Debaran menantikan hari perkahwinan yang bakal menjelang tidak lama lagi masih dirasai oleh Ana Dahlia walaupun pernah melalui pengalaman berkahwin sebelum ini. Namun baginya biarpun tarikh perkahwinan yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini dirancang secara mengejut tetapi beliau yakin perkara baik seperti ini pasti akan dipermudahkan olehNya.
“Perkahwinan sebelum ini tidaklah begitu gementar. Mungkin kerana saya merasakan bahawa perkahwinan kali ini adalah yang terbaik buat diri saya. Lagipun sudah lima tahun saya bercerai. Saya tahu bergelar isteri adalah satu tanggungjawab yang besar dan saya sudah bersedia untuk semua itu. Apa yang penting, kami berdua dapat terima diri masing-masing”
“Saya tidak pernah komen apa-apa mengenai perkahwinan saya sebelum ini dan saya rasa tidak perlu untuk saya ulas. Semua pasangan ada masalah dan kadang-kadang, dari luar kita nampak hubungan pasangan itu utuh dan cantik, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka sedang hadapi,” katanya kepada Utusan Online berhubung dengan perkara tersebut.
Seperti Ana, bakal suaminya juga pernah melayari perkahwinan dan melalui krisis perceraian beberapa kali bersama wanita yang sama. Dengan itu masing-masing lebih bersikap memahami dan tidak mahu mengungkit kisah terdahulu sebaliknya beliau dan bakal suami ingin membina rumah tangga yang lebih baik dan bahagia berbanding sebelum ini.
Terdahulu, Ana sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz Redzuan pada November tahun 2012. Selepas 11 bulan melayari bahtera perkahwinan mereka akhirnya berpisah. Tidak mendedahkan punca perceraian mereka, namun merasakan tiada persefahaman lagi diantara mereka selepas wujud permasalahan sejak tiga bulan perkahwinan. (rkty/w)
Bakal menunaikan haji bersama ibu bapanya tidak lama lagi, Neelofa tidak menafikan bahawa antara perkara yang mahu dipohonnya di tanah suci Mekah nanti adalah mengenai jodohnya.
"Sesiapa sahaja yang berpeluang ke sana mengerjakan haji, pasti pelbagai niat dipasang. Jodoh salah satunya. Rugi kalau saya lepaskan peluang yang sukar untuk kita peroleh, bukan senang’kan?”
"Tapi tidaklah pasal jodoh semata-mata, kita doa untuk kelangsungan hidup. Perniagaan, kesihatan, keluarga dan semua benda kalau boleh kita nak doa dekat sana, tapi yang penting niat untuk beribadah," kongsinya kepada Utusan Online.
Tambah Neelofa, dia juga enggan memikirkan tentang pelbagai kritikan yang dilemparkan kepadanya lebih-lebih lagi apabila gelaran Hajah dimilikinya setelah pulang dari mengerjakan haji nanti.
"Saya rasa itu tidak perlu difikirkan. Sekarang ini pun, banyak yang sudah mengkritik. Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Apa pun yang kita lakukan, pasti ada mata yang memandangnya salah”
"Jadi kenapa saya perlu bazir masa memikirkan tentang itu semua. Saya serah bulat-bulat kepada Allah. Tawakal dan saya tahu, Allah maha pengampun. Siapa kita mahu menghukum sesama manusia," katanya. (rtky/s)
Meluahkan rasa terkilannya kerana kehilangan kereta, Rozita Che Wan ternyata tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan kondominium kediamannya selain menyifatkan ia sebagai sampah.
“Pengurusan kondominium di kediaman saya itu memang tidak boleh diharap dan saya anggap mereka seperti 'sampah'. Saya bayar bil perkhidmatan setiap bulan tetapi keselamatan penghuni tetap tidak terjamin,” jelasnya kepada Harian Metro.
Tambahnya, sehingga kini belum ada perkembangan terbaru tentang kenderaannya itu kerana pihak polis masih menjalankan siasatan. Bagaimanapun dalam masa yang sama Che Ta juga tidak menolak kemungkinan untuk membeli kenderaan baru.
“Saya tak tahulah, tapi peluang untuk kereta itu ditemui semula macam tipis sahaja. Sebelum ini saya dengar orang yang kehilangan kereta, jarang yang berjaya dapatkannya semula”
“Bukan sedikit duit yang perlu dikeluarkan untuk membeli kereta baru. Namun saya tetap kena beli kereta yang besar juga untuk kemudahan ke tempat kerja. Buat masa ini saya belum putuskan untuk membeli kereta jenama apa kerana keselamatan belum tentu terjamin kalau pakai kereta yang mahal sekalipun,” katanya. (rtky/s)
Punca perpisahan diantara pasangan kekasih, Fattah Amin dan Sherry Ibrahim yang tidak diketahui membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenainya sehingga timbul pelbagai spekulasi. Antaranya adalah dakwaan yang mengatakan bahawa Fattah memutuskan hubungan cinta tersebut kerana namanya yang semakin papular, namun beliau menafikan tuduhan itu.
“Bukan sebab sudah jadi popular saya berpisah dengan dia. Spekulasi yang bertebaran ini tidak benar, mustahil saya sudah popular dan mahu berpisah dengan orang yang kita sayang. Saya harap sangat mereka di luar sana tidak meneruskan anggapan ini. Sebelum berpisah beberapa bulan lalu kami memang ada berbincang, tetapi menemui jalan buntu dan berpisah saja”
"Bagi saya penting untuk kami berdua simpan sahaja sebab sebenar kenapa kami berpisah. Sebab puncanya terlalu peribadi dan biarlah kami sahaja yang tahu. Sekarang ini saya tidak bermusuh dengan Sherry bagi saya dia masih seorang kawan. Saya berpisah dengan dia cara baik, malah kami tidak ada masalah besar pun,” katanya kepada Utusan Online mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Fattah juga turut meluahkan keinginannya untuk mendirikan rumah tangga suatu hari nanti, dan baginya kecewa dalam percintaan terdahulu tidak membuatkan beliau trauma untuk kembali bercinta. Namun katanya, buat masa sekarang masih belum ada sesiapa yang istimewa bertakhta di hatinya dek kerana terlalu sibuk dengan urusan kerjaya yang padat.(rkty/w)
Pada masa kini ramai yang mula melihat bidang perniagaan sebagai punca untuk mencari pendapatan sampingan namun masih ramai juga yang tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Jangan risau, kini peluang perniagaan menarik menanti anda!
Sebuah jenama yang juga mendapat kerjasama daripada D’Herbs iaitu DUKE sedang mencari stokis dan ejen bagi pelbagai produk kesihatan mereka. Malah Datuk Ustaz Kazim Elias selaku duta produk kesihatan ini sendiri juga mengamalkannya dan menjadi rahsia beliau kekal cergas.
1) MADU INTISYAM
Madu merupakan bahan semulajadi yang mengandungi kandungan nutrisi yang sangat tinggi. Madu yang berkualiti tinggi dipilih untuk menghasilkan Madu Intisyam yang dapat membantu mengembalikan kekuatan tubuh. Selain menambah kelazatan pada makanan, Madu Intisyam juga cepat menyerap dan tidak menganggu selaput dinding pada sistem penghadaman.
2) KISMIS INSTISYAM
Selain itu, DUKE juga memperkenalkan Kismis Intisyam yang terkenal dengan kebaikannya untuk membantu menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda selain mencerahkan penglihatan. Kismis yang diimport dari Timur Tengah ini diperkaya dengan vitamin A,B, dan C.
3) MINUMAN INTISYAM
Minuman lazat yang diperbuat daripada campuran bahan-bahan berkhasiat seperti Madu, Zaffarab, Habbatussawda dan Gingko Bilona, Air Minuman Intisyam dapat membantu mencedaskan minda, menambahkan tenaga anda. Minuman ini juga mempunyai rasa manis semulajadi stevia yang tidak memudaratkan kesihatan.
4) JUS INTISYAM
Bukan itu sahaja, DUKE juga mempunyai minuman botani yang dihasilkan daripada khasiat campuran buah durian belanda serta gabungan herba traditional. Jus Intisyam ini sesuai diamalkan oleh setiap peringkat umur kerana ia mampu memperkukuhkan sistem antibodi dan membantu mencegah penyakit. Amalkan setiap hari untuk merasai sendiri keberkesanannya.
Bukan sahaja berkhasiat malah semua produk ini juga boleh dimiliki dengan harga mampu milik. Keuntungan perniagaan yang diperolehi pula disumbangkan kepada Pusat Pendidikan Al-Barakah, jadi sambil membeli atau berniaga bolehlah kita beramal sekali menerusi produk DUKE ini.
Jadi tunggu apa lagi, bagi yang berminat ingin menjadi stokis atau ejen jualan DUKE, boleh hubungi Hafiz (016 8449890), Syima (012 2399987) atau Hamzie (011 12252288) untuk sebarang pertanyaan bagaimana mahu menjadi salah seorang stokis dan agen kepada produk terbaik ini.
Terkejut kerana dikatakan sudah berkahwin dengan kerabat Pahang, penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa tampil menafikan dakwaan berkenaan. Selain itu beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut disamping bimbang dengan tanggapan negatif yang akan diterimanya kesan daripada cerita tidak benar ini.
“Sebaik membaca artikel yang dikirimkan seorang teman, saya terkejut kerana cara penyampaiannya seolah-olah ada saksi di tempat kejadian, walhal perkara itu tidak benar. Saya tidak marah, tetapi kecewa kerana cerita itu seperti mengesahkan saya berkahwin, kalau gosip, tulislah seperti gosip. Saya berharap orang tidak cepat membuat tanggapan negatif”
“Ramai teman saya di Malaysia termasuk kerabat negeri itu sendiri tidak percaya dengan gosip itu. Mujurlah keluarga saya tidak tahu cerita ini. Apa yang penting, kekasih saya juga tidak percaya cerita itu. Jikalau ada foto yang menunjukkan hal terbabit, tolong kongsikan. Tetapi, jika tiada bukti, tidak elok ditulis,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.
Terdahulu, Rossa sekali lagi dihimpit kontroversi apabila didakwa sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan kerabat Malaysia. Namun sekali lagi beliau menafikannya dengan menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin itu hanyalah sebagai kenalan baik sahaja sebagaimana beliau sering menerima undangan ke istana untuk membuat persembahan nyanyian. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Live Streaming Siaran Langsung Final Badminton Bergu Campuran Olimpik Rio 2016. Pasti ramai yang menantikan detik berlangsungnya perlawanan akhir atau final penentuan pingat emas dan perak acara badminton Bergu Campuran Sukan Olimpik Rio 2016. Perlawanan ini akan berlangsung pada 17 Ogos ( waktu Rio ) lebih kurang lewat tengah malam waktu Malaysia ( 18/8 ). Impian ...
You are subscribed to email updates from Info Semasa. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Satu laporan polis dibuat terhadap seorang wakil rakyat Umno kerana merujuk Malaysia Offcial 1 sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Anina Saadudin, bekas pemimpin Umno yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), membuat laporan terhadap anggota parlimen Langkawi Nawawi Ahmad hari ini.
Menulis di Facebook, beliau berkata laporan itu dibuat dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.
"Saya telah memohon agar pihak PDRM mengambil tindakan menyiasat pernyataan ini bagi memastikan institusi diraja yang merupakan institusi perlembagaan yang luhur terus dipandang tinggi oleh rakyat jelata," katanya.
Nawawi dalam tulisan di Facebook berkata berdasarkan perlembagaan, Agong ialah MO1 yang bertanggungjawab terhadap kerajaan.
Selepas empat jam, beliau kemudian menyuntingnya dengan menulis MO1 bukan perdana menteri.
Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap dalam konteks saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat, tetapi daripada segi perlembagaan.
Malaysiakini telah menghubungi Nawawi untuk mendapatkan penjelasan berkaitan tulisan itu dan mengapa suntingan susulan dibuat.
MO1, menurut DOJ adalah seorang pegawai awam kanan yang didakwanya menerima AS$ 731 juta dana yang disalurkan dari 1MDB dan mempunyai pertalian dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata hanya orang bodoh tidak tahu siapa MO1, manakala pembangkang menuding jari kepada Najib.
Najib menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam dan mendakwa tuduhan seperti itu sebahagian komplot menjatuhkannya.
Polis memberi 'lampu hijau' atau kebenaran kepada pihak penganjur #TangkapMalaysianOfficial1 untuk meneruskan perhimpunan pada 27 Ogos ini.
Bagaimanapun, jurucakap kumpulan itu, Anis Syafiqah Mohd Yusuf memberitahu Malaysiakini, mereka diarahkan untuk mendapatkan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
Jelas beliau, keputusan tersebut dicapai dalam pertemuan bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah dan dua pegawai DBKL. awal petang ini.
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh polis dan juga telah mengemukakan surat kepada DBKL bagi meminta kelulusan untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada 27 Ogos.
"Dalam pertemuan itu, para pegawai DBKL meminta kami menghantar surat rasmi kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan selepas itu kami terus berjalan ke pejabatnya," kata Anis Syafiqah.
Ujarnya, surat itu diterima oleh Penolong Datuk Bandar dan diberitahu bahawa beliau akan meneliti permohonan itu hari ini juga.
"Dalam mesyuarat itu, polis juga memberitahu 'buat masa ini, kamu semua (penganjur) baik-baik saja tetapi jika apa-apa berlaku, kami perlu maklumkan ibu bapa dan universiti (apa-apa kesalahan) anda," tambahnya.
Tambahnya, mereka telah dipanggil untuk mengadakan perjumpaan rasmi di Balai Polis Dang Wangi, hari ini.
Ditanya sama ada mereka masih akan berkumpul di Dataran Merdeka jika DBKL tidak memberikan kelulusan, tegasnya, pihak penganjur mematuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Semalam aku berjumpa dengan sekumpulan Ahli Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Bola Bandar Tun Razak. Ada lebih kurang 6 orang yang datang berjumpa aku menerangkan status Padang Bola Bandar Tun Razak yang bakal lenyap dek kerakusan pimpinan Melayu Umno.
Sebahagian besar ahli Jawatankuasa yang datang jumpa aku tu adalah ahli Umno Bandar Tun Razak, ada juga ahli KeADILan dan juga AMANAH Bandar Tun Razak.
Mula sekali aku tanya, Umno Bahagian Bandar Tun Razak tak ambil tahu ke isu ni?? Jawapannya tak la mengejutkan kerana aku dah agak dari awal. Apa jawapannya?? Jawapannya projek pengambilan Padang Bola ini ada kaitan dengan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak. Ketua Umno Bahagian juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Penasihat DBKL. Hmmmmm melayu.
Faktanya.
Padang Bola Bandar Tun Razak terletak di tengah-tengah laluan antara Kg Congo (Bandar Tun Razak) dengan Flat Sri Labuan di Jalan Budiman Bandar Tun Razak. Padang Bola tersebut hakmiliknya terletak di bawah Ketua Setiausaha Negara melalui Warta Kerajaan di bawah Kanun Tanah Negara. Warta Kerajaan bernombor P.U (B) 344/2005 mewartakan tanah tersebut bagi tujuan tanah lapang dan padang bola bagi kegunaan awam.
Pada tahun lepas suatu minit mesyuarat arahan YB Menteri Wilayah Persekutuan telah mengarahkan Jabatan Perancang Bandar DBKL meminta Jabatan Pengurusan Harta DBKL memohon kepada Pejabat Tanah & Galian Wilayah untuk membatalkan Warta P.U (B) 344/2005 atas alasan untuk membangunkan tanah tersebut bagi projek perumahan mampu milik yang kononnya untuk penempatan semula penduduk Flat Sri Labuan.
Tetapi maklumat yang diperolehi menunjukkan pembangunan padang tersebut ialah berupa projek kondominum dan/atau apartment.
Surat permohonan pembatalan warta daripada DBKL jelas menyatakan bahawa apabila warta dibatalkan, tanah tersebut akan dijual kepada sebuah pemaju yang akan memajukan tanah tersebut.
Jawatankuasa Bertindak telah menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Datuk Bandar tetapi tiada layanan.
DBKL dalam masa yang sama telah menyatakan bahawa padang tersebut akan diganti dengan sebuah padang baru yang lebih baik dan padan tersebut juga telah dengan hebatnya dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada 24/05/2016.
Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Wilayah Persekutuan berkata ""Ini adalah satu lagi inisiatif daripada Umno Bahagian Bandar Tun Razak yang mahu memastikan penduduk di sekitar kawasan ini mendapat semula padang bola sepak baharu bagi kemudahan semua. Penduduk di kawasan ini boleh menggunakan fasiliti ini secaran percuma tanpa bayaran di siang hari, namun jika digunakan di sebelah malam mereka perlu membayarnya kerana ia melibatkan kos elektrik bagi lampu limpah".
Apa yang mengejutkan ialah padang baru tersebut juga adalah sebuah padang di bawah hakmilik Ketua Setiausaha Negara melalui Warta No. P.U (B) 82/2007 yang bertujuan untuk kawasan lapang dan rekreasi. Padang ini telah dibangunkan kononnya atas tanggungjawab sosial korporat pemaju Sinerjuta Sdn. Bhd yang juga merupakan pemaju yang akan memajukan padang lama.
Bagaimana pemaju tersebut boleh memajukan tanah yang di bawah milik Ketua Setiausaha Negara melalui warta yang secara spesifiknya untuk kawasan lapang dan rekreasi sebagai sebuah mini stadium?
Isunya sekarang ialah :
a) Bagaimana Menteri boleh mengarahkan DBKL memohon untuk membatalkan Warta P.U (B) 344/2005 untuk menjual tanah tersebut kepada pemaju?
b) Bagaimana Pemaju boleh masuk memajukan tanah rizab di bawah Warta P.U.(B) 82/2007 sebagai sebuah stadium mini?
c) Bagaimana Jabatan Perancang Bandar DBKL membuat penilaian membenarkan pembangunan kondominium di atas padang bola Bandar Tun Razak?
d) Adakah suatu penilaian telah dilakukan oleh DBKL mengenalpasti persekitaran kawasan untuk pembangunan kondominium?
e) Jika pembangunan kondominium dibenarkan, kesesakan lalu lintas sedia ada di kawasan tersebut akan bertambah buruk malah pelbagai masalah sosial lain akan wujud kerana pertambahan kepadatan penduduk.
f) Apa hubungan pemaju dengan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan?
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan tindakan wakil bagi pihak rakyat Malaysia ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi pelanggaran kewajipan fidusiari.
Beliau menuntut Najib memulangkan AS$731 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya kepada kerajaan.
Zaid juga menuntut supaya wang RM42 juta, yang menurut Najib diterima daripada anak syarikat dana berdaulat negara, 1MDB - SRC International Sdn Bhd - juga dikembalikan kepada kerajaan dan 1MDB.
Beliau menamakan Najib, 1MDB, kerajaan dan anak tiri Najib, Riza Aziz dalam saman itu.
Zaid memfailkan tindakan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Wang AS$731 juta itu termasuk AS$681 juta yang dilaporkan berada di akaun Ambank peribadi milik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 pada Mac 2013.
Manakala bakinya, AS$20 juta pula didakwa diterima daripada Good Star Ltd antara Februari dan Jun 2011, dan AS$30 juta lagi didakwa diterima daripada Aabar BVI antara bulan Oktober dan November 2012.
Di sebalik kejayaannya meraih pingat gangsa di persada Olimpik Rio de Janeiro, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang menyimpan rasa terkilan terhadap kerajaan Terengganu.
Dalam tulisan penghargaan di Facebooknya hari ini, raja keirin Asia itu meluahkan rasa 'terima kasih' khas kepada menteri besar Terengganu, Ahmad Razif.
"Saya dan Fatehah (Mustapa) masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun MB (menteri besar) tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah, dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat dunia dan Olimpik ini.
"Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal 'RoadBike' untuk kegunaan kami dalam persiapan sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal (cadangan) lebih kurang setahun sebelum Olimpik Rio," ujarnya.
Terdahulu, Azizul meraih gangsa dalam saingan akhir kategori keirin di Veledrom Olimpik, awal pagi tadi.
Aziziul juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana tidak memberikan maklum balas dan membisu apabila pengurusnya menghubungi pejabat menteri besar itu.
"Untuk pengetahuan MB, saya dan Fatehah atlet bertaraf dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara.
"Diharap MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang positif dan diharap semua ini akan membuka mata MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan.
"Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Boh," katanya dalam tulisan panjang lebar itu.
Tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad yang mengaitkan Yang Dipertuan Agong sebagai Malaysian Official 1 dalam tulisan di laman Facebooknya adalah suatu perbuatan yang jelas dan terang sebagai menghina kedudukan dan keperibadian DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Sama ada tulisannya itu sebagai rujukan umum atau merujuk kepada saman Jabatan Kehakiman AS, Nawawi sebagai Ahli Parlimen tentunya sedar bahawa Malaysian Official 1 yang ditanyakan kepadanya adalah merujuk kepada individu yang berkuasa dalam 1MDB, menerima AS$731 juta dalam akaun peribadinya serta mempunyai hubungan persaudaraan dengan Riza Aziz, anak Rosmah Mansor daripada suami terdahulunya.
Meskipun beliau kemudian meminda tulisannya, yang membuktikan beliau sedar akan kesalahannya, tulisan asalnya sudah pun tersebar luas di media sosial dan ia sekaligus telah mencemar nama baik dan kedudukan Yang Dipertuan Agong.
Apakah dalam percubaannya mahu mempertahankan Najib Razak, Nawawi begitu buta untuk mentafsirkan siapakah sebenarnya Malaysian Official 1 dan cuba mengalihkan sasaran kepada Yang Dipertuan Agong?
Adakah Nawawi sebenarnya cuba mengajak orangramai untuk mempercayai bahawa Yang Dipertuan Agong terlibat dalam membuat keputusan berkaitan 1MDB dan juga sebagai pihak yang disangsikan menerima wang sebanyak AS$731 juta itu?
Dalam hal ini, mana-mana NGO atau pertubuhan harus segera tampil membuat laporan polis terhadap Nawawi kerana tulisannya yang bersifat tidak wajar dan menghina itu. (SH 17/08/2016).
Misteri mengenai siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1MDB menjadi semakin kalut dengan kenyataan wakil rakyat Umno, Datuk Nawawi Ahmad.
Dalam tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.
"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.
"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.
Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."
Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.
Malaysiakini telah menghubungi Nawawi untuk mendapatkan penjelasan mengapa dirinya menyunting tulisan asalnya itu.
MO1, menurut DOJ adalah seorang pegawai awam kanan yang didakwanya menerima AS$ 731 juta dana yang disalurkan dari 1MDB.
DOJ juga berkata MO1 mempunyai pertalian dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa hanya orang bodoh tidak tahu siapa itu MO1, manakala pembangkang menuding jari kepada Najib.
Najib, bagaimanapun, menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam, dan mendakwa tuduhan seperti itu adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkannya.
Isu penghinaan MP Langkawi terhadap Yang Di-Pertuan Agong
Kami, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah mewakili pihak pembangkang, amat terkejut dengan dakwaan Ahli Parlimen Langkawi, YB Dato' Ir Nawawi Ahmad di laman Facebook miliknya bahawa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) adalah sebenarnya Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, dan bukannya Dato' Seri Najib Tun Razak.
Beliau telah membuat kesimpulan ini kononnya setelah mentafsir Perlembagaan Persekutuan.
Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggung jawab, tidak rasional sama sekali, dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak Kedah yang bergelar "Yang Berhormat Ahli Parlimen". Tidak ada seorang pun Rakyat Malaysia yang mempercayai dakwaan yang tidak lojik itu.
Kami dengan tegas menuntut agar Nawawi segera insaf dan memohon sembah keampunan daripada Yang DiPertuan Agong atas tuduhan itu kerana ianya telah mencemar nama baik Kebawah Duli Tuanku dengan mengaitkan Baginda dengan skandal mega 1MDB seperti yang diumum oleh pihak DOJ.
Selain itu, kami mendesak agar Nawawi juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah berusaha untuk menipu Rakyat bahawa kononnya Najib Razak bukannya MO1 yang dimaksudkan oleh DOJ. Segala butiran serta sifat-sifat yang dikaitkan dengan MO1 seperti yang disenaraikan oleh DOJ mengukuhkan dakwaan bahawa Najib Razak adalah MO1. Tiada putar belit konco-konco dan jentera propaganda Najib, termasuk kenyataan Nawawi tersebut, boleh meyakinkan Rakyat bahawa Najib bukan MO1 yang dimaksudkan.
Kami mendesak agar Najib Razak menghentikan semua penipuan yang menjelekkan, segera undur sebagai Perdana Menteri, sekaligus menamatkan kemelut dan krisis yang membelenggu negara.
KUALA LUMPUR - Jerebu kembali melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan hari ini berikutan titik panas terus meningkat di Indonesia.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keadaan itu dipengaruhi jerebu merentas sempadan berikutan kebakaran tanah dan hutan di Sumatera tengah yang dibawa angin Monsun Barat Daya.
Berdasarkan laporan Asean Specialised Meteorological Centre yang berpusat di Singapura semalam, bilangan titik panas yang dikesan di Indonesia terus meningkat sejak beberapa hari lalu, katanya.
"Melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration 19, sebanyak 48 titik panas dikesan di Sumatera dan 49 di Kalimantan," Wan Junaidi berkata dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan keadaan di Lembah Klang yang dilaporkan berjerebu dan berasap sejak tengah hari.
Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar memantau rapi status dan trend kualiti udara setiap jam berikutan masih terdapat titik-titik panas di Sumatera dan Kalimantan.
"Keadaan itu boleh menyebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan berterusan ke pantai barat Semenanjung Malaysia dan ke Sarawak," katanya.
Selain itu, Wan Junaidi berkata, tiga titik panas dikesan dalam negara iaitu di Pahang (1) dan Sarawak (2) dan akan disiasat serta diambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.
"Semua pihak diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja," katanya.
Menurut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan, kata Wan Junaidi.
Beliau meminta orang ramai bekerjasama untuk memadam kebakaran kecil dan juga melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727.
Setakat pukul 2 petang hari ini, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan Indeks Pencemaran Udara 79 dan 67, manakala Cheras merekodkan bacaan IPU 58.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, bahaya. – Bernama
PENDEDAHAN SKANDAL 1MDB-DUSABLE DAN 260 EKAR TANAH KUALA KETIL, KEDAH - Dato' Seri Mukhriz Mahathir, di Sidang DUN Kedah 15 Ogos 2016.
1. Pada 11 April 2014, 1MDB dan DuSable, firma permodalan tenaga yang ditubuhkan pada tahun 2013 diketuai oleh Frank White Jr., penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah memeterai perjanjian usahasama bagi membangunkan projek tenaga solar sebanyak 50MW di Malaysia.
1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51% di dalam perjanjian usahasama tersebut manakala Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan DuSable memiliki 49%.
2. Pada satu hari tahun 2014, saya yang selama itu hanya berkomunikasi melalui SMS dan tidak pernah terima panggilan dari Dato' Seri Najib terperanjat menerima panggilan dari beliau yang menyuruh saya mencari sebidang tanah seluas 300 ekar bagi tujuan 'Green Initiative' yang dipelopori President Barrack Obama.
Menyusul dari panggilan itu, wakil 1MDB telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambil-alihan tanah di Kuala Ketil, Kedah bagi pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit. Tanah tersebut terletak di belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah pertanian kelapa sawit.
3. Pada 18 Mac 2014, 1MDB telah menerima Surat Penganugerahan ('Letter of Award') daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membangunkan loji janakuasa solar dengan kapasiti sehingga 500MW.
4. Pada 12 April 2014, 1MDB menerusi anak syarikatnya 1MDB Solar telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga ('Power Purchase Agreement'- PPA) secara urusniaga terus ('direct deal') dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 25 tahun untuk pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti 50MW di tanah yang dibeli di Kuala Ketil, Kedah. 1MDB juga akan mengenakan tarif elektrik pada kadar 40 sen/kWj dan 46 sen/kWj menurut perjanjian tersebut.
5. Pada 2 Oktober 2014, 1MDB telah membeli kesemua 49% kepentingan yang dimiliki oleh Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh DuSable dengan bayaran AS$69 juta.
6. Pembelian kepentingan tersebut kononnya sebahagian daripada pelan Tawaran Awam Permulaan ('Initial Public Offering' - IPO) untuk Edra Global Energy Berhad (Edra) yang bakal dilaksanakan oleh 1MDB dan memudahkan 1MDB dan Edra mendapat hak 100% untuk menjalankan projek solar tersebut.
Nama 1MDB Solar ditukar kepada Edra Solar dan segala kepentingan projek tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah diletakkan di bawah Edra.
7. Pada Februari 2016, 1MDB telah menjual Edra dan kesemua aset tenaga dan anak syarikatnya termasuk Edra Solar yang mempunyai kepentingan dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah kepada syarikat gergasi tenaga dari China iaitu China General Nuclear Power Corp. (CGN) dan anak syarikatnya CGN Group dengan nilai RM9.83 billion.
Skandal 1MDB-DuSable
1. Kaitan Barrack Obama dalam Isu Tanah Kuala Ketil dan Transaksi 1MDB-DuSable
Transaksi di atas menunjukan jejak bukti bahawa Najib Razak melalui 1MDB sendiri telah bekerjasama dengan DuSable, sebuah firma permodalan tenaga yang ada kaitan secara langsung dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Seorang tokoh yang dilabelkan para pemimpin UMNO sebagai Pembunuh ummat Islam di Iraq tetapi pernah berselfie dan bermain golf dengan Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Ini sekali gus mengesahkan bahawa kes DOJ ke atas Riza Aziz (anak tiri Najib), Jho Low dan Malaysian Official 1 (MO1) adalah kes sivil yang mempunyai jejak bukti jelas wujudnya salahlaku jenayah rasuah para pemimpin dan jenayah penggubahan wang haram.
Ia juga menempelak tuduhan wujudnya campurtangan kuasa asing bagi menjatuhkan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia seperti didakwa oleh para pemimpin UMNO baru-baru ini.
2. Status pemilikan tanah di Kuala Ketil, Kedah
Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapakah pemilik tanah di Kuala Ketil, Kedah sebanyak 260 ekar tersebut. Adakah tanah tersebut telah jatuh ke tangan firma asing dari China ini (CGN)?
3. Status pembayaran pembelian tanah oleh 1MDB kepada BDB
Sehingga kini BDB masih belum menerima bayaran daripada 1MDB setelah 1MDB membeli tanah di Kuala Ketil tersebut. Hanya bayaran deposit sebanyak RM3.5 juta sahaja yang telah dibayar oleh 1MDB kepada BDB.
4. Laporan PAC tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah
Dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada halaman ke-98 kolum terakhir telah mendapati terdapat percanggahan antara keputusan Lembaga Pengarah Pemegang Saham dalam 1MDB dan tindakan pihak pengurusan 1MDB itu sendiri tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah.
Pada 24 Mac 2015, melalui satu Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan sebanyak RM33.40 juta sebagai bayaran kepada BDB untuk pembelian tanah seluas 260 ekar di Kuala Ketil, Kedah untuk pembangunan projek perintis tenaga solar dengan kapasiti 50MW.
Namun pihak pengurusan 1MDB telah menetapkan bayaran sebanyak RM65 juta untuk perjanjian jual beli tanah tersebut pada 27 Ogos 2015.
PAC juga gagal menemui sebarang dokumen yang menunjukkan mengapa terdapat perbezaan harga perolehan berjumlah RM31.50 juta yang telah diluluskanoleh Lembaga Pengarah 1MDB.
Persoalannya, sekiranya 1MDB menyatakan mereka telahmembayar RM65 juta kepada BDB, mengapa sehingga sekarang BDB masih belum menerima wang tersebut? Ke mana wang tersebut pergi? Kepada siapa sebenarnya 1MDB bayar wang tersebut?
5. Laporan PAC tentang urusniaga 1MDB dan DuSable
Dalam laporan PAC pada halaman 64, terdapat percanggahan antara amaun yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh DuSable.
Menurut laporan PAC tersebut, 1MDB telah membayar sebanyak AS$95 juta kepada DuSable untuk pembelian kesemua 49% kepentingan Dana Ekuiti Persendirian Yurus dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah.
Tetapi dalam kenyataan media bertarikh 11 November 2015 oleh 1MDB dan DuSable telah menyatakan 1MDB telah membayar AS$69 juta kepada DuSable untuk pembelian semua kepentingan tersebut selepas 6 bulan perjanjian usahasama itu dilakukan.
Mengapa terdapat perbezaan sebanyak AS$26 juta dalam urusniaga tersebut? Ke mana wang itu sebenarnya pergi? Adakah DuSable sedar tentang nilai sebenar urusniaga tersebut? Adakah firma tenaga yang diketuai oleh penasihat Obama ini turut menjadi mangsa skandal 1MDB?
Kesimpulan
Kos AS$95 juta yang telah dilaburkan 1MDB adalah terlalu mahal dan sepatutnya dengan dana tersebut, pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti lebih tinggi daripada 50MW telah dilaksanakan.
Bayaran sebanyak AS$69 juta yang kepada DuSable juga tidak wajar kerana tiada sebarang projek solar dilaksanakan oleh 1MDB di atas tanah tersebut dan pembayaran tersebut dilakukan hanya selepas 6 bulan 1MDB dan DuSable menandatangani perjanjian usahasama projek solar tersebut.
Semakan mendapati tiada sebarang pembinaan dilakukan di atas tanah tersebut dan status pemilikan tanah tersebut juga masih samar. Bayaran kepada pemilik tanah sebelumnya iaitu BDB juga tidak dilakukan.
Kerajaan Negeri Kedah yang mentadbir sekarang juga seolah-olah memandang enteng perkara ini dan tidak melakukan sesuatu untuk mendapatkan kembali hak negeri ini khasnya dan hak rakyat Kedah amnya.
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru tokoh-tokoh penting negara bangkit bersuara terhadap isu penyelewengan paling besar melibatkan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kedudukan tinggi yang dimiliki para cendekiawan, budayawan, karyawan, seniman, ahli akademik, agamawan dan ahli politik di negara ini perlu dimanfaat sebagai pembela kepada perjuangan rakyat dan negara.
"Saya yakin, tokoh-tokoh seperti bekas Ketua Turus Tentera, bekas Ketua Polis Negara, bekas Peguam Negara dan hakim-hakim, bekas Ketua Setiausaha Negara dan bekas kakitangan tinggi kerajaan yang lain telah berkhidmat dengan penuh integriti dan menamatkan karier mereka dengan moral yang sangat tinggi.
"Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut menyuarakan keyakinan yang rakyat akan terus menyanjung mereka di atas jasa kepada rakyat dan negara.
Oleh itu, kata Salahuddin lagi, adalah wajar untuk mereka mewujudkan satu gelombang baharu dalam kelompok mereka sendiri yang pastinya akan dapat memberi kesan besar kepada kesedaran rakyat dalam mempertahankan maruah negara ini.
"Meskipun mungkin mempunyai pandangan politik berbeza, saya yakin, kita semua dapat bersatu dalam usaha menentang penyelewengan yang tiada tara ketika ini," ujarnya lagi.
SIK - Pejabat Zakat Cawangan Sik meluluskan permohonan Bantuan Awal Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada Noor Hidayah Abdullah, 20, iaitu bakal penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) setelah kisahnya menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp beberapa hari lalu.
Menerusi viral tersebut, Noor Hidayah Abdullah dikehendaki mendaftar di UPSI pada 29 Ogos ini, namun faktor kemiskinan dan masalah kewangan menghalang niat untuk menyambung pengajian.
Pengurus Pejabat Zakat Cawangan Sik , Mohd Khairul Nizam Abd Aziz berkata, bantuan awal IPT bagi membantu pelajar itu telah diluluskan oleh pihaknya.
Menurutnya, bantuan berjumlah RM 1,500 akan dikreditkan ke akaun pelajar tersebut.
"Sebelum kisahnya itu menjadi viral, pelajar itu ada datang ke pejabat zakat dan bantuan sememangnya akan diberikan," katanya ketika dihubungi , semalam.
Mohd Khairul Nizam berkata, pejabat zakat tidak akan sesekali mengabaikan pelajar yang memerlukan dan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.
"Setiap permohonan yang cukup syarat akan menerima bantuan. Bantuan yang disediakan adalah dari peringkat sijil, diploma, ijazah, ijazah sarjana muda dan ijazah kedoktoran.
" Orang ramai boleh akses borang permohonan dari laman web di http/www.zakatkedah.com ," katanya.
Dalam pada itu, nasib seorang lagi pelajar kurang berkemampuan turut mendapat perhatian Pejabat Zakat Cawangan Sik.
Nor Azila Osman ,20, ketiadaan ibu bapa dan kini dijaga abangnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dilaporkan turut mengalami masalah kesempitan wang untuk yuran pendaftaran bagi kemasukan hujung Ogos ini.
Beliau berkata, pelajar berkenaan akan diberikan bantuan penuh memandangkan keluarganya kurang berkemampuan.
"Ini adalah kes istimewa dan pelajar ini akan serahkan sendiri surat waran ini kepada pihak universiti.
"Pihak universiti akan membuat tuntutan yuran kepada Lembaga Zakat Kedah tidak melebihi RM 2,500," katanya.
Tambahnya, mana-mana pelajar yang tidak mampu membayar yuran boleh hubungi pejabat zakat terdekat di mana skim bantuan untuk pelajar yang memerlukan bantuan disediakan kepada yang memerlukan.
PUTRAJAYA - Mereka yang bermain permainan maya Pokemon Go di kawasan larangan dianggap menceroboh dan boleh dikenakan tindakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata sekalipun Malaysia tidak mempunyai undang-undang untuk menyekat permainan maya itu, namun polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya mendapat laporan berkaitan pencerobohan.
"Memang ia hanya permainan tetapi saya hendak ingatkan bahawa semua balai polis dan kawasannya adalah kawasan larangan, itu ada undang-undang jadi sesiapa yang menceroboh kawasan larangan boleh diambil tindakan.
"Saya juga hendak nasihatkan mereka yang gila sangat cari Pokemon ini supaya jangan langgar undang-undang yang lain termasuk menceroboh rumah orang dan memandu sambil bermain permainan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Beliau turut memberi amaran kepada pegawai dan anggota polis untuk tidak bermain permainan itu atau mana-mana permainan maya lain ketika bertugas dan jika didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan.
Dalam pada itu, Khalid berkata Polis Diraja Malaysia bakal melancarkan aplikasi baharu telefon pintar dikenali 'Volunteer Smartphone' dalam masa terdekat bagi memudahkan orang ramai membuat aduan bergambar atau video mengenai kejadian jenayah kepada pihak polis.
"Aplikasi itu kini dalam proses dibangunkan dan dipertingkatkan kandungannya, bila ia sudah siap, kita akan umumkan," katanya yang menjangkakan sebanyak lima atau enam juta pengguna akan menggunakan aplikasi berkenaan yang dinaik taraf daripada program Rakan Cop.
Menerusi aplikasi itu, Khalid berkata ia membolehkan orang ramai menghantar terus gambar atau video kepada polis sekiranya terlihat kejadian jenayah yang berlaku di hadapan mata mereka.
"Usaha ini secara tidak langsung memudahkan polis mengumpul maklumat risikan, memberi maklum balas terhadap jenayah yang berlaku dengan lebih cepat dan menjadikan masyarakat sebagai mata serta telinga kepada polis," katanya. – Bernama
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sejak minggu lepas lagi, hangat sungguh dengan gosip penyanyi Indonesia, Datuk Rossa yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang. Rossa yang terkejut membaca berita berkenaan telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan sekaligus menafikan khabar angin berkenaan.
Sebaik saja membaca artikel yang dikirimkan seorang teman, memang saya terkejut kerana cara penyampaiannya seolah-olah ada saksi di tempat kejadian, walhal perkara itu tidak benar. Saya tidak marah, tetapi kecewa kerana artikel itu seperti mengesahkan saya sudah berkahwin. Kalau gosip, tulislah seperti gosip.
Alhamdulillah, ramai teman saya di Malaysia termasuk kerabat negeri itu sendiri tidak percaya dengan gosip berkenaan. Mujurlah juga keluarga saya tidak mengetahui mengenainya. Apa yang penting, kekasih saya juga tidak percaya akan cerita itu.
Rossa juga dengan tegasnya berkata, jika benar beliau sudah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja, beliau meminta mereka yang membuat dakwaan liar itu untuk tampil dengan bukti bergambar.
Jikalau ada foto yang menunjukkan hal terbabit, tolong kongsikan! Tetapi, jika tiada bukti, tidak elok ditulis sebagai berita kerana saya rasa ia hanya merugikan. Terima kasih dan semoga ada jalan untuk memperbaiki hal yang tidak baik ini.
Menurut Rossa, beliau sama sekali tidak mahu terlibat dalam mana-mana kontroversi dan fokus beliau selama ini adalah terhadap kariernya sahaja. Rossa sebenarnya khuatir jika isu ini membuatkan peminatnya memandang negatif kepada beliau.
Kartunis majalah lawak Gila-Gila, Roslim Jamil baru-baru ini telah tampil membuat dakwaan bahawa karyanya iaitu Zack Kapcai telah diciplak oleh syarikat MiG milik penerbit terkenal David Teo untuk dijadikan sebuah filem yang sudah pun ditayangkan pada 14 Julai lepas.
Roslim yang umum mengetahuinya sebagai Zack Kapcai mengakui merasa terkejut dan terkilan apabila mendengar berita karyanya difilemkan daripada mulut orang lain dan bukannya daripada David Teo sendiri. Roslim menyifatkan tindakan David itu tidak menghormati pemilik asalnya.
Seluruh Malaysia tahu Zack Kapcai hasil karya saya dan sinonim dalam majalah Gila-Gila sejak 1988 lagi. Sampaikan orang tak panggil saya Roslim tapi Zack Kapcai penangan siri kartun itu.
Tetapi, bila ada pihak tiba-tiba angkat tajuk Zack Kapcai dalam sebuah filem sudah tentu saya terkilan dan kecewa seolah-olah hasil karya saya tidak dihormati.
Menurut Presiden Kelab Kartunis Malaysia iaitu Mohd Desa Omar, ia merupakan satu penghinaan kepada kartunis apabila tidak tahu karya mereka difilemkan. Apatah lagi karya Rosli itu cukup dikenali sejak tahun 1988 sehinggalah sekarang.
Buat mereka, David sengaja mempergunakan karya berkenaan semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Jika sesebuah karya kartunis difilemkan pasti suatu penghormatan kepada kartunis itu. Tetapi jika kartunis itu langsung tidak tahu menahu karyanya difilemkan ia bagaikan satu penghinaan.
Zack Kapcai adalah hasil penat lelah Roslim memerah otak untuk menghasilkannya. Ia tersiar sejak 1988dan hingga kini masih disiar dalam majalah Gila-Gila.
Sesuatu yang dikesalkan dalam isu filem ini, penerbit sengaja dengan niat mempergunakan populariti karya Roslim untuk melariskan produk mereka.
Tambah beliau lagi, isu ini dibangkitkan bukan kerana ingin mendapatkan royalti tetapi mereka mahu masyarakat mengetahui isu sebenar dan meminta pihak penerbitan filem berkenaan menghormati hak sesama karyawan.
Sebagai penerbit dia (David Teo) harus berasa malu dengan 'kecurian' sengaja ini. Kartunis biasanya meminta keizinan syarikat filem jika ingin melukis hasil karya filem mereka.
Kalau hendak guna apa-apa bahkan tajuk sekalipun, sepatutnya datang berbincang. Dalam hal ini, mungkin lebih manis jika Roslim dimaklumkan terlebih dulu.
Sejauh mana dakwaan ini tidak kami ketahui tetapi karya Zack Kapcai memang terkenal menerusi majalah Gila-Gila. Apa-apa pun, kita tunggu penjelasan David Teo mengenai isu hangat ini.
Bertempat di Mid Valley Megamall, Ayda Jebat akan membuat kemunculan bersama dengan OPPO F1s untuk menghangatkan lagi suasana, sesi beramah mesra bersama peminat akan berlangsung pada 21 Ogos 2016, pukul 3.00 petang .Selain dari itu, Ayda jugak akan membuat persembahan lagu pencuri hati, jadi korang semua kalau nak tengok ayda masa live, boleh la datang beramai ramai ke mid valley megamall. Roadshow kali pertama OPPO F1s ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada 20 & 21 Ogos 2016.
Jom abang Nara belanja sikit Gamba OPPO F1s ni
Sebelum korang belajar teknik selfie Ayda Jebat, Abang Nara dah tau kenapa selfie ayda selalu menarik. Sebabnya Ayda pakai mode Various Filter . Banyak juga gambar-gambar selfie Ayda yang awesome. Nampak cun melecun, lebih-lebih lagi diambil dengan Oppo F1s. Jom kita tengok gamba selfie Ayda Jebat. Bayangkan dengan kamera depan 16MP di tambah dengan mode various filter ni, memang nampak lagi cun la gamba selfie Ayda Jebat ni.
Aplikasi Various Filters
OPPO F1s tampil dengan penambahbaikan kamera depan 16MP dan enjin 4.0 Beautify. Lihat sahaja selfie Ayda Jebat menggunakan kamere depan OPPO F1s yang mempunyai 16MP dan enjin 4.0 Beautify. Korang nampak kan hasil selfie Ayda Jebat ni, memang cantik lah.
Beautify Level 4.0
Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Oppo F1s hari ini juga. Buat pre-order sekarang!, Kalau rasa nak try dulu sebelum beli, jangan lupa tarikh 20 & 21 Ogos di Midvalley Megamall untuk roadshow OPPO F1s yang pertama. Insya Allah Abang NAra pun akan turun padang. Selamat berselfie!!
Ramai yang hantar mesej tanya bila Oppo F1s ini akan ada di pasaran. Baiklah. Meh sini Abang Nara terangkan. Sekarang ini, untuk menjadi antara pemilik terawal Oppo F1s ini, korang boleh lakukan pre-order terlebih dahulu yang telah bermula 6 Ogos lalu sehinggalah 19 Ogos ini. Harganya cuma RM1,198.00 sahaja. Boleh pre-order sekrang juga.
Benda yang paling best apabila anda mem'pre-oder' Oppo F1s ini adalah peluang untuk artis iaitu Saharul Redzwan, yang akan menghantar telefon tersebut ke pintu rumah anda. Bayangkan tengah lepak-lepak tetiba Saharul Redzwan terpacak depan rumah. Tak ke excited dibuatnya? Boleh terus berselfie dengan Saharul menggunakan Oppo F1s baru korang tue. Kalau korang rasa nak menang hadiah extra masa penghantaran tu, nanti Saharul akan adakan mini game untuk korang menang lebih banyak hadiah dari OPPO. Menarik? Okay Pre-Order sekarang dan berpeluang untuk memenangi bermacam macam hadiah dari OPPO.
Saharul Ridzwan
Ingat, hanya mereka yangPre-Order sahaja yang berpeluang menang hadiah ni (Hanya untuk pelanggan Pre-Order). Tarikh Pre – Order akan tutup pada 19 August 2016.
Sudah tiga tahun mengenali seorang lelaki Australia, pelakon Raja Ilya berharap agar lelaki tersebut dibuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Meskipun mereka berdua tidak pernah membicarakan soal perkahwinan, Ilya akui beliau mempunyai impian agar hubungan mereka dapat berkekalan sehingga akhir hayat.
Namun, menurut Ilya, sekiranya soal agama menjadi penghalang hubungan mereka berdua, beliau sanggup untuk berundur.
Biarpun masih belum memikirkan untuk menoktahkan hubungan itu dengan satu ikatan sah, namun saya tetap berdoa agar suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima agama Islam sebagai agamanya.
Ia adalah cabaran dalam hubungan cinta kami dan andai kata pada akhirnya isu agama yang akan jadi penghalang cinta kami, saya sedia undur.
Walaubagaimanapun, hubungan tersebut sudah diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak tanpa membangkitkan soal agama.
Keluarga dia kuat agama, namun dia juga belajar banyak perkara tentang agama Islam. Buat masa ini keluarga kami tiada masalah tapi belum membincangkan secara mendalam jika hubungan ini akan ke fasa seterusnya.
Ilya juga sempat memberitahu beliau dan kekasih hanya sempat bertemu empat kali sepanjang tempoh tiga tahun hubungan mereka. Untuk mengubati kerinduan terhadap kekasihnya, mereka akan berkomunikasi menerusi panggilan video.
Walaupun kami jarang bertemu tapi hampir setiap hari kami akan berkomunikasi menerusi video skype dan itu sudah cukup membahagiakan.
Percintaan bersama seseorang yang bukan Islam pasti mempunyai cabarannya tersendiri apatah lagi jika berada didalam hubungan jarak jauh. Walaubagaimanapun, setiap perkara ada susun aturnya, biarlah orang yang kita cintai itu benar-benar faham dan belajar tentang Islam terlebih dahulu dan sentiasa mendoakan agar mereka diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam.
Hari ini episod pertama program realiti khas Lara Alana yang bertajuk Lara Oh Lara akan menemui penonton di saluran Astro Ria.
Sebagai bapa, Awal Ashaari akui beliau ada merasa sedikit gementar dengan penerimaan orang ramai terhadap program realiti anaknya itu.
Sebagai pasangan yang baru sahaja bergelar ibu bapa, saya dan isteri rasa gementar menantikan penerimaan orang ramai yang bakal menyaksikan LOL. Program ini memaparkan cara kami mendidik dan membesarkan Lara.
Cara mengasuh anak berbeza. Mungkin ada perkara yang kami buat tidak sama dengan ibu bapa lain. Ada perkara dan cara asuhan sesuai dengan kami, tetapi mungkin juga tidak sesuai dengan orang lain.
Awal juga mengatakan tujuan beliau bersetuju untuk anaknya mempunyai program realiti sendiri adalah kerana ingin berkongsi kehidupan seharian Lara dengan peminatnya.
Ini kerana, peminat Lara setiap hari meminta beliau dan isteri Scha Al-Yahya untuk memuat naik video serta foto Lara ke Instagram meskipun mereka pada waktu itu sibuk. Jadi , ini adalah peluang untuk peminat untuk mengetahui setiap perkara yang Lara lakukan.
Lara Oh Lara yang akan bersiaran selama 13 episod pada setiap Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123, mulai hari ini.
Baru-baru ini, ada khabar angin mengatakan rumah tangga kepada pengasas produk terkenal Qu Puteh, Datuk Seri Vida dan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin sedang bergolak. Gosip itu timbul selepas Fairuz jarang sekali berada di sisi Vida didalam mana-mana acara sejak beberapa bulan ini.
Tidak mahu orang ramai terus membuat andaian mereka sendiri, Vida menerusi portal mStar Online menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan beliau dan suami masih lagi bahagia seperti dulu. Vida akui mungkin isu rumah tangganya itu berbangkit kerana suaminya sibuk dengan kerjayanya sebagai ejen insuran.
Orang kata suami saya tidak perlu bekerja selepas berkahwin dengan saya tetapi dia bukan jenis lelaki yang suka menumpang kesenangan hasil perkahwinan kami.
Walaupun kami sudah berkahwin, dia masih setia dengan kerjaya yang diceburinya sejak 10 tahun lalu. Saya pun tidak halang dia. Kadang kala dia akan jumpa klien kalau saya ada program di Kuala Lumpur.
Umum mengetahui Vida cukup aktif di media sosial terutama sekali di Instagram. Ada yang bertanya mengapa suaminya itu jarang berada didalam foto mahupun video yang dimuat naik oleh Vida di Instagram?
Ini penjelasan Vida :-
Baru-baru ini kami sekeluarga bercuti bersama rakan-rakan di Royal Belum Resort, suami saya ada sekali. Kami ada bergambar bersama cuma dia tak selalu ada dalam video yang saya rakam untuk dikongsi bersama peminat.
Kalau saya ajak bergambar, dia amat sporting tapi dia tak adalah nak sentiasa ada dalam gambar atau video yang saya ambil. Jika kebetulan saya rakam video suami ada pada waktu itu, dia pun akan beri kerjasama. Suami saya memang tahu saya suka selfie dan rakam video untuk tatapan peminat.
Daripada penjelasan Datuk Seri Vida, nampaknya suaminya itu seorang lelaki yang merendah diri dan enggan menumpang hasil isterinya. Biasalah, kerjaya sebagai ejen insuran ini memang sibuk dan tidak menentu masa.
Keputusan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim yang enggan mendedahkan punca sebenar mereka berpisah telah mengundang beberapa spekulasi dan khabar angin tidak benar mengenai perpisahan mereka.
Ada sesetengah pihak yang mendakwa Fattah memutuskan hubungan itu kerana beliau sudah semakin popular.
Walaubagaimanapun, Fattah menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan mereka sebenarnya sudah cuba berbincang untuk menyelamatkan hubungan mereka sebelum berpisah secara baik.
Bukan sebab sudah jadi popular saya berpisah dengan dia! Spekulasi yang bertebaran ini tidak benar, mustahil saya sudah popular dan mahu berpisah dengan orang yang kita sayang. Saya harap sangat mereka di luar sana tidak meneruskan anggapan-anggapan ini.
Sebelum berpisah beberapa bulan lalu kami memang ada berbincang, tetapi menemui jalan buntu. Tidak ada jalan perdamaian. Dan akhirnya memilih untuk berpisah cara baik.
Meskipun mereka sudah membawa haluan masing-masing, masih ada lagi peminat yang menyimpan harapan untuk melihat Fattah dan Sherry berbaik semula.
Berbicara mengenai perkara berkenaan, Fattah juga tidak memberikan kata putus sama ada tiada lagi harapan untuk beliau dan Sherry bersatu suatu hari nanti. Fattah menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan takdir dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Soal jodoh saya tidak boleh tentukan apa-apa, saya minta peminat doakan yang terbaik buat kami.
Kalau Fattah dan Sherry sememangnya ada jodoh bersama, pasti satu hari nanti mereka berdua akan kembali bersama. Bak kata Fattah, doakan yang terbaik sahaja buat mereka berdua.
kemarin surat khabaq The Staq Online menceghitakan bahawa agensi pembantu rumah tergempaq dengan arahan baghu yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen yang menghalang depa daripada ambik pembantu ...
Berbadan gempai dan topui pastinya bukan matlamat setiap individu Apatah lagi keadaan hat sama dok habaq tadi jugak boleh membawa risiko masalah kesihatan terhadap tubuh badan Bukan tu saja apa...
Lee Chong Wei bakai bertemu dengan pemain perseorangan dari Taiwan Chou Tien Chen dalam aksi peringkat suku akhiaq temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang dijaduaikan berlangsung pada jam 7 30 malam...
tergempaq pasai ghamai dok kata dah menikah dengan kerabat Pahang penyanyi femes Indonesia Datuk Rossa tampil takmau mengaku dakwaan berkenaan Selain tu beliau turut melampiaskan ghasa frust te...
Pada masa la nih ghamai yang mula tengok bidang bisnes sebagai punca untuk mencari pendapatan sampingan namun masih dok ghamai jugak yang tak tau lagu mana mau memulakannya Jangan risau la nih p...
Kartunih majalah lawak Gila Gila Roslim Jamil baghu baghu ni telah tampil membuat dakwaan bahawa karyanya iaitu Zack Kapcai telah diciplak oleh syarikat MiG milik penerbit femes David Teo untuk di...
Hari ni episod pertama program realiti spesial Lara Alana yang bertajuk Lara Oh Lara akan menemui penonton di saluran Astro Ria Sebagai bapak awai Ashaari ngaku beliau ada merasa sedikit gement...
dah tiga tahun kenai soghang lelaki Australia pelakon Raja Ilya berharap semuga lelaki hat sama dok habaq tadi dibuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam walaupun depa berdua tak penah memb...
baghu baghu ni ada ura ura kata rumah tangga kepada pengasaih produk femes Qu Puteh Datuk Seri Vida dan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin sedang bergolak gosip tu timboi selepaih Fairuz jarang s...
Bertempat di Mid Valley Megamall Ayda Jebat akan membuat kemunculan bersama dengan OPPO F1s untuk menghangatkan lagi suasana sesi beramah mesra bersama peminat akan berlangsung pada 21 Ogos 2016 ...
Tikaq plastik bercorak macam gambaq di ataih sememang femes terutamanya dikalangai suri rumah dan para ibu dan bapak Namun begitu kita sebaiknya berwaspada pasai terdapat laporan yang kata kandu...
Dengan pelancaran kad grafik GeForce GTX10 untuk komputer riba kemarin oleh Nvidia ia membuka lembaran baghu bagi dunia perkomputeran mudah alih Komputer riba la nih mampu mempunyai kemampuan gr...
Berdekad lamanya komputer desktop mempunyai menara berbentuk segi empat tepat Kesemua komponen dimuat masuk kedalam ruang yang disediakan Di HP depa mau mengubah rekaan dekstop biasa dan melanc...
CHINA pompuan ni sepatutnya dah bersalin November tahun lepaih namun sehingga hari ni sesudah 17 bulan masih dok belum ada tanda tanda menunjukkan bayi di dalam perutnya dapat dilahiaqkan ch...
HONG KONG Sebagaimana diketahui umum Hong Kong merupakan antara kotaraya palin tinggi kosnya untuk didiami bahkan menyewa bilik sebesaq tandaih saja harganya dah mencecah RM1 000 sebulan Terb...
Bergelaq bintang bola sepak femes antarabangsa bukanlah sesuatu yang pelik apabila mendengaq David Beckham dan isteri Victoria memiliki banyak aset hartanah termasuklah beberapa kediaman mewah Na...
ceghita percintaan jarak jauh antara Raja Ilya bersama buah hatinya yang berasai dari Eropah buat pelakon ni tak mau terburu buru untuk mengakhiri zaman bujangnya malah dia hanya mampu menyerahkan...
Mengakui bahawa dirinya sakit hati apabila mengetahui tentang pasai video suaminya merangkoi pinggang Ruhainies Adira AF bagaimanapun tak cepat melatah malah turut memberi kebenaran untuk suaminya...
Pengasaih Produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Hasmiza Othman takmau mengaku dakwaan oghang ghamai pasai statuih perkahwinannya yang dibina sejak 10 tahun lepaih bergolak Katanya perkara tu ba...
Gambaq HiasanAdik aku pandai pandai jenih yang boleh hafai buku sekali page yang tak gabra lansung Kalau dia tak capai target Tak ligan gred lansung rileks sangat Pemalaih ya rabbi aku hera...
Bangga dan gembira Bagi meraikan kemaraan pasangan beregu negara mara ke pentaih final di Olimpik Rio kami akan menyediakan skrin besaq nak mampuih bagi membolehkan semua penduduk Kampung Kundan...
polih menahan soghang remaja pompuan yang didakwa cuba try test membunuh bayi lelakinya berumoq dua minggu dengan cara memasukkan cecayaq antiseptik ke dalam botoi susu bayi tu di sini Dalam ke...
Ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun atau nama sebenaqnya Harun Mat Saat meninggai dunia di Hospitai Tengku Ampuan Afzan HTAA petang tadi setelah mengalami masalah pernafasan Harun 50 dil...
Intel hari ni telah mengadakan acara Intel Developer Forum 2016 tang mana melaluinya Intel telah berkongsi sejumlah visi dan perancangan syarikat berkenaan untuk tahun akan datang Dalam pengena...
Xiaomi melalui syarikat ekosistem depa telah mai dengan sejumlah peralatan elektronik pintaq yang boleh dikawai melalui telefon pintaq Terkini hari ni depa memperkenaikan satu lagi produk baghu ...
Hari ni saja kita telah tengok pengenalan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 untuk komputer riba selain MSI yang mai dengan sejumlah penawaran untuk pasaran tempatan Meneruihkannya pihak Lenov...
Sekumpulan atlit sukan elektronik e sport dari Malaysia mencatat sejarah apabila memenangi pertandingan video game terkenai Dota 2 sekaliguih meraih hadiah wang tunai USD1 4 juta RM5 6 juta ...
Umum mengetahui bahawa ada mak pak yang memilih untuk menggunakan wet tissue apabila membersihkan taik pada kemaluan bayi depa Wet tissue dilihat sebagai satu alternatif mudah bagi menggantikan ay...
Para atlit menghabihkan lebih kughang seluruh hidup depa berlatih untuk ambik bahagian mewakili negara masing masin dalam Sukan Olimpik depa berpenat lelah untuk mengharumkan nama negara di sampi...
Alhamdulillah... syukur kerana sekarang ni ramai artis-artis yang dah berhijrah menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik, termasuklah penyanyi dan pelakon Zul Handy Black yang mula mendalami agama untuk menjadi insan lebih baik selepas selesai menyertai pertandingan Gegar Vaganza, akhir tahun lalu.
Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia'an Sa'ban berkata, keinginan untuk berbuat demikian sudah lama tersimpan dalam hati dan sejak dua tahun lalu, dia sedikit demi sedikit mula mendalami ilmu agama.
"Hendak dikatakan saya mendapat hidayah selepas Gegar Vaganza, ia bukanlah begitu. Tetapi, keinginan mahu mendalami agama sendiri makin membuak-buak sejak dua tahun lalu.
Dakwaan orang ramai mengenai status perkahwinannya yang dikatakan sedang bergolak itu adalah tidak benar kata Pengasas Produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dato Seri Vida.
Ini kerana katanya, perkara itu mungkin berbangkit berikutan kerjaya suaminya, Fairuz Ahmad yang sibuk sebagai ejen insurans menyebabkan beliau jarang berada dengannya.
"Kami masih suami isteri dan bahagia seperti dulu. Orang kata suami saya tidak perlu bekerja selepas berkahwin dengan saya tetapi dia bukan jenis lelaki yang suka menumpang kesenangan hasil perkahwinan kami.
"Biarpun masih belum memikirkan untuk menoktahkan hubungan itu dengan satu ikatan sah, namun saya tetap berdoa agar suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima agama Islam sebagai agamanya," demikian kata Raja Ilya, 31, yang berharap teman lelakinya warga Australia yang dikenali sejak tiga tahun lalu akan terbuka hati untuk memeluk agama Islam.
Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad berkata, biarpun belum memikirkan soal perkahwinan, namun jauh di sudut hatinya berharap hubungan tersebut akan berakhir sehingga ke akhir hayat.
Selepas dua tahun beralih ke pembelajaran dari rumah atau 'home schooling', pelakon kanak-kanak Rykarl Iskandar, 11, teruja untuk kembali semula belajar bersama rakan-rakan di sekolah kebangsaan yang sama iaitu Sekolah Rendah Sri Pintar Al-Amin tahun depan bagi membuat persiapan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Tahun depan saya akan belajar di sekolah semula dalam darjah enam untuk lebih fokus menghadapi UPSR. Perasaannya gembira kerana dapat jumpa dan belajar dengan kawan-kawan lama yang dulu satu kelas sebelum mengambil keputusan belajar di rumah," ujar Rykarlketika ditemui media pada sesi fotografi calon finalis Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), yang diadakan di Hotel Park Royal semalam.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk menjejakkan kaki ke Makkah untuk menunaikan umrah, sekali gus menyempurnakan hasrat ibu saya sejak dulu lagi. Syukurlah kerana wang juga dirasakan sudah mencukupi manakala tubuh badan pula masih sihat untuk beribadat," demikian kata pelakon dan pelawak, Abam Bocey yang merancang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga pada penghujung tahun ini.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 28, berkata beliau dan keluarga bakal berada di Tanah Suci pada 5 hingga 16 Disember depan, mengikut pakej ditetapkan syarikat penganjur.
Bagaimanapun kata Abam, adik bongsunya tidak turut serta kerana isterinya itu kini sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin waktu itu.
Mengakui bahawa dirinya sakit hati apabila mengetahui tentang video suaminya merangkul pinggang Ruhainies, Adira AF bagaimanapun tidak cepat melatah malah turut memberi kebenaran untuk suaminya berkahwin lain.
"Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey”
"Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil," jelasnya kepada Kosmo! Online.
Selain itu tambah Adira, di dan Ruhainies kini tidak bermusuh atau menyimpan apa apa perasaan marah malah tambah Adira, wanita juga seharusnya mempunyai perancangan dan juga simpanan kewangan sendiri untuk masa hadapan selain turut berfikiran positif dalam menghadapi kehidupan seharian. (rtky/s)
Pengasas Produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman menafikan dakwaan orang ramai mengenai status perkahwinannya yang dibina sejak 10 tahun lalu bergolak. Katanya, perkara itu mungkin berbangkit berikutan kerjaya suaminya, Fairuz Ahmad yang sibuk sebagai ejen insurans menyebabkan beliau jarang berada dengannya.
“Kami masih suami isteri dan bahagia seperti dulu. Orang kata suami saya tidak perlu bekerja selepas berkahwin dengan saya tetapi dia bukan jenis lelaki yang suka menumpang kesenangan hasil perkahwinan kami. Walaupun kami sudah berkahwin, dia masih setia dengan kerjaya yang diceburinya sejak 10 tahun lalu. Saya pun tidak halang dia.
“Baru-baru ini kami sekeluarga bercuti bersama rakan-rakan di Royal Belum Resort, suami saya ada sekali. Kami ada bergambar bersama cuma dia tak selalu ada dalam video yang saya rakam untuk dikongsi bersama peminat. Kalau saya ajak bergambar, dia amat sporting tapi dia tak adalah nak sentiasa ada dalam gambar atau video yang saya ambil”
Sementara itu apabila ditanyakan mengenai cahaya mata, Dato Vida memberitahu bahawa keinginannnya untuk mendapatkan zuriat pada perkahwinan ini sudah pasti namun setakat ini masih belum ada rezeki lagi. Namun beliau percaya dengan kehadiran cahaya mata itu nanti mampu mengukuhkan hubungan suami isteri diantara beliau dan suami. (rkty/w)
Gara-gara pencalonan filemnya dalam beberapa kategori dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) dipertikai oleh sesetengah pihak, Pekin Ibrahim tidak pernah mengambil peduli akan perihal itu malah bersedia untuk dikritik supaya dapat memperbaiki seterusnya menghasilkan karya yang lebih baik lagi di masa hadapan.
“Saya buat relaks sahaja dan tak kisah. Sekurang-kurangnya orang buka mata, saya ada filem juga. Ini bukan Personal tetapi ini soal industri. Kalau nak bercakap buat filem sendiri, katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media FFM28.
Sementara itu, Pekin turut berkata dia tidak menyangkakan bahawa filem Mat Moto yang juga filem sulung arahannya itu dicalonkan dan dipertandingkan dalam beberapa kategori utama.
“Saya tak sangka langsung kerana dicalonkan dan saya buat filem untuk seni dan bisnes biar dia seiring. Sekiranya berjaya ianya satu bonus,” katanya kepada Rotikaya. (rkty/h)
Kisah percintaan jarak jauh antara Raja Ilya bersama kekasihnya yang berasal dari Eropah, membuatkan pelakon ini tidak mahu terburu-buru untuk mengakhiri zaman bujangnya malah dia hanya mampu menyerahkan segala ketentuan takdir kepada Tuhan.
“Saya masih ada lagi bersamanya cuma masing-masing sibuk dan belum mahu mengakhiri zaman bujang,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28).
Tambahnya lagi, walaupun sudah meningkat usia, ibubapanya tidak pernah memaksanya untuk berkahwin. Kekasihnya pula, bukanlah seorang yang beragama Islam, pun begitu hubungan mereka baik walaupun hanya bersua melalui Skype.
“Hubungan saya sangat complicated di mana dia seorang yang kuat agamanya, tetapi hubungan kami berjalan dengan baik. Dia seorang yang open minded malah dia lebih tahu agama Islam daripada saya sendiri,” katanya.
Raja Ilya turut berkata sekiranya agama menjadi penghalang kepada percintaan mereka, dia bersedia untuk mengundurkan diri.
“Kalau agama menjadi penghalang, mungkin saya akan berundur. Apa-apa pun kalau ada jodoh, adalah,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)
Bagi memenuhi permintaan ibu tersayang, pelakon dan pelawak, Abam Bocey memberitahu bahawa beliau dan keluarga merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada penghujung tahun ini. Sementara itu, beliau dan keluarga bakal berada di tanah suci Mekah bermula pada 5 hingga 16 Disember depan, mengikut pakej ditetapkan oleh syarikat penganjur.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah, sekali gus menyempurnakan hasrat ibu saya sejak dulu lagi. Syukurlah kerana wang juga dirasakan sudah mencukupi manakala tubuh badan pula masih sihat untuk beribadat. Mengikut perancangan, saya sekeluarga bakal berangkat pada Disember nanti.
“Cuma, adik bongsu saja tidak turut serta kerana isterinya sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin waktu itu. Pihak penganjur umrah pula menyuarakan hasrat meminta kerjasama saya untuk menguar-uarkan perkara ini kepada umum. Lebih meriah sekiranya ada antara peminat yang terbuka hati untuk turut serta,” katanya kepada Berita Harian Online.
Dalam perkembangan kerjaya pula, Abam yang kini sedang sibuk kerana terlibat dengan program Super Spontan dan Kelab Komedi sepanjang bulan ini terpaksa memilih untuk mengosongkan jadual kerjanya bagi memberikan komitmen sepenuhnya terhadap semua program tersebut supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak kerana kepadatan jadual kerjanya. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment