Tuesday, 9 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 09 Aug 2016 08:24 PM PDT

ROTIKAYA


Sherry Ibrahim Redha Berpisah, Mahu Masa Sendiri

Posted: 09 Aug 2016 07:51 PM PDT

Semalam dimaklumkan bahawa hubungan cinta yang terjalin diantara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim sudah pun berakhir. Semalam menerusi akaun Instagram, Sherry meluahkan perasaannya dimana beliau redha dengan apa yang terjadi walaupun ia bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi namun dirinya percaya bahawa pasti ada hikmah disebalik perpisahan itu

BACA: Cinta Fattah Amin, Sherry Ibrahim Berakhir

Screen Shot 2016-08-10 at 10.52.22 AM

“Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada semua pihak yang cuba menghubungi untuk mendapatkan penjelasan termasuk melahirkan rasa ambil berat terhadap apa yang terjadi. Saya faham. Cuma buat masa ini, saya minta jasa baik semua orang untuk berikan masa dan ruang. Apabila saya bersedia nanti, pasti akan ada kenyataan daripada pihak saya”

“Ini bukan kali pertama saya lalui. Ia membabitkan perasaan cinta, kasih dan sayang. Apa yang berlaku ada hikmahnya, Tuhan pasti tahu yang hamba-Nya ini kuat untuk menempuhinya. Pada akhirnya saya tak hilang apa apa. Siang dan malam saya tak putus berdoa kerana yakin Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik ,” tulisnya menerusi akaun Instagram semalam.

Dalam kenyataan itu, ramai peminat yang turut membanjiri ruangan komen dengan memberikan kata-kata semangat kepada pelakon kesayangan mereka itu dan mengharapkan beliau terus tabah dan kuat mengharunginya. Walaupun ada juga diantaranya berasa sedih dengan berita perpisahan itu kerana gembira melihat kedua pelakon itu berpasangan bersama.

Terdahulu, Fattah menerusi kenyataan semalam memberitahu bahawa hubungan cinta diantara mereka sudah berakhir dan hubungan itu sebenarnya sudah lama renggang. Namun mereka memilih untuk berpisah dengan cara baik dan masih berkawan kerana dibawah satu pengurusan sama. Namun, Fattah menganggap tiada jodoh buat mereka berdua ke fasa seterusnya. (rkty/w)

1- Sherry Ibrahim Redha Berpisah, Mahu Masa Sendiri - jpeg 2- Sherry Ibrahim Redha Berpisah, Mahu Masa Sendiri - jpeg 3- Sherry Ibrahim Redha Berpisah, Mahu Masa Sendiri - jpeg 4- Sherry Ibrahim Redha Berpisah, Mahu Masa Sendiri - jpeg 5- Sherry Ibrahim Redha Berpisah, Mahu Masa Sendiri - jpeg 6- Sherry Ibrahim Redha Berpisah, Mahu Masa Sendiri - jpeg

Zizan Razak Doa Yang Terbaik Buat Kamal Adli, Emma Maembong

Posted: 09 Aug 2016 07:23 PM PDT

Walaupun sudah lama tidak berhubung, Zizan Razak mendoakan yang terbaik buat bekas kekasihnya, Emma Maembong berikutan keretakan hubungan cinta bersama Kamal Adli baru-baru ini. Zizan pada masa yang sama turut terkejut dengan berita itu selepas ditanya oleh beberapa rakan yang mahukan kepastian mengenai pergolakan hubungan cinta mereka.

BACA: Mira Filzah: Zizan Razak Bukan Buaya Darat

“Sejak saya dan Emma berpisah saya tidak pernah berhubung lagi dengan beliau dan kami hanya akan terserempak jika ada menghadiri majlis hiburan sahaja. Saya juga terkejut dan baru mengetahui tentang berita ini setelah ramai yang bertanyakan mengenainya. Saya sendiri tidak tahu tetapi sebagai sahabat saya hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja”

“Saya tidak ada sebab untuk menjadi punca mereka putus hubungan kerana selepas saya dan Emma berpisah, kami tidak menyimpan rasa cinta lagi. Malah, saya sentiasa berdoa agar dia mendapat ketenangan dan dapat apa yang dia cari selama ini,” katanya kepada m Star Online mengulas lanjut mengenai keretakan hubungan cinta antara Emma dan Kamal.

Terdahulu, hubungan cinta diantara Emma dan Kamal dikatakan hambar apabila masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman Instagram. Malah perkara itu juga telah disahkan sendiri oleh kedua-dua pihak, namun Kamal memilih untuk meletakan semua kesalahan yang menjadi penyebab kerengangan hubungan cinta mereka diatas bahu beliau.

Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai kewujudan pihak ketiga yang mungkin menjadi punca kerentakan hubungan mereka, Kamal tampil menafikannya. Namun dalama masa yang sama terpalit pula nama Fatiya Latiff yang didakwa menjadi orang ketiga didalam perhubungan itu walaupun Fatiya sendiri menolak dakwaan terbabit dan cuba bersikap profesional. (rkty/w)

1- Zizan Razak Doa Yang Terbaik Buat Kamal Adli, Emma Maembong - jpeg 2- Zizan Razak Doa Yang Terbaik Buat Kamal Adli, Emma Maembong - jpeg 3- Zizan Razak Doa Yang Terbaik Buat Kamal Adli, Emma Maembong - jpeg 4- Zizan Razak Doa Yang Terbaik Buat Kamal Adli, Emma Maembong - jpeg 5- Zizan Razak Doa Yang Terbaik Buat Kamal Adli, Emma Maembong - jpeg 6- Zizan Razak Doa Yang Terbaik Buat Kamal Adli, Emma Maembong - jpeg

Suami Adira AF Mahu Isteri Pertama Hamil Juga

Posted: 09 Aug 2016 12:45 PM PDT

Baru-baru ini suami kepada Adira AF, Datuk Adnan telah mengesahkan bahawa penyanyi berkenaan telah pun hamil 7 minggu. Malah dalam masa yang sama, suami Adira juga mahu isteri pertamanya turut hamil sama.

BACA: Adira AF Sah Hamil 7 Minggu

Perkara tersebut dikongsikan oleh isteri pertama Datuk Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red. Namun dirinya merasakan ia bukanlah masa yang sesuai untuk kembali mengandung.

"Saya tahu dia mengandung ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres. Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama”

"Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali. Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung," katanya kepada Utusan Online.

Tambahnya, dia tak mahu sesuatu yang buruk atau tidak baik menimpa madunya itu, walaupun sebenarnya hubungan mereka tidaklah semesra mana. Apa pun, semoga kesihatan Adira juga terjaga sepanjang tempoh mengandung ini nanti. (rtky/s)

Dua Suspek Rempuh Palang Larikan Kereta Che Ta

Posted: 09 Aug 2016 09:15 AM PDT

Awal pagi semalam kecoh apabila kereta jenis MPV Toyota milik Rozita Che Wan telah dilaporkan hilang di USJ Taipan, Subang Jaya. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari, hasil dari pantauan kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian mendapati dua suspek telah merempuh palang parkir sebelum melarikan kenderaan tersebut

BACA: Kenderaan MPV Hilang, Che Ta Akan Buat Laporan

“Melalui rakaman CCTV kami dapati terdapat dua suspek mencuri kereta Vellfire itu kira-kira pukul 4 pagi semalam. Suspek yang membawa kenderaan tersebut telah melanggar palang parkir tetapi menerusi rakaman tersebut wajah suspek kurang jelas. Namun kami sedaya upaya mengenal pasti suspek yang terlibat," katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.

Dalam pada masa yang sama, ACP Azlin turut meminta bantuan orang ramai yang mengetahui sebarang maklumat mengenai kereta dengan nombor pendaftaran WWQ 93 supaya tampil menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. Selain kehilangan kereta yang dianggarkan bernilai RM200,000, beberapa barang berharga seperti beg tangan dan kasut turut dilarikan.

Terdahulu, kereta MPV milik Che Ta itu dilaporkan telah hilang ketika diparkir di kawasan kediaman beliau. Perkara tersebut telah disahkan oleh pengurusnya sendiri, Afiq Wahab sejurus selepas Che Ta menyedari kehilangan keretanya. Bagaimanapun Che Ta selepas itu terus membuat laporan polis berkenaan kejadian malang yang berlaku terhadapnya itu. (rkty/w)

1- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 2- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 3- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 4- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 5- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 7- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg

Cinta Fattah Amin, Sherry Ibrahim Berakhir

Posted: 09 Aug 2016 02:14 AM PDT

Enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan, pasangan pelakon Fattah Amin dan juga Sherry Ibrahim menjelaskan bahawa hubungan cinta di antara mereka sudah terputus di tengah jalan.

BACA: Sherry Ibrahim Jaga Solat, Lebihkan Amal Ketika Ramadhan

“Sebenarnya hubungan kami sudah lama renggang. Bagaimanapun kami berpisah secara baik. Hingga kini kami masih berkawan tambahan pula kami berada di bawah pengurusan sama. Saya anggap sudah bukan jodoh kami untuk melangkah ke fasa seterusnya”

“Soal kami berpisah terlalu peribadi untuk dikongsi. Kami juga pernah berbincang dan berusaha menyelamatkan hubungan ini. “Namun kami tiada jodoh dan perlu reda berdepan situasi ini. Siapa pula kita untuk menolak ketentuan Ilahi,” kongsinya kepada BH Online.

Bagaimanapun, menurut Fattah, mereka kini masih kekal sebagai kawan malah turut mendoakan agar Sherry akan terus maju dalam setiap perkara yang diceburinya. (rtky/s)

6- Cinta Fattah Amin, Sherry Ibrahim Berakhir - ROTIKAYA 5- Cinta Fattah Amin, Sherry Ibrahim Berakhir - ROTIKAYA 4- Cinta Fattah Amin, Sherry Ibrahim Berakhir - ROTIKAYA 3- Cinta Fattah Amin, Sherry Ibrahim Berakhir - ROTIKAYA 2- Cinta Fattah Amin, Sherry Ibrahim Berakhir - ROTIKAYA 1- Cinta Fattah Amin, Sherry Ibrahim Berakhir - ROTIKAYA

Kenderaan MPV Hilang, Che Ta Akan Buat Laporan

Posted: 08 Aug 2016 11:17 PM PDT

Awal pagi tadi, kenderaan MPV Toyota milik Che Ta telah dilaporkan hilang di USJ Taipan, Subang Jaya. Perkara tersebut disahkan oleh pengurusnya, Afiq Wahab yang turut mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh pelakon wanita tersebut.

BACA: Che Ta Nafi Hilang RM164,000 Di Switzerland

a

“Saya mengetahui perkara itu apabila Che Ta menghubungi saya awal pagi tadi yang memaklumkan MPV miliknya hilang. Dia sendiri tidak pasti bila kejadian itu berlaku. Difahamkan kenderaan itu diletakkan di kawasan parkir kediamannya”

“Apabila dia hendak keluar rumah, dia mendapati ia hilang. Kebetulan semalam Zain yang memandu kenderaan itu. Jadi memang pasti ia diletakkan di kawasan yang betul. Saya tidak boleh cakap apa punca atau perilaku jenayah. Sebab mereka sekarang masih berada di pejabat pengurusan kediaman,” katanya.

Menurutnya, Che Ta akan membuat laporan polis bagi mendapat kebenaran melihat kamera litar tertutup (CCTV). Tambanyam kenderaan itu juga sudah digunakan Che Ta sejak tiga tahun lalu. Sementara itu, perkara tersebut turut dikongsikan oleh rakan rakan selebriti berkenaan di laman sosial masing masing. (rtky/s)

Siti Nordiana Batal Persembahan Kerana Bayaran Rendah?

Posted: 08 Aug 2016 08:12 PM PDT

Jika sebelum ini Siti Nordiana didakwa berlagak sombong kerana menolak permintaan pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya, kini timbul pula isu lain dimana beliau dikatakan sering membatalkan persembahan yang dijanjikan pada saat akhir oleh kerana bayaran yang diterimanya lebih rendah berbanding majlis yang dianjurkan oleh pihak yang lain.

BACA: Siti Nordiana Tak Peduli Tuduhan Sombong

“Ada beberapa orang kuat industri dikatakan tidak berapa gemar dengan tindakan penyanyi itu yang suka membatalkan persembahan pada saat akhir. Penyanyi itu dikatakan suka membatalkan persembahan yang telah dijanjikan sekiranya mendapat bayaran yang lebih tinggi daripada penganjur majlis lain. Yang menjadi taruhan, reputasi penyanyi itu sendiri.

“Poklip dengar ada orang mula label Nana sebagai seorang penyanyi yang tidak profesional dan sering mungkir janji. Tapi sebenarnya, Poklip terkejut juga bila dengar cerita panas ini. Bukan apa, Siti Nordiana ini kalau jumpa di luar memang cukup merendah diri. Langsung tidak nampak riak wajah mata duitan,” katanya kepada Utusan Online menerusi ruangan Pok Lip.

Terdahulu, Nana pernah dikatakan berlagak sombong apabila beliau pernah menolak permintaan pereka fesyen yang ingin menaja pakaiannya, namun beliau tampil menafikan tuduhan tidak berasas itu. Tambahnya lagi berada dalam industri hiburan membuatkan beliau lali dengan gosip sebegini dan mengambil pendekatan tidak mahu terlalu mengambil pusing mengenainya

Walau apapun, sejauh mana kebenaran berita itu tidak dapat dipastikan. Namun jika dakwaan itu tidak benar, diharap Nana dapat tampil dan memberikan penjelasan kepada semua pihak. Dalam masa yang sama, ia turut membantu membersihkan nama Nana yang pada ketika ini mungkin sudah tercalar dek kerana anggapan beberapa pihak yang tidak berpuas hati. (rkty/w)

1- Siti Nordiana Batal Persembahan Kerana Bayaran Rendah? - jpeg 2- Siti Nordiana Batal Persembahan Kerana Bayaran Rendah? - jpeg 3- Siti Nordiana Batal Persembahan Kerana Bayaran Rendah? - jpeg 4- Siti Nordiana Batal Persembahan Kerana Bayaran Rendah? - jpeg 5- Siti Nordiana Batal Persembahan Kerana Bayaran Rendah? - jpeg 6- Siti Nordiana Batal Persembahan Kerana Bayaran Rendah? - jpeg

AMMBOI DOT COM

Posted: 09 Aug 2016 12:04 PM PDT

AMMBOI DOT COM


RESPON PEDAS TMJ ISU KEKECOHAN DI IPOH

Posted: 09 Aug 2016 02:04 AM PDT

Isu kekecohan di Ipoh, Perak melibatkan penyokong pasukan tuan rumah dengan penyokong pelawat, Johor Darul Takzim (JDT) masih hangat diperkatakan. Pihak mana yang menjadi punca kekecohan masih menjadi persoalan. Kalau sebelum ini kami ada menyiarkan kenyataan dari jurugambar NSTP berhubung dakwaan kameranya dicuri dan diserang oleh penyokong JDT. Kali ini kami berpendapat adalah adil kalau […]

The post RESPON PEDAS TMJ ISU KEKECOHAN DI IPOH appeared first on AMMBOI DOT COM.

6 MAKANAN PUNCA KEGUGURAN YANG IBU HAMIL MESTI ELAKKAN!

Posted: 08 Aug 2016 08:59 PM PDT

Berdasarkan kepada pemerhatian ammboi lah, selera makan ibu hamil ni biasanya pelik sikit. Kadangkala segelintir ibu hamil ini ‘order’ makan pun pelik-pelik lain dari kebiasaannya. Menurut sumber majalah online Pa&Ma pula, mereka menyatakan sememangnya selera makan wanita hamil sukar diduga terutama selepas melepasi tempoh mual dan alahan yang teruk pada trimester pertama. Apabila hormon ibu […]

The post 6 MAKANAN PUNCA KEGUGURAN YANG IBU HAMIL MESTI ELAKKAN! appeared first on AMMBOI DOT COM.

PENJELASAN JURUGAMBAR NSTP ISU REKA CERITA DAN TIPU DISERANG PENYOKONG JDT

Posted: 08 Aug 2016 08:00 PM PDT

Sebagaimana kita maklum, perlawanan Liga Super membabitkan pasukan Perak lawan Johor Darul Takzim (JDT) memihak kepada JDT dengan kemenangan 1-0. Bagaimanapun malam perlawanan tersebut tidak berakhir dengan sebaiknya apabila berlaku kekecohan melibatkan kedua-dua penyokong pasukan berkenaan. Dalam pada itu, isu paling hangat diperkatakan ekoran kekecohan tersebut adalah berkenaan seorang jurukamera akhbar New Straits Times Press […]

The post PENJELASAN JURUGAMBAR NSTP ISU REKA CERITA DAN TIPU DISERANG PENYOKONG JDT appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 09 Aug 2016 09:51 AM PDT

KedahLanie.info


Najib perlu saman Sarawak Report atas tuduhan pemberian wang RM90juta kepada PAS

Posted: 09 Aug 2016 06:42 AM PDT

Kenyataan Media

*NAJIB JANGAN LEPAS PELUANG UNTUK SAMAN SARAWAK REPORT*

1.Tuduhan pemberian wang oleh PM Najib sebanyak RM90 juta kepada Pas melalui orang atasan Pas yang dibuat oleh Sarawak Report (SR) *bukan sahaja mencalarkan nama baik Pas malah telah menyebabkan kerosakan berganda terhadap integriti politik PM Najib dan negara*.Berbagai tuduhan yang telah dibuat oleh SR terhadap PM Najib  *berlalu tanpa Najib membersihkan namanya dan negara dengan mengheret SR ke muka pengadilan*.

2.Kini Najib dituduh memberi wang kepada Pas sebanyak RM90 juta untuk menjauhkan Pas dari pakatan pembangkang. *Tuduhan berat ini  menggambarkan permainan dan percaturan politik jijik Najib bagi terus mencengkam kuasa dengan pemberian wang yang berunsur rasuah untuk membeli lawan politiknya*.

3.Tuduhan ini akan menjejaskan nama baik negara dan akan menghilangkan kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia serta menjunamkam index rasuah Malaysia. *Tuduhan ini juga akan merosakkan politik Malaysia yang dilihat begitu kotor dan jijik dengan amalan korupsi*.

4.PM Najib tidak boleh lagi membiarkan tuduhan berat SR berlalu tanpa saman Najib kepada SR. Sebelum ini dakwaan isu RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi dinafikan oleh Najib di peringkat awal akhirnya ternyata benar dengan pengakuan Najib sendiri kononnya sebagai derma tok arab*.Rakyat menanti tindakan Najib menyaman SR sebagai tanda usaha membersihkan nama Malaysia dipersada antarabangsa*.Pas sudah bersedia untuk saman SR.Najib bila lagi. *Rakyat tak mahu mendengar pengakuan Najib RM90 juta itu sebagai derma politik peribadi pahlawan Bugis kepada peribadi orang atasan Pas*.

#BeraniKeranaBenar.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
Taman Al-Walid Alor Setar
9 Ogos 2016/6 Zulkaedah 1437H

Dr M dimasukkan ke IJN

Posted: 09 Aug 2016 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini untuk rawatan jangkitan di dada.

Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat IJN, bekas perdana menteri itu dijangka diletakkan di bawah pemerhatian doktor untuk beberapa hari.

Mahathir, 91, kini berada di wad biasa dan berdasarkan nasihat pasukan perubatan, lawatan adalah terhad kepada anggota keluarga sahaja, kata kenyataan itu.

Pada 2013, beliau dimasukkan ke IJN selama 10 hari mulai 16 November untuk rawatan jangkitan di dada. - Bernama

Kedutaan AS pilih diplomasi dalam isu 'bunuh Melayu'

Posted: 09 Aug 2016 03:18 AM PDT

Hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Amerika Syarikat perlu menyediakan asas yang kukuh untuk menangani isu-isu membimbangkan, kata seorang jurucakap kedutaan republik itu di negara ini.

Enggan diheret dalam perang mulut dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, kedutaan Amerika menawarkan tindak balas diplomatik kepada tuduhan bahawa kuasa besar itu mahu 'membunuh' orang Melayu.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, seorang jurucakap kedutaan itu berkata, rakyat Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan kukuh yang dibina dengan sikap saling mempercayai demi kepentingan ekonomi dan keselamatan bersama.

"Pelaburan dalam hubungan jangka panjang antara negara kita menyediakan asas yang lebih kukuh untuk kita juga menangani isu-isu yang membimbangkan," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap itu enggan mengulas mengenai tuduhan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) melakukan fitnah berhubung dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB.

"Kami rujuk anda kepada DOJ untuk sebarang pertanyaan mengenai kes ini," katanya apabila ditanya mengenai perkara itu.

Jurucakap itu diminta mengulas ucapan Idris yang mendakwa bahawa tindakan Amerika Syarikat adalah helah politik untuk menjatuhkan orang Melayu seperti apa dilakukan terhadap rakyat Iraq.

Dalam ucapannya, Idris mempersoalkan kredibiliti DOJ dengan merujuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 serta dakwaan bahawa presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia," katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang baru-baru ini.

DOJ bulan lalu memfailkan saman sivil bagi merampas aset bernilai AS$1.5 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Menjelang protes #TangkapMO1, penganjur ajak tukar gambar profil

Posted: 08 Aug 2016 10:23 PM PDT

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemuda akan mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini bagi mendesak Putrajaya mendedahkan identiti “Malaysian Official 1” (MO1), yang disebut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam permohonannya menyita aset berkait 1MDB bulan lalu.

Sehubungan itu, Gabungan #TangkapMO1 menyeru orang ramai menunjukkan sokongan dengan menukar gambar profil media sosial mereka kepada logo kempen #TangkapMO1.

“Kami menyeru sekiranya sudi, anda boleh menukar gambar profil kepada logo kempen #TangkapMO1 di laman sosial masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan ini,” kata Presiden #TangkapMO1, Anis Syafiqah Yusof.

Beliau menjangkakan kehadiran seramai 10,000 orang, dan protes akan bermula jam 2.40 petang selepas berkumpul di perkarangan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.

Perhimpunan itu akan dibantu pasukan Amal Relief Malaysia (Arif) dengan kerjasama Skuad Medik untuk memastikan perhimpunanan berjalan lancar, katanya.

Kumpulan itu juga akan mengadakan siri ceramah dan “flashmob” bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu 1MDB.

“Ceramah ini bermula di Johor dan Kelantan pada 13 Ogos diikuti Perak pada 20 Ogos. Selain itu kami juga akan ke Pulau Pinang, Pahang dan Kedah,” kata Anis.

Jabatan Kehakiman AS pada 20 Julai mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan daripada dana 1MDB.

Dalam saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank seorang yang hanya dirujuk sebagai “Malaysian Official 1”, yang disifatkan sebagai “pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia”.

Pelbagai pihak merumuskan gelaran itu merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nik Omar - Pas tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung

Posted: 08 Aug 2016 09:13 PM PDT

AKHIRNYA ...

KOTA BHARU - Pas tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung bersama Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU14, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti  Amanah  Negara (Amanah)  berkata, sejarah membuktikan Pas tidak mampu memperoleh keputusan baik ketika bersendirian dalam menghadapi pilihan raya.

“Saya lebih suka kalau Pas bersama Pakatan Harapan dan ketiga-tiga parti (DAP, PKR, Parti Amanah Negara) perlu berjiwa besar untuk menerima Pas bersama Pakatan Harapan.

“Dari sudut politik lebih terjamin untuk peralihan kerajaan baru dalam PRU14. Pas pun tahu, kalau (bertanding) sendiri menerima risiko kalah dalam banyak kerusi,” katannya.

Nik Omar dalam masa yang sama turut menyarankan agar Pas menerima kehadiran Amanah kerana asas perjuangan parti itu sama iaitu menegakkkan Islam.

Sambil menegaskan kesetiaan beliau kepada Pas, anak kedua Nik Abdul Aziz itu berkata, Amanah dilahirkan daripada rahim yang sama.

“Pandangan ini yang menyebabkan orang melihat saya berbeza, saya bukan ahli Amanah, kalau Umno minta pergi ceramah saya pergi, itu kalau Umno, apatah lagi  kalau rakan sendiri.

“Kita kena terima dari sudut asas dasar, Pas membawa dasar Islam. Amanah pun sama, tiada perbezaan, sama-sama nak perjuangkan Islam, cuma yang berbeza  pendekatan dan ia tidak membabitkan akidah.

“Sejak dari  dulu lagi perkara ini sepatutntya diselesaikan dalam perbicangan dalaman, macam mana pun Amanah ini  anak kepada ibu, anak dalam rahim yang sama (dengan Pas), kepimpinan yang ada sekarang asalnya puluhan tahun dalam Pas,”katanya.

Ditanya adakah Pas kini sudah berubah tidak sepertimana zaman Allahyarham ayahdanya, Nik Omar berkata, dasar Pas tidak berubah, sebaliknya pendekatan yang dibawa pimpinanya berbeza.

Beliau memberi contoh bagaimana Allahyarham Nik Aziz mengendalikan isu hudud dengan baik walaupun menerima tentangan lantang daripada pimpinan DAP.

“Politik Pas kini  nampak DAP musuh utama, adapun Amanah melihat DAP rakan kongsi yang penting untuk pilihan raya, saya nampak,  cara yang dibawa Pakatan Harapan ataupun Amanah ini lebih dekat dengan pendekatan tok guru.

“Kalau DAP tidak setuju hudud, bila mereka tentang, adakah lepas tok guru meninggal dunia? Tidak, masa tok guru ada lagi, mereka tentang tetapi tidak berlaku  perpecahan, walaupun (bekas pengerusi DAP) Karpal Singh lawan tetapi tok guru pergi ziarah,“katanya.

OhDunia.My

Posted: 09 Aug 2016 07:51 AM PDT

OhDunia.My


Kaki, Pundi Hempedu, Gigi Taring Beruang Madu Dirampas

Posted: 09 Aug 2016 12:32 AM PDT

KOTA KINABALU: Renjer hidupan liar Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan dua lelaki warga tempatan kerana memiliki beberapa anggota badan dan organ dalaman dipercayai diambil daripada dua beruang madu.


GIGI taring milik beruang madu yang dirampas daripada dua suspek di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. - Foto ihsan Jabatan Hidupan Liar Sabah

Baca selengkapnya

Jam Ciptaan Disangka Bom, Remaja Muslim Amerika Saman Sekolah

Posted: 08 Aug 2016 09:19 PM PDT

TEXAS: Keluarga Ahmed Mohamed, seorang remaja Islam yang digari ketika ditahan di sebuah sekolah menengah di Dallas, dan kemudian digantung persekolahannya tahun lalu selepas jam digital buatannya disangka bom, menyaman pegawai sekolah berkenaan, semalam, kerana mencemar hak asasinya.


Jam Ciptaan Disangka Bom, Remaja Muslim Amerika Saman Sekolah

Baca selengkapnya

Serangan Bom Di Hospital Pakistan, 70 Maut, 100 Cedera

Posted: 08 Aug 2016 08:20 PM PDT

QUETTA: Serangan bom bunuh diri menggunakan bebola besi dilakukan Taliban ke atas sebuah hospital Pakistan hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang dan lebih 100 lagi cedera.


Serangan Bom Di Hospital Pakistan, 70 Maut, 100 Cedera

Baca selengkapnya

MummyNemo

Posted: 09 Aug 2016 04:22 AM PDT

MummyNemo


Pendaftaran Simpanan Syariah KWSP

Posted: 08 Aug 2016 08:05 PM PDT

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Simpanan Shariah, yang akan dilancarkan pada Januari 2017, kini dibuka untuk pendaftaran di seluruh cawangannya kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kerakyatan. Ahli yang ingin menukar simpanan KWSP konvensional mereka kepada Simpanan Shariah perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dan membawa MyKad untuk pengesahan cap jari mereka, ...

Senarai Peserta Akademi Fantasia 2016

Posted: 08 Aug 2016 07:58 PM PDT

PENYANYI dangdut popular, Mas Idayu serta pelakon dan pengarah tersohor, Ellie Suriaty diberi mandat sebagai tenaga pengajar bagi Akademi Fantasia 2016 (AF2016). Dua selebriti popular ini diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai Guru Persembahan Vokal dan Guru Seni Persembahan. Selain itu, AF2016 turut mengumpulkan bekas tenaga pengajar AF lain iaitu Linda Jasmine yang dilantik menjadi Guru ...

Panduan Permohonan Rayuan UPUOnline e-Rayuan Sesi Akademik 2016/2017

Posted: 08 Aug 2016 07:47 PM PDT

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2016/2017 boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline e-Rayuan di http://upu.mohe.gov.my. UPUOnline e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari mulai 8 Ogos, 12 tengah hari sehingga 12 Ogos, 11.59 malam. Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk ...

Toknek.com RSS Feed

Posted: 09 Aug 2016 02:00 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Awat Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan

Posted: 09 Aug 2016 12:22 AM PDT


Pokemon Go ialah sejenih permainan baghu yang menjadi kegilaan masyarakat di seluruh dunia dan baghu dilancaqkan di Malaysia beberapa hari yang lepaih Isu Pokemon Go rancak dibahaihkan di kelompo...

Siti Nordiana Batai Persembahan Pasai Bayaran Rendah

Posted: 08 Aug 2016 11:02 PM PDT


kalau sebelum ni Siti Nordiana didakwa eksyen eksyen pasai menolak permintaan pereka fesyen yang mau menaja pakaiannya la nih timboi pulak isu lain tang mana beliau ghamai dok kata serin membataik...

Saharul Ridzwan Tolak Tajaan Besaq Ingin Guna Wang Sendiri Untuk Menikah

Posted: 08 Aug 2016 10:42 PM PDT


Saharul Ridzwan nama yang agak terkenai didalam industri lakonan tanah ayaq dan tentu sekali ada beberapa pihak tampil untuk menaja pernikahan beliau dengan Deena Emir yang bakai berlangsung pada 1...

Jimat Masa Membeli Gajet Di Karnivai It Secara Ataih Talian Yang Dianjoqkan Shopback

Posted: 08 Aug 2016 09:42 PM PDT


Dulu pabila tibanya acara karnivai IT dan musim jualan peralatan gajet konfem ghamai yang akan menghadiaqkan diri ke pusat membeli belah untuk tak melepaihkan peluang membelinya Namun seirin den...

Pengarah Jakim Dah Cuba Try Test Pokemon Go Luah Ghasa Tobat Takmau Buat Dah Pokemon Berlegaq Di Masjid

Posted: 08 Aug 2016 09:38 PM PDT


Permainan Pokemon Go perlu dihadkan semuga institusi agama tak tercemaq dalam keasyikan masyarakat terhadapnya kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim Tan Sri Othman Mustapha ...

Perak Memang Bermasalah 3 Negeri Lain Jugak Hadapi Perkara Sama Bila Bertandang Ke Negeri Tu Tmj

Posted: 08 Aug 2016 09:36 PM PDT


Tunku Mahkota Johoq Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pasukan negeri berkenaan Johoq Darul Ta zim JDT akan menghadapi masalah setiap kali berkunjung ke Perak Katanya selain daripada JDT ...

Komen Ahli Parlimen Belia Anak Sarawak Belum Mampu Uruih Sumber Negeri Sendiri

Posted: 08 Aug 2016 09:34 PM PDT


Dalam keadaan ekonomi semasa industri minyak dan gas adalah yang palin terkesan ghamai individu yang terlibat dalam bidang ni terpaksa diberi pilihan persaraan awai untuk mengurangkan kos operas...

Oghang Perak Memang Sakai Pun Oghang Ulu Takdak Tamadun Nur Eyqatika

Posted: 08 Aug 2016 09:32 PM PDT


pasai permainan bola ghamai oghang boleh menjadi emosionai barangkali tu yang berlaku apabila soghang pompuan yang menggunakan nama Nur Eyqatika di Facebook menghina oghang negeri Perak Komen t...

Majlih Menikah Ikut Kemampuan Cheq Tolak Tajaan Utama

Posted: 08 Aug 2016 08:02 PM PDT


Adalah lumrah bagi artis mendapat tajaan apabila ingin menikah tapi lain pulak dengan Saharul Ridzwan yang memilih untuk tak menerima beberapa tajaan utama pada majlih pernikahan yang berlangsung p...

Rozita Che Wan Tak Ngaku Hilang Rm164 000 Masa Holiday Di Switzerland

Posted: 08 Aug 2016 07:44 PM PDT


Hari Sabtu lepaih menerusi ruangan di surat khabaq Bipop depa menceghitakan sebuah berita tang mana Rozita Che Wan ghamai dok kata kehilangan wang berjumlah 40 000 Swiss Franc RM164 000 masa hol...

Ac Mizal Isteri Fail Saman Rm25 Juta Terhadap Suratkhabaq Utusan

Posted: 08 Aug 2016 07:42 PM PDT


Penyanyi dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid dan dua lagi memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu M Sdn Bhd d...

Bunuh Atau Berzumba

Posted: 08 Aug 2016 06:32 PM PDT


FILIPINA Daripada dibunuh atau memilih untuk berzumba Itulah peluang dan tawaran kedua yang diberikan kepada penagih dadah di Filipina untuk mengubah cara hidup depa Untuk mengelakkan diri dep...

Panduan Permohonan Rayuan Upuonline E Rayuan Sesi Akademik 2016 2017

Posted: 08 Aug 2016 06:22 PM PDT


Pemohon yang gagai menerima sebarang tawaran ke Universiti Awam UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM Matrikulasi Asasi Ijazah Pertama Sesi Akademik 2016 2017 boleh mengemukakan permohonan r...

Datuk Yusof Haslam Tarik Diri Daripada Ffm Tahun Depan

Posted: 08 Aug 2016 01:46 PM PDT


Dituduh menyalahgunakan kuasa dan pengaruh sebagai antara yang terlibat didalam Festivai Filem Malaysia ke 28 FFM 28 untuk menaikkan filem anak anaknya Datuk Yusof haslam akhiaqnya ambik keputus...

Pasai Bayaran Rendah Siti Nordiana Bataikan Persembahan Pada Las Menet

Posted: 08 Aug 2016 01:44 PM PDT


Dalam beberapa bulan ni nama Siti Nordiana kerap jugak dikaitkan dengan gosip yan mendakwa beliau dah mula eksyen diva terpalin baghu menerusi ruangan Poklip di Utusan Online Nana ghamai dok ...

Cheq Dah Dilamar Tapi Belum Bertunang Siti Saleha

Posted: 08 Aug 2016 01:42 PM PDT


Umum mengetahui pelakon cun Siti Saleha dah dilamar baghu baghu ni oleh yang hanya dikenali dengan nama L masa depa berdua holiday di Cancun Mexico dan pada masa yang sama menghadiri pernikahan ...

Mesej Yang Mendalam Di Pameran Senjata

Posted: 08 Aug 2016 01:32 PM PDT


Video di bawah ni telah dirakamkan di sebuah pusat pameran model senjata yang tak dapat dikenai konfem lokasinya Sekali pandang nampak cam satu pistol besaq yang dihasilkan oleh pelbagai senjata ...

Panduan Senaman Harimau Untuk Menguatkan Syahwat Lelaki

Posted: 08 Aug 2016 12:22 PM PDT


Di kelompok masyarakat Melayu Lama kaum lelaki diajaq supaya mengamalkan beberapa latihan jasmani untuk melaraihkan tulang dan urat Antaranya ialah Senaman Harimau ianya sangat baik terutamanya...

Daya Kesimbangan Duit Syilin Tahap Dewa

Posted: 08 Aug 2016 09:32 AM PDT


soghang pengguna Twitter yang bernama Tanu san telah memuat turunkan gambaq hasil kerjanya menggunakan wang syilin ke dalam akaun Twitternya Tanu san menggunakan daya keseimbangan tahap tinggi dir...

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan Atm 2017

Posted: 08 Aug 2016 09:22 AM PDT


Warganegara Malaysia yang berminat untuk adalah dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada Pegawai Kadet ATM Pengambilan baghu Markaih Angkatan Tentera Malaysia MAFHQ dibawah kendalian Angkatan ...

Tudung Bawai Exclusive Berharga Rm10 000 Palin Mahai Di Malaysia

Posted: 08 Aug 2016 06:22 AM PDT


baghu baghu ni jenama tudung femes Tudung Bawai Exclusive telah menjuai koleksi Tudung Bawai palin mahai dengan ghega RM10 000 Dan sungguh baq hang Malaysia la nih merupakan lubuk tudung dengan p...

Cuba Try Test Suap Isteri Dan Anak Kamu Makan Insyaailah Rejeki Datang Mencurah Curah

Posted: 08 Aug 2016 05:32 AM PDT


Gambaq HiasanKebahagiaan rumah tangga serin dianggap terletak pada pendapatan dan kesenangan sesebuah keluarga atau individu pasai ada bagitau zaman la la nih semua benda nak dilaku perlukan duit ...

Kandungan Dalam Gincu Yang Boleh Jadi Punca Kanser

Posted: 08 Aug 2016 04:06 AM PDT


Gincu dengan pompuan memang tak dapat dipisahkan kalau ada yang tak suka pakai gincu barangkali pilihan depa ialah lip balm Warna gincu main peranan pentin terhadap personaliti kita dan ada ses...

Hajat Tak Sampai Bakai Jemaah Haji Meninggai Dunia Di Klia

Posted: 08 Aug 2016 04:04 AM PDT


ALOR SETAR 8 Ogos masa menghantaq bapak ke lapangan terbang bapak lebih banyak berdiam diri dan hanya berpesan semuga menjaga diri dan adik adik kata Fakhrul Razi anak sulong kepada bakai j...

Bukti Ekonomi Negara Makmoq Banyak Rumah Terbuka Lepaih Ghaya

Posted: 08 Aug 2016 04:02 AM PDT


Ketua menteghi Melaka Datuk Seri Idris Haron membidaih sebaran di media so siall yang mendakwa ekonomi Malaysia sedang menghadapi kemerosotan Sebaliknya Idris bagitau rakyat Malaysia menikmati m...

Lebihan Ubat Hanya Boleh Disimpan Selama Dua Bulan

Posted: 08 Aug 2016 03:22 AM PDT


ghamai mak pak biasanya menyimpannya lebihan ubat yang telah digunakan dalam peti sejuk terutama kalau mempunyai anak kecik di rumah Ubat hat sama dok habaq tadi kemudiannya digunakan semula apab...

Digi Lancaq Prepaid Live Chemeyy 8gb Panggilan Telefon Tanpa Had

Posted: 08 Aug 2016 02:04 AM PDT


Kepada kaki internet yang gemaq memuat naik video genius serta melayan lagu lagu hits tapi risau data internet hampa tak mencukupi jangan bimbang Digi ada berita baik untuk semua Digi Prepaid LiV...

