Sunday, 28 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 28 Aug 2016 08:16 PM PDT

ROTIKAYA


Nazim Othman, Bella Dally Nikah 10 September

Posted: 28 Aug 2016 10:19 AM PDT

Tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia, Nazim Othman dan Bella Dally diatas pengumuman tarikh pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 10 September ini, manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki pula akan diadakan pada 17 September. Pengumuman ini sekaligus mengesahkan spekulasi tarikh pernikahan mereka yang sebelum ini tersebar di media sosial.

BACA: Nazim Othman, Bella Dally Nikah 10 September Ini?

Screen Shot 2016-08-29 at 12.58.29 AM

“Saya dengan berbesar hati mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan bahawa tarikh pernikahan saya bersama belladally bakal berlangsung pada waktu pagi tanggal 10 September 2016 dan diikuti dengan majlis resepsi oleh keluarga bakal isteri saya di Kota Kinabalu. Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada tanggal 17 September 2016 di Johor Bahru”

“Maafkan saya kerana tidak memberi sebarang pengesahan sebelum ini kerana terdapat beberapa proses persiapan yang masih belum terlaksana di waktu itu. Terima kasih atas segala doa yang baik. Semoga Allah permudahkan jalan kami sebagai pasangan suami isteri kelak,” tulisnya menerusi laman Instagram beliau mengesahkan tarikh pernikahan yang bakal berlangsung.

Sebelum ini Berita Harian Online pernah melaporkan bahawa pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada tarikh tersebut sekaligus dengan majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan. Bagaimanapun Nazim ketika ditanya enggan mengesahkan spekulasi itu dan meminta untuk memberikannya ruang untuk mereka berdua menguruskan persiapan.

Walau apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan, Nazim Othman dan Bella Dally diatas pernikahan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Semoga segala persiapan serta perancangan yang dijalankan akan berjalan dengan lancar hingga ke hari bahagia nanti dan dipermudahkan olehNya. Dan diharapkan ikatan perkahwinan ini akan berkekalan selamanya. (rkty/w)

1- Nazim Othman Akan Umum Tarikh Nikah Di Laman Sosial - jpeg 2- Nazim Othman Akan Umum Tarikh Nikah Di Laman Sosial - jpeg 3- Nazim Othman Akan Umum Tarikh Nikah Di Laman Sosial - jpeg 5- Nazim Othman Akan Umum Tarikh Nikah Di Laman Sosial - jpeg 6- Nazim Othman Akan Umum Tarikh Nikah Di Laman Sosial - jpeg 7- Nazim Othman Akan Umum Tarikh Nikah Di Laman Sosial - jpeg

Uqasha Senrose Mengaku Dirinya Tak Lagi Berhijab

Posted: 28 Aug 2016 02:01 AM PDT

Tidak mahu terus menerus menipu dirinya, Uqasha Senrose melalui pendedahan eksklusif kepada BH Online mengakui bahawa dia kini tidak lagi berhijab – dan bersedia menerima apa saja cercaan dan kecaman dari warga laman sosial mengenai tindakannya itu.

BACA: Uqasha Senrose Enggan Komen Gosip Cinta Dengan Kerabat

“Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik”

“Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang. Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup”

“Tetapi sebaliknya yang terjadi. Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,” luahnya kepada portal berita tersebut.

Tambah Uqasha, dia mahu menjadi dirinya sendiri dan dan tidak mahu lagi dibayangi dengan kisah bertudung sebelum ini. Malah katanya, dia tidak mahu terus hidup dalam kepura-puraan..

“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya. (rtky/s)

Ruhainies Manja, Azrel Ismail Tak Kisah Bercinta

Posted: 27 Aug 2016 08:22 PM PDT

Seringkali dilihat mesra bersama, Azrel Ismail menjelaskan bahawa dia dan Ruhainies hanyalah berkawan. Namun pelakon lelaki ini bagaimanapun tidak menolak andai kata ada rasa cinta yang terjalin di antara mereka satu hari nanti.

BACA: Azrel Ismail: Saya Bukan Kekasih Ruhainies

"Mungkin disebabkan jantina kami yang berlawanan membuatkan timbul spekulasi mengatakan wujud perasaan cinta antara satu sama lain. Hakikatnya, saya dan Ruhainies masih di tahap berkawan, bukannya bercinta

Tambah Azrel lagi kepada Utusan Online, sifat Ruhainies yang manja membuatkannya tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih rapat selain turut mengenali wanita berkenaan sebagai seorang yang mementingkan keluarga.

"Saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah. Walaupun sekadar menjadi pendengar setia, saya berasa lega apabila dapat meluahkan kepadanya”

"Dia memang istimewa tetapi Ruhainies bukanlah kekasih saya. Bagaimanapun tidak menolak suatu hari nanti untuk bercinta dengannya kerana saya pun sudah mengenali keluarganya," katanya. (rtky/s)

6- Ruhainies Manja, Azrel Ismail Tak Kisah Bercinta - ROTIKAYA 5- Ruhainies Manja, Azrel Ismail Tak Kisah Bercinta - ROTIKAYA 4- Ruhainies Manja, Azrel Ismail Tak Kisah Bercinta - ROTIKAYA 3- Ruhainies Manja, Azrel Ismail Tak Kisah Bercinta - ROTIKAYA 2- Ruhainies Manja, Azrel Ismail Tak Kisah Bercinta - ROTIKAYA 1- Ruhainies Manja, Azrel Ismail Tak Kisah Bercinta - ROTIKAYA

AMMBOI DOT COM

Posted: 28 Aug 2016 12:13 PM PDT

AMMBOI DOT COM


BONUS DUA BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM BAGI TAHUN 2016

Posted: 28 Aug 2016 01:54 AM PDT

Bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam bagi tahun 2016? Saban tahun, kesatuan yang mewakili penjawat awam iaitu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak putus-putus berusaha untuk membantu penjawat awam. Daripada bab penambahbaikan skim dan perkhidmatan, saguhati sempena perayaan, elaun dan sebagainya kini Cuepacs berusaha untuk memohon pertimbangan kerajaan agar memberi bonus dua […]

The post BONUS DUA BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM BAGI TAHUN 2016 appeared first on AMMBOI DOT COM.

MySensasi

Posted: 28 Aug 2016 11:54 AM PDT

MySensasi


Huawei P9 Jadikan Anda Seperti Jurugambar Profesional

Posted: 27 Aug 2016 10:19 PM PDT

Huawei P9 Jadikan Anda Seperti Jurugambar Profesional. Kepada kaki snap gambar tidak kira untuk simpanan atau perkongsian di media sosial, pastikan anda mencuba telefon pintar Huawei P9. Tahukah anda bahawa Huawei dilengkapi dengan dwi-kamera 12 megapiksel pada bahagian belakang dan kamera 8 megapiksel pada bahagian hadapan, terbaik untuk selfie. Turut dilengkapi dengan teknologi Hybrid Focus bagi merakam ...

Keputusan Piala Malaysia 2016 Suku Akhir Pertama

Posted: 27 Aug 2016 09:19 PM PDT

Keputusan Piala Malaysia 2016 Suku Akhir Pertama 28 Ogos 2016. Empat perlawanan peringkat suku akhir TM Piala Malaysia berlangsung hari ini serentak. Lapan pasukan akan berentap dalam perlawanan pertama ini untuk mencari bekalan menjelang perlawanan kedua. Semua perlawanan pasti menjanjikan aksi terbaik dengan perlawanan Negeri Sembilan vs Kedah disiarkan secara langsung menerusi TV9. Dibawah adalah ...

KedahLanie.info

Posted: 28 Aug 2016 10:30 AM PDT

KedahLanie.info


Dengan adanya sebahagian dalam PKR yang masih ingin bercinta dengan PAS merupakan bukan pilihan yang bijak

Posted: 28 Aug 2016 07:04 AM PDT

ANCAMAN TREND  'CYCLICAL' DAN URBAN BASED PARTY:  *PKR MEMILIH BLOK KETIGA PAS DAN MEREMEHKAN KEHADIRAN PARTI AMANAH NEGARA BUKAN PILIHAN BIJAK BUAT PKR*

Desas desus dan perkembangan politik mutakhir ini menunjukkan PKR seolah-olah melihat PAS  sebagai satu 'force' penting yang berupaya menentukan untung nasib parti itu di masa depan (PRU-14).

Bagaimanapun saya menilai pendirian PKR ini tidak menyeluruh dan hanya melibatkan pimpinan tertentu parti itu. Ia tidak mencerminkan pendirian menyeluruh parti yang sebenarnya masih utuh berpaksi kepada kepemimpinan ikonik, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah idea 'Pas-Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) ini sesuatu yg besar impaknya kepada politik Malaysia sehingga mencemaskan PKR, sedangkan secara praktiknya sudah menjadi sebahagian dari kolisi politik Pakatan Harapan (PKR, DAP, Amanah) yang saling mengiktiraf?

Secara jujur saya menilai bahawa pakej politik yang cuba ditawarkan PKR kepada PAS ini bukan berdasarkan kepada survival parti itu (PKR) di masa depan, tetapi hanya satu 'percaturan jangka pendek' yang percaya bahawa BN perlu dihadapi secara 'satu lawan satu' dalam PRU 14 akan datang.

Hakikatnya PAS dan Blok Ketiga bukan suatu pilihan masa depan yang wajar kepada PKR. Sebagai urban based party, pergantungan PKR terhadap pengundi-pemgundi berminda 'individualis-consumeris', sejenis pengundi yang melihat untung nasib mereka sebagai 'konsumer politik' tidak memungkinkan parti itu boleh meneruskan survivalnya bersama Blok Ketiga.

Sejak PRU tahun 1999, kecuali Permatang Pauh, sokongan terhadap PKR sangat bergantung kepada kawasan campuran bandar dan semi-bandar di mana komposisi Melayu dan bukan bukan Melayunya adalah 50-50.

Ini bermaksud sokongan kepada PKR sangat bergantung kepada pengundi 'participant' dari kalangan semua kaum yang mendiami kawasan-kawasan bandar dan semi-bandar.

Namun begitu ini bukanlah satu jaminan. Di bandar, ancaman terhadap kelangsungan PKR tetap wujud. Kebimbangan ini hadir jika dihubungkan dengan teori penolakan pengundi bandar terhadap BN dalam PRU 12 dan 13 sebagai suatu trend yang bersifat 'cyclical'.

Ada kalangan pemerhati politik mencadangkan bahawa keputusan PRU 12 dan 13 tidak benar-benar bersifat rentas kaum.

Tetapi amarah politik rakyat dari kegagalan polisi-polisi Datuk Seri Abdullah Badawi itulah sebenarnya yg membuka jalan pengundian bersifat rentas kaum.

Maksudnya rakyat pada masa itu sudah tidak memikirkan siapa, tetapi melihat option yang ada untuk membuat pilihan, tetapi tidak bermakna rakyat pelbagai kaum sanggup untuk mempunyai segala-galanya dalam bentuk 'ethnic-less'.

Jika teori ini benar, bermakna BN masih mempunyai masa depan di bandar dan mampu mengatasi pengaruh PKR, disebabkan wujudnya pilihan bagi pengguna politik, dengan syarat BN perlu mengambil sikap yang lebih moderat dalam isu-isu hubungan kaum dan kontrak sosial.

Sebaliknya di luar bandar, PKR yang bertunjangkan 'Ketuanan Rakyat' akan menemui jalan mati disebabkan ciri-ciri rentas kaum mereka.

Keputusan menyertai Blok Ketiga PAS, bakal menyaksikan PKR akan kehilangan sokongan pengundi bandar. Pada masa yang sama, Amanah akan akan menjadi menerima manfaat politik terbesar sebagai pengganti PKR di kawasan bandar.

Manakala di luar bandar, PKR tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dan pada masa yang sama akan amat bergantung pula kepada PAS. Dan sejauh manakah pula PAS sanggup berkorban untuk menyerahkan kerusi luar bandarnya kepada PKR?

Lihat sahajalah layanan PAS terhadap PKR di Terengganu dan Kelantan dalam PRU-13 yang lalu, dua negeri yang umumnya PAS menganggap rakan tahaluf siasinya itu sebagai 'biawak hidup' yang menyusah dan membebankan mereka.

Harus diingat bahawa DAP pula adalah parti yang dominan di kawasan majoriti Cina (bandar). Berasaskan sentimen pengundi Cina masa kini, menyertai atau menawarkan konsesi politik terhadap Blok Ketiga PAS hanya akan membunuh PKR.

Saya menilai dalam situasi politik hari ini, PKR tidak wajar meremehkan kehadiran Amanah, sebuah parti yang berpotensi besar di kawasan Pantai Barat Semenanjung yang kadar pengundi Cina bandarnya antara 35 hingga 45 peratus.

Justeru wajarkan PKR meremehkan Amanah? Walaupun banyak pihak terutama PAS mengkritik prestasi Amanah dalam dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu sebagai gagal menarik undi Melayu, saya kira telahan ini tidak begitu berasas. Sekiranya pihak-pihak tertentu termasuk PKR yakin terhadap kenyataan ini, saya kira itu suatu kesilapan.

Dari analisa yang dibuat, saya fikir dua PRK ini masih belum boleh menjadi petunjuk sebenar hala tuju PRU 14 kerana sifatnya yang tidak menyeluruh dari segi segmen pengundi, kadar 'turn out' dan sifat kedesaan demografinya.

Saya fikir walaupun PAS menguasai lebih 50 peratus sokongan pembangkang bagi segmen pengundi Melayu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, oleh kerana sifat 'luar bandarnya', ia tidak boleh dijadikan petunjuk keseluruhan sokongan orang Melayu terhadap PAS.

Ia lebih sesuai untuk dibandingkan bagi negeri di utara (Kedah) dan Pantai Timur (Kuala Terengganu dan Kelantan).

Tetapi tidak bagi lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang dan Selatan Semenanjung, yang trend pengundiannya adalah berbeza dengan Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebagai perbandingan, Ini analisa bagi bagi keputusan *Daerah Mengundi Pekan Sungai Besar*.

Amanah telah menang semua saluran.

Sal      BN       AMH       PAS
1          83       124         17    65%
2         189      213         86    73%
3         182      179         98    68%
4         143      157       143    66%

Komposisi Kaum

S     M           C             I
1   33.4%     62.0%     4.6%
2   46.4%     49.6%    4.0%
3   59.0%     37.9%     3.1%
4   71.9%     26.0%     2.1%

Kecuali di saluran 3, Amanah kalah tipis dengan BN. Saluran 4, pengundi Melayu 72% tapi Amanah telah menang.

Ini menunjukkan trend sokongan 'Pengundi Muda Melayu' kepada Amanah.

Secara keseluruhannya, di Sungai Besar, jumlah pengundi Cina yang tidak keluar mengundi ialah lebih dari 4,000 orang sementara pengundi Melayu tidak mengundi ialah lebih dari 6,000 orang.

*Siapakah mereka ini?*

Mereka adalah pengundi luar yang tidak pulang mengundi disebabkan kekangan waktu dan mereka ini ialah pengundi jenis 'participant' iaitu pengundi yang bertentangan sifatnya dengan pengundi luar bandar yang tinggal menetap di sana, yang setia kepada BN dan PAS.

Golongan ini adalah anti status quo dan tidak takut kepada sebarang risiko untuk memilih mana-mana parti yang mereka fikir sesuai.

Dan pertimbangan utama mereka bukanlah isu agama atau kaum yang digembur oleh BN dan PAS, tetapi lebih kepada isu ekonomi, korupsi, hak asasi dan kebebasan.

Justeru pasti kita boleh agak parti mana bagi 10,000 orang ini akan mereka pilih jika mereka balik mengundi dalam PRU 14 nanti.

Saya mengira, jika 10,000 orang ini pulang mengundi, Amanah mampu meraih sejumlah 13,000 undi dan bukannya seperti yang diperolehi dalam PRK tersebut.

Di Sungai Besar dalam PRU 13 pada tahun 2013 yang lalu, kadar keluar mengundinya ialah 88.3%. Tetapi dalam PRK (Sungai Besar) yang lalu, kadar keluar mengundi hanyalah 74 %. Ini bermaksud 11,090 orang yang tidak keluar mengundi berbanding tahun 2013.

DMA
28 OGOS 2016

beautifulnara

Posted: 28 Aug 2016 02:16 AM PDT

beautifulnara


Video Mengamuk Dengan MPSJ Viral : Lan Pet Pet Mohon Maaf

Posted: 27 Aug 2016 09:30 PM PDT

Sejak beberapa hari lepas, video pelawak Lan Pet Pet yang mengamuk dan memarahi penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi viral di media sosial.

Dipercayai kejadian berpunca daripada tindakan penguatkuasa MPSJ yang mengunci tayar kereta milik Lan sedangkan pada waktu itu enjin tidak dimatikan dan isterinya juga berada didalam kereta.

Dek kerana video itu, ramai yang menyalahkan dan melemparkan pelbagai kritikan kepada pihak MPSJ.

Walaubagaimanapun, Lan meminta agar perkara tersebut tidak lagi dipanjangkan dan mengakui ia sebenarnya kesilapan beliau.

Pihak MPSJ sudah menjalankan tugas dan kewajipan mereka. Saya sendiri jadi serba-salah apabila ramai yang menyalahkan penguatkuasa MPSJ apabila video itu menjadi 'viral' semalam, sedangkan saya sebenarnya yang melakukan kesalahan.

Saya tidak menyalahkan mereka mengambil tindakan mengunci tayar kereta saya. Walaupun ketika itu isteri saya sedang menunggu dalam kereta lain di belakang kereta saya, ia tetap satu kesalahan.

Buat Lan apa yang berlaku memberikan beliau pengajaran dan menasihati agar mereka yang bergelar selebriti harus mematuhi undang-undang dan jangan menggunakan populariti untuk melakukan sesuatu perkara sesuka hati.

Pada masa yang sama, Lan merasa agak terkilan apabila ada pihak merakam aksi beliau itu tanpa kebenaran dan menyebarkan video berkenaan.

Saya tak pasti siapa yang merakam video itu. Disebabkan mereka juga perkara ini kecoh dan ramai yang menyalahkan anggota penguatkuasa MPSJ. Pendek kata individu berkenaan cuba mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

Apa pun perkara ini sudah diselesaikan dengan cara baik dan saya pun sudah membayar kompaun. Saya hormat mereka kerana masih boleh dibawa berbincang walaupun selepas saya memarahi mereka.

Respek pada Lan Pet Pet kerana mengakui kesilapan beliau. Apa-apa pun, perkara sudah diselesaikan secara baik dan tidak perlu lagi kita mengkritik mana-mana pihak.

Sumber Berita : Harian Metro

Toknek.com RSS Feed

Posted: 28 Aug 2016 02:11 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Sapadia Pencipta Kartun Spongebob Squarepants

Posted: 28 Aug 2016 12:22 AM PDT


Sebelum kami habaq awat oghang oghang dewasa termasuk mak pak dan atuk nenek patut menonton kartun Spongebob Squarepants ana perlu tau dahulu fakta fakta menarik tentangnya Untuk pengetahuan ham...

Tol Lebuhraya Perjanjian Berat Sebelah Antara Mahathir Dan Kroni Jadi Punca Tempoh Konsesi Berlanjutan

Posted: 27 Aug 2016 11:32 PM PDT


walaupun UEM telah diambik alih oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada jaminan pada tahun 1998 PLUS telah diswastakan dan disenaraikan di pasaran saham pada tahun 2002 untuk membantu mengurangk...

Ruhainies Meghap Azrel Ismail Tak Ceghita Bercinta

Posted: 27 Aug 2016 11:04 PM PDT


keghap dok dengaq dilihat mesra bersama Azrel Ismail menjelaihkan bahawa dia dan Ruhainies hanyalah berkawan Namun pelakon lelaki ni bagaimanapun tak menolak kalau kata ada ghasa cinta yang terj...

Cheq Janji Akan Habaq Tarikh Nikah

Posted: 27 Aug 2016 11:02 PM PDT


Mengakui bahawa la nih sendang kenai soghang jejaka yang bukan dari industri seni pelakon manih lawa Ummi Nazeera menjelaihkan bahawa dia tak akan menyembunyi sebarang perkara berkaitan jodoh B...

Video Mengamuk Dengan Mpsj Viral Lan Pet Pet Mohon Ampun

Posted: 27 Aug 2016 10:42 PM PDT


Sejak beberapa hari lepaih video pelawak Lan Pet Pet yang mengamuk dan memarahi penguatkuasa Majlih Perbandaran Subang Jaya MPSJ menjadi viral di media so siall Dipercayai kejadian berpunca da...

Projek Lebuhraya Utara Selatan Di Anugerah Kepada Pembida Tertinggi

Posted: 27 Aug 2016 07:32 PM PDT


Pada tahun 1986 Mahathir memilih untuk menganugerah projek Lebuh ghaya Utara Selatan kepada syarikat milik persendirian UEM walaupun pada hakikatnya bahawa tawaran UEM Yang palin mahai tak m...

Dicop Sebagai Pemain Palin Kotoq Di Epl Diego Costa Buktikan Sebaliknya

Posted: 27 Aug 2016 06:22 PM PDT


Bercakap pasai pemain palin kotoq dan ganaih kami boleh menjamin nama Diego Costa konfem ada dalam senarai peminat bola sepak Inggeris tengok sahajalah beberapa siri bentesan beliau dalam perl...

Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Masa Pesta Gerewol

Posted: 27 Aug 2016 09:22 AM PDT


Apabila tiba bulan Jun hingga Oktober kawasan tengah Nigeria mula mengalami kemarau Kolam dan lopak ayaq menjadi kerin secara beransur ansoq Suasana tu menunjukkan padang rumput Savana seolah o...

Sejauh Mana Teluihnya Simpanan Patuh Syariah Kwsp

Posted: 27 Aug 2016 03:22 AM PDT


Semua pakat terbeliak bijik mata bila baca yang shariah ni dividennya takdak kadaq minimum cuba try test bandin pulak dengan konvensionai yang ada dividen guarantee tak kughang 2 5 peratus se...

myartis.com

Posted: 28 Aug 2016 01:56 AM PDT

myartis.com


4 GAMBAR - ANAK FADILAH MANSOR SELAMAT BERGELAR ISTERI

Posted: 27 Aug 2016 07:11 PM PDT



Pada 20 Ogos lalu, pelakon Alia Farhani Ahmad, 25, yang merupakan anak kepada Datin Fadilah Mansor, 57, dan Ahmad Ibrahim atau Mat London, 60, telah selamat bergelar isteri kepada Muhamad Daniel Ahmad, 26, Eksekutif Arena Sukan di iM4U, dengan sekali lafaz.

Pada majlis tesebut, Alia yang menyulam cinta dengan Daniel selama tiga tahun itu menerima mas kahwin seutas gelang emas dan wang hantaran RM25,000. Pihak lelaki juga membawa tujuh dulang hantaran.

Majlis pernikahan berlangsung di Villa Fragrans Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Kepong berlangsung dengan meriah dihadiri keluarga ayah dan ibunya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

10 GAMBAR - SUASANA SAMBUTAN BIRTHDAY HANEZ SURAYA

Posted: 27 Aug 2016 05:44 PM PDT



"Thank You So Much Suamiku..," demikian kata Hanez Suraya yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-31 baru-baru ini.

Hanez menerusi laman Instagramnya telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis ini yang disambut secara kecil-kecilan.

Jom lihat!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

12 GAMBAR - AKSI SITI SALEHA DI UK

Posted: 27 Aug 2016 04:34 PM PDT



Amboi... bukan main seronok pelakon Siti Saleha jalan-jalan di United Kingdom.

Gambar-gambar sekitar percutian di sana telah dikongsikan oleh Saleha menerusi laman Instagram miliknya.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment