ROTIKAYA Posted: 03 Oct 2016 08:18 PM PDT Ayda Jebat Menang Kerana Beli Undi Di APM 2016? Posted: 03 Oct 2016 08:12 PM PDT Mengatasi beberapa pesaing hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza dan meraih kemenangan besar di Anugerah Planet Muzik (APM 2016), ramai yang mempertikaikan kemenangan Ayda Jebat. Malah ada yang mendakwa beliau membeli undi daripada penajanya, usahawan syarikat, Datuk Rafiena Ezanee Ramli yang juga menjadikan pelakon itu sebagai duta produk kosmetik House Of Dre. BACA: Ayda Jebat Artis Paling Popular APM 2016 "Mereka sanggup lakukan apa saja termasuk sanggup tidak tidur untuk terus mengundi saya. Mereka memang luar biasa. Tidak adil untuk mempertikaikan kemenangan itu dan bising-bising kalau tidak berusaha atau dalam kata lain tak mengundi,” katanya kepada Projek MMO mengenai dakwaan mengatakan beliau membeli undi sehingga memenangi tiga trofi di APM 2016. Sementara itu, kemenangan Ayda menjadi pertikaian kerana beliau terlebih dahulu dilantik sebagai wajah siri wangian Charisma Luxe yang dipasarkan Rafiena beberapa bulan lalu. Spekulasi berterusan apabila Rafiena juga ada membuat penajaan pada malam penganugerahan itu sehingga membuatkan orang ramai menganggap beliau meletakkan Ayda sebagai pemenang. Bagaimanpun ketika diminta mengulas mengenai isu ini, Rafiena menafikan pihaknya menaja penyanyi terbabit. Malah katanya lagi kemenangan yang dimiliki Ayda adalah usaha kerasnya sendiri. Jika ingin dikaitkan dengan soal penajaan pula, pihaknya menaja produk spa pada malam anugerah tersebut dan bukan siri wangian yang membabitkan Ayda sebagai duta produk. Terdahulu, Ayda merangkul tiga kemenangan menerusi kategori undian peminat iaitu Artis Paling Popular APM, Lagu Paling Popular, dan Ikon Media Sosial, sekaligus mengalahkan beberapa penyanyi hebat. Kontroversi ini bukanlah kali pertama terjadi pada Ayda, sebelum ini beliau juga pernah dituduh sedemikian apabila memenangi kategori penyanyi MeleTOP Febuari lalu. (rkty/w) | “Saya Tahu Saya Bukanlah Beyonce Atau Adele” Posted: 03 Oct 2016 02:31 AM PDT Sedar persembahan nyanyiannya di konsert Grand Prix Malaysia (GP) di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad lalu dikritik sebagai persembahan syok sendiri, Fazura tidak cepat melatah. Malah dalam satu status yang dimuat naik di Instagram, beliau akui dirinya bukanlah penyanyi profesional seperti Adele atau Beyonce tetapi berasa gembira dengan peluang yang diberikan. BACA: Nur Fazura Tiada Masa Untuk Bercinta, Fokus Kerjaya Fazura merupakan salah satu daripada persembahan pembuka untuk ikon R&B terkenal dunia, Usher yang berlangsung selepas tamatnya perlumbaan. Dalam status itu juga, Fazura melahirkan perasaan terharu dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang untuk membuat persembahan itu, yang disifatkan sebagai sebuah impian yang menjadi kenyataan. Terdahulu, Fazura telah mencuri tumpuan orang ramai selepas persembahan beliau menyanyikan lagu Cheap Thrills, dendangan asal Sia dianggap sebagai persembahan syok sendiri. Pada masa yang sama, ramai juga berpendapat beliau lebih bagus jika hanya terus berlakon daripada cuba menjadi selebriti versatil dengan mencuba nasib di dalam bidang nyanyian. (rkty/w) | “Kami Berkawan Sejak Kecil, Jangan Merepek” Posted: 03 Oct 2016 01:30 AM PDT Pernah mengakui tidak bercinta dengan Kamal Adli kini Emma Maembong dikaitkan pula dengan seorang ahli perniagaan yang juga adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob, Raden Ahmad Faizal. Bagi mempertahankan dirinya terus dihimpit gosip tersebut, Emma menjelaskan, dirinya dan Raf telah berkawan sejak kecil tanpa mempunyai sebarang hubungan istimewa. BACA: Emma Maembong Kini Intim Dengan Ahli Perniagaan? “Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya pelukis di PWTC manakala arwah ayah Raf pengurus di situ. Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik kerap berkunjung ke situ. Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC. Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga” “Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan. Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal. Ketika majlis itu, Kamal pun ada, dia tahu kami rapat. Kamal tenang saja apabila berita ini tersebar. Bukannya betul pun,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai dakwaan mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa. Terdahulu, menerusi sebuah laporan akhbar mingguan, Emma dikatakan sedang hangat bercinta dengan Raf yang juga merupakan Presiden bagi My Man United Official Fan Club. Menurut laporan itu juga, Emma dilihat begitu serius dengan hubungan tersebut sehinggakan beliau sendiri telah pun bertemu dengan ahli keluarga lelaki terbabit yang juga merupakan duda dua anak. Walau apapun, tidak salah rasanya jika Emma mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka ahli perniagaan ini kerana beliau juga masih bujang, Kamal Adli pula hanyalah rakan baiknya sahaja. Bila tengok mereka bergambar berdua juga, nampak keserasian diantara mereka. (rkty/w) | |
AMMBOI DOT COM Posted: 03 Oct 2016 12:18 PM PDT |
KedahLanie.info Posted: 03 Oct 2016 10:29 AM PDT BN akan menang besar pada PRU14 disebabkan persempadanan semula SPR, kata VC Unisel Posted: 03 Oct 2016 05:09 AM PDT Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman meramalkan Barisan Nasional (BN) akan menang besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Beliau yang pernah menjawat kerusi Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu berkata, ramalan tersebut berdasarkan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya kali ini. "Sejarah menunjukkan bahawa setiap kali dibuat persempadanan, BN akan mencatat kemenangan besar. Kemenangan yang dicapai BN pada 2004, kebanyakan orang anggap bersebab dengan faktor Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) semata-mata. "Sebenarnya tidak. Pak Lah hanyalah salah satu faktor. "Pada PRU 2004, banyak kerusi yg dimenangi pembangkang dalam PRU 1999 dirampas semula oleh BN bukan kerana faktor Pak Lah. Sebaliknya kerana persempadanan semula," ujarnya, memetik wawancara yang diadakan bersama Sinar Harian. Baru-baru ini, susulan kritikan pada syor persempadanan semula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyarankan pihak berkelayakan dalam bidang perundangan agar membuat bantahan. Bantahan patut dibuat pada masa ditetapkan dan "bukannya membuat tuduhan melulu" terhadap badan itu, kata Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. "SPR mengalu-alukan setiap bantahan dan representasi, namun begitu ia perlu dikemukakan secara rasmi mengikut saluran dan perundangan yang ditetapkan," katanya. Syor persempadanan semula yang dikeluarkan didakwa hanya memberi kelebihan kepada Umno. Ia dikatakan boleh mengurangkan kerusi campuran akibat peralihan pengundi, meningkatkan majoriti Melayu dan mengurangkan perwakilan bukan Melayu di kawasan berkenaan. Mengulas lanjut, Mohammad Redzuan berkata, pada PRU 2004, ramai orang Melayu memihak kepada pembangkang berikutan peristiwa mata lebam. "Orang Cina pula solid kepada BN. Persempadanan 2004 dibuat dengan membanyakkan kerusi campuran dengan pengundi Melayu dan bukan Melayu pada nisbah 60:40 atau 55:45. Ini membawa kepada banyak kawasan campuran diwujudkan terutama di pantai barat Semenanjung. "Pada pilihan raya 2008, kawasan campuran memihak kepada pembangkang (BN tewas). Jadi persempadanan yang baharu ini perlu dibuat mengikut kelompok. Kaum Cina satu kelompok, Melayu satu kelompok," jelasnya. Apa yang sedang berlaku ini, ujar beliau, boleh dianggap seperti satu penyelewengan dan jenis penipuan yang dihalalkan. "Mereka menang dengan cara yang tidak gentleman. Saya yakin majoriti rakyat mendukung amalan demokrasi, mereka terima siapa yang mendapat mandat rakyat, satu undi menang pun kena terima, itu kematangan demokrasi tetapi biarlah dengan cara yang baik," tambah beliau. Mengenai tempoh berkempen, beliau menambah, aspek itu juga terbukti menentukan keputusan PRU. "Antara ‘kesilapan’ besar Pak Lah ialah membenarkan kempen 13 hari pada PRU 2008. Zaman Mahathir, hanya sembilan hari sahaja berkempen dalam PRU 1999. Kalau tempoh berkempen dalam PRU ini dibenar dua minggu, kerajaan Mahathir boleh tumbang pada waktu itu. "Pada 2008, dari segi undi popular, kajian menunjukkan sebanyak tiga peratus sokongan untuk BN menurun setiap hari pada minggu kedua kempen. Kalau kempen pilihan raya 2008 dibuat selama 16 hari, BN hilang lebih banyak kerusi," katanya lagi. | Tek Ucapan TG NIK AZIZ tolak RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH dalam parlimen pada tahin 1984 Posted: 02 Oct 2016 09:16 PM PDT TOK GURU NIK AZIZ PERNAH TOLAK RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH SEBAB ITU BUKAN HUDUD. BACA TEKS PERBAHASAN TOK GURU SELAKU MP PENGKALAN CHEPA, 11 OKT 1984, JAM 4.48 PTG MEMBAHASKAN PINDAAN AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 Berikut teks ucapan perbahasan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Ketika membahaskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada 11 Oktober 1984, Jam 4.48 ptg. Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat (Pengkalan Chepa): Tuan Yang di-Pertua, Berhubung dengan Rang Undang-undang yang dikemukakan sekarang iaitu Rang Undang-undang Pindaan seksyen 2 Akta 23 tahun 1965, saya ingin menyebut sedikit pendahuluan iaitu bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang dikemukakan oleh Tuhan yang sama dengan Tuhan yang mencipta manusia. Islam itu telah mengadakan kaedah- kaedah untuk menjaga keselamatan kira manusia. Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesalah itu adalah dibahagi dua. Satu diberi nama "al-hudud", yang kedua diberi nama "al-takzirat", "Al-hudud" bererti hukuman yang ditetap oleh Allah dan Rasulnya dan dia merupakan perintah tetap yang mesti dipatuhi, tak ada siapa yang boleh berdalih dan berdolak dalik kerana kuasaNya yang mutlak sebagai pencipta ataupun Al-khaliq maka kita sekelian bersama isi alam yang kena jadi dan kena cipta ini tidak ada pilihan lain kecuali terima dan patuh kerana kita menjadi hak kepunyaanNya. Dia berhak menghukum dan memerintah ke atas kita apa sahaja hukuman yang ditentukanNya. Yang satu lagi yang diberi nama al-takzir iaitu hukuman-hukuman yang Allah berikan kita peluang untuk mengurus dan mengaturnya sendiri asalkan tidak lari dari tujuan mengawal dan menjaga muslihat lima perkara yang telah ditetapkan, iaitu akal fikiran, nasab atau titih barih, harta benda, agama dan maruah atau disebut air muka. Tuan Yang di-Pertua, Saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini. Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku. Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama. Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi. Tuan Yang di-Pertua, Rang pindaan yang kita bahaskan ini walaupun tidak disenaraikan butir-butir jenayah dan kesalahan yang akan dipergunakan Rang ini untuknya tetapi pada hemat saya tentunya terdiri dari hanya denda-denda kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam lingkaran altakzir sahaja, bukan al-hudud yang tidak boleh dipinda-pinda itu sekalipun negara kita masih meminda-mindanya. Tuan Yang di-Pertua, Mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana- mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara "syumul" sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap- penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati. Lepas itu kalau juga berlaku, bolehlah disebut luar dari ikhtiar kita. Begitu jugalah keadaan kita sekarang, kesalahan khalwat, rogol, mengajar ilmu salah dan sebagainya selagi undang-undang sahaja kita pindakan dan hukuman sahaja yang kita beratberatkan, tetapi punca khalwat dan berdua-duaan secara bebas seperti yang ada semakin ketara wujudnya sekarang melalui perfileman, persuratan, nyanyi-nyanyian yang mengandungi senikata yang menghairah tambahan pula dengan video-video lucah, selagi punca-punca dan sumber-sumber kesalahan ini tidak dipinda selaras dengan