Ramai yang berasa pelik apabila air di kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk berwarna hijau. Beberapa gambar air di kolam tersebut telah menjadi viral sekali gus mendatangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan atlet, yang beraksi di kolam tersebut. Bagaimanapun pihak Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) telah mengesahkan bahawa misteri itu telah diselesaikan dan menegaskan kolam itu […]
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam percaya terdapat tiga cara bagi rakyat negara ini boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Pertama, adalah menerusi Umno, yang hampir mustahil," tulis Musa dalam buku terbarunya bertajuk 'Frankly Speaking'.
Menurut penganalisis politik, kedudukan Najib dalam Umno adalah selamat selepas menyingkirkan penentangnya seperti bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dijangka akan kekal sebagai pemimpin parti itu sehingga survival politiknya sendiri terancam.
Kaedah kedua, untuk menyingkirkan Najib, kata Musa adalah melalui campur tangan asing.
"Ini nampaknya jalan yang dipilih oleh ‘pergerakan’ itu (Selamatkan Malaysia).
"Pilihan ini mempunyai kemungkinan, walaupun agak pencil."
Bagaimanapun tidak jelas ‘pergerakan’ yang dirujuk oleh Musa itu, tetapi Mahathir sebelum ini dipetik oleh akhbar The Australian sebagai berkata bahawa Malaysia kini terpaksa "membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal tempatan" kerana semua saluran di negara ini telah ditutup.
Mahathir bagaimanapun menafikan bahawa beliau menggesa negara lain supaya campur tangan untuk menggulingkan Najib.
Bagi pilihan ketiga, Musa berkata adalah membiarkan rakyat membuat keputusan sendiri sama ada mereka mahu Najib berundur, melalui umum pilihan raya akan datang.
Najib kini di bawah tekanan hebat supaya meninggalkan pejabat perdana menteri berikutan dirinya terpalit dengan pelbagai skandal.
Terbaru, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika memfailkan saman sivil dan mendakwa dana bernilai lebih AS$ 3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.
Ia juga dinamakan "Malaysian Official 1" mendapat manfaat daripada firma itu, dan pembangkang menuding jari kepada perdana menteri.
Najib menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa komplot itu didalangi oleh mereka yang ingin menggulingkannya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Musa juga dalam bukunya mendedahkan apabila isu 1MDB pertama muncul, beliau adalah antara mereka yang secara terbuka menggesa perdana menteri supaya mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.
"Kira-kira seminggu selepas itu, dalam perbualan telefon, Najib secara lawak memberitahu, 'Saya masih belum bercuti'," katanya.
Sudah berapa hari wartawan tidak henti-henti cuba hubungi saya kerana mahu bertanya pasal Pokémon. Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat yang dah bercakap pasal Pokémon ini. Hebat benar nampaknya 'game' itu sehingga pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak berbicara tentangnya.
Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka di sini saya ingin menyebut secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas.
Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain maka ia dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini. Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah dihalang.
Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja Pokémon yang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadang-kala lebih bodoh dan lebih mudarat kepada diri, orangramai, negara dan rakyat. Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya Pokémon sahaja tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.
Pokémon yang mungkin membawa kebodohan dan bahaya itu kadang-kala masih boleh dikawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal.
Saya pelik apabila terlihat seorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya Pokémon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orangramai.
Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game Pokémon, padahal negara sedang musnah disebabkan 'pokémon salahguna dan salah tadbir' yang dia terlupa untuk fikirkan.
Saya ingin tegaskan; jangan main atau lakukan apa sahaja termasuk permainan Pokemon ini yang boleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat.
Satu lagi yang penting; jangan kita lalai kerana asyik main Pokémon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita. JUGA, jangan kita lalai asyik bincang pasal Pokémon sehingga lupa tentang bahaya-bahaya lain yang lebih besar dan lebih membodohkan kita yang sedang dan telah ada.
TAJUK: YB Rafizi Ramli pula akan dipenjarakan pada bulan Oktober 2016 ini.
dimaklumkan bahawa pada awal bulan Oktober 2016 ini YB Rafizi Ramli akan selesai perbicaraan kes akta OSA dan jika disabitkan bersalah akta OSA dalam erti kata lain beliau akan dipenjarakan.
Jika didapati bersalah, YB Rafizi Ramli pasti akan buat rayuan dan kes akan berlanjutan dan dijangka akan berakhir selewet-lewatnya Januari 2017 dan mahkamah akan putuskan bersalah atau tidak. Jika didapati bersalah penjara Sg. Buloh menantinya.........
Kemungkinan besar 90% kita bakal kehilangan orang yang sangat berwibawa yang selalu membongkarkan segala penyelewengan yg dilakukan oleh Najib Razak, Rosmah Mansor dan seluruh kabinet kayu UMNO/BN.
Justeru itu kita memerlukan sebuah pasukan yang kuat, yang bukan makan dedak dan berani berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata perjalanan dan destinasi parti itu tidak pernah untuk ke Putrajaya tetapi sebaliknya adalah untuk menaikkan semangat masyarakat dan menjadikan mereka berpegang kepada integriti, kejujuran dan keadilan
Kata beliau, ini difahami oleh kebanyakan generasinya dalam PKR, walaupun mengakui parti itu pernah terjerumus untuk tempoh yang singkat.
Menurut Rafizi, mereka kini memahami apa yang perlu dilakukan dan mahu masyarakat tidak lagi akan berpaling setiap kali ketidakadilan dilakukan di kalangan mereka.
“Kita hanya boleh membentuk masyarakat sedemikian jika kita merungkai setiap undang-undang, setiap amalan, setiap kecenderungan feudal dan setiap ketidakadilan yang wujud dalam sistem yang digunakan untuk mentadbir kita.
“Ini adalah perjalanan yang panjang - mungkin di luar jangka hayat yang diberikan kepada kamu dan saya. Kita hanya boleh melakukan apa yang terdaya dengan ruang dan masa yang diberikan kepada kita,” katanya.
Rafizi berkata demikian dalam perutusan ulang tahun ke-69, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk di penjara Sunga Buloh menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada tempoh masa yang terhad itu merujuk kepada Anwar mahupun kepada pemimpin pembangkang lain.
Rafizi juga mengimbas bagaimana sebagai pemuda muda berusia 21 tahun pada tahun 1998 beliau berjinak dengan gerakan reformasi pimpinan Anwar dan mempelajari mengenai pembaharuan, kejujuran dan kebaikan.
“Saya kini ingat bahawa Putrajaya tidak pernah menjadi objektif,” katanya.
Pesakit yang masih mempunyai ubat yang tidak digunakan dinasihatkan agar mengembalikannya kepada klinik atau hospital bagi mengurangkan pembaziran ubat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau memberi jaminan ubat yang belum digunakan itu, sama ada di dalam uncangatau paket, adalah selamat dan terpulang kepada budi bicara ahli farmasi tentang bagaimana untuk menggunakan ubat itu.
"Ubat yang dalam paket dan belum dibuka, belum tamat tempoh adalah selamat untuk digunakan. Tiada masalah keselamatan di sini... bagaimana cara menggunakannya terpulang kepada budi bicara ahli farmasi," katanya dalam sidangan media di Putrajaya hari ini.
Dr Subramaniam turut menggesa pesakit supaya membawa bersama ubat mereka yang tidak digunakan semasa temu janji untuk membantu doktor menyemak semulapriskripsi dan memberi mereka ubat tambahan yang sewajarnya.
Mengenai bagaimana ubat boleh menimbun di rumah, beliau memberi contoh apabilaseorang pesakit diabetes diberi ubat selama tiga bulan tetapi tidak menghabiskannya, dan diberi lagi bekalan tiga bulan dalam temu janji berikutnya.
"Pesakit boleh membawa balik ubat itu dan tunjukkan kepada doktor. Doktorkemudiannya boleh menyesuaikan jumlah ubat mengikut apa yang beliau ada. Kita boleh menjimatkan banyak wang menerusi proses seperti ini. Ini akan turut membantu kerajaan mengelak pembaziran ubat," katanya.
Dr Subramaniam juga berkata terdapat peningkatan lapan peratus dalam jumlah pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan, daripada 28 juta pesakit luar tahun lepas kepada 31.4 juta bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.
"Berikutan kelembapan ekonomi, mereka beralih daripada hospital dan klinik swasta. Ini suatu perkara yang dinamik. Sehubungan itu, saya memerlukan kerjasama rakyat Malaysia untuk mengurangkan pembaziran agar kita dapat meneruskan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi," katanya.
Beliau turut menggesa pesakit supaya membawa bersama rekod kesihatan mereka termasuk x-ray atau ujian darah daripada hospital dan klinik swasta supaya tidak perlu mengulangi pemeriksaan.
"Saya juga berharap orang ramai tidak menyalahgunakan kemudahan di hospital dan klinik kerajaan. Jangan datang ke hospital semata-mata untuk mendapatkan cuti rehat atau surat-surat sokongan lain kerana ia akan meningkatkan kos di kementerian. Gunakan kemudahan kesihatan untuk tujuan sebenar," katanya.
Tun M menulis dari dalam hospital. Tulisan ini adalah terjemahan dari artikel ini http://chedet.cc/?p=2208
KEBEBASAN ALA NAJIB
1.Najib memberitahu penonton belaannya bahawa saya mahu dia melakukan sesuatu mengikut telunjuk saya. Mungkin begitu walaupun saya tidak fikir ianya benar.
2.Tetapi jika dia mahu melakukan sesuatu dengan caranya tersendiri, seharusnya hendaklah sesuatu itu adalah yang terbaik untuk negara. Mempromosikan rasuah adalah tidak baik untuk negara mahupun sesiapa.
3.Memiliki 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi juga tidak baik. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia perlu memiliki jumlah wang Ringgit sebegitu di dalam akaun peribadi.
4.Dan sekarang pula tentang kesetiaan kepada institusi Presiden UMNO.
5. Jadi, apa pula selepas ini? Mungkinkah Presiden seumur hidup?
6. Dan selepas itu. Adanya pula dinasti. Mungkin juga Putera Mahkota. Tetapi dengan panggilan Timbalan Presiden. Dan mesti datang dari susur galur keluarga, termasuk isterinya.
7. Di zaman saya, saya dicabar. Tengku Razaleigh bertanding mencabar saya. Juga Musa Hitam. Empat daripada Menteri Kabinet saya menyokong pencabar saya. Saya tidak meminta mereka untuk setia kepada saya sebagai Presiden parti ketika itu.
8. Mereka kalah. Tetapi Menteri-Menteri terus menyambung tugas mereka sebagai Menteri. Salah seorang dari mereka telahpun menjadi Perdana Menteri.
9. Mereka tidak dan saya tidak mengharapkan mereka untuk menganggap saya sebagai institusi yang tidak boleh dicabar.
10. Ah! Adakah saya mempromosi anak saya sendiri? Tidak di zaman saya. Tidak pula semasa saya memegang puncak kuasa.
11. Tetapi apabila beliau melawan pertarungan secara sendirian, apakah saya perlu untuk menentang beliau? Jika beliau menang, maka menanglah. Jika kalah bukanlah saya penyebabnya. Beliau telahpun kalah ketika berpegang kepada prinsip yang sama seperti saya.
12. Saya sudah tua. Alhamdulillah, saya tidak nyanyuk. Saya dengan bangga menerima debat terbuka dengan Najib secara langsung di hadapan hadirin atau siaran langsung di TV.
13. Debat mestilah tentang mentadbir sebuah negara.
14. Saya mungkin kalah. Tunai mesti akan menang. Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk menilai. Bukan TV3 atau NST atau penyokong saya.
15. Saya menulis dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan pesanan agar saya segera sembuh.
16. Pesanan yang diberikan boleh membantu tetapi dengan memohon untuk menyertai parti baru adalah lebih baik.
Selamatkan Malaysia!
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sebaik sahaja berita kereta jenis Toyota Vellfire milik Rozita Che Wan dicuri menjadi viral, ada pula pihak yang mengkritik apa yang berlaku adalah kerana sikap Che Ta yang suka menayang kemewahan beliau.
Namun, sering bersikap positif, Che Ta memberitahu beliau sedikit pun tidak kisah dengan kritikan dan hinaan netizen. Malah, beliau juga sudah biasa menghadapi komen negatif daripada mereka yang selalu mencari kesalahannya.
Biarlah mereka nak kutuk apa. Saya tidak kisah dan ambil peduli kerana mereka bukan penentu masa depan atau kehidupan saya.
Kutukan seperti ini sudah biasa saya alami dan selama ini saya jadi diri sendiri. Saya cantik pun orang kutuk, ini pula kenderaan hilang, memang macam-macam orang akan fikir dan cakap.
Lumrah hidup menjadi anak seni, setiap perkara dilakukan pasti ada pihak yang memerhati. Sama ada mereka memuji atau mengeji saya tidak kisah.
Mungkin ada yang tidak suka dengan cara Che Ta berkongsi kehidupan mewah beliau sekeluarga, tetapi ia bukan bermakna anda boleh mengutuk beliau yang kini berada didalam kesusahan. Hari ini hari Che Ta, esok kalau kita pula terkena perkara yang sama, best tak rasanya kalau kena kutuk?
Gara-gara terlalu leka mengambil gambar, Kamal Adli mengalami kerugian RM10,000 apabila diragut ketika berada di Barcelona, Sepanyol bagi menjalani penggambaran program travelog, From Spain To Morocco.
Bukan sahaja kehilangan wang tunai tetapi beg berkenaan juga mengandungi pelbagai dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan dan visa.
Kesilapan sendiri juga memandangkan ketika kejadian saya leka mengambil gambar pemandangan sekeliling. Beg sandang berkenaan saya letakkan di atas bagasi pakaian. Kejadian berlaku dengan pantas apabila sekelip mata ia hilang. Memang peluh sejuk terus mencurah-curah mengenangkan pasport juga disimpan dalam beg itu selain duit belanja sepanjang perjalanan di negara orang.
Menurut Kamal pencuri agak susah untuk dikesan kerana kejadian tersebut berlaku di kejadian itu berlaku di hadapan premis hiburan, Hard Rock Cafe di Barcelona ketika ramai orang berpusu-pusu keluar masuk.
Mengakui proses membuat pasport dan visa agak rumit, Kamal bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia di London dan pihak imigresen kerana membantu beliau.
Proses penggantian pasport dan visa agak renyah, namun saya berterima kasih mendapat bantuan Kedutaan Malaysia di London dan pihak imigresen. Pengalaman itu memang sedih untuk dikenang. Dalam kita berjaga-jaga pun, barang berharga lesap begitu saja.
Saya buat pasport baharu di London. Soal ini memang rumit kerana pasport dan visa bukan boleh dapat serta merta. Saya dapat kembali pasport baharu dalam tempoh seminggu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada di sana kerana banyak membantu memudahkan proses berkenaan.
Kehilangan duit dan dokumen penting ketika berada di negara orang memang perit rasanya. Nasib baiklah Kamal dibantu oleh pihak kedutaan dan imigresen. Di negara orang kita tidak boleh terlalu leka dan selalu berhati-hati .
Takziah kepada penyanyi Mila Jirin yang mendedahkan beliau mengalami keguguran pada bulan Ramadhan lalu. Pada waktu itu usia kandungan beliau sudah berusia 5 minggu.
Walaubagaimanapun, Mila tidak mahu bersedih lagi dan redha dengan ketentuan Tuhan buat dirinya. Sekarang beliau tidak berhenti berdoa untuk mendapatkan cahaya mata secepat mungkin.
Buat Mila, apa yang terjadi mempunyai hikmahnya tersendiri.
Saya anggap bukan rezeki kami lagi menambah ahli keluarga, justeru redha berdepan suratan ini. Mungkin disebabkan saya terlalu aktif.
Apa pun kami tidak berputus asa dan sentiasa berdoa dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
InshaAllah, teruskan bedoa dan berusaha pasti satu hari nanti Mila dan suaminya akan dikurniakan cahaya mata. Percaya rezeki itu sentiasa ada.
Mila mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Isz Mustapha, pada November 2015.
Terbaru, Ezad sekali lagi dimasukkan ke hospital selepas mengalami muntah berterusan pada hari Isnin lepas apabila selesai membuat persembahan di Klang, Selangor.
Sebenarnya sebelum itu lagi saya sudah rasa tidak sedap badan kerana selepas makan pasti akan muntah. Sekarang saya terpaksa makan dalam jumlah yang sedikit.
Mungkin masalah ini berulang akibat saya tersalah makan. Saya masih lagi makan ubat yang dibekalkan ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kedah sebelum ini.
Walaubagaimanapun, kali ini doktor yang merawat beliau memaklumkan Ezad mengalami simptom yang dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease atau GERD.
GERD adalah keadaan yang terjadi apabila refluks atau jeluak kandungan gastrik menyebabkan simptom atau komplikasi yang mendatangkan masalah. GERD boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk orang muda.
Doktor meminta saya lebih banyak berehat dan jangan terlalu banyak berfikir kerana ia boleh menjejaskan kesihatan saya. Mungkin saya akan berbincang dengan isteri Nor Zeana Ramli untuk mengehadkan aktiviti nyanyian selepas ini. Dalam keadaan kesihatan begini, saya perlu ada masa untuk diri sendiri pula.
Kami mendoakan agar Ezad Lazim cepat sembuh dan berehat secukupnya. Teruk juga kalau asyik muntah berterusan, boleh jadi lemah badan dibuatnya.
Kini seakan menjadi trend untuk mereka yang mempunyai produk kecantikan seperti jamu dan penjagaan dalaman wanita untuk melakukan iklan yang agak lucah dengan aksi terlampau demi melariskan produk mereka.
Malah, beberapa video juga menjadi viral dan mengundang pelbagai kritikan orang ramai.
Walaubagaimanapun, Rozita Che Wan yang turut mempunyai produk jamu jus goyang rapat memberitahu, beliau tidak akan sesekali menampilkan iklan seksi dan murahan kerana ia hanya akan memperlihatkan produk keluarannya itu murah dan tidak mempunyai kualiti.
Saya tidak mahu produk saya nampak murahan jika melakukan promosi yang keterlaluan atau tampil dengan aksi-aksi kurang sopan seperti yang sering menjadi viral di laman sosial.
Secara tidak langsung orang akan nampak saya juga murah seperti produk itu. Bagaimanapun, ia terpulang kepada cara masing-masing.
Berbicara mengenai perniagaannya itu, Che Ta mendedahkan beliau mampu untuk meraih untung RM80,000 sehari apabila berniaga di bazar dan festival.
Saya masih berniaga melalui stokis-stokis yang dilantik dan melalui bazar-bazar yang kami sertai kerana keuntungannya lebih memberangsangkan.
Kalau di bazar biasanya sehari sahaja saya boleh dapat keuntungan bersih RM80,000. Malah selaluinya produk-produk yang kami jual tidak ada yang dibawa pulang.
Setiap kali bazar atau festival ini saya akan letak target berapa yang akan terjual dan saya akan bekerja keras untuk habiskan stok atau capai target itu.
Secara jujurnya iklan yang mempunyai aksi lucah menjatuhkan lagi maruah seorang wanita dan bangsa Melayu sendiri. Fikirkan lah idea pemasaran lain yang lebih bijak dan jangan memupuk minda dengan perkara yang lucah sahaja.
Selaku seorang lelaki sejati, Abang Nara memang jarang nak berselfie. Namun Abang Nara memahami mereka (terutamanya kaum Hawa) yang gila selfie. Wife Abang Nara setiap pagi akan berselfie di dalam kereta ketika dalam perjalanan kami ke menghantar anak ke sekolah. Kadang-kadang Abang Nara turut sama meng"interframe". Seronok jugak berselfie ini bila gambar yang diambil menampakkan kehenseman dan kecantikan kita.
Selfie Abang Nara dan best friend, Cristiano Ronaldo ketika zaman belajar di universiti dulu
Tapi nak ambil selfie bukanlah satu perkara yang mudah. Payah beb!!! Dalam 20 selfie yang diambil, hanya satu je yang boleh digunakan betul-betul. 19 lagi kena delete sebab tak menepati citarasa. Cahaya tak cukuplah, sudut tak betullah, muka nampak gelap dan macam-macam lagi masalah. Kalau smartphone anda kameranya tidak cukup canggih, jangan haraplah nak dapat gambar selfie yang cun melecun. Silap-silap muka kita dalam kamera lagi tak cun/tak kacak berbanding muka di real life.
Nora Danish kalau selfie memang cun melecun. Cair jiwa ini dibuatnya!
Sebab itulah Abang Nara teruja apabila mendapat tahu Oppo akan mengeluarkan Oppo F1s dalam masa terdekat lagi. Oppo F1s adalah kamera yang memfokuskan kepada fotografi (sebab itulah huruf F kat depan tue) dan adalah pilihan terbaik untuk mereka yang gila berselfie.
Dengan kamera hadapan 16 mega piksel dan juga applikasi Beautify 4.0, Oppo F1s ini adalah idaman semua wanita dan lelaki yang gilakan selfie. Sekali tekan je, gambar yang keluar confirm cun melecun dan kacak bergaya. Tak payah nak berselfie sampai 20, 30 kali untuk dapatkan gambar yang sempurna. Sekali dua dah cukup. Confirm follower Instagram dan Facebook anda akan bertambah 5 kali ganda selepas menggunakan Oppo F1s ini.
Jika perlukan gambar selfie yang lebih Flawless dan menarik, anda boleh mengaktifkan 7 jenis beautifikasi yang ada di dalam kamera OPPO F1s. Menarikkan? Jadi lepas ni anda semua boleh cantik seperti Nora Danish.
perghh..cantik gila Nora!
kombinasi selfie terhebat..Oppo F1s dan Nora Danish!
Dengan Oppo F1s anda hanya perlu sentuhan jari untuk melancarkan applikasi kegemaran anda. Memang makin mudah la nak pakai smartphone, lagi-lagi Oppo F1s, macam-macam fungsi yang cukup kreatif!
Rekaan Oppo F1s ini pun memang cantik dan mudah untuk dipegang. Saiznya pun cukup-cukup untuk dipegang satu tangan ketika berselfie. Tak adalah tiba-tiba phone terjatuh atas muka sebab tak muat tangan nak pegang. Dan yang paling penting, Nora Danish selaku selebriti Malaysia yang paling banyak followers di Instagram adalah pengguna setia Oppo F1s. Kalau Nora Danish pun dah akui kehebatan kamera selfie Oppo F1s, siapalah kita ini yang ingin mempertikaikannya?
Kalau korang bertuah mungkin ada artis yang datang kat rumah korang untuk hantar sendiri OPPO F1s kat tangan korang. Menarik? Jom Pre order sekarang sehingga 19 Ogos 2016. Inginkan maklumat lanjut tentang kehebatan OPPO F1s ni, korang boleh layariFacebook Oppo Malaysia dan Instagram @oppomalaysia.
Baru-baru ini Neelofa ada memberitahu beliau bakal menunaikan ibadah haji pada 5 September depan bersama ibu bapanya.
Namun, timbul desas-desus yang mengatakan Neelofa diberikan "layanan istimewa" oleh pihak Tabung Haji dan meluluskan visa haji Neelofa dalam masa yang agak singkat.
Tidak mahu orang ramai terus salah faham, pihak TH menolak dakwaan memberikan visa haji kepada Neelofa selepas sebulan selebriti itu membuat pendaftaran haji.
Menurut TH pihaknya sedia maklum mengenai rayuan Neelofa dan telah mempertimbangkannya melalui garis panduan sedia ada.
Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH.
TH selalu mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui beberapa proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Mungkin ia sekadar khabar angin sahaja. Sekarang ini sudah banyak agensi swasta yang menawarkan pakej haji dengan pelbagai harga. Kita doakan sahaja agar proses Neelofa dan ibu bapanya untuk menjalani ibadah disana dipermudahkan.
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Raja Farah Raja Aziz yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.16kg pada jam 3.55 pagi semalam. Raja Farah melahirkan cahaya mata sulungnya itu secara normal.
Berita gembira tersebut diumumkan oleh Raja Farah sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Assalamualaikum semua, syukur Alhamdulillah kami nak umumkan secara rasmi.
Farah dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.16kg, jam 3:35 pagi, bertarikh 10 Ogos 2016 secara normal. Syukur kehadrat Allah SWT diatas anugerah ini.Terima kasih untuk semua doa-doa dan kata-kata sokongan dari semua kawan-kawan dan peminat-peminat . I love you all.
Alhamdullillah segala proses bersalin berjalan dengan lancar buat Raja Farah dan bayi juga berada didalam keadaan sihat. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini dapat menyerikan lagi rumah tangga Raja Farah dan suami dan membuatkan kasih sayang antara mereka sekeluarga bertambah.
Setelah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan penggiat seni tanah air mengenai isu pengasingan kategori Filem Terbaik Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia bagi FFM 28, Kementrian Komunikasi dan Multimedia telah memutuskaan penyertaan bagi anugerah tersebut terbuka kepada semua penggiat filem di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kementerian itu turut mewujudkan kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FFM anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.
Kita sentiasa mendengar keluhan rakyat terutama penggiat filem dan pada masa yang sama kita juga tidak mengabaikan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta Finas supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FFM 2016.
Selain itu, Filem ‘Ola Bola’ dan ‘Jagat’ yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan.
Akhirnya kerajaan telah membuat satu keputusan yang betul untuk tidak mengasingkan kategori Filem Terbaik. Selepas ini tidak perlu lagi penggiat seni dan peminat filem tanah air bertikam lidah dengan mana-mana pihak.
"Sebenarnya sebelum itu lagi saya sudah rasa tidak sedap badan kerana selepas makan pasti akan muntah. Sekarang saya terpaksa makan dalam jumlah yang sedikit.
"Mungkin masalah ini berulang akibat saya tersalah makan. Saya masih lagi makan ubat yang dibekalkan ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kedah sebelum ini," kata Ezad Lazim yang dibenarkan keluar dari pusat perubatan swasta sebelah malamnya, selepas mengalami muntah berterusan, Isnin lalu.
Mentang-mentanglah dia seorang bekas banduan, senang-senang ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Terkini, Vokalis kumpulan Spring, Ameng, rugi RM15,000 gara-gara tertipu dengan janji manis pihak tertentu yang gagal membayar titik peluhnya membuat persembahan.
"Saya berusaha menghubungi pihak terbabit tetapi mereka beri pelbagai alasan. Saya juga belum bercadang membuat laporan polis kerana masih berharap pihak terbabit tampil dan melunaskan bayaran seperti dijanjikan," ujar Ameng, 48, yang terkejut menerima cek tendang daripada penganjur persembahan majlis makan malam, baru baru ini.
Kita semua sedia maklum bahawa pengacara dan pelakon Noor Neelofa Mohd Noor, 27, bakal mengerjakan haji bersama ibu bapanya pada 5 September depan. Tapi tekini, Lembaga Tabung Haji (TH) menyangkal dakwaan pihaknya bahawa memberi kelulusan kepada Neelofa untuk menunaikan haji selepas sebulan aktres itu membuat pendaftaran haji di agensi berkenaan.
"Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH," ujar TH dipetik sebagai berkata.
Tahniah kami ucapkan buat Raja Farah Raja Aziz, 28, dan suaminya, Iskandar Ismail yang telah menimang cahaya mata pertama mereka yang lahir pada jam 3.35 pagi semalam.
Bayi lelaki pasangan dilahirkan secara normal dengan berat 3.16 kilogram.
Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Raja Farah di laman sosialnya dengan memuatnaik gambar dia disamping suami sedang memegang bayi mereka.
elok elok ja berita gheta jenih Toyota Vellfire milik Rozita Che Wan dicuri menjadi viral ada pulak pihak yang mengutuk apa yang berlaku adalah pasai sikap Che Ta yang suka menayang kemewahan beli...
Dalam bermacam macam jenih bidang bisnes buat lah apa pun Kalau dah mutu perkhidmatan yang diberikan baik dah konfem ianya akan dihargai dicari lagi dan diwar waqkan Bila oghang yang berusaha...
Misteri tu telah diselesaikan tu pengesahan daripada Persekutuan Renang Antarabangsa FINA pasai ketidakseimbangan kimia jadi punca ayaq yang masuk ke dalam kolam terjun temasya Rio bertukaq m...
Nor Farina Che Ya 38 dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1 500 tanpa penjamin Majistret Rahimah Rahim membuat keputusan tu selepaih mendengaq rayuan Nor Farina Dia...
Hotel Abraj Kudai yang la nih dalam pembinaan berhampiran bandaq suci Makkah Arab Saudi akan memiliki 10 000 bilik 70 restoran 12 menara dan empat pad helikopter akan menjadi yang terbesaq di d...
Sekitaq bulan lepaih penyanyi Ezad Lazim habaq beliau muntah lebih 20 kali sehari dan telah mendapatkan rawatan doktoq tapi takdak penyakit yang dapat dikenai konfem terpalin baghu Ezad sekali...
Gara gara terlalu leka ambik gambaq Kamal Adli mengalami kerugian RM10 000 apabila diragut masa dok ada di Barcelona Sepanyol bagi menjalani penggambaran program travelog From Spain To Morocco ...
Bilionaiaq dan salah soghang manusia palin kaya di dunia Gerald Cavendish Grosvenoq yang memakai gelaran Duke of Westminster Keenam meninggai dunia pada umoq 64 tahun kelmarin Menurut kenyataan ...
Serdang soghang guru taska yang mau memulakan tugaih tergamam sejuruih menemui soghang penjenayah berseluaq dalam lena tidoq di dalam taska berkenaan awai pagi kemarin Lebih pelik apabila penjena...
Secara umumnya gheta tak datang dengan panduan Memang setiap gheta baghu yang dibeli datang dengan manuai tapi cara memandu gheta secara asaihnya diketahui oleh semua oghang apabila membeli ghe...
Watch the incredibly rare moment a baby is born inside the amniotic sac somethin that happens to just one in every 80 000 babiesThe amazin moment a baby is born while still inside the amnioti...
surat khabaq The Telegraph telah menyenaraikan 20 atlit dan ahli sukan torrrbaek dari serata dunia yang mana antara terhebat pada masa ni Menariknya satu satunya atlit Malaysia turut disenaraikan...
Bermodaikan wajah solekan filter pada aplikasi kamera telefon ghamai yang berjaya mengumpoi pengikut sehingga beratus ribu oghang di Instagram Setelah mengumpoi ghamai pengikut ada yang ambik...
Ahmad Syukri Yusuf 22 tahun disabitkan ataih kesalahan merogol gadih berumoq 14 tahun hujung tahun lepaih Sepatutnya dia dihukum penjara 30 tahun di ataih kesalahannya Namun dia menikah deng...
Footage shows the wife bearin down on the naked mistress as she backs into the corner of a Bangkok house after she was found in flagrante delicto with the married man
AMERIKA SYARIKAT soghang kanak kanak berumoq 10 tahun meninggai dunia selepaih menaiki gelongsoq ayaq tertinggi di dunia di taman ayaq Schlitterbahn Ahad lepaih Laporan Metro UK kata tengok Ke...
walaupun mempunyai adegan panaih macam aksi rogol dan beberapa babak ghairah yang dilakonkan dalam filem Pekak pelakon Sharifah Sakinah menjelaihkan bahawa suaminya memahami kerjayanya sebagai sog...
tak mau teruih bersedih di ataih perkara yang terjadi penyanyi yang jugak juara Akademi Fantasia musim kelima iaitu Mila Jirin mengakui redha apabila dirinya keguguran pada Ramadan lepaih BACA ...
Kebanjiran produk kecantikan dan jugak produk penjagaan pompuan di pasaran ternyata buat persaingan bertambah hebat namun bagi Che Ta yang turut menceburi bidang yang sama pihaknya tak berminat b...
la nih seakan menjadi trend untuk depa yang mempunyai produk kecantikan macam jamu dan penjagaan dalaman pompuan untuk buat iklan yang agak loqlaq dengan aksi terlampau demi melariskan produk depa ...
Selaku soghang lelaki sejati toknek memang jarang nak berselfie Namun toknek memahami depa terutamanya kaum Hawa yang gila selfie Wife toknek setiap pagi akan berselfie di dalam gheta masa d...
Di bawah skim insentif Majlih Sukan Negara MSN untuk Olimpik pemenang pingat emaih akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5000 perak RM600 000 dan pencen bulanan RM3 000 manakala gangsa RM...
Satu laporan dalaman dari pusat tahanan imigresen Australia yang bocoq di Pulau Nauru mendedahkan berlaku penganiayaan besar besaran terutamanya terhadap kanak kanak di pusat tu Menurut laporan Gu...
Beberapa siri kenyataan gosip oleh calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan Donald Trump menunjukkan masyarakat dunia perlu merasa bimbang kalau beliau dilantik sebagai Presiden AS m...
Video di bawah ni adalah pasai soghang rakyat di Rusia yang cuba try test mandi secara bogey di sebuah tasik Gelagat lelaki di dalam video ni sangat lawak sehingga mendapat ghamai perhatian netiz...
Apakah karakter kesukaan hampa la la nih ni banyak dah karakter karakter komik yang diadaptasikan menjadi movie Ada yang dari Marvel DC dan pelbagai lagi Selalunya karakter karakter ni ada g...
Pokemon merupakan salah satu siri animasi yang telah dimainkan beberapa dekad yang lepaih dan mempunyai peminat yang ghamai la nih apabila permainan berkenaan diperkenaikan pada peranti mudah a...
penah terpikiaq apa yang jadi punca seseoghang tu berjaya Apa bezanya depa dengan oghang yang kughang atau tak berjaya cuba try test pikiaq depa yang ternama yang telah berjaya Adakah hampa s...
Kebiasaannya palet warna yang dikaitkan dengan sejarah terhad kepada warna hitam dan putih saja penah hampa bayangkan apakah rupa oghang pakaian depa dan altaq belakang masa tu dalam kehidupan s...
asai nama Kain Cindai adalah Patola namun dipanggey sebagai Kain Cindai oleh masyarakat Melayu terdahulu dan dah wujud sekitaq abad ke 15 lagi masa tu Kain Cindai dianggap sebagai alat kebesaran...
Pada penghujung tahun 2001 soghang pemuda Palestin bernama Muhammad Raihan telah terkorban semasa bertempoq dengan tentera Israel Salah satu wajah pejuang Palestin yang terkorban Selepaih 100 ha...
kalau makan di gerai makan konfem kita kerap tengok kelibat depa depa yang memintak sedekah atau menjuai tisu kadang kadang kita terpikiaq depa ni betoi betoi susah ataupun sindeket Admin tak men...
Tahniah diucapkan kepada Raja Farah dan suami pasai telah selamat menimang anak pertama depa pada pagi ni dan bersalin secara normal berita gembira hat sama dok habaq tadi telah dimaklumkan sendi...
Lembaga Tabung Haji TH menolak dakwaan bahawa pihaknya ada memberi kelulusan kepada Neelofa untuk menunaikan haji selepaih sebulan pengacara tu membuat pendaftaran haji di agensi berkenaan Menu...
Setelah mendapat pelbagai reaksi daripada oghang ghamai dan penggiat seni tanah ayaq pasai isu pengasingan kategori Filem torrrbaek Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia bagi FFM 28 Kementria...
Peranti dengan skrin sisi dipelopori oleh Samsung dengan Note Edge pada September 2014 Ia menerima kritikan pasai payah digunakan Oleh tu dengan S6 Edge yang jengoi Mac 2015 skrin dwi lengkung...
Salah satu jenama yang semakin terkenai dikalangan pengguna tempatan adalah Oppo Hanya beberapa tahun lepaih depa telah menghadiaqkan telefon flagship depa dan la nih Malaysia menjadi salah satu ...
Berikutan heboh dan gempaq sangat bila disebaqkan gambaq pengasaih RHB menikah dengan gadih berumoq 19 tahun akhiaqnya anak tampil memberikan penjelasan sebenaq heghan sangat dengan Malaysia ni b...
No comments:
Post a Comment