedikit sebanyak saya berasa lega apabila mengaku sedang bercinta dengan Izham kerana sebelum ini orang terus mengaitkan saya dengan Saharul.
Tetapi apa yang saya harapkan semua pihak tidak lagi mengaitkan saya dengan Saharul kerana saya sudah ada seseorang dan Saharul pun sudah berkahwin.
Berbicara lebih lanjut mengenai percintaannya, Mia memberitahu jarak usia 3 tahun antara beliau dan Izham bukanlah satu penghalang buat mereka.
Meskipun Izham lebih muda daripadanya, pemikiran serta sikap Izham jauh lebih matang daripada usianya.
Saya senang dengannya walaupun dia tiga tahun lebih muda daripada saya tetapi itu bukan penghalang kerana sikapnya sangat matang.
Pada saya usia itu hanya angka dan sepanjang setahun mengenalinya saya dapati dia seorang yang memahami terutamanya karier saya sebagai seorang pelakon.
Rasanya masyarakat pun faham bahawa Saharul Ridzwan sudah berkahwin dan dah kurang sebenarnya berita yang mengaitkan nama Mia Ahmad dan Saharul. Kini mereka juga tahu Mia sudah ada kekasih hati bukan? Harapnya rencana Mia dan Izham untuk berkahwin dipermudahkan.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tanggal 18 Oktober lepas telah menolak saman yang dikemukan oleh penulis novel popular, Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari terhadap Grup Buku Karangkraf dan syarikat penerbitan filem Tarantella Pictures tahun lepas.
Sekitar bulan Februari tahun lepas, Fauziah telah mendakwa pihak Grup Karangkraf dan Tarantella Pictures tidak meminta beliau sebarang kebenaran untuk mengadaptasi novel tersebut kepada filem sedangkan beliau adalah pemilik hak cipta karya Ombak Rindu.
Fauziah juga mendakwa jalan cerita Ombak Rindu telah diubahsuai tanpa kebenaran bliau juga.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak saman Fauziah selaku plaintif atas alasan plaintif telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Grup Buku Karangkraf yang ketika itu dikenali sebagai Alaf 21 Sdn Bhd.
Amelia turut memerintahkan Fauziah membayar kos RM40,000 kepada Grup Buku Karangkraf dan Tarantella Pictures Sdn Bhd masing-masing selaku defendan pertama dan kedua.
Melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Fauziah dengan Alaf 21 pada 2002, Fauziah sebenarnya telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Alaf 21.
Mahkamah juga memutuskan berdasarkan perjanjian tersebut, Alaf 21 mempunyai hak mutlak untuk mengedit, menerbitkan dan menjual karya tersebut dalam apa juga bentuk, termasuk memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, pada 2002 Fauziah menandatangani perjanjian dengan Alaf 21 berkenaan karya Ombak Rindu.
Alaf 21 Sdn Bhd pada tahun yang sama menerbitkan buku Ombak Rindu sebelum memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem pada tahun 2009.
Filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam sekitar Disember 2011 dan dibintangi pelakon hebat Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Filem itu mendapat kutipan hampir RM10 juta.
Episod penceraian Elly Mazlein antara berita yang memenuhi ruangan hiburan di akhbar dan perbualan utama di media sosial hampir setiap minggu.
Nyata, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi oleh Elly apabila pelbagail spekulasi yang timbul dan satu demi satu pendedahan yang membuatkan beliau tampak buruk di mata masyarakat.
Namun, Elly semalam memberitahu beliau tidak mahu lagi mengendahkan perkara berkenaan dan sudah memaafkan bekas suaminya, Azmi Hatta dan Faye Kusairi.
Mengenangkan nasib Elly sebagai ibu tunggal yang harus menjaga seorang bayi perempuan yang masih kecil, ada yang bertanya jika beliau ingin mencari pengganti.
Serik dengan apa yang berlaku, Elly tidak mahu lagi terikat dengan mana-mana hubungan buat masa ini.
Saya bahagia hidup dengan anak dan abah. Buat masa ini saya belum mahu terikat dengan mana-mana lelaki selepas serik dengan perceraian.
Berjaya memasuki pertandingan Gegar Vaganza 3, Elly menganggap ia adalah kurniaan rezeki buat anak dan bapanya. Mereka adalah fokus utama Elly sekarang.
Saya anggap peluang masuk GV3 ini sebagai rezeki anak. Saya berlakon dan menyanyi adalah untuk mencari rezeki buat anak.
Semua yang saya lakukan adalah untuk anak dan abah yang berada di bawah tanggungjawab saya. Setelah mama meninggal dunia tahun lepas, abah tinggal dengan saya.
Bapa dan anak adalah permata yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kami harap Elly kekal bahagia disamping keluarga tercinta dan teruskan bertabah dalam apa jua dugaan hidup.
Tidak kami nafikan sejak Uqasha Senrose membuat keputusan untuk membuka hijab dan kembali tampil dengan imej seksi, beliau menerima pelbagai kritikan dan kecaman.
Malah, sehingga hari ini masih ada yang kurang senang melihat penampilan terbaru Uqasha dan mencari kesalahan beliau.
Mungkin sudah tidak tahan kerana terus dikritik, nampaknya Uqasha sudah menutup ruangan komen di akaun Instagramnya dan hanya tinggal ruangan untuk "like" sahaja.
Kalau hari-hari terima komen negatif, boleh buatkan jiwa kita tertekan. Apa yang dilakukan oleh Uqasha mungkin satu tindakan yang bijak buat masa ini untuk tidak lagi menghiraukan kritikan dan hidup tenang.
Minggu ini, nama Faye Kusairi, Azmi Hatta dan Elly Mazlein memang tidak henti dikaitkan dengan kontroversi hangat. Selepas seorang mengeluarkan kenyataan, seorang lagi akan membalasnya.
Terbaru, Faye yang turut tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan masalah Azmi dan Elly memberitahu beliau tidak akan berkahwin dengan kekasihnya itu semata-mata untuk menutup kontroversi.
Walaubagaimanapun, Faye akui setiap kontroversi membuatkan hubungan beliau dan Azmi lebih rapat.
Ada orang kata kalau kami kahwin dapat menutup semua cerita tetapi bagi saya situasi sekarang tidak sesuai untuk ke arah tersebut. Insya-Allah saya hanya bersedia untuk berkahwin apabila tiba masanya. Setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja walaupun banyak dugaan yang datang.
Pada masa yang sama, Faye akui beliau merasa tertekan dengan apa yang berlaku apatah lagi ketika dikecam oleh netizen.
Saya faham situasi saya sebagai selebriti tetapi sebagai manusia biasa saya juga ada berasa sedih dan menangis apabila pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap saya. Saya mangsa keadaan dalam hal ini tetapi Alhamdulillah dugaan yang Allah berikan ini sebenarnya terdapat pelbagai hikmah.
Syukur saya masih dapat teruskan kerja seperti biasa, rezeki dalam lakonan pun tidak putus.
Saya ingin memohon maaf kepada anda (wartawan) jika kenyataan saya di Twitter menyinggung perasaan kalian. Sejujurnya saya kesal di atas apa yang terjadi dan bukan niat saya untuk berkata demikian kerana ketika itu saya dalam keadaan tertekan.
Kenyataan itu saya buat kerana provokatif pihak Elly dan bukannya saya memaksudkan media bodoh. Twitter pula tidak boleh menulis status panjang jadi saya tidak boleh jelaskan betul-betul.
Masalah tidak akan selesai kalau hanya meluahkannya di media sosial. Harapnya selepas ini tiada lagi kontroversi mereka bertiga timbul. Buka buku baru dan jalani kehidupan masing-masing. Kadang-kadang diam itu lebih baik.
Sebelum ini memang ada timbul gosip mengatakan pelakon Mia Ahmad sedang menjalinkan hubungan dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan. Namun, Mia seakan berselindung mengenai perkara tersebut.
Terbaru, Mia akhirnya mengakui bahawa Izham adalah kekasih hatinya. Malah, Mia juga sudah bersedia untuk berkahwin dengan Izham.
Percintaan Mia dan Izham juga sudah mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Alhamdulillah kami sudah berkenalan selama setahun dan jujurnya saya selesa bersama Izham.
Insya-Allah jika ada jodoh kami akan berkahwin tetapi bukan dalam waktu terdekat memandangkan jadual Izham yang padat.