pindaan Rang Undang-undang ini maka kejayaan yang diharap-harapkan adalah kabur dan tidak akan sampai ke mana-mana. Untuk mencegah ajaran-ajaran palsu dan ilmu salah misalnya terdapat negeri-negeri yang tidak membenar langsung pensyarah-pensyarah agama yang bukan sebulu untuk memberi syarahan agama ditempatnya walaupun mereka datang dengan nama kumpulan yang dikenali tidak melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang diragui. Akhirnya rakyat setempat terpaksa hidup dalam masyarakat terkurung dan dengan sendirinya mereka akan senang sahaja menerima apa sahaja ajaran didedah dan diajarkan kepada mereka walaupun gurunya mendakwa dirinya sebagai "Saidina Ali" atau wali Allah dan sebagainya. Saya minta supaya dibebaskan rakyat dari sekatan-sekatan mencari ilmu, berilah peluang kepada mereka mendengar, mengkaji dan bersoal jawab dengan mana-mana pensyarah, mana-mana penceramah yang berlandaskan Quran dan Hadis dengan sepenuhnya kerana itulah sahaja ajaran yang sebenar. Kalau peluang yang begini masih dikenakan syarat-syarat yang ketat di bawah bermacam-macam nama dan istilah maka kesan dari undangundang ini bukan sahaja tidak sampai ke mana-mana tetapi tambah menebalkan lagi kurungan dan pemisahan di antara masyarakat dan aktiviti ilmiah yang sebenar. Tuan Yang di-Pertua, Akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah- mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja. Sekian terima kasih. | |
OhDunia.My Posted: 03 Oct 2016 08:46 AM PDT |
Toknek.com RSS Feed Posted: 03 Oct 2016 02:41 AM PDT |
beautifulnara Posted: 03 Oct 2016 02:28 AM PDT Emma Maembong Nafi Gosip Ada Hubungan Dengan Raf Yaakob Posted: 03 Oct 2016 01:40 AM PDT Sejak semalam, hangat dengan gosip dimana ada pihak yang mendakwa pelakon Emma Maembong sedang intim dengan adik Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob.  Ada netizen yang mengkritik Emma memainkan perasaan Kamal Adli yang semamgnya umum mengetahui sangat sayangkan Emma dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memikat beliau. Tidak mahu namanya terus hangat dan menjadi mangsa komen negatif, Emma menerusi akaun Instagramnya telah menafikan gosip bahawa beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Raf. Dalam penjelasan Emma, beliau memberitahu bapanya dan arwah bapa Raf sememangnya berkawan baik sejak dahulu lagi. Malah, keluarga mereka sangat rapat dan Emma sudah mengenali Raf sejak beliau berusia 12 tahun lagi. Berikut penjelasan Emma :-  Salam semua pagi ni emma tengok dekat blog semua keluar “emma sedang intim dengan raf yaakob”? Mcm ni la kalau tak tahu cerita jangan buat cerita dan fitnah. Arwah ayah abg raf dan ayah emma bestfriend . Emma kenal diorg sejak emma 12 tahun lagi. Bukan emma sorg semua family emma sekali. Diorg dah mcm family emma sendiri. Jadi kalau tak tahu apa-apa jangan fitnah. Kalau tak ada cerita jangan buat cerita. Oh yeah,kepada sapa yang comment buat cerita sendiri tu dan yang tuduh emma macam-macam, jangan risau emma dah maaf kan pon. Sekarang Emma sudah memberikan penjelasan lanjut mengenai gosip berkenaan. Harapnya tiada lagi pihak yang salah anggap. Buat anda yang ingin melihat Emma bahagia dengan Kamal Adli, doakan sahaja yang terbaik untuk mereka berdua. Kalau ada jodoh tidak kemana. | Usher Akui Yuna Berjaya Tambat Hatinya Posted: 03 Oct 2016 12:09 AM PDT Semalam, penyanyi antarabangsa popular, Usher telah hadir ke Malaysia bagi menjayakan persembahan bersempena dengan kejohana Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang.  Ketika bertemu dengan pihak media, Usher sempat berbicara tentang Yuna dan bagaimana beliau merasa kagum dengan bakat Yuna dan cukup teruja untuk bekerjasama lagi dengan penyanyi wanita itu pada masa hadapan. Malah, Usher mahu Yuna menjadi penerbit albumnya satu hari nanti. Wah!  