ROTIKAYA Posted: 04 Aug 2016 08:11 PM PDT Kontrak Ditarik Selepas Berhijab, Elfira Loy Tak Kisah Posted: 04 Aug 2016 06:46 PM PDT Mengakui bukan mudah bagi dirinya unuk mengambil keputusan nekad menutup aurat, Elfira dalam masa yang sama juga menjelaskan bahawa dia tidak akan kembali membuka tudung semata-mata atas sebab kontrak kerja. BACA: Peminat Tegur Elfira Loy Berfesyen Gaya Sister Gereja? “Bukan mudah untuk saya menetapkan hati memilih untuk berhijab kerana pelbagai andaian dan kemungkinan bermain di benak fikiran. Apabila sudah membuat keputusan untuk bertudung, saya enggan memamndang ke belakang lagi” “Ada pihak yang menerikma keputusan saya untuk bertudung, namun ada juga yang kurang bersetuju dan menarik balik tawaran menampilkan saya sebagai duta produk. Namun ia sama sekali tidak menggugat keputusan saya untuk terus berhijab,” katanya kepada BH Plus. Apa yang lebih menggembirakan Elifra ialah apabila penggiat industri seni tanah air dari barisan penerbit dan pengarah tidak menjadikan tudung sebagai penghalang untuk berkarya sebaliknya menerima perkara itu sebaiknya. (rtky/s) | Fathia Latiff Nafi Jadi Punca Kamal, Emma Berantakan Posted: 04 Aug 2016 01:06 AM PDT Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menolak dakwaan mengatakan hubungan cintanya bersama Emma Maembong berantakan kerana orang ketiga, kini timbul pula nama Fathia Latiff yang dikaitkan sebagai orang ketiga itu. Bagaimanapun, Fathia menafikan sekerasnya dakwaan itu dan menjelaskan bahawa hubungannya bersama Kamal hanyalah atas dasar profesional. BACA: Buka Aurat Di Luar Negara, Fathia Latiff Dikritik “Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanyalah khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kenalah profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional. Dulu pun dia ada pernah berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu. Terdahulu, hubungan cinta diantara Kamal dan Emma dilihat renggang berikutan masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial seperti sebelum ini. Menyedari hal tersebut, Kamal menafikan dakwaan terdapat pihak ketiga didalam hubungan beliau dan merasakan kesalahan itu berpunca daripada dirinya sehingga membuatkan kekasih terasa hati. Bagaimanapun, Emma memilih untuk berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen apabila ditanyakan mengenai kontroversi hubungan cinta beliau bersama Kamal yangs sedang bergolak. Walau apapun, semoga segala permasalahan yang wujud diantara beliau dapat diselesaikan dengan cara yang baik jika betul tidak membabitkan pihak ketiga. (rkty/w) | Tak Mudah Uruskan Kembar, Fad Bocey Hargai Isteri Posted: 03 Aug 2016 08:30 PM PDT Sejak bergelar bapa, pelawak Fad Bocey mengakui bukan mudah untuk menjaga anak kembarnya yang kini sudah berusia tujuh bulan sekali gus mengajar dirinya untuk lebih menghargai isterinya Nur Syahirah. BACA: Fad Bocey Perjelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak “Anak kembar biasanya akan meragam, hendak minum susu atau bangun tidur pada waktu sama. Jadi sukar jika hanya seorang yang menjaga dan pada usia mereka sekarang memang perlukan bantuan menguruskan mereka” “Saya cuba sedaya upaya mengurangkan beban isteri dan jika anak-anak bangun pada waktu malam saya juga akan bangun untuk bantu isteri,” jelasnya kepada mStar Online. Sementara itu, Fad juga teruja dengan perkembangan anak anaknya yang ternyata mempunyai personaliti berbeza kerana Hayyan lebih pendiam berbanding Zayyan. Malah perkara tersebut turut mengajarnya untuk lebih memahami keperluan dan kehendak cahaya matanya itu. (rtky/s) | |
MySensasi Posted: 04 Aug 2016 12:00 PM PDT Senarai Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2016 Rio Posted: 04 Aug 2016 09:19 AM PDT Senarai Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2016 Rio yang akan berlangsung bermula 5 hingga 21 Ogos 2016. Malaysia turut akan menyertai temasya sukan terbesar dunia ini dengan menghantar seramai 32 orang atlet yang layak. Malaysia akan menyertai 10 acara di Rio nanti. Harapan emas diletakkan dalam sukan badminton dengan Datuk Lee Chong Wei berpeluang menebus kekecewaannya dalam ... | |
AMMBOI DOT COM Posted: 04 Aug 2016 11:53 AM PDT |
KedahLanie.info Posted: 04 Aug 2016 10:36 AM PDT Komplot Jatuhkan Najib - Kambing hitam terbaru akan dikorbankan Posted: 04 Aug 2016 06:00 AM PDT Ku Seman (Peringatan: Ini bukan rencana politik)
Saya fikir Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun tidak mempunyai keberanian untuk bertindak sebelum mendapat isyarat daripada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Najib Razak. Saya sama sekali tidak fikir sikap pemimpin bawahan UMNO berani melangkau ketua. Mereka sanggup mempertahankan ketua tetapi tidak sanggup mempertahankan kebenaran.
Semalam Khairul dengan diiringi beberapa juaknya telah membuat laporan polis terhadap tiga bekas pegawai tinggi kerajaan kononnya berkomplot dengan pihak luar untuk menggulingkan Najib. Mereka yang dituduh oleh Khairul ialah bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz dan Ketua Persuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamad.
Khairul bukan sahaja mendapat isyarat daripada Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin tetapi yang lebih signifikan ialah isyarat daripada Najib. Ini kerana mereka bertiga menganggotai pasukan yang menyiasat 1MDB tetapi kemudianya dibubarkan. Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar yang kelihatan "mesra" arus perdana tidak termasuk dalam senarai laporan polis.
Tentu kita masih ingat budak yang sama juga yang mendesak kerajaan menarik balik kemudahan yang dinikmati Tun Dr. Mahathir di Yayasan Perdana kerana kerana mengkritik Najib. Tidak lama selepas itu "Majlis Tertinggi" mengambil ketetapan menutup Yayasan Perdana. Siapa yang menguasai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kalau bukan Amerika. Siapa yang menguasai keputusan MT kalau bukan Presiden. Maaflah saya tidak fikir MT berani menyanggah arahan Najib.
Perkara ini (laporan polis) adalah suatu yang terancang. Buktinya sebaik sahaja Pemuda UMNO membuat laporan polis cybertrooper pro Najib dengan cepat memuat naik komen-komen yang menyokong tindakan itu dan mencaci ketiga-tiga pegawai tinggi berkenaan.
Ini pasti akan disusul kemudian dengan reaksi daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang menyeru supaya pihak berkuasa membuat siasatan ke atas ketiga-tiga tokoh ini. Tidak cukup pemimpin tinggi UMNO komen juga akan datang daripada "entah siapa-siapa" asalkan menyokong tindakan Pemuda UMNO.
Ironinya, ketiga-tiga pegawai tinggi yang dituduh oleh Pemuda UMNO sebagai dalang mengguling Najib sudah terbukti individu yang berintegriti tinggi. Tetapi ketiga-tiga jabatan yang mereka terajui telah dikacau oleh tangan-tangan ghaib; pertukaran aneh Peguam Negara, pemindahan paling tidak masuk akal dua pengarah SPRM yang menyiasat 1MDB dan serangan kepada Zeti.
Saya juga mempunyai kebimbangan bahawa ketiga-tiga mangsa politik kotor ini dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang menafikan peluang mengemukakan bukti. Saya selari dengan kebimbangan peguam Syahredzan Johan sekiranya mereka bertiga akan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang membolehkan penahanan awal sehingga 28 hari tanpa bicara. Kita jangan lupa bahawa tuduhan ini adalah berat.
Pada Rabu lalu Najib telah menjadi tumpuan dunia apabila Jabaran Kehakiman Amerika (DOJ) mengambil tindakan menyita aset dua rakyat Malaysia, Riza Aziz (anak tiri Najib) dan Jho Lo seorang Cina dari Malaysia serta dua individu yang bernilai lebih AS1 bilion. Mereka dituduh mengambil wang daripada 1MDB, syarikat pelaburan negara yang terlibat dalam skandal kewangan.
Pada umumnya pendirian UMNO ialah menafikan keempat-empat tertuduh melarikan wang milik 1MDB. Ini dapat dilihat pada reaksi pemimpin-pemimpin tinggi UMNO yang cuba menyalahkan DOJ dan yang paling kelakar berhujah mempertikaikan kewibawaan Peguam Negara Amerika Loretta Lynch. Kemudian mereka mengalih tumpuan kononnya Amerika mencampuri hal ehwal negara ini. Mereka tidak terangkan kepada rakyat bahawa Amerika hanya mengambil tindakan perbuatan yang diakukan di Amerika bukan di Malaysia.
Pemimpin-pemimpin tinggi UMNO juga tidak menerangkan kepada rakyat tindakan mereka melindungi Riza Aziz dan Jho Lo, seolah-olah dari awal lagi kedua-dua ini dianiaya oleh Amerika. Amerika bukanlah baik tetapi dalam isu ini UMNO sepatutnya berterima kasih kepada Amerika kerana berusaha memulangkan wang yang dicuri.
Kepada rakan-rakan yang memperjuangkan kebenaran, saudara-saudara perlu menerangkan kepada rakyat bahawa ketiga-tiga tokoh yang dituduh mempunyai rekod integriti yang tidak boleh dinafikan lagi. Mereka adalah kambing hitam terbaru dalam episod drama 1MDB. Adakah kita rela melihat mereka yang menjunjung integriti ini teraniaya? Adakah kita lebih bersimpati kepada Riza Aziz dan Jho Lo berbanding Gani Patail, Abu Kassim dan Zeti Aziz?
| Cerita Kelantan - Tanah yang jadi rebutan dibeli dengan duit parti? Posted: 04 Aug 2016 04:00 AM PDT CERITA KELANTAN Sambung kembali cerita injuksi mahkamah yang dibuat oleh Abdul Fatah Haron terhadap syarikat Galeri Tani SB yang tercatat nama Mustapa Ali dan Abdul Halim Abdul Rahman bersama beberapa nama lain sebagai pemegang sahamnya.
Sebelum dicerita atau dikupas apa sebenarnya yang berlaku, saya hendak cerita sejarah tanah yang menjadi rebutan itu seperti mana maklumat yang terlatar ke telinga saya.
Seperti mana disebut sebelum ini tanah itu terletak di pinggir lebuh raya (jalan besar) Pasir Mas - Rantau Panjang. Keluasannya kira-kira 200 ekar. Tanah ini asalnya tanah rezeb kerajaan, yang setengahnya dijadikan kawasan padang rumput. Banyak yang berminat dan terliur dengan tanah itu yang nilai semasa kini mencecah RM130,000 ke atas sehektar.  | Print skrin tulisan saya dalam blog tahun 2011. |
Di awal lebuh raya itu wujud sekitar tahun 1986, mereka yang tidak bertanah membina rumah kediaman dan juga bangsal untuk berniaga di sepanjang lebuh raya berkenaan terutama berdekatan dengan Bandar Baharu Pasir Mas kini. Bagaimana pun rumah itu diperintah dirobohkan oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM). Saya sempat melaporkan kejadian itu dalam akhbar beberapa kali sehingga menimbulkan kontroversi. Laporan saya itu tidak disenangi oleh seorang pegawai tinggi pejabat Tanah dan Jajahan itu sehingga saya pernah dipanggil ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Surat berkepala majlis itu di salinan ke pengetahuan Istana Kelantan. Saya tidak tahu apakah wajar surat itu disalin ke Istana, atau ia sengaja untuk mengugut saya agar berhati-hati dan menghentikan terus pembongkaran tentang berjouis atau Jin Tanah, yang memiliki tanah. Pada tarikh dan masa ditetapkan saya hadir ke pejabat berkenaan. Malangnya pada hari yang ditetapkan itu juga pegawai berkenaan diarah bertukar ke Pejabat Tanah Kota Bharu. Jadi panggilan itu terlupus begitu sahaja tanpa saya sempat berdepan dengan pegawai berkenaan. Sesekali apabila saya bertembung dengan pegawai berkenaan, yang berkepala besar, sama ada di aiprort atau kedai makan, teringin juga saya bertanya hal itu, tetapi tidak jadi. Biarkanlah. Berbalik kepada nasib rakyat marhein yang rumah atau bangsal niaga mereka diroboh tadi, ironi, rumah mereka tidak bertanah dan hanya meminta sejuring tanah untuk dijadikan kediaman dan mencari rezeki dimusnahkan. Sebaliknya mereka yang sudah kaya, mempunyai tanah berhektar diluluskan permohonan mereka dengan hanya menyebut "sim silabim" sahaja. Ada seorang pegawai Tanah dan Jajahan katanya memiliki ratusan hektar tanah di sepajang lebuh raya berkenaan dengan berselindung di sebalik nama waris warahnya? Cis. Elok juga kalau SPRM menyiasat perkara ini agar keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan. Saya juga pernah melaporkan dalam blog ini, kisah dua beradik yang mewarisi tanah diterokai oleh orang tuanya yang ditanam dengan pokok getah sudah 30 tahun tetapi akhirnya terlepas dari milikan mereka. Mereka bergantung hidup kepada tanaman berkenaan. Pemilik atau peneroka asalnya sudah tiada, maka dipusakan kepada anak-anaknya. Beberapa kali mereka memohon untuk memilikinya seperti mana kebanyakan orang lain lakukan, tetapi gagal. Apabila Pas memerintah Kelantan 1990, mereka anak peneroka itu membuat permohonan sekali lagi dan berusaha meminta bantuan wakil rakyat. Mereka mengira Kerajaan Pas lebih prihatin dan peka dengan kesusahan rakyat. Wakil rakyat itu ada menjanji untuk menyelesaikannya, tetapi akhirnya terlepas begitu sahaja. Menyedihkan, apabila mereka menyemak status permohonan itu di pejabat tanah Pasir Mas, tanah milik mereka sudah atas nama orang lain. Sekali lagi cis dan kini ditambah dengan berdebah. Berbalik kepada tanah menjadi rebutan atau injuksi oleh pemimpin Pas terhadap pemimpin Pas lain tadi; Tanah ini diluluskan kepada beberapa individu menerusi sebuah syarikat. Ia diluluskan sekitar akhir tahun 80-an, di zaman pemerintahan BN di Kelantan. Dipercayai individu berkenaan ada hubung kait dengan bekas TMB Hussein Ahmad. Sebab itu setengah mazhab berpendapat tanah berkenaan "milik' Hussein Ahmad. Tanah itu kemudian digadai kepada sebuah bank perdagangan dengan nilai gadaian sebanyak RM180,000. Malangnya wang hasil gadaian itu disalahguna menyebabkan projek yang dirancangkan seperti mana proposal kepada bank tidak dilaksanakan. Pemimjam tidak menjelaskan wang pinjaman berkenaan menyebabkan bank terpaksa mengeluarkan notis lelolongan awam. Bank terpaksa menjual bagi mendapatkan wangnya. Menurut seorang bekas pegawai eksekutif Pas Kelantan yang pernah beberapa tahun mendiami Pejabat Pas di Jalan Dato' Pati Kota Bharu, mengakui dia tahu serba sedikit mengenai sejarah tanah berkenaan, terutamanya macam mana tanah itu akhirnya jatuh kepada pemimpin Pas, Mustapa Ali, Abdul Halim Abdul Rahman dan seorang lagi Wan Othman Wan Yusuf. Ceritanya begini. Apabila dia membaca notis lelongan itu dia ke bank berkenaan untuk mendapat butiran lanjut. Tujuannya hendak membeli tanah berkenaan daripada bank itu. Kedatangan pegawai ini ke bank inilah memecahkan cerita sebenar, bagaimana Mustapa Ali dan Abdul Halim menjadi pemilik kepada tanah berkenaan menerusi syarikat bernama Gelari Tani Sdn. Bdh. Bersambung. [wm.kl.10:49 am 01/08/16] | Umno Kelantan ghairah & bernafsu mahu tawan negeri disebabkan mereka lemah sekarang selepas ketiadaan 2 tokoh penting Posted: 04 Aug 2016 02:59 AM PDT KOTA BHARU: UMNO Negeri Kelantan sedang ghairah dan bernafsu untuk merampas semula negeri tersebut daripada PAS.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan kerajaan negeri sekarang lemah selepas ketiadaan dua tokoh penting dalam pentadbiran sebelum ini, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa.
"Selama 26 tahun, kalau nak cakap soal bersedia saya yakin kita (UMNO Kelantan) jauh lebih bersedia kerana kemelut dalaman PAS terlalu parah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Keselamatan Makanan di RTC Tunjung, di sini, hari ini.
Kelesuan akibat daripada perpecahan PAS negeri itu sedikit sebanyak telah mengikis keyakinan rakyat termasuk isu pemecatan Husam yang dilihat orang kepercayaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz.
Tambahnya, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dilihat gagal meneruskan legasi kepimpinan Nik Abdul Aziz.
Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, UMNO Kelantan diterajui Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah bersedia dengan pelan penyelesaian kepada masalah-masalah rakyat yang gagal ditangani oleh pentadbiran sekarang.
Antara masalah yang masih membelenggu masyarakat Kelantan ialah isu pengurusan dan bekalan air bersih, infrastruktur jalan raya, isu tanah dan sebagainya.
"Kita bernafsu dan bertenaga untuk bela rakyat, kita bernafsu dan bertenaga bukan untuk menipu rakyat, kalau bubar hari ini kita bersedia kalau rakyat bagi kepercayaan kita akan memerintah," ujarnya. Baru-baru ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menolak gesaan Ahmad Jazlan supaya membubarkan DUN lebih awal.
Menurut Ahmad Yakob, kerajaan PAS Kelantan masih kuat dan mampu meneruskan pentadbiran. | Pemuda Amanah buat lapoan polis terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Posted: 04 Aug 2016 01:42 AM PDT Pemuda Amanah Negeri Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung dakwaannya tiga individu iaitu Bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Bekas Pegawai SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang didakwa terlibat dalam komplot menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain bersama Setiausaha, Safarizal Saleh dan Pengarah Komunikasi, Muhammad Faeez Azahar membuat laloran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini Hasnul berkata, laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan adalah jelas merupakan satu tindakan jenayah dan beliau boleh dituduh di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu ke atas bekas tiga penjawat awam tersebut.
"Oleh itu, kita mendesak supaya kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Khairul Azwan disiasat di bawah seksyen tersebut.
"Kita juga percaya bahawa laporan polis dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairul Azwan berhubung dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri oleh tiga bekas penjawat awam tersebut merupakan satu fitnah jenayah di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan," katanya kepada media.
Hasnul menjelaskan, tindakan Khairul Azwan tersebut jelas telah mencemarkan nama baik negara dan tiga bekas penjawat awam tersebut ketika mereka menjalankan tugas mereka sebagai Peguam Negara, Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor Bank Negara.
Oleh itu, ujarnya, tindakan pihak yang mencemar nama baik ketiga-tiga individu tersebut harus ditentang dan diambil tindakan tegas oleh kerajaan.
"Kita mendesak supaya Pendakwa Raya membuat laporan di bawah seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah terhadap Khairul Azwan kerana fitnah jenayah yang beliau laporkan.
"Laporan di bawah seksyen 131 ini penting bagi membersihkan nama ketiga-tiga bekas penjawat awam tersebut daripada pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya. | Parti baru Mahathir: ROS lulus atau Najib tolak? Posted: 04 Aug 2016 01:32 AM PDT
Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendapatkan kelulusan menubuhkan sebuah parti politik baru.
Bekas timbalan perdana menteri itu bakal menerajui parti baru berkenaan sebagai presiden manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula akan berperanan sebagai pengerusi.
Komposisi parti itu dijangka berasaskan kaum Melayu dan disebut-sebut sebagai menggantikan Umno yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Mahathir tidak lagi mampu diselamatkan.
Adalah difahamkan bahawa mereka di sebalik parti baru itu juga bersedia mengghadapi kemungkinan ROS menolak permohonan tersebut.
Sekiranya ini berlaku, kem Mahathir mendakwa Najib 'goyang' dengan penyertaan mereka semula ke gelanggang politik.
Sebaliknya, jika ROS memberi kelulusan tanpa sebarang masalah, ini dikatakan memberi isyarat keyakinan perdana menteri untuk berdepan dengan bekas mentor yang kini menjadi seteru politiknya.
Sumber yang rapat dengan parti baru itu memberitahu Malaysiakini, mereka mempunyai "pelan B" jika permohonan ditolak.
"Kami akan gunakan platform yang sedia ada, sebuah parti yang sudah berdaftar dengan ROS," katanya, tetapi enggan mengulas lanjut.
Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak tidak menjangka sebarang halangan sekiranya permohonan itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Jika semuanya teratur, tidak ada sebab untuk tidak mendaftarkan parti politik baru itu.
"Secara peribadi, saya mengalu-alukan persaingan politik. Ia adalah sihat untuk sistem demokrasi kita," katanya kepada Malaysiakini.
Turut bersetuju dengan pendirian itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi jaminan, kelulusan segera akan diberikan jika syarat-syarat dipenuhi.
"Jika ada parti baru yang mahu diwujudkan, saya sebagai menteri dalam negeri akan meluluskannya kerana kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran dan jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno/BN negeri Perak di Kuala Kangsar malam semalam.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut mengalu-alukan parti baru itu, tetapi percaya tindakan itu akan melemahkan pembangkang selanjutnya.
"Ini adalah satu proses demokrasi yang sihat. Bagi BN, kami bersedia untuk sebarang kemungkinan," katanya. | |
OhDunia.My Posted: 04 Aug 2016 08:15 AM PDT |
beautifulnara Posted: 04 Aug 2016 02:42 AM PDT Zainal Abidin Mahu Bersara Dari Bidang Muzik Posted: 04 Aug 2016 12:53 AM PDT Sebut sahaja nama Zainal Abidin tentu ramai yang akan ingat dengan lagu popular beliau iaitu Dekat Tapi Jauh. Malah, Zainal merupakan penyanyi yang cukup berkaliber sehingga kini.  Namun, Zainal baru-baru ini ada meluahkan hasratnya untuk bersara kerana ingin membuka ruang dan peluang untuk penyanyi lain menempa kejayaan. Menurut Zainal, beliau kini dalam perbincangan untuk mengeluarkan album antarabangsa dan selepas itu beliau akan memperlahankan kerjaya didalam bidang muzik tempatan.  Saya sedang berbincang dengan sebuah label muzik antarabangsa iaitu Abien Music untuk menghasilkan sebuah album antarabangsa. ?Selepas itu, saya akan adakan sebuah konsert solo di Kuala Lumpur dan Johor bersempena 35 tahun perjalanan saya dalam industri muzik. Bersara itu bukan bermaksud saya tidak menyanyi tetapi jika ada tawaran persembahan di luar negara, saya tetap akan terima cuma untuk dalam negara, saya akan kurangkan .  Kami yakin keputusan yang dibuat oleh Zainal Abidin ini sudah difikirkan secara masak-masak. Bak kata beliau, mungkin sudah tiba masa untuk artis lain pula mencipta nama ke tahap yang lebih hebat ataupun setanding dengan beliau. Masih ada lagi bakat diluar sana yang cukup berkualiti. Sumber Berita : Utusan Online | Digigit Kucing Peliharaan : Raja Ilya Terpaksa Masuk ICU Buang 12 Ketulan Tumbuh Dibadan Posted: 04 Aug 2016 12:36 AM PDT Gara-gara digigit kucing peliharaannya, pelakon Raja Ilya terpaksa dimasukkan ke ICU untuk menjalani pembedahan membuang 12 ketulan yang tumbuh dibahagian badan beliau. Ia sebenarnya salah satu kesan sampingan suntikan vaksin yang diterima selepas beliau digigit.  Jelas Ilya, kejadian tersebut berlaku 14 hari sebelum bulan Ramadhan lepas. Ketulan-ketulan itu kelihatan seperti tumor yang tiba-tiba timbul dan keadaan Ilya pada waktu itu agak kronik. Lebih memeranjatkan lagi, doktor memberitahu peluang beliau untuk hidup pada waktu berkenaan cuma 50 peratus sahaja. Walaubagaimanapun, selepas pembedahan dilakukan, Ilya sudah semakin pulih dan kini sudah kembali aktif menjalani penggambaran filem KL Vampire.  Doktor memberitahu ketulan itu disebabkan reaksi vaksin dan kes saya adalah satu dalam sejuta. Rasa sakit seperti nyawa hendak putus. Syukur saya pulih selepas doktor membuang dua ketulan berisiko tinggi. Kini saya sudah pulih dan boleh mula bekerja seperti biasa, cuma saya masih perlu menjalani pembedahan kedua untuk membuang baki ketulan dan akan melakukannya selepas selesai penggambaran filem KL Vampire. Ilya menjelaskan pendiriannya mengunci mulut mengenai keadaan kesihatannya sebelum ini kerana merasakan ia kurang sesuai dengan situasi dihadapi ketika itu. Saya tidak mahu membesar-besarkan perkara itu. Hanya keluarga terdekat saja tahu masalah ini.  Syukur Raja Ilya tidak apa-apa dan sudah beransur pulih. Bila ambil vaksin kerana digigit kucing memang ada risikonya tersendiri yang kita tidak boleh jangka. Hati-hati ketika membelai kucing ataupun bermain dengan mereka agar tidak kena gigit. Sumber Berita : Harian Metro | Mira Filzah Kini Dikatakan Bercinta Dengan Ben Ali? Posted: 03 Aug 2016 08:42 PM PDT Tentu ada yang masih ingat sebelum ini Mira Filzah hangat digosipkan bercinta dengan Zizan Razak selepas muncul bersama sebagai pengacara di ABPBH29. Kali ini nama Mira Filzah terpalit lagi dengan gosip cinta apabila beliau dikatakan sedang menjalin hubungan dengan pelakon Ben Ali.  Mira dalam temubual terbaru bersama BH ONLINE mengakui sedang rapat dengan Ben Ali tetpai hubungan mereka tidak lebih daripada seorang teman. Aktres yang cukup terkenal dengan wajah jelitanya itu juga memberitahu beliau lebih selesa untuk berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. Sebenarnya, kami rapat sebagai kawan. Ben menjadi individu penting memperkenalkan saya dalam industri lakonan sejak awal tahun lalu. Daripada situ, saya mula memberi kepercayaan kepada dia menguruskan kerjaya lakonan bersama Natrah sebagai pembantu peribadi. Sejak dulu lagi, Ben menjadi pakar rujuk dan memberi tunjuk ajar. Saya lebih banyak kawan rapat dalam kalangan lelaki. Ben adalah salah seorang daripada mereka. Mungkin saya lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita. Sedar beliau akan menjadi bahan gosip percintaan selagi beliau tidak mempunyai teman lelaki ataupun berkahwin, Mira menjelaskan beliau sedikit pun tidak akan merasa tertekan dengan situasi berkenaan.  Saya tidak rimas dan tertekan dengan usikan begitu. Saya percaya, selagi saya belum berpunya dan berkahwin, gosip dan usikan seumpama itu akan terus diperkatakan. Termasuklah dengan rakan gandingan saya dalam drama atau telefilem yang masih solo. Saya dan Ben misalnya, kami tahu setakat mana hubungan terjalin. Jadi, ia bukan tekanan besar.  Kalau selalu dihimpit gosip percintaan,maknanya anda sebenarnya menjadi buruan ramai. Iyalah, siapa tidak kenal dengan Mira Filzah? Meskipun baru lagi didalam industri hiburan tempatan, beliau aga dikenali ramai. Sumber Berita : BH ONLINE | Awi Rafael Insaf Selepas Kemalangan, Tidak Mahu Leka Dengan Duniawi Posted: 03 Aug 2016 08:04 PM PDT Terselamat daripada kemalangan yang hampir meragut nyawanya, kini Awi Rafael sudah insaf dan tidak mahu lagi leka dengan hal duniawi. Awie juga ingin lebih mendekati Allah.  Nyawa saya ketika itu ibarat berada di hujung tanduk. Jarak kesan hentaman yang berlaku di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter sahaja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah panjangkan usia untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Lantaran itu, saya tidak mahu berlengah lagi untuk terus mengejar duniawi. Tiba masanya untuk saya berbuat atau menyumbang sesuatu terhadap komuniti.  Awie terlibat dalam kemalangan pada bulan Mei lepas dimana beliau dilanggar dan diseret sebuah kereta ketika dia menunggang motosikal berkuasa besar yang baru sahaja dua minggu dibelinya. Menurut doktor yang merawat Awie, beliau bernasib baik kerana kesan hentaman tersasar sedikit lalu menyelamatkan nyawanya.  Tidak semua orang mendapat peluang kedua untuk terus bernafas. Harapnya perubahan Awie ini akan kekal sehingga akhir hayat. Doakan yang terbaik buat beliau dalam mencari jalan Allah SWT. Sumber Berita : Utusan Online | (FOTO) Kad Jemputan Perkahwinan Saharul Ridzwan & Deena Emir : Sah Nikah 16 September Ini Posted: 03 Aug 2016 07:30 PM PDT Mengumumkan bakal berkahwin selepas Aidilfitri, pelakon Saharul Ridzwan sah akan berkahwin dengan pasagannya Deena Emir pada 16 September ini.  Perkara itu disahkan oleh portal Astro Gempak dimana mereka telah menerima kad undangan perkahwinan Saharul. Difahamkan majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya. Untuk pengetahuan anda, Deena Emir merupakan pemilik butik Wrap Boutique House dan juga "insta famous" yang mempunyai lebih 60 ribu pengikut di Instagram.  Saharul dan Deena sudah lama berkenalan sejak Saharul belum aktif di dunia hiburan lagi.Walaubagaimanapun, hubungan mereka pernah putus seketika dan mula kembali bergelar pasangan kekasih baru-baru ini. Tahniah kami ucapkan kepada Saharul dan Deena, tentu sekali ia adalah majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan oleh peminat Saharul.  Semoga segala perancangan perkahwinan mereka berjalan dan lancar. Kami doakan mereka berdua akan bahagia sehingga akhir hayat. Sumber Berita : Astro Gempak | Saya Tidak Tergugat Dengan Pelakon Baru Berbadan Sasa, Bakat Lakonan Yang Penting – Johan As’ari Posted: 03 Aug 2016 05:58 PM PDT Dulu kalau kita tonton filem dan drama Hollywood sahaja, pasti hero-hero mereka semua berbadan sasa bukan? Namun, sejak beberapa tahun ini, ramai juga pelakon-pelakon lelaki di Malaysia sudah mula berbadan sasa dan sering tampil sebagai hero didalam drama-drama ataupun filem.  Walaubagaimanapun, pelakon Johan As'ari memberitahu beliau selesa dengan bentuk tubuh badannya dan tidak mahu terikut-ikut dengan trend artis sekarang yang membina badan sasa untuk menarik perhatian ramai. Saya tidak terfikir untuk buat badan sasa seperti hero-hero baru sekarang. Walaupun ada watak yang memerlukan saya berbadan sasa tapi untuk watak itu sahajalah. Selepas drama itu saya tidak teruskan dan badan saya akan kembali seperti biasa. Malah, Johan akui beliau tidak merasa tergugat dengan kehadiran pelakon baru yang berbadan sasa.  Johan yakin, bukan badan sasa yang menjamin kualiti seseorang pelakon itu tetapi bakat lakonan yang penting untuk mana-mana produksi menawarkan sesebuah projek. Saya tidak rasa drama-drama sekarang hanya mahu hero berbadan sasa sahaja, saya juga tidak tergugat dengan kehadiran pelakon-pelakon lelaki yang lebih kacak dan sasa. Pada saya ramai lagi penerbit yang mahu mengambil pelakon badan biasa-biasa seperti saya. Sebenarnya yang paling penting ialah bakat lakonan.  Betul kata Johan tu, kalau harapkan badan sasa ataupun kata orang sado, tetapi kalau berlakon pun seperti kayu tiada gunanya juga bukan? Kadang-kadang penonton pun mahu melihat lakonan yang berkualiti agar tidak merasa bosan. Sumber Berita : mStar Online | |
Toknek.com RSS Feed Posted: 04 Aug 2016 02:20 AM PDT |