Kalau sudah selesa dan tahu hati budi masing-masing, teruskan sahaja niat untuk mendirikan rumah tangga. Benda baik, apa salahnya untuk dipercepatkan?
Kerana kekecohan yang berlaku itu, pelakon Faye Kusairi berkata ianya hanya merapatkan lagi hubungan dan mereka hanya akan berkahwin apabila tiba masa sesuai.
Bagaimanapaun, menurut Faye yang dia tidak akan berkahwin semata-mata untuk menutup semua kontroversi yang sedang melanda mereka ketika ini.
"Ada orang kata kalau kami kahwin dapat menutup semua cerita tetapi bagi saya situasi sekarang tidak sesuai untuk ke arah tersebut.
"Saya sudah berkenalan selama setahun. Setakat ini hubungan kami sudah direstui keluarga. Jujur kami selesa dengan hubungan ini.
"Jadual Izham hanya akan dikeluarkan pada bulan Disember ini. Jadi memang tidak mungkinlah dalam waktu terdekat," jelas Mia Ahmad yang sebelum ini sering berdolak-dalih mengenai hubungan cintanya.
"Apabila mengandung pada usia 40 tahun ke atas, memang proses kehamilan akan berbeza. Sebelum ini apabila hamil, berat saya akan meningkat sehingga 62kg saja. Tetapi, kali ini bertambah 10kg pula.
"Bayangkan, ketika kandungan berusia lima bulan, orang ingat saya sudah mahu bersalin. Badan saya tidak berisi pun, sebaliknya perut yang terlebih-lebih membesar," ujar pelakon Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, yang hamil anak kelima.
Nampaknya pelakon Faye Kusairi yang terlibat dengan kontroversi rumah tangga pengarah, Azmi Hatta dan penyanyi Elly Mazlein, memberitahu akan berkahwin sekiranya semua masalah ini diselesaikan dengan baik.
“Persediaan untuk berkahwin tidak ada. Dia (Azmi Hatta) ada merancang, kalau semua perkara selesai kenapa tidak sebab dia pun solat dan tengoklah bagaimana nanti. Untuk menamatkan zaman bujang pula, In shaa Allah kalau dipermudahkan,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Skrin (ASK) 2016.
Tambahnya lagi, hubungannya bersama Azmi Hatta semakin rapat walaupun kini masih dibelenggu dengan isu ini. Faye turut berkata bahawa mereka berdua mendapat sokongan daripada keluarga masing-masing.
“Kami tidak ada masalah, keluarga dia dan saya baik serta turut memberikan sokongan masing-masing. Mula-mula ingat bila perkara begini terjadi akan merenggangkan hubungan kami, tetapi semua tenang dan jadi rapat pula,” katanya kepada Rotikaya.
Sementara itu, Faye turut memohon maaf buat semua wartawan dan media di atas kekhilafannya memuat naik status yang membuatkan semua wartawan dan media berasa dihina oleh kata-katanya di laman Twitter.
“Saya memohon maaf secara umum di atas apa yang telah saya perkatakan. Saya minta maaf banyak-banyak kalau saya salah, saya tetap salah dengan media. Apa yang saya nak cakap sebenarnya ialah provokatif sahaja, bukan saya maksudkan media itu bodoh dan saya tak bermaksudkannya. Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya yang hanya ingin membersihkan namanya sahaja daripada kontroversi tersebut.
Umum mengetahui Uqasha Senrose telah dikecam hebat apabila beliau membuat keputusan untuk nekad membuka hijabnya dahulu, namun kritikan itu seakan tidak pernah habis dan masih ramai meninggalkan komen negatif mereka di laman Instagram pelakon itu. Tidak tahan terus diasak dengan kecaman, Uqasha dikatakan telah menutup ruangan komen di Instagramnya.
“Makin cantik dan bergaya Miss K lihat Uqasha sekarang dengan warna rambutnya yang semakin perang itu. Miss K pun terus membuka akaun untuk melihat foto-foto lain Uqasha. Namun ketika Miss K ingin melihat komen-komen peminatnya di Instagram, Miss K perasan ruangan komen sudah tiada. Yang tinggal hanya ruangan untuk pengikutnya ‘like’ sahaja”
“Miss K pun pelik, kenapa Uqasha tutup ruangan tersebut? Kasihan pengikut dan peminat Uqasha sebab dah tak boleh komen. Adakah Uqasha menutup ruangan komen di Instagram itu disebabkan sudah tidak tahan dengan komen negatif yang diterima. Mungkin dia sudah tidak mahu menghiraukan dan mahu terus pandang kehadapan,” tulisnya di ruangan Astro Gempak.
Bagaimanapun buat masa sekarang, Uqasha masih belum memberikan sebarang komen atau kenyataan mengenai tindakan beliau yang secara tiba-tiba menutup ruangan komen di Instagramnya. Walau apapun, jika itu yang dirasakan terbaik buatnya untuk terus bergerak ke hadapan tanpa mempedulikan kritikan negatif di sekelilingnya, apa salahnya. (rkty/w)
Jika sebelum ini pelakon Zul Yahya lebih banyak menghabiskan masa dengan dunia seni, kini penghijrahan beliau mendekati agama telah menarik minat orang ramai selain turut diundang memberikan kuliah.
Melalui video penuh yang dikongsikan oleh Facebook Audiokuliah, Zul berkongsi kisah sebelum dan selepas penghijrahannya dan ternyata perkara tersebut disambut baik oleh peminatnya. Malah para peminatnya turut mendoakan agar perubahan Zul ini akan terus kekal.
“Apa yang berlaku di sekeliling kita, apabila saya berubah, saya tahu dah – apa yang berlaku di sekeliling ketika ini adalah salah kita. Salah kita sebab kita tidak bersatu di dalam agama Allah, kita tidak bersatu tentang agama Allah SWT,” jelasnya.
Selain Zul, sebelum ini Saiful Apek juga menjelaskan bahawa dia turut diundang menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Kebanyakan perkara yang disampaikan mereka adalah datangnya dari perkongsian hidup sebelum dan selepas mendalami agama Islam. (rtky/s)
Didakwa sering memukul dan menumbuk bekas suami kerana sifat cemburu melampau, Elly Mazlein yang seakan malas melayan sikap bekas suaminya, Azmi Hatta redha dengan tuduhan yang dilemparkan. Azmi sebelum ini membuat sidang media mendedahkan sikap Elly dalam akaun bersumpah termasuk mengatakan Elly sering melakukan kekerasan sepanjang perkahwinan.
“Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu. Saya tahu tentang akuan sumpah ‘istikharah cinta’ setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini”
“Demi keluarga dan permintaan pengikut saya, saya juga tidak akan muat naik apa-apa kisah berkaitan pasangan tersebut lagi,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan tindakannya yang sering menyindir bekas suami dulu di Instagram.
Pendedahan itu dibuat dalam akaun bersumpah yang menyenaraikan 45 perkara berkaitan perihal rumah tangga yang dibina mereka sejak berkahwin pada 2014. Dalam pendedahan itu juga, Elly didakwa bersikap terlalu cemburu terhadapnya sehingga menjadikan beberapa pelakon wanita yang terlibat dalam drama di bawah arahannya sebelum ini sebagai mangsa keadaan.
Terdahulu pada Selasa lalu, Azmi telah mengadakan sebuah sidang media di Taman Tasik Titiwangsa bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit mengenai kisah perceraiannya dengan Elly Mazlein yang turut dikaitkan dengan orang ketiga. Selain itu, beliau turut menafikan hubungan cinta yang terjalin bersama Faye Kusairi sebagai punca penceraian mereka. (rkty/w)
Rasanya semua orang sudah pun tahu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini, riuh sekampung jugalah orang kita untuk menjadi antara yang pertama memiliki telefon pintar terbaru dari Apple.
Dengan itu bagi merealisasikan impian peminat iPhone di Malaysia, Digi telah menganjurkan acara #TheAmazing7 bertempat di Digi Headquarters (D'House), Shah Alam bagi melancarkan produk keluaran terbaru Apple di Malaysia.
Memang meriah sambutan itu, sampaikan seawal jam 8 malam pun, sudah ramai yang datang memenuhi perkarangan D'House untuk merasai sendiri pengalaman menanti detik perlancaran produk terbabit.
Bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan telefon pintar mereka, Digi turut menyediakan servis Grabcar PERCUMA bagi sesiapa yang ingin datang dan membeli terus iPhone 7 & iPhone 7 Plus disana.
Bagi mereka yang tiba awal disana, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pelanggan kesayangan Digi. Sambil menantikan detik 12 tengahmalam, anda boleh melayan movie dan bersantai bersama rakan di bahagian luar headquaters mereka. Kalau lapar pula, terdapat beberapa food truck disediakan di luar pekarangan D'House.
Apa yang paling menarik bagi mereka yang hadir pada malam tersebut, Digi telah menawarkan rebat sehingga RM1,077 kepada pelanggan yang tidak sabar untuk membeli iPhone 7 dan iPhone 7 Plus disana. Jadi memang murah habis harga yang ditawarkan Digi pada malam itu, dengan plan telefon yang juga turut sama berbaloi.
Pada tepat jam 12 tengahmalam, semua telah siap berkumpul di tengah-tengah D'House untuk sama-sama countdown perlancaran iPhone 7 & iPhone 7 Plus. Akhirnya penantian penggemar iPhone berakhir apabila pintu kaunter pembelian iPhone dibuka. Seronok betul masing-masing mencuba telefon baru mereka sampai tak pandang kiri kanan.
Untuk pengetahuan, produk terbaru Apple pada kali ini menawarkan pelbagai ciri baru termasuk teknologi terbaru pada kamera, selain daripada bersifat kalis debu dan juga air. Jadi bagi sesiapa yang ingin mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, boleh lewati cawangan Digi berhampiran atau layari: http://new.digi.com.my/smartphone/iPhone-7
Akibat daripada status yang dimuat naik oleh pelakon, Sharifah Shahirah mengenai adiknya, Sharifah Sakinah yang sedang hamil di laman sosial, beliau dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat yang menyangka pelakon itu sedang hamil. Bagaimanapun, Sakinah ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa kakaknya hanya bergurau sahaja.
"Saya tak hamil. Kakak saya sekadar bergurau, tak sangka pula pengikutnya ambil serius. Saya percaya aturan Allah jauh lebih baik daripada apa yang dirancang. Mungkin belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.
Selepas mengalami pengalaman pahit apabila keguguran pada penghujung bukan Mac lalu, Sakinah lebih selesa menyerahkan soal zuriat kepada Yang Maha Esa. Walaupun beliau pernah mengatakan belum bersedia untuk mempunyai anak, namun mengandungkan bayi yang dipinjamkan sekejap buat dirinya itu cukup memberikan kenangan indah buat beliau dan suami.
Terdahulu, Sakinah mengalami keguguran selepas bayi yang dikandungkannya meninggal dunia pada usia masih di peringkat awal. Menurutnya, beliau hanya mendapat tahu mengenainya dua minggu sebelum keguguran dimana usia bayi pada ketika itu masih kecil. Namun beliau dan suami, Aliff Adha menerima ketentuan serta ujian yang diberikan itu dengan redha. (rkty/w)
Tindakan bekas suami Elly Mazlein mendedahkan perkara sebenar yang terjadi sehingga membawa penceraian nampaknya turut mengundang rasa tidak puas hati Faye Kusairi malah turut mendakwa wartawan yang melaporkan berita berkenaan sebagai bodoh.
Perkara tersebut turut dikongsikan oleh Elly Mazlein di Instagram miliknya selain beberapa lagi keratan laporan mengenai penjelasan bekas suaminya itu. Malah jelas sekali di laman sosial kini sudah ada #TeamFayeKusairi dan juga #TeamEllyMazlein, demi menegakkan kebenaran artis tersayang.
Tindakan Faye dalam masa yang sama sebenarnya turut dilihat seperti mahu menutup periuk nasi sendiri kerana terlalu cepat melatah dengan apa yang terjadi. Sebaik baik tindakan bagi kami untuk kedua dua belah pihak ialah tidak cepat melatah. Nanti lama lama orang lupa juga.
Apa pun, diharapkan agar perkara ini akan berlalu juga. Terlalu cepat melatah di dalam dunia seni kebiasannya hanya akan mengundang padah sendiri. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment