Saturday, 29 October 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 29 Oct 2016 07:49 PM PDT

ROTIKAYA


5 Sebab Amerika Selatan Adalah Destinasi Percutian Anda Selepas Ini

Posted: 28 Oct 2016 09:04 PM PDT

Pernahkah anda teringin untuk untuk menjejak kaki di bumi Amerika Selatan? Atau pernahkah anda mendengar tentang betapa indahnya bumi Amerika Selatan? Amerika Selatan merupakan salah satu negara yang mempunyai kepelbagaian budaya dan juga tempat untuk dilawati, namun untuk bercuti ke Amerika Selatan bukan lah perkara yang mudah.

Selain itu juga Amerika Selatan merupakan destinasi yang jauh dan memerlukan masa perjalanan yang panjang, kos yang terlibat untuk merealisasikan percutian idaman anda ini juga agak mahal. Anda teringin untuk bercuti ke sana? Jangan risau, kami ada cara untuk anda ke Amerika Selatan dengan percuma.

Bagaimana? Kamj akan bagitau kepada anda bagaimana, tetapi terlebih dahulu mari kita lihat 5 sebab anda perlu pilih Amerika Selatan sebagai destinasi percutian anda seterusnya.

1. Anda boleh alami dan rasai kepelbagaian budaya

south-america1

Dengan keluasan 2 kali ganda Australia, Amerika Selatan yang terdiri dari 13 negara memang tidak boleh lari dari kepelbagaian budaya, makanan, rakyat mahu pun cuaca setempat. Sebagai contoh Peru & Bolivia mungkin mempunyai sejarah awal yang hampir sama namun jika dilihat lebih dekat masing masing mempunyai ciri tersendiri dalam budaya.

Jadi jika anda ingin melihat kepelbagaian budaya dan tradisi masyarkat Amerika Selatan ini lah peluang anda. Bila lagi kita nak hargai kepelbagaian budaya dalam dunia 'kan?

2. Gelaran 'Paris Of South America'

buenos-aires-original-10795

Tahukah anda yang Buenos Aires, Argentina digelar sebagai Paris of South America? Ianya kerana bandar ini cukup moden dan cantik dengan pengaruh senibina Eropah. Selain itu Amerika Selatan turut mempunyai pelbagai lagi bandar menarik untuk dilawati seperti Rio de Janeiro, Sao Paulo dan juga Santiago di Chile yang semakin membangun sebagai kosmopolitan moden.

Jika anda ingin belajar cara hidup moden orang Amerika Selatan, ini lah peluang anda.

3. Juga pemandangan yang sangat, sangat memukau

itinerary-header

Teringin untuk menikmati keindahan alam semulajadi? Jika anda seorang yang menghargai keindahan semulajadi, Amerika Selatan merupakan salah satu negara yang penuh dengan keindahan semulajadi yang pasti akan buat anda terpukau.

Dari kota lama Machu Picchu sehinggalah ke Patagonia dan terus ke Iguazu Falls yang dikongsi oleh Argentina & Brazil, Amerika Selatan memang tidak akan mengecewakan anda. Pilihlah sahaja mana mana destinasi dan anda pasti akan pulang dengan pandangan baru terhadap dunia.

4. … dan yang paling penting, MAKANNN!

wpid-20150724_1953021

Jika anda adalah peminat setia juadah antarabangsa atau anda suka mencuba makanan negara lain, ini lah peluang anda. Apalah ertinya jika berjalan sejauh ini namun tidak mencuba makanan yang dimakan saban hari oleh penduduk di Amerika Selatan. Kepelbagaian makanan yang dibawa oleh 13 negara ini bukan sesuatu yang selalu kita jumpa.

Dari milanesa, empanadas, tacos, burritos dan macam-macam lagi, semua hidangan ini menanti bagi sesiapa yang suka mencuba makanan negara Amerika Selatan. Jangan risau kelaparan dan rindu Nasi Lemak kalau ke Amerika Selatan. HAHA!

5. Yang lagi BEST, boleh pergi PERCUMA!

screen-shot-2016-10-13-at-12-03-21-pm

Ini sebab paling menarik untuk anda. Hadirkan diri anda ke festival bertemakan segalanya Amerika Selatan, Fiesta De Divo yang akan dianjurkan oleh DIVO@Damansara North, pada 18 Disember 2016 ini yang akan mengambil tempat di Galeri Penjualan DIVO (The Zizz Sales Gallery).

Jika anda merupakan salah seorang pembeli unit Divo bermula hari ini sehinggalah 18 Disember 2016, anda berpeluang untuk menang RM60,000 pakej percutian ditanggung beres untuk dua orang ke Amerika Selatan selama 17 hari. Whoaa!

Mana tahu rezeki anda boleh jejak ke bumi Amerika Selatan dengan percuma pula selepas ini. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi Facebook Divo – The Zizz https://www.facebook.com/divothezizz/ atau sila hubungi 03-61512999/016-3331199

MySensasi

Posted: 29 Oct 2016 12:23 PM PDT

MySensasi


Keputusan Hoki Piala Sultan Johor 2016

Posted: 28 Oct 2016 11:28 PM PDT

Jadual Keputusan Hoki Piala Sultan Johor 2016. Seperti semua sedia maklum Kejohanan Hoki Lelaki bawah 21 tahun iaitu Piala Sultan Johor atau The Sultan Of Johor Cup 2016 akan diadakan pada 31 Oktober hingga 6 November 2016 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. Enam pasukan akan terlibat iaitu England, New Zealand, Pakistan, Australia, Jepun dan …

The post Keputusan Hoki Piala Sultan Johor 2016 appeared first on Info Semasa.

Siaran Langsung Kedah vs Selangor 30 Oktober 2016

Posted: 28 Oct 2016 10:48 PM PDT

Live Streaming Siaran Langsung Kedah vs Selangor 30 Oktober 2016. Aksi kemuncak saingan Liga Malaysia 2016. Perlawanan akhir TM Piala Malaysia yang akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam. Pasukan manakah yang akan menjulang kejuaraan untuk edisi ke 90 ini? Semua sudah sedia maklum, perlawanan Selangor vs Kedah ibarat perlawanan ulangan musim lalu dimana Selangor muncul …

The post Siaran Langsung Kedah vs Selangor 30 Oktober 2016 appeared first on Info Semasa.

Biodata Amar Asyraf

Posted: 28 Oct 2016 10:02 PM PDT

Biodata Amar Asyraf. Pelakon lelaki yang mula mencipta nama dalam industri hiburan tanahair menerusi drama popular Setia Hujung Nyawa. Selepas itu mula mendapat tempat dalam drama melayu dan turut terlibat dalam aktiviti pementasan teater. Drama terkini yang sedang disiarkan adalah Umairah di Samarinda TV3. Dibawah adalah sedikit info profile dan biodata Amar Asyraf Nama : …

The post Biodata Amar Asyraf appeared first on Info Semasa.

Stadium Shah Alam Saksi Pertembungan Kedah vs Selangor

Posted: 28 Oct 2016 08:40 PM PDT

Stadium Shah Alam Saksi Pertembungan Kedah vs Selangor. Debaran aksi final Piala Malaysia pada 30 Oktober 2016 semakin dirasai. Penyokong Selangor dan Kedah pasti sudah bersedia dalam dari segi mental dan fizikal. 70 ribu penyokong bakal berkumpul di Stadium Shah Alam. Stadium Shah Alam tidak perlu diperkenalkan lagi. Antara stadium yang bertaraf dunia dengan keluasan …

The post Stadium Shah Alam Saksi Pertembungan Kedah vs Selangor appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 29 Oct 2016 10:33 AM PDT

KedahLanie.info


Bahaya terlalu bergantung kepada China

Posted: 29 Oct 2016 01:29 AM PDT


Bahaya terlalu bergantung kepada China

A Kadir Jasin

ULASAN l Komen seorang kawan Facebook yang berbunyi: "Lumayan???? Apakah setiap kali peri (pergi)… Ada saja benda nak dijual kepada mereka…"

Petikan di atas adalah jawapan beliau kepada tampalan saya mengenai mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai lawatannya ke China.

Dalam pesanan bertarikh 21 Oktober itu, Najib berkata: "Minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakan agar lawatan ini membawa kejayaan lumayan untuk negara kita."

Pengulas yang curiga terhadap apa yang Najib akan rundingkan di China itu adalah seorang pesara PDRM berpangkat pengarah di Bukit Aman.

Kenyataan pegawai polis pencen itu mewakili perasaan ramai rakyat jelata Malaysia yang sedar mengenai bahaya terlalu bergantung kepada China.

Soalnya, tidakkah tindakan Najib seperti menggadaikan masa depan negara dan cucu cicit kita kepada China semata-mata kerana menimbus RM50 bilion hutang 1MDB?

Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, dua perkembangan besar telah berlaku.

Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia.

Cai Zemin menyifatkannya sebagai "permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China."

Ingat tu – "koridor kereta api China" - yang akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Timur dan Asia Selatan."

Seperti sesetengah orang telah sedia maklum, China Railway Group (CREC) dan rakan kongsinya, Inskandar Waterfront Berhad milik tauke Tan Sri Lim Kang Hoo kini memiliki 60 peratus saham syarikat yang akan memajukan Bandar Malaysia. Baki 40 peratus dipegang oleh 1BDB.

Kedua, pada 28 Oktober Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pandai daripada China.

Menurut agensi berita Reuterstampalan itu ditarik balik apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu.

Saya dimaklumkan ketika lawatan saya ke Jepun antara 10 dan 16 Oktober lalu yang kerajaan Jepun ingin menawarkan secara percuma bekas kapal pengawal pantainya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tapi kalau setakat membuat tawaran kepada APMM dan secara percuma mungkin susah berjaya sebab bila percuma tentulah tidak ada unsur komisen.

Dalam lawatan kali ini dia dipercayai akan cuba "menjual" beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.

Jual harga lelong

Sebelum Bandar Malaysia, 1MDB yang Najib sendiri asaskan dan menjadi pegawai nombor satunya (MO1 kata Datuk Abdul Rahman Dahlan) telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan "harga lelong" RM9.2 bilion.

Saya kata "harga lelong" sebab 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi.

Ikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 saja.

IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy, kepada China Nuclear tahun lalu.

Penjualan murah itu mencetuskan dua ramalan sensasi. Pertama 1MDB kesesakan wang dan sanggup tanggung kerugian dianggarkan RM3 bilion. Kedua RM3 bilion dibayar bawah meja bagi menyelesaikan sebahagian hutang 1MDB.

Tetapi 1MDB menafikannya. Ia berkata harga itu berpatutan kerana syarikat milik negara China tersebut turut mengambil alih hutang Edra.

Rancangan asal ialah menjual saham Edra untuk mengumpul modal tetapi dirasakan tidak "viable" apabila skandal 1MDB meledak.

Penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada China Railway Group (CREC) dan Iskandar Waterfront Berhad juga menjadi tanda tanya kerana ia bukanlah pembangunan teknologi tinggi yang kita tidak ada kepakaran.

Kita tidak mampu?

Pertanyaan timbul apakah kita memerlukan modal dan kepakaran China untuk membina Bandar Malaysia, bandar kita sendiri, sedangkan kita ada banyak syarikat tempatan seperti Sime Darby, SP Setia, MRCB dan Boustead yang telah berjaya membina projek seperti itu atau lebih besar?

Kalau Sime Darby, SP Setia dan KWSP mampu membangunkan bandar orang putih di tapak kilang penjana elektrik Battersea di London adakah mereka tidak berdaya memajukan Bandar Malaysia?

Siapakah yang memajukan KL Sentral kalau bukan MRCB dan Kompleks Menara Kembar Petronas kalau bukan Petronas sendiri?

Apakah syarikat kita tidak ada modal sehingga perlu bergantung kepada China?

Siapakah yang meminjamkan modal kepada 1MDB untuk membeli tapak Bandar Malaysia dan TRX daripada kerajaan kalau bukan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Tahung Haji, KWSP dan KWAP?

Apakah Tabung Haji, KSWP, PNB dan LTAT disuruh berpakat memajukan Bandar Malaysia menggunakan modal dan kepakaran tempatan?

Bukankan memberangsang bagi anggota dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau LTAT turut terbabit memajukan Bandar Malaysia kerana tapak itu dulunya milik TUDM?

Mengapa China?

Adakah kerana China ada modal dan kita telah kemuflisan modal?

Adakah kerana China ada kepakaran tetapi kita ketandusan kepakaran?

Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib ekoran skandal global 1MDB?

Atau ada udang lobster gergasi di sebalik batu karang dalam penjualan aset negara kepada negeri China?

Seperkara lagi kalau kita tidak buta sejarah dan tidak buta politik, kita tentu sudah lama nampak bahawa China hari ini bukan China pada tahun 1405.

Pada tahun 1405 hingga 1433, Laksamana Zheng He atau lebih kita kenali sebagai Cheng Ho mengepalai armada China ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan barat Afrika dalam misi tinjauan dan persahabatan.

Hari ini armada Tentera Rakyat China melayari Laut China Selatan dan Utara bagi menunjuk kekuatan dan memperluas tuntutan.

Kalau kita ada otak, kita perlu berasa bimbang dengan hegemoni baru China ini. Lihat bagaimana "politik" China sedang mengganggu gugat konsensus Asean dan dasar berkecualinya!

Atau Najib secara sedar atau tidak sedang mematikan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata bukan China mendomasi kita dengan wang ringgit.

Aneh, di saat orang Umno dipropagandakan supaya takut dan benci kepada Cina DAP, presiden mereka sendiri sangat intim dengan negeri China sehingga menyerahkan projek strategik (kereta api dan kawalan laut) dan ikonik (Bandar Malaysia) kepada syarikat milik pemerintah China.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya.

Sumpah kerahsian menteri bukan untuk lindungi salah laku pemimpin

Posted: 29 Oct 2016 12:46 AM PDT

Kenyataan Media

*SUMPAH KERAHSIAAN MENTERI BUKAN LINDUNGI SALAH LAKU PEMIMPIN TETAPI LINDUNGI NEGARA DAN RAKYAT*.

1.Amalan sumpah kerahsiaan dikalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan didunia. Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas olih pihak lain.Contoh dalam penyediaan rancangan keselamatan dan pertahanan negara.

2.Ini bermakna perkara perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak ujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.

Contohnya pembayaran kepada Abbar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu.

3.Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri.Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain.Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.

4.Jika apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah (bekas menteri kewangan kedua) yang juga bekas jurucakap kabinet berkaitan dengan 1MDB didalam perbahasan bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini dianggap melanggar sumpah kerahsiaan,ini bermakna Speaker Parlimen Malaysia telah mengakui kebenaran apa yang dibangkit dan didedahkan olih 3 bekas anggota jemaah menteri tentang jenayah salah laku dalam urusan pentadbiran kerajaan adalah benar tetapi ianya rahsia.

Terima kasih Tan Seri Speaker,Rasuah dan rompakan negara adalah rahsia.

*_#BerjuangUntukRakyat_*
*_JanganTipuRakyat_*
*_#1MDBAdalahRahsia_*
*_#SelamatkanMalaysia_*
*_#BiarJasaJadiKenangan_*

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
_Ahli Parlimen Pokok Sena_
10:30am, Taman AlWalid Alor setar
29 Okt 2016/28 Muharam 1438H

Toknek.com RSS Feed

Posted: 29 Oct 2016 02:31 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


5 Sebab Amerika Selatan Adalah Destinasi Percutian Hampa Selepaih Ni

Posted: 28 Oct 2016 11:42 PM PDT


Pernahkah hampa teringin untuk untuk menjejak kaki di bumi Amerika Selatan Atau pernahkah hampa mendengaq tentang pasai betapa indahnya bumi Amerika Selatan Amerika Selatan merupakan salah satu n...

Malaysia Masih Dok Antara Bandaq Palin Mudah Jalankan Bisnes Bank Dunia

Posted: 28 Oct 2016 11:34 PM PDT


gambaq dari Malaysia TravelMeskipun Malaysia mengalami krisih ekonomi yang tak menentu masa ni namun negara ni masih dok lagi berada ditangga terataih didalam senarai 25 negara yang mudah buat bis...

Arab Saudi Berjaya Pintaih Peluru Berpandu Berhampiran Makkah

Posted: 28 Oct 2016 11:32 PM PDT


Satu serangan peluru berpandu yang didakwa telah dilancaqkan oleh pemberontak Houthi Yemen berhampiran kota suci Mekah telah berjaya dipintaih oleh pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi Tambah ...

Pokok Keladi Tikuih Merawat Penyakit Kanser

Posted: 28 Oct 2016 10:02 PM PDT


Daun pokok Keladi Tikuih berbentuk macam jantung dan berwarna hijau segaq Dalam bahasa Inggeris pokok Keladi Tikuih disebut sebagai rudent tuber Ia mudah dijumpai dikebanya tempat di Malaysia j...

Badan Naik Lepaih Beranak Raja Farah Tak Ceghita

Posted: 28 Oct 2016 08:42 PM PDT


keghap dok dengaq artis pompuan yang bergelaq ibu bagaikan mengelak untuk bergambaq pasai perubahan bentuk badan yang semakin meningkat selepaih bersalin namun bagi Raja Farah dia tak ceghita pas...

Xiaomi Mi Note 2 Pengganti Torrrbaek Samsung Galaxy Note 7

Posted: 28 Oct 2016 07:02 PM PDT


Setelah beberapa teaser yang dikeluaqkan baghu baghu ni akhiaqnya Xiaomi Mi Note 2 telah dilancaqkan Model ni merupakan model kedua keluaran Xiaomi yang memfokuihkan kepada flagship phablet Nam...

Lagu Mana Cheq Melembutkan Sikap Cengeyy Dan Keraih Kepala Isteri

Posted: 28 Oct 2016 10:02 AM PDT


Berikut adalah luahan dan nasihat pada Rafie Ramli dan Felinna Nadea yang jugak merupakan Pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd Caliph Kids Expert Felinna Beauty serta Felinna Boutique Bahan n...

Misil Nuklear Satan 2 Terbaharu Rusia Mampu Musnahkan Kawasan Seluas Perancih

Posted: 28 Oct 2016 04:02 AM PDT


Rusia mendedahkan beberapa kepin gambaq yang menunjukkan misil nuklear terbesaqnya dan ghamai dok kata mampu memusnahkan kawasan sebesaq sebuah negara Perancih Menurut Mail Online misil berkenaan...

myartis.com

Posted: 29 Oct 2016 01:47 AM PDT

myartis.com


VIDEO - JAWAPAN BIJAK ANAK ZUL YAHYA BILA DITANYA KAWAN SEKOLAH

Posted: 28 Oct 2016 07:30 PM PDT



Menerusi Instagram pelakon dan pengarah filem, Zul Yahya telah memuat naik sebuah video perbualannya dengan anak perempuannya bernama Arissa.

Melalui video berdurasi kurang satu minit itu, Arissa menceritakan situasi diajukan persoalan oleh kawan-kawan sekolahnya kenapa bapanya tidak berlakon lagi.

Namun jawapan yang diutarakan oleh Arissa menyejukkan hati bekas pelakon drama bersiri superhero tempatan 'Pepaya' ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

10 GAMBAR - ERIN MALEK & KELUARGA BERCUTI DI DUBAI & LONDON

Posted: 28 Oct 2016 06:27 PM PDT



Baru-baru ini, Erin Malek yang kini sedang hamil anak kedua itu telah bercuti di Dubai dan London bersama suami Farriz Fauzy serta anaknya Mohamed Faliq.

Menerusi laman Instagram pasangan ini, mereka telah berkongsi gambar-gambar sekitar percutian mereka di sana.

Jom lihat!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ANAK KAK TON, NADIA ANNUAR SELAMAT BERSALIN

Posted: 28 Oct 2016 04:49 PM PDT



Semalam anak kepada Kak Ton iaitu Nadia Annuar dan suaminya Hafiz Salleh telah menerima kehadiran 'orang baru' dalam hidup mereka. Nadia telah berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.

Selain itu, Nadia yang merupakan personaliti TV itu turut memberitahu yang dia dan suaminya itu telah sepakat menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Dya Naylaa.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment