Sunday, 30 October 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 30 Oct 2016 07:55 PM PDT

ROTIKAYA


Julia Ziegler Percaya Bakal Suami Jodoh Terbaik

Posted: 30 Oct 2016 07:20 PM PDT

Bakal melangsungkan perkahwinan bersama cinta hati pada awal tahun hadapan, Julia Ziegler ternyata teruja menanti hari bahagia tersebut malah dia dan pasangan juga sudah menghadiri kursus perkahwinan.

BACA: Julia Ziegler: Berbikini Kerana Ikut Situasi

“Persiapan perkahwinan kami sebenarnya sudah pun dimulakan sejak Jun lalu dan kini ia hampir sempurna dilakukan. Apa yang tinggal kini hanyalah cendera hati untuk tetamu, yang kebanyakannya kami hasilkan sendiri”

“Pada masa sama, saya ligat membantu keluarga melakukan persiapan kahwin adik saya, Melissa, yang akan menaiki pelamin bulan depan. Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna,” jelasnya kepada BH Online.

Bagi Julia, kehadiran bakal suaminya, Johan itu juga banyak mengubah dirinya. Selain menyatakan sudah lama bersedia untuk bergelar isteri, Julia juga sangat percaya bahawa lelaki berkenaan adalah jodoh terbaik buatnya. (rtky/s)

7-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 5-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 4-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 3-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 2-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 1-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya

Baru Kahwin, Berat Saharul Ridzwan Naik 20 Kilogram

Posted: 30 Oct 2016 05:29 PM PDT

Kehadiran isteri di dalam kehidupan sememangnya mampu merubah segalanya termasuklah berat badan. Mengakui segala keperluannya selain turut bahagia bersama isterinya, Deena Emir, Saharul Ridzwan turut menjelaskan bahawa berat badannya turut naik sehingga 20 kilogram.

BACA: Saharul Ridzwan & Isteri Bakal Berbulan Madu Di Mekah

“Memang saat ini saya terlalu bahagia selepas berumahtangga. Semuanya terjaga dari segenap segi. Bangun pagi saja, makanan sudah tersedia di atas meja. Isteri pula memang akan bangun pagi dan menyediakan hidangan untuk kami”

“Apabila pulang dari lokasi, beliau yang setia menunggu di rumah sekali lagi menjamu suaminya ini. Hasilnya, lihatlah bentuk badan saya yang mula mengembang ini,” kongsinya bersama BH Plus.

Bagaimanapun, pelakon lelaki ini menyatakan bahawa dia kini sudah kembali ke gimnasium bagi mendapatkan kembali tubuh badan idaman selepas beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram. (rtky/s)

7-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 6-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 5-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 4-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 2-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 1-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya

Isteri Kedua Adi Putra Hamil?

Posted: 30 Oct 2016 12:59 PM PDT

Sebelum ini Adi Putra mengejutkan orang ramai dengan berita perkahwinan kali kedua yang dilakukan secara rahsia bersama seorang wanita bernama Nor Shahida. Kini timbul pula kontroversi baru dimana isteri keduanya itu dikhabarkan sedang hamil anak pertama mereka.

BACA: Adi Putra Tak Kisah Babak Bersentuhan Kecuali Cium Dahi

“Khabarnya, Nor Shahida sedang hamil anak pertama bersama Adi selepas berkahwin dengan aktor itu pertengahan tahun lalu. Alhamdulillah, syukur kalau benar berita itu. Sebab selama ini pun sudah lama Adi mengidam untuk menimang cahaya mata sementelah sudah mempunyai seorang anak angkat dengan isteri pertamanya, Aida Yusof.

“Cuma jangan haraplah Adi nak mengaku tentang kebenaran kisah kehamilan itu memandangkan sebelum ini dia awal-awal sudah memberi amaran tidak mahu berkongsi cerita peribadi kepada umum,” katanya di ruangan Miss J di Utusan Online.

Tidak dinafikan plot pergolakan rumah tangga Adi sebelum ini memang menarik perhatian orang ramai apabila beliau dikatakan menjadi punca penceraian perkahwinan isteri keduanya yang sebelum ini telah berkahwin. Tidak habis dengan itu, timbul pula berita tangkapan isteri keduanya kerana didapati terlibat didalam sindiket penyeludupan warga asing sebelum ini.

Bagaimanapun, Adi yang turut terkesan dengan kritikan negatif yang dilemparkan oleh peminat dengan kontroversi yang melanda nekad untuk tidak lagi berkongsi mengenai perihal peribadinya kepada umum kerana menginginkan privasi. Walau apapun, jika benar berita kehamilan ini, tahniah diucapkan kepada Adi dan isteri. Semoga segala urusan dipermudahkan hendakNya. (rkty/w)

1-adi-putra-bakal-tunai-haji-bersama-isteri-pertama-jpeg 2-adi-putra-bakal-tunai-haji-bersama-isteri-pertama-jpeg 2-adi-putra-enggan-kongsi-gambar-isteri-kedua-jpeg 4-adi-putra-bakal-tunai-haji-bersama-isteri-pertama-jpeg 6-adi-putra-bakal-tunai-haji-bersama-isteri-pertama-jpeg 5-adi-putra-enggan-kongsi-gambar-isteri-kedua-jpeg

Ramona Zamzam Enggan Padam Gambar Pegang Anjing

Posted: 30 Oct 2016 04:12 AM PDT

Menyifatkan apa yang dilakukannya tidak melanggar sebarang kesalahan dari sudut agama, pelakon Ramona Zamzam enggan memadamkan gambarnya memegang anjing ketika sedang bercuti bersama suami di Eropah baru-baru ini.

BACA: Ramona Zamzam Pegang Anjing, Peminat Berbalah Ilmu Agama

"Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian. Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering," jelasnya.

Selain itu, dalam kenyataannya kepada Kosmo!, Ramona menjelaskan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang rakyat Palestin hairan dengan sensitiviti masyarakat Malaysia terhadap isu anjing.

"Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu. Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing," jelasnya. (rtky/s)

8-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 7-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 6-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 5-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 4-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 2-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 1-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 10-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 9-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya

Tak Sampai Seminggu, Rock Bro Kutip RM1.5 Juta

Posted: 30 Oct 2016 02:52 AM PDT

Bukan sahaja berjaya meraih kutipan sehingga RM1.5 juta, malah filem terbaru arahan Mamat Khalid, Rock Bro yang mula ditayangkan sejak Khamis lalu turut menarik 100,000 penonton ke pawagam. Menurut pengarah filem terbabit, Rock Bro merupakan satu pencapaian berganda buat seluruh krew produksi yang terlibat didalam pembikinan filem terbarunya itu.

BACA: Mamat Khalid Kecewa Emma, Zizan Mungkir Janji

“Kejayaan awal Rock Bro dicapai apabila pihak pawagam meminta ianya ditayangkan lebih awal daripada tarikh asalnya, iaitu pada 27 Oktober lalu. Lebih menggembirakan apabila jumlah pawagam untuk tayangan filem ini ditambah, iaitu daripada 90 kepada 103 panggung. Sokongan sebegitu sudah cukup untuk membuat kami semua berbesar hati”

“Dari segi kutipan, ianya sudah tentu menjadi milik produser filem ini. Begitupun sebagai pengarah, jumlah penonton lebih mengujakan saya, apatah lagi pada ketika ini pasaran filem tidaklah begitu memberangsangkan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai kejayaan filem arahan terbarunya, Rock Bro yang meraih kejayaan besar setakat ini.

Menyedari filem tempatan sering dikritik dan tidak mendapat sokongan ramai sebelum ini, Mamat berasa teruja dengan perkembangan jumlah penonton yang berkunjung ke pawagam yang semakin meningkat bagi menyaksikan filem terbarunya pada kali ini yang berjaya meraih kejayaan yang memberansangkan walaupun pada ketika pasaran filem merosot.

Filem yang telah ditayangkan secara rasmi pada Khamis lalu di semua pawagam adalah filem hasil usaha sama Grand Brilliance Sdn Bhd dengan Enjit Semut Sdn Bhd, menampilkan lakonan hebat Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Amy Juliet dan Datuk Hattan. Filem itu juga menjadi pelengkap kepada filem Rock (2005) dan Rock Oo! (2013). (rkty/w)

“Hidup Ini Jangan Sensitif Sangat”

Posted: 29 Oct 2016 07:52 PM PDT

Tidak habis dengan kontroversi rumah tangga, kehadiran Elly Mazlein didalam Gegar Vaganza turut menjadi perhatian orang ramai. Malah tugasan lagu yang diberikan setiap minggu pula membuatkan ramai yang menganggap program itu seolah mengenakan penyanyi itu yang baru sahaja melalui proses penceraian dengan menyanyikan lagu mengisahkan suka duka hidupnya.

BACA: Elly Mazlein Tidak Kisah Jadi Bahan Gurau Nabil

"Tidak. Saya tidak anggap begitu (mengenakan saya). Saya anggap apa yang diberikan kepada saya itu sebagai satu cabaran. Jadi, dalam hidup ini janganlah sensitif sangat. Memang kalau diperhatikan, lagu pertama memang lagu mengisahkan diri saya, lagu kedua pun macam kisah saya, selepas itu lagu minggu ketiga dapat pula Perawan Atau Janda”

"Setiap minggu lagu macam kisah diri saya. Sebelum menyanyi itu memang saya takut tidak boleh tahan emosi. Macam menyanyi depan cermin, ibarat kena 'bom' depan muka sendiri. Walaupun cerita dalam lagu itu sangat kisah saya, tapi sokongan peminat membuatkan saya terus kuat sebenarnya. Saya cakap kepada diri jangan menangis,” katanya kepada Kosmo Online.

Pada minggu pertama program tersebut, Elly diminta menyanyikan lagu Berpisah Jua yang turut memberikan kesan kepadanya. Manakala pada minggu kedua pula, Elly diberikan pula lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan. Sekali lagi kontroversi tercetus apabila Nabil Ahmad sebagai pengacara seolah memberi sindiran kepada penyanyi itu yang baru sahaja bercerai.

Bagaimanapun, Nabil yang menyedari tindakannya mengundang kemarahan peminat Elly akan memohon maaf secara terbuka pada konsert minggu ketiga program itu. Dalam pada itu, Elly juga menyatakan beliau tidak kisah dirinya dijadikan bahan gurauan. Untuk pengetahuan, pada minggu ketiga ini Elly telah diberikan lagu dendangan Cita Citata, Perawan Atau Janda. (rkty/w)

MySensasi

Posted: 30 Oct 2016 11:56 AM PDT

MySensasi


Keputusan Final Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor

Posted: 30 Oct 2016 08:15 AM PDT

Keputusan Final Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor. Ibarat perlawanan ulangan tahun lalu, perlawanan akhir membabitkan Kedah dan Selangor pada 30 Oktober 2016 pasti menjanjikan aksi sengit. Pasukan mana yang akan bergelar juara dalam edisi ke 90 Piala Malaysia ini. Kedah memburu kejuaraan setelah tahun lalu dikecewakan Selangor dimana kali terakhir mereka menjulang Piala Malaysia …

The post Keputusan Final Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 30 Oct 2016 09:58 AM PDT

KedahLanie.info


Mat Bashah dah umum ganjaran seandainya Kedah menang malam nanti

Posted: 29 Oct 2016 06:30 PM PDT

YAB Presiden KFA, Dato' Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan ganjaran jika skuad hjjaukuning memenangi Piala Kejuaraan TM Piala Malaysia 2016 seperti berikut:

1. Ganjaran RM25,000 kepada pemain skuad hijaukuning;
2. Cuti sehari pada hari ISNIN 31 Oktober jika menjadi juara TM Piala Malaysia 2016;
3. Perlawanan persahabatan Pra-Musim 2017 di luar negara.

Semoga dengan suntikan insentif ini memberi semangat motivasi tinggi buat skuad hijaukuning.

Pulun Kedah Pulun!

myartis.com

Posted: 30 Oct 2016 02:09 AM PDT

myartis.com


19 FOTO - SUASANA BIRTHDAY ANAK DIANA & ZAMARUL

Posted: 29 Oct 2016 07:41 PM PDT



Semalam genap enam tahun usia Kashfi Haiqal, anak kepada pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham. Majlis sambutan ulangtahun kelahiran anak pasangan ini telah berlangsung dengan meriahnya di McDonald Seksyen 3 Shah Alam.

Majlis yang bertemakan 'Pokemon' itu telah dihadiri ahli keluarga, rakan-rakan artis serta teman rapat.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Kashfi menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Amin.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KERANA IG DIGODAM - NABIL RUGI RM200,000

Posted: 29 Oct 2016 04:42 PM PDT



Selepas akaun Instagram digodam baru-baru ini, pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad, 33, bukan hanya kehilangan 1.2 juta pengikut malah turut juga kerugian hampir RM200,000 apabila kontraknya bersama beberapa produk terpaksa dibatalkan.

Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu mengakui, laman sosial itu turut menyumbang sebahagian daripada sumber pendapatannya membuatkan dirinya agak tertekan pada permulaan. Nabil bagaimanapun, akur dengan ketentuan rezeki yang tidak berpihak kepadanya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 30 Oct 2016 02:07 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Ketahui Rahsia Cara Makan Pasangan Hampa

Posted: 29 Oct 2016 10:02 PM PDT


Ada yang makan dengan cepat pantaih seolah olah terlalu lapaq Ada jugak yang makan dengan lambat sampai kita yang macam kasihan nak bantu telan makanan tu Tunggu dulu masa meneman atau makan b...

Hidup Ni Jangan Sensitif Sangat

Posted: 29 Oct 2016 08:42 PM PDT


tak habih dengan gosip rumah tangga kehadiran Elly Mazlein didalam Gegaq Vaganza turut menjadi perhatian oghang ghamai Malah tugasan lagu yang diberikan setiap minggu pulak buat ghamai yang meng...

Panduan Yang Betoi Menyimpan Nombot Telefon Waris Untuk Kecemasan

Posted: 29 Oct 2016 07:02 PM PDT


Selalunya bila berlaku kemalangan payah bagi oghang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat pasai phone LOCK yang ada password Yalah lagu mana depa nak buka dan tengok senarai nom...

Cerpen Antara Cinta Dan Niat

Posted: 29 Oct 2016 10:02 AM PDT


Waalaikumusalam jawab Datin Zahara yang sedang menyiram pokok bunga dihalaman menyahut salam daripada Syahira Eh Naik teksi Mana memba kamu soainya setelah tengok teksi yang berlalu dihad...

Pakaian Luarbiasa Sehelai 24 Jenih Warna Dan Gaya

Posted: 29 Oct 2016 07:02 AM PDT


Alangkah seronoknya soghang kanak kanak apabila memiliki sebuah patung yang mampu digayakan dengan 24 jenih gaya dan warna hanya dengan sehelai kain kan Namun percayalah sungguh baq hang konsep ...

Hospitai Sultanah Aminah Wad Icu Pertama Di Malaysia

Posted: 29 Oct 2016 04:02 AM PDT


Hospitai Sultanah Aminah yang mula beroperasi pada tahun 1882 adalah sebuah hospitai kerajaan yang terletak di Johoq Bahru Pada awai operasinya ia dikenali sebagai Hospitai Besaq Johoq Bahru dan ...

No comments:

Post a Comment