Yuna sangat berbakat dan tahu bagaimana material tepat untuk seseorang penyanyi. Apa yang pasti, kerjasama menerusi lagu Crush bukan pertama dan terakhir kerana saya mahu bekerjasama dengannya lagi suatu hari nanti. Pada masa yang sama, Usher akui Yuna sudah berjaya menambat hatinya sejak kali pertama mereka bertemu. Dia adalah antara penyanyi yang betul-betul berjaya menambat hati saya. Yuna memiliki ‘tone’ suara yang sangat indah selain begitu berbakat dalam mencipta lagu.  Bukan mudah untuk artis antarabangsa memuji dan merasa kagum dengan bakat anak Malaysia, tahniah kami ucapkan kepada Yuna kerana berjaya membuktikan anak tempatan juga mampu untuk membuka mata orang lain untuk menghargai bakat yang anda ada. Sumber Berita : Harian Metro | Zizan Razak Tidak Muncul Ketika Sesi Fotografi Pada Saat Akhir Posted: 02 Oct 2016 11:27 PM PDT Nama Zizan Razak beberapa hari ini terpalit dengan satu khabar angin mengatakan beliau mempunyai sedikit masalah disiplin.  Menurut Cik Pang menerusi akhbar Harian Metro, ada seorang rakan beliau bengang dengan sikap Zizan yang tidak hadir pada satu sesi fotografi untuk sebuah akhbar. Perkara yang membuatkan teman Cik Pang itu sakit hati ialah ketika Zizan tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada pihak akhbar berkenaan meskipun mereka beberapa kali cuba untuk menghubunginya.  Hanya selepas setengah hari, barulah pembantu peribadinya memberitahu bahawa kereta Zizan menghadapi masalah. Buat rakan Cik Pang, sikap Zizan itu tidak profesional apatah lagi pengamal media sudah bertungkus lumus mempersiapkan segala kelengkapan daripada tajaan, solekan dan lokasi yang menarik untuk menjalani sesi fotografi tersebut.  Harapnya perkara ini dapat memberikan pengajaran buat artis lain juga, jika benar anda sedang menghadapi masalah, hubungi pihak yang berkenaan awal-awal lagi agar tiada masalah yang akan timbul. Sumber Berita : Harian Metro | Saya Tidak Serik Untuk Bercinta Lagi – Nelydia Senrose Posted: 02 Oct 2016 10:00 PM PDT Bila putus cinta, memang susah bukan untuk cuba melupakan segala kesedihan dan merawa t hati yang sudah terluka. Kata orang, kadang-kadang luar sahaja tersenyum dalam hati siapa yang tahu. Ada yang sehingga serik untuk menjalinkan hubungan lagi.  Walaubagaimanapun, pelakon cantik Nelydia Senrose akui beliau tidak serik untuk bercinta lagi selepas percintaannya dan Qi Razali terputus di tengah jalan. Namun, buat masa sekarang, beliau lebih selesa untuk hidup solo. Sekarang saya tengah seronok menjalani kehidupan solo tanpa terikat dengan mana-mana perhubungan. Kalau dahulu, ada orang tempat saya berkongsi cerita dengan orang tersayang, tetapi kini saya banyak berkongsi apa jua dengan ahli keluarga sendiri. Saya masih ada keluarga dan merekalah saya letakkan sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukan.  Nelydia akui, beliau pernah berduka kerana putus cinta, tetapi bersyukur kerana adik beradiknya banyak membantu beliau kembali bangkit dan bersemangat. Saya banyak meluah perasaan saya pada kakak dan adik-beradik yang lain. Merekalah yang banyak pulihkan semangat. Waktu itu sampai pernah terfikir untuk pindah ke luar negara untuk lupakan apa yang terjadi. Syukur saya sedar apa yang saya alami ini bukanlah pengakhiran buat segala-galanya.  Tidak semua cinta itu kesampaian, setiap apa yang berlaku mengajar kita untuk mengenali apa erti cinta dan kehidupan itu dengan lebih baik. Mana tahu lepas ini Nelydia akan bertemu dengan Mr Right beliau dan ada jodoh sehingga ke akhir hayat. Sumber Berita : Kosmo! | Ruhainies Didakwa Tidak Hormat Dengan Pelakon Senior? Posted: 02 Oct 2016 09:10 PM PDT Entah kenapa, sejak kebelakangan ini nama pelakon baru, Ruhainies tidak henti dihimpit dengan kontroversi.  Terbaru, menurut Diva di portal Kosmo! ada seorang pelakon senior merungut tentang sikap Ruhainies yang dingin dengannya ketika di set penggambaran. Sudah menjadi kebiasaan untuk setiap pelakon mencari keserasian untuk memberikan hasil terbaik didalam lakonan mereka bukan? Namun, Ruhainies lebih gemar untk membuat hal sendiri dan enggan berbincang mengenai babak-babak yang bakal dilakukan bersama pelakon senior berkenaan.  Hati mana yang tidak kecil dengan sikap Ruhainies itu. Difahamkan, pelakon senior itu tidak mahu lagi bersembang dengan Ruhainies selepas diperlakukan begitu. Dalam setiap pekerjaaan, orang baru haruslah menghormati orang yang lebih berpengalaman dan cuba untuk belajar daripada mereka. Untuk kekal dalam industri, haruslah ada sikap merendah diri bukan? Sumber Berita : Kosmo! | Rita Rudaini Tetap Bertegas Tuntut Nafkah Edah RM 15,000 Posted: 02 Oct 2016 08:32 PM PDT Meskipun sudah lama sah bercerai , masih ada lagi beberapa perkara yang Rita Rudaini ingin selesaikan bersama bekas suaminya Aidil Zafuan.  Rita tetap mahu bertegas dalam tuntutan edah sebanyak RM15,000 terhadap Aidil dan bersetuju untuk menyelesaikan perkara berkenaan diluar mahkamah jika bekas suaminya itu ingin berbincang secara baik. Sepatutnya perbicaraan kes tuntutan itu dijalankan pada 29 September 2016. Namun sehari sebelum itu pihak Aidil menghantar surat menyatakan keinginan untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah. Menerusi surat sama dia menyatakan jumlah yang hendak dibayar ialah sebanyak RM10,000, tetapi saya tak bersetuju kerana kenapa perlu satu pihak yang membuat keputusan tanpa mengadakan sebarang perbincangan?  Menurut Rita, beliau sudah menyampaikan pendiriannya itu melalui peguamnya dan pihak beliau masih lagi menunggu jawapan balas daripada Aidil. Sepatutnya perkara ini dilakukan dari dulu lagi, jadi tak perlu saya nak membazir duit membayar kos guaman. Bukan senang untuk saya melalui proses yang panjang ini sejak bercerai tiga tahun lalu. Namun, disebabkan keengganannya melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya, saya perlu membawa perkara ini ke mahkamah.  Lama juga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan turun naik mahkamah bukan? Kalau Rita sudah cuba bertolak ansur untuk cuba menyelesaikan masalah penceraian mereka diluar mahkamah apa salahnya untuk Aidil setuju. Tidak perlu lah panjangkan lagi perkara ini dan masing-masing boleh hidup lebih tenang. Sumber Berita : Harian Metro | Awal Ashaari Bengang Dikritik Netizen Kerana Muat Naik Foto Cium Scha Al-Yahya Posted: 02 Oct 2016 07:11 PM PDT Gara-gara memuat naik foto bergambar mesra dan seakan sedang bercium, pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dikritik teruk oleh sesetengah netizen.  Malah, ruangan komen di foto berkenaan dihujani dengan pelbagai komen sejak semalam. Difahamkan, foto mesra itu diambil ketika Awal dan Scha menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di tepi pantai di Pulau Langkawi. Menurut mereka, Awal terlalu mengikut budaya Barat dan tidak kisah untuk menampilkan aksi sebegitu untuk menjadi tatapan ramai. Berikut antara komen netizen :-  Bengang dengan komen-komen "ustaz" dan "ustazah" segera, Awal telah tampil membalas komen berkenaan dan menyatakan beliau tidak melakukan sesuatu perkara yang salah kerana mereka sudah mempunyai hubungan suami isteri yang halal.  Malah, kenyataan Awal itu juga dipersetujui oleh peminatnya.  Emmh, kami tidak mahu menyokong mana-mana pihak, tetapi kalau sesebuah foto itu mampu menimbulkan pelbagai kritikan dan fitnah, lebih baik untuk tidak memuat naiknya ke Instagram. Meskipun sudah halal, kita kena tahu masyarakat kita agak sensitif dengan perkara seperti ini. | Emma Maembong Kini Sedang Intim Bersama Raf Yaakob? Posted: 02 Oct 2016 08:19 AM PDT Umum mengetahui Emma Maembong dan Kamal Adli sedang cuba untuk memulihkan hubungan percintaan mereka. Namun, mereka sekejap keluarkan kenyataan sedang bercinta dan sekejap lagi tidak mahu memberikan sebarang komen.  Ramai yang ingin melihat Emma dan Kamal mempunyai jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Terbaru, menerusi ruangan Diva di Kosmo! ada beberapa sumber mengatakan Emma kini sedang intim bersama adik Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal.  Untuk pengetahuan anda, Raf merupakan seorang ahli perniagaan berjaya dan memegang jawatan Presiden bagi MY MAN UNITED Official Fan Club Menurut sumber berkenaan juga, Raf sudah membawa Emma untuk bertemu dengan keluarganya dan hubungan mereka berdua memang serius. Raf sebenarnya seorang duda beranak dua.  Sejauh mana kebenaran berita ini tidak kami ketahui, tetapi kesian juga pada Kamal Adli kerana beliau nampak bersungguh-sungguh untuk memikat semula hati Emma Maembong. Apa-apa pun, kita lihat sahaja perkembangan hubungan mereka nanti. Sumber Berita : Kosmo! | |
myartis.com Posted: 03 Oct 2016 02:18 AM PDT 6 GAMBAR - ERIN MALEK & SUAMI SAMBUT BIRTHDAY PERTAMA ANAK Posted: 02 Oct 2016 05:30 PM PDT "Alhamdulilah a simple celebration with family & close friends for Faliq's 1st Birthday went well. Thank you to those who came today & thank you for the presents. Faliq loves it so much. Happy birthday Sayang Mommy & Papa love you!," kata Erin Malek mengenai sambutan hari lahir pertama anak lelaki, Mohamed Faliq pada 1 Oktober lalu. Tema bagi majlis sambutan hari lahir anak Erin hasil perkahwinan dengan Farriz Fauzy ialah Sesame Street. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | TEKNIK PENJAGAAN BAYI - FAHRIN AHMAD BELAJAR DI YOUTUBE Posted: 02 Oct 2016 04:46 PM PDT Pelakon Fahrin Ahmad berkata yang dia pada mulanya merancang untuk menghadiri beberapa kelas penjagaan bayi namum disebabkan jadual kerja yang padat membuatkannya terpaksa belajar sendiri. Menurut Fahrin, dia belajar teknik-teknik penjagaan bayi menerusi bacaan dan Youtube sebagai persediaan menjaga bayi sulungnya yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan isterinya, Elena Hani Eleas iaitu 29 September. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
ROTIKAYA Posted: 02 Oct 2016 08:36 PM PDT Fahrin Ahmad Belajar Teknik Jaga Bayi Di Youtube Posted: 02 Oct 2016 07:22 PM PDT Pertama kali bergelar bapa, pelakon Fahrin Ahmad tidak segan silu menyatakan bahawa dia banyak membaca dan juga mempelajari teknik-teknik penjagaan bayi menerusi laman Youtube. BACA: Fahrin Ahmad, Isteri Selamat Timang Anak Sulung “Setakat ini saya belajar menerusia bacaan dan Youtube sahaja, jururawat yang menjaga isteri saya juga banyak beri tips dan ajar perkara-perkara yang penting dalam penjagaan bayi” “Pada asalnya saya rancang untuk masuk kelas tapi kerana jadual sibuk terpaksalah belajar sendiri dari semasa ke semasa,” jelasnya kepada mStar Online. Fahrin dan juga isteri selamat menimang cahaya mata sulung pada 29 September lalu. Selain itu, menurut Fahrin, dia juga telah melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang menemani isterinya melahirkan anak di Pusat Perubatan KPJ Damansara. Malah apa yang lebih menarik, anak sulungnya itu turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan isterinya. (rtky/s) | Peminat Alif Satar Tawar Diri Jadi Isteri Kedua Posted: 02 Oct 2016 07:20 PM PDT Bakal menimang cahaya mata buat kali kedua tidak lama lagi, tidak menghalang peminat Alif Satar untuk terus fanatik terhadap personalitinya. Menurut beliau, dirinya bukan sahaja pernah digoda peminat ketika belum berkahwin, malah dugaan itu lebih hebat apabila beliau sedah berkahwin, hinggakan ada peminat yang sanggup menawarkan diri menjadi isterinya yang kedua. BACA: Isteri Alif Satar Hamil Anak Kedua “Sebelum berkahwin, ada peminat kacau-kacau tetapi selepas berkahwin, tak sangka pula lebih banyak. Saya rasa kalau ujian hebat ini berlaku ketika saya masih bujang, besar kemungkinan saya menjadi liar. Banyak komen yang sayang baca antaranya ‘untungnya kalau dapat jadi isteri kedua Alif’ dan sebagainya. Kadang kala saya dan isteri tergelak membacanya” “Bagaimanapun, saya tiada niat pun untuk berkahwin lagi. Shadila bukan suka cemburu. Walaupun lakonan saya dalam DSH ada babak romantik bertentang mata dan sebagainya, namun dia tidak ada rasa apapun. Ini kerana dia tahu bahawa ia hanyalah sebahagian daripada permainan dunia lakonan,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung dengan reaksi peminatnya. Namun baginya, selain bersyukur kerana mempunyai isteri yang begitu memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pengacara, Alif merasakan ada sebab yang tersendiri Allah turunkan dugaan ini ketika beliau sudah berkeluarga. Bagaimanapun katanya, dugaan ini membuatkan dirinya bersikap lebih matang dan tenang ketika menghadapinya. (rkty/w) | Emma Maembong Kini Intim Dengan Ahli Perniagaan? Posted: 02 Oct 2016 05:41 PM PDT Melalui perkongsian ruangan Diva yang dipetik daripada akhbar Kosmo!, khabarnya kini ada sumber yang mengatakan pelakon Emma Maembong kini sedang rapat dengan adik Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal. BACA: "Saya Dan Emma Membong Masih Berbaik" Selain itu, Raf yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dan juga duda anak dua telah pun membawa Emma bertemu dengan keluarganya malah wujud juga dakwaan bahawa hubungan mereka sememangnya serius. Bagaimanapun perkara yang sebenar hanya diketahui oleh Emma sendiri dan sehingga kini, pihak Emma masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Jika benar apa yang sampai di telinga ruangan Diva, maka terjawablah mengapa Emma sebelum ini bagaikan berdolak dalih mengenai hubungannya bersama Kamal Adli sebelum ini. Mungkin apabila sudah bersedia nanti, Emma akan menjelaskan perkara yang sebenar. (rtky/s) | Ruhainies Tidak Menghormati Pelakon Senior? Posted: 01 Oct 2016 08:37 PM PDT Boleh tahan juga dugaan Ruhainies sebagai seorang anak seni apabila tidak habis habis terpalit dengan kontroversi dan melalui ruangan Diva Interaktif di Kosmo! Online, nampaknya kali ini Ruhainies didakwa enggan memberi kerjasama dengan pelakon senior ketika berada di set penggambaran. BACA: "Memang Benar Pun Saya Dan Ruhainies Bercinta" “Dengar-dengarnya, Ruhainies enggan berbincang dengan pelakon senior berkenaan mengenai babak-babak yang bakal dilakukan di depan kamera, sebaliknya gemar membuat hal sendiri pada waktu itu” Disebabkan itu, pelakon berkenaan berkecil hati dan enggan lagi bersembang dengan Ruhainies. Bertentang mata pun hanya sekiranya ada babak bersama. Jika tidak, memang kirim salam sajalah ceritanya,” kongsi ruangan tersebut. Kebenaran kisah sebenar hanya Ruhainies yang tahu dan pastinya pelakon baru ini juga turut mempunyai penjelasan sendiri terhadap perkara yang berlaku. Perkara ini sememangnya bukan perkara yang baru. Dalam laporan portal berita lain sebelum ini juga turut mendedahkan bahawa terdapat segelintir bintang baru dalam industri seni yang kurang gemar untuk berkenalan di set penggambaran. Apa pun, jika memang niatnya seseorang selebriti itu untuk mahu terus berada dalam industri, nasihat dan juga teguran daripada pelakon senior atau mereka yang terlebih dahulu makan garam haruslah diterima sebaiknya. (rtky/s) | “Dia Isteri Saya Yang Halal, Ada Masalah?” Posted: 01 Oct 2016 08:13 PM PDT Hanya kerana bergambar mesra di Instagram, Awal Ashaari telah ditegur oleh seorang warga laman sosial yang boleh kami katakan kurang senang dengan gambar yang dikongsikan oleh pengacara tersebut. Jika dilihat kronologi gambar, mereka sedang menghadiri majlis perkahwinan di Langkawi yang diadakan di tepi pantai. BACA: "Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?"  Berpunca daripada gambar berciuman itu, ia kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dan antara salah satu komen yang mendapat perhatian daripada Awal sendiri apabila ada yang mempertikaikan perlakuannya itu terlalu mengikut budaya Barat dan menurut komen tersebut juga – inilah apa yang terjadi di akhir zaman.  “Dia isteri saya yang halal. Ada masalah?,” jawab Awal kepada komen berkenaan. Mahu buat macam mana, gelaran selebriti yang dipegang oleh Awal membuatkan dirinya sentiasa menjadi perhatian. Yup, banyak lagi pasangan bermesraan di luar sana yang belum berkahwin, tapi mereka bukan selebriti untuk ditegur di laman sosial. Jika anda masih ingat, sebelum ini Johan Raja Lawak juga turut menerima tempias yang sama apabila tindakan spontan mereka bercium mulut sebaik sahaja pelakon, pelawak dan juga penyampai radio itu diumumkan menerima anugerah. (rtky/s) | |
No comments:
Post a Comment