Sunday, 21 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


AMMBOI DOT COM

Posted: 21 Aug 2016 12:32 PM PDT

AMMBOI DOT COM


BAHAYA BELI TELEFON ATAU GAJET IT SECARA PRE ORDER

Posted: 20 Aug 2016 06:48 PM PDT

Sudah banyak kali beri peringatan, amaran dan nasihat namun masih ramai yang mudah sangat terpengaruh dan terpedaya dengan salah satu taktik menipu secara online. Menggunakan taktik yang sama dengan Skim Cepat Kaya, pada ammboi taktik Pre Order barangan IT mahupun sebarang gajet yang menjadi kegilaan ramai turut menggunakan kaedah beri dahulu kemudian bila dah ramai […]

The post BAHAYA BELI TELEFON ATAU GAJET IT SECARA PRE ORDER appeared first on AMMBOI DOT COM.

MySensasi

Posted: 21 Aug 2016 12:01 PM PDT

MySensasi


Tarikh Dan Lokasi Ujibakat 3 Juara TV3

Posted: 20 Aug 2016 12:05 PM PDT

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat 3 Juara TV3. Seperti semua sedia maklum, TV3 akan menerbitkan program terbaharu mereka iaitu 3 Juara. Program rialiti TV ini akan menampilkan format yang berbeza dengan mencari tiga juara menerusi tiga genre berbeza, balada, rock dan irama Malaysia. Rancangan hiburan terbaru 3 Juara bakal menemui penonton bermula 16 Oktober depan pada ...

KedahLanie.info

Posted: 21 Aug 2016 10:43 AM PDT

KedahLanie.info


Dr M: Adakah Riza Aziz anak tiri Agong?

Posted: 21 Aug 2016 05:25 AM PDT

Cubaan mempertahankan Datuk Seri Najib Razak berhubng dakwaan skandal 1MDB di kalangan dalam Umno kini mencapai tahap tidak dapat diterima akal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bercakap kepada media bekas perdana menteri itu berkata apabila beliau mendakwa pihak terbabit sebenarnya sedang mengampu Najib, mereka sebaliknya "menjerit" dan tidak mampu menjawab siapakan individu dirujuk sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dinyatakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.

"Sekarang ada laporan DOJ Amerika membuat tuduhan, kenyataan bahawa banyak wang 1MDB diseleweng anak tiri Najib dan juga kawannya Jho Low dan seorang yang dipanggil MO1.

"Ini jadi satu masalah sebab ada yang kata MO1 adalah Yang di-Pertuan Agong.

"Jadi, (adakah) anak tiri Yang di-Pertuan Agong (adalah) Riza Aziz?" tanya Dr Mahathir.

Justeru katanya keadaan sekadang jelas bahawa dalam usaha pihak tertentu mahu mengambil hati Najib mereka membuat tuduhan yang tidak masuk akal langsung.

"Jelas sekali bahawa dalam usaha nak ambil hati, nak ampu - dapat dedak mungkin - mereka buat tuduhan yang tidak masuk akal sama sekali.

"Apabila disebut perkara ini, saya dapati pengikut Najib menjerit tapi depa (mereka) tak boleh jawab (siapakah orang dirujuk sebagai MO1)," katanya.

Dakwa berdasarkan perlembagaan

Seperti selalu Dr Mahathir menyasarkan Najib dan mengaitkannya dengan skandal syarikat pelaburan milik negara - 1MDB - dalam kempennya mengetepikan perdana menteri.

Ketika sebahagian daripada pemimpin Umno menafikan MO1 adalah perdana menteri, sebahagian yang lain mengesahkannya namun menegaskan Najib tidak terbabit dalam salah laku pengurusan 1MDB.

Beberapa hari lalu Anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad - melalui media sosial - 'mencadangkan' orang yang dirujuk sebagai MO1 itu adalah Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kedudukan perlembagaan negara.

Dalam tulisannya di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, Nawawi berkata Agong adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kerajaan.

"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.

Nawawi kemudian menjelaskan status kontroversinya mengenai Agong tiada kaitan dengan saman sivil DOJ.

Katanya ada dua perkara yang berbeza dalam hal itu kerana DOJ menyebut MO1 ialah Malaysian Official One, manakala beliau menyebut Malaysia Official Number One.

Bagaimanapun pada 20 Ogos lalu Sinar Harian melaporkan Nawawi berkata beliau hanya akan memohon keampunan jika dititahkan oleh Agong - yang juga Sultan Kedah ketika ini.

Bagaimanapun, Nawawi berharap beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Kalau nak mohon maaf, saya mestilah bersalah. Tapi dalam kes ini saya tidak bersalah, saya nak mohon maaf buat apa," katanya.

Dr Mahathir berkata keengganan pemimpin Umno bertindak terhadap kritikan dan dakwaan ke atas Najib adalah antara faktor yang akhirnya mendorong pembentukan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata BERSATU ditubuhkan hanya selepas pimpinannya mendapati tiada lagi ruang untuk melakukan reformasi dari dalam Umno.

Turut hadir di sidang media di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya itu, presiden penaja BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lima ahli jawatankuasanya.

Antara yang berjiwa BESAR & berjiwa KECIL..!!!

Posted: 21 Aug 2016 02:30 AM PDT

Shahbudin Husin,

 
 Adat bersukan dan menyertai pertandingan, ada menang dan ada kalah. Tidak ada sesiapa yang akan marah jika Lee Chong Wei hanya mendiamkan diri atau tidak berkata apa-apa sebaik tewasnya beliau kepada Chen Long dalam pertandingan akhir Olimpik, semalam.

Tetapi kerana Chong Wei seorang yang berjiwa besar dan memahami pengharapan rakyat Malaysia terhadapnya, meskipun beliau sendiri sebenarnya amat teringin menerima kalungan pingat emas tersebut, dengan rendah hati beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya itu.

Sikapnya membuatkan kita terharu, meskipun berbeza budaya, berlainan bangsa dan tidak sama warna kulit.
 
Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad ini pula terbalik perangainya. Bukan saja berterusan cuba menegakkan benang basah terhadap ketelanjurannya mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong sebagai Malaysian Official 1, malah seolah-olah "berdegil"  dengan mengatakan hanya akan meminta maaf jika diminta oleh pihak Istana.

Agaknya beliau fikir dirinya siapa berbanding Yang Dipertuan Agong? Seluruh dunia memandangnya salah, tetapi masih lagi keberatan untuk mengungkapkan kata-kata maaf.

Dalam hal ini, ada benarnya juga apabila Mahfuz Omar, orang Kedah sendiri, melabel Nawawi sebagai "berperangai tiga suku" kerana kedegilan untuk memohon maaf kepada Yang Dipertuan Agong itu.
 
 
Ini seorang lagi, Exco Pemuda UMNO yang kereta miliknya didakwa terlibat dalam membuli pengguna yang lain dan menjadi perbualan hangat di media sosial berikutan mangsa sendiri mendedahkannya.

Kenapa tidak cuba diselesaikan dengan baik dan cepat-cepat memohon maaf, tidak kira siapa pun yang memandu keretanya ketika kejadian itu?

Mengapa perlu sampai mengugut untuk menyaman dan dengan angkuh pula berkata, "adakah dia pasti yang memandu kereta itu saya?"

Begitukah teladan dan budi bahasa yang betul sebagai seorang pemimpin?

Nawawi dan Nazir, kedua-dua mereka bergelar pemimpin, malah tentunya juga selalu mengatakan ingin berbakti kepada rakyat, tetapi jiwa kalian terlalu kecil jika dibandingkan dengan Lee Chong Wei. (SH 21/08/2016).

Nawawi berperangai tiga suku, kata Mahfuz

Posted: 21 Aug 2016 01:25 AM PDT


mahfuz
KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad supaya berhenti berdolak-dalik dengan perangai tiga sukunya dan tidak mengheret Yang di-Pertuan Agong dalam skandal 1MDB.





Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mahu Nawawi memohon ampun kepada Agong dengan segera kerana mwrujuk baginda sebagai 'Malaysian Official 1' (MO1).

"Agong seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Bukannya tiga suku macam Nawawi.

"Sebagai rakyat Malaysia dan anak negeri Kedah, jika Nawawi seorang yang beradab beliau perlu mohon ampun kepada Agong tanpa tunggu titah Tuanku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, Nawawi juga perlu memohon maaf kepada rakyat atas kenyataan berbaur hasutan yang dimuat naik ke Facebooknya sebelum ini.

"Jangan anggap dengan mengatakan kamu tidak bersalah dan untuk apa nak minta maaf. Kamu sudah menghasut rakyat untuk membenci Yang di-Pertuan Agong.

"Kamu jangan angkuh dan sombong dengan rakyat. Kamu dipilih rakyat. Jangan biadap dan kurang ajar pada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat," katanya.

Kelmarin, polis memaklumkan akan memanggil Nawawi bagi menyiasat kenyataannya merujuk Agong sebagai MO1 yang turut disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi menyita harta yang didakwa dibeli daripada penyelewengan dana 1MDB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima beberapa laporan mengenai perkara itu dan siasatan akan dijalankan.

Nama Najib disebut 15 kali dalam saman Husam, Matthias di Amerika

Posted: 21 Aug 2016 12:52 AM PDT

 Husam dan Matthias bersama Zainur Zakaria, peguam utama mereka di Malaysia dalam sidang media Selasa lalu.
Walaupun tidak dinamakan sebagai defendan dalam saman Matthias Chang dan Datuk Husam Musa, nama perdana menteri Datuk Seri Najib Razak disebut sebanyak 15 kali dalam aduan asal plaintif dalam saman mereka.

Najib dikaitkan dengan pihak yang berkuasa dalam 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai menteri kewangan, perdana menteri dan juga bapa tiri kepada defendan utama dalam kes ini, Riza Shahriz bin Abdul Aziz atau Riza Aziz.

Nama Najib disebutkan dengan jelas dalam tuntutan yang difailkan oleh Louis F. Burke dan rakan-rakannya melalui firma guamannya PC LOUIS F. BURKE di Mahkamah Daerah Selatan New York, Amerika Syarikat 11 Ogos lalu itu.

Kertas tuntutan asal plaintif dalam saman Husam dan Matthias yang difailkan di Amerika.
Kertas tuntutan asal plaintif dalam saman Husam dan Matthias yang difailkan di Amerika.Kertas tuntutan asal plaintif dalam saman Husam dan Matthias yang difailkan di Amerika.

33 muka surat aduan asal plaintif itu kini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan dijangka akan beredar kepada orang ramai tidak lama lagi.

"Defendan Riza Shahriz Bin Abdul Aziz ('Riza Aziz') adalah anak tiri Perdana Menteri semasa Malaysia, Najib Razak. Defendan Low Taek Jho ('Jho Low') adalah dikatakan merupakan ahli perniagaan Malaysia dan rakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Riza Aziz," adalah bahagian pertama Najib diperkenalkan dalam saman itu.

Husam dan Matthias mewakili rakyat Malaysia menamakan lapan defendan dalam tuntutan saman secara berkumpulannya di mahkamah Amerika bagi mendapat ganti rugi terhadap penglibatan mereka dalam 'merompak' wang 1MDB.

Para defendan adalah Riza Shariz bin Abdul Aziz; Low Taek Jho; Goldman Sachs Group, INC.; Timothy Leissner; Christopher Joey McFarland; Red Granite Pictures, INC.; Debra Whelan Johnson; Metropolis IX Capital Advisors, LLC.

Dalam sidang medianya Selasa lepas, Husam berkata, mereka mengambil tindakan ini dengan memberikan fokus kepada harta yang dirompak bukan perompaknya.

Beliau menjadikan filem arahan P Ramlee "Nujum Pak Belalang" sebagai inspirasi untuk tuntutan saman itu dengan mencontohi tindakan anak Pak Belalang dalam filem klasik tersebut.

"Fokus kita ambil semula (harta), selamatkan harta orang ramai untuk dipulangkan kepada pemiliknya," tegasnya lagi.

Dalam cerita Nujum Pak Belalang itu, watak budak kecil anak Pak Belalang iaitu Belalang hanya menakutkan pencuri lembu dan kambing orang kampung.

"Selepas pencuri itu lari, dua ekor lembu dan kambing yang dicuri itu diambil oleh Belalang bukan mengejar pencurinya.

"Itulah yang kita fokuskan, harta yang dicuri bukan pencurinya. Itu (menangkap pencuri) tugas pihak lain," kata Husam dalam sidang media itu.

Adakah RUU 355 itu hudud?

Posted: 21 Aug 2016 12:50 AM PDT

19 Ogos 2016 | NIK FATMA AMIRAH NIK MUHAMAD

Prof Madya Dr Shamrahayu sedang melontarkan pandangan pada wacana RUU 355 anjuran Ikram.
Prof Madya Dr Shamrahayu sedang melontarkan pandangan pada wacana RUU 355 anjuran Ikram.Prof Madya Dr Shamrahayu sedang melontarkan pandangan pada wacana RUU 355 anjuran Ikram.

AKTA 355 adalah suatu akta untuk memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah syariah yang ditubuhkan di bawah mana-mana Undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

Akta ini mula-mula dikanunkan pada tahun 1965 dan waktu itu ia dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Hukuman yang tersenarai dalam akta ini adalah denda RM1000 dan penjara 6 bulan.

Pindaan yang pertama dilaksanakan pada tahun 1984 [yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984], untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebatan.

Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989]. Pindaan terakhir berlaku pada tahun 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.

Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh pihak kerajaan. Manakala, buat kali pertama pindaan pada tahun 2016 baru-baru ini dibawa secara usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang yang bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah Syariah, kecuali hukuman mati.

ANALOGI PERMIT MEMBINA LEBUH RAYA 5 LORONG

Usul yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, Biro Penyelidikan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengambil satu inisiatif untuk memberi kefahaman kepada masyarakat dengan menganjurkan satu wacana yang bertajuk "RUU 355: Wajarkah Bukan Islam Bimbang?" bertempat di Crystall Ballroom, The Mines 2, Seri Kembangan.

Wacana ini membariskan lima panelis iaitu Prof Madya Dr Shamrahayu (Felo IKIM), Prof Madya Dr Zulfakar Ramlee (Ikram), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah), Howard Lee (DAP), dan Dr Zuhdi Marzuki (Pas).

Saya bersetuju dengan analogi yang diutarakan oleh Prof. Madya Dr Zulfakar Ramlee, pensyarah undang-undang UIAM semasa wacana tersebut. Beliau berpandangan seperti berikut:

"Pindaan Akta 355 ini seumpama permit atau lesen untuk membina lebuh raya lima lorong (lima lorong yang memperkasakan lima maqasid syariah)."

Apabila menyebut cadangan pembinaan lebuh raya, terdapat dua pandangan. Pandangan pertama daripada golongan yang tidak bersetuju untuk membina lebuhraya ini kerana tanahnya akan diambil dan yang pastinya akan ada tol yang membebankan. Pandangan kedua pula datang daripada golongan yang bersetuju dengan pembinaan lebuh raya kerana ia akan menjadikan perjalanan lebih laju dan selesa.

Beginilah analoginya untuk pindaan Akta 355 ini. Ada yang tidak bersetuju kerana belum terbukti kesempurnaan proses perancangan dan beberapa isu teknikal untuk pindaan ini.

Proses ke arah pembinaan lebuh raya memerlukan langkah atau perancangan yang sangat rapi seperti rundingan dengan pemilik tanah, bayaran pampasan yang sewajarnya kepada pemilik tanah, menyediakan pusat rehat dan rawat yang diuruskan dengan baik. Ia bukan sekadar membina tol dan mendenda mereka yang melanggar peraturan.

Begitu juga untuk pindaan RUU 355 ini. Ia memerlukan perancangan yang rapi, rundingan dengan pelbagai pihak dan perlaksanaan dalam suasana yang adil dan jauh daripada fitnah.

Prof. Madya Dr Shamrahayu pula menyatakan, jangan disebabkan ketidaksempurnaan melaksanakan hukum Islam, Islam difitnah.

SIAPA YANG PATUT BIMBANG?

Sebenarnya yang patut bimbang adalah orang Islam, bukannya bukan Islam. Apabila pindaan ini diluluskan dalam keadaan persediaan yang tidak rapi dan sempurna, ia akan membuka jalan kepada keburukan yang lebih besar. Nama baik Islam akan tercalar dek kerana sistem keadilan syariah yang tidak teratur dan tidak adil.

Seterusnya wujud persepsi dari segi ketidakmampuan sistem undang-undang negeri untuk menjalankan hukuman tersebut, terutamanya pada bahagian pendakwaan dan perlaksanaan hukuman, yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.

Di samping itu, ketidaksempurnaan perlaksanaan hukum Islam juga akan mencemari nama baik negara Islam itu sendiri. Sebagai contoh, perlaksanaan syariah di Pakistan telah menyebabkan mangsa rogol dibicara di bawah hukuman zina sehingga mangsa rogol juga dimasukkan ke dalam penjara.

Di Sudan, kes terkenal Mahmud Mohd Taha (yang dibunuh oleh kerajaan atas sebab pandangan politik beliau yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan syariah) menggambarkan bukan sahaja kurang kesempurnaan dalam perlaksanaan hukum Islam, tetapi salah guna institusi agama untuk menindas orang yang mereka tidak suka atau menyingkirkan individu tertentu kerana kepentingan politik.

Jadi, jelas di sini bahawa ketidaksempurnaan pelaksanaan hukum Islam akan memberi kesan yang besar. Yang lebih membimbangkan adalah dikhuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan hukum Islam untuk menyingkirkan individu tertentu disebabkan kepentingan politik. Ini yang harus kita bimbang dan kita tidak mahu suasana seperti ini terjadi di negara ini.

RUU 355 BUKAN HUDUD

Dr Zuhdi Marzuki menjelaskan, pindaan Akta 355 bermatlamat meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan memberi ruang kepada profesyen kehakiman syariah.

Kenyataan ini jelas bahawa RUU 355 ini bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah sahaja, bukannya hudud. Enakmen jenayah negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang mempunyai hukuman hudud. Jadi, yang tidak boleh dibantah oleh orang Islam adalah dua enakmen ini dan bukannya RUU ini.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelidikan RUU 355 di bawah Muslim Youth Legal Interest Group (MYLIG), yang merupakan sebuah badan sukarelawan membantu pelajar Muslim jurusan undang-undang di Malaysia mendapati RUU ini bukan hudud. Ia hanyalah sebuah cadangan perubahan aturan undang-undang yang sangat bersifat prosedural yang melibatkan mahkamah di bawah bidang kuasa persekutuan. Maka RUU ini bukanlah termasuk hukum Islam substantif yang berdasarkan dalil daripada al-Quran dan Sunnah. Maka setiap Muslim boleh memilih untuk menyokong ataupun menolak perubahan aturan ini.

Ini bermaksud jika aturan perubahan undang-undang prosedural ini dibawa dengan perancangan yang rapi, ia wajar disokong; namun jika ia mengelirukan pengurusan Mahkamah Syariah, maka ia wajar untuk ditolak dan diganti dengan aturan yang lebih tersusun.

Kenyataan tersebut juga menyebut, "oleh kerana kita dapati RUU 355 ini bukan undang-undang islam substantif tetapi lebih kepada prosedur, maka semua pihak termasuk bukan Islam juga wajar menyatakan pandangan dalam isi aturan undang-undang ini. Jika terdapat pihak yang mempunyai cadangan untuk memperkemaskan lagi aturan ini, maka seharusnya kita terima tanpa mengira latar belakang agama".

Apabila meneliti kenyataan tersebut, kita dapat simpulkan bahawa RUU 355 ini bagus kerana ia bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. Tetapi yang menjadi kebimbangan adalah dari sudut pelaksanaan, kecukupan fasiliti dan sejauh mana kemampuan sistem undang-undang di peringkat negeri bersedia untuk menjalankan hukuman tersebut.

CADANGAN & KONKLUSI

Sebagai konklusi, pertama perlunya konsultasi dan perbincangan dengan banyak pihak, antaranya 'stakeholders' (pihak yang berkepentingan dalam isu ini) seperti bidang penguatkuasaan, pendakwaan, para hakim Mahkamah Syariah, peguam syarie, dan Jabatan-jabatan Agama Islam untuk memastikan kelancaran proses pindaan akta ini.

Kedua, perlu ada usaha untuk memberi kefahaman sebenar dari sudut perundangan kepada golongan bukan Islam. Namun, tidak bermakna mereka tidak boleh menyokong atau membantah selepas mereka sudah memahaminya.

Ketiga, perlu memberi penekanan kepada kelengkapan fasiliti dan sistem sokongan sebelum pindaan Akta 355. Contohnya institusi penjara, pemakaian kaedah pembuktian Mahkamah Syariah yang lebih menyeluruh, memastikan semua daerah mempunyai jumlah hakim syarie yang mencukupi, dan mempersiapkan pelatihan profesional kepada pihak-pihak yang akan terlibat sebagai contoh bahagian pendakwaan, guaman, kehakiman dan pengurusan Mahkamah Syariah.

Keempat, semua pihak perlu berhenti dari mempolitikkan isu ini dan mengelirukan masyarakat umum dengan persepsi yang tidak tepat dengan sudut pandang undang-undang.

Islam sepatutnya perlu dipersembahkan dengan baik, rahmah dan harmoni, bukan sekadar melalui perlaksanaan bidang kuasa mahkamah, tetapi dalam konteks syariah yang perlu dilihat secara keseluruhan, dan dari sudut kesejahteraan hidup bagi mencapai lima maqasid syariah yang dijanjikan oleh Allah akan membawa kebaikan kepada manusia.

Kita mengharapkan suatu hari nanti syariat Allah mampu tertegak dalam kerangka keadilan dan rahmah. Semoga Malaysia menuju negara rahmah berasaskan maqasid syariah!

* Nik Fatma Amirah Nik Muhamad ialah pelajar peringkat sarjana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan aktivis Ikram Siswa.

RUU: Hadi tempelak pihak tak faham perlembagaan

Posted: 21 Aug 2016 12:45 AM PDT


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas pihak tertentu yang mendakwa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 sebagai tidak kemas dan bersifat umum.

Kata Abdul Hadi pandangan itu adalah daripada pihak yang tidak memahami perbezaan antara perlembagaan dan undang-undang secara jelas.

Memetik keyataan ahli parlimen Marang itu Sinar Harian melaporkan apa yang dibawa beliau ke Dewan Rakyat itu menyentuh perlembagaan yang sememangnya bersifat umum,

Justeru katanya ia berbeza dengan undang-undang itu sendiri.

"Itu adalah perlembagaan. Perlembagaan mesti umum. Orang itu tidak faham apa itu perlembagaan dan undang-undang. Yang kita ini (kena tahu) undang-undang, perlembagaan lain.

"Kena faham. Ini (RUU) perlembagaan… mana ada perlembagaan terperinci, perlembagaan kena umumlah," katanya.

Menurut laporan media sebelum ini, RUU Persendirian yang dibentangkan Abdul Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu diperkemaskan kerana didakwa ada perkara tidak jelas.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut mendakwa bahawa kelemahan berlaku dari sudut teknikal yang masih perlu diperbaiki.

Raja Kamarul Bahrin berkata sekiranya perkara itu tidak diperhalusi, ia boleh memberi kesan dari sudut perundangan sendiri.

Sementara itu, PAS berkata pihaknya bersedia berjumpa dengan mana-mana pihak bagi memberi penjelasan berhubung RUU Persendirian yang dibentangkan beliau di Parlimen pada Mei lalu.

Abdul Hadi berkata, penjelasan itu boleh diberikan termasuk untuk Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang pernah membantah RUU itu kerana menganggapnya tidak sah dan tidak berperlembagaan.

"Sepatutnya dia (MPM) berjumpa dengan kitalah, bukan berjumpa dari jauh. Kita bersedia berjumpa dengan semua pihak (Islam dan bukan Islam)," katanya.

Malah Abdul Hadi berkata, pihaknya pernah mengadakan seminar mengenai pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu.

Perjumpaan terbaru kata Abdul Hadi ialah dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang berjumpa pihaknya bagi mendapatkan penjelasan mengenai draf RUU itu.

OhDunia.My

Posted: 21 Aug 2016 08:10 AM PDT

OhDunia.My


Selebriti Pakistan Jadi Mangsa ‘Pembunuhan Maruah’ Abang Sendiri

Posted: 21 Aug 2016 05:33 AM PDT

Islamabad: Selebriti media sosial Pakistan, Qandeel Baloch, menjadi mangsa terbaru 'pembunuhan maruah' apabila dibunuh abangnya. Polis berkata, pelakon yang juga model berusia 26 tahun itu dibunuh oleh abangnya, Wasim, di daerah Multan.


'Pembunuhan Maruah' Selebriti Pakistan Jadi Mangsa Abang Sendiri

Baca selengkapnya

Namewee Ditahan Polis Di KLIA, Isu Video Hina Agama

Posted: 21 Aug 2016 05:15 AM PDT

Georgetown: Penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi, Namewee ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan 3.20 petang sejurus tiba dari Taiwan.


Namewee Ditahan Polis Di KLIA, Isu Video Hina Agama

Baca selengkapnya

Lelaki Ini Minum Setengah Botol Cecair Sabun Setiap Hari

Posted: 21 Aug 2016 04:58 AM PDT

Beijing: Seorang lelaki berusia 31 tahun, Zhang Yue menghidap ketagihan ganjil - dia tidak boleh berhenti meminum sabun cecair. Zhang yang berasal dari bandar Chongqing di barat daya China berkata, ketagihannya bermula pada 2012.



Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 21 Aug 2016 02:01 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Surat Lin Dan Untuk Lee Chong Wei Yang Konfem Buat Hampa Terharu

Posted: 21 Aug 2016 12:22 AM PDT


Kepada Lee Chong Wei masa detik kamu mencampakkan raket ke lantai dan melompat tinggi dengan kegembiraan dan senyuman selepaih mengalah cheq di sudut hati cheq berasa sangat gembira Kita berdua...

Gambaq Sekitaq Majlih Aqiqah Yusuf Iskandaq

Posted: 20 Aug 2016 08:02 PM PDT


Bertemakan warna putih majlih aqiqah anak sulong Hanih Zalikha dan jugak Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandaq ternyata cukup meriah Bagaimanapun kelibat kucin kesayangan ghamai Bujibu Chempel ga...

Ni Adalah Konsep Rekaan Untuk Logo Mozilla Baghu Apa Kata Hampa

Posted: 20 Aug 2016 03:42 AM PDT


Mozilla sebelum ni telah mengumumkan perancangan untuk mai dengan logo baghu untuk badan hat sama dok habaq tadi dan la nih selang dua bulan Mozilla telah mengumpoikan dan memperlihatkan tujuh l...

myartis.com

Posted: 21 Aug 2016 01:55 AM PDT

myartis.com


34 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI IKA NABELLA & SUAMI

Posted: 20 Aug 2016 09:11 PM PDT



Majlis resepsi kedua Ika Nabella, 27, dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam, 29, telah diadakan semalam bertempat Dewan Merak Kayangan Felda Perdana, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Ika kelihatan anggun dengan busana berona putih manakala suaminya pula segak dengan sut berwarna biru.

Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 FOTO & VIDEO - SITI NURHALIZA & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY KE-10 DI AUSTRALIA

Posted: 20 Aug 2016 07:00 PM PDT



Hari ini iaitu 21 Ogos merupakan ulangtahun perkahwinan ke-10 Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Bagi meraikan detik istimewa mereka sedekad bergelar suami-isteri itu, Siti dan suami telah bercuti bersama-sama di Australia.

Menerusi Instagram Siti, beliau telah memuatnaik video yang sangat sweet dimana beliau diberi kejutan oleh suaminya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

12 GAMBAR - SUASANA MAJLIS AQIQAH & TAHNIK YUSUF ISKANDAR

Posted: 20 Aug 2016 04:35 PM PDT



Semalam pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mengadakan majlis aqiqah dan tahnik buat anak sulung mereka, Yusuf Iskandar.

"Alhamdulillah selesai sudah majlis Aqiqah, tahnik Yusuf Iskandar. Diam je dia bila ustaz yang nikahkan mummy daddy dulu uruskan dia.

"Saya tenang, saya bersyukur, saya happy sebab masa majlis tadi, Yusuf Iskandar, dia sangat relax dan cool. Terima kasih semua berkat korang selalu doa dia menjadi anak yang soleh," ujar Hairul di laman IG.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 20 Aug 2016 08:11 PM PDT

ROTIKAYA


Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar

Posted: 20 Aug 2016 05:42 PM PDT

Bertemakan warna putih, majlis aqiqah anak sulung Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar ternyata cukup meriah. Bagaimanapun, kelibat kucing kesayangan ramai, Bujibu Chempel gagal dikesan.

BACA: Demi Suami Dan Anak, Hanis Zalikha Berhenti Berlakon

Selaku ibu, Hanis kelihatan cukup manis sekali di samping cahaya mata yang gebu dan montel. Majlis itu juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan dan ahli keluarga pasangan suami isteri yang cukup bahagia ini.

Apa-apa pun, semoga keluarga ini akan beroleh rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan dan semoga Yusuf akan menjadi seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice! (rtky/s)

10- Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar - ROTIKAYA 6- Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar - ROTIKAYA 5- Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar - ROTIKAYA 8- Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar - ROTIKAYA 4- Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar - ROTIKAYA 3- Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar - ROTIKAYA 7- Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar - ROTIKAYA 2- Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar - ROTIKAYA 1- Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment