KedahLanie.info Posted: 24 Aug 2016 09:59 AM PDT Warna- warni Politik MalaysIa.. Barisan Nasional.. Pakatan Harapan & Gagasan Sejahtera Posted: 24 Aug 2016 08:59 AM PDT WARNA-WARNI POLITIK MALAYSIA POLITIK baru dengan blok baru akan menyaksikan gelombang politik di PRU ke 14. Gabungan komponen Barisan Nasional akan pastinya berhadapan dengan PH dan Gagasan Sejahtera. Masih menanti Bersatu(peribumi) kini dalam proses. Sudah pasti front pembangkang dari PH(Dap-Pkr-Amanah); Gagasan Sejahtera(Pas-ikatan) akan bersaing demi merebut kuasa politik di Malaysia selepas ini. Jika front pembangkang dipimpini pemuka politik berjiwa besar. Permikir yang merentasi daerah kaum, bangsa ,agama dan budaya, saya percaya front pembangkang berjaya dipersatukan dalam satu wadah(tanzil) yang kukuh dan kuat. Hikmah yang tidak terlihat di mana Tuhan menzahirkan PAS-DAP-PKR-Amanah-Ikatan dan Bersatu mungkin jika dimenung dan difikir ia wajar dijadikan ramuan mustajad membina keutuhan dan kekuatan front pembangkang sekaligus mempermudahkan proses pengambil alihan kuasa politik daripada UMNO-BN di PRU akan datang. Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang mengolek." Tuhan tidak akan merubah nasib seseorang jika diri itu sendiri tidak bersedia untuk membuat perubahan". Bangunkan pemikiran dinamik dan positif. Hindiri berfikiran secara negatif. Berjiwa besar, tidak emosi, dan merendah diri. Kembali bersama dalam permaufakatan, kalau tidak pecayalah tuhan tidak akan menganugerahkan kepada kita status kemenangan. Jamaludin Jamalu... | Akhirnya... Pencarian MH370 tamat pada Krismas Posted: 24 Aug 2016 05:24 AM PDT FMT Reporters | KUALA LUMPUR: Hari Krismas adalah tarikh terakhir untuk melengkapkan pencarian pesawat MH370 di kawasan seluas 120,000km persegi di Arc 7 di selatan Lautan Hindi, barat daya Australia. Dalam satu e-mel terbaharu daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), cuaca buruk menyebabkan pencarian di baki 10,000km persegi terpaksa ditangguhkan. Setakat ini, pencarian sudah meliputi 110,000km persegi, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama dalam Kemas Kini Operasi Pencarian MH370 bertarikh hari ini. Menurutnya, perkembangan utama minggu ini termasuk kapal Fugro Equator memasuki kawasan pencarian terbabit, manakala kapal Dong Hai Jiu 101 pula sedang berlabuh di luar Fremantle, bersiap sedia untuk misi seterusnya. “Ia dijangkakan keadaan cuaca akan bertambah baik sekitar Oktober untuk membolehkan penggunaan kenderaan kawalan jauh (ROV) dari kapal itu. “Peralatan itu juga akan menyiasat hubungan sonar,” menurut kemas kini daripada Pegawai Komunikasi Operasi Pencarian MH370, Daniel JT O’Malley. ATSB juga bekerjasama dengan Organisasi Penyelidikan Industri dan Saintifik Komanwel (CSIRO) sejak 18 bulan lalu, bagi mencari lokasi serpihan MH370 hanyut. Satu kajian intensif akan dijalankan tidak lama lagi. Fasa pertama ialah melepaskan boya hanyut laut yang digunakan dalam Program Hanyut Global, bersama model flaperon dilengkapi pengesan satelit. Model itu akan dikesan untuk mewujudkan kadar dan arah hayut berbanding boya hanyut di laut terbuka yang tertakluk kepada angin, arus dan ombak sama. Program Hanyut Global sebenarnya selama 30 tahun akan digunakan untuk membentuk arah hanyut flaperon itu. “Ia tidak akan dapat mengenal pasti lokasi pesawat itu secara tepat dengan sendirinya. Bagaimanapun, ia berharap dapat mengenal pasti lokasi spesifik pesawat itu berada, apabila ditambah dengan pengetahuan sedia ada dan sebarang pembelajaran masa depan.” Pada Julai 2015, satu serpihan ditemui di La Réunion, Lautan Hindi berhampiran Madagascar. Ia kemudiannya dihantar ke Perancis. Pada 3 September 2015, pihak berkuasa Perancis mengesahkan serpihan itu adalah bahagian sayap, satu flaperon daripada sebuah pesawat Boeing 777. Pengenal unik mengenal pasti serpihan berkenaan ialah sebahagian daripada pesawat MH370. Flaperon itu amat penting. Ia adalah serpihan pertama MH370 yang dijumpai. | Geng Ustaz buat laporan polis ke atas Persatuan Hokkien Posted: 24 Aug 2016 05:19 AM PDT MK | Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GU) atau juga dikenali sebagai Geng Ustaz hari ini membuat laporan polis terhadap Persatuan Hokkien Malaysia yang melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan untuk menolak pindaan Akta 355. Mereka berkata, tindakan tersebut adalah campur tangan melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan. “Tindakan Persatuan Hokkien Malaysia boleh mengundang suasana tegang antara agama kerana menghasut tanpa melalui proses yang sihat seperti yang sedang berlangsung di parlimen Malaysia. “Kebimbangan kami ada asasnya, di mana sekiranya berlaku tindakbalas dari orang awam di kalangan umat Islam yang merupakan majoriti rakyat di negara ini tentu saja ia mengundang suasana tegang sekali gus mengganggu ketenteraman negara,” kata presidennya, Norazli Musa. Beliau ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini selepas membuat laporan. Persatuan Hokkien Malaysia baru-baru ini mendakwa mereka yakin dapat mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan). Pindaan itu dikatakan akan merintis jalan supaya hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini. Presiden Persatuan Hokkien Malaysia, Tan Sri Khoo Chai Kaa sebelum ini dilaporkan berkata kempen yang dilancarkan pada Jun lalu itu telah mengumpul 600,000 ribu tandatangan. Katanya, persatuan itu turut menyasarkan 1,000 lagi tandatangan daripada NGO dan kira-kira 100 pertubuhan lain. Khoo berkata, selepas 20 September, tandatangan yang dikumpulkan akan diserahkan kepada semua 222 Ahli Parlimen. Mengulas lanjut Norazli mahu pihak polis menyiasat langkah persatuan terbabit sekali gus mengambil tindakan sewajarnya. “Kami (GU) ingin meminta pihak polis menyiasat langkah Persatuan Hokkien tersebut di bawah Akta Hasutan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka kerana tindakan yang mereka ambil boleh disifatkan ingin menghasut masyarakat bukan Islam untuk menentang dan menghalang orang Islam daripada beramal dengan agamanya,” katanya. | Salinan surat Husam Musa kepada DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGUNG Posted: 24 Aug 2016 03:14 AM PDT SALINAN SURAT KEPADA DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 17 Ogos 2016 14 ZulKaedah 1437 Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan kebesaran dan kemuliaan yang dikurniakan Allah, Raja Segala Raja. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Ampun Tuanku, Dengan segala hormat dan takzimnya patik merafakkkan sembah dan berdoa ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam bimbingan, perlindungan, afiat dan kerahmatan dari Allah setiap masa dan berlanjutan sampai akhirat nanti. Ampun Tuanku, *MEMOHON SEMBAH MAKLUM TINDAKAN SAMAN 'CLASS ACTION' DI AMERIKA SYARIKAT ATAS KEHILANGAN WANG 1MDB* Patik dengan penuh takzim menerusi warkah ini, ingin merafakkan sembah mengenai tindakan patik atas nama rakyat Malaysia dan mewakili rakyat Malaysia serta benefisiari-benefisiari yang berhak ke atas faedah-faedah dari 1MDB di negara ini, bersama bersama seorang lagi hamba rakyat Tuanku, Mathias Chang, telah memfailkan saman yang dipanggil 'class action' ke atas pihak yang dikira melarikan wang berkait 1MDB. Saman ini telah difailkan di Mahkamah Daerah Selatan New York, Amerika Syarikat pada Khamis lalu, 11hb Ogos 2016. Patik mengguna pakai khidmat Peguam Louis F. Burke untuk tujuan ini. Patik berdua telah menamakan lapan (8) Defendan yang terdiri daripada Riza Shahriz Bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Goldman Sachs Group Inc., Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson dan Metropolis IX Capital Advisors, LLC. Secara ringkasnya, pemfailan tindakan saman tersebut adalah bertujuan untuk menuntut ganti rugi terhadap wang yang dicuri daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli dengan menggunakan wang curi tersebut. Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar untuk 1MDB sebelum ini. Ampun Tuanku, Patik memberanikan diri mengambil tindakan ini Demi Malaysia. Seberapa banyak wang yang telah hilang itu, jika dapat dipulangkan kepada negara kita, tentulah sedikit sebanyak memberikan faedah kepada rakyat kita sendiri. Memandangkan sebahagian dari wang itu telah dibelanjakan untuk bermewah-mewah dan berpoya-poya, ketika mana masih ada rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan dan bantuan negara - tentulah menimbulkan kekesalan dan kehibaan. Adalah aib pada hemat patik, jika tidak ada satu pun rakyat Malaysia bertindak mengunakan saluran undang-undang untuk mengesahkan laporan-laporan atas tindakan berkenaan dan seterusnya mengembalikan wang negara yang jumlahnya begitu besar itu. Ampun Tuanku, Senaskhah Palintif's Original Complaint berkenaan, patik sertakan bersama warkah ini untuk tatapan Tuanku jua. Terdapat lima 'Course of Action' di bawah Claims for Relief yang patik pohon, seperti tertera pada muka surat 26 - 31. Ampun Tuanku, Patik pohon Ke Bawah Duli Tuanku mendoakan kejayaan tindakan patik ini Demi Malaysia. Doakan jua supaya urusan ini dipermudahkan dengan segala bentuk pertolongan dari Allah s.w.t dan hamba-hamba dan makhlukNya. Patik suka menyembahkan, bahawa patik tahu ianya sebuah usaha yang sukar tetapi tidak lah wajar rakyat Malayisa hanya berputih mata atas apa yang telah dan akan merugikan negara ini. Ampun Tuanku, Patik juga meminta diampunkan atas tindakan patik menjadikan warkah ini sebuah warkah terbuka untuk tatapan rakyat jelata Malaysia juga. Ampun Tuanku, Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekali lagi mempersembah pohonan ampun atas apa jua kekhilafan patik menerusi warkah ini. Payungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berserta Duli-Duli Raja-Raja seluruhnya, akan meletakkan negara ini kekal merdeka, berdaulat, aman makmur dan diredhai Maha Pencipta. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan. Amin Ya Rabbal Alamin Ampun Tuanku, Patik dengan segala hormat takzimnya; YB Dato Hj Husam bin Musa #DEMIMALAYSIA | 'Apa jadi jika ahli DAP kata MO1 adalah Agong?' Posted: 24 Aug 2016 02:25 AM PDT Bekas anggota Umno Langkawi Anina Saadudin tertanya-tanya apa akan jadi jika anggota DAP mendakwa Malaysian Offcial 1 (MO1) adalah Yang di-Pertuan Agong. Anina mengulas permohonan maaf anggota parlimen Umno Datuk Nawawi Ahmad kepada Agong atas kenyataannya mengenai MO1. "Cuba bayangkan komen itu datang daripada ahli DAP, isu itu akan dimainkan di TV3, saya rasa tidak kurang satu bulan," katanya kepadaMalaysiakini. Oleh itu, Anina berpendapat pihak polis dan Umno sendiri mesti mengambil tindakan terhadap Nawawi kerana kenyataan tersebut. Malah katanya, permohonan maaf Nawawi kepada Agong tidak mencukupi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Kedah. "Sultan Kedah adalah sultan di hati rakyat. Baginda adalah sultan di hati semua rakyat Kedah. Kalau kamu mahu memohon maaf kepada sultan, kamu juga mesti mohon maaf kepada semua rakyat Kedah," katanya. Tambah Anina, kenyataan tersebut berkaitan perlembagaan dan sebagai seorang pemimpin, Nawawi sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat. "Kenyataan itu bersangkut paut dengan perlembagaan. Kamu kata maaf dan tu sahaja? Sebagai pemimpin kena tunjuk contoh kepada rakyat. Kalau seorang pemimpin buat silap, cakap maaf dan terlepas. Rakyat boleh buat benda yang sama dan kemudian mohon maaf. "Nanti sesiapa saja di jalan akan buat komen berkaitan Agong dan cuma cakap maaf. Polis mesti ambil tindakan, buka fail dan siasat," katanya. Apa yang lebih mengejutkan, kata Anina, kenyataan itu datang daripada pemimpin Umno, sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan raja-raja Melayu. "Tak sepatutnya pemimpin Umno buat kesalahan yang macam ni. Kamu kata berjuang untuk orang Melayu, untuk raja. Kamu kata DAP ancaman kepada raja-raja, orang Islam. "Tapi kamu buat kenyataan yang sangat-sangat bercanggah dengan perjuangan kamu," katanya yang meminta Umno mengambil tindakan terhadap Nawawi. Dalam permohonan maaf kepada Agong Isnin lalu, Nawawi melahirkan rasa kesal berhubung perkara itu dan berjanji untuk lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan di media sosial pada masa akan datang. Ogos lalu, Nawawi dalam catatan di Facebook mendakwa MO1 tidak lain dan tidak bukan adalah Agong yang juga merupakan ketua negara ini. Posting itu kemudian disunting untuk membuang rujukan kepada Agong empat jam kemudian, tetapi menerima kritikan meluas. Majlis Kerabat Diraja Kedah menegur Nawawi dengan mengatakan beliau tidak sepatutnya mengheret institusi raja dalam perkara itu. Nawawi sebelum ini mendakwa kenyataannya disalah tafsir dan bukan merujuk kepada tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. MO1 adalah individu yang didakwa oleh DOJ menerima sekurang-kurangnya AS$ 731 juta daripada AS$ 3.5 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB. DOJ berkata ia dihalang oleh kaedah-kaedah mahkamah daripada menamakan pegawai itu dalam saman sivil berkenaan, yang mendorong spekulasi mengenai identiti sebenar MO1. MalaysiaKini | Umno yang kalah teruk PRU13, bukan kami, kata MCA Posted: 24 Aug 2016 12:18 AM PDT PETALING JAYA: MCA hari ini memberitahu Umno supaya cermin diri sebelum menuduh parti itu gagal menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya lepas.
Ia selepas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan MCA supaya jangan hanya menuntut balik kerusi yang pernah dipinjamkan kepada Umno sekiranya tidak dapat menjamin kemenangan untuk Barisan Nasional (BN).
"Melihat kembali pilihan raya umum ke-13, Umno bukan sahaja tewas di tiga kerusi yang dipinjamkan oleh MCA, tetapi juga kalah dengan majoriti lebih besar.
"Menggunakan kata-kata Shahidan sendiri, mengapa pinjam kalau kalah?" kata Setiausaha Biro Keharmonian Agama, Chris Daniel Wong.
Pada pilihan raya lepas, PKR menewaskan calon BN diwakili Umno dengan majoriti lebih besar 4,515 berbanding 1,826 ketika ditandingi MCA pada 2008.
Di Gelang Patah, Johor, MCA menang dengan majoriti 8,851 pada 2008, tetapi veteran DAP Lim Kit Siang memenangi kerusi itu pada 2013 daripada BN menewaskan calon Umno dengan majoriti 14,762.
Begitu juga, kerusi Wangsa Maju dikekalkan pembangkang dengan majoriti 5,511 berbanding majoriti tipis 150 ketika ditandingi MCA pada 2008.
Wong berkata ketiga-tiga contoh itu menunjukkan Umno yang kalah dengan majoriti lebih besar di kerusi Parlimen.
"Mungkin Shahidan Kassim perlu diingatkan kajian Politweet yang mendapati Umno hilang 12% sokongan Melayu di Johor dan beliau patut lebih bimbang dan menyelesaikannya untuk BN, daripada menuduh MCA tidak mampu memenangi kerusi," kata Wong.
Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Umno menyerahkan semula 3 kerusi Parlimen itu yang menurut MCA "milik" mereka.
Bagaimanapun, Shahidan berkata perbincangan kerusi adalah perkara nombor dua.
"Banyak orang cakap nak ambil kerusi, kerusi itu. Boleh dibincang tetapi jaminan kemenangan? Jangan hanya minta kerusi tetapi tidak boleh beri kemenangan," katanya kepada FMT. | Pengumuman dari Datuk Bandar DBKL ini merupakan satu tamparan yg kuat keatas menteri wilayah Posted: 23 Aug 2016 11:42 PM PDT Pengarah, pegawai DBKL isytihar harta Jumaat ini 24 Ogs 2016, tengahari 11:58 (Dikemaskini 24 Ogs 2016, tengahari 12:02) Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, semua pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diarahkan untuk mengemas kini data peribadi termasuk mengisytiharkan harta masing-masing Jumaat ini. Mhd Amin berkata, arahan untuk melakukan pengisytiharan itu itu merangkumi pengarah eksekutif, pengarah-pengarah jabatan dan semua kakitangannya, lapor Utusan Malaysia. Ujar beliau, langkah itu bagi menunjukkan kesediaan DBKL dalam memberikan kerjasama sama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes membabitkan pegawai kanan pihak berkuasa tempatan itu. "Kita serius dalam memastikan semua kakitangan DBKL bebas daripada kegiatan salah laku membabitkan rasuah dan pengubahan wang haram. Saya mengarahkan semua kakitangan untuk mengemas kini data peribadi dan harta bagi tujuan tersebut. "Malah perkara ini bukan baharu, sebaliknya dilakukan setiap dua kali dalam tempoh setahun. DBKL juga tidak teragak-agak untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi membantu siasatan dijalankan secara telus dan adil," beliau dilaporkan sebagai berkata. Mhd Amin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pegawai kanan DBKL berpangkat Datuk Seri yang ditahan SPRMkerana didakwa terlibat dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram. Mengulas lanjut, Mhd. Amin berkata, tindakan tegas seperti tata tertib malah pemecatan akan diambil sekiranya siasatan mendapati ada pegawai yang terlibat dengan kesalahan jenayah sedemikian. "Bagaimanapun, segala keputusan akan diserahkan kepada pihak SPRM untuk menentukan dakwaan itu sama ada benar ataupun sebaliknya. "Kita tunggu laporan dan hasil siasatan yang dijalankan. Buat masa sekarang, saya tidak mahu mengganggu siasatan yang dijalankan pihak SPRM," beliau dilaporkan sebagai berkata. Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Mansor berkata, beliau tidak akan membuat pengisytiharan harta kepada umum kerana bimbang keluarganya menjadi sasaran penjenayah. Bekas ahli perniagaan itu berkata ada pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika aset dimilikinya diumumkan secara terbuka. | Pengurusan Menara Alor Setar - Mohon pindah lokasi Roller Blade Posted: 23 Aug 2016 11:30 PM PDT
ALOR SETAR - Pengurusan Menara Alor Setar memohon aktiviti bermain Roller Blade dilakukan di perkarangan menara setiap malam dihentikan dan berpindah ke lokasi lebih bersesuaian.
Pengurus Besar Menara Alor Setar, Haslinda Abdul Rashid berkata, aktiviti ini didakwa menimbulkan masalah kepada mereka.
"Antaranya, pihak menara terpaksa menanggung kerugian apabila beberapa jubin didapati pecah, sehingga perlu dibaiki.
"Malah, ia tidak bersesuaian apabila kawasan menara yang dahulunya tempat beriadah, kini menjadi tempat sukan ekstrem bagi golongan remaja dan belia ini," katanya.
Kata Haslinda, walaupun ada diletakkan papan tanda larangan bagi mengelakkan impak lebih serius, namun ia didapati tidak diendahkan kebanyakan peminat sukan ekstrem tersebut.
Malah, katanya, pengusaha yang beroperasi dalam taman bersebelahan menara didakwa gagal mengawal pelanggan, sehingga menyebabkan Dataran Menara dijadikan platform permainan itu.
"Kami bimbang keselamatan pengunjung Menara Alor Setar, kerana jika pemain Roller Blade dibiarkan bermain tanpa kawalan, mungkin boleh berlakunya pelanggaran kepada anak kecil bermain.
"Kami juga memandang serius kegiatan berkenaan kerana dikhuatiri menggalakkan kehadiran peragut dan membawa kepada kecurian harta benda awam dan penyewa menara," katanya.
Menurut Haslinda, pihaknya turut mendapati pendapatan menara turut terjejas sepanjang kegiatan Roller Blade tersebut, sekali gus memohon pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya.
Katanya, pihaknya tidak melarang aktiviti berbentuk riadah di Dataran Menara, tetapi kegiatan berkenaan haruslah bersesuaian dengan lokasi digunakan.
Beliau turut meminta agar peminat Roller Blade menghentikan perbuatan mereka di kawasan tersebut dan berpindah ke tempat lain yang lebih bersesuaian untuk meneruskan aktiviti ini.
Untuk itu, katanya, pihak menara juga berharap pihak berkaitan dapat memberi perhatian dan membuat pertimbangan sewajarnya dengan melakukan pemantauan segera demi menangani masalah tersebut. | AWAS !! Tektik baru penjenayah masuk rumah anda, depa guna kepala surat TNB mai cek meter.. Posted: 23 Aug 2016 10:30 PM PDT Hati2 warga semua Tektik terbaru penyamun dgn menyamar sebagai TNB utk masuk rumah dgn meninggalkan surat mengatakan telah dtg rumah utk pemeriksaan tp rumab berkunci dan minta hubungi no hp yg tertera. Tujuan utk buat janji bila hari TNB boleh dtg periksa. Jd ekau jgn layan lah sebab yg nak dtg tu penyamun. TNB telah pun mengesahkan tidak ada mengeluarkan surat semacam itu..
c/p
Info TNB : rakan di TNB mengesahkan kalau ada keperluan untuk memeriksa meter tuan/puan..akan dikeluarkan surat mcm ni..cuma surat ni telah disalah gunakan oleh penjenayah..jadi nasihart TNB ialah bila dpt surat mcm ni sila ke pejabat TNB untuk tindakan lanjut.
| Bila isu warga asing akan selesai? Posted: 23 Aug 2016 09:19 PM PDT SUDAH bertahun-tahun, isu kebanjiran pekerja asing serta pendatang asing tanpa izin di negara ini menjadi masalah yang tidak berkesudahan.
Malaysia menjadi tumpuan rakyat dari pelbagai negara, antaranya Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Filipina dan Myanmar sebagai lubuk mencari rezeki di pelbagai sektor.
Isu lambakan warga asing ini mungkin tidak timbul sekiranya ekonomi negara asal mereka dalam keadaan yang baik.
Warga asing berpusu-pusu ke negara kita kerana kesempitan dan peluang yang hampir tiada di negara mereka.
Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kemakmuran negara kita ini menjadi tarikan dan menjadi pusat kestabilan rantau ini.
Meskipun pelbagai usaha agresif dijalankan pihak berkuasa termasuk penghantaran pulang ke negara asal, bilangan mereka tidak juga berkurangan, malah bertambah tahun demi tahun.
Pada November 2014, Kementerian Sumber Manusia mendedahkan, pekerja asing sama ada yang masuk secara sah atau haram dianggarkan berjumlah 6.7 juta orang di Malaysia.
Daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta orang mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen.
Katanya, lambakan pekerja asing gagal dibendung ekoran permintaan tinggi tenaga kerja dalam pelbagai sektor selain sikap rakyat tempatan yang dikatakan terlalu memilih pekerjaan.
Jika angka didedahkan itu benar, ini bermakna jumlah warga asing di Malaysia ketika ini mengatasi populasi penduduk kaum Cina.
Menurut statistik Jabatan Perangkaan, jumlah kaum etnik kedua terbesar di negara ini, pada tahun ini diunjurkan berjumlah 6.64 juta orang. Adakah Malaysia memerlukan jumlah tenaga asing sebegitu ramai?
Di beberapa tempat terutamanya di Lembah Klang, jumlah pekerja asing lebih ramai daripada penduduk setempat sehingga ada yang mewujudkan koloni masing-masing. Ini menimbulkan keresahan rakyat.
Selain itu, aliran mata wang ringgit ke luar negara turut mencatatkan trend meningkat berganda setiap tahun. Pada 2011 hingga 31 Disember 2014, sebanyak RM32.1 bilion dibawa keluar negara.
Negara paling tinggi menerima wang-wang ini adalah Indonesia, India, Filipina, Bangladesh, Vietnam, Nepal dan China.
Memang kita mengakui warga asing ini turut membawa kebaikan kepada ekonomi negara, namun jika tiada kawalan, sudah pasti mudarat yang lebih besar akan melanda Malaysia.
| ‘Satu dunia tahu kita dirompak, kenapa kita masih rileks?’ Posted: 23 Aug 2016 08:03 PM PDT #TangkapMalaysianOfficial1, Anis Syafiqah Md Yusof pelik dengan sikap rakyat yang tidak mempeduli sedangkan 'seluruh dunia tahu bahawa negara ini telah dirompak’. Dalam sebuah rakaman video yang dimuat-naikkan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan hari ini, Anis dipaparkan dikelilingi oleh rakan-rakan aktivis pelajar dan anggota polis di luar kampus UiTM Seri Iskandar berhampiran Ipoh, Perak. Memulakan ucapannya, Anis berkata, beliau dan rakan-rakannya mahu ke kampus berkenaan untuk menyampaikan maklumat berhubung Malaysian Official 1 (MO1) tetapi tidak dibenarkan untuk berbuat demikian. Katanya, kempen kumpulan itu yang adalah untuk menggesa pihak berkuasa menangkap MO1, sedangkan polis tidak melakukan apa-apa apabila adalah jelas bahawa wang negara telah dirompak. “Kenapa polis tak nak tangkap perompak yang terang-terang merompak duit rakyat Malaysia. Duit mahasiswa, duit polis, polis juga rakyat Malaysia. “Kenapa tak mahu fokus kepada perompak yang besar itu, kenapa nak fokus kepada kami yang kecil ini. Kami ini kecil, bukan siapa-siapa (pun), tak berbahaya “Saya tak bawa apa-apa senjata pun, hanya bawa sekeping kertas untuk bagi tahu kawan-kawan di dalam (kampus),” kata Anis seperti yang dilihat dalam klip video yang dirakamkan Sabtu lalu. Apa yang bermula sebagai ucapan jinak bertukar menjadi berapi-api apabila Anis mendakwa bagaimana wang berbilion-bilion ringgit disalahgunakan sedangkan wang berkenaan boleh digunakan untuk membiayai biasiswa untuk pelajar. “Berapa orang boleh dapat manfaat itu. Takkan kita nak biar? Sampai bila kita nak biar perompak ini bersenang-lenang guna duit kita? “Bayangkan kalau rumah kita masuk perompak lepas itu kita buat laporan polis (tetapi) polis tak boleh nak buat apa-apa. Apa yang kita rasa?” katanya. Aktivis pelajar itu menjelaskan bahawa beliau bukannya datang untuk sengaja menimbulkan kekecohan mahupun memalukan dirinya tetapi atas kesedaran sebagai seorang rakyat. “Saya nak bagi tahu kawan-kawan supaya kita kena sedar. Satu dunia dah tahu kita dah kena rompak, kenapa kita boleh relaks lagi,” katanya. Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 dijadualkan pada 27 Ogos ini yang bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya menangkap dan mendakwa ‘MalaysiaOfficial 1'. Individu yang dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' itu dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan dana daripada 1MDB. DOJ percaya dana AS$3.5 bilion diseleweng dari 1MDB dan sekurang-kurangnya AS$ 731 juta berada di akaun bank 'Malaysian Official 1'. | PERHATIAN : PENYAMUN berpedang samurai giat melakukan kerja depa disekitar PENDANG, YAN & KOTA SETAR Posted: 23 Aug 2016 07:11 PM PDT Assalamualaikum Salam sejahtera Semua KRT dan SRS Yan Kegiatan samun bersenjata oleh sekumpulan lelaki dipercayai berbangsa Melayu bermotosikal 125z(.) Sejak 9/8/16 sehingga hari ini(23/8/16) sudah berlaku 7 kes samun yg disyaki dilakukan oleh kumpulan ini. Kejadian pertama berlaku di Bandar baru dan berikutnya di Yan, Pendang dan akhir sekali hari ini di Kota,Setar. 2. M.O kumpulan : - terdiri dari 4 - 5 pemuda Melayu. - menggunakan motosikal 125z warna Merah, Kuning dan Biru. - memakai helmet visor full face semasa melakukan samun. - mengguna senjata tajam i.e pedang samurai - menggugut mangsa serah harta dgn meletakkan senjata tajam di tengkok. - ganas. 3. Dipercayai dari daerah luar kedah i.e Selama dan akan tinggal di hotel2 budget. 4. Pohon kerjasama tuan dan puan : 4.1. Arahkan anggota rondaan srs mencatat no kenderaan apabila mengesyaki kumpulan ini berada dikawasan tuan. 4.2. inisiatif rondaan pencegahan jenayah yg lain. buat pemeriksaan keatas pemuda-pemuda bermotosikal i.e periksa bawah seat dan dalam raga motisikal untuk kesan senjata tajam. Pastikan keselamatan tuan dan puan.undang-undang dipatuhi.berhubung balai polis yg berkaitan jika mempunyai maklumat atau terus berhubung saya . Halim 013 4027110. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama. ================= Antara KES yang telah berlaku : [8/21, 9:48 PM] XXXX: Asslm jiran2 ku yg dikasihi.. Info utk makluman dan ingatan.. Tghari td jam 1 taman dahlia fasa 4 lencong barat telah didatangi oleh 5 penjenayah bertutup muka dan pedang samurai..letak pedang samurai pd leher wanita trus masuk rumah amik brg kemas dan wang...guna 3 biji moto 125..merah biru kuning..3 standby luar 2 masuk dalam..jiran2 cuba nk tlg digertak jgn campur.. Semuga Allah lindungi taman kita dan dihindari..dan pakat2 tlg tgk tgk jgk...koe melampau dah puak ni..siang2 depan2 org... Sekian laporan saya..tq Copy dri group sebelah... [8/21, 9:48 PM] XXXX: Ekoran dari kejadian camtu...sebelah tmn saya ni haa...Taman Kelisa depan PPD Kota Setar...ada kes samun jgk tghari td...tuan umah baru balik umh, tgh buka pgr...mai penyamun byk org bwa parang...dgq cerita sampai pijak2 perut ank tuan umh tu...depa dan ambik kunci motor ja kot...yg laen x sempat...jiran2 nk tolong pun x berani...setakat yg dengar camtu la😫😫 [8/21, 9:48 PM] XXXX: hari ni 2 kejadian rompakan kat pendang.... Kes 1 cgu shahida smkapd kena rompak...dpn tmn sri wawasan...letak pisau kat leher depa kata Kes 2 Kereta cg isteri pengetua smk sg tiang masuk parking... perompk terus masuk.... Ambil beg tangan. Masuk dlm 2 bilik dlm rumah... jam 3.00 pm tadi . Penyamun berparang 4 org nek moto. Pakat Berhati2 ya... | Adakah TNB sengaja cuai dalam proses penukaran no. akaun baru pengguna? Posted: 23 Aug 2016 06:33 PM PDT KENYATAAN MEDIA 23 OGOS 2016 ADUAN BERKENAAN BIL TNB, ADAKAH TNB SENGAJA CUAI ? 