Saturday, 20 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 20 Aug 2016 11:55 AM PDT

MySensasi


Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2016

Posted: 20 Aug 2016 11:38 AM PDT

Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2016. Genap sudah lapan pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat kalah mati suku akhir TM Piala Malaysia. Saingan akan bermula pada 27 dan 28 ogos untuk perlawanan pertama serta 17 dan 18 untuk perlawanan kedua. Berikut adalah jadual penuh saingan suku akhir Piala Malaysia 2016. 27 Ogos 2016 Negeri Sembilan ...

Keputusan Piala Malaysia 20 Ogos 2016

Posted: 20 Aug 2016 07:32 AM PDT

Keputusan Piala Malaysia 20 Ogos 2016. Hari ini berlangsung empat lagi perlawanan TM Piala Malaysia dengan dua slot lagi dicari untuk pusingan suku akhir setelah sebelum ini enam pasukan telah pun layak. Malam ini perlawanan melibatkan kumpulan B dan C. Dua lagi slot menjadi rebutan empat pasukan dalam kumpulan C iaitu PDRM, Perak, PKNS FC ...

Siaran Langsung Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Olimpik 2016

Posted: 20 Aug 2016 02:28 AM PDT

Live Streaming Siaran Langsung Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Olimpik 2016. Impian emas pertama olimpik kini terletak ditangan pemain perseorangan badminton Dato Lee Chong Wei. Bakal berdepan pemain China Chen Long dalam aksi akhir atau final penentuan pingat emas dan perak Sukan Olimpik Rio 2016. Setelah dua kali sebelum ini Lee Chong Wei gagal ...

KedahLanie.info

Posted: 20 Aug 2016 10:04 AM PDT

KedahLanie.info


Bila ahli Umno sendiri tak beli, baca Utusan

Posted: 20 Aug 2016 02:56 AM PDT

Zainuddin Maidin

Umno terikat untuk membantu syarikat Utusan Melayu yang diambil alih daripada penajanya iaitu pemegang-pemegang sahamnya sama ada kecil dan besar yang terdiri daripada orang Melayu pada tahun 1961.

Walaupun menyertai pasaran saham, tetapi Umno tidak terlepas daripada tanggungjawab ini untuk kepentingan politiknya malah sering membantu bila Utusan dalam kesempitan.

Umno perlu merampas kuasa ini daripada pemegang saham bebas kerana Utusan semasa itu dikuasai oleh wartawan-wartawan kiri yang pro-Indonesia, sosialis dan komunis.

Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman terpaksa menyingkirkan penajanya Yusuf Ishak kerana tidak dapat mengawal penguasaan golongan ini yang juga mahu menyingkirkannya.

Yusuf juga tidak mahu megikut arahan Tunku sepenuhnya sebaliknya mahu meneruskan dasar bebas Utusan Melayu sebagai suara rakyat Melayu.

Walaupun Umno telah mengambil alih Utusan dan menjalankan dasar menyokong parti dan kerajaan tetapi Utusan masih dibenarkan oleh Umno untuk menyiarkan berita-berita daripada pembangkang tetapi dengan syarat tidak mengutamakannya dan tidak menyokong mereka.

Dengan dasar yang longgar ini, Utusan masih dilihat dan dirasakan sebagai akhbar rakyat dan tidak dianggap sebagai akhbar parti atau suara parti Umno (Fakta-fakta ini dapat ditemui dalam buku Kisah Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api Di Belakang Duri yang diterbitkan oleh Utusan Melayu).

Dalam mempertahankan dasar ini, saya sebagai ketua pengarang Utusan dalam tahun 80 an pernah dipanggil oleh presiden Umno ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini tun) yang disertai oleh beberapa orang menteri besar untuk menegur Utusan kerana menyiarkan wawancara khas wartawan Rosnah Majid dengan MB Kelantan (PAS) Datuk Nik Aziz yang baru menguasai Kelantan.

Saya bertanya kepada Mahathir: Adakah Datuk Seri hanya mahu Utusan dibaca oleh orang Umno sahaja dan mesej kita tak perlu sampai kepada orang bukan Umno?

Inilah yang berlaku sekarang menyebabkan edaran Utusan telah jatuh dengan begitu teruk di samping hadapi saingan dan ancaman media sosial yang lebih bebas.

Utusan tidak sewajarnya menghadapi keadaan ini kerana ia mempunyai pembaca tegar tetapi mereka juga telah meninggalkan Utusan kerana Utusan telah hilang perimbangan dan kerakusannya dalam menyokong kerajaan dan menyebabkan pembaca setianya pun merasa jelak dan mual.

Jelek dan memualkan

Apabila berada dalam kelemasan dan panik, liberalisme kewarasan dan kebijaksanaan Utusan telah hilang.

Tulisan wartawan-wartawannya sendiri yang bersifat kritikal dan radikal diharamkan dan wartawan-wartawan Utusan yang mempunyai peminat besar berhenti atau diberhentikan.

Orang membaca Utusan merasakan seperti membaca suara parti, seperti membaca Harakah (PAS) atau Roket (DAP). Mengecam, menghentam pihak tertentu tanpa mengetahui kenapa mereka dihentam.

Kerakusan ini menjelekkan, memualkan. Utusan Melayu hilang kredibiliti politik, autoriti berita dan integriti kewartawanan.

Peranan bijaksana telah diambil alih oleh Sinar Harian yang walaupun pro-Umno dan kerajaan tetapi tidak secara rakus atau blatantly menyokong kerajaan dan memboikot pembangkang.

Apakah ini kesalahan para pengarang Utusan? Jika akhbar lain menyiarkan berita-berita yang anti kerajaan atau kritikan terhadap Najib atau friendly kepada pembangkang tidak menjadi perhatian tetapi Utusan akan ditegur dari masa ke semasa sehingga ketua pengarangnya berada dalam keadaan tidak selesa.

Lebih buruk lagi Utusan terpaksa memberikan tempat kepada orang-orang yang diketahui ramai sebagai pencacai atau "ulak ayak" politik.

Semua ini meruntuhkan lagi integriti Utusan sebagai akhbar parti yang berkredibiliti.

Apakah bad press ini dapat dikembalikan dengan Umno mencurahkan berjuta ringgit untuk memulihkan imej Utusan yang tercemar oleh kerakusan dan kebodohan tangan politik yang cuba berlagak sebagai profesional?

Untung politik Umno

Setiap sen yang Umno belanjakan, Umno mahu keuntungan politiknya malah orang Umno sendiri akan bertindak menyaman malu Utusan jika kepentingan dan kemungkaran mereka dirugikan oleh akhbar itu.

Seorang MB telah menyaman malu Utusan. Dari segi logiknya, apakah Umno wajar membantu Utusan jika akhbar itu sudah tidak lagi menjadi suara berkesan dan tidak lagi berpengaruh?

Adakah ahli-ahli Umno, pemimpin-pemimpin kecil dan seluruh pemimpin besar Umno di peringkat negeri dan persekutuan memikirkan hal ini dan mempunyai simpati dan sentimen sayang pada Utusan seperti yang dimiliki oleh mereka yang telah sekian lama jatuh bangun bersamanya?

Orang Umno sendiri pun tak beli Utusan dan tidak membaca Utusan.

Sentimen sayangkan kepada Utusan Melayu ini lebih kepada hasrat untuk melihat sebuah institusi Melayu bersejarah dan berjasa terus hidup selain satu-satunya syarikat Melayu tertua dan terus hidup setelah melalui berbagai pahit getir, cabaran politik dan kewangan sejak 70 tahun lalu.

Saya sendiri sebagai manusia yang hidup dalam dua zaman besar Utusan Melayu pastinya mengharapkan Utusan terus hidup dan maju.

Ia adalah darah daging saya tetapi perubahan sosial, politik dan kemajuan teknologi serta masalah dalaman pengurusan yang tidak berpengalaman menampakkan masa depan yang gelap bagi akhbar ini.

Masalah ini juga dihadapi oleh akhbar cetak lain sehingga NST sendiri jatuh jualannya kepada hanya lebih 30,000 naskah sahaja sehari.

Bagaimanapun, ia dapat bergantung kepada Media Prima. Utusan tidak ada tempat bergantung kecuali langsung kepada Umno.

Saya sendiri telah membaca akhbar cetak terutama Utusan Melayu/ Malaysia sejak 50 tahun dahulu tanpa ketinggalan seharipun kecuali apabila keluar negara. Tetapi sekarang saya boleh katakan jarang sekali membaca akhbar mana pun.

Perasaan sentimental

Utusan dihidupkan semula oleh Yusuf Ishak (Allahyarham) dan rakan-rakan penaja di Singapura setelah Jepun kalah dalam peperangan dunia ketiga pada tahun 1945.