Selepaih Izreen Instagram Adira Af Digodam Lagi

Posted: 08 Aug 2016 02:02 AM PDT


kalau sebelum ni Izreen Asminda berang pasai akaun Instagramnya digodam la nih giliran akaun Instagram Adira AF pulak digodam pada tengahmalam kemarin Bertambah frust apabila ni bukanlah kali pe...

myartis.com

Posted: 09 Aug 2016 01:52 AM PDT

myartis.com


BERTEMU SEMULA - SAHARUL RIDZWAN PILIH BERCINTA SELEPAS KAHWIN

Posted: 08 Aug 2016 02:58 PM PDT



Pelakon Saharul Ridzwan, 27, mengesahkan bahawa dirinya bakal menamatkan bujang bersama pilihan hati, Qaabila Deena Amir dalam satu sidang media yang diadakan di Bangsar semalam.

Saharul bagaimanapun menafikan wanita bakal dinikahinya itu ialah bekas kekasihnya seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut Saharul, bakal isteri itu hanyalah kawan rapat yang dikenali empat tahun lalu sebelum masing-masing haluan sendiri.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

6 GAMBAR - MAREAM ESABEL KINI BERUSIA DUA TAHUN

Posted: 08 Aug 2016 02:26 PM PDT



Pada 7 Ogos lalu, usia anak perempuan Ally Iskandar dan Farah Lee bernama Maream Esabel telah genap dua tahun. Pejam celik... dah makin besar Maream ni.

"Omma membesar tanpa role seorang abang jadi omma berharap anak pertama omma lelaki supaya adik-adiknya akan rasa secure dan protected oleh abang mereka, macam yang omma nak rasa.

"Tu yang omma harap tapi Allah sentiasa sediakan yang lebih baik. Rupanya Allah nak bagi omma seorang Maream, yang berperibadi seakan seorang Mariam ibu Isa. Satu-satunya nama Wanita yang disebut jelas di dalam Quran.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

9 GAMBAR - RAGAM FATIA LATIFF DI MAJLIS TUNANG ADIKNYA

Posted: 08 Aug 2016 01:34 PM PDT



"1 down! 2 more to go," demikian kata Fatia Latiff sempena majlis tunang adiknya Farhana pada 6 Ogos lalu.

Fatia yang sempat melaram seolah sama-sama bertunang dengan adiknya buat masa ini masih tidak diketahui statusnya selepas putus cinta dengan aktor Aiman Hakim Ridza.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

LEPAS IZREEN AZMINDA - INSTAGRAM ADIRA PULA DIGODAM KALI KE-2

Posted: 08 Aug 2016 01:31 PM PDT



Kini giliran penyanyi Adira Suhaimi, 25, pula menerima nasib serupa seperti pelakon Izreen Azminda iaitu akaun Instagram digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada tengah malam kelmarin.

Menurut Adira, beliau bertambah kecewa apabila ini bukanlah kali pertama akaun Instagramnya digodam dan setelah mencipta akaun baru, beliau sekali lagi digodam dan telah kehilangan ribuan pengikutnya di Instagram.

Akui Adira lagi, beliau berasa terkilan apabila medium media sosial yang menjadi penghubung antaranya dengan peminat turut menjadi mangsa seperti beberapa selebriti tempatan lain.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 09 Aug 2016 01:50 AM PDT

beautifulnara


Saksikan kemenangan Emas Pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 Secara LANGSUNG & PERCUMA Menerusi AplikasiHyppTV Everywhere

Posted: 08 Aug 2016 10:22 PM PDT

Akhirnya, yang dinanti-nanti telah tiba. Sukan Olimpik di Rio telah pun bermula! Fuh!!! Adakah penantian Malaysia untuk mendapatkan pingat emas buat kali pertama di Sukan Olimpik akan berakhir pada temasya kali ini? Abang Nara masih teringat lagi betapa kecewanya diri ini apabila Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan pada Sukan Olimpik London 2012. Bergenang air mata ini kesedihan.

sukan olimpik rio

Untuk Sukan Olimpik Rio 2016, Abang Nara dapat rasakan Malaysia akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas. Antara beberapa atlet yang Abang Nara menaruh harapan tinggi ialah:-

1.Lee Chong Wei
sukan olimpik rio

Sukan Olimpik kali ini adalah Sukan Olimpik terakhir untuk beliau. Sudah pasti Lee Chong Wei ingin menamatkan kariernya dengan sebutir pingat emas Sukan Olimpik. Semangat beliau pasti berada di tahap tertinggi. Prestasinya pun amat memberangsangkan kebelakangan ini. Semoga tuah menyebelahi Lee Chong Wei kali ini.

2.Pandalela Rinong

sukan olimpik rio

4 tahun lalu, Pandalela Rinong telah merangkul pingat gangsa di Olimpik London. Serius terharu ketika mendengar lagu Negaraku dikumandangkan bersempena kemenangannya. Dengan lebih banyak pengalaman yang telah ditimba, Abang Nara yakin Pandalela mensasarkan emas di Sukan Olimpik Rio.

3.Azizulhasni Awang
sukan olimpik rio

Setiap kali melihat aksi Azizulhasni Awang di atas litar lumba basikal, hati Abang Nara akan berdebar-debar. Aksinya cukup memukau dan mendebarkan. Jika di Sukan Olimpik London 2012 Azizul pulang dengan tangan kosong, Abang Nara cukup yakin kali ini sekurang-kurangnya pingat gangsa akan menjadi miliknya. Insya Allah kalau ada rezeki, siapa tahu Azizul akan menjadi atlet pertama Malaysia merangkul pingat emas olimpik.

sukan olimpik rio

Selaku seorang rakyat Malaysia yang tidak mahu terlepas sebarang aksi penuh bersejarah atlet-atlet negara dalam misi mengejar pingat emas pertama Sukan Olimpik, Abang Nara dah pun download applikasi HyppTV Everywhere. Aplikasi ini memang terbaik untuk melayan Sukan Olimpik Rio 2016, lebih-lebih untuk orang macam Abang Nara yang jarang ada depan televisyen. Kalau korang tak download, memang rugi yang amat. Antara ke'best'an HyppTV Everywhere ini adalah:-

1. PERCUMA. Tak perlu bayar apa-apa, dan aplikasi ini boleh dimuat-turun oleh semua orang tidak semestinya pelanggan UniFi atau Streamyx sahaja yang boleh menonton program best best di aplikasi HyppTV Everywhere ini. Cuma download aplikasi (search HyppTV Everywhere) di Google Play Store atau pun di Apple App Store, register melalui telefon no atau Facebook. Dapat tengok TV dah.
2. Boleh tonton di smartphone, tablet dan juga laptop. Maksudnya anda boleh melihat setiap detik bersejarah perjuangan atlet kita di mana-mana sahaja. Dalam toilet pun boleh
3. Ada 7 saluran PERCUMA ( HyppSports HD Ch. 720 – 726) untuk kesemua 42 sukan yang dipertandingan di Sukan Olimpik Rio 2014. Korang cuma perlu daftar menggunakan nombor telefon/Facebook selepas download aplikasi HyppTV Everywhere. Ini semua bersempena semangat
4. Untuk pengguna Umobile, tiada caj data yang dikenakan untuk streaming HyppTV Everywhere, Ia adalah PERCUMA!
5. Kalau guna Wifi, tak payah pening kepala nak fikir limit kuota data korang. Senang begitu!!!
sukan olimpik rio

Senang je cara download dia:

sukan olimpik rio

Best kan? Abang Nara wajibkan semua pembaca BeautifulNara untuk mendownload aplikasi HyppTV Everywhere ini sekarang jugak. Abang Nara tak nak korang terlepas satu detik pun saat-saat atlet negara kita berjuang untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik pertama Malaysia. Kalau terlepas, memang rugi yang amat. Maklumat lanjut, layari www.tm.com.my/rio2016.

Kereta Toyota Vellfire Milik Rozita Che Wan Dicuri

Posted: 08 Aug 2016 09:09 PM PDT

Sebentar tadi kami dikejutkan dengan berita dimana kereta jenis Toyota Vellfire warna hitam dengan no pendaftaran WWQ 93 telah dicuri awal pagi tadi.

Berita itu pada awalnya disampaikan oleh sahabat Che Ta iaitu Annas Easkey dan di repost semula oleh beliau di akaun Instagramnya.

Che Ta memohon bantuan orang ramai untuk menghebahkan berita berkenaan dan berharap kereta miliknya itu boleh dijumpai sekaligus memberkas pencurinya.

#repost @annaseaskey with @repostapp PERHATIAN, sesiapa yang ternampak VELLFIRE WARNA HITAM NOMBOR PLAT WWQ93 SILA HUBUNGI 012 616 0949 (afeeq) KERANA VELLFIRE MILIK @rozitachewan1 telah di curi oleh insan yang tidak bertanggungjawab pagi tadi, di harap semua pihak dapat repost dan membantu untuk viralkan, semoga segalanya dipermudahkan dan che ta dapat semula kereta tersebut. thank you!

Harap Che Ta bersabar dengan dugaan ini, memang perit dan terkejut rasanya bila kereta dicuri. Sama-sama kita doakan agar kereta Che Ta dapat dijumpai semula.

Saharul Ridzwan Tolak Tajaan Besar, Ingin Guna Wang Sendiri Untuk Kahwin

Posted: 08 Aug 2016 08:10 PM PDT

Saharul Ridzwan nama yang agak popular didalam industri lakonan tanah air dan tentu sekali ada beberapa pihak tampil untuk menaja perkahwinan beliau dengan Deena Emir yang bakal berlangsung pada 16 September depan.

Walaubagaimanapun, Saharul mendedahkan beliau sudah  menolak beberapa tajaan besar secara baik dan lebih selesa untuk menggunakan wang beliau sendiri buat majlis perkahwinannya nanti.

Saharul mahu mengadakan satu majlis yang sederhana sahaja tetapi pada masa yang sama beliau dan sanak saudara tetap dapat merasakan kemeriahannya.

Alhamdulillah ada beberapa tajaan utama yang saya terima untuk majlis saya nanti namun saya menolak secara baik kerana ingin merasai nikmat persiapan majlis itu tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain.

Seperti kita tahu besar pahalanya memberi makan kepada orang lain dan saya mahu hidangan yang disediakan pada majlis itu nanti adalah daripada hasil titik peluh saya sendiri.

Majlis itu nanti bukanlah secara besar-besaran dan ikut sekadar kemampuan saya sahaja dan paling penting baik meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Berbicara mengenai tarikh perkahwinannya itu yang jatuh pada hari Jumaat, Saharul sebenarnya tidak pernah merancang apa-apa. Ia cuma satu kebetulan dan beliau ingin mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami meskipun hatinya ada sedikit berdebar menanti saat untuk diijabkabulkan bersama Deena Emir.

Pada tahap sekarang banyak persiapan mental dan jasmani yang saya lakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan kerana ia bukan mudah sebenarnya. Besar tanggungjawab saya dan perlu bersiap sedia selain masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.

Melangkah ke alam perkahwinan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat selain perlu memupuk hati dengan penuh kesabaran. Kami doakan agar Saharul Ridzwan dan Deena Emir kekal bahagia sehingga ke anak cucu. InshaAllah.

Sumber Berita : mStar Online

Rozita Che Wan Nafi Hilang RM164,000 Ketika Bercuti Di Switzerland

Posted: 08 Aug 2016 07:33 PM PDT

Hari Sabtu lepas menerusi ruangan di akhbar Bipop, mereka melaporkan sebuah berita dimana Rozita Che Wan dikatakan kehilangan wang berjumlah 40,000 Swiss Franc (RM164,000) ketika bercuti di Switzerland tahun lepas.

Walaubagaimanapun, berita itu tidak benar dan ia turut dinafikan oleh Che Ta yang agak terkejut bagaimana khabar angin seperti itu boleh timbul.

Saya terkejut apabila ada berita melaporkan saya kehilangan duit sebanyak $40,000 euro ketika bercuti di Switzerland akhir tahun lalu.

Saya tidak tahu mereka dapat info dari mana dan mungkin juga mereka tersilap orang. Lagi pula cerita itu keluar di ruangan gosip.

Menurut Che Ta, beliau tidak pernah kehilangan wang dengan jumlah yang besar dan sering mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali bercuti bersama keluarganya.

Tidak dinafikan kadang-kadang sewaktu bercuti ada juga kes kehilangan wang dan sebagainya. Namun, dalam kes Che Ta ini agak susah hendak percaya bukan?  Kalau benar lah, perghh memang hebat betul Che Ta dengan selambanya membawa wang begitu banyak dan berjalan di tempat orang.

Sumber Berita : mStar Online

AC Mizal & Isteri Fail Saman RM25 Juta Terhadap Suratkhabar Utusan

Posted: 08 Aug 2016 07:16 PM PDT

Penyanyi dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid dan dua lagi memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd dan tiga yang lain, menuntut ganti rugi RM25 juta.

AC Mizal yang juga Presiden Peace Yall Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan operasi saluran radio penyiaran internet swasta, memfailkan saman itu melalui Tetuan Shahrir & Co pada 30 Mac lepas.

Plaintif dalam saman itu ialah AC Mizal, 45, Emylia Rosnaida, 43, yang juga naib presiden syarikat itu, Rashidi Ishak, 43, ketua pegawai eksekutif syarikat itu dan Peace Yall Sdn Bhd.
ac mizal saman utusanMereka menamakan wartawan hiburan Utusan Melayu, Syed Musaddad Syed Mahdi, bekas Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mengikut pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa Syed Musaddad melalui sisipan Pancaindera yang diterbitkan bersama-sama dengan Mingguan Malaysia membuat andaian fitnah terhadap plaintif-plaintif di dalam artikel berjudul ‘Peace Yall FM Tak Bayar Gaji’.
ac mizalMereka mendakwa perkataan-perkataan dalam artikel itu menggambarkan kesemua plaintif merupakan majikan, presiden syarikat, ahli perniagaan, ahli masyarakat atau individu yang tidak bertanggungjawab, cuai, dan lalai terhadap pekerja mereka.

Kesemua plaintif mendakwa perkataan itu juga boleh menggambarkan mereka mempunyai reputasi kewangan atau perniagaan yang teruk dan tidak boleh dipercayai, sedang menanggung beban hutang atau kewangan yang teruk hingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.

Mereka mendakwa reputasi dan nama baik mereka selaku ahli perniagaan dan penggiat bidang seni telah terjejas teruk.
ac mizalMereka menuntut ganti rugi am bagi memfitnah sebanyak RM15 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Ahmad Shahrir Baharuddin yang mewakili kesemua plaintif ketika ditemui pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Abu Bakar Jais hari ini, memaklumkan mahkamah menyarankan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan kes saman fitnah itu melalui proses mediasi.

Katanya mahkamah menetapkan esok untuk pengurusan kes berkenaan. Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Ooi She Yi yang mewakili kesemua defendan.

Datuk Yusof Haslam Tarik Diri Daripada FFM Tahun Depan

Posted: 08 Aug 2016 11:52 AM PDT

Dituduh menyalahgunakan kuasa dan pengaruh sebagai antara yang terlibat didalam Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28) untuk menaikkan filem anak-anaknya, Datuk Yusof haslam akhirnya mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam penganjuran FFM pada tahun depan.

Datuk Yusof Haslam akui beliau merasa terkilan apabila sebelum ini beliau dikecam oleh netizen apabila filem anak-anaknya, Munafik dan Mat Motor (Kami Mat Motor Bukan Mat Rempit) terbitan Skop Production tersenarai sebagai finalis FFM 28.

Saya beremosi tadi apabila ramai pihak menuding jari dengan mengatakan ada berlaku kepentingan peribadi apabila filem anak saya dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik.

Saya tak tahu pun siapa juri sebenarnya. Selepas ini biarlah orang lain yang uruskan. Tak mahulah nanti saya dituduh ada konflik peribadi memandangkan saya masih aktif dalam penerbitan filem.

Isu senarai pencalonan FFM 28 kali ini cukup hangat apabila ada juga pihak menuduh pengasingan bagi kategori Filem Terbaik untuk Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia diumumkan oleh pihak FFM 28. Ada yang melabelkan ia sebagai satu tindakan rasis.

Malah, pelakon  Afdlin Shauki juga telah memboikot FFM 28 kerana pengasingan kategori berkenaan.

Sehingga kini isu berkenaan masih belum reda dan pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh beberapa pihak. Mungkin tindakan Datuk Yusof Haslam untuk tidak terlibat dengan penganjuran FFM pada tahun depan adalah yang terbaik agar tiada pihak yang salah anggap.Hmmph..

Sumber Berita : BH ONLINE

Kerana Bayaran Rendah : Siti Nordiana Batalkan Persembahan Pada Saat Akhir?

Posted: 08 Aug 2016 11:17 AM PDT

Dalam beberapa bulan ini, nama Siti Nordiana kerap juga dikaitkan dengan gosip yan mendakwa beliau sudah mula berlagak diva.

Terbaru menerusi ruangan Poklip di Utusan Online , Nana dikatakan membatalkan persembahaan pada saat akhir.

Menurut Poklip, Nana bertindak sedemikian apabila menerima undangan nyanyian dengan bayaran yang lebih tinggi dan ini bukan kali pertama Nana melakukan hal tersebut.

Nana kini sedang membina namanya semula selepas menjuarai pertandingan Gegar Vaganza 2 dan nyata berita ini sedikit sebanyak memburukkan reputasinya apabila ada beberapa pihak yang sudah melabelkan Nana sebagai seorang penyanyi tidak profesional dan sering mungkir janji.

Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran khabar angin ini tidaklah diketahui kerana Nana sebenarnya kelihatan seperti seorang yang merendah diri.

Apa-apa pun, kami harap perkara ini tidak seperti yang digembar-gemburkan. Nana sudah bertahun lamanya bergelar penyanyi dan beliau harus bijak mengatur langkah agar tidak "jatuh" lagi didalam industri hiburan tempatan.

Sumber Berita : Utusan Online

Muat Naik Video Rumah Baharu : Neelofa Nafi Ingin Menunjuk

Posted: 08 Aug 2016 10:50 AM PDT

Instagram seperti biasa adalah medium untuk artis berkongsi apa sahaja bukan? Tetapi tidak dinafikan ia juga salah satu cara untuk mereka yang sering mencari kesalahan artis memberikan komen yang agak negatif.

Sekali lagi nama Neelofa menjadi bualan hangat netizen apabila ada yang menyifatkan beliau terlalu ingin menunjuk-nunjuk kemewahan beliau apabila baru-baru ini Neelofa ada memuat naik video rumah baharunya di Instagram.

Namun, buat Neelofa ia adalah hak peribadi beliau untuk berkongsi video berkenaan, malah ia bukanlah satu video yang agak keterlaluan.

Orang tidak tahu lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsi di media sosial. Saya berhak untuk berkongsi apa sahaja di laman sosial peribadi.

Jika tidak di kongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsi tentang rumah saya itu di laman youtube Ilofayou.

Menurut Neelofa, beliau bakal berpindah ke rumah berkenaan tidak lama sahaja lagi selepas hampir setahun ia diubah suai.

Cuba pandang daripada sudut positif, jadikan apa yang Neelofa ada sebagai satu inspirasi untuk anda berjaya juga satu hari nanti.  Kan elok begitu?

Sumber Berita : mStar Online

Saharul Ridzwan Jelaskan Bakal Isteri Deena Emir Bukan Bekas Kekasihnya

Posted: 08 Aug 2016 10:40 AM PDT

Sejak Saharul Ridzwan mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Deena Emir yang merupakan pemilik Wrap Boutique,  ramai yang menyangka wanita itu adalah bekas kekasihya.  Walaubagaimanapun, semua itu cuma satu salah faham.

Menurut Saharul, meskipun mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain dan pernah membawa haluan masing-masing untuk seketika, beliau dan Deena tidak pernah melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta pada waktu berkenaan. Mereka sekadar teman rapat sahaja.

Namun, kasih sayang yang lebih mula timbul apabila mereka bertemu semula dan merasakan wujud juga keserasian antara mereka.

Ketika perkenalan berlangsung, kami hanya berkawan rapat. Tak adalah sampai tahap bercinta. Lagipun, waktu itu kami masih muda. Selepas kembali bertemu Januari lalu, barulah kami dapat rasakan ada keserasian lalu membuat keputusan untuk berkahwin. Hubungan kami sekarang pun bukan seperti pasangan kekasih yang lain. Kami tidak pernah pun melafazkan ungkapan cinta.

Tambah Saharul, beliau dan bakal isteri lebih selesa untuk mencari erti sebenar cinta selepas mereka berkahwin nanti. Apa yang penting buat mereka adalah tanggungjawab yang bakal dipikul selepas mendirikan rumah tangga.

Kami berjumpa selepas masing-masing dalam fasa matang. Biarlah cinta datang kemudian kerana apa yang lebih penting buat kami adalah tanggungjawab itu sendiri.

Saharul Ridzwan dan Deena Emir bakal bernikah dalam satu majlis tertutup pada 16 September depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis resepsi perkahwinan mereka juga akan diadakan pada hari yang sama bertempat di Dewan Seri Siantan, Presint 3.

Sumber Berita : BH ONLINE

Saya Sudah Dilamar Tapi Belum Bertunang – Siti Saleha

Posted: 08 Aug 2016 10:17 AM PDT

Umum mengetahui pelakon cantik Siti Saleha sudah dilamar baru-baru ini oleh yang hanya dikenali dengan nama L. Ketika mereka berdua bercuti di Cancun, Mexico dan pada masa yang sama menghadiri perkahwinan rakan mereka disana.

Beberapa hari lepas, ada peminat yang menyangka beliau sudah bertunang apabila Siti Saleha memuat naik foto beliau dengan kekasih di Instagram dengan kapsyen " Suicide Squad tonight with fiance."

Tidak mahu peminat terus keliru dan salah sangka, Siti Saleha menerusi Harian Metro mengakui dirinya sudah dilamar tetapi masih tiada sebarang majlis pertunangan yang diadakan.

Jelas Siti Saleha, buat masa ini kedua-dua belah keluarga sedang berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis berkenaan.

Saya tidak mahu peminat terkeliru dengan penerangan di Instagram itu. Memang saya sudah dilamar tapi kami belum lagi mengadakan majlis pertunangan.

Apabila majlis pertunangan itu berlangsung nanti selesai barulah saya berkongsi segalanya. Buat masa sekarang biarlah keluarga kami berbincang terlebih dulu.

Ramai yang ingin tahu siapakah gerangan lelaki yang berjaya mencuri hati Siti Saleha bukan? Nampaknya anda kena bersabar sedikit kerana Siti Saleha akan mendedahkan setiap butiran mengenai kekasihnya itu selepas majlis pertunangan mereka yang direncanakan berjalan dengan lancar.

Biasalah kadang-kadang kapsyen di Instagram agak mengelirukan. Doakan sahaja setiap perancangan Siti Saleha dan kekasihnya untuk mempunyai satu ikatan yang halal berjalan dengan baik.

Sumber Berita : Harian Metro

No comments:

Post a Comment