Friday, 19 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 19 Aug 2016 12:24 PM PDT

MySensasi


Siaran Langsung Final Badminton Bergu Lelaki Sukan Olimpik 2016

Posted: 19 Aug 2016 06:30 AM PDT

Live Streaming Siaran Langsung Final Badminton Bergu Lelaki Sukan Olimpik 2016. Impian emas pertama Malaysia di pentas Olimpik kini diletakkan dibahu pasangan bergu badminton Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang akan turun dalam perlawanan akhir menentang bergu China, Fu Haifeng dan Zhang Nan. Kedua pasangan ini berada dalam kumpulan sama pada peringkat awal dimana pasangan ...

Siaran Langsung Badminton Olimpik 2016 Lee Chong Wei vs Lin Dan

Posted: 19 Aug 2016 03:27 AM PDT

Live Streaming Siaran Langsung Badminton Olimpik 2016 Lee Chong Wei vs Lin Dan. Perlawanan yang dinantikan oleh peminat badminton di Malaysia yang akan membabitkan pemain yang diletakan harapan tinggi untuk mendapat pingat emas. Perlawanan separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2016 Rio ini dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2016 jam 7.30 malam waktu Malaysia. ...

KedahLanie.info

Posted: 19 Aug 2016 10:38 AM PDT

KedahLanie.info


Mahfuz : Nawawi Jahat Terhadap Agong dan Manipulasi MO1 Adalah Agong

Posted: 19 Aug 2016 06:50 AM PDT

Kenyataan Media.

*NAWAWI JAHAT TERHADAP AGONG DAN MANIPULASI MO1 ADALAH AGONG*

1.Tidak wajar untuk YB Ir Dato' Nawawi Ketua Umno bahagian Langkawi menganggap pembangkang telah memanipulasikan isu tulisannya di FB beliau yang MO1 adalah Yang Di  Pertuan Agong.Sudahlah menghina SPB Yang Di Pertuan Agong kini *menuduh pula pembangkang yang manipulasi tulisan jahat beliau yang tidak beradap dan bangang dalam mentafsirkan perlembagaan*.

2.Polis perlu bertindak tegas dan segera menahan Nawawi untuk disoal siasat serta di ambil tindakan wajar untuk mendakwa Nawawi ke mahkamah. *Nawawi terus menerus  mempersenda Yang Di Pertuan Agong dan rakyat Malaysia dengan memadam tulisan asalnya* dan menafikan yang beliau pernah membawa maksud MO1 itu adalah Yang Di Pertuan Agong.Nawawi  *cuba merendahkan tahap pendidikan Yang Di Pertuan Agong dan rakyat Malaysia seolah mereka ini buta huruf sedangkan mereka adalah celik IT*.

3.Polis tidak boleh di  lihat double standard dalam bertindak. *Kenyataan Nawawi paling jelik kerana beliau adalah bangsa Melayu yang menghina Yang Di Pertuan Agong. Polis tidak boleh di lihat cuba membawa unsur perkauman dengan bertindak bila yang buat kenyataan itu adalah Cina atau bukan Melayu dan melindungi Melayu yang jahat dan tak beradap kepada Yang Di Pertuan Agong*.

4.Nawawi telah dengan niat jahat terhadap Yang di Pertuan Agong telah memanipulasikan perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40. Mengikut Perkara 39 dan 40 Perlembagaan Persekutuan, Kuasa Eksekutif Persekutuan terletak di bawah Yang di Pertuan Agong tetapi *dalam masa yang sama bolehlah dijalankan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Dalam perjalanan biasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan, segala urusan eksekutif adalah di bawah Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang akan memberikan nasihat kepada Yang di Pertuan Agong*.

5.Tindakan DOJ jelas menyebut bahawa Malaysia Official 1 ialah seorang penjawat awam, justeru ianya jelas bukan Yang di Pertuan Agong kerana  *Yang di Pertuan Agong bukan penjawat awam. Ini menjelaskan lagi bahawa MO1 ialah Perdana Menter*i. Justeru *pentafsiran Nawawi adalah dangkal dan terkeluar dari konsep Perlembagaan*.

6.Samada Nawawi merujuk kepada tindakan DOJ atau tidak bukan isunya tetapi tindakan Nawawi *menyifatkan MO1 di bawah Perlembagaan ialah Yang di Pertuan Agong adalah salah dan jelas menghina dan berniat jahat terhadap Yang Di Pertuan Agong yang menjadi payung Persekutuan*.Polis perlu segera bertindak terhadap Nawawi.Kerana *tidak wajar seorang Ahli Parlimen bertindak menghina,jahat dan biadap terhadap Yang Di Pertuan Agong*.

#TangkapMO1
#TangkapNawawi
#DaulatTuanku
#SelamatkanMalaysia.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
5.30pm Taman Al-Walid Alor Setar
19 Ogos 2016/16 Zulkaedah 1437H.

Umno bakal memimpin BN Pulau Pinang, Gerakan disisih?

Posted: 19 Aug 2016 12:30 AM PDT

Umno
PETALING JAYA: Umno bersedia mengambil alih jawatan pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dari sekutunya Gerakan ekoran kelemahan parti itu sebagai pembangkang di negeri pimpinan DAP, ditambah dengan keputusan pilihan raya yang buruk.

Seorang anggota kanan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan berkata, 10 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dimenangi Umno meningkatkan keyakinan parti itu untuk melakukan tugas dengan lebih baik dan mengurangkan majoriti DAP dalam pilihan raya akan datang.

Pemimpin Gerakan, yang enggan dikenali itu berkata, seorang ahli politik Umno Pulau Pinang dan seorang menteri Persekutuan disebut-sebut untuk menjadi pengerusi BN negeri itu.

"Nama seorang ahli politik kanan Umno dari Pulau Pinang dicadangkan oleh oleh menteri itu kepada Perdana Menteri, untuk jawatan pengerusi BN negeri.

"Langkah ini satu penghinaan besar kepada Gerakan yang kelihatan lebih berminat terhadap pertelingkahan dalaman sejak tiga tahun yang lalu, dan bukannya menjadi 'check and balance' kepada kerajaan," kata sumber itu kepada FMT.

Secara tradisinya, pengerusi BN di Pulau Pinang diwarisi Pengerusi Gerakan negeri. Buat masa ini, Teng Chang Yeow, yang juga bekas Exco Pulau Pinang.

Teng, bagaimanapun memilih bercuti atas sebab-sebab peribadi sejak beberapa bulan lalu.

Pulau Pinang ditadbir Gerakan selama tiga penggal, sejak 1970 di bawah kepimpinan bekas ketua menteri Tun Datuk Seri Dr Lim Chong Eu dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun, ia kalah teruk pada pilihan raya umum 2008 kepada pihak Pakatan Rakyat.

Sementara itu, ahli berpangkat tinggi parti itu mendedahkan Gerakan bukan sahaja gagal berkembang kuat tetapi pertelingkahan dalaman yang tidak kesudahan dan kewujudan "blok" pemusuh sesama parti melumpuhkan lagi parti itu.

"Pengerusi negeri yang sedang bercuti pula mendakwa ahli-ahli parti peringkat kebangsaan campur tangan dalam perkara-perkara peringkat negeri.

"Apabila kamu asyik bertengkar membiarkan diri diperbodohkan, tentulah jawatankuasa pusat akan melangkah masuk untuk meleraikan pergaduhan," kata ahli parti.

Ahli itu menambah, pertelingkahan tidak berhenti walaupun terdapat cubaan untuk menenangkan pihak terbabit.

"Maka, tidak hairanlah bagi Umno merebut peluang ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Pulau Pinang.

"Pemimpin-pemimpin Gerakan Pulau Pinang hanya menjadi 'hero' apabila bertelingkah secara dalaman tetapi 'zero' (kosong) apabila menjadi pembangkang menentang kerajaan Pulau Pinang semasa yang semakin sombong. Mereka tidak mempunyai pelindung untuk menangkis peluru Ketua Menteri dan kabinetnya.

"Ditambah, lebih ramai pemimpin bijak dari Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan meninggalkan parti itu, ia boleh membawa kepada kecundangan yang lebih buruk," katanya.

Gerakan berada dalam keadaan serba salah selepas Teng bercuti beberapa bulan, khabarnya dia merancang meninggalkan jawatan untuk penggantinya.

Menurut sumber itu, ini adalah kali pertama seorang ketua Gerakan Pulau Pinang bercuti untuk memberi tumpuan kepada perniagaan.

Ahli kanan CWC itu memberitahu FMT, langkah menggantikan pengerusi BN negeri wujud selepas mereka hilang keyakinan terhadap Teng yang dilihat "jinak dan tenang" sepanjang menjadi pengerusi.

"Apabila individu seperti Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia memperoleh lebih banyak sokongan dan mampu menonjol sebagai pembangkang yang lebih baik daripada BN, di mana Gerakan mahu meletakkan mukanya?

"Ini memalukan Gerakan. Ini di sebalik hakikat hanya segelintir ahli Gerakan dari Pulau Pinang yang tampil menyuarakan pendapat mereka di media," kata anggota kanan parti itu.

Baru-baru ini, tindakan Dr Thor Teong Gee dari Badan Perhubungan Gerakan Pulau Pinang dan peguam Rowena Yam meletak jawatan dari parti itu menarik perhatian ramai. Dr Thor adalah timbalan Setiausaha Agung Gerakan dan Yam adalah Ketua Wanita negeri.

Awal tahun ini, berita persengketaan dalaman didedahkan secara terbuka apabila blok A yang mengakui "intelek" Gerakan mendakwa disisihkan oleh pihak yang dilabelnya sebagai "pejuang jalanan dan golongan penutur bahasa Cina" sebagai pemimpin.

"Jika anda melihat dengan teliti, terdapat dua kem, satu diketuai oleh Teng, satu lagi oleh sekumpulan profesional yang diketuai oleh Baljit Singh. Anda boleh melihat siapa yang diketepikan. Jelas sekali, pasukan Baljit ini ditolak ke tepi," tambah ahli itu.

Sebelum ini Teng menafikan semua khabar angin dengan berkata seorang individu "bodoh" sengaja mewujudkan konflik antara dia dan ahli partinya.

Beliau akui menawarkan jawatan kepada mereka termasuk yang tidak penyokongnya.

Teng juga menyangkal kewujudan dua kem.

Jangan amal politik samseng, nasihat Amanah kepada PAS

Posted: 18 Aug 2016 11:30 PM PDT

Mohd-Amar-Nik-Abdullah_salahuddin_kel_6001
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menghentam kenyataan Naib Presiden PAS tentang penyertaan parti politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Kelantan.

Menurut laporan Bernama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sekiranya parti pembangkang bersungguh mahukan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14, parti selain PAS dan PKR tidak boleh bertanding di Kelantan.

Salahuddin berkata kenyataan Amar menunjukkan parti Islam itu mengamalkan politik samseng.

"Bagi saya itu politik samseng. Dalam politik sebetulnya ialah mengkaji kekuatan dan kelemahan setiap parti sebelum memutuskan parti apa bertanding di mana," katanya kepada FMT.

Beliau menambah PAS tidak sepatutnya merasakan kemenangan pasti berpihak kepadanya kerana menguasai kerusi untuk sekian lama.

"Medan politik sudah berubah. Dulu tiada Pakatan Harapan, sekarang ada. Sekarang ada parti-parti pembangkang baharu seperti Bersatu."

Beliau berkata walaupun Bersatu parti baru dibentuk, itu tidak bererti ia tidak relevan kepada medan politik.

Salahuddin mengingatkan PAS yang ia tidak pernah menang Kelantan secara bersendirian sejak 1990, kerana sebelum ini ia disokong Pakatan Rakyat. Sekitar 1990an, ia disokong Semangat 46.

Tegasnya kemenangan parti sebelum ini juga lantaran ketokohan bekas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"PAS berjaya memenangi Kelantan pada 1990 kerana dibantu Semangat 46, Hamim (Hizbul Muslimin Malaysia) dan Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Kerjasama sangat penting dalam politik."

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Amar sekadar menyatakan senario yang lazim berlaku.

"Secara tradisinya, itu yang lazim berlaku. Nampaknya yang yang dikehendaki PAS ialah status quo," katanya kepada FMT.

"Pastinya perbincangan perlu dilakukan sebelum sebarang memutuskan sesuatu dan sekarang ini masih terlalu awal untuk mengatakan begitu keadaannya pada pilihan raya akan datang.

"Sebelum perbincangan dibuat, semua pihak akan nyatakan pendirian masing-masing tentang perkara ini sepertimana saya yakin DAP mahu PAS jangan bertanding di Pulau Pinang."

Beliau menambah semua kenyataan yang menyatakan hasrat untuk pertandingan satu lawan satu "petanda yang dialu-alukan".

Abu Dhabi tangkap dalang berkaitan siasatan 1MDB

Posted: 18 Aug 2016 09:22 PM PDT


Hartawan Khadem al-Qubaisi, individu penting dalam siasatan 1MDB, dilaporkan telah ditangkap oleh pihak berkuasa Abu Dhabi.

Memetik sumber-sumber, akhbar Wall Street Journal (WSJ) melaporkan tangkapan itu dibuat berhubung dengan peranan Qubaisi dalam urusan 1MDB.

Malaysiakini, bagaimanapun, tidak dapat secara bebas mengesahkan laporan itu.

Qubaisi dikatakan ditangkap minggu lalu. Pada bulan April, hartawan itu dihalang daripada meninggalkan Emiriyah Arab Bersatu dan asetnya di negara itu dibekukan.

Penyiasat AS sedang meneliti urusan hartawan itu dan dana yang didakwa diperolehi melalui penipuan.

Bulan lalu, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, memfailkan saman sivil untuk membekukan AS$100 juta hartanah yang Qubaisi didakwa membelinya dengan dana daripada 1MDB.

Malaysiakini

OhDunia.My

Posted: 19 Aug 2016 08:31 AM PDT

OhDunia.My


Jerebu Mula Melanda, Malaysia Utus Surat Kepada Indonesia

Posted: 18 Aug 2016 07:42 PM PDT

BUKIT GANTANG: Malaysia akan memaklumkan kepada kerajaan Indonesia mengenai beberapa kawasan di negara ini yang mula dilanda jerebu ekoran kebakaran tanah dan hutan di Sumatera dan Kalimantan.


Jerebu Mula Melanda, Malaysia Utus Surat Kepada Indonesia

Baca selengkapnya

Senarai Kes Kanak-Kanak Hilang / Dibunuh Sejak Tahun 1996

Posted: 18 Aug 2016 07:21 PM PDT

Mayat Noor Amila Edrus Norsham, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak lapan hari lalu (11 Ogos) dan dijumpai dalam keadaan menyayat hati di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang hari ini adalah antara beberapa kes kanak-kanak hilang di negara ini, sejak 1996.


Senarai Kes Kanak-Kanak Hilang / Dibunuh Sejak Tahun 1996

Baca selengkapnya

Pengantin Lelaki Lari Lepas Lihat Wajah Sebenar Isteri Di Lapangan Terbang

Posted: 18 Aug 2016 06:31 PM PDT

Seorang lelaki Mesir melarikan diri dari isterinya yang tiba di lapangan terbang Arab Saudi kerana terkejut melihat wajah sebenarnya wanita berkenaan.


Pengantin Lelaki Lari Lepas Lihat Wajah Sebenar Isteri Di Lapangan Terbang

Baca selengkapnya

Akhirnya, TMJ Dedah Hasil Pertemuan Dengan Najib

Posted: 18 Aug 2016 06:15 PM PDT

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah menyuarakan kebimbangannya terhadap situasi politik negara secara keseluruhan khususnya melibatkan negeri Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.


Akhirnya, TMJ Dedah Hasil Pertemuan Dengan Najib

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 19 Aug 2016 02:20 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Toyota Sienta Mpv Kompak Dengan 7 Tempat Duduk Dilancaqkan Di Malaysia

Posted: 19 Aug 2016 01:52 AM PDT


kemarin berlangsungnya perlancaran gheta model terpalin baghu keluaran Toyota iaitu Toyota Sienta Kenderaan yang berkonsepkan sebuah MPV kompak urban yang mampu memenuhi keperluan keluarga moden ...

Samsung Gear 360 La Nih Di Malaysia Kamera Dengan Keupayaan Rakaman 360 Darjah

Posted: 19 Aug 2016 12:42 AM PDT


Samsung Malaysia hari ni telah mengumumkan penawaran beberapa aksesori baghu untuk pasaran tempatan termasuk salah satunya adalah kamera yang boleh merakamkan gambaq dan video dalam 360 darjah ia...

Jaduai Dan Keputusan Badminton Olimpik Rio 2016

Posted: 19 Aug 2016 12:22 AM PDT


Malaysia dok ada di bawah tekanan yang hebat untuk mendapatkan pingat emaih pertama pasai Sukan Olimpik Rio la nih memasuki pusingan terakhiaq sebelum melabuhkan tirai Negara jiran yang lain Thai...

Nikah Di Thailand Sebab Jaga Hati Isteri Pertama

Posted: 18 Aug 2016 11:02 PM PDT


Setelah lebih kughang setahun mendirikan rumah tangga buat kali kedua Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan punca sebenaq beliau bertindak menikahi Adira di Thailand pada Disember lepaih Menurutnya ...

Rozita Che Wan Rai Besday Anak Di Santorini Greece

Posted: 18 Aug 2016 10:42 PM PDT


Setiap kali ulang tahun kelahiran anak anaknya tiba pelakon Rozita Che Wan konfem menghadiahkan depa sesuatu yang istimewa kalau tahun lepaih Ammaq Effendy mendapat hadiah jam tangan mewah Bell...

Cuba Try Test Try Test Google Duo Aplikasi Panggilan Video Yang Sangat Mudah Digunakan

Posted: 18 Aug 2016 09:42 PM PDT


Google telah memperkenaikan Google Duo pada pertengahan tahun 2016 lepaih dan pada minggu ni akhiaqnya besaq nak mampuih internet berkenaan telah mula menawaqkan aplikasi Duo kepada pengguna Andr...

Harimau Tinggaikan Sebelah Muka

Posted: 18 Aug 2016 09:34 PM PDT


soghang nelayan yang hanya tinggai sebahagian mukanya saja selepaih dicakaq seekoq harimau berharap mendapatkan bantuan bagi membolehkannya buat pembedahan pasai bimbang wajahnya yang hodoh tu akan...

Suami Anita Rafar Meninggai Dunia

Posted: 18 Aug 2016 09:32 PM PDT


Datuk Zainal Osman Mohd suami pelakon Datin Anita Rafar meninggai dunia dalam kapai terbang masa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Dubai hari ni Ahli bisnes berumoq 60 an tu dipercayai me...

Akim Ahmad Sahkan Stacy Af La Nih Mengandung Anak Pertama

Posted: 18 Aug 2016 08:02 PM PDT


Tahniah kami ucapkan kepada Akim Ahmad di ataih berita gembira kehamilan Stacy Perkara hat sama dok habaq tadi diumumkan sendiri oleh Akim di laman Instagram di sampin ucapan hari lahiaq ke 26 t...

Kepala Terpisah

Posted: 18 Aug 2016 06:36 PM PDT


Dibunuh dan ditauk ke da lam gaung tu nasib Nooq Amila Ed rus Norsham 5 yang mayatnya ditemukan berhampiran Pusat Rekreasi ayaq Terjun Kemensah Hulu Kelang dekat sini kira kira pukoi 2 petang ...

Ibu Bawak Anak Bogey Beli Belah

Posted: 18 Aug 2016 06:34 PM PDT


soghang ibu tergamak membawa anak perem puannya membeli belah di sebuah pasaq ghaya di China dengan keadaan kanak kanak tu bertelanjang baghu baghu ni Tindakan soghang ibu yang membawa anak pompua...

Anak Beckham Dapat Kontrak Rm500 Ribu

Posted: 18 Aug 2016 06:32 PM PDT


Brooklyn anak sulong kepada pemain bola sepak England David Beckham dan pe nyanyi Victoria membuktikan dia jugak mampu meraih penda patan tinggi hasil usahanya sendiri apabila jengoi sebagai mod...

Meizu Memperkenaikan Jam Tangan Pintaq Dengan Muka Jam Analog

Posted: 18 Aug 2016 12:42 PM PDT


Meizu merupakan salah satu pengeluaq telefon pintaq femes dari China dan sedia menawaqkan beberapa jenih model telefon pintaq depa di Malaysia Terkini Meizu turut menyertai pelbagai pengeluaq p...

Akim Ahmad Umum Kehamilan Stacy

Posted: 18 Aug 2016 10:42 AM PDT


Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan laki bini Akim Ahmad dan Stacy Angie ataih berita kehamilan ni Akim telah menggunakan media so siall untuk mengumumkan kehamilan isterinya tu bersempena d...

Iphone 6s Caviaq Edisi Pokemon Go Ni Berharga Rm11 000

Posted: 18 Aug 2016 09:22 AM PDT


Dengan menumpang hype Pokemon GO yang sangat terkenai masa ni sebuah syarikat daripada Russia telah menghasilkan iPhone 6S spesial buat peminat Pokemon GO yang dinamakan sebagai iPhone 6S Caviaq...

Dipercayai Lebih 160 Tahun Kanta Lekap Ni Jadi Pilihan Pompuan

Posted: 18 Aug 2016 08:02 AM PDT


mai dengan rekaan yang mengutamakan kecantikan keselesaan dan jugak kesemalatan prestasi Bausch Lomb yang dah dipercayai lebih 160 tahun la nih mai denga kanta lekap terpalin baghu Lacelle D...

Kita Bukannya Kalah Hanya Tak Memenangi Emaih

Posted: 18 Aug 2016 06:22 AM PDT


cheq dan Yilyn Chan membawa selembaq bendera besaq ke kedai mamak berhampiran rumah dan semasa cheq sedang bersusah payah menaikkan bendera soghang Uncle datang menolong cheq Goh Liu Yin cheq ju...

Cheq Tak Penah Bermusuh Dengan Fasha Sandha

Posted: 18 Aug 2016 05:02 AM PDT


Rasanya suatu masa dahulu penah mendengaq perselisihan paham diantara Nur Fazura dan Fasha Sandha yang bermasam muka Namun baghu baghu ni dilihat sekepin gambaq mesra diantara depa diupload seka...

Kanak Kanak Mangsa Culik Dibunuh Dan Ditemui Dalam Gaung

Posted: 18 Aug 2016 04:52 AM PDT


Mayat kanak kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lepaih ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah Hulu Kelang hari ni Mayat kanak kanak berkenaan ditemui selepaih suspek...

Selangoq Cyber Games Akan Diadakan Pada 9 September Turut Menyertakan Permainan Clash Royale

Posted: 18 Aug 2016 03:42 AM PDT


Selangoq Cyber Games merupakan salah satu acara e sukan yang disokong oleh kerajaan negeri Selangoq Ia telah diadakan dua kali sebelum ni dan untuk tahun ketiga pada 2016 ni ia bakai berlangsun...

myartis.com

Posted: 19 Aug 2016 02:18 AM PDT

myartis.com


YASMIN HANI HAMIL ANAK KEDUA

Posted: 18 Aug 2016 08:49 PM PDT



Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Yasmin Hani, 37, yang kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini mencecah lima bulan.

Menurut Yasmin, dia dan suami memang merancang untuk menimang anak kedua selepas anak sulung mereka, Noah Ismail Wong yang berusia tiga tahun.

"Alhamdulillah, impian kami untuk menambah zuriat tahun ini tercapai. Kami merancang anak kedua ini kerana Noah semakin membesar dan senang untuk dijaga.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

LAGI 8 GAMBAR TERKINI ANAK LANA NODIN

Posted: 18 Aug 2016 08:25 PM PDT



Lagi gambar-gambar terkini Gia Quinn Mckienzie, anak sulung kepada pelakon, Lana Nodin dan suaminya, David Mckienzie yang lahir pada Januari lalu.

"Baby GIA is quarter Filipino, quarter Irish American and half Malaysian... Look at the bottom pictures of my hubby and his sister when they were little. Do you think she looks like my hubby David Mckienzie??? or like his sister Joy McKienzie Fuerbringer??? Or me???," ujar Lana di laman IGnya.

Untuk rekod, Lana dan suaminya yang juga pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS) mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 GAMBAR - ERIN MALEK & KELUARGA BERCUTI DI AUSTRALIA

Posted: 18 Aug 2016 07:50 PM PDT



Amboi... seronoknya Erin Malek bersama suami, Farriz Fauzy dan anaknya, Mohamed Faliq jalan-jalan ke Gold Coast, Australia.

"Finally. Been a while. A short Vacay with Family," ujar suami Erin di laman IGnya.

Menerusi laman Instagram Erin dan suami, mereka telah memuatnaik beberapa keping gambar sekitar percutian mereka sekeluarga.

Jom lihat!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AL-FATIHAH - SUAMI ANITA RAFAR MENINGGAL DUNIA DALAM PESAWAT

Posted: 18 Aug 2016 06:02 PM PDT



Takziah kami ucapkan kepada pelakon, Datin Anita Rafar atas pemergian suaminya, Datuk Zainal Osman Mohd yang meninggal dunia di dalam pesawat semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Dubai pada kira-kira jam 6 pagi semalam.

Adik Anita iaitu pelakon Linda Rafar memberitahu, abang iparnya yang berusia dalam lingkungan 60-an, dipercayai kena serangan jantung ketika berada dalam pesawat.

"Saya kurang pasti punca kematian tetapi ketika ini, jenazah abang ipar dihantar untuk dibedah siasat di Hospital Cooper, Mumbai apabila pesawat terbabit mendarat di India.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GOSIP SEDIH - ALLY ISKANDAR & FARAH LEE SUDAH BERCERAI?

Posted: 18 Aug 2016 04:54 PM PDT



Tiada angin, tiada ribut... tiba-tiba timbul berita sedih yang mendakwa rumah tangga pengacara TV3 iaitu Ally Iskandar dengan Farah Lee sudah menemui noktah. Mereka berdua dilaporkan melalui laman gosip CARI sudah bercerai secara baik di mahkamah meskipun mempunyai anak yang comel.

Bagaimanapun, hingga saat ini, mahu Ally ataupun Farah masih belum membuat kenyataan rasmi bagi mengesahkan dakwaan rumah tangga mereka sudah berakhir. Namun beberapa keping gambar yang dimuatnaik kononnya melalui Instagram Farah bagaikan memberi bayangan apa yang mereka hadapi itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AKIM SAHKAN STACY HAMIL

Posted: 18 Aug 2016 03:47 PM PDT



Sempena ulangtahun kelahiran Ummu Syaikhah Stacy Anam yang ke- 26, vokalis kumpulan The Majistret, Akim Ahmad, 25, menerusi laman Instagramnya memaklumkan bahawa isterinya itu kini sedang berbadan dua.

"Selamat ulang tahun kepada isteriku yang tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya. Semoga di hari ulang tahun isteriku ini anak dalam kandungan baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin... Terima kasih Allah untuk anugerah terindah di dunia ini," tulis Akim di IGnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 19 Aug 2016 02:13 AM PDT

beautifulnara


(TAHNIAH) Yasmin Hani Hamil Anak Kedua

Posted: 18 Aug 2016 09:51 PM PDT

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara Yasmin Hani yang mengesahkan beliau kini sedang hamil anak kedua.

Dalam satu temubual bersama Harian Metro, Yasmin  memberitahu kandungannya itu kini sudah mencecah lima bulan dan ia sememangnya rancangan beliau dan suaminya Shahrin Razali untuk menambah cahaya mata selepas anak sulung mereka Noah Ismail Wong kini sudah berusia 3 tahun.

Alhamdulillah, impian kami untuk menambah zuriat tahun ini tercapai. Kami merancang anak kedua ini kerana Noah semakin membesar dan senang untuk dijaga. Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Saya bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk seperti wanita lain.

Yasmin sengaja tidak menghebahkan berita gembira itu awal-awal kerana mahu memastikan anak dalam kandungan benar-benar selamat.

Bagi saya, apabila usia kandungan sudah mencecah empat bulan ke atas barulah saya sedia untuk berkongsi. Lagipun saya tidak mahu sorok berita baik ini terlalu lama.

Alhamdullilah, semoga Yasmin Hani dan anak didalam kandungannya berada didalam keadaan sihat. Harapnya segala proses untuk menimang cahaya mata kedua ini berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

Rozita Che Wan Rai Hari Jadi Anak Di Santorini, Greece

Posted: 18 Aug 2016 07:59 PM PDT

Setiap kali ulang tahun kelahiran anak-anaknya tiba, pelakon Rozita Che Wan pasti menghadiahkan mereka sesuatu yang istimewa.

Jika tahun lepas Ammar Effendy mendapat hadiah jam tangan mewah Bell & Ross, tahun ini mereka sekeluarga bakal meraikan hari jadi Amar di salah satu destinasi pelancongan terkenal iaitu Santorini, Greece.

Lokasi itu adalah pilihan Ammar sendiri untuk meraikan hari lahirnya kali ini. Selepas penat bekerja dan sibuk mengembangkan perniagaan sedia ada, percutian ke luar negara adalah untuk berehat bersama keluarga.

Kami sekeluarga akan berangkat ke sana pada penghujung bulan depan. Sebelum itu, kami sekeluarga akan bercuti ke Sydney, Australia awal bulan depan.

Ditanya apakah hadiah yang bakal diberikan oleh Che Ta buat Ammar pada tahun ini, Che Ta bagaimanapun  enggan berkongsi perkara berkenaan dan ingin memberikan kejutan buat Amar.

Buat Che Ta, beliau bukan memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan tetapi hadiah barangan mahal merupakan tanda kasih sayang beliau buat anak-anaknya.

Kalau berkemampuan untuk hadiahkan anak-anak barangan mahal dan mewah apa salahnya? Biarlah selagi ada rezeki, selagi itu Che Ta ingin mencurahkan kasih sayangnya buat anak-anaknya dengan memberikan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan mereka bersama.

Sumber Berita : Harian Metro

Nur Fazura Nafi Bermusuh Dengan Fasha Sandha

Posted: 18 Aug 2016 07:05 PM PDT

Beberapa hari lepas, Fasha Sandha ada memuat naik foto "selfie" bersama pelakon Nur Fazura. Ketika itu mereka sama-sama menghadiri acara KL Fashion Week 2016 di Pavillion.

Foto berkenaan mengundang pelbagai reaksi dan ada pihak mempertikaikan hubungan mereka berdua dan kembali membicarakan cerita lama yang kononnya Fazura dan Fasha sebenarnya bersengketa dan tidak boleh bertemu  langsung.

Ramai sebenarnya yang agak terkejut melihat kemesraan mereka berdua didalam foto berkenaan ekoran gosip permusuhan itu.

Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Fazura menerusi portal BH ONLINE menjelaskan beliau dan Fasha tidak pernah bermusuh dan meminta agar hubungan baik mereka itu tidak dipertikaikan.

Saya dan Fasha sudah lama berkawan dan cerita kami bergaduh yang diungkit itu pun saya sudah dengar sejak berbelas tahun dulu. Kami tidak pernah ada masalah dan kerap juga keluar bersama-sama.

Dia banyak menyokong saya dan baru-baru ini, dia turut membeli koleksi baju raya saya. Fasha juga akan hadir pada majlis pertunjukan fesyen saya nanti dengan menggayakan rekaan House Of Doll.

Malah, perkara itu juga diakui oleh Fasha yang sudah 12 tahun berkawan baik dengan Fazura sejak dari zaman mereka aktif dalam bidang peragaan lagi.

Saya kenal Fazura lebih 12 tahun, iaitu sejak zaman peragaan lagi. Sekarang kami sama-sama dalam industri dan sering berkongsi pandangan sebagai sahabat di dalam bidang yang kami ceburi ini. Apa yang orang cakap mengenai kami memang tak pernah berlaku sebenarnya.

Fazura dan Fasha, kedua-duanya mempunyai rupa paras yang cantik bukan? Teringin juga untuk melihat mereka berdua ini berlakon bersama.

Sumber Berita : BH ONLINE

(TAHNIAH)Akim Ahmad Umum Kehamilan Stacy

Posted: 18 Aug 2016 08:07 AM PDT

Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri Akim Ahmad dan Stacy Angie atas berita kehamilan ini. Akim telah menggunakan media sosial untuk mengumumkan kehamilan isterinya itu bersempena dengan hari jadi Stacy. Semoga berita gembira ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka berdua.

stacy hamil

Tulis Akim:-

Selamat ulang tahun kepada isteriku yang tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya. Semoga di hari ulang tahun isteriku ini anak dalam kandungan baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin… Terima kasih Allah untuk anugerah terindah di dunia ini.

akim stacy

Tahniah sekali lagi buat Akim dan Stacy. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran. Sama-sama kita doakan.

No comments:

Post a Comment