KedahLanie.info Posted: 27 Aug 2016 10:08 AM PDT PAS..Era Politik Berputar Angin Terbalik Arus. Posted: 27 Aug 2016 07:08 AM PDT Jamaludin Jamalu PERKEMBANGAN politik pas mutakhir dilihat semacam adanya sesatu keganjilan. Sikap keganjilan yang diperlihatkan pas itu cukup menyeronokan umno-bn. Semenjak tertubuhnya pada tahun 1951 hinggalah ketitik muktamar ke 61 di Kuala Selangor pas mula bertukar angin. Partai islam itu sebelum ini dilihat agak shadid(keras) dan agresif terhadap lawan politik mereka. Pantang saja bila bertembung dengan musuh tradisi mereka(umno), pas tidak mahu mengalah untuk berlawan. Cuma tidak pernah menang di gelanggang pertandingan. Muktamar ke 61, pas bertukar wajah. Perjuangan baru pas tidak lagi melawan arus sebaliknya bertukar angin. Pas kini menjadi lunak dengan musuh tradisinya. Era politik pas bertukar dan terbalik arus. Ia dilihat oleh public oponion satu langkah daripada menifestasi keganjilan yang mengelirukan? Di balik keganjilan semacam zahirnya sesatu rahsia tersembunyi yang perlu diperhalusi. Dramatik sekali pas dan perubahannya dewasa ini. Putaran hala tuju perjuangan dari sudut mekanisme dan susun atur strategi politik partai islam itu terpusing arus ke 360 darjah kebelakang berlawan putaran alam. Kenapa kepelikan dan keganjilan ini seharusnya boleh terjadi.........? Ia amat sukar untuk diterjemahkan di arena berpolitik terkini. Pas semakin longlai, kini bertindak memunggah semua kazanah cabaran nan lampau. Pasca baru pas tidak lagi tercabar dan dicabar. Jiwa mesra dengan musuh tradisi diolah mendayu-dayu dengan alunan bahasa melunakkan sekali. Period sekarang ia mula menghantarkan mesej anjal untuk semua mereka yang setia beristiqamah sepanjang masa:- 1) Politik itu bukan pemberontakan, bukan juga maknanya menyerang tetapi politik menerang. 2) Berlawan tiada berhasrat semata-mata untuk tujuan mengejar kejayaan dan mencetak kemenangan, sebaliknya ia sekadar mengharapkan redha Tuhan. Menolak kemenangan jika Tuhan tidak redha. Biar ditimpa kekalahan berpanjangan hingga ke 1000 tahun pas akan tetap terus berjuang. 3) Menafikan politik berdemonstrasi kerana ia merugikan pas sebaliknya menguntungkan pihak-pihak lain. 4) Berpilihanraya tidak mengharapkan apa-apa kemenangan memadai sekadar jika dibenarkan menjadi agen penasihat. 5) Memulakan politik wajar " Bekerjasama itu bukan maknanya bergabung mesra" Jika ditakdirkan kemesraan bergabung itu terjadi realitinya masa sahaja yang menentukan tarikhnya. Mencukupi deklarasi ringkas ungkapan pendirian sikap pas yang kini terbalik arus berputar angin. Mudah-mudahan masa depan politik mereka tidak terunjur jauh tertinggal kebelakang. Istiqamahlah dan redhoilah hingga mencapai kejayaan. Wasalam buat sahabat-sahabat dan rakan taulan seperjuangan. Dari minda teratak Cabuk meneropong dunia orang berpolitik dari jarak jauh dihujung pendalaman. | Lagi pemimpin Umno nasihat waspada BERSATU Posted: 27 Aug 2016 05:40 AM PDT Umno tidak harus memandang ringan terhadap penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebaliknya perlu mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Ketua Umno Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Beliau berkata dalam menghadapi perang PRU, parti ditunjangi orang Melayu itu perlu sedar bahawa parti baharu itu diwujudkan dengan matlamat mahu melihat kekalahan Umno dan BN. "Kita juga tidak boleh terlalu yakin terhadap kemenangan kerana perkara ini akan menyebabkan kita kalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Shahrir, yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, berdasarkan pengamatan beliau dan ucapan yang didengarnya, parti baharu itu bukan membawa perjuangan rakyat atau falsafah alternatif. "Kita (Umno dan BN) mahu kuasa dan kita yakin kita boleh majukan rakyat tetapi matlamat BERSATU bukan itu. BERSATU kata kalau tidak menang pun tidak mengapa, maknanya, parti itu tidak ada perancangan. "Jadi, bagaimana BERSATU hendak majukan rakyat dan negara dan ini jelas matlamat parti itu hanya hendak lihat Umno kalah sahaja," katanya. Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung trend memberi penekanan terhadap 'bangsa negeri' boleh meruntuhkan perpaduan sebagai rakyat Malaysia, Shahrir berkata semua pihak perlu mengakui bahawa Johor mempunyai pendekatan berlainan dan cara tersendiri dalam pelbagai aspek berbanding negeri lain. Namun pada masa sama, katanya, semua pihak juga perlu menerima dengan baik pendekatan yang diamalkan setiap negeri di negara ini. "Kita kena akui ada kelainan dan pendekatan Johor dan ini menyebabkan orang luar Johor marah sikit. Ini membuatkan ada pemimpin peringkat kebangsaan yang tidak faham dan mereka anggap Johor macam mengada-ngada sedangkan kita (Johor) ambil pendekatan sendiri," katanya. Shahrir berkata bekas perdana menteri itu mungkin mempunyai beberapa sebab untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Soal dia (Dr Mahathir) punya marah kepada 'Bangsa Johor' mungkin ada sebab. Satu sebab, mungkin dia anjur konsep 'Bangsa Malaysia', tetapi, konsep di bawah Wawasan 2020 itu kurang kedengaran sekarang dan tiada sambutan kuat," katanya. Rabu lepas, Dr Mahathir berkata semua negeri perlu memperjuangkan semangat sebagai rakyat Malaysia, bukan sebagai rakyat negeri berbeza kerana hanya melalui perpaduan sahajalah, Malaysia akan makmur. Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan daripada hadirin pada Siri Wacana Perdana Ke-20 bertajuk 'Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia' di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - Bernama | Sabun cap UMNO dan ikan kepala busuk Posted: 26 Aug 2016 08:24 PM PDT
Telinga aku sebenarnya sudah lama bengkak apabila pemimpin politik secara klise mengajak rakyat "setia" kepada parti. Lepas "setia" kepada parti "setia" pula kepada Presiden. Jadi, aku pun tertanya-tanya kenapa tidak "setia" kepada siapa yang membawa ke jalan kebenaran?
Hangpa toksah cakap pasal kesetiaan. Istilah ini tidak membawa makna apa-apa kecuali ada perkataan selepas kesetiaan itu diucapkan. Kalau hangpa nak tau penyamun mata satu pun setia. Depa setia kepada ketua yang hebat menyamun, kebal dan licik.
Itu bertuhankan kepada parti dan ketua. Itu dah menyeleweng daripada hakikat berparti dan berjuang dengan parti. Setia dan kesetiaan tidak boleh melulu waima yang membawa kita ke longkang. Setia melulu ibarat yang pandai memperkudakan yang tolol.
Tetapi adakan kita boleh buat kira dengan kesetiaan penyamun kepada ketuanya? Dah tentu tidak boleh ambil kira. Sebab kesetiaan para penyamun itu tidak membawa kepada kebenaran. Maka tidak setia adalah lebih mulia daripada terus setia.
Dalam politik hangpa toksah setia melulu. Kalau hangpa terus setia kepada parti, kepada Presiden, itu maknanya hampa tidak menggunakan kelebihan akal yang diberikan kepada manusia. Hidup kita ini perlu setia kepada perbuatan atau tindakan yang membawa kepada kebenaran. Kalau tak tau mana yang benar dan tak benar, baca.
Banyak membaca. Pelbagaikan sumber untuk dibaca. Jangan terperangkap dengan sumber yang dibaca. Daripada situ kita akan mendapat petanda yang menunjukkan mana satukah yang menuju kebenaran. Misalnya depa dok kata jangan bagi ruang kepada kuasa asing campur tangan dalam negara kita.
Itu aku sangat setuju. Sebab itu aku sokong Dr. Mahathir yang masa dia jadi Perdana Menteri tak sekalipun Presiden Amerika dijemput datang ke negara ini. Presiden Amerika tak datang macam kita pi melawat pak penakan kita. Tak ada agenda depa tak datang. Lepas tu dua kali menatang kedatangan Presiden Amerika, tiba-tiba kata jangan bagi ruang campur tangan asing. Hangpa cakap bahasa apa ni?
La ni ada parti baru nama dia BERSATU. Apa susah masuk dan sokong sajalah bila mengundi nanti. UMNO? Jangan dok risau pasai UMNO. Ingat, jangan bertuhankan parti atau Presiden. Kalau parti baru menawarkan lebih baik dari UMNO (yang merelakan integriti dilempar ke tepi) pilih saja yang baru.
Hangpa jangan terasuk dengan saranan supaya memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada parti. Itu mengarut. Itu mengarut tahap gaban. Hanga kena berkata, "Ya kami memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi malah sanggup mati demi parti tapi dengan syarat yang menuju kebenaran." Memang benar UMNO (dulu-dulu) berjuang untuk rakyat hingga merdeka. Bagaimanapun UMNO memadamkan perjuangan daripada golongan ulama, guru, wartawan dan sasterawan. Depa mendabik dada pada setiap 31 Ogos "kununnya" UMNO sajalah memperjuangkan kemerdekaan. Tak apalah, sejarah ditulis oleh yang menang (UMNO) tetapi kebenaran sejarah tidak pernah berubah.
Tapi itu UMNO (dulu-dulu). Tak malukah UMNO (sekarang) menenggek di atas UMNO (dulu-dulu). Hangpa dalam UMNO la ni dok buat apa? Takkan dok julang Presiden 24 jam atau 365 setahun? UMNO dulu gagasannya bebaskan tanah air, takkan pula hangpa dalam UMNO setakat nak bebaskan Presiden? Lagipun Presiden tak bersalah, apa yang dok kalut jaga dia. Dia okey saja, hangpa pula yang tak berapa okey.
Aku nak bagitau hangpa parti politik ni macam sabun basuh kain. Kalau zaman mula-mula merdeka dulu kita pakai sabun cap UMNO misalnya. Tetapi bukanlah sepanjang zaman kualitinya sama. Ia berubah menjadi lebih baik dan mungkin lebih buruk terletak kepada siapa pembuatnya. Memanglah dulu sabun cap UMNO hebat. Tetapi sekarang sabun cap UMNO jangan kata nak tanggal baju terkena getah nangka, daki pun tak tanggal.
Adakah kita akan terus menggunakan sabun cap UMNO padahal kita ada sabun pilihan lain yang menjanjikan kualiti lebih baik. Kalau tidak percaya pun setidak-tidaknya cuba dulu sekali dua. Kemudian kita kaji siapa pembuatnya. Kita bandingkan dengan sabun lama kita.
Kalau hangpa terus setia kepada sabun cap UMNO, aku rasa hangpa telah menganiaya dan tidak berlaku adil kepada diri sendiri. Hangpa telah berlaku tidak adil kepada akal yang sewajarnya memberikan hangpa membuat pilihan yang bijak.
Aku bukan ahli mana-mana parti. Tapi kalau hangpa tanya aku, parti baru memberikan hangpa pilihan. Hangpa kena buat pilihan dengan akal yang waras. UMNO sikit tak heran dengan parti baru, depa semua tu dah hebat sangat dah.
Tetapi tugas hangpa nilai "kepala" kedua-dua parti, UMNO dan parti baru. Hangpa nilailah sendiri, malas aku nak tolong suap kat hangpa.
Orang bijak pandai ada berkata, ikan busuk di kepala dulu, lepas tu baru merebak ke badan kemudian ke ekor. Apa maknanya kata-kata orang bijak pandai ini? Maknanya kalau "kepala" telah rosak, kalau tidak dipotong kepada seluruh badan ikan akan ikut busuk. La ni hangpa dok sayang kepala ikan dan biar sekoq ikan langsung tak boleh makan?
Hangpa dok tanya lagi apa sebenarnya yang aku nak cerita? Hangpa pikirlah sikit. Rajin-rajinkan guna akal fikiran. Aku malas nak suap kat hangpa semuanya. Kalau hangpa terus buat macam ni, senanglah orang cerdik keldaikan hangpa.
nukilan ku_seman | Saman 1MDB: Amanah sokong surat perkenan sokongan Agong Posted: 26 Aug 2016 07:44 PM PDT KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen Parti Amanah bakal menandatangani satu surat bertujuan meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi menyokong tindakan Datuk Husam Musa dan Matthias Cheng meminta aset 1MDB di kembalikan.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, dengan cara itu mereka berharap tindakan tersebut akan memberi lebih legitemasi ke atas usaha mereka berdua.
"Husam dan Matthias Cheng meletakan mereka sebagai mewakili rakyat Malaysia untuk menuntuk hak di mahkamah.
"Jadi dalam hal ini surat sudah kita siapkan, dengan meminta YDPA memperkukuhkan kedudukan dan tindakan yang diambil oleh mereka berdua," katanya dalam satu sidang medianya di Ibu Pejabat Amanah, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Amanah terdiri daripada enam orang iaitu dari Shah Alam, Khalid Samad; Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa Parit Buntar; Dr Mariah Mahmud Kota Raja; Dr Hatta Ramli Kuala Krai; Hanipa Maidin Sepang, dan Raja Kamarul Bahrin Kuala Terengganu.
Matthias, seorang peguam yang juga bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Husam Musa, bekas naib presiden Pas menfailkan saman di mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di New York pada selasa, menurut The Hollywood Reporter.
Pihak yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah Red Granite Pictures yang menerbitkan filem Wolf of Wall Street, syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland, dikatakan kawan kepada Riza Aziz.
Bank pelaburan Goldman Sach turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar kepada 1MDB, Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.
Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.
Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defenden sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio. | Isu Pelajar Maahad Tahfiz di Cabul - Kazim Elias buat laporan polis terhadap Syed Azmi dan Wardina Posted: 26 Aug 2016 06:54 PM PDT
 IPOH: Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias hari ini membuat laporan polis terhadap dua pengguna media sosial (Facebook) kerana didakwa membuat komen-komen yang berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang penceramah agama terkenal tanah air. Ustaz Kazim berkata, beliau membuat laporan itu kerana merasakan komen-komen negatif yang dibuat oleh aktivis Syed Azmi Alhabshi dan personaliti Wardina Safiyyah sebagai komen-komen yang sangat memalukannya. Untuk itu katanya satu tindakan perlu diambil bagi membersihkan namanya dan nama sekolahnya Maahad Tahfiz Darul Barakah. BACA: Saya sanggup serah sesiapa sahaja, termasuk darah daging sendiri - Ustaz KazimBACA: Saya tiada agenda, hanya mahu lindungi kanak-kanak - Syed AzmiBACA: Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'"Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini sebab mempertahankan diri saya kerana komen-komen yang begitu negatif yang secara langsung dapat disifatkan sebagai itu adalah saya malah ada yang menggelarkan saya dengan gelaran gelaran yang buruk ekoran viralnya di dalam Facebook mereka. "Jadi saya minta supaya pihak polis mengambil siasatan ke atas perkara ini supaya tidak berlaku fitnah yang berpanjangan terhadap diri saya, terhadap sekolah saya dan saya harap kepada netizen yang memberi komen dan sebagainya di dalam Facebook mereka ini supaya dapat berhati hati jangan kita mengatakan sesuatu yang di luar batasan Islam dan mempunyai pegangan agama," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh petang tadi. Beliau seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap kedua-dua pengguna Facebook terbabit kerana didakwa telah mencelarkan reputasinya sebagai seorang penceramah terkenal tanah air dan juga sekolah maahad tahfiz di bawah kelolaannya. Baru-baru ini, tersebar di laman sosial mengenai beberapa orang pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain didakwa berlaku kejadian seks luar tabii.
| Pas mengesahkan tidak menyertai himpunan Tangkap MO1 hari ini Posted: 26 Aug 2016 06:15 PM PDT
KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan tidak akan menyertai Himpunan Tangkap MO1 yang akan diadakan di ibu kota hari ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat,Nasrudin Hassan menerusi bualan aplikasi Whatsapp sebentar tadi.
"Tidak," jawab Nasrudin ringkas ketika ditanya mengenai penyertaan Pas dalam himpunan esok.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad kamil ketika ditanya mengenai perkara sama dalam sebuah sidang media di sini, hari ini tidak dapat mengulas mengenai perkara tersebut.
Katanya, pihaknya sedang menunggu arahan lanjut berkaitan himpunan itu daripada Pas Pusat.
Sehingga kini, katanya, Pas Pusat tidak mengeluarkan apa-apa maklumat mengenai penyertaan parti Islam itu dalam himpunan tersebut.
Himpunan Tangkap MO1 akan diteruskan di Dataran Merdeka esok bermula jam 12 tengahari.
Difahamkan, himpunan tersebut diadakan bagi menggesa kerajaan menangkap dan mendakwa individu yang digelar Malaysian Official 1. | TMJ serah pendrive kepada Khairy Posted: 26 Aug 2016 05:39 PM PDT
PEMILIK Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menyerahkan pendrive yang mengandungi laporan mengenai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Menerusi kemas kini status di laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini, Tunku Ismail dilaporkan telah berkenan bagi menerima kunjungan Khairy dalam pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Selain menyerahkan pendrive tersebut, Tunku Ismail dan Khairy turut membincangkan mengenai program-program pembangunan belia serta berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa terutama melibatkan sukan bola sepak.
Sebelum ini, Tunku Ismail mendakwa memiliki dokumen penting berkaitan maklumat berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia serta aktiviti dalaman FAM.
Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini juga turut mengalu-alukan Tunku Ismail untuk menyerahkan 'pendrive' yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung rasuah FAM kepada pihak mereka.
Namun begitu, Tunku Ismail dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa beliau boleh menyelesaikan sendiri isu FAM tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak. | Kementerian Kesihatan memberi jaminan Vaksin bebas DNA khinzir di setiap hospital kerajaan Posted: 26 Aug 2016 05:00 PM PDT
ALOR SETAR – Kementerian Kesihatan memberi jaminan vaksin yang digunakan di setiap hospital kerajaan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, vaksin tersebut telah diuji di seluruh dunia dan boleh digunakan di Malaysia apabila mendapati ianya selamat untuk digunakan.
 "Kes-kes difteria memang berlaku di banyak negeri termasuk Kedah. Kes yang terakhir berlaku setakat ini kepada kanak-kanak yang tidak pernah dapat imunisasi selepas dilahirkan. Ramai juga yang tak dapatkan sepenuhnya imunisasi dan membahayakan anak tersebut.
"Kita nak tegaskan supaya ibu bapa pastikan anak-anak dapat imunisasi yang lengkap, jangan separuh dan tidak cukup kerana kita khuatir dijangkiti difteria yang amat bahaya," katanya.
Beliau berkata berkata demikian kepada media selepas hadir pada majlis penyempurnaan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2016 di Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, di sini, semalam.
Menurutnya, kes kematian juga banyak berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan difteria.
"Saya harap mereka yang anti-vaksin ini dapat benarkan imunisasi kepada anak masing-masing. Saya dah cakap banyak kali, kalau kita tak bagi imunisasi kepada anak-anak kita adalah satu penganiayaan kepada mereka.
"Saya harap mereka buat pendirian dan bagilah kebenaran. Kesan sampingan mungkin ada dan mungkin tidak. Kalau ada pun mungkin terlalu sedikit sangat dan tidak serius, misalnya demam," katanya.
Hilmi berkata, vaksin yang digunakan di Malaysia akan diuji terlebih dahulu oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkannya.
"Setakat ini tidak ada unsur-unsur khinzir pun dalam vaksin yang kita pakai, kita tak beli pun. Yang kita beli hanya vaksin yang sah dan tiada unsur khinzir.
"Saya harap perkara ini tidak dipertikaikan lagi dan harap semua ibu bapa pergilah dapatkan imunisasi untuk anak-anak. Kita bagi percuma, tak perlu bayar satu sen pun," katanya.
Ditanya sama ada penyakit difteria juga berpunya daripada pengambilan vaksin homeopati, beliau tidak menafikannya.
"Pada saya mereka yang mengambil homeopati dan anti-vaksin ini kerana perniagaan saja. mereka nak promosi homeopati walaupun tak tahu lagi kesannya dan menolak vaksin. Ini adalah pertimbangan perniagaan, bukan kerana keselamatan anak itu.
"Janganlah kerana nak berniaga sampai kita menolak imunisasi kepada anak-anak. Tak ada laporan kesihatan pun yang boleh mengatakan homeopati boleh menggantikan imunisasi pada kajian mereka yang sah, tak ada pun di Malaysia," katanya. | |
No comments:
Post a Comment