Sunday, 14 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 14 Aug 2016 07:58 PM PDT

ROTIKAYA


“Jangan Dengar Cerita Dari Mulut Orang Lain”

Posted: 14 Aug 2016 06:56 PM PDT

Umum sudah pun mengetahui pergolakan yang melanda hubungan cinta diantara Kamal Adli dan Emma Maembong yang sedang berantakan. Baru-baru ini dikhabarkan sebuah laporan mendedahkan bahawa hubungan cinta mereka sudah lama berakhir, namun Kamal tampil menafikannya dengan meminta orang ramai untuk tidak terus menerima berita menerusi orang luar.

BACA: Diragut Di Barcelona, Kamal Adli Hilang RM10,000

“Jangan dengar cakap orang luar tentang hubungan saya dan Emma, selagi ianya belum keluar dari mulut kami berdua bermakna hubungan kami masih belum lagi berakhir. Saya sudah bertemu dengan Emma dan kami berdua sedang berusaha memperbaiki hubungan ini. Saya sudah penat nak melayan berita begini, biarlah orang ramai mahu cakap apa tentang hubungan kami”

“Saya nak berdiam sahaja dan kalau betul kami sudah putus saya akan beritahunya sendiri,” katanya kepada m Star Online ketika diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan bahawa hubungan cinta diantara mereka sudah pun berakhir. Malah laporan itu turut memberitau berita perpisahan tersebut disahkan oleh seorang rakan rapat aktres berkenaan.

Sementara itu, Kamal dalam masa yang sama turut berkongsi perkembangan terbaru mengenai hubungan mereka berdua, dimana beliau memberitahu bahawa beliau telah bertemu dengan Emma sejurus pulang daripada penggambaran di Barcelona, Sepanyol beberapa hari lalu untuk memperbaiki hubungan mereka yang dikatakan hambar sejak beberapa minggu lalu.

Terdahulu, pergolakan hubungan cinta mereka telah diketahui ramai apabila masing-masing dilihat tidak lagi memuat naik gambar bersama. Namun disebalik keretakan hubungan itu timbul pula isu pihak ketiga yang dikaitkan dengan pelakon, Fathia Latiff tetapi beliau menafikannya dan menjelaskan hubungannya bersama Kamal hanyalah atas dasar profesional. (rkty/w)

1- %22Jangan Dengar Dari Mulut Orang%22  - jpeg 3- %22Jangan Dengar Dari Mulut Orang%22  - jpeg 4- %22Jangan Dengar Dari Mulut Orang%22  - jpeg 5- %22Jangan Dengar Dari Mulut Orang%22  - jpeg 6- %22Jangan Dengar Dari Mulut Orang%22  - jpeg 7- %22Jangan Dengar Dari Mulut Orang%22  - jpeg

Along Cham Enggan Komen Isu Isteri Ditangkap Khalwat

Posted: 14 Aug 2016 12:11 PM PDT

Berikutan berita isteri, Zila Seeron yang didapati ditangkap khalwat bersama kekasih semalam, Along Cham enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu. Umum mengetahui tentang pergolakan perkahwinan pasangan ini dimana masih didalam proses penceraian dan beliau yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, memilih untuk berdiam diri.

BACA: Isteri Along Cham Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang

“Maaf, saya tidak mahu komen,” katanya kepada Astro Gempak ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita tangkapan khalwat yang melibatkan isteri beliau dengan seorang lelaki yang juga suami orang yang berusia 30 tahun di sebuah apartmen di Bukit Jalil.

Terdahulu, Zila Seeron dilaporkan telah ditangkap khalwat dengan seorang lelaki yang juga merupakan kekasih beliau. Ketika tangkapan dilakukan, Zila ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik sementara lelaki terbabit berada di ruang tamu rumah tersebut selepas pintu dipecahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sementara itu, ketika serbuan dilakukan penguatkuasa JAWI telah meminta pintu rumah tersebut dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula. Namun selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan oleh beberapa orang pegawai JAWI.

Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (rkty/w)

Isteri Along Cham Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang

Posted: 14 Aug 2016 09:53 AM PDT

Sebelum ini, kisah rumahtangga Along Cham yang berantakan serta dalam proses penceraian menjadi topik hangat di sosial media. Sementara itu, melalui laporan mStar Online, isteri Along iaitu Zila Seeron, telah ditangkap khalwat bersama kekasih.

BACA: Along Raja Lawak Halau Isteri Dari Rumah?

Melalui laporan awal Harian Metro, seorang penyanyi yang juga isteri kepada seorang pelakon dan pelawak ditahan disyaki berkhalwat di sebuah apartmen teman lelakinya di Bukit Jalil.

Wanita yang juga penyanyi berusia 28 tahun itu ditangkap berkhalwat oleh Jawi dan ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik dan seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jawi.

Ketika serbuan, penguatkuasa Jawi meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula. Selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (rtky/s)

Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus?

Posted: 13 Aug 2016 11:19 PM PDT

Nampaknya kisah putus cinta di antara Sherry Ibrahim dan juga Fattah Amin tidak berkesudahan apabila ada pihak yang menyampaikan kepada ruangan Cik Pang di Harian Metro bahawa keakraban di antara Mira Filzah dan juga Fatah menjadi punca.

BACA: Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?

Malah menurut dakwaan dalam kolum tersebut itu juga, Fattah sebenarnya sudah lama mahu memutuskan hubungan dengan Sherry kerana tidak tahan dengan sikap dramatis itu yang didakwa kuat cemburu dan terlalu mengongkong.

Kemudian, Fattah pula kini membuka syarikat pengurusan artis, Myfastyle Creative Sdn Bhd, menarik Mira Filzah untuk bernaung di bawah syarikat miliknya.

Apa pun apa yang disampaikan oleh kolum berkenaan hanyalah spekulasi semata-mata. Kami percaya Fattah dan Sherry mempunyai sebab tersendiri memutuskan hubungan mereka dan Mira Filzah juga tidak berniat untuk terlibat di dalam hubungan mereka. (rtky/s)

6-Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus - ROTIKAYA 5-Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus - ROTIKAYA 3-Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus - ROTIKAYA 2-Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus - ROTIKAYA 4-Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus - ROTIKAYA 1-Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus - ROTIKAYA

Jangan Pertikai Gelaran Datuk Diterima Ifa Raziah

Posted: 13 Aug 2016 08:56 PM PDT

Tidak mahu gelaran Datuk yang diterimanya terus dipertikai, Ifa Raziah menyatakan bahawa penganugerahan tersebut adalah sah dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

BACA: Ifa Raziah Yakin Dirinya Masih Popular

“Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang”

“Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja. Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya”

“Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta. Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu,” jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun menurut penyanyi ini, dia tidak mengambil serius jika masih ada pihak yang masih mempertikaikan kredibilitinya untuk menyandang gelaran berkenaan. (rtky/s)

7- Jangan Pertikai Gelaran Datuk Diterima Ifa Raziah - ROTIKAYA 6- Jangan Pertikai Gelaran Datuk Diterima Ifa Raziah - ROTIKAYA 5- Jangan Pertikai Gelaran Datuk Diterima Ifa Raziah - ROTIKAYA 4- Jangan Pertikai Gelaran Datuk Diterima Ifa Raziah - ROTIKAYA 3- Jangan Pertikai Gelaran Datuk Diterima Ifa Raziah - ROTIKAYA 1- Jangan Pertikai Gelaran Datuk Diterima Ifa Raziah - ROTIKAYA

MySensasi

Posted: 14 Aug 2016 11:51 AM PDT

MySensasi


Garis Panduan Keselamatan Umum Pokemon GO SKMM

Posted: 14 Aug 2016 09:47 AM PDT

Garis Panduan Keselamatan Umum Pokemon GO SKMM. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan satu garis panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go sambil menggesa mereka yang bermain permainan itu untuk sentiasa peka dengan keselamatan sekeliling dan sensiviti masyarakat setempat. Pengeluaran garis panduan keselamatan umum itu dibuat selepas timbulnya kebimbangan oleh pelbagai pihak ...

KedahLanie.info

Posted: 14 Aug 2016 10:15 AM PDT

KedahLanie.info


Apa pendirian SPR mengenai "pengakuan" Idris Haron?

Posted: 13 Aug 2016 10:35 PM PDT

Tidak berapa lama selepas membuat dakwaan bodoh bahawa kerajaan Amerika Syarikat mahu membunuh orang-orang Melayu, Ketua Menteri Melaka Idris Haron kembali menunjukkan perangai bebal beliau sebagai pembodek #MalaysianOfficial1.

"Pengakuan" Idris bahawa UMNO akan menggunakan SPR untuk membuat persempadanan semula dan pertambahan kerusi bertujuan memenangkan mereka yang sudah pada tahap "nyawa-nyawa ikan" ini adalah satu kenyataan politik yang tidak bertanggungjawab.

Sewaktu ratusan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanan dalam Siri perhimpunan Bersih, UMNO mendakwa mereka tidak pernah memperalatkan jentera demokrasi termasuk SPR, namun kini, setelah tembelang terbongkar satu persatu, tanpa malu Idris menunjukkan belang sebenar beliau dan pimpinan UMNO.

Adakah rakyat rela melihat jentera yang sepatutnya menjadi penjamin perjalanan demokrasi seperti SPR terus diperkotak-katik dan hanya dijadikan alat untuk memporak-peranda pengundi dan mengubah tempat mengundi mereka mengikut telunjuk UMNO-BN ?

Di Bukit Katil, Idris mengumumkan akan berlaku 2 kerusi tambahan yang akan melonjak undi Melayu daripada 53% kepada 67% bagi memastikan UMNO dapat menawan semula Parlimen Bukit Katil. Adakah pengumuman ini dibuat setelah beliau mendapat "kebenaran" daripada SPR ? Sekiranya ini benar, ianya merupakan pencabulan demokrasi yang rakus demi memuaskan serakah politik UMNO-BN yang gagal menerima hakikat pengundi di Bukit Katil telah menolak mereka.

Saya ingin mencabar Pengerusi SPR untuk menyatakan pendirian mengenai pengumuman ini. Saya memberi amaran kepada Idris Haron untuk tidak menggunakan SPR sebagai talian hayat UMNO-BN di Melaka.
Jangan jadi ketua yang bacul, masuk ke gelanggang secara adil !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ahli Parlimen Bukit Katil
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Pemuda Pakatan Harapan sokong himpunan #TangkapMO1

Posted: 13 Aug 2016 08:19 PM PDT

Pemuda Pakatan Harapan hari ini sepakat dalam menyatakan sokongan terhadap himpunan aman #TangkapMalaysianOffical1 (#TangkapMO1) yang dijadualkan pada 27 Ogos ini di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, dalam kenyataan bersama, Pemuda Pakatan Harapan berkata, gabungan itu akan menggerakkan segenap jentera parti bagi memberi sokongan mobilisasi, keselamatan dan perundangan dalam perhimpunan tersebut.

“Menyedari tanggungjawab dan keperluan untuk menyelamatkan Malaysia daripada jenayah peringkat tertingi, Pemuda Pakatan Harapan untuk menyatakan sokongan, “ katanya dalam kenyataan itu.

Kenyatan tersebut ditandatangani oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh dan Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan.

Selain himpunan di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini, acara sama bagi mendesak tindakan pada “Malaysian Official 1” akan turut diadakan di Johor dan Sabah.

Kumpulan belia yang memperkenalkan diri sebagai “Gabungan #TangkapMO1” berkata perhimpunan di Kota Kinabalu akan diadakan sama dengan acara di Kuala Lumpur iaitu 27 Ogos.

Manakala di Johor Bahru pula, menurut mereka, akan berlangsung lebih awal pada 13 Ogos “sebagai kempen menuju perhimpunan kemuncak”.

Mengulas lanjut, kenyataan bersama itu menyebut, Pemuda Pakatan Harapan juga turut mengingatkan kerajaan, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pentadbir universiti agar memberi ruang kepada mereka.

“Pemuda Pakatan Harapan mengingatkan kepada kerajaan Malaysia, PDRM, pentadbir universiti supaya dapat memberi ruang kepada mahasiswa dan anak muda bersuara.

“Suara mahasiswa merupakan suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik,” katanya.

Husam & Matthias Chang failkan saman di Amerika terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB

Posted: 13 Aug 2016 05:37 PM PDT

Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang bergandingan dengan ADUN Salor, Datuk Husam Musa dalam memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.

Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.

Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan pada Selasa di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York, menurut The Hollywood Reporter.

Chang dan Husam menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai defendan.

Menurut pemfailan mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan sengaja menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk kepentingan peribadi mereka termasuk mengadakan pesta untuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah jutawan yang berasal dari Malaysia, Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC.

Goldman Sachs Group dan bekas jurubank Timothy Leissner juga dinamakan.

Plaintif mendakwa individu-individu dan entiti yang terlibat dalam urus niaga yang menjurus kepada kecurian dana 1MDB.

OhDunia.My

Posted: 14 Aug 2016 08:28 AM PDT

OhDunia.My


Bayi Perempuan Berkepala Dua Lahir Di Indonesia

Posted: 14 Aug 2016 07:26 AM PDT

JAKARTA – Bayi kembar siam perempuan yang dilahirkan dengan dua kepala namun mempunyai hanya satu badan, sepasang tangan dan kaki mencetuskan sensasi dalam kalangan masyarakat Indonesia.


Bayi Perempuan Berkepala Dua Lahir Di Indonesia

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 14 Aug 2016 02:09 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Hidung Serin Tersumbat Barangkali Petanda Kanser

Posted: 14 Aug 2016 12:22 AM PDT


Bukan niat untuk menakutkan namun itulah kenyataan Hidung selului tersumbat dan serin berdarah adalah satu daripada petanda bagi penyakit kanser nasofarinks atau kanser pangkai hidung Kanser ya...

Jangan Pertikai Gelaran Datuk Diterima Ifa Raziah

Posted: 13 Aug 2016 11:02 PM PDT


tak mau gelaran Datuk yang diterimanya teruih dipertikai Ifa Raziah menyatakan bahawa penganugerahan hat sama dok habaq tadi adalah konfem dan seharuihnya tak dipersoaikan oleh mana mana pihak B...

Hidup Dan Kerjaya Musnah Pasai Sikap Sendiri

Posted: 13 Aug 2016 08:02 PM PDT


meghasakan dirinya mampu pergi jauh selain mengamalkan sikap sambey lewa penyanyi Aliff Aziz menjelaihkan bahawa perkara hat sama dok habaq tadi adalah nilai yang terpaksa dibayaq apabila perkara ...

Penemuan Luarbiasa Katak Hidup Dalam Batu

Posted: 13 Aug 2016 06:22 PM PDT


Ulat dalam batu pun boleh hidup pepatah yang biasa oghang guna sebagai tarbiah diri bila bercakap pasai hidup yang segheba kekurangan barangkali selepaih membaca artikel ni hampa boleh menukaq...

Ulasan Samsung Galaxy A9 Pro Handai Berkuasa

Posted: 13 Aug 2016 09:42 AM PDT


Samsung Galaxy A9 Pro Chipset Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652 CPU 1 8 GHz Cortex A72 empat teras1 4 GHz Cortex A53 empat teraih GPU Adreno 510 Memori 4GB RAM Storan 32GB microSD sehingga 256GB K...

Punca Sebenaq Kematian Akibat Denggi Dan Mitos Jus Betik Sup Ketam

Posted: 13 Aug 2016 09:22 AM PDT


Setiap kali ada yang menghidap demam denggi konfem akan ada yang mengesyoqkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah P...

Kesihatan Bayi Boleh Mudarat Kalau Guna Wet Tissue Dengan Cara Yang Salah Luah Ibu Ni Apa Terjadi Kepada Anaknya

Posted: 13 Aug 2016 05:32 AM PDT


Ibu akan disuruh untuk menyusukan anak depa seawai hari pertama kelahiran pasai susu pertama ibu mempunyai khasiat dan antibodi yang tinggi kepada bayi Bayi yang baghu dilahiaqkan dah konfem kit...

Gambaq Tertiris Mai Memperlihatkan Rekaan Muka Bulat Untuk Asus Zenwatch 3

Posted: 13 Aug 2016 03:42 AM PDT


Beberapa hari yang lepaih kita telah mengetahui info awai pasai jam tangan pintaq terpalin baghu daripada Asus iaitu ZenWatch 3 yang dijangka mai dengan rekaan muka bulat Ia dijangka diumumkan ...

Cerpen Tauk Belaan Dalam Perigi Buta

Posted: 13 Aug 2016 03:22 AM PDT


Hadi nak bohong mak ya Aisyah menjengilkan mata ke arah anaknya Hadi menggeleng Dia jugak heghan luka di lututnya dah menghilang Gambaq hiasan Mak nampak kaki Hadi ada darah kan Mana pul...

myartis.com

Posted: 14 Aug 2016 01:51 AM PDT

myartis.com


2 GAMBAR - WAJAH TERKINI ANAK SYAIFUL ZERO

Posted: 13 Aug 2016 09:12 PM PDT



Pasti ramai yang ingin melihat wajah terkini anak lelaki Syaiful Zero (Melati) dan isterinya, Asyura Rudy yang lahir pada Mei lalu ni kan?

Menerusi laman Instagram Syaiful, dia telah memuatnaik gambar terkini anaknya yang diberi nama Isyraq.

Jom lihat wajah comel anak Syaiful yang kelihatan seperti anak cina.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

VIDEO - ANAK ANGKAT STACY KENA CHICKEN POX

Posted: 13 Aug 2016 06:09 PM PDT



"Sian biyya kena chicken pox huhuhu..," demikian kata Stacy, 25, yang memuatnaik video keadaan dan gelagat anaknya, Bella De Luna Valentina atau Beyya, 4, yang terkena chicken pox (cacar air).

Di ruangan komen, dibanjiri dengan doa dari semua peminat beliau, selain itu ada juga di antaranya memberi makluman dan nasihat mengenai chicken pox.

Semoga Beyya cepat sembuh seperti sedia kala.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ANAK & SUAMI BAKAL KONGSI TARIKH LAHIR - ADIRA ALAMI ALAHAN TERUK

Posted: 13 Aug 2016 04:48 PM PDT



"Saya susut tiga kilogram daripada 43 menjadi 40 kilogram dalam masa seminggu hamil. Mana tidaknya, setiap kali makan saya akan muntah semula," kongsi Adira yang kini sudah memasuki fasa sepuluh minggu hamil.

Mengakui mengidam banyak perkara sejak berbadan dua, Adira juga gemar menikmati kari mamak ketika hamil, selain suka melihat orang yang mempunyai darah campuran dan juga melihat pelakon Hindustan menari.

"Selama ini saya tak suka kari tetapi sejak mengandung saya hantu kari. Setiap hari mesti rasa nak makan kari. Kalau tak dapat makan, lalu kedai mamak pun saya dah okey.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SAHARA YAACOB (TINA TURNER MALAYSIA), AKHIRNYA DAPAT FLAT PPR

Posted: 13 Aug 2016 04:35 AM PDT



Satu ketika dahulu dia pernah digelar sebagai Tina Turner Malaysia. Namun hidupnya tidak seindah artis lain apabila dia mendakwa dilupai dan terabai sekian lama tanpa rumah untuk berlindung.

Sahara yang popular pada era 1990-an, ditemui tinggal menumpang di rumah kakaknya dalam keadaan miskin.

"Saya fikir akan terus tinggal di bilik setor rumah arwah kakak saya," ujar Sahara dipetik sebagai berkata.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 13 Aug 2016 08:16 PM PDT

ROTIKAYA


“Hidup Dan Kerjaya Musnah Kerana Sikap Sendiri”

Posted: 13 Aug 2016 06:47 PM PDT

Merasakan dirinya mampu pergi jauh selain mengamalkan sikap sambil lewa, penyanyi Aliff Aziz menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah nilai yang terpaksa dibayar apabila perkara tersebut hampir memusnahkan kerjaya dan kehidupannya.

BACA: Bakal Nikah Selepas Aidilfitri, Aliff Aziz Tak Harap Tajaan

“Dulu saya berasakan seperti boleh melangkah jauh dalam bidang seni, tetapi kerana sikap sambil lewa terhadap kerjaya dan hidup, semua itu musnah sekelip mata. Saya bagaimanapun bersyukur semua itu menjadi ruang untuk saya memperbaiki diri seterusnya menjadi insan lebih matang”

“Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya tak dengar nasihat orang yang menyayangi diri saya ini. Saya anggap semua itu bayaran yang perlu saya terima akibat kesilapan diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

Bersyukur di atas peluang untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih baik, penyanyi ini tidak mahu perkara yang sama berulang kembali lebih-lebih dirinya kini bakal menempuh alam perkahwinan. (rtky/s)

5- Hidup, Kerjaya Musnah Kerana Sikap Sendiri - ROTIKAYA 4- Hidup, Kerjaya Musnah Kerana Sikap Sendiri - ROTIKAYA 3- Hidup, Kerjaya Musnah Kerana Sikap Sendiri - ROTIKAYA 2- Hidup, Kerjaya Musnah Kerana Sikap Sendiri - ROTIKAYA 7- Hidup, Kerjaya Musnah Kerana Sikap Sendiri - ROTIKAYA 6- Hidup, Kerjaya Musnah Kerana Sikap Sendiri - ROTIKAYA

Aznil Nawawi Elak Riak Promosi Produk Sendiri

Posted: 12 Aug 2016 10:11 PM PDT

Disaat ramai selebriti diluar sana berlumba mempromosikan produk kosmetik mereka dengan pelbagai cara, Datuk Aznil Nawawi pula lebih selesa mengambil pendekatan berserderhana memasarkan produk beliau, Anell by Aznil Nawawi bagi mengelakkan rasa riak dan tidak senang hati peniaga lain. Baginya namanya yang sudah kukuh sudah cukup untuk melariskan produk itu.

BACA: Hampir Sebulan, Produk Aznil Nawawi Raih Lebih RM500,000

“Saya tidak mahu berkongsi jumlah barang yang sudah terjual atau bercakap berlebih-lebihan tentang produk kosmetik Anell. Saya lebih selesa mempromosikan produk itu secara bersederhana sahaja kerana nama saya sendiri pun orang sudah kenal. Bagi peniaga lain mungkin mereka perlu berbuat demikian untuk orang kenali dan tahu tentang produk mereka.

“Bukan apa, jika bercakap lebih-lebih boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan, timbul rasa dengki dan khianat, ilmu hitam atau taktik jahat daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati. Saya mahu ia dijual secara sedang-sedang sahaja kerana saya yakin ia tetap akan mendapat perhatian,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Selain itu, beliau yakin dengan cara bersederhana dalam menjualkan sesuatu produk tanpa menggunakan promosi secara keterlaluan lebih berjaya. Malah pengguna produk juga akan rasa lebih hormat pada produk yang mereka gunakan seterusnya memberikan respon yang positif kerana setiap orang mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza mengikut kulit.

Terdahulu, Aznil dilaporkan meraih keuntungan lebih daripada RM500,000 sejak pelancaran produk kecantikannya sendiri Anell pada 30 Mei lalu. Beliau yang turut terkejut dengan pencapaian produk itu berkongsi rahsia kecantikan yang diamalkannya sejak empat tahun dahulu menerusi produk tersebut, malah rata-rata memberikan respon yang memberangsangkan. (rkty/w)

1- Aznil Nawawi Elak Riak Promosi Produk Sendiri - jpeg 2- Aznil Nawawi Elak Riak Promosi Produk Sendiri - jpeg 3- Aznil Nawawi Elak Riak Promosi Produk Sendiri - jpeg 4- Aznil Nawawi Elak Riak Promosi Produk Sendiri - jpeg 6- Aznil Nawawi Elak Riak Promosi Produk Sendiri - jpeg 7- Aznil Nawawi Elak Riak Promosi Produk Sendiri - jpeg

No comments:

Post a Comment