KedahLanie.info Posted: 06 Aug 2016 10:16 AM PDT Mahfuz hairan macam mana KPN boleh duduk diam tanpa apa-apa tindakan terhadap budak Naib Ketua Pemuda UMNO Posted: 06 Aug 2016 04:59 AM PDT *KES BUDAK KHAIRUL:KPN JANTAN KA*?
1.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar nampaknya *tak dak teloq atau bukan jantan bila berdepan dengan budak Khairul Naib Ketua Pemuda Umno yang menjadi suruhan Umno*.Mana tidaknya,pada waktu budak ini buat laporan polis terhadap tiga Tan Sri dia menyatakan mempunyai bukti yang kukuh.
2.Bila di siasat polis, KPN menyatakan laporan Khairul bersifat andaian sahaja.Maknanya laporan palsu yang diberikan kepada polis. *Tiba tiba 3 Ogos 2016 budak Khairul ini beri tahu media dengan laporan polis yang dia buat dia telah berjaya menghalang komplot untuk menggulingkan PM Najib dan Kerajaan*.Dia juga mempertahankan laporan yang dia buat adalah mewakili suara hati pemuda Umno termasuk Khairi Jamaludin walaupun PM Najib dan KJ menyatakan tindakan Khairul adalah tindakan peribadi dan bukan pendirian pemuda Umno.
3.Kenyataan budak Khairul suruhan Umno ini telah *menghina KPN dan PDRM*.Khairul seperti menidakkan kenyataan KPN yang menyatakan siasatan kes dihenti dan ditutup kerana laporan Khairul hanya bersifat andaian.Kenyataan budak Khairul suruhan Umno ini seolah menyatakan yang *Polis bangang tak tahu jalankan siasatan*.
4.Saya hairan macam mana KPN boleh duduk diam tanpa apa apa tindakan terhadap budak Khairul.Apa yang KPN takut pada pemuda Umno. *Adakah KPN kita bukan seorang jantan bila berdepan dengan pemuda Umno*.Apa yang ditakuti KPN budak Khairul,KJ dan Najib. *Adakah KPN juga dah dapat dedak lembu daging*.
5.Saya menyarankan *Tan Sri Khalid meletakan jawatan sebagai KPN dan cukup menyandang pangkat Koperal mengambil laporan aduan orang awam di balai Polis Menglembu Ipoh* jika gagal mengambil apa apa tindakan pendakwaan terhadap budak Khairul Umno selewat lewat hujung bulan Ogos ini.
#DakwaKhairul #TebusMaruahPenjawatAwam #SejahteralahMalaysia.
*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR* Ahli Parlimen Pokok Sena 9.00am Taman Al-Walid Alor Setar 4 Ogos 2016/1 Zulkaedah 1437H
| Kerana UMNO, Nik Abduh Sanggup Berdusta & Memfitnah Ayahnya Sendiri? Posted: 06 Aug 2016 03:53 AM PDT  Ayah pernah ramal kematian Pakatan, kata Nik Abduh
Bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP, dakwa anaknya Nik Abduh.
"Ayah tahu Pakatan semakin lemah. Oleh kerana DAP menentang agenda PAS dan enggan bertolak ansur dan berkelakuan dengan cara yang kasar," kata Ahli Parlimen Pasir Mas kepada akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.
Pakatan Rakyat terkubur Jun tahun lalu berikutan perbezaan pendapat antara PAS dan DAP mengenai hudud, empat bulan selepas Nik Aziz meninggal dunia.
DAP bergabung dengan PKR dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan manakala PAS menyifatkan dirinya sebagai kumpulan kuasa ketiga pembangkang.
Menurut Nik Abduh, sikap saling menghormati di antara PAS dan DAP terkubur dengan pemergian bapanya dan pengerusi DAP Karpal Singh.
Walaupun kedua-dua mereka kelihatan bertelagah secara berterusan di media, beliau berkata bapanya dan Karpal bersikap saling menghormati mendalam antara satu sama lain.
Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2014. -mk ULASAN GB Kenyatan yang dibuat oleh Nik Abduh amat meragukan.
Yang pertama beliau mendakwa Allahyarham ayahandanya, "TG Nik Aziz pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP".
Meragukan kerana belum pernah dijumpai mana-mana kenyataan Allahyarham menyatakan begitu kecuali inilah kali pertama Nik Abduh menyatakan sedemikian.
Walhal semua rakyat tahu bahawa Allahyarham orang yang paling kuat mempertahankan Pakatan Rakyat. Ini terbukti melalui kenyataan anakanda Allahyarham yang seorang lagi, Nik Omar namanya iaitu abang kepada Nik Abduh. Kedua ialah kenyataan-kenyataan Allahyarham sendiri mengenai DAP. Sekalipun DAP menolak hudud, TG Nik Aziz tidak pernah menjadikan ia sebagai satu masalah besar yang boleh menggugah Pakatan Rakyat. TG Nik Aziz melihat itulah peluang besar bagi PAS untuk terus berdakwah. Malah di satu ketika TG Nik Aziz menyatakan bukan satu masalah besar orang Melayu menyertai DAP. Berbanding dengan Haji Hadi yang mengutuk DAP dan memuji MCA, Allahyarham Nik Aziz mengambil pendirian yang berbeza: Selain daripada itu, adalah tidak wajar untuk menyatakan TGNA "meramalkan" kerana TGNA bukan seorang tukang ramal.
Dan seperkara yang tidak dapat dinafikan kebenaran ialah Nik Abduh ingin membawa PAS mendekati UMNO. Semua orang tahu hal itu. DI satu ketika beliau menyatakan PAS bukan saja berniat malah berazam untuk bersatu dengan UMNO. Ia bukan fitnah. Cukup-cukuplah menjadikan dan menggunakan nama ayahandamu sebagai sandaran untuk melaksanakan cita-citamu untuk bersama UMNO!
Binalah ketrampilan diri sendiri untuk populariti bukan bersandar kepada orang yang telah pergi apatah lagi sikap warak dan zuhud TG Nik Aziz tidak kamu ikuti. Jauh panggang dari api! | Amanah sambut baik cadangan Pas, gesa mesyuarat pembangkang segera Posted: 06 Aug 2016 03:41 AM PDT
Amanah menyambut baik kesediaan sesetengah pemimpin Pas untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya umum akan datang dan mencadangkan agar sidang meja bulat dibuat segera.
Timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub mencadangkan semua parti pembangkang bermesyuarat segera untuk membentuk pakatan bersama.
"Saya cadangkan semua pemimpin parti pembangkang bermesyuarat segera untuk membincangkan perkara ini.
"Amanah bersedia untuk duduk semeja dengan Pas untuk tujuan ini," kata Salahudin kepada Malaysiadateline.
Salahudin mengulas kesediaan sesetengah pimpinan Pas yang dimulakan oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengajak semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama mereka.
Saranan beliau disokong oleh naib presiden Datuk Mohamad Amar Abdullah dan semalam ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyokong cadangan itu.
Mustafa berkata, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) Pusat, pertandingan 'satu lawan satu' adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.
"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada 'satu lawan satu', ia memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk terus berkuasa.
"Ini tidak bagus kerana menjadikan Umno BN lebih angkuh dan terus melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang melemaskan rakyat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Pas, Harakahdaily.
Bagi Salahuddin, kegawatan negara semakin kritikal sekarang ini.
Katanya, kerjasama ini perlu bagi menyelamatkan negara dari terjerumus lebih parah lagi dan bersedia kemingkinan pru14 lebih awal.
"Kita sedia berbincang bagi merumuskan agenda besar menyelamatkan negara dan menumbangkan umno-bn," katanya.
Salahuddin mengajak semua pihak khasnya Pas berjiwa besaremgatasi kepentingan parti.
"Saya yakin kita akan dapat mengatasi kepentingan kepartaian demi kemaslahatan rakyat dan kedaulatan-kemakmuran negara," katanya. | Apabila Ustaz Pejabat Agama berkelulusan SPM pertikai ustaz ada PhD Posted: 05 Aug 2016 10:47 PM PDT Ustaz Pejabat Agama. Secara umumnya, saya tiada masalah dgn pejabat agama. Ramai kenalan saya di sana. Setiap kali masjid2 tertentu menjemput saya berceramah dan memohon kebenaran, pejabat agama akan berikan kelulusan. Tetapi ada seorang staf pejabat agama seorang ini suka sangat perlekehkan PhD seorang penceramah. Sedangkan dia sendiri minta kerja di pejabat agama hanya dgn kelulusan SPM sahaja. Pernah satu ketika seseorang menyebut nama saya dgn panggilan Ustaz Jailani, dia terus membantah sambil berkata Ustaz Jailani hanyalah lawyer bukan ustaz pun. Bila tiba giliran dia perkenalkan diri kpd orang ramai, tanpa segan silu dia perkenalkan dirinya sebagai Ustaz X. Baru lah saya tahu rupanya pemegang ijazah syariah tidak layak dipanggil ustaz tetapi pemegang SPM sebenarnya yg lebih layak dipanggil ustaz. Lucu dgn telatah manusia seorang ini. Rasa hebat sangat dgn gelaran ustaz. | Kenapa parti baru TUN M masih mirip UMNO? Kalau begitu, apa bezanya dengan UMNO? Posted: 05 Aug 2016 08:33 PM PDT MUDAH SAJA LOGIKNYA, IA MIRIP UMNO KERANA MEMANG TUJUANNYA UNTUK MENGALAHKAN UMNO
Kenapa masih mirip UMNO? Kalau begitu, apa bezanya dengan UMNO?
Mengapa tak dibuka kepada pelbagai kaum dan semua rakyat Malaysia boleh masuk jadi ahlinya?
Ini adalah antara pertanyaan yang banyak kedengaran di sebalik sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah parti politik baru bertunjangkan Melayu dan Bumiputera yang bakal dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.
Ramai juga yang skeptikal untuk menyertai parti tersebut apabila melihatkan konsep perjuangannya yang tidak berbeza dengan UMNO.
Jangan-jangan bila dapat kuasa nanti pun jadi sebiji macam UMNO, kata sesetengah yang lain.
Sememangnya sukar untuk mengelakkan wujudnya tanggapan-tanggapan sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi dalam zaman keterbukaan dan era media sosial sekarang ini, sesiapa saja yang ada akaun facebook misalnya, seperti sudah ada akhbar dan televisyen sendiri di mana mereka bebas untuk menulis dan merakam suara untuk melontarkan pelbagai pandangan yang diingini.
Jika diimbas, perjuangan asal Tun Mahathir ialah untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri. Apabila semua ruang untuk berbuat demikian melalui UMNO sudah ditutup oleh Najib, malah beliau menyingkirkan sesiapa saja yang mengkritiknya, Tun Mahathir juga akhirnya keluar UMNO kerana parti itu dianggapnya sudah menjadi parti Najib.
Dengan kepungan yang dilakukan Najib, baik dalam UMNO mahu pun kerajaan, ruang untuk menyingkirkannya hanyalah melalui pilihanraya. Bermakna, menyingkirkan Najib hanya dengan cara menyingkirkan UMNO daripada terus berkuasa. Selagi UMNO berkuasa, selagi itulah Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri.
Untuk mengalahkan UMNO dalam pilihanraya, melawan secara individu tidak lagi praktikal. Untuk itu, sebuah parti yang mirip UMNO mesti ditubuhkan. Parti Melayu dan Bumiputera ini mesti ditampilkan dengan ciri-ciri yang lebih dinamik supaya mampu memikat hati orang Melayu.
Jika Tun Mahathir menubuhkan parti pelbagai kaum seperti PKR misalnya, orang Melayu yang menolak Najib tidak melihat ia sebagai alternatif kepada UMNO. Bahkan ramai yang enggan untuk menyertainya ia kerana ia berbilang kaum.
Parti baru itu adalah alternatif dan bakal pengganti UMNO. Dengan dimasukkan dalam perlembagaannya ikrar untuk melakukan reformasi dalam sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta menghadkan tempoh tertentu dalam pemegangan jawatan seperti yang ditulis oleh A Kadir Jasin dalam blognya, kebarangkaliannya untuk tampil lebih baik berbanding UMNO juga adalah tinggi. UMNO tiada ciri-ciri sebegitu.
Orang Melayu akan melihat parti baru ini bukan saja untuk beroleh kuasa dan menyingkirkan Najib, tetapi juga untuk membawa pemulihan serta kebaikan kepada masa depan negara.
Meskipun ia khusus untuk Melayu dan Bumiputera, tetapi oleh kerana ia akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang didalamnya ada PKR, DAP dan Amanah yang sudah merangkumi kaum-kaum lain, gabungan tersebut secara automatik menjadi lebih lengkap.
Kehadiran parti baru itu juga tidak menyebabkan ia bertindih dengan PKR, DAP atau Amanah, sebaliknya khusus untuk memecahkan sokongan Melayu terhadap UMNO yang sudah tergelincir jauh daripada landasannya. Ia khusus untuk menarik ahli UMNO, penyokong UMNO dan pengundi Melayu untuk beralih ke wadah baru yang lebih baik dan terjamin perjuangannya.
Jika ada kaum-kaum lain yang seiring perjuangannya dengan apa yang mahu dilakukan oleh Tun Mahathir, mereka boleh memilih untuk menyertai PKR atau DAP. Tidak semestinya hanya dengan menyertai parti baru itu saja dapat melakukan apa yang mahu dilakukan oleh Tun Mahathir. Pakatan Harapan dan Tun Mahathir kini sudah senada seirama dan selangkah sehayun dalam perjuangan.
Hanya jika penguasan UMNO terhadap Melayu berjaya dipecahkan melalui parti baru itu, terutama dengan kerja keras Tun Mahathir, barulah UMNO mampu dikurangkan pengaruhnya. Tetapi, tentu saja orang Melayu tidak perlu bimbang untuk menolak UMNO kerana penggantinya juga sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan Melayu dan Bumiputera.
Ditambah dengan sokongan pengundi Melayu yang bersama dengan PKR dan Amanah, UMNO secara tidak langsung kian mengecil jadinya dalam kelompok Melayu sendiri.
Secara mudahnya, parti baru Tun Mahathir itu memang mirip UMNO kerana tujuannya juga tidak lain ialah untuk mengalahkan UMNO.
Dengan yang demikian, apabila UMNO dikalahkan, barulah Najib dapat disingkirkan dan masa depan negara mampu diselamatkan. (SH 05/08/2016). | Ketum diharamkan di Kedah sejak 2014 | Resipi Kerepek Daun Ketum Posted: 05 Aug 2016 07:30 PM PDT
ALOR SETAR - Jabatan Mufti Negeri Kedah memutuskan sebarang kegiatan dan penyalahgunaan daun ketum di negeri ini adalah haram.
Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, fatwa pengharaman penyalahgunaan hasil daripada pokok ketum itu dikeluarkan pada tahun 2014.
"Jabatan Mufti Kedah telah mengeluarkan fatwa berkaitan isu ketum, dengan menegaskan adalah haram melibatkan diri dengan aktiviti penyalahgunaan atau hasil dari pokok ketum. Maksud penyalahgunaan ialah melakukan atau menjadikan sesuatu ke arah kerosakan atau tidak sah dari aspek perundangan," katanya.
Menurutnya, larangan ini bukan sahaja melibatkan penggunaan air ketum, sebaliknya merangkumi apa sahaja produk yang dihasilkan daripada pokok ketum seperti daun, buah, ranting, akar dan sebagainya.
"Pokok ketum atau dikenali pokok biak oleh masyarakat setempat merupakan sejenis pohon yang didakwa mempunyai bahan berpotensi sebagai rawatan herba. Secara umum tiada salahnya, maka harus hukumnya untuk menanamnya, namun jika disalahguna dengan menjadikan ia bahan mengkhayalkan atau mendatangkan kesan negatif, hukumnya haram," katanya.
Syeikh Marwazi berkata, apa yang berlaku dalam masyarakat adalah daun ketum itu disalahguna sehingga memberi kesan buruk kepada golongan muda termasuk pelajar sekolah.
"Samalah hukumnya buah anggur yang dijadikan arak. Buah anggur itu halal, tetapi jika dijadikan arak maka hukumnya haram. Menanam pokok anggur dengan tujuan menjadikan buah anggur itu sebagai arak, hukumnya juga haram," katanya.
Menurutnya, pihaknya bimbang sekiranya penanaman pokok ketum dalam skala besar bagi tujuan menyediakan bahan mentah akan memburukkan keadaan.
"Pengusaha atau pengeksport tidak peduli kesan buruk itu, mereka hanya mahu raih pendapatan lumayan hasil daripada penjualan daun ketum. Jika ada pihak bercadang menanam pokok ketum untuk dikomersialkan, ia memusykilkan," katanya.
Syeikh Marwazi berkata, sehingga kini belum ada mana-mana pihak yang sahkan ramuan ketum sebagai ubat.
"Walaupun ada yang mendakwa bahan terkandung dalam daun ketum berpotensi dijadikan ubat namun ia sekadar anggapan selagi belum dibuktikan kesahihannya. Tambahan pula, banyak lagi pohon herba lain yang boleh diketengahkan untuk kajian makmal bagi tujuan perubatan," katanya.
Menurutnya, sekiranya pokok ketum diterima bagi tujuan perubatan, langkah kawalan dan penguatkuasaan perlu dipertingkatkan. | Naib Presiden PKR, Rafizi sanggah cadangan pengerusi DAP Sarawak untuk letak Kuota jawatan di Petronas Posted: 05 Aug 2016 06:30 PM PDT Wartawan Sinar Harian
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berpendapat meletakkan kuota jawatan pengurusan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dikhususkan hanya untuk rakyat Sarawak tidak baik untuk kakitangan syarikat itu.
Menurutnya, tindakan itu hanya akan membantutkan perkembangan dan kemajuan kerjaya kakitangan Petronas.
"Apabila mereka naik pangkat kerana kuota dan bertumpu kepada operasi di Sarawak sahaja, mereka akan menghadapi kesukaran untuk beralih jawatan dan pengalaman pada peringkat pengurusan yang sama di bidang-bidang lain," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Kuching menyarankan agar pekerja dari Semenanjung Malaysia yang bekerja sebagai eksekutif Petronas dilarang masuk ke negeri itu.
Katanya, larangan itu perlu terus dikuatkuasakan sehinggalah Petronas meningkatkan penyertaan rakyat Sarawak dalam pengurusan di negeri itu ke tahap 70 peratus.
Dalam pada itu, menurut Rafizi, kesan tindakan itu hanya akan menimbulkan rungutan pengurusan peringkat tertinggi kumpulan Petronas ketandusan kakitangan yang berasal dari Sarawak.
"Kesannya, kakitangan Petronas dari Sarawak mendapat insentif jangka pendek untuk naik pangkat cepat dengan berebut jawatan pengurusan di Sarawak.
"Tapi rugi jangka panjang kerana tidak cukup luas pengalaman untuk menaiki tangga kerjaya di peringkat kumpulan Petronas yang lebih besar dan mencabar," katanya.
Beliau mengajak ahli-ahli politik dan rakyat Sarawak untuk memfokuskan bantahan dan kritikan kepada punca sebenar masalah mereka iaitu kerajaan persekutuan.
"Tindakan menyalahkan Petronas bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah pada pendapat saya bertentangan dengan kebajikan kakitangan eksekutif Petronas yang berasal dari Sarawak sendiri," katanya yang pernah berkhidmat dengan Petronas sebelum ini.
Beliau menegaskan syarikat besar bertaraf dunia seperti Petronas yang telah terbukti menjadi tulang belakang negara perlu dilindungi daripada menjadi bola sepak permainan politik.
"Mandat yang diberikan kepada Petronas ialah untuk mendapatkan nilai yang terbaik daripada setiap molekul hidrokarbon yang ada di negara ini dan itu hanya boleh dicapai sekiranya Petronas beroperasi sepenuhnya mengikut pertimbangan komersil dan profesional.
"Soal ketidakadilan perkongsian hasil minyak Sarawak sewajarnya dirundingkan dengan kerajaan persekutuan," katanya.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau telah berkali-kali mencadangkan supaya Kerajaan Sabah juga Kerajaan Sarawak menubuhkan PetroSabah dan PetroSarawak untuk menjadi dua syarikat minyak yang boleh dibantu oleh Petronas.
"Rakyat Sarawak dan rakyat Sabah akan lebih beruntung jika mereka dibantu oleh Petronas dari segi kepakaran dan kemahiran supaya PetroSarawak dan PetroSabah boleh bersaing di luar negara.
"Keputusan pengurusan dan pengambilan pekerja PetroSarawak dan PetroSabah adalah keputusan komersil pengurusannya yang dilantik oleh Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sabah.
"Tetapi idea saya ini tidak pun dipandang oleh mana-mana pimpinan Sarawak dan Sabah baik dari BN atau Pakatan Harapan. Sebaliknya kadang-kadang saya melihat mereka berlumba-lumba memukul institusi lain yang dilihat dari Semenanjung," katanya. | Akhirnya Ladang Anggur di Tasik Beris & Sungai Senam Sik ditutup. Posted: 05 Aug 2016 05:30 PM PDT
SIK - Ladang tanaman anggur di Tasik Beris dan Sungai Senam yang diusahakan Syarikat Excel Agrotech Sdn Bhd kini ditutup akibat penjagaannya yang rumit.
Penyelia ladang anggur Sungai Senam, Mohd Nor Azizi Ismail berkata, kedua-dua ladang yang beroperasi selama 10 dan lapan tahun itu ditutup pada 6 Mei lalu.
Menurutnya, beberapa pekerja terpaksa diberhentikan, namun dibayar pampasan.
"Sebelum ini ladang anggur di Tasik Beris dipindahkan di Sungai Senam untuk tanaman semula, tetapi sebab penjagaan yang begitu rumit kedua-duanya ditutup, Mei lalu.
"Mengusahakan tanaman anggur rumit, hasilnya tidak menentu, bunga anggur juga mudah terbakar sekiranya cuaca terlampau panas," katanya di sini semalam.
Mohd Nor Azizi berkata, dia sedih dengan penutupan itu dan ladang anggur mungkin tidak akan dibuka lagi.
"Selepas ini mungkin ladang anggur di sini tidak lagi dibuka, rasa sedih bila ladang anggur yang merupakan kebanggaan bagi daerah Sik terpaksa ditutup," katanya.
 Bagaimanapun, pihak pengurusan ladang anggur kini menggantikan tanaman itu dengan buah rock melon.
"Buah ini dipilih majikan sebagai ganti kepada anggur, ia mudah dijaga dan mempunyai permintaan tinggi.
"Hasilnya pula empat kali setahun berbanding anggur dua kali setahun," katanya.
Mohd Nor Azizi berkata, sebayak 2,000 pokok kini sedang diusahakan di atas tanah seluas 12.96 hektar di Sungai Senam.
"Buah ini baru diusahakan, setakat ini pihak ladang masih belum membukanya untuk sebarang lawatan ," katanya.
Tambahnya, beliau berharap tanaman buah rock melon akan maju dan berjaya pada masa akan datang.
"Rock melon boleh jadi produk buah hasil keluaran daerah Sik," katanya. | Awas!! Ceroboh landasan keretapi milik KTMB didenda RM1000 & 2 minggu penjara Posted: 05 Aug 2016 04:20 PM PDT
SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kedai makanan dipenjarakan dua minggu dan didenda RM1,000 kerana menceroboh masuk ke landasan keretapi berkembar milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dekat Taman Cendana di sini, minggu lalu.
Hukuman itu dijatuhkan terhadap C Tairiyaveeran oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam, sejurus menerima pengakuan bersalah tertuduh terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.
Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun dikenakan hukuman itu selepas mengambil kira rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Tairiyaveeran didakwa menceroboh masuk ke dalam kawasan berpagar landasan keretapi berkembar milik KTMB di Kilometer 29, Taman Cendana di sini, kira-kira jam 10 malam, 30 Julai lalu.
Untuk kesalahan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda sampai RM3,000 atau kedua-dua sekali.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz.
Dalam rayuan, Tairiyaveeran diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon tertuduh hanya didenda kerana tertuduh berjanji tidak akan mengulangi kesalahan.
"Tertuduh juga mempunyai tanggungan isteri dan dua anak kecil berusia setahun dan lima tahun. Oleh itu, mohon hukuman yang minimum ke atas tertuduh," katanya.
Sementara itu, Aqharie juga memohon hukuman bersifat pengajaran kepada tertuduh.
Terdahulu, sebelum keputusan dibuat oleh Mohd Hadi Hakimi, beliau turut mengambil maklum berdasarkan rekod percakapan tertuduh alasan berada di lokasi kejadian kerana bergaduh dengan isteri dan nekad membunuh diri.
Mohd Hadi Hakimi turut memerintahkan hukuman penjara sebulan sekiranya Tairiyaveeran gagal menjelaskan denda dan perintah hukuman penjara dari tarikh ditangkap pada 30 Julai lalu.
Untuk pertuduhan kedua, Tairiyaveeran turut didenda RM1,000 atau sebulan penjara atas tuduhan gagal mengemukakan kad pengenalan ketika pemeriksaan polis.
Mohd Hadi Hakimi memutuskan hukuman denda, jika tertuduh gagal membayar denda, dia diperintah menjalani hukuman penjara bagi tempoh sebulan. | |
No comments:
Post a Comment