Tuesday, 30 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


AMMBOI DOT COM

Posted: 30 Aug 2016 12:05 PM PDT

AMMBOI DOT COM


KELANTAN UMUM CUTI PERISTIWA PADA 11 SEPTEMBER 2016

Posted: 29 Aug 2016 11:26 PM PDT

Kelantan umum cuti peristiwa pada 11 September 2016! Syukur Alhamdulillah. Kerajaan negeri Kelantan yang telah mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad, 11 September 2016 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Pengumuman cuti peristiwa berkenaan diumumkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob. Beliau berkata, ia diambil sempena hari wukuf jemaah haji. Dalam pada itu, beliau turut berkata, cuti […]

The post KELANTAN UMUM CUTI PERISTIWA PADA 11 SEPTEMBER 2016 appeared first on AMMBOI DOT COM.

LELAKI DIDAKWA KERANA LETAK ASID DALAM BAHAN PELINCIR DI KELAB GAY

Posted: 29 Aug 2016 10:53 PM PDT

Dalam banyak berita yang ammboi baca hari ini, rasanya ini adalah berita yang paling menarik. Ia juga berita paling ‘win’ dan boleh ammboi katakan paling ‘ganas’ yang disiarkan dalam portal Astro Awani. Tak payah nak tapis-tapis, memang tindakan lelaki berkenaan adalah wajar untuk mengajar golongan terkutuk macam ni. Bukan sahaja terkutuk, jijik, bangang, bengap, bahlol […]

The post LELAKI DIDAKWA KERANA LETAK ASID DALAM BAHAN PELINCIR DI KELAB GAY appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 30 Aug 2016 10:31 AM PDT

KedahLanie.info


Datuk Husam Musa sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH)

Posted: 30 Aug 2016 08:13 AM PDT

Husam kini AMANAH

Anne Muhammad
30 Ogs 2016, malam 10:05 

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya sebentar tadi.

"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," katanya.

Husam berkata ramai orang yang ditemuinya menyarankannya menyertai AMANAH, termasuk individu yang ditemui di dalam teksi, pasar atau lapangan terbang.

Dalam ucapannya Husam yang pernah dilihat sebagai pemimpin pelapis di Kelantan selepas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ada pihak yang membandingkan kepimpinan PAS dan AMANAH.

Bagaimanapun kata Husam, dalam kepimpinan merit utama bukanlah tinggi rendah ilmu agama mereka sebaliknya kepintaran bacaan politik serta komitmen, pengorbanan dan "suluhan perjuangan" masing-masing.

"Mohamad Sabu (presiden AMANAH) pernah masuk penjara. Adakah orang seperti ini tak ada langsung nilai kepimpinan sehingga yang kita besarkan adalah kelulusan agama padahal merit pada kelulusan itu tak ada," katanya.

Agus - Setelah 59 tahun MERDEKA.. Ke mana kita?

Posted: 30 Aug 2016 07:46 AM PDT

SETELAH 59 TAHUN MERDEKA: KE MANA KITA?

Jika 59 tahun disetarakan dengan umur seseorang, maka itu sudah usia tua.  Usia tua ialah usia yang matang. Tapi matangkah kita?

Saya kira sejak merdeka, negara kita telah banyak berubah.  Kita telah mencapai banyak pembangunan.  Jika pada tahun 1970-an dahulu, elektrik hanya ada di kampung terpilih, tapi kini hampir semua rumah sudah bercahaya dengan limpahan elektrik.

Jika dahulu, jalan rayanya sempit, kini sudah ada lebuh raya.  Begitu juga dengan kemudahan infrastruktur yang lain, sudah banyak berubah.

Tahniah Malaysia.

*************************************

Dilihat pula dari aspek sikap politik orang kita, ceritanya berbeza.  Dahulu jika di ambang menyambut kemerdekaan negara, suasananya meriah, tetapi kini tidak lagi.

Dahulu ada banyak program kemerdekaan yang menaikkan patriotisme rakyat, tetapi kini jika pun ada banyak program, rakyat tidak lagi ghairah menyambutnya. 

Dahulu rakyat bersemangat mengibarkan jalur gemilang kita.  Kereta, motor, rumah, bangunan, sekolah dan lainnya masing-masing megah memacakkan bendera negara kita.  Semuanya bangga.  Tetapi hari ini, semua itu nostalgia. 

Kini, jika pun ada yang mengibarkan jalur gemilang kita di kenderaan dan di pejabat, semuanya dibuat secara ala kadar sahaja dan tidak lagi meriah.

Timbul persoalan, mengapa begini jadinya?  Adakah anak muda tidak lagi menghayati falsafah kemerdekaan kita?  Adakah ini simbolik protes rakyat kepada kerajaan kita hari ini?  Atau apakah sebenarnya sebab berlakunya keadaan ini? 

Hal ini perlu segera dicari jawapannya demi untuk mengembalikan kegemilangan rakyat kita menyambut kemerdekaan negara seperti waktu dahulunya.

*****************************

Hari ini pemimpin kita sering bercakap tentang perpaduan.  Perpaduan apakah yang kita cari?  Adakah perpaduan Melayu, perpaduan rakyat Malaysia atau perpaduan ummah?  Saya sendiri keliru tentang skop perpaduan yang kita cari ini.

Yang saya tahu hari ini kita berkonflik kerana perbezaan politik, perbezaan mazhab, perbezaan parti, dan perbezaan agama.  Dan paling ngeri apabila kita berkonflik kerana ketaksuban kita kepada pemimpin politik tetentu?

*****************************

Kita sudah berusai 59 tahun.  Tua sudah umur kita.  Sepatutnya kita sudah bergerak jauh ke depan.  Negara kita kaya, rakyat kita cerdik dan kita mempunyai sumber tenaga yang mencukupi untuk membangunkan negara ini.  Ayuh, marilah kita bangunkan negara tercinta ini.

Caranya mudah sahaja.  Cukuplah kita menyalahkan orang lain jika kita gagal.  Cukuplah kita menyalahkah Yahudi jika kita gagal.  Cukuplah kita menyalahkan negara Barat dan Komunis jika kita gagal. 

Salahkan sahaja diri kita, muhasabah diri kita dan kita bersama membangun negara kita ini.

Malaysiaku, tahniah atas usia kemerdekaanmu.

Jangan jahil, rakyat miskin tak beli apartmen mewah, kata exco Selangor kepada Noh Omar

Posted: 30 Aug 2016 07:00 AM PDT

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pangsapuri perkhidmatan SoHo (rumah berpejabat) dan SoVo (rumah berpejabat maya) bukan rumah mampu milik seperti Rumah Selangorku kerana ia dibina di atas tanah berstatus perniagaan, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar itu berkata tindakan beberapa pihak memburukkan kerajaan Selangor berhubung polisi pangsapuri perkhidmatan SoHo dan SoVo mampu milik berkenaan hanya mendedahkan kejahilan sendiri.

“Pangsapuri perkhidmatan, SoHo dan SoVo bukan Rumah Selangorku atau rumah mampu milik. Rumah Selangorku kekal harga jual RM42,000 hingga RM250,000. Hanya rumah mampu milik kerajaan persekutuan yang sehingga RM300,000.

“Rumah Selangorku dibina di atas tanah berstatus kediaman sementara pangsapuri perkhidmatan, SoHo dan SoVo atas tanah perniagaan. Sasaran pangsapuri perkhidmatan, SoHo dan SoVo berbeza daripada Rumah Selangorku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar membidas kerajaan negeri kerana memansuhkan diskaun 10% bagi pembeli Bumiputera bagi rumah pangsapuri perkhidmatan, SoHo dan SoVo.

Noh berkata langkah kerajaan pakatan pembangkang memansuhkan keistimewaan Bumiputera itu hanya menguntungkan pemaju manakala rakyat terus tertekan untuk memiliki rumah.

Sementara itu, Iskandar berkata rakyat marhaen akan membeli Rumah Selangorku kerana cukai tanah dan pintu serta tarif air dan elektrik yang lebih murah berbanding rumah atas tanah berstatus perniagaan.

“Selangor mempunyai polisi mewajibkan pemaju membina pangsapuri perkhidmatan, SoHo dan SoVo mampu milik. Tetapi kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri Barisan Nasional belum memiliki polisi seperti itu,” katanya.

Katanya, dengan polisi baru itu pemaju perlu membina 10 hingga 20% unit mampu milik dan peratusan itu diambil kira mengikut jumlah unit yang dibina.

“Contohnya jika dulu kebanyakan harga jualan SoHo dan SoVo paling rendah antara RM450,000 hingga RM500,000 tetapi kini unit mampu milik antara RM230,000 hingga RM270,000,” katanya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini berkata syarat kaum untuk kediaman kategori mampu milik jenis SoHo, SoVo dan pangsapuri berservis tidak lagi digunakan bermula September supaya semua bangsa mampu memiliki rumah sendiri.

Mengikut garis panduan pembangunan baharu harga jualan bagi SoHo dan SoVo ditetapkan pada RM230,000 seunit manakala pangsapuri berservis RM250,000 ke kategori mampu milik dan mengekalkan kuota pemilikan 30% oleh pembeli Bumiputera.

Samanlah MUHYIDdiN dan GANI PATAIL, barulah bukti boleh ditunjukkan...

Posted: 30 Aug 2016 12:13 AM PDT

Shahbudin Husin
 
 
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mahu pendahulunya, Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti jika benar dalam akaun bank Najib Razak sudah menerima kemasukan wang kira-kira RM1,000 juta sebelum wujudnya kontroversi RM2,600 juta yang didakwa sebagai derma daripada anak Raja Arab.

Kata beliau, Muhyiddin tidak wajar membuat dakwaan yang hanya berdasarkan khabar angin.

"Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh Perdana Menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti," kata Zahid lagi.

Dalam hal ini, Zahid seharusnya sedar bahawa Muhyiddin tidak membuat dakwaan tersebut berdasarkan khabar angin di kaki-kaki lima, tetapi jelas menyebutnya bahawa setelah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail yang merupakan Peguam Negara ketika itu.

Bukti itu sekarang sama ada dalam simpanan Gani Patail atau salinannya turut ada pada Muhyiddin.

Tetapi, sebelum Zahid mahu meminta Muhyiddin menunjukkan bukti, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional juga sepatutnya sedar mengenai wujudnya Akta Bank dan Institusi Kewangan atau BAFIA yang menghalang maklumat perbankan seseorang didedahkan kepada umum.

Jika Muhyiddin mendedahkannya, belum pun kebenarannya dakwaanya itu disiasat, sudah pasti kesalahannya dibawah BAFIA akan diambil tindakan terlebih dahulu.

Maknanya, jika pun Muhyiddin mendedahkan bukti tersebut sebagai memenuhi permintaan Zahid, ia tidak memberi makna apa-apa kepada kebenaran yang ingin diketahui.

Sesuai sebagaimana kata Muhyiddin semalam bahawa maklumat mengenai wang RM1,000 juta itu ditunjukkan sendiri oleh Gani Patail kepadanya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan ialah Najib sendiri seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka itu.

Hanya dengan keberanian Najib menyaman Muhyiddin dan Gani Patail saja, barulah kebenaran atau maklumat bank mengenai wang RM1,000 juta itu dapat didedahkan serta diketahui kebenarannya.

Soalnya, beranikah Najib?

Jika Najib tidak berani, apa kata Zahid sendiri atau mana-mana penyokongnya yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhyiddin dan Gani Patail berkaitan kebenaran dakwaan wang RM1,000 juta itu.

Mana tahu, ia juga boleh menjadi laluan lebih cepat untuk Zahid menjadi Perdana Menteri mengggantikan tempat Najib? (SH 29/08/2016).

OhDunia.My

Posted: 30 Aug 2016 08:36 AM PDT

OhDunia.My


Video: Dato' Seri Vida 'Sound' Penyokong The Red Warriors

Posted: 30 Aug 2016 02:26 AM PDT

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman meluahkan perasaannya terhadap penyokong Kelantan.


Video: Dato' Seri Vida 'Sound' Penyokong The Red Warriors

Baca selengkapnya

myartis.com

Posted: 30 Aug 2016 02:44 AM PDT

myartis.com


"TAK BERDENDAM TAPI PERBUATANNYA BELUM BOLEH DIMAAFKAN " - ALONG CHAM

Posted: 29 Aug 2016 07:33 PM PDT



Semalam pelakon dan pelawak Along Cham telah menceraikan Zila Saeron (AF4) dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, selepas dihimpit pelbagai kontroversi mengenai rumah tangga mereka.

Keputusan untuk berpisah itu dibuat oleh Along selepas Zila dikatakan telah ditangkap khalwat disebuah apartment bersama kekasihnya baru-baru ini.

Sepanjang tempoh mereka tinggal berasingan, Zila mengeluarkan pelbagai kenyataan yang semuanya seakan menunjukkan Along sebagai suami yang jahat. Malah, kerana itu Along sering menerima pelbagai komen negatif dan cacian daripada masyarakat.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

14 GAMBAR - IZREEN AZMINDA TERIMA KEJUTAN HARI LAHIR

Posted: 29 Aug 2016 06:19 PM PDT



"Terkejut terkejutttt kami!!! Berjaya ampa semua! Tq tq tq surprise birthday in advance!," demikian kata Izreen Azminda yang diberi kejutan awal oleh teman-temannya menjelang hari lahirnya yang jatuh pada hari ini (30 Ogos).

Izreen telah menyambut hari lahirnya yang ke-31 itu di Starbucks bersama teman baiknya.

"Hepi besday my love bff Izreen Azminda. Kami semua doakan ampa dapat kebahagiaan yang di impikan gitewww," ujar Rita pula di IGnya.

Selamat hari lahir Izreen!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"MANA ADA SAYA CERAIKAN ADIRA" - DATUK RED

Posted: 29 Aug 2016 05:03 PM PDT



Ada satu dakwaan hangat diperkatakan di 'Laman Sembang Gosip CARI' yang mempersoalkan hubungan Adira Suhaimi dengan suaminya ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, 38, berakhir.

Datuk Red didakwa sudah menceraikan isteri keduanya itu dan merancang untuk berkahwin dengan pelakon baharu Ruhainies.

Datuk Red bagaimanapun menerusi kenyataan di mStar berkata, dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GOSIP RUMAH TANGGA BERANTAKAN - NABILA HUDA ANGGAP MENGARUT

Posted: 29 Aug 2016 03:31 PM PDT



Laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mendakwa perkahwinan Nabila Huda, 32, dengan suaminya, Mohd Izwan Johar, 32, dilanda badai disifatkan sebagai mengarut dan tidak masuk akal oleh pelakon itu. Nabila bagaimanapun berkata, dia dan suaminya tidak ambil pusing dengan laporan berkenaan.

"Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? "Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan," katanya ringkas ketika dihubungi media.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

16 GAMBAR - NEELOFA TERIMA ANUGERAH PERHARGAAN DARI PERMAISURI AGONG

Posted: 29 Aug 2016 02:56 AM PDT



Tahniah diucapkan buat Noor Neelofa kerana telah menerima anugerah penghargaan iaitu Anugerah Tokoh Wanita di majlis gala Tribute to Women Malaysia 2016 dalam kategori perniagaan, Sabtu lalu.

Neelofa sebelum ini berjaya meraih jualan kasar sebanyak RM50 juta setahun melalui perniagaan tudungnya Naelofar.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 30 Aug 2016 02:28 AM PDT

beautifulnara


Warkah Da’i Wan Untuk Uqasha Senrose Buat Netizen Persoalkan Niatnya Untuk Berdakwah Ataupun Mengorat

Posted: 29 Aug 2016 10:09 PM PDT

Keputusan mengejut Uqasha Senrose yang membuka hijabnya selepas 3 tahun menutup aurat bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi pendakwah Da'i Wan yang telah menulis surat terbuka buat Uqasha menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

Nukilan itu pada asalnya hanya ingin menegur dan memberi nasihat kepada Uqasha tetapi ada yang berpendapat surat terbuka itu seakan menunjukkan Da'i Wan ingin mengorat Uqasha.

Jom baca surat terbuka berkenaan dibawah :-

'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'

Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.

Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.

Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.

Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.

Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.

Namun awak tahu apa?

Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.

Nak tahu sebab apa?

Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.

Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya 'The right time' yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.

Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.

Uqasha, baca ni.

'Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.'

Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya. 3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.

Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.

Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.

Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.

Syariat Allah swt, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.

Namun saya faham.

Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang 'Exclusive'. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.

'Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas' berkata saya saat mendongak itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.

Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.

Saya sedang berbicara dengan awak kini,

maka dengarkanlah dan fahamkan ini:

  1. Kecaman manusia
  2. Fitnah manusia
  3. Cakap belakang manusia
  4. Dengki & cemburu manusia

Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.

Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.

Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.

Cuma saya minta, awak tanamkanlah 'Tekad'. Itu sahaja Uqasha ya.

Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham.

Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.

Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.

Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.

Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.

Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.

Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.

Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh

Bila awak dah ada 'Suasana', kemudian awak 'Tegas' dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu 'Sabar' dengan sendirinya.

Nak tahu kenapa?

Kerana Allah swt telah berfirman:

'Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.'

Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.

Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.

Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.

Siapa tahu? Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.

Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz 'Assalammu'alaikum'.

Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.

Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.

Ikhlas, Da'i Wan.

Berikut pula antara komen netizen :-

Apa pula pendapat anda? Adakah cara Da'i Wan menegur Uqasha ini seiring dengan jiwa muda anak sekarang?

Sumber Berita : Facebook Da'i Wan

Zila Kena Cerai Sebab Malas Masak?

Posted: 29 Aug 2016 08:56 PM PDT

Masih lagi mengenai penceraian Along Cham dan Zila. Selepas mereka bercerai pelbagai juga berita keluar satu demi satu.

Namun, antara salah satu punca Zila diceraikan oleh Along adalah kerana sikap Zila yang malas memasak dan tidak mendegar kata apabila Along menasihati beliau.

Pengakuan itu dibuat oleh Along di hadapan Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah semalam yang kemudiannya membenarkan permohonan cerai itu.

Terdahulu semasa prosiding, Abd. Halim bertanya kepada Along sebab utama me­ngapa beliau mahu bercerai

Sebabnya adalah sesuatu yang kelakar, dia tidak suka saya marah atau menegurnya kerana tidak memasak.

Zila  diceraikan Along dengan talak satu pada pukul 10.40 pagi semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Sumber Berita : Kosmo!

PROMOSI MERDEKA PUREganic Organik Serum – Penawar Jeragat No. 1 di Malaysia

Posted: 29 Aug 2016 07:30 PM PDT

JERAGAT BERANSUR HILANG!
KULIT TAMPAK LEBIH CERAH DAN BERSERI
90% REPEAT ORDER!!

 photo 1_3.png

PUREganic Antioxidant Serum
Diperkaya dengan ekstrak buah-buahan dan tunbuh – tumbuhan
ORGANIK DAN NATURAL

  • Masalah kulit wajah berjeragat, bertompok – tompok, tidak sekata, tampak kusam!
    Semakin lama dibiarkan, semakin tebal dan membesar!
    Malu! Kurang keyakinan diri..
    Pelbagai produk dah cuba, ribuan ringgit dah dilaburkan tapi hampa..

 photo 2_2.png

TANPA HUDROQUINONE/ PARABEN/ MERCURY
SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU
SESUAI UNTUK WANITA & LELAKI
KESAN SEAWAL 7 HARI
MERAWAT KULIT tanpa perlu berbelanja ribuan ringgit
TAK PERLU LASER/ PENGELUPASAN/ MAKAN UBAT
CONFIRM BERKESAN!! HANYA DENGAN 2 TITIS!!
STRUKTUR YANG RINGAN DAN TIDAK BERMINYAK!
FORMULASI TERKINI DARI FRANCE

Bahan Aktif: Bearberry Leaf Extract, Bitter Orange Leaf Extract, Avocado oil, Lycopene, Glycerin, Thyme

Diperbuat dari ekstrak tumbuh – tumbuhan dan diperkaya dengan Antioksida, anti bacteria dan antipenuaan. Membantu merawat wajah yang bermasalah di samping mencerahkan wajah tanpa perlu melalui prosedur yang menyakitkan.

Bahan utama PUREganic Serum adalah dari 'Bearberry Leaf Extract' sejenis bahan yang membantu mencerahkan wajah di samping membantutkan penghasilan melanin seterusnya membantu menghilangkan jeragat serta bintik – bintik hitam.

LYCOPENE bertindak sebagai kunci pemutih yang unggul membantu merawat dan memudarkan jeragat yang kronik. Juga bertindak sebagai antibakteria dan antipenuaan.

PUREganic Organik Serum juga dikhaskan bagi membantu ;-
– Pigmentasi kronik dan menghalang pembentukan jeragat
– Jerawat pasir yang menggerutu
– Memudarkan parut jerawat kronik
– Menyeimbangkan penghasilan minyak seteruskan merawat masalah kulit kering/ terlalu berminyak
– Membaiki masalah kulit kusam dan tona yang tidak sekata
– Mengurangkan kedutan di wajah
– Memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat jerawat batu
– Mengurangkan masalah lingkaran gelap di bawah mata

 photo 3_2.png

 photo 4_3.jpg

 photo 7_1.jpg

 photo 6_2.png

 photo 5_2.png

 photo 8_1.png

 photo 13.jpg

 photo 11_1.png

 photo 12_1.png

HARGA PROMOSI SEMPENA MERDEKA! (SEHINGGA 31 JULAI 2016)
HARGA BIASA : RM98

PROMOSI!!!!
SEMENANJUNG RM85/SEUNIT, RM 160/2UNIT
+RM5 BAGI SABAH/SARAWAK
+RM25 SINGAPURA/ INDONESIA/ BRUNEI

WHATSAPP 0182089499
FB : PUREGANIC
IG : PUREGANIC SERUM

Raysha Rizrose Pertahankan Uqasha Senrose Yang Dikecam Kerana Buka Tudung

Posted: 29 Aug 2016 07:05 PM PDT

Beberapa hari ini isu mengenai Uqasha Senrose yang mengambil keputusan untuk tidak berhijab lagi cukup hangat diperkatakan di media sosial. Pelbagai kritikan dan cacian yang diterima oleh pelakon berkenaan.

Tidak tahan melihat kakaknya yang menerima kecaman daripada netizen, Raysha Rizrose telah tampil mempertahankan Uqasha menerusi ruangan komen di akaun Instagramnya.

Buat Raysha, seseorang itu tidak mungkin akan faham situasi sebenar yang dihadapi oleh Uqasha dan adalah lebih baik untuk menjaga  hal sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain.

Ada pengikut di Instagram juga bersetuju dengan kenyataan Raysha dan menganggap lebih baik untuk Uqasha berterus-terang daripada menjadi seorang hipokrit.

Malah, perkara ini juga mendapat perhatian pelakon Elfira Loy yang menasihatkan orang ramai untuk tidak memberikan komen negatif kepada Uqasha tetapi mendoakan yang terbaik buatnya.

Hmmph, dalam hal ini mungkin Uqasha Senrose ada salahnya juga, tetapi kalau asyik dihimpit dengan kata-kata negatif adakah seseorang itu mampu berubah menjadi lebih baik? Kalau hendak menegur dan nasihat cubalah dengan cara yang lebih berhemah. Diri kita pun belum tentu sempurna.

Adi Putra Tunai Haji Bersama Isteri Pertama

Posted: 29 Aug 2016 06:39 PM PDT

Pelakon Adi Putra dan isteri pertamanya Aida Yusof semalam telah bertolak ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji bersama.

Adi menerusi akaun Instagramnya memohon maaf atas segala salah silapnya sebelum ini.

Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf pada semua sekira ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci utk mendoakan kepada semua. @adpaidayusof #hajj2016

Rata-rata peminat Adi memberikan respon positif dan mendoakan agar segala urusan ibadah mereka suami isteri berjalan dengan lancar.

Semoga Adi Putra dan isterinya selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur.

Sumber Berita : Instagram Adi Putra

Dato Red Nafi Gosip Sudah Ceraikan Adira Untuk Berkahwin Dengan Ruhainies

Posted: 29 Aug 2016 06:22 PM PDT

Hangat dilaman forum tempatan iaitu Forum CARI dimana ada pihak yang mengatakan Dato Red telah menceraikan Adira untuk berkahwin dengan Ruhainies.

Ia mencentuskan pelbagai persoalan kerana Adira ketika ini sedang hamil anak pertama mereka.

Namun, Dato Red menerusi portal mStar Online menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan beliau tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lagi.

Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya. Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah.

Berbicara mengenai kehamilan Adira, Dato Red memberitahu isterinya itu mengalami alahan yang agak teruk tetapi Adira tetap berdegil dan masih aktif dengan kerjayannya.

Dia sihat dan sekarang masih muntah-muntah. Saya suruh dia berehat tapi dia degil, sekarang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi.

Kami percaya gosip Dato Red telah menceraikan Adira timbul selepas ahli perniagaan itu membuat kenyataan mahu berkahwin empat sebelum berumur 40 tahun. Agak tidak logik dan kejam juga kalau Dato Red lafaz talak pada Adira yang sedang hamil.

Sumber Berita : mStar Online

Along Cham Tidak Berdendam Dengan Zila Tetapi Akui Belum Boleh Memaafkannya

Posted: 29 Aug 2016 06:03 PM PDT

Selepas dihimpit pelbagai kontroversi mengenai rumah tangga mereka, akhirnya pelawak dan pelakon Along Cham telah menceraikan isterinya Zila Seeron dengan talak satu.

Keputusan untuk berpisah itu dibuat oleh Along selepas Zila dikatakan telah ditangkap khalwat disebuah apartment bersama kekasihnya baru-baru ini.

Sepanjang tempoh mereka tinggal berasingan, Zila mengeluarkan pelbagai kenyataan yang semuanya seakan menunjukkan Along sebagai suami yang jahat. Malah, kerana itu Along sering menerima pelbagai komen negatif dan cacian daripada masyarakat.

Namun, sejak kebenaran mula terbongkar, barulah masyarakat kini boleh menilai siapa yang betul dan siapa yang salah.

Berbicara mengenai perkara berkenaan, Along berkata beliau tidak menyimpan perasaan dendam terhadap Zila tetapi beliau tidak boleh memaafkan perbuatan bekas isterinya itu buat masa ini.

Jika saya berdendam, sudah buka segala-galanya apa yang berlaku sejak empat bulan lalu. Tetapi untuk memaafkan perbuatannya, bukan sekarang kerana bagi saya terlalu berat apa yang dilakukan terhadap saya termasuk ibu bapa saya sendiri.

Along menerusi peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie memfailkan permohonan cerai  semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Hak penjagaan kekal buat anak mereka Ahmad Danial diberikan kepada Along dan Zila boleh melawat anaknya selama dua hari dalam sebulan.

Along Cham dan Zila Seeron berkahwin pada 23 Januari 2010 di Felda Lui Selatan 1, Negeri Sembilan.

Sumber Berita : Utusan Online

Gosip Rumah Tangga Retak : Nabila Huda Anggap Ia Berita Mengarut

Posted: 29 Aug 2016 05:39 PM PDT

Hujung minggu lepas, sebuah ruangan di akhbar tempatan melaporkan rumah tangga Nabila Huda sedang berantakan apabila terpaksa menolak tawaran berlakon sebuah produksi kerana ingin menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Bagaimanapun, gosip berkenaan agak sukar untuk dipercayai kerana Nabila ataupun lebih mesra disapa sebagai Abil dan suaminya tampak cukup bahagia menerusi beberapa muat naik di Instagram yang menunjukkan kehidupan mereka yang cukup ceria dan penuh kasih sayang.

Terbaru, Nabila menerusi portal BH ONLINE menyifatkan gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak masuk akal. Malah,  Abil juga tidak mahu ambil pusing dengan hal tersebut.

Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan.

Tidak semua orang suka melihat kebahagiaan kita sebab itu akan timbul cerita-cerita yang mengarut. Alhamdullillah Abil dan suaminya tidak mempunyai masalah besar. Kami doakan mereka berdua kekal bahagia begini sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Toknek.com RSS Feed

Posted: 30 Aug 2016 02:03 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Whatsapp Kongsi Data Peribadi Bersama Facebook Dan Ni Cara Menghalangnya

Posted: 30 Aug 2016 12:22 AM PDT


Kecoh baghu baghu ni apabila Whatsapp mengumumkan perubahan terpalin baghu depa untuk mengongsikan data peribada hampa bersama Facebook tak cukup dengan perubahan Whatsapp secara tak langsung te...

Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat

Posted: 29 Aug 2016 11:04 PM PDT


Daripada ceghita cinta tak kesampaian keh putuih tunang berperang mulut dengan memba sama industri hinggalah ceghita mendedahkan aurat di pulau percutian la nih Uqasha Senrose tak mau lagi menip...

Jangan Perasan Baguih Balik Cermin Diri Dulu

Posted: 29 Aug 2016 11:02 PM PDT


masih dok belum reda kemarahan oghang ghamai terhadap keputusan Uqasha Senrose yang membuka hijab beliau berterusan menerima kecaman dan cacian Namun tak tahan dengan perkara hat sama dok habaq ...

Awak Cun Sangat Malam Tu Surat Terbuka Dari Da I Wan Kepada Uqasha Senrose

Posted: 29 Aug 2016 10:52 PM PDT


Selepaih ambik keputusan yang menggempaqkan semua pihak untuk meninggaikan hijab pelakon cun Uqasha Senrose menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak terutamanya netizen ghamai yang menganggap ...

Zila Kena Cerai Sebab Baloq Masak

Posted: 29 Aug 2016 10:44 PM PDT


masih dok lagi pasai penceraian Along Cham dan Zila Selepaih depa bercerai pelbagai jugak berita keluaq satu demi satu Namun antara salah satu punca Zila diceraikan oleh Along adalah pasai si...

Warkah Da I Wan Untuk Uqasha Senrose Buat Netizen Persoaikan Niatnya Untuk Berdakwah Ataupun Mengurat

Posted: 29 Aug 2016 10:42 PM PDT


Keputusan mengejut Uqasha Senrose yang membuka hijabnya selepaih 3 tahun menutup aurat bukan saja mendapat perhatian netizen tapi pendakwah Da i Wan yang telah menulih surat terbuka buat Uqasha men...

Samsung Dilapoqkan Akan Melancaqkan Galaxy Tabpro S Generasi Kedua Dengan Windows 10

Posted: 29 Aug 2016 09:42 PM PDT


Samsung sebelum ni telah memperkenaikan tablet berasaihkan Windows 10 dengan rekaan seumpama Surface dinamakan sebagai Galaxy TabPro S Terkini mai laporan baghu kata Samsung bakai memperkenaika...

Aliran Wahabi Bukan Ajaran Sesat

Posted: 29 Aug 2016 09:22 PM PDT


Fahaman Wahabi bukan dalam kategori ajaran sesat pasai ia adalah sebahagian daripada tradisi ahli Sunnah Wal Jamaah kata Timbalan menteghi di Jabatan Perdana menteghi Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ...

Nabila Huda Nafikan Rumah Tangga La Nih Goyah

Posted: 29 Aug 2016 08:02 PM PDT


Entah dari mana datangnya ura ura yang mendakwa rumah tangga Nabila Huda la nih goyah tak ambik pusin perkara hat sama dok habaq tadi pelakon yang dilihat gembira bersama suami dan anak tersayan...

Gosip Rumah Tangga Retak Nabila Huda Anggap Ia Berita Meghepek

Posted: 29 Aug 2016 07:50 PM PDT


Hujung minggu lepaih sebuah ruangan di surat khabaq tempatan menceghitakan rumah tangga Nabila Huda sedang berantakan apabila terpaksa menolak tawaran berlakon sebuah produksi pasai ingin menyeles...

Promosi Merdeka Pureganic Organik Serum Penawaq Jeragat No 1 Di Malaysia

Posted: 29 Aug 2016 07:48 PM PDT


JERAGAT BERANSUR HILANG KULIT TAMPAK LEBIH CERAH DAN BERSERI 90 peratus REPEAT ORDER PUREganic Antioxidant Serum Diperkaya dengan ekstrak buah buahan dan tunbuh tumbuhan ORGANIK DAN NATURAL M...

Along Cham Tak Berdendam Dengan Zila Tapi Ngaku Belum Boleh Memaafkannya

Posted: 29 Aug 2016 07:46 PM PDT


Selepaih dihimpit pelbagai gosip pasai rumah tangga depa akhiaqnya pelawak dan pelakon Along Cham telah menceraikan isterinya Zila Seeron dengan talak satu Keputusan untuk berpisah tu dibuat ol...

Raysha Rizrose Pertahankan Uqasha Senrose Yang Dikecam Pasai Buka Tudung

Posted: 29 Aug 2016 07:44 PM PDT


Beberapa hari ni isu pasai Uqasha Senrose yang ambik keputusan untuk tak berhijab lagi cukup hangat digembaq gemboq di media so siall Pelbagai kritikan dan cacian yang diterima oleh pelakon berke...

Dato Red Tak Ngaku Gosip Dah Ceraikan Adira Untuk Menikah Dengan Ruhainies

Posted: 29 Aug 2016 07:42 PM PDT


Hangat dilaman forum tempatan iaitu Forum CARI tang mana ada pihak yang kata Dato Red telah menceraikan Adira untuk menikah dengan Ruhainies Ia mencentuihkan pelbagai persoalan pasai Adira masa ...

Kampung Bujang Yang Terpencil

Posted: 29 Aug 2016 06:32 PM PDT


Sebuah per kampungan di kawasan pedalaman China di wilayah Anhui di gelaq kampung bujang pasai terdapat jumlah yang ghamai pen duduk lelaki yang belum menikah di kawasan hat sama dok habaq tadi...

Samsung Memperkenaikan Monitoq Memfokuihkan Permainan Dengan Paparan Quantum Dot

Posted: 29 Aug 2016 12:44 PM PDT


Samsung pada awai tahun ni telah mai dengan beberapa tv baghu menggunakan teknologi Quantum Dot Melalui paparan ni ia menawaqkan paparan warna yang lebih terang selain menggunakan zarah bersaiz...

Ramme Klien Instagram Untuk Digunakan Pada Windows Mac Dan Linux

Posted: 29 Aug 2016 12:42 PM PDT


Instagram merupakan salah satu perkhidmatan yang diakses ghamai hari hari dalam mengikuti pelbagai perkongsian gambar gambaq daripada memba memba dan jugak pelbagai jenama mahupun artis seluruh dun...

Adi Putra Bakai Tunai Haji Bersama Isteri Pertama

Posted: 29 Aug 2016 11:02 AM PDT


Selepaih segala pergolakan yang berlaku didalam rumah tangga Adi Putra la nih beliau membuat keputusan untuk menunaikan ibadah haji buat kali kedua bersama isteri pertamanya Aida Yusof walaupun...

Bonuih 2 Bulan Gaji Kakitangan Awam 2016

Posted: 29 Aug 2016 09:22 AM PDT


Cuepacs berharap permohonan bonuih dua bulan gaji untuk penjawat awam dipertimbangkan untuk diluluihkan Perdana menteghi Presidennya Datuk Azih Muda bagitau beliau akan menemui PM dalam waktu te...

Pengertian Dan Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama Ah

Posted: 29 Aug 2016 06:22 AM PDT


Alhamdulillah segala puji pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam Dialah yang mencipta arasy langit dan bumi Dialah jua Pencipta tempat wujudNya tanpa memerlukan tempat Selawat dan salam ke a...

Gambaq Christine Zanitrah Isteri Kedua Dr Khiaq Toyo

Posted: 29 Aug 2016 03:22 AM PDT


Dr Khiaq Toyo dilapoqkan melangsungkan pernikahan kedua bersama pasangannya soghang penjawat awam Christine Zanitrah Abdullah Difahamkan Dr Khiaq 51 dan pasangannya Christine Zanitrah atau nam...

Azim Banyak Mendiamkan Diri Sejak Beberapa Hari Yang Lepaih Ibu Mangsa

Posted: 29 Aug 2016 01:52 AM PDT


Pagi tadi digempaqkan dengan kejadian soghang pelajaq tingkatan 3 Azim Hakimi Abu Shuja yang meninggai dunia akibat terjeronoih dari tingkat 3 sekolah masa mau menyelamatkan beg rakannya yang dita...

No comments:

Post a Comment