Beliau yang sakit dalam masa peperangan telah kembali ke kampungnya di Taiping dan bila tamat perang berjalan kaki dan juga menumpang bermacam kenderaan untuk kembali ke Singapura bagi menerbitkan semula Utusan Melayu (Jawi) pada September 1945.

Tetapi kemudiannya wartawan-wartawan kiri yang menguasai Utusan juga mengenepikannya kerana tidak setuju dengan kekirian mereka.

Beliau tersingkir kerana mempertahankan dasar bebas Utusan. Bila Tunku mengutus S.M. Shah, anggota lembaga pengarah Utusan untuk pergi menemuinya di rumahnya di Gombak untuk memberitahunya supaya berundur, Yusuf Ishak menangis seperti keanakan dan bertanya "apa dosa saya".

Beliau mahu membunuh diri (diceritakan sendiri kepada saya oleh H.M.Shah).

Utusan Melayu yang ditubuhkan bersama-sama dengan rakan-rakannya dan sokongan orang Melayu dalam tahun 1938-1939, terlalu berharga baginya.

H.M. Shah yang berkawan dengan Yusuf sejak Utusan ditubuhkan di Singapura terpaksa menenangkannya dan meninggalkannya setelah dia pulih.

Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang menjadi peguam pertama Utusan dan mengenali rapat Yusuf Ishak sebagai seorang yang jujur, dedikasi, terpelajar dan tidak rasuah dan berkorban hidupnya untuk Utusan Melayu telah mengambil Yusuf setelah dibuang dari Utusan.

Kuan Yew melantiknya menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura, Yang di Pertuan Negara Singapura dan akhirnya menjadi Presiden Singapura.

Sebuah masjid atas namanya juga sedang dibina di Woodlands Drive 17, Singapura untuk mengenang jasanya.

Umno wajar membantu terus syarikat Utusan Melayu untuk jangka masa singkat supaya dapat membayar gaji pegawai, para wartawan dan pekerjanya yang lebih seribu orang di samping menyediakan pelan jangka panjang bagi menjamin survivalnya.

Utusan Melayu tidak lagi boleh hidup di atas perasaan sentimental.

Bung Moktar disoal SPRM berkaitan 'pelaburan Felcra'

Posted: 20 Aug 2016 01:57 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin sekurang-kurangnya lima jam hari ini.

Ia dipercayai berkaitan dengan beberapa unit pelaburan amanah yang dibuat oleh agensi itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 9.40 pagi dan terus masuk ke bangunan.

Bung Moktar enggan bercakap dengan media sebaik tiba, tetapi dilihat memberi isyarat 'ok' sebelum memasuki bangunan itu.

Malaysiakini telah menghantar sms kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad dan ketua siasatan Datuk Azam Baki untuk mendapatkan komen.

Sehingga jam 3 petang itu Bung Moktar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno masih disoal dan belum meninggalkan premis SPRM.

Pegawai SPRM berpakaian biasa yang berada di lobi berkata ia mungkin mengambil sedikit masa.

Semalam, Malaysiakini melaporkan SPRM dijangka memanggil seorang ahli Parlimen Umno untuk disoal siasat.

MK

Annuar Musa seru ahli Umno Kedah lupakan Mahathir

Posted: 19 Aug 2016 08:03 PM PDT

Seruan Annuar Musa kepada ahli Umno di Kedah

Anggota Umno khususnya di negeri Kedah perlu meletakkan kepentingan parti lebih daripada sanjungan terhadap seseorang pemimpin, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Katanya beliau memahami terdapat dilema dalam kalangan anggota Umno terutama di negeri jelapang padi ini terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau sendiri pernah berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun, katanya anggota parti perlu sedar bahawa perjuangan Dr Mahathir telah tersasar jauh daripada apa yang dikatakannya sendiri ketika menjadi presiden Umno.

"Bait-bait perkataan Dr Mahathir masih segar dalam ingatan saya, kalau orang Kedah rasa sedih dan terkeliru, saya juga sedih... kenapa dulu beritahu lain, sekarang buat lain... keluar Umno, tinggalkan parti, itu bercanggah dengan ajaran beliau (Dr Mahathir) sendiri.

"Hari ini saya antara orang yang terkeliru, orang Kedah pun mesti ada perasaan sayang, tetapi dalam sejarah perjuangan Umno, kita tidak pernah mengikut jejak langkah individu," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling hari ini. Turut hadir ketua Umno bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Annuar berkata anggota Umno harus melihat lebih jauh terutama nasib anak-anak mereka sekiranya Umno tidak lagi berkuasa di negara ini.

Katanya Umno yang selama ini banyak berjasa dalam pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat bukan sekadar sebuah parti politik, namun merupakan suatu warisan yang harus diwarisi pada masa depan.

Dalam pada itu, Annuar meminta anggota Umno di setiap peringkat mempertahankan Umno dengan memberikan perspektif yang betul supaya rakyat mendapat gambaran jelas mengenai parti itu.

"Umno seringkali ditohmah dengan pelbagai tuduhan termasuk parti rasis dan tidak mengangkat agama Islam sehinggakan terdapat rakyat yang terpengaruh dan menjauhi Umno.

"Ia berikutan anggota Umno sendiri tidak menjadi 'lidah' kepada Umno yang sebenarnya berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara... parti ini mengambil kira muafakat dan kerjasama antara kaum. Tetapi berapa ramai anggota Umno yang bercerita mengenai perkara ini," katanya.

Piala Malaysia: Kedah Belasah Sarawak 3-0

Posted: 19 Aug 2016 12:58 PM PDT

Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN
bza_56@yahoo.com.my

KEDAH mengakhiri saingan Kumpulan A Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas Sarawak di Kuching pada Jumaat malam.

Lebih bermakna,  kemenangan itu mencapai sasaran skuad hijau kuning untuk tidak tidak bertemu Felda United pada peringkat suku akhir selepas ini.

Pada perlawanan itu, Kedah yang menurunkan kesemua pemain terbaiknya berjaya menguasai permainan sejak awal perlawanan.

Pada minit ketiga, Kedah hampir memperolehi penalti apabila Farhan Roslan ditolak dalam kotak penalti, pengadil perlawanan Khirulazwan Khidam meneruskan permainan.

Permainan yang semakin rancak dengan serangan daripada kedua-dua pasukan bagaimanapun gahal memecah kebuntuan jaringan.

Pada minit ke-43 Liridon Krasniqi hampir menjaringkan gol, malangnya tandukan pemain dari Kosovo itu terkena palang.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga separuh masa pertama ditamatkan oleh pengadil perlawanan.

Bersambung babak kedua Kedah pantas bangkit dan hasilnya kusian Thiago Augusto Fernandez berjaya menjadikan Kedah di depan dengan 1-0.

Pada minit ke-70 pasukan pelawat terus mengukuhkan kedudukan apabila hantaran Farhan mudah ditolak masuk ke dalam gawang Sarawak oleh Liridon.

Bagi memastikan perjalanan jauh ke Kuching berbaloi anak didik Tan Cheng Hoe terus berusaha untuk mendapatkan gol ketiga.

Usaha tanpa henti itu akhirnya membuahkan hasil apabila tonggak pertahanan, Bang Seung Hwan menanduk masuk hantaran lintang Liridon - tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Mstar

Toknek.com RSS Feed

Posted: 20 Aug 2016 02:18 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Bella Dally Tak Ngaku Dikongkong Nazim Othman

Posted: 19 Aug 2016 08:02 PM PDT


Mengakui belum bersedia untuk berkongsi tarikh pernikahan depa pelakon Bella Dally menyerahkan perkara tu kepada tunangnya iaitu Nazim Othman Bagaimanapun menurut Bella majlih akan berlangsung ...

Google Akan Menamatkan Chrome Apps Untuk Windows Mac Dan Linux Pada 2018

Posted: 19 Aug 2016 03:42 PM PDT


Google melalui Chrome Web Store menawaqkan beberapa perkara untuk pengguna pelayaq web Chrome termasuk pemalam tema dan jugak aplikasi la nih bergerak ke hadapan Google kata depa akan menamat...

Zul Ariffin Tak Ngaku Merisik Kekasih Di Australia

Posted: 19 Aug 2016 08:02 AM PDT


Umum dah mengetahui tentang pasai hubungan cinta diantara Zul Ariffin dan kekasih Zahirah Macwilson yang dah lama terjalin namun jarang sekali mendengaq ceghita cinta depa terdedah di media so si...

Yasmin Hani Sahkan Mengandung Anak Kedua

Posted: 19 Aug 2016 05:02 AM PDT


Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Yasmin Hani yang la nih sedang mengandung anak kedua dengan umoq kandungan dah pun memasuki lima bulan Menurut beliau dengan umoq anak lelaki pert...

Ally Iskandaq Sahkan Dah Bercerai Dengan Farah Lee

Posted: 19 Aug 2016 04:42 AM PDT


ura ura telah bertiup kencang tentang pasai penceraian Ally Iskandaq dan Farah Lee baghu baghu ni tak mau fans teruih membuat spekulasi sendiri Ally Iskandaq hari ni telah membuat pengesahan ten...

Samsung Gear Fit2 Dan Gear Iconx La Nih Di Malaysia Aksesori Kecergasan Dengan Sokongan S Health

Posted: 19 Aug 2016 03:42 AM PDT


Samsung mempunyai beberapa penawaran menarik dibawah keluarga aksesori Gear Dua peranti baghu yang telah diperkenaikan baghu baghu ni adalah Gear Fit2 dan jugak Gear IconX la nih kedua dua aks...

Mahathir Bukan Pencipta Malaysia Boleh

Posted: 19 Aug 2016 03:32 AM PDT


Demam Olimpik Rio 2016 melanda Malaysia Ia terjadi bila begitu banyak kejayaan yang telah dan akan diraih Viral di media so siall ceghita kejayaan ni hingga keyword search pasai Goh Liu Yin m...

Ops Cantaih Dua Dipercayai Ahli Kongsi Gelap Kena Tembak Meninggai Dunia

Posted: 19 Aug 2016 02:32 AM PDT


Dua lelaki yang dipercayai anggota kongsi gelap meninggai dunia kena tembak polih di Lebuhraya Selayang Kepong di sini awai pagi Jumaat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangoq Datuk Mohd Adnan A...

myartis.com

Posted: 20 Aug 2016 02:09 AM PDT

myartis.com


DETIK MELAHIRKAN CAHAYA MATA PERTAMA - MISHA OMAR BERDEBAR MENANTI

Posted: 19 Aug 2016 06:49 PM PDT



Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar, 34, yang berkahwin dengan seorang juruterbang, Firos Ezzwan Rosly pada Mei 2014 berdebar menghitung hari saat-saat untuk melahirkan cahaya mata pertamanya.

Sebelum ini, Misha telah mempunyai dua orang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

"Sekarang ini saya memang berdebar-debar menuggu masa ketibaan si kecil yang dijangka lahir pada bulan hadapan atau selewat-lewatnya Oktober. InshaAllah saya mengambil kesempatan ini meminta semua mendoakan semuanya selamat," katanya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

HAMIL 4 BULAN - STACY TERPAKSA BERAHSIA, IKUT NASIHAT ORANG TUA

Posted: 19 Aug 2016 06:00 PM PDT



Kerana akur dengan nasihat orang tua, penyanyi Stacy, 26, terpaksa berahsia mengenai kandungan yang kini hampir mencecah empat bulan. Kata Stacy, selepas melepasi trimester pertama baharu dia dan suami, Akim Ahmad, sedia berkongsi berita gembira itu dengan peminat menerusi hebahan di laman sosial mereka.

"Sebenarnya sudah lama kami berhajat mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan ini. Apatah lagi ramai orang yang bertanya bila ingin menambah ahli keluarga.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

YA, SAYA DAH CERAI - ALLY ISKANDAR

Posted: 19 Aug 2016 03:57 PM PDT



"Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin," demikian kata Ally Iskandar yang akhirnya mengakui telah bercerai talak satu dengan Farah Lee pada 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun, personaliti TV3 itu meminta maaf kerana sebelum ini mengelak daripada media yang menghubunginya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 20 Aug 2016 02:08 AM PDT

beautifulnara


Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai Dengan Farah Lee

Posted: 19 Aug 2016 03:44 AM PDT

Desas-desus telah bertiup kencang tentang penceraian Ally Iskandar dan Farah Lee baru-baru ini. Tidak mahu para peminat terus membuat spekulasi sendiri, Ally Iskandar hari ini telah membuat pengesahan tentang berita tersebut menerusi akaun Facebooknya dalam satu kenyataan rasmi. Sesungguhnya berita ini memang mengejutkan namun kalau sampai di sini jodohnya, siapalah kita untuk menidakkannya.

Ally Iskandar farah lee cerai

Tulis Ally Iskandar:-

BismillahirRahmanirRahim,
Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media, dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin Romli, 27. Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan.

Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah saya failkan dengan persetujuan Nurfarahin.
Pada 17 Ogos 2016, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, saya telah melafazkan cerai talak satu ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar.
Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar.

Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga, dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya adalah baik.
Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami.

Besar harapan saya agar kenyataan ini terhebah dengan hikmah. Saya doakan yang terbaik buat semua. Semoga Allah rahmati kita sentiasa.

ALLY ISKANDAR MOHD MARDZI
19 Ogos 2016

ally iskandar farah lee cerai

Semoga Ally Iskandar dan Farah Lee tabah menghadapi suratan takdir ini. Yang penting anak mereka berdua iaitu Maream Esabel akan terus mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sama-sama kita doakan.

ROTIKAYA

Posted: 19 Aug 2016 08:20 PM PDT

ROTIKAYA


Bella Dally Nafi Dikongkong Nazim Othman

Posted: 19 Aug 2016 07:14 PM PDT

Mengakui belum bersedia untuk berkongsi tarikh perkahwinan mereka, pelakon Bella Dally menyerahkan perkara itu kepada tunangnya iaitu Nazim Othman. Bagaimanapun menurut Bella, majlis akan berlangsung pada tahun ini.

BACA: Bella Dally Akui Nazim Othman Lelaki Terbaik Untuk Dirinya

"Insya-Allah ia akan dilangsungkan hujung tahun ini dan kami akan maklumkan kepada semua tarikhnya nanti. Namun, biarlah perkara itu keluar daripada mulut Nazim. Tak manis sekiranya saya pula yang memaklumkan perkara itu”

“Dari segi persiapan memang sudah ada, tetapi saya tidak boleh berkongsi lagi kerana ada beberapa perkara yang belum lengkap lagi,” jelasnya kepada Harian Metro. Tambahnya, perancangan untuk mengadakan majlis pernikahan di Kota Kinabalu juga masih dalam perbincangan.

Selain menafikan tunangnya itu menyekat mahupun mengongkong pergaulannya seperti yang didakwa sesetengah pihak, dia juga berharap agar peminat mendokan yang terbaik buatnya dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)

7- Bella Dally Nafi Dikongkong Nazim Othman - ROTIKAYA 6- Bella Dally Nafi Dikongkong Nazim Othman - ROTIKAYA 5- Bella Dally Nafi Dikongkong Nazim Othman - ROTIKAYA 4- Bella Dally Nafi Dikongkong Nazim Othman - ROTIKAYA 2- Bella Dally Nafi Dikongkong Nazim Othman - ROTIKAYA 1- Bella Dally Nafi Dikongkong Nazim Othman - ROTIKAYA

Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia

Posted: 19 Aug 2016 04:58 AM PDT

Umum sudah mengetahui tentang hubungan cinta diantara Zul Ariffin dan kekasih, Zahirah Macwilson yang sudah lama terjalin, namun jarang sekali mendengar kisah cinta mereka terdedah di media sosial. Namun baru-baru ini Zul Ariffin didakwa telah terbang ke Perth, Australia untuk merisik kekasihnya itu, bagaimanapun Zul tampil menafikan tuduhan terbabit.

BACA: Zul Ariffin Tahu Punca Pelakon Baru Cepat Tak Laku

"Biasalah, kalau berada di luar negara sudah pasti kita akan cari peluang untuk berjumpa orang Malaysia di sana. Kalau betul saya merisik, kenapa saya tidak bawa ibu saya sendiri ikut ke sana. Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai kerja sahaja dan lain-lain mengenai kisah cinta, saya tidak akan kongsikan,” katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, Zul menjelaskan bahawa kedatangannya ke Asutralia adalah kerana urusan kerja bersama kakaknya sahaja dan bukan kerana ingin merisik kekasihnya itu. Namun apabila ditanyakan mengenai perkembangan terbaru hubungan cinta mereka, Zul memilih untuk tidak bercerita dengan lebih lanjut dan lebih senang jika bercakap mengenai kerjayanya.

Terdahulu, hubungan cinta mereka pernah dikatakan putus ditengah jalan apabila mereka dilihat jarang memuat naik gambar bersama mahupun bercerita mengenainya kepada umum. Namun Zahirah menafikan dakwaan orang ramai dengan menjelaskan bahawa hubungannya bersama Zul masih berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah diantara mereka. (rkty/w)

1- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 3- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 4- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 5- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 6- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg 7- Zul Ariffin Nafi Merisik Kekasih Di Australia - jpeg

Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai

Posted: 19 Aug 2016 04:01 AM PDT

Memohon maaf kerana tidak menjawab pertanyaan mengenai status hubungannya bersama bekas isteri, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee, Ally Iskandar menjelaskan perkara tersebut di laman Facebook miliknya.

BACA: Ally Iskandar Sah Lafaz Cerai?

1- Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai - ROTIKAYA

“BismillahirRahmanirRahim, kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media, dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin Romli, 27”

“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan,” antara kata-katanya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, Ally menyatakan baha dia telah bercerai pada 17 Ogos lalu dan kini biar pun tidak mempunyai sebarang ikatan lagi bersama bekas isterinya itu, hubungan di antara mereka dan keluarga masih baik.

“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami. Besar harapan saya agar kenyataan ini terhebah dengan hikmah”

“Saya doakan yang terbaik buat semua. Semoga Allah rahmati kita sentiasa,” katanya menutup kata. Semoga Ally dan isteri sama-sama tabah menghadapi situasi yang dihadapi kini. (rtky/s)

Yasmin Hani Sahkan Hamil Anak Kedua

Posted: 19 Aug 2016 03:04 AM PDT

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara, Yasmin Hani yang kini sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan sudah pun memasuki lima bulan. Menurut beliau, dengan usia anak lelaki pertamanya, Noah Ismail Wong yang kini berusia tiga tahun, mereka memang merancang untuk mendapatkan anak kedua dan nampaknya kini hasratnya tercapai.

BACA: Yasmin Hani Kesal Kenyataan Isu Rotan Dimanipulasi

“Alhamdulillah, impian kami untuk menambah zuriat pada tahun ini akhirnya tercapai juga. Kami memang merancang anak kedua ini kerana Noah pun sudah semakin membesar dan senang untuk dijaga. Doakan kami semoga segalanya berjalan dengan lancar”

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti wanita lain. Bagi saya, apabila usia kandungan sudah mencecah empat bulan ke atas barulah saya bersedia untuk berkongsi. Lagipun saya tidak mahu sorok berita baik ini terlalu lama,” katanya kepada Harian Metro mengenai berita kehamilan beliau yang sudah memasuki lima bulan.

Tambahnya lagi, berita kehamilannya itu bukan sengaja disorokkan kepada orang ramai tapi beliau dan suami memilih untuk mendiamkan diri terlebih dahulu bagi memastikan kandungan itu betul-betul selamat sebelum berkongsi kepada umum. Bagaimanapun apabila ditanyakan mengenai jantina bayi tersebut, Yasmin enggan mendedahkannya terlebih dahulu. (rkty/w)

1- Yasmin Hani Sahkan Hamil Anak Kedua - jpeg 2- Yasmin Hani Sahkan Hamil Anak Kedua - jpeg 3- Yasmin Hani Sahkan Hamil Anak Kedua - jpeg 4- Yasmin Hani Sahkan Hamil Anak Kedua - jpeg 6- Yasmin Hani Sahkan Hamil Anak Kedua - jpeg 7- Yasmin Hani Sahkan Hamil Anak Kedua - jpeg

Nikah Di Thailand Sebab Jaga Hati Isteri Pertama

Posted: 18 Aug 2016 10:29 PM PDT

Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga buat kali kedua, Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan sebab sebenar beliau bertindak menikahi Adira di Thailand pada Disember lalu. Menurutnya, dokumentasi pernikahan bukanlah sebab utama beliau bertindak sedemikian tetapi hanya kerana ingin menjaga hati isteri pertamanya, Syarifah Norshafila Hassim.

BACA: Adira AF Tak Kisah Jika Suami Mahu Kahwin Empat

"Sebab itu masa nak kahwin Adira, saya tidak beritahu Datin Red dua bulan awal supaya dia tidak rasa perit dan sakit. Mana ada perempuan dalam dunia ini hendak dimadu. Sudah kahwin dengan Adira baru saya beritahu, jadi sakitnya sekali saja. Sebelum itu saya ada bagi bayangan nak kahwin dengan Adira tapi dia tidak percaya, pasal muka saya muka tidak siap”

“Saya sendiri yang perasan saya kacak tapi saya memang tak kacak. Saya memang teringin orang puji saya tetapi tak ada orang puji. Kalau ada anugerah isteri mithali, memang saya akan serahkan pada Norshafila. Dialah yang paling saya sayang. Macam mana saya dapat yang baru pun, yang lama ini saya tidak akan buang,” katanya kepada Projek MMO mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Adira dilaporkan telah bernikah dengan Dato Red di Songkhla, Thailand selepas tiga minggu perkenalan mereka. Menurut Adira, pernikahan tersebut terpaksa dilakukan disana kerana terdapat masalah penyediaan dokumentasi pernikahan yang diperlukan di Malaysia, lebih-lebih lagi perkahwinan ini melibatkan poligami diantara beliau dan suami.

Bagaimanapun, Adira yang kini sudah bergelar isteri kedua Dato Red tidak mempunyai masalah dengan status yang dipegangnya kini. Malah dalam perkembangan terbaru pula, Adira telah berkongsikan berita gembira mengenai kehamilan beliau di laman sosial baru-baru ini dengan usia kandungan memasuki 10 minggu, selain merancang percutian ke Eropah. (rkty/w)

2- Nikah Di Thailand Sebab Jaga Hati Isteri Pertama - jpeg 3- Nikah Di Thailand Sebab Jaga Hati Isteri Pertama - jpeg 4- Nikah Di Thailand Sebab Jaga Hati Isteri Pertama - jpeg 5- Nikah Di Thailand Sebab Jaga Hati Isteri Pertama - jpeg 6- Nikah Di Thailand Sebab Jaga Hati Isteri Pertama - jpeg 7- Nikah Di Thailand Sebab Jaga Hati Isteri Pertama - jpeg

Che Ta Bakal Raikan Hari Jadi Anak Di Santorini

Posted: 18 Aug 2016 09:19 PM PDT

Jika tahun lepas Rozita Che Wan memberikan hadiah berupa sebuah jam tangan mewah pada hari kelahiran anaknya, Ammar Effendy, kali ini pula beliau merancang untuk menyambut hari lahir anaknya itu di salah satu destinasi pelancongan terkenal iaitu Santorini, Greece. Mengikut perancangan, Che Ta sekeluarga bakal berangkat ke negara itu pada hujung bulan depan.

BACA: Che Ta Tak Kisah Dikritik Menunjuk Punca MPV Dicuri

“Lokasi itu adalah pilihan Ammar sendiri untuk meraikan hari lahirnya kali ini. Selepas penat bekerja dan sibuk mengembangkan perniagaan sedia ada, percutian ke luar negara adalah untuk berehat bersama keluarga. Kami sekeluarga berangkat pada penghujung bulan depan. Sebelum itu, kami sekeluarga akan bercuti ke Sydney, Australia awal bulan depan”

"Jika pada tahun terdahulu, saya memberi hadiah kepadanya sebuah jam tangan mewah, kali ini pula saya masih belum memberitahu kepadanya lagi,” katanya kepada Harian Metro mengenai kejutan hadiah hari jadi buat anaknya selepas menerima jam tangan mewah jenama, Bell & Ross pada ulangtahun kelahiran anaknya, Ammar Effendy pada tahun lepas.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sesetengah pihak yang tidak senang dengan cara Che Ta memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan, namun bagi beliau segala kemewahan serta hadiah mahal yang diberikan kepada semua anaknya adalah untuk menunjukkan kasih sayang beliau sebagai seorang ibu terhadap anaknya disamping mahukan yang terbaik untuk mereka.

Terdahulu, pada hari ulangtahun kelahiran Ammar pada tahun lepas, sebuah majlis yang penuh gilang gemilang telah diadakan bagi meraikan harijadi beliau yang ke 19. Majlis yang diadakan dengan meriah dan besar-besaran itu turut dihadiri oleh rakan-rakan selebriti yang lain selain menerima hadiah sebuah jam tangah mewah daripada ibunya. (rkty/w)

1- Che Ta Bakal Rai Hari Jadi Anak Di Santorini - jpeg 2- Che Ta Bakal Rai Hari Jadi Anak Di Santorini - jpeg 4- Che Ta Bakal Rai Hari Jadi Anak Di Santorini - jpeg 5- Che Ta Bakal Rai Hari Jadi Anak Di Santorini - jpeg 6- Che Ta Bakal Rai Hari Jadi Anak Di Santorini - jpeg 7- Che Ta Bakal Rai Hari Jadi Anak Di Santorini - jpeg

No comments:

Post a Comment