AMMBOI DOT COM Posted: 24 Oct 2016 12:38 PM PDT |
MySensasi Posted: 24 Oct 2016 12:02 PM PDT Biodata Lufya Omar Posted: 24 Oct 2016 09:04 AM PDT Biodata Lufya Omar. Pelakon yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam ( AF6 ) bakal muncul dalam drama terbaru di Slot Samarinda TV3 yang bertajuk Umairah. Beliau akan memegang watak utama disamping Amar Asyraf dan Shah Iskandar. Dibawah dikongsikan serba sedikit info profile biodata Lufya Omar. Nama Penuh : Lutfyah Binti Sheikh Omar Umur … The post Biodata Lufya Omar appeared first on Info Semasa. | Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3 Posted: 24 Oct 2016 08:41 AM PDT Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3. Peminat drama melayu akan disajikan dengan satu lagi cerita menarik menerusi slot Samarinda yang bertajuk Umairah. Akan mengandingkan pelakon hebat sepanjang bersiaran sebanyak 15 episod bermula 25 oktober 2016. Drama yang mengantikan Patahnya Sebelah Sayap ini boleh ditonton setiap isnin hingga rabu jam 10 malam. Senarai Pelakon Drama Umairah … The post Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3 appeared first on Info Semasa. | |
KedahLanie.info Posted: 24 Oct 2016 10:36 AM PDT Bajet 2017: ‘Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya...’ Posted: 24 Oct 2016 05:19 AM PDT  Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah memberi amaran bahawa matlamat Bajet 2017 tidak akan tercapai jika peruntukan kerajaan itu tidak disalurkan dengan betul.
"Fokus betul-betul. Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya it becomes nothing," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. "Kita beri (peruntukan) kepada semua orang hingga ia jadi begitu sedikit," katanya. Ini adalah kali pertama Husni membahas sejak digugurkan jawatannya pada bulan Jun, selepas diberitahu bahawa beliau akan dipindahkan ke kementerian lain dalam rombakan kabinet. Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian untuk mengetahui sektor mana yang seharusnya pelaburan dibuat. Ini katanya, adalah bagaimana negara-negara seperti Korea Selatan mampu melonjakkan negara mereka daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi satu. Beliau juga berkata semua kementerian perlu melihat kekuatan dan kelemahan secara holistik. | Dah cabar 3 kali nak kita balik, silap hari Umno yang tidak kekal, kata Mukhriz Posted: 23 Oct 2016 11:48 PM PDT  Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Parti Prubumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kekal sebagai sebuah parti pembangkang di negara ini dan tidak sekali-kali ahlinya dan pemimpinnya kembali ke pangkuan Umno. Naib Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercerita bagaimana beliau sendiridan rakan-rakan yang tidak sehaluan Umno pernah dicabar oleh pemimpin Umno. " Sewaktu saya jadi menteri besar saya dicabar seorang Adun untuk mengatakan pendirian sama ada saya sokong atau tidak sokong PM dan Presiden Umno. "Bila sudah dicabar saya jenis tak suka dicabar saya kata padanya saya tidak sokong PM. "Kalau tidak sokong dicabarnya kita keluar dari Umno tetapi kita bertahan dalam parti akhirnya dia keluarkan kita daripada Umno. "Ada satu lagi cabaran kalau dah keluar tidak lagi bersama Umno kalau berani bukalah parti baru...dah tiga kali dicabar kita pun rasa tercabar... dan sekarang kita dah ada PPBM," ujarnya ketika berucap pada siri Bicara Rakyat parti itu yang diadakan di Dataran Hamas Kompleks Pas Jasin Melaka malam tadi. Bekas menteri besar Kedah ini juga menarik kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini seolah mahu memujuk bekas ahli-ahli Umno ini kembali kepada Umno. "Tiba-tiba ketua penerangan Umno dia pula kata.. kalau takda apa silalah balik ke Umno "Dah cabar tiga kali boleh nak ajak kita balik Umno pula..PBPM akan kekal didalam di Malaysia, ia tidak akan balik ke pangkuan Umno. "Malah silap hari parti pribumi Bersatu pula kekal parti Umno yang tidak kekal," ujarnya dihadapan lebih kurang 4,000 penyokong parti itu. Turut hadir Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anina Saadudin,Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah. | Amanah mengusulkan RUU355 di parlimen dengan menekankan keadilan, Pas hanya tambah hukuman Posted: 23 Oct 2016 11:45 PM PDT Usul RUU 355: Amanah tekankan keadilan, Pas hanya tambah hukuman  Khalid Abdul Samad ketika ditemui media di lobi parlimen hari ini.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Amanah mengemukakan usul alternatif pindaan Akta 355 kerana mahu Mahkamah Syariah benar-benar diperkasakan, tegas Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad. Beliau berkata, usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian daripada Amanah memberi penekanan terhadap aspek keadilan secara menyeluruh berbeza dengan pendekatan Pas. "Usul pindaan daripada Amanah jauh lebih berbeza daripada apa yang cuba dibawa oleh Pas. Pendekatan Pas tambahkan hukuman dalam memperkasakan Mahkamah Syariah. Bagi kita pula, tanggungjawab mahkamah adalah menegakkan keadilan. "Mahkamah memerlukan keadilan bukan sekadar tambah hukuman tetapi diperkasakan dalam erti kata sebenar," ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Mengakui usul alternatif pindaan akta terbabit bukan perancangan awal Amanah, Khalid berkata, keputusan berbuat demikian selepas Pas tidak menghiraukan pandangan mereka sebelum ini. Hadi tidak peduli "Isu Mahkamah Syariah ini bila Hadi Awang bawa usul pindaan Akta 355, kita bertanya dia tidak jawab. Kita beri pandangan dan minta masukkan cadangan kita sikit, dia tidak respon. "Kita dari awal memang tiada niat untuk masukkan usul sendiri tetapi bila soalan tidak berjawab dan cadangan kita tidak mendapat respon Pas maka kita tiada pilihan melainkan kemukakan usul alternatif. "Kita mahu tunjukkan pendekatan Amanah berhubung pemerkasaan Mahkamah Syariah jauh berbeza daripada apa yang ditunjukkan oleh Pas," jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi. | 'Kami dikritik keluar dewan, tapi Pekan tak hadir pun hari ini' Posted: 23 Oct 2016 11:37 PM PDT  Ketua pembangkang menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir mendengar ucapannya ketika membahaskan Belanjawan 2017 di parlimen hari ini.
“Kami diselar kerana ‘keluar dewan’ tetapi hari ini apa yang amat ketara dan menjolok mata ialah YAB Pekan (Najib) tidak hadir pun ke dewan,” kata Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Jumaat lalu, pembangkang keluar dewan ketika Najib yang juga menteri kewangan membentangkan Belanjawan 2017. Ia berlaku selepas kekecohan dalam Dewan Rakyat apabila pembangkang mengangkat plakad “Siapa MO1”. Pembangkang bertindak demikian selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan itu boleh keluar dewan. Azizah hari ini berkata, sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan sebelum ini, tidak pernah sekalipun beliau tidak hadir ketika ketua pembangkang membahaskan belanjawan. “Ini jelas menunjukkan ketokohan dan jiwa besar beliau yang bersifat terbuka untuk menerima kritikan dan teguran daripada pihak pembangkang. “Sahsiah sebegini penting dalam amalan demokrasi kerana negara memerlukan kerajaan dan pembangkang supaya wujud semak dan imbang yang berkesan. “Ini barulah kematangan dalam sistem demokrasi,” kata isteri Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh.
| |
beautifulnara Posted: 24 Oct 2016 02:27 AM PDT Diberikan Lagu Perawan Atau Janda : Elly Mazlein Tidak Anggap Ia Ada Kaitan Dengan Kehidupannya Posted: 23 Oct 2016 08:51 PM PDT Penyertaan Elly Mazlein bagi musim ketiga Gegar Vaganza menjadi perbualan ramai apabila setiap minggu beliau diberikan lagu tugasan yang dianggap oleh netizen ada berkaitan dengan kehidupan beliau.  Namun, buat Elly beliau menerima sahaja setiap lagu yang diberikan tanpa prasangka dan menganggap ia sebagai satu cabaran buat beliau. Kita tak boleh nak rasa sensitif dengan lagu yang diberi. Saya anggap semuanya adalah cabaran buat saya. Walaubagaimanapun, Elly tidak menafikan lagu Berpisah Jua yang beliau nyanyikan pada hari Ahad (semalam) sama seperti apa yang berlaku padanya sekarang.  Bagaimanapun, tak dinafikan, lagu Berpisah Jua yang saya nyanyikan memang berlaku pada saya. Rasa seperti ditumbuk dan menyanyi depan cermin. Minggu ini Elly diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu Perawan Atau Janda nyanyian asal Cita Citata.  Harapnya Elly dapat melakukan yang terbaik tanpa memikirkan percakapan orang ramai. Memang diakui kadang-kadang sesebuah lagu itu berkaitan dengan kehidupan kita. Sumber Berita : BH ONLINE _______________________________________________________________________________ Pergh, baru lepas #MYCyberSale2016, ada lagi rupanya! Shopee kini kembali dengan kempen Gentlemen's Collection yang akan berlangsung dari 24 Oktober hingga 27 Oktober ini. Macam-macam barangan yang berharga kurang dari RM99 untuk dimiliki. Kepada penggemer gajet pula, diskaun sebanyak 80% menanti anda untuk barangan berjenama seperti Samsung, Sandisk, Jabra dan lain-lain lagi.  Kalau tak cukup murah, ada lagi barangan "Men's Must Have" yang akan dilelongkan dengan diskaun setinggi 90%. Pada pendapat Abang Nara, baik anda beli cepat-cepat kerana stok pasti amat terhad. Abang Nara dah ada checklist dah barang apa nak beli, maklumlah baru start main game, mana tahu dapat diskaun beli mouse Razer ke, headphone baru ke…hehe… Muat turun applikasi Shopee sekarang! PS: Kalau anda bernasib baik, boleh menang PlayStation 4 Slim bernilai RM1,499 beb! Pangkah kalendar anda sekarang juga. Maklumat lanjut layari laman rasmi Shopee! | Macam Ini Cantik Pun Berpisah Jua – Netizen Kecam Lawak Nabil Terhadap Elly Mazlein Melampau Posted: 23 Oct 2016 12:39 PM PDT Umum mengetahui penyanyi Elly Mazlein kali ini berpeluang untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza 3, minggu kedua beliau mendapat lagu Berpisah Jua nyanyian asal Ziana Zain. Tidak kami nafikan, lagu berkenaan agak berkaitan dengan apa yang Elly sedang lalui sekarang.  Elly memberikan persembahan yang agak mantap semalam, namun apa yang mengundang perhatian orang ramai ialah lawak Nabil yang seakan mempersendakan penderitaan yang Elly sedang tanggung. Ayat Nabil berbunyi seperti ini :- Macam ni punya cantik pun berpisah jua. Netizen yang menonton GV3 menganggap lawak Nabil itu agak biadap dan tidak sensitif terhadap Elly. Buat netizen, tidak semua perkara boleh dibawa bergurau apatah lagi jika ia melibatkan kehidupan peribadi seseorang.  Ini bukan kali pertama Nabil mencetuskan kemarahan orang ramai dengan lawaknya ketika mengacarakan program Gegar Vaganza dan beliau pernah berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkata. Mungkin malam tadi Nabil tidak perasan dengan apa yang beliau katakan, harapnya selepas ini Nabil dapat memperbaiki kesalahannya itu dan tidak lagi membuat lawak yang melibatkan peribadi seseorang artis itu. Kredit Foto : Instagram Sharp Shooter Photographer | Fathia Lattif Dikecam Kerana Persenda Uniform Tentera Darat Posted: 23 Oct 2016 10:55 AM PDT Semalam, pelakon Fathia Latiff menerima kecaman daripada netizen gara-gara beliau memuat naik foto memakai uniform tentera darat lengkap berlencana di akaun Instagram miliknya.  Rata-rata netizen menganggap Fathia seolah-olah mempersendekan pakaian rasmi Tentera Darat. Beberapa komen juga menyatakan bahawa orang awam tidak sewenang-wenangnya boleh memakai uniform berkenaan. Berikut antara komen netizen:-  Sedar foto beliau telah mencetuskan kontroversi dan tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak, Fathia telah memadam foto berkenaan dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya itu.  Saya dengan ikhlas hati meminta maaf. Tiada niat untuk saya persendakan pakaian dan saya menghormati Pakaian Seragam TD . Cuma sebelum ini, saya tidak tahu dan tidak ‘sensitif’ mengenai etika pemakaian TD Malaysia dan telah pun delete gambar di instagram. Truly apologize. Manusia ini tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Mungkin Fathia tidak tahu mengenai hal etika pemakaian uniforan Tentera Darat dan beliau pun sudah memohon maaf bukan? Harapnya ia menjadi pengajaran buat orang lain juga yang ingin berfesyen. | Kenapa Nak Dedahkan Semuanya Sekarang? Saat Saya Baru Nak Cari Duit – Elly Mazlein Posted: 23 Oct 2016 10:26 AM PDT Episod pendedahan Azmi Hatta mengenai sikap cemburu Elly Mazlein yang mencederakan beliau dan pelbagai lagi tuduhan lain membuatkan penyanyi itu merasa cukup terkilan.  Mengapa terkilan? Kerana Azmi melakukan pendedahan itu disaat Elly baru sahaja ingin bangkit daripada segala kekecewaan dan cuba berusaha untuk mendapat tempat kembali didalam industri hiburan tempatan. Saya sudah mengagak 'permainannya'. Dia ada hak untuk memburukkan saya kerana selama ini pun dia hanya berdiam diri dalam semua perkara yang mengaitkan perceraian kami. Cuma yang saya ralat kenapa dia tidak buat pendedahan itu awal-awal lagi selepas saya mendedahkan perceraian kepada umum pada 9 Mac lepas. Kenapa lapan bulan berlalu baru nak buka cerita dalam selimut?  Elly menegaskan beliau sedikit pun tidak kecewa dengan apa yang berlaku tetapi mempertikaikan perbuatan bekas suaminya itu. Ia seolah-olah lelaki itu cuba untuk menutup periuk nasinya. Sekali lagi saya tegaskan yang saya tidak kecewa. Cuma saya mempertikaikan tindakannya itu pada saat saya baru nak cari duit. Tertanya-tanya saya kenapa baru sekarang dia nak tunjuk belang? Sedangkan dia tahu saya perlu bekerja, kena cari duit. Kalau tak, siapa nak menyara anak (Putri Zara Sefhia) dan abah (Syed Hanafi Syed Abdullah). Tidak mahu memanjangkan lagi isu antara mereka, Elly akui beliau tidak akan membalas dendam dan memaafkan Azmi. Namun, beliau tidak gemar dengan sikap Azmi yang menunding jari kepada beberapa pihak termasuk bapanya yang menjadi punca penceraian mereka berdua.  Sekali lagi saya tegaskan yang saya sudah memaafkan dia. Maknanya saya sudah tak nak gaduh-gaduh. Jadi tak payahlah nak menjolok sarang tebuan lagi. Saya sudah tak kisah pun dengan siapa dia nak berkawan atau berkahwin sekalipun selepas ini. Cuma saya berharap agar dia tidak menggunakan kalimah sumpah pada setiap pengakuan dibuat. Bukannya apa, takut termakan sumpah.  Setiap apa yang berlau mempunyai hikmahnya tersendiri. Dugaan dan ujian seperti ini membuatkan seseorang itu lebih kuat di masa hadapan. Harapnya selepas ini tiada lagi isu lain yang timbul antara Azmi dan Elly. Sumber Berita : Utusan Online | Kru Produksi Akui Neelofa Dan Fattah Amin Kelihatan Selesa Bersama Posted: 23 Oct 2016 09:58 AM PDT Sejak bergandingan bersama didalam drama Suri Hati Mr. Pilot, gosip cinta Neelofa dan Fattah Amin semakin hari semakin hangat.  Meskipun Fattah berkali-kali menafikan beliau dan Neelofa sedang bercinta, tetapi pendirian Neelofa yang sering mengelak untuk membicarakan hal berkenaan membuatkan orang ramai terus berspekulasi dan tidak percaya bahawa kemesraan yang mereka tampilkan disetiap foto di media sosial tidak memberikan sebarang makna.  Malah, menurut Diva di akhbar Kosmo, ada kru produksi yang mengakui bahawa Fattah dan Neelofa kelihatan cukup selesa bersama. Jika ada waktu rehat, pasti mereka berdua akan meluangkan masa bersama berbual mesra sehinggakan mereka yang berada di set penggambaran juga tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka berdua.  Kadang-kadang bibir menafikan, tetapi perasaan didalam hati tiada siapa yang tahu. Mungkin Neelofa mengelak kerana tidak mahu perkara ini dipanjangkan, tetapi pada waktu ini adalah lebih baik untuk memberikan penjelasan pada peminat kalau tiada apa-apa. Jadi spekulasi dapat dihentikan. Sumber Berita : Kosmo! | Jarang Kongsi Gambar Mesra Dengan Syatilla Kerana Tidak Mahu Peminat Meluat – Shaheizy Sam Posted: 23 Oct 2016 09:40 AM PDT Sudah menjadi kebiasaan untuk pasangan artis yang baharu berkahwin mempamerkan kemesraan dan cinta mereka dengan memuat naik foto di laman sosial. Boleh dikatakan, ada yang hampir setiap hari mahu berkongsi kemesraan mereka dengan orang ramai.  Walaubagaimanapun, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin jarang sekali berkongsi foto mereka berdua dengan peminat di mana-mana media sosial bukan? Menurut Syatilla, bukannya mereka tidak ada gambar mesra cuma beliau tidak mahu peminat merasa meluat melihat aksi mereka berdua.  Bukan tidak ada gambar mesra, ada. Cuma tidak kerap. Saya juga segan untuk berkongsi gambar-gambar mesra. Selain sega, takut juga orang meluat. Mungkin prinsip Syatilla dan Sam dapat menjaga nilai eksklusif mereka sebagai artis. Kadang-kadang memang betul, peminat ini akan merasa bosan dengan aksi-aksi mesra artis. Betul tak? Sumber Berita : Kosmo! | Erra Fazira Dan Shahir Akhirnya Bertemu Selepas Lebih Setahun Bercinta Posted: 23 Oct 2016 09:30 AM PDT Beberapa bulan lepas, penyanyi dan pelakon Erra Fazira hangat dikatakan sedang bercinta dengan bekas pelajar Akademi Fantasia 8, Shahir. Pada awalnya, Erra tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan.  Namun, Shahir akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengakui beliau dan Erra sudah lebih setahun menjalinkan hubungan. Walaubagaimanapun, mereka tidak pernah keluar "dating" seperti pasangan lain dan hanya berhubung melalui aplikasi WhatsApp. Selepas itu, ada pula timbul salah faham dimana Erra ada membuat pengakuan untuk orang ramai tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Shahir. Ada yang bertanya, adakah hubungan mereka sedang retak?  Menurut Erra, semua itu tidak benar dan hubungan beliau bersama Shahir masih lagi baik. Sebenarnya saya dan Shahir agak terkejut bila cerita jangan kaitkan lagi diri saya dengannya keluar. Memang saya ada beri kenyataan itu tetapi ia tidak bermaksud yang hubungan kami bermasalah. Maksudnya, saya enggan lagi kisah cinta ini diperbesarkan. Hakikatnya, hubungan saya dengan Shahir okey saja. Bak kata pepatah, setiap yang berlaku pasti mempunyai alasannya tersendiri. Disebakan salah faham itu, akhirnya Erra dan Shahir mengambil keputusan untuk bertemu selepas lebih daripada setahun bercinta. Dapatlah mereka melepas rindu bukan? Hehe..  Di sebalik salah faham tersebut ada juga hikmahnya. Setelah setahun lebih tak berjumpa, Shahir datang ke Kuala Lumpur berjumpa dengan saya untuk selesaikan salah faham tersebut. Menurut Erra, Shahir sudah pun kembali ke Perak dan menguruskan perniagaan beliau disana.  Kalau Erra Fazira dan Shahir ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin pun apa salahnya? Siapa tahu mungkin ini adalah lelaki terakhir dalam hidup Erra dan mereka dapat mencipta kebahagiaan baharu bukan? Doakan yang terbaik buat mereka berdua. Sumber Berita : Kosmo! | Kamal Adli Bakal Merisik Emma Maembong Hujung Tahun Ini? Posted: 23 Oct 2016 09:15 AM PDT Percintaan Kamal Adli dan Emma Maembong baru-baru ini dihimpit dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi. Malah, Emma dikatakan menjalinkan hubungan dengan Raf Yaakob.  Ramai peminat mereka kecewa lebih-lebih lagi ada khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah berakhir. Terbaru, teka teki mengenai status hubungan mereka akhirnya terjawab apabila Miss J daripada Utusan Online melaporkan Emma bakal "diikat" dengan Kamal.  Difahamkan, satu majlis merisik bakal diadakan pada penghujung tahun ini bagi menandakan Emma milik Kamal seorang. Wah, nampaknya hubungan mereka sudah ke tahap yang lebih serius. Malah, kedua-dua belah keluarga sudah mencapai persetujuan untuk mengadakan majlis berkenaan. Khabarnya, Emma sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjadi seorang isteri.  Harapnya perancangan mereka ini akan dipermudahkan dan menjadi kenyataan. Kami rasa Emma Maembong dan Kamal Adli cukup sepadan bersama. Semoga jodoh antara mereka kuat sehingga ke jinjang pelamin. Sumber Berita : Utusan Online | |
Toknek.com RSS Feed Posted: 24 Oct 2016 02:11 AM PDT |
myartis.com Posted: 24 Oct 2016 02:07 AM PDT 20 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS HARI LAHIR ZARA ZYA Posted: 23 Oct 2016 09:11 PM PDT Pada 22 Oktober lalu, pelakon Zara Zya telah diraikan oleh peminat serta tulang belakang businessnya dalam satu majlis sambutan hari lahirnya yang ke-31. Majlis sambutan hari lahir yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu telah berlangsung di Redbox Pavilion. Gambar-gambar sekitar majlis ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu @gcxandrastudio dan @awakeningart.gallery. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | NIKAH 25 DISEMBER - AHLI PERNIAGAAN BAKAL SUAMI DOTTIE Posted: 23 Oct 2016 08:16 PM PDT Tahniah diucapkan buat pelakon komedi, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abdul Razak yang akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, selepas beberapa kali berdepan kegagalan dalam percintaan Kata Dottie, dia mengambil masa setahun untuk mengenali hati budi bakal suaminya yang juga seorang ahli perniagaan menerusi laman sosial yang dikenali sebagai Haffis. Meskipun tempoh percintaan mereka agak singkat tetapi keputusan tersebut merupakan sesuatu cukup diyakini Dottie. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | LAWAK PERSENDAKAN ELLY MAZLEIN - NABIL TERIMA KRITIKAN Posted: 23 Oct 2016 03:58 PM PDT Ini bukan kali pertama Nabil Ahmad mencetuskan kemarahan orang ramai dengan lawaknya ketika mengacarakan program Gegar Vaganza (GV). Malah Nabil pun pernah berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkata. Tetapi menerusi GV3 minggu kedua yang berlangsung malam semalam, Nabil telah membuat lawak yang seakan mempersendakan penderitaan yang Elly sedang tanggung. Disebabkan lawaknya yang berbunyi "Macam ni punya cantik pun berpisah jua" telah mengundang perhatian orang ramai. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | LUAR NEGARA - BILA JANET JACKSON BERTUDUNG Posted: 23 Oct 2016 03:49 PM PDT Jika artis kita ada yang membuka tudung, tetapi lain halnya pada adik michael jackson iaitu Janet Jackson yang kini hamil anak pertamanya. Dia buat pertama kalinya muncul di tempat awam di London dengan imej bertudung bersama suaminya Wissam Al Manna. Janet kelihatan begitu santai dengan kepala ditutupi anak tudung dan hud daripada pakaian yang seakan-akan pakaian tradisi Mexico, poncho dan berseluar besar serta memakai stokin dan kasut. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
No comments:
Post a Comment