ROTIKAYA Posted: 29 Aug 2016 07:56 PM PDT Nabila Huda Nafikan Rumah Tangga Kini Goyah Posted: 29 Aug 2016 07:39 PM PDT Entah dari mana datangnya khabar angin yang mendakwa rumah tangga Nabila Huda kini goyah. Tidak mengambil pusing perkara tersebut, pelakon yang dilihat bahagia bersama suami dan anak tercinta, menafikan perkara tersebut. BACA: Nabila Huda Mahu Bulan Madu Di Amerika Selatan Sebulan “Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan,” jelasnya kepada BH Online baru-baru ini. Malah jika dilihat di laman sosial pelakon wanita berkenaan juga tidak menunjukkan sebarang bayangan bahawa rumah tangga mereka kini dilanda badai. Adalah satu tindakan yang bagus bagi Nabila kerana tidak ambil pusing perkara sebegini. Nabila Huda dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu. Malah telatah keluarga ini di laman Instagram seringkali mencuit hati peminat mereka. Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia hingga Jannah. (rtky/s) | “Dekat Mata Orang, Semua Nampak Saya Jahat, Zalim” Posted: 29 Aug 2016 04:42 PM PDT Tidak dapat dinafikan, ketika khabar angin tentang keretakan rumah tangga mereka mula tersebar, terdapat segelintir warga laman sosial yang menuding jari kepada Along Cham sebagai puncanya. Mengakui terpaksa melalui tempoh tersebut, Along Cham berharap agar bekas isterinya memohon maaf kepada kedua ibu bapanya. BACA: Along Cham, Zila Sah Bercerai Talak Satu “Awak tengok sendirilah, nilailah. Empat bulan saya diam. Awak nilailah. Saya tak boleh nak cakap pasal dia yang bukak semua karakter. Sebab kat mata orang, semua orang nampak saya jahat, saya zalim” “Sebagai seorang bapa, bapa mana nak pisahkan mak dengan anak? Sebab keluarga saya bukan dalam keluarga penceraian. Takkan saya nak tengok penceraian berlaku dalam keluarga saya. Diri saya sendiri,” jelas Along kepada media selain menegaskan bahawa Zila perlu memohon maaf kepada ibu bapa pelakon dan pelawak ini. Memetik laporan video mStar Online, Along hanya memfailkan penceraian hanya selepas bekas isterinya itu ditangkap khalwat manakala hak penjagaan anak lelaki hasil perkahwinan mereka turut berpihak kepada pelakon tersebut. Zila pada 14 Ogos lalu telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki ketika ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pukul 5 pagi di sebuah kediaman lelaki itu di Bukit Jalil. (rtky/s) Gambar Ihsan: mStar Online | Adi Putra Bakal Tunai Haji Bersama Isteri Pertama Posted: 29 Aug 2016 10:45 AM PDT Selepas segala pergolakan yang berlaku didalam rumah tangga Adi Putra, kini beliau membuat keputusan untuk menunaikan ibadah haji buat kali kedua bersama isteri pertamanya, Aida Yusof. Walaupun tidak mendedahkan tarikh sebenar untuk berangkat ke tanah suci Mekah, Adi meminta agar segala salah silapnya sebelum ini dimaafkan bersempena dengan keberangkatan beliau. BACA: Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Pihak Polis “Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf pada semua sekira ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci utk mendoakan kepada semua,” tulisnya menerusi akaun Instagram sambil memuat naik sekeping gambarnya bersama isteri pertama memaklumkan rancangan beliau yang bakal berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Menerusi posting itu juga, rata-rata peminat Adi memberikan komen yang positif selain mendoakan agar segala perancangan dan urusan pasangan itu ke Mekah berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, ada juga yang memuji sikap Aida yang masih setia bersama Adi setelah konflik diantara mereka tercetus apabila Adi membuat keputusan untuk berkahwin buat kali kedua secara diam. Terdahulu, Adi mencetuskan kontroversi apabila gambar dirinya bersama seorang wanita yang kelihatan seperti dirakam pada sebuah majlis pernikahan, tersebar di laman sosial. Bagaimanapun, sejurus selepas itu menerusi satu sidang media khas, Adi telah membuat pengakuan bahawa beliau sememangnya sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang janda. (rkty/w) | “Tak Mahu Membazir Untuk Majlis Kahwin” Posted: 29 Aug 2016 12:05 AM PDT Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, pasti ramai yang tidak sabar ingin melihat pasangan kekasih kegemaran mereka, Amar Baharin dan Amyra Rosli mendirikan rumah tangga. Mungkin ramai yang menggangap perkahwinan mereka akan dirai secara besar-besaran, namun bagi Amar, beliau tidak mahu membazir dan hanya menginginkan majlis yang sederhana. BACA: "Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli" “Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lalu saya sudah sibuk mempersiapkan hal majlis perkahwinan kami bersama ibu Amyra. Memang letih sebenarnya mahu menguruskan majlis yang besar tetapi saya puas hati. Awal-awal lagi kami sudah sepakat untuk tidak membazir dan terlalu mengejar glamor. Cukuplah saya dan Amyra selamat bernikah dan meraikan tetamu yang hadir. “Bagi saya kehidupan selepas bernikah lebih penting. Kalau berhabis wang ringgit untuk majlis bersanding, bagaimana pula masa hadapan. Ukuran sebenar bukan kepada kemewahan sesebuah majlis sebaliknya ada perkara besar lain yang perlu digalas seperti mementingkan soal tanggungjawab sebagai suami,” katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu. Untuk pengetahuan, tidak lama lagi pasangan ini bakal berangkat ke Cardiff, United Kingdom awal September nanti bagi membintangi sebuah drama. Namun apa menariknya, Amar dan Amyra juga dimaklumkan mengambil kesempatan itu untuk mengadakan penggambaran pra-perkahwinan serta program tayangan eksklusif mengenai perkahwinan yang bakal disiarkan nanti disana. Pasti ramai yang teruja untuk menantikan pasangan sama cantik sama manis ini naik pelamin, Walau apapun, semoga segala perancangan berhubung dengan persiapan perkahwinan Amar dan Amyra akan terus berjalan dengan lancar hingga ke hari majlis nanti dan juga dipermudahkan olehNya. Dan semoga ikatan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. (rkty/w) | Along Cham, Zila Sah Bercerai Talak Satu Posted: 28 Aug 2016 09:55 PM PDT Melalui laporan Harian Metro hari ini, pelakon dan pelawak, Along Cham telah sah bercerai talak satu dengan isterinya, penyanyi, Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. BACA: "Setiap Hari Isteri Minta Cerai" Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini. Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Abd Halim kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Petaling dan sijil nikah dibatalkan. Sebelum ini, Along enggan memberikan sebarang komen berkaitan kejadian bekas isterinya yang ditangkap khalwat. Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial berusia 5 tahun. (rtky/s) | “Tak Tidur Lena Urus Persiapan Kahwin” Posted: 28 Aug 2016 09:48 PM PDT Walaupun persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung diantara Saharul Ridzwan dan Deena Amir boleh dikatakan sudah hampir selesai, ini tidak bermakna beliau boleh berasa selesa dengan keadaan berkenaan. Malah katanya, memikirkan hari bahagia yang akan muncul tidak lama lagi boleh membuatkan beliau tidak tidur lena, selain sibuk menguruskan persiapan perkahwinan. BACA: Saharul Ridzwan Sahkan Bakal Nikah Deena Emir "Ini bukan perkara main-main, tidak keterlaluan saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah. Saya rancang untuk adakan dua buah majlis, majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat. Manakala sebuah lagi diadakan khas untuk peminat dan rakan media” “Saya sudah kenal lama dan kami pernah berkawan dulu, selepas itu kami buat hal masing-masing, tetapi jodoh sudah datang. Saya jumpa dia semula pada tahun ini, masing-masing sudah matang dan saya mengambil keputusan untuk terus berkahwin. Perasaan cinta antara kami akan dikembangkan selepas berkahwin ini,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu. Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga nanti, Saharul memberitahu bahawa dirinya tidak akan sesekali meninggalkan industri hiburan kerana ianya sudah sebati didalam hidupnya. Namun beliau merancang untuk mula aktif dalam dunia perniagaan seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein. Terdahulu selepas pelbagai spekulasi akhirnya Saharul dalam satu sidang media mendedahkan bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Qaabila Deena Amir pada 16 September depan. Apabila ditanyakan mengenai jumlah wang hantaran, Saharul memilih untuk merahsiakan jumlah itu kerana merasakan ianya tidak sesuai untuk dikongsikan. (rkty/w) | Peminat Dakwa Uqasha Senrose Permainkan Agama Posted: 28 Aug 2016 09:00 PM PDT Mengambil keputusan untuk membuka hijab selepas tiga tahun Uqasha Senrose tampil dengan imej bertudung, nampaknya mengundang kemarahan orang ramai yang menganggap beliau seperti mempermainkan agama. Bukan setakat itu sahaja, malah tindakan Uqasha yang dahulunya memakai tudung kerana putus cinta juga turut dikritik hebat oleh peminatnya di laman sosial. BACA: Uqasha Senrose Mengaku Dirinya Tak Lagi Berhijab Menerusi akaun Facebook, Uqasha juga dilihat memuat naik beberapa gambar dirinya yang mula membuka tudung ketika bergambar dengan dua lagi adiknya, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose. Bagaimanapun, sikap terbuka Uqasha memuat naik gambar sejurus selepas pengakuan ekslusif semalam menerima pelbagai komen negatif berkaitan dengan ajal dan balasan di akhirat. Tidak kurang juga ada pihak yang mendakwa bahawa Uqasha terlalu bimbang akan popularitinya yang semakin jatuh serta sikap cemburukan adiknya, Nelydia yang sering mendapat pujian berbanding dirinya merupakan punca beliau bertindak membuka tudung , selain lebih bebas untuk berpakaian dan tidak terbatas dengan imej bertudung yang selama ini dibawanya. Namun begitu, ramai juga yang masih berfikiran positif dan mendoakan pelakon kesayangan mereka itu mendapat hidayah dan terbuka hati untuk memakai hijab dengan ikhlas dan kekal selepas ini. Ada juga yang menganggap keputusan Uqasha itu hanya kerana ingin bersikap tidak menipu diri sendiri selain tidak lagi perlu berpura-pura melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas. Semalam, Uqasha mendedahkan dirinya tidak mahu lagi bertudung dan mengakui bahawa selama tiga tahun berhijab, imannya seakan tidak stabil. Malah katanya lagi, keputusan bertudung dulu hanya dibuat kerana kecewa putus cinta dan merasakan beliau seperti munafik kerana menonjolkan sikap yang tidak bertepatan dengan imej berkenaan dan ingin menjadi diri sendiri. (rkty/w) | Isteri Persoal Ashraf Muslim Mahu Kahwin Tiga? Posted: 28 Aug 2016 07:49 PM PDT Sebelum ini Ashraf Muslim menafikan desas-desus mengatakan beliau berhubung semula dengan bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim, namun beliau akui bahawa kedua isterinya ada bertanya kepadanya jika dirinya ingin mengambil wanita itu untuk menjadi isteri ketiga. Bagi Ashraf pula, beliau tidak menolak kemungkinan jika ditakdirkan dirinya akan berkahwin buat kali ketiga. BACA: "Jangan Kaitkan Saya Dengan Ashraf Muslim, Fattah Amin" "Sejujurnya sudah lama tidak berjumpa dengan Sherry apatah lagi menghubunginya sejak putus hubungan sekitar tahun 2009. Gosip itu sama sekali tidak benar. Perkara berkaitan jodoh dan takdir saya tidak boleh menidakkan. Mana tahu esok atau lusa saya bercerai dan berkahwin semuanya ketentuan Allah,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara berkenaan. Terdahulu, Ashraf yang terkejut dengan gosip yang mula tersebar itu bersyukur kerana kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi tenang menghadapi kontroversi yang mengaitkan beliau dan Sherry Ibrahim yang baru sahaja putusa cinta bersama pelakon, Fattah Amin. Walaupun mereka ada mempersoalkan perkara itu, namun beliau menafikannya. Sebelum itu, Sherry dalam masa yang sama turut menafikan gosip berkenaan dengan menjelaskan bahawa tiada kepentingan untuk dirinya berhubung semula dengan Ashraf. Selain itu Sherry juga meminta kepada semua pihak untuk tidak lagi mengaitkan nama beliau bersama pelakon kacak itu yang juga bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang dan mempunyai tiga anak. (rkty/w) | |
AMMBOI DOT COM Posted: 29 Aug 2016 11:58 AM PDT HARGA TIKET BANGI WONDERLAND Posted: 28 Aug 2016 11:59 PM PDT Jom dapatkan tiket Bangi Wonderland Themepark & Resort. Taman tema air yang terletak di Bangi kini sudah dibuka. Apa lagi orang sekitar Bangi, Kajang, Serdang, Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan jom serbu!!! Namun begitu, berdasarkan kepada sumber laman sosial, sejak dibuka pada 27 Ogos 2016, Bangi Wonderland masih lagi kurang sambutan dan tidak mendapat perhatian […] The post HARGA TIKET BANGI WONDERLAND appeared first on AMMBOI DOT COM. | INI JAWAPAN KJ ISU ABAIKAN KEJAYAAN ATLET PARALIMPIK Posted: 28 Aug 2016 08:49 PM PDT Tidak dinafikan ramai yang suka sebar atau viralkan pelbagai berita, info, gosip dan sebagainya tanpa usul periksa. Jika perkara itu tidak benar, maka fitnah atau tuduhan itu sudah tersebar meluas. Kesannya sudah tentu kepada mereka yang berkenaan. Kecaman, kritikan, sindiran dan pelbagai lagi kata cacian dilemparkan ekoran penyebaran berita dan perkara yang tidak sahih. Terbaru, […] The post INI JAWAPAN KJ ISU ABAIKAN KEJAYAAN ATLET PARALIMPIK appeared first on AMMBOI DOT COM. | |
KedahLanie.info Posted: 29 Aug 2016 09:53 AM PDT Husam - Esok, Saya Menyarung Jersi Baru Posted: 29 Aug 2016 07:50 AM PDT Kini, menghampiri empat bulan saya terpecat dari Pas. Dalam tempoh itu, nampaknya tidak ada sebarang isyarat saya diterima semula. Tiada semakan atas pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada Presiden Pas tidak berguna apa-apa. Saya menikmati tempoh bertenang. Sambil menemui anggota masyarakat untuk bertanya pandangan mereka. Terburu-buru adalah dari syaitan, kata Nabi s.a.w. Memerhatikan apa yang berlaku. Merenung dan mencari petanda-petanda pedoman. Nyata, negara menuju keadaan yang lebih kritikal dari sebelumnya. Negeri kelahiran saya juga, tidak menjadi lebih baik selepas ombak pengislahan bermula 1990. Wadah yang saya harapkan dulu, seakan telah 'terjual'. Tertambat dengan kejumudan tanpa inovasi, takwilan nas di luar relevansi, pelabelan dan syok sendiri, membelakangkan budaya argumentasi tetapi mengutamakan emosi, laungan tidak sama dengan aksi, terikat dengan umpan politik lawan dan gagal menerapkan agenda perjuangan yang lebih luas meliputi. Berdiam diri bukanlah pilihan. Al Qur'an menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al Qa'idun. Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur. Saya? Mencari gua persembunyian dari kelelahan perjuangan akan sia-sia. Berpaling kerana kecewa belum diberikan kejayaan perjuangan, adalah sama dengan apa yang dialami Nabi Yunus a.s ketika ditelan ikan dalam lautan. Tiga kegelapan menyelubungi baginda sebagai pengajaran untuk kita. Sesekali, ketika fikiran terlintas untuk berehat dari mendayung perjuangan kerana digempur keberatan bebannya, kebimbangan atas pedoman Al Qur'an melalui kisah Yunus a.s itu menerpa. Dunia bukan tempat istirehat. Bersendirian? Juga bukan pilihan. Empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang. Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding mencuba merealisasikan: Islam Adalah Penyelesaian. Yang lama dilaungkan tetapi belum menjadi realiti. Yang pernah sebahagian menjadi realiti, tetapi kini kabur semula. Saya mencapai ketetapan, perjuangan Islam bukan hanya milik satu pihak, apa lagi satu parti. Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya. Dan mengumumkan parti baru pilihan saya. Husam Musa 29 Ogos 2016 26 Dzulkaedah 1437 | Melalui 3 fasa Melayu dalam Politik Pas dari era Tg Nik Aziz, Ust Fadhil Noor dan kini......!!!! Posted: 29 Aug 2016 07:40 AM PDT KATA-KATA ORANG POLITIK TIDAK PERNAH DI KOTA DI ERA tahun-tahun 1980an pas cukup kuat sekali menentang semangat nasionalisme. Kebetulannya umno mendokong perjuangan kebangsaan Melayu. Saya masih ingat lagi diketika sering mengekori penceramah-penceramah pas di merata-rata. Terutama sekali mengekori Dato Fadzil Noor dan Hj Hadi Awang. Banyak rakaman keset-keset penentangan pas terhadap nasionalisme Melayu yang menjadi agenda perjuangan umno itu masih disimpan hingga hari ini. Pas menentang semangat kebangsaan Melayu sebaliknya memperkenalkan perjuangan islam internasional. Islam kesawarjagatan. Penentangan pas terhadap semangat kebangsaan melayu waktu itu sehingga sanggup melabelkan umno yang mempertahankan nasionalisme melayu itu sebagai Assabiah. Maka dicungkillah ayat-ayat power antaranya kata rasullah "Bukan dari kalangan umatku bagi mereka-mereka yang memperjuangkan Assabiah(Nasionalisme bangsa), bukan dari kalangan umatku yang mempertahankan Assabiah(Nasionalisme bangsa) dan bukan dari umatku kerana mati mereka mempertahankan Assabiah (Nasionalisme bangsa). Namun, bagi Ustaz Fadzil Noor terdapat sedikit kelonggaran dalam hujahan beliau. Kata UFN tidak salah cinta kepada bangsa yang terdekat, kerana Rasullah pun sayang dan cintai bangsanya iaitu bangsa Arab. Sebaliknya yang direject dan ditolok cumalah kefahaman yang berteraskan ideologi bangsa yang akhirnya ia melonjak kepada penentangan terhadap islam itu sendiri. Justeru itu apabila Ketua Penerangan Pemuda PAS,Ahmad Fadhli Shaari mengutarakan hujah beliau bahawa dasar islam membenarkan pembelaan terhadap bangsa ia apakah menepati pandangan UFN. Dan apakah agenda perjuangan bangsa yang dipelopori umno dikatakan Assabiah pula itu benar waktu dulu dan salah pula dihari ini. Selepas melalui di tiga dasawarsa dan bertukar arah tuju ke politik bekerjasama. Kita rata-ratanya lupa lontaran kata-kata di zaman lampau. Apatah lagi adik-adik diketika itu baru memasuki disekolah darjah satu dan kini dipilih memimpin pas kurang sekali didedahkan dengan sumber-sumber seperti ini............. Bagaimana adik-adik ku.......... Jamaludin Jamalu | |
OhDunia.My Posted: 29 Aug 2016 07:55 AM PDT |
myartis.com Posted: 29 Aug 2016 02:27 AM PDT ADI PUTRA TUNAI HAJI LAGI - KALI INI BERSAMA ISTERI PERTAMA Posted: 29 Aug 2016 02:19 AM PDT "Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf pada semua sekiranya ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci untuk mendoakan kepada semua," demikian kata pelakon Adi Putra, 35, yang akan menunaikan haji bersama isteri pertama, Aida Yusof, 41, hari ini. Berita gembira tersebut dikongsikan Adi atau nama penuhnya Adi Mohamed Hadi Putera menerusi laman Instagram miliknya. Ekoran itu, ramai peminat pelakon filem KL Gangster itu memberi komen positif mengharapkan segala urusan mereka di Tanah Suci berjalan dengan lancar. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | "SELAMAT PENGANTIN BARU" - ALONG CHAM KINI SAH BERCERAI DENGAN ZILA AF4 Posted: 29 Aug 2016 01:50 AM PDT Kalau sudah tersurat sampai di sini jodohnya, tiada apa yang dapat kita lakukan! Demikian halnya dengan pelakon dan pelawak Along (Cham) dengan Zila Saeron (AF4) apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, kira-kira pukul 10.40 pagi hari ini. Difahamkan, lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | AKUI KINI TIDAK LAGI BERHIJAB - UQASHA SENROSE MAHU JADI DIRI SENDIRI Posted: 28 Aug 2016 04:06 PM PDT Melalui pendedahan eksklusif kepada Berita Harian, pelakon Uqasha Senrose, 23, yang tidak mahu terus menerus menipu dirinya telah mengakui bahawa dirinya kini tidak lagi berhijab selepas tiga tahun berhijab. Kata Uqasha, dia bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen dari warga laman sosial mengenai tindakannya itu. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | 49 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AKAD NIKAH & RESEPSI IDZHAM ISMAIL & ISTERI Posted: 28 Aug 2016 03:10 PM PDT Semalam telah berlangsung majlis akad nikah serta resepsi pelakon yang dikenali dengan watak 'Panjang' dalam drama bersiri popular Juvana, Idzham Ismail dan isterinya seorang pramugari Arab Saudi, Siti Nur Abilah atau Bella. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Shah Alam, pada sebelah pagi diikuti resepsi di One City Subang, malam semalam. Idzham mengenali Bella sejak Julai tahun lalu. Bermula sekadar menyukai gambar masing-masing di laman Instagram, mereka akhirnya berjumpa kira-kira dua bulan kemudian. MAJLIS AKAD NIKAH << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
beautifulnara Posted: 29 Aug 2016 02:05 AM PDT Along Cham Ceraikan Zila Dengan Talak Satu, Ucap Selamat Pengantin Baru Posted: 28 Aug 2016 10:06 PM PDT Setelah kemelut rumahtangganya menjadi perbualan ramai, hari ini Along Cham telah pun menceraikan isterinya, Zila dengan talak satu. Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini. Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.  Sebelum ini, Zila Seeron dikatakan telah ditangkap khalwat di sebuah apartmen bersama kekasihnya. Sebelum ini, Along dikritik teruk oleh netizen kerana didakwa menghalau isterinya itu tanpa sebarang sebab. Along yang ditemui selepas perbicaraan turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada bekas isterinya itu. Kata Along:- Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga. Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya. Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu. Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal Semoga dengan penceraian ini, nama baik Along akan kembali pulih semula. Apa pun jangan dinafikan hak anak hasil perkahwinan untuk mendapat kasih sayang seorang ibu. Semoga segalanya berjalan lancar. Sama-sama kita doakan. Sumber Astro Gempak. | Neelofa Terima Anugerah Wanita Dalam Kategori Perniagaan Dari Permaisuri Agong Posted: 28 Aug 2016 08:28 PM PDT | Saharul Ridzwan Rancang Adakan Majlis Perkahwinan Khas Buat Peminat Dan Rakan Media Posted: 28 Aug 2016 07:22 PM PDT Kurang daripada sebulan lagi, pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar suami kepada Deena Emir. Saharul akui beliau tidak boleh tidur lena dan berdebar menguruskan persiapan perkahwinan beliau yang bakal berlangsung pada 16 September ini.  Menurut Saharul, beliau merencana untuk mengadakan dua buah majlis perkahwinan dimana satu adalah untuk keluarganya serta sahabatnya di Dewan Sri Siantan, Presint 3, manakala sebuah majlis lagi akan diadakan khas buat peminat beliau dan rakan media. Ini bukan perkara main-main dan tidak keterlaluan untuk saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah. InsyaAllah, saya merancang untuk adakan dua buah majlis di mana untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat, manakala sebuah lagi majlis saya adakan khas untuk peminat dan rakan media di sebuah lokasi yang akan saya umumkan kelak.  Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau tidak akan meninggalkan dunia lakonan meskipun sudah berkahwin nanti. Walaubagaimanapun, Saharul akui beliau ingin mula melangkah dalam bidang perniagaan pula selepas ini. Berhenti berlakon itu tidak kerana ia menjadi keghairahan saya namun saya mempunyai perancangan untuk lebih aktif dalam lapangan perniagaan selepas ini seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein, namun semuanya itu masih dalam perancangan.  Bukan mudah untuk menguruskan persiapan perkahwinan tetapi segala penat lelah itu akan hilang selepas sah diijabkabulkan. Tidak sabar untuk melihat Saharul dan pasangannya bersading di atas pelamin, harap segalanya berjalan dengan lancar. Sumber Berita : mStar Online | Viral Pantai Timur: Aen Syahera Didakwa Kekasih Terbaru Zizan Razak Posted: 28 Aug 2016 07:20 PM PDT Zizan Razak sebelum ini pernah dikaitkan dengan ramai wanita. Semuanya cantik-cantik belaka, antaranya ialah pelakon berdarah kacukan Emma Maembong. Percintaan Zizan dan Emma mendapat publisiti meluas, namun hubungan yang berlangsung bertahun lamanya terputus di tengah jalan atas sebab yang tidak diketahui.  Terbaru, kami menerima beberapa keping gambar Zizan dan seorang wanita bernama Aen Syahera dari pembaca BeautifulNara. Kata peminat itu, terdapat desas desus bahawa Zizan dan Aen sedang bercinta di kalangan penduduk Pantai Timur, kerana kebetulan, Zizan telah membuka Zizan Mart di Kelantan. Aen yang merupakan pemegang Diploma Pengurusan Hotel, ialah pengasas produk kecantikan Syahera Beauty. Khabarnya, kisah perhubungan Zizan dan Aen pernah viral di laman sosial Pantai Timur sebelum ini, namun keduanya tidak memberi sebarang komen.     Sama ada dakwaan ini benar tidak dapat dipastikan. Sebelum ini Zizan pernah dikaitkan bakal mendirikan rumahtangga dengan seorang penjawat awam di sebuah pejabat kerajaan di negeri Terengganu, bagaimanapun gosip itu senyap begitu saja. Benarkah Aen ialah kekasih Zizan yang terbaru? Kita nantikan perkembangan selanjutnya. __________________________________________________________________________________________  Korang dah melabur tak? Kalau belum, kenapa ya? Takut? Tak paham? Tak tau nak tanya siapa? Kalau macam tu, apa kata korang gi InvestSmart® Fest 2016! Bertempat di Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur, InvestSmart® Fest 2016 akan berlangsung dari 10 pagi hingga 9 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, 23 hingga 25 September 2016! Kalau korang rasa cam pernah dengar nama InvestSmart® nih, dulu kan Abang Nara ada post pasal seminar diorang. Tak kiralah kalau korang minat saham, unit amanah, skim persaraan swasta, dana dagangan Bursa, pendanaan ekuiti ramai, InvestSmart® Fest 2016 ialah sumber maklumat pelaburan terbaik untuk korang! Diorang buat event ni ala-ala karnival sikit tau, ada ferris wheel la, carousel la, tembak itik la. Ais krim ngan popcorn free pun ada beb! Dahla pegi memang dapat goodie bag, cabutan bertuah (lucky draw) pun ada tau, ada iPhone la, Samsung la, TV la, macam-macam la! Korang boleh call 03-6204 8127 atau Like FB "InvestSmart SC" untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang InvestSmart® Fest. Bukan nak cakap ape la, retis pun dah post pasal InvestSmart® ni kat IG dorang. Check out IG dorang: Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Abam Aaron Aziz dan Elfira Loy. Abang dengar kan, mungkin satu atau dua daripada retis nih akan turun InvestSmart® Fest 2016! Ops, cakap pasal turun, korang tau tak Abang Nara pun gi InvestSmart® Fest 2016 nih tau, so kalau kelapangan datang la lepak ngan Abang Nara! Tapi hari apa ya Abang Nara turun? Ha, kalau nak tau kenalah gi InvestSmart® Fest 2016 nih, kita sama-sama sakat retis jom! ?Excited nak tahu teknik betul dan smart untuk belajar melabur secara sah! Tunggu ape lagi, jom ramai-ramai ajak mak ayah adik kakak abam semua pre-register untuk InvestSmart® Fest 2016! | Muat Naik Foto Selepas Buka Hijab : Uqasha Senrose Dikecam Netizen Posted: 28 Aug 2016 06:52 PM PDT Semalam Uqasha Senrose telah mengejutkan kita dengan berita yang agak panas dimana beliau akui sudah membuka hijabnya dan kembali ke imej asal.  Keputusan itu dibuat kerana beliau akui imannya tidak tetap sepanjang bertudung sejak tiga tahun lalu dan tindakan beliau berhijab sebelum ini hanya kerana kecewa selepas putus cinta. Uqasha juga sudah mula kongsi foto terbaru beliau bersama adik beradiknya dan seperti yang dijangkakan, beliau menerima pelbagai komen negatif dan kecaman daripada netizen. Berikut antara komen netizen :-  Walaubagaimanapun, ada juga beberapa orang mendoakan yang terbaik buat Uqasha dan semoga beliau betul-betul berubah satu hari nanti. Pada kami, kalau kita komen negatif maka jiwa seseorang itu akan lebih memberontak. Tidak perlu dipaksa jika hati Uqasha memang belum bersedia untuk mengenakan hijab. | Sherry Ibrahim Minta Kisah Putus Cintanya Tidak Dihangatkan Lagi Posted: 28 Aug 2016 06:31 PM PDT Bila seorang pelakon popular seperti Fattah Amin putus cinta bersama Sherry Ibrahim, tentu sekali berita tersebut akan terus menjadi bualan ramai. Ada yang sehingga hari ini masih lagi mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai punca mereka berpisah.  Namun, Sherry memberitahu beliau tidak mahu kisah putus cintanya itu terus lagi hangat diperkatakan. Orang ramai boleh berhenti mempersoalkan punca perpisahan mereka kerana Sherry sudah tidak mahu mengenangkan lagi kisah duka berkenaan. Tidak perlu lagi nak mempersoalkan kisah (putus cinta) itu. Saya sudah bergerak ke depan kerana banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Cukup-cukuplah yang sudah saya lalui dan rasa sebelum ini.  Walaubagaimanapun, Sherry menegaskan beliau tidak pernah mengongkong Fattah seperti yang didakwa. Malah, faktor perbezaan umur juga bukanlah sebab mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing. Cuma yang saya kesalkan dakwaan mengatakan konon-kononnya saya mengongkong dia selama ini. Perlu saya jelaskan di sini perkara tersebut tidak benar sama sekali. Begitu juga dengan faktor perbezaan usia antara kami. Semua itu dusta belaka.  Kini Sherry memberikan seratus peratus fokus terhadap kerjayanya dan menyibukkan diri dengan pelbagai aktviti seni untuk merawat hatinya. Sumber Berita : Utusan Online | Amar Baharin Dan Amyra Rosli Tidak Mahu Membazir Untuk Majlis Perkahwinan Posted: 28 Aug 2016 06:14 PM PDT Bakal berkahwin tidak lama lagi, pasangan popular Amar Baharin dan Amyra Rosli memberitahu mereka tidak mahu membazir dan hanya ingin melakukan majlis perkahwinan yang sederhana.  Menurut Amar, beliau sendiri turun padang untuk melakukan segala persiapan dan merasa syukur kerana hampir 50 peratus perancangan untuk majlis raja seharinya sudah siap. Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lalu saya sudah sibuk mempersiapkan beberapa hal majlis perkahwinan kami nanti bersama ibu Amyra. Memang letih sebenarnya mahu menguruskan majlis yang besar tetapi saya puas hati. Dari makanan sampailah kepada persiapan pelamin semuanya sudah dibincangkan. Awal-awal lagi kami sudah sepakat untuk tidak membazir dan terlalu mengejar glamor. Cukuplah saya dan Amyra selamat bernikah dan meraikan tetamu yang hadir.  Buat Amar kehidupan selepas berkahwin nanti yang lebih penting dan ingin menyimpan wang untuk masa hadapan beliau dan Amyra nanti. Bagi saya kehidupan selepas bernikah lebih penting. Kalau berhabis wang ringgit untuk majlis bersanding, bagaimana pula masa hadapan?. Ukuran sebenar bukan kepada kemewahan sesebuah majlis sebaliknya ada perkara besar lain yang perlu digalas. Sebab itu saya tidak berlebih-lebihan dalam mempersiapkan diri terhadap perkahwinan tetapi turut sama mementingkan soal tanggungjawab sebagai suami. Apabila bernikah nanti, saya mahu menjadi suami yang terbaik buat bakal isteri.  Kami setuju dengan pendirian Amar dan Amyra, memang benar kita harus meraikan majlis perkahwinan tetapi janganlah keterlaluan. Bukan mudah untuk mencari wang ringgit, lebih baik gunakannya untuk waktu selepas berkahwin nanti. Pelbagai tanggungjawab yang harus digalas selepas bergelar suami isteri. Sumber Berita : Utusan Online | Foto Pilih Barang Kemas Bukan Hendak Berkahwin Dengan Dato Red – Ruhainies Posted: 28 Aug 2016 05:59 PM PDT Nampaknya masih ramai yang belum boleh lupa mengenai kontroversi Ruhainies bersama Dato Red. Setiap apa yang dilakukan oleh Ruhainies pasti ada sahaja pihak yang mengaitkan namanya bersama lelaki berkenaan.  Baru-baru ini Ruhainies ada memuat naik foto seakan sedang memilih barang kemas. Siapa sangka dengan hanya melihat foto tersebut ada dakwaan mengatakan Ruhainies sedang merancang untuk berkahwin dengan Dato Red. Namun, jelas Ruhainies foto itu dimuat naik olehnya kerana memenuhi undangan bagi pihak tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan. Gambar yang saya muat naik ketika di kedai Habib Jewels itu kerana saya diundang untuk majlis mereka baru-baru ini dan mereka minta untuk promosikan di laman sosial Instagram saya. Ia tiada kaitannya dengan Dato Red atau siapa-siapa lelaki pun, bukan saya sahaja, malah ramai artis lain yang turut sertai majlis tersebut.  Ruhainies merasa agak bengang kenapa masih ada lagi pihak yang mengaitkannya dengan Dato Red sedangkan beliau sudah menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Saya tidak tahu kenapa dikaitkan lagi dengan dia (Dato Red), mereka buat cerita ni tak takut dosa ke? Semua sudah reda dan tiada yang komen negatif, saya tidak mahu lepas ni hangat balik cerita-cerita tidak betul seperti ini.  Sabarlah Ruhainies, bila dihimpit gosip dan kontroversi memang ia mengambil masa untuk orang ramai melupakan hal tersebut. Jangan tertekan, lama-lama nanti isu tersebut akan reda juga. Ini cabaran untuk menjadi artis bukan? Sumber Berita : mStar Online | (TAHNIAH) Nazim Othman Sahkan Bakal Bernikah Dengan Bella Dally Pada 10 September Ini Posted: 28 Aug 2016 05:43 PM PDT Setelah lama bermain teka-teki mengenai tarikh perkahwinannya, Nazim Othman menerusi akaun Instagramnya semalam mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan Bella Dally pada 10 September ini di Kota Kinabalu dan majlis resepsi di pihak Nazim pula akan diadakan pada 17 September di Johor Bahru.  Jelas Nazim, sebelum ini beliau enggan mendedahkan tarikh pernikahan beliau kerana ada beberapa proses persiapan perkahwinan belum selesai. Saya dengan berbesar hati mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan tarikh pernikahan saya bersama @belladally bakal berlangsung pada waktu pagi tanggal 10 September 2016 diikuti dengan majlis resepsi oleh keluarga bakal isteri saya di Kota Kinabalu. Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada tanggal 17 September 2016 di Johor Bahru. Maafkan saya tidak memberi pengesahan sebelum ini kerana terdapat beberapa proses persiapan yang masih belum terlaksana di waktu itu. Terima kasih atas segala doa yang baik. Semoga Allah permudahkan jalan kami sebagai pasangan suami isteri kelak.  Tahniah kami ucapkan kepada Nazim Othman dan Bella Dally kerana bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan kami mendoakan pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat. Sumber Berita : Instagram Nazim Othman | Azrel Ismail Akui Ruhainies Seorang Yang Manja, Tidak Tolak Jika Ditakdirkan Bercinta Posted: 28 Aug 2016 12:00 PM PDT Disaat Ruhainies terlibat dengan kontroversi panas bersama Dato Red, tiba-tiba sahaja nama Azrel Ismail menjadi sebutan dan dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama Ruhainies.  Tidak dinafikan mereka berdua agak rapat dan mesra bersama. Ia menjadi persoalan dikalangan peminat, sejauh manakah hubungan mereka berdua? Namun, menurut Azrel, beliau dan Ruhainies bukanlah pasangan kekasih seperti yang diperkatakan. Mereka berdua cuma sahabat baik. Mungkin disebabkan jantina kami yang berlawanan membuatkan timbul spekulasi mengatakan wujud perasaan cinta antara satu sama lain. Hakikatnya, saya dan Ruhainies masih di tahap berkawan, bukannya bercinta.  Walaubagaimanapun, Azrel mengakui sifat manja Ruhainies membuatkan beliau tertarik untuk mengenali Ruhainies dengan lebih rapat lagi. Azrel juga tidak menolak sekiranya mereka ditakdirkan untuk bercinta satu hari nanti. Saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah. Walaupun sekadar menjadi pendengar setia, saya berasa lega apabila dapat meluahkan kepadanya. Dia memang istimewa tetapi Ruhainies bukanlah kekasih saya. Bagaimanapun tidak menolak suatu hari nanti untuk bercinta dengannya kerana saya pun sudah mengenali keluarganya.  Kata orang hubungan cinta itu bermula daripada persahabatan yang terjalin. Kalau dah serasi bersama tidak salah untuk cuba ke fasa yang lebih serius. Dua pelakon baharu sedang hangat bercinta, emm pasti kisah mereka akan mendapat perhatian ramai bukan? Sumber Berita : Utusan Online | |
Toknek.com RSS Feed Posted: 29 Aug 2016 01:56 AM PDT |
No comments:
Post a Comment