Friday, 12 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


AMMBOI DOT COM

Posted: 12 Aug 2016 12:27 PM PDT

AMMBOI DOT COM


PROTON PERSONA BARU 2016 PENTINGKAN ASPEK KESELAMATAN (VIDEO)

Posted: 11 Aug 2016 08:55 PM PDT

Respek, kagum, tertarik dan banyak lagi perkataan yang sama waktu dengannya sukar untuk ammboi ungkapkan mengenai model Proton Persona baru 2016 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Berdasarkan kepada video dibawah, dapat kita gambarkan keupayaan Persona baru itu bakal menggugat pencabarnya dalam segmen yang sama kerana memiliki ciri-ciri dan aspek setanding malah tidak keterlaluan kalau […]

The post PROTON PERSONA BARU 2016 PENTINGKAN ASPEK KESELAMATAN (VIDEO) appeared first on AMMBOI DOT COM.

MySensasi

Posted: 12 Aug 2016 12:00 PM PDT

MySensasi


Keputusan Piala Malaysia 12 Ogos 2016

Posted: 12 Aug 2016 06:58 AM PDT

Keputusan Piala Malaysia 12 Ogos 2016. Empat perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung malam ini yang melibatkan kumpulan B dan D. Ini merupakan perlawanan kelima setiap pasukan dan kemenangan penting dalam usaha untuk memastikan slot ke peringkat suku akhir. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan. Keputusan penuh Piala Malaysia 12.8.2016 Kelantan vs Selangor 1-4 Pahang vs Kuala Lumpur ...

KedahLanie.info

Posted: 12 Aug 2016 10:28 AM PDT

KedahLanie.info


PAS & UMNO nak bersatu... teruskanlah, tiada siapa yang menghalang anda..!!!

Posted: 12 Aug 2016 08:05 AM PDT

Ulasan GreenBoc

Siapa pulak yang halang PAS-UMNO untuk bersatu? Malah kita amat mengalu-alukan tindakan PAS untuk bersatu dengan UMNO bukan sahaja dalam isu RU355 malah, bersatu terus pun tak mengapa seperti yang diwarwarkan oleh Presiden PAS dahulu dengan gagasan Kerajaan perpaduan (Unity Governement).

Yang anehnya macai PAS yang berhempas pulas menafikan dakwaan wujudnya UG.

Walaupun kita pernah menyatakan bahawa Hudud dan RU355 hanyalah helah dan umpan UMNO untuk memisahkan PAS dari parti pembangkang yang lain dan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat, tapi PAS, kerana kebodohan bersiasah, masih percaya kepada UMNO.

Walaupun PAS berpendirian bahawa parti mereka di bawah kepimpinan ulama, tetapi ulama tidak semestinya pandai mentadbir negara. Lihat sahaja bagaimana PAS hanya berupaya memerintah Terengganu cuma sepenggal.

Apbila kita membawa hal itu, melompat pula para macai PAS menyatakan bahawa PAS tewas kerana SPR tidak adil.

Dah jika kamu tahu SPR tidak adil, mengapa kamu bersekongkol dengan kerajaan UMNO BN? Mengapa tak turut sama di dalam himpunan BERSIH 4.0 dahulu yang mahukan pilihanraya bersih dan adil?

Masih hendak perjuangkan hudud. Apakah hanya itu semata-mata perjuangan PAS?

Nak keredhaan Allah pula jadi alasan. Kalau nak keredhaan Allah semata-mata maka lebih baik dari badan dakwah, bukan parti politik. Perjuangan parti politik hanya mendapat keredhaan Allah jika menentang pemerintahan yang zalim, bukan bersekongkol dengannya.

Itu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

“Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
[Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa’ie no. 7834]

Kemudian beralih pula alasan dengan POLITIK MATANG. Jika politik matang jadi sandaran, tak berlaku peperangan diantara Rasulullah dengan kumpulan Quraisy di Mekah. Rasulullah boleh sahaja menerima pelawaan Abu Jahal dan Abu Lahab yang snaggup memberi dedak yang besar kepada Rasulullah saw.

Tetapi semua jenis dedak yang berupa pangkat, harta kekayaan dan jawatan-jawatan tersebut ditolak mentah oleh Rasulullah saw.

Mengapa Rasulullah saw menolak "POLITIK MATANG" (menurut tafsiran PAS), malah memilih untuk berperang dengan kaum Quraisy itu?

Sebabnya Rasulullah saw tahu kaum Quraisy itu mempunyai agenda tipu muslihat dengan dedak-dedaknya itu.

Kalau nak bersatu dengan UMNO. Teruskanlah. Ia lebih baik kerana akan lebih jelas diantara mereka yang benar-benar menentang kezaliman daripada mereka yang berpura-pura menentangnya tetapi sebenarnya bersekongkol untuk mempertahankan kezaliman tersebut.

Kenapa 30ribu pengundi dalam negeri Perak telah dipindahkan alamat & pusat mengundi tanpa notis dari SPR.

Posted: 12 Aug 2016 07:56 AM PDT

KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN

Pakatan Harapan khuatir berlaku penipuan besar-besaran dalam penghijrahan pengundi di 10 DUN Negeri Perak

1. Pakatan Harapan Perak merujuk kepada penwartaan senarai pengundi-pengundi terbaru penggal suku kedua yang diwartakan oleh SPR pada 29/4/2016.

2. Pakatan Harapan setelah meminta bantuan dari badan pemantau pilihanraya Bersih 2.0 telah mendapati bahawa terdapat sejumlah 30,173 pengundi dalam negeri Perak telah dipindahkan alamat dan pusat pengundi mereka TANPA menerima notis dari SPR.

3. Jumlah tersebut adalah jumlah paling besar jika dibanding dengan negeri-negeri yang lain. Seramai 118,784 orang seluruh negara telah mengalami nasib yang sama dengan Perak menjadi negeri yang mempunyai pindaan & hijrah jumlah pengundi yang paling tinggi seramai 30,173 orang atau sebanyak 25.4% dari jumlah tersebut.

4. Pakatan Harapan mendapati bahawa kawasan yang mengalami penghijrahan pengundi terbesar berlaku di 10 kerusi Marginal yang mampu menentukan keputusan PRU-14 di negeri ini. 10 kerusi DUN tersebut mengalami secara purata penghijrahan pengundi seramai 1,814 orang di setiap DUN, satu keadaan yang cukup luar biasa.

5. Pakatan Harapan juga mendapati dalam 4 kerusi DUN, penghijrahan pengundi adalah lebih tinggi dari keputusan majoriti pada PRU-13 dan ini adalah satu perubahan yang amat terkejut. Keempat-empat kerusi DUN ini adalah DUN Selinsing, Changkat Jering, Pasir Panjang dan Changkat Jong.

6. Selaras dengan prinsip ketelusan & keadilan, Pakatan Harapan menggesa SPR dengan segera memaklumkan kepada pengundi sendiri jika alamat atau pusat mengundi mereka telah ditukar.

Pengundi sendiri yang dipindah tempat mengundi tanpa notis boleh dianggap satu penipuan dan penyelewengan yang secara sengaja untuk memihak kepada Barisan Nasional. Tindakan sedemikian merupakan pengkhianatan kepada sistem demokrasi negara kita.

7. Sekiranya SPR gagal memberi penjelasan yang telus dan memainkan peranan berkecuali, Pakatan Harapan terpaksa membuat laporan polis dalam tempoh terdekat supaya memelihara sistem demokrasi berparlimen supaya suara rakyat sebenar dijaga.

Tarikh : 9/8/2016

YB Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin
Ketua Pembangkang DUN Perak

YB Tuan Nga Kor Ming(DAP)
Pengerusi DAP Perak

YB Senator Dr Muhammad Manuty(PKR)
Pengerusi PKR Perak

Tn Haji Asmuni Awi(AMANAH)
Pengerusi Amanah Negeri Perak

Mengesan kemana hilangnya 4 tokoh pembangkang yang pernah menggegar persada politik negara...

Posted: 12 Aug 2016 07:13 AM PDT

Dari politik ke ladang tomato: Mengesan 4 bekas pemimpin pembangkang
Aedi Asri

PETALING JAYA: Menceburi bidang politik tiada had umur. Ada yang bermula bila mencecah usia 40-an, tetapi meninggalkan kesan mendalam walaupun cuma beberapa tahun di pesada politik.

Ia juga tidak ada umur persaraan. Kadang-kadang, secara rasminya bersara atau dipaksa bersara, namun nama mereka sentiasa muncul dan dikaitkan dalam pelbagai permainan politik. Contoh terbaik ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersara pada 2003, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sekali lagi dipenjarakan menyebabkan kehilangan jawatan ketua pembangkang.

Tetapi ada juga yang muncul buat seketika, menunggangi gelombang politik, hanya untuk tercicir sehingga tidak kedengaran lagi.

Di mana mereka sekarang? FMT cuba mengesan beberapa watak politik yang sebelum ini memenuhi ruang media, tetapi kini seakan hilang terus.

Gobalakrishnan dan ladang tomato

Sekiranya ada ensiklopedia mengenai era reformasi pada 1990-an dulu, nama N. Gobalakrishnan pasti mendapat catatan. Bekas ahli politik MIC ini muncul lewat 1998, dan bergerak aktif dalam PKR sebelum memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU 2008.

Pernah menjadi naib presiden PKR, Gobala membuat pengumuman keluar parti pada 29 Januari 2011 atas alasan “bosan” dengan Anwar dan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali yang didakwanya mengawal 100% parti itu.

Ketika dihubungi FMT, Gobalakrishnan memaklumkan yang beliau kini terlibat dalam bidang pertanian, dan memiliki 6 ekar ladang tomato di Cameron Highlands yang hasilnya turut dipasarkan ke Singapura.

“Ini adalah perniagaan yang mendatangkan pulangan yang baik. Di sini ada 50 ekar tanah yang boleh diusahakan, tetapi masih belum ada pelabur yang dapat membantu saya,” katanya yang berulang-alik setiap minggu dari tempat tinggalnya di Kulim, Kedah.

Bagi beliau, pembangkang berpecah kerana tidak ikhlas dalam perjuangan.

“Keadaan akan jadi lebih baik jika Anwar di luar (penjara). Beliau dan Najib patut bekerjasama, negara perlukan mereka,” katanya, yang masih menaruh harapan kepada Anwar.

Menurut Gobala, Anwar mampu menangani ancaman IS kerana pengaruhnya di kalangan pemimpin Islam dunia yang lain.

Hasan Ali bersama tabligh

Penceramah agama dan motivasi sepanjang era 90-an ini mula lebih terkenal selepas menyertai PAS pada zaman reformasi 1998.

Kini, Datuk Hasan Mohamed Ali kembali menumpukan perhatian kepada perniagaan, empat tahun selepas beliau dipecat oleh PAS kerana tidak mematuhi dasar parti.

Jawatan politik terakhir beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, dan disebut-sebut menjadi menteri besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat merampas negeri itu daripada BN pada pilihan raya 2008. Bagaimanapun, ia tidak menjadi, dan Hasan dilantik exco agama sehinggalah pemecatan beliau.

Beliau juga kini giat dengan kumpulan dakwah Jemaah Tabligh, yang menurutnya ditinggalkan sementara ketika terlibat aktif dalam politik.

“Ia sesuatu yang saya lakukan 25 tahun lalu. Ia terhenti sekejap kerana sibuk dengan politik, maka sekarang saya perbaharui semula.

“Saya tidak rindukan politik, dan tidak fikir akan kembali (bergiat aktif),” katanya kepada FMT.

Zulkifli Noordin

Siapa yang dapat melupakan gambar Datuk Zulkifli Noordin dicium seorang pemuda India berbaju Barisan Nasional ketika hari pencalonan PRU 2013.

Zulkifli ketika itu dilantik Najib bagi melawan “musuhnya” Khalid Samad, penyandang kerusi Parlimen Shah Alam.

Tidak lama sebelum itu, beliau mengundang kontroversi apabila rakaman ceramahnya menghina agama Hindu tersebar secara meluas.

Peguam syariah ini pernah menyertai panel peguambela Anwar ketika dipecat dahulu.

Beliau juga aktif terlibat dalam melawan kes murtad, dan ketika masih berada dalam PKR mengundang kontroversi kerana pendiriannya yang tidak selari dengan polisi parti pelbagai kaum itu.

Pada 2010, Zulkifli dipecat selepas pertelingkahan terbuka dengan Khalid dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Namun, beliau masih cuba menampilkan dirinya dalam politik semasa dengan komen menyindir pembangkang dan memuji pentadbiran Najib.

Ezam Mohd Nor

Beliau barangkali antara ahli politik paling menonjol ketika zaman reformasi.

Ezam, salah seorang pengasas PKR, ibarat bintang yang kehabisan sinar sebelum waktunya.

Beliau dan Azmin merupakan tokoh paling rapat dengan Anwar, malah Ezam menggalas jolokan “klon Anwar” dengan bangga.