myartis.com Posted: 04 Aug 2016 01:54 AM PDT "KEMALANGAN BUAT SAYA CARI ALLAH" - AWI RAFAEL Posted: 03 Aug 2016 09:08 PM PDT Penyanyi Awi Rafael, 30, berkata sejak kejadian kemalangan ngeri pada Mei lalu itu sedikit sebanyak menerbitkan rasa insaf di dalam dirinya sekaligus membuatkan beliau tekad mendekati Allah dan tidak terlalu mengejar duniawi seperti dulu. Kata Awi, kejadian tersebut turut membuat dia mengubah imejnya, tidak sama seperti sebelumnya. "Nyawa saya pada ketika itu ibarat di hujung tanduk. Jarak kesan hentaman di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter sahaja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah panjangkan usia untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | 3 FOTO & VIDEO - GELAGAT KEMBAR SEPASANG ZIANA ZAIN SAMBUT BIRTHDAY YANG KE-7 Posted: 03 Aug 2016 08:26 PM PDT "Pejam celik pejam celik dah besar dah 7 tahun dah anak mama, happy belated birthday sayang, mama doakan moga jadi anak yang soleh dan soleha, jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat mama love uall deep deep," kata Ziana Zain mengenai anak kembar sepasang iaitu Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh yang baru-baru ini menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-7. Kita semua mengetahui bahawa Ziana yang berkahwin dengan Armin Zahrin kini sudah dikurniakan empat orang anak, jarang menonjolkan gambar suami dan anak-anaknya. Jom tengok gelagat si kembar ni! << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | SAHARUL RIDZWAN SAH AKHIRI ZAMAN BUJANG 16 SEPTEMBER INI Posted: 03 Aug 2016 05:28 PM PDT Tahniah diucapkan buat pelakon Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, pada 16 September depan. Memetik laporan Astro Gempak, pihaknya telah menerima kiriman kad undangan perkahwinan pelakon itu menerusi aplikasi Whatsapp pada petang semalam. Perkara tersebut sekaligus menjawab teka-teki mengenai tarikh perkahwinan aktor tersebut. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | "FILEM 'MAWAR PUTIH' TANDA PERPISAHAN SAYA PADA DUNIA SENI" - ROSNANI JAMIL Posted: 03 Aug 2016 03:31 PM PDT "Pada usia ini, anak-anak meminta saya berjanji itu saja. Sebenarnya, 'Mawar Putih' ini bukan sekadar naskhah penghargaan untuk arwah suami yang meninggal dunia dua tahun lalu, malah ia menjadi tanda perpisahan dengan dunia seni," demikian kata Seniwati Datuk Rosnani Jamil, 80, yang mengumumkan bersara selepas filem terakhir garapannya, 'Mawar Putih' ditayangkan di pawagam pada 18 Ogos ini. Setelah hampir enam dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, Rosnani yang juga penerbit dan pengarah terkenal berkata, dia mahu meluangkan masa bersama keluarga dan melawat negara orang selepas meninggalkan dunia seni. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | DIGIGIT KUCING - RAJA ILYA DIMASUKKAN KE ICU, BAKAL DIBEDAH Posted: 03 Aug 2016 03:24 PM PDT Biasanya kita hanya mendengar bahaya digigit anjing atau haiwan liar. Malah seseorang yang telah digigit haruslah segera mendapatkan rawatan bagi mencegah kuman merebak. Namun lain pula kesahnya dengan pelakon Raja Ilya, apabila perlu menjalani pembedahan susulan bagi membuang 12 ketulan yang tumbuh di beberapa bahagian badannya. Semuanya gara-gara kesan sampingan daripada suntikan vaksin yang diterimanya selepas digigit kucing peliharaan, baru-baru ini. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
ROTIKAYA Posted: 03 Aug 2016 08:30 PM PDT “Saya Selesa Kawan Dengan Lelaki Berbanding Wanita” Posted: 03 Aug 2016 07:32 PM PDT Pernah terpalit usikan di antara Mira Filzah yang dikatakan rapat dengan Zizan Razak, kini timbul pula dakwaan bahawa pelakon jelita ini rapat dengan pelakon, Ben Ali. Tidak mahu berselindung, Mira mengakui dia sememangnya rapat dengan Ben Ali. BACA: Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?  “Sebenarnya, kami rapat sebagai kawan. Ben menjadi individu penting memperkenalkan saya dalam industri lakonan sejak awal tahun lalu. Daripada situ, saya mula memberi kepercayaan kepada dia menguruskan kerjaya lakonan bersama Natrah sebagai pembantu peribadi” “Sejak dulu lagi, Ben menjadi pakar rujuk dan memberi tunjuk ajar. Saya lebih banyak kawan rapat dalam kalangan lelaki. Ben adalah salah seorang daripada mereka. Mungkin saya lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita,” jelasnya kepada BH Online. Bagaimanapun menurut Mira, dia tidak rimas dengan gosip dan usikan berpacaran yang datang kepadanya kerana menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah selagi dirinya belum berkahwin. Malah kata Mira lagi, dia dan Ben tahu batasan hubungan yang terjalin di antara mereka. (rtky/s) Gambar Ihsan: BH Online & Miraclegacy | Selepas Kemalangan Awi Rafael Cari Allah, Ubah Imej Posted: 03 Aug 2016 07:26 PM PDT Pernah mengalami kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya suatu ketika dulu membuatkan Awi Rafael mencari-cari Allah sehinggakan beliau mengubah imejnya. Akuinya lagi, kejadian itu sedikit sebanyak menerbitkan rasa insaf didalam dirinya sekaligus membuatkan beliau tekad mendekati Allah dan tidak terlalu mengejar duniawi seperti dulu. BACA: Awi Rafael Bersyukur Selamat Selepas Alami Kemalangan "Nyawa saya pada ketika itu ibarat di hujung tanduk. Jarak kesan hentaman di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter sahaja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah panjangkan usia untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Lantaran itu, saya tidak mahu berlengah lagi untuk terus mengejar duniawi. “Tiba masanya untuk saya berbuat atau menyumbang sesuatu terhadap komuniti. Jadi, Euphoria adalah medium terbaik untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Apabila pulih sepenuhnya, tiada yang lain mampu difikirkan selain mencurah ilham yang hadir ketika itu, semuanya bersifat kerohanian,” katanya kepada Utusan Online berhubung dengan perkara berkenaan. Sebelum ini, Awi dikatakan mengalami kemalangan jalan raya apabila kenderaannya dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 1 pagi berdekatan kawasan perumahannya di Kota Damansara. Kejadian malang itu turut menyebabkan Awi diseret oleh kereta berkenaan namun Awi bernasib baik kerana kesan hentaman tersasar sedikit lalu menyelamatkan nyawanya. Selain itu Awi turut meluahkan rasa bersyukurnya kerana terselamat daripada kemalangan negeri itu dan juga diberikan peluang sekali lagi untuk terus bernafas dan melalui kehidupan sehari-harian. Pada masa yang sama, beliau juga akui kejadian malang yang berlaku ke atas beliau pada tempoh hari telah memberikan seribu satu hikmah buat dirinya. (rkty/w) | Saharul Ridzwan, Deena Emir Nikah 16 September Ini Posted: 03 Aug 2016 06:38 PM PDT Tahniah diucapkan kepada Saharul Ridzwan yang akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Qaabila Deena Amir pada 16 September depan. Difahamkan majlis perkahwinan bagi pasangan merpati dua sejoli itu akan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya, sekaligus menjawab segala persoalan ramai mengenai kontroversi terdahulu. BACA: Saharul Ridzwan Bakal Nikah Qaabila Deena September Depan Memetik laporan Astro Gempak, pihaknya telah menerima kiriman kad undangan perkahwinan pelakon itu menerusi aplikasi Whatsapp pada petang semalam sekaligus mengesahkan segala spekulasi yang timbul mengenai status perkahwinanya. Difahamkan, bakal isteri Saharul merupakan seorang ahli perniagaan atas talian dan juga pemilik Wrap Boutique House. Sebelum ini, Saharul pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini namun beliau memilih untuk berdiam diri mengenainya sehingga sekarang. Berikutan itu ada beberapa sumber terdekat mendedahkan maklumat mengenai perkahwinannya, juga identiti pasangan yang bakal menjadi isteri kepada pelakon itu. Malah untuk pengetahuan, Deena sebenarnya wanita yang sama yang pernah dikaitkan dengan Saharul sebelum ini, dimana Saharul pernah memuat naik gambarnya bersama wanita itu di laman Instagram namun akhirnya terpaksa dipadamkan atas sebab-sebab tertentu. Malah beliau tampil memohon maaf kepada keluarga wanita berkenaan yang turut terkesan dengan gambar itu. Walau apapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan sama padan, Saharul dan Deena diatas perkahwinan yang berlangsung tidak lama lagi. Semoga segala perancangan dan urusan yang dirancang bagi perkahiwnan ini akan dipermudahkan olehNya, dan diharap perkahwinan yang dimeterai nanti mendapat rahmat dan keberkatan daripadaNya. (rktyw) | Adakah Ini Bakal Suami Fara Fauzana? Posted: 02 Aug 2016 09:36 PM PDT Selepas pengumuman berita pernikahan Fara Fauzana bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Hafiz, ramai yang mula meneka siapakah gerangan individu tersebut. Menerusi kiriman gambar, lelaki terbabit memang menepati ciri-ciri yang diberikan Fara ketika sidang media semalam, dimana bertubuh sasa, berkulit melayu dan sedap mata memandang. BACA: Fara Fauzana Sahkan Bakal Kahwin September Ini Memetik laporan Berita Harian Online, pihaknya telah menghubungi Fara bagi mendapatkan kepastian berhubung kiriman gambar yang diterima namun beliau enggan mengesahkan atau menafikannya. Bagaimanapun personaliti TV itu hanya ketawa sambil menjemput orang ramai menghadiri majlis perkahwinan beliau yang bakal diadakan pada 17 September ini. Selain itu, menurut sumber lain pula Fara dikatakan pernah beberapa kali ditemui keluar bersama jejaka tersebut yang difahamkan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London. Selain bergelar ahli perniagaan, lelaki tersebut yang berusia lingkungan awal 30 dikatakan juga mula berjinak-jinak memasuki bidang politik tempatan Dalam masa yang sama, Fara turut berkongsi detik perkenalan beliau dengan kekasih hati yang berlangsung sejak dua tahun lalu dan mulai rapat sejak kebelakangan ini. Malah katanya lagi, sejak mengundurkan diri daripada bidang pengacaraan radio lima bulan lalu, dirinya kini mempunyai lebih masa untuk memikirkan soal masa depan termasuk rumah tangga. (rkty/w) Gambar ihsan: Berita Harian Online | |
No comments:
Post a Comment