1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendapat banyak aduan berkenaan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kelihatan sengaja cuai dan boleh dianggap menipu. TNB kononya mempertingkatkan sistemnya dengan menukar nombor akaun pelanggan tanpa memaklumkan pelanggan. Pertukaran nombor akaun ini telah menyebabkan banyak wang pelanggan hilang. 2. Contohnya ialah pelanggan yang membayar secara auto debit (arahan bank) atau membuat bayaran dengan permindahan atas talian (online) melalui ‘favorites account’ akan membuat pembayaran kepada akaun lama bil TNB mereka. Ramai terkejut apabila bulan ini menerima bil baru dengan jumlah tertunggah yang menunjukkan bulan lepas tidak dibayar walaupun mereka sudah bayar melalui atas talian atau arahan bank. 3. Contoh kedua ialah pelanggan yang membayar lebih dengan nilai negative di bil. Sepatutnya bil baru terus ditolak dengan baki lebihan bulan lepas malangnya apabila nombor akaun bertukar jumlah lebihan tersebut tidak dibawa kehadapan. 4. Bila panggilan dibuat ke TNB Careline, telefonis yang menjawab meminta pelanggan agar pergi ke kaunter TNB membawa bil lama dan bil baru bagi mengemas kini akaun mereka kononya TNB ada sedikit masalah kerana pertukaran sistem yang mana nombor akaun pelanggan bertukar. 5. Kenapa TNB tidak memaklumkan kepada pelanggan berkenaan pertukaran sistem yang membawa kepada pertukaran nombor akaun pelanggan pelanggan ? Jika pelanggan sedar dan tampil ke kaunter TNB membuat pembetulan dan penyelarasan maka selamatlah wang tetapi berapa ramai yang tak sedar dan berapa puluh juta TNB ‘menggelapkan’ wang pelanggan melalui cara ini. TNB digesa tampil meminta maaf dan menyelesaikan perkara ini segera. 6. Sebelum ini SAMM pernah membangkitkan TNB mengutip dalam bil dinyatakan sebagai Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baru sekitar 1% yang dilihat sebagai pemerasan kecil yang akhirnya membawa jumlah jutaan ringgit kemana sebenar dan berapa jumlah kutipan TNB masih gagal perjelaskan. Sekian Faisal Zainal Penyelaras Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) | |
beautifulnara Posted: 24 Aug 2016 01:57 AM PDT (TAHNIAH) Isteri Shukri Yahaya Selamat Bersalin Bayi Perempuan Posted: 23 Aug 2016 11:42 PM PDT Tahniah kami ucapkan kepada pelakon popular Shukri Yahaya dan isterinya Tya Adnan atas kelahiran cahaya mata sulung mereka hari ini. Tya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan tepat jam 12.22 tengah hari tadi. Berita gembira tersebut diumumkan oleh Shukri menerusi akaun Instagram miliknya.  Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24/8/2016 tepat jam 12.22pm isteri saya @tyaadnan selamat melahirkan cahaya mata sulung kami(perempuan).. Terima kasih pada semua yang mendoakan.. Allahuakhbar.. Alhamdullilah segala proses bersalin berjalan dengan lancar. Semoga bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat. Tak sabar nak lihat wajah puteri Shukri dan Tya. Mesti comel kan? Sumber Berita : Instagram Shukri Yahaya | Nazim Othman Bakal Umum Tarikh Pernikahan Di Instagram Posted: 23 Aug 2016 10:30 PM PDT Meskipun peminat Nazim Othman tidak sabar untuk mengetahui bila agaknya beliau akan mendirikan rumah tangga bersama tunangnya Bella Dally, Nazim bagaimanapun enggan mendedahkan perkembangan lanjut mengenai perkahwinannya itu kepada umum.  Jelas Nazim ia adalah satu perkara yang agak peribadi dan beliau tidak mahu perjalanan majlis raja sehari beliau terganggu jika ia disensasikan. Memang seseorang selebriti itu seratus peratus milik masyarakat, apabila ia berkaitan kerjaya. Tapi apabila melibatkan hal peribadi terpulang pada selebriti itu sendiri. Kalau orang lain, kalau mereka hendak bercerita sampai ke dalam kelambu pun, itu hak mereka. Tapi bagi saya dan Bella, kami ada cara kami. Berahsia bukan bermakna takut populariti jatuh tapi sebab ia lebih kepada privasi. Lagipun saya mahu elakkan daripada terlalu mensensasikan hari perkahwinan saya.  Namun, Nazim berjanji beliau akan berkongsi tarikh pernikahan beliau di Instagram jika segala persiapan dan urusan berkaitan perkahwinan beliau sudah selesai. Tarikhnya sudah ada tapi saya belum sedia berkongsi. Apa yang boleh saya katakan, majlis saya akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Majlis saya sederhana saja. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan ada beberapa perkara lagi yang saya perlu selesaikan. Apabila semuanya sudah okay, saya akan berkongsi lanjut di Instagram (IG) mengenai tarikh nikah, tempat dan lain-lain lagi.  Nazim Othman dan Bella Dally bertunang pada 14 November tahun lepas di kediaman keluarga Bella di Sabah. Harapnya segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar. Semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat. Sumber Berita : Malaysian Digest | Emma Tidak Salah Dia Gadis Yang Baik, Jangan Bebankan Dia Dengan Pelbagai Soalan – Kamal Adli Posted: 23 Aug 2016 10:09 PM PDT Status hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong nampaknya akan terus menjadi teka teki apabila Kamal dalam kenyataan terbaru beliau meminta orang ramai untuk memberikan beliau ruang dan masa untuk hubungan mereka bergerak dengan sendiri.  Jelas Kamal beliau berdiam diri bukan kerana ingin menyembunyikan sesuatu tetapi ada perkara yang lebih baik untuk tidak dikongsikan kepada umum. Walaubagaimanapun, beliau berharap tiada pihak yang memanaskan lagi keadaan dengan menyebarkan berita tidak benar mengenai hubungan beliau dan Emma. Saya berdiam diri, bukan bermakna saya sembunyikan apa-apa. Ada perkara yang tidak boleh dikongsi. Saya menghargai hubungan ini. Sebab itu saya kata beri masa buat kami. Ada perkara yang mahu saya perbetulkan. Dalam masa yang sama saya tidak mahu orang di luar sana terus mengambil peluang menokok tambah kisah ini. Sebab itu saya sangat berhati-hati beri kenyataan, saya tidak mahu keruhkan keadaan.  Kamal pada masa yang sama berharap tiada lagi pihak yang mendesak Emma dengan pelbagai soalan kerana Emma merupakan seorang gadis yang baik serta tidak bersalah. Apa-apa yang berlaku, semuanya salah saya. Saya tidak mahu ada orang lain cuba kaitan perkara ini dengan orang luar atau Emma sendiri. Emma tak salah. Dia adalah seorang gadis yang baik, dan saya sangat selesa dengan dia sepanjang kami berhubungan.  Berbicara mengenai gosip orang ketiga didalam percintaan mereka, Kamal sekali lagi menegaskan agar tiada lagi yang mengaitkan nama Fathia dalam isu ini. Fathia bukanlah punca keretakan hubungannya dengan Emma. Saya tidak tahu kenapa perkara ini timbul, tetapi saya minta jangan tuding kesalahan kepada orang lain selain saya seorang sahaja. Saya tidak akan sorokkan apa-apa jika semuanya sudah jelas, cuma buat masa ini belum masanya saya kongsi. Jadi jangan buat spekulasi sendiri .  Seperti kata Kamal biarlah takdir yang menentukan pengakhiran hubungan mereka bagaimana nanti. Kadang-kadang cinta tidak semestinya memiliki. Ada cinta yang pergi tetapi tetap akan kembali kerana ada jodoh. Doakan yang terbaik buat Kamal dan Emma. Sumber Berita : Utusan Online | (5 FOTO) Aisy Mateen Anak Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari Posted: 23 Aug 2016 09:28 PM PDT Selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Julai lepas, kini Yana Samsudin dan suaminya Fadzil Zahari telah berkongsi wajah anak mereka yang diberi nama Aisy Mateen secara penuh di akaun Instagram mereka.  Memang comel betul anak mereka berdua ini. Rasanya macam ikut muka Yana lebih.. Hehe.. Semoga Aisy membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapanya nanti. InshaAllah. Jom layan beberapa lagi foto Aisy Mateen dengan membaca entri ini sepenuhnya.  | Elyana Bertudung Pada Setiap Hari Jumaat Posted: 23 Aug 2016 09:10 PM PDT Ingin menjadi seorang wanita Muslim yang baik pada masa hadapan, Elyana telah memulakan langkah pertama dengan membiasakan diri mengenakan tudung pada setiap hari Jumaat sejak tiga tahun lepas.  Malah, setiap hari Jumaat juga beliau mempunyai kelas mengaji dan itulah yang menjadi titik permulaan dan kini menjadi tabiatnya untuk berutudung pada hari Jumaat. Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas mengaji pada hari berkenaan. Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya-Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung.  Kini Elyana sering memuat naik foto beliau mengenakan hijab di akaun Instagram miliknya dan ia mencetuskan pelbagai persoalan dikalangan peminat beliau. Ada yang memuji Elyana kelihatan lebih manis dan cantik bila menutup aurat.  Satu perubahan positif daripada Elyana. Kami mendoakan agar Elyana diberikan hidayah dan dibuka pintu hatinya untuk mengenakan hijab sepenuhnya selepas ini. Amin.. Sumber Berita : BH ONLINE | Salih Yaacob Nasihat Dalami Ilmu Agama Dahulu Jika Ingin Berpoligami Posted: 23 Aug 2016 08:42 PM PDT Bila sebut sahaja tentang poligami tentu lelaki-lelaki diluar sana senyum lebar sampai ke telinga bukan? Dalam hati, "alangkah bestnya kalau dapat berbini lebih dari satu."  Berbicara mengenail hal berkenaan, otai kita Salih Yaacob menasihatkan lelaki yang ingin berhidup poligami untuk mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Menurut Salih, meskipun seseorang itu mempunyai kewangan yang kukuh ia belum tentu menjamin kebahagiaan rumah tangganya. Kehidupan yang saya lalui ini adalah ketentuan yang sudah ditentukan Allah SWT. Begitu juga dengan pasangan lain yang melalui proses sama. Cuma, saya nak berpesan agar mendalami ilmu agama terlebih dahulu kalau mahu berpoligami. Jangan sekadar mempertaruhkan wang ringgit kerana itu belum mencukupi. Tambah Salih, janganlan berkahwin kerana nafsu kerana tanggungjawab hidup berpoligami ini besar dan pelbagai perkara yang perlu diambil kira. Dari mendidik isteri-isteri sehinggalah anak-anak. Lagi satu jangan berlandaskan nafsu semata-mata kerana nafsu hanyalah alat saja. Bukan apa, hidup berpoligami ini tanggungjawabnya takkan berhenti.  Banyak perkara perlu diambil kira terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak. Semua itu bukan mudah. Saya melalui lima kali perkahwinan, jadi banyak pengalaman sudah dilalui. Dalam masa sama, setiap isteri mempunyai perangai masing-masing. Salih tidak mahu menggalak atau menghalang mana-mana lelaki yang mempunyai niat untuk berpoligami dan beliau juga tidak kisah jika ada segelintir lelaki menjadikannya sebagai mentor dalam hal berkaitan poligami. Diakui memang ramai bertanya kepada saya mengenai hidup berpoligami. Jawapan saya kepada mereka adalah apa dilalui ini berdasarkan pengalaman. Jadi terpulang kepada individu itu untuk menjadikan saya mentor. Paling penting lengkapkan diri dengan ilmu agama dan bukannya dengan ilmu yang bukan-bukan.  Kalau kahwin satu pun tanggungjawab sudah besar apatah lagi kalau ingin hidup berpoligami. Tanya diri sendiri, adakah sudah cukup ilmu di dada untuk mendidik ramai isteri dan anak-anak nanti? Jangan fikir seronok sahaja. Sumber Berita : Harian Metro | Yuna Nafi Dirinya Tidak Boleh Diusik Langsung Posted: 23 Aug 2016 08:02 PM PDT Tentu ada masih ingat dengan isu dimana Yuna telah meluahkan rasa kecewanya dan mengkritik video parodi lagunya Crush Ft Usher yang dilakonkan oleh Syuk dan Jihan Muse untuk sebuah program hiburan tempatan.  Yuna berkata, ia sesuatu perkara yang memalukan dan bersikap perkauman apabila wajah Syuk didalam video berkenaan dihitamkan dan perkara itu boleh menjejaskan karier nyanyiannya di Amerika Syarikat. Berikut kenyataan Yuna itu, ada sesetengah netizen menyifatkan Yuna seorang selebriti yang mudah terasa dan tidak boleh diusik langsung hanya kerana beliau sudah bertaraf antarabangsa sekarang. Walaubagaimanapun, Yuna menerusi portal BH ONLINE menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan sebab utama beliau tersinggung dengan parodi tersebut.  Saya bukanlah seorang yang “untouchable” kerana sebelum ini pun mereka pernah menyiarkan video parodi saya. Bagaimanapun saya tidak pernah marah, selain menganggapnya sebagai sesuatu yang melucukan. Tetapi, apabila mereka memaparkan babak pelakon komedi Syuk Joras (SJM) yang digelapkan wajahnya seolah-olah Usher, itu saya tak boleh terima. Bayangkan saya di sana seorang diri. Bagaimana kalau perkara ini diperbesarkan, pasti saya yang akan menanggung akibatnya. Saya berusaha keras untuk berada pada kedudukan sekarang dan kalau boleh saya tidak mahu perkara seperti ini memusnahkan segala impian saya.  Yuna berharap agar orang ramai boleh memahami keadaan beliau sebagai penyanyi yang berusaha untuk mencari rezeki di negara orang dan beliau harus menjaga hati rakan-rakan serta peminat beliau di sana. Apabila berada di luar negara, saya ada ramai kawan dan peminat berlainan bangsa. Jadi, saya kena jaga hati banyak pihak. Berat tanggungjawab yang perlu dipikul kerana saya membawa nama negara. Saya bukan saja Yuna dari Malaysia, tetapi juga Amerika dan juga seorang Muslim.  Hmmph, mungkin apa yang dikatakan oleh Yuna itu ada betulnya tetapi ada sesetengah pihak yang bengang dengan kenyataan Yuna apabila beliau marah akan parodi berkenaan apabila menyifatkan rakyat Malaysia terlalu obses dengan parodi bodoh. Kadang-kadang marah macam mana pun kita, cuba untuk tegur dengan cara yang lebih elok agar perkara tidak berpanjangan. Sumber Berita : BH ONLINE | Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi – Erra Fazira Posted: 23 Aug 2016 07:26 PM PDT Tahun ini, boleh dikatakan beberapa kali juga kisah percintaan Erra Faziran dan Shahir menjadi tumpuan ramai apatah lagi timbul kenyataan yang menyatakan keluarga mereka juga sudah mengetahui mengenai hubungan mereka.  Malah, Erra juga ada memberitahu beliau sukar untuk menolak cinta Shahir dan menyerahkan soal jodoh mereka kepada takdir. Terbaru, Erra meminta tiada lagi pihak mengaitkan dirinya dengan Shahir kerana mereka hanya bertanya khabar melalui Whatsapp dan kali terakhir mereka bertemu sudah hampir dua tahun lalu. Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp.  Erra juga sekali lagi menegaskan Shahir tidak pernah merisik beliau seperti yang digosipkan sebelum ini dan mereka sekadar berkawan sahaja. Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir. Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar. Saya sudah tidak tahu ingin cakap apa lagi kerana kami hanya berkawan sahaja dan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan.  Biarlah takdir sahaja yang menentukan hala tuju hubungan Erra Fazira dan Shahir. Kalau ada jodoh, Alhamdullilah. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua. Sumber Berita : mStar Online | Akui Didekati Banyak Lelaki : Fasha Sandha Masih Belum Terbuka Hati Untuk Bercinta Lagi Posted: 23 Aug 2016 07:02 PM PDT Sudah 8 bulan bercerai dengan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli, pelakon Fasha Sandha bagaimanapun masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta baharu meskipun dirinya didekati banyak lelaki.  Buat Fasha, bukan mudah untuk mencari teman yang boleh menerima baik buruk dirinya dan kini beliau hanya ingin memberi fokus kepada anak-anaknya sahaja. Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting. Ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka.  Sudah kembali aktif didalam bidang lakonan, Fasha bersyukur anak-anaknya tidak meragam atau jarang jatuh sakit sepanjang beliau keluar bekerja. Alhamdulillah mereka jarang sakit dan seperti tahu ibunya sedang bekerja. Mereka juga tidak ada bertanya tentang bapanya, mungkin mereka lebih dekat dengan saya sejak kecil.  Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu pada 20 Januari lepas. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayfal dan seorang anak perempuan iaitu Putri Raysha Jemaima. Sumber Berita : mStar Online | Nazim Othman Tidak Mahu Sentuh Dan Peluk Wanita Bukan Mahram Posted: 23 Aug 2016 06:31 PM PDT Pelakon Nazim Othman menegaskan beliau kini tidak mahu lagi bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita yang bukan mahramnya. Malah, perkara itu bukan hanya dilakukan ketika berlakon sahaja tetapi akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian Nazim.  Menurut Nazim, perkara itu juga antara janjinya dengan diri beliau sendiri sewaktu mengalami ketumbuhan otak pada tahun lepas. Saya tidak mahu babak romantik berlebihan, berpelukan atau bersentuhan kulit dengan wanita bukan mahram sama ada dalam lakonan ata ketika di luar waktu kerja. Saya cuba mengelakkan bersalaman dengan wanita, malah dengan tunang saya Bella Dally juga. Sejak dia bertudung lagi saya menghormati dia dengan tidak pernah menyentuhnya.  Ia adalah janji saya kepada diri sendiri selepas menjalani pembedahan ketumbuhan otak pada tahun lalu. Ada beberpa janji yang saya telah tanamkan dalam diri selain daripada perkara itu, tapi biarlah ia menjadi rahsia. Nazim meluahkan rasa syukur kerana pihak produksi drama terbarunya Lara Aishah memahami pendirian beliau itu dan boleh bertolak ansur dengan beliau. Buat Nazim, banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk wujudkan adegan romantik. Itu salah satu syarat saya pada pihak produksi dan mereka tiada masalah. Bagi saya produksi di Malaysia sudah terbuka untuk perkara itu. Banyak lagi cara untuk melakukan adegan romantik dengan baik.  Satu berita yang agak baik bukan harini? Baguslah kalau ada beberapa artis yang sudah mempunyai pendirian tegas untuk elak melakukan babak yang mungkin akan menimbulkan fitnah dan gosip pada masa hadapan. Sumber Berita : mStar Online | |
ROTIKAYA Posted: 23 Aug 2016 08:13 PM PDT Jasmin Hamid Terkilan Kubur Ibu Diceroboh Posted: 23 Aug 2016 08:02 PM PDT Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa terkilan apabila melihat pusara ibunya di Tanah Perkuburan Subang Jaya telah diceroboh oleh orang tidak dikenali. Bertambah bengang apabila ketika menziarahi kubur ibunya baru-baru ini, beliau mendapati botol yang ditanam bagi meletakkan bunga di atas pusara tersebut telah dicabut oleh pihak tidak bertanggungjawab “Saya terkejut apabila melihat kubur ibu saya berlubang. Apa salah saya sehingga orang sanggup membuat perkara yang tidak bertanggungjawab sebegitu. Saya bukannya buat perkara yang khurafat. Kenapa ada pihak yang mendengki. Kalau nak diikutkan, ia hanyalah perkara kecil. Cuma saya tertanya-tanya kenapa mereka sanggup berbuat begini pada saya” “Saya tidak mahu ambil sebarang tindakan. Lagipun saya tidak tahu siapa yang buat begitu. Tetapi jika ada yang tidak berpuas hati dengan saya, datang dan berjumpa dengan saya. Tertanya-tanya juga, ada ke sesiapa yang sakit hati dengan saya,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan kejadian malang yang menimpa pusara ibu beliau baru-baru ini. Pada masa yang sama, kejadian tersebut turut dikongsi Jasmin di laman Instagram beliau berikutan terlalu bengang dengan tindakan individu berkenaan. Menerusi perkongsian itu juga, rata-rata peminat turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa beliau dan kesal dengan sikap individu terbabit yang bertindak secara melampau ke atas tanah perkuburan. (rkty/w) | Elyana Bertudung Setiap Hari Jumaat Posted: 23 Aug 2016 07:28 PM PDT Sebagai langkah pertama untuk berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik, Elyana mengakui dirinya kini membiasakan diri mengenakan tudung pada setiap hari Jumaat sejak tiga tahun lalu. Tambahnya lagi, pada setiap hari Jumaat juga beliau mempunyai kelas mengaji, jadi langkah itu diambil dan seterusnya menjadi tabiat pada setiap hari Jumaat. BACA: Elyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Kecewa Keguguran “Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas mengaji pada hari berkenaan. Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya-Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung,” katanya kepada Berita Harian Online. Berikutan dengan perkara itu, laman Instagram penyanyi ini juga sering dilihat memuat naik gambar beliau bertudung sekaligus menimbulkan tanda tanya jika beliau kini benar-benar sudah bertudung. Malah rata-rata peminat memberikan komen yang positif dan gembira melihat perubahan Elyana sekaligus memuji kecantikan beliau dengan imej terbaru itu. Walauapapun semoga Elyana terus diberikan hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik di masa akan datang. Mana tahu jika sekarang hanya memakai tudung pada hari Jumaat, lama kelamaan nanti kerana sudah terbiasa Elyana akan terus berhijab. Dengan itu, sama-sama doakan semoga pintu hati Elyana terbuka untuk berbuat demikian. (rkty/w) | Yuna Mudah Terasa, Tak Boleh Diusik Langsung? Posted: 23 Aug 2016 06:21 PM PDT Berikutan video parodi lakonan Jihan Muse dan juga Syuk Balas baru-baru ini, penyanyi, Yuna menyuarakan rasa kecewa dengan perkara tersebut selain menyifatkan parodi tersebut bersifat perkauman apabila Syuk menggelapkan wajahnya. BACA: Yuna Bengang Kena Tuduh Sembah Syaitan Bagaimanapun ada pihak yang menyifatkan Yuna tidak boleh disentuh apabila menyuarakan kebimbangannya itu. Tidak mudah melatah, Yuna mempunyai jawapan sendiri terhadap isu berkenaan. “Saya bukanlah seorang yang untouchable kerana sebelum ini pun mereka pernah menyiarkan video parodi saya. Bagaimanapun saya tidak pernah marah, selain menganggapnya sebagai sesuatu yang melucukan” “Tetapi, apabila mereka memaparkan babak pelakon komedi Syuk Joras (SJM) yang digelapkan wajahnya seolah-olah Usher, itu saya tak boleh terima. Bayangkan saya di sana seorang diri. Bagaimana kalau perkara ini diperbesarkan, pasti saya yang akan menanggung akibatnya” “Saya berusaha keras untuk berada pada kedudukan sekarang dan kalau boleh saya tidak mahu perkara seperti ini memusnahkan segala impian saya,” jelasnya kepada BH Online. Tambah Yuna, dia berharap masyarakat memahami situasinya sebagai penyanyi yang mencari rezeki di negara luar. (rtky/s) | Erra Fazira Mahu Didik Anak Seimbang Dunia Akhirat Posted: 23 Aug 2016 05:57 PM PDT Sebelum ini pelakon dan penyanyi, Erra Fazira pernah memuat naik videonya bersama anaknya Engku Aleesya yang cuba untuk bercakap bahasa Malaysia (BM). Walaubagaimanapun video itu mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warga laman sosial berikutan anaknya yang masih kurang fasih bercakap bahasa Malaysia dengan lancar. BACA: "Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi" Jelas Erra pada sidang media pelancaran minyak wangi jenamanya sendiri, dia kini dalam proses memahirkan Aleesya untuk berkomunikasi dalam BM kerana umum mengetahui anaknya itu memang sudah fasih berbahasa Inggeris. “Dia dalam proses pembelajaran dan sememangnya dia lebih selesa berbahasa Inggeris. Inilah masa untuk mendidiknya pula bercakap dalam BM. Lagipun, untuk menilai seseorang bukan dari segi bahasa tetapi perlulah seimbang ilmu dunia dan akhirat” “Bagi mereka yang memberikan komen yang positif saya ambil dan yang negatif biarlah mereka,” katanya lagi kepada Rotikaya. Endahkan saja kritikan tidak membangun malah pastinya Erra mengetahui apa yang terbaik buat anaknya. (rtky/h) Gambar Ihsan: Candid Moments | Didekati Lelaki, Fasha Sandha Belum Sedia Kahwin Lagi Posted: 23 Aug 2016 05:40 PM PDT Memegang status ibu tunggal, ternyata membuatkan Fasha Sandha kini didekati beberapa lelaki namun bagi pelakon wanita ini, dia belum terbuka hati untuk mencari teman sehidup semati selepas penceraiannya dengan bekas suami, Jejai. BACA: Fasha Sandha Tiada Niat Menggoda Melalui Selfie “Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting. Ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka,” katanya kepada mStar Online. Selain itu, Fasha juga dalam masa yang sama mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dahulu buat masa ini selain tidak mahu melepaskan peluang melihat anak-anaknya membesar di depan mata. “Alhamdulillah mereka jarang sakit dan seperti tahu ibunya sedang bekerja. Mereka juga tidak ada bertanya tentang bapanya, mungkin mereka lebih dekat dengan saya sejak kecil,” katanya. (rtky/s) | Nazim Othman Elak Sentuh, Peluk Bukan Mahram Posted: 23 Aug 2016 05:21 PM PDT Semakin menghampiri detik disatukan dengan Bella Dally (walaupun belum umum tarikh), pelakon Nazim Othman menjelaskan bahawa dia kini semahunya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita. BACA: Bella Dally Nafi Dikongkong Nazim Othman “Saya tidak mahu babak romantik berlebihan, berpelukan atau bersentuhan kulit dengan wanita bukan mahram sama ada dalam lakonan atau ketika di luar waktu kerja. Saya cuba mengelakkan bersalaman dengan wanita, malah dengan tunang saya Bella Dally juga” “Sejak dia bertudung lagi saya menghormati dia dengan tidak pernah menyentuhnya. Ia adalah janji saya kepada diri sendiri selepas menjalani pembedahan ketumbuhan otak pada tahun lalu. Ada beberpa janji yang saya telah tanamkan dalam diri selain daripada perkara itu, tapi biarlah ia menjadi rahsia,” jelasnya kepada mStar Online. Tahniah buat Nazim kerana berpegang pada janji selain menghormati Bella. Selain Nazim Othman, pelakon Saharul Ridzwan dan juga Izzue Islam turut mengenakan syarat untuk tidak bersentuhan dengan bukan mahram di dalam babak lakonan mereka. (rtky/s) | “Dalami Agama Sebelum Berpoligami” Posted: 23 Aug 2016 04:46 AM PDT Pelawak dan penyampai radio, Salih Yaakob menasihati kepada kaum lelaki diluar sana yang ingin hidup berpoligami supaya mendalami ilmu agama terlebih dahulu kerana wang ringgit tidak menjanjikan kebahagiaan rumah tangga. Salih mengulas lanjut berikutan kenyataan suami kepada penyanyi, Adira, Datuk Seri Adnan Abu yang menjadikannya sebagai mentor dalam soal poligami. BACA: "Jangan Nafikan Masalah Kewangan Bukan Punca Cerai" “Kehidupan yang saya lalui ini adalah ketentuan yang sudah ditentukan Allah SWT. Cuma, saya nak berpesan agar mendalami ilmu agama terlebih dahulu kalau mahu menjalani kehidupan berpoligami. Jangan sekadar mempertaruhkan wang ringgit kerana itu belum mencukupi. Lagi satu jangan berlandaskan nafsu semata-mata kerana nafsu hanyalah alat saja” “Bukan apa, hidup berpoligami ini satu tanggungjawabnya takkan berhenti. Banyak perkara perlu diambil kira terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak. Semua itu bukan mudah. Saya melalui lima kali perkahwinan, jadi banyak pengalaman sudah dilalui. Dalam masa sama, setiap isteri mempunyai perangai masing-masing,” katanya kepada Harian Metro. Dalam pada itu, Salih menegaskan bahawa dirinya tidak mahu menggalakkan ataupun menghalang mana-mana lelaki yang mempunyai niat untuk hidup berpoligami, malah dirinya juga tidak kisah jika diangkat sebagai mentor dalam perkara ini. Namun apa yang dipraktikan untuk dirinya yang juga berpoligami adalah berdasarkan pengalaman beliau tersendiri. Terdahulu, Datuk Red dalam satu kenyataan pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin empat sebelum dirinya mencecah umur 40 tahun kerana masih tidak mempunyai kepuasan jika hanya mempunyai dua isteri. Selain itu, beliau turut mengambil Salih Yaakob sebagai idolanya untuk berpoligami sebagaimana pelawak itu juga mempunyai empat isteri. (rkty/w) | “Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi” Posted: 23 Aug 2016 04:42 AM PDT Tidak habis-habis gosip mengenai dirinya dan juga Shahir AF, Erra Fazira menjelaskan baha kebanyakan perkara yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar malah mereka sendiri sudah lama tidak bertemu. BACA: Shahir Harap Yang Terbaik Dalam Hubungan Dengan Erra Fazira “Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp” “Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir. Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar,” katanya kepada mStar Online. Tambah Erra, dia menyifatkan hubungannya bersama Shahir hanyalah sekadar kawan dan dia juga berharap agar cerita tidak benar mengenai mereka diperbesarkan. (rtky/s) | |
No comments:
Post a Comment