Ada banyak cakap-cakap di sebalik keluarnya Ezam daripada lingkungan pembangkang, namun sebab rasmi yang direkodkan adalah perjuangannya tidak lagi sehaluan dengan Anwar dan Azmin. Beliau dilantik senator sejurus selepas kembali kepada Umno.

“Ezam Kotak”, begitulah jolokan terhadap beliau kerana mendakwa memiliki 6 kotak menyimpan dokumen salah laku pemimpin negara. Beliau kemudian menafikan perkara itu dan berkata ia berada dalam simpanan Anwar.

April lalu, Ezam menafikan khabar angin yang beliau akan menyertai semula PKR. Kini menetap di Indonesia untuk menumpukan perhatiannya dengan NGO Hisbah Centre for Reform.

Beliau juga masih mengulas isu politik. Antaranya, beliau mengkritik penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi menutup laporan akhir siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

Najib dan misteri Selasa tak kunjung tiba

Posted: 11 Aug 2016 09:48 PM PDT

Shazni Munir Mohd Ithnin

Semalam genap lima kali Selasa dari janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman akhbar The Wall Street Journal. Bermakna, "Selasa" dijanjikan beliau sudah sebulan berlalu.

Dan Najib kelihatan masih 'buat bodoh' dengan janjinya seolah-olah rakyat masih hidup dalam gua dan tak tahu apa-apa tentang kes dan isu melibatkan pentadbiran beliau.

Daripada pendedahan WSJ hinggalah tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS terhadap aktiviti penggubahan wang haram membabitkan seseorang dikenali hanya sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dan konco-konconya, "Selasa" dijanjikan Najib masih tidak kunjung tiba.

Mungkin "Selasa" itu sebenarnya tidak wujud dalam kalendar Malaysia. Mungkin. Atau Najib menunggu "Selasa" lain yang tidak ada dalam fahaman kita sebagai satu daripada tujuh hari yang ada dalam seminggu.

Baiklah, mungkin kadang-kadang kita - sebagai rakyat - terlalu kasar, terburu-buru dan tidak sabar. Kalau ditanya elok-elok dan bersopan santun, mungkin perdana menteri akan memberi jawapan dengan baik.

Mari kita cuba bertanya dengan penuh budi bahasa: "Wahai perdana menteri yang disayangi, setelah lima kali Selasa berlalu, sejujurnya berapa lama lagi "Selasa" yang mahu ditunggu Datuk Seri untuk mengambil tindakan terhadap WSJ dan pihak-pihak lain yang mengaitkan Datuk Seri dalam jenayah 1MDB?"

Setelah bersopan-santun begitu dan Najib masih tidak menjawab, janganlah pula kita marah.

Rakyat tidak akan marah

Sebetulnya memang Najib tidak akan mengambil tindakan undang-undang pun. Najib cukup cerdik untuk tahu bahawa tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa tidak hanya akan mengalahkan beliau, bahkan berisiko besar untuk mendedahkan kes-kes lain yang mungkin masih tersimpan kemas ketika ini.

Sebagai pemimpin utama sebuah parti yang telah berjaya memenangi 13 kali pilihan raya umum dengan sekian banyak 'silap mata', Najib cukup tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat sebagai pemimpin.

Jika setakat berjanji kemudian 'buat bodoh' dan akhirnya membuat penafian, beliau percaya penuh bahawa rakyat negara ini tidak akan marah.

Bahkan marah-marah rakyat ketika ini hanyalah 'marah-marah kucing' yang akhirnya diyakini akan cair dengan pujukan BR1M bernilai RM1,000 menjelang pilihan raya.

Setakat pung-pang pung-pang bising kedai mamak, kita boleh saja tersenyum hingga ke telinga apabila mendapat bonus sebulan gaji daripada kerajaan.

Kemudian ada pula projek khas menafikan bahawa Najib bukanlan MO1, sebaliknya meyakinkan rakyat, wujud komplot amat terancang sedang berjalan untuk menjatuhkan beliau.

Najib cukup tahu bahawa politikus seperti Khairul Azwan Harun mudah untuk dipergunakan.

Buat laporan polis, kemudian jawab apa-apa saja depan wartawan dan bertabah untuk mendengar maki hamun berbakul-bakul daripada orang ramai sebagai seorang macai.

Mudah sungguh kerja pelapis-pelapis muda dalam Umno. Bak kata ketua mereka, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, tidak mengapa menjadi balaci atau macai demi "Kebersamaan dengan presiden." Hidup Melayu!

Calar imej, legasi bapa

Hal besar yang perlu difikirkan adalah, berapa lama lagi Najib mampu bertahan dengan stail kepimpinan seperti ini? Adakah beliau tahu bahawa hari demi hari orang ramai hanya berbincang, bila dan bagaimana untuk menurunkan Najib?

Adakah selepas ini Najib mahu menggunakan pula terma-terma Islamik seperti "bughah terhadap ulil amri' untuk menghalalkan tindak balasnya terhadap rakyat, sementelah beroleh kuasa cukup besar di tangannya melalui Akta Majlis Keselamatan Negara yang sempurna diwartakan?

Bapanya, almarhum Tun Razak Hussein - dengan pelbagai jasa besar kepada negara - merupakan tokoh pemimpin yang pernah bernadi di sanubari rakyat.

Najib sendiri acap kali menyebut-nyebut nama dan legasi bapanya, seolah-olah ingin membina persepsi bahawa beliau mengikut jejak bapanya.

Namun dengan segala macam skandal, pembohongan dan penafian ini, tidakkah beliau terfikir bahawa tindak-tanduk itu bukan saja mencalarkan imej dirinya, bahkan almarhum bapanya yang dibanggakan sebagai Bapa Perpaduan?

Melebihi sepenggal kepimpinan beliau, malangnya Najib ketika ini hanya boleh berbangga sebagai perdana menteri paling tidak digemari dalam sejarah panjang Malaysia.

Tidak hanya dibenci, majoriti rakyat bahkan malu untuk dikaitkan dengan dirinya, lebih-lebih lagi isterinya, Rosmah Mansur. Jika sebelum skandal 1MDB beliau hanya merupakan liabiliti kepada Umno dengan adanya bayang-bayang First Lady of Malaysia yang cukup berpengaruh dalam kerajaan, kini Najib secara pasti merupakan liabiliti kepada rakyat serta peradaban negara.

Najib dan "Selasa" misteri dan entah bagaimana bentuknya itu adalah simbol hubungan gagal antara pemimpin dan rakyat. Amat menyedihkan apabila rasa hilang kepercayaan itu menjejaskan kebanggaan rakyat terhadap negara berdaulat ini.

Maka buatlah sesuatu duhai rakyat. Sebelum negara ini 'mati' dan 'dikapankan' terus, sementara masih ada rnyawa-nyawa ikan ini, bertindaklah segera memberikan bantuan pernafasan CPR kepada watan tercinta.

Jika itupun masih susah dan lambat-lambat untuk mengorak langkah, maka terimalah salam takziah awal daripadaku.

Belasungkawa rakyat Malaysia!

#TangkapMO1 #27Ogos #KL

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN ialah naib ketua pemuda Parti Amanah Negara

'Jika BERSATU rasis, boleh saya masuk MCA, MIC?'

Posted: 11 Aug 2016 08:28 PM PDT

Syed Saddiq Abdul Rahman membangkitkan sama ada beliau boleh menyertai MCA dan MIC selepas parti-parti itu menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai perkauman.

Bekas juara debat Asia itu antara jawatankuasa penaja BERSATU yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya pada Selasa.

“Umno memperalatkan MCA dan MIC yang tidak berfungsi dan tidak berkuasa untuk mengaitkan parti ini rasis kerana berasaskan kaum.

“Saya hendak tanya MIC dan MCA, bolehkah saya sebagai orang Melayu, masuk parti kamu?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Syed Saddiq mempertahankan pendirian BERSATU bahawa ia tidak sepenuhnya berasaskan kaum kerana parti untuk bumiputera itu juga menerima anggota bersekutu bukan bumiputera.

Beliau membangkitkan cadangan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon berkaitan mekasnisme sama dua bulan lalu demi menjadikan parti itu lebih rencam kaum, tetapi BERSATU telah mendahuluinya.

“Kami yang buat dulu. Mereka (MCA) cakap tidak serupa bikin. Jangan lupa, perlembagaan (parti) kami berasaskan reformasi dan kita melihat ke arah gabungan dengan parti-parti pembangkang lain.

“Saya secara peribadi cabar MCA dan MIC melakukan tindakan sama jika mereka benar-benar ambil berat berkaitan peralihan perlahan-lahan untuk keluar daripada politik berasaskan kaum.

“MCA sudah cadangkannya. Kotakan kata-kata,” katanya.

Bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam secara rasmi mendaftarkan BERSATU untuk menyaingi wadah politik lamanya Umno.

ROS akan membuat keputusan sama ada meluluskan pendaftaran itu.

Setakat ini, Umno menentang penggunaan nama BERSATU atas alasan ia sering digunakan dan mendatangkan kekeliruan masyarakat.

Pemimpin-pemimpin BERSATU mungkin mengambil alih parti sedia ada jika pendaftaran mereka ditolak.

SINAR HARIAN

‘Apa salah Pas, Umno bersatu’ - Nik Mohamad Abduh

Posted: 11 Aug 2016 07:14 PM PDT

SHAH ALAM – “Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama, tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya Umno menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).

Nik Mohamad Abduh berkata, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU355 ini.

“Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.

“Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.

Kenyataan itu berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

“Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.

“Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan,” ujarnya.

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.

“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.

“Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.

“Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih,” katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan Pas yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.

“Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. Pas sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.

“Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.

“Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan,” katanya.

Beliau berkata, Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka.

SINAR HARIAN

OhDunia.My

Posted: 12 Aug 2016 08:16 AM PDT

OhDunia.My


Pelakon Dan Pelawak Veteran Piee Meninggal Dunia (AL-FATIHAH)

Posted: 11 Aug 2016 08:36 AM PDT

Pelakon serta pelawak vateran yang dikenali menerusi filem Mami Jarum, Nana Tanjung dan banyak lagi filem bergenre komedi dengan loghat Pulau Pinang, Piee atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 9 malam tadi di rumah anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.


Pelakon Dan Pelawak Veteran Piee Meninggal Dunia

Baca selengkapnya

Google Terima Padah 'Padam' Nama Palestin Dalam Google Maps

Posted: 11 Aug 2016 08:28 AM PDT

RAMALLAH - PALESTIN. Syarikat enjin pencari gergasi, Google menerima kecaman seluruh dunia selepas ia menggantikan nama Palestin pada aplikasi petanya dengan Israel.


Google Terima Padah 'Padam' Nama Palestin Dalam Google Maps

Baca selengkapnya

MummyNemo

Posted: 12 Aug 2016 04:10 AM PDT

MummyNemo


‘Salahkah Kami Terlanjur Cintakan Suami Anda?’ – Orang Ketiga

Posted: 11 Aug 2016 06:41 PM PDT

Salam, saya ingin bertanya kepada semua. Kenapa bila isu orang ketiga timbul dalam perhubungan sesebuah pasangan itu, kenapa kebanyakan kalian emo dan menyalahkan orang ketiga? Ikutkan hati kami juga tidak mahu menjadi orang ketiga. Selalu minta perkara seperti dijauhkan dari suami orang. Tetapi takdir tuhan kita tak boleh menduga. Saya berkenalan dengan seorang lelaki. Kami ...

14 Peserta Akademi Fantasia 2016|Dua Wanita Bukan Melayu Antara 14 Peserta AF2016

Posted: 11 Aug 2016 06:37 PM PDT

Dua pelajar tersebut ialah Kareshma Martin John Patrick, 18, dan Jasper James Supayah, 23. Manakala, lima peserta wanita lain ialah Nur Hafizah Longkip, 23, Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Nurul Rahils Rashun, 20, Isyariana Che Azmi, 26, , Siti Aishah Abdul Razak, 20. Sementara tujuh lelaki yang dipilih menyertai AF2016 pula terdiri daripda, Mohamad Ammal Shafiq ...

beautifulnara

Posted: 12 Aug 2016 02:13 AM PDT

beautifulnara


Lara Oh Lara : Program Realiti Khas Lara Alana, Anak Awal Ashaari & Scha Al-Yahya

Posted: 11 Aug 2016 08:18 PM PDT

Anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu  Lara Alana nampaknya mengalahkan populariti anak selebriti lain apabila beliau kini sudah ada program realiti sendiri.

Program berkenaan yang bertajuk Lara Oh Lara bakal menemui penonton mulai 17 Ogos ini jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Berikut sedikit sedutan video promosi untuk program Lara Oh Lara :-

Wah, kecil-kecil lagi Lara sudah mempunyai program beliau sendiri. Nampaknya, tidak mustahil satu hari nanti beliau juga akan aktif dalam bidang seni seperti ibu bapanya. Lepas ini peminat Lara boleh lah melihat bagaimana kehidupan seharian beliau.

(FOTO & VIDEO) Terkini Yusuf Iskandar, Anak Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen

Posted: 11 Aug 2016 07:54 PM PDT

Zaman sekarang, masa berlalu dengan begitu pantas sekali bukan? Kadang-kadang tidak sedar rupa-rupanya kita dah habiskan banyak masa melakukan pelbagai benda.

Malah, bayi comel kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar juga sudah memasuki usia dua bulan.

Kalau anda rajin melayari laman Instagram, pasti anda tahu Yusuf mempunyai akaun Instagramnya sendiri dan jumlah pengikutnya sudah lebih 200,000 orang. Wah..

Telatah comel Yusuf boleh mencairkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Iyalah, dah la putih gebu, geram juga kami bila melihat beliau. Hehe..

Untuk anda yang  ingin mengetahui perkembangan terbaru Yusuf, berikut kami sertakan beberapa lagi foto dan video  bayi tersebut dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Instagram Photo

Instagram Photo

Instagram Photo

Program “Water For Life” PETRONAS Buatkan Abang Nara Sedar Kepentingan Air Dalam Kehidupan

Posted: 11 Aug 2016 07:22 PM PDT

70% daripada badan manusia terdiri daripada air. Tanpa air, manusia tidak boleh hidup. Air adalah kehidupan bagi kita. Air digunakan untuk diminum, mandi, masak, basuh baju dan macam-macam lagilah. Kita digalakkan untuk minum air kosong 8 gelas sehari untuk membekalkan badan kita kuantiti air yang secukupnya. Untuk orang Kuala Lumpur macam Abang Nara, Alhamdulillah kita ada sumber air yang bersih terus ke paip untuk melakukan semua itu. Namun masih ada rakyat Malaysia di pedalaman yang agak kurang bernasib baik. mua itu. Namun masih ada rakyat Malaysia di
pedalaman yang agak kurang bernasib baik.
water for life

Menyedari wujudnya masalah sumber bekalan air bersih di pedalaman, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah memulakan satu program yang diberi nama "Water For Life" sejak tahun 2013. Hujung minggu lalu (6-7 Ogos), wakil BeautifulNara dan PDB telah pun ke Kampung Jongok Batu dan Kampung Belimbing di Dungun, Terengganu untuk membantu lebih 150 keluarga mendapatkan bekalan air bersih. Untuk makluman, kedua-dua kampung ini terletak di dalam Hutan Lipur Chemerong dan 30 kilometer jauh daripada bandar terdekat iaitu Bandar Al-Muftafi Billah Shah.

water for life

(Pn Ruziah Abdul Rahman, Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi Pemasaran, PETRONAS Dagangan Berhad merasmikan program Water for Life

Tujuan utama kehadiran PETRONAS ke kedua-dua kampung ini adalah untuk membaikpulih infrastruktur air iaitu paip-paip yang telah rosak sehingga mengakibatkan pengaliran air ke rumah para penduduk tersekat. Selain itu, tangki air sebesar 200 gelen akan dipasang untuk memudahkan keluarga di sini mendapatkan bekalan air. Ini pasti akan memudahkan dan menyenangkan para penduduk mendapatkan bekalan air bersih untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

water for life

water for life

tue dia punya banyak tangki air

Abang Nara tidak dapat hadir kerana ada family matters yang tidak dapat dielakkan. Namun wakil BeautifulNara yang telah hadir memuji kesungguhan dan semangat pekerja PETRONAS dan sukarelawan yang hadir. Semuanya bersatu hati, berusaha bersungguh-sungguh dan begitu teruja sekali untuk memastikan para penduduk kampung terbabit mendapatkan bekalan air bersih secukupnya.

water for life

wakil BeautifulNara nie tak lain tak bukan adalah Abang Nara TV

Part yang paling menyeronokkan adalah ketika pemasangan semula paip-paip yang telah rosak. Seronok sungguh main air. Kerjasama memang tip top ketika ini. Semua orang buat kerja tanpa disuruh. Pantas, tuntas dan very fast. Penduduk-penduduk kampung yang membantu secara sukarela pun amat mesra. Semuanya berganding bahu, bersatu hati dan sebulat suara dalam menjayakan program "Water For Life" ini.

water for life

pakcik nie nampak je tua, tapi tenaga dia memang macam Iron Man)

water for life

water for life

yes air sudah keluar. Kita berjaya!!!

water for life

tua pada usia, muda pada hati. Main air sapa tak nak wei

water for life

ok awek-awek kena ada untuk bagi semangat kat abang-abang sado

Alang-alang dah sampai di kedua-dua kampung ini, PETRONAS turut mengadakan satu program bersama 55 orang murid-murid Sekolah Kebangsaan Batu Jongok Batu dan Sekolah Kebangsaaan Kampung Syukur dengan kerjasama PETRONAS Young Professionals Club. Program ini diadakan khas untuk untuk membentuk semangat kerjasama sesama sendiri dan juga membantu meningkatkan skill komunikasi untuk murid-murid ini. Seronok tengok muka gembira budak-budak ini apabila setiap seorang mendapat hadiah sebuah beg sekolah baru. Memang priceless.

water for life

tekun mendengar kata-kata perangsang daripada PDB

water for life

amboi dik happynya sampai campak beg sekolah. Kotor kang nanti jatuh atas tanah

Secara jujur, Abang Nara agak kecewa juga kerana tidak dapat menghadiri program "Water For Life" kali ini. Tapi tak apa. Program ini adalah aktiviti tahunan PDB PETRONAS (tahun ini tahun keempat). Jadi Insya Allah tahun hadapan jika ada kelapangan masa, Abang Nara confirm akan turut serta. Sekali sekala turun padang membantu mereka yang betul-betul memerlukan apa salahnya kan? Hati kita pasti akan gembira melihat riak wajah mereka yang terharu dengan pertolongan diterima.
water for life

Tahniah kepada PETRONAS atas inisiatif awesome ini. Semoga lebih banyak syarikat-syarikat besar di luar sana yang akan mencontohi keprihatinan PETRONAS. Untuk maklumat lanjut layari www.mymesra.com.my. Jangan lupa ikuti @PETRONASBrands di Facebook, Instagram dan Twitter untuk informasi terkini aktiviti-aktiviti mereka atau muat turun PETRONAS Pitstop App di Play Store Android atau App Store iOS.

Siti Nordiana Nafi Beli Rumah Mewah Secara Tunai

Posted: 11 Aug 2016 06:35 PM PDT

Selepas dikatakan mula meminta bayaran yang lebih untuk membuat persembahan, timbu pula khabar angin baru yang mengatakan Siti Nordiana baru-baru ini telah membeli sebuah rumah mewah secara tunai. Wah! Hebat..

Walaubagaimanapun, Nana menerusi Harian Metro berkata berita itu tidak benar dan ia sengaja direka oleh pihak tertentu kerana namanya kini sudah kembali popular.

Cerita itu tidak benar sekali kerana saya belum berkemampuan membeli rumah, apatah lagi yang harganya sangat tinggi.

Apabila gosip ini tersebar, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah terkenal.

Malah, menurut Nana wang kemenangan Gegar Vaganza musim kedua juga tidak mencukupi untuk beliau membeli sebuah rumah.

Kalau fikir secara logik, wang itu mana mencukupi membeli rumah.

Anggap sahaja ia satu doa Nana, mana tahu rezeki undangan nyanyian dan berlakon anda mampu unutk membeli rumah mewah secara tunai di masa hadapan? Tak mustahil..

Sumber Berita : Harian Metro

Bapa Emma Maembong Cedera Ditetak Oleh Penyamun

Posted: 11 Aug 2016 05:50 PM PDT

Pelukis terkenal yang juga bapa kepada pelakon Emma Maembong iaitu Ismail Embong cedera ditetak selepas rumahnya disamun semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata kejadian berkenaan berlaku pada jam 4 petang semalam dimana Ismail ketika itu duduk berseorangan di rumah sebelum didatangi empat orang lelaki bersenjatakan parang.

Ismail cuba untuk melawan penyamun berkenaan dan berlaku pergelutan sehingga beliau cedera.

Suspek terus meminta barangan berharga dan mangsa telah menyerahkan wang dan cuba melawan sehingga bergelut.

Berikutan pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan kerana ditetak lalu melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan.

Menurut Emma pula, bapanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala,jari dan siku. Emma meminta agar orang rmaai mendoakan yang terbaik buat ayahnya.

Bapa saya sedang dirawat, saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik dan mohon berikan ruang kepada kami sekeluarga.

Kes disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

Sumber Berita : mStar Online / BH ONLINE

(AL-FATIHAH) Pelakon Dan Pelawak Vateran Piee Meninggal Dunia

Posted: 11 Aug 2016 07:57 AM PDT

Pelakon serta pelawak vateran yang dikenali menerusi filem Mami Jarum, Nana Tanjung dan banyak lagi filem bergenre komedi dengan loghat Pulau Pinang,  Piee atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 9 malam tadi di rumah anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Menurut anaknya Subariah Shafiee, keadaan kesihatan arwah ayahnya itu semakin merosok dan tidak lalu makan serta kelihatan penat sejak seminggu yang lepas.

Kesihatan arwah ayah semakin teruk sejak minggu lalu sehinggalah pada malam ini (Khamis) dia menghembuskan nafas terakhir.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Teluk Bahang selepas solat Jumaat.

Sebelum ini Allahyarham pernah menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab apabila beliau dikatakan sudah meninggal dunia . Walaubagaimanapun, Allahyarham ada meminta agar penyebaran berita palsu tersebut dihentikan.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Pak Piee. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber Berita : mStar Online

Toknek.com RSS Feed

Posted: 12 Aug 2016 02:07 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Fifa Halang Malaysia Jadi Tuan Rumah Kongres Fifa 2017 Gara Gara Malaysia Tak Benaqkan Warga Israel Masuk

Posted: 12 Aug 2016 01:34 AM PDT


Gabungan Bola Sepak Antarabangsa FIFA memutuihkan Malaysia tak akan menjadi tuan rumah Kongres FIFA 2017 yang akan menyaksikan pengundian Piala Dunia 2026 berikutan kemungkinan wakil beberapa n...

Usah Terlalu Leka Bincang Isu Pokemon Go Hingga Risiko Besaq Lain Yang Lebih Besaq Dilupakan

Posted: 12 Aug 2016 01:32 AM PDT


Mufti Perlih Dr Asri Zainul Abidin atau Dr Maza ingin mengingatkan masyarakat semuga tak terlalu leka dengan isu membincangkan tentang pasai permainan video Pokemon Go sehingga terlupa bahaya ...

Benarkah Nabi Isa Dok Ada Di Planet Jupiter

Posted: 12 Aug 2016 12:22 AM PDT


Senja sedang berlabuh petang Jumaat tu Nabi Isa a s sedang asyik menjamu 12 oghang pengikutnya dari kaum Hawiriyin dalam sebuah rumah di Baitulmuqaddih Selesai makan Nabi Isa a s membasuh...

Terkini Yusuf Iskandaq Anak Hanih Zalikha Dan Hairul Azreen

Posted: 11 Aug 2016 10:42 PM PDT


Zaman la la nih masa berlalu dengan begitu pantaih sekali bukan Kadang kadang tak sedaq rupa rupanya kita dah habihkan banyak masa buat pelbagai benda Malah bayi comey kepada pasangan Hanih Za...

Caj Visa Rm2 100 Bakai Dikenakan Pada Pemohon Tunai Haji Umrah Lebih Dari Sekali

Posted: 11 Aug 2016 09:32 PM PDT


Caj visa 2 000 riyai kira kira RM2 120 dijangka dilaksanakan pada Oktober bagi setiap permohonan untuk mengerjakan haji dan umrah hanya melibatkan ibadat kali kedua dan seteruihnya menurut Lemb...

Siti Nordiana Tak Ngaku Beli Rumah Mewah Secara Tunai

Posted: 11 Aug 2016 07:46 PM PDT


Selepaih ghamai dok kata mula memintak bayaran yang lebih untuk membuat persembahan timbu pulak ura ura baghu yang kata Siti Nordiana baghu baghu ni telah membeli sebuah rumah mewah secara tunai ...

Bapak Emma Maembong Cedera Ditetak Oleh Penyamun

Posted: 11 Aug 2016 07:44 PM PDT


Pelukih femes yang jugak bapak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Ismail Embong cedera ditetak selepaih rumahnya disamun kemarin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kola Lumpoq SAC Rusdi Mohd Isa ba...

Program Water For Life Petronaih Buatkan Toknek Sedaq Kepentingan Ayaq Dalam Kehidupan

Posted: 11 Aug 2016 07:42 PM PDT


70 peratus daripada badan manusia terdiri daripada ayaq Tanpa ayaq manusia tak boleh hidup ayaq adalah kehidupan bagi kita ayaq digunakan untuk diminum mandi masak basuh baju dan macam ma...

Kanak Kanak Pompuan Diculik Bekaih Boipren Ibu

Posted: 11 Aug 2016 02:32 PM PDT


PETALING JAYA soghang lelaki dalam umoq 30 an kena tahan polih selepaih menculik anak pompuan bekaih teman wanitanya berumoq lima tahun dari tadika di Kampung Kundang Tanjung Sepat sebelum kanak ...

Pelakon Dan Pelawak Vateran Piee Meninggai Dunia

Posted: 11 Aug 2016 10:42 AM PDT


Pelakon serta pelawak vateran yang dikenali menerusi filem Mami Jarum Nana Tanjung dan banyak lagi filem bergenre komedi dengan loghat Pulau Pinang Piee atau nama sebenaqnya Shafiee Jaafar menin...

Pokemon Uranium Permainan Pokemon Yang Dicipta Oleh Peminat Ambik Masa 9 Tahun Untuk Disiapkan

Posted: 11 Aug 2016 09:32 AM PDT


macam yang hampa sedia maklum Pokemon Go telah pon dilancaqkan secara rasmi hujung minggu lepaih dan ghamai anak muda yang bertungkuih lumuih untuk menangkap pokemon di serata Malaysia Hari ni ka...

Ghega Dan Spesifikasi Oppo F1s Smartphone Untuk Pakaq Selfie

Posted: 11 Aug 2016 06:22 AM PDT


OPPO F1s merupakan telefon pakaq selfie yang memiliki kamera selfie sehebat F1 Pluih dengan ghega yang lebih rendah Dari segi spesifikasi yang ditawaqkan OPPO F1s memiliki sistem kamera serta s...

Keghap Dok Dengaq Ditindih Sesuatu Masa Tidoq Kadangkala Dibawak Ke Tempat Lain Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Seram

Posted: 11 Aug 2016 05:32 AM PDT


Setiap oghang konfem ada ceghita seram masing masin Ada yang selului kena dan ada jugak langsung tak penah kena Tapi kalau yang tak penah kena tu jangan ler mintak2 nak tau gak ghasa lagu mana...

Siti Nordiana Terkilan Difitnah Berulang Kali

Posted: 11 Aug 2016 05:02 AM PDT


Terkilan dengan dakwaan kata beliau semakin mendabik dada dengan membataikan persembahan di las menet pasai mendapat bayaran yang rendah Siti Nordiana tampil memberikan penjelasan Menurutnya be...

Inisiatif My Digitai Maker Diumumkan Mengalakkan Budaya Membuat Di Kelompok Pelajaq

Posted: 11 Aug 2016 03:44 AM PDT


Kita sedia maklum akan pasai perancangan kerajaan dalam mengimplementasi dan mengintegrasi pembelajaran sains komputer pada peringkat sekolah rendah dan menengah la nih pada hari ni MDEC dan Ke...

Pandang Pertama Oppo F1s

Posted: 11 Aug 2016 03:42 AM PDT


Oppo F1 Pluih dilancaqkan di Malaysia April lepaih dan merupakan peranti yang mementinkan kemampuan ambik selfie yang tinggi Keutamaan ke ataih selfie ni mengakibatkan kamera hadapan F1 Pluih mem...

Che Ta Tak Ceghita Dibantai Menunjuk Punca Mpv Dicuri

Posted: 11 Aug 2016 02:02 AM PDT


baghu baghu ni kecoh sebentaq laman so sial apabila ghamai artis mula berkongsi membantu mencari kenderaan MPV milik Rozita Che Wan yang hilang Disebalik kesedihan tu ada sesetengah pihak menyal...

myartis.com

Posted: 12 Aug 2016 01:54 AM PDT

myartis.com


"SAYA TAK KISAH DIKRITIK TUNJUK KEMEWAHAN PUNCA CURI" - CHE TA

Posted: 11 Aug 2016 07:08 PM PDT



"Biarlah mereka nak kutuk apa. Saya tidak kisah dan tidak ambil peduli kerana mereka bukan penentu masa depan atau kehidupan saya.

"Kutukan seperti ini sudah biasa saya alami dan selama ini saya hanya menjadi diri sendiri. Saya cantik pun orang kutuk, ini kan pula kenderaan hilang, memang macam-macam lah orang akan fikir dan cakap pasal saya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KRU BUAT COMEBACK - SINGAPURA LOKASI 'PEMANAS BADAN'

Posted: 11 Aug 2016 04:46 PM PDT



Bayangkan, bagaimana susah getirnya mereka selama 25 tahun dalam industri muzik. Pujian dan cemuhan bagai sudah sebati dalam hidup tiga beradik ini sepanjang pembabitan mereka dalam kumpulan KRU.

Terkini, mereka telah membuat 'comeback' dengan mengadakan Konsert KRU 25 di Concert Hall, Esplanade, Singapura, sempena sambutan Pesta Raya 2016 di sana.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DISAMUN & DITETAK - BAPA EMMA MAEMBONG DIRAWAT DI ICU

Posted: 11 Aug 2016 03:46 PM PDT



Malang tak berbau!

Demikian yang terjadi kepada Ismail Maembong, 68, bapa kepada pelakon, Emma Maembong, 24, apabila disamun dan ditetak di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) petang semalam.

Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, dalam kejadian itu, bapanya mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, jari dan siku.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AL-FATIHAH - PELAKON & PELAWAK VETERAN PIE KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 11 Aug 2016 03:13 PM PDT



Pelakon serta pelawak vateran yang dikenali menerusi filem Mami Jarum, Nana Tanjung dan banyak lagi filem bergenre komedi dengan loghat Pulau Pinang, Pie atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar, 85, telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 9 semalam akibat sakit tua.

Anaknya Subariah Shafiee, 53, berkata, sejak seminggu lalu kesihatan arwah bapanya itu semakin merosot dan tidak lalu makan selain kelihatan penat.

"Kesihatan arwah ayah semakin teruk sejak minggu lalu sehinggalah pada malam ini (Khamis) dia menghembuskan nafas terakhir," jelasnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 11 Aug 2016 07:49 PM PDT

ROTIKAYA


Polis Buru Suspek Rompak Bapa Emma Maembong

Posted: 11 Aug 2016 05:49 PM PDT

Bapa kepada Emma Maembong iaitu Ismael Maembong cedera ditetak di kepala dan tangan dipercayai ditetak oleh penyamun dalam satu kejadian ragut yang berlaku di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) petang semalam.

BACA: "Saya Memang Niat Mahu Memperisterikan Emma Maembong"

Melalui laporan BH Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji, berkata berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek terbabit berkulit gelap masuk ke dalam kawasan berkenaan sekitar jam 5.15 petang.

“Setakat ini pihak polis sedang berusaha mendapatkan maklumat penuh daripada mangsa sendiri yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan kecederaan yang dialaminya”

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun serta mendatangkan kecederaan,” katanya. Malah pihak polis juga mengalukan saksi kejadian yang mempunyai maklumat tampil untuk membantu siasatan.

Gambar Ihsan: BH Online

Pelawak Veteran Pak Piee Meninggal Dunia

Posted: 11 Aug 2016 07:45 AM PDT

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Pak Piee di atas pemergian pelawak veteran itu buat selamanya di rumah anaknya yang di Teluk Bahang, Pulau Pinang kira-kira pukul 9 malam Khamis, akibat sakit tua.

BACA: Jalaludin Hassan Kesal Dikatakan Meninggal Dunia

Melalui laporan mStar Online, anak kepada pelakon berkenaan, Subariah Shafiee, berkata, sejak seminggu lalu kesihatan arwah semakin merosot dan tidak lalu makan selain kelihatan penat.

"Kesihatan arwah ayah semakin teruk sejak minggu lalu sehinggalah pada malam ini (Khamis) dia menghembuskan nafas terakhir," katanya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Teluk Bahang selepas solat Jumaat.

Sebelum ini Allahyarham pernah menjadi mangsa berita palsu tentang kematiannya. Malah beliau sendiri pernah meminta agar penyebaran berita palsu tersebut dihentikan. Arwah ketika hayatnya banyak berlakon dalam filem komedi antaranya Nana Tanjung, Anak Mami Kembali, Cinta Rosevilla, Bas Konduktor dan Mami Jarum. (rtky/s)

Siti Nordiana Terkilan Difitnah Berulang Kali

Posted: 11 Aug 2016 03:25 AM PDT

Terkilan dengan dakwaan mengatakan beliau semakin mendabik dada dengan membatalkan persembahan di saat akhir kerana mendapat bayaran yang rendah, Siti Nordiana tampil memberikan penjelasan. Menurutnya, beliau terpaksa membatalkan persembahan dari pihak penganjur itu kerana tidak menerima sebarang bayaran pada hari majlis tersebut berlangsung.

BACA: Bayaran Rendah, Siti Nordiana Batal Persembahan?

“Saya tahu siapa empunya cerita ini. Sebenarnya, memang saya sudah mengesahkan untuk tampil membuat persembahan dalam majlis tersebut. Tetapi, sehingga pada hari berlangsung majlis tersebut, pihak penganjur tidak memasukkan deposit bayaran. Sebagai seorang penyanyi, saya perlu beri keutamaan kepada yang membuat bayaran terlebih dahulu”

“Ini bukan soal bayaran siapa lebih tinggi. Ini soal siapa yang bayar duit deposit dahulu. Sejak dari dulu, sebelum Gegar Vaganza pun saya sudah menetapkan syarat sebegitu. Mana-mana penganjur yang ingin menjemput saya membuat persembahan, perlu membayar deposit. Jadi siapa cepat dia dapat konsepnya,” katanya kepada Utusan Online mengenai perkara itu.

Dalam masa yang sama, Nana turut meluahkan rasa sedih terhadap sikap sesetengah individu yang seolah-olah cuba menjatuhkan kerjaya beliau yang baru sahaja manapak naik setelah lama menyepi. Tambahnya lagi, gosip sebegini juga bukanlah sesuatu yang baru baginya, malah sudah berulang kali beliau menerima tuduhan yang sama oleh individu terbabit.

Tegasnya lagi, walaupun begitu banyak cerita tersebar mengatakan beliau sudah berubah atau berlagak sombong, tetapi pada hakikatnya, beliau masih individu yang sama sejak menjuarai pertandingan nyayian, Gegar Vaganza. Malah dengan berbekalkan perjalanan seni selama 17 tahun membuatkan beliau lebih matang menghadapi hasad dengki orang. (rkty/w)

1- Siti Nordiana Terkilan Difitnah Berulang Kali - jpeg 2- Siti Nordiana Terkilan Difitnah Berulang Kali - jpeg 3- Siti Nordiana Terkilan Difitnah Berulang Kali - jpeg 4- Siti Nordiana Terkilan Difitnah Berulang Kali - jpeg 5- Siti Nordiana Terkilan Difitnah Berulang Kali - jpeg 6- Siti Nordiana Terkilan Difitnah Berulang Kali - jpeg

Che Ta Tak Kisah Dikritik Menunjuk Punca MPV Dicuri

Posted: 10 Aug 2016 11:49 PM PDT

Baru-baru ini kecoh sebentar laman sosial apabila ramai selebriti mula berkongsi membantu mencari kenderaan MPV milik Rozita Che Wan yang hilang. Disebalik kesedihan itu, ada sesetengah pihak menyalahkan sikap Che Ta sendiri yang gemar menunjukkan kemewahan yang dimiliki menerusi laman sosial Instagram sehingga menyebabkan keretanya dicuri.

BACA: "Tak Minat Buat Iklan Ghairah, Nampak Murah"

"Biarlah mereka nak kutuk apa. Saya tidak kisah dan tidak ambil peduli kerana mereka bukan penentu masa depan atau kehidupan saya. Kutukan seperti ini sudah biasa saya alami dan selama ini saya hanya menjadi diri sendiri. Saya cantik pun orang kutuk, ini kan pula kenderaan hilang, memang macam-macam lah orang akan fikir dan cakap pasal saya”

“Lumrah hidup menjadi anak seni, setiap perkara dilakukan pasti akan ada pihak yang memerhati. Sama ada mereka memuji atau pun mengeji saya tidak kisah,” katanya kepada Projek MMO mengenai sikap sesetengah orang ramai yang menganggap kejadian kereta beliau hilang baru-baru ini terjadi oleh kerana sifatnya yang suka menunjukkan kemewahan.

Terdahulu, menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari, hasil dari pemantauan kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian mendapati dua suspek telah merempuh palang parkir sebelum melarikan kenderaan tersebut, namun menerusi rakaman tersebut wajah suspek kurang jelas dan menyukarkan proses pencarian suspek berkenaan.

Pada masa yang sama, ACP Azlin turut meminta bantuan orang ramai yang mengetahui sebarang maklumat mengenai kereta dengan nombor pendaftaran WWQ 93 supaya tampil menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. Selain kehilangan kereta yang dianggarkan bernilai RM200,000, beberapa barang berharga seperti beg tangan dan kasut turut dilarikan. (rkty/w)

1- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 2- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 3- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 4- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 5- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg 7- Suspek Rempuh Palang Sebelum Larikan Kereta Che Ta - jpeg

No comments:

Post